Sabtu, 14 Ogos 2010

Seorang Pemimpin UMNO Belasah Wang Felda RM2 juta Setahun


PKR dakwa pendapatan Pengerusi Felda RM2 juta, cabar Yusof nafi

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah hari ini mencabar Tan Sri Mohd Yusof Nor agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.

Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.

Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.

Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.

“Saya nak tanya kepada beliau (Yusof) berapa jumlah ganjaran yang diperoleh sebagai Pengerusi Felda yang turut mengawal anak-anak syarikat Felda?

“Betul atau tidak pendapatan beliau termasuk gaji dan elaun mencecah sehingga RM2 juta setahun?” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Beliau berkata dakwaan Yusof menerima ganjaran sebanyak RM2 juta hanya khabar angin tetapi ia penting untuk diketahui umum terutamanya peneroka.

“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau (Yusof).

“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.

“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun.

“Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata beliau.

Felda diasaskan pada 1956 untuk membantu orang miskin kepada sebuah kawasan membangun.

Ia telah berkembang dan menjadi pembekal perladangan terbesar di dunia, dengan 811,140 hektar ladang kelapa sawit, terutama di Malaysia, dengan beberapa operasi di Indonesia. -TMI

Umno Semakin Bimbang Hilang Kuasa

IMG00200-20100812-1918 Oleh Zainal Abidin Nor
KUALA LUMPUR: Kebimbangan Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu bahawa orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik mereka pada masa depan jika terus berpecah belah, tidak berasas.
Ahli Parlimen PAS-Jerai Firdaus Jaafar berkata, isu perpaduan Melayu yang beragama Islam sering diulang-ulang dan ini mendedahkan bahawa mereka (Umno) yang sebenarnya bimbang hilang kuasa.
"Umno sebenarnya bimbang mereka akan kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum nanti," kata beliau ketika di wawancara Free Malaysia Today hari ini.
Menurutnya, Umno nampak pengaruh PAS semakin meluas sekarang ini, bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu beragama Islam tetapi juga di kalangan orang-orang bukan Islam dari berbilang kaum di negara ini.
Firdaus berkata, "isu ini juga dimainkan supaya mereka dapat memecahkan perpaduan dan kerjasama erat di antara DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang semakin mencabar kuasa politik mereka.
"PAS boleh menggantikan Umno dalam memperjuang dan melindungi hak-hak orang Melayu jika Umno terkubur nanti sepertimana kita buktikan di Kedah dan Kelantan," ujar beliau.
Sebaliknya beliau membidas langkah Umno menyerahkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kepada bukan Melayu ketika mereka memenangi 12 kerusi negeri Dewan Undangan Negeri negeri itu.
"Walaupun Umno memenangi lebih kerusi (12 kerusi), jumlah kerusi terbanyak berbanding Gerakan dan MCA, pada pilihan raya umum 2004, tetapi yang memerintah negeri itu ialah Gerakan bukan Umno," jelasnya.
Umno main sentimen takutkan orang Melayu
"Jadi memainkan sentimen bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan orang- orang Melayu.
Firdaus, memberitahu berbanding keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, sebenarnya kerusi Parlimen orang Melayu telah meningkat dari 124 kepada 130 orang.
"Ini menunjukkan wakil rakyat Melayu di Parlimen bertambah apabila Umno banyak kehilangan kerusi Parlimen dan dakwaan kuasa orang-orang Melayu semakin terhakis atau akan hilang kuasa adalah karut semata-mata," ujar beliau.
Mengenai negeri Kedah, beliau berkata negeri itu sungguh bertuah kerana mempunyai kepimpinan yang baik dan bersih dengan mendapat sokongan dari parti DAP dan PKR.
"(Menteri Besar) Ustaz Azizan (Abdul Razak) mendapat kerjasama yang baik dari berbagai pihak hingga dapat menjimatkan perbelanjaan negeri dan menghindar dari gejala rasuah.
"Inilah yang dibimbangi oleh Umno di sana kerana rakyat menyokong penuh usaha-usaha kerajaan negeri dan pucuk pimpinan negeri banyak melakukan ibadah, seperti solat dan berdoa meminta perlindungan daripada Allah SWT," tambah beliau.

Peguam: Felda tidak boleh saman Suara Keadilan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda tidak boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.

"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengulas bahawa Felda akan memfailkan saman terhadap lidah rasmi PKR itu pada "bila-bila masa".

Turut hadir pada sidang media itu adalah naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, pengerusi biro Felda PKR Suhaimi Said dan bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Tan Kee Kwong di ibu pejabat parti itu petang ini.

Mengulas lanjut, Surendren mendakwa selain badan berkanun, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga tidak dibenarkan menyaman rakyat.

"Jika perkara itu dibenarkan, maka hak rakyat untuk mengeluarkan kritikan terhadap kerajaan, institusi kerajaan dan badan berkanun, akan tergugat," katanya.

Menjawab soalan, Surendren berkata, pihaknya belum menerima writ saman daripada Felda sebaliknya hanya menerima notis tuntutan saman daripada agensi kerajaan itu pada 1 Julai lalu.

Mengulas dari sudut moral, Surendren berkata Felda ditubuhkan dengan menawarkan skim-skim tertentu bagi membantu peneroka, bukannnya "dipergunakan oleh segelintir orang untuk menghentam parti politik pembangkang".

"Itu bukan tujuan (penubuhan) Felda. Tujuan Felda adalah untuk membantu orang (peneroka) di luar bandar dengan skim-skim perladangan.

"Bagaimana sebuah badan berkanun, yang ditubuhkan untuk tujuan itu, menggunakan wang dan sebagainya untuk menyerang individu tertentu dan parti-parti politik. Langsung tidak masuk akal," katanya

Dalam sidang media yang sama, Suhaimi mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemberian duit raya sebanyak RM350 dan RM150 masing-masing kepada peneroka bersama dan tidak bersama agensi itu adalah "satu perkara lama yang telah diamalkan oleh BN".

Beliau mendakwa duit yang diberikan itu adalah asalnya duit yang dikumpulkan oleh peneroka dan ia dikembalikan kepada mereka semula.
Pengerusi Felda dapat RM2 juta setahun?

"Seolah-olah peneroka tidak tahu, bahawa duit itu adalah duit mereka sendiri," katanya.
Pada sidang media yang sama, Sivarasa melontar persoalan kepada pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor (kiri, tengah) sama ada benar atau tidak jumlah gaji dan elaun yang diterimanya adalah sebanyak hampir RM2 juta setahun.

"
Adakah benar atau tidak bahawa jumlah gaji, elaun, dan apa-apa bayaran yang Tan Sri Yusof dapat daripada Felda dan daripada anak-anak syarikat Felda, jumlah ini adalah hampir RM2 juta setahun. Sila beritahulah (kepada rakyat), betul atau tidak," katanya.

Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang berkata rakyat dan peneroka Felda menunggu jawapan yang akan diberikan Yusof susulan soalan yang dilontarkannya.
“Saya cuma nak tahu ya atau tidak, itu sahaja. Jadi saya menantikan jawapan daripada beliau.
“Ini kerana sebagai Pengerusi Felda yang mengawal anak-anak syarikat sudah tentu pendapatannya tinggi.
“Itu yang saya mahu tahu apakah ganjaran sebenarnya yang diperoleh beliau setiap tahun. Adakah ia ada mencecah RM2 juta,” kata Sivarasa.

PM: Siasat setiap kes buang bayi, tapi bukan semua kes bunuh

Kes buang bayi yang melibatkan kematian akan disiasat sebagai kes pembunuhan di bawah Kanun Keseksaan. — Gambar Reuters
PEKAN, 14 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Kabinet berhubung kes buang bayi di negara ini baru-baru ini, bukanlah bermakna semua kes buang bayi diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan. Beliau berkata pihak polis perlu menyiasat terlebih dahulu setiap kes terbabit sebelum pihak Peguam Negara membuat sebarang ketetapan untuk sabitkan sebagai kes bunuh.
“Keputusan Kabinet ia tidak semestinya setiap kes buang bayi ini adalah kes pembunuhan. “Kita tetapkan bahawa pihak polis siasat dan polis gunakan teknik moden seperti ujian DNA (ujian asid deoksiribonukleik)  untuk kenal pasti mak bapanya.
“Selepas itu tertakluk kepada kes itu, pihak Peguam Negara akan buat ketetapan sama ada ada nak disabitkan kes pembunuhan atau apa-apa lain yang patut kita lakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kabinet berhubung arahan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.
Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.
Keputusan itu bagaimanapun mendapat reaksi yang pelbagai daripada semua pihak berhubung hukuman mati yang dikenakan ke atas pesalah terbabit.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan hukuman mati ke atas pihak yang terbabit kerana melihat kes pembuangan bayi kini semakin serius.
Bagaimanapun Najib berkata dalam menyelesaikan isu berkenaan secara menyeluruh, ia perlulah berpaksi kepada pendidikan agama.
“Namun hendak selesai secara tuntas, maka ia mesti berpusat kepada pendidikan supaya golongan remaja faham akan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka lakukan,” katanya.
 Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Najib berkata umat Islam di negara ini perlu bersyukur kerana dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.
“Kita umat Islam di Malaysia begitu bertuah, antara faktor yang boleh kita lihat ialah kita dapat mengawal keadaan, keselamatan dan amal ibadat yang kita lakukan ini tiada batasnya, cuma batas kemampuan diri kita sahaja.
“Tempat ibadat pun banyak dan selesa yang disediakan kerajaan,” katanya. — Bernama

PM minta Cina yakin beliau jaga kepentingan semua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini membuat rayuan kepada komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.

