Ahad, 15 Ogos 2010

Ibrahim Ali calls Chinese groups ‘ungrateful’, ‘extremists’


KUALA LUMPUR, Aug 15 — Datuk Ibrahim Ali described the MCA’s Chinese Economic Congress as “ungrateful” after the congress called for economic liberalisation, adding that the demands showed they are “extremists”. MCA president Datuk Seri Chua Soi Lek said yesterday that a merit-based and needs-based system would contribute to the path for Malaysia to be globally competitive.
“Perkasa denounces and condemns outright their request for the government to lower the 30 per cent equity for Bumiputera. This shows their ungrateful attitude to the Malay community and Bumiputeras who have compromised and tolerated because of the social contract in our constitution.
“The demands are greedy and extreme because the 30 per cent target asked by the Bumiputera represents 67 per cent of the population,” the Perkasa chief told reporters here.
The Pasir Mas MP questioned the logic behind the congress’s call for government-linked companies (GLCs) to include more non-Bumiputeras and international expertise on their board of directors.
“They also ask that non-Malays are elected in GLCs. I want to ask how many company owned by non-Malay cartel which are given special treatment by the government have elected Malays into their board of directors. I also want to know how many Malay professionals have been appointed into the cartel companies?” he asked
The Malay rights group also rejected the government’s proposal to have open tender for sale of strategic lands and GLCs.
“Perkasa will go against the government proposal to have open tender for strategic land and GLCs. This is because the proposal will chip away from the little economic wealth is still owned by the Malays and the Bumiputeras,” he said.
He added that government must review the proposal and have a mechanism whereby the open tender system will continue to maintain the interests of Malays and the larger Bumiputera community.
Ibrahim said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak must remove the little Napoleons around him.
“The prime minister must quash all the concerns and ensure that there are no Napoleons around him that are attempting to sabotage the Malay and Bumiputera agenda. If the government does not fix all of this then I believe Umno will feel the consequences in the upcoming general election,” he said.
He added that Umno will alienate Malay voters in their attempt to garner support from non-Malays.
“In their efforts to get non-Malays to support Barisan Nasional, Malay voters will get frustrated and run to a different party. This will happen so the prime minister and the deputy prime minister must act on this,” he said.
Perkasa has been a staunch defender of the New Economic Policy (NEP) and has criticized Najb’s New Economic Model (NEM) for neglecting the Malay agenda.
Its director of economic bureau, Dr Zubir Harun, has said that Perkasa is worried that the NEM will have a Chinese agenda and warned that the Chinese community will use the next general election to take over the country.

Hishammuddin: Rakyat bosan lihat pemimpin berkelahi sama sendiri

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos — Pemimpin UMNO diminta berhenti daripada berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah sedemikian, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya politik sesama sendiri perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara.
“Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan semua Ketua UMNO bahagian di negeri itu.
Hishammuddin, yang juga pengerusi badan perhubungan negeri itu, berkata demikian ketika diminta mengulas masalah yang berlaku di beberapa bahagian UMNO termasuk di Setiu, Terengganu.
Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen itu gagal hadir pada persidangan perwakilan bahagian yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 Julai lalu.
Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama pada pilihan raya umum akan datang.
“Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat,” katanya.
Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik.
“Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai,” katanya. — Bernama

Sistem pemerintahan berpaksi kepada takwa

IMG00204-20100815-0631Oleh Zainal Abidin Nor
KUALA LUMPUR: Sistem pemerintahan negara yang berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah SWT dapat menyelamatkan manusia dari segala bentuk kejahatan, maksiat dan rasuah yang dewasa ini berleluasa dalam masyarakat.
"Untuk memastikan perkara ini, maka kita memerlukan kepada para pemimpin yang  bertakwa," kata Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof.

Beliau berkata, para pemimpin hari ini tidak takut kepada Allah maka sebab itu mereka sanggup melakukan kezaliman kepada rakyat.
"Kezaliman pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang ketara kita lihat ialah mereka sanggup menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti minyak," terang beliau ketika berucap di satu majlis tazkirah Ramadhan di Kepong dekat sini pagi tadi.
Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Pasir Panjang berkata, "Rasulullah saw memberi layanan yang baik kepada tahanan perang meskpun mereka terdiri daripada orang-orang kafir, fasik dan munafik.
"Bersempena dengan bulan yang baik ini (Ramadhan) maka marilah kita memperbaharui tekad dan keazamanan untuk terus menyokong kepimpinan parti (PAS) kita yang berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah," ujarnya.
Beliau berkata, sifat orang-orang yang bertakwa disebut dalam ayat 24 Surah Al Furqan iaitu mereka yang tekun melakukan ibadat, banyak sujud, banyak bertaubat dan sedikit tidur.
Selain itu, katanya, adalah menjadi sifat orang-orang mukmin supaya sentiasa merendah diri apabila berjalan di muka bumi ini sepertimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 23 Surah Al Furqan.
"Orang-orang mukmin ialah mereka yang tidak sombong, tidak angkuh, tidak melakukan kerosakan dan maksiat di atas muka bumi," ujar beliau.

