Rabu, 11 Ogos 2010

Satu Lagi Kejayaan Rakyat Menentang Kezaliman!


Syabas Rakyat Malaysia!
Syabas pimpinan Pakatan Rakyat!
Syabas kepada mereka yang cintakan keadilan!

Syabas kepada penyokong UMNO yang sudah insaf dan mulai sedar..
Bahawa UMNO langsung tak boleh harap!

Syabas jugak kepada Kerajaan Najib yang jelas terpaksa!

errr.. kalau rakyat tak bantah..
kompom benda zalim ni berterusan!
Ni dapat stop kejap pun jadi la!
sementara nak humban terus UMNO-BN di PRU 13 nanti!
InsyaAllah.. Amin!

sunsnake 11082010
Senarai hitam saman trafik ditarik balik
Ogos 11, 10 6:40pm

Kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu, bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (kanan) berkata keputusan itu diambil setelah mendengar alasan, aduan dan rayuan orang ramai dan ahli jemaah menteri. Tempoh itu diambil kira berikutan musim perayaan bermula dari sambutan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di kementeriannya di Putrajaya.

"Namun tidak ada diskaun akan diberi kepada notis-notis sedia ada yang masih belum diselesaikan dan notis itu juga tidak akan dihapus kira," katanya. "Pada masa yang sama kepada mereka yang disenarai hitamkan atau yang mempunyai notis-notis yang perlu dijelaskan, mereka tetap perlu menjelaskannya." Katanya selepas 28 Feb 2011, tindakan senarai hitam itu akan dilaksanakan semula.

Apabila Melayu Islam Bunuh Diri...


Teman pernah ceritakan dulu..
Teman asal dari Slim River..
Yang kelilingnya banyak estet..
Yang majoritinya berbangsa India..

Dan minta maaf cakap..
selalu jugak teman dengor cerita India bunuh diri..
Baik gantung leher.. minum racun... bakar diri..
Walaupun tak selalu...
tapi kira pada teman.. bunuh diri ni sinonim dengan bangsa bukan melayu la di Malaysia ni..

Teman tak pasti apa hukumnya bunuh diri dalam agama Hindu atau Buddha mahupun Kristian..
tetapi didalam Islam ianya sangat-sangat berdosa besar!

Agak mustahil memikirkan yang seorang manusia yang mengaku Islam, membunuh diri!
Lebih-lebih lagi seorang manusia yang mengaku sebagai Pejuang Agama, Bangsa dan Negara!

Jauh di sudut hati teman.. teman melihat kes ini seolah-olah 'diselubungi' misteri..
Agak banyak persoalan dan kemusykilan..
Kalau kita baca di pelbagai forum baik pro PR mahupun Pro UMNO..
ramai dikalangan mereka masih sangsi dengan kesimpulan yang dibuat oleh Polis.

"Terlalu ringkas dan mudah" itulah katakunci kemusykilan mereka.

Ada benarnya juga.. Polis benar-benar terlalu 'hebat' didalam kes ini sehingga berjaya 'menutup' kes ini dalam masa seminggu!

Tapi mana mungkin kita nak mengalahkan teori polis sedangkan kita hanya mengharapkan gambar dan berita di media sahaja?

Jadinya.. setakat ini.. terimalah hakikat akan kesimpulan yang telah dibuat oleh Polis..
Dan jangan lupa terangkan kepada rakyat betapa hinanya pemimpin UMNO yang seorang ini!
yang sanggup membunuh dan bunuh diri!

Sesuatu yang teman langsung tak pernah dengar dibuat oleh Bangsa India dan Cina di kampung teman dulu!

Tahniah UMNO! Satu lagi bukti konsep 1Malaysia!

sunsnake 11082010



Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

K
etua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.
Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

"Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.

Siapa Dr.M nie dok sebok urusan parti orang..dia presiden PAS kaa..??