Berucap pada kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.

Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan pada ucaptaamanya itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.

“Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.

“Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda.”

Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata mereka boleh memainkan peranan itu melalui inovasi ekonomi yang diwujudkan hasil daripada gandingan tulen dengan masyarakat lain.

"Mela
lui gandingan tulen ini, kita boleh mencapai matlamat untuk mengagihkan kekayaan negara secara adil. Kita perlu berbuat demikian sekiranya kita ingin mencapai potensi kita dan memelihara kemajuan serta kemakmuran yang telah kita nikmati selama ini," katanya.
Lebih banyak peluang
Kongres yang bertemakan "Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu turut dihadiri oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Najib berkata kerajaan sedang berusaha untuk membuka lebih banyak peluang kepada semua rakyat Malaysia dalam segenap bidang.

Beliau juga meminta sektor awam dan swasta berganding bahu dan memanfaatkan bakat yang dimiliki oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini ke arah mencapai matlamat nasional.

Semua pihak, termasuk kerajaan, perlu menggalakkan pembentukan gandingan tulen antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera untuk memastikan negara ini terus maju.

"Kita perlu lakukan perkara ini kerana kita mengakui bahawa kepelbagaian menjadi teras kekuatan dan sumber kreativiti serta inovasi yang diperlukan untuk membangunkan ekonomi kita," katanya.

Sem
entara itu, Bernama melaporkan Chua pada ucapannya berkata beliau berharap kongres itu akan menggubal resolusi tentang bagaimana mereka boleh menggerakkan masyarakat Cina dan Melayu mewujudkan gandingan tulen.

Bercakap pada sidang akhbar kemudiannya, Chua berkata untuk mencapai Wawasan 2020, semua kaum di negara ini perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi untuk membolehkannya bersaing di peringkat antarabangsa.
Ali Baba

"Kami ingin berlaku adil kepada bumiputera dan gandingan tulen merupakan suatu keperluan. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, kita tidak mahu konsep 'Ali Baba', di mana seperti yang kita tahu, contohnya, banyak kontraktor Kelas F tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dan yang sudah kukuh.

"Kami tidak mahu wujud suatu keadaan di mana hanya satu masyarakat yang berjaya. Kami mahu peluang yang serupa diberi kepada bumiputera dan sebab itulah kami cadangkan penubuhan gandingan tulen," katanya.

Beliau berkata untuk mencapai status negara maju, pengagihan kek ekonomi secara adil dan tindakan afirmatif, perlu dilaksanakan.

"Setiap orang perlu mendapat manfaat daripada pembangunan negara dan tiada siapa patut dipinggirkan," katanya.

Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan

Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden SP Setia: ‘Adakah Cina dilayan dengan buruk?’



KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pemaju hartanah utama Tan Sri Liew Kee Sin mempersoalkan kewajaran rungutan masyarakat Cina bahawa mereka tidak dilayan adil oleh kerajaan, sambil menekankan kaum itu telah menikmati kedudukan baik di sebalik persekitaran dasar pro-Bumiputera.
Liew (gambar), yang syarikatnya SP Setia Bhd merupakan pemaju Putrajaya — projek pembangunan terbesar di Malaysia berkata, terdapat lebih banyak firma dikawal kaum Cina berbanding syarikat-syarikat milik Bumiputera di Bursa Malaysia.
“Secara statistik, majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu,” kata beliau Presiden dan Ketua Eksekutif SP Setia ini.
Menurut Forbes, syarikat-syarikat dikuasai Cina mewakili 37 peratus pasaran modal di antara 100 syarikat Malaysia yang disenaraikan, berbanding tujuh peratus kalangan orang Melayu.
Individu kaum Cina juga menguasai 73 peratus kekayaan yang dimiliki 40 orang terkaya di Malaysia dan lapan dari setiap 10 orang kaya adalah Cina.
“Adakah kita dilayan dengan buruk?” kata Liew.
Beliau juga menekankan bahawa usahawan kecil dan sederhana juga merekodkan prestasi yang baik dan pemilik-pemiliknya mampu memiliki banglo berjuta ringgit yang dibina syarikatnya.
“Ada seorang Cina yang mahu membina banglo RM40 juta,” katanya.
“Itu adalah kekayaan. Dari mana kekayaan itu datang? Kekayaan ini datang dalam 30 tahun lalu ketika pelaksanaan DEB (Dasar Ekonomi Baru)
Beliau mengetengahkan hujah ini pada Kongres Ekonomi Cina yang bertemakan “Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 di sini hari ini.
Liew juga berhujah bahawa kehadiran syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam pasaran bermakna perniagaan kaum Cina juga tiada pilihan kecuali menggunakan kepakaran dan dana Melayu jika mahu meningkatkan pulangan mereka dalam jangka panjang.
“Hari ini, kerajaan mempunyai wang menerusi GLC... mereka boleh membeli bangunan anda, mereka boleh membeli pasar raya anda, memiliki pasar raya besar anda, pusat membeli-belah daripada anda. Yang ini akan memberikan sumber pendapatan yang besar,” katanya.
“Kini terpulang kepada kita. Adakah kita hendak menggunakan kepakaran, keupayaan kewangan mereka? Adakah kita hendak menggunakan rangkaian mereka?” soal beliau.
Bagaimanapun Liew menekankan bahawa kerjasama Melayu-Cina memerlukan semangat sedia memberi dan menerima.
Jelas beliau, sebelum meminta mereka memberikan lebih banyak dasar liberal, masyarakat Cina harus membenarkan mereka menyertai sektor yang dikuasai sekarang.
“Jika tidak, kerjasama ini tidak akan wujud. Mereka tidak akan membenarkan kita,” katanya.
Tegas beliau, jika masyarakat Cina mahu mengambil kek yang besar daripada MBE, masyarakat Cina mesti belajar untuk memberi.
“Kita mesti belajar untuk mengambil satu langkah ke belakang. Kita juga harus belajar untuk hidup bersama budaya, pemikiran mereka,” katanya lagi.
Jelas beliau, orang Melayu masih bimbang bahawa rakan niaga Cina akan membunuh perniagaan mereka jika tiada dasar pro-Bumiputera yang melindungi kaum tersebut.

Nazir Razak kata DEB telah 'dipernyataan-haramkan'

Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerima antara bidasan yang paling perit apabila ketua pegawai eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Nazir Abdul Razak mengambarkan dasar itu sebagai sesuatu yang telah 'dipernyataan-haramkan' dan menyimpang daripada tujuan asalnya.

"DEB seolah-olah dilihat seperti dipernyataan-haramkan (bastardisation),” katanya pada sessi soal-jawap selepas menyampaikan cermahnya pada Kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur petang ini.

Katanya, dasar yang bertujuan membasmi kemiskinan itu sebenarnya telah menjadikan hanya sekumpulan kecil masyarakat yang kaya.

"Apa yang saya tidak faham ialah memberikan golongan itu Permit Import (AP).

"Sekiranya anda hanya mahu sekumpulan kecil orang menjadi kaya, sebaik-baiknya berikan sahaja wang kepada mereka,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh kira-kira 500 peserta yang menghadiri majlis anjuran MCA itu.
Nazi
r juga berkata MBE perlu menyandarkan kepada kepelbagaian Malaysia mengikut kaedah yang menyediakan sokogan bagi syarikat Malaysia berkembang ke perigkat serantau.

"Kejayaan yang dicapai oleh CIMB, Axiata, YTL dan AirAsia juga boleh dilaksanakan di Malaysia. Syarikat sedemikian telah menarik bakat rakyat Malaysia walau di mana sahaja mereka berada.

"Kita memerlukan lebih banyak syarikat Malaysia, malah pada tahap enterpris kecil dan sederhana (EKS) untuk merentasi sempadan nasional," kata Nazir, sambil menyatakan bahawa beliau berharap MBE akan mewujudkan satu kerangka bagi merangsang pertumbuhan percambahan syarikat merentasi sempadan nasional Malaysia.

Katanya nilai kepelbagaian sangat difahami di dalam dunia perniagaan.

"Kepelbagaian di dalam portfolio boleh mengurangkan risiko, kepelbagaian di dalam tenaga kerja jualan diterjemahkan kepada liputan pelanggan yang lebih baik dan kepelbagaian di dalam pemikiran meluaskan julat penyelesaian kita," katanya.

Menurutnya kepelbagaian memupuk kreativiti dan kepakaran kebudayaan yang diperlukan untuk membina dan mengembangkan perniagaan serantau.

