Khamis, 19 Ogos 2010

Soalan peguam SPRM menjengkelkan banyak pihak

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Cara Ketua Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Abdul Razak Musa menyoalbalas Pakar patalogi Thailand,  Dr Pornthip Rojanasunand dalam inkues Teoh Beng Hock semalam menjengkelkan banyak pihak.

Dr Pornthip sendiri melepaskan kejengkelannya terhadap Abdul Razak Musa dalam soal balasnya sehingga bertanya kepada koroner, "Apakah dia ini seorang peguam."

Soalan-soalan beliau juga membangkitkan kejengkelan juga di kalangan pemerhati yang memenuhi mahkamah koroner itu.
(Gambar: Abdul Razak dalam kereta ketika meninggalkan perkarangan mahkamah Shah Alam semalam)
Antaranya Dr Dzulkefli Ahmad, anggota Palrlimen Kuala Selangor.

"Bayangkan pelawak ini akan menjadi seorang hakim satu hari nanti...Oh Tuhanku, selamatkanlah Malaysia," tulis beliau dalam twitter yang dihantar dari dalam mahkamah.

"Maaflah, pelawak ini peguam SPRM...padanlah (nama baik) SPRM dalam situasi sekarang," tulis beliau lagi.

Dr Dzulkefli ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejengkelan ini berlaku kerana cara Abdul Razak menyoal kelihatan tidak profesional dan cuba mengaibkan saksi yang akhirnya memalukan beliau sendiri.

Ini ekoran soalan yang bukan-bukan ditanya oleh Abdul Razak termasuk mencabar kewibawaan saksi itu dengan berkata dia bukan seorang pakar di Malaysia kerana tempat universiti beliau belajar tidak diiktiraf di Malaysia.

Pornthip menjawab bahawa universiti tempat beliau belajar iaitu Mahidol University adalah satu daripada lima yang terbaik di Asia. Jawapan ini menyebabkan mereka yang berada di mahkamah memberikan tepukan dengan jawapan itu.

Menurut laman web Topuniversities pada tahun 2010, Mahidol University berada tempat ke 28 di Asia manakala universiti terbaik Malaysia iaitu Universiti Malaya berada di tangga ke 42 iaitu di atas sedikit dari universiti kedua di Thailand, Chulalongkorn University yang berada di tempat ke 44.

Menurut laman itu,  universiti di Malaysia yang tersenarai dalam 200 universiti terbaik di Asia adalah Universiti Malaya  tempat ke 42, Universiti Kebangsaan Malaysia (58), Universiti Sains Malaysia (69), Universiti Putra Malaysia (77), Univeriti Teknologi Malaysia (82), Universiti Islam Antarabangsa (151).

Di Thailand pula, universiti yang tersenarai adalah Mahidol University tempat ke 28, Chulalongkorn University (44),  Chiang Mai University (79), Thammasat University (91) Prince of Songkla University (101), Khon Kaen University (122) dan Kasetsart University (126).

Dalam soalbalasnya, Abdul Razak juga berkata, kemungkinan mangsa mencekik dirinya sendiri dan bukan dicekik oleh orang lain sebelum terjun.

Menurut Dr Dzulkefli (gambar) yang sebelum ini adalah pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia sebelum menyertai politik, jawapan Dr Pornthip yang banyak dipertikai oleh Abdul Razak memang wajar kerana patologi bukan sesuatu yang kuantitatif seperti toksikologi tetapi ia lebih kepada kualitatif yang boleh berubah berdasarkan fakta.
"Jawapan dia sebelum bedahsiasat kedua 80 peratus dibunuh adalah berdasarkan fakta ketika itu. Lagipun, pandangan pakar dalam patologi boleh berbeza antara satu sama lain berdasarkan sudut pandang mana yang diambil," katanya.
Menurut Dr Dzulkefli, apa yang dilihat oleh Dr Porthip adalah kecederaan pada laher yang boleh disebabkan oleh objek tumpul yang dihentak kepadanya di samping tidak ada bukti yang jelas kecederaan pada tangan dan kaki mangsa.
"Menurut buku, jika mangsa jatuh dalam keadaan sedar, kaki dan tangan mangsa akan cedera teruk kerana mangsa akan cuba menjaga badan yang lain apabila jatuh ke tanah menyebabkan kaki dan tangan yang cedera teruk...Dalam kes ini Dr Pornthip melihat tidak ada bukti yang jelas di situ, sebab itu dia membuat kesimpulan mangsa cedera atau tidak sedarkan diri ketika jatuh," terang Dr Dzulkefli.

Koh mahu tindakan segera diambil jika benar hina kaum

August 19, 2010
Koh menolak bahawa kes tersebut membuktikan kegagalan konsep 1 Malaysia. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu tindakan segera diambil ke atas pihak terlibat sekiranya benar dakwaan kes menghina kaum berlaku. Beliau berkata sekalipun insiden itu dilihat sebagai terpencil, perkara seumpama tidak boleh dibenarkan berlaku dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan kes itu adalah bukti konsep 1 Malaysia gagal.
“Sepertimana wujudnya kes kemalangan di jalan raya, satu kemalangan tidak bermakna jutaan pemandu tidak memandu dengan cermat. Itu kita tak patut jadikannya sebagai satu kesimpulan terhadap apa yang disifatkan sebagai kegagalan 1 Malaysia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau sebelum itu diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam yang antara lain menyebut seorang pengetua sekolah didakwa telah mengeluarkan kenyatan berunsur perkauman terhadap pelajar kaum lain di sebuah sekolah di Kulai Jaya, Johor.
Koh berkata perkara seumpama tidak akan berlaku jika semua pihak menghayati prinsip Rukun Negara dan semangat 1 Malaysia.
Mengulas mengenai gesaan Pemuda Barisan Nasional agar pihak terlibat dikenakan tindakan tegas, Koh berkata jika benar insiden itu berlaku tindakan harus selaras dengan tahap seriusnya kes tersebut.
Beliau berkata jika kes seumpama terus berlaku, kerajaan mungkin perlu menyediakan garis panduan untuk rujukan pihak sekolah bagi menangani isu itu.
“Kes ini perlu dijadikan pedoman dan peringatan bahawa kita tidak boleh memandang ringan kerana ia mungkin berlaku...walau satu kes sekalipun ia sepatutnya tidak berlaku,”katanya. — Bernama

Pakar: Peraturan industri media sudah berubah

Firma gergasi media kini berdepan dengan masalah kepupusan apabila mereka bergelut dengan cabaran baru di pasaran yang semakin berhubungan di peringkat global.

Menurut pensyarah University of Birmingham, Paul Bradshaw, firma-firma berkenaan kini terpaksa menjadi lebih cekap dan mengurangkan tenaga kerja. Semua ini menyebabkan syarikat media cetak dan media elektronik tersepit mencari model perniagaan masa depan mereka.

"Sebagai entiti perniagaan, mereka mesti cekap dan tidak mempunyai pekerja berlebihan, tetapi mereka dibelenggui oleh legasi mereka sebelum ini,” katanya pada seminar media online di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Bradshaw, firma-firma besar menyedari kemelut itu dan berusaha menukar rentak serta model perniagaan mereka dengan melupuskan aset utama seperti kilang mencetak tetapi ini mungkin agak rumit dilakukan.

Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran pula berkata globalisasi telah menukar asas yang menjalankan perniagaan media.

Kat
anya, 90 peratus pendapatan dari iklan yang sebelum ini diboloti oleh media arus perdana telah lari ke firma bukan media seperti Google dan Yahoo berikutan jangkauan global mereka yang tidak mengenali batasan atau sempadan.

Premesh juga berkata saingan di kalangan syarikat media juga tidak lagi bersifat tempatan kerana pilihan pengguna juga telah berkembang secara eksponen di internet.

"(Masa untuk) syarikat media gergasi sudah berakhir, mereka sudah mati,” katanya pada sesi soal-jawab.

