Khamis, 12 Ogos 2010

PAS bagai doktor rawat penyakit rakyat

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan PAS yang sangat menjaga kebajikan rakyat, terutama dalam isu saman ekor. Kesungguhan barisan kepimpinan ini saya sifatkan adalah hasil daripada tarbiah yang berterusan.
PAS tidak boleh hanya dengan ceramah. Ceramah hanya satu metode. PAS memerlukan kepada tindakan sebagaimana kata al-Banna, biar tindakan kita menceritakan siapa kita. Apa yang saya nampak sekarang, PAS sudah mula masuk ke dimensi baru; iaitu dunia tindakan yang praktis bukan lagi omong-omong dan bukan lagi ceramah semata-mata.
Mazlan Aliman patut diberi penghargaan atas kesungguhannya dalam membela nasib peneroka Felda. Kepimpinan PAS Kelantan terus maju ke hadapan dengan idea dinar emas dan dirham. Begitu juga dengan tindakan PAS yang lain, semua ini membuktikan bahawa PAS sudah bersedia untuk mengambil kerajaan daripada BN pada pilihan raya akan datang.
Satu persoalan yang belum terjawab sehingga sekarang ialah, sekiranya PAS membentuk kerajaan pakatan, maka apakah PAS sudah bersedia untuk mengisi ruang-ruang kekosongan dalam kerajaan? Apakah persediaan PAS terhadap rancangan televisyen, artis, kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, tol sekalipun, dasar ekonomi negara, dasar sukan negara, kebebasan bersuara mahasiswa, sistem demokrasi dan banyak lagi.
Saya melihat dalam isu ini, sebetulnya terdapat beberapa perkara yang tidak perlu disebutkan semuanya oleh kepimpinan PAS. Sebagai contoh, siapa yang bakal mengisi ruang kekosongan dalam kerajaan. Bagi saya, ia tidak perlu terlalu gopoh untuk diumumkan. Namun yang paling baik ialah, di peringkat kepimpinan sendiri, sudah tersedia ramai pimpinan yang bersedia untuk menjadi menteri, sama ada dari sudut pengetahuan, maklumat, kecekapan, ketangkasan, kebijaksanaan dan kepintaran.
Lalu bentuk tarbiah PAS itu mesti diperbaharui dari semasa ke semasa. Latihan untuk menyediakan pakar diplomasi dan perunding, pakar kewangan, pakar pertahanan dan keselamatan, pakar rumah tangga dan belia, pendek kata orang yang mampu menyelesaikan masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh Umno.
Dalam isu keruntuhan sosial yang melampau, bermula daripada hubungan rambang pelajar sekolah membawa kepada pembuangan bayi secara melampau, kesemua itu menuntut satu kekuatan daripada barisan kepimpinan serta kesungguhan ahli dalam mengatasinya. Pimpinan PAS tidak boleh ada “Minda KM Melaka” yang ingin menyelesaikan masalah dengan pemikiran Barat.
Lalu, semua peringkat dalam PAS, baik ulama mahupun muslimat, pemuda mahupun unit amal, penerangan mahupun kebajikan, kawasan mahupun cawangan, semuanya mesti memainkan peranan penting dalam mendokong perjuangan PAS ini. Semua ini terangkum dalam minda “PAS adalah Jamaah Solusi” bukannya parti politik semata-mata.
Bersama Mursyidul Am dan Presiden PAS, semangat jihad kalangan ahli mesti disegarkan dari masa ke masa. Saya tidak mahu terlepas mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nasrudin Tantawi dan pemuda yang bakal menganjurkan Ijtima’ Tarbawi di Rusila pada 1 hingga 3 Oktober nanti. Beginilah tabiat pejuang PAS, tidak pernah melupakan tarbiah mendekatkan diri kepada Allah walaupun permainan politik semakin membelit dan mencengkam.
PAS bukan sahaja mesti menyelesaikan masalah kebajikan dan ekonomi, kenegaraan dan politik, malah PAS mesti bertindak memberi rawatan kepada pesakit-pesakit jiwa. Bagaikan seorang doktor, yang sentiasa menghulurkan ubat dan memberikan penawar kepada pesakit. Ya, PAS mesti bertindak seperti doktor yang tidak pernah mengeluh melayan karenah pesakit.
Saya, bersama sahabat-sahabat saya yang lain di Lembah Pantai, berbai’ah akan terus berjuang untuk menegakkan Islam melalui wadah PAS ini, insya-Allah. Seperti Sa'ad bin Abi Waqqas yang memberikan janji setia kepada Nabi s.a.w., "Aku adalah panah daripada panah-panah Islam, maka lemparkanlah aku ke mana sahaja yang engkau suka".

Umno sudah buntu, gagal atasi gejala sosial

Pandangan semua pihak termasuk mewakili pemimpin pembangkang perlu diambil kira bagi mengatasi masalah gejala sosial yang semakin serius melanda di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, langkah itu penting kerana kepakaran setiap pihak berbeza dalam menangani masalah yang berlaku.

Beliau ketika diminta mengulas penubuhan sekolah hamil oleh kerajaan Melaka berkata, pendekatan tersebut menggambarkan bahawa pemimpin UMNO sudah buntu untuk menangani isu yang berlaku.

“Mereka perlu meminta pandangan parti politik, kena dengar nasihat pembangkang dan dalam isu ini UMNO tiada kepakaran kerana kepakaran itu ada pada Pas, itulah bezanya UMNO dan Pas,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, penubuhan sekolah khusus untuk remaja hamil bukanlah satu cara yang diajar Islam kerana menganggap akibatnya kelak akan memburukkan keadaan, selain membuka jalan kepada lebih ramai remaja melakukan zina.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, remaja terbabit juga berkemungkinan tidak takut untuk hamil dan melakukan dosa kerana sudah disediakan tempat khusus sekiranya mengandung anak luar nikah.

Dalam masa sama katanya, tidak mustahil sekolah tersebut akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan, menambahkan pusat jagaan anak luar nikah, selain membawa pembaziran kepada negara.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, rakyat perlu diberi kesedaran Islam untuk memastikan anak menjauhi perbuatan terkutuk yang boleh diterapkan melalui sistem pendidikan.

“Ia mesti bermula dengan pendidikan awal dan setiap pendidikan dari tadika sehingga universiti perlu mengikut acuan ditetapkan Islam, tidak boleh me-ngambil sistem barat kerana apabila dibawa acuan barat, ia akan memperlihatkan kegagalan sehingga lepasan universiti pun ada yang tidak sembahyang, tidak puasa dan buang anak.

“Dalam masa sama, undang-undang perlu dikuatkuasakan dan pendidi-kan serta penguatkuasaan perlu dilakukan serentak, kalau tidak ia tidak akan ke mana-mana,” katanya.

Mengulas berhubung galakan supaya golongan muda berkahwin awal, beliau bersetuju kerana ia tidak bercanggah dengan agama sambil memberi contoh perkara sama turut berlaku terhadap Aisyah Abu Bakar ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, sekiranya matlamat utama adalah untuk mengelakkan remaja hamil luar nikah atau membendung gejala sosial, ia pastinya akan gagal. - ustaz-nik-mohd-zawawi.blogspot.com/

Apa beza kain rentang hina Raja di Ganu & Johor

Ini dia wajah Dalang kain rentang Derhaka
Oleh Ustaz Saiful Bahri
Peristiwa ini berulang kali. Dan ini bukan kali pertama. Sebab itu tergerak pokok di semak sudah tahu lembu ke babi. Pengamal politik provokatif di Malaysia dulu, kini dan selamanya adalah UMNO. Orang yang memulakan rusuhan di Kelantan yang akhirnya membawa kepada mageran adalah UMNO sendiri. Kalau tak percaya tanyalah Brahim Ali. Siapa kepala yang mulakannya kalau tak UMNO dan merekalah juga yang menangguk di air jernih itu.
Bagi mereka politik menghalalkan cara ini sudah menjadi darah daging. Krisis raja-raja melayu sekian lama sebelum ini termasuk yang terakhir dizaman Mahathir adalah UMNO yang menjadi dalangnya. Tetapi malangnya pembangkanglah yang dapat tahik. Akhirnya pemimpin PAS juga yang diISAkan.

Ketika Idris Jusoh gagal menjadi MB Terengganu lalu keluarnya kain rentang dengan tulisan “Aku Nak Deris Natang”. Siapa dalangnya? Siapa yang buat kalau tidak UMNO. Tetapi sehingga ke hari ini tiada tindakan dibuat. Kalaulah pembangkang yang lakukan nescaya macam filem P.Ramlee jadinya. Di putar setiap masa dan zaman sehingga membekas dalam kepala rakyat bahawa Pas, PKR dan DAP sebagai penderhaka. Apa yang terjadi di Perak. Pas yang dilabelkan sebagai penderhaka. Bagi rakyat yang bodoh terus ditelan ke dalam perut. Seolah-olah UMNO lah juara dan pembela institusi kesultanan dan raja-raja.

Kini Idris Jusoh, Bekas MB Terengganu, selaku Pengarah Pilihanraya UMNO. Tidak hairan kalau agenda memperlagakan pembangkang dengan institusi Raja di Johor muncul.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-Barisan Nasional. Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.

Datuk Chua merujuk kepada ucapan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Pembangkang perlu memohon ampun dan maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menggunakan gambar baginda pada kain rentang sempena kempen Parti Keadilan Rakyat di Johor baru-baru ini. Sambil menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pembangkang tidak wajar mengeksploitasi dan menggunakan nama baginda Sultan bagi kepentingan politik mereka.

“Saya tak tahu sama ada perkara ini melanggar undang-undang atau tidak. Apa pun mereka perlu memohon ampun kepada raja. Mereka tidak patut mengulangi perkara ini lagi. “Bila raja sudah murka, pihak yang dimurkai itu perlu memohon ampun dan maaf kepada baginda. Itu perkara biasa bagi adat kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di Kuala Lumpur.

Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha untuk mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang wujud dalam negara kita. Kita akan mempertahankan Institusi DiRaja daripada mana-mana pihak termasuk parti politik dalam agenda untuk mengheret Istana ke dalam persaingan politik kepartian," tegas beliau. Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar. Beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.

Beliau berpendapat tindakan bodoh itu adalah usaha untuk menjadikan orang Melayu pekak, buta dan menjadi hamba kepada Umno selama-lamanya. Tambah Jui Meng Umno-BN Johor kini terdesak disebabkan oleh gelombang perubahan yang dituntut oleh rakyat Malaysia umumnya, khususnya rakyat Johor. "Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau.

Kita tengoklah nanti. Kalau didapati kerja ini kerja UMNO nescaya akan diperap dibawah karpet saje isu ini nanti. Pihak Polis, SPRM, Majlis daerah hanya akan hanya bertindak jika selain daripada UMNO. Apatah lagi jika terlibat dengan golongan OKU nescaya mereka telah mengatasi undang-undang. Hilang macam tu aje. Kita nak orang yang bertanggung-jawab hendaklah dihukum dan bukannya seperti apa yang terjadi dalam isu kain rentang di Terengganu. Ianya menghina Sultan Terengganu bahkan selaku Yang Dipetuan Agong.

Tetapi rakyat jangan lupa UMNO ni merupakan spesisi batu-api yang akan memperlagakan sesiapa sahaja yang menjadi musuh mereka. Mereka cuba memperlagakan sesame pimpinan PAS. Sesama parti dalam Pakatan Rakyat bahkan sesame mereka sendiri. Apatah lagi dengan institusi kesultanan dan Raja-raja Melayu. Semasa mereka hendakkan sokongan Raja mereka sentiasa mewiridkan rukun Negara sebagai penyokong setia raja-raja berpelembagaan. Semasa mereka berkonfrantasi dengan sultan keluarlah media kisah “Hang Jebat. Sultan Adil Sultan di Sembah dan Sultan Zalim Sultan diSanggah” “Antara dua darjat” dan macam-macam lagi.

Kalau ada lagi yang terpaut hati dengan UMNO ni.. ish 10X memang betul-betul butalah tu.

Hantu perosak dunia pendidikan bermaharajalela


Oleh Lanh

DUNIA pendidikan (sekolah) semakin kelam-kabut, kata seorang guru kepada penulis. Lepas satu isu ke satu isu ditimbulkan pemimpin politik sedangkan yang lama belum diselesaikan. Pihak menanggung beban adalah guru yang bukan saja terbeban dengan gelagat orang politik yang menjadi hantu dunia pendidikan ini tetapi juga anak-anak murid yang semakin sukar diajar; ringkasnya kurang ajar.

Terbaru guru siswazah dibenarkan menyertai politik. Bunyinya macam pihak atasan begitu prihatin dan bersikap terbuka, namun jika difikirkan ia mendatangkan implikasi amat buruk


Tentunya pada ketika Umno-BN memerintah, politik yang dibenarkan adalah politik Umno-BN, jadi dengan perubahan ini, guru-guru yang menyokong pembangkang usahlah berangan untuk melebarkan sayap; silap-silap haribulan dipulau dan dikirimkan ke pedalaman. Jadi tentulah cikgu berfikir, lebih baik diamkan diri, nanti dah pencen aktiflah seperti mana dilakukan ramai pesara guru.

Dulu pada ketika guru ini tidak dibenarkan aktif berpolitik, politik Umno termasuk Puterinya selalu masuk sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk mempengaruhi pelajar, kelonggaran terbaru itu dibimbangi akan menyebabkan sekolah-sekolah akan menjadi sarang/markas Umno-BN.

Guru-guru pendukung Umno-BN akan berdendang di sekolah, dewan malah bilik darjah dan makmal akan bebas digunakan mereka menjalankan projek masing-masing. Bukankah ini menjadi cukup bahaya. Jika dulu dewan menjadi tempat mesyuarat agung Umno, nanti bilik guru pun jadi markas mereka. Umno apa peduli, masjid dan surau pun mereka salahgunakan untuk kepentingan politik sedangkan pemimpin mereka sendiri mencanangkan jangan gunakan masjid untuk tujuan politik.

Kenapalah agaknya dunia dan institusi pendidikan seperti sekolah dijadikan pemimpin Umno-BN untuk menunjukkan jaguh? Mengapa mereka kerap bertindak untuk mengubah keadaan kononnya? Misalnya, mengapa mereka pandai-pandai melontarkan pandangan untuk menghapuskan peperiksaan awam UPSR dan PMR?

Seorang pemimpin kesatuan guru berkata, dalam percubaan mereka untuk melakukan perubahan, mereka tidak pula menyatakan jawapan atau alternatif kepada cadangan itu sebaliknya menyuruh pihak bawahan membahaskannya.

Katanya, sepatutnya pihak berkenaan sudah menyiapkan syor, kajian, pilihan, dan jawapan berhubung cadangan itu tetapi nampaknya peserta diskusi membincangkan perkara yang belum ada. Misalnya, kalau dihapuskan UPSR dan PMR ini, apa pilihan yang ada. Ini masyarakat tidak tahu apa yang mahu ditawarkan, jadi teraba-rabalah mereka dalam perbahasan.

Ini samalah seperti idea seorang bekas PM dulu yang memaksakan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik sedangkan kajian, pelan percubaan dan rancangan masa depan tidak ada lagi. Akhirnya, semuanya tidak menjadi, sekolah kembali ke pangkal jalan, budak-budak kembali menggunakan bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan.

Demikianlah mengapa dunia pendidikan gemar dikacau-kacau oleh hantu ini? Hantu-hantu ini mengharu-birukan dunia pendidikan, mereka ingat anak-anak murid dan guru-guru di sekolah itu ‘guinea pig’ untuk mereka melakukan ujian bagi membuktikan kehebatan mereka? Oleh itu, wahai hantu jangan mengacau lagi, nanti lebih banyak guru dan murid diserang histeria, rosak negara kita.


Hari ini dunia pendidikan anak bangsa kita amat huru-hara. Banyak hantu hidup dalam bidang ini, mereka menjadikan dunia pendidikan tempat untuk meraih populariti, lantas menjadi juara rakyat kononnya. Apabila tukar perdana menteri dan menteri, banyak perkara berubah, guru jadi pening kepala.

Dulu, ketika era PM Abdullah Ahmad Badawi, warga sekolah terutama cikgu diminta memahami dan kemudian menyerapkan fahaman Islam Hadhari di sekolah, kini mereka disibukkan pula dengan 1Malaysia. Islam Hadhari sudah tercampak ke mana, guru pun tidak ingat lagi 10 Prinsip Asasnya.

Kini guru diminta pula menghadam 1Malaysia. Mereka pun tidak faham apa itu 1Malaysia, tetapi kenalah buat-buat faham untuk disampaikan kepada anak murid.

Selain hantu dalam dunia pendidikan, warga pendidik juga terkesan dengan hantu-hantu yang berkeliaran di luar sekolah. Ini kerana hantu-hantu ini ada pengaruh besar ke atas anak-anak murid-murid mereka.

Antara hantu itu adalah hantu fitnah. Hantu ini adalah media massa. Surat khabar, TV dan radio adalah gengnya. Susah dipisahkan satu sama lain. Seolah-olah ada kerjasama yang amat erat sesama mereka. Hantu jenis ini percaya dia saja betul, lepas itu hasut orang percayakan dia. Dia buat ‘story’ memburukkan pihak lawan, kemudian siar gambar tak senonoh dan lucah.

Budak-budak sekolah cukup senang ditemberang oleh hantu media massa ini. Malah kadang-kadang mereka bersekongkol pula. Budak-budak sekolah pun sama jadi hantu, mereka lebih ‘advance’ pula, misalnya membuat penggambaran lucah dan menyebar-luaskannya dengan menggunakan telefon mudah alih dan komputer riba.

Demikian betapa banyak hantu mahu merosakkan kita, berdoalah agar hantu-hantu ini dimusnahkan pada pilihan raya akan datang. Biarlah mereka dipasung bagai syaitan dipasung pada bulan Ramadan. Jadi tidaklah lagi mereka berkeliaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi!

Lagi Umno BN Perak rampas tanah rakyat

IPOH, 12 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin Umno peringkat bahagian.
Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin Umno berkenaan.
Menurut beliau, jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri telah mengatakan bahawa sebidang tanah seluas 50 ekar yang terletak di Kampung Sungai Itek, Gopeng, telah diberikan kepada sebuah syarikat yang bernama Safura House of Diamond Sdn Bhd.
Tujuan kelulusan tanah tersebut adalah untuk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT).
(Gambar: Lih Kang menunjukkan laporan kepada SPRM.)
“Setelah meneliti laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kami dapati satu fakta yang amat mengejutkan, iaitu salah seorang pemegang saham merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gopeng,” ujarnya.
Katanya, pengusaha-pengusaha di tanah tersebut telah membuat banyak kali cubaan untuk memohon tanah, namun semua permohonan mereka ditolak tanpa diberi sebab.
Kerajaan negeri di bawah Datuk Seri Zambry Abd Kadir, ujarnya tidak memberikan tanah kepada para petani tetapi memberi kepada pemaju adalah suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
“Apatah lagi, kerajaan negeri memberikan tanah tersebut kepada kroninya. Ini adalah satu kes rasuah (salahguna kuasa) yang jelas,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Pengerusi Majlis Pimpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mengecam sekeras-kerasnya kerakusan kerajaan itu.
Beliau berkata, sekiranya perbuatan itu tidak dihentikan, ramai lagi rakyat akan menderita kerana mereka akan diusir keluar dari tanah yang sedang mereka usahakan sekarang.
Lih Kang juga menyeru SPRM agar mengambil tindakan yang tegas terhadap orang yang bertanggungjawab atas kes itu.
“Ini adalah kes salah kuasa yang kedua selepas berlakunya skandal penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek juga, di mana Ketua Umno Bahagian Umno Gopeng telah diberikan kuota 10 lot tanah kampung tersusun,” katanya lagi.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa Umno Barisan Nasional telah mereput hingga ke terasnya, sehingga pimpinan-pimpinan peringkat bahagian pun sudah rakus dan rasuah.
Untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku lagi, beliau menggesa agar Zambry dibekukan jawatannya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tanah sepanjang siasatan kes itu dijalankan di samping membatalkan kelulusan Safura House dan memberikan tanah kepada para petani.
Di samping itu, katanya wakil rakyat Pakatan Rakyat dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa tanah supaya satu sistem check and balance akan wujud.
Selain itu, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang merupakan satu-satunya Exco bukan Umno perlu menjelaskan kenapa beliau tidak menghalang kes itu daripada berlaku.

SUPP's 'life and death' meeting with PM on Taib

By Joseph Tawie

KUCHING: Leaders and elected representatives of Sarawak United People’s Party (SUPP) are in Kuala Lumpur to attend, what political observers described as a ‘life and death” meeting with Prime Minister Najib Tun Razak.
According to sources, the leaders who arrived in the capital yesterday are expected to meet with the prime minister tomorrow and inform him of SUPP’s problems allegedly caused by Chief Minster Abdul Taib Mahmud.

“They want the PM to pressure Taib to give the Chinese community equal opportunities in business such as contract works and tenders, development projects as well as to provide funds for Chinese education and land for the landless, and so on.

“All the election promises made before and during the 2006 state elections have not been fulfilled, resulting in the Chinese having lost confidence in the party,” said the sources.

The Chinese alleged that they have been ignored by the chief minister who they claimed is giving businesses to his family members and companies belonging to his cronies.

“Tomorrow’s meeting with the prime minister is to tell him that if Barisan Nasional wants SUPP to do well in the coming election, then Najib must pressure Taib to give the party and the Chinese community not only respect but also equal opportunity in business,” said the sources.

During the Sibu by-election in May this year, the Chinese resentment against Taib was obvious so much so that the CM was advised not to campaign in Chinese areas.

However, SUPP lost the seat to DAP, and blamed Taib’s alleged negligence of Chinese interests for it.

In the 2006 state election, SUPP lost eight of 19 seats it contested.

“For the coming election, SUPP will be in hot soup if nothing is done to help the Chinese community,” stressed the sources.

Rekacipta yang berinovasi dan kreatif

Jabatan Peguam Negara dijangkakan akan berjaya mencapai NKRA mereka pada tahap cemerlang dan sekali gus menaikkan KPI mereka pada tahun ini. Ini kerana.... mereka telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang di mata Najib, Perdana Menteri 1Malaysia yang mereka jilat selama ini.

Rasanya.... banyak individu dalam jabatan tersebut akan mendapat habuan masing-masing dalam kenaikan pangkat mereka dengan memegang jawatan yang lebih baik. Habuan di dunia jer.... di akhirat, belum tahu lagi, ya??

KPI Jabatan Peguam Negara dijangkakan akan meningkat kerana ia telah menunjukkan sikap berinovasi dan tahap kreatif yang tinggi dalam pelaksanaan tugas yang dipikul oleh mereka.

Dulu dan kini.... mereka memang pakar reka cipta dan pakar dalam me-improvise sesuatu bukti bagi membolehkan mereka menang sesuatu kes yang melibatkan kepincangan urusan pentadbiran kerajaan. By hook or by crook, mereka mesti kena menang. Tak boleh tidak. Kalau tidak....boss marah dan mereka susah. Keadilan .... mampuih pi. Yang penting.... boss puas hati!!

Masih ingat bagaimana mereka mengendalikan kes Sodomi 1 dulu?? Kini... kes Sodomi 11 pun 2X5 juga dan kes Teoh Beng Hock, eerrmmm.... lagi giler!!

Kalau dah macam giler babi..... macam mana rakyat nak percaya?? Orang giler pun kata giler!!!

Buat macam mana pun.... tipulah dengan apa cara sekali pun, rakyat takkan percaya. Tapi ingat.... sumpahan rakyat yang banyak-banyak pada lu orang tu.... mungkin akan bertukar menjadi doa, insyaAllah kerana Allah SWT sentiasa berada di pihak yang benar.

Lu orang buat kerja giler.... moga-moga Tuhan balas dengan menjadikan lu orang betul-betul giler. Jangan lupa apa yang berlaku pada para konspirator dahulu??

Ha.... ha.... ha.... Cer bayangkan rupa Gani Petai jadi giler??

Apa Lagi Auta Badut Sial Negara.

"Aduhhh.... aduhhhh.... lepas ini apa lagi auta gua mau bikin daaaa...., dalam ini online news MK, diorang cakap tulisan bukan itu budak cina punya.... adusss.... mati gua macam ni...": begitulah agaknya keluh kesah mengelabah berut mat yeh si Badut Sial Negara.

Inilah Badut nya... yang ntah di mana dia terjumpa notis bunuh diri setelah dua bulan budak tu mati dan umumkannya setelah setahun inkues berlansung... 
IkutSukaAku..

KETAWA MASIH BELUM KENA LESEN

MARILAH KITA SEMUA KETAWA SEBELUM KETAWA DI KENAKAN SAMAN SEKOR


GEDEGANG GEDEGUNG

GEDEBONG

GEDEBIK

GEDEBUK

GEDEBAB


nota:
mari lah kita berpuasa
agar kita kurangkan berat badan
agar kita jangan jadi
macam bik mama kah kah kah

nota:
sila klik untuk membesar imej bik mama
TT.

