Rabu, 18 Ogos 2010

Siasatan MAS: SPRM jumpa MP PAS esok jawab dakwaan

August 18, 2010
Salahuddin akan bertemu dengan pihak SPRM di Parlimen petang esok. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi penjelasan kepada Naib Presiden PAS berhubung dakwaan agensi itu telah membocorkan maklumat kepada polis, sekali gus menjejaskan siasatan berhubung kerugian dialami MAS membabitkan RM8 bilion lapan tahun lalu. “Saya menerima makluman daripada SPRM hari ini, bahawa mereka akan memberikan penjelasan kepada saya berhubung isu yang dibangkitkan kelmarin,” kata Salahuddin Ayub ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Pertemuan SPRM dan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akan berlangsung di bangunan Parlimen petang esok.
“Saya akan memaklumkan tindakan susulan selepas itu,” katanya.
Salahuddin berkata penjelasan kemungkinan akan diberikan oleh pengarah bahagian siasatan suruhanjaya itu.
The Malaysian Insider difahamkan SPRM juga akan mengeluarkan satu kenyataan selepas pertemuan penjelasan itu.
Salahuddin sebelum ini mendakwa bahawa pendedahan maklumat sulit berkenaan kerugian RM8 bilion kepada polis menyebabkan Tan Sri Tajuddin Ramli, yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian tersebut, sehingga kini masih tidak didakwa.
“SPRM telah mendedahkan dokumen butiran yang diberikan oleh MAS kepada PDRM untuk membantu Tajuddin supaya beliau tidak akan disiasat,” kata Salahuddin.
Salahuddin mempersoalkan tindakan SPRM mendedahkan maklumat tersebut kepada PDRM sambil menyifatkan ia bertentangan dengan Akta SPRM.
“MAS telah membuat aduan kepada SPRM mengenai penyelewengan yang berlaku tetapi yang menjadi persoalannya mengapa SPRM tidak menyiasat perkara ini.
“Sepatutnya SPRM menyiasat perkara ini bukan mendedahkan kepada PDRM dan tindakan ini menyebabkan individu yang terlibat dalam kes ini cemas,” katanya.
Salahuddin yang juga anggota jawatankuasa khas mengenai rasuah, dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, beliau akan menghubungi pengerusinya agar memanggil mesyuarat segera.
“Saya juga akan meminta SPRM agar mengambil tindakan segera,” katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berkata, seolah-olah ada dalang yang melindungi Tajuddin dan pegawainya yang terlibat dalam konspirasi tersebut.
MAS mengalami kerugian sebanyak RM8 bilion ketika diterajui Tajuddin antara 1994 hingga 2001 sebagai pengerusi eksekutif.

IBU - AYAH : APA SALAH DIRI KU....

APA SALAHKU...Bayi lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Jalan Hulu Takir di Seberang Takir malam tadi disahkan sihat oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, Rabu. Bayi lelaki yang dipercayai baru lahir itu ditemui di hadapan rumah anggota polis, Lans Koperal Marzuki Hamid sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk pemeriksaan lanjut.

Empat Proses Analisis Barang Kes Milik Kugan

PETALING JAYA 18 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat empat proses yang digunakan untuk mengekstrak dan menganalisis barang kes termasuk sampel darah A. Kugan yang mati dalam tahanan polis, tahun lepas.
Pegawai Sains dari Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Aedrianee Reza Aini, 29, memberitahu proses itu digunakan selepas menerima 17 barang kes yang dikemukakan oleh dua pegawai penyiasat iaitu ASP Mohammad Zainal Abdullah dan Insp Mohamd Khairi Kamaruddin pada 22, 28 dan 29 Jan 2009.
Empat proses itu adalah pengekstrakan DNA, proses kuantisasi, proses amplikasi dan proses elektroforesis dengan menggunakan beberapa peralatan yang mematuhi piawaian.
Beliau menjelaskan pemeriksaan dan analisa yang dilakukan terhadap semua eksibit itu menunjukkan ada empat keputusan berdasarkan perbandingan yang dilakukan terhadap baju dan seluar yang dipakai oleh mangsa termasuk langsir di tempat kejadian.

"Pertama..profil DNA yang diperolehi daripada kesan darah pada putik kapas yang diambil dari baju dan seluar adalah berpadanan dengan yang lain daripada spesimen darah yang berlabelkan nama 'Kugan', ini menunjukkan DNA itu dikenal pasti dari sumber yang sama.
"Kemudiannya hasil menunjukkan profil DNA separa diperolehi daripada kesatan pada langsir adalah konsisten yang berasal dari sumber yang sama dengan spesimen darah yang berlabel nama Kugan," katanya.
Keputusan kedua mendapati satu profil lelaki telah ditemui yang tidak berpadanan dengan darah Kugan dan ini menujukkan DNA itu dari sumber yang lain, kata beliau yang kini bertugas di Jabatan Kimia Malaysia cawangan Johor.
Turut dikesan daripada kesatan pada langsir menunjukkan satu profil yang tidak berpadanan dengan profil DNA Kugan dan turut mendapati tiada profil DNA yang dikesan yang diambil daripada beberapa putik kapas.
"Selepas melakukan kesemua prosedur itu, saya kemudian menyediakan laporan secara rasmi pada 3 Feb 2009," katanya yang memberi jangan dalam kes kematian Kugan yang mati dalam tahanan polis selepas ditahan pada 15 Jan tahun lepas kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta.
Tertuduh dalam perbicaraan kes itu, Konstabel V. Navindran, 28, mengaku tidak bersalah pada 1 Okt lalu terhadap dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan, 23.
Navindran yang diwakili peguam bela, Datuk P.M. Nagarajan, didakwa melakukannya di bilik soal siasat pejabat D9, di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya, pada 7 pagi, 16 Jan tahun lalu.
Bagi kesalahan itu, Navindran didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.  
Bagi dua pertuduhan pilihan, Navindran turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Kugan pada 7 pagi dan 4 petang di tempat dan tarikh yang sama.   
Ketika ditanya peguam Nagaran, Aedrianee menjelaskan ketika analisis dibuat terhadap spesimen darah Kugan, terdapat tiga profile DNA yang dijumpai.
Prosiding bicara itu yang berlangsung selama 25 hari, bermula 18 Feb lalu di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, menutup kes itu hari ini selepas 24 saksi memberi keterangan.
Mahkamah menetapkan 22 Okt ini untuk hujahan kedua-dua pihak.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Azlina Rasdi.
Bernama

PBT Selangor di bawah pemantauan juruaudit

Khalid Ibrahim Oleh Rahmah Ghazali
SHAH ALAM: Kesemua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor berada di bawah pemantauan juruadit berikutan kontroversi menyelubungi surat-surat sokongan yang dikeluarkan oleh ahli majlis, terutama yang berkaitan dengan pemecatan Tee Boon Hock, ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Bercakap kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, juruaudit-juruadit negeri mula meneliti laporan terhadap Tee.

"Mengaudit kontrak di bawah MPK adalah satu permulaan dan ini akan meliputi semua PBT, katanya, menambah laporan audit untuk MPK akan disiapkan menjelang minggu depan.
"Mereka (para juruaudit) telah memulakan tugas mereka untuk seminggu setengah.  Saya diberitahu laporan-laporan hampir siap sekarang ini dan minggu depan.  Saya akan membuat pengumuman kemudian nanti tentang MPK," katanya.
Kerajaan negeri berkata, sebelum ini tugas mengaudit kontrak adalah diwajibkan untuk memastikan sama ada atau tidak surat-surat sokongan yang dikeluarkan mempengaruhi proses membuat keputusan.
Bagaimanapun, mereka belum memutuskan sama ada untuk memansuhkan penggunaan surat-surat sokongan walaupun mereka diserang oleh ahli-ahli politik, luar dan dalam parti, menyatakan surat-surat ini menggalakkan rasuah.
Hari ini, kerajaan negeri sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak akan menolak penggunaan surat-surat sokongan kerana "kami merasakan bukan mudah untuk dilaksanakan.
"Tapi kami membuat cadangan bahawa kepada ahli-ahli majlis, ahli dewan undangan negeri dan ahli-ahli parlimen supaya tidak dengan bebas mengeluarkan surat-surat tersebut kerana kami merasakan surat-surat sokongan itu tidak memberi kesan dalam proses membuat keputusan," katanya.
Apabila disoal kenapa kerajaan negeri tidak memansuhkan sahaja surat sokongan itu beliau berkata, "…..kami tidak mahu mengetatkan syarat-syarat kerana kami rasa bukannya mudah untuk dilaksanakan," katanya.
Tee dipecat dari jawatannya sebagai ahli MPK minggu sudah, kerana kerajaan negeri mendapati beliau salah dari segi etika dalam mengeluarkan surat-surat ini untuk mendapatkan kontrak perniagaan, termasuk untuk syarikat milik anaknya.

Cerai : Norhayati Syak Roslin Berdua-Duaan Dengan Raja Azmi ..sensasi group bik mama terbabit..!!


Roslin (tengah) ketika di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu. - Foto oleh AU YEONG HOW
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur di sini, Rabu, bahawa dia telah melafazkan cerai ke atas isterinya, Norhayati Othman,38, dalam keadaan tegang setelah didesak oleh isteri serta ibu mertuanya.
Menurut Roslin, mereka telah memaksanya melafazkan cerai setelah mengesyaki dia berada berdua-duaan dengan produser filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman ketika mereka menyerbu bilik bernombor 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.30 malam.
Norhayati (kiri) di samping peguamnya di mahkamah syariah yang sama, Rabu.
Pada petang ini, kes sebutan pertama pengesahan cerai yang difailkan Norhayati selaku plaintif terhadap suaminya didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.
Roslin hadir ke mahkamah pada kira-kira pukul 2.38 petang dengan ditemani seorang saudara.
Manakala Norhayati yang berbaju kurung bertudung kelabu pula hadir lebih awal iaitu kira-kira pukul 2 petang.
Roslin diwakili peguam Roslizam Rahim manakala Norhayati yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) diwakili Zulqarnain Lukman.
Ketika ditanya oleh Wan Mahyuddin Wan Muhammad kenapa dia mahu memfailkan penceraian, Norhayati memberitahu mahkamah bahawa dia mendapat tahu suaminya berlaku curang apabila pergi ke Hotel Corus bersama Raja Azmi.
Katanya, dia mengetahui suaminya telah mendaftar masuk ke hotel di bilik 533 yang didaftar di bawah nama produser itu.
"Kami sekeluarga termasuk ibu, dua adik saya telah ke tingkat lima. Di sini, kami tunggu Jalani Sidek (suami Raja Azmi) untuk membawa kami ke Bilik 533 tetapi dia cuba melengah-lengahkan perjalanan untuk ke bilik tersebut," katanya.
Norhayati mendakwa Jalani telah menelefon Roslin supaya keluar dari bilik berkenaan kerana dia bimbang pegawai jabatan agama akan menangkap dia dan Raja Azmi yang berada di dalam bilik berkenaan. Setibanya di bilik tersebut, menurutnya, Roslin bagaimanapun sudah keluar dan hanya tinggal Raja Azmi seorang diri.
Sehubungan itu, Norhayati meminta Jalani menelefon Roslin supaya datang ke bilik berkenaan untuk bersemuka bagi menjelaskan keadaan sebenar sehinggalah berlakunya perdebatan.
Katanya akibat tidak dapat menahan sabar akhirnya Roslin telah melafazkan talak “I cerai you-lah.”
Sementara itu Roslim ketika memberi keterangan sewaktu disoal oleh peguamnya, Roslizam memberitahu mengaku melafazkan cerai berkenaan.
Kata Roslin tiada siapa yang memaksanya untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati.
Bagaimanapun Roslin amat marah kerana Norhayati cuba mengaibkannya dengan menghubungi pejabat agama dan juga wartawan untuk menangkap dia dan Raja Azmi.
Ketika ditanya oleh Roslizam apakah hubungannya dengan produser filem itu, ujar Roslin, dia telah mengenali Raja Azmi sejak 12 tahun lalu dan menganggapnya seperti kakak dan ibu.
Katanya ketika Norhayati tiba di hotel itu dia berada di luar dan kembali semula 20 minit kemudian. Pada ketika itulah berlakunya perdebatan sehingga menyebabkan dia melafazkan cerai.
“Kalau dia betul syak saya ada hubungan dengan Raja Azmi, kenapa tidak berterus terang dengan saya. Apa sebenarnya dia mahu?” soalnya.
Menurut Roslin, dia tiada niat untuk melafazkan cerai terhadap Norhayati sebaliknya sekadar meyebut perkataan itu tanpa ada bilangan talak.
Mahkamah bagaimanapun menangguhkan perbicaraan dengan menetapkan 1 September dan 22 September depan untuk pihak plaintif dan defendan memfailkan hujah bertulis.
Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.
Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri.

NGO Perlis kecam tulisan Nakhaie tentang Wahabi

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perlis hari ini membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk "Penyelewengan Wahabi" yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (kiri) dalam majalah Milenia Muslim keluaran Ogos 2010, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah "Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya
mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang," adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

"Sekiranya mereka engkar, kerajaan negeri mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis dan penerbit majalah itu," kata Ahmad Jusoh.

- Bernama

Selangor lancar kempen anti-zina atasi isu kes buang bayi

SHAH ALAM, 18 Ogos — Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.
Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.
“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang  bayi.
Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri Yaakob Sapari berkata lapan penternak lembu di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarah berpindah ke ladang ternakan baru di Sungai Nilam, Hulu Selangor.
Beliau berkata keputusan itu diambil bagi mengatasi masalah ternakan yang berkeliaran serta ditempatkan di lokasi yang tidak sesuai seperti berhampiran kediaman, kolej dan di bawah jambatan.
“Kerajaan negeri memperuntukan tanah seluas 32.4 hektar di Sungai Nilam dengan  kemudahan infrastruktur lengkap bagi menampung kira-kira 500 ekor lembu milik kumpulan penternak itu. “Penternak hanya perlu membina kandang di kawasan tanah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pihak PBT terbabit akan mengeluarkan notis kepada penternak berkenaan dalam masa terdekat ini. — Bernama

Mata wang syariah: Nik Aziz bidas kerajaan pusat ‘hentam’ Kelantan

August 18, 2010
Mata wang syariah dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan minggu lalu.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu. Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.
“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.
“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.
“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.
“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.
“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.
“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.
Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu.
“Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.
“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.
“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.
“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya. 
Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.
Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.
Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.
Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Upko pertahan Dompok label Umno ‘halang’ kejayaan 1 Malaysia