Mahfuz Ingatkan Dr. M Jangan Campur Urusan Pas-DAP

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan kerjasama parti itu dengan DAP dan meminta agar bekas Perdana Menteri itu tidak mencampuri urusan dalam Pakatan Rakyat.
Mahfuz berkata, Dr Mahathir tidak layak mempertikaikan hubungan PAS dengan DAP kerana beliau sendiri gagal menjalinkan hubungan jujur dengan MCA dalam Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.
"Biarlah beliau nak kata apa, tapi hakikatnya beliau tak layak nak komen pasal PAS-DAP, tak layak nak kata kami (PAS) ikhlas ataupun tidak.
"Bagi kami beliau sendiri patut berasa malu kerana membiarkan dirinya menjadi 'kuda tunggangan' MCA hingga menyebabkan kerajaan ditipu oleh (Tun Dr) Ling Liong Sik (bekas Menteri Pengangkutan) mengenai isu penyelewengan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang )," katanya kepada mStar Online di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir dalam blognya bahawa PAS bersikap hiprokrasi apabila bersekongkol dengan DAP.
Katanya, tindakan PAS itu bukanlah satu perkongsian yang ikhlas sebaliknya parti itu hanya mahu mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina semata-mata.
Selain itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS wajar mempopularkan pemikiran-pemikiran yang lebih baru seperti mendekati golongan bukan Islam sekiranya parti itu mahu merealisasikan komuniti Islam yang kuat pada pilihan raya umum akan datang.
"PAS perlu berani dekati masyarakat bukan Islam serta perkasakan sokongan yang sedia ada di kalangan orang-orang bukan Melayu sejak tsunami politik dua tahun lalu.
"PAS sepatutnya tidak perlu takut dengan tohmahan Umno yang kononnya PAS bakal menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR sekiranya terus bersama Pakatan Rakyat pada PRU13 kelak," katanya yang dipetik dalam blognya gemasuara.blogspot.com.

Pergi Jahanam Dengan AUKU

Terbukti kerajaan masih lagi takut dengan bayang-bayang terutamanya kepada pelajar universiti sehingga menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bagi menghalang maasiswa daripada terlibat dengan politik.

Kebodohan kerajaan kian terselah apabila kerana mengikut perlembagaan seseorang yang telah cukup umur 21 tahun layak untuk mengundi. Jika sudah layak untuk mengundi maka pelajar tersebut boleh memilih mana-mana parti politik yang mereka minati.

Tindakan kerajaan ini mencerminkan mereka cetek dalam perlembagaan sehinggakan mengenakan akta yang membodohkan pelajar itu sendiri. Cuba bayangkan jika seseorang itu menyambung pengajian di peringkat Master atau PhD adakah masih dikenakan AUKU walhal umur mereka sudah capai lebih 21 tahun. Adakah kerajaan yang seperti tunggul kayu ini menganggap pelajar tersebut berumur 19 tahun.

Kerajaan ingin jadikan mahasiswa itu seperti lembu sebagaimana mereka lakukan epada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yng mana mahasiswa mereka telah ditanam minda kemelayuan sehinggakan logo UiTM itu seperti logo UMNO. 

Bolehlah dikatakan UiTM itu adalah Universiti Teknologi Melayu. Pernah juga terserempak kenderaan kenderaan pelajar yang menampal stiker UMNO pada kereta namun tidak diamil tindakan sebaliknya stiker selain UMNO telah dikenakan tindakan kerana terlibat dalam politik.

Menteri jangan jadi bodoh. Habis tu UMNO bukan parti politik ke? PArti politik hanyalah PAS, PKR atau DAP. Patutlah kerajaan takut dengan kuasa mahasiswa sehinggakan AUKU menjadi benteng mengengkang mahasiswa.

Ini merupakan kenyataan menteri pengajian tinggi:
Kabinet bersetuju melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Bagaimanapun, katanya keputusan itu tidaklah menghalang penuntut untuk mengetahui dan mengikuti sebarang perkembangan politik di negara ini.


"Ini kerana Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah memadai apabila mahasiswa boleh terlibat dalam kegiatan politik selepas mendapat kebenaran Naib Canselor,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tetap melarang penuntut IPTA walaupun ada gesaan agar mereka dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.


Muhyiddin berkata, pindaan AUKU sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada penuntut untuk bersuara di kampus.