Bukan Diri Saya Tetapi Malaysia Yang Dibicarakan

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bukan dirinya yang dibicarakan dalam kes Fitnah II tetapi badan kehakiman dan sistem perundangan negara ini sebenarnya yang diletakkan dalam kandang orang salah dan sedang 'dibicarakan'.
Anwar menegaskan rakya Malaysia tidak lagi  tinggal di dalam 'zaman gelap' di mana undang-undang dan hukuman itu hanya dimilki oleh segelintir kelompok elit sahaja.
Namun, baginya hikmah prosiding kes Fitnah II terhadap beliau sebenarnya tekah berjaya membuka mata dan minda rakyat Malaysia yang mengikuti setiap aspek perbicaraan dengan teliti dan serius dan seterusnya setiap tindakan pihak pendakwaan dan keputusan hakim dijadikan perbincangan, topik perbualan dan perdebatan hangat di kalangan orang awam dan juga pengamal undang-undang berkenaan perjalanan kes tersebut.
"Kebenaran harus ditegakkan, dan hakim tiada pilihan selain daripada menangguhkan perbicaraan ini, apatah lagi dengan niat jahat. Kita kena faham dan realistik dengan sistem yang ada. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah tentu kita mengharapkan keadilan yang hakiki.
"Saya optimis, bukan kerana saya tidak percaya kepada sistem ini, tetapi keadilan akan dapat ditegakkan. InsyaAllah," kata Anwar diperkarangan Mahkamah Tinggi Isnin lalu.
Beliau bercakap kepada media selepas keputusan penangguhan perbicaraan kepada 20 September sementara menunggu keputusan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pihak pasukan pembelaan untuj menggugurkan kes.
Mohamad Zabidin ketik membenarkan penangguhan prosiding berkata walaupun keputusan yang diberikan merupakan prinsip yang terpakai, tetapi keputusan itu merupakan satu contoh tertentu daripada keadaan istimewa.
Dalam kes ini, katanya seandainya rayuan pemohon dibenarkan, tuduhan terhadapnya juga akan gugur.
"Dalam hal yang demikian jika pendengaran masih diteruskan, segala usaha, masa, dan juga perbelanjaan yang membabitkan pihak pendakwa dan pihak yang membela diri atas pertuduhan yang kemudiannya dibatalkan, akan menjadi sia sia.
"Tetapi keputusan harus bererti dalam isu ini, iaitu kuasa dalam mahkamah yang di bawa adalah diasaskan atas dakwaan yang melibatkan integriti perbicaraan itu sendiri. Jadi, adalah lebih adil sekiranya ia diselesaikan terlebih dahulu oleh Mahkamah Rayuan sebelum perbicaraan diteruskan. Ini sebagai suatu keadaan istimewa yang memerlukan prosiding bagi menunggu keputusan rayuan.
"Oleh itu, permohonan penangguhan prosiding bagi menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan adalah dibenarkan," kata Mohamad Zabidin ketika membacakan keputusannya.
Peguam Sankara Nair menjelaskan, penghujahan pasukan pembelaan adalah kukuh di mana rayuan bagi permohonan pengguguran pertuduhan masih belum didengar di Mahkamah Rayuan.
"Kita belum tahu lagi bila Mahkamah Rayuan akan memutuskan penghakimannya. Ianya sekurang-kurangnya akan mengambil masa dalam satu atau dua bulan. Sekirannya rayuan dibenarkan, ini (perbicaraan) akan menjadi sia-sia kerana kes ini akan memakan masa dan kos sementara menunggu permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan.
"Keputusan ini agak mengejutkan, namun melegakan. Sebelum ini, tidak pernah sekali pun permohonan kita dibenarkan. Sekurang-kurangnya kita ada sedikit masa untuk membuat persediaan bagi menghadapi prosiding dalam Mahkamah Rayuan dan kemudiannya prosiding bagi perbicaraan akan disambung semula," kata Sankara.

Bekas Pengawal Peribadi Wan Azizah (Kak Jem) Meninggal Dunia

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 19 Ogos - Aktivis reformis, Jamilah Othman yang juga bekas pengawal peribadi Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali ke rahmatullah tengahari tadi akibat menderita kanser serviks.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Kak Jem dikalangan reformis, ahli parti serta sahabat handai sebelum ini dirawat di kediaman rakannya yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Kelang.
Allahyarham di bawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Paya Pulai, Segamat, Johor untuk dikebumikan sebelum solat maghrib hari ini.
Beliau tidak pernah berkahwin dan merupakan bekas anggota polis berpangkat Sarjan di dalam Unit Juruiring kepada isteri Timbalan Perdana Menteri.
Ketika dihubungi, Dr Wan Azizah berkata Kak Jem merupakan kakitangan dan reformis yang komited kepada perjuangan menuntut keadilan.
"Kehilangan beliau sangat besar dan dirasai kerana Allahyarham berdamping dengan saya semasa saya masih lagi menjadi isteri Timbalan Perdana Menteri. Beliau menjaga saya sejak 1995 dan kemudiannya meletak jawatan pada 1998 dan seterusnya menjadi pengawal peribadi saya setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat.
"Beliau memberikan sumbangan besar kepada saya dan keluarga dengan berkorban masa dan tenaga untuk tinggal bersama-sama saya," kata Dr Wan Azizah.
Al Fatihah

Guan Eng: Dakwaan nama saya disebut dalam khutbah Jumaat tak benar

August 19, 2010
Lim berkata Ahmad Zahid patut minta maaf jika dakwaan beliau dibuktikan tidak benar. — gambar fail
PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini.
Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini.
“Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau.
Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka.
“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.
Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh  dan Jelutong.
The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri  yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan  bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya’ Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan.
“Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri,” kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan.
“Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan,” katanya.

PAS kesal SPRM enggan siasat MAS

pic salahuddin-mas Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Pusat Salahuddin Ayub meluahkan rasa kesal terhadap keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerugian sebanyak RM8 bilion yang dialami oleh Malaysia Airline System (MAS).
"Alasan SPRM bahawa kes ini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan SPRM tidak mempunyai kuasa, tidak boleh diterima," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini, selepas mengadakan pertemuan dengan SPRM.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerugian MAS ini telah berlaku hampir 10 tahun yang lalu tapi pihak berkuasa masih berdolak dalih bagi melengahkan siasatan.
"Saya amat kecewa dengan alasan yang diberikan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustapa Ali yang langsung tidak membantu untuk menyelesaikan penyelewengan MAS ini," katanya.
Ujar beliau, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Tun Razak perlu memain peranan menyelesaikan kemelut MAS dengan segera supaya ia akan menjadi ikhtibar kepada semua pihak.
Dua PM tidak siasat
"Dah dua perdana menteri yang bergelar Tun gagal menyelesaikan isu kerugian MAS ini, tak kan Najib pun turut melindungi dalang disebalik kerugian besar ini," ujarnya.
Salahuddin berkata, beliau akan menunggu jawapan daripada pihak SPRM kepada dokumen yang diserahkan dan jika SPRM masih gagal, perkara tersebut akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Yang Dipertuan Agong.
"Saya selaku ahli parlimen yang mempunyai hak akan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk melakukan penyiasatan terhadap kes kerugian MAS ini.
"Dalam perbincangan tadi, saya juga mengesyorkan kepada SPRM supaya memohon dipinda Perlembagaan Negara agar memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM.
"SPRM selalu memberi pelbagai alasan dengan menyatakan pihaknya tidak dapat mendakwa orang yang tertuduh kerana kuasa pendakwaan adalah dibawah Peguam Negara," katanya.
Salahuddin sebelum ini mendakwa bahawa pendedahan maklumat sulit berkenaan kerugian RM8 bilion daripada SPRM kepada polis menyebabkan bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli yang bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut masih tidak didakwa.
“SPRM telah mendedahkan dokumen butiran yang diberikan oleh MAS kepada PDRM untuk membantu Tajuddin supaya beliau tidak akan disiasat. Ini bertentangan dengan Akta SPRM,” ujar beliau.
MAS mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika Tajuddin menerajui syarikat berkaitan kerajaan itu di antara tahun 1994 hingga 2001 sebagai pengerusi eksekutif.

Kehilangan telefon pesakit cetuskan piket di hospital

Sukar dipercayai, kehilangan telefon bimbit seorang pesakit bernilai RM150 hari ini mencetuskan piket di hospital Assunta Petaling Jaya.

Tindakan 35 kakitangan hospital berpunca daripada kemarahan mereka apabila pihak sumber manusia hotel itu membuat laporan polis terhadap seorang jururawatnya sendiri - tindakan yang dianggap keterlaluan dan memalukan.

Setiausaha Kesatuan Sekerja Hospital Assunta M Krishnan berkata, mereka mahukan hospital berkenaan memohon maaf isu tersebut sewajarnya boleh diselesaikan di peringkat dalaman terlebih dahulu.

"Kenapa hanya sebahagian kecil daripada kami dibawa ke balai polis untuk soal-siasat? Kenapa tidak semua yang bertugas malam itu diangkut bersama?" katanya mempersoalkan tindakan majikan mereka.