August 18, 2010
Usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia dikatakan menerima halangan daripade Umno. — gambar fail
KOTA KINABALU, 18 Ogos — Upko, parti komponen Barisan Nasional (BN), mempertahankan kenyataan Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok mengenai kebimbangannya berhubung konsep 1 Malaysia, yang beliau membayangkan Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia. Setiausaha Agung Upko Datuk Wilfred Tangau berkata, adalah malang bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tidak dapat “membaca nadi” penduduk Sabah dan tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh Dompok pada Ahad lalu.
“Sebenarnya isu konsep 1 Malaysia ini bukan saja difikir oleh Tan Sri Bernard seorang, tetapi oleh penduduk di peringkat akar umbi, termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain.
“Kami sokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh presiden kami ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tangau yang menggelar Salleh sebagai “kawannya” menambah pemimpin Umno itu tidak  mendapat gambaran sebenar isu itu.
Ahad lalu, Dompok berkata: “Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia.
Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang.
Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian Upko mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin Umno untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh Upko.
Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.
Namun semalam, Salleh menggambarkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berkata Dompok tidak patut mempersoalkan sama ada Umno memahami makna sebenar semangat 1 Malaysia atau sebaliknya.
Salleh, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan Umno Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.
“Dan sebagai kawan, kini saya mahu soal Datuk Salleh, adakah kenyataan itu tidak bertanggungjawab?
“Atau adakah ia kenyataan atau fakta? Bukankah fakta apabila sesetengah NGO secara terang-terangan membantah sesetengah cadangan dalam Model Ekonomi Baru (MBE) hingga kerja-kerja Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) tertangguh dan kini formulasi program MBE itu diberi kepada Dato Idris Jala?” kata Tangau.
Tangau menambah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahukan konsep 1 Malaysia diperjelaskan lebih lanjut.
Kata Tangau, sebagai pemimpin kanan partinya, Salleh tidak patut terlalu emosi sebaliknya mula bekerjasama untuk mengekalkan keharmonian dengan pasukan dalam BN.
Mengenai kenyataan Salleh bahawa adalah perkara biasa bagi pemimpin Umno secara terbuka meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Putatan, Ranau dan kawasan negeri di Tanjung Kapor serta Merotai, kata Tangau: “Bagi Upko, ia tidak normal.”
“Upko rasa permintaan itu tidak normal dan penuh dengan keangkuhan. Bayangkan parti komponen Melayu meminta untuk bertanding di kawasan Parlimen Kota Kinabalu yang didominasi kaum Cina dan dipegang oleh pembangkang? Adakah ia tidak ‘abnormal’?”
Jelas beliau, pihaknya tidak menunjukkan perasaan tidak senang hati sebab Umno sudah menyatakannya secara terang-terangan yang mereka berminat untuk mendapatkan kerusi yang diperuntukkan kepada Upko.
“Tetapi Upko lebih bimbang dengan imej BN gara-gara permintaan tidak patut oleh Umno.
“Kami amat bimbang dengan perkongsian kuasa dalam BN ini.
“Tun Mahathir memberi jaminan kepada Upko dalam ucapannya ketika merasmikan Kongres Upko Kedua bahawa Umno tidak akan sekali-kali bertanding lebih separuh daripada kerusi Parlimen dan negeri Sabah sebagai tanda komitmen kepada prinsip perkongsian kuasa dalam BN,” katanya.

'Perang besar' Malaysia, Umno tiup sentimen perkauman


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak laporan Utusan Malaysia kononnya 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia sekiranya kerajaan gagal menangani isu perkauman yang bebas diperdebatkan secara terbuka sekarang.

Katanya, ia tidak lain daripada percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

"Saya tak mahu layan Utusan," katanya kepada wartawan pada sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat.

Dalam rencananya yang bertajuk "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia”, penolong ketua pengarang I, Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan menulis 'perang' kali ini lebih besar daripada tragedi 13 Mei 1969, kerana itu hanyalah konflik melibatkan kegelisahan kaum atau social unrest yang kecil sahaja.

Men
urut Zaini, pelbagai pihak sedang membakar semangat antara satu kaum dengan kaum yang lain, termasuk cubaan untuk menukar perlembagaan Malaysia sekarang kepada satu perlembagaan yang baru.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.
Cara ugut

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas Anwar.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.
"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,” kata Anwar lagi.
Utusan disaman RM50 juta
Dalam perkembangan berkaitan, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga hadir pada sidang media itu berkata surat tuntutan sudah diserahkan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa Anwar membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.
Latheefa berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," kata Latheefa.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.
Sementara itu, ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria perlu mendedahkan kandungan 'perlembagaan baru' yang didakwanya itu dan melaporkannya kepada polis untuk disiasat.
Mufti harus buat laporan polis

Beliau yang dipetik HarakahDaily berkata PAS terkejut dengan kenyataan Harussani bahawa ada pihak tertentu cuba menggantikan perlembagaan persekutuan bagi menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.
“PAS mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis,” katanya.
Menurut Idris, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan perlembagaan persekutuan, Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, Pakatan juga berikrar mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau.

“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” katanya.

Siasatan pelacuran: Arjunan tak beri kerjasama..alasan untuk mencuri masa...!!!

Polis kesal dengan tindakan ahli politik PKR MS Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaan seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sikap Arjunan itu hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan.

"Beliau telah datang memberi keterangan, tetapi tidak memberi kerjasama yang diharapkan,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Arjunan yang dia mempunyai bukti kukuh.

Sebelum ini Arjunan telah membuat laporan polis yang mendakwa seorang timbalan menteri terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah.

Arjunan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan semalam.

- Bernama

Inkues Teoh: Kekecohan juga di luar mahkamah

Satu kekecohan kecil berlaku di luar mahkamah selepas selesai prosiding kes inkues Teoh Beng Hock di Shah Alam hari ini.

Seorang lelaki yang memegang poster Teoh didakwa bertindak menghalang kereta yang dinaiki Abdul Razak dan menjatuhkan dirinya sendiri beberapa kali tetapi kemudian memberitahu media bahawa pemandu Abdul Razak cuba melanggarnya.

Kejadian yang disaksikan berpuluh anggota media dan orang ramai itu berakhir apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menarik lelaki itu untuk memberi laluan bagi membolehkan Abdul Razak beredar.

Terdahulu, pada jam 8.45 pagi, seramai 30 orang hadir di hadapan bangunan mahkamah bagi memberi sokongan kepada keluarga Teoh.

Mereka berkumpul secara aman dan bersurai sejurus selepas prosiding berakhir empat jam selepas itu.

Pada satu sidang akhbar Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh, berkata tindakan ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mempersoalkan taraf pendidikan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand menunjukkan ketidakmatangan Datuk Abdul Razak Musa.

Katanya Abdul Razak tidak fokus kepada isu utama dalam prosiding.

Malik Imtiaz Sarwar, peguam yang mewakili kerajaan Selangor, pula menyatakan tindakan mempersoalkan taraf pendidikan saksi itu, adalah memalukan.

Ketika prosiding, Abdul Razak telah mengemukakan soalan mengenai taraf pendidikan Pornthip yang diperoleh dari Universiti Mahidol di Thailand yang tidak diiktiraf di negara ini tetapi Pornthip berkata universiti itu merupakan antara lima universiti terbaik di Asia.

Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa individu yang hadir pada kes inkues hari ini menjadikan mahkamah seolah-olah tempat mendengar ucapan ahli politik dengan bertindak menepuk tangan dan membuat bising.

Menurut Bernama, keadaan itu berlaku dari awal prosiding sehinggalah ketika Abdul Razak menyoal Pornthip.

Mereka didakwa melontarkan kata-kata kesat apabila Abdul Razak bertanyakan soalan kepada Pornthip dan apabila Pornthip memberi kenyataan yang tidak memihak kepadanya (Abdul Razak), mereka bertepuk tangan.

Situasi itu didakwa bukan sahaja mengganggu prosiding tetapi juga menyebabkan pihak media gagal mendengar dengan jelas.

Ada individu berkenaan diminta keluar daripada mahkamah setelah melontar kata-kata kesat kepada Abdul Razak.

Anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dilihat seperti merakamkan prosiding itu menggunakan telefon bimbitnya tetapi kemudiannya ditegur oleh anggota polis.

Skandal PKFZ - Pi mai pi mai tang tu.......

Tahukah hampa pasai apa Najib,UMNO,MCA,Polis,Peguam Negara dan SPRM begitu liat sangat hendak menyiasat skandal PKFZ ini?

Jawapannya mudah, pasai semua mangkok2 di ataih tu masing-masing dapat habuan daripada berbilion-bilion wang rakyat yang ditaburkan ke atas projek PKFZ ini.

Aku tak mau cerita panjang-panjang,memadailah hampa dengar apakata Saifuddin Nasution pasai skandal PKFZ itu...............



video









cheers.

Economy grew at slower 8.9 pct in Q2, signalling clear downtrend

Malaysia Chronicle

Malaysia’s expanded by 8.9 per cent in the second quarter from a year ago, but although it beat market forecasts, the writing is on the wall for an entrenched downtrend in the second half of this year.

“In the January to March period of 2010, GDP was 10.1 percent year on year. It is now 8.9 percent for April to June,” an economist at a foreign bank told Malaysia Chronicle.

“The full year forecast is about 6 to 6.5 percent. So all you need to do is average out and you can straightaway tell that from here on, GDP will fall even below 5 percent and it can get even worse if business conditions deteriorate and the government can’t even maintain 6 percent full year growth.”

Prime Minister Najib Razak, who is also the finance minister, had warned of slower growth in the coming months due to the contagion effects from the Greece and Dubai financial debacles.

Malaysia’s economy emerged from recession in the fourth quarter of 2009 when it grew by 4.5 per cent from the fourth quarter of 2008. For the full-year of 2009, it had contracted by 1.7 per cent in 2009 overall from the previous year.

Only way for MCA, Gerakan to teach Umno respect is leave BN

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

As civil society leaders and business groups call on Prime Minister Najib Razak to stop the public wrangling between MCA and Umno, pundits are privately betting it is a waste of time and the only way to teach Umno a lesson is for BN components like MCA and Gerakan to leave the coalition.

“The time has come to put or shut up. Too many hurtful things have been said by the likes of Utusan, Perkasa and even Muhyiddin himself. If Najib steps in now and they all do a group hug and make up, it only confirms what everyone is thinking - stop the sandiwara,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Indeed, in the past few days the Umno-owned Utusan and Perkasa have gone on rampage, flinging one insult after another at MCA president Chua Soi Lek. They jeered to his face - the so-called leader of the Chinese community in this country - and joked about his sex DVD past, mincing no words in calling him a pornographic actor.

Who can beat Umno at the race-championing game

Perhaps Soi Lek deserved a lot of the mudslinging for trying to beat Umno at the race and religious-championing game. But even so, he and his 78 newly-hired cyber-troopers must have been rattled by the ferocity of the Malay onslaught.

It is time that MCA and Gerakan leaders - cushioned by decades of privileged high government office - realize that this is the sort of treatment ordinary man-in-street non-Malays experience on a daily basis, whether directly or indirectly.

Malaysian society has changed since independence in 1957 and the transformation has been for the worse. In 1957, the world was Malaysia’s oyster. In 2010, there are just 9 years to go before our coffers go bust and we end up bankrupted by the excesses and the corruption of the BN elite.

Whoever speaks up for Malaysia will not be from Umno-BN

William Cheng, the president of the Chinese commercial grouping ACCCIM, was the latest to urge Najib to speak up.

“If every day they quarrel - federal government and the state government, even the state government itself internally has problems, then among the Barisan also quarrel, between the Chinese, Indian, Malay also quarrel - then who wants to come to Malaysia? Government should put a stop to this,” said Cheng.

His observation is astute and naive at the same time. Quarrels that drain both public and investor confidence are erupting on a daily basis but the “Government” will not be putting a stop to it. If anything, the “Government” is actively fanning the fire, sowing the seeds of racial and religious hatred in order to cling to power.

A patriot Cheng may be, but he must acknowledge that throughout the nation's 53-year history, it is exactly this sort of divide-and-rule race-based politicking that has typified Malaysia's “Government”. Without these policies of hatred, Umno would have to reinvent itself, a task that will surely too strenuous for it - accustomed as it is now to the good and easy life.

Umno weakness much greater than expected

A two-party or multiparty system is now inevitable in Malaysia - not really because of the Pakatan’s strength but more so because of Umno’s own shocking weakness. In the current times of stress, it has shown itself to be much weaker than anyone had ever expected or feared.

“They have demonstrated once again that they are incapable of uniting the nation, behaving maturely and responsibly,” PAS MP for Shah Alam Khalid Samad said.

The political pundits are right. There is nothing left for Soi Lek and Tsu Koon to lose. If they are sincere, they should withdraw now and take their followers to safe and higher ground. Otherwise, the Pakatan Rakyat will steamroll through their territory and make a clean sweep.

There is no such thing as “it is not so simple as you think”. It is really quite simple and was done spontaneously by Yong Teck Lee’s SAPP in 2008. In 2010, let it be Soi Lek and Tsu Koon who lead the way - not just for the non-Malays but also for the Malays.

Truly, more than the Chinese, Indians, Kadazan-Dusun-Murut and other races in this country, it is the Malays who need to be saved the most from Umno, Utusan and Perkasa.

Msia's scandal-hit Attorney General under fire for 'suicide' note

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

 Apart from star witness Dr Pornthip Rojanasunand, all eyes in the Teoh Beng Hock inquest will also be on Malaysia’s controversial Attorney-General Gani Patail, who has been flayed for withholding a so-called ‘suicide’ note for 10 months and trying to tender it as new evidence at the 11th hour to ambush Pornthip's testimony.

“Dr Pornthip is pure electricity and everyone will be watching her. But there is another very fundamental issue in this case and that is the deliberate tampering of evidence by our top judicial officers,” Batu Member of Parliament Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“The AG must not be allowed to escape responsibility and should be sacked or Malaysian courts will never be credible again. Even if the Coroner rejects the note as new evidence, Gani is still accountable for hiding it. It shows he is trying to manipulate the situation to his advantage. Frankly, the credibility of his chambers has sunk so low, there are accusations all around town it had a hand in the ‘manufacturing’ of the note.

As expected, Gani did not make an appearance at the inquest on Wednesday. However, lawyers for Teoh's family will surely push for his admonition. They have appealed for more time to study the 'suicide' note and the Coroner has agreed to adjourn the trial to September 1.

Teoh was a 30-year old political officer employed by the Pakatan Rakyat Selangor government who died in suspicious circumstances after overnight interrogation by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Hand-in-glove with top politicians

His inquest has attracted widespread media attention not least because it offers a glimpse of the murky and often corrupt ways in which Malaysian agencies often work hand-in-glove with Prime Minister Najib Razak’s Umno party in order to trigger a desired political outcome.

The 55-year Gani must surely rank as among the most notorious of Malaysia's top civil servants. Together, he and Inspector-General of Police Musa Hassan have ridden to the pinnacle of their respective professions thanks to the parts they played in getting Opposition Leader Anwar Ibrahim jailed for a total of 15 years on sodomy and corruption charges in 1998.

It now looks as though Gani has been prevailed on to do ‘national service’ yet again by the Umno elite and this time it may be to cover up for the MACC. The graft-buster has been accused of torturing Beng Hock and causing his death while trying to extract false confessions to incriminate his boss Ean Yong and other top Selangor DAP leaders. Speculation has been rife the MACC was trying to nail them on corruption charges to pave the way for Umno to regain control of the state government it lost to the Pakatan in the 2008 elections.

Scandal after scandal

Meanwhile, the embattled Gani has also been struck by personal scandal. Top blogger Raja Petra Kamaruddin has accused him of having an affair with a member of his staff, Azailiza Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.

“Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms,” Raja Petra wrote in his Malaysia Today blog.

The news, while shocking, has not scandalized the nation because it comes hot on the heels of another sex scandal also involving Malaysia’s AG chambers – this time between DPP Farah Azlina Latiff and Saiful Bukhari Azlan, the complainant in the sodomy trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim.

It is widely believed that Farah had been tasked to coach Saiful in Prime Minister Najib Razak’s bid to put his political arch rival behind bars. Such are the shenanigans in Malaysia’s imploding legal and enforcement system.

RM400 Duit Raya buat Kakitangan Awam di Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat!




Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah meluluskan geran kewangan istimewa (Special Financial Grant) bernilai RM400 kepada setiap kakitangan awam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng geran tersebut akan diberikan kepada kesemua penjawat awam di Pulau Pinang yang berjumlah seramai 3577 orang dan melibatkan kos RM1.5 Juta.

Dan buat kakitangan awam yang merasakan agak keberatan mahu menerimanya kerana tidak mahu terasa memakan budi sila hubungi e-mail ini 'anaksungaiderhaka@gmail.com' untuk diberikan nombor akaun agar dapat disalurkan RM400 yang anda tidak mahu itu.

RM400 ini bukan rasuah.. tapi duit raya.. UMNO/BN dulu pernah ingat nak bagi ka?



Penang gives Raya cash for civil servants


GEORGE TOWN, Aug 18 — The Penang state government has approved a special financial grant of RM400 for all state civil servants to celebrate Hari Raya Aidilfitri this year.

Chief Minister Lim Guan Eng said today the financial grant, to be given to all 3,577 civil servants in the state, would cost RM1.5 million.

“Since the Pakatan Rakyat (PR) Government took office, strenuous efforts have been made to mould a professional civil service that is world class. After all Penang cannot transform itself into an international city unless our civil servants leads the way with international benchmarks,” Lim told a press conference here.

He said despite discriminatory and reduced allocations from the federal government, the state’s public service had improved.

“We have managed to turn around a projected budget deficit into a record surplus,” he added.

Lim said it was only fair that the state’s civil servants enjoyed international-scale pay to celebrate Penang’s success.

He said the special payment showed that the state government valued the services of the state’s civil service.

He was also hopeful that the civil service would be motivated to work harder to enhance the delivery system and to give better services.

Lim however said while the state government valued the hard work put in by the civil service, it would not hesitate to reprimand government officers who abused their powers and behaved like “Little Napoleons”.

Mahathir dan kebebasan akhbar

Meskipun sudah tujuh tahun Perdana Menteri keempat, Mahathir Mohamad yang terkenal dengan pemerintahan autoritariannya berundur dari jawatan rasminya, namun beliau tidak pernah berundur dari gelanggang rencana awam.  Beliau tetap akan menarik perhatian (biarpun tahap mungkin berbeza) setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan.
20 tahun pengalaman saya dalam bidang akademik dan kerjaya media membuatkan diri saya untuk menumpu perhatian terhadap kenyataan Mahathir (gambar kiri) berhubung media, kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara.  Saya pernah memberi penilaian sedemikian terhadap Mahathir dalam buku saya yang diterbitkan pada awal tahun 2004, "Jikapun Mahathir bukan PM yang paling fasih tentang cara urus media, namun pengetahuan dan penguasaannya terhadap ciri-ciri dan fungsi media terserlah sepanjang zaman pemerintahannya.  Malah, antara anggota kabinetnya, termasuk Anwar Ibrahim, gagal menandinginya."
Saya tetap menganggap bahawa pemerhatian ini masih relevan sehingga hari ini.  Pengamatan dan kritikan Mahathir terhadap media dan bidang media kebanyakannya kena pada tempatnya, termasuk bagaimana pengiklanan dan kelarisan pengedaran mempengaruhi editorial, bagaimana pula kapitalis menyekat kebebasan media melalui pemilikan media.
Baru-baru ini, ketika menyampaikan ucap tamanya dalam Persidangan Blogger Asia dan Media Sosial 2010 pada 28 Julai, Mahathir berkata, kekurangan kebebasan dalam media tradisonal bukan disebabkan permit penerbitan semata-mata, tetapi penapisan sendiri yang keterlaluan, malah banyak berita tidak disiarkan untuk "memberi laluan" kepada iklan.
Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk mempertahankan dirinya dalam isu sekatan media ketika zaman pemerintahannya, malah beliau cuba meremehkan impak dan peranan jentera negara untuk menimbulkan ketakutan dalam sekatan media.  Namun demikian, bukankah kawalan kapitalis dan pengiklan merupakan salah satu kuasa yang berpengaruh - selain daripada parti politik dan negara - untuk mendominasi media?
Kefasihan Mahathir terhadap cara urus media merupakan kemalangan yang menimpa bidang media di negara kita.  Lantaran daripada kefasihannya terhadap media, sikap Mahathir terhadap media boleh disifatkan sebagai "cinta berbaur benci".  Untuk memperalatkan media supaya berkhidmat kepada kepentingan dirinya, Mahathir menjadikan fenomena media yang dikritiknya itu sebagai taktik beliau untuk mengawal media.  Antara taktiknya, kuasa pengawalan dan pemilikan yang amat berkesan, dan "projek" ini telah hampir disempurnakan pada tahun 1990-an.
Janji untuk memikat orang Amerika
Untuk ramai orang, dasar yang digubal dalam zaman pemerintahan Mahathir yang dilihat agak "terbuka" mungkin merujuk kepada janjinya bahawa "tiada penapisan internet" - ketika mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Amerika Syarikat pada tahun 1997.  Namun, janji ini semestinya bukan dari hatinya yang ikhlas.  Dalam artikel di blognya pada 19 Julai 2010, Mahathir mencadangkan agar kandungan lucah disekat daripada tersebar di ruang internet.
Ketika menyentuh "janji untuk tidak menapis internet" (INTERNET GUARANTEE),beliau berkata, "biarpun kami berniat untuk berbuat demikian, keupayaan kami tidak kesampaian.  Kami tidak menguasai teknologi untuk berbuat demikian" - ayatnya disarat penuh dengan "tidak kerelaan".
Seandainya diimbas latar belakang "janjinya untuk tidak menapis", kita akan mendapati bahawa janji ini bukanlah niat asalnya.  MSC sebermulanya berorientasikan keuntungan ekonomi.  Bertungkus-lumus Mahathir berulang-alik di pentas antarabangsa untuk mempromosikan projek yang menelan sebanyak RM50 bilion, dengan keluasan yang lebih besar daripada Singapura ini.  Ketika memberi ucapan pada 14 Januari 1997, teks ucapannya mengulangi sekurang-kurangnya empat kali istilah "mutual enrichment / mutually enrich" (kekayaan bersama).
Semasa saya membentangkan kertas kerja dalam sidang seminar di Taiwan pada awal Julai 2010, saya mendapati satu penemuan yang agak menarik.  Ketika Mahathir merasmikan pelancaran MSC pada 1 Ogos 1996 di Kuala Lumpur, walaupun teks ucapannya telah mengemukakan Bill of Guarantees kepada syarikat yang berniat untuk melabur di MSC, tetapi Bill of Guarantees ini tidak mengandungi perkara "Malaysia will ensure no censorship of the Internet" pada ketika itu.  Janji berbunyi "Malaysia will ensure no censorship of the Internet" ini hanya ditambah apabila Mahathir berucap di depan orang Amerika di Amerika Syarikat pada tahun 1997.
Jelas, "janji tiada penapisan" ini hanya ditaburkan untuk memikat kapitalis Barat yang dituduh Mahathir sebagai "tidak berniat baik" selama ini.  Tujuannya hanya satu - menyasarkan dollar US dalam poket mereka untuk digunakan agar membina satu lagi tugunya yang bernama - MSC.  Malah, ahli akademik tertentu seperti Graham Brown, Jason P Abbott, Gary Rodan menganggap keputusan Mahathir untuk "tidak menapis" ini bertujuan untuk bersaing dengan Singapura, yang mana pada ketika itu dikritik masyarakat antarabangsa kerana penapisan internetnya.
Politikus yang berpusatkan diri
Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling banyak memberi ucapan dan menulis artikel berkenaan dengan kebebasan media.  Saya menghabiskan masa yang banyak untuk meneliti teks ini semasa menulis tesis ijazah saujana saya.  Apa yang memahat ingatan saya adalah sikap beliau yang memandang rendah kepada wartawan dan meremehkan kebebasan akhbar.
Dalam artikel pada 19 Julai 2010, walaupun Mahathir sekadar menyebut kawalan terhadap kandungan lucah, tetapi beliau masih memperlihatkan "ketidak-relaan"-nya terhadap kebebasan akhbar dan internet yang bebas - dari apa yang tersirat di sebalik ayatnya.
"Kebebasan akhbar dilihat sebagai kandungan utama dalam amalan Demokrasi Barat.  Andaiannya sebegitu, dengan kebebasan akhbar, kebenaran akan menjelma.  Namun, kebebasan juga berkenaan dengan pembohongan, agenda jahat, menfitnah individu, memutar-belitkan kebenaran, mendesak orang ke arah kematian, dan dosa yang bermacam-macam.  Internet kini bukan sahaja memperuntukkan keupayaan kepada wartawan, tetapi kepada sesiapa untuk menyatakan kebenaran, membohong, memutar-belitkan kebenaran, dan segala yang baik dan yang jahat."
Dengan kata lain, sama ada "semasa" mahupun "selepas" Mahathir menyandang jawatan PM, pendirian dan sikap beliau terhadap kebebasan akhbar dan bersuara tiada banyak berbeza, seperti pandangannya yang rasis.  Jikapun ada "perubahan", ia hanyalah taktik untuk kepentingan politiknya.
Ia menjelaskan bagaimana Mahathir tidak begitu terserlah "corak perkauman"-nya, pada tahun 1990-an, untuk mengukuhkan kuasanya melalui prestasi ekonomi.  Namun, selepas tujuh tahun berundur dari jawatannya (terutamanya setahun dua ini), Mahathir kerap mengeluarkan kenyataan "nasionalismenya" untuk memikat orang Melayu - ia sekadar "pemulihan" wajah Mahathir yang ketika muda.
Dari segi kebebasan media dan pengawalan media, Mahathir menyerang Abdullah Ahmad Badawi habis-habisan sejak tahun 2006, bahawa tiada kebebasan media di bawah pemerintahan Abdullah, malah pengawalan lebih ketat berbanding dengan zaman pemerintahan dirinya - Mahathir seolah-olahnya mangsa dan pejuang kebebasan media.  Keadaan ini berlaku kerana Mahathir gagal menggunakan media sebagai perkakasnya sewenang-wenangnya untuk mengaut kepentingan politik beliau.
Sebaliknya, Mahathir tidak pernah menganggap tindakannya semasa pemerintahannya (menindas kebebasan media atau kehakiman) adalah salah.  Pada hakikatnya, beliau sebenarnya anti-kebebasan akhbar dan anti-kebebasan bersuara.  Apabila Mahathir merungut bahawa tiada kebebasan akhbar dan bersuara di bawah zaman pemerintahan penggantinya, ia hanya memperlihatkan bagaimana jeliknya seorang politikus yang sentiasa berpusatkan dirinya!
*Chang Teck Peng

Kain Rentang Provokotif Cuba Naikkan Kemarahan Melayu Tetapi Gagal

Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 18 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan tindakan menggunakan isu kain rentang provokatif yang dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.
"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan KEADILAN atau pun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor. Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi KEADILAN dan Pakatan Rakyat di negeri Johor.
"Tidak pernah menjadi amalan kita dalam KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat (untuk melakukan perkara tersebut). Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," kata Anwar.
Beliau menjelaskan demikian selepas ditemui oleh dua orang pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Batu Pahat yang mengunjunginya di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana pagi tadi untuk mengambil keterangannya.
Keterangan tersebut yang dibuat di bawah Seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah adalah bagi membantu siasatan berhubung penggunaan imej Sultan Johor pada kain rentang yang kononnya digunakan oleh penganjur bagi satu program ceramah yang di Batu Pahat, Johor bulan lalu.
DSP Che Mahazan Che Aik dan pegawai penyiasat ASP Aziz Abdullah tiba kira-kira pada jam 11.45 pagi dan bersama Anwar serta Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng, peguam Willian Leong, Latheefa Koya selama hampir satu jam.
Jui Meng berkata tindakan pihak yang cuba mengaitkan KEADILAN adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk menyebabkan Sultan Johor murka kepada parti.
"Kita dan para penyokong KEADILAN tidak sebegitu bodoh untuk katakan, yang saya dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor. Ini adalah satu muslihat yang gagal. Sebagai seorang peguam yang terlatih dalam bidang undang-undang, saya tahu bahawa orang Cina seperti saya tidak boleh menjadi Menteri Besar. Ini tak masuk akal dan tak logik langsung.
"Matlamat mereka telah gagal, kerana tidak ramai orang yang percaya dengan apa yang ditulis di atas kain rentang itu. Tiada siapa yang untung daripada perbuatan mereka ini. Jadi kami minta pegawai polis siasat dengan segera kejadian ini, dan tangkap mereka yang terlibat dengan komplot ini," kata Jui Meng.
Pada 31 Julai lalu, Anwar dijadualkan untuk berucap di program ceramah di Markaz PAS Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat selepas menghadiri majlis makan malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di Restoran Grand Sea View, di Jalan Tanjung Labuh.
Namun, pihak penganjur terpaksa membatalkan ceramah tersebut selepas diserbu oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Tujuh orang termasuk peniaga ditahan di Balai Polis Rengit tetapi mereka dibebaskan dengan jaminan polis keesokan paginya.

Tauhid : Ulama’ Muda UMNO Vs Judi NOMBOR EKOR


Salam kawan-kawan. Aritu den baco artikel Ostad Fathul Bari kt Malaysiakini tentang tauhid http://www.malaysiakini.com/columns/139938 . Artikel yang bagos. Apo maksud tauhid? Tauhid bagi den ialah kepacayaan yg bulat kpd Allah. Setakat tu je la ilmu seorang yg cikai seperti den. Sekarang den nak sound Ostad Fathul dan Ostad Fadlan (kau la org first den tag gambar ni). Pasal korang ni ulama’ mudo UMNO. Konon la.

1] Judi nombor ekor apo hukumnya? Jawab bai. Pembeli nombor ekor sudah tidak percaya tuhan yg memberi mereka rezki. Untung nasib mereka bergantung pada nombor yg dibeli. Sudah menjadi normal pemboli nombor ekor menjadi syirik krn poie menurun, jumpo bomoh, memuja kubur keramat, kubur syeikh-syeikh bosa dll.

2] Sekarang tolong jawab mcm mano Melayu boleh terjebak dgn no. ekor? Tahu tak ni. Tak tahu? Mangkuk. Meh sini den tolong.

-> Paper Utusan Malaysia/Kosmo siapo yg punyo?

Jgn tipu bai. Semuo org tahu itu UMNO punyo.

-> Kalau UMNO punyo, UMNO suruh siapo baco?

Takkan bangla. Melayu la yg baco. Siapo laie bai.

-> Jadi keputusan nombor ekor yg disiarkan oleh paper Utusan/Kosmo setiap Isnin, Khamis dan Ahad tu UMNO bagi siapa yg baco?

Cino baco bang. Cino kepalo abah kau! Melayu lah yg baco.

-> Abis tu, keputusan nombor ekor kt paper Utusan/Kosmo dio suruh siapo main judi? Paper Utusan/Kosmo galakkan sapo main judi sebenarnya? Orang Melayu atau orang bukan Melayu?

Dah tontu lah Melayu. Sbb pembaconye org Melayu.

3] Apo hukum paper Utusan/Kosmo mengambil pendapatan/keuntungan menjual iklan keputusan judi nombor ekor? Tak payah jawab. Den boleh jawab. HARAM! Dalil? Korang berduo ulama’ kan. Takkan dalil pun tak tahu.

4] Tengok gambar kek atas tu. Pompuan bertudung dan lelaki Melayu siap bersamping banggo memboli no. ekor. Peh. Banggo buek jahat maa. Melayu sekarang banggo mengatakan bhw BUKAN Allah yg memberi mereka rezki. Syirik ke tak syirik tu wahai Ostad UMNO?

5] Sekarang kau berduo tak payah la susah-susah nak nasihatkan bini PM tu bertudung. Itu cerito tahun dopan. Sekarang ni rakyat Malaysia bagi korang berdua tugas mudah. Tugasnya ialah suruh paper Utusan/Kosmo JANGAN siarkan lagi keputusan nombor ekor. Selamatkan Akidah Umat Islam/Melayu dulu. Dah selamat, baru selamatkan bini PM.

--> Jiko tugas semudah itu pun korang gagal. Abis la korang berduo. Takkan korang berduo cenderung JUDI menjadi pendapatan UMNO? Takkan korang berduo rela paper Utusan/Kosmo mengiklankan judi kpd org Melayu? Apo hukum ulama' yg masih setia dgn jemaah dimano paper rasminya mengiklankan judi kpd umat Islam?

---> Lagi satu apakah hukum menghalalkan sesuatu yg telah jelas diharamkan oleh ALLAH S.W.T seperti yang dinyatakan dalam kitab Al-Quran dan hadis?

* Bagi yg belum tahu, di belakang tiket nombor ekor telah tertulis bahawa JUDI ITU HARAM. Macam kt kotak rokok yg tertulis merokok itu membahayakan kesihatan. Dah tahu judi tu haram, mengapa paper Utusan/Kosmo iklankan lagi keputusan nombor ekor di papernya?

p/s : Den tak boli paper Utusan/Kosmo bukan sobab paper tu kepunyaan UMNO tetapi taknak bersubahat dgn DOSA judi.