DEB dan nasib orang Cina

Ada banyak kisah benar yang diketahui ramai tentang kejayaan kaum Cina di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  Dalam konteks ini, DEB bermaksud sistem pilih kasih dan naungan orang-orang yang berkuasa.  Sepertimana dinyatakan oleh adik Perdana Menteri, Nazir Razak (gambar kiri), DEB telah bersimpang dari tujuan asal yang diilhamkan oleh Allahyarham Abdul Razak, ayahanda kepada Najib dan Nazir.  Apa yang tidak dinyatakan oleh Nazir ialah bahawa DEB telah sekarang menjadi satu sistem yang korup, tidak mempunyai akauntabiliti kepada rakyat dan diselubungi rahsia sehingga hanya mereka yang berkuasa dan korup mendapat faedah terbesar dari DEB.
Yang sedih, pagar diharapkan, pagar yang makan padi.  Orang Melayu menaruh harapan kepada UMNO untuk menjaga kepentingan bangsa; tetapi dibawah sistem DEB yang dikorupkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, ada juga beberapa orang Cina yang berjaya meraih kekayaan.  Ini termasuk Vincent Tan, Francis Yeoh, anak muda 28-tahun Jho Low (Low Taek Jho) dan Liew Kee Sin dari SP Setia.  Bagaimana mereka berjaya melalui DEB?  Kita harus tahu.  Orang Cina harus tahu supaya mereka pun boleh berjaya dan menjayakan DEB.
Encik Liew, yang penuh dengan pujian untuk DEB, mengakui bahawa beliau adalah salah seorang yang berjaya melalui DEB.  Beliau adalah pegawai biasa dalam salah satu bank dagangan yang kecil sehingga beliau berkawan dengan dua orang peguam – Rashid Manaf and Zaki Azmi (sekarang Ketua Hakim Negara).  Kedua, Rashid dan Zaki tidak mempunyai latar belakang dalam alam perniagaan.  Syarikat perundangan mereka pun besar tapi tidak lah boleh membuat seseorang rakan kongsinya kaya.  Tetapi apabila mereka dilantik sebagai peguam untuk UMNO, dan bersahabat dengan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Mahathir Mohamad, Daim Zainuddin dan Ketua MIC Samy Vellu, maka perniagaan mereka pun mulai mengalami kecemerlangan.
Bukankah SP Setia sebelum ini dipunyai SPK yang dikendalikan oleh sahabat  Mahathir iaitu Abdullah Ahmad (Kok Lanas) dan Ramli Khushairi?  Liew, Zaki dan Rashid membeli syarikat ini, dengan habuan diberi kepada Dollah Kok Lanas, dan yang lain itu, seperti kata orang, "the rest is history".  Perlu di ingatkan bahawa satu ketika dahulu, SPK adalah kooperatif yang mana pegawai kerajaan dan ahli-ahli UMNO menjadi tuan yang punya.
Vincent Tan (gambar kanan) berjaya kerana beliau dapat meyakinkan sahabat beliau, Mahathir Mohamad, yang Perdana Menteri ketika itu, untuk menswastakan Sports Toto kepada beliau, kerana kononnya, disebabkan judi itu haram, orang Melayu dan kerajaan tidak boleh terlibat dalam penjudian.  Tetapi beliau memilih orang Melayu untuk menjadi partner beliau - anak saudara Mahathir yang ketika itu bertugas sebagai pengurus besar agensi berita Nasional, Bernama.  Anak saudara Mahathir ini baik orangnya tetapi tidak lama selepas itu, beliau menamatkan perkongsian itu dan saya rasa beliau tidak dapat apa-apa pun.  Inilah nasib orang Melayu yang menjadi rakan kongsi orang Cina yang pintar saperti Vincent Tan.  Vincent semestinya harus disenaraikan sebagai salah satu cerita kejayaan DEB, seperti juga Liew.
Ayah kepada Francis Yeoh, Yeoh Tiong Lay, memulakan syarikat pembinaan yang tidak begitu menyerlah selama 30 tahun.  Tetapi ini semua bertukar apabila Francis, yang berkawan dengan Mahathir, berjaya dapat kontrak membina hospital di Semenanjung Malaysia pada tahun 1980-an.  Kemudian, Mahathir memberi kontrak paling mewah kepada keluarga YTL - IPP dengan bayaran yang paling lumayan sehingga kini dalam sejarah pengswastaan tenaga elektrik.  Tenaga Nasional terpaksa membeli eletrik dari YTL dengan harga tinggi itu, biar tenaga itu diperlukan atau tidak.  Macam mana tak buat duit?  Pelanggan terpaksa beli, mahu atau tidak, dengan harga paling tinggi.
Pengerusi TNB ketika itu, Ani Arope, membantah perjanjian itu tetapi disingkir oleh Mahathir.  Hari ini, YTL mempunyai rezab wang sebanyak RM9 bilion dan ianya digunakan untuk apa?  Membeli syarikat jana kuasa di Singapuura, membeli separuh daripada Pulau Sentosa di Singapura, dan membeli tanah dengan harga yang paling mahal di Orchard Road.  Satu lagi kejayaan DEB.  Oh ya...siapa rakan kongsi Bumiputra Francis?  Mungkin Mokhzani dan Mukhriz Mahathir boleh jawab soalan itu....
Kata orang bahawa pemuda 28 tahun Jho Low adalah sahabat baik Perdana Menteri Najib Razak; atau pun isteri beliau; atau mungkin pun anak sulung Rosmah.  Beliau berada di sana, sini dan mana-mana.  Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada akhbar The Star kerana berjaya mendapat temuramah eksklusif dengan anak muda yang berjaya ini.  Entah siapa yang mengarah mereka membuat temu-ramah ini....
Jho selalu kelihatan bersama PM Najib.  Semasa pelancaran 1Malaysia Development Fund oleh PM, dia ada; semasa PM bercuti di Monte Carlo tahun lalu, dia ada; dan mereka juga bersama sama di St. Tropez dua minggu lalu.  Ahkbar dari luar negara membuat laporan dan andaian bahawa anak muda Jho (kawasan mesra wanita glamor, Paris Hilton) ada penglibatan dalam mendapat Kerajaan Malaysia memberi jaminan kepada 1Malaysia Development fund.  Bagaimana Kerajaan dan Perbendaharaan Malaysia boleh setuju kepada skim meminjam RM5 bilion dengan bayaran terlalu tinggi faedah terlalu tinggi 5.75% tak masuk akal.  Ini bererti jika 1MDB gagal membayar hutangnya, kerajaan akan menanggung hutang interest payment melebihi  RM2.4 bilion dari kadar yang lazim?
Dan sekarang ini kawan kawan dalam sektor Bank bercakap tentang kononnya dalam akaun tahunan 1MDB menunjukkan bahawa hanya masih ada RM4.3 bilion dari jumlah asal RM5 bilion.  Di mana agaknya RM700 juta dibelanjakan?  Itulah dia - Jho Low, suatu lagi kejayaan Dasar Ekonomi Baru (NEP).
Jadi orang orang Cina tahu sebenarnya bagaimana mahu mendapat untung besar  dengan menggunakan Dasar Ekonomi Baru.  Tak payahlah Liew Kee Sin (gambar kanan) bimbang.  Tetapi berapa ramaikah orang Cina yang ada kaitan dan hubungan intim dengan pemimpin besar UMNO untuk mendapat peluang ini?  Itulah persoalannya.  Bukankah lebih baik kita ada sistem pemerintahan dan dasar ekonomi yang terbuka dan adil kepada semua lapisan rakyat?  Dan adil kepada semua kaum?  Dengan cara itu, peluang besar dan keemasan boleh juga dicapai oleh rakyat biasa.  Tak payahlah mereka mesti ada hubungan baik dengan UMNO, atau pihak aristokrat atau pegawai tinggi kerajaan. Sepatutnya sudah memadai rakyat semua kaum yang mahu berjaya hanya memerlukan kebolehan dan azam tinggi untuk berjaya. Malangnya di negara bertuah ini, peluang utama hanyalah kepada mereka yang terpilih.
*Tulisan ini dipetik dan disunting daripada blog Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.  Zaid Ibrahim kini sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menepuk Air Di Dulang…

Soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat bukan soal senda gurau. Ia perkara serius dan meskipun kadangkala perbincangan mengenainya dirasakan sedikit sukar dengan angka-angka dan ‘istilah ekonomi’, namun perkara ini tetap harus menjadi perhatian semua, lebih-lebih lagi aktivis politik.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung jumlah pelaburan langsung asing (FDI) baru-baru ini mengejutkan. Ternyata, sejak tahun lalu, Malaysia kehilangan jumlah pelaburan asing yang besar sekali dan dikatakan paling teruk meski dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.
Pelaburan Dunia 2010 PBB mencatatkan Malaysia kehilangan lebih RM19 bilion! Saya kira, jumlah terburuk sejak negara ini merdeka, lebih 50 tahun lalu. Dengan yang demikian, banyak industri dan perniagaan yang terjejas. Kesan langsung tentunya peluang pekerjaan juga tidak bertambah seiring dengan penambahan jumlah pekerja dalam negara.
Kita mulai ragu, sasaran pertumbuhan 5-6 peratus tahun ini juga hanya dakyah politik oleh Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri. Sehingga saat ini, tidak ada tanda-tanda di mana sasaran berkenaan dapat dicapai; sementara yang berlaku sebaliknya.
Maka tidak hairanlah bagaimana kerajaan terpaksa mencari helah mencabut subsidi, yang diistilahkan kononnya sebagai ‘penyusunan semula subsidi’ untuk mengaburi mata rakyat. Apapun istilahnya, dasar baru pemerintah itu menyebabkan peningkatan harga petrol dan gula baru-baru ini, sementara pada bila-bila masa akan menyusul pula peningkatan harga barangan harian lainnya, kesan daripada ‘penyusunan semula subsidi’.
Mustahil dan tidak masuk dek akal sama sekali selepas ini apabila harga bawang, lada, ikan dan susu, misalnya, tidak meningkat dengan peningkatan harga petrol sedangkan semua barangan berkenaan dibawa dengan kenderaan yang menggunakan petrol mahupun diesel.
Janji kerajaan untuk mengekang kenaikan barangan harian hanya untuk mententeramkan perasaan kita, walhal realiti hidup yang akan ditempoh rakyat jelata, semakin dan semakin memburuk.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang pekerja yang barangkali mempunyai keluarga dan tinggal di Kuala Lumpur dengan pendapatan di bawah RM1,500. Ditambah kalau ada isteri dan anak-anak,  betapa sukar sekali kehidupan keluarga itu ketika ini. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang hanya beberapa bulan ke hadapan.
Elit politik yang berkuasa, termasuk menteri-menteri memang tidak terasa, malah mereka tidak pernah mengenal pun bau pasar basah di mana tempat membeli ikan. Golongan pertama yang terasa bebannya tentulah rakyat biasa. Lalu tidak hairan jugalah tatkala rakyat semakin dihimpit kepayahan, elit politik yang berkuasa itu masih membebelkan isu politik dan perebutan kuasa.
Tentunya adalah sesuatu yang tidak manis sama sekali apabila kita saksikan semakin hari semakin keterlaluan pula mereka menyerang Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tidak ada dalam seminggu di mana empat negeri itu - sama ada Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahupun Kelantan, yang tidak menjadi sasaran serangan mereka di media perdana.
Kalau di Selangor sekarang heboh isu kecurian pasir, ditunjukkan foto dalam media perdana kawasan kecurian itu berlubang sangat besar, hendak saya sebutkan, mustahil dalam tempoh pemerintahan Pakatan di Selangor yang tidak sampai tiga tahun, boleh berlubang sampai begitu.
Ia menjadi sebegitu teruk tak lain tak bukan akibat sudah dikorek sekian lama, jauh sebelum KEADILAN dan Pakatan memerintah Selangor. Ibarat pepatah lama, usahlah ‘menepuk air di dulang, nanti terpercik ke muka sendiri’!
Inilah bezanya antara ‘Kerajaan Rakyat’ dengan kerajaan yang semakin terbelit dengan rasuah, korupsi dan salah guna kuasa sehingga gagal mengurus ekonomi untuk kesejahteraan rakyat jelata. Yang kita bentangkan fakta; sementara nampaknya golongan elit yang penguasa serta kuncu-kuncunya terus asyik bermain di dalam kancah fitnah dan segala kata nista.