Buang bayi: Karpal minta suruhanjaya siasatan ditubuhkan

Mengikut Karpal, tindakan membuang bayi kini semakin berleluasa. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengetahui punca kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, di samping mencadangkan langkah-langkah bagi menangani gejala itu, yang dilihat memerlukan tindakan segera. Katanya tindakan membuang bayi yang semakin berleluasa sehingga menyebabkan kematian kepada bayi itu secara kejam, dan ia menuntut kepada hukuman yang lebih berat buat pesalah.
Bagaimanapun beliau berkata apa yang perlu dilakukan adalah mengadakan satu kajian mendalam bagi melihat sebab-sebab yang menjurus kepada senario yang membimbangkan itu.
Karpal berkata oleh itu apa yang perlu diberi perhatian dengan teliti bukanlah gejala itu sendiri secara kasarnya, tapi punca mengapa kejadian itu berlaku, sebelum memutuskan untuk mengenakan hukuman mati kepada pesalah.
“Penyelesaian masalah ini terletak pada pembanterasan punca tersebut. Namun tugas untuk mencapai matlamat ini adalah sukar, dan kerajaan demi kepentingan awam, tidak boleh mengabaikannya.
“Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah jawapannya,” kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini. — Bernama

'Rumah tak selamat': 300 bermalam di khemah

Lebih 300 penghuni rumah pangsa Taman Permata Dengkil akan bermalam di khemah di luar kawasan perumahan mereka, malam ini.

Tindakan itu sempena bantahan 24 jam yang bermula jam 5 petang tadi kerana menuntut tempat tinggal yang lebih selamat.

Majlis 'Mari Berkhemah' yang diterajui Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) itu diadakan bagi membela nasib kira-kira 500 keluarga yang didakwa dipindahkan ke situ secara tergesa-gesa apabila Putrajaya dan Cyberjaya dibangunkan untuk dijadikan pusat pentadbiran baru negara pada 1998.

Malangnya, penduduk mendakwa rumah pangsa yang mereka duduki sekarang ini mengalami retakan struktur yang teruk dan berlakunya hakisan bawah tanah.

Sehubungan dengan bantahan itu, beberapa kanopi besar kira-kira 700 meter daripada kawasan perumahan mereka didirikan bagi mereka berteduh malam ini.
Kehadiran polis
Penyelaras JERIT E Nalini ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata setakat jam 6.45 petang seramai kira-kira 80 orang penduduk sudah berkumpul dalam empat kanopi yang dipasang di tepi jalan raya berhampiran jalan masuk ke rumah pangsa berkenaan.

"Mere
ka akan bermalam di khemah ini sehingga esok," katanya yang turut berada di khemah itu.

Nalini yang juga penyelaras Suaram berkata, kira-kira jam 4 petang tadi seramai 20 hingga 30 anggota polis berada berdekatan bagi memantau keadaan.

Menurutnya, dua pegawai polis dari balai polis Dengkil mengarahkan pengajur dan orang ramai supaya bersurai kerana didakwa "berhimpun secara haram dan tidak mempunyai permit".

Bagaimanapun, Nalini berkata mereka tidak berganjak dengan alasan bahawa rumah mereka itu tidak selamat untuk didiami dan mereka menuntut rumah yang baru dan selamat.

Nal
ini berkata menjelang lewat petang, jumlah anggota polis berkurangan menjadi lima orang. Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan majlis berjalan dengan lancar.

Menurutnya, beberapa program telah diatur sempena 'perkhemahan' itu dengan penduduk membuat beberapa buah kain rentang menuntut agar mereka diberikan rumah teres..

"Kain rentang akan digantung sekitar Dengkil malam ini. Bahkan ada kain rentang yang sudah dinaikkan," katanya.
Serah memorandum

Selain itu katanya, mereka juga akan mengutip tandatangan - di atas sebuh kain rentang - daripada orang ramai bagi menyatakan sokongan kepada penduduk.

Menurutnya lagi beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan hadir pada malam ini termasuk Presiden PSM Dr Nasir Hashim dan ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Devaraj.

"Acara kemuncak adalah penduduk flat tersebut akan menyerahkan memorandum menuntut perumahan yang selamat dan campurtangan kerajaan negeri kepada wakil Menteri Besar Selangor," katanya.

M
enurutnya, acara itu akan berlangsung selepas wakil menteri besar dan beberapa wakil rakyat mengunjungi rumah pangsa itu pada jam 10 pagi esok.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang turut hadir berkata penduduk rumah pangsa itu sebenarnya berasal dari empat ladang yang terletak di Putrajaya - Ladang Perang Besar, Ladang Galloway, Ladang Sedgely dan Ladang Medingly.

Katanya, penduduk berasa diri mereka tertipu kerana setelah melakukan pengorbanan dengan membiarkan rumah kediaman mereka dibangunkan namun diberikan tempat berteduh yang tidak selamat.

"Sebab itu mereka membuat protes dengan berkhemah di sini. Sebelum ini, masalah mereka tidak didengari oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Berkhemah ini merupakan simbolik kepada nasib mereka," katanya.

Dakwanya lagi, penduduk yang dipindahkan itu juga dijanjikan bahawa rumah pangsa yang diduduki itu adalah hanya buat sementara waktu.

Kenapa Adik Najib Senada Dengan Anwar?

KATA adik Najib Razak, Nazir Razak, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibangga-banggakan oleh Umno dan sering dirujuk sebagai ikon kehebatan dan kejayaan kerajaan BN, hanya mengkayakan segelintir golongan tertentu saja. Dasar itu juga sudah dikenyataan-haramkan. Kata-kata Nazir itu sama dengan apa yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Sudah lama Ketua Pembangkang mengenal pasti bahawa DEB tidak relevan lagi sebagai plan pembangunan sosio bangsa dan negara kerana ia memberi kekayaan kepada segelintir manusia saja. Justeru menurut persepsi Anwar setelah berada di luar kerajaan dasar (pelaksanaan) itu juga dasar yang tidak adil dan berunsur perkauman.

Anwar memperakui matlamat DEB baik, tetapi pelaksanaannya tidak memuaskan disebabkan budaya korupsi dalam perlaksanaannya. Tidak ada guna satu sen pun sesuatu dasar yang baik pada nama dan menguntungkan segelintir orang tetapi bukan rakyat umumnya. Kata Anwar juga berlaku banyak ketirisan dalam DEB.

Kata Anwar disebabkan itu wajar DEB dibaiki atau dihapuskan terus. Kerana itu Anwar mencadangkan kalau Pakatan Rakyat memerintah satu plan ekonomi dan sosial baru akan diperkenalkan bagi menggantikan DEB yang lebih adil dan telus yang berintipati kepada semangat Malaysia Baru.

Bagaimana pun cadangan Anwar itu mudah dipandang hina dan telah dipolitikkan oleh para badut politik. Ia dikelirukan dalam usaha untuk menghantukan wajah Anwar sebagai pengkhianat negara. Anwar dikritik sebagai tidak bersemangat Melayu dan liberal melampau kepada bukan Melayu. Itu saja dan ia satu alasan mudah oleh musuhnya. Tetapi hari ini bila Nazir 'mengkritik' DEB hampir senada dengan Anwar apakah ia menunjukkan adik PM itu juga benci kepada DEB?

Nazir meluahkan pandangan itu dihadapan orang Cina sewaktu berceramah di Konvensyen Ekonomi Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini. Sekali dengar kenyataan Nazir itu kontras dengan pegangan parti abangnya, Najib Razak. Tetapi harus difahami di mana dan dalam keadaan apa Nazir mengucapkan demikian. Jangan mudah percaya dan terpedaya dengan ungkapan Nazir itu.

Elok kalau semua orang meneliti sebaik mungkin dan mengkaji apakah motif kenyataan Nazir itu. Apakah ianya ikhlas atau pun sebagai gula-gula untuk dilihat dan dijilat oleh orang Cina saja? Bagi saya Nazir tidak akan bercakap sesuatu yang bercanggah dengan pegangan parti abangnya. Justeru pada saya kenyataan Nazir itu penuh dengan politik dan mempunyai makna yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Saya yakin kalau di hadapan orang Melayu Nazir tidak akan berkata demikian. Nadanya akan berubah, dia tidak akan batuk mungkin hanya berdaham macam arwah bapanya saja.

Saya cabar Nazir untuk mengulangi pandangan itu dalam forum anjuran Melayu ataupun dihadiri oleh orang Melayu. Dalam masa sama saya ingin melihat apa komen sebuah pertubuhan yang bersemangat Melayu yang cuba menunjukkan diri sebagai juara bual ketika ini dalam menerima pandangan Nazir itu. Apakah ketuanya akan bersikap mengherdik Nazir seperti mana dia mengherdik Anwar? Kalau dia diam membisu maka sah dia sudah tertelan air liur Nazir.

Nazir adalah penasihat ekonomi peribadi kepada Najib dan juga pemilik kumpulan bank CIMB. Nazir adalah pegawai eksekutifnya. Peranan dan kedudukan Nazir dalam mewarnai dan menghala tujukan ekonomi Malaysia hari ini sangat penting. Kalau di zaman Mahathir Mohamad beliau memiliki orang bernama Daim Zainuddin, di zaman Abdullah Ahmad Badawi memiliki orang bernama Kamarudin Abdullah, atau Khairy Jamlauddin, di zaman Najib, Nazir adalah watak-watak baru Daim Zainuddin, Kamarudin atau pun Khairy.