Menceritakan versinya tentang kejadian pada 28 Julai lalu itu, Krishnan berkata selepas dipanggil mengadap siasatan dalaman pada hari yang sama, pihak pengurusan hospital membawa dua jururawatnya ke balai polis Sea Park untuk tujuan siasatan.

Dalam piket sejak bermula 1 tengah hari tadi, aktivis kesatuan itu membawa sepanduk tertera "Assunta hormat kakitangan","henti aniaya pekerja" dan "kesatuan pekerja kecam layan kurang adil pihak pengurusan".

Mereka melaungkan kata-kata mengecam tindakan pihak pentadbiran tersebut.

Suasana di luar perkarangan hospital hingar bingar dengan pelbagai jenis kenderaan membunyikan hon menyokong tindakan kesatuan tersebut.

Kelihatan lima anggota polis bertugas ditempatkan di luar perkarangan bangunan bagi mengawal keadaan.

Sementara itu pihak hospital berkenaan pula tampil mempertahankan tindakan mereka dan tidak akan membuat sebarang permohonan maaf kerana ia "tidak perlu" sama sekali.

"Ia adalah normal membuat laporan polis dalam kes sebegini," katanya pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) hospital itu Chong Yee Mun.

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah

August 19, 2010
Nik Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk mengawal manusia. — gambar fail
KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah. Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.
Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.
“Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini.
Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu “Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam” oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; “Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan” oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah” oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.
Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.
Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.
Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.
Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.
“Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina,” tegas beliau. — Bernama

'Pindaan Akta Pekerja hanya untungkan majikan'

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan menghentikan kesemua pindaan akta yang melibatkan kepentingan pekerja kerana ia didakwa lebih menindas dan mengurangkan hak-hak sedia ada mereka.

Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim (kanan) mendakwa, cadangan pindaan Akta Pekerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 itu hanya memberi kelebihan kepada majikan.

"Rakyat menderita kerana hak mereka akan ditarik balik," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur.

"(Kita) kembali ke zaman penghambaan sedangkan kita mengganggap pekerja sebagai tulang belakang negara dan bukan komoditi."

PSM sebaliknya mendesak kerajaan sekali lagi memperkenalkan akta gaji minumum, pendaftaran autormatik dalam kesatuan sekerja dan mengutamakan gaji pekerja daripada pembayaran hutang syarikat.

Dalam sidang media yang sama, ahli jawatankuasa PSM V Selvam mendakwa cadangan pindaan itu dibuat dengan tidak mengambilkira pandangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan NGO terbabit.

Menurut Selvam (kiri sekali), antara cadangan pindaan yang harus ditolak antaranya dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 didakwa membenarkan majikan melewatkan pembayaran gaji kerja lebih masa sehingga tempoh 30 hari.

"Sekarang ini, gaji lebih masa dibayar dalam tempoh tujuh hari. Kebanyakan pekerja di Malaysia bergantung kepada gaji itu supaya tanggungan mencukupi," katanya.

Manakala, dalam Seksyen 60A akta yang sama pula didakwa membenarkan majikan menentukan waktu bekerja yang "tidak munasabah" apabila pekerja boleh memulakan tugas seawal jam 5 pagi, dakwanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji minimum, Dr Nasir berkata cadangan jumlah RM1,500 yang diperjuangkan mereka amat bersifat anjal.

Beliau yang juga Adun Kota Damansara berkata, dalam keadaan ekonomi tertentu, seperti inflasi atau peningkatan taraf hidup, nilainya harus berubah.

"(Tetapi) ia tidak boleh dikurangkan daripada jumlah tersebut," jelasnya.

Kenyataan balas terhadap Menteri Pertahanan Malaysia — Nurul Izzah Anwar

19 OGOS – Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

Mufti Perlis: Tulisan Nakhaie Ahmad palsu, hasutan ganas

August 19, 2010
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya  menyifatkan tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim edisi Ogos sebagai  “tuduhan palsu dan hasutan ganas” untuk menentang Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, beliau berkata perkara itu timbul setelah sebelumnya Seminar Pemikiran Islam diadakan di universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis, yang telah dirasmikan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk.
“Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam,” kata beliau.
Kata Juanda, majalah Milenia Muslim dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan.
“Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara.
“Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.
“Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia,” kata beliau.
Tambah beliau, Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.
“Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan ketua  agama Islam bagi negeri ini.
“Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Tambah beliau, Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.
Semalam, lima pertubuhan bukan kerajaan di Perlis membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk “Penyelewengan Wahabi” yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.
Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Nakhaie dalam majalah Milenia Muslim, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.
Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah “Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang,” adalah keterlaluan.
Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

Isteri Jailani Raja Azmi ditahan polis selepas buat laporan..tak pe bik mama akan tolong..he.he.!!

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.
Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.
“Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini dua kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya.
“Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya,” kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.
Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.
Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. — Bernama

Mahasiswa Islam pula kecam Chua

Sekumpulan persatuan mahasiswa Islam hari ini menghantar memorandum menuntut Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek menarik balik kenyataannya yang didakwa menghina sistem pentadbiran dan kewangan Islam.

Me
morandum daripada sembilan persatuan itu diserahkan oleh presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Hasan kepada seorang pembantu Chua pada jam 3.00 petang di ibu pejabat parti itu ibu negara.

Menurut Ahmad Syazwan (kanan), kenyataan Chua yang dikatakan mendakwa negara Islam mundur, tidak membangun dan tidak progresif serta kenyataannya mengenai mata wang Syariah telah "mengganggu sensitiviti umat Islam".

"Kita anggap, beliau tidak faham (mengenai perkara ini). Ini satu penghinaan terhadap Islam dan mengganggu sensitiviti umat Islam," katanya.

Pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA di Alor Star 6 Ogos lalu, Chua dilapor memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam.

Manakala pada 14 Ogos, Chua dilaporkan mendakwa pelabur khuatir sekiranya PAS melaksanakan sistem wang syariah sekiranya berjaya menjadi parti pemerintah.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad Syazwan juga, secara sinis juga menjemput Chua menghadiri forum penerangan berhubung sistem pentadbiran dan ekonomi Islam yang akan dianjurkan mereka.

"Kita akan buat pada bila-bila masa dan di mana-mana universiti," katanya sambil mencabar Chua berdebat sekiranya beliau enggan menarik balik kenyataannya.

Antara yang hadir pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM)

HARUSSANI nih dah macam EZAM dan SAYFOOL lah...

Kalau takat cakap... Aku leh cakap!

Najib makan rasuah... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Rosmah tak mandi pagi... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Jamil Khir liwat sayfool... aku leh cakap? tapi aku mufti ke?

Tapi ini semua cakap-cakap... alah macam HARAMSANI dok canang! Macam EZAM dok fitnah dan macam SayFOOL dok jaja cerita...

Inilah Mesia! Kalau UMNGOK punya balaci cakap kompem dibesar2kan... tak kirelah FITNAH DUNIA atau FITNAH AKHIRAT hantam saja...

Kalau Ezam leh cakap die ada 6 kotak rahsia tapi sampai Laaaa nih tak bawak keluar watpe? Sekadar cakap je lah!

Kalau Sayfool dok canang dia kene liwat sampai lebam Jubuq tapi takde kesan tusukan nak watper? Sekadar cakap jelah..! Ye dak...

Tapi bila tang Haramsani... Dia kata dia ada terima Perlembagaan baru! Tapi sekadar cakap jugak! Tak dak bawak keluar pun!?

Hmmm sekadar cakap...! Aku nak cakap sikit kat hangpa nih... HARAMSANI n ZAMBRI Mugebe tu ada skandal... Aku ada gambar! Sape ndak!?

3SEKAWAN!! BARUA UMNO!
Dan terakhir sekali nak bagi lengkap barua 3 orang nih... aku cadang Harussani BERSUMPAH MUBAHALAH... kahkahkah Ade Beran macam 2 lagik kawan dia nih?