Hanya 'calon boleh menang' dikekalkan

Penyandang Barisan Nasional (BN) tidak dijamin akan bertanding di kerusi masing-masing kerana telah diputuskan hanya 'calon yang boleh menang' akan dipilih bagi mewakili BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom berkata, walaupun SPDP telah memutuskan untuk mengekalkan semua penyandangnya pada pilihan raya negeri ke-10, namun keputusan itu belum muktamad dan mungkin berubah pada saat akhir mengikut perkembangan semasa.

"Tidak wujud keadaan bahawa kerusi itu adalah milik penyandang atau mana-mana parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas menerima trofi Golf Sarawak Inter-Community Golf 2010 dan KGS Captain's Alumni Golf di pejabatnya di Kuching hari ini.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi negeri berkata, malahan dirinya sendiri sebagai menteri penuh negeri, presiden parti dan wakil rakyat juga masih belum pasti sama ada akan dikekalkan oleh pucuk pimpinan BN.

"Jika peluang BN untuk menang di kerusi tertentu mungkin terjejas, kita perlu memberi keutamaan kepada kepentingan BN,” katanya.

- Bernama

Surat sokongan: Exco Ronnie Liu selamat, hanya diberi amaran

PETALING JAYA, 12 Ogos — Jawatankuasa disiplin DAP melepaskan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu daripada tindakan tegas, sebaliknya hanya memberi amaran berhubung peranan beliau dalam isu surat sokongan politik.
Pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai berkata, Liu atas kapasitinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri seharusnya memikul tanggungjawab yang seimbang berhubung kontroversi itu, membabitkan bekas pembantunya Tee Boon Hock, yang turut telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang dan juga dari parti.
“Kami tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong dakwaan Tee terhadap Liu (gambar) tetapi jawatankuasa masih mempertanggungjawabkan Liu atas apa yang telah berlaku,” kata Tan pada sidang media di sini selepas mempengerusikan sesi pendengaran jawatankuasa disiplin petang ini.
Oleh itu kata beliau, jawatankuasa memberi amaran keras ke atas Liu kerana didapati telah gagal menguruskan pejabatnya mengikut standard harapan orang ramai.
Selain Liu, jawatankuasa itu juga mendengar keterangan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim petang ini.
Penjelasan Liu diambil selepas sesi pendengaran membabitkan Teng.
Tan menambah, jawatankuasa disiplin tidak akan mengesyorkan agar Liu dipecat ataupun digantung berhubung peranannya dalam kontroversi surat sokongan politik.
Dalam pada itu, kenyataan media dikeluarkan jawatankuasa disiplin berkata, Tee telah mengeluarkan surat sokongan bagi pihak syarikat anaknya meskipun Liu kemungkinan tidak menyedari perkara tersebut.
“Episod ini telah menjejaskan imej parti,” kata kenyataan itu lagi.
Malah jawatankuasa itu menekankan, pihaknya mahukan komitmen kukuh daripada Liu di mana beliau perlu fokus ke atas pengurusan pejabatnya secara lebih profesional.
“Dalam menjalankan tugas publik, pemimpin-pemimpin DAP harus sedar tentang harapan tinggi rakyat.
“Rakyat mahu melihat peralihan daripada budaya rasuah dan kronisme BN,” katanya.
Liu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin berhubung isu pengeluaran surat sokongan menggunakan kepala surat miliknya.
Teng pula diarah member penjelasan terhadap kenyataan beliau yang berbunyi “OMG! Real culprit freed” yang dibuatnya di laman sosial Twitter, selepas jawatankuasa itu mengumumkan keputusannya untuk memecat Tee kerana didakwa mengeluarkan bebarapa surat sokongan menggunakan kepala surat Liu.
Tee dipecat kerana dikatakan menyalah guna kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak dari MPK buat kaum keluarga dan kroninya.
Liu membuat laporan polis pada 2 Ogos lepas, mendakwa berlaku perbuatan menyalah guna kepala suratnya bagi tujuan menyokong usaha mendapatkan projek, tanpa pengetahuannya.
Selain Tan, jawatankuasa disiplin DAP turut dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang juga naib pengerusi jawatankuasa itu, M. Kulasegaran, Lim Hock Seng dan Tai Sing Piau.

Timbalan Presiden: Azmin masih bincang, Jeffery nafi mahu tanding


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Azmin Ali yang terus menjadi sebutan akan bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum mencapi kata putus kerana beliau masih mengadakan perbincangan mengenai soal itu. “Perbincangan masih diadakan,” kata beliau ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider ketika ditanya status pendirian dalam soal merebut kerusi nombor dua parti itu.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan tahap perbincangan dan dengan siapa perbincangan itu diadakan.
Ketika ditemui The Malaysian Insider akhir Mei lalu, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut.
“Kita akan bincangkan dalam parti (jika ada pencalonan),” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.
The Malaysian Insider juga difahamkan kemungkinan akan ada usaha untuk berkompromi dan mengelakkan pertandingan.
Selain Azmin antara yang turut disebut-sebut akan merebut kerusi nombor dua PKR ialah Mustaffa Kamil Ayub dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
The Malaysian Insider difahamkan ada seorang dua menunjukkan minat, tetapi belum membuat keputusan muktamad.
Semalam anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim menafikan laporan bahawa akan bertanding jawatan timbalan presiden, malah beliau menegaskan, tiada hasrat merebut sebarang jawatan.
Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau bersedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.
Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan.
Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.
Dalam pada itu, salah seorang Naib Presiden Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menafikan beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden.
“Saya tidak ada apa-apa hasrat, siapa kata begitu? Itu mungkin mereka berkata begitu, saya tidak bertanding,” katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui hanya akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.
“Saya akan mempertahankan jawatan naib presiden... saya akan mengumumkan bila sampai masa yang sesuai,” katanya.

Another PKFZ bigwig to be charged - this time from Umno?

Malaysia Chronicle

A day after returning to work, it looks like Prime Minister Najib Razak is turning on the heat on corruption, with an Umno bigwig involved in the Port Klang Free Zone project expected to be hauled up soon.

“There are several people in the queue because the PKFZ was such a big project. This time, it should an Umno personality. Who is hauled up first or second all depends on whether all the evidence is in place, are they in town … these sort of factors,” an Umno watcher told Malaysia Chronicle.

Indeed, journalists have been alerted of the possibility of another high-profile arrest and have been waiting at the Putrajaya sessions court since early morning. But nothing happened on Thursday and the courts have closed.

Meanwhile, sources tell Malaysia Chronicle that the 'big arrest' is still on and not a wild goose chase.

"It is just a matter of timing. Don't lose faith, it will happen very soon," the watcher said.

Malaysian power play of corruption and vested interests

Speculation has been rife about the PKFZ wrongdoers since former MCA president Ling Liong Sik was arrested last month for misleading the government on the project’s land valuation. He pleaded not guilty and was released on bail of M1 million.

Najib had gone on leave just a day before Ling's arrest and returned to work on Wednesday. Umno watchers have previously told Malaysia Chronicle that more arrests would be made involving bigwigs in Selangor Umno and MCA as part of a wider blitz on corruption that will not be limited to just the PKFZ project.

The PKFZ debacle has been described as a true Malaysian power play of conflict of interests, weak project management and bad governance at the highest levels - allegedly all the way up to former premier Mahathir Mohamad who kicked off the project. His successor Abdullah Badawi who continued the project after taking over the premiership in 2003.

Initially allocated a budget of RM1.9 billion, massive cost overruns have raised the bill many folds and auditors have warned if its debt is not revamped, the total cost to taxpayers could come up to RM12.5 billion.

Among the personalities named in an external auditor's report are two former transport ministers Tun Dr Ling Liong Sik (1986-2003) and Tan Sri Chan Kong Choy (2003-March 2008), former Minister of Housing and Local Government Tan Sri Dr Ting Chew Peh, who was also Port Klang Authority chairman (2000-2004), former Serdang Member of Parliament Datuk Yap Pian Hon who was Port Klang Aurhority chairman (2004-2007), Alor Setar Member of Parliament Datuk Wira Chor Chee Heung, who was Port Klang Authority chairman (2007-2008), former UMNO treasurer Datuk Seri Azim Mohd Zabidi, the first woman general manager of Port Klang Authority Datin Paduka O.C.Phang and the project "executor" Bintulu Member of Parliament Datuk Seri Tiong King Sing.

Anwar says no confidence in MACC probe of support letters

KUALA LUMPUR, Aug 12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dismissed today the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC)’s ability to investigate the alleged abuse of endorsement letters by two Klang municipal councillors, after calls from Umno demanding that the anti-graft agency take over the probe from the Selangor state government.
The Pakatan Rakyat (PR) de facto leader insisted that the Selangor PR government under Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim was doing its best in conducting investigations on an internal level, claiming that the state’s investigations was sufficient to ensure transparency.
“We in Pakatan Rakyat are committed to finding out the truth about what is actually happening with regards to the issuance of endorsement letters.
“I have always maintained that the Selangor state government must ignore support letters that involve tenders, (with the intention of) securing it for companies. It is absolutely unnecessary for support letters to be used to secure government contracts for companies. It must go through a normal, open tender process,” said Anwar (picture).
Anwar claimed that the reason why the Selangor government did not “hand over” the investigations of the misappropriation of endorsement letters to the MACC was because the state did not have much “confidence” in the MACC’s ability to conduct the investigations impartially.
“We do not have confidence in the MACC ... why should we wait for MACC to come and step in? When there are claims of abuse of endorsement letters, the state government has immediately stepped in and taken necessary action. This is the state’s administrative procedure,” Anwar told The Malaysian Insider.
Anwar had earlier last week demanded that the Selangor government ignore all forms of recommendation letters for the purpose of securing government contracts for companies.
The Selangor economic advisor had said that procurements of any government contacts should be awarded through a normal, open tender system and that the existing practice where MPs or state assemblymen issued letters of support to help secure contracts for various companies was “unnecessary”.
Umno lawmakers demanded today that the Selangor government hand over investigations into the alleged abuse of endorsement letters by two Klang municipal councillors – Tee Boon Hock and Hamidah Mat Sum to the MACC.
They claimed that MACC needed to take over the probe for the sake of “transparency”, expressing doubts about whether the state government under Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim would be able to conduct investigations in a fair and impartial manner.
Tee was sacked yesterday by the Selangor MB due to a “conflict of interest”.
Tee has been at the centre of a row over the issuance of endorsement letters by either elected representatives or appointed councillors for government contracts.
He was also recently sacked by the DAP when it emerged that he has issued a support letter for a company where his son was director.
The state government’s decision was effective on August 6 and had been communicated to the Klang Municipal Council (MPK) president for further action.
Selangor is also investigating allegations against Klang Municipal (MPK) councillor Hamidah Mat Sum for issuing support letters for her husband’s business.
The allegations against the PKR councillor was raised yesterday by Kapar MCA division chief Datuk Song Kee Chai.
Song claimed the two-term municipal  councillor had issued between four or five letters since 2009 to help her husband, Jan Sakimah, to secure contracts from the MPK.
Song, who himself is a former MPK councillor during the previous Barisan Nasional (BN) administration, today also lodged a police report against Hamidah.
PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail stressed that Khalid’s move in sacking Tee from the Klang municipal council proved that PR did not compromise on taking action in cases involving graft or abuse of power.
“Even though we realise that investigations like that will be exploited and manipulated by our political foe Umno and BN, PR’s priority is to fulfil our obligations to the rakyat.
“Because of that, when there is a complaint that involves allegations of wrongdoing and graft that involves any positions – in this case, it is councillors – the PR Selangor government immediately started investigations and made decisions,” Saifuddin told The Malaysian Insider.
When asked why Khalid’s administration did not refer Tee to the MACC, Saifuddin said that Selangor exco member Ronnie Liu’s act of lodging a police report over the alleged abuse of his letterhead and seal had “opened the door” for the anti-corruption agency to launch investigations.
“If there is a complaint to the police and there is graft, police can invite SPRM (MACC) to investigate. The fact that we have made police reports, we have opened a way for both agencies (police and MACC) to do their duties,” said Saifuddin, who said that he did not know if the Selangor government had decided to refer Tee to MACC.

CIJ: FOI Selangor perlu berprinsip penzahiran

Cadangan rang undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2010 oleh kerajaan Selangor harus berpandu kepada prinsip penzahiran secara maksimum, selaras dengan undang-undang antarabangsa, menurut Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) hari ini.

Pengarahnya V Gayathry (pertama dari kiri) berkata enakmen itu harus melindungi konsep kebebasan dan menyediakan hak asas kepada akses mendapatkan maklumat.

"Prinisp penzahiran secara maksimum memastikan andaian bahawa semua maklumat yang dipegang oleh badan-badan awam harus tertakluk kepada penzahiran tanpa syarat.

"Oleh itu badan awam mempunyai kewajipan untuk mendedahkan maklumat dan setiap orang awam mempunyai hak sama untuk menerima maklumat," katanya pada sesi dialog antara Jawatankuasa FOI dan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Shah Alam hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mencipta sejarah apabila membentangkan rang undang-undang FOI bagi memperkukuhkan hak rakyat mendapat akses kepada maklumat semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini.

Exco negeri Bagi Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri membentangkan rang undang-undang itu bagi mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam.

Rang undang-undang itu memperuntukan seorang pegawai maklumat ditempatkan di setiap jabatan kerajaan negeri bagi membimbing orang awam dalam mengakses dokumen yang diminta.

Pegawai berkenaan perlu memberi respon dalam tempoh 30 hari atau tujuh hari dalam situasi mengancam nyawa.

Gayathry berkata rang undang-undang FOI harus menyediakan perlindungan kepada pemberi maklumat bagi memastikan mereka tidak dihukum kerana mendedahkan maklumat mengenai perbuatan salah laku.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa FOI Selangor, Saari Sungib berkata perbincangan dengan NGO itu menunjukkan rang undang-undang perlu diperbaiki lagi.

"Tujuan perbincangan itu bagi menggalakkan maklum balas membina, pertukaran idea dan memberi cadangan bagi mempertingkatkan rang undang-undang itu supaya memastikan orang awam akan mendapat manfaat daripada akses kepada maklumat yang diperlukan," katanya.

Katanya enakmen itu, yang dijangka berkuat kuasa menjelang Jun tahun depan, akan membolehkan penduduk mendapat maklumat tanpa larangan terhadap projek-projek yang dilaksanakan di kawasan masing-masing.

- Bernama

Politik Pembangkang musnahkan kerjasama Felda dengan Peneroka...terbongkarnya rahsia hamba abdi Felda.....!!!

431977d223ff62f95107b5025d96d635 Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Mazlan menegaskan tindakan peneroka menyaman Felda RM200 juta menggunakan isu kes Kemahang 3 adalah hasil hasutan daripada parti pembangkang untuk memusnahkan hubungan baik di antara Felda dan peneroka.
Menurutnya, peneroka Serting dan peneroka Raja Alias perlu mengetahui perkara sebenar kekalahan Felda terhadap kes mahkamah Kemahang 3 sebelum menfailkan saman kepada Felda.

"Felda ingin maklumkan kepada peneroka bahawa kekalahan Felda pada 13 Januari 2008 dalam kes saman peneroka Kemahang 3 bukan kesalahan Felda tetapi sebab kesalahan teknikal oleh peguam bela.
"Peguam bela tidak dapat hadirkan diri untuk membela Felda menyebabkan keputusan kemenangan kes itu diberikan kepada peneroka Kemahang 3," katanya di Dewan Perdana Felda di sini hari ini.
Mazlan berkata, peneroka perlu tahu bahawa hingga kini Felda masih menunggu keputusan terakhir dari Mahkamah Persekutuan terhadap kes Kemahang 3.
"Peneroka sekarang ini tidak perlu tertipu dengan hasutan daripada parti pembangkang yang menggunakan peneroka sebagai alat mainan politik mereka,"ujarnya.
Tambah beliau, ceramah yang sering diadakan oleh parti pembangkang terhadap Felda adalah tidak berlandaskan ketulusan tetapi pembohongan.
"Pembangkang mengeluarkan kenyataan bertulis mengenai Felda dalam setiap ceramah mereka tetapi setiap keratan itu adalah penipuan untuk merosakan hubungan Felda dengan peneroka.
"Kalau peneroka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Felda, peneroka sebenarnya boleh terus berunding dengan jawatankuasa-jawatankuasa Felda yang sedia ada," jelasnya.
Beliau berkata, Felda sentiasa memberi khidmat terbaik dalam membantu peneroka berjaya dan tidak pernah ingin mengutip hasil kewangan daripada peneroka.
Sementara itu, mengenai saman RM200 juta daripada 766 peneroka, Mazlan berkata, Felda tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut memandangkan writ saman masih belum dikeluarkan oleh mahkamah.
"Sebaik sahaja writ saman dikeluarkan daripada mahkamah, Felda akan memberi penjelasan terperinci dan akan melantik peguam untuk menjawab segala tuntutan daripada para peneroka tersebut.
"Jika ada peneroka yang ingin terus menyaman Felda, Felda tetap akan terus menjawab segala tuduhan kerana Felda tidak pernah menipu peneroka dan tidak pernah memakan wang peneroka," katanya.
Tambah beliau, isu saman RM200 juta peneroka itu adalah sama seperti saman Felda terhadap akhbar ‘Suara Keadilan’.
"Saman ini menunjukan parti pembangkang tidak berpuas hati dengan Felda dan ingin kembali menyaman Felda menggunakan jumlah yang sama melalui peneroka," katanya.