Tegasnya bagi hemah saya Nazir berkata demikian tidak lebih daripada untuk mengambil hati orang Cina bahawa perlaksanaan DEB seperti mana dipersoalkan Anwar perlu dipinda segera bagi mengelakkan abangnya berhadapan dengan masalah. Itu saja. Pada saya kenyataan dan bidasan Nazir kepada DEB itu satu lagi babak sandiwara ciptaan Melayu. Nazir tidak akan menolak DEB walaupun ia cacat kerana kecacatan (penyelewengan dalam perlaksanaannya) DEB itulah yang meletakkan dia dipunca kolongmaret bank hari ini.
MSO.

Kesian Rakyat Terengganu.,Dirompak UMNO/BN

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/kanopidibawahknopi1.JPG
















Ramai dikalangan warga Jertih, Besut Terengganu  dan daerah  lain yang berkunjung ke Bandar Jertih disini, terkejut dengan ‘gelagat’ terbaru agensi kerajaan negeri Terengganu yang diterajui Umno dan Barisan Nasional.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang baru berakhir 9 Ogos lalu telah meluluskan bajet tambahan sebanyak RM220 juta.

Peruntukan tambahan tersebut menjadikan Terengganu sebuah negeri mempunyai bajet paling tinggi sebanyak hampir RM2.2 bilion.

Wakil-wakil rakyat daripada PAS telah mengambil bahagian dan berucap apabila usul tambahan bajet dibentangkan.

Tetapi malangnya, masa yang dipertuntukkan untuk membahaskan jumlah kewangan yang begitu besar sangat terhad, malah disekat walaupun peruntukan mengikut peraturan dewan dibacakan.

ADUN PAS juga memberi peringatan, bajet tambahan tanpa perancangan teliti dan kepentingannya untuk rakyat, bakal melihat corak perbelanjaan yang berlebih-lebihan, tidak terancang dan yang tidak sepatutnya berlaku.

Sejak hari pertama Sidang, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Rhu Rendang) telah memberi amaran, ada sesuatu yang tak kena dengan peruntukan tambahan yang besar itu dan menggesa pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan.

Antara yang agak pelik, sebagaimana ditimbulkan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, kerajaan Umno/BN Terengganu mendakwa kemiskininan telah berkurang, tetapi peruntukan untuk bantuan kepada golongan tersebut meningkat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/kanopidibawahknopi2.JPGBelum sampai seminggu Sidang DUN tamat, rakyat di kawasan Jerteh dan daerah Besut dapat melihat sesuatu yang tidak kena, betapa pengurusan agensi kerajaan membuat keputusan yang pelik dan melucukan.

Kanopi besar yang terletak ditengah-tengah Bandar Jerteh difahamkan dipanggil sebagai Medan Selera Jerteh.

Menurut sumber Buletin, perancangan awal kanopi besar yang bernilai RM3 juta itu akan dijadikan sebagai kawasan ‘parkir’ pada siang hari dan berfungsi sebagai gerai makan pada sebelah malamnya.

Sebaliknya sejak minggu lalu apabila bulan Ramadhan menjelang tiba, Medan Selera itu bertukar fungsi dan kelihatan agak lucu, apabila dibawah kanopi besar itu disusun pula kanopi-kanopi kecil.

Medan Selera yang dirasmikan oleh Menteri Besar dato’ Ahmad Said 3 Ogos lalu kini umpama khemah pertunjukkan sarkas.

Untuk apa? Sekiranya untuk melindungi dari panas dan hujan, sepatutnya kanopi besar yang kukuh dan canggih bernilai RM3 juta itu sudah memadai.

Dilaporkan, sebanyak 20 buah kanopi yang dipasang untuk dijadikan Bazar Ramadhan akan disewakan dengan kos RM100 sehari untuk sebuah kanopi.

Bermakna pihak penganjur atau kontraktor yang menyediakan kanopi akan mendapat hasil sewa kanopi kecil dibawah kanopi besar sebanyak RM60,000 sebulan.

Ish…ish…ish…senangnya kroni mendapat laba……………

INILAH KERJA PENYAMUN UMNO/BARISAN NASIONAL LAKNATULLAH..ORANG TEGANU NI BODOH MASIH PANGKAH UMNO/BARISAN NASIONAL TAK SEDAR DIRI/NEGERI DIROMPAK



Allah SWT Berfirman :
وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (QS Al Israak : 16)

WAllahua'alam ....

Najib: Hanya BNM keluarkan wang sah..ha.ha..kata orang otak kontot...!!!

Najib berkata beliau akan menyerahkan isu wang dinar kepada Bank Negara. — gambar fail
PEKAN, 14 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata hanya Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. Mengulas mengenai pelancaran mata wang dinar dan dirham Kelantan, Perdana Menteri berkata BNM akan melihat perkara berkenaan dari segi percanggahan undang-undang.
“Ikut undang-undang negara kita, cuma Bank Negara sahaja boleh keluarkan wang yang boleh diiktiraf, yang sah dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Pekan, di sini, hari ini.
Dua hari lepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata mata wang itu boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran sebagai transaksi perniagaan.
Malah, beliau menyifatkan penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan yang disediakan oleh BNM.
Diminta mengulas lanjut, Najib berkata: “Kita kena lihat sama ada ini bercanggah dengan undang-undang negara atau tidak, saya serah pada Bank Negara untuk mengkaji perkara ini.
“Kita biar Bank Negara buat kenyataan,” kata Najib.
Mengikut laporan akhbar hari ini, BNM menegaskan hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini.
Kenyataan itu menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.
Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia. — Bernama

Saman Felda: Peneroka diminta RM50 bukan RM500...Yusuf Nor nak kencing lagi..!!!

Pengerusi Felda, Tan Sri Yusuf Nor diingatkan supaya tidak sebarangan memfitnah dan mengeluarkan kenyataan palsu berhubung tindakan lebih 700 peneroka Felda di Negeri Sembilan yang menfailkan saman RM200 juta ke atas agensi kerajaan itu.

r sivarasa pkr"Beliau (Yusuf Nor) patut berhati-hati mengeluarkan kenyataan palsu macam ini.

"Kenyataan supaya membayar RM500 adalah satu fitnah dan satu kenyataan palsu," kata peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili kumpulan peneroka itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Sivarasa yang juga adalah naib presiden PKR, 766 peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan itu hanya diminta menyumbang bayaran RM50 seorang bagi memulakan saman tersebut sehingga kes dibawa ke mahkamah tinggi.

NONEKatanya, dakwaan Yusuf (kiri, tengah) bahawa peneroka diminta yuran RM500 seorang itu sebagai berniat jahat dan jumlah RM500 itu adalah jumlah yang tidak munasabah.

Sehubungan itu, Sivarasa menasihatkan Yusof supaya tidak mempolitikkan kes ini dan mengaitkannya dengan pembangkang.

Pada 9 Ogos lalu, kumpulan peneroka berkenaan memfailkan saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban kerana mendakwa Felda terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual-beli hasil kelapa sawit.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan semua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Yur sivarasa pkrsof pula pada sidang medianya dua hari lalu mendakwa tindakan sama itu didalangi kumpulan tertentu "supaya peneroka mendengar cakap mereka".

Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa peneroka dikenakan bayaran tidak kurang RM500 bagi proses memfailkan saman itu.

"Saya minta peneroka berhati-hati apabila seseorang mengambil inisiatif untuk menyaman Felda dan meminta bayaran. Saya difahamkan bayaran itu tidak boleh dipulangkan.

"Saya menyeru kepada peneroka supaya jangan terpengaruh dengan perbuatan sedemikian, kerana mereka akan menjadi mangsa. RM500, bagi peneroka bukanlah (jumlah) yang kecil," katanya

FeldaMengulas lanjut perkara itu, hari ini, Sivarasa berkata mengenai isu penipuan dan pecah amanah dalam jual-beli hasil kelapa sawit itu pernah dibangkitkannya sewaktu kempen pilihan raya kecil parlimen Huli Selangor sebelum timbulnya dakwaan Felda bankrap.

"Di Hulu Selangor saya bangkitkan apakah hak mereka (peneroka) mengikut kontrak dengan felda. Ia bermula lebih awal lagi," katanya bagi menjawab dakwaan peneroka dipengaruhi oleh kumpulan yang tertentu.

Isu kamera: MB Selangor nafi rombak kakitangan pejabat

Khalid berkata pejabatnya belum membuat sebarang keputusan untuk membuat rombakan. — gambar fail
SHAH ALAM, 14 Ogos — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan ura-ura bahawa akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan lama di pejabat beliau dalam usaha memastikan kejadian penemuan sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya tidak berulang. Beliau berkata sehingga kini, pihaknya belum ada perancangan ke arah itu tetapi sebaliknya sedang menjalankan kajian untuk mengetahui bila perkara itu berlaku sehingga kakitangan di pejabat Menteri Besar tidak mengetahui tentang kejadian itu.
“Sekiranya kita dapati perkara ini dilakukan oleh mereka dalam pejabat Menteri Besar sudah tentulah tindakan yang sesuai akan diambil. Buat masa ini kita tidak tahu lagi dan kita tidak ada sebarang keputusan untuk mengatakan mengenai perkara ini (rombakan),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Dialog Bantuan Peruntukan Pembangunan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Selangor di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas ura-ura akan berlaku rombakan membabitkan kakitangan di pejabat Menteri Besar yang bertugas sejak pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini bagi mengelakkan timbulnya isu konflik kesetiaan.
Ini berikutan penemuan sebuah alat rakaman video pada Rabu lepas yang disembunyikan di belakang langsir bilik pejabat Abdul Khalid dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau.
Abdul Khalid menyedari kewujudan alat rakaman video itu apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah.
Beliau berkata pihaknya telah menjemput Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar untuk berbincang mengenai perkara itu selain mengadakan kerjasama berhubung isu-isu keselamatan di Selangor pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.
“Kajian yang telah dilakukan kita akan serahkan kepada ketua polis Selangor semasa mesyuarat minggu depan kerana beliau adalah individu yang paling layak untuk beri khidmat nasihat kepada kita berhubung isu keselamatan di negeri ini,” katanya.
Selain itu, Abdul Khalid berkata pihaknya juga akan mengadakan pemeriksaan di pejabat-pejabat exco kerajaan negeri bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku.
Sementara itu, beliau berkata tiada keperluan bagi mengheret anggota Exconya, Ronnie Liu menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa seperti yang didesak oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA Klang Datuk Dr Ching Eu Boon.
Beliau berpendapat cadangan itu tidak mempunyai apa-apa tujuan selain untuk menambah lagi kerja pentadbiran dan sekiranya MCA ingin juga kes ini dibawa ke Selcat mereka boleh berbincang dengan Speaker Dewan Negeri Tee Chang Khim sama ada ia sesuai diadakan atau sebaliknya.
Pada 31 Julai lepas, jawatankuasa disiplin DAP memecat bekas pembantu Liu, Tee Beng Hock, yang ketika itu ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), kerana mengeluarkan surat sokongan atas nama Liu bagi mengesyorkan supaya sebuah kontrak diberikan kepada sebuah syarikat di mana anaknya merupakan seorang pemegang saham.
Liu bagaimanapun hanya diberi amaran keras oleh jawatankuasa itu dan diingatkan supaya bertanggungjawab memastikan pejabatnya dalam keadaan teratur serta mengamalkan ketelusan dan urus tadbir yang profesional bagi memenuhi kehendak rakyat serta menjamin imej parti. — Bernama

Hamas : “Perang adalah seperti sebuah mimpi.”



Kata-kata ringkas tetapi menusuk jiwa itu diungkapkan oleh pejuang Hamas, Muhammad Al Ayubi semasa ditanya mengenai perasaannya semasa peperangan yang dilancarkan Israel ke atas Gaza pada Disember 2009.

“Apabila pada suatu hari anda bangun dan mendapati keluarga dan rakan-rakan mati, melihat bangunan ranap dibedil peluru berpandu, ia adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan,” kata pemuda itu yang tidak mahu fotonya dirakam.

Menurut pejuang muda itu, walaupun peperangan adalah sesuatu yang dahsyat, ia tidak pernah melemahkan semangat penduduk Palestin kerana keinginan mereka untuk mempertahankan hak mengatasi segala-galanya; sekali gus memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan.

Muhammad, 23, yang kehilangan ramai sahabat semasa perang selama 22 hari itu mengungkapkan rasa cinta yang mendalam kepada tanah airnya apabila dia menegaskan, "Saya tidak akan berganjak dari tanah Gaza, bumi di mana saya lahir dan saya akan terus berada di sini sehingga mati."

Semangat tinggi pemuda berkelulusan ijazah sarjana muda perakaunan ini bukan omong kosong kerana dia sama-sama mempertahankan Genting Gaza semasa serangan tentera rejim Zionis yang mengorbankan hampir 1,500 penduduk di wilayah Palestin itu.

Apabila ditanya adakah dia bersedia mati untuk negaranya, tanpa teragak-agak walau sedikit pun, Muhammad menegaskan: "Itu adalah cita-cita setiap warga Gaza, iaitu untuk berkorban demi pembebasan negara yang telah 62 tahun ditakluki bangsa terkutuk Israel."

Pemuda yang sentiasa tersenyum manis dengan lesung pipit itu sekali pandang, tidak langsung terbayang dia adalah pejuang Hamas yang pernah bertempur dalam peperangan.

Percakapannya yang sopan dan sederhana menunjukkan sikap sebenar rakyat Palestin yang penuh kesantunan dan memuliakan tetamu yang datang ke tanah air mereka; walaupun secara ironik, mereka kini berada dalam keadaan tertekan akibat kekejaman Israel.

Sesuatu yang menarik perhatian adalah jawapan Muhammad apabila diminta pendapatnya mengenai usaha yang dilakukan dunia Islam dalam membantu perjuangan pembebasan Palestin.

“Allah ada bersama kami dan pertolongan daripada-Nya mencukupi jika sekali pun dunia luar tidak membantu. Kami hanya berserah kepada Allah,” katanya.

Peluang berbual dengan Muhammad membuka mata penulis mengenai pendirian sebenar belia Palestin terhadap pergolakan antara wilayah Islam itu dan rejim Yahudi di Israel, terutama pendapat belia Palestin mengenai proses perdamaian antara kedua-dua pihak.

“Yahudi telah merampas tanah kami, merobohkan rumah kami. Jadi, bagaimana kami mahu mencapai perdamaian dengan mereka?

“Mungkin perjuangan ini tidak akan berakhir, tetapi bagi kami, semua yang sudah kami korbankan - harta mahupun nyawa - adalah tiket kepada pembebasan Palestin,” katanya sambil tersenyum optimis.

Luahan rasa peniaga kantin Stesen Tanjong Pagar


INILAH Kantin Stesen Keretapi M. Hassan yang menyimpan pelbagai kisah dan kenangan bagi penumpang KTMB di Stesen Tanjong Pagar.


STESEN Tanjong Pagar di Singapura memiliki ambiens yang tersendiri, lebih rileks biarpun tanpa keselesaan pendingin hawa di ruang menunggu. Kata orang, inilah satu-satunya tempat anda boleh merasai suasana Malaysia di tengah-tengah hutan konkrit kota Singa.
Tempat makannya tidak pernah surut. Dari siang hingga ke malam, meja dan kerusi yang disusun di atas platform ketibaan tren sentiasa bersedia menyambut pelanggan 24 jam setiap hari. Malah, ada di kalangan penulis blog tempatan yang sanggup meredah kesesakan jalan demi sepinggan nasi beriani atau segelas teh tarik di situ.
Seorang pesara, Mahmod Abdullah, 59, berkongsi cerita bahawa menikmati teh tarik yang lebih berlemak di Kantin Stesen Keretapi M. Hassan di stesen Tanjong Pagar itu sememangnya satu nikmat.
Dengan aneka pilihan makanan seperti mi Siam, mi rebus, laksa Singapura dan roti canai, kemuncak gastronomi di kantin itu biasanya berlangsung pada sebelah malam.
"Waktu malam, nasi lemak akan dijual dengan hampir 15 jenis lauk dan pelanggan seperti saya pasti rambang mata memilih," ujarnya yang sering mengunjungi kantin tersebut.
Penyewa Kantin Stesen Keretapi M. Hassan, Masudul Hassan, 63, pula berkata, kantin yang sudah berusia lebih separuh abad itu pada asalnya ditempatkan di luar kawasan stesen.
Biasa menerima pelanggan tetap yang ada ketikanya hanya datang sekadar berbual kosong, nostalgia di stesen Tanjong Pagar terlalu pekat untuk diceritakan satu persatu.

PENANGAN nasi beriani di stesen Tanjong Pagar dikatakan menyebabkan kebanyakan pelanggan kembali semula.


Cukup beremosi apabila diminta untuk berkongsi dengan Kosmo!, Masudul sekadar memberitahu hatinya pilu. Hakikatnya, dia mengakui hilang semangat untuk meneruskan perniagaan apabila mengetahui tentang kesahihan berita penutupan stesen Tanjong Pagar mulai Julai tahun hadapan.
Tarikan kantin
"Macam mana tak sedih? Banyak pelanggan di sini saya lihat mereka dari muda hingga berusia. Anak-anak saya pun dibesarkan dengan duit berniaga di sini," kata bapa kepada lima orang anak itu.
Kerisauan terhadap punca pendapatan selepas ini cukup difahami. Selama bertapak di stesen itu untuk mencari rezeki, bukan sahaja amaun pendapatan yang menjadi ukuran kebahagiaan, malah hubungan rapat sesama pelanggan yang terbentuk sejak lebih lima dekad lalu adalah 'buah tangan' paling berharga pernah dihadiahkan oleh sebuah stesen bernama Tanjong Pagar.
Perkara itu turut diakui oleh Ajimul Naseerullakhan, 36 tahun. Generasi ketiga penjaga kedai, Habib Railway Bookstore di stesen itu tidak menafikan bahawa Kantin Stesen Keretapi M. Hassan itu menjadi antara tarikan utama pengunjung ke Tanjong Pagar. Jika tidak ingin makan makanan berat, sekadar menjamah karipap atau keladi goreng sebesar saiz sejengkal pun cukup berbaloi.

AJIMUL merupakan generasi ketiga yang mewarisi kedai buku Habib Railway.


"Ada yang datang ke sini pun semata-mata nak makan di kantin kerana sedap. Bukan untuk menaiki kereta api," katanya yang menetap di Johor Bahru kepada Kosmo!.
Anak kedua daripada lima adik-beradik ini turut mempunyai memori indah tentang stesen Tanjong Pagar. Sewaktu berusia sekitar 16 tahun, dia dan sahabat baik sering menjadikan ruang Platform 3 sebagai tempat bersukan.
"Itu...(sambil menuding ke arah satu kawasan) tempat kami bermain bola sepak dan kadang-kadang badminton setiap kali musim cuti sekolah. Suasananya sangat santai. Patutlah orang lama suka datang ke sini untuk menenangkan fikiran," jelasnya yang yakin akan merindui stesen ini apabila ia dipindahkan nanti.
Kelibat-kelibat warga berusia turut kelihatan melayan fikiran sendiri sambil duduk di ruang lobi yang hanya ditemani kipas-kipas siling. Stesen yang pernah dikenali dengan gelaran FMSR atau Federated Malay States Railway itu banyak mengingatkan golongan peniaga di situ tentang sejarah hubungan kedua-dua buah negara.
Biarpun nasib peniaga-peniaga yang merangkumi tiga buah kantin, sebuah kedai pengurup wang dan sebuah kedai buku belum dapat dipastikan lagi, sejujurnya Ajimul tidak kisah jika dia ditempatkan di Terminal Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) nanti.
"Memang tak ada masalah untuk berpindah. Cuma perasaan itu tidak akan sama lagi selepas ini," ujarnya sambil merenung jauh. - YEO LI SHIAN

Roh pun sayangkan stesen Tanjong Pagar..tapi Kabinet Bik Mama tidak menilai sejarah tersebut...!!!




PAGI itu, Shamsul Bahri bergerak perlahan ke platform pelepasan tren. Dua bendera merah dan hijau yang ada di dalam genggaman tangan kanannya dipegang elok-elok. Siap mengambil posisi tepat di atas platform berdekatan hujung tren, sejurus wisel ditiup, bendera merah dan hijau diangkat bersilih ganti. Gerabak kereta api yang dilepaskan seawal pukul 4.30 pagi itu bergerak perlahan-lahan dan lenyap daripada pandangan.
Tiba-tiba, hati Pengurus Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjong Pagar di Singapura itu sayu. Sayu bukan kerana melihat kereta api itu yang akan menuju ke Tumpat, Kelantan.
Sebaliknya rasa sayu Shamsul, 43, bertempat. Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, pada tahun hadapan, dia tidak mungkin lagi berdiri di platform tersebut dan melakukan rutin serupa. Perkhidmatan di Stesen Tanjong Pagar bakal berakhir apabila operasinya dipindahkan ke Terminal Pemeriksaan Keretapi Woodlands (WTCP) mulai 1 Julai 2011.
Persetujuan antara kerajaan Malaysia dan Singapura itu sekali gus menandakan berakhirnya sisa-sisa peninggalan warisan Tanah Melayu di Singapura. Dibina pada tahun 1932, ia dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Stesen Tanjong Pagar yang terletak di Keppel Road itu telah menjadi periuk nasi buat bapa kepada empat orang anak itu sejak 15 tahun lalu.

DIBINA pada tahun 1932, Stesen Tanjong Pagar yang berusia 78 tahun meninggalkan pelbagai memori kepada ramai orang.


Di stesen berusia hampir lapan dekad itu, satu ikatan persahabatan termeterai. Shamsul menyifatkannya lebih daripada sebuah stesen kereta api biasa, malah ia menjadi rumah kedua dan sebahagian daripada kehidupannya.
Jika dikira, hampir separuh daripada tempoh kerjayanya dihabiskan di stesen yang terletak di tengah-tengah hab pelabuhan Kota Singa itu. Lebih tepat, Stesen Tanjong Pagar merupakan tonggak pengorbanannya selama ini. Di sini, tersimpan banyak kenangan dan nilai sentimental buat Shamsul.
“Seingat saya, ketika mula-mula berpindah, saya sangat teruja. Saya berpeluang tengok negara orang. Tetapi ini bermakna saya dan isteri serta anak-anak terpaksa berjauhan. Mereka di Gemas, Negeri Sembilan,” ceritanya kepada Kosmo! sambil memberitahu anak sulungnya sempat menghabiskan pengajian sehingga darjah tiga di Singapura sebelum berhijrah ke Gemas.
Jika tugas memerlukannya bekerja pada awal pagi, ruang kecil yang terletak di belakang pejabat dan kelihatan seperti stor itu menjadi lokasi dia melelapkan mata.
Sambil melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi empuk berwarna hitam, lelaki yang memulakan kerjaya dalam bidang kereta api sebagai pemotong tiket sejak tahun 1986 itu menyambung cerita.
Peralatan antik
Tidak perlu lagi mengawal operasi samboyan tren, ada tugasan lebih signifikan yang diamanahkan kepadanya. Wisel dan dua bendera itu adalah simbolik kredibiliti seorang ketua stesen untuk menerima ketibaan serta melepaskan tren setiap hari.

SHAMSUL menunjukkan loceng seberat tiga kilogram yang pernah digunakan untuk melepaskan tren.


“Dulu, kita tidak pakai wisel untuk melepaskan tren, tetapi menggunakan loceng tembaga ini. Setiap kali dibunyikan, penumpang akan berlari pantas mencari-cari pintu tren kerana takut ketinggalan,” katanya sambil ketawa besar.
Loceng seberat tiga kilogram (kg) itu merupakan antara peralatan peninggalan British yang masih kekal di Stesen Tanjong Pagar. Sepasang lampu gerabak akhir atau tail lamp berwarna hitam juga masih dijaga dengan baik. Lampu itu berfungsi sebagai petunjuk kepada ketua stesen bahawa gerabak tersebut adalah yang terakhir.
Tumpuan jurufoto
Mempelawa penulis dan jurugambar Kosmo!, Nooradzrene Mohd. Noor ke platform ketibaan, Shamsul menyatakan menjadi kerugian buat kami andai tidak melihat sendiri cara pergerakan kereta api dialihkan dari satu landasan ke landasan yang lain menggunakan kaedah lama. Alat itu ialah tiga tuas buatan zaman British yang terletak di landasan pelepasan, ketibaan dan Platform Tiga. Tiada sistem motor atau hidraulik, tuas yang berusia sekitar seabad itu diperbuat daripada besi padu dan dikendalikan secara mekanikal.
Ada satu lagi peralatan yang perlu anda tahu. Sistem blok mutlak (key token system) yang diperkenalkan di Britain pada abad ke-19 turut memiliki nilai sentimental bagi Shamsul.
“Semasa bertugas di Stesen Paloh, saya agak takut pada mulanya kerana dalam keadaan kereta api yang bergerak laju, saya perlu menyerahkan token kepada pemandu. Token ialah kuasa untuk pemandu kereta api bagi meneruskan perjalanan ke stesen seterusnya,” tambahnya.

JAM antik yang menjadi penunjuk peredaran zaman.


Tiga hari berada di stesen tersebut, satu pemandangan yang tidak lekang di mata penulis adalah kelibat ramai jurugambar amatur dan profesional dari dalam dan luar Singapura. Semuanya mahu merakam gambar-gambar terbaik di stesen klasik itu.
Sejak penutupan Stesen Tanjong Pagar disahkan baru-baru ini, hampir setiap hari stesen tersebut dibanjiri oleh jurugambar. Begitu asyik memetik butang kamera, ramai juga yang tidak sedar telah melepasi kawasan larangan mengambil foto.
Mural-mural berwarna-warni ala motif batik pada kedua-dua blok dinding tinggi di ruang menunggu itu merupakan lambang senario kemakmuran sosioekonomi Tanah Melayu ketika stesen itu dibina. Setiap lukisan mural memaparkan aktiviti sosioekonomi masyarakat seperti menanam padi, kegiatan memunggah di pelabuhan, menoreh getah dan melombong. Malah, cucu pelukis mural itu pernah sampai ke Tanjong Pagar semata-mata untuk melihat lukisan mural datuknya.
“Hanya generasi lama macam saya yang tahu tentang titik permulaan tempat ini. Sayang rasanya bila ia ditutup kelak. Harap-harap bangunan penuh nostalgia ini tidak akan dirobohkan,” kata Yu-Nam, 60, kepada Kosmo!.
Sebagai terminal kereta api pertama di Singapura, pembinaan Stesen Tanjong Pagar sebenarnya bertujuan untuk menggantikan stesen kereta api utama di Tank Road yang dibina pada tahun 1903.
Jurugambar amatur dari Kota Singa itu menyifatkan struktur seni bina bangunan yang dipengaruhi oleh arkitek Stesen Helsinki di Finland, Eliel Saarinen itu subjek terbaik untuk diabadikan dalam seni fotografi. Malah, bapa kepada dua orang anak itu juga berharap generasi akan datang masih berpeluang melihat stesen itu walaupun sekadar membacanya daripada buku sejarah.
Malah, dekorasi luar stesen yang memaparkan empat buah patung batu marmar putih rekaan Rudolfo Nolli itu juga memiliki nilai tersendiri.

KERETA api masih menjadi pengangkutan pilihan ramai orang yang menghubungkan Malaysia dan Singapura.


Perdagangan, agrikultur, industri dan pelabuhan adalah empat bidang kemakmuran sosioekonomi Tanah Melayu yang dilambangkan menerusi empat patung manusia tersebut.
Pendapatan tiket
Sivasangkar Munusamy, 35, dari Pulau Pinang turut berasa sedih dengan keputusan pengalihan operasi stesen tersebut.
Pengurus kanan salah sebuah restoran yang kini menetap di Singapura mengakui, dia sering memberitahu isterinya tentang memori membesar dengan kereta api Tanjong Pagar.
Sementara itu, menurut pengamatan Shamsul, pengangkutan kereta api KTMB itu sangat popular di kalangan orang Singapura dan pelancong asing. Ketiadaan persaingan bas pada awal tahun 2000 membuatkan penumpang sanggup beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan tiket.
“Malah, pada tahun 1980-an, pendapatan kutipan tiket pernah mencecah sehingga S$40,000 (RM93,346) sehari. Jadi, bayangkan betapa banyak yang diraih dalam sebulan.
“Waktu itu, kita guna kipas pusing, tingkap terbuka dan anak-anak kecil juga dibuai di dalam kereta api. Sesekali penumpang keluarkan kepala dari tingkap, hitam muka mereka terkena asap kereta api,” terangnya sambil memberitahu pelancong asing banyak memuji signifikan perkhidmatan kereta api dari Singapura ke Malaysia pada ketika itu.
Purata bilangan kemasukan penumpang ke Malaysia termasuk warga tempatan yang bekerja di Singapura adalah sekitar 350 penumpang sehari pada hari-hari biasa. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang baik tanpa sebarang promosi pemasaran.
Pelancong asing terutama yang berasal dari India lazimnya mendominasi populasi penumpang. Jumlah bilangan bagasi yang banyak dan berkunci pula menjadikan kereta api KTMB di Tanjong Pagar sebagai pengangkutan utama mereka seperti di kampung halaman sendiri.

STESEN Tanjong Pagar dibanjiri jurufoto amatur dan profesional hampir setiap hari.


Sekitar tahun 1980-an, tingkat dua dan tiga di bangunan stesen yang juga terkenal dengan nama Stesen Keretapi Keppel Road itu pernah menempatkan bilik-bilik hotel dan bar. Dikendalikan oleh seorang tauke Cina, hotel 100 bilik itu dilengkapi pelbagai keperluan asas termasuk kipas angin, tab mandi dan pintu kayu berkualiti tinggi. Sama seperti bangunan-bangunan klasik yang lain, Stesen Tanjong Pagar banyak menyimpan cerita-cerita misteri.
“Ramai yang sangat sayang Stesen Tanjong Pagar. Malah, roh-roh askar zaman British pun masih berkeliaran di sini,” tambah Shamsul.

NAJIB adalah PEMIMPIN MELAYU LIBERAL YANG LEMAH DAN GAGAL !!!

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/najib-and-joe-biden.jpg
Najib ini merupakan seorang Melayu liberal Pendokong Freemason yang bertopengkan sebagai Presiden UMNO.

Dia ni merupakan Melayu liberal yang memuja segala doktrin barat dan amat sedikit pemahamannya dalam falsafah dari ketamadunan Islam.

Tetapi terbukti pengikut UMNO itu buta tuli dan bahalol tidak menyedari yang Najib ini merupakan seorang Melayu liberal yang tersesat di dalam badan seorang Presiden UMNO.

Apa lagi bukti Melayu liberal seperti Najib akan jahanamkan umat ?


1.Pernah kamu lihat Najib mengucapkan mana-mana surah dari Alquran sebagai mendokong   kepada isi pidato nya ?

Najib ini lemah kefahaman Islam nya kerana dia lebih teruja dengan karya barat yang diteraju oleh para Freemasonry atau pun Illuminati.

2.Cuba kamu lihat keluarga nya. Dalam untuk kita menilai seorang lelaki , kita lihat bagaimana lelaki tersebut mendidik keluarganya.

Isteri ?

Anak ?

Aku rasa imaginasi kamu lebih dalam dari aku bila membicarakan tentang keluarga Najib yang  porak peranda.

3.Najib ini kurang arif dalam peristiwa-peristiwa penting dalam tamadun Islam dan kesan nya kepada umat moden.

Kamu rasa dia ni faham ke disebalik peristiwa Perang Fijar ?

Najib tidak tahu.

Kamu tanya dia Boston Tea Party dia tahu.

4.Najib ini adalah seorang pendokong Freemason Melayu.

Mahukan bukti ?

Bahan sedang dikumpul. Akan dikeluarkan nanti...

Najib ini lebih berbahaya kerana dia adalah seorang Freemason yang menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO !

5.Najib merasakan diri nya adalah seorang elit Melayu liberal yang lebih mulia dari rakyat bawahan.

Ini adalah kefahaman yang telah ditanam dalam kepala hotak Najib sejak kecik.Bapanya adalah dari keturunan bangsawan.

Pengaruh corak pikir kolonial Inggeris itu telah diletakkan dalam kepala hotak Najib sejak dari kecil.

Cukup ini dahulu untuk hari ini , aku akan kupaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai kaitan Najib dan Freemason dan juga Illuminati !!!

Hanya puak Melayu yang buta tuli dan bahalol sahaja yang akan mengangkat NAJIB FREEMASON sebagai Presiden UMNO !!!

TUMBANGKAN NAJIB DALAM PEMILIHAN PRESIDEN UMNO !!!

SELAMATKAN UMAT !!!

NAJIB BOLEH DITUMBANG DARI LUAR UMNO !!!

TETAPI LEBIH MULIA KALAU DARI TANGAN MELAYU UMNO SENDIRI !!!


KAMU MASEH BUTA DAN TULI KE TENTANG NAJIB FREEMASON ?

CUKOP DENGAN APCO SEBAGAI MUKADDIMAH !!!


KITA HUMBANKAN MELAYU-FREMASON-LIBERAL-LAKNAT-TUHAN

DARI LIPATAN POLITIK UMAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
 
by MB Warrior

Kemelut surat sokongan: Terjejaskah undi DAP?

Para penganalisis politik berbeza pendapat tentang sama ada kemelut isu penyalahgunaan kepala surat di Selangor baru-baru ini akan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP.
Sivamurugan Pandian percaya isu itu boleh menjejaskan imej DAP, tetapi James Chin pula berpendapat sebaliknya.
Kekecohan itu tercetus selepas ahli majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock (kanan, berbaju biru) didapati menggunakan kepala surat DAP kepunyaan anggota exco Selangor Ronnie Liu untuk menulis surat sokongannya. Akibat perbuatan itu, Tee dipecat daripada jawatannya.

Berikutan isu itu, DAP turut memecat Tee daripada parti itu, manakala Liu pula diberi amaran keras oleh jawatankuasa disiplin parti kerana gagal mengurus pejabatnya seperti yang diharapkan oleh orang ramai.
'OMG, the real culprit freed'

Jawatankuasa itu juga meminta speaker dewan undangan negeri Selangor Teng Chang Khim supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan atau berkomunikasi melalui "tweeter" setelah beliau didapati menyebarkan maklumat melalui perkhidmatan itu, dengan menulis "OMG, the real culprit freed", berikutan pemecatan Tee.
Ada pihak berpendapat keputusan yang diambil jawatankuasa itu adalah tepat untuk mengelak daripada tercetusnya perbalahan berikutan isu penyalahgunaan kepala surat berkenaan.

Sesetengah pihak pula berpendapat kini, DAP perlu menangani masalah berkaitan integriti dalam pentadbirannya untuk memenuhi harapan penyokongnya.
Sivamurugan (bawah, kanan) berkata sebelum 2008, orang ramai tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku dalam DAP.
"Ketika itu, mereka tidak begitu mengambil kesah, tapi kini mereka mengikuti dengan cukup teliti kerana ingin berhati-hati dengan undi yang akan mereka berikan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata selama ini, DAP meuwar-uarkan bahawa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT) menjadi dasarnya dalam mentadbir kerajaan, seperti yang dilakukannya di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Tetapi, kata Sivamurugan, DAP tidak boleh menafikan bahawa wujud "keretakan, penjahat atau puak" dalam parti itu.
Tiada kesan langsung

"Perkara yang akan menjadi isu ialah bagaimana DAP boleh membiarkan perkara itu berlaku, sedangkan ia memperjuangkan CAT," kata beliau.
Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, James Chin (kiri) pula yakin bahawa kes Tee tidak memberi kesan langsung terhadap para penyokong tegar parti itu.

Beberapa anggota parti itu mendedahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Khamis malam, yang dihadiri semua anggota CEC, kecuali Teng.

Malah, Liu diminta meninggalkan mesyuarat itu apabila perkara berkenaan dibincangkan, kata seorang pemimpin DAP.

Ada pihak berpendapat bahawa keputusan yang diambil jawatankuasa disiplin DAP itu samalah seperti memberi kad kuning kepada Liu dan amaran lisan kepada Teng dalam satu perlawanan bola sepak.

Pada waktu yang sama, ada pula pihak yang bertanya sama ada keputusan yang diambil jawatankuasa disipilin itu adalah memadai untuk memperbaiki kerosakan yang mereka rasa telah berlaku terhadap imej parti berkenaan.

Satu sumber berkata pengerusi jawatankuasa disiplin, yang juga anggota Perlimen Cheras, Tan Kok Wai menjelaskan bahawa jawatankuasa itu hanya boleh memberi amaran keras kepada Liu kerana tidak terdapat bukti yang boleh menyokong dakwaan Tee bahawa Liu memang tahu tentang surat sokongan yang telah dikeluarkannya.
Tambah hukuman
Ini mendorong beberapa pemimpin kanan DAP meminta jawatankuasa disiplin menambahkan hukuman memandangkan keseluruhan episod itu menimbulkan keraguan orang ramai terhadap parti berkenaan dan parti itu tidak perlu "memperbaiki imejnya".
"Banyak orang bercakap tentang isu ini, malah ada yang mencadangkan agar Liu berundur secara sukarela sebagai anggota exco, tetapi perkara ini ditentang oleh beberapa pemimpin dengan alasan hukuman itu tidak boleh ditambah kerana tiada peruntukan mengenainya," kata sumber berkenaan.

CEC menangguhkan keputusannya berhubung rayuan Tee agar keputusan jawatankuasa disiplin memecatnya, dibatalkan.

Setiausaha agung parti, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata CEC perlu berbincang dengan kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Nampaknya, Tee dipecat oleh kerajaan negeri kerana sebab lain. Oleh itu, kami perlu mendapatkan penjelasan mereka terlebih dulu," katanya.

Ketika mengumumkan keputusan jawatankuasa itu pada Rabu, pengerusinya berkata "episod ini telah merosakkan imej parti".

Tetapi, soalan seterusnya ialah adakah episod berkenaan menjejaskan sokongan orang ramai terhadap DAP?

- Bernama

Agihan pendapatan seimbang perlu perkongsian tulin, untuk selaraskan kantung Bik Mama..!!!

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkongsian tulin antara komuniti Bumiputera dan bukan Bumiputera perlu digalakkan untuk mengagihkan pendapatan negara dengan seimbang.
“Melalui perkongsian yang tulin itu, kita akan mencapai matlamat kita untuk mencapai pengagihan seimbang kekayaan negara,” kata beliau semasa menyampaikan ucaptama pada Kongres Ekonomi Cina di sini hari ini.
Kongres yang bertajuk Peranan Komuniti Cina untuk Mencapai Model Baru Ekonomi (MBE) dan Sasaran Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10) dianjurkan bersama oleh MCA dan Institut Penganalisian Strategik dan Penyelidikan Dasar.
Malah kata beliau, sektor swasta perlu memainkan peranan penting dalam menjana inovasi, kreativiti dan pelaburan yang diperlukan bagi meningkatkan daya saing global Malaysia serta menyokong matlamat untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
“Transformasi sektor swasta sangat diperlukan kerana ekonomi tidak dapat berkembang tanpa komitmen dan penyertaan positif mereka,” kata beliau dipetik Bernama.
Najib (gambar) juga berkata perniagaan tidak boleh hanya melihat untuk mendapatkan keuntungan jangka pendek tetapi perlu bersedia untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.
Dalam hubungan ini, katanya sektor swasta perlu berani mengambil risiko dan melabur di dalam industri, produk dan perkhidmatan baru.
Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan serta pengambilalihan teknologi perlu disifatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang, katanya.
Perdana Menteri berkata sektor swasta hendaklah juga menghargai modal insan dengan menyediakan gaji dan upah pada paras yang bertepatan dan memperuntukkan sumber untuk memupuk bakat.
Di bawah MBE, katanya sektor swasta penting melaksanakan pelaburan dan projek yang menyokong Wawasan 2020.
Najib berkata sasaran untuk mencapai pertumbuhan tahunan 6.0 peratus seperti yang ditonjolkan di dalam RMK-10 memerlukan daya tolakan bagi meningkatkan pelaburan yang signifikan yang sebahagian besarnya perlu diperolehi daripada sektor swasta yang lebih dinamik.
“Bergerak ke hadapan, kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan. Kita juga memerlukan sektor swasta untuk mentransformasi pemikirannya dan menilai semula kepercayaannya,” katanya.
Bagi mencapai matlamat itu, katanya kedua-dua sektor awam dan swasta perlu bekerja bersama-sama dan menggunakan kesemua komuniti yang pelbagai. — Bernama

Bazar Ramadan Jasin dipindah ke Bandar Baru Jasin Tiga

JASIN, 14 Ogos — Peniaga Bazar Ramadan Jasin di perkarangan Stadium Jasin yang musnah dilanda ribut petang semalam, akan ditempatkan dilokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.
“Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka daerah Jasin,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dalam kejadian ribut pukul 5 petang semalam, dua peniaga dan seorang pengunjung terbunuh manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan objek lain yang diterbangkan ribut kencang itu.
Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.
Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.
Semasa kejadian, sebanyak 56 peniaga bersama pembantu masing-masing menjalankan perniagaan di bawah 21 buah khemah bersaiz (panjang) 6.2 meter kali 6.2 meter (lebar).
Mohd Ali berkata kawasan di perkarangan Stadium Jasin tidak sesuai untuk didirikan khemah untuk peniaga kerana kawasan lapang itu dikhuatiri akan dilanda ribut lagi.
Beliau berharap keluarga yang terlibat bersabar menghadapi suasana yang sedih terutama kepada tiga keluarga yang anggota keluarga mereka meninggal dunia.
“Kerajaan negeri menghulurkan bantuan menguruskan jenazah sebanyak RM3,000 seorang dan (mangsa) yang masuk wad kritikal diberi RM1,000 seorang dan yang lain (cedera) diberi RM500 seorang,” katanya.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai luar biasa dan tidak pernah berlaku sehingga melibatkan kematian sejak bazar itu dibuka di situ tujuh tahun lepas.
Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin, Ahmad Ali berkata kejadian ribut itu tidak mematahkan semangat peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka di lokasi baru.
“Ramadan masih panjang lagi, rata-rata peniaga masih berminat untuk meneruskan perniagaan mereka, lagi pun umat Islam terutama mereka yang bekerja ingin mendapatkan juadah berbuka puasa dari bazar Ramadan,” katanya.
Beliau berkata peniaga akan berniaga di khemah yang lebih kecil milik masing-masing, dan persatuan akan terus membantu mereka sekiranya menghadapi masalah di lokasi baru itu. — Bernama

ISA: Warga Indonesia ditahan Malaysia pengikut Abu Bakar


JAKARTA, 14 Ogos — Polis Indonesia mengesahkan seorang suspek pengganas yang ditahan di Malaysia minggu ini merupakan anggota kumpulan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) yang diasaskan oleh ulama Abu Bakar Bashir.
Warganegara Indonesia itu, Mustawan Ahbab, 34, ditahan bersama dua militan lain kerana dipercayai ada kaitan dengan Abu Bakar (gambar).
Mustawan ditahan bersama tiga yang lain sehari selepas Abu Bakar ditahan di Jakarta,
“Mustawan anggota JAT cawangan Jakarta,” kata jurucakap polis kebangsaan Indonesia Komisioner Ketut Untung Yoga.
Bagaimanapun beliau enggan mengesahkan sama ada Mustawan ada kaitan dengan kumpulan militan dari Aceh.
JAT yang beribu pejabat di Solo telah lama berjuang untuk melaksanakan undang-undang syariah di Indonesia.
Yoga berkata oleh kerana Mustawan ditahan oleh polis Malaysia, pihak berkuasa Indonesia tidak tahu bentuk tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.
“Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk menyelaraskan tindakan dengan pihak berkuasa Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun polis kebangsaan berkata Mustawan bukan dalam senarai suspek pengganas dikehendaki.
Di Solo, Setiausaha Agung JAT Abdurrahman menafikan yang beliau tahu apa-apa tentang Mustawan.
“Saya tidak tahu sama ada dia itu ahli atau tidak, kami kena teliti perkara itu,” kata beliau kepada Jakarta Globe.
Seorang pegawai di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur memberitahu Jakarta Globe bahawa Mustawan ditahan kira-kira 8 pagi Selasa lalu.
“Dua disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan nasional dan ada kaitan dengan militan antarabangsa,” kata Widyarka Ryananta, kaunselor maklumat sosial dan kebudayaan di kedutaan itu.
“Dia memasuki Malaysia sebagai pelajar di Kuala Lumpur lima tahun lalu. Dia kini bekerja sebagai seorang eksektif pemasaran firma swasta,” katanya lagi.
Pada Rabu lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis menahan tiga orang lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatannegara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.
Dua lagi lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia.
Mustawan ditangkap di Bukit Indah, Ampang.
Warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) ISA.
Polis Indonesia mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Abu Bakar berhubung aktiviti pengganas, yang boleh membawa hukuman mati.
Penahanan tokoh agama berusia 71 tahun itu, yang menurut polis Indonesia merupakan ketua rangkaian Al-Qaeda di Indonesia, dibuat susulan siri serbuan dan penangkapan beberapa anggota kumpulan militan berpangkalan di Aceh, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan bagi membentuk negara Islam.
Polis mendakwa Abu Bakar memainkan peranan penting dalam kerja-kerja perancangan kem latihan militan di Aceh Barat yang dikesan awal tahun ini.