Lagi pengacara "dipancung" ...kini giliran stesen radio 98.8

Pengacara rancangan call-in "Say Hi to Malaysia" di stesen radio 98.8, Jamaluddin Ibrahim terpaksa "digugurkan" dari rancangan pada hari ini, lantaran daripada "tekanan politik".  Jamaluddin diarahkan oleh stesen 98.8 untuk "mengambil cuti" mulai hari ini, dan tarikh tamatnya tempoh cuti ini masih tidak diketahui.
Dengan kata lain, pengacara keturunan Melayu yang terkenal dengan kefasihannya untuk bertutur dalam bahasa Cina ini, terpaksa menyusul jejak langkah pengamal media elektronik sebelum ini, termasuk Joshua Wong, Chou Z Lam dan Tan Ean Nee untuk mengundur diri.
Suara Jamaluddin Ibrahim (gambar kanan) tidak lagi kedengaran dalam rancangan pada pagi ini, yang berlangsung antara jam 8 hingga 10 pagi, dari Isnin ke Jumaat jikalau mengikut kebiasaan.  Dua orang pengacara yang lain, Wong Chew Yat dan Joe Liaw gagal menahan sebak ketika mengumumkan bahawa Jamaluddin Ibrahim tidak lagi bersama dengan mereka di udara mulai hari ini.
Berikutan daripada pengumuman tersebut, stesen 98.8 telah dibanjiri dengan ribuan sms, dan deringan panggilan telefon yang tidak henti-henti pada pagi ini.  Masing-masing menyatakan ketidakpuasan mereka ekoran daripada "tekanan" yang ditujukan kepada Jamaluddin, sehingga beliau terpaksa digugurkan.
Naik turunnya Jamaluddin
Jamaluddin Ibrahim, muncul sebagai pemerhati politik yang terkemuka di masyarakat Cina selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.  Rata-rata tertarik dengan kefasihan beliau bertutur dan menulis dalam bahasa Cina, lantas diundang untuk menjadi panelis dalam forum dan kolumnis di media bahasa Cina.
Kemudian, Jamaluddin menjadi tumpuan media bahasa Cina dengan analisanya yang tajam ketika mengulas pemilihan parti MCA pada tahun 2008.  Beliau kemudiannya menyertai 98.8, menjadi pengacara untuk mengulas isu hal ehwal semasa dalam rancangan Say Hi to Malaysia, mulai Mei 2009.
Stesen 98.8 merupakan salah satu saluran radio yang dimiliki oleh syarikat Star Rfm Sdn Bhd, anak syarikat kepada Star Publications (M) Bhd.  MCA menguasai Star Publications melalui sayap pelaburan parti, iaitu Huaren Holdings.
Bagaimanapun, Jamaluddin mencungkil beberapa pertikaian terutamanya ketika perebutan kuasa antara sekta Ong Tee Keat (gambar kiri, kanan) dengan Chua Soi Lek (gambar kiri, kiri).  Beliau dilihat menyebelahi Ong Tee Keat ketika memberi komentar, dan keadaan ini mengundang ketidakpuasan daripada sekta Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting.
Justeru itu, selepas Chua Soi Lek terpilih sebagai Presiden MCA baru pada Mac 2010, Jamaluddin menjadi tumpuan ramai - sama ada Chua Soi Lek akan "memancungnya" atau tidak.  Chua Soi Lek pernah menegaskan bahawa dirinya tidak akan campur tangan dalam media yang dimiliki MCA, namun pada masa yang sama memberi amaran agar barisan pengamal media yang dilihat sebagai sekta Ong Tee Keat tidak melampau. "Pandai-pandai dan jaga-jagalah", katanya.
Rancangan call-in yang popular
Sementara itu, Say Hi to Malaysia menjadi antara rancangan yang paling popular untuk stesen 98.8, mencatat bilangan audien setinggi 600,000 hingga 700,000 orang, kerana menyediakan pentas untuk pandangan yang lebih kritikal.  Biarpun media ini dimiliki MCA, namun pemimpin Pakatan Rakyat turut diberi ruang dalam rancangan ini.
Misalnya, kejadian peniaga Cina cuba membakar diri di KOMTAR sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang baru-baru ini, rancangan ini telah menemuramah peniaga tersebut melalui telefon, Teoh Bak Seng, disusuli dengan maklum balas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.  Tidak cukup dengan itu, panelis yang diundang pada hari tersebut juga memberi komen sebagai respon terhadap peristiwa ini.
Bukan itu sahaja, komentar yang diutarakan dalam rancangan ini juga mengungkit rasa tidak senang hati pihak tertentu.  Antaranya, pengacara rancangan ini membacakan sms yang dihantar oleh audien, yang kadang-kala mengusik pemimpin-pemimpin dalam kerajaan Barisan Nasional.
Untuk sesetengah audiens, rancangan ini memberi ruang yang lebih seimbang kepada pembangkang jikalau dibandingkan dengan media arus perdana yang lain.  Namun, dari kaca mata pihak berkuasa, rancangan sebegini semestinya"tidak seimbang" dan bias terhadap pihak kerajaan.
Dalam surat amaran yang diterima semalam (18 Ogos), Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) merujuk kepada rancangan yang berlangsung pada 13 Ogos, membicarakan isu hubungan kaum di negara kita.  Tetamu khas pada hari itu, OuYoung adalah warga Malaysia yang duduk di Amerika Syarikat, membandingkan hubungan kaum antara negara kita dengan negara Barat tersebut.
Tekanan daripada MCMC
Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci hujah manakah yang melanggar undang-undang, namun stesen 98.8 kini berdepan dengan tekanan dan risiko untuk diambil tindakan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.  Dalam keadaan sebegitu, pihak pengurusan atasan stesen 98.8 mengambil langkah supaya Jamaluddin Ibrahim "mengambil cuti dan berehat" buat sementara.
Dengan kata lain, nasib Jamaluddin tidak menentu buat sementara waktu.  Seandainya beliau terpaksa mengikut jejak Joshua Wong (yang meletak jawatan sebagai protes kerana self-censorship), Chou Z Lam (yang dihentikan RTM sebelum tempoh perkhidmatan tamat mengikut kontrak) dan Tan Ean Nee (yang tidak diperbaharui kontraknya oleh RTM); maka ia semestinya petanda kepada ruang kebebasan bersuara yang semakin sempit dalam zaman pemerintahan Perdana Menteri ke-6, Najib Razak.
*Lim Hong Siang

Raja Tikus DEB

Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia.  Semua orang tahu siapa mereka.  Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia.
Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lepas.  Aduan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru.  Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya.
Terdapat aduan bahawa penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat telah dinafikan hak mereka sebagai warga yang bermaruah.  Sedangkan semua orang tanpa mengira kaum, agama adalah tertakluk sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.
Rakyat Malaysia adalah tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah.  Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun.
Raja Tikus, seperti lelaki lain telah menjadi satu kuasa kuat dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi rasuah dan pasaran gelap.  Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad.  Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan.  Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjual barang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.
Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim.  Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Nazir Razak (gambar kanan) telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus.
Pelaksanaan DEB oleh kerajaan telah memberikan kuasa yang besar kepada para pegawainya untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.
Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai-pegawai untuk mendapatkan bayaran dari pemilik perniagaan besar sehinggalah peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen.  Penjaja dan peniaga jalanaan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.
Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga.  Inilah yang timbulkan persepsi rasuah dan sebagainya.  Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparensi International (TI))?
Rakyat Malaysia tidak harus dimalukan sebegitu.

Liew (gambar kiri) minta Peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu.  Ini telah diwujudkan di bawah nama DEB.  Mereka yang celik pandai tidak perlu menunggu seruan Liew.  Kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.
Kontrak Kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang Dipertua Bandar dan bukan melalui cara bidaan terbuka.  Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Selepas 40 tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, 82% di luar bandar dan 62% di bandar yang miskin masih merupakan golongan Melayu.  Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, PERKASA dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan.  DEB (NEP -New Economic Policy) kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya.
Kita tidak boleh menuduh kontraktor Cina dan bukan bumiputera yang mengambil alih kerja sebagai subkontraktor dalam lapisan kedua, ketiga mahupun keempat.  Mereka juga perlu mencari sesuap nasi.  Mereka juga mempunyai keperluan.  Kebanyakan subkontraktor tidak mendapat bayaran atas kerja yang telah dibuat.

