Isnin, 16 Ogos 2010

Itu selaras!! Ini selaras!!

Nampak gayanya gejala 'selaras' ni tidak akan berhenti. Kali ini... yang akan 'selaras' ialah tambang bas sekolah. Lantas.... poket mak bapak pasti akan rabak lagi. Sudah rabak.... rabak lagi!!

Ini adalah kerana cadangan kerajaan untuk mewajibkan pemandu kedua atau konduktor perempuan bagi bas-bas sekolah. Walau pun niatnya baik, iaitu untuk menjaga keselamatan para pelajar daripada gejala cabul dan rogol, namun.... kenaikan 10% itu agak membebankan para ibu bapa. Bayangkan beban yang terpaksa mereka pikul, sekiranya mereka mempunyai ramai anak yang bersekolah. Fuuhhh.... parah!!

Entahlah apa nak jadi... Kos sara hidup di sini semakin 'selaras'. Kos sara hidup semakin selaras sedang nilai duit semakin mengecut. Pecah duit RM50.... habis. Pecah duit RM100 sekejap jer lesap.... langsai. Barang yang dapat dibeli, tak seberapa. Duit daripada poket pun.... deras macam air, keluarnya.

Gaji tak juga 'selaras'. Bagi mereka yang bergaji tinggi....tak apalah juga. Tapi ... bagi mereka yang kerja kampung dan tidak ada pendapatan tetap atau bagi mereka yang berpendapatan rendah.... kesiaaannn mereka!!

Semua ini akan memberi kesan kepada kualiti hidup mereka. Nak menuju ke arah negara maju hapa ke jadahnya, kalau pendapatan rakyat pun ciput dan kualiti hidup pun teruk. Kalau nak peluk gunung pun....sedarlah diri sikit. Kalau tangan tak cukup panjang..... buatlah cara tak cukup panjang..... Jangan nak berlagak dan gah sangat. Nak berangan pun biarlah kena dengan gayanya. Kalau tidak.... terimalah amarah rakyat!!

Aku tengok cara kerajaan UBN ni berbelanja.... sebijik macam kata pepatah orang Perak, "Bior Pape Asalkan Bergaye". Duit tak berapa nak ada .... tak mandang, tetapi... mengkalor berjani, fuuhh... bukan main lagi. Berlagak macam banyak duit bebenor tetapi tarik subsidi kepada rakyat. Selaras itu.... selaras ini.... Rompak duit rakyat dengan apa cara yang mereka boleh. Eeee... teruknya!!

Kalau mereka dah ghairah sangat, selaras itu... selaras ini, apa kata kita pakat-pakat rentap mereka turun dari takhta. Kita letak dan try pulak kerajaan lain, yang boleh diharapkan.... Macam..... macam.... Pakatan Rakyat ke??

Apa kata komer?? Setuju tak?? Pikior-pikiorkanlah....

Sumber di sini

Mangsa Ribut Terima Bantuan Kerajaan Negeri dan Pemaju

Kerajaan Selangor akan segera menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut putih yang melanda Pangsapuri Desa Sepakat semalam.
Kata Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha, bentuk bantuan akan dimuktamad selepas mengadakan perbincangan dengan pemaju perumahan, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan mangsa kejadian.
Katanya, bantuan itu penting berikutan semua mangsa beragama Islam dan bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Selepas ribut melanda, Haniza segera turun padang dengan mengadakan pertemuan susulan dengan mangsa ribut di  Pangsapuri Desa Sepakat bagi membincangkan soal bantuan dan keselamatan.
“Hari ini saya datang bersama-sama dengan orang Pejabat Daerah, pihak keselamatan dan juga pihak Zakat kerana ini adalah agensi-agensi yang boleh memberikan bantuan. Insyaallah pada jam 2.30 petang ini kita ada satu mesyuarat koordinasi penyelarasan dan salah satu aspek yang kami akan bincangkan adalah untuk mengelak perkara ini berlaku lagi. Kesan ribut ini adalah kali ketiga yang berlaku di kawasan Taman Medan, jadi saya rasa mesti ada laluan angin yang an
“Bila ribut itu lalu di kawasan tempatan dia akan memberikan kesan teruk tetapi Alhamdullilah kali ini dia memberi kerosakan agak serius tetapi tiada kemalangan jiwa. Kebetulan hujan datang dulu dan semua orang sudah masuk ke dalam yang kemudian baru datang ribut itu,” katanya.
Pada masa ini, kerajaan negeri sudah menghulurkan bantuan awal kepada semua 11 keluarga mangsa manakala bantuan susulan akan disampaikan tidak lama lagi.
“Semalam kita memberikan bantuan makanan dan minuman kepada mangsa ribut, kemudian kita ada bantuan RELA menjaga supaya tidak ada sesiapa yang menggunakan ruang ini sebab kita khuatir ada kayu-kayu yang boleh jatuhkan," kata Haniza.
TV Selangor juga menemu bual seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.
 “Saya berada di tempat kejadian dan saya melihat bagaimana ribut putih itu berlaku, hujan-hujan renyai lepastu angin ribut datang berputar seakan-akan ribut berjerebu putih dan sampai ke kawasan pangsapuri dia menolak ke atas, itu yang bumbung tercabut itu.
“Dalam lima minit sahaja berlaku jadi bila berlaku ribut itu saya pun dengar dentuman kuat jadi saya terus berlari ke tengah jalan dan mahu melihat ada atau tidak orang yang cerdera,” kata saksi kejadian, Ramli Dol.
Penduduk juga merayu pemaju perumahan membantu mereka lantaran sambutan AidilFitri kian menjelang.
“Ini dengan bulan puasanya dan hendak dekat rayanya jadi penduduk dekat sini ada kenderaan mereka yang rosak, jadi kita harap kerajaan Selangor dan sebagai seorang Islam dalam bulan puasa ini bantulah dengan keadaan yang macam ini dan daripada pemaju perumahan ini juga perlu bertanggungjawaplah sebab mereka pun ada insuran kan.
“Lepas tu mereka pun sudah janji tadi mereka hendak bertanggungjawap,” kata mangsa ribut, Mohd Nizam Mohsin.

Muhyiddin beri amaran MCA kekal dengan semangat BN

August 16, 2010
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada MCA hari ini agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) apabila memperjuangkan kepentingan komuniti Cina. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar sensitif kepada keperluan kaum-kaum lain.
“Di Barisan Nasional kami sentiasa mengambil pendirian sama dalam isu-isu yang menyentuh kesemua kaum,” kata Muhyiddin kepada pemberita di sini.
“Jika mereka mahu berjuang untuk komuniti mereka, ia tidak harus menyentuh kepentingan orang Melayu,” kata Muhyiddin.
“Saya berharap parti-parti komponen akan mengambil kira soal ini, jadi jangan cetuskan sebarang salah faham.
“Sama ada mereka hendak mengambil pendirian seakan DAP, ia perkara lain tetapi pandangan mereka tidak harus membawa kepada salah faham,” kata beliau lagi.
Berhubung pendirian tegas MCA mahu melaksanakan resolusi-resolusi yang diluluskan pada Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan mempunyai kata putus akhir dalam isu-isu seperti dasar pro-Bumiputera.
“Jika anda menyentuh dasar kerajaan, MCA perlu faham bahawa hak keistimewaan, pengagihan kekayaan adalah tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan dasar-dasar sedemikian,” kata  Muhyiddin.
“Apa sahaja yang mereka hendak berjuang, mereka perlu mempertimbangkan kepentingan BN. Saya tidak fikir MCA akan mengetepikan kepentingan kerjasama dalam BN,” kata Timbalan Presiden Umno ini.
Terdahulu dalam kenyataan dikeluarkan di sini, dua pemimpin kanan MCA membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam BN.
Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.
Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.
“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.
“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.
Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.
“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.
“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,  Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.
Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.
Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.
Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.
“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan,” katanya lagi.
Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.
“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya.

MAS rugi pracukai RM532.29j bagi suku kedua..dana rakyat bakal jadi mangsa..!!!

Harga bahan api yang turun naik mendorong Malaysia Airlines (MAS) untuk mencatatkan kerugian pracukai RM532.591 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM896.146 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimana pun perolehannya meningkat 26 peratus kepada RM3.2 bilion berbanding dengan RM2.5 bilion manakala keuntungan operasi meningkat 33 peratus.

Bagi tempoh separuh pertama berakhir 30 Jun 2010, syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian pracukai RM212.340 juta berbanding dengan keuntungan pracukai RM189.904 juta.

Perolehan itu meningkat kepada RM6.5 bilion daripada RM5.3 bilion sebelum itu.

"Kami telah melaksanakan perkara yang betul dan ini dicerminkan di dalam prestasi operasi yang bertambah baik bagi suku kedua yang secara tradisinya suku kami paling lemah. Kami telah mengambil langkah tambahan untuk menutup kenaikan harga bahan api itu," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tengku Datuk Azmil Zahruddin semasa mengumumkan keputusan kewangan suku kedua itu hari ini.

Katanya turun naik harga bahan api terus kekal menjadi cabaran industri itu.