Tukang Jolok dan Tukang Sambut


Ong gedek gedek....!! Ong gedek... gedek...!!

Tu dia..... katak dah berbunyi dah. Patutlah dua tiga hari ni, aysik hujan jer. Kah... kah... kah... Rupanya langit pun tergelak sakan sampai terkencing, mendengarkan suara sang katak gedebab.

Ha... ha... ha.... Dia berbicara pasal perlembagaan baru rupanya. Sang mufta tukang jolok dan dia pulak jadi tukang sambut. Hati-hati apabila sambut.... nanti terkena batang hidung!!

Dia, sambut bola yang jatuh dan kini lempar dan hentam bola tersebut pada PKR. Fuulaamakk... Satu tag-team yang sangat sesuai dan berpadanan. Mantap sekali!! Mantap.... tapi berjaya belum tahu lagi!!

Adegan jolok dan sambut ini..... rupanya nak mengenakan PKR dengan fitnah yang mereka reka cipta. Fitnah perlembagaan baru!! Kononnya..... Parti Keadilan mahu membuat reformasikan Perkara 153 iaitu berkaitan ketuanan Melayu dan hak istimewa mereka serta Perkara 11 yang ada kaiatan dengan kebebasan beragama di Malaysia.

Aha.... cer komer tengok macam mana mereka memainkan gendang yang boleh menimbulkan effect negatif pada sensitiviti kaum di Malaysia. Persepsi umum.... semuanya ini adalah untuk menjustifikasikan tindakan drastik yang mungkin akan diambil oleh sang desperado.

Iya.... wa cakap you. I tell you.... mereka sedang desperate ya amat. Terlalu banyak isu tentang kepincangan mereka yang bakal menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat. Dan.... dengan PRU13 semakin hampir, they are left with not much choice.

Lantas..... gendang perang dipalu dengan memainkan irama lagu perkauman. Apabila semua dah dah terikut-ikut.... they'll strike!! Dan... yang akan jadi mangsa ialah para pemimpin pembangkang. Tangkap borong mereka guna akta bawah ISA dan sumbat mereka ke Kamunting Inn.

Semua ini.... untuk mengurang dan meredakan ancaman kepada UMNO/BN. Dan... jelas sekarang, UMNO/BN berasa terancam oleh kemaraan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya. They have to be stopped at all cost. Kalau tidak..... mereka terpaksa say bye-bye pada kuasa.

Sebenarnya, antara DAP dan PAS..... Parti Keadilan lebih merupakan ancaman kepada UMNO/BN. Sebabnya.... ia merupakan parti 3 in 1. All the three races are in the one party. Inilah yang dikatakan corak politik baru yang sedang mendapat tempat di hati rakyat. Bagi rakyat yang menolak politik perkauman.... Parti Keadilan menjadi pilihan mereka.

Namun.... sebagai parti politik yang baru, PKR tidak boleh terlepas daripada masalah. Bukan mudah nak berhadapan dengan kerenah ahli dan para pemimpinnya terutama mereka yang telah dibudayakan dengan budaya UMNO. Bak kata orang putih.... old habits die hard!! Inilah kerenah yang terpaksa dihadapi oleh Parti Keadilan.

Satu living example untuk merujuk kepada perangai buruk kesan pembudayaan dan tarbiah daripada UMNO ialah Zahrain Katak. Politik dijadikan landasan untuk mencari kekayaan. Perjuangan bukan berlandaskan prinsip tetapi lebih kepada perjuangan kepentingan peribadi. Sebab itu.... kebanyakan ahli Parti Keadilan yang jadi katak, semuanya ada kaitan dengan FULUS. Itulah hakikatnya. Alasan-alasan standard yang selalu mereka berikan.... semuanya BULLSHIT!!

Oleh itu... isu 'Perlembagaan baru" yang dijolok oleh sang mufta dan disambut pula oleh sang katak sebenarnya ada udang di sebalik batu. Apa yang dok ada di sebalik batu tu....???

Ha.... ha.... ha.... Semua kita tahu!!!

You tahu... I tahu... We all tahu!!


LHDN mendedahkan maklumatnya dipalsukan sindiket antarabangsa

HASMAH ABDULLAH Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan sindiket antarabangda memalsukan maklumat  menerusi laman internet untuk dengan menipu  pelanggan lembaga itu.
Ketua Pengarah LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, beberapa rangkaian penipuan antarabangsa menghantar email kepada pelanggan dengan menyatakan mereka akan mendapat jutaan ringgit selepas memberi maklumat akaun perbankan internet masing-masing.

Menurutnya, pada 21 julai lalu hingga 17 ogos 2010 pihak LHDN menerima aduan orang ramai berkaitan penipuan email dari laman web  ‘taxrefunds@hasil.gov.my" berkaitan lebihan cukai sebanyak RM 700 dan RM 2812.49 akan dikembalikan kepada pelanggan LHDN.
"Pulangan kewangan melalui email itu adalah penipuan dan ianya juga tidak pernah dihantar oleh pihak LHDN kepada pelanggan.
"Email tersebut dihantar oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan ke atas urusan bayaran balik lebihan  cukai kepada pelanggan LHDN dengan menggunakan nama LHDN,"katanya.
Beliau berkata, sebanyak 217 kes telah dilaporkan kepada LHDN terhadap penipuan melalui internet sehingga hari ini yang melibatkan pembayar cukai berdaftar dan juga orang awam yang tidak berdaftar dalam LHDN.
"Jumlah kerugian mangsa sindiket palsu LHDN masih belum dipastikan kerana hingga hari ini kita masih menerima aduan yang melibatkan pelanggan LHDN.
"Rangkaian jenayah siber ini telah disiasat dan didapati  berpengkalan di Amerika Syarikat dan Nigeria.
"Modus operandi penjenayah siber ini adalah pelanggan akan diminta ke laman web palsu LHDN untuk menyertakan maklumat akaun peribadi melalui akuan CIMB dan Public Bank.
"Jika arahan diikuti, pelanggan tanpa disedari akan mendedakkan maklumat kewangan dan seterusnya penjenayah siber ini akan menggunakan maklumat tersebut untuk mengeluarkan wang simpanan pelanggan,"ujarnya.
Katanya, pelanggan LHDN yang mendapat email demikian perlu segera menghubungi LHDN dan juga pihak polis untuk memastikan penipuan ini terus disekat.
"LHDN pada 17 Ogos 2010 telah membuat laporan polis berkaitan penipuan ini untuk meminta pihak polis mengesan jenayah siber ini.
"LHDN berharap pelanggan dan orang ramai akan peka terhadap pendedahan penipuan ini supaya tidak akan ada lagi mangsa penipuan,"jelasnya.
Hasmah bagaimanapun memberi jaminan bahawa segala transaksi elektronik melalui laman web rasmi LHDN serta setiap data dan maklumat pembayar cukai yang berada dibawah simpana LHDN adalah selamat.

Peguam SPRM pertikai kredibiliti Dr Pornthip

dr-porntip-oct21
Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Suasana agak kecoh di Mahkamah Koroner di sini hari ini apabila pendakwaraya, Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempersoalkan kredibiliti Dr Pornthip Rojanasunand sebagai pakar pathologi.
Razak yang berhujah di depan koroner Azmil Muntapha Abas dalam inkues kematian Teoh Beng Hock berkata bahawa "kenyataan Dr Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya semata-mata.

"Oleh itu, beliau tidak layak digelar pakar kerana universiti tempat beliau belajar tidak diiktiraf di Malaysia," katanya.
Sambil menolak dakwaan itu, pakar pathologi dari Thailand itu menjelaskan bahawa universiti tempat beliau belajar adalah salah satu dari lima universiti terbaik di negaranya, disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin.
Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga Teoh menyifatkan hujah Razak bukan satu isu.
"Namun yang penting dalam kes ini ialah penegasan Dr Pornthip bahawa kes ni bukan bunuh diri dan sama ada koroner Azmil menerima kenyataan ini atau tidak, akan kita hadapi kemudian," jelas beliau.
Beliau berkata, "pendirian tegas Dr Pornthip sejak dari awal bahawa Teoh mengalami kecederaan sebelum jatuh dan beliau pasti Teoh bukan bunuh diri, inilah yang penting.
"Kes ini tertangguh supaya kami dapat mengumpul lebih banyak maklumat daripada pakar-pakar sepertimana yang dicadangkan oleh Peguam Negara," katanya.
Dr Pornthip yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor sepatutnya datang memberi keterangan pada bulan April tetapi enggan berbuat demikian selepas majikannya, Kementerian Keadilan Thailand menasihati beliau.
Teoh, 30, setiausaha politik ahli exco Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai tahun lepas berikutan disoal siasat semalaman oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14, bangunan yang sama.
Kes tangguh pada 1 September depan.

Tender GLC terbuka kepada semua kaum

Nur Jazlan Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut memberi peluang kepada syarikat bukan Bumiputera untuk mendapatkan tender, kata beberapa peneraju GLC yang dihubungi hari ini.
Menurut mereka, pemilihan kontraktor untuk projek GLC bukan berdasarkan kaum, sebaliknya kewibawaan dan kebolehan.

Pengerusi UDA Holding Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ada sebuah GLC tidak menghadkan tender bernilai besar dan kompleks dari segi teknikal, dihadkan kepada syarikat Bumiputera sahaja.
"Sebagai contoh, Telekom Malaysia (TM) bukan sahaja menawarkan kerja-kerja kepada syarikat Bumiputera tetapi juga kepada syarikat antarabangsa.
"Ada juga syarikat milik orang Cina yang membuat usahasama dengan syarikat Bumiputera untuk melaksanakan tender GLC. Jadi tidak menjadi isu mengenai penyertaan pengusaha Cina dalam tender GLC," katanya.
Dalam Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA hujung minggu lalu, mereka mahu penyertaan yang lebih dalam GLC termasuk jawatan-jawatan utama.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula mempersoalkan sistem kuota untuk usahawan Bumiputera dalam Model Baru Ekonomi (MBE).
Sebaliknya, orang nombor satu MCA mahu kerajaan mementingkan sistem merit berbanding kuota bagi memastikan perkongsian tulen antara Bumiputera dan bukan Bumiputera mencapai matlamat.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron pula berkata, pemilihan kontraktor untuk projek GLC berdasarkan kewibawaan.
"Kontraktor Melayu, Cina atau India dinilai dari segi kewibawaan, bukannya ras. Kepakaran, pengalaman dan rekod juga diambil kira.
"Walaupun di peringkat pelaksanaan dibuat oleh kontraktor Melayu tetapi bekalan diambil dari pembekal kaum Cina manakala pekerjanya adalah orang India," katanya.

MB: Lot tanah anak peneroka diberikan selepas Aidilfitri..ha..ha..ada goyang..!!! dulu sombong..??

Hasan berkata bukan semua anak peneroka akan menerima lot tanah. — gambar fail
SEREMBAN, 18 Ogos — Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini berkata lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini. Beliau berkata buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.
Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
“Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah untuk membina kediaman mereka,” katanya.
Katanya tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.
Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang mengamalkan adat perpatih ini.
Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.
“Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan menerima tunggakan tujuh bulan,” katanya.
Ini merupakan penghargaan dari kerajaan negeri kepada golongan ini yang telah memelihara dan mengamalkan adat perpatih di negeri ini, katanya. — Bernama

Documents of another 'Ronnie crony' emerge

By Teoh El Sen and Rahmah Ghazali

PETALING JAYA: As the pressure mounts for several Selangor DAP leaders to resign over the support letter imbroglio, new documents have surfaced to indicate more alleged abuse of power. Documents sent to FMT by an anonymous source today showed that the Pandamaran new village chief Yap Hock Siew had issued a letter of support to a company belonging to him to procure a contract for the maintenance and cleaning of river floodgates.

This was purportedly endorsed by Selangor state exco and Pandamaran assemblyman Ronnie Liu.

Among the documents was a letter dated June 17 this year. It was sent by First Team Enterprise to Klang Municipal Council president Anuar Abd Wahab, and the letter bore what appeared to be the seal and signature of Liu.

The letter was an application for the maintennance and cleaning works of a floodgate at Jalan Papan Pandamaran.

There was also a letter of support to the council president from Pandamaran new village chief Yap to back First Team's application for the contract on the same date.

The source also included a report from the Companies Commission of Malaysia which stated that Yap owned First Team.

Same principle applies for all

Commenting on this, a party leader, who wished to remain anonymous, said the party must look into the matter.

“If the DAP discliplinary committee and Menteri Besar Khalid Ibrahim held that Tee Boon Hock had committed an offence, then tell me, is this not a direct conflict of interest as well?

"How can a village head support his own company? Right or wrong is not for us to say, but if you apply one principle on Tee, then it should be applied on everyone. Plus, Ronnie (Liu) must have known about Yap's position, why did he still support it?" he said.

Tee was sacked from DAP and as a Klang municipal councillor for allegedly misusing Liu's letterhead and seal to procure contracts for his son and cronies.

Meanwhile, FMT was also furnished with a letter of support signed by Liu on April 14, 2008 backing five companies to be nominated as contractors for cleaning works, including First Team.

Also on the list were Perkhidmatan AA, owned by Tee's son, and Wira M&E Sdn Bhd, the company for whom Selangor Speaker Teng Chang Khim had reporetdly issued a support letter for.

'Money is for the people'


Contacted later, Yap told FMT that he did not get any contracts since he was appointed as the village head this year.

"For this floodgate contract, we still don't know if we got it or not as I heard it was cancelled because of all this controversy," he said.

Asked if it was unethical to endorse his own company, Yap replied:" As the Village Safety and Development Committee (JKKK), we are not financially supported by the Pakatan Rakyat government, and I as village head only get RM450 a month.”

“This contract was for the community, as we are to use 100% of what we earn from it to pay for electricity, water and other bills for the JKKK hall, office and basketball court," he said.

Yap, who is also the Pasar Pandamaran DAP branch chairman, added that he estimated the project could bring in about RM6,000 a month.

'Classic crony company'

However, DAP's Klang MP Charles Santiago disagreed, calling it a case of a “classic crony company”.

"For you to say that you need the money for the people is not a basis to be awarded any contracts. A political party should be supported with its own fundraising, its own members," he said.

Santiago maintained that the culture of issuing or seeking support letters should be stopped by 2011, with a committee being set up now to look into the details.

"The menteri besar should be more decisive in saying that there should be no letters of support to businesses - with exceptions given to welfare cases and small projects," he said.

Last week, Liu was let off with a severe reprimand by the party's discliplinary committee over the controversy and was told to manage his office more professionally.

Both Liu and Teng are now facing pressure to resign.Liu, the local government, study and research exco, could not be reached for comment.

Meanwhile, Khalid today maintained that no action would be taken against Liu.

Asked at a press conference if the exco should he sacked, the MB replied: "Ronnie Liu? I don’t think so because based on our findings, there's no issue with the support letters."

“Let me look at the audit report first... I am not going to make any statements until I look at the report. We practice transparency, and we will reveal the report,” he said.

PERKASA mahu presiden MCA disiasat..ha..ha...drama bersiri PERKOSA..!!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta pihak polis menyiasat Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung kenyataannya berhubung ekuiti bumiputera yang didakwanya "berbaur hasutan" dan "tidak mengambil kira sensitiviti bumiputera".

Dalam laporan polis oleh setiausahanya, Syed Hassan Syed Ali, NGO Melayu itu mendakwa kenyataan Dr Chua dalam Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu tidak bertanggungjawab dan bertujuan memecahbelahkan keharmonian kaum.

"Dr Chua seharusnya menyedari kenyataan beliau boleh mencetuskan kegelisahan dan ketidakpuasan hati kaum bumiputera khususnya orang Melayu kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberikan keistimewaan kaum bumiputera sebagaimana peruntukan Artikel 153," laporan polisnya dipetik.