Jika Kewangan Felda Kukuh Mengapa Perlu Pinjam KWSP RM3 Bilion?

Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 15 Ogos - Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kwee Kwong mendakwa kekuatan dan kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak sebagaimana digambarkan Umno-Barisan Nasional apabila agensi itu terpaksa meminjam RM3 bilion daripada kerajaan.
Malah Felda juga didakwa tidak lagi mampu membuat pembayaran kepada kontrak yang dilantik untuk mengurus tanah perladangannya sekali gus terjerumus dalam bebanan hutang kepada mereka.
Dr Tan berkata sekiranya benar Felda tidak mengalami masalah hutang yang banyak dan kesempitan kewangan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman yang dibuat daripada kerajaan.
Menurut beliau, banyak aduan diterima mengenai kegagalan Felda untuk membuat bayaran kepada kontraktor yang menjalankan projek di tanah rancangan.
"Ada kes di mana sebuah syarikat kontraktor telah lama berurusan dan menjalankan projek bagi pihak Felda di seluruh Semenanjung. Yang peliknya, angka hutang Felda kepada syarikat tersebut telah mencecah RM3 juta, dan sudah 8 bulan syarikat itu tidak menerima bayaran. Kalau Felda ada banyak wang, apa sebabnya tidak bayar kepada kontaktor itu?
"Ramai kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, terdapat aduan Felda berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Jika Felda ada banyak wang saya minta pihak Felda dan Najib sila jawab," kata Dr Tan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana semalam.
Beliau menegaskan dakwaan ini bukan hanya cakap kosong dan bersandarkan kepada langkah Perdana Menteri melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.
"Peruntukan sebanyak RM3 bilion telah digunakan, termasuk wang yang dipinjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jaminan kerajaan. Sekiranya kewangan Felda kukuh dan ada banyak simpanan, mengapa mereka menggunaan wang KWSP ini?" soal beliau lagi.
Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

Pakatan Rakyat Perlu Perjelas Komitmen Ke Putrajaya Kepada Rakyat

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 15 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat harus diberikan penjelasan mengenai komitmen kerajaan Pakatan Rakyat mewujudkan urus tadir kerajaan yang baik dalam usaha memegang tampuk pentadbiran pusat di Putrajaya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya peserta Seminar Ekonomi Perspektif Muda di sini semalam berhubung dasar dan langkah yang diambil Pakatan Rakyat bagi mengelakkan amalan seperti rasuah dan ketirisan sepertimana yang dilakukan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada masa ini.
"Keyakinan kita adalah kerana komitmen kita yang cukup jelas dan ia harus bermula dengan pimpinan. Kita tahu ketirisan RM21 bilion, ketirisan daripada rasuah, daripada kos yang meningkat dan amalan boros. Contoh rasuah PKFZ, Bakun. Ketirisan bina stadium, runtuh. Semua ini kerana tidak ada pertanggungjawaban. Ini berkaitan isu 'good governance'.
"Bila kita bicara soal 'good governance', rakyat tidak faham, mereka cuma kira harga barang dan pendapatan. Jadi kita harus beri penjelasan bahawa 'good governance' itu dapat menyelamatkan puluhan bilion ringgit setahun," kata Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor di hadapan kira-kira 200 peserta seminar terbabit.
Menurutnya, ekonomi bersandarkan pasaran harus dipertahankan sekiranya ekonomi Malaysia mahu berkembang dan mempunyai daya saing.
Ini kerana ekonomi pasaran mampu mengundang pelaburan hasil daripada insentif pelaburan dan ketelusan dalam pentadbiran.
"Ketelusan ini bermakna penafian tender secara terus dan perundingan cara berpakat dengan syarikat kroni harus dihentikan," kata beliau merujuk kepada pemberian subsidi besar syarikat IPP yang seharusnya dapat menampung subsidi bagi keperluan rakyat.
Anwar turut menjelaskan mengenai sistem perundangan syariah di negara ini, peningkatan mutu sistem pendidikan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tanpa meminggirkan bahasa ibunda yang lain.
Anwar pada masa yang sama turut ditanya peserta mengenai sistem pengangkutan awam, perlaksanaan sistem e-perolehan bagi mempercepatkan proses perniagaan, dan insentif kerajaan negeri mewujudkan 'career fare' bagi menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan menganggur.
"Saya akan cadangkan supaya kepada Menteri Besar kendali dan mengarahkan beberapa tindakan segera mengadakan sebagai satu 'fare', tetapi dalam 'fare' itu dijelaskan tentang soal e-perolehan, soal modal, soal peniaga dan mikro kredit yang telah tertangguh pelaksanaannya," jelasnya.
Mengenai sistem pengangkutan awam, Anwar berkata sistem pengangkutan sedia ada harus diperbaiki setanding dengan negara maju yang lain.
Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu turut ditanya berhubung persediaan Pakatan Rakyat bagi menyediakan pelapis berkualiti yang mampu menerajui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Menurut Anwar, urus tadbir dan pengurusan GLC harus memiliki kebertanggungjawaban yang tinggi bagi mengelakkan berlaku kerugian dan peningkatan kos yang akhirnya menyebabkan berlakunya kerugian seperti yang dialami Felda dan Sime Darby.
Beliau turut menjawab soalan peserta seminar mengenai masalah yang dihadapi mahasiswa berhubung pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej (Auku) serta tuntutan agar universiti di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat memberikan kuasa autonomi kepada mahasiswa.
"PTPTN ini, pelajar yang betul-betul miskin harus kita bantu. Tidak munasabah bayaran pinjaman dengan faedah, bayaran itu haruslah semasa graduan itu mampu membayarnya. Sekarang ini sistem ini tidak meringankan, orang pinjam kerana tidak ada pilihan.
"Soal Auku, apa yang saya lakukan semasa menjadi Menteri Pendidikan di peringkat akhir ialah memperkenalkan akta pendidikan baru yang dengan sendirinya membatalkan Auku, dan deraf itu tidak dapat kita bentangkan. Saya fikir pendekatan itu sangat baik kerana Auku ini ketinggalan zaman yang mempamerkan satu sistem yang merendahkan martabat mahasiswa," kata Anwar lagi.

Sekolah Mengandung Galakkan Gejala Negetif

Pelajar yang mengandung anak luar nikah disaran meneruskan pembelajaran mereka dirumah- rumah perlindungan bukannya di sekolah kerajaan seperti mana pelajar- pelajar lain.

Tindakan itu perlu supaya mesej yang betul dihantar kepada pelajar lain bahawa mengandung anak luar nikah merupakan kesalahan.

Akan tetapi Ahli Parlmen Shah Alam Khalid samad berkata, jika pelajar hamil itu sudah berkahwin, masih boleh diterima jika mereka mengikuti sesi persekolahan seperti pelajar lain.

“Saya rasa pendekatan yang sebegitu tidak wajarlah. Bila pelajar lain nampak macam tidak ada apa- apa masalah, kita akan hantar mesej yang salah seolah- olah perkara itu adalah biasa."

"Mereka mesti diasingkan dan kita mesti tolong mereka yang tersilap langkah ini. Kita tidak mahu mereka terus tersilap langkah,” katanya.

Meskipun dikritik hebat oleh pelbagai pihak, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam masih mahu meneruskan cadangan menubuhkan sekolah mengandung kononnya untuk mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri itu.

Namun, Khalid menolak cadangan itu kerana ia seolah- olah membuka ruang dan membantu muda belia untuk mengandungkan anak luar nikah.

“Sekolah mengandung tu saya rasa luculah. Kalau kita hantar ke sekolah mengandung itu nampak tiada kesalahan. Malah ada pula satu intitusi khas yang membantu mereka jika mereka terlanjur."

"Akan tetapi jika mereka dihantar ke rumah perlindungan, masyarakat akan terkesan mesej yang dihantar bertapa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan yang tidak patut dituruti," kata Khalid.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berpandangan pelajar yang hamil samaada sudah berkahwin atau mengandung luar nikah perlu diberi peluang untuk menuntut ilmu.

Namun, beliau menegaskan, hukuman kepada mereka yang melakukan kesalahan itu tetap perlu dilaksanakan.

“Penjenayah sekalipun mesti kita bagi peluang untuk mereka belajar. Kita berharap dengan ilmu yang mereka pelajari mereka boleh tentukan kelak apa yang baik dan apa yang buruk.Tetapi, hukuman keatas mereka yang lakukan kesilapan tetap perlu dilaksanakan," kata Kamaruddin.

Kementerian Pelajaran sebelum ini dilapor membenarkan pelajar- pelajar yang mengandung samada berkahwin atau tidak, untuk mengikuti sesi persekolahan sebagaimana pelajar lain.

Seorang pegawai kementerian pelajaran mengesahkan pelajar hamil masih boleh ke sekolah kebangsaan sekaligus menolak persepsi bahawa mereka tidak boleh berbuat demikian, menurut portal The Malaysian Insider.

Sumber itu juga menambah tiada peraturan yang menghalang pelajar perempuan daripada menghadiri sekolah seperti biasa jika mereka telah berkahwin atau mengandung anak luar nikah.

Bagaimanapun bagi mereka yang ada rekod mengelak daripada datang ke sekolah selama 60 hari akan dibuang secara automatik.

500 Keluarga Taman Permata Selangor Mohon Kerajaan Negeri Selamatkan Mereka Dari Kezaliman BN

Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata, Dengkil, meminta campurtangan Menteri Besar Selangor dalam isu perumahan yang membebankan mereka sejak pemerintahan Umno bn lagi.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar menerima memorandum "Selamatkan Kami Dari Malapetaka BN" dari Jawatankuasa Penduduk Rumah Pangsa Taman Permata.

Pada 1998, penduduk Kampung Ladang Perang Besar, Medingley, Gollayway dan Sedgley dipindah ke rumah pangsa transit selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan bandar pintar Putrajaya.

Menurut penyelaras Jeritan Rakyat Tertindas, 592 keluarga dari 4 ladang itu digertak oleh askar dan diusir secara tergesa-gesa bagi memastikan penduduk akur kepada tuntutan kerajaan.

Permodalan Negeri Selangor Berhad dipertanggungjawabkan untuk membina rumah pangsa transit di Taman Permata dan rumah teres di Jenderam sebagai ganti tanah yang dirampas.

Namun selepas sedekad berlalu, penduduk masih tidak tahu di mana rumah teres yang dijanjikan.

"kerajaan negeri selangor memang prihatin dengan situasi yang berlaku,kita pun telah diberitahu tentang kedudukan masalah sebenar pangsapuri ini dan saya pun  telah melawat pangsapuri ini sebanyak 3 kali.Saya pun telah mintak pemaju dan majlis perbandaran sepang untuk buat kajian tentang rumah pangasapuri yang ada. Hal ini adalah janji antara kerajaan persekutuan,Pemilik Ladang dengan NUPW," kata Xavier Jayakumar

Kerajaan Negeri melahirkan rasa terkejut dengan sikap berlepas tangan kerajaan Umno-BN. Xavier berjanji mereka akan menyiasat isu ini dan memastikan mendapat apa yang dijanjikan kepada mereka.

Kerajaan Negeri juga akan melihat masalah keretakan rumah pangsa,sistem perparitan dan kumbahan yang tidak cekap,lubang-lubang di bawah blok rumah pangsa dan isu cf yang menjadi satu misteri sehingga hari ini.

"jadi ini adalah tangungjawab kerajaan persekutuan,bawah pimpinan Najib Razak sebagai perdana Menteri, pada masa itu dia juga merupakan menteri dalam kabinet yang mengambil tindakkan.Putrajaya holding adalah satu anak syarikat kerjaan yang diberi tangungjawab untuk majukan purajaya," kata Xavier Jayakumar

"kalau mereka manyatakan 1 malaysia,tunjuklah cara mereka 1 malaysia. Dalam keadaan ini saya ingin katakan MIC juga bertangungjawab,orang india selama ini telah bagi kepercayaan kepada MIC tetapi MIC gagal menjaga orang india khususnya pekerja ladang,saya Exco Pekerja Ladang dan saya sangat memahami masalah mereka sekarang," kata Xavier Jayakumar

Pemimpin Umno gelisah muncul matawang syariah


KOTA BHARU, 15 Ogos: Usaha kerajaan Kelantan mengembalikan umat Islam kepada matawang syariah ternyata tidak mendapat sokongan pemimpin-pemimpin Umno, biar pun mereka tahu wang kertas tidak ada nilainya.

Malah wang kertas yang dipolopori sistem kapitalis terdedah kepada spekulasi kerana amalan riba yang dipertahankan.

Namun mengapa pemimpin Umno begitu gelisah dengan kemunculan kembali matawang syariah. Ini secara tidak langsung menggambarkan tidak berputik di jiwa mereka untuk mengagungkan kembali ketamadun Islam.

Bekas pensyarah kanan UIAM, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, sepatutnya umat Islam perlu menyokong membebaskan diri mereka dari belenggu riba.

”Lemahnya umat Islam kerana ekonomi mereka diperintah oleh kuasa besar yang mempertahankan sistem kapitalis.

”Usaha Kelantan menghidupkan kembali matawang syariah dengan memperkenalkan dinar dan dirham merupakan perjuangan umat Islam sejagat, namun hanya di Kelantan sahaja sanggup melaksananya,” katanya di sini.

Pelancaran matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan pada Khamis lalu mendapat kritikan pemimpin-pemimpin Umno termasuk presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri dilaporkan meminta Bank Negara Malaysia mengkaji dari sudut perundangan berhubung penggunaan matawang syariah dinar dan dirham di Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula mendakwa apa yang dilakukan Kelantan hanyalah bertujuan politik semata-mata dan bagi meraih simpati rakyat.

"Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik. Nanti kerajaan pusat dikatakan tidak Islamik. Ini jelas untuk mengasak kerajaan pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami," kata Mustapa.

Manakala Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan undang-undang untuk mengeluarkan matawang.

Matawang syariah Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan bagi pembayaran gaji, bayaran zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Dr Muhammad Fadzli berkata, kenyataan pemimpin Islam di negara ini begitu mengecewakan kerana mereka tiada kesungguhan untuk melihat tamadun Islam kembali menguasai dunia.

”Sebab itulah matawang  dinar dan dirham disokong dan ia menjadi kebanggaan umat Islam sedunia. Sememang Umno tidak suka kerja-kerja Islam sebegini,” katanya yang anggota Exco kerajaan Kelantan.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan berkata, dari segi politik nampak ada kecederungan terutamanya golongan cerdik pandai untuk kembali kepada ketamadunan Islam.

Ekoran itu katanya, ada perbahasan pro dan kontra terhadap pengenalan matawang syariah yang dilaksanakan di Kelantan.

”Yang kontra merupakan mereka yang tidak yakin dengan keupayaan sistem kewangan Islam. Mereka dibelenggu dengan pengaruh sistem riba kapitalis, walaupun ada kuasa tetapi tidak ada polical will.

”Kelantan boleh teruskan sehingga dapat menaikkan imej Islam. Dan diharap kurangkan gimik dalam semua aspek,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa menjelaskan dinar dan dirham yang dilancarkan bukan dianggap sebagai matawang bagi menggantikan wang yang ada sekarang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang. "Kita tidak pernah kata sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang," katanya di sini.

Menurutnya dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.

"Ini kerana di mana-mana negara pun, pertukaran barang dibenarkan. Kalau kedua-dua pihak bersetuju, dia bolehlah guna dinar dan dirham untuk tukar dengan barangan," katanya.

Husam berkata, semua orang tahu kerajaan negeri tidak kuasa untuk mengeluarkan matawang sendiri.

Perkasa ugut Umno hilang undi Melayu jika layan tuntutan MCA

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Datuk Ibrahim Ali memberi kata dua agar kerajaan tidak melayan tuntutan-tuntutan ‘melampau’ Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam, jika tidak ia akan kehilangan sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13. “Sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysia tersebut, maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) akan menjadi retorik semata-mata.
“Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akan menerima padah pada pilihan raya umum akan datang,” kata Presiden Perkasa itu pada sidang media di sini hari ini.
Kata beliau jika ia berlaku orang-orang Melayu akan menolak kerajaan pimpinan sekarang.
“Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkara terutamanya soal ekonomi orang Melayu.
“Jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika tidak diperbetulkan tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jadi seperti kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir.”
“Dalam usaha untuk menarik bukan Melayu sokong Barisan Nasional, pengundi-pengundi Melayu akan kecewa dan lari kepada parti lain.
“Ini hakikat yang akan berlaku,” katanya.
Jadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu bertindak tangani perkara ini, kata Ibrahim yang menubuhkan Perkasa selepas pilihan raya umum ke-12.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu akan mengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperinci mengenai isu berkenaan.
“Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkan agenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina,” katanya.
Wakil rakyat itu turut kesal dengan kenyataan Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB,  Datuk Nazir Razak yang akhir-akhir ini banyak keluarkan kenyataan yang menyentuh hal berkaitan ekonomi termasuk orang Melayu.
“Beliau (Nazir) mengatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai “bastardisation”, Apa maksud “bastardisation”?
“Kalau DEB gagal itu soal pelaksanaan tetapi soal matlamat dan cara untuk mencapai tahap 30 peratus dengan mengekalkan tindakan kesungguhan itu mesti diteruskan. Adakah itu juga dianggap “bastardisation”?,” soalnya.
Semalam Nazir mengambarkan DEB sebagai sesuatu yang telah “dipernyataan-haramkan” dan menyimpang daripada tujuan asalnya.
“DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal jawab selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina semalam.
Mengenai Permit Import (AP), Ibrahim menyifatkan Nazir tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera.
“Nazir juga mengatakan beliau tidak bersetuju untuk menghapuskan kuota Permit Import (AP) Bumiputera terutamanya dalam bidang permotoran.
“Beliau juga mengatakan ini kerana beliau sendiri tidak ada AP. Saya percaya beliau tidak memahami matlamat AP yang dikeluarkan kepada Bumiputera,” katanya.
Beliau berkata, AP diwujudkan untuk menolong Bumiputera dalam industri permotoran dan automotif di negara ini.
“Ini kerana rangkaian kedai alat ganti dan ejen-ejen dipegang bukan Melayu jadi dengan cara keluarkan AP ia banyak membantu orang Melayu berjaya dalam bidang automotif dan akhirnya hasil daripada kejayaan dilaburkan dalam bidang lain.
“Sepatutnya hak keistimewaan seperti ini patut dikekalkan oleh kerajaan dengan merujuk kepada hak keistimewaan orang Melayu di bawah Fasa 153 Perkara 4 iaitu hak istimewa orang Melayu,” katanya.
Pada sidang media hari ini, Ibrahim mengecam Kongres Ekonomi Cina Malaysia semalam yang menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
“Dalam 12 perkara yang dibuat semalam saya bagi pihak Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya termasuk meminta kerajaan supaya mengurangkan ekuiti 30 peratus Bumiputera,” katanya.
Kata Ibrahim, keputusan itu jelas memperlihatkan sikap mereka yang tidak ada akal budi dan berterima kasih kepada orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini bertolak ansur begitu rupa atas ikatan yang dinamakan sosio kontrak dalam asas Perlembagaan dan isu ini sangat sensitif kepada orang Melayu.
“Ia amat melampau dan memperlihatkan tamak kerana sasaran 30 peratus yang diminta mewakili 67 peratus majoriti rakyat di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat-peringkat.
Semalam, Kongres Ekonomi Cina Malaysia mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.
Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sebelah pagi.

Buang Bayi : Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Tebing Sungai Tambun Damansara


PETALING JAYA: Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi berkenaan, yang masih bertali pusat, ditemui tiga lelaki yang menjala ikan di sungai itu pada pukul 11.40 pagi.
"Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.
"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.
Arjunaidi berkata bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi.
Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata beliau dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan.
"Ketika menjala ikan, kami ternampak beg itu dan berasa tidak sedap hati.Ketika mahu pulang, rakan saya mengajak untuk memeriksa beg berkenaan.
"Bila kami buka, kami terkejut apabila sepasang kaki bayi menjulur keluar.Kami lantas melaporkan pada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi polis," katanya. - BERNAMA

Remaja Dakwa Dipukul Polis Sebelum Disaman


ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dibelasah empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lepas.
Mohd Asri Ismail, 18, berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.
"Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.
"Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, Ahad.
Beliau berkata selepas dibelasah, barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap.
Berikutan kejadian itu, Mohd Asri telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
Bapanya, Ismail Ali, 52, berkata dia tidak kisah jika anaknya disaman kerana Mohd Asri mungkin melakukan kesalahan, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan anggota polis memukul mangsa sehingga cedera.
"Tindakan yang mereka lakukan terhadap anak saya ini terlalu kejam. Saya sangat kesal dengan tindakan mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata beliau akan meneliti semula laporan kes tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika anggota terbabit didapati bersalah.
"Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati anggota itu bersalah, kita akan mengambil tindakan kerana kita tidak akan berkompromi dengan anggota yang bertindak sedemikian," katanya. - BERNAMA

Parti Politik Perlu Buang Sikap Negatif:


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Ahad menasihati parti politik supaya "mengotakan apa yang dikata" dan tidak mengamalkan politik negatif seperti tidak sudah-sudah ingin menjatuhkan pesaing.
"Kita perlu kembali kepada amalan politik yang positif dan sihat. Politik yang penuh dengan sopan santun, bukan politik yang penuh dengan kekasaran," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan tahunan perhubungan Gerakan peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Ahad.
Beliau berkata sekiranya ada pihak menganggap kerajaan persekutuan tidak bertindak dengan betul, mereka boleh mengkritik dengan mengemukakan fakta dan angka yang tepat serta cadangan ke arah memperbetulkannya.
"Sekiranya pakatan pembangkang pula membuat kesilapan di empat negeri yang mereka kuasai (Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan), kritiklah mereka. Tapi, kedua-dua pihak perlu sanggup menerima kritikan dan tidak bersikap melampau dalam tindakan masing-masing," katanya.
Beliau berkata amalan politik negatif, seperti gemar mencantas pesaing, telah menjadi budaya selepas Pilihan Raya Umum 2008 hingga mencetuskan beberapa reaksi melampau serta perselisihan faham dalam kalangan rakyat negara ini.
"Ada banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kita perlu beri tumpuan terhadap ekonomi, keselamatan dan alam sekitar, tapi kita tetap bertelagah tentang siapa yang buat dulu dan siapa yang buat kemudian.
"Kalau kita tidak pastikan ekonomi, masyarakat dan kerajaan kita berada dalam keadaan tersusun, siapakah yang akan menderita? Orang ramailah (yang akan menderita)," kata Koh.
Beliau berkata Gerakan tidak wajar mengamalkan budaya politik demikian dan menyeru anggotanya supaya sentiasa mengamalkan politik positif serta mengelak daripada bergaduh sesama sendiri dan mengutuk orang lain.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Koh berkata cadangan Pemuda Gerakan agar Barisan Nasional (BN) menukar logonya telah dibincangkan di peringkat parti gabungan itu.
"Penjenamaan semula bukan bererti menukar logo, tapi mengubah sikap dan pendekatan. Contohnya slogan "Rakyat Didahulukan". Bagaimanakah BN boleh bertindak dengan lebih berkesan untuk membuat rakyat berasa "Rakyat Didahulukan?" Bukan politik didahulukan, parti didahulukan atau kepentingan diri didahulukan," katanya. - BERNAMA

Perkasa Gesa Kerajaan Kekalkan Ekuiti 30 Penyertaan Bumiputera



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menggesa kerajaan mengekalkan hak ekuiti penyertaan 30 peratus Bumiputera sektor ekonominegara seperti mana yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)dan Model Ekonomi Baru (MBE) yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Sambil menyelar tindakan Kongres Ekonomi Cina yang mahu ekuiti Bumiputeradihapuskan secara berperingkat, presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali berkata, usaha itu menyebabkan rasa bimbang semua pihak termasuk ahli Umno dan orang-orang Melayu.
“Perkasa menentang habis-habisan cadangan kerajaan untuk melaksanakan tenderterbuka bagi membangunkan tanah-tanah strategik milik kerajaan yang dibangunkan olehsyarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Jika tender terbuka dilaksanakan apa akan jadi kepada aset milik Bumiputera sedia ada?Oleh itu kita minta kerajaan mengkaji semula supaya ada cara lain diwujudkan bagimenjaga kepentingan Bumiputera khususnya orang Melayu di negara ini.
“Ini kerana mereka juga bimbang kerana aset yang mereka miliki cuba dihakis sedikit demi sedikit,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini Ahad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kongres Ekonomi Cina Malaysiayang menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomidikurangkan secara berperingkat.
Semalam, Kongres Ekonomi Cina Malaysia mahu kerajaan mengamalkan sistem tenderterbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelahdalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.
Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongresekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala LumpurSabtu lalu.
Pada masa yang sama, Ibrahim mendesak GLC yang terlibat dalam pembangunantanah di kawasan penjara Pudu, Sg Buloh dan Sg Besi memberi perhatian denganmeletakkan harga yang relevan dan mampu dimiliki oleh kaum Bumiputera di negara ini.
“Kita harap sebahagian besar daripada pemilikan tanah di kawasan-kawasan itu dapatdimiliki oleh orang-orang Melayu. Ini bagi memastikan mereka dapat ‘isi’ dan bukannya‘tulang’ yang tidak berharga.
“Harapan yang tinggi diletakkan kepada Perdana Menteri dalam menghapuskankebimbangan ini dan pastikan tidak ada ‘napoleon’ di sekeliling beliau yang berusaha untuk menggagalkan agenda Bumiputera di negara ini,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, Perkasa dan Sekretariat Perundingan Melayu akanmengadakan sidang meja bulat tergempar bagi membincangkan secara terperincimengenai isu berkenaan.
“Kita akan mengadakan persidangan meja bulat ini pada 29 Ogos bagi membincangkanagenda ekonomi Bumiputera dan 12 perkara yang diluluskan oleh Kongres EkonomiCina.
“Perkasa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan supaya kerajaanmengurangkan ekuiti pemilikan 30 peratus kaum Bumiputera.
“Tindakan ini jelas menunjukkan mereka tidak berterima kasih kepada kaumBumiputera yang telah bertolak-ansur seperti mana yang terkandung dalamPerlembagaan negara sedangkan isu ini sangat sensitif kepada orang Melayu ,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan meneruskan tuntutan Kongres Ekonomi Cina Malaysiatersebut maka kepentingan kaum Bumiputera yang digariskan dalam MBE dan RMK-10akan menjadi retorik semata-mata.
“Sekiranya kerajaan tidak segera memperbetulkan hal ini, saya yakin Umno akanmenerima padah pada pilihan raya umum akan datang. Orang-orang Melayu akanmenolak kerajaan pimpinan sekarang.
“Mereka melahirkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan dalam beberapa perkaraterutamanya soal ekonomi orang Melayu. Jika tidak mereka akan kehilangan sokonganorang Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata,pertubuhan itu akan melancarkan kempen memboikot makan ayam selama seminggupada minggu depan.
“Kita tahu kenapa harga ayam naik ketika musim perayaan? Ini semua penternak danpembekal punya angkara. Oleh itu, Perkasa akan lancarkan kempen boikot makan ayam pada 18 atau 19 Ogos ini.
“Kalau pengguna dapat bersabar dan tak makan ayam seminggu kita nak lihat apa akanjadi kepada penternak dan pembekal ayam di negara ini. Silap-silap mereka mungkin beriayam percuma,” katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya pengguna memberi pengajaran kepada pembekal danpenternak ayam supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati.
“Kita akan mengedarkan risalah di madrasah dan kawasan tol-tol di seluruh negara. Sayapercaya selepas itu harga ayam akan turun,” katanya.
Sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan, harga ayam dilaporkan naik antara 30 sen sehingga 50 sen satu kilogram dan ia menimbulkan kegelisahan di kalangan orang ramai apabila harganya meningkat 100 peratus hari ini.

Rakyat dah semakin bijak...


Kajian Merdeka Centre..... mendapati: Rujuk sini.
  • 6 daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana.
  • 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana
  • 58 peratus responden Cina tidak percaya pada media arus perdana,
Kesimpulannya...

Rakyat dah semakin bijak buat penilaian. Minda mereka yang selama ini kena bongsai, sudah mula bercambah!!

Dan... kalau maklumat dirakyatkan terutama melalui capain di hujung jari, pasti percambahan minda mereka akan bertambah cepat dan segar.

Lantas.... janji Pakatan Rakyat untuk merakyatkan 'WIFI' amat dialu-alukan. Ini juga merupakan satu langkah ke arah merakyatkan maklumat. Kemudahan untuk mengakses maklumat dari pelbagai sumber dapat membentuk minda yang matang dalam kalangan rakyat. Minda matang... penilaian matang dan tindakan juga diharapkan akan matang. Semua ini akan melahirkan rakyat yang 'matang'.... yang berkualiti mindanya, isyaAllah.

Dan.... ini juga merupakan satu investment bagi melahirkan modal insan yang berkualiti jika dilaksanakn secara berhemah. Tak rugi apa-apa.... wa cakap lu!! Rakyat akan menjadi semakin pandai dan bijak dan tidak mudah lagi diperbodoh.

Syabas kepada Pakatan Rakyat!! Walk what you talk.... and you can count on us, for our support. InsyaAllah.... PRU13, kita punya dan bendera PR akan berkibaran di Putrajaya!!

MEMEY 8 BULAN USUNG TILAM TURUN NAIK KETEMPAT NORMAN?

HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat.


Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

“Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat).

“Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu.

“Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran,” katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri.

Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?

YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.

NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?

YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.

NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.

NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.

Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta.
Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.

NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?

YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.

Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.

NAZRI: Selepas itu apa terjadi?

YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.

NAZRI: Kamu nampak jelas?

YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.

NAZRI: Kemudian apa terjadi?

YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.

NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?

YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.

NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?

YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.

NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?

YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.

Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.

Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 3 September depan

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN


Bismillahirahmannirahim..


ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.

Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi.. membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?

Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.

Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."


Facing up to stark reality of NEP

Wong Choon Mei
IF one good thing results from the Chinese Economic Congress held a day ago and attended by the country’s top political and economic leaders, it would be that the open discourse that took place will force the Malays to confront the fact that the New Economic Policy does not protect or benefit them.
From the speeches made by top Chinese captains of industries on Saturday, especially those with a hot-line to the Umno elite, it is clear they are not bothered if the NEP stays.  Although, of course, they were also quick to hedge their bets by pointing out that the New Economic Model, if it comes, may also bring along new opportunities.
kpg-baru-najibBut the bottom-line is just like the rich Umnoputras, they stand to gain enormous wealth – beyond the imagination of the ordinary Malaysian – if business continues to be conducted behind closed doors along the corridors of powers in Putrajaya.
It is the ordinary people, the Chinese, Indian, Kadazan-Dusun-Murut and especially the Malays – because they form the bulk of the population – who will suffer the most if the covers built through the years in the name of the NEP to hide corruption are not dismantled soon.
This is what the phrase the rich get richer and the poor get poorer means.
And this is the point that has been glaringly lacking or perhaps intentionally ignored by ultra-Malay rights groups like Perkasa and MPM.
That while the NEP was originally meant to help the poor regardless of ethnicity, it is the rich especially amongst the Malays and the Chinese who have benefited the most by far.
Yet the NEP's original benchmark was simple – to qualify for government aid, all you needed was to be poor. The poorer the easier. But now to secure big government contracts, you have to be Malay or have a Malay front-man, and the richer and more powerful you are, the easier it is to get the deal!
Is Ibrahim Ali, the Perkasa president poor? What about Perkasa patron Mahathir Mohamad? And Mahathir’s well-known friends Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar al-Bukhari, Vincent Tan, Francis Yeoh, Ananda Krishna, etc – are they poor?
If most of the rich prefer the NEP to stay - even when the son of its founder has called the current shape of the policy a bastardised version of the original - then who wants to see it go?
Well, the Pakatan Rakyat would. So too would foreign investors, Malaysians who have not been brainwashed by Umno, Perkasa or Mahathir, and also those in the BN government who would prefer to see the NEM implemented for reasons of their own.
"I have strong opinions about how the NEP has been bastardised over the years. At that time, no one knew what the outcome would be. It was a social engineering experiment that no one had ever done before in any country,” said Nazir Razak, whose father Abdul Razak Hussein had introduced the NEP in 1971.
nazirrazak
Nazir
“So they gave it 20 years. And they felt that after 1969, they had to give it a try. But now it is so embedded in everything that we do - in every part of the government, in every part of businesses that it has become a problem.”
This what the CIMB CEO said during a question-and-answer seesion at the Chinese Economic Congress.
But sadly, pundits may be right in believing that despite Nazir's openness, the fact that his brother is Prime Minister Najib Razak and that both men think the time has come for the NEM, at the end of the day the brothers are out-powered by Perkasa’s Ibrahim Ali and his patron Mahathir Mohamad.
All eyes are now on what outrageous reply Ibrahim Ali will make to Nazir. Tragically for Malaysia, its national and economic future may now be in Ibrahim's hands or rather in Mahathir's - not Nazir's or Najib's, going by the way the PM has chosen to talk his talk but not walk it. — Malaysia Chronicle

NEM: Get rid of extremists at the kitchen table

By G Krishnan

Reading the tea leaves from the past few days has to lead one to no other possible conclusion but that these are tough days for the prime minister when it comes to the economy.
With our growth rate for the next year expected to barely hover around five percent, which, to be fair in these lean times may not be all that bad, there is nonetheless growing apprehension in the prime minster’s circles that it is going to be increasingly difficult to hold the political dam if such lacklustre economic performance lingers on for the foreseeable short and medium term. 

Indeed, gauging from the prime minister’s tone and message at the recent Chinese Economic Congress, it’s clear that the prime minister is feeling some of the heat building up in the economic kitchen.

For one, the prime minister - who could have been forgiven for feeling he was not necessarily addressing a most enthusiastic and sympathetic audience – came with a rather benign and blend message about the imperatives of having a vibrant private sector to ensure the country’s drive toward being a high-income economy.

This is especially striking and telling considering that the backdrop to his address was already cast by the unambiguous position staked out by the MCA president and the prime minister's brother as well, regarding the need to revise the across the board 30% bumiputera equity requirement, which of course, has become almost sacred to a significant element of the prime minister’s political base.

Whilst we can certainly expect the political dance and gamesmanship around this issue to continue right up until the prime minster lays out the specifics and details of his NEM, there is little doubt that the prime minister is feeling the heat from both sides of the divide on this issue.

You know Chua Soi Lek is politically going for the jugular on this issue when he resorts to quoting Confucius that, “Only the wisest and stupidest of men never change and for one to know what is right and not to do it, is the worst type of cowardice.”

Knowing that MCA’s credibility among its base has grown increasingly soft means that Chua himself cannot afford to turn a blind eye to the issue.

Coupled with the pressure from the MCA and the wider populous calling for the dismantling of the NEP, it sure must have felt like poor timing (but could there ever be good timing for such a thing?), when your own blood adds to the heat building up in the kitchen by proclaiming that the very blueprint of the 30 percent Bumiputera equity quota itself has become “bastardised’.

Following his own remarks at the Chinese Economic Congress, Nazir Abdul Razak is quoted as saying, "I have strong opinions about how the NEP has been bastardised over the years," and further added that, “it is so embedded in everything that we do - in every part of the government, in every part of businesses - that it has become a problem.

Whilst Nazir’s remarks may potentially serve as a small window into the prime minister’s eventual roadmap for revisiting and reforming that which has apparently become “bastardised,” these developments reveal precisely the delicacy of the situation confronting the prime minister.

Extremists at the kitchen
Under these circumstances, one could understand the prime minister’s cautious tact at the Chinese Economic Congress.

Yet, the optimists calling for a major overhaul of the NEP might be tempted to interpret the prime minister’s remarks as tacitly signalling to investors that the government is willing acknowledge – let along address the dilemma of – the white elephant in the kitchen (that is, the NEP), which remains a palpable hindrance to long-term and sustained private sector investment that the prime minster himself insists is imperative.

Further, those calling for an overhaul of the NEP have a real opportunity now – more than ever – to impress on the prime minister that sustained private sector investment in the economy is unlikely to be realised if we persist with ‘business as usual’ under the current highly problematic model.

Quite frankly, one would be hard-pressed to overestimate the desperation and urgency of the situation before the prime minister.

Whilst his brother clearly seems forthcoming and unambiguous about the need to revisit critical elements of the NEP – and in the process ignore the extremists who remain wedded to NEP - in order to put our economic house order, the fact remains that the extremists are prominently seated at the kitchen table.

So it remains to be seen if Najib does have it within him to deal with the necessary reforms – ones that will be consistent with his desire to sustain a vibrant private sector, or will the extremists run him out of the kitchen.

The proof will be in the pudding.

Mahasiswa: Eloklah Shabery terbuka macam Saifuddin

Setakat ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah masih istiqomah dengan sikap dan komitmennya memperjuangkan peraturan lebih terbuka untuk aktivisme mahasiswa. Selaku bekas aktivis pelajar di zaman kampus dulu, beliau sendiri tentu lebih maklum dengan kekangan dan kongkongan yang sekian lama dihadapi warga kampus, terutama dalam menyatakan pendirian politik masing-masing.
Kebetulan pula beliau kini berada di tapak yang amat bersesuaian dengan kecenderungan pemikirannya. Kementerian dijaganya membolehkan beliau merealisasikan hasrat mewujudkan suasana lebih liberal dan adil untuk pembinaan insan lebih kreatif dan cemerlang di kampus-kampus institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Perkembangan semasa yang memungkinkan pemimpin mahasiswa IPT menyatakan sikap secara terbuka turut membantu mempercepatkan pencapaian hasrat itu. Sebab itu apabila  ada kumpulan mahasiswa menyatakan persetujuan membenarkan mereka terbabit dalam parti politik, ia bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’ buat Saifuddin.
“Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri,” media pada Selasa (10 Ogos) memetik katanya.
Beliau mengulas penyerahan resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar dua hari sebelumnya. Menerusi resolusi itu, mahasiswa mengambil kata sepakat bersetuju mereka dibenarkan terbabit dalam parti politik.
“Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita,” ulasnya lagi.
Tidak syak lagi, secara idealnya pandangan dan pendirian sebegitulah yang amat kita harapkan. Kehidupan kampus sering dianggap platform terbaik menggilap bakat kepemimpinan yang diharapkan menjadi pelapis teraju masyarakat dan negara.
Untuk itu sudah sepatutnya sebarang kongkongan terhadap aktivisme dan idealisme siswa ditiadakan. Mereka perlu didedahkan dengan perkembangan “dunia luar”. Selaku juru bicara ummah dan ejen perubahan masyarakat, mahasiswa perlu diberi ruang menyelami keluh-kesah rakyat.
Tidak dapat tidak, secara adilnya mereka perlu diberi kebebasan memilih dan menzahirkan kecenderungan politik masing-masing. Malangnya, keterbukaan dan sikap lapang dada ditunjukkan Saifuddin itu gagal dikongsi pemimpin lain.
Biar pun secara zahir para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, menampakkan kesediaan mewujudkan kelonggaran dituntut mahasiswa, ia bukan kebebasan sepenuhnya. Kebebasan dibayangkan itu tidak akan menyebabkan mahasiswa terlalu berani menzahirkan sikap anti-establishment, yang merugikan parti pemerintah.
Sebab itu di saat gelombang kebangkitan rakyat menuntut keizinan lebih luas kepada penjawat awam dan warga kampus melibatkan diri dalam politik kepartian semakin memuncak mutakhir ini, sikap sebilangan pemimpin negara tidak sealiran dengan kecenderungan rakyat itu.
Bahkan, ada menteri tergamak membangkitkan isu kononnya parti pembangkang membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menjayakan program merekrut mahasiswa. Umpamanya, PAS didakwa menjadikan pelajar Malaysia di Mesir sebagai ‘kilang’ untuk melahirkan pemimpin dan pendokong parti itu.
“Ini kerana mereka melihat Mesir tempat paling subur untuk meraih sokongan dalam kalangan pelajar Malaysia, dan juga sedikit di England,” media pada Ahad (8 Ogos) memetik kebimbangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Dakwaan itu disangkal Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, partinya tidak pernah mengeluarkan duit untuk mengadakan program dengan pelajar di luar negara.
“(Perjuangan di atas dasar) kebenaran tidak memerlukan wang. Sebaliknya, jika memang benar terdapat pelajar di luar negara yang memilih perjuangan PAS, itu menunjukkan golongan cerdik pandai sentiasa bersama parti ini,” ulasnya sinis.
Namun isu lebih utama di sini ialah kegagalan Shabery berfikir secara terbuka dan bersikap adil, terutama berhubung peluang sama rata antara parti-parti politik dalam mendekati warga kampus, dalam mahu pun luar negara. Maksudnya, di saat parti kerajaan menikmati ruang dan peluang seluasnya mengadakan berbagai program mendekati mahasiswa, apakah masih wajar untuk BN-Umno berdengki dengan sokongan diterima parti lawan?
“Yang rekrut (mahasiswa) sebelum ini adalah Umno dan bukannya kita (PAS). Umno yang rekrut untuk tubuhkan Kelab Umno,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Baginya, penubuhan Kelab Umno Luar Negara, terutama di Amerika Syarikat, Britain dan Mesir adalah bukti jelas bahawa mahasiswa sudah lama dibolehkan aktif politik, tetapi hanya untuk Umno.
Ketidakadilan ini antara perkara yang mengganggu Saifuddin sejak dulu. Sebilangan tulisannya sarat dengan pandangan meliberalisasikan peraturan, terutama berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.
Sebab itu apabila ada dakwaan kononnya kumpulan mahasiswa tertentu dalam pilihan raya kampus dibantu pihak luar dalam kempen mereka, beliau mendesak ia dinilai secara lebih adil.
“Siapa pihak luar dimaksudkan itu? Bagi yang memahami politik kampus, lazimnya pihak luar itu ditujukan kepada pembangkang. Bagaimana jika pihak luar itu turut membabitkan orang kerajaan?”, soalnya menerusi kolum beliau dalam sebuah akhbar arus perdana, 23 September 2006.
Kita percaya Saifuddin sendiri sedia maklum betapa Umno jauh lebih ke depan dalam mempengaruhi politik kampus berbanding pembangkang. Justeru, di mana adilnya jika kecenderungan politik di kalangan warga kampus dibataskan hanya untuk kepentingan BN-Umno.
Tidak syak lagi pemikiran terbuka sebegitu tidak dikongsi rakannya dalam Umno. Justeru, ada baiknya beliau memperturunkan sedikit pemikiran sebegitu kepada yang lain, terutamanya Shabery.

Bela Melayu Pulau Pinang dalam kerangka kerajaan

PULAU PINANG, 15 Ogos: Orang Melayu Pulau Pinang mesti dibela dalam kerangka kerajaan bukan kerangka pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Jelasnya, menjadi lebih mudah seandainya segala masalah yang selama ini sukar diselesaikan diatasi dengan mengadakan perbincangan dalam Majlis Pakatan Rakyat atau terus ke pejabat Ketua Menteri.
"Orang Melayu kena dibela di Pulau Pinang jangan biarkan mereka hilang pedoman yang akhirnya kucar kacir dan tidak menentu. PAS pula ada kemampuan sekarang memandangkan kita berada dalam kerajaan walaupun satu kerusi," tegasnya ketika merasmikan Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS di Kompleks An-Nahdoh, Penanti tengah hari tadi.
Menurutnya, melalui kerangka dalam kerajaan banyak isu yang membabitkan orang Melayu diselamatkan antaranya berjaya memberhentikan sementara projek untuk memberikan ruang perbincangan antara penduduk dan pemaju.
“Satu lagi kejayaan ialah dapat menyatukan dua pihak yang selama ini tidak pernah duduk semeja semata-mata kerana latar belakang politik.
“Ketiga ialah pertemuan dengan Ketua Menteri dan beliau sebagai ketua kerajaan setuju untuk menyelesaikan masalah yang membabitkan perkampungan Melayu atau meletakan dasar pembangunan yang menguntungkan orang Melayu sendiri," jelasnya.
Katanya, antara kejayaan sepanjang berada dalam Pakatan Rakyat ialah orang Melayu memperolehi tanah perkuburan di Jelutong apabila dua seksyen dikemukakan.
"Jangan melayan suara sumbang yang boleh merencatkan pergerakan kita untuk menang tetapi bersama membantu meningkatkan kefahaman bahawa sebuah kerajaan memerlukan berbagai pendekatan, bukan cara lama yang boleh merosakan parti," tambahnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
Program yang dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub itu juga menyarankan agar merapatkan hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat supaya lebih menyerlah pada pilihanraya umum ke 13 kelak.
PAS, kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, mesti memainkan peranan lebih agresif kerana Umno bukan lagi dahan untuk orang Melayu bertaut.
"Bagi merealisasikan keadaan itu, PAS kena ke hadapan kerana tanpa penglibatan PAS sukar untuk kita mengharapkan kemenangan," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri.

DAP, PKR says will not hire cyber troopers to fight Umno, MCA

Malaysia Chronicle

Pakatan Rakyat will not retaliate against recent moves by Umno and MCA to heat the propaganda war on the Intenet by hiring their own cyber-troopers, citing a lack of resources – both time and financial.

“We have no resources compared to Umno and we can only depend on the cyber citizens who love freedom, truth and justice to fight the battle with us,” DAP secretary-general Lim Guan Eng told Malaysia Chronicle.

Last week, both Umno and MCA announced plans to widen their attack on the Pakatan Rakyat in cyber space. While in control of the mainstream, both parties have lagged behind in the opinion war waged on the Internet.

According to a recent poll, some 60 percent of Malaysians do not trust what they read in the Umno and BN-controlled mainstream media. One in five Malaysians or 20 percent have access to online news portals, where there is much greater freedom to criticize the government.

“Umno is depicted as a party that is only fit to be stepped on I am saddened by this situation. We are not asking much... just to be recognised for what the party has done all this while, the good it has done for the people,” Bernama reported Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor as saying.

Soi Lek plumbs for anonymous cyber-troopers

Meanwhile, MCA president Chua Soi lek has been reported as saying he plans to hire 78 anonymous cyber-troopers from the Johor division to attack Pakatan.

His plan does not come as a surprise given that the MCA has traditionally relied on its newspapers such as the Star and Nanyang to promote its views. Both publications have drawn public fire for attempts to cover up and gloss over bad news arising from the BN.

“We won’t waste time with cowardly anonymous cyber-troopers who dare not reveal their own identity," PKR chief strategist Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"In fact we are surprised by MCA, dosen’t it have the confidence to criticize us in the open. It should survey the Chinese community who will tell them it is better to spend time on educating Umno rather than attacking PKR and Pakatan,”

Mata wang syariah: Pusat jadikan isu politik, bukannya Kelantan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Sambil menggariskan lima kewajaran, kerajaan negeri Kelantan melihat pusat sengaja mempolitikkan isu pengunaan mata wang syariah dinar dan dirham walaupun ia ternyata memanfaatkan rakyat khususnya mereka yang menggunakannya.
“Saya tidak melihat sebab lain kecuali mereka (kerajaan pusat) mempolitikkan perkara ini (penggunaan mata wang syariah),” kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa ketika dihubungi hari ini.
Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan menafikkan kerajaan negeri menjadikan keputusan penggunaan mata wang syariah, yang dilancarkan Jumaat lalu, sebagai langkah politik meraih simpati rakyat.
Salah satu kewajaran yang diketengahkan Husam ialah nilai dinar emas telah meningkat hampir sekali ganda berbanding empat tahun lalu.
“Pada tahun 2006, semasa kita melancarkan dinar ia bernilai RM322 dan sekarang nilainya RM582 bagi satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm.
“Jika mereka yang memilikinya mendapat manfaat berbanding mata wang konvensional yang turun nilai mata wang, apakah ia menjadi isu jika memanfaatkan rakyat, mereka yang menggunakannya” kata Husam.
“Jadi kita kena lihat sama ada memanfaatkan rakyat atau tidak,” katanya.
Semalam, Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat.
Mustapa juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.
“Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan),” kata Mustapa.
Jumaat lalu, Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.
Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Mustapa berkata apa yang dilakukan Kelantan itu sebenarnya hanyalah bertujuan politik semata-mata dan untuk meraih simpati rakyat yang akhirnya akan menyalahkan kerajaan pusat kerana menolak penggunaan dinar dan dirham itu.
“Ini tindakan politik dan untuk mendapatkan sokongan politik yang kononnya nanti kerajaan Pusat tidak Islamik dan ini jelas untuk mengasak kerajaan Pusat dan perkara ini amatlah mendukacitakan kami,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Ibrahim Ali raps Nazir Razak for talking ‘nonsense’ over NEP

Ibrahim: If he does not understand why certain group are given AP then he should ask.
KUALA LUMPUR, Aug 15 — Datuk Ibrahim Ali has criticised Datuk Seri Nazir Razak for talking "nonsense" about the New Economic Policy (NEP) — a day after the top banker called for all Malaysians to jointly grow the economic pie. Nazir, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s younger brother, told the MCA Chinese Economic Congress of how NEP-type affirmative action policies had been abused by Malay and Bumiputera businesses.
The CIMB group managing director also spoke about how he felt the Approved Permits (APs) system for cars should be done away with.
“I think Nazir is talking nonsense. If he does not understand why certain group are given AP then he should ask. APs have been given during the era of Tun Abdul Razak and Tun Dr Mahathir.
"This is because the Malays could not break into the automotive industry. That is why we can see Naza is very successful today,” the Perkasa chief told reporters today.
Ibrahim advised Nazir to consult before making any further statements regarding the NEP.
“I would like to advise Nazir that even he is banker, he is still new and consider how he was able to get that position. We must consult when it comes to economic matters especially from the former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He has been the prime minister for 22 years. When our ringgit was attacked in 1997, we did not surrender to the pressure from IMF and World Bank but our economy has recovered,” he said.
The Pasir Mas MP stressed that the APs is important to ensure that Malay community has a stake in the automotive industry.
“I believe Datuk Nazir does not understand the goal of why APs are given to the Bumiputeras. It is to help the Bumiputeras in the automotive industry which is controlled by the non-Malays so with the AP system, it can help the Malays to be successful. From their success, they can invest into other fields,” he said.
However Ibrahim admitted that NEP has failed in terms of implementation but stressed that it must be continued.
“What does he mean by bastardised? If NEP has failed then that is a question of implementation but in terms of goals and ways to achieve the 30 per cent equity by maintaining affirmative action, that must be continued,” he added.
He said that NEP and APs are important for the community to have a continued source of wealth.
“So this special treatment must be maintained in regards to Malay special rights as stated in article 153 of the constitution. We must remember that the Malays are limited in terms of money spinning,” he said.
“For example, we as Malays and Muslims cannot deal with things which are forbidden in Islam. If we see gambling, liquor sales, and entertainment outlets are controlled by the non-Malays and receive billions in one month. We see how the money spin flows but we as Malay and Muslims do not be involved. Where is there money spinning to help the Malay community?” he said.