Kenaikan mendadak 44 peratus perbelanjaan bahan api berikutan harga bahan api dan penggunaan yang tinggi berikutan kapasiti tambahan meningkatkan bil itu kepada RM1.1 bilion, yang meningkat RM338 juta berbanding dengan suku kedua 2009.

Berikutan turun naik bahan api, syarikat penerbangan itu mengalami kerugian nilai aset dan liabiliti yang diletakkan kepada harga pasaran semasa (MTM) RM217 juta pada suku kedua tahun ini, yang menjadikan kerugian bersih MAS RM535 juta.

Tengku Azmil berkata berlaku trend kenaikan berterusan harga bahan api seperti pada suku kedua, di mana purata harga bahan api jet ialah US$89.7 setong berbanding dengan US$66.7 setong pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Kerugian bahan api MTM adalah kerugian atas kertas dan kuantum yang dizahirkan akan bergantung kepada harga sebenar apabila setiap satu kontrak matang.

"Oleh kerana turun naik harga bahan api, keuntungan atau kerugian MTM pada suku akan datang akan bergantung kepada harga bahan api sebenar pada hari akaun ditutup," katanya.

Sehingga 30 Jun, 2010, MAS telah melindung nilai 60 peratus daripada keperluan bahan apinya pada harga US$100 setong West Texas Intermediate (WTI), sejenis bahan api berkualiti tinggi bagi baki 2010 dan 40 peratus pada harga US$100/bbl bagi 2011.

Di segi operasi, Tengku Azmil berkata tempahan awal bagi separuh kedua adalah kukuh.

"Langkah itu mencerminkan pertumbuhan yang kukuh di rantau Asia Pasifik. Bagi suku kedua bilangan penumpang kami meningkat 14.7 peratus.

"Kami mencatatkan faktor tempat duduk yang lebih tinggi daripada krisis praekonomi. Sedang trend menaik itu berterusan sehingga akhir tahun, kami akan terus memberi fokus pada peningkatan hasil serta mendapatkan pelanggan premium.

"Kami telah merancang program jualan agresif untuk meningkatkan jualan korporat," katanya.

Terdapat banyak peluang untuk meningkatkan hasil apabila MAS mulai menerima pesawat baharu. Syarikat penerbangan itu telah menempah sehingga 55 B737-800 dan 25 A330-300. Sejumlah tiga B737-800 akan diterima pada 2010, iaitu masing-masing satu pada Oktober, November dan Disember.

Tengku Azmil berkata: "Kami juga telah menyelesaikan perbincangan dengan Airbus dan akan akan menerima enam A380. Yang pertama akan diserahkan pada April 2012."

Anak syarikat kargo MAS, MASkargo, terus menunjukkan prestasi kukuh dengan tiga sukuan berturut-turut yang meguntungkan.

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), fret berkembang 29.8 peratus pada Jun dan trend menaik itu dijangka berterusan, katanya.

Katanya pembiayaan pesawat syarikat penerbangan itu juga berada di atas landasan.

Berikutan penilaian lebih 50 cadangan pembiayaan daripada pembagai penyedia pinjaman, MAS telah menerima empat penyedia pinjaman bagi pembiayaan 14 pesawat B737-800nya yang akan diserahkan antara 2010 dan 2012.

Syarikat itu juga kini sedang dalam perbincangan akhir dengan beberapa pemberi pinjaman berpotensi bagi pembiayaan pesawat A330 yang akan diserahkan dari 2011 hingga 2012.

Bagi tahun tahun kewangan sepenuhnya berakhir 31 Disember, 2010, kumpulan itu menyasarkan keuntungan operasi antara RM100 juta dan RM325 juta, katanya.

- Bernama

Bendera Malaysia Versi Baru 1Malaysia....bagi UMNO boleh buat halal belaka...!!!

Bendera Malaysia Versi Baru 1Malaysia.

>> Isnin, Ogos 16, 2010

Mungkin Mr. PM 1Malaysia boleh jelaskan.... sejak bila pulak bendera malaysia berubah wajah. Yang Di Pertuan Agung tak nak panggil Najib mengadap ke...???

Polis pulak buat apa...., tak nak panggil Najib untuk bagi keterangan ke...??? Macam kes ini.

ha..ha..ha... kalau orang awam atau puak Pakatan Rakyat buat hal macam ni... sudah pasti sang perkosa dan puak2 umnoApco kecoh dan gila meroyan melompat macam beruk... kononnya menghina bendera malaysia. Alaaaahhh... macam lagu negara ku..ku..ku.... 
IkutSukaAku.

Mana Satu Perkasa...???

Ini keris sang perkasa.

Ini pula sarungnya...perkosa..

Mungkin presiden perkosa terlupa dia sebenarnya tidak lah perkasa...
Setakat macam anjing salak bukit jelah tak kemana pun, sampai waktunya mampus lah....
IkutSukaAku.

Penyelewengan Pemimpin UMNO Terhadap FELDA Akan Dibogelkan


Felda Saman Malu Suara Keadilan, Lima Defenden RM200 Juta

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings hari ini memfailkan saman malu RM200 juta terhadap akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan dan lima defendan berikutan penyiaran artikel "Felda Bangkrap" dalam akhbar tersebut Jun lalu.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 3.11 petang tadi.

Lima defenden yang dinamakan dalam saman malu tersebut termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan.

Sabtu lepas, peguam yang mewakili Suara Keadilan, N Surendran berkata tindakan saman itu menimbulkan persoalan sama ada agensi tersebut sudah lingkup setelah mengalami penurunan rizab tunai secara mendadak dalam tempoh lima tahun.

Surendran berkata undang-undang jelas menunjukkan Felda ditubuhkan dengan dana awam dan tujuannya adalah untuk memberikan bantuan kepada rakyat melalui rancangan tanah dan program skim pertanian.

Katanya lagi, undang-undang adalah jelas dan Felda tidak boleh saman fitnah terhadap Suara Keadilan.

Surendran berkata ugutan saman yang diambil oleh Felda tidak mempunyai asas dan prinsip undang-undang.

Mana-mana badan berkanun yang menggunakan wang rakyat dan memberikan perkhidmatan untuk kepentingan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat tegas beliau.


Ketika dihubungi Suara Keadilan, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata parti belum lagi menerima writ saman yang baru difailkan hari ini.

"Kami akan meneliti dan mengkaji dokumen saman tersebut terlebih dahulu sebelum menganbil tindakan susulan.

"Walau apa pun kita tetap berpendirian apa yang disiarkan oleh Suara Keadilan berhubung isu Felda bankrap adalah berasaskan fakta. Kita akan tetap lawan kerana apa yang didedahkan adalah mengenai isu rizab tunai Felda yang merudum," kata Sivarasa. -SK


Peguam: Felda Tidak Boleh Saman Suara Keadilan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan SAMAN terhadap lidah rasmi PKR itu pada "bila-bila masa".

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.

Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerima NOTIS TUNTUTAN saman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

"Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.

PENGERUSI FELDA DAPAT RM2 JUTA SETAHUN?

"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.

Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.

“Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

Dulu kata dah ok. Now.... how??


UMNO dah mula sedar yang masalah sedang melanda mereka. Masalah yang dihadapi oleh mereka, jika tidak ditangani dengan segera pasti akan mengundang bala.

Di sana sini, UMNO berperang sesama sendiri. Semuanya, kerana kedudukan dan jawatan. Kepentingan diri melebihi fokus mereka kepada kebajikan rakyat
. Mari kita tengok dan hayati apa Hishamuddin kata...

Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka.

Aaai.... baru tahu yang rakyat dah bosan dengan UMNO?? Weh... rakyat dah getek lama dah. Mereka dah fed up dan termuntah tengok UMNO.

"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini."

Kerja untuk membina negara?? What a joke!! Membina atau merompak harta negara dan rakyat serta terus melingkupkannya. Itulah yang telah dan sedang UMNO/BN lakukan ke atas negara. Ha... ha... ha...!! Sang tikus nak membaiki labu.... LINGKUP RUYUP!!

"Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat"

Weh.... jejaga komer. Dia dah mula menggugut cara diplomasi. Lu orang buat kerenah...OUT YOU GO!! No more jadi calon. Baguss... pilih calon lain, biar akar umbi calon yang kena tendang boikot calon yang dipiih. Gaduh dan terus gaduh lagi.... UMNO sama UMNO gaduh.... advantage buat Pakatan Rakyat!!

"Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai"

Adalah menjadi hakikat.... yang masalah dalam UMNO dah jadi barah yang bernanah yang sukar untuk diubati dan dipulihkan lagi. Tak payah sembunyi-sembunyi.... bau pengornya pun, dah buat orang lari dan menjauhkan diri. Buuussuukkk!!! Lagi pun.... UMNO bukan ke parti TONG TAIK?? So.... yang dok ada di dalamnya pastilah SHIT!! SHIT yang keras kepala, ibarat ...kepala taik yang degil.

Ya... siapa tak der masalah. Semua kita ada masalah, tapi... kita kena realistik dalam mencari jalan penyelesaiannya. Mesti ada give and take.... Bukan terus-terusan bersikap ego. Itu bezanya cara UMNO/BN selesaikan masalah mereka berbanding Pakatan Rakyat. Kita lebih bertoleransi... dengan mengambil kira hak semua kaum. Bukan hanya memikirkan kepentingan diri dan kaum masing-masing jer.

Sebab itu... kalau PR diberi peluang untuk mentadbir negara, rasanya kita akan perform jauh lebih baik daripada UMNO/BN. Tengok sajerlah bagaimana efisyen dan telusnya pentadbiran di negeri-negeri yang ditabdir Pakatan Rakyat. Masalah yang dihadapi ialah masalah yang ditimbulkan oleh UBN iaitu taik-taik peninggalan UMNO/BN. Mereka yang buat taik, lepas tu.... tuding jari pada kerajaan Pakatan Rakyat. Lepas tu..... mereka buat kecoh dan tunjuk seolah-olah merekalah yang prihatin akan nasib rakyat. Juara rakyat konon.... Pooraahh!!!

Selain itu, masalah yang mereka hadapi adalah masalah yang sengaja dibuat oleh kerajaan pusat untuk mencabar dan menganggu gugat pentadbiran Pakatan Rakyat. Bacul dan siut punya kerajaan pusat. Itu tak lain ler kerana mereka takut. Takut... rakyat dapat melihat betapa efisyennya dan berintegritinya pentadbiran Pakatan Rakyat daripada mereka. Ha... ha... ha.. Takut bungkuuuss!!

Kalaulah PR dapat mentadbir tanpa gangguan... pasti UBN/APCO akan masuk kubur dengan lebih cepat!! Kah... kah... kah.... Rakyat yang akan campakkan mereka ke dalam lubang kubur!!

Sumber dari sini.

Akhirnya Penyamun UMNO terkulai dipijak Penyamun MCA !!!

by MB Warrior



Kamu panggil lah apa pun namanya DEB , NEM , MBE atau apa pun lah.

Kamu bagi kepada Penyamun UMNO untuk uruskannya , akan hancur jadinya !

Namun kali ini lebih terok !

Penyamun MCA sudah berani menginjak dan melanyak UMNO yang terkulai demi kepatuhan pada Cukong Cina Malaon MCA !

Bukan kah sudah aku katakan Penyamun MCA yang menguasai Penyamun UMNO yang buta tuli ?


Kongres Cukong MCA ini penting untuk kelangsungan ekonomi negara.

Betapa bahalol dan buta tuli nya Penyamun UMNO mengurus ekonomi sehingga terpaksa tunduk pada Tuan-Tuan Cukong MCA yang meletak kan garis capai kek ekonomi.

Penyamun UMNO selama ini memang banjingan yang menindas umat Melayu.

Yang diangkat hanya 2,3 kerat Penyamun yang selalu menyundal di Eropah dan menjarah khazanah negara.

Rakyat miskin terbanyak yang rata nya Melayu mengemis di bumi sendiri !

Disebabkan betapa bajingan nya Penyamun UMNO merompak rakyat , kini apabila Tuan-Tuan Cukong MCA membuat tuntuan Penyamun UMNO hanya terkulai mengenang dosa-dosa menyamun khazanah negara yang berbillion jumlahnya.

Apa kata Pencacai Penyamun UMNO ?

Apa kata Penyamun UMNO ?

Harapkan Ibrahim Ali ?

Malaon ni pun dibela oleh Cukong !!!

Semua bisu macam tikus mondok !

Penyamun UMNO wajib dihumban pada PRU 13 untuk selamatkan umat !!!

Aku akan ingat waktu waktu pancaroba ini di kala beban dosa-dosa Penyamun UMNO itu kini ditanggung umat !!!

PTUIIHHHHHHH !!!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO !!!

INI JENIS MELAYU CELAKA YANG MEROSAKKAN UMAT !!!

INI JUANG RAKYAT MISKIN YANG TIDAK MAHU DIGADAI OLEH CUKONG !!


PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

PENYAMUN UMNO PUNCA MELAYU MENGEMIS DI BUMI SENDIRI !!!

Inikah Timbalan Menteri yang dikaitkan Salahlaku Seks dan Membekalkan Pelacur?

Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ‘’Timbalan Menteri Bakal di Siasat’. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. baca dibawah..


Deputy minister accused of vice activities
By B Nantha Kumar and Teoh El Sen

KUALA LUMPUR: A police report has been filed against Federal Territories and Urban Well-being Deputy Minister M Saravanan, accusing him of being involved in prostitution and drug activities.

The report was filed by Perak's Kampung Tawas PKR branch chief MS Arjunan with the Brickfields district police headquarters here this afternoon.

Contacted by FMT, Arjunan said that he had received a letter, from an anonymous individual,via Pos Laju on Aug 11.

“I was shocked when I read the letter. It accused Saravanan of supplying college girls to VIPs as well as being involved in drug trafficking.

“What was more shocking was that the writer also alleged that Saravanan was the illegitimate son of MIC president S Samy Vellu,” he added.

He said the letter also revealed that Saravanan had operated his alleged vice activities from a rented house in Gombak.

Arjunan believes that the letter was penned by a father of one of the girls involved in the alleged prostitution syndicate.

The PKR leader said he wanted the police to check the MIC vice-president's background, and to determine if the contents of the letter were true.

He denied that there was any political or personal motive behind the report.

Saravanan: It's purely politics

Saravanan was appointed deputy minister after the 2008 general election. He was one of three MIC parliamentary seat candidates to survive the political tsunami.

The businessman-turned-politician had worked himself up the political ladder from the grassroots level.

Saravanan is also known to be close to Samy Vellu, and had openly acknowledged the 74-year-old president as his mentor.

Meanwhile, Brickfields police chief ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid confirmed that a report was lodged against Saravanan.

“The report was filed by a 50-year-old politician from Ipoh, the case has been transferred to the Ipoh police and I do not wish to comment further on this matter,” he told FMT.

Contacted later, Saravanan dismissed the report as "purely politics".

"Anyone can report after receiving a letter. Who is the victim? How can a report be lodged just based on a letter?" said the deputy minister, who is currently overseas.

"The allegations mentioned in the report are baseless. It is done to tarnish my image and reputation," he added.

He said the "police are free to investigate the claims and once found untrue, action should be taken against the complainant for lodging a false report".


Free Malaysia Today

Resolusi Persidangan Perwakilan Gerakan Wilayah KL

Persidangan Perwakilan Negeri WPKL 2010 Parti Gerakan Rakyat Malaysia WPKL mengambil maklum terhadap cabaran dari perubahan sosio-ekonomi dan ekpektasi rakyat yang kian meningkat, dengan ini memutuskan untuk:-
  • Menggesa pihak Kerajaan Persekutuan dan DBKL menyegerakan dan melaksanakan menyepadu dan menyambung berbagai jenis perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Lembah Klang supaya memastikannya menjadi lebih efisien dan mudah diguna ("User Friendly").
  • Menggesa pihak DBKL untuk melaksanakan sistem pengurusan sampah yang lebih efektif dan memperbaiki qualiti alam sekitar untuk warga kota, dengan menyusun semula, memperbaharui dan memperbaiki syarikat-syarikat perkhidmatan  pengurusan sampah berkonsesi dan mengalakkan penglibatan orang awam dalam aktiviti-aktiviti kitar semula dan kurangkan sisa.
  • Menggesa pihak DBKL memperbaiki dan menaik-taraf infrastruktur asas bagi rumah awam seperti lif, tangki air dan sistem paip, kawasan umum, tempat permainan kanak-kanak dan kemudahan sosio-sivik yang lain dan menggubalkan dan melaksanakan polisi yang menyeluruh untuk badan-badan pengurusan perumahan supaya berfungsi secara lebih efektif dan bertanggungjawab.
  • Sementara memuji inisiatif polis dan pihak berkuasa yang lain dalam meningkatkan keselamatan baru-baru ini, menggesa pihak Kerajaan Persekutuan dan DBKL mempromosikan kerjasama sinergetik antara pelbagai pihak membantu dan memperkasakan kepada Rukun Tetangga, Rela dan Persatuan Penduduk untuk menjalankan aktiviti-aktiviti rondaan keselamatan di tempat masing-masing.
  • Menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengekalkan tetapi membuat pembaharuan piawai taraf peperiksaan UPSR dan PMR, di samping menggubah satu system pendidikan dan penilaian yang lebih komprehensif dan efektif, setelah proses perundingan untuk mendapat nasihat para pakar dan pandangan orang awam.
  • Menggesa pihak Kerajaan Malaysia memastikan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bertanggungjawab (answerable) kepada Parlimen dalam pelaksanaan kerja dan tanggungjawabnya melalui memberi peranan yang lebih besar dan efektif kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Rasuah.
  • Menggesa pihak Kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan, berdasarkan semangat gagasan 1Malaysia.
*Resolusi Persidangan Perwakilan Gerakan Wilayah Kuala Lumpur yang diluluskan pada 15hb Ogos 2010.

UMNO Pulau Pinang: Rumah siap, pahat masih berbunyi

Dilema dua bahagian UMNO dalam Negeri Pulau Pinang belum selesai sehingga ke hari ini.  Walaupun persidangan perwakilan UMNO bahagian seluruh Pulau Pinang telah berjaya disempurnakan namun begitu bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.
Dalam lain ertikata, walaupun kedua-dua kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Jelutong telah selesai mengadakan persidangan masing-masing, masih ada suara dari perwakilan UMNO dalam bahagian masing-masing yang saling mempertikaikan kedudukan antara satu sama lain.
Bagi UMNO Bukit Bendera yang menyaksikan kemunculan semula mantan Ketua Bahagian, Ahmad Ismail untuk menerajui kepimpinan bahagian tidak kesampaian, apabila dalam sidang media beliau pada 5 Ogos yang lalu menzahirkan bahawa keputusan beliau adalah untuk tidak bertanding - semata-mata bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti komponen untuk mendapatkan semula sokongan rakyat di Pulau Pinang.
Kontroversi yang dicungkil Ahmad Ismail
Sebelum itu, 36 Ahli Jawatankuasa UMNO Bukit Bendera telah meletakkan jawatan secara sukarela bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa diadakan.  Ia juga bertujuan untuk membawa semula Ahmad yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada September 2008 yang lalu menerajui semula bahagian tersebut.
Keahlian Ahmad digantung kerana didakwa telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Cina, apabila Ahmad dituduh menyifatkan mereka sebagai "penumpang" dalam negara ini ketika berceramah pada 25 Ogos 2008, semasa berkempen di PRK Permatang Pauh.
Keadaan bertambah buruk apabila Ahmad mendesak Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) supaya keluar dari BN.  Keadaan bertambah runcing apabila salah seorang penyokongn beliau mengoyak gambar Pengerusi Gerakan Negeri ketika itu, Koh Tsu Koon.
Namun begitu, pada Disember 2009 yang lalu, MT telah menarik balik keputusan penggantungan terhadap Ahmad.  Beliau dibenarkan untuk aktif semula dan sekaligus mendapat sokongan dari bahagian lamanya.
UMNO bahagian Bukit Bendera yang diterajui oleh Abdul Jalil Ariffin yang sepatutnya mengadakan persidangan perwakilan mereka telah tertunda persidangan perwakilan mereka sebanyak dua kali, iaitu pada 11 dan 31 Julai yang lalu.
Persidangan perwakilan hanya dapat dijalankan pada 8 Ogos baru-baru ini ,bertempat  di Eastin Hotel, Pulau Pinang dengan kehadiran wakil Perhubungan UMNO Negeri, Musa Sheikh Fadzir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri.
Kemunculan semula Ahmad itu bukan sahaja diberi sambutan meriah seorang wira bangsa dengan diserikan oleh pencak silat dan bunga manggar, tetapi juga dinobatkan sebagai seorang wira yang memperjuangkan masyarakat Melayu di bahagian Bukit Bendera oleh penyokong-penyokongnya.
Kemelut berlanjutan
Tidak lama selepas dinobatkan sebagai wira, kemelut yang melanda UMNO bahagian Bukit Bendera tidak terhenti di situ sahaja.  Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan polis terhadap persidangan perwakilan yang dianggapnya sebagai melanggar peraturan mesyuarat.
Rose Akmar (gambar kiri) juga mendakwa bahawa ini bukan kali pertama beliau dinafikan hak sebagai perwakilan, malah pada tarikh asal iaitu 11 dan 31 Julai juga beliau bersama enam lagi perwakilan dalam cawangan Kampung Mutiara tidak menerima notis jemputan.
Beliau yang turut membuat laporan polis di balai polis Butterworth pada hari yang sama persidangan perwakilan bahagian diadakan turut melahirkan rasa kesal kerana sikap bahagian yang meminggirkan cawangannya yang sememangnya sah dari segi peraturan dan persidangan agung parti.
Manakala Musa semasa sidang media selepas persidangan pada 8 Ogos di Hotel Eastin turut menyatakan, bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan dengan mengemukakan surat kepada perhubungan UMNO negeri. 
Dilema merebak ke Jelutong
Dilema dalaman UMNO ini bukan saja terhenti setakat UMNO bahagian Bukit Bendera.  Ia juga merebak kepada UMNO bahagian Jelutong yang diterajui oleh Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ketua bahagiannya.
UMNO Bahagian Jelutong yang mempunyai 25 cawangan kini ternyata berpecah kepada dua apabila 17 cawangan yang turut didakwa hak mereka dinafikan apabila cawangan yang ada telah ditutup tanpa persetujuan mereka.
Abdul Wahab Abdullah yang mewakili 17 cawangan yang didakwa ditutup oleh Perhubungan UMNO Negeri turut mempertikaikan keputusan yang telah dibuat sebagai tidak menghormati seramai lebih dari 4,000 ahli UMNO yang masih setia kepada 17 cawangan-cawangan tersebut.
Namun begitu Setiausaha UMNO Negeri, Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Perhubungan UMNO Negeri bukanlah untuk menganiayai mana-mana ahli UMNO dalam bahagian Jelutong, sebaliknya adalah bagi kebaikan dan masa depan UMNO.
Mereka telah diserapkan untuk menjadi ahli kepada 25 cawangan UMNO yang sedia ada.  Walaupun begitu, persoalan yang timbul di sini oleh 17 cawangan yang didakwa masih wujud - atas alasan apa mereka tidak dibenarkan untuk aktif dan mewujudkan semula cawangan-cawangan yang ada?
Mereka juga mendakwa berlakunya ketidakadilan apabila hak mereka dinafikan dengan membiarkan hanya 25 cawangan yang sedia ada diaktifkan sedangkan ketakutan sudah jelas terbayang pada kepimpinan bahagian kerana dengan aktifnya 17 cawangan tersebut akan menggugat kepimpinan bahagian yang ada.
*Nazar Hashim

Hishamuddin Khianati UMNO?


Isskkk!!
Tak sangka betul!!
Tergamak Hishamuddin ni khianati UMNO dengan keluarkan statement macam ni!
Bila masa pulak pemimpin-pemimpin UMNO berkelahi?
Bila masa pulak ada orang UMNO berkelahi??

Bukankah UMNO ini pejuang bangsa?
Bukankah UMNO ini pahlawan terbilang?
Bukan UMNO ini tonggak orang melayu?

Mana mungkin Pejuang Bangsa bergaduh sesama pejuang bangsa?
Mana mungkin Pahlawan terbilang berkelahi sesama pahlawan terbilang?
Mana mungkin tonggak melayu bercakaran sesama tonggak melayu?

Kan punya la hebat UMNO ini hinggakan terkeluar ungkapan kurafat dari pemimpin UMNO sendiri "hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia!"

Mana mungkin la Hisham.. kamu ni jangan la menipu..

wakakakaka!
Walhal sampai bunuh dan bunuh diri pemimpin UMNO sebab berjuang untuk melayu!
wakakakaka!

sunsnake 16082010
'Pemimpin Umno berkelahi buat rakyat bosan'
Ogos 16, 10 9:13am

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Umno Terengganu, ketua badan perhubungannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta pemimpin Umno supaya berhenti berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka.

Beliau menegaskan ketika diminta mengulas masalah yang berlaku di beberapa bahagian Umno, termasuk di Setiu, Terengganu. Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat ADUN dalam kawasan Parlimen itu, tidak menghadiri persidangan perwakilan yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 16 Julai lalu.

Lagi Fitnah oleh Pakatan Rakyat!


Isk!! Kan Dato' Maslan, Ketua Kegelapan UMNO dah bagitau..
yang PR dok kata Felda nak Bankrup tu fitnah!
Apa lagi yang Timbalan menteri ni sanggup bersekongkol dengan PR nih??

Harus diingat! Ahmad Maslan tu pemimpin UMNO!
Mana logik ada pemimpin UMNO yang menipu?
Bukankah pemimpin UMNO ni Pahlawan Melayu?
Bukankah melayu itu bangsa yang mulia dibawah pemerintahan UMNO?

iskk!!.. Degil la bebudak PR nih!!
Tak nak dengar cakap Ketua Kegelapan langsung!

wakakakaka!

sunsnake 16082010

Jika Kewangan Felda Kukuh Mengapa Perlu Pinjam KWSP RM3 Bilion?

PETALING JAYA 15 Ogos - Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kwee Kwong mendakwa kekuatan dan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak sebagaimana digambarkan Umno-Barisan Nasional apabila agensi itu terpaksa meminjam RM3 bilion daripada kerajaan.

Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.

Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.
Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.

Maha Benarlah Kata-kata Mufti Perak itu!


No Komen dengan Mufti Melayu ni..
No komen.. No komen... No Komen..
Hidup melayu!
sunsnake16082010

Harussani dedah kewujudan 'perlembagaan baru'

IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.
Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.
Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.
''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.
Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.
-Melayau

Perkasa kah Perkasa?

Perkasa ni terkenal pasai kontroversi saja. Depa cipta isu, kipas bagi panas biar bernyala nyala pun tak pa. Perkasa patut berterima kasih la pada boss depa Berahim Ali dan jugak penaung selaku penunjuk arah depa Mahathir Mohammad, mantan Piem Umno. Tanpa depa berdua ni, Perkasa tu hancuss...
Banyak sangat dah produk keluaran Perkasa ni terlerai ditengah jalan. Banyak sangat dah cakap cakap Berahim Ali ni jadi gurauan orang ramai yang mejoritinya jugak Melayu. Jadi aku rasa kempen seminggu boikot makan ayam yang Perkasa lancarkan sebagai satu cara nak ‘ajar’ peniaga ayam ni pun serupa jugak la. Gempak saja lebih, tapi 'result'nya habuk pun tarakkk.
Memang aku sokong apa saja langkah yang kita buat bagi membela dan membantu rakyat terbanyak yang tertindas. Tapi bukan dengan cara sambil lewa dan cari populariti macam yang Berahim Ali Perkasa ni buat. Kenapa dia tak gerakkan massa bersama sama NGO yang lain, biar serata dan seragam.
Salah kah Ahli Parlimen Pasir Mas yang mendakwa bebas sangat tu bersama sama parti pembangkang lain menyusuri isu ni secara bersama. Gerakkan massa secara uniform untuk keputusan yang lebih menyeluruh. Kenapa perlu akhirnya melutut dikangkang Najib jugak walaupun mendabik dada mengaku bebas. Bebas menyokong BN?

Mampukah Pakatan Rakyat buat kejutan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak?

Premis asal dan agak matang dalam menilai politik Sarawak sekarang ialah “Sarawak tetap kubu kuat Barisan Nasional (BN).” Maka tugas menumbangkan BN dalam pilihan raya negeri ke-10 nanti dijangka berdepan laluan sukar dan mencabar. 
Sesungguhnya, tugas menumbang BN itu terletak di tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua pertiga daripadanya berada di luar bandar. Mana-mana parti atau pakatan politik menguasai majoriti DUN atau setidak-tidaknya 36 kerusi selayaknya parti itu membentuk kerajaan negeri.

Namun hasil pilihan raya negeri 2006, didapati BN memenangi 62 kerusi DUN dan parti-parti pembangkang hanya sembilan DUN.  Semua kerusi dimenangi pembangkang adalah berada di sekitar bandar. Ia bermakna pengaruh BN amat tegar di kalangan 50 peratus daripada 2.5 juta penduduk yang tinggal di luar bandar.

Demografi politik perkauman

Demografi politik Sarawak adalah terdiri daripada 28 suku kaum; Iban 33 peratus, Cina 26 peratus, Melayu 21 peratus, Melanau tujuh peratus, Orang Ulu lapan peratus, dan Bidayuh lima peratus. Pengundi luar bandar adalah terdiri daripada suku Bumiputera (Iban, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh). 

Sementara pengundi bandar merupakan campuran, dengan majoritinya orang Cina. Ia bermakna, pengundi Cina lebih berpihak kepada pembangkang, khsusnya DAP. Disebabkan demikian, BN agak kuat di kawasan bandar yang majoriti pengundi Melayu. 

Justeru landskap politik Sarawak kini masih dibayangi dengan gambaran penaungan dan keutuhan perkauman yang kuat. Jika landskap ini belum berubah untuk tempoh pilihan raya akan datang, maka BN kekal selamat untuk terus memerintah Sarawak. 

Namun, landskap politik pasca pilihan raya kecil Sibu ada petunjuk khusus untuk membuat bacaan politik di bumi yang kuat asas perkauman ini. Tatkala keputusan di Sibu pada 16 Mei lalu telah membuktikan DAP mendapat sokongan baru 2,942 undi.  Jika asas ini dianalisis seacara mudah, maka kesemua DUN yang BN menangi dengan majoriti kurang 2,500 undi adalah tidak selamat. Apa pun itu bergantung kepada kestabilan mood pengundi Cina dan faktor-faktor politik semasa.

Jangkaan pilihan raya 

Namun, kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak nanti dijangka akan berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang. Jika tempoh itu memberi implikasi besar kepada perubahan mood pengundi untuk kembali kepada normal, ia akan menyebelahi BN. 

Sekiranya mood itu berkekalan dan mengalami bauran (diffusion) kalangan pengundi Bumiputera, seperti mana arus penolakan terhadap BN di negeri-negeri lain, khususnya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia pasti menggugat peluang BN mencapai majoriti selesa di Sarawak. 

Nilai-nilai perubahan itu akan berlaku di Sarawak jika demografi politik mengalami transisi sosiopolitik seperti pengundi luar bandar ramai celik maklumat, penduduk di luar bandar memprotes tahap kemajuan yang mereka alami sekarang, disokong pula dengan ramainya pengundi muda mendaftar sebagai pemilih, tinggi kadar kematangan berpolitik apabila keinginan naungan mulai longgar dan tinggi pendedahan kepada maklumat melalui media alternatif. 

Di samping, kesan gerakan politik PR yang menjadi fenomena semasa pilihan raya kecil Sibu mula terbaur ke kawasan luar bandar. Realiti ini cukup menghantui pemikiran politik pemimpin BN Sarawak. Lebih-lebih lagi berlaku perkembangan terbaru pihak PR di Sarawak menunjukkan pihak DAP, PAS dan KeADILan serta SNAP sudah mula mengukuhkan gerakan politik masing-masing. 

Misalnya pihak PAS telah sedia tampil di Sibu, Miri dan Bandar Raya Kuching. Kesemua kawasan ini amat berpotensi bagi PR untuk menang apabila mengambil kira petunjuk pasca Sibu dan langkah-langkah penubuhan cawangan baru serta persefahaman kukuh PR mula mendapat sambutan hangat kalangan pengundi tempatan. 

Walau bagaimanapun, pihak PR seharusnya dapat memperkasakan lagi beberapa pendekatan persefahamana pakatan bagi menghadapi pilihan raya nanti. Antaranya yang paling berpengaruh di dalam membina keyakinan pengundi ialah formula pembahagian kerusi yang mengutamakan keupayaan menyumbang kepada nilai kemenangan. 

Mungkin di antara formula itu ialah mempersetujui kerusi-kerusi di kawasan bandar untuk semua parti dalam PR. Maksudnya semua empat parti dalam PR diberi hak untuk bertanding di Miri, Sibu, Bandar Kuching, Bintulu dan Mukah.  Jika formula ini dipakai, PAS setidak-tidaknya boleh bertanding satu kerusi di semua DUN di bandar-bandar tersebut.Selain itu, tumpuan untuk bertanding di beberapa DUN di luar bandar yang dominan pengundi Melayu.

Pilihan raya 2006

Pada pilihan raya negeri 2006, daripada 71 kerusi dipertandingkan. Undi popular diraihnya BN telah merosot sebanyak 8.3 peratus (71.2 peratus pada 2001 kepada 62.9 peratus pada 2006). Rekod pencapaian BN menunjukkan PBB amat utuh apabila memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandinginya. Demikian juga SPDP memenangi kesemua lapan kerusi. Manakala SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi dan PRS kecundang di satu daripada sembilan kerusi. 

Sementara pihak pembangkang pula menguasai sembilan kerusi melalui DAP yang memenangi enam kerusi, manakala KeADILan, Bebas dan SNAP masing-masing menang satu kerusi. Apa pun perkembangan dalam pembangkang selepas itu didapati wakil SNAP yang mengalahkan SUPP di DUN Engkilili telah menjadi Bebas tidak lama selepas memenangi kerusi itu. 

Begitu juga wakil Bebas, Gabriel Adit Demong yang bertanding di DUN Ngemah telah menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Disember 2009. 

Peluang tambahan kerusi PAS 

Perubahan kedudukan parti tidak berlaku kalangan wakil rakyat DAP dan KeADILan. Ini menunjukkan semangat PR amat kukuh di Sarawak. Tinggal lagi, PAS sendiri yang hanya bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro wajar menagih simpati rakan dalam PR untuk mendapatkan tambahan kerusi di kawasan bandar. 

Harapannya, kepimpinan PAS Sarawak wajar melakukan kesepakatan mesra, terutama dengan DAP yang dominan di kawasan bandar. Peluang tambahan itu wajar bagi PAS disebabkan realitinya PAS berupaya untuk mewujudkan petugas parti di semua kawasan bandar, di samping bersedia membantu calon-calon DAP dan KeADILan di tempat-tempat PAS bertanding.

Pilihan raya yang dijangka Mac atau April tahun depan dijangka menyaksikan dua pertembungan politik permuafakatan: BN dan PR. Pihak BN sebagai pihak hegemoni dianggotai PBB, SUPP, SPDP dan PRS, dan PR sebagai pakatan pembangkang setakat ini gandingan DAP, KeADILan SNAP dan PAS.  Sementara PCM belum pasti menyertai mana-mana permuafakatan, di samping terdapat satu lagi parti, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) yang baru mendaftar. 

Kemunculan parti baru

Walau bagaimanapun, ketika pakatan pembangkang bersatu hati untuk mengemukakan calon di semua kawasan dalam perlawanan satu lawan satu dengan BN, PERSB  dan PCM selaku parti baru muncul dengan impian masing-masing. 

PERSB mempamerkan hasrat untuk bertanding di semua kawasan. Ia meletakkan PERSB sebagai pihak ketiga di dalam persaingan pilihan raya Sarawak. Manakala PCM hanya akan meletakkan calon di 10 hingga 15 kawasan, sekali gus membayangkan PCM sebagai parti baru yang bakal bergabung sama ada dengan BN atau PR. 

Berdasarkan latar belakang PCM Sarawak asalnya diketuai seorang wakil Bebas, kemungkinan besar beliau akan bersendirian yang akan bertanding di kawasan popular bagi calon-calonnya. 

Menilai dari segi peluang mencapai kemenangan, nyata sekali BN masih berkeyakinan besar dan selesa mempertahankan dominasi dan menguasai majoriti dua pertiga. Meskipun berlaku hambatan keyakinan berikutan mood pengundi pasca pilihan raya kecil Sibu, permasalahan pengundi Cina belum cukup menggugat nilai majoriti dua pertiga tersebut. Kerusi yang pengaruh pengundi Cina agak tinggi hanya sekitar 15 kerusi. 

Jika BN kehilangan semua kerusi itu, masih ada lagi 56 kerusi. Nilai majoriti dua pertiga ialah 47 kerusi, maka keselesaan bagi BN cukup mantap ke arah kelangsungan hegemoni BN di Sarawak. 

Impak pasca Sibu

Meskipun begitu, impak pasca pilihan raya kecil Sibu itu mungkin boleh menggugah keyakinan tersebut sekiranya pihak PR mampu mempamerkan persetujuan mantap dari segi isu calon, pembahagian kerusi, kerjasama petugas parti dan manifesto parti. 

Misi PR di Sarawak adalah untuk memastikan tidak berlaku peluang BN berkuasa dengan dua pertiga. Sebagaimana kenyataan Haji Mohamad Sabu ketika di Miri (20 Julai lalu), pilihan raya Sarawak merupakan peluang bagi rakyat bertindak sebagai kuasa check and balance untuk menafikan kuasa dua pertiga BN. 

Bagi mencapai misi ini, BN tidak akan tergugat, cuma mungkin terjejas moralnya seperti mana dihadapi di peringkat Pusat sekarang yang agak sulit menguruskan kuasa di parlimen tatkala memerlukan sokongan dua pertiga. Manakala bagi PR pula, ia cukup berat untuk dicapai kerana jumlah kerusi yang harus dimenangi ialah sebanyak 25 kerusi dan BN pula memenangi 46 kerusi. Apa pun sekiranya berkehendak, maka seribu daya harus diusahakan.

Sejauh mana keupayaan pihak PR untuk meraih tambahan kerusi akan terjawab sekiranya persiapan yang ada tinggal kira-kira enam bulan sahaja lagi. Ia satu tempoh yang singkat bagi PR untuk menjayakan sekurang-kurang lima persiapan asas: ketetapan kerusi bertanding bagi masing-masing parti, memilih bakal calon yang teruji, mengurus penyokong agar mendaftar sebagai pemilih, melatih pasukan dan petugas pilihan raya dan tidak kurang penting adalah persediaan kewangan pilihan raya yang secukupnya.

Peranan parti baru

Tidak harus juga diketepikan peranan dua parti baru (PCM dan PERSB) dalam merancakkan pilihan raya Sarawak akan datang. Ada pihak yang meramalkan PCM akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat ekoran sikap Gabriel Adit Demong yang dianggap tokoh lompat parti kerana pernah keluar daripada KeADILan menjadi Bebas. 

Justeru itu, kerusi yang dimenangi atas tiket Bebas hanya dengan majoriti kecil pada pilihan raya 2006 dijangka menghadapi lalui sukar untuk mempertahan kemenangannya. Melainkan jika berlaku persefahaman semula dengan PR atau BN melalui straight fight menghadapi lawan. Apa pun, tidak mungkin bagi BN bekerjasama dengan PCM sebagai parti yang belum dilihat berjasa kepada rakyat. 

Demikian pula dengan PERSB yang diasaskan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan professional muda. Berbekalkan komitmen untuk mengubah nasib penduduk luar bandar dijangka terlalu sukar untuk bertapak dan merubah status penaungan pengundi di luar bandar oleh BN. Ia akan menghadapi lalun sama dengan PCM kerana sebagai parti baru, sukar baginya untuk bertapak dalam waktu singkat. 

Amat sesuai bagi PERSB adalah bergabung di bawah PR dan boleh menerima prinsip pembahagian kerusi yang seimbang menghadapi BN.

Misi PR membawa arus perubahan

Persoalan yang berputar kalangan penganalisis politik kini adalah sejauh mana komitmen PR yang membawa misi arus perubahan dalam senario politik Sarawak; mampukah PR menawan kerusi-kerusi panas yang dimenangi BN sekian lama? 

Apa pun di sana sudah ada petunjuk, iaitu sikap penolakan pengundi Cina terhadap BN cukup jelas kepada SUPP, di samping sudah berlaku penerimaan baik dan harapan tinggi pengundi kepada misi arus perubahan yang sudah berjaya digerakkan semasa pilihan raya kecil Sibu. 

Penerimaan dan harapan pengundi itu masih segar dan komitmen pemimpin PR sudah terserlah. Tinggal lagi, bagi memenuhi peluang itu adalah pengisian program mendepani pengundi dan connecting pihak kepimpinan PR dengan pengundi harus diatur secara tuntas.

Sungguh pun begitu, BN negeri Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib Mahmod cukup sedar dengan perkembangan mutakhir ini dan sedang merungkai segala permasalahan yang tertangguh selama ini kerana janji ditaburkan dalam pilihan raya lalu masih belum terlangsai. 

Soalannya, apakah rakyat sekian lama terbuai dengan janji akan terus terlena dan pemimpin BN terus gebu dengan keempukan kuasa anugerah rakyat? Hanya rakyat selaku pengundi bakal memberi jawapannya dalam pilihan raya nanti. -

SAH NAJIB KINI KESEORANGAN...

Ini dia statement atau tanda-tanda KERAJAAN ANAK-BERANAK sedang menjelma..!!



BANG BRAHIM MANE??AMUK LER...MAHADET MESTI KASI LINE..
PAMUDI UMNO MANE??ISHH..BIOR LER..KAN MAHADET AKU BENGKEK!
CILAKAK NAJIB! KATA MAHADET!
INI SUDAH JADI KES MENARIKK!!
KES ANAK BUAH NAK POTONG CILOK BAKAL BERULANG..!!
NAJIB!NAJIB..!Kah kah kah!

Naib Presiden KMA dakwa kerajaan negeri edar risalah fitnah

August 16, 2010
GEORGE TOWN, 16 Ogos — Naib Presiden Dewan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamed Ghani Abdul Jiman mendakwa kerajaan negeri memfitnah beliau menerusi risalah mengandungi tohmahan untuk menjatuhkan namanya.
Beliau telah membuat laporan polis di pondok polis Komtar pukul 3 petang ini setelah menyedari salinan risalah itu diedarkan di bazar-bazar Ramadan di sini.
“Risalah itu mengandungi tohmahan yang besar memburukkan nama baik saya sebagai seorang peniaga dan naib presiden KMA.
“Saya mahu agar kerajaan negeri hentikan pengedaran risalah ini dan berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan secara adil dan telus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Antara kenyataan yang terkandung dalam risalah itu ialah kegagalan KMA membayar sewa kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
“Dalam soal bayaran sewa, semua peniaga hendak adakan perbincangan terlebih dahulu dengan PDC tetapi mereka (PDC) sering memberi alasan sibuk, jadi tidak boleh bayar sewa lagi sehingga hari ini,” katanya.
Selain itu Mohamed Ghani juga menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai sokongan kuat dari Umno untuk menjalankan perniagaan.
“Saya hanya seorang peniaga dan bukan anggota politik, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa saya adalah anggota politik dan Umno berada di belakang (menyokong) saya,” katanya. — Bernama

Perang mulut MCA-Umno: Chua bidas Hishammuddin

Kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan lupa perjuangan BN, menunjukkan sesetengah pemimpin BN belum belajar daripada tsunami politik 2008, kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ia menunjukkan bahawa mereka tidak memahami desakan rakyat untuk perubahan.

Hishammuddin dilapor mengingatkan MCA supaya tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.

Naib presiden Umno itu berkata MCA tidak boleh 'melarikan diri' daripada apa yang disepakati selama ini.

MCA, tambah Hishammuddin, tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.

Mengulas lanjut, Chua berkata, keputusan pilihan raya umum 2008 jelas mencerminkan perubahan dalam pemikiran rakyat.

"Kepimpinan baru MCA juga memahami bahawa ia mesti berubah untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, MCA menghormati pandangan Hishammuddin tetapi tegasnya, naib presiden Umno itu tidak boleh menuduh MCA beralih daripada matlamat dan perjuangan BN, hanya kerana parti itu mempunyai suara yang berlainan daripada beliau (Hishammuddin) atau pemimpin parti komponen yang lain.
Menurut Chua lagi, MCA tidak takut berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dari segi faedah kepada masyarakat dan tidak akan lari daripada menyatakan pendiriannya.

Menurutnya, MCA akan berusaha keras bagi pelaksanaan 12 resolusi yang diluluskan dalam kongres ekonomi Cina Sabtu lalu.

Katanya, ia kerana resolusi tersebut bukan sahaja berkaitan dengan masyarakat Cina tetai juga masa depan pembangunan ekonomi negara.

MCA, katanya, menerima hakikat bahawa ia mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan hasrat masyarakat Cina ekoran globalisasi.

Jika tidak, tegasnya, bukan sahaja MCA yang akan kehilangan sokongan masyarakat, tetapi ia juga tidak akan dapat menjustifikasikan kewujudan politiknya.

Petisyen online sokong Dinar Kelantan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Satu petisyen online telah dibuka bagi menarik sokongan rakyat negara ini terhadap penggunaan dinar emas dan dirham perak Kelantan yang menjadi pertikaian hangat pada waktu ini.
Petisyen tersebut dikumpul melalui laman www.ipetitions.com/petition/dinarkelantan yang dibuka sejak semalam.
Menurut tulisan tertera di petisyen tersebut, ianya dianjur oleh dinarkelantan.com.my, bagaimanapun carian server web tersebut di internet tidak dijumpai.
Difahamkan petisyen online ini dibuat ekoran timbul usaha pihak kerajaan pusat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kelantan kerana mengeluarkan mata wang sendiri.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein sebelum ini mendakwa hanya kerajaan persekutuan melalui Bank Negara Malaysia mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan matawang dan kerajaan negeri adalah tidak berhak.
Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebelum ini telah menafikan penggunaan emas dinar dan dirham perak yang dikeluarkan negeri itu sebagai matawang secara mutlak.
Tetapi menurutnya, kerajaan negeri mengisytiharkan ianya sebagai medium perniagaan yang diterima di beberapa kedai yang berdaftar dengan pihak yang berkaitan.
Dalam pada itu, Husam melalui blognya www.husammusa.com juga turut mengulas perkembangan terbaru kerajaan pusat tersebut.
Beliau mempertikai kenapa isu penggunaan kedua dua wang tersebut kini dijadikan isu besar.
"Kenapa Awang Adek (juga terutamanya Tun Mahathir) yang sebelumnya pernah memuji pengenalan semula dinar emas tiba-tiba telah menayangkan urat-sarafnya (muscles) sebagai Timbalan Menteri Kewangan apabila pihak di Kelantan memasyhurkan apa yang pernah Awang Adek sendiri puji?" soalnya.
Menurutnya, sehingga kini belum ada pihak yang mendakwa yang kepingan syiling emas dan perak yang diperkenalkan oleh Kelantan itu sebagai mata-wang secara mutlak atau matawang alternatif.
Sebaliknya, ianya diisytiharkan sebagai medium perniagaan yang diterima di beberapa kedai yang berdaftar dengan pihak yang berkaitan.
"Kalau kepingan emas dan perak ini sah diperlakukan dalam jual-beli di kedai-kedai tersebut itu salah dan melanggar peraturan kewangan negara, bagaimana pula dengan kupon pasaria yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pertubuhan di semerata negara?
“Kupon itu telah dijual oleh pihak penganjur dan kemudiannya dengan kupon itu boleh dibeli barangan-barangan di gerai-gerai yang terlibat dengan pasaria tersebut. Sejak sebelum merdeka lagi amalan ini telah dijalankan, kenapa Awang Adek membiarkannya?
"Atau umpama saya saya membeli di Tesco, akhir bulan saya menerima kupon yang mempunyai nilai ringgit untuk sebarang pembelian atau potongan harga untuk pembelian barangan tertentu. Apakah amalan ini juga mengikut Awang Adek hendaklah mendapat kelulusan Bank Negara?" soalnya lagi.
Menurutnya, Awang Adek dan Bank Negara sepatutnya berusaha untuk menandingi kerajaan Kelantan dengan mengeluarkan syiling emas dan perak yang lebih standard daripada Kelantan, paling kurang dengan rekabentuk yang lebih menarik dan mempunyai ukuran berat yang lebih pelbagai.
Tambahnya, dengan berbuat demikian, barulah terserlah kerajaan pusat sebagai kerajaan yang lebih berwawasan daripada kerajaan Kelantan.
"Marilah kita berkerjasama di dalam perkara kebaikan dan kita kita hindari perkara dosa dan permusuhan. Insya Allah Awang Adek akan bersetuju dengan saranan saya ini," katanya sinis.

Tidak belajar ilmu akhirat punca masalah sosial

KOTA BHARU, 16 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Timur Tengah memanfaatkan ilmu yang ada sebaik mungkin.

Katanya, gejala sosial yang berlaku di negara ini seperti jenayah, pembuangan bayi, dadah, pecah rumah dan sebagainya, hanya kerana mempelajari ilmu dunia semata-mata dan tidak mendalami ilmu akhirat.

“Mereka tidak belajar agama Islam yang berakhir dengan akhirat menyebabkan jenayah dan sosial semakin teruk berlaku," ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan golongan terbabit meneruskan perjuangan Islam yang diusahakan pejuang zaman kini.

Katanya, bersesuaian dengan ilmu Islam yang dipelajari, masyarakat mengharapkan mereka meneruskan kesinambungan perjuangan Islam untuk masa yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan (Yik) yang akan meneruskan pengajian mereka ke Mesir, Jordan dan Morocco.

Seramai 283 orang pelajar yang bakal meneruskan pengajian dalam pengajian Islam, tahfiz, kedoktoran bakal berlepas ke negara terbabit pada bermula 18 Ogos hingga 4 Oktober ini.

Sementara itu, sebanyak RM28 300 telah disumbangkan oleh Tabung Kebajikan Badan Perhubungan PAS Kelantan kepada pelajar.

Tabung yang dipengerusikan oleh Datuk Mohd Amar Abdullah itu diberikan sebagai menghargai pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah.

Sejak bila bendera kita berubah

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dgn tanda 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid2?

Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twiiter.

Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1 Malaysia di tengah-tengahnya.

Hishammuddin dibidas persoal kesetiaan MCA

August 16, 2010
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Dua pemimpin kanan MCA hari ini membidas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana mempersoalkan kesetiaan parti itu dalam Barisan Nasional (BN). Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung hari ini menegaskan, MCA sentiasa setia kepada BN dan tidak pernah meninggalkan Umno.
Pendirian seumpama itu juga dilahirkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan berasingan.
“Selama ini MCA konsisten menunjukkan kesetiaan kepada BN. Ketika Umno mengalami saat-saat kesukaran pada 1980-an dan 1990-an, MCA tidak pernah tinggalkan mereka.
“Namun, kita juga akan mengambil berat akan kenyataan ini supaya setiap orang mengetahui bahawa ia adalah disebabkan oleh hegemoni politik sehingga pengundi berpaling dari BN,” kata Chor.
Beliau berkata, MCA sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
“MCA tidak pernah mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan.
“MCA mengetahui matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mahu membanteras kemiskinan tanpa mengambil kira latar belakang kaum.
“Namun kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,  Datuk Nazir Razak yang mengatakan bahawa pelaksanaan DEB ‘telah ‘diimplemantasi oleh kumpulan tertentu demi kepentingan diri sendiri’, kelemahan ini harus dibaiki,” kata Chor dalam kenyataan media hari ini.
Chor yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, MCA berpendapat bahawa tindakan tegas tidak harus dibuat berdasarkan kaum tetapi berpandukan keperluan dan merit.
“Malaysia tidak boleh lepas daripada realiti globalisasi dan MCA tetap komited dalam usaha untuk meningkatkan daya saing nasional serta produktiviti negara,” katanya.
Ketegangan antara dua parti komponen BN itu berlaku apabila MCA cuba untuk mengembalikan kedudukan komuniti Cina.
Semalam, Hishammuddin mengingatkan MCA agar tidak mengambil pendirian menyimpang daripada apa yang diperjuangkan bersama rakan-rakan lain dalam BN.
Hishammuddin berkata, parti itu tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada apa yang disepakati selama ini.
Katanya, MCA tidak seharusnya kelihatan seperti menentang kesepakatan itu terutama membabitkan sesuatu isu seperti apa yang berlaku sekarang.
“Umno dulu bila berdepan ancaman dan cabaran PAS, kita buat keputusan dalam ruang politik kita. Jangan melebihi apa yang diperjuangkan PAS dalam sesuatu isu,” katanya.
Perang mulut itu bermula apabila MCA meminta Hishammuddin untuk menggunakan kuasa bagi membatalkan larangan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam selepas Menteri Dalam Negeri itu mengakui bahawa beliau kesal dengan keputusan tersebut.
Perang kata-kata bermula ketika MCA meminta Hishammuddin untuk menggunakan kuasanya untuk membatalkan larangan itu.
Namun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan supaya MCA perlu menerima keputusan kerajaan dan tidak lagi mencetuskan pendepatan dalam isu kalimah “Allah”.
Chor berkata BN perlu progresif dan amalan tidak lagi menjadi “perundingan belakang layar”.
“Ketika ada ketidakadilan atau diskriminasi (baik nyata atau tidak) baik dalam pedoman kerajaan, dasar, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa atau undang-undang dipertanyakan, awam mengharapkan MCA bersama-sama dengan parti politik lain untuk berdiri dan berbicara.”
Sementara itu, Dr Chua mendakwa beberapa pemimpin BN gagal melihat kegagalan masa-masa lalu dan tindakan mereka itu akan menyebabkan kelupusan parti itu dalam jangka panjang.
Dr Chua berkata, partinya tidak bimbang untuk sealiran dengan pesaingnya DAP dalam isu-isu tertentu dan tidak akan lari daripada menyatakan pendirian yang tegas jika perlu.
Beliau juga secara tidak langsung merujuk kepada Hishammuddin sebagai pemimpin terbabit yang melahirkan pandangan tegas tersebut pendirian MCA semalam.
“Kenyataan Hishammuddin semalam bahawa MCA tidak harus melupakan perjuangan BN apabila mengetengahkan tuntutan masyarakat Cina menunjukkan pemimpin-pemimpin BN belum belajar daripada pilihan raya umum 2008 dan tidak memahami desakan rakyat agar melakukan pembaharuan,” katanya lagi.
Dr Chua berkata, berdasarkan keputusan pilihan raya umum 2008 pemimpin-pemimpin MCA memahami keperluan bagi parti itu berubah untuk mendapatkan semula kepercayaan dan sokongan.
“Jika ada pemimpin-pemimpin BN yang terus berada dalam dunia mereka sendiri, mereka sudah tentu akan menolak MCA ke tepi dan tidak akan membawa apa-apa manfaat kepada perikatan (BN),” katanya.
Sambil menghormati pandangan Hishammuddin, Dr Chua memberitahu, pemimpin Umno itu tidak seharusnya menyalahkan MCA jika beralih daripada objektif dan perjuangan BN.
“Beliau tidak harus menyalahkan kami,” kata beliau sambil menambah, MCA mempunya suara yang berbeza berbanding Hishammuddin dan parti komponen BN yang lain.
Dr Chua mempertahankan pendirian kukuh barisan pemimpin MCA semasa di bawah kepimpinan beliau dan perjuangan parti itu “secara total adalah sesuatu yang munasabah dan sah.”
“MCA akan bekerja dengan keras untuk melaksnakan 13 resolusi yang diluluskan ketika Kongres Ekonomi Cina Sabtu lalu kerana resolusi-resolusi itu hanya berdasarkan bukan sahaja kepentingan komuniti Cina, tetapi juga pembangunan ekonomi negara,” katanya lagi.

Permohonan Anwar Ditolak, Rakyat Tuntut Sistem Juri DIkembalikan


Permohonan Anwar batal tuduhan liwat ditolak

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membatalkan tuduhan liwat ke atas dirinya.

Mahkamah memutuskan hubungan antara saksi utama den timbalan pendakwa raya tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Anwar membuat permohonan itu berikutan dakwaan ada hubungan mesra antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan DPP Farah Azlina Latif.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menolak permohonan peguam Anwar supaya prosiding digantung sehingga rayuannya diputuskan pagi ini.

Hakim mengarahkan peguam sedia untuk meneruskan perbicaraan hari ini.

DPP digugurkan

Dalam permohonan difailkan pada 2 Ogos lalu, Anwar memohon membatalkan tuduhan liwat dengan alasan integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit antara seorang timbalan pendakwa raya dengan saksi utama kes itu.

Berdasarkan afidavit yang diikrarkan olehnya, Anwar mendakwa Farah yang mempunyai pengetahuan kepada kertas-kertas siasatan, telah menjalinkan hubungan dengan Mohd. Saiful saksi utama pendakwaan dalam kes itu.

Justeru saksi pendakwa pertama itu didakwa mempunyai akses kepada kertas-kertas siasatan yang diklasifikasi sebagai terhad dan sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) termasuk kenyataan Anwar di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan minit-minit sulit antara pihak polis dan pendakwaan.

Oleh itu, katanya, Farah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(1) OSA manakala Mohd. Saiful Bukhari melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(2) akta sama.

Bagaimanapun, hakim berkata, peranan Farah Azlina dalam kes pendakwaan adalah terhad dengan mencatat nota prosiding saja, tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan, tidak mengetahui mengenai strategi pendakwaan dan tidak mengendalikan saksi.

Kedua-dua Mohd Saiful dan Farah tidak berkata apa-apa tentang dakwaan hubungan mereka.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ulasan GB

Terperanjatkah kita? Lansung tidak kerana kita sudah tahu Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah sudah pun ada keputusan sebelum mendengar permohonan Anwar tersebut.

Dasyat gila sistem kehakiman yang ada kini.

Hanya satu - kembalikan sistem juri di dalam sistem kehakiman negara dan nyahkan hakim-hakim durjana yang banyak berkeliaran di dalam Palace Of Justice.

Presiden Anak saman Felda dan tiga yang lain Rm 20 juta

logo-felda2 Oleh Fazy Sahir
TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman memfailkan saman malu sebanyak RM20 juta berhubung  penahanannya yang didakwanya tidak sah Mac lalu.
Mazlan menamakan empat defendan berhubung penahanannya ketika membuat lawatan di Felda Lembah Klau, Raub pada 9 Mac lalu.
Empat defendan terbabit  – kerajaan Malaysia, Felda, pengurus Felda Lembah Klau Sungai Ruan Awang Sulong dan Inspektor Mohd Azran Rahmat – pegawai polis yang menangkapnya.

Mazlan yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini  diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud.
Ahli jawatankuasa PAS pusat itu dalam samannya mendakwa defendan ketiga (Mohd Azran) melakukan penahanan yang salah terhadap plaintif bagi tempoh 9 Mac hingga 11 Mac lalu.
Beliau  menuntut deklarasi bahawa perintah reman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Raub bertarikh 10 Mac  terhadap plaintif (beliau) adalah cacat, salah dan tidak sah.
Mazlan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub 9 Mac lalu turut membuat laporan berikutan tindakan pengurusan Felda yang cuba menahannya.
Katanya, nilai saman itu bukan menjadi persoalan namun reputasinya tercalar ekoran insiden itu.
"Ini bukan soal nilai tetapi keadilan dalam memperjuangkan hak kami sebagai peneroka. Reputasi dan maruah saya dah tercalar. Mereka tidak hormati hak dan kebebasan saya.
"Dan saman ini bawa maksud para peneroka tidak takut untuk memperjuangkan hak mereka," katanya yang dihubungi FMT.
Dilaporkan Mazlan ditahan satu hari untuk disiasat kerana dakwaan menceroboh Felda Lembah Klau.
Mazlan difahamkan membuat lawatan ke Felda berkenaan untuk menziarahi tiga peneroka yang ditahan polis sebelum ini atas dakwaan menceroboh kawasan empangan Krau serta mengadakan dialog dengan generasi kedua di Felda berkenaan.

Polis anggap dakwaan timbalan menteri dalangi pelacuran tohmahan...pulak dah...agenda ape..????

August 16, 2010
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Polis akan menyiasat laporan kononnya seorang timbalan menteri merupakan dalang kegiatan pelacuran walaupun Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berpendapat ianya satu tohmahan.
Mohd Bakri berkata beliau menganggap laporan itu sebagai satu tohmahan kerana ia bukannya dibuat oleh mangsa sendiri tetapi oleh orang ketiga yang mendakwa mendapat emel daripada mangsa.
“Kita tidak tahu siapa mangsa yang didakwa itu. Namun kita akan tetap menyiasat, dan jika perkara itu betul, kita akan lakukan tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika mengulas mengenai laporan yang dibuat oleh seorang ahli politik pada 14 Ogos lepas mendakwa
timbalan menteri itu terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.
Ahli politik terbabit membuat laporan polis berdasarkan surat dan emel yang diperoleh daripada seorang gadis yang mendakwa menjadi mangsa timbalan menteri itu, yang turut didakwa terlibat dalam kegiatan dadah dan menggalakkan gangsterisme sekitar tahun 2000 dan 2001.
Mohd Bakri berkata polis belum bercadang untuk memanggil timbalan menteri berkenaan untuk memberikan keterangan.
“Kita kena tengok dahulu adakah laporan itu berunsur tohmahan atau tidak dan baru kita membuat keputusan. Kita kena kenal pasti mangsa seperti yang didakwa terlebih dahulu,” katanya.
Mengenai dakwaan kononnya tujuh lagi wanita kaum Penan dieksploitasi untuk tujuan seks di Baram, Sarawak, beliau berkata hingga kini tiada sebarang saksi tampil kepada polis manakala sekumpulan 36 badan bukan kerajaan (NGO) yang yang kononnya mahu memperjuangkan nasib kaum Penan, masih gagal memberi sebarang maklumat yang dapat membantu siasatan.
“Kita telah menubuhkan satu lagi pasukan khas baru yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan telah pergi ke Baram untuk menyiasat perkara itu.
“Namun kami tidak menemui sebarang kes baru seperti yang didakwa mereka, malah tiada laporan baru polis dibuat di sekitar Sarawak. Kalau tiada mangsa tampil atau tiada maklumat dari yang mendakwa, bagaimana kita hendak siasat?” kata Mohd Bakri.
Beliau berkata tidak timbul soal kononnya polis bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menutup apa-apa juga kejadian yang tidak diingini dan menyalahi undang-undang.
Di Ipoh, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata laporan sebuah akhbar kononnya polis Perak ada menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan timbalan menteri itu adalah tidak benar.
“Dakwaan mengatakan perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh tidak benar dan apa yang ditulis oleh akhbar tersebut juga silap,” katanya.
Akhbar berkenaan dalam laporannya menyebut kes berkenaan sedang disiasat oleh Ibupejabat Polis Kontinjen Perak. — Bernama