Skandal PKFZ: Umno Selangor nafi terlibat...ha.ha..tak mau mengaku...!!!

20090423151151_khir-toyo_62 Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Beberapa pemimpin kanan Umno Selangor menolak dakwaan nama mereka disebut-sebut sebagai pemimpin yang akan didakwa kerana terbabit dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mereka mendakwa tidak tahu menahu dengan khabar angin tersebut.
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo berkata, "saya tidak tahu ada pemimpin Umno yang akan didakwa hari ini.

"Saya tidak terlibat dengan kes itu," kata ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor itu ketika dihubungi hari ini.
Timbalan Ketua Umno bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah juga mendakwa tidak tahu menahu dengan khabar angin tersebut.
"Saya tidak tahu, itu kena tanya pejabat Peguam Negara," katanya.
pada 29 Julai lalu, bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Beliau juga didakwa menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan berhubung tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.
Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405 hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.
Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

KASE tetap mahu sistem saman ekor dimansuh


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE) walaupun menyambut baik keputusan Kabinet menggantung sementara tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang menerima noti saman ekor, tetapi pihaknya tetap mahu sistem semasa dimansuhkan sama sekali. Sambil menyifatkan keputusan semalam sebagai sebagai kemenangan awal, Pengerusi KASE Datuk Mahfuz Omar lega dengan tindakan yang membolehkan ribuan pengguna kenderaan memperbaharui cukai jalan, namun tetap bersikap skeptikal.
“Persoalannya, bagaimana pula dengan kenderaan yang cukai jalan tamat selepas 28 Februari 2011?” ujar beliau ketika perbualan telefon bersama The Malaysian Insider.
Mahfuz berkata, KASE tetap akan memperjuangkan perkara ini sehingga sistem senarai hitam dimansuh terus.
“KASE akan terus buat pemantauan dan sebarang tindakan yang dibuat kerajaan haruslah mematuhi undang-undang negara,” katanya.
Beliau mendedahkan KASE sedang cuba mengadakan rundingan bersama kementerian terbabit bagi mengatasi terus masalah kontroversi saman ekor ini.
“Kami ingin mendapat peluang adakan dialog dengan Kementerian Pengangkutan, dan Kementerian Dalam Negeri. Harap Kerajaan dapat adakan rundngan dengan semua poihak bagi cari penyelesaian,” kata beliau sebelum menambah surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein akan diserahkan dalam masa terdekat bagi mengadakan perjumpaan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri.
Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.
“Pada masa yang sama kepada mereka yang disenaraihitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya,” katanya.
Pemuda Umno juga mengalu-alukan keputusan Kabinet yang menangguhkan sistem senarai hitam pemilik kenderaan dan membolehkan mereka memperbaharui cukai jalan.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan Kabinet itu mencerminkan pendirian pergerakan itu yang mahu pelaksanaan saman ekor ini dikaji semula.
“Pemuda Umno menganggap keputusan Kabinet itu paling tepat. Lagipun ini memang desakan dari seluruh negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Menurut Reezal, Pemuda Umno hanya meminta agar sistem saman ekor dikaji semula dan tidak pernah meminta untuk dihapuskan penyenaraian hitam pemilik kenderaan itu.
“Sebelum habis kajian, kena tangguhkan dulu. Kena faham Pemuda tak pernah minta mansuh sama sekali. Ini kerana ia tidak adil pada sesetengah pihak,” jelas beliau sambil menambah bahawa sistem yang lengkap perlu diadakan bagi menjamin keadilan.
“Memang perlu ada sistem, aturan dan peraturan serta penguatkuasaan yang merangkumi keseluruhan sistem,” katanya lagi.

Kerajaan PR Selangor Dah Hilang Akal!!!


Wehh!!
Hilang akal ka apa MB khalid nih!!
Ada ka buat benda yang di'haram'kan sewaktu UMNO memerintah Selangor!
Baik dari Zaman dulu sampai la MB terakhir UMNO si Khir Toyo tuh!
Memang tak pernah buat kerja gila macam ni!

Sudah-sudahlah MB Khalid.. dari membuat kerja-kerja gila nih!
Nanti habis semua rakyat Selangor sokong UMNO!

Kelak, apabila orang-orang UMNO Selangor ni rindukan rasuah, pecah amanah..
macam mana?
kemana lagi mereka nak melepaskan rindu mereka?

Jangan sampai orang UMNO Selangor hantar peluru dan nota ugutan kat MB sudah..
Maklumlah.. zaman UMNO berkuasa tak pernah dibuatnya jemput pegawai SPRM dok dalam pejabat Tanah! itu Pejabat tanah!
La ni PR siap jemput SPRM dok dalam ofis KSSB! perghhh!!
Salute!!!

sunsnake 12082010

Selangor Cabar SPRM Tempatkan Pegawai Di KSSB

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawainya di dalam pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd bagi memantau aktiviti harian syarikat tersebut.
Abdul Khalid berkata dengan cara ini SPRM boleh memantau semua aktiviti dan urusniaga yang berlaku secara lebih dekat dan memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku.
"Keputusan ini adalah langkah untuk menunjukkan kepada SPRM dan mereka yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap kakitangan KSSB bahawa operasi dan urusan KSSB adalah telus tanpa perlu menyembunyikan apa-apa," kata beliau selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Isu Tipu Jual Beli Hasil Kelapa Sawit, Terkejut Saman RM200 Juta Tiba-Tiba Yusof Noor Umum Felda Dapat Sijil Kononnya Mereka Terbaik

Lucu benar melihat keletah Felda sekarang ini. Jika dulu pahlawan mereka ialah si Ahmad Maslan. Kini Menteri UMNO itu terduduk dan tergamam, bila mana melihat begitu ramai peneroka menyaman mereka sebanyak RM200 juta akibat tidak berpuas hati atas dakwaan mereka terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit. Akibat terkejut dengan tindakan saman tersebut, maka hari ini tiba-tiba pula Pengerusi Felda Si Yusof Noor mengumumkan bahawa Felda menjadi agensi pekebun kecil pertama di dunia mendapat Sijil Meja Bulat Sawit Mapan (RSPO) pada 22 Jun, tahun ini. Sambil melahirkan rasa bangganya dengan penerimaan sijil itu, beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan sijil RSPO memandangkan ia perlu mengikut pemeriksaan protokol ketat dan ia dinilai oleh penilai berdasarkan kepada prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh RSPO pada November 2007. "Sijil RSPO ini merangkumi dua kompleks kilang sawit iaitu Kilang Sawit Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Lepar Utara 6 di Pahang dan 11 rancangan yang menghantar hasil sawit ke kilang ini. Kesemua ladang yang terlibat melibatkan keluasan 22,268 hektar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Penyerahan Sijil Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) di Dewan Merak Kayangan, bangunan Felda di sini hari ini. Soalnya sekarang benarkah sijil itu diperolehi oleh Felda atau sijil yang terpaksa "dibeli" untuk "menegakkan benang yang basah" dan menyelamatkan keadaan. Masalahnya, majoriti peneroka Felda di seluruh negara tahu dan mempunyai bukti tentang penipuan Felda ini. Maka, bagaimanakah mereka tiba-tiba boleh mendapat sijil tersebut sebenarnya.

[Satu kemusykilan lagi, kenapa baru sekarang perkara itu diumumkan dan majlis diadakan secara mengejut?. Semua ini menimbulkan keraguan dan menunjukkan yang Felda kini tertekan dengan satu persatu pendedahan yang dilakukan oleh para peneroka itu sendiri. Jika sebelum ini, mereka marah campur tangan orang luar terhadap pentadbiran Felda, kini mereka begitu terasa apabila peneroka sendiri membuat tindakan mengejut itu. Soalnya, kenapa Ahmad Maslan menyepi tentang isu saman RM200 juta itu agaknya?. Apakah beliau kini dipersalahkan kerana cuba menakutkan peneroka itu gamaknya. Umum mengetahui bahawa Yusof Noor antara individu yang bertanggungjawab melingkupkan Felda. Lihat sahaja Hotel Felda yang didirikan di Kuala Terengganu itu. Sekadar mahu kaut untung singkat tapi kehadiran pelanggan amat memalukan. Inilah dia kerja puak-puak yang kononnya membela rakyat sejak dulu, kini dan selamanya].
PDO.

DULU CHINA KENA SERANG OLEH BRITISH DENGAN CANDU - SEKARANG KITA DI SERANG IRAN


TIGA WARGA IRAN DIBERKAS BERSAMA SYABU RM2.6 JUTA - melayau

Tiga warga Iran termasuk seorang wanita diberkas bersama 10.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.6 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang malam kelmarin.

Ketiga-tiga suspek yang baru tiba dengan penerbangan dari Doha, Qatar diberkas ketika sedang berjalan keluar bersama bagasi masing-masing dari balai ketibaan antarabangsa kira-kira pukul 10.40 malam.

Nota:
apakah warga iran masih boleh datang ke Malaysia
dengan mendapatkan visa di lapangan terbang?
sampai bila melayu nak jadi bodoh?
kenapa bioleh masuk ambil visa di lapangan terbang?

apa tugas kedutaan di sana?
main telooor?

warga iran sedang menyerang negara ini dengan syabu
tak payahlaa terpengaruh kerana ini negra islam – tak ada
makna apa apa - iran negara gagal – esport utama ialah syabu

kalau pihak imigrisen buat dasar mesti minta visa di tehran
masalah syabu ini selesai - mereka bawa dari iran – putar putar
ke dubai untuk masuk ke klia – kenapa melayu bodoh?

marah pada china – kerana control ekonomi

tapi negara di buka pada china doll
tapi negara dibuka pada black dool
negara di buka pada bangla
negara di buka pada vietnamese
negara di buka pada indon

kenapa marah pada china yang telah berpuluh tahun jadi
warga negara ini - melayu gerombolan ini betul mata juling kah kah kah

TT.

Lim Guan Eng Tak Faham Islam!


Iskk!! Lim Guan Eng ni tak habis-habis tunjukkan yang dirinya bodoh pasal Islam!
Kalau ikut UMNO, apa yang dikata dek Guan Eng ni salah!
ini semua bukti yang Guan Eng ni tak faham Islam!

Haaa.. contoh terbaik buat Guan Eng adalah Chua Soi Lek!
haaa.. itu adalah bukti betapa UMNO berjaya memahamkan Islam pada rakan politiknya..
Maklumlah.. UMNO kan parti Islam!

Kekantoian Soi Lek dengan klip video dulu pun.. biasalaa..
silap-silap yang dok mengaku perjuang bangsa melayu ni lagi teruk!
cuma tak kantoi je!
kalau kantoi pun.. tembak sudahhh!!
lagipun Polis Malaysia bukan minat sangat nak siasat motif!

wakakakaka!

Tahniah Guan Eng.. lantak la kalau UMNO kata ko berlakon ke.. menyamar ke..
Setidak-tidaknya teman berhati-hati dengan kamu..

Daripada teman percaya kat UMNO! baik teman percaya kat harimau lapar tak makan 20 hari!
sunsnake 12082010

Guan Eng Seru Elak Tabur Fitnah Dalam Ramadhan Al Mubarak

SHAH ALAM 11 Ogos - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru rakyat mengelak daripada menabur fitnah walaupun mempunyai ideologi politik berbeza sempena Ramadhan Al Mubarak tahun ini.
Guan Eng berkata perbuatan mengaib orang atau meniup sentimen perkauman berdasarkan pembohongan dan berita palsu memang kelaziman tidak sihat yang masih dimainkan.
Beliau memberi contoh dakwaan perarakan Maulud diharamkan diulang-ulangi sungguhpun ia tetap berjalan seperti dulu kala dan dengan lebih meriah.
Terkini demonstrasi yang diadakan berhubung dakwaan palsu Bazar Ramadan di Komtar diharamkan oleh pihak penganjur yang telah mengutip wang sewa daripada peniaga tetapi tidak menyerahkannya kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
"Kerajaan negeri sedia menerima cabaran ini dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin orang Islam, dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar," kata Guan Eng dalam perutusan beliau.

Kaya, kaya. Harta Ismet Ulam Raja di Luar Negara ...?

Gambar hiasan.
Anak dan menantu di Kanada.

Kaya, kaya, sungguh kaya.
Harta Ismet Ulam Raja di Luar Negara ...?

Di sini dan di sinun.

Badut Sial, Perosak Sistem Perundangan Negara.



Badut ni kata dijumpainya nota bunuh diri selepas dua bulan seorang anak cina mati kat bangunan yang di tingkatnya ada pejabat sprm... ha..ha..ha..., tapi di senyapkan saja dan biarkan inkues pasal kematian budak tu berlangsung... ntah apa motifnya... berbuat demikian ramai yang tak tahu...??? dan menjadi pertikaian... jika ikut logik pemikiran... manusia2 yang berakal... semuanya itu hanyalah cerita rekaan semata2 bagi mengaburi mata rakyat... dalam ertikata lainnya ialah... cerita rekaan jelah...


Setelah setahun inkues pasal kematian budak tu berlalu dan menunggu lanjutan inkues tersebut dengan kehadiran pakar forensik dari Thailand iaitu seorang Mama Rock yang di geruni oleh Badut tersebut, maka di hebohkan baru2 ini bahawa adanya nota bunuh diri. Salah satu adegan lawak bodoh yang di bawa oleh Badut Perundangan Negara yang asalnya anak kepada Pak Petai Setahil, pasal tu otak dia pun kurang suku satu tahil... bangang nak mampus...

Walaupun dalam n3 sebelum ini gua dah kecam tindakan bodoh yang lagi untuk memperbodohkan sistem perundangan dan rakyat Malaysia khususnya oleh Badut Perundangan ini, gua juga mendesak supaya Badut ni letak jawatan jelah dari menjaga undang2 negara dan memBadutkan diri beliau sendiri tanpa kemaluan dan harga diri.

Cuma gua berharap, supaya Badut ini tidak buat satu lagi cerita lawak sarkas dengan mengatakan bahawa dia juga mempunyai nota bunuh diri kepunyaan pemilik atau pemandu Toyota Caldina yang merempuh divider di lebuhraya utara-selatan berhampiran Sungai Buloh baru2 ini... memang sengaja cari nahas untuk digelakkan satu malaysia nanti... silap hari bulan....

Orang buka puasa makan kurma dengan air, Badut ni pulak makan penerajang...

Ntah la... apa nak jadi dengan Malaysia ni pun gua dah tak tau nak cakap lagi... setiap kenyataan dan kerja2 bodoh bangsat2 ni semua... jenis tak pakai akal atau main belasah jer... asalkan matlamat mereka tercapai demi menghalalkan cara mereka yang kotor dan jijik...

Apa malaun2 itu semua fikir yang rakyat ni buta dan pekak ke...??? Apa malaun2 tu semua fikir rakyat ni sama level dengan otak lembu diorang ke..??? Dengan mudahnya keluarkan kenyataan untuk memperbodohkan orang ramai...

Gua berharap sangatlah... dalam PRU-13 nanti adanya perubahan kerajaan, dah semakin menyampah tengok kelakuan penyamun dan penyangak yang sedia ada la ni..., nak jer... kalau boleh gua nak suruh malaun2 tu semua beratur ramai2 dan terajang sekor2 dari tingkat 80 - KLCC... biar jatuh ke bawah hancur berkecai dah takda rupa manusia lagi... eeeee.... geramnya gua.... 
IkutSukaAku.

BINI GEMOK MACAM MAN ANAK SELARAS

TENGOK KAKI DAH POTONG STIM

DAP: PEMUDA UMNO DAN MCA HILANG TARING-mkini

Keputusan kabinet melarang mahasiswa menyertai politik menunjukkan BN langsung tidak mendengar pandangan rakyat, khususnya golongan muda yang mahu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di universiti tempatan, kata ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke.

Keputusan ini juga, tegasnya, membuktikan sayap Pemuda BN, khususnya Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenar menyertai parti politik, langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.

Malahan, kata Loke yang juga ahli parlimen Rasah, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan tersebut, juga tidak diendahkan oleh menterinya sendiri

KAH KAH KAH..

Woit… BUKAN TAK ADA TARING…. Kah kah kah,…

Kah kah kah… TARING SUDAH KECUT MECUT…. Kah kah kah…

Kah kah kah… SEMUA TAK SELARAS LAGI…. kah kah kah…

Kah kah kah…NAK SELARAS MACAM MANA…. BINI GEMOK GEMOK BELAKA…. Kah kah kah…

kah kah kah... GEDEBAB DAN HOTOK MOTOK.... kah kah kah..

Kah kah kah…. BUBUH VIAGRA PUN TAK BOLEH BANTU… kah kah..kah..

Kah kah kah… NAK PELOK BINI…. JADI SATU TUGAS … kah kah kah

kah kah kah... ITU PASAL TARING TAK SELARAS... kah kah kah
TT.

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'.

Kelantan mahu guna mata wang syariah bayar gaji kakitangan

KOTA BARU, 12 Ogos — Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, kerajaan negeri itu memperkenalkan mata wang syariah — emas dinar dan perak dirham.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.
Bagaimanapun, kata beliau masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.
“Kita bercadang mengamalkan semua urus niaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi,” kata beliau kepada  pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di sini, hari ini.
Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).      
Simbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.      
Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.
Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23mm dengan berat 4.25 gram bernilai RM332.25.
Selain itu separuh dinar bersaiz 20mm (1.06 gram) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21mm (0.5 gram) bernilai RM99.38.
Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.
Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurus niaga di premis mereka.
Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurus niaga.
Beliau berkata, tidak ada sebab urus niaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.      
Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

'Ada masanya Felda perlu degil'

Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Nor berkata ada masanya Felda perlu bersikap 'degil' dalam berdepan dengan cabaran dan kritikan pihak tertentu yang mahukan industri sawit ditutup.

"Lebih banyak perkara negatif kepada Felda, lebih kuat (kita) bekerja. Ia (Felda) tidak peduli (dengan) orang marah, (Felda) teruskan kerja secara profesional dan bertanggungjawab.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Felda. Ada masa degil ini diperlukan," katanya.

Beliau mendakwa terdapat pelbagai tohamahan dan andaian terhadap industri perladangan sawit di Malaysia.

"Ada di kalangan mereka yang bergembira sekiranya industri sawit ini ditutup," katanya di majlis penyerahan Sijil Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) di Wisma Felda di ibunegara hari ini.

Bagaimanapun pihaknya dapat mempertahankan industri tersebut dengan memperolehi pengiktirafan yang lain melalui keedah tertentu, antaranya mendapat ISO9000, ISO1400 dan ISO18000.

Sehubungan itu, Yusof menegaskan bahawa penganugerahan sijil RSPO kepada kedua-dua kilang tersebut "bukan sahaja memulih imej atau pentadbiran, malah telah menaikkan imej negara".

"Ini kerana Felda terletak di Malaysia dan ladang-ladang berkaitan mendapat sijil di Malaysia. Bukankah itu menaikkan imej negara?" katanya.

Katanya, Felda adalah agensi pekebun kecil pertama di dunia yang mendapat RSPO.

Sijil bertarikh 22 Jun 2010 itu diberikan kepada dua kompleks sawit iaitu Kilang Sawit Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Utara 6 di Pahang dan 11 rancangan Felda yang menghantar hasil sawit ke kilang ini.

Kesemua ladang yang terlibat merangkumi 22,268 hektar.

Menurut Yusof, sijil tersebut diharap menjadi pembuka jalan kepada lebih 60 kilang yang lain untuk memperolehi sijil yang sama.

"Perkara itu tidak mustahil, dan tidak mustahil (tempoh) itu dapat dipendekkan.

"Sekiranya kita mendapat RSPO, ia dapat membuka mata agensi lain terhadap Felda dan (mereka) lebih menghargai Felda. (Dan) bukan menyatakan Felda bankrap seperti yang disifatkan oleh sesetengah orang.

"Hanya orang yang tidak bermoral, yang ada agenda politik, yang berkata demikian," tegasnya.

Menurut Yusof lagi, kejayaan yang diperolehi Felda bukan bertujuan untuk mengangkat diri sendiri, tetapi sebaliknya untuk meningkatkan lagi kekuatan agensi kerajaan itu.

Zaid kritik kod etika pemilihan PKR

Bahang menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa apabila ahli biro politiknya Datuk Zaid Ibrahim menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu.

Beliau yang juga penyelaras Pakatan Rakyat berharap PKR tidak menjadi "hipokrit seperti Umno" apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya.

pkr kb convention zaid ibrahim"Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran open house (rumah terbuka) yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti.

"Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!"

Menulis dalam blognya Zaid untuk Rakyat, Zaid berkata kod etika boleh digunakan, tetapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.

"Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?" coret Zaid dalam artikel berjudul 'Demokrasi dalam Parti Politik'.

Belum tentu adil pada semua


Menurut pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua.

pkr congress agm kota baru 300510 crowdBekas menteri itu berkata, semasa dalam Umno dulu beliau pernah menjadi mangsa apabila digantung keahlian dan menggugurkannya sebagai calon atas tuduhan politik wang.

"Dan walaupun saya meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah... dan Umno mana boleh buat salah," katanya sinis.

Sehubungan itu, Zaid berkata, beliau berharap PKR "tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin"

"Biarlah kita praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan lineup (barisan) atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan," katanya.

Bagaimanapun, Zaid - yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR - hari ini mengumumkan tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan pun.

SUA: Penambahbaikan berterusan

"Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka.

"Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai campaign manager (pengurus kempen) ini," perli Zaid lagi.

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution telephone databaseSementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas kritikan pedas Zaid itu.

Bagaimanapun ditanya sama ada PKR akan melakukan cadangan penambahbaikan selepas dikritik Zaid, Saifuddin menjawab penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan.

"Parti sentiasa dinamik dan tidak statik," katanya yang juga ahli parlimen Machang

Katanya PKR sebagai sebuah parti ditadbir oleh perlembagaan, peraturan-peraturan dan keputusan daripada majlis pimpinan pusat.

"Semuanya akan diturunkan kepada ahli melalui setiausaha agung sama ada melalui pekeliling atau makluman-makluman tertentu," jelasnya secara umum.

Umno-BN Punyai Sejarah Panjang Hina, Aib Raja-Raja Melayu

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 12 Ogos - Pemimpin Umno mempunyai sejarah panjang berhubung isu menghina dan mengaibkan Raja-raja Melayu sedangkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah gagasan baru dalam lanskap politik negara berpegang kepada prinsip mempertahankan Perlembagaan termasuk melindungi hak serta menghormati martabat raja-raja Melayu di negara ini.
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta KEADILAN memohon maaf kepada Sultan Johir berkaitan isu kain rentang provokatif, jelas menunjukkan Umno penuh dengan kepura-puraan dan kini cuba memperalatkan institusi Raja Melayu ketika parti itu semakin ditolak rakyat.
"Umno yang semakin tersepit dalam usaha meraih sokongan rakyat cuba mempengaruhi Raja-raja Melayu selepas tidak berjaya menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Sebelum ini Umno juga cuba menggunakan beberapa individu yang didakwa sebagai ulama muda dan segelintir Mufti supaya mengikuti kehendak mereka.
"Bagi saya, kenyataan Muhyiddin dari awal lagi telah menghina Raja dan kita boleh senaraikan tindakan pemimpin Umno yang terdahulu yang telah menghina dan mengaibkan raja-raja Melayu," jelas Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Malahan kata Nizar lagi pemimpin Umno-BN harus dipersalahkan kerana disebabkan mereka, kuasa raja-raja Melayu hilang dan dirampas oleh Umno-BN dengan meminda Perlembagaan mengikut selera politik mereka.
Dalam nada yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata apa yang berlaku di Johor merupakan perancangan Umno untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Kalau kita lihat dari segi sejarah, yang menghina dan mengaibkan institusi raja pemimpin Umno sendiri. Merekalah yang sebenarnya sebelum ini menyerang institusi raja habis-habisan sejak daripada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kedurjanaan mereka berterusan sehingga kini.
"Umno merupakan parti yang apabila mahu menggunakan institusi raja, mereka akan mengeksploitasinya semaksimum mungkin dan apabila hendak dihina, pemimpin Umno yang akan terdepan sekali menghina raja-raja Melayu  seteruk-teruknya serta mendedahkan segala keaiban mereka di mata rakyat," tegas Syed Azman.
Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng mendakwa perbuatan memasang kain rentang provokatif yang membangkitkan kemurkaan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar negeri itu daripada Umno-BN.
Jui Meng membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.
Dalam pada itu, beliau menganggap tindakan melaga-lagakan KEADILAN dengan Sultan Johor sebagai fitnah yang gagal.