Dalam banyak kejadian, kontraktor di atas telah menyapu kesemua bayaran dan tidak tinggalkan apa-apa kepada subkontrator.  Saya kenal ramai subkontraktor Cina dan bukan Bumiputera yang bankrup akibat kejadian sedemikian.  Kenapakah subkontraktor ini terpaksa hidup sebegini?  Jika kontraktor kelas F dianugerahkan berdasarkan keperluan dan bukan kaum, kebanyakan kesengsaraan dan kepahitan akan dapat dielakkan.
Liew telah menunjukkan beberapa contoh bagaimana Peniaga Cina dapat mengaut keuntungan luar biasa walaupun di bawah DEB.  Walau bagaimanapun, disebabkan penyekatan DEB terutamanya di bawah Akta Penyelarasan Industri dan bidang ekonomi utama, peniagaan Cina bukan lagi kuasa penting dalam bidang perkilangan.  Mereka juga bukan lagi pemilik bagi beberapa syarikat bank dan kewangan seperti berlaku pada tahun 1970-an.
Pada tahun 1980-an, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia telah membuat aduan bahawa jika pelabur asing diberikan pengecualian daripada penetapan penyertaan ekuiti bumiputera ke atas syarikat mereka, kenapakah syarikat Cina terpaksa menanggung obligasi tersebut.  Aduan tersebut tidak mendapat sambutan dari mana-mana pihak.
Akibat yang seterusnya adalah penggabungan antara usahawan Cina dengan Melayu berpengaruh dalam politik ataupun bekas anggota kerajaan (termasuk angkatan tentera).

Ini bukan merupakan objektif DEB.  DEB bermatlamat menjadikannya pemangkin bagi mewujudkan usahawan Melayu dan Cina secara saksama sesama mereka.  Matlamat BEB bukan untuk mewujudkan gabungan politik dan perniagaan, sebaliknya untuk memantapkan kekuatan ekonomi syarikat-syarikat di Malaysia.
Dalam jangka masa panjang, suasana ini menjadi kurang sihat untuk perniagaan ataupun persekitaran ekonomi sosial.
Liew berkata bahawa perniagaan adalah untuk keuntungan dan bukan politik.  Tujuan perniaga adalah untuk mengaut keuntungan.  Apabila kapten British membebaskan banduan dari penjara dan bertemu dengan King Rat, beliau bertanya kenapakah King Rat boleh berada dalam keadaan dan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak berbaju, kurus kering dan sakit.  King Rat berkata tidak ada masalah menjadi juara dalam keadaan sebegitu.

Balas Kapten Inggeris itu, ia tidak membahayakan sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.  Begitu juga, tidak ada salahnya untuk meneruskan NEP sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.  Hakikatnya kos dan beban terlalu tinggi dan tidak setanding dengan keuntungan.
Satu contoh biasa sudah memadai untuk menggambarkan hal ini.  Dalam DEB antara tahun 1995 dan 2000, Rancangan Malaysia Ketujuh bahagian pembangunan pendidikan dasar telah memperuntukkan 96.5% untuk sekolah rendah kebangsaan di mana jumlah keseluruhan persekitarannya hanya mencakupi 75%.
Sekolah Rendah Cina yang mempunyai jumlah keseluruhan pengambilan 21% hanya diperuntukkan 2.4%, manakala sekolah-sekolah Tamil yang hanya mencakupi 3.6% daripada keseluruhan pengambilan telah diperuntukkan 1% daripada keseluruhan belanjawan.
Meskipun dengan pengumuman kerajaan berkaitan pengurangan kebergantungan kepada kuota bangsa untuk memasuki universiti pada tahun 2004, 128 pelajar yang memperolehi 5A telah ditolak permohonan pertama mereka dalam bidang perubatan.  Permasalahan yang dihadapi mereka ialah hakikat bahawa mereka bukan bumiputra.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Mahathir bercakap di Dewan Negara pada 27 Julai 2010 bahawa Bank SME bermula 2006 sehingga Jun tahun ini menyatakan bahawa sejumlah RM9.8 bilion pinjaman yang melibatkan 5.447 aplikasi dan beberapa lagi program lain adalah 90% daripadanya penerima manfaat bumiputra IKS (Industri Kecil dan Sederhana).

Menurut Profesor Chin Yew Sin (gambar kanan), Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan, Bahagian Pemuda Persekutuan Cina Malaysia, masih terdapat sekitar 519,000 PKS di Malaysia dan mereka masih belum menerima sebarang pinjaman dari Bank SME.
Kesan DEB kepada warga Malaysia adalah ribuan anak-anak sekolah rendah yang memiliki bakat dan potensi yang cemerlang tidak mendapat peluang, bahkan tidak menyedari bakat dan kelebihan diri yang mereka miliki.  Pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana juga berhadapan dengan permasalahan kewangan oleh sebab konflik perbezaan bangsa.

Seluruh dunia telah mengakui bahawa ketidaksetaraan dalam sesebuah negara dan antara negara akan menyebabkan kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.  Sesebuah sistem sosial yang menekankan keadilan dan kesamarataan sosial sahaja mampu mencapai keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang di antara semua orang.  NEP tidak akan mampu membawa Malaysia keluar dari belenggu permasalahan sosio-ekonomi yang sedang kita hadapi sekian lama.

Seperti dalam novel, di mana Raja Tikus menjadi kuat dalam persekitaran yang memberikan penghargaan licik, kemenangan dan kekuatan, ia pada akhirnya menjadi makanan untuk orang kuat, Malaysia tidak boleh mempertahankan pembangunan di persekitaran di mana pembastaran (bastardisation) dari DEB ganjaran yang cerdik dan jujur.
Bangsa ini hanya boleh menjadi makmur apabila integriti, etika dan urus tadbir pemerintahan yang baik dipraktikkan.  Beberapa pengusaha Cina Malaysia yang telah berkembang pesat di bawah cengkaman halangan persekitaran kini tidak akan dapat membenarkan DEB diamalkan secara berterusan dan kerugian ekonomi dan sosial ini akan terus dideritai oleh semua orang yang lain.
*Tulisan William Leong Jee Keen selaku Ahli Parlimen Selayang, Selangor, merangkap Bendahari Agung PKR.
Liew Kee Sin, Pengerusi SP Setia Berhad telah menyediakan statistik yang menunjukkan ahli perniagaan Cina telah maju dan berkembang di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Beliau berkata, golongan Cina telah menguasai kekayaan 73% yang tersenarai dalam barisan 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki 8 daripada 10 orang terkaya di Malaysia.  Semua orang tahu siapa mereka.  Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia.
Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lepas.  Aduan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru.  Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya.
Terdapat aduan bahawa penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat telah dinafikan hak mereka sebagai warga yang bermaruah.  Sedangkan semua orang tanpa mengira kaum, agama adalah tertakluk sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.
Rakyat Malaysia adalah tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah.  Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun.
Raja Tikus, seperti lelaki lain telah menjadi satu kuasa kuat dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi rasuah dan pasaran gelap.  Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad.  Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan.  Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjual barang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.
Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim.  Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Nazir Razak (gambar kanan) telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus.
Pelaksanaan DEB oleh kerajaan telah memberikan kuasa yang besar kepada para pegawainya untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.
Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai-pegawai untuk mendapatkan bayaran dari pemilik perniagaan besar sehinggalah peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen.  Penjaja dan peniaga jalanaan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.
Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga.  Inilah yang timbulkan persepsi rasuah dan sebagainya.  Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparensi International (TI))?
Rakyat Malaysia tidak harus dimalukan sebegitu.

Liew (gambar kiri) minta Peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu.  Ini telah diwujudkan di bawah nama DEB.  Mereka yang celik pandai tidak perlu menunggu seruan Liew.  Kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.
Kontrak Kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang Dipertua Bandar dan bukan melalui cara bidaan terbuka.  Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Selepas 40 tahun dan berbilion ringgit dibelanjakan, 82% di luar bandar dan 62% di bandar yang miskin masih merupakan golongan Melayu.  Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, PERKASA dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan.  DEB (NEP -New Economic Policy) kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya.
Kita tidak boleh menuduh kontraktor Cina dan bukan bumiputera yang mengambil alih kerja sebagai subkontraktor dalam lapisan kedua, ketiga mahupun keempat.  Mereka juga perlu mencari sesuap nasi.  Mereka juga mempunyai keperluan.  Kebanyakan subkontraktor tidak mendapat bayaran atas kerja yang telah dibuat.

Dalam banyak kejadian, kontraktor di atas telah menyapu kesemua bayaran dan tidak tinggalkan apa-apa kepada subkontrator.  Saya kenal ramai subkontraktor Cina dan bukan Bumiputera yang bankrup akibat kejadian sedemikian.  Kenapakah subkontraktor ini terpaksa hidup sebegini?  Jika kontraktor kelas F dianugerahkan berdasarkan keperluan dan bukan kaum, kebanyakan kesengsaraan dan kepahitan akan dapat dielakkan.
Liew telah menunjukkan beberapa contoh bagaimana Peniaga Cina dapat mengaut keuntungan luar biasa walaupun di bawah DEB.  Walau bagaimanapun, disebabkan penyekatan DEB terutamanya di bawah Akta Penyelarasan Industri dan bidang ekonomi utama, peniagaan Cina bukan lagi kuasa penting dalam bidang perkilangan.  Mereka juga bukan lagi pemilik bagi beberapa syarikat bank dan kewangan seperti berlaku pada tahun 1970-an.
Pada tahun 1980-an, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia telah membuat aduan bahawa jika pelabur asing diberikan pengecualian daripada penetapan penyertaan ekuiti bumiputera ke atas syarikat mereka, kenapakah syarikat Cina terpaksa menanggung obligasi tersebut.  Aduan tersebut tidak mendapat sambutan dari mana-mana pihak.
Akibat yang seterusnya adalah penggabungan antara usahawan Cina dengan Melayu berpengaruh dalam politik ataupun bekas anggota kerajaan (termasuk angkatan tentera).

Ini bukan merupakan objektif DEB.  DEB bermatlamat menjadikannya pemangkin bagi mewujudkan usahawan Melayu dan Cina secara saksama sesama mereka.  Matlamat BEB bukan untuk mewujudkan gabungan politik dan perniagaan, sebaliknya untuk memantapkan kekuatan ekonomi syarikat-syarikat di Malaysia.
Dalam jangka masa panjang, suasana ini menjadi kurang sihat untuk perniagaan ataupun persekitaran ekonomi sosial.
Liew berkata bahawa perniagaan adalah untuk keuntungan dan bukan politik.  Tujuan perniaga adalah untuk mengaut keuntungan.  Apabila kapten British membebaskan banduan dari penjara dan bertemu dengan King Rat, beliau bertanya kenapakah King Rat boleh berada dalam keadaan dan tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak berbaju, kurus kering dan sakit.  King Rat berkata tidak ada masalah menjadi juara dalam keadaan sebegitu.

Balas Kapten Inggeris itu, ia tidak membahayakan sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.  Begitu juga, tidak ada salahnya untuk meneruskan NEP sekiranya ia tidak mengorbankan kepentingan orang lain.  Hakikatnya kos dan beban terlalu tinggi dan tidak setanding dengan keuntungan.
Satu contoh biasa sudah memadai untuk menggambarkan hal ini.  Dalam DEB antara tahun 1995 dan 2000, Rancangan Malaysia Ketujuh bahagian pembangunan pendidikan dasar telah memperuntukkan 96.5% untuk sekolah rendah kebangsaan di mana jumlah keseluruhan persekitarannya hanya mencakupi 75%.
Sekolah Rendah Cina yang mempunyai jumlah keseluruhan pengambilan 21% hanya diperuntukkan 2.4%, manakala sekolah-sekolah Tamil yang hanya mencakupi 3.6% daripada keseluruhan pengambilan telah diperuntukkan 1% daripada keseluruhan belanjawan.
Meskipun dengan pengumuman kerajaan berkaitan pengurangan kebergantungan kepada kuota bangsa untuk memasuki universiti pada tahun 2004, 128 pelajar yang memperolehi 5A telah ditolak permohonan pertama mereka dalam bidang perubatan.  Permasalahan yang dihadapi mereka ialah hakikat bahawa mereka bukan bumiputra.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Mahathir bercakap di Dewan Negara pada 27 Julai 2010 bahawa Bank SME bermula 2006 sehingga Jun tahun ini menyatakan bahawa sejumlah RM9.8 bilion pinjaman yang melibatkan 5.447 aplikasi dan beberapa lagi program lain adalah 90% daripadanya penerima manfaat bumiputra IKS (Industri Kecil dan Sederhana).

Menurut Profesor Chin Yew Sin (gambar kanan), Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan, Bahagian Pemuda Persekutuan Cina Malaysia, masih terdapat sekitar 519,000 PKS di Malaysia dan mereka masih belum menerima sebarang pinjaman dari Bank SME.
Kesan DEB kepada warga Malaysia adalah ribuan anak-anak sekolah rendah yang memiliki bakat dan potensi yang cemerlang tidak mendapat peluang, bahkan tidak menyedari bakat dan kelebihan diri yang mereka miliki.  Pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana juga berhadapan dengan permasalahan kewangan oleh sebab konflik perbezaan bangsa.

Seluruh dunia telah mengakui bahawa ketidaksetaraan dalam sesebuah negara dan antara negara akan menyebabkan kemiskinan dan taraf hidup yang rendah.  Sesebuah sistem sosial yang menekankan keadilan dan kesamarataan sosial sahaja mampu mencapai keadilan dalam pengagihan kekayaan dan peluang di antara semua orang.  NEP tidak akan mampu membawa Malaysia keluar dari belenggu permasalahan sosio-ekonomi yang sedang kita hadapi sekian lama.

Seperti dalam novel, di mana Raja Tikus menjadi kuat dalam persekitaran yang memberikan penghargaan licik, kemenangan dan kekuatan, ia pada akhirnya menjadi makanan untuk orang kuat, Malaysia tidak boleh mempertahankan pembangunan di persekitaran di mana pembastaran (bastardisation) dari DEB ganjaran yang cerdik dan jujur.
Bangsa ini hanya boleh menjadi makmur apabila integriti, etika dan urus tadbir pemerintahan yang baik dipraktikkan.  Beberapa pengusaha Cina Malaysia yang telah berkembang pesat di bawah cengkaman halangan persekitaran kini tidak akan dapat membenarkan DEB diamalkan secara berterusan dan kerugian ekonomi dan sosial ini akan terus dideritai oleh semua orang yang lain.
*Tulisan William Leong Jee Keen selaku Ahli Parlimen Selayang, Selangor, merangkap Bendahari Agung PKR.

RM600 juta disebalik tuduhan kedua terhadap Mirza?

mirza mohammad taiyab Oleh Staf FMT
KUALA LUMPUR: Khabar angin bertiup di sekitar kafeteria dan di anjung mereka yang berkuasa bahawa tuduhan kedua ke atas Ketua Pengarah Tourism Malaysia Mirza Mohammad Taiyab hari Isnin berkaitan dengan kontrak bernilai RM600 juta di mana beliau enggan meluluskannya.
Tuduhan pertama terhadap Mirza ialah mengenai rawatan gigi yang didakwa dibiayai oleh pihak tertentu, tetapi beliau dibebaskan.

Mirza ialah pengerusi Lembaga Tender dan agak menghairankan tarikh tutup tender pengiklanan ialah hari Isnin, hari beliau ditahan atas tuduhan rasuah kali kedua.
Beliau dilaporkan tidak bersefahaman dengan Menteri Pelancungan Dr Ng Yen Yen sejak diambil semula sebagai ketua pengarah setelah dibebaskan.
Menurut sumber-sumber, beliau telah menolak projek dan kertas cadangan (yang diluluskan oleh Menteri) di mana beliau menyifatkan sebagai suatu pembaziran dan enggan membuat bayaran yang berbaur rasuah.
Insiden tiba di kemuncak apabila tender pengiklanan Perbadanan Pembangunan Pelancungan (TDC) dikeluarkan dan beliau enggan memberi pertimbangan untuk menyerahkan kontrak bernilai RM600 juta kepada sebuah syarikat yang mempunyai hubungan kait dengan anak lelaki Ng.
Menurut laman blog "Another Brick On The Wall", Menteri dan anak lelakinya ingin menyapu bersih …….dan Mirza menjadi penghalang.
"Tapi kali ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah bertindak dengan betul……supaya mereka tidak kalah kali kedua kepada orang yang sama.
Ini kerana ia bukan sahaja akan memalukan mereka tetapi juga akan mencemar imej mereka," kata blog itu, merujuk kepada tuduhan pertama tetapi beliau dibebaskan.
Pada Julai 2009, Mirza dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan menerima rawatan gigi bernilai RM13,860 pada 2005 selepas orang yang mengarahkan doktor gigi supaya tidak mengambil bayaran daripada Mirza, tidak mengaku terlibat.
"Kalau tidak, beliau akan menjadi mangsa sepertimana yang dialami oleh bekas Menteri Pelancungan, Azalina Said.
"Mirza mempunyai reputasi yang bersih.  Tidak ada kakitangan Kementerian yang mengadu tentang beliau.
"Tidak juga kedengaran rasa tidak puas hati terhadap beliau mengenai rasuah atau salah guna kuasa.  Beliau bersikap lurus dengan staf dan dengan mereka dari industri pelancungan," kata penulis itu, yang hairan kenapa SPRM memilih untuk mendakwa beliau buat kali kedua.
Didakwa pecah amanah
Hari Isnin di Mahkamah Sesyen, Mirza mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM888,000.
Beliau dituduh bersama bekas Ketua Pegawai Operasi Pempena Sdn Bhd Mohammad Rosly Md Selamat, 56, yang juga sedang menghadapi perbicaraan.
Pempena merupakan sebuah anak syarikat Tourism Malaysia yang gagal.
Mirza, 52 dan Mohammad Rosly dituduh melakukan kesalahan di pejabat Pempena di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada 27 Februari 2007.
Mereka didakwa membayar LCL Interior Dubai sebanyak RM888,000 untuk projek pembinaan sebuah restoran di Dubai walaupun projek itu tidak memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.
Menurut blogger itu, pada 2007, Mirza adalah seorang ahli Lembaga Pengarah Pempena berdasarkan jawatannya sebagai ketua pengarah.  Beliau juga merupakan penandatangan cek yang sah bagi Pempena.
Tetapi hubungan di antara Pempena dan Mirza tidak begitu mesra, kerana beliau tidak meluluskan keputusan Pempena untuk membiayai pembinaan restauran di Dubai. Walaupun terdapat penentangan, Lembaga Pengarah Pempena tetap meluluskan pembiayaan projek itu.
"Beliau menandatangani cek pembayaran wang itu dengan tanpa rela, yang kemudian diselewengkan oleh syarikat yang menerimanya tapi gagal menyiapkan projek itu.
"Adalah didakwa syarikat itu mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Pelancungan, Leo Michael Toyad," kata blog itu.
Laporan Ketua Pengarah Audit 2008 menyebut Pempena tidak membawa hasil dari pelaburannya selepas RM41.7 juta disuntik ke dalam syarikat itu.

Umno jangan tunjuk ‘cerdik’- Nik Aziz

Tok Guru Oleh Staf FMT
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin Umno yang sentiasa membangkang apa sahaja cadangan baik yang diketengahkan negeri itu.
Menurut beliau, sebarang tindakan dibuat oleh kerajaan negeri, maka ramai pemimpin Umno yang menunjukkan sikap cerdik dengan memberi pelbagai komen.

“Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.
“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya melalui satu kenyataan media semalam.
Katanya, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang bermula dengan langkah Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.
“Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.
“Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini.
Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan,” katanya yang juga Mursyidul AM PAS.
Tambahnya, jika kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.
Sistem ‘barter trade’
“Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem ‘barter trade’.
“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.
“Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” katanya.
Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Dinar Emas dan Perak Dirham’ ini boleh menyebabkan kerugian.

DAP dapat permit Roket dari KDN

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: DAP hari ini menerima surat dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa permit Roket Bahasa Inggeris dan China telah diluluskan, kata Setiausaha Publisitinya, Tony Phua.

Menurut Tony, pihaknya akan membuat bayaran sebanyak RM50 segera kepada KDN  untuk membolehkan permit itu dikeluarkan.

Nasib Roket sama sahaja dengan Harakah iaitu hanya boleh dijual kepada ahli DAP sahaja di samping boleh dijual di pejabat urusan dan markas DAP sahaja.
Dengan kelulusan ini, hanya tinggal permit Suara Keadilan sahaja yang masih belum diluluskan oleh KDN.
Sebelum ini, KDN memberikan pelbagai amaran dan surat tunjuk sebab ekoran tindakan Harakah, Suara Keadilan dan Roket terus diterbitkan walaupun permit masing-masing belum diperbaharui oleh mereka.
Namun, selepas surat-surat itu dibalas, hanya Harakah yang mendapat permit dan diikuti dengan Roket hari ini.

Selamatkan Selangor: Ezam, Zahid paling popular

re_02.1[1] Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Dalam program Selamatkan Selangor, rakyat negeri itu lebih suka mendengar ceramah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor dan bekas Naib AMK Zahid Mat Arip berbanding pemimpin Umno.
Pemimpin Umno Selangor yang turut berceramah dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Noh Omar dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Program Selamatkan Selangor anjuran Umno negeri bermula 23 Julai hingga 8 Ogos lalu. Program itu bertujuan untuk menjelaskan pembohongan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di Selangor.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus ketika dihubungi hari ini.
Oleh kerana itu, katanya, Umno Selangor akan mendapatkan lebih ramai bekas pemimpin PKR dalam siri kedua yang dijangka diadakan selepas raya puasa ini.
"Kita akan berusaha mendapatkan Datuk Zahrain Mohammed Hashim (ahli Parlimen Bayan Baru), Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru) dan lain-lain bekas pemimpin PKR.
‘Perkara dalaman’ PKR
"Rakyat nampaknya mahu mendengar dari mulut bekas pemimpin PKR sendiri tentang `perkara dalaman’ PKR," katanya ketika ditanya mengenai program Selamatkan Selangor itu.
Menurut Syukor, berdasarkan pemerhatian awal, rakyat Selangor yang sebelum ini menyokong pembangkang mula mengalihkan sokongan kepada Barisan Nasional.
"Mereka sudah mendapat penjelesan sebenar mengenai kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.
"Lebih menarik rakyat Selangor sendiri yang memohon untuk mengadakan program ceramah tersebut di tempat mereka.
"Maknanya bukan Umno yang menganjurkan program tersebut dan bukannya oleh Umno cawangan," tambahnya.
Syukor berkata, ceramah yang dibuat oleh pemimpin Umno turut dihadiri oleh kaum Cina dan India.
Katanya, secara keseluruhannya program Selamatkan Selangor mencapai matlamatnya.

Isu sensitif: DJ popular digantung tugas

Seorang DJ popular di sebuah stesen radio berbahasa Cina digantung kerja atas alasan menimbulkan isu perkauman sensitif.

Jamaluddin Ibrahim, DJ di stesen 988 memberitahu Malaysiakini bahawa pengurusan stesen itu memaklumkan kepadanya bahawa dia telah digantung daripada bersiaran untuk satu tempoh yang tidak dipastikan.

Katanya, tindakan itu ada kaitan dengan sepucuk surat yang diterima daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kepada syarikatnya semalam.

Surat tersebut yang menyebut nama Jamaluddin, menyatakan bahawa program tersebut disyaki "mengancam keselamatan negara" dan "menjejaskan hubungan kaum."

Ditanya siapakah yang mengarahkannya supaya bercuti, Jamaluddin yang bertugas untuk slot Hello Malaysia berkata beliau tidak mengetahui perkara itu kerana beliau sendiri tidak menatap surat berkenaan.

Hello Malaysia dikeudarakan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8.10 hingga 10 pagi. Selain Jamaluddin, rancangan itu juga dikendalikan seorang lagi DJ tetap, Qiu Yue termasuk seorang lagi DJ yang digilirkan untuk tugas berkenaan.

Program berkenaan menyediakan slot untuk pendengar memanggil dan menimbulkan pelbagai isu semasa dan ia mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina.

Dalam pada itu, Qiu Yue dan seorang lagi DJ giliran, Joe Liaw mengulas tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin dalam siaran yang dikendalikan mereka hari ini.

Kedua-duanya mengesahkan tindakan yang dikenakan terhadap Jamaluddin, namun tidak dapat menjelaskan sumber arahan tersebut.

DJ berkenaan kemudiannya mengemukakan soalan kepada pendengar sama ada program berkenaan "menimbulkan ketegangan kaum," kerana ia didakwa sedemikian.

Umno Kena Bertanggungjawab Kalau Berlaku 'Perang Besar'

KELANTANGAN dan keisengan kaum Cina membuat berbagai desakan untuk kepentingan mereka dan kebangkitan orang Melayu menentang desakan itu membimbangkan sesetengah pihak. Pertembungan 'acahan' politik ini dikhuatir akan berlaku perang besar. Manakala golongan Melayu lain pula cuba menafikan apa yang berlaku itu hanya sandiwara ataupun strategi pihak UBN.

Ada membayangkan tindakan MCA membuat desakan sehingga menyakiti hati orang Melayu itu seperti desakan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan itu adalah satu tektik saja yang direstui Umno. Mereka sengaja membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu. Ia disuluh sebagai pemutaran film lama.

Dalam kata lain UBN menggunakan isu perkauman itu demi kepentingan politik mereka. Umno masih percaya dengan membangkitkan isu itu ia akan menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang akhirnya mereka akan terus menyokong Umno.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga turut menolak andaian itu yang cuba diperbesarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Katanya isu perkauman ditimbulkan kerana Umno sudah tertekan dan itu sebagai satu tektik ugutan.

Saya tidak mahu memihak kepada pandangan mana dalam soal ini. Kita sama-sama boleh berfikir kalau berlaku 'perang besar' yang dikatakan lebih hebat dari tragedi 13 Mei itu apakah sebabnya dan siapakah bertanggungjawab atas perkara itu. Mencari jalan keluar atas kemungkinan itu lebih aula daripa cuba-cuba membayangkannya.

Apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai apakah faktor menyebabkan kaum Cina jadi begitu berani dan sudah tidak 'malu alah' kepada Umno lagi sehingga diramalkan akan berlaku 'perang besar'. Inilah yang perlu disedari bagai menyelesaikannya daripada cuba menimbulkan keributan itu. Mana-mana pihak tidak guna melagukan isu itu sebalik apa yang baik ialah mencari penyelesaian.

Kalau benar pandangan Anwar tadi, apakah kita masih perlu menggunakan tektik dan strategi mengugut dan menakut-nakutkan kerana hendak mempertahankan kuasa.

Logiknya tentu ada sebab kenapa orang Cina jadi lantang dan berterus terang dewasa ini. Semua kena tahu kenapa desakan kaum Cina termasuk MCA dan DAP atau di luar kumpulan itu tidak pernah berhenti. Desakan ini bukan sekarang tetapi sejak dulu. Desakan agar mereka diberikan hak yang sama, anggapan tidak dilayani adil berlaku sejak lama dulu. Desakan itu berterusan hingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya lihat ada beberapa kemungkinan kenapa terjadi demikian yang mungkin terlupa menananginya atau pun disengajakan.

1. Kerana orang Cina kini sudah merasakan mereka mempunyai harapan besar dalam politik. Mereka melihat apa saja tuntutan mereka akan dipenuhi. Mereka makin percaya bila mana Melayu yang berkuasa atau Melayu yang bakal mendapat kuasa teus menumpahkan seribu janji buat mereka. Orang Cina bangsa yang bukan mudah lupa. Mereka senantiasa menyematkan janji yang diluahkan kepada mereka. Dan mereka bersedia mencatatkan janji-janji itu atas panji-panji merah perjuangannya.

2. Orang Cina menyedari Melayu Umno dan Pas tidak akan bersama kerana ideologi perjuangan mereka berbeza. Orang Cina cukup yakin bahawa ideologi Melayu tidak akan sama. Ketegasan Nik Aziz Nik Mat dalam konteks mendesak agar idelogi Umno dan Pas disamakan mendapat sokongan orang Cina.

Keadaan diburukkan lagi dengan wujudnya Melayu yang bergabung dalam NGO. Walaupun Melayu dalam NGO adalah Melayu yang asalnya bersemangat Umno atau Pas, tetapi secara tak langsung Melayu sudah jadi kepada tiga kabilah. Melayu kebilah ketiga ini ialah Melayu yang baru sampai ke tanah Melayu untuk mengambil haknya. Manakala 'kesemarawukan' Melayu ini telah diambil kesempatan oleh Cina untuk menjadi power broker.

Orang Cina yakin di masa akan datang atau secepatnya pada pilihan raya umum akan datang mereka akan menjadi power broker. Mereka akan jadi penentu di antara dua kabilah Melayu itu siapa yang akan berhak (dibantu) untuk membentuk kerajaan. Ketika inlah nanti tuntutan-tuntutan lebih besar dijangka akan berlaku dan lebih menghiris perasaan Melayu terutamanya Melayu kabilah ketiga.

3. Atau pun, kenapa orang Cina tidak pernah diam ialah dasar yang dibuat oleh Umno dan BN selama ini memang berat sebelah dan dirasakan tidak adil. Mereka tidak 'betah' dengan dasar-dasar atau polisi yang dibentangkan BN. Apakah berlaku penindasan atau ketidakadilan meluas. Kalau dasar BN memuaskan mereka, menguntungkan mereka sudah pasti tuntutan tidak akan berlaku.

Dalam konteks ini kalau benar berlaku kerana perkara itu, maka UBN kena bertanggungjawab ke atas apa-apa musibah dan natijah yang berlaku kelak termasuk tuntutan berbagai itu. Umnolah kena dipertanggungjawabkan atas protes dan desakan yang akhirnya membangkitkan soal kaum dan akhirnya berlaku 'perang besar' itu.

'Perang besar' yang akan berlaku akan datang bukan salah Melayu di luar Umno. Ia adalah tanggungjawab sendirian berhad Umno. Persoalan sekarang apakah Umno akan mengubah polisi dan dasar itu sehingga memuaskan hati orang Cina? Apakah Najib Razak akan memberi reaksi segera dalam masa terdekat? Dan apakah tertakdir Melayu kedua di luar Umno menguasai kerajaan mereka akan cuba memenuhi tuntutan itu juga demi kuasa?

Kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku cuma masanya saja apakah 'bangat' ataupun lambat.
MSO

Presiden PKR: Anwar main teka teki

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki dengan wartawan berhubung sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan November ini.

Pada sidang media di ibupejabat parti itu, hari ini, Anwar cuba mengalihkan tumpuan media dengan berkata beliau tidak pasti sama ada dicalonkan bagi jawatan berkenaan.

"Saya tidak memikirkannya dan tidak ada rakan-rakan di PKR yang memberitahu saya, 'Anwar, awak mesti bertanding'. Hanya mereka di luar parti yang sibuk,” katanya.

Jawatan presiden PKR kini disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang Anwar secara bergurau berkata mendapat lebih banyak sokongan daripada dirinya.

"Azizah telah banyak menyokong saya...beliau telah menjalankan tugas dengan baik, jadi mengapa saya harus ganggunya?” soal Anwar sambil melemparkan senyuman.

Peluru M-16: Polis siasat kemungkinan hantar sendiri..pulak dah..!!

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini hadir ke balai polis Mutiara Damansara sekali lagi untuk siasatan berhubung ugutan dan kiriman peluru yang diterimanya sebelum ini.

Pua yang berada selama kira-kira 45 minit di balai tersebut berkata, siasatan itu bagi memastikan bahawa kiriman itu tidak dihantar oleh dirinya sendiri.

Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada balai polis tersebut, Pua berkata beliau dan pembantunya perlu memberikan sampel DNA kepada polis untuk membantu siasatan.

Polis juga meminta untuk mengambil cap jari pembantunya, yang bertanggungjawab membuka kiriman tersebut, kata Pua.

Katanya, cap jari itu akan diambil di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, manakala sampel DNA kedua-dua mereka akan diambil di Pusat Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya.
Sampel DNA

Pua menjelaskan, polis meminta sampel DNA itu kerana mengesyaki suspek yang bertanggungjawab menghantar kiriman tersebut telah menggunakan air liur untuk melekatkan setem.
Tambahnya, sampel tersebut bagi membolehkan polis mengasingkan DNA beliau dan pembantunya daripada DNA sampel lain yang ditemui pada bungkusan tersebut.
Pua juga berkata beliau juga telah merujuk peguam Gobind Singh Deo yang memaklumkan bahawa proses untuk mengambil sampel tersebut adalah prosedur biasa siasatan polis.

Katanya lagi, beliau hanya diberitahu untuk ke IPD Petaling Jaya dan ke hospital berkenaan dalam pertemuannya dengan seorang pegawai penyiasat di balai polis tersebut sebelum ini.

"Tempoh itu lama sebab saya terpaksa menunggu," katanya lagi dan menjelaskan tiada apa-apa keterangan lanjut diambil daripadanya.
Mengulas lanjut, Pua juga melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak ada pemimpin tertinggi negara dan pihak polis yang tampil ke hadapan bagi mengutuk tindakan menghantar kiriman tersebut.
PM, IGP membisu
"Lebih kurang satu minggu saya buat laporan polis atas kes peluru hidup yang saya terima tapi sampai sekarang ketua polis negara dan perdana menteri tidak keluarkan kenyataan untuk kutuk tindakan ini,

"Orang yang buat perkara ini akan rasa lebih bersemangat untuk buat lagi (tindakan sama) dalam masa akan datang," katanya lagi.
Pada 11 Ogos lalu, sebuah bungkusan dialamatkan ke pejabat Pua di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya dan beliau menjumpai sebutir peluru hidup bagi senapang M-16 dan sepucuk surat ugutan.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau.

"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri."

Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu.