Selasa, 17 Ogos 2010

Kes Helen Ang: Politik perkauman Perkasa-Umno amat berbahaya

 Faisal Mustaffa

August 17, 2010
AUG 17 – Di dalam keghairahan mendapat perhatian di dalam media dan sokongan masyarakat umum yang berada di atas pagar dan mereka yang benar-benar tidak mendapat maklumat sebenar, Perkasa telah menggunakan kaedah menjadikan seorang mangsa sebagai kambing hitam.
Persoalannya siapakah yang benar-benar layak di kambing-hitamkan? Akhirnya, individu yang “bertuah” tersebut ialah Helen Ang, seorang wanita berbangsa Tionghua dan penulis rencana yang agak moderate tetapi kadang-kadang menyengat.
Rencana-rencana tulisannya disiarkan di dalam media sesawang Malaysiakini dan Centre for Policy Initiatives.
Perkasa mencadangkan agar Helen disiasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di dalam laporan polis yang dikemukakan, mereka mendakwa Helen “dengan angkuhnya” memburuk-burukkan Yang Di-Pertuan Agung Tuanku Mizan dengan mempertikaikan kuasa baginda.
Media propaganda Umno, Utusan Malaysia pula melemparkan tuduhan liar melaporkan, “Perkasa minta polis siasat Helen Ang pertikai hak Melayu, Islam” dan “Perkasa lapor portal pertikai Islam”.
Rencana beliau yang agak menimbulkan kemarahan Perkasa ialah melalui artikelnya bertajuk “Enforcing NEP on minority religions” yang disiarkan pada Ogos 4 di CPI.
Aku mula mengenali Helen Ang ini selepas beliau mengajak aku bersama-sama menyumbang di laman CPI. Kemudiannya, aku dijemput sebagai speaker forum di BUM2009 pada Mei 16, 2009 di mana beliau sebagai moderator sesi perbincangan yang diadakan dalam Bahasa Melayu. Ahli-ahli panel lain terdiri daripada Fathi Aris Omar (pengarang Malaysiakini), Fahri Azzat (laman Loyar Burok) dan A.Kadir Jasin (mantan pengarang kumpulan NSTP).
Di kebanyakan waktu aku berjumpa dengannya, Helen berbaju kurung ringkas dan kami berbahasan Melayu – seolah-olah aku sedang berbicara dengan seorang wanita Melayu terakhir.
Beliau berwajah riang, bersuara lembut dan berwatak feminin.
Sekiranya kita melihat definisi Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan, seorang Melayu ialah individu yang memenuhi tiga criteria; 1) mengamal adat Melayu 2) berbahasa Melayu 3) beragama Islam.
Ya, Helen sudah memenuhi dua kriteria yang boleh menjadikan dia “Melayu”. Sehingga ada Melayu sendiri yang tidak memenuhi ketiga-tiga criteria tersebut dan masih mengakui mereka Melayu – sekiranya kita mengenakan syarat “keMelayuan” yang agak cerewet – misalannya berpakaian pyjamas dan bukan sarung ketika tidur, makan dengan sudu garfu, berbahasa Inggeris di rumah dan tidak sembahyang.
Di dalam kelembutannya itu, ada juga ketegasan yang dipaparkan. Pada Mei 7, 2009, Helen bersama-sama 35 orang yang lain ditahan semasa berhimpun dan berpakaian hitam sewaktu punahnya demokrasi di Perak.
Aku bertanya sendiri, “manakan pula wanita yang aku kenali sebegini sanggup untuk menggugat kepentingan Melayu?”
Aku membaca dua kali lalu rencana yang dituliskannya itu dan tidak satu pun perkataan yang merujuk kepada Tuanku Mizan atau pun YDP Agong.
Sanggup mereka ini melontar tohmahan sebegini.
Senjata sebegini sudah tentu akan memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak – tanpa usul periksa. Lihat apa yang berlaku kepada Teresa Kok melalui laporan berita isu makanan anjing dan pakaian di luar masjid sengaja diperbesarkan oleh akhbar berbahasa Melayu itu bagi menanam kebencian orang Melayu terhadapnya.
Teresa menuduh isu perkauman dan agama dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin Umno Selangor. Di Selangor terdapat 55 peratus penduduk Melayu, 30 peratus Cina dan 14 peratus India. BN menyedari bahawa semasa pilihan raya umum lalu, pengundi Melayu mengundi calon Pakatan Rakyat. Ini adalah penting bagi Umno untuk menarik kembali pengundi Melayu di Selangor. Jadi, Utusan Malaysia dan TV3 menjadi saluran mereka.
Melalui perkara yang berlaku terhadap Teresa ini, diharap rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu sedar bahawa politik perkauman yang dimainkan oleh Umno amat berbahaya bagi kita semua. Namun, sekarang Perkasa cuba mempermainkannya pula.
Teresa bukan seorang yang tidak memahami budaya Melayu dan Islam. Teresa mendapat gred A bagi mata pelajaran Tamadun Islam dalam pengajian universitinya. Baginya, banyak persamaan baik di antara Kristian dan Islam. Beliau mampu menghayatinya terutama dari segi nilai dan pandangan terhadap dunia.
Begitu juga Helen bukan seorang yang tidak memahami budaya Melayu. Pada bulan Mac tahun lepas, beliau telah menyertai demo jalanan bagi mempertahankan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita.
Beliau telah menceritakan tentang pengalamannya ketika terlibat dalam protes tersebut: “Perjuangan (bagi memansuhkan PPSMI) didokong masyarakat pelbagai bangsa yang bersatupadu dan berhimpun seramai lebih kurang 8,000 orang di perkarangan Masjid Negara petang Sabtu lalu. Kami telah dijemput oleh seorang (wakil yang) menggunakan pembesar suara supaya memasuki halaman masjid untuk menggelakkan diri daripada terkena semburan meriam air (‘water cannon’) dan gas pemedih mata]”.
Rencananya yang menyokong agar matapelajaran Sains dan Metamatik diajar dalam Bahasa Malaysia ataupun bahasa ibunda (baca “Math and Science: The case for BM”) jelas menunjukkan keprihatinan beliau terhadap nasib para pelajar di kawasan luar bandar – kebanyakannya budak Melayu kampung – yang ketinggalan dalam kedua-dua matapelajaran tersebut angkara dasar bahasa pengantar dialihkan kepada Bahasa Inggeris.
Penahanan Teresa di bawah ISA dan mencadangkan agar Helen ditahan di bawah ISA juga adalah suatu saya menganggap sebagai jalan terakhir bagi Umno dan Perkasa ini.
Bagaimana orang Melayu dan penganut Islam boleh dihormati sekiranya bersikap sedemikian? Orang Melayu Islam sepatutnya lebih mesra dengan bangsa-bangsa lain dan penganut agama lain bagi menarik perhatian mereka mengenali dan memahami budaya. Inilah yang terpenting.

Kahkahkah Bodoh punyer AG...

Kahkahkah Aku pun tak tau nak pusing camner lagi.... Citer agak lama tapi belum basi... Ada ka patut?

Kalau korang perasan semenjak akhir-akhir nih banyak bayi kene buang tapi yang peliknya masih tiada tangkapan di buat... Adakah tak lama lagi nanti banyak pulak nota-nota bunuh diri dari bayi yang di buang... Takkan baru nak terjut.. Ini kan Negara Bolehland... kahkahkah

Terhangit... Polis terjumpa beberapa Nota bunuh diri...

Nota bunuh diri oleh ALTANTUNYA
Nota bunuh diri oleh AMINULRASHID
Nota bunuh diri oleh KUGAN
Nota bunuh diri oleh TEOH BENG HOCK

Bodoh punyer AG.. kahkahkahkah! 
 

PKR leader spills more dirt on Saravanan

By B Nantha Kumar
PETALING JAYA : An opposition leader said he received complaints from three people about deputy minister M Saravanan, including a man who alleged that the latter attempted to convince his wife to follow him to a hotel room.
At a press conference here today, PKR branch chairman MS Arjunan said the three contacted him via the telephone following the police report he had filed on Saturday.
The report was based on a poison-pen letter which accused Saravan, who is the federal territories and urban well-being deputy minister of having operated a prostitution and drug trafficking racket.
The letter writer claimed that Saravanan was supplying college girls to VIPs, a charge with the deputy minister had strongly denied. The letter was mailed to Arjunan via Pos Laju.
"Yesterday, I received a call from a man who claimed that Saravanan, who is also MIC vice-president, had invited his wife to a hotel room to discuss the details of a government contract," said Arjunan.
However, the PKR leader refused to divulge details about the caller. "The fundamental issue here is Saravanan's credibility and his alleged vice activities, not the caller," he said.
He also claimed to have a video recording involving a Tan Sri related to the case but remained tightlipped on the matter, saying he would produce it in court if necessary.
Victims afraid to come forward
Arjunan also said the victims told him that the alleged vice activities had taken place during the 1990s until 2000, prior to Saravanan becoming a deputy minister after the 2008 general election.
He added that the alleged victims were afraid to come forward.
"This is a very serious issue because it not only involves deputy minister but other prominent individuals as well," he said.
The PKR leader also dared Saravanan to bring the matter court, saying it would be easy for him to compile the evidence.
He said in the past, former deputy premier Anwar Ibrahim's alleged sexual misconduct was investigated based on a poison-pen letter as well.
"So why can't the police do the same in this case?" he asked.
Arjunan also believes that if the police investigate the matter and provide protection for the victims, more would come forward.
Federal police Criminal Investigation Department director Bakri Zinin has been reported as saying that the matter was under investigation.

Hello... This is 2010.... not 1969!!


Alo-alo...!! Yuhuuu....
Kawan aaa... Ini dunia sudah berubah maa..
Sosio-ekonomi sudah talak sama
Talak ikut peledalan masa ka??
Jangan sleep lagi maa...
Keluar dali bawah itu tempulung
Bukak itu mata.. open itu minda...
Haiya....Kuno punya olang!!
 
A Mum Of Three Mohd

Imbasan 1987 : Operasi Lalang Rejim Mahathir

Operasi Lalang atau Weeding Operation, atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bersama-sama Kementerian Dalam Negeri.
Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

1) Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
2) Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiau Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain.
3) Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan 'stail' pendidikan sekolah Cina.

4) Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiau Zong telah berhimnpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid boikot sekolah ini selama 3 hari.
TAHANAN ISA
Antara mereka yang ditahan ialah :

Lim Kit Siang - ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP
Chandra Muzaffar - Presiden ALIRAN
Karpal Singh - Timbalan Pengerusi DAP
Dato' Lim Kim Sai - Timbalan Presiden MCA
Chan Kit Chee - Ketua Perak
Kua Kia Song - Dong Jiau Zong
Lim Fong Seng - Pengerusi (Chinese Education Assosations)
Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS
Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO
Mohamed Fahmi Ibrahim - Pemuda Pengerusi Pendidikan UMNO.
Walaupun kebanyakan tahananan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah penahanan dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP , beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.
Perhimpunan di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang
KETIDAK ADILAN OPS LALANG 1987

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas.
Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak.

Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ramai yang percaya ISA bertentagan dengan Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan al Quran sendiri.
Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem Guantanamo Bay, Cuba.

Ku Li dan Mahathir - Pencetus OPS Lalang 1987
Rais Yatim dari Semangat 46 turut hadir
Pada bulan April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Mahathir - Tengku Razaleigh di mana Mahathir hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja. Jadi Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Satu lagi Operasi Lalang?

Perang mulut antara para pemimpin Umno dan MCA berlarutan (lihat Malaysiakini hari ini "Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman" dan "Is Soi Lek flexing his muscles or playacting?" serta Malaysian Insider hari ini "Soi Lek disappointed in Muhyiddin, says no need for war drums" dan FMT hari ini "Muhyiddin's May 13 'boo' fails to spook MCA" dan "Umno-MCA war: Utusan begins assault on MCA"). Saya dok tertanya-tanya, adakah mereka sedang tibai-menibai antara satu sama lain untuk mewajarkan satu lagi operasi ala Operasi Lalang?

Yang untung akhirnya ialah pelanggan utama Apco Worldwide (lihat FMT hari ini "RM77 million: 'Malaysia is Apco's top client'" - bila dia sebut Malaysia tu maknanya Umno la..).

Teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu, "Umno dengan MCA bergaduh, aku yang kena tangkap". Dalam operasi itu, 106 ahli politik terutama dari parti pembangkang ditahan di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiga akhbar dibatalkan permitnya, iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan Watan.

Tengah-tengah saya search-search nak cari maklumat tentang Operasi Lalang, terjumpak pulak berita bertajuk "Umno-BN didakwa cuba ulangi Operasi Lalang 1987". Anda boleh tengok maklumat-maklumat tentang operasi itu di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.
PB.

web www.dinarkelantan.com.my diserang cyber trooper upahan UMNO/BN

Awas!!! Nampaknya web www.dinarkelantan.com.my mulai dikunjungi oleh blogger/cyber trooper upaham UMNO yang beridentitikan ulamak/guru/cikgu/ustaz untuk menyerang dinar kelantan..mereka memberi komen yang negatif di dalam web dinarkelantan.com.my

inilah strategi UMNO/BN untuk menghentam kerajaan kelantan, melalui saluran agama islam juga/atau saluran yang berbau agama

para cyber trooper ini berhujah seumpama alim ulamak, malah lebih zuhud/alim dari alim ulamak sendiri,tetapi berhati syaitan memusuhi islam,khasnya  kerajaan negeri kelantan.
mereka diupah atau kerana mereka makan gaji dengan KERAjaan,.maka terpaksalah mereka menyerang kerajaan negeri kelantan.

kepada laknat-laknat tersebut,seranglah lagi, rakyat smakin suka, semakin cepat UMNI/BN berkubor

Wang syariah: Husam dakwa Awang Adek jahil

Exco kanan, kerajaan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan telahpun mengambil kira risiko sebelum memperkenalkan dinar emas dan dirham perak ke pasaran negeri itu.

Bel
iau mengakui bahawa risiko paling besar yang dihadapi adalah dari sudut politik ke atas pentadbiran negeri itu yang dikuasai PAS.

"Kalau pengguna akan ditipu, sudah tentu politik PAS akan terjejas," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang dipetik Utusan Malaysia hari ini bahawa peniaga berisiko ditipu oleh "penyangak matawang" apabila menggunakan wang syiling itu untuk urusan jual beli mereka.

Dalam laporan tersebut, Awang Adek juga dipetik sebagai berkata, peniaga juga akan berhadapan masalah kerana syiling emas dan perak yang dilancarkan pada 12 Ogos lalu itu tidak diperakui di peringkat nasional.

Masalah itu mungkin akan menyebabkan nilainya jatuh mendadak sehingga 20 peratus, kata Awang Adek lagi dalam laporan sama.

Mengulas lanjut, Husam berkata kenyataan itu juga menunjukkan kejahilan Awang Adek berhubung kestabilan harga emas dan perak.

Mengulas kenyataan itu, Husam berkata kenyataan itu juga merupakan satu usaha untuk "menghina intelek orang ramai" kerana kestabilan harga logam itu sendiri boleh dilihat melalui fakta ekonomi dan dari sudut sejarah.

Hus
am menjelaskan, walaupun harga emas dan perak susut secara mendadak pada sesuatu masa, ia tetap akan menokok semula.

"Pada masa harga emas jatuh, peniaga itu boleh simpan dinar mereka dan gunakan wang ringgit.

"Alasannya, dinar ini bukanlah untuk mengganti ringgit seratus peratus tetapi sebagai pelengkap kepada wang ringgit," katanya lagi.

Rosmah Mansor - Hebatnya Penderitaanmu!


Huk..huk..huk..
Tersentuh hati dengan luahan kisah benar daripada Rosmah ni..
Bayangkan.. dia ditinggalkan oleh Dato Najib di Rome sewaktu jadi Menteri pertahanan dulu..
Beraya seorang diri wehh!!
Tanpa belaian dan kucupan tangan suami di pagi Aidilfitri!
huk..huk..huk..

Dey '1st lady'...
Kamu kena tinggal kat Rome!!
Duk dalam 7-8 bintang punya hotel!!
boleh pergi shopping di 7-8 bintang punya mall!
Rome maaa.. apa yang takde!

Walhal!
Bini dan family tahanan rakyat Malaysia yang UMNO simpan dalam penjara ISA?
ada yang makan 7-8 tahun tak jumpa keluarga!
Dan tak tau salah apa?
tak sabit salah lagi pun!

Bini dan keluarga tahanan ISA terpaksa ditinggalkan dalam keadaan terkontang-kanting!
tiada pendapatan! tiada perlindungan!
nasib suami pun tak tahu hujung pangkal!
yang bini dan anak bimbangkan suami..
yang suami bimbangkan nyawa di hujung penumbuk Polis!

Najib lewat hanya 2 jam untuk bertemu kamu duhai Rosmah!
Tapi Shahrial Sirin.. sampai anaknya mati dia tak dapat bertemu!
Bangsat punya UMNO!

Puaka punya perempuan!

sunsnake 17082010

Saya faham perasaan beraya tanpa suami - Rosmah

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Isteri anggota keselamatan yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran suami kerana bertugas di perbatasan dinasihatkan supaya bersabar menerima dugaan itu.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau sendiri pernah merasai pengalaman sedemikian apabila suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu berjawatan Menteri Pertahanan terikat dengan komitmen kerja pada hari raya.
"Suami saya mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bosnia Herzegovina pada satu tahun sekitar 1990-an dan saya ditinggalkan di Rome, Itali pada pagi raya.
"Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Rome, helikopter yang membawanya terlewat dua jam kerana ada wakil media dari Malaysia yang mengikuti rombongan itu tersesat, jadi beliau terpaksa tunggu mereka. Itu baru dua jam, saya rasa macam 20 hari," katanya.
Beliau berucap selepas menyampaikan sumbangan 15,000 bungkusan kuih raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

PM: Pendapatan per kapita dijangka cecah RM49,500

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pendapatan Negara Kasar (GNI) diunjurkan meningkat hampir RM1.7 trilion (AS$524 bilion) pada 2020 daripada RM600 bilion (AS$188 bilion) pada 2009.

Ini sekaligus meningkatkan pendapatan per kapita Malaysia daripada RM22,000 (US$7,000) kepada sekurang-kurangnya RM49,500 (US$15,000) pada 2020.

"Bagi memenuhi penanda aras negara berpendapatan tinggi seperti yang didefinasikan oleh Bank Dunia, ekonomi negara perlu berkembang 5.0 hingga 6.0 peratus antara 2011 dan 2020," katanya di dalam satu kenyataan selepas pertemuan dan lawatannya ke Makmal Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) di Kuala Lumpur hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata sejumlah dana lebih RM2.2 trilion (AS$690 bilion) diperlukan bagi tempoh Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“ETP akan menghasilkan pertumbuhan signifikan di dalam pasaran pekerjaan, peralihan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi dan pengukuhan asas kemahiran.

"Inisiatif di bawah 12 NKEA diunjurkan akan mewujudkan peningkatan 3.3 juta pekerjaan, di mana 63 peratus daripadanya di dalam segmen pendapatan pertengahan dan tinggi berbanding dengan 43 peratus sekarang ini. Sebanyak 46 peratus daripada pekerjaan baharu itu akan memerlukan kelayakan minimum vokesyenal atau diploma," katanya.

Semua 12 NKEA yang ditetapkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10) ialah minyak, gas dan tenaga, minyak sawit, perkhidmatan kewangan, pelancongan, perkhidmatan perniagaan, elektrik dan elektronik, pemborongan dan peruncitan, pendidikan, penjagaan kesihatan, komunikasi, pertanian dan Greater Kuala Lumpur.

Daripada 12 NKEA itu, 11 daripadanya adalah sektor industri dan satu – Greater Kuala Lumpur – ialah kawasan geografi.

Sebanyak 92 peratus daripada pembiayaan NKEA itu akan disumbang oleh pelaburan swasta manakala bakinya melalui pembiayaan awam, yang konsisten dengan strategi menjadikan sektor swasta pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

Najib berkata, pelaburan langsung domestik (DDI) akan mencatatkan 75 peratus daripada pelaburan swasta dengan baki 25 peratus diperolehi daripada pelaburan langsung asing (FDI).

Katanya, DDI dijangka dibiayai oleh 12 peratus daripada lebihan antara simpanan dan pelaburan sebagai agihan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Najib berkata, ETP adalah kemuncak kepada usaha membangunkan agenda ekonomi kerajaan, yang melaksanakan RMK10, Model Baru Ekonomi (MBE) dan prinsip 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan (1MPFPN).

Katanya, makmal NKEA membabitkan lebih 500 peserta daripada lebih 200 syarikat sektor swasta, kementerian kerajaan, agensi dan badan kawal atur serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Ia telah memuktamadkan perbincangannya pada 30 Julai dan menyerahkan cadangan penyelesaiannya kepada kerajaan," katanya.

NKEA adalah pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara langsung dan material kepada jumlah yang besar kepada pertumbuhan ekonomi.

Makmal NKEA itu adalah lanjutan susulan kepada bengkel seribu-orang yang diadakan pada Mei, di mana satu konsensus terhadap sektor utama telah dicapai.

Najib berkata, NKEA telah mengenal pasti projek ikonik yang akan menghasilkan peningkatan GNI bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi, di mana butirannya akan dikongsi dengan orang ramai semasa Hari Terbuka ETP pada September-Oktober ini.

Katanya, kerjasama yang belum pernah berlaku seperti ini antara sektor awam dan swasta telah mengenal pasti projek khusus dan peluang perniagaan yang didokong oleh 12 NKEA itu yang dimasukkan di RMK10.

ETP itu menandakan perubahan fundamental di segi pendekatan ke arah pertumbuhan ekonomi bagi mencapai status negara maju pada 2020. Ia memberi fokus pada tindakan dan kandungan yang dibincangkan dengan baik dan secara khusus bagi mengembangkan setiap NKEA.

“Idea yang dicadangkan itu dimajukan melalui kerjasama rapat antara sektor swasta dan awam dan dalam beberapa kes, projek berkenaan mendapatkan komitmen kukuh daripada pelabur sektor swasta.

"Bagi memastikan penyampaian yang kukuh dan telus, Unit Transformasi Ekonomi (ETU) di dalam Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) diberi tanggung jawab menyampaikan dan memantau kemajuan berkenaan yang dipandu oleh Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang jelas dan tuntutan yang mendesak bagi setiap NKEA. Kunci kepada transformasi ekonomi itu ialah pelaksanaan dengan tepat dan ini kita perlu laksanakan," katanya.

- Bernama

Baby-dumping: Is there a deterrent or a solution?

Kitty Lim

shahrizat-baby-dumping Two young lovers pleaded guilty in a Malacca magistrate's court to abandoning a baby girl at a factory in Ayer Keroh this week. That was just one of many such cases of baby dumping reported recently and it has raised concern among the authorities.

Lately, there have been reports of baby dumpings in a number of places.

According to a Bernama report, three babies were found each in Kelantan, Malacca and Kuala Lumpur last week and a baby girl with the umbilical cord still intact was found in Kota Damansara over the weekend.

The Star reported that one 29-year-old man and 26-year-old unemployed woman were detained last Friday by police for dumping a newborn baby girl at Air Kuning in Gemencheh.

An increase in the number of abandoned baby cases has been acknowledged by the police. Bukit Aman CID Director Mohd Bakri Zinin said this year alone 65 baby dumping cases were reported.

"Last year 79 such cases were reported but this year, within the first eight months, 65 cases were reported and it is very disappointing," he told reporters.

Mohd Bakri said statistics showed that from 2005 to yesterday, 472 babies were abandoned throughout the country, of which, 258 were dead and 214 were still alive.

What are the steps to be taken to prevent such cases from recurring? Is there a deterrent to discourage young people from committing this offence?

According to Mohd Bakri, the police would classify abandoned baby cases under Section 302 of the Penal Code (murder) and under Section 307 (attempted murder).

Those found responsible for babies who die would be investigated for murder while abandoned babies found alive would be classified and investigated as attempted murder.

This was followed by the Cabinet's decision to accept Minister for Women, Family and Community Development Shahrizat Abdul Jalil's proposal to charge anyone who dumped their babies and causing the infant's death be investigated under Section 302 of the Penal Code for murder. If found guilty, the punishment for murder is death penalty.

Shahrizat, whose recommendation was accepted and drew attention from various ministers and representative bodies, said that the government had no choice as baby dumping is tantamount to the act of baby killing.

Prime Minister Najib Abdul Razak has chipped in saying that all abandoned baby cases will be investigated before the Attorney-General decides to classify it as a murder case.

He said modern technique such as DNA will be used to identify parents and further clarified that the Cabinet's decision to accept Shahrizat's recommendation does not mean every baby dumping cases will be tried as a murder case.

One major factor to baby dumping cases is the increasing number of babies conceived out of wedlock which Hospital Kuala Lumpur has recorded 301 cases of such births this year of which 34 babies were delivered by under-18 mothers.

It was an increase from last year's figures which recorded a total of 392 births conceived out of wedlock and 62 of the babies were delivered by under-18 mothers.

Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam has supported the move to impose severe penalties on baby dumping offenders and said that the death penalty is a harsh reminder not to be taken lightly.

The chief minister, who suggested to set up a special school for pregnant teens,  was recently criticized by the public for the controversial decision by the Malacca Islamic Religious Council to allow underage marriage for Muslim girls which aimed to reduce unwanted teen pregnancy conceived out of wedlock.

Among others who supported the harsh move was Lee Lam Thye, vice-chairman of the Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF), saying that offenders slapped with heavier penalties will serve as a lesson to the society. 

PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, viewed the death penalty as a possible solution since it is in accordance to the teachings of Islam which forbid such heinous acts, The Star reported.

However, there were also concerns that such drastic measures by the Cabinet will force vulnerable and troubled parents to make hasty decisions and therefore lead to unfavourable situation.

MCA president Dr Chua Soi Lek and vice-president Dr Ng Yen Yen disagreed to the imposition of severe penalties saying that such harsh move will worsen the already dire situation making it more difficult to detect "underground" baby dumping incidents.

They prefer to focus on education as the key solution and will embark on an “Awareness of Sexual Reproduction” campaign to prevent sexual woes among youngsters to tackle unplanned pregnancies and sexually transmitted disease.

Although the party's agreement to the idea of establishing special centres where pregnant women can “surrender” their babies does not seem to solve the core problem of baby dumping,  the MCA public services and complaints department has set up a special unit  to offer advice to pregnant girls to help them plan their future .

Others have worried that the law enforcement will create negative implications such as an  increase of illegal abortion by mothers who are afraid of getting convicted as murderers - with or without intention.

James Nayagam, Shelter Home executive director, said current estimate of abortion operations performed daily is top at 300 but expected to increase if women start to resort to illegal abortion.

He also said two problems arise before a murder case can be established to charge a mother guilty of causing the infant's death.

Firstly, there is no survival chance for a three-four month old foetus and, therefore, that person cannot be said to have committed murder.

The second challenge is that an element of intent is required but would be difficult to prove as the mother can say there was no intention to kill the baby but was left to be picked up by someone.

Other reactions include DAP national chairman Karpal Singh who said in a statement, "The solution lies in the eradication of the cause (of dumping babies)."

He proposed for a Royal Commission to study in-depth the reasons behind the heinous act before deciding on the death penalty as the ultimate solution.

Women's Aid Organisation president Ivy Josiah and Dr Mohamad Ali Hassan, from the National Parent-Teacher Association Consultative Council, both said that there is no guarantee that the death penalty can help to reduce baby dumping cases as there are still people who commit serious offences such as drug trafficking despite a death sentence attached to it.

Despite the endless debate, Minister Shahrizat said: "When parents come to know of their children's predicament (conceive out of wedlock), they will blame the whole world instead of helping them and providing the necessary support."

She urged parents to guide the children through necessary steps while youngsters who have problems should contact the Nur 1599 hotline number for proper assistance and counselling.— MM

Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras

Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu.

Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut.

Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi.

Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar.

Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar.

Umno Sabah kesal kenyataan Dompok pada konvensyen Upko

KOTA KINABALU, 17 Ogos — UMNO Sabah kesal dengan kenyataan seorang pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membayangkan UMNO menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menegaskan UMNO Sabah benar-benar memahami dan komited sepenuhnya terhadap konsep itu.
“Oleh itu tidak perlu bagi presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mempersoalkan sama ada UMNO memahami maksud sebenar atau semangat konsep 1Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya sebagai menteri Kabinet pusat dan presiden parti komponen BN, Dompok seharusnya tahu UMNO komited sepenuhnya kepada konsep yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden UMNO.
Salleh berkata demikian ketika mengulas laporan media yang memetik Dompok sebagai berkata sama ada Najib akan dibenarkan oleh partinya dan mereka yang mengelilinginya melaksanakan konsep itu.
Dompok dilaporkan berkata demikian semasa merasmikan Konvensyen UPKO Zon C (Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar dan Putatan) di Penampang, Ahad lalu.
Pada konvensyen tersebut, pemimpin bahagian UPKO mengulangi rasa tidak puas hati berikutan permintaan pemimpin UMNO untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum termasuk satu kerusi yang disandang oleh UPKO.
Mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan masalah pendatang tanpa izin di negeri itu yang sudah berlarutan sekian lama.
Salleh berkata adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana parti politik menuntut bilangan agihan kerusi yang banyak tetapi akhirnya keputusan muktamad terletak di tangan pucuk kepimpinan BN.
Mengenai isu pendatang tanpa izin, Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, berkata adalah tidak adil bagi memberi persepsi salah kepada rakyat bahawa kerajaan pusat dan negeri tidak berbuat apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.
“Jutaan ringgit dibelanjakan bagi pasukan keselamatan dan pembelian peralatan canggih untuk digunakan di sepanjang pesisir pantai bagi tujuan pengawalan dan pemantauan.
“Kita semua mahu isu ini diselesaikan. Biar jangan satu pihak sahaja mendakwa menjadi wira dalam usaha ini,” katanya. — Bernama

Enggan Kibar Tanda Protes

FARDILLA DIN
17 Ogos - Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.
Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.
Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.
"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"
Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.
"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar.

Selamat membuli peneroka, Mr Prime Minister

Mohd Hanipa Maidin

August 17, 2010
17 OGOS – Bagi menunjukkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak peka dengan penderitaan para peneroka Felda , penero ka dijanjikan oleh Najib untuk diberi RM 350 bagi setiap peneroka yang berupa bayaran khas untuk hari raya aidilfitri. Dilaporkan bahawa 101,391 peneroka Felda akan mendapat bayaran tersebut (lihat The Star 14/8/2010 ).
Bagi kita Pas, segala bayaran yang boleh mengurangkan beban para peneroka amat-amat kita alukan. Namun yang kita tidak boleh terima sama sekali mengapakah seramai 11, 244 peneroka yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM150 sahaja untuk hari raya aidilfitri nanti .
Tiada sebarang alasan mengapakah para peneroka yang yang memilih untuk tanam semula secara sendiri dan tidak melalui Felda hanya akan diberikan RM 150 sahaja sedangkan rakan-rakan mereka mendapat RM350-00 dari pihak Felda. Kalau ini bukan diskriminasi apa nak kita namakan dengan tindakan ini?
Apa guna kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang jika Kerajaan dengan secara mudah dan tanpa rasa bersalah terus menerus melakukan tindakan diskriminasi sesama peneroka.
Memanglah kita tidak boleh harapkan Kerajaan Najib untuk takut pada Allah kerana bertindak zalim ke atas peneroka dengan mendiskriminasi sesama mereka – yang tanam semula dengan Felda dapat RM 350 dan yang tanam semula secara sendiri hanya dapat RM 150-00 sahaja – namun sekurang-kurangnya kita masih harapkan Kerajaan Najib ini masih boleh berfikir dan bertindak secara rasional dan dalam kerangka Perlembagaan.
Nampaknya tindakan terbaru Najib ini mengesahkan bahawa rakyat tidak boleh mengharapkan pemimipin No 1 Umno dan Negara ini untuk hormati ayat Al-Quran yang melarang umatnya melakukan kezaliman. Hatta untuk mengharapkan mereka Najib menghormati Perlembagaan pun jauh panggang dari api. Kesimpulannya Najib tidak mesra Perlembagaan jauh sekali mesra Al-Quran.
Harus diingat apabila para peneroka memilih untuk tanam secara sendiri dan tidak melalui Felda (selepas pokok mereka ditebang ) para peneroka hakikatnya hanya melaksanakan opsyen yang Felda berikan kepada mereka. Felda sendiri sebenarnya telah memberikan pilihan kepada para peneroka untuk menanam semula secara sendiri.
Hakikatnya mereka yang menanam semula secara sendiri telah dijanjikan oleh Felda untuk diberikan wang sebanyak RM 1700 seekar bagi menanggung perbelanjaan kerja-kerja tanam semula.
Mantan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan juga Pengerusi Felda Holdings Yusuf Noor pernah membuat kenyataan di akhbar dan memberi jaminan bahawa peneroka-peneroka yang memilih untuk menanam semula secara sendiri berhak mendapatkan wang mereka daripada tabung tanam semula.
Melalui mesyuarat antara Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM ) dengan Kementerian Perusahaan Utama yang turut dihadiri oleh wakil Felda pada 11/1/2001, Felda bersetuju memulangkan kembali wang daripada tabung tanam semula kepada peneroka yang sudah menjelaskan bayaran skim Felda tidak kira sama ada mereka membuat tanam semula secara bersendiri atau menerusi Felda dan jumlah wang yang akan dikembalikan ialah RM 1,700.00 setiap ekar.
Sebenarnya para peneroka yang menanam semula secara sendiri dalam banyak hal didiskriminasi. Mereka bukan sahaja didiskriminasi dalam isu pemberian duit raya tapi juga dalam perkara yang lain.
Ada para peneroka yang terpaksa pergi ke Mahkamah bagi mendapatkan wang RM 1700 seekar. Pada masa ini saya sedang mewakili 24 peneroka Air Tawar 5 Kota Tinggi, Johor dan 11 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang dinafikan oleh Felda bagi mendapatkan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar tersebut. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan pilunya melihat para peneroka yang sudah lanjut umur dan ada yang sudah uzur bersusah payah memanjat tangga Mahkamah bagi mendapatkan hak mereka.
Meskipun Felda dan Najib terus menerus memberikan janji manis bahawa peneroka yang tanam semula secara sendiri akan diberikan wang dari tabung tanam semula sebanyak RM 1700 seekar namun apabila tiba waktu perlaksanaan janji tersebut maka peneroka akan dikenakan pelbagai syarat melalui beberapa Pekeliling yang dikeluarkan oleh Felda dari semasa ke semasa. Sekejap Pekeliling TBB – Operasi 4/2004, kemudian Pekeliling TBB – Operasi 2/2005, kemudiannya Pekeliling TBB – Operasi 2/2006 dan kemudiannya Pekeliling TBB –Operasi 2/2008 pula.
Meskipun wang tabung tanam semula adalah hasil caruman para peneroka namun apabila tiba waktu membuat Pekeliling – Pekeliling tersebut kita tidak nampak kepentingan dan hak para peneroka yang menanam semula secara sendiri benar-benar dijaga.
Apabila peneroka memilih tanam semula melalui Felda, ironinya Felda juga menggunakan wang dari tabung tanam semula. Jadi kita tidak faham mengapakah apabila pihak peneroka menanam secara sendiri ada dari mereka yang dinafikan hak oleh Felda untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan kesemua mereka adalah peneroka tanpa mengira yang tanam sendiri atau yang tanam melalui Defendan.
Wang tabung tanam semula adalah milik para peneroka di mana wang itu diambil dari potongan hasil peneroka setiap bulan dan bayaran tersebut dinyatakan secara spesifik di dalam Penyata Bayaran Hasil yang peneroka terima dari Felda.
Sebenarnya para peneroka mempunyai alasan yang kuat untuk tidak mahu tanam semula melalui Felda. Para peneroka sebenarnya tidak mahu berhutang semula dengan Felda sepertimana yang mereka pernah alami sebelum mereka mendapat Hakmilik Geran hartanah mereka.
Mereka yang tanam semula melalui Felda ,meskipun mendapat bantuan Felda akan terpaksa membayar kembali bantuan tersebut bersama-sama dengan kadar faedah (baca riba) yang mana kadar itu boleh diubah dari semsa ke semasa.
Para peneroka yang tanam semula melalui Felda tidak boleh campurtangan berkenaan rundingan harga jualan hasil tanaman mereka yang dilakukan oleh pihak Felda dengan pihak Kilang.
Untuk Najib – selamat membuli para peneroka !!! - peguampas.blogspot.com
* Mohamed Hanipa Maidin ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beralih Kepada Sumber Internet : BN Gusar

Naeem Raffi
17 Ogos - Kebimbangan kerajaan Umno Barisan Nasional mengenai kemungkinan rakyat mengalih perhatian dari media arus perdana kepada laman web pro-pembangkang, mungkin faktor utama mendorong cadangan tapisan internet diteruskan.
Dan, bagi mengelakkan rakyat membuat bantahan terhadap hak kebebasan bersuara, pimpinan Umno BN yang bergelar menteri, menjadikan alasan antara lain ialah pembasmian laman web porno, sebagai alasan.
Ini dilihat sebagai gerakan terancang pimpinan Umno BN bagi mengekang maklumat sampai ke tangan rakyat, selepas beberapa media cetak terbitan parti pembangkang dikenakan tekanan, malah permit Suara keadilan sehingga kini tidak diperbaharui.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin menyifatkan kecurigaan rakyat terhadap media arus perdana mendorong Umno BN memintas usaha penyaluran maklumat melalui internet.
Ura-ura penapisan internet ini mula kedengaran selepas hasil kajian Merdeka Centre yang menunjukkan 60 peratus rakyat Malaysia tidak mempercayai media arus perdana, didedah kepada umum.
Bulan lalu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim mempertimbang pandangan bekas Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berhubung keperluan menapis bahan pornografi di internet.
Sekalipun bersandarkan alasan mengekang pornografi, lain pula ceritanya di organisasi kerajaan kerana jabatan kerajaan tidak boleh akses anwaribrahim.com dan harakahdaily.com.net,walhal jabatan kerajaan dibenarkan untuk akses laman-laman Umno.
"Ini jelas mengambarkan bahawa kerajaan sebenarnya dalam keadaan cukup tertekan,dan saya percaya dan yakin,mereka sebelum pilihanraya akan datang akan menhalang malaysia dengan maklumat internet dan sebagainya" kata beliau.
Pimpinan Umno BN seakan-akan tidak peduli terhadap faktor lain yang lebih penting, asalkan penyaluran maklumat dapat disekat bagi memastikan penguasaan politik tidak terlepas ke tangan pembangkang.
Tetapi akibatnya Malaysia akan mendapat tentangan yang hebat sekiranya mereka haramkan beberapa saluran internet,teknologi maklumat dan sebagainya malah akan mendapat hentaman hebat dalam aspek pelaburan kerana pelabur-pelabur tidak akan pergi ke negara yang demokrasinya mati dan palsu.

Soi Lek kecewa amaran Muhyiddin, usah pukul gendang perkauman


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menggunakan insiden 13 Mei 1969 untuk memberi amaran kepada MCA agar tidak memperlekehkan semangat  Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan kepentingan komuniti Cina. Kata Dr Chua, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu memukul “gendang perkauman” kerana rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memahami perkembangan semasa.
Selain itu kata beliau, apa yang diminta oleh MCA bukan dengan mengetepikan kepentingan atau hak mana-mana kaum lain.
Bekas Menteri Kesihatan itu menekankan rakyat Malaysia kini lebih matang berbanding persekitaran 1969 dan boleh terlibat dalam perbincangan-perbincangan waras.
“Keadaan sosioekonomi di Malaysia sekarang jauh berbeza berbanding tahun 1969 memandangkan rakyat Malaysia berupaya untuk mengadakan perbincangan rasional tanpa memukul gendang perang perkauman,” katanya.
“Apa yang kami minta cuma bahagian yang adil. Dijamin, MCA tiada rancangan atau minat untuk menafikan hak-hak kaum lain yang mereka berhak,” kata beliau dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di sini.
Timbalan Perdana Menteri semalam mengingatkan  Dr Chua agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Dr Chua seharusnya bersikap lebih terbuka dan peka terhadap sensitiviti serta keperluan bangsa lain di negara ini.
“Apa pun yang hendak diperjuangkan, kepimpinan sesuatu kaum itu adalah hak mereka tetapi jangan dilihat menjejaskan kepentingan kaum yang lain.
“Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mengambil kira nasib kaum yang lain.
“Oleh itu, jangan menimbulkan keresahan dan kemarahan hanya kerana hendak mempertahankan resolusi dan sensitiviti dan hak kaum lain,” katanya.
Kata Muhyiddin, sasaran 30 peratus penguasaan ekuiti Bumiputera belum dicapai dan ia bukan tuntutan melampau di mana dalam keadaan yang sama, kaum Cina telah menguasai 40 peratus dalam ekonomi negara.
“Ini harus dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman)... saya berharap tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Muhyiddin berkata dalam keadaan ekonomi pada masa kini, Dr Chua harus memahami dan menyedari penguasaan kaum Melayu masih belum mencapai sasaran, dan beliau perlu bersikap adil terhadap orang Melayu.

Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.
Diheret perang mulut

“Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, “ kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

“Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil,” katanya.

“Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

“Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.
Jangan persoal kesetiaan MCA

“Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi,” katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.
Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

“MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan,” katanya.

KALAU BAB BERLAKON SERAH KAT DIA NI




PRESIDEN Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Azeez Abdul Rahim ( orang arab pun tak pakai macam tu..hehe , dia yang lebih-lebih..) menyampaikan sumbangan bernilai 10,000 shekel kepada Presiden Persatuan Nelayan Bandar Gaza Mahmood Abdul Aziz bagi mengadakan majlis berbuka puasa untuk nelayan Bandar Gaza.


ha..ha.ha..ha..nak gelak sakan...!!! Pelakon terbaik... 

Chua diminta buktikan kontraktor Bumiputera amal konsep ‘Ali Baba’

August 17, 2010
GEORGE TOWN, 17 Ogos — Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mahu Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi  Lek membuktikan dakwaan kononnya kontraktor kelas F mengamalkan konsep ‘‘ali baba’’  bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Timbalan Presiden PKMM Datuk Mohamed Fadzill Hassan turut mencabar Chua supaya mengemukakan statistik mengenai kontraktor Bumiputera  yang mengalibabakan projek mereka serta jumlah perkongsian tulen perniagaan antara usahawan Cina dan bumiputera.
“Kami mahu bukti yang jelas dan lengkap supaya tindakan boleh  diambil terhadap kedua-dua pihak iaitu ‘‘ali dan baba’’,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Chua yang mendakwa kontraktor Kelas F Bumiputera  kebanyakannya terus mendapat peluang berniaga sekalipun kurang layak dan kumpulan itu juga sering mengalibabakan projek yang diterima  kepada
kontraktor lain.
Mohamed Fadzill, yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F PKMM, berkata bahawa selama ini hanya ‘‘ali’’ yang dikenakan tindakan digantung lesen selepas didapati bersalah manakala ‘‘baba’’ pula masih bebas  menjalankan urusniaga.
“Kami juga mahu Chua mengemukan senarai ‘‘baba’’ yang terlibat  supaya turut dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Mohamed Fadzill turut mempertikaikan kenyataan Chua yang  hanya mempersoalkan kredibiliti kontraktor Kelas F sedangkan banyak  syarikat besar yang tersenarai dalam bursa Malaysia juga mengamalkan  konsep ‘‘ali baba’’.
“Tidak perlu saya sebut nama syarikat terbabit tetapi mereka  menggunakan kelebihan Bumiputera iaitu dengan memberi jawatan  Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat untuk mendapatkan  kontrak bernilai tinggi.
“Kenapa beliau tidak mempertikaikan perkara ini  sedangkan ia lebih jelas berlaku berbanding kontraktor Kelas F,”  katanya.
Mohamed Fadzill berkata beliau tidak menafikan wujud konsep ‘‘ali baba’’ dalam kalangan kontraktor Kelas F tetapi jumlah itu sangat kecil.
“Kira-kira 29,000 Kontraktor Kelas F berdaftar dengan  persatuan dan saya percaya tidak lebih daripada lima peratus mengamalkan konsep ‘‘ali baba’’ secara sembunyi kerana bimbang dikenakan tindakan,” katanya. — Bernama

Kit Siang: Buang prinsip perkauman

14ca1e8df08eb46b9e51218654ff3591 Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu kerajaan membuang prinsip perkauman yang wujud dalam sekolah menengah yang mengatakan "Pelajar Cina perlu balik ke China" dan menyamakan pelajar India dengan "anjing-anjing".
Pengetua di sekolah menengah Tunku Abdul Rahman di Kulai, Johor dilaporkan membuat kenyataan itu ketika perayaan menyambut kemerdekaan.
Ekoran hal itu, Lim mahu tindakan tegas bukan sahaja dikenakan ke atas pengetua, malah golongan yang bersikap perkauman dalam perkhidmatan awam.

"Jika 1 Malaysia Najib membawa pengertian yang sebenar, Siti Inshah Mansor bukan sahaja patut dibuang daripada perkhidmatan pendidikan, malah tiada mana-mana tempat untuknya," kata Lim.
"Tindakan tegas disiplin perlu diambil ke atas Siti Inshah. Jelas beliau tidak sesuai memegang jawatan dalam perkhidmatan pendidikan di Malaysia yang berbilang kaum. Apatah lagi seorang pengetua menentang semangat 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sejak April tahun lalu," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Menurut Lim lebih mengejutkan lagi episod perkauman ini berlaku ketika sambutan perayaan hari kemerdekaan.
Ironinya tema bagi sambutan hari kemerdekaan tahun ini ialah ‘1Malaysia Perubahan kepada Negara’.
"Betapa bermaknanya semangat 1Malaysia Najib apabila lihat pengetua sekolah terbabit menunjukkan penghinaan untuk Malaysia- bahawa negara merupakan model kepelbagaian etnik,budaya dan kepelbagaian biologi?" kata pemimpin vateran DAP tersebut.
Bukan kes yang pertama berlaku
Lim turut berkata insiden Siti Inshah ini bukan kes perkauman yang pertama membabitkan penjawat awam atau ahli politik di negara ini.
Pada Februari tahun ini, pegawai khas kepada Perdana Menteri Nasir Safar, melabelkan kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "pendatang".
Malah Safar secara terbuka berkata fungsi kerajaan bahawa "India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan Cina, terutamanya wanita, datang ke negara ini untuk menjual tubuh".
Sebelum kenyataan itu, Ketua Umno Bukit Bendera Ahmad Ismail telah merujuk kepada kaum Cina di Malaysia sebagai "pendatang’, "orang tumpang" dan lansung rakyat Malaysia yang tidak boleh dipercayai.
Lim menambah, jelas episod Ahmad Ismail, Nasir dan Siti Inshah bukanlah terpencil namun kejadian ini mencerminkan sikap perkauman ini telah dipupuk oleh Biro Tata Negara lebih sedekad lalu

Kajian: Pengarah Genting Bhd menerima bayaran tertinggi

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Genting Bhd mendahului senarai Kajian “Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi” oleh Malaysian Business untuk 2009, dengan pembayaran sebanyak RM92.11 juta.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Malaysian Business berkata Genting juga membayar julat upah tertinggi sebanyak antara RM87.6 juta-RM87.65 juta kepada seorang pengarah.
Ia berkata syarikat itu bagaimanapun tidak menamakan pengarah itu. Eksekutif kanan yang disenaraikan ialah pengerusi eksekutif dan ketua pgawai eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, katanya.
Majalah itu berkata lain-lain syarikat dengan julat upah tertinggi bagi seorang pengarah ialah unit Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar  RM37.25 juta dan lebih kepada eksekutif kanannya.
“Bayaran ini, bagaimanapun mungkin telah dibayar kepada individu yang sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda,” katanya.
Ia berkata di tempat ketiga adalah IOI Corp Bhd, yang membayar julat upah sebanyak RM25 juta-RM30 juta kepada pengarah peringkat tertingginya.
“Ini adalah kurang daripada RM41.10 juta-RM41.150 juta yang dibayar pada 2008. Kami mengandaikan penerimanya ialah pengarah/pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng,” katanya.
Kajian itu mendedahkan bahawa sepuluh syarikat teratas dari segi jumlah bayaran telah membelanjakan hampir RM300 juta tahun lepas.
“Daripada lebih 600 syarikat yang dikaji, hampir 240 pengarah mendapat upah lebih RM1 juta tahun lepas di sebalik ketidaktentuan ekonomi,” katanya.
Kajian Malaysian Business itu menyenaraikan sejumlah 628 syarikat dengan julat pembayaran melebihi RM300,000 seperti yang dicatatkan pada laporan tahunan syarikat.
Daripada ini, hanya kira-kira tujuh peratus daripada syarikat telus dalam menyatakan jumlah sebenar gaji eksekutif tertinggi mereka, katanya.
“Yang menariknya, beberapa syarikat dengan yang mencatatkan kerugian teruk masih membayar gaji yang besar kepada pengarahnya,” katanya. — Bernama

Berkaitan :

Sejarah judi di Genting Highlands


GENTING Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968.

Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971,Genting Highlands Hotel Sdn Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.

SETELAH ITU NAMANYA DIKENALI SEBAGAI GENTING BERHAD DAN MENJADI PUSAT PERJUDIAN TERBESAR DIRANTAU INI.

Di bawah bendera Genting,dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad.PENGLIBATAN UMNO DALAM SYARIKAT PERJUDIAN ITU TELAH BERLANGSUNG DAN WARISANNYA MASIH KEKAL SEHINGGA KINI.

UMNO MELALUI BEKAS PENGERUSINYA,TAN SRI NOAH OMAR yang kini dikendalikan oleh YAYASAN NOAH MEMILIKI 602,318,000 SAHAM didalam Resort World Berhad yang mengendalikan PERNIAGAAN JUDI DALAM dan LUAR NEGARA termasuk DI ATAS KAPAL PERANGINAN.

Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad DIPEGANG OLEH YAYASAN NOAH dan SYARIKAT BERKENAAN MERUPAKAN SYARIKAT PEGANGAN EKUITI PERNIAGAAN JUDI dan KASINO.

YAYASAN NOAH KINI DI WARISI OLEH PERDANA MENTERI,DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK dan DATUK HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN yang KEDUA-DUANYA adalah CUCU KEPADA TAN SRI NOAH.Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad.

Antaranya ialah BEKAS KETUA POLIS NEGARA,TUN HANIF OMAR,BEKAS TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,TAN SRI AMIN OSMAN dan bekas pegawai bank,Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.

Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World Berhad.

Hakim di Malaysia penakut - Prof Dr Abd Aziz Bari

Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah.

Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini - di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah - berubah di peringkat rayuan.

Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan - yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan - kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali.

"Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan.

"Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya - walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif - akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik
tertentu," tegasnya lagi.

Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19.

"Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya.

Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih.

"Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya.

Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk
mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif.

"Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam.

"Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya.

Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London

Husam Bidas Editor Islamic Banker



PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membidas editor majalah Islamic Banker, Mushtak Parker dan menyifatkan beliau tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.
Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.
"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak.
"Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mushtak, menerusi kolumnya di akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews yang menganggap kerajaan PAS Kelantan mengamalkan politik oportunis murahan apabila mengumumkan penggunaan mata wang itu sempena permulaan Ramadan.
Malah Mushtak juga menyifatkan tindakan itu mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990.
Akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melancarkan Dinar Emas dan Dirham Kelantan sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli-belah dan pembayaran zakat di negeri ini.
Selain itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan tetap mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperkenalkan penggunaan dinar dan dirham.
"Orang ramai tak perlu pandangan kolumnis ini untuk faham kebaikan menyimpan dan berurusan dengan dinar dan dirham ini.
"Hanya berikan mereka peluang menyimpan beberapa keping dirham dan dinar di dalam poket... sekejap sahaja dinar dan dirham ini akan meningkat nilainya," katanya.
Menurut beliau lagi, penggunaan nilai mata wang ini akan menguntungkan pengguna kerana harganya akan terus meningkat.
"Simpan dinar dan dirham seperti menyimpan telur, esok ia akan menetas... bila menetas, nilai anak ayam akan lebih tinggi daripada telur.
"Itulah yang berlaku kepada emas, harganya akan terus naik dalam jangka masa panjang dan penyimpannya boleh dapat untung daripada kenaikan itu," katanya.

Polis Biadab Memang Ramai Di Negara Ini

Jurugambar ditampar ASP

SEORANG Krew Sabahkini.net, Mohammad Hafiz Jamail, 26, yang sedang bertugas merakamkan gambar hadirin di Ruang Legar Mahkamah Majistret Sandakan, tiba-tiba diserang seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang datang ke arahnya dan menampar kamera yang digunakannya sehingga terkena pipi dan muka; tanpa memberikan sebarang amaran terlebih dahulu.

Menurut Hafiz, beliau terkejut dengan aksi pegawai polis berkenaan yang bertindak samseng mengganggu tugas wartawan sedangkan sewajarnya pegawai polis harus berdiri tegak mempamerkan pangkat dan tag nama ketika digambar wartawan.

“Saya sudah rakam lebih 15,000 gambar polis di seluruh negara, termasuk Ketua Polis Negara, tapi inilah pertama kali polis bertindak kasar dan melampiaskan dendam kepada jurugambar dan wartawan seperti saya,” ujar Hafiz yang mengakui pegawai polis berkenaan, ASP Tan Hiap Wah menyimpan dendam akibat ditukar daripada Balai Polis Kunak setelah dihujani dengan laporan demi laporan yang ditulis Hafiz berhubung insiden Tingkayu Gate.

Tegas Hafiz, jika ASP Tan ada masalah dengannya hendaklah menurut saluran undang-undang dan jangan meletakkan hukuman di tangan sendiri dan mengguna pakai ‘Hukum Rimba’ di Kunak dengan menyumbat sesiapa sahaja ke dalam lokap tanpa bukti yang melampaui keraguan munasabah.

“Jika dia rasa tulisan saya mencemar nama baiknya, sila saman saya. Saya akan buktikan di mahkamah siapa sebenarnya ASP Tan Hiap Wah; bukan dengan memukul kamera atau mengugut saya,” ujar Hafiz yang mengakui tidak gentar menghadapi pegawai polis yang tidak beretika seperti ASP Tan yang mempunyai kes jenayah di Tingkayu, Kunak sehingga ditukarkan ke Balai Polis Kinabatangan.

Hafiz yang baru selesai memberi keterangan di Balai Polis Sandakan berharap agar Ketua Polis Negara mengambil tindakan tegas terhadap ASP Tan yang mencemar nama baik polis dengan menzalimi orang awam sepertinya.

Menurut laporan polis yang dibuat Hafiz, SDK/RPT/11694/10 pada jam 12.12 tengah hari tadi beliau menyatakan bahawa;

"Pada lebih kurang jam 09.15 pagi, bertempat di ruang pejalan kaki depan Mahkamah Majistret 2, seorang anggota polis yang saya kenali bernama ASP Tan telah memukul kamera sedang saya gunakan untuk mengambil gambar hadirin yang berada di Mahkamah majistret pada ketika itu. Saya buat aduan ini supaya PDRM tangkap dan dakwa ASP Tan di bawah Undang-Undang Jenayah.”

Dalam pada itu, ASP Tan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya, namun dimaklumkan Balai Polis Sandakan bahawa beliau juga telah membuat laporan balas di balai polis yang sama dan mendakwa jurugambar Sabahkini.net merakamkan gambar dengan niat curang. -sabahkini

Budak Sekolah Zaman 1Malaysia Merempit Ikut Agenda Pihak Terntentu?





Usia masih mudah tapi sudah sakit. Berpenyakit yang sukar diubati. Sakit sosial yang mudah berpengaruh dan terpengaruh. Selain mereka yang salah guna dan ketagihan dadah hingga memendekkan usia diserkup HIV atau AIDs berserta cacat pemikiran; merempit pula akan juga memendek umur menjadi mangsa di jalanraya selain akan cacat anggota seumur hidup. Maka akan hilanglah keupayaan hidup, hilang tenaga untuk memajukan diri dan bangsa, apatah lagi agama.

Seringkali kita dapat berita kemalangan maut pelajar sekolah akibat menunggang motor secara merbahaya. Mereka merempit, berlomba dan menyertai 'pertunjukan angkat tayar' terpamer dengan penuh sombong dan aksi mendebarkan. Penyertaan pada' lomba haram' ini terkadang akan berkesudahan dengan perarakan ke perkuburan atau ke wad kecemasan seterusnya ke wad ICU.

Seorang anak jiran saya terpaksa mendapat rawatan tulang belakang akibat kemalangan jalan raya. Bapanya menghabiskan ribuan wang belanja untuk rawatan tersebut. Setelah sembuh beberapa bulan, saya mendapat tahu dia telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya/ berlomba lagi. Tidak serik dengan kemalangan kali pertama, budak itu kabarnya lebih berbangga menunggang motor ke sana sini hinggalah ditemui berlumuran darah di tepi jalan. Dia meninggal di tempat kejadian pada jam 3.00 pagi.

Kata orang Klate: malu boleh, sakit boleh, duit habis. Akhirnya nyawa pun melayang. Maka telah rugilah nilai kasih sayang ibu bapa terhadapnya sejak kecil, telah rugilah satu sosok seorang pemuda Melayu dan telah tamatlah harapan agama terhadap 'jasa sumbangan' belia itu.

Hingga kini kita tidak tahu apakah pencegahan yang berkesan dari pihak kerajaan, masyarakat dan ibu bapa terhadap gejala rempit-merempit yang semakin bertambah. Tidak berkurang. Hingga kini kita tidak perolehi berita adanya PM atau Menteri mencadangkan penubuhan pusat pemulihan ' geng merempit' ini. Yang kita tahu ialah pihak kerajaan dan pihak tertentu semacam menggalakkan fenomena ini, malah semacam ada agenda tertentu agar bangsa Melayu Muslim ini menemui ajal melalui penagihan dadah dan rempit merempit.

Bapanya Lion, Ibunya Tiger Dan Hasilnya Liger


Huang Kuo-nan penjaga zoo swasta di Taiwan secara tidak sengaja berjaya menghasilkan kacukan 'Liger' iaitu antara singa jantan Afrika bersama dengan harimau betina Bengal.

Ini menyebabkan dia disiasat pihak berkuasa Taiwan kerana perbuatan tersebut dilarang di negara itu.

Perkahwinan campur antara 'Simba' singa Afrika dan 'Beauty' Harimau Bengal berjaya melahairkan tiga kembar Liger tetapi hanya dua yang selamat.


Sumber:
Foxnews

Apa disemai di sekolah mengandung, itulah dituai nanti

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Renungan
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikan aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minum: 99-100)
***

APA yang berlaku dalam masyarakat hari ini begitu membingungkan. Jenayah semakin menjadi-jadi manakala akhlak rakyat berada pada paras kritikal. Akibat akhlak buruk inilah ada pemimpin seperti Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan penubuhan sekolah mengandung dan penurunan had umur perkahwinan.

Sekolah mengandung hampir pasti membabitkan kelahiran bayi-bayi tidak dikehendaki. Wujudnya sekolah ini menggalakkan penularan perkara kurang sihat dalam masyarakat, dibimbangi apa disemai (produk dikeluarkan) daripada sekolah mengandung itu akan melahirkan generasi baru yang kacau-bilau.

Berhubung perkara ini, penulis tertarik dengan lontaran idea bahawa apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah berdasarkan apa yang disemai oleh kita tidak lama dulu. Kalau ada sekolah mengandung, kita menzahirkan anak-anak ini (dilahir dan mungkin dibesarkan di sini) tentunya ia akan memberi kesan negatif kepada si anak dan ibu.

Jika kita semai benih padi, insya-Allah padilah yang akan kita kutip. Jika kita semai biji mangga, buah manggalah yang akan kita petik. Jika kita galakkan kelahiran anak yang tidak tentu status ibu bapanya di sekolah mengandung, jadi kita menyemai benih apa sebenarnya?

Sebenarnya benih sihat dan berkualiti pun perlu penjagaan rapi, seterusnya ketika ia membesar dan membuahkan hasil. Namun apa hasilnya jika benih bermula daripada tempat kurang disenangi seperti sekolah mengandung itu?

Tidak ada orang waras akan menyemai benih lalang ketika dia menyemai benih padi. Tetapi lalang (ataupun menerung) kadang-kadang akan hidup beriringan dengan pohon padi tadi.

Dalam usaha memastikan anak padi tadi hidup subur, ia hendaklah dibelai, dibajai dan sebagainya manakala anak-anak menerung tadi dicabut dan dihumbankan ke batas.

Demikianlah manusia. Dalam usaha membesarkan seseorang agar benar-benar menjadi 'manusia', segala keperluan ke arah itu perlu diperlengkapkan manakala 'lalang' yang turut bersamanya perlu dihapuskan termasuk meracunnya.

Malangnya dalam masa seseorang insan itu membesar, terlalu banyak 'lalang' yang menyuburi hidupnya. Yang pertama mungkin ibu bapanya sendiri. Misalnya ibu bapa yang tidak menunaikan suruhan agama (contoh solat), secara automatik akan menanam 'lalang' ke dalam diri si anak. Ibu bapa sah pun culas dalam penjagaan anak, apa diharapkan penjaga anak daripada sekolah mengandung.

Kebanyakan anak-anak hari ini membesar dengan 'TV dan komputer berada di sisi mereka'. Untuk melekakan si anak bagi membolehkan ibu bapa membuat kerja lain, anak-anak dibiarkan di depan TV dan komputer dengan pelbagai 'game'.

TV adalah 'lalang' terbesar dalam mempengaruhi jiwa anak-anak. Banyak perkara mereka pelajari daripada TV dan media massa lain. Ada yang baik dan ada yang buruk.

Apabila remaja, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah. Mereka ke sekolah dan kemudian ke institusi pengajian tinggi.

Pada peringkat umur inilah mereka dapati 'lalang' terlalu banyak, malah amat subur. Ada banyak 'pusat lalang' seperti pusat beli belah untuk melepak, kafe siber, premis empat nombor ekor, pub, karoke, bar, rumah urut dan pusat perjudian termasuk nun di puncak gunung (kompleks judi terbesar di Asia Tenggara).

Pada peringkat umur inilah jika tidak diawasi anak-anak akan hanyut. Amat menghairankan pusat-pusat hiburan ini tumbuh bagaikan cendawan (lalang?) selepas hujan.

Budaya hiburan semakin disuburkan. Anak-anak di bangku sekolah pun dilatih menjadi pelakon, penghibur dan 'penuntut' (kononnya) dalam rancangan-rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol.

Ibu bapa pula macam 'lalang' - seronok tengok anak-anak berkinja-kinja dalam Akademi Fantasia atau 'tumpang semangkok' membawa anak-anak menyertai puluhan ribu rakyat (hampir semuanya Melayu/Islam) menonton konsert 'Jomheboh'.

Budaya ini siapa yang suburkan? Siapa yang benarkan? Kita tidak hendak menuduh sesiapa tetapi mahu tidak mahu terpaksa kata kerajaanlah sebab pihak inilah yang paling berkuasa. Budaya buruk ini kerap menyebabkan kehamilan luar nikah, dan kini sebagai jalan keluar mahu diwujudkan sekolah mengandung.

Jika kita memperkatakan tentang kerajaan, selalunya yang diuar-uarkan ialah konsep seperti 'hendaklah kamu taat kepada pemimpin (pemerintah)', tetapi tidak pernah pula diperkatakan mengenai kewajipan pemerintah.

Tugas pemerintah amat berat tetapi diremehkan saja. Di sini sukacitalah kita petik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai kewajipan pemerintah.

Terjemahan hadis - Sabda Rasulullah s.a.w. Sesiapa daripada pemerintah yang memerintah rakyat Muslimin, tiba-tiba ia mati dalam keadaan menipu mereka itu (pembalasannya) Allah mengharamkannya daripada memasuki syurga.

Antara huraian hadis ini - Sebagaimana rakyat wajib taat kepada pemerintah, maka demikian pula pemerintah atau ketua mestilah menjalankan pemerintahannya dengan adil dan dengan penuh kejujuran.

Kerap kali ketua-ketua itu terpesong dalam tugasnya. Amanah yang diberikan kepadanya telah digunakan untuk tujuan-tujuan yang salah dan menekan rakyat di bawahnya. Perbuatan itu dikatakan menipu rakyat jelata.

Hadis yang tersebut mengingatkan bahawa perbuatan menipu rakyat itu adalah kesalahan besar dan dikutuk oleh Tuhan dan masyarakat, seterusnya di akhirat dia diharamkan daripada memasuki syurga Allah.

Erti pemerintah itu termasuk juga para menteri, pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai tinggi. Mereka itu mestilah menjalankan tugas masing-masing dengan ikhlas dan jujur, jauh dari segala penipuan, semoga rakyat dapat hidup dengan aman dan seterusnya terlepas daripada kemungkaran Allah.

Dalam isu berkaitan 'lalang' ini, kita ingin bertanya adakah pemimpin kita sudah menjalankan tugas mereka dalam erti kata sebenar-benarnya. Apakah mereka bersih daripada 'unsur menipu dan menekan rakyat'? Benarkah pilihan raya lalu bebas daripada 'unsur-unsur' penipuan? Benarkah kenaikan harga barang-barang asas tidak menekan rakyat?

Kita bimbang kerana berdasarkan ungkapan 'apa yang disemai itulah yang dituai' gambaran hari ini seperti berleluasanya maksiat, jenayah dan segala hal negatif lain menunjukkan kita leka membiarkan 'lalang' membiak dalam masyarakat. Atau kita sendiri sudah tersilap menyemai 'lalang' dan hasilnya 'lalang'lah yang kita kutip hari ini.

Natijah 'menyemai lalang' termasuk di sekolah mengandung itu adalah berleluasanya kes rogol, zina, bunuh, samun, ragut, mabuk, bersekedudukan, rasuah, tipu dan sebagainya. Kita bimbang sekolah mengandung yang kita bina itu ada kesinambungannya seperti ‘kolej dan universiti buat anak’.

Apabila ini berlaku makin rosaklah masyarakat. Oleh itu jangan disemai lalang di sekolah mengandung sebaliknya lahirkan baka baik-baik yang akan menyelamatkan anak bangsa dunia dan akhirat.