KJ, Pakatan bidas Kabinet kekal larang mahasiswa sertai politik

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman.
Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar universiti tempatan daripada menyertai politik secara aktif.
Bulan lalu, Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan membawa perkara itu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.
Tetapi ia ditolak sebelum ia dibawa ke mesyuarat  tertinggi Umno.
Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.
Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.
“Keputusan Kabinet untuk membolehkan pelajar universiti menyertai parti politik adalah (langkah) tidak berani dan pemikiran ketinggalan zaman,” kata Khairy menerusi Twitter sejurus selepas keputusan Khaled diumumkan.
Kemudian beliau menambah: “Ini bayangan kepada Kabinet: Anda mahukan undi golongan muda, mula dengan mempercayai mereka.”
Kata Khairy, ekoran pandangan lama bahawa pelajar universiti adalah mereka yang antikerajaan, bukan bermakna keputusan seumpama itu mutkamad selama-lamanya.
“Misalnya, pelajar antikerajaan dari Oxford pada 1990-an, kini Ketua Pemuda Umno. Macam mana?” katanya.
Anwar pula berkata “larangan mahasiswa berpolitik (adalah keputusan) jumud, usang dari pimpinan autoritarian Umno-BN.”
“Mahasiswa perlu didedah dengan ilmu, teroka,” kata Ketua Pembangkang ini.
Sebelum Khaled mengumumkan keputusan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian dikekalkan.
“Tan Sri Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti.
“Kenyataan beliau ini hanya membuktikan bagaimana Umno-BN, secara terancang, mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat,” katanya.
Kata beliau, “apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?”
Kata beliau, AMK yakin dan percaya puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN.
“AMK mencabar Umno-BN melalui Tan Sri Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di universiti awam dan swasta seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.
“Demikian juga Tan Sri Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri Umno Malaysia,” katanya.
Kata beliau, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan akur dan taat kepada kepimpinan parti.
“Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut ‘66 Takut ‘98, “Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa,” katanya.

Fuhh..Tangisan Bung Mokhtar..dapat ang pow raya...!!!


SEBAK... Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin menitiskan air mata sambil ditenangkan isteri keduanya pelakon Zizie Izette Ab Samad, 31, (kanan) selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada Rabu.

Anggota Parlimen Kinabatangan itu berjaya mengetepikan hukuman penjara sebulan bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, Mei lalu setelah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, menerima rayuannya. Hukuman terhadap Bung Mokhtar digantikan dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan jika gagal menjelaskan denda.


Juragan : Lu nak nangis ape bro...rakyat dah tahu,lu mesti tak kena penjara,sebab kuasa kehakiman Umno/Bn yang control,lu nak takut ape..denda RM1000 apa adaaa..lu shopping
untuk bini baru lu pun lebih dari itu..tapi,kalau MP Pakatan Rakyat wa yakin mesti kantoiii..
 

Lawak Bodoh Bangang Petai dan Sprm.

Gua perhatikan semakin lama semakin bangang pulak ahli2 perundangan dan penguatkuasa di Malaysia ni. Apakah diorang tiada rasa malu pada diri sendiri mahupun kepada Pencipta mereka. Di manakah kemaluan mereka semua, sehinggakan sanggup memperbodohkan diri sendiri demi melindungi kroni2 mereka...

Contohnya seperti cerita lawak bodoh yang di sampaikan oleh si Gani Pak Tail (notis bunuh diri TBH) ntah apa bangang punya cerita ramayana yang cuba dilakonkan sekarang ni, dan dia ingat macam nak kelentong budak tadika agaknya... (elok di desak supaya letak jawatan, tak pun satu malaysia doakan supaya dia di timpa kecelakaan sebab banyak sangat kerja2 kotor dan penipuannya) macam ni punya haramjadah tidak layak menjadi Peguam Negara dan menjaga institusi perundangan negara.




Lagi satu cerita lawak bodoh bangsat lagi membangsatkan rakyat malaysia ialah, kenyataan dari  pengarah sprm bahawa sprm berjaya merekodkan suapan tertinggi sebanyak RM35 ribu setakat bulan ogos, padahal statistik menganggarkan negara kerugian hampir RM10 bilion setahun angkara rasuah dan salah laku yang berkaitan dengannya.

Dah tu pulak sibuk baru2 ini kononnya sprm akan mengunakan teori peperangan sun tzu dalam memerangi rasuah... ha..ha..ha..., ntah apa punya sial la... malaysia melantik keparat2 macam nih sebagai frontliner dalam sistem penguatkuasaan negara. Kerja macam sial... propaganda saja lebih..., just talk..talk...talk.... but no actions... WTF...

Gua ingat nak slowdown maki hamun puak2 keparat makan gaji buta dari hasil cukai rakyat yang pandai bercakap tapi kerja lebih mementingkan kaum kerabat daripada parti haramjadah umnoApco, tapi tak boleh beb.... sebabnya diorang lagi mengambil kesempatan untuk membodohkan rakyat dalam bulan yang mulia ini. 
IkutSukaAku.

Kamera Tersembunyi Di Pejabat MB Selangor. Kerja Siapa?


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.

"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.

Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya. -MK

Ulasan GB

Sungguh dasyat.

Taktik lawan sudah ke peringkat pasang CCTV. Ia salah satu strategi mereka untuk tawan Selangor.

Umno BN mahu membonsaikan minda mahasiwa

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai larangan mahasiswa berpolitik membuktikan bagaimana Umno BN secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.
Justeru, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
“Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?” soalnya dalam satu kenyataan.
Katanya, AMK yakin dan percaya, puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno BN.
Sehubungan itu, ujarnya AMK mencabar Umno BN melalui Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di IPTA dan IPTS S seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.
Demikian juga, katanya dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad Vogue Puteri Umno Malaysia.
Beliau menambah, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA, Khairy Jamaluddin dan Wee Ka Siong yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan 'akur dan taat kepada kepimpinan parti'.
“Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut '66 Takut '98, "Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa!,” ujarnya.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Loke Siew Fook pula mengutuk keputusan Kabinet untuk terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik.
“DAPSY berasa amat kesal dan mengutuk keputusan Kabinet pada hari ini yang terus melarang pelajar universiti daripada menyertai parti politik,” ujarnya.
Ini, katanya merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mendukacitakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar-pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA).
“Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.
Tambahnya, keputusan Kabinet pada hari ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan.
Keputusan itu juga, ujarnya membuktikan bahawa sayap Pemuda Barisan Nasional khasnya Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taringnya kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.
“Malahan, suara Timbalan Menteri Penggajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan ini juga tidak diendahkan oleh menterinya sendiri,” katanya lagi
Tegasnya, DAPSY akan terus mendesak supaya Auku dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan.
DAPSY, ujarnya yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan.
“Keputusan Kabinet hari ini akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik dan Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda pada pilihanraya umum yang ke-13 kelak,” katanya lagi.

THE BEST JUDGE MONEY CAN BUY IN MALAYSIA



nota:
semua boleh pukul harga
semua boleh diatur
malaysia boleeeh kah kah kah

MEB: Najib, Muhyiddin didakwa bercanggah

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja menggunakan isu kaum bagi menunjukkan seolah-olah beliau tidak pro-Melayu dalam isu pemberian diskaun kepada Bumiputera.

"Dia (Muhyiddin) hendak tunjukkan kepada masyarakat seolah-olah kita bukan pro-Melayu.

NONE"Padahal kita terima dasar afirmatif untuk membantu orang Melayu yang miskin," kata Khalid (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menempelak timbalan perdana menteri, yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu diskaun untuk pembelian hartanah mewah itu.

Namun, percanggahan dilihat lebih ketara di antara Muhyiddin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menunjukkan pandangan bertentangan dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB), katanya.

"MEB dan ekonomi menyatakan bantuan akan diberikan atas dasar merit dan keperluan yang merentasi kaum. Jadi saya khuatir pandangan dia (Muhyiddin) yang lebih banyak bercanggah dengan pendapat Najib," katanya lagi.

Khalid yang juga ahli biro politik PAS berkata, percanggahan itu berlaku apabila Muhyiddin mencabarnya supaya menyatakan pendirian untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan pelaksanaan MEB berdasarkan merit.

azlanMengulas cabaran yang disuarakan Muhyiddin semalam, Khalid berkata kenyataan beliau dan Abdul Hadi tidak bercanggah sama sekali.

Jelasnya, beliau sependapat dengan Abdul Hadi untuk membantu orang Melayu berpendapatan rendah, namun apa yang dibangkitkannya ialah kaedah penyaluran bantuan tersebut.

Jelasnya, dasar untuk memberikan diskaun sebanyak tujuh peratus kepada golongan bumiputera untuk membeli hartanah bernilai tinggi itu tidak membantu golongan berpendapatan rendah.

Tambahnya, beliau khuatir sekiranya dasar tersebut sebenarnya dipertahankan Muhyiddin supaya orang Melayu yang miskin kekal pada jumlah yang ramai.

Mengulangi penjelasannya sebelum ini, Khalid berkata diskaun untuk rumah berharga RM500,000 dan bangunan komersil bernilai RM2 juta sepatutnya boleh digunakan untuk menyediakan diskaun yang lebih banyak kepada bumiputera untuk rumah yang lebih murah.

"Diskaun sebanyak RM35,000 (untuk rumah RM500,000) itu mereka boleh gunakan untuk bercuti ke sana sini, tidak diturunkan kepada golongan miskin. Sebab itu kemiskinan terus berlaku," katanya lagi.

Malaysia Peka Dengan Penderitaan Negara-negara Islam Lain - Najib

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Malaysia sentiasa peka dengan penderitaan dan kekurangan negara-negara Islam lain, dan tidak pernah lupa kepada saudara-saudara seagama yang amat mengharapkan pertolongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia terbukti dengan pelancaran sebuah lagi program "Wakaf Al-Quran" Rabu, yang akan membantu masyarakat minoriti Islam seluruh dunia mendapatkan bekalan naskhah Al-Quran dan tafsirannya ke dalam bahasa masing-masing.

Beliau berkata melalui program anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Yayasan Restu itu, rakyat di negara ini berpeluang memberi sumbangan kewangan melalui kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan dana yang dapat dikumpulkan akan digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.

"Saya percaya selepas pelancarannya nanti, segenap lapisan masyarakat Malaysia akan dapat menterjemahkan komitmen mereka dengan sama-sama menyumbang dana kewangan bagi menyemarakkan lagi aktiviti Ihya' Ramadan," katanya sempena pelancaran program itu di Masjid Putra di sini.

Teks ucapan dibacakan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mereka yang berminat untuk menderma boleh menaip WAKAF 1 untuk RM1, WAKAF 2 untuk RM2 dan seterusnya hingga WAKAF 10 untuk RM10 dan dihantar ke 32728. Sumbangan boleh dilakukan mulai hari ini sehingga Hari Raya AidilAdha nanti.

Najib berkata antara negara yang dikenal pasti akan diedarkan naskhah tersebut termasuklah Kemboja, Rusia dan China.

Bagaimanapun, beliau berkata naskhah tersebut juga perlu diedarkan dalam negara kerana masih ada umat Islam di negara ini yang belum memiliki naskhah Al-Quran.

"Saya harap Kementerian Pertahanan dapat mengedarkan kepada surau-surau, masjid-masjid, maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan individu yang masih belum dapat mashaf Al-Quran," katanya.

Dalam sidang berita selepas itu, Ahmad Zahid berkata naskhah itu akan diedarkan oleh Atase Pertahanan melalui pejabat kedutaan atau pesuruhjaya tinggi di luar negara.

Beliau berkata satu lagi majlis sumbangan akan diadakan di Kementerian Pertahanan Rabu depan, yang dijangka dihadiri oleh Najib bagi menerima sumbangan individu atau syarikat, yang akan digunakan bagi tujuan sama.

-- BERNAMA

ISA: Tiga ditahan, termasuk seorang warga Indonesia

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Polis hari ini menahan tiga orang lelaki termasuk seorang warganegara Indonesia di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan dipercayai mempunyai hubungan dengan aktiviti kumpulan militan di luar negara.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, dua lagi lelaki yang ditahan merupakan warganegara Malaysia.
Beliau berkata, warganegara Indonesia itu ialah Mustawan Ahbab, 34, seorang eksekutif pemasaran yang ditangkap di Bukit Indah, Ampang.
Katanya warganegara tempatan yang ditahan ialah Samsul Hamidi, 34, seorang kontraktor yang ditangkap di Temerloh Pahang, dan Sheikh Abdullah Sheikh Junaid, 70, pengarah urusan sebuah syarikat yang ditangkap di Taman Melur, Ampang.
Ketiga-tiga mereka kini ditahan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, katanya. — Bernama

Bakar Gereja: Kenyataan putar belit dan rekaan

IhsanMalaysianInsider8110_thumb Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi memberitahu mahkamah bahawa kenyataan yang diberikan oleh Hamzan Zainal selaku saksi ketiga hari ini adalah rekaan dan tidak benar.
Azlina hari ini menyoal Hamzan mengapa beliau tidak memberi kenyataan penuh ketika disoal siasat Inspektor Mohd Hanis berkaitan kebakaran yang berlaku dirumahnya.

Hamzan menjawab beliau tidak dapat memberi kenyataan penuh ketika disoal siasat kerana dalam keadaan terburu-buru.
"Semasa Inspektor Hanis datang membuat siasatan di Sekolah Agama Dato’ Keramat tempat saya mengajar, saya ketika itu dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghadiri solat hajat.
"Inspektor Hanis hanya menyoal saya berpandukan buku nota beliau sahaja. Tiada soalan berkaitan akitiviti barbeku (BBQ)," katanya.
Ketika Azlina menyoal bagaimana kejadian kebakaran itu berlaku, Hamzan pada mulanya berkata, beliau melihat kebakaran itu didepan matanya tetapi selepas diajukan kembali soalan itu Hamzan menukar kenyataan bahawa beliau tidak nampak kebakaran itu.
Tukar kenyataan
Azlina tegas menyoalkan kembali bagaimana hamzah boleh bertukar kenyataan pula dari nampak dan tidak nampak.
Hamzan berkata, beliau sebenarnya berada didalam rumah ketika kejadian dan bergegas keluar selepas mendengar jeritan orang kesakitan.
"Saya tidak nampak api besar tetapi hanya nampak api itu terkena badan Faizal" kata Hamzan.
Azlina menyoal siapakah yang memadam kebakaran di tempat kejadian. Hamzan menjawab bahawa beliau yang memadamkan kebakaran itu.
"Hari ini awak cakap awak padam kebakaran itu tetapi semalam kawan awak Raja Idzham (tertuduh) menyatakan pula dia yang memadamkan kebakaran itu.
"Adakah anda setuju bahawa kenyataan yang dinyatakan adalah rekaan.
Hamzan hanya menjawab, "tidak setuju."
Kesemua empat saksi iaitu OKT1 Raja Mohamad Faizal sebagai sakti pertama manakala OKT2 Raja Mohammad Idzham sebagai saksi kedua diikuti saksi ketiga Hamzan Zainal Abidin dan saksi keempat Inspektor Mohd Hanis Abdul Wahab selesai memberi penjelasan hari ini.
Hakim S M Komathy Suppiah menetapkan 13 Ogos untuk mendengar penggulungan daripada kedua-dua pihak defendan dan Timbalan Pendakwa Raya sebelum membuat keputusan.

DBKL lulus projek kondominium, Bukit Gasing bakal diratah

hill_land Oleh Jamilah Kamarudin

KUALA LUMPUR: Keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan permohonan perancangan membina dua blok kondominium 26 tingkat di Kampung Kerinchi bakal menjejaskan ekosistem flora dan fauna Bukit Gasing yang terletak bersebelahan tapak projek terbabit.
Bukit Gasing, kawasan jajaran hijau yang terletak di sempadan Petaling Jaya di Selangor dan Kuala Lumpur diwartakan pada tahun 1960 sebagai hutan simpan.

Namun tindakan DBKL dilihat hanya sebagai memburukkan lagi keadaan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi itu serta melanggar Pelan Struktur Kuala Lumpur.
Berikutan itu, penduduk di sekitar Bukit Gasing hari ini mengemukakan memorandum bantahan projek pembinaan kondominium terbabit kepada Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.
Bantahan yang ditandatangani 912 penduduk Kondominium Fasa 1,2,3,4,5,6, Andalucia, Pantai Hillpark, dan Pantai Panorama itu pada mulanya mahu diserahkan secara terus kepada Fuad namun hampa apabila diberitahu beliau enggan turun untuk bersemuka.
Memorandum itu hanya diterima oleh Pegawai Khas II kepada Fuad, Md Aznan Md Zain.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mewakili penduduk berkata, alasan Fuad sebelum ini yang mengatakan bahawa projek yang diberikan kepada syarikat kontraktor Amona Development Sdn Bhd semasa zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) itu tidak boleh diterima.
"Beliau tidak boleh kata tiada kuasa untuk memberhentikan projek ini sebab sudah diluluskan pada zaman Pak Lah tak boleh terima pakai.
"Tiada apa yang tidak boleh dilakukan dan dihentikan kerana ini masih lagi peringkat cadangan.
Menjejaskan flora dan fauna
Nurul Izzah 2 "Apa yang dirisaukan selain menjejaskan kehidupan flora dan fauna dihutan simpan Bukit Gasing, ia hanya akan menjejaskan lagi kehidupan penduduk berhampiran kerana hanya pembangunan yang bertambah, tapi infrastruktur tidak.
"Maka penduduk berharap agar pembinaan projek kondo ini dibatalkan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan DBKL disini hari ini.
Selain risiko kemusnahan hutan simpan, Izzah juga berkata projek ini hanya akan menambahkan kesesakan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan dan Stesen LRT Universiti jika penstrukturan yang baik untuk kemudahan lalu lintas tidak disediakan dengan mencukupi.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Bukit Gasing Derek Fernandez berkata, keputusan DBKL meluluskan projek itu untuk meningkatkan lagi kepadatan perumahan daripada 20 orang kepada 332 orang per ekar adalah tidak masuk akal.
"Jumlah itu menunjukkan pertambahan kepadatan penduduk sebanyak 15 kali ganda. Kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya juga membantah.
"Fuad juga perlu mengotakan janjinya sebelum ini bahawa Bukit Gasing adalah antara empat bukit yang tidak akan dimajukan untuk sebarang pembangunan.
"Masalahnya kini hutan (Bukit Gasing) dipotong dua. Ini bukan pembangunan yang mampan. Perkara ini pernah dibangkitkan semasa draf Rancangan Tempatan KL namun dibantah oleh penduduk dan keputusan belum dicapai.
"Jadi projek ini perlu ditolak sebab ada bantahan penduduk…biarkan draf itu digazet dahulu," katanya.

Allah gagalkan usaha UMNO/BN di awal Ramadhan.


10 Ogos 2010.
"Sha, esok telefon saya semula urgent,esok kena hadir ke Mahkamah 8.00pm...." itu sms dari seorang polis cawangan khas pada seorang OKT bernama S.Kami tidak perasan bahawa SB cuba mengganggu ketabahan dan semangat juang dalam diri OKT tersebut.Ada 3-4 orang OKT lagi yang cuba di"beli' oleh SB.

"Kes ni mungkin susah nak menang, mungkin makan masa 2-3 tahun, kalau jatuh hukuman mungkin kena penjara 6 bulan dengan denda RM500,atau kedua-duanya sekali.Jadi ..nak mudahkan kes ni, OKT boleh mengaku bersalah dan kes ni tutup.Tak payah penat2 atau susah2 datang mahkamah..." itu pula tawaran pendakwaraya (DPP) yang pastinya amat gembira jika semua OKT mengaku salah kerana dia tak payah buat pertuduhan dan cari semua bukti untuk menyokong pertuduhan itu.Inilah Malaysia Boleh.

Kami tak sangka, ada 4 OKT yang telah "berkenan" dengan tawaran itu dan sudah mula berpaling arah.......


24 OKT lain sedih dengan pengumuman 4 OKT yang ingin "mengaku bersalah".Mulanya aku rasa marah sangat...tetapi...akhirnya aku letakkan diriku dikasut mereka.Kesemua 24 OKT tu masih muda dan ramai yang masih di belajar.Mereka bersemangat,tetapi belum begitu faham "bagaimana' hendak berjuang.Barisan peguam kami yang kurang jelas dan kurang mahir dengan selok-belok ISA juga tidak banyak membantu OKT yang sudah mula hilang arah ini.
Akhirnya, kami sepakat untuk meraikan OKT menyambut awal Ramadhan di Pejabat Agung PAS.Sebaik selesai makan malam, 18 OKT yang datang dari Perak,Johor,Melaka dan Terengganu menunaikan solat Isya dan terawikh berjemaah di imamkan oleh pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim.Usai saja acara itu, memberi peluang kepada Syed Ibrahim memberi sedikit motivasi kepada mereka yang hadhir. Kedatangan peguam GMI Latheefah Koya dan Fadiah Nadwa memberi maklumat mengenai hak OKT, benar-benar menyuntik semangat baru kepada OKT muda tersebut."Dah lama kami ingin tahu mengenai semua perkara yang Kak Latheefah sebut tadi...Input ini amat kami perlukan dan sekarang lebih yakin untuk berjuang... " kata H dari Perak.Kata-kata itu disambut dengan takbir oleh yang lain.

Alhamdulillah, puashati!!! Mereka berazam untuk menyampaikan maklumat itu kepada dua lagi rakan yang belum mengetahui hak-hak sebagai OKT. Keempat-empat OKT yang menarik diri berharap dapat membatalkan pengakuan mereka "bersalah" kepada "tidak bersalah".Semua lega dan bersedia untuk berpuasa di keesokan hari....


Mahkamah Jenayah 5, 10am, 11 Ogos 2010.
Sebaik memasuki ruang perbicaraan, ku dapati ramai wakil media cetak dan elektronik milik kerajaan telah menunggu didalam. Wakil NTV7 menghalakan kameranya kearahku....
Kami 29 OKT berkumpul."Adik-adik semua, tengok pada wakil media yang ramai tu....mereka akan buat liputan keatas OKT yang bakal dijatuhkan huuman oleh hakim kerana mengaku bersalah..." kataku pada mereka.
"Saya mohon maaf yang Arif, keempat-empat anak guam saya yang mengaku bersalah semalam, kini mereka ingin menukar pengakuan kepada TIDAK BERSALAH...." kata Peguam A yang mewakili 4 OKT tersebut. Hakim terpaksa mengiyakan saja makluman itu.Serentak dengan pengumuman itu,semua wakil media kerajaan bangun dan tergesa-gesa meninggalkan ruang perbicaraan...kecuali wakil dari media alternatif.
Akhirnya, pada hari ini, wakil media UMNO/BN gagal menyiarkan berita yang lebih kurang begini bunyinya "empat peserta demo anti-ISA hari ini mengaku mereka bersalah kerana menyertai himpunan haram itu dan itu membuktikan rakyat sedar bahawa ISA tetap diperlukan....bla,bla....."
Alhamdulillah, kami masih kekal 29 OKT dan akan terus mempertahankan prinsip perjuangan kami.Inilah nikmat 1 Ramadhan yang amat besar ertinya kepada perjuangan mebuang ISA dari bumi Malaysia tercinta ini....

Pembohong Adalah Ganti Nama Bangsa Malaysia 2020?

Malaysia bercita-cita menjadi Negara Maju menjelang tahun 2020 dengan jati dirinya sendiri. Lantas, kata pengasas wawasan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, identiti Malaysia sebagai negara dan bangsa yang maju itu mestilah dibina menurut acuannya sendiri.
Mungkin atas pertimbangan melakarkan acuannya sendiri itulah maka Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan idea 1Malaysia.
Di satu segi, idea Najib ini memanglah sesuatu yang wajar kerana bagaimana hendak mencanaikan satu acuan jika rakyat Malaysia ‘tidur sebantal tetapi mimpi asing-asing’?
Sebab itulah kita percaya tidak ramai rakyat hari ini yang mahu membuang masa menyanggah idea atau konsep 1Malaysia ini. Tidak kiralah siapa yang memperkenalkannya, idea itu adalah sesuatu yang universal dan terlalu umum.
Apa yang penting bagi kita ialah soal penghayatan atau lebih tepat lagi cara pengisian konsep 1Malaysia itu sendiri. Persoalan di mana uniknya idealisme, kaedah sejarah, budaya dan cara anutan hakikat silang agama di negara ini dan yang mungkin membentuk satu acuan unik, lantas boleh membangun satu Bangsa Malaysia yang benar-benar berbeza tetapi boleh berbangga dengan jati dirinya di samping bangsa lain di dunia 2020 adalah lebih penting!
Namun satu perkara yang cukup jelas, konsep serta sistem pendidikan yang unik, yang diharapkan bagi membentur ke arah jati diri unik ini masih belum terungkai dengan nyata bagi setiap warga yang berbilang dan bersilang budaya dan agama.
Malah, kecacatan paling ketara daripada sistem sosial dan ekonomi di negara ini sejak Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara tahun lepas ialah, persoalan apakah nilai yang hendak ditanam dalam jiwa rakyat Malaysia 2020 nanti?
Yang dapat kita lihat ialah, nilai paling gemerlapan yang ditanamkan oleh rejim Najib ialah kepura-puraan dan sikap kurang jujur.
Banyak peristiwa berhubung ciri pemerintahan dan urus tadbir kerajaan Najib ini boleh diketengahkan sebagai dalil bahawa di segi pengisian Wawasan 2020 ini, ia jauh terpesong dari landasan atau idealisme mewujudkan satu bangsa yang mempunyai jati diri luhur dan unik.
Ambil sahaja janji keramat ketika bercakap kepada Malaysia melalui media arus perdana yang cukup ghairah menyambut penobatannya sebagai Perdana Menteri, April tahun lalu. Ketika itu Najib berjanji bahawa, ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’.
Namun dalam menyusun semula sistem ekonomi negara yang dikatakan lelah dek mekanisme pemberian subsidi, perkara yang didahulukan oleh rejim Najib ialah, rakyat perlu menggalas kos hidup yang lebih tinggi dengan kenaikan harga barangan keperluan lima serangkai termasuk gula, petrol, gas masak, yang dianggarkan RM750 juta setahun.
Bagaimanapun  pencapaian loji janakuasa swasta yang mendapat subsidi daripada kerajaan berjumlah hampir RM19 bilion setahun  langsung tidak disentuh!
Mengapa kepincangan pertimbangan ini berlaku, rakyat keseluruhannya tahu – kronisme!
Jika hakikat ini tidak memadai untuk menandai nilai sebenar rejim Najib ini, kita renung sahaja apa yang berlaku kepada sistem pentadbiran negara, pengurusan keadilan dan keherotan proses perundangan serta mahkamah.
Kini pegawai kerajaan yang selama ini diajar untuk bersikap takzim apabila berurusan dengan pihak eksekutif, digalakkan supaya ‘menderhaka’ oleh Kerajaan Pusat. Kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berantakan dengan Pegawai Pembangunan Negeri, wajarlah diambil maklum mengenai sikap sebenar rejim Najib.
Amat tidak sukar dibayangkan jika ada pegawai kanan kerajaan yang menