Jumaat, 20 Ogos 2010

SAMM gesa abai 'politiking' Ezam

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Pakatan Rakyat dinasihatkan popularkan budaya politik yang lebih sihat dengan mengetepikan provokasi Senator Ezam Mohd Noor yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat.
Demikian nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.
"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kene mengena pun dengan rakyat.
"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.
"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat," ujarnya ketika dihubung Harakahdaily.
Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.
Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.
"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.
"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.
Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.
"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.
"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."
Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.
"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.
Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.
"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.
"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat," beliau menambah.
Pun begitu, beliau berkata, inisiatif Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin membuat aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) serta mencabar Ezam bersumpa petang semalam wajar dilihat sebagai suatu usaha menyuburkan politik sihat di samping menggunakan ruang perundangan syariah yang sedia ada.
Difahamkan inisiatif Shamsul itu merujuk pada Syeksen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang berbunyi, "mana-mana orang menuduh orang lain berzina (atau liwat) tanpa mengemukakan (saksi atau bukti), mengikut hukum syarak, empat orang saksi atau ikrar bahawa orang yang dituduh itu melakukan kesalahan."
Selain menuduh Anwar tanpa bukti dan saksi, Ezam didakwa qazaf ekoran tuduhan beliau kononnya Datik Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar yang juga Presiden PKR bersubahat melindungi perbuatan zina dan liwat itu.
"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seseorang isteri sanggup biarkan suami fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat.
"Azizah lindungi anwar sebagai isteri ok, tp (tapi) (tidak) x boleh biar anwar fitnah yg (yang) lain utk (untuk) tutup kejinya yang meliwat," tuduh Ezam seperti yang didapati pada Twitternya sejak 24 April lalu

Zahid garot, sah orang kata hang gila !

by radens albanjari


Gelak guling aku baca tulisan sahabat sepusat tentang zahid garott nih..kah..kah..kah. Dia sakit apa? Selalu orang sakit jer melolong meleleng macam tu? Pi la baca kat bawah..

Kalau umNo kata di Perak dulu nama sultan diganti dengan Nizar mungkin ada orang percaya. Kalau di Kelantan umNO kata nama sultan diganti TG Nik Aziz mungkin ade orang percaya. Kalau di Kedah atau Selangor umNO kata nama Azizan atau Khalid ganti sultan mungkin masih ade orang akan percaya. Tapi bile Zahid kata nama Guan Eng ganti nama Agong... SAH orang kata gileeee.

Memang tiada yang mustahi dalam dunia politik hari ini. Sebagaimana yang saya sebut jika nama menteri besar Islam menggantikan nama sultan apatah lagi kalau TG Nik Aziz, boleh kita kata terlalu taksub. Atau jika imam itu adalah orang Cina bukan Islam yang menjadi Jk DAP ,masih ade lojiknya. Kalau orang Islam yang jadi khatib ganti nama Guan Eng dengan Agong memang sah hilang akal. Jika perkara itu berlaku sah ianya kerja gila umNO atau kerja umNO yang Gile.

Semua tahu bagaimana hormatnya Pakatan Rakyat dengan YDP Agong istimewanya Sultan Mizan. Hubungan Presiden PAS dengan Tuanku semasa pemerintahan PAS dulu sangat baik. Tak tergamak orang PAS nak buat begitu pada baginda. Begitu juga rakan Pakatan lain. umNO ada sejarah marah kat baginda kerana tak lantik Derih Jusuh.

Jika benar berlaku apa yang didakwa ...sah imam itu orang upahan Derih Jusoh yang marah kat tuanku kerana tak mahu lantik beliau dulu. Apa yang jelas... umNo tengah buat kerja giler. (anak sengat)

(*) Garot - nama sejenis ikan air tawar yang mesra hidup dalam kolam oksidasi.

BAYAR RM 20 BOLEH JADI KETUA CABANG?

Lawan tetap lawan...
Pemilihan peringkat cabang...di Perak ni ada 24 cabang.
Ketua Cabang mana yang akan tewas dalam pemilihan nanti..?

Kalau ikut kata kawan-kawan...tak kurang daripada 10 cabang sudah ada yang nak bersaing bagi jawatan ketua cabang..cabang mana? yang tu nanti dulu..

Soalnya pesaing tu datang adakah dengan niat baik..? atau hanya untuk kepentingan peribadi..?
Kalau nak cerita tentang kepentingan peribadi..rasanya sikit sebanyak dah tentu ada kepentingan peribadi..kalau tidak masa-kan nak berlawan..

Cuma kali ni..undi akan datang dari bawah..satu ahli satu undi.

Pada 28hb ni..sapa yang nak berlawan perlulah menghantar borang percalonan..bayar RM 20 untuk bertanding di cabang..nak bayar RM 20 mungkin tak ada masalah...sapa pun boleh bayar..tapi tanggungjawab untuk membina cabang tu bagaimana pulak...? jangan macam cerita dulu kala...menang sorak kampung tergadai...malu kita !

PKR@KeADILan satu nama yang cukup gah..parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar...Presidennya Datuk Seri Drs Wan Azizah...sapa tak kenal..sampai ke luar negara tau. Tapi di cabang, bagaimana pulak..?

Rasanya, kalau tak sanggup untuk terus agenda PKR di cabang..lebih baik undur diri secara terhormat..udah-udah le tu..cukup le..bukan apa, ada setengah ketua cabang tu dari tahun 1999 lagi dah jadi ketua cabang, jadi untuk pemilihan kali ni..kalau rasa tak mampu nak bawa parti, tak mampu nak berubah parti..undurlah.Bagi ruang dan peluang kepada orang baru, tenaga baru, anak muda yang boleh memimpin parti. Walaupun ini bukan mudah, tapi apa salahnya jika diberi kepercayaan kepada orang baru. Belum cuba belum tau..

Jangan hanya dalam kepala memikirkan Perak akan dapat kembali kepada pakatan rakyat..jadi mesti terus pertahankan ketua cabang walaupun tak mampu..walaupun memang tidak berdaya..jangan rosakkan parti kerana ada agenda peribadi. Cukuplah apa yang berlaku dulu..belajarlah daripada kesilapan diri kita sendiri..kalau tak kuat nak mempertahankan prinsip parti, lebih baik tak payah..nanti menyusahkan orang lain.Akhirnya hasrat ahli parti tidak mampu nak bawa..bawa hasrat diri sahaja..bukankah tidak elok, tidak baik kalau jadi begitu.

Dan, tidak semestinya ketua cabang akan jadi calon pada PRU ke 13 nanti..tidak semestinya.Kalau ada niat begitu..parti akan musnah, hancur kerana sikap ketua cabang itu sendiri. Sedarlah parti ini bukan milik peribadi..tapi milik semua orang.Hanya yang benar-benar ikhlas dan jujur saja yang boleh menerajui parti ini.


Perakkume.

Jahatnya kamu!!


Udah-udah ler tu....
Jangan buat fitnah...
Isy... isy.... terdesak sangat ke??
Sanggup heret nama YP Agong untuk buat fitnah...
Tak baik buat fitnah, tau....
Berdosa...
Bertaubatlah kamu...
Bertaubat sebelum terlambat!!


Awas Jerangkap Samar UMNO guna sentimen ISU HINA RAJA..!!

Macam-macam hal pula berlaku dalam politik negara sekarang ini. Mungkin akibat langkah terdesak, kini puak-puak UMNO memainkan semula sentimen "raja" bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti pembangkang. Sebelum ini kita mendengar berita bahawa terdapat kain rentang yang menghina Sultan Johor di temui di kawasan Batu Pahant dan sekitarnya. Kain rentang yang kononnya menunjukkan PKR negeri menyokong penuh bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri yang kini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Johor iaitu Chua Jui Meng (foto) diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang lebih mengejutkan, gambar Chua diletakkan bersebelahan dengan gambar Sultan Johor pada kain rentang terbabit. Rasionalnya supaya rakyat Johor terutamanya orang Melayu marah dan benci terhadap PKR. Pihak polis juga telah mengambil keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kejadian tersebut. Begitu cepat pihak polis menyiasat, berbanding dengan kain rentang menghina Sultan Terengganu (Agong) yang dibuat oleh puak-puak penyokong Idris Jusoh di Terengganu dulu. Polis bertindak pantas seperti kilat apabila laporan dibuat oleh puak-puak UMNO, tetapi "slow n steady" bila laporan dilakukan oleh pihak sebelah sini. Soalnya sekarang, siapakah yang berani membuat kain rentang sebegitu rupa agaknya?. Tidak masuk dek akal PKR Johor sebodoh itu. Bahkan umum mengetahui dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor seseorang Menteri Besar itu perlulah berbangsa Melayu. Makanya, sudah pastilah kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh puak-puak UMNO BN sendiri sebenarnya. Mereka takut Johor tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Lantaran itulah terpaksa melakukan apa sahaja, hatta menggunakan sentimen "raja dihina" bagi menagih simpati orang Melayu mempertahankan kuasa UMNO di negeri tersebut. Sementara itu Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.

Zahid Pula Buat Provokasi Baru Di Pulau Pinang

Memang sudah dijangka, akhirnya satu lagi "jerangkap samar" dilakukan oleh mereka. Kali ini di Pulau Pinang pula. Menteri Pertahanan selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri, Zahid Hamidi semalam membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini. Beliau berkata berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong. Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini. Tambah menarik Zahid juga menegaskan pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Maka gemparlah seluruh negara atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, apakah benar kejadian itu berlaku atau mungkin ia juga merupakan satu lagi provokasi yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang sudah terdesak itu. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sekarang ini, semua serba tidak kena. Beri bantuan kebajikan salah, hadir majlis penyerahan zakat salah, bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan kerajaan salah. Pendek kata semua salah, dan hanya UMNO sahaja yang betul. Inilah senario yang berlaku sekarang ini sebenarnya.

[Apapun, rakyat perlu bijak menilai isu yang dibawa ini. Semuanya hanyalah untuk menakutkan rakyat kononnya kaum Cina sudah mula menunjukkan taring untuk berkuasa dan menghna raja-raja Melayu. Zahid lupa bahawa di negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan banyak lagi itu memang hanya nama Sultan dan kerabat baginda sahaja yang disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Malah di Pahang ini hanya nama Sultan Pahang dan Tengku Mahkota yang disebut, kenapa nama Agong tidak disebut. Apakah itu juga menjadi kesalahan kepada Zahid Hamidi. Inilah yang dikatakan membuat tindakan tidak pakai otak. Mana mungkin nama Lim Guan Eng disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Beliau bukannya beragama Islam, lantaran itulah Zahid sengaja mahu menjadi kes ini sebagai isu baru bagi menimbulkan sentimen kemarahan kepada orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya].
PDO

Datuk Ramli Yusuff bebas semua tuduhan..usaha menghalang jadi KPN..jadi Sept nie kena bagi le...!!!

Bekas pengarah jabatan jenayah komersial (JSJK) di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff akhirnya dapat menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan ketiga yang merupakan tuduhan terakhir terhadapnya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan, Ramli daripada tuduhan memegang jawatan dalam sebuah syarikat pertanian ketika masih seorang penjawat awam, empat tahun lalu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ramli, 57.

Mengikut pertuduhan, Ramli didakwa menjadi pengarah dalam syarikat Kinsajaya Sdn Bhd (Kinsajaya) ketika masih Pengarah JSJK, Bukit Aman.

Sebagai seorang penjawat awam, dia terikat dengan Peraturan 5(1) (a) Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan) 2002 iaitu penjawat awam tidak dibenarkan mengambil apa-apa bahagian dalam sebarang jenis perniagaan.

Dia yang dituduh pada 1 November 2007, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Komathy, dalam penghakimannya berkata selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan iaitu Penyata Laporan dan Kewangan Syarikat Kinsajaya bertarikh 20 Jun 2006 telah menunjukkan tertuduh bukan pengarah syarikat itu.

"Berdasarkan bukti penyata itu, pengarah sebenar syarikat berkenaan adalah milik Rohmah@Hasmah Yusoff iaitu kakaknya dan adiknya, Roslina kerana terdapat tandatangan mereka pada penyata itu.

"Mahkamah bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa tiada bukti kewujudan aktiviti jual-beli yang dilakukan bagi membuktikan syarikat itu masih aktif. Ini menunjukkan maksud perniagaan itu tidak berlaku," katanya.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang turut ditemani rakan-rakan, melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan mahkamah itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Bache, yang mengemukakan 13 saksi sepanjang prosiding itu.

Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tiga pertuduhan gagal mengisytiharkan kepentingannya dalam dua hartanah bernilai lebih RM1 juta dan pemilikan saham.

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Julai tahun lalu turut melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tuduhan menyalah guna kuasanya.

agi tuduhan salah guna kuasa, Ramli yang pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah didakwa mengeluarkan arahan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan CE 208-9M-PSQ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawanya meninjau tanah di Ulu Tungku, Lahad Datu.

Ramli didakwa memiliki kepentingan dalam Kinsajaya yang dikatakan mempunyai pelaburan di tanah berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 7.50 pagi, 15 Jun 2007 di Pangkalan Unit Udara Polis Tanjung Aru, Sabah.

- Bernama

Ezam: Saya terima cabaran AMK, sedia sumpah di mahkamah..jangan lupa bersama 4 saksi sahih...!!!

August 20, 2010
Ezam didakwa membuat tuduhan qazaf terhadap Anwar. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jika mahu mengambil tindakan berhubung aduan qazaf dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam bersangkut paut dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Saya serahkan kepada Jawi sebagai pihak berkuasa untuk membuat tindakan lanjut sesuai dengan peruntukan undang-undang syariah dan saya akan beri sepenuh kerjasama kepada Jawi termasuk kesediaan bagi pihak saya bersumpah di depan hakim di Mahkamah Syariah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ezam, bekas AMK dan menyertai Umno dua tahun lalu menegaskan, beliau tidak berganjak dan tetap mempertahankan setiap patah perkataan membabitkan Anwar, Penasihat PKR dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden parti itu.
“Saya tetap mempertahankan setiap patah perkataan membabitkan Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah sama ada di ceramah, blog, Twitter sebelum ini kerana ia satu kewajipan menunaikan tanggungjawab saya kepada ummah yang dilanda fitnah besar hanya gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin,” katanya lagi.
Semalam, Shamsul Iskandar mencabar  Ezam buat sumpah di Mahkamah Syariah dan membawa empat orang saksi ekoran kenyataan-kenyataannya berhubung kes liwat kedua dihadapi Anwar.
Shamsul Iskandar membuat aduan terhadap Ezam dengan mendakwa membuat tuduhan qazaf terhadap Anwar.
“Saya cabar Ezam untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah sekiranya dipanggil selain membawa empat orang saksi lelaki bagi membuktikan segala tuduhan itu adalah benar.
“Saya pasti tuduhan yang dibuat Ezam itu adalah fitnah dan sudah pasti beliau juga tidak mempunyai empat orang saksi itu,” katanya.
Beliau berkata Jawi akan membuka kertas siasatan dan akan memanggil Ezam untuk beri keterangan.
Shamsul membuat aduan itu berdasarkan beberapa tulisan Ezam menerusi perkhidmatan blog-mikro Twitter.
Salah satu mesej Ezam yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu berbunyi, “Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar.”
Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006.
Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tharmendran didakwa lagi, tiga tuduhan gubah wang haram..ha.ha..lepas nie tuduhan rompak Kereta Kebal lak..!!

August 20, 2010
Tharmendran terdahulu dituduh bersubahat mencuri dua enjin jet TUDM. — gambar fail
PETALING JAYA, 20 Ogos — Sarjan N. Tharmendran dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tiga pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM62,000. Sebelum ini Tharmendran, 42, menghadapi pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mahkamah Sesyen yang sama pada Jan lalu dan pertuduhan menerima harta awam secara tipu serta menerima harta curi di Mahkamah Tentera pada 2006.
Bagi pertuduhan pertama Tharmendran mengaku tidak bersalah melibatkan diri secara langsung dalam transaksi pengeluaran wang berjumlah RM35,000 yang merupakan hasil aktiviti haram melalui akaunnya pada 25 Mac 2008.
Manakala bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Tharmendran juga didakwa terhadap pertuduhan yang sama melibatkan RM23,000 dan RM4,000, pada 1 April 2008 dan 28 April 2008.
Kesemua pertuduhan itu dilakukan di Standard Chartered Bank Malaysia Berhad di Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya.
Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan itu selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sementara itu, seorang pengarah sebuah syarikat pembekalan K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan terhadap lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM437,319.50.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di HSBC Bank Malaysia Berhad, Wisma UEP, Jalan USJ 10/1A, Subang Jaya antara 18 April 2008 hingga 10 Jun 2008. Mahkamah membenarkan Rajandran diikat jamin dengan mengguna pakai jumlah jaminan terdahulu dalam kes menghapuskan enjin milik TUDM iaitu RM150,000.
Tharmendran dan Rajandran didakwa mengikut mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM5 juta, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan kes kedua-dua tertuduh disebut semula 6 September depan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mouhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Mohd Haziq Razali manakala peguam bela N. Surendran mewakili Tharmendran dan Rajandran diwakili peguam Rejender Singh.
Pada 6 Januari lalu, Rajandran turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.
Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

Bekas sarjan TUDM dakwa dianiaya

PARIT BUNTAR, 20 Ogos: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendakwa beliau dan keluarga telah diainaya pihak TUDM dan kebajikan mereka tidak dijaga sejak bersara pada 2008.

Faizzal Jinnong Abdullah, 45, berkata, beliau diberi layanan buruk oleh pihak atas TUDM apabila beliau cuba untuk membongkar penyelewengan yang berlaku dikalangan pegawai atasan.

Dia mendakwa ketika berkhidmat beberapa pegawai kanan menyeksanya selepas beliau mengetahui penipuan yang berlaku di kuarters TUDM di Kuching, di mana dia ditempatkan.

"Setelah usaha saya untuk membongkar penyelewengan dikalangan pegawai atasan di ketahui oleh pihak atasan tentera maka saya telah dilayan seperti seorang penjenayah.Bekalan elektrik dipotong selama tiga bulan dengan enam orang anak berusia antara 5 hingga 17 tahun bergelap tanpa belas kasihan mereka.

"Saya juga turut disumbatkan ke dalam penjara dengan pelbagai ancaman dan ugutan yang mereka lakukan supaya pembongkaran tidak dilakukan.Anak dan isteri saya juga dipaksa untuk akur dengan kehendak pegawai atasan sekiranya mahu saya dikeluarkan dari penjara dan tidak diseksa."kata bekas sarjan itu.

Beliau berkata demikian ketika bertemu Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa di sini baru-baru ini.

Tambah Faizzal lagi dalam situasi tertekan beliau terpaksa menandatangani dokumen secara paksa untuk akur terhadap segala syarat dan peraturan yang ditetapkan sekiranya mahu keluarganya selamat.

Manakala isterinya Murni Dara Mat Zain pula berkata setakat ini 23 laporan polis telah pun dibuat sejak tahun 2008 sehinggalah 2009 supaya nasib mereka dibela dan tidak diancam, namun tiada sebarang perubahan.

Antara laporan polis yang telah dibuat ialah di Sarawak, Negeri Sembilan dan Nibong Tebal.

"Apa yang kami mahukan ialah nasib kami dibela.Sebagai bekas tentera suami saya sebagai Pegawai Pengawasan TUDM sepatutnya dibela nasib beliau setelah berkhidmat lebih dari 20 tahun.

"Bukannya diperlakukan seperti pengganas atau penjenayah. Sewajarnya jasa beliau dikenang oleh pihak tentera," katanya lagi.

Murni juga berkata mereka turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mereka kini menetap di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan dan mendakwa sering mendapat tekanan serta ugutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dalam responnya berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Bukan Takat SELANGOR.... PULAU PINANG PUN!!! PERAK apa cerita?

Selangor
Selangor da buat sejarah dengan tersenarai mempunyai pelaburan tertinggi dalam negara Malaysia banding dengan negeri-negeri lain.... Aku salute... Tahniah PR Selangor! Termasuk juga jika di bandingkan dengan negeri-negeri yang Perompak Negara perintah.... Selangor tetap no 1...


Pulau Pinang 
Pulau Pinang pun tak ketinggalan! Pelaburan Negeri Pulau Pinang meningkat berkali ganda selepas merampas secara adil dan saksama dari kerajaan GERAKAN BN + Umngok! 


GEORGETOWN, 20 Ogos:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melonjakkan pelaburan sebanyak RM1.53 bilion sehingga bulan Jun tahun ini.
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, tempat pertama mencatat pelaburan tertinggi ialah Selangor diikuti Johor, Kedah serta Perak.

"Statistik ini adalah berdasarkan laporan pelaburan terkini di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
"Walaupun kita tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebanyak RM4.2 bilion bagi tahun ini, kerajaan negeri pimpinan PR akan terus berusaha bagi merealisasikan matlamat tersebut," katanya dalam sidang media semalam.
Tambahnya lagi, sasaran yang telah diletakkan bagi tahun ini adalah dua kali pelaburan jika dibandingkan dengan tahun 2009 sebanyak RM2.1 bilion.
Beliau juga berkata, keyakinan tetap ada kerana potensi bagi pelaburan pada suku kedua adalah agak positif bagi mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan.
Katanya, walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering dihimpit dengan pelbagai serangan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi menggugat kestabilan yang sedia ada, kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pimpinan kerajaan negeri sukar untuk digugat sehingga kini.
Yang terbaru ialah pengumuman kerajaan negeri bagi memberikan wang khas  berjumlah RM1.5 juta kepada 3,577 kakitangan dan penjawat awam menjelang Aidilfitri yang akan datang sebagai menghargai sumbangan mereka.
Perak!??
Kahkahkah apa punye perlaburan kalau takat 400 juta jer!? labur g mana tu? kahkahkah
Amacam ada macam 1MESIA tak blog aku? Pelbagai kaum.. kahkahkah!
by baginda@

Datuk Ramli Yusuff bebas tuduhan pegang jawatan syarikat swasta

August 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Mahkamah Sesyen hari ini melepaskan dan membebaskan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff daripada tuduhan memegang jawatan dalam sebuah syarikat pertanian ketika masih seorang penjawat awam, empat tahun lalu.
Hakim S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ramli (gambar, kanan), 57.
Mengikut pertuduhan, Ramli didakwa menjadi pengarah dalam syarikat Kinsajaya Sdn Bhd (Kinsajaya) ketika masih Pengarah JSJK, Bukit Aman di sini.
Sebagai seorang penjawat awam, dia terikat dengan Peraturan 5(1) (a) Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan) 2002 iaitu penjawat awam tidak dibenarkan mengambil apa-apa bahagian dalam sebarang jenis perniagaan.
Dia yang dituduh pada 1 November 2007, didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 Mei 2006, mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Komathy, dalam penghakimannya berkata selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan iaitu Penyata Laporan dan Kewangan Syarikat Kinsajaya bertarikh 20 Jun 2006 telah menunjukkan tertuduh bukan pengarah syarikat itu.
“Berdasarkan bukti penyata itu, pengarah sebenar syarikat berkenaan adalah milik Rohmah@Hasmah Yusoff iaitu kakaknya dan adiknya, Roslina kerana terdapat tandatangan mereka pada penyata itu.
“Mahkamah bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa tiada bukti kewujudan aktiviti jual-beli yang dilakukan bagi membuktikan syarikat itu masih aktif. Ini menunjukkan maksud perniagaan itu tidak berlaku,” katanya.
Beliau yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang turut ditemani rakan-rakan, melahirkan rasa gembira dan syukur atas keputusan mahkamah itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Bache, yang mengemukakan 13 saksi sepanjang prosiding itu.
Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tiga pertuduhan gagal mengisytiharkan kepentingannya dalam dua hartanah bernilai lebih RM1 juta dan pemilikan saham.
Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah pada 27 Julai tahun lalu turut melepaskan dan membebaskan Ramli daripada tuduhan menyalah guna kuasanya.
Bagi tuduhan salah guna kuasa, Ramli yang pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah didakwa mengeluarkan arahan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan CE 208-9M-PSQ milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawanya meninjau tanah di Ulu Tungku, Lahad Datu.
Ramli didakwa memiliki kepentingan dalam Kinsajaya yang dikatakan mempunyai pelaburan di tanah berkenaan.
Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 7.50 pagi, 15 Jun 2007 di Pangkalan Unit Udara Polis Tanjung Aru, Sabah. — Bernama

PDA Mesti Dimansuhkan Elak PM Salahguna Wang Petronas

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 20 Ogos - Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendesak kerajaan memansuhkan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 bagi memulihkan urus tadbir Petronas serta mewujudkan ketelusan dalam pengurusan kewangan syarikat petroliam nasional itu.
Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembamgunan Koperasi menjelaskan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Petronas telah menyumbang sebanyak RM290 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun tidak jelas ke mana jumlah wang amat besar itu dibelanjakan oleh Perdana Menteri sekarang dan juga yang sebelumnya, sama ada ia digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat atau dibazirkan begitu sahaja.
"Petronas adalah sebuah entiti dan syarikat kerajaan yang kukuh serta ditadbir dengan baik sebelum ini tetapi pentadbiran tiga Perdana Menteri yang terakhir telah merosakkan pentadbiran Petronas. Saya berharap bagi mengembalikan prestasi serta urus tadbir, PDA 1974 ini perlu dihapuskan segera.
"Kita melihat intipati yang terkandung di dalam PDA 1974 menyatakan Petronas hanya perlu menjawab kepada Perdana Menteri sahaja. Sebelum ini kita mempunyai dua menteri yang bertanggungjawab terhadap Petronas tetapi mereka tidak ada kuasa langsung berhubung operasi syarikat itu. Selain itu juga di bawah PDA 1974 Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk ke atas Petronas dan barisan Kabinet tidak dibenarkan memeriksa akaun syarikat itu.
"Kita melihat melalui PDA 1974, Perdana Menteri dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mengarahkan Petronas menyalurkan jumlah wang yang besar kepada kerajaan dan kita sendiri tidak tahu ke mana wang itu digunakan," jelas Dr Tan.
Tambah beliau lagi, di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, dividen yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan adalah sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion.
"Namun pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi  yang dikatakan 'Mr Clean' oleh bekas ketuanya, beliau telah memaksa Petronas membayar pada mulanya RM10 bilion kemudian ditambah kpada RM20 bilion sehingga pada akhirnya RM30 bilion. Seorang yang dikatakan bersih telah mengarahkan Petronas membayar sepuluh kali nilai dividen melebihi zaman Dr Mahathir.
"Mana perginya semua wang dividen tersebut, terutamanya untuk membiayai semua anggaran defisit sepanjang pemerintahannya. Terlalu banyak perbelanjaan di bawa ke bahagian pertahanan yang merugikan. Manakala untuk pembangunan negara hanya mendapat RM10 bilion sahaja daripada RM30 bilion yang diberikan.
"Pada tahun 80an dan 90an sebanyak RM100 bilion juga telah dihabiskan daripada akaun Petronas untuk menyelamatkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) ketika itu sebanyak dua kali, manakala semasa krisis kewangan 1997, Petronas juga dipaksa membeli MISC untuk menyelamatkan anak Dr Mahathir.
"Apa yang kita harapkan akta PDA 1974 ini mesti dimansuhkan segera bagi mengelak syarikat harapan negara terus dipergunakan oleh mereka yang hanya tahu mengaut keuntungan peribadi," kata Dr Tan lagi.

MCMC siasat stesen 98.8: CEO, Pengarah Program digantung jawatan

Star Rfm Sdn. Bhd mengambil langkah selanjutnya untuk menggantung (suspend) jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO 98.8) Wong Lai Ngo, dan Pengarah Program (Director of Programming 98.8) Tan Chia Yong, selepas suara pengacaranya, Jamaluddin Ibrahim disekat daripada ke ruang udara, semalam.
Di samping itu, kelangsungan rancangan call-in "Say Hi to Malaysia" menjadi tanda soal apabila Pengerusi Star RFM Sdn Bhd, Linda Ngiam (gambar kiri) mengumumkan bahawa rancangan ini akan membatalkan sesi "perbincangan hal ehwal semasa", dan digantikan dengan penyiaran muzik dan laporan buletin, buat sementara ini.
Malah, Linda Ngiam mengesahkan bahawa stesen radio 98.8 disiasat oleh pegawai Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) yang melawat ke stesen 98.8 pagi ini, ekoran daripada aduan bahawa rancangan "Say Hi to Malaysia" telah mengutarakan hujah yang tidak sesuai dan "bias".
Linda Ngiam menambah, pihak pengurusan dan penerbitan memandang serius terhadap aduan tersebut.  Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia sekadar masalah "pentadbiran dalaman", dan menafikan campur tangan MCA dalam hal ini.  Beliau juga berkata, siasatan dalaman akan dijalankan oleh pihak syarikat terhadap rancangan dan penerbit rancangan berkenaan.
Pengacara terlibat juga "dihentikan"
Dua orang pengacara rancangan call-in "Say Hi to Malaysia", Wong Chew Yat dan Joe Liaw telah mendedahkan khabar bahawa Jamaluddin Ibrahim terpaksa "mengambil cuti", sambil memberi isyarat secara tersirat bahawa mereka berdepan dengan tekanan daripada pihak berkuasa, semalam.
Apa yang menyusul kemudiannya adalah, kedua-dua penyandang jawatan tinggi 98.8, CEO-nya Wong Lai Ngo (gambar kanan) dan Pengarah Program 98.8, Tan Chia Yong menerima surat daripada Star Rfm Sdn. Bhd, pada petang semalam.  Surat tersebut memaklumkan bahawa jawatan mereka telah digantung sehingga satu tarikh yang diberitahu.
Sementara itu, selain Jamaluddin, tiga orang pengacara yang terlibat dalam rancangan tersebut, termasuk Joe Liaw, Wong Chew Yat dan Mah Jiann Min juga dimaklumkan bahawa mereka tidak perlu ke udara pada hari ini.  Lantaran daripada itu, rancangan call-in yang membincangkan isu semasa pada kebiasaannya, telah berubah apabila artis seperti Fish Leong diundang ke rancangan pagi ini.
Malah, laman Facebook pengacara (DJ) 98.8 juga ditutup pada awal pagi ini, selepas dibanjiri mesej yang ditinggalkan oleh peminat stesen 98.8.
Reaksi yang berbeza
Selepas pengumuman "pengambilan cuti" Jamaluddin Ibrahim, kira-kira 4000 sms telah membanjiri stesen 98.8, sehingga tengah hari, semalam.  Malah, peminat untuk pengacara yang terlibat, juga meninggalkan mesej di laman Facebook masing-masing, menyatakan protes terhadap pencabulan kebebasan bersuara.
Misalnya, bilangan fans Jamaluddin Ibrahim (gambar kiri) melonjak secara mendadak berikutan kejadian tersebut, malah pengguna Facebook telah menubuhkan beberapa kumpulan untuk menyatakan sokongan terhadap Jamaluddin Ibrahim, di samping membantah campur tangan politik ke dalam media.  Peristiwa ini telah menjadi antara isu yang paling hangat diperbincangkan di ruang internet sejak semalam.
Ironinya, media cetak arus perdana yang dikuasai tycoon Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Limited memberi liputan yang agak kecil kepada isu ini.  Bagaimanapun, Oriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh memaparkan isu ini di muka surat depannya.
Lebih menarik, MCA yang memiliki stesen radio ini masih mendiamkan diri sehingga kini.  Selain daripada pemimpin DAP dan Gerakan, pemimpin MCA yang tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan barisan pengacara rancangan "Say Hi to Malaysia".
Keadaan ini mencungkil kritikan daripada sesetengah pihak, yang menyasarkan MCA dan Barisan Nasional kerana tidak mempertahankan kebebasan bersuara seperti yang dijanjikan.

Berbuka: Jangan terpengaruh dakyah Umno

TANJUNG TOKONG, 20 Ogos: Jawatankuasa Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong usah terpengaruh dengan nada Umno untuk menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir berbuka puasa di situ petang ini.
Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas isu itu berpendapat semuanya adalah agenda Umno untuk memberi gambaran bahawa Ketua Menteri sukar menjadualkan dirinya bersama masyarakat Islam di Tanjung Tokong selepas isu perkampungan Melayu di situ terpaksa dikorbankan untuk pembangunan.
"Jawatankuasa Masjid Tuan Guru kena berfikiran secara profesional jangan terpengaruh dengan nada Umno yang sedang tenat menghadapi masa depan di Pulau Pinang.  Mereka kena akur dengan jadual dari Pejabat Daerah Timur Laut iaitu agensi kerajaan bukan kedatangannya atas nama politik," tegasnya.
Tidak menjadi kesalahan tambahnya, sebagai Ketua Kerajaan Lim bertindak bersama masyarakat Islam berbuka puasa di masjid atau surau.
Sebagai kepimpinan masyarakat setempat sepatutnya mereka kena rasa bangga kerana Lim yang bukan beragama Islam sanggup turut ke padang berbuka puasa.
Kejadian seumpama itu tidak pula berlaku di mana-mana masjid sekitar Daerah Timur Laut bahkan sambutan yang diberikan oleh jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat begitu meriah.
"Bila Ketua Menteri ke sana semua permasalahan yang dihadapi penduduk boleh sampaikan terus kepadanya.  Jangan bila halang kehadiranya buat pula cerita Ketua Menteri sengaja tidak menjadualkan melawat Tanjung Tokong bila timbul berbagai isu membabitkan penduduk Melayu di situ," jelasnya.
Pada tahun 2008 Ahli Jawatankuasa Masjid Terapung, Tanjung Bungah juga bertindak begitu namun PAS Bukit Bendera mengambil inisiatif mengadakan juga majlis berkenaan tetapi di perkarangan masjid.

Ex-senior cop Ramli beats another graft charge

August 20, 2010
Ramli (right) was once the IGP’s supervisor. — file pic
KUALA LUMPUR, Aug 20 — Former Bukit Aman commercial crimes chief Datuk Ramli Yusoff was today freed of corruption charges by the Sessions Court here, which will likely spark intense speculation over his future role as a possible candidate to be the country’s top police officer. Ramli had been tried over a charge of being involved in business while still a civil servant.
He was accused of being a director of an agriculture-based company, Kinsajaya Sdn Bhd, when he was a police commissioner and CCID director on May 2, 2006.
Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hassan’s impending retirement has been followed closely with speculation that his former supervisor and rival for the top post, Ramli, may make a comeback after the latter was cleared of other graft charges by a separate Sessions Court in March this year.
Ramli’s acquittal had sparked intense speculation surrounding his future because his relationship with Musa is understood to have been soured by events prior to his prosecution.
A number of uncorroborated reports had also emerged on the Internet in recent years alleging the involvement of the criminal underworld in events leading to Ramli being charged with corruption.
Ramli was the nation’s third-most senior police officer until his suspension.

PKR fingers BN over surge in bigotry

August 20, 2010
Azmin claimed that the incident in Kulai was not an isolated case. — file pic
KUALA LUMPUR, Aug 20 — PKR today blamed the Barisan Nasional (BN) for the recent incidents of racial hatred, accusing the ruling coalition of lacking the political will to curtail racism among the people. PKR vice-president Azmin Ali said that the recent incident involving the Johor school principal was merely a result of the BN’s failures.
“These recurring incidents are a manifestation of a bigger problem — the BN government’s tacit encouragement of incitement of racism and lack of real political will to curtail such behaviour,” he said in a statement today.
Azmin slammed education director-general Tan Sri Alimudin Dom for brushing off the incident as a mere misunderstanding and for claiming that the matter had been so easily settled between the principal and the students.
SMK Tunku Abdul Rahman Putra principal Siti Inshah Mansor came under fire recently when she allegedly insulted students of Chinese and Indian ethnicity during her speech at the launch of the school’s Merdeka celebrations.
During an event on last Thursday, Siti Inshah was reported as saying the Chinese should return to China and likened the Indians to “dogs” for their prayer strings.
“Chinese students are not needed here and can return to China or Foon Yew schools. For the Indian students, the prayer string tied around their neck and wrist makes them look like dogs because only dogs are tied like that,” Siti Inshah was quoted as saying in at least one police report.
“This incident has been widely publicised and is a matter that affects the whole nation. It is also irresponsible to suggest that it is merely a misunderstanding.
“PKR demands that the said principal is suspended pending an investigation, and if found true that she did indeed make such remarks, she should be immediately removed,” said Azmin.
He also claimed that as long as draconian laws like the Internal Security Act and the Sedition Act was used to stifle healthy discussions but yet allow extremist groups to continue inciting racism with impunity, the problem would fester.
“PKR’s view is that statements such as that made by the Johor principal are not isolated incidents and must be dealt with [in] a holistic and comprehensive approach,” he said.
He said the government needed to provide a genuine multiracial political paradigm based on principles of fairness, respecting human rights, democracy and justice for all, and to reject race race-based politics.
“We and the Pakatan Rakyat are committed to the enactment of a Race Relations Act to deal with such instances of incitement of hatred, to provide mechanisms for resolution of such problems when they occur and to safeguard unity and harmony of the rakyat,” he said.
Since the incident occurred last week, a total of 20 complaints have been lodged on the issue. The case is currently being investigated under Section 54 of the Penal Code for provocation, which carries a maximum imprisonment of two years, a fine or both.  Deputy Prime Minister and Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin today announced that he had already directed a special committee to probe the matter.

MIC buat laporan polis dakwa Arjunan fitnah timbalan menteri

August 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Badan Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berhubung tuduhan setiausaha Parti Keadilan Rakyat Ipoh-Barat M.S Arjunan terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan.
Penolong setiausahanya S. Rajah yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini hari ini berkata polis perlu bertindak terhadap Arjunan kerana melemparkan tohmahan dan fitnah tanpa bukti yang sah.
Di ibu pejabat polis yang sama, dua laporan dibuat berhubung kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya pegangan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara dikurangkan.
Laporan polis itu dibuat oleh Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia Wilayah Persekutuan (KIMMA). — Bernama

PKR Perak : Arjunan, Fauzi, Adam dan Mus

Oleh MSK

Mula-mula Arjunan buat kecoh. (Disini) Kemudian Fauzi Muda pula buat kecoh lagi. Kali ini, Adam Haris pun masuk daun tumpang glamer. Hari ini, Mus pun bagi komen.
Diantara keempat-empat ni, sapa yang hangpa nak percaya? Kalau tanya aku, keempat-empat aku tak percaya.
Arjunan, Fauzi Muda dan Adam Haris sebenarnya satu geng. Ini cerita sandiwara yang didalangkan oleh Fauzi Muda.
Sejak 2003, Arjunan merupakan ahli PKR Ipoh Barat. Fauzi Muda merupakan Ketua Cabang Ipoh Barat. Arjunan merupakan tukang sponsor Fauzi Muda dan juga jadi balaci Fauzi Muda. Fauzi Muda membawal Arjunan kadalam PKR Ipoh Barat untuk mengimbangi pengaruh Francis yang jadi Timbalan Ketua Cabang. Francis adalah bekas Calon PKR di Chenderiang pada tahun 2004.
Tahun 2008, Arjunan menjadi Calon Cenderiang tapi kalah. Lepas pilihanraya, Arjunan bergaduh dengan Fauzi. Dua-dua buat laporan polis. Fauzi kata, Arjunan cuba menggoda isteri dia.(Fauzi). Tapi sebenarnya, Fauzi mahu menyingkir Arjunan kerana Arjunan sudah masuk geng Francis. Antara Arjunan dan Fauzi Muda, dah berpuluh laporan polis yang dibuat.
Beberapa bulan lalu, Fauzi Muda mengumumkan keluar PKR. Dan Cabang Ipoh Barat dipangku oleh Francis.
Pasai apa Arjunan tiba-tiba buat laporan polis terhadap Saravanan? Semuanya pasai nak tunjuk hebat di Tapah. Arjunan mahu menajdi Calon Chenderiang sekali lagi, itu sebab dia mahu tunjuk hebat di Tapah. (DUN Chenderiang terletak didalam Parlimen Tapah). Arjunan mahu menunjukkan kehebatan, sebab dia takut Francis yang dapat. Itu saja.
Pasai apa Fauzi Muda masuk campur dalam hal ini?
Fauzi Muda adalah barua Jamal. Dan dia menggunakan Adam Haris. Apa yang dibuat oleh Adam Haris adalah sebahagian daripada kerja-kerja yang disuruh oleh Jamal. Aku dah tulis dulu tentang pertemuan Jamal dengan Adam Haris ni. (Disini)
Siapa pula Adam Haris ini?
Sebelum tahun 2008 dulu, Adam Haris ni bernama Kesavan. Dia menjadi derebar kepada ADUN Lintang, Ahmad Pakeh Adam.(Umno). Bila Makkal Sakti bangkit, dia pun rasa tak selamat ikut Pakeh Adam. Lagi pun dia dah buat taik dengan Pakeh adam. Dia mengaku jadi Setiausaha Politik kepada Pakeh Adam. (ADUN pun ada Setpol?”). Dia pun datang ke Kuala Kangsar nak join PKR.
Masa kempen, dia jadi assistant aku tukang pasang PA system dan jadi tukang buka pintu kereta untuk Ustaz Zul. Bila PR menang di Perak, Kesavan @ Adam Haris jadi kutu SUK, lepak dengan Fauzi Muda. Kerja depa lepak kat kantin. bila orang tegur, depa kata ada appointment dengan MB la, dengan Ustaz Zul la. Jadi semua orang ingat depa ni ada kabel kuat dengan MB. Maka depa jadi broker angin. Auta sana, auta sini.
Bila PR jatuh, depa tak boleh cari makan. Mulai dari situ, Fauzi Muda dan Adam Haris cuba buat kabel dengan Jamal. bila kita dapat tahu, PKR Kuala Kangsar berdepan dengan adam Haris, dan dia menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar. Sejak bila dia jadi EXCO AMK Perak, aku tak tau. Sepanjang yang aku tau, dia tak pernah jadi EXCO AMK Perak. (Yang ni kena tanya YB Yunus)
Adam Haris atau Kesavan ni boleh jadi Muslim atau Hindu bila-bila masa yang perlu. Bila dia masuk program MIC, dia bubuh calit merah kat dahi. Bila dia masuk geng Melayu, dia pakai nama Adam Haris. Nak kenal dia ni, handphone dua tiga biji, tapi semua tak ada kredit.
Hanya beberapa minggu yang lepas, Fauzi  Muda berpakat dengan Arjunan untuk menjatuhkan Ketua Wanita Perak. Ini kerana dendam isteri Fauzi Muda yang juga bekas Ketua Wanita PKR Ipoh Barat, (Laki jadi Ketua Cabang, bini jadi Ketua Wanita).  Bini Fauzi mahu menjadi Ketua wanita PKR Perak, tapi oranag tak suka kerana orang lebih suka kat Kak Wati.
Fauzi berpakat dengan Arjunan dengan menyebarkan SMS bahawa Arjunan pernah ada skandal dengan Ketua Wanita Perak. Dan Arjunan mengaku!!! Punya la busuk hati perut.
Sekarang, Arjunan buat repot polis, Fauzi pun buat repot polis dengan menggunakan Adam Haris. Tiga-tiga tak boleh pakai.
Hari ini dalam Malaysian Insider, Mus buat komen. Tapi komen Mus mendatar. Cari jalan selamat.

SATU LAGI BERITA TIPU MELAYU

INI BUKAN KAVIAT KAUR INI KAVITA SINGH


NAMA GUAN ENG GANTI AGONG - melayau

TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

KAH KAH KAH

woit… TAK HABIS HABIS…BUAT BERITA TIPU.. kah kah kah..

woit… NANTI ADA BERITA LIM GUAN ENG BERSUNAT… kah kah kah..

kah kah kah… NANTI ADA BERITA LIMA GUAN ENG JADI NABI… kah kah kah..

kah kah kah… BY THE WAY WHO GIVE A FLYING FUCK TO RAJA GOPAL…. kah kah kah…

woit… RAJA GOPAL … KALAU NAK MASUK SYURGA… NAK DAPAT BIDADARI…. BUAT LAH AMAL YANG BAIK…. kah kah kah..

kah kah kah… DOA PUNYA DOA INI… TAK MAIN LAAA… kah kah kah

nota:
nanti akan ada berita lim guan eng
kahwin dengan kavita kaur
dan jadi raja selangor kah kah kah

TT.

TPM: Sebut Guan Eng dalam khutbah implikasi besar

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri (kiri, bersongkok) berkata siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

"Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata ada masjid di Pulau Pinang dikesan berbuat demikian pada solat Jumaat minggu lepas.

Muhyiddin berkata bahawa pada masa ini, beliau tidak mendapat maklumat tepat mengenai perkara itu dan hanya mengetahuinya apabila membaca akhbar.

"Saya pun (hanya) baca dalam akhbar, saya tidak mendapat laporan daripada mana-mana pihak tertentu, sama ada kenyataan itu tepat atau tidak. Adakah ia memang dibuat secara betul, dikatakan dibuat di masjid, saya pun kurang tahu.

"Adakah ia dibuat atas kehendak dia atau atas arahan daripada pihak tertentu. Saya percaya ini suatu perkara yang mempunyai implikasi besar," katanya.

Mengulas mengenai manifesto DAP untuk mengambil alih Putrajaya, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai setiap perancangan yang dilakukan oleh parti pembangkang.

"Rakyat boleh menilai sama ada ia munasabah atau gimik semata-mata," katanya.

Beliau berkata ini kerana ada sebahagian daripada apa yang mereka janjikan dalam pilihan raya lepas tidak tertunai kerana ia mempunyai implikasi yang besar daripada segi kewangan.

--Bernama

Nota Utama : TPM pun sama otak kontot bersama menteri pertahanan...hanya Khatib UMNO jerk yg baca doa khusus dalam khutbah ke 2 untuk org KAFIR dan Solat Hajat Untuk Orang Kafir,...!!! Macam kat PRK Hulu Selangor... ha..ha..ha...nak menipu pun agak2 lah..dah lah Banner babit Sultan pun fitnah..nie fitnah atas mimbar lak...adooi...memang dah nak arwah UMNO@APCO nie...!!!

PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG-KATA EZAM KEPADA SAM


“Bagai pucuk di cita ulam mendatang”. Itulah reaksi pertama dari Ezam.

Bagi bekas setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu, inilah peluang baginya untuk menyatakan kebenaran dan mempertahankan setiap patah perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah.
Ezam menegaskan beliau sanggup bersumpah di depan Hakim Mahkamah Syariah bagi membuktikan beliau tidak berganjak dengan kenyataannya sebelum ini mengenai pasangan suami isteri itu sama ada di ceramah, blog dan twitter.

“Ini kerana ianya satu tanggungjawab saya kepada umat yang dilanda fitnah besar gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin,” ujarnya.
Menurutnya, beliau menyerahkan kepada JAWI sebagai pihak berkuasa untuk buat tindakan selanjutnya sesuai peruntukkan undang-undang syariah ekoran laporan Ketua Pemuda PKR itu.
“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya pada pihak JAWI termasuk kesediaan bersumpah di depan hakim mahkamah Syariah,” tegasnya.
Yang menjadi persoalan nanti apakah tindakan bersumpah oleh Ezam di depan Hakim Mahkamah Syariah kelak sudah cukup menguatkan hujahnya tanpa perlu empat saksi seperti ditetapkan syarak?
Selain itu, apabila kes itu dibicarakan, bukan sahaja Wan Azizah akan dipanggil ke mahkamah Syariah tetapi Anwar akan terbabit sama.
Pasti banyak cerita bakal terdedah apabila kes itu dibicarakan kelak.
Mungkinkah ini dimaksudkan Ezam apabila menyifatkan laporan ke JAWI itu ibarat “pucuk di cita ulam mendatang”.
Dalam pada itu Ezam melihat tindakan Shamsul semata-mata untuk terus popular kerana mahu mempertahankan jawatan Ketua AMK Keadilan Pusat hujung tahun ini.

Isu sensitif: Undang-undang rimba tidak lagi relevan

DSC00717PETALING JAYA: Walaupun Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan bagi mengekang tercetusnya sebarang unsur ketegangan dan kebencian antara kaum, namun perkara ini tetap terjadi berulang kali.
Malah akta sedia ada hanya dilihat lebih kepada menyekat perbincangan secara sihat dan terbuka sehingga membenarkan pihak pelampau terus memainkan isu sensitif seperti sentimen perkauman.

Demikian menurut Naib Presiden PKR Azmin Ali semasa mengulas mengenai dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor yang secara terbuka memainkan isu perkauman dalam ucapannya dihadapan pelajar.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, hasutan kebencian perkauman yang terjadi berulang kali merupakan bukti kesan undang-undang ‘rimba’ yang diamalkan selama ini oleh Barisan Nasional (BN).
"BN selama ini memainkan politik perkauman ditambah pula pelaksanaan undang-undang rimba hanya menyebabkan isu sensitif sebegini berlarutan, malah akan jadi lebih parah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Azmin mencadangkan agar Akta Hasutan dan ISA yang terdapat dalam undang-undang rimba digantikan dengan Akta Hubungan Antara Kaum bagi menangani sentimen kebencian antara kaum sekaligus mengalakkan perpaduan dan keharmonian rakyat.
"PKR dan Pakatan Rakyat berpandangan ucapan yang dikeluarkan oleh pengetua terbabit bukanlah satu insiden baru dan masalah sebegini perlu diatasi dengan pendekatan yang tepat dan menyeluruh.
"Kita mahu parti politik pelbagai kaum wujud berdasarkan prinsip keadilan, menghormati hak manusia, demokrasi dan menolak parti politik yang berasaskan perkauman.
Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata rasisme pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.
Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.
Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.
Berikutan itu, Azmin turut mendesak agar pengetua terbabit digantung tugas sementara siasatan dijalankan bagi menyiasat kebenaran dakwaan sedemikian.
"Jika dakwaan itu benar, pengetua terbabit perlu dipecat serta-merta kerana ini melibatkan isu sensitif dan mampu memberi kesan kepada kestabilan negara," katanya.

Korup CJ: Karpal mahu PM bertindak..!! macam mana yerk sebab Gomen pun korup....

kpal Oleh Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP bersuara lantang, Karpal Singh hari ini mendesak Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap Ketua Hakim Zaki Azmi yang "korup" dan bersikap hipokrit dalam menghadapi tuduhan rasuah terhadap dirinya ketika menjadi peguam pada sekitar tahun 1980an.
Dalam serangan terbaru, Karpal mendakwa "beliau ada kelemahan peribadi" apabila Zaki memberi amaran bahawa beliau "tidak akan bersimpati dengan mereka yang terlibat dengan rasuah" seperti yang beliau sebut pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Mahkamah Persekutuan pada 11 Jun lalu.

Beliau berkata, beliau telah memfailkan aduan terhadap Zaki di bawah Kod Etika Hakim 2009 yang baru dibentuk, dihantar dengan tangan ke pejabat Ketua Hakim di Putrajaya.
Berdasarkan aduan ini, beliau berkata Yang Dipertuan Agong, atas nasihat perdana menteri, mesti melantik sebuah tribunal mengikut Klausa (4), Perlembagaan Persekutuan untuk memecat hakim itu dari pejabatnya.
Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat banyak kelemahan dalam perkara ini, kerana ketua hakim berhak untuk melantik ahli-ahli jawatankuasa untuk membolehkan siasatan dilakukan.
(Tapi) ketua hakim tidak boleh secara undang-undang menentukan sama ada terdapat merit dalam aduan terhadapnya," kata Karpal, merujuk kepada Seksyen 3 Kod Etika Hakim.
"Merujuk kepada Seksyen 5 Akta ini, adalah wajar seorang ketua hakim Malaysia yang bersara (mana-mana hakim Mahkamah Persekutuan termasuk dalam kategori ini) untuk membuat keputusan tentang aduan ini.
"Meskipun begitu, perkara ini harus diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana "tidak ada sesiapa yang harus menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan dirinya"," kata Karpal.
"Saman saya jika saya salah"
Menjelaskan mengenai aduan itu, Karpal berkata, kenyataan terbaru Zaki bercanggah dengan perbuatannnya sendiri kerana mendakwa secara terbuka melakukan rasuah (memberi sogokan) di Kuching pada 7 November 2008.
Memandangkan hal ini, ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, Zaki secara sah melanggar Seksyen 7 (8) Kod Etika Hakim 2009 yang menyebut:
"Seorang hakim tidak harus mengambil sikap yang tidak layak sebagai seorang hakim atau yang membawa atau yang dianggap membawa nama buruk kepada pejabatnya sebagai hakim."
Karpal menambah, perbuatan ini juga melanggar Seksyen 8 (7) Kod Etika Hakim 2009 yang menyebut: "Seorang hakim tidak harus mengambil apa-apa tindak tanduk yang boleh mencemarkan nama baik di pejabatnya sebagai seorang hakim."
"Beliau (Zaki) harus menjadi orang terakhir untuk terlibat dalam majlis penyampaian anugerah itu.  Dengan berbuat demikian, secara jelas beliau telah memperlihatkan kelemahan peribadi beliau yang boleh dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2009.
Kalau tidak, beliau boleh dirujuk kepada sebuah tribunal di bawah Klausa 4, Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan memecat beliau dari badan kehakimanan," katanya.
Melancarkan satu lagi serangan terhadap Zaki, Karpal secara sindir berkata, Zaki sepatutnya menjadi "orang terakhir untuk memberi amaran kepada mahkamah tentang rasuah.
Beliau juga seorang yang korup, ia sangat mudah.  Orang yang terlibat dengan rasuah tidak berhak untuk menuding jarinya kepada orang lain kerana empat jari lagi menuding ke arah dirinya sendiri.
Dan Karpal bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika dakwaan yang dibuat adalah sebaliknya.  Beliau boleh menyaman saya, saya bersedia," ujar beliau.
Karpal, pada masa lampau pernah membuat beberapa percubaan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan beliau tetapi SPRM tidak pernah melakukannya.
Beliau juga membuat laporan polis terhadap Zaki tapi tidak ada satu pun kenyataannya yang dibawa ke tengah.
"Tidak lebih dari itu. Tidak ada sesiapa yang mahu berjumpa dengan saya.  Saya mencabar mereka untuk mengambil kenyataan saya tapi mereka tidak datang.  Tetapi jika mereka mahu menahan saya, selalu mereka datang," katanya dengan berseloroh.
Zaki, pada satu segi, dilaporkan menafikan dakwaan terlibat dengan sogokan apabila beliau bertugas sebagai peguam pada sekitar tahun 1980an.

Melayu, India ditindas oleh sektor swasta di PP

pp Oleh Qayum Rahman
PETALING JAYA: Sikap perkauman kaum Cina di Pulau Pinang lebih jelas kelihatan sekarang ini sehingga mengakibatkan golongan Melayu dan India terus ditindas dalam menceburi bidang swasta.
Timbalan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Azmi Merican berkata, masalah sentimen perkauman pekerjaan swasta yang digunakan oleh kaum Cina telah lama berlaku di Pulau Pinang dan kebanyakan orang Melayu serta India tidak diberi peluang untuk menceburi sektor swasta kerana syarat yang dikenakan tidak munasabah.

"Antara syarat yang diwajibkan sektor swasta di Pulau Pinang adalah pemohon perlu fasih berbahasa Cina dan kebanyakan jawatan yang diiklankan khas untuk kaum Cina sahaja.
"Banyak jawatan tertulis dalam akhbar yang mengenakan syarat sedemikian hingga menyebabkan penindasan secara halus berlaku kepada kaum Melayu dan India di Pulau Pinang," ujarnya.
Beliau berkata, walaupun ada kaum Melayu dan India yang mempunyai kriteria seperti ditetapkan, tangga gaji bagi jawatan yang sama dengan kaum Cina akan dibezakan kerana menggunakan kuasa perkauman untuk membezakan taraf kedudukan.
Sektor swasta amal perkauman
"Sekarang ini kaum Cina baru menguasai sektor swasta di Pulau Pinang tetapi sudah mengamalkan dasar perkauman yang ketara.
"Kaum Cina selalu menyentuh mengenai ekuiti Bumiputra tetapi Melayu tidak pula banyak menyentuh isu perkauman yang diamalkan dalam sektor swasta," jelasnya.
Azmi berkata, apabila kaum Cina mengamalkan dasar perkauman, ianya tidak dipertikaikan tetapi kaum Cina sekarang ini sentiasa tidak berpuas hati terhadap kaum Melayu hingga sengaja mempertikaikan pelbagai dasar yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.
"Jika kaum Melayu dan India tidak melihat tamparan perkauman yang digunakan oleh kaum Cina, kedua-dua kaum ini akan sentiasa dibelakangkan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Katanya, kelebihan kaum Cina dalam sektor swasta adalah kerana pemilik syarikat swasta rata-ratanya adalah terdiri daripada kaum Cina sendiri.
"Sepatutnya pemilik syarikat kaum Cina perlu memberi peluang yang sama rata tanpa menindas kaum lain dalam melaksanakan tugas.
"Isu ini bergantung kepada pemilik-pemilik syarikat swasta untuk melakukan perubahan yang adil kepada semua pihak," katanya.
Penganalisis Politik USM Dr Sivamurugan Pandian berkata, permasalahan kaum India dan Melayu dalam menceburi sektor swasta di Pulau Pinang perlu diselesaikan segera supaya tiada perbezaan taraf sehingga menyebabkan masa depan kaum lain terjejas.
"Mana-mana kaum yang berkuasa dalam sektor apa sekalipun perlu memberi kerjasama kepada semua pihak tanpa membezakan kaum dalam memberi pekerjaan bagi melaksanakan tangungjawab secara bersama.
"Kaum Melayu yang menguasai sektor kerajaan juga haruslah menyediakan banyak peluang pada kaum lain terutamanya kepada kaum Cina dan India,"jelasnya.
Dr Siva berkata, institusi swasta perlu berubah peranan dari bersikap sedemikian kerana negara ini adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa untuk bersatu.
Sikap prejudis
"Jika sektor swasta terus mengamalkan sikap prejudis, perkara ini akan berlarutan dan membimbangkan," katanya.
Nazbina Ghazali seorang pekerja swasta berkata, tindakan membeza kaum amat ketara berlaku dalam sektor swasta hinggakan kaum lain seperti Melayu dan India gagal maju ke hadapan menjawat jawatan lebih tinggi dalam sektor tersebut walaupun mempunyai banyak kelebihan berbanding kaum Cina.
"Ramai kaum Melayu dan India telah bekerja bertahun-tahun dan mempunyai kelebihan untuk menjawat jawatan lebih tinggi, tetapi masih tetap ditahap yang lama kerana kaum Cina yang tidak mempunyai pengalaman dan kelulusan diberi keutamaan menjawat jawatan tertinggi.
"Saya pernah mempunyai pengalaman dimana ketika ditemuduga, soalan pertama yang ditanyakan adalah, adakah anda boleh bercakap bahasa Cina? Majikan tersebut juga akan menyatakan syarikat mereka memerlukan seseorang yang fasih berbahasa Cina untuk memudahkan percakapan bersama majikan lain," katanya.
Edmand Steven Grumach pekerja swasta juga berkata, sesetengah individu India dan Melayu di Pulau Pinang mengalami masalah untuk hadir temuduga di dalam sektor swasta kerana kebanyakan syarikat besar termasuk sektor perkilangan mengenakan syarat yang sama iaitu memerlukan pengetahuan berbahasa Cina.
"Jika ada jawatan yang rendah, syarat seperti itu tidak pula dikenakan dan ianya jelas menunjukkan sikap perkauman untuk memberi jawatan tertinggi kepada kaum Cina.
"Sebagai pekerja swasta, saya berharap agar syarikat swasta di Pulau Pinang tidak akan membezakan kaum supaya peluang pekerjaan dapat diberikan secara sama-rata," ujarnya

Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi

GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.
"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.
Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.
Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.
Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.
Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.
"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.
Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.
Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.
"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini.  Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

Isu khutbah: Kerajaan negeri nafi, bantah keras dakwaan Umno Pulau Pinang..

August 20, 2010
Umno mendakwa nama Lim digunakan sebagai ganti kepada Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah solar Jumaat. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Kerajaan negeri  Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam.
“Ini kerana teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.
“Kerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut,” kata Abdul Malik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Malah, peraturan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan jelas menyebut jika terdapat pentadbiran masjid ingin menjemput para khatib jemputan, mereka  perlu mendapat kelulusan jabatan itu terlebih dahulu  sebelum dibenarkan membaca khutbah. “Saya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit, bagi menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam, pihak-pihak tertentu sedang mencuba untuk mensabotaj kerajaan negeri melalui  isu ini pula,” katanya.

NOTA UTAMA :  kalau betullah ada Khatib di Pulau Pinang sebut nama Lim Guan Eng dalam khutbah kedua..sah Khatib tue KAFIR...dan bekas pelajar Sekolah UMNO@APCO !!!!

Khutbah, Khatib Bebal Umno


Panglima-panglima brutal malang Umno ketandusan isu untuk dijadikan modal pusingan menghentam kerajaan negeri. Itulah sebabnya berita tepi longkang akan diriuhkan oleh Umno.

Inilah yang berlaku dengan isu nama Lim Guan Eng menggantikan nama Agung dalam khutbah jumaat. Berita yang entah apa-apa, yang pentingnya terlebih dahulu diriuhkan segenap penjuru oleh panglima-panglima brutal malang Umno, betul tak betul, belakang kira. Maka diulas-ulas supaya keriuhannya menyelubungi alam.

Kalau ada pun mungkin khatib bebal malang terasuk dengan Umno akan menyebut nama Lim Guan Eng dalam Khutbah jumaat supaya dapat dijadikan modal dan ingin menyakitkan hati pendengar. Kalau ada, kita juga ingin mendengar juga bunyi khutbah itu.

Jadinya Umno tu tetap malang. Kalau nak perang pun carilah peluru yang betul, bukannya peluru getah dan bukannya biji getah, barulah menjadi.

Zahid Menipu Di Bulan Ramadhan? Ha..ha.. menteri tak pose le...!!!


Khutbah: K'jaan negeri nafi nama Lim ganti Agong

Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media pagi ini, Abdul Malik juga berkata kerajaan negeri serta JAIPP tidak menerima sebarang arahan lisan mahupun bertulis untuk menukar nama tersebut dalam teks khutbah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

Kenyataan rasis: Selepas Johor, pengetua di Kedah didakwa hina pelajar..apa hal Kementerian TPM nie..???

August 20, 2010
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Ketika isu kenyataan rasis pengetua di Johor masih ‘panas’ manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan sebuah jawatankuasa menyiasat kes itu, seorang pengetua di Kedah didakwa mengeluarkan kata-kata menyinggung pelajar bukan Melayu.
Kenyataan rasis melibatkan pengetua di Kedah dikeluarkan minggu lalu.
Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya “pulang ke  China”.
Sehubungan itu beliau meminta pentadbiran Najib mengambil tindakan disiplin.
Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur  murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan
Kata beliau, pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormnati budaya kaum lain.

Pakatan Rakyat memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno

KENYATAAN MEDIA
20 OGOS 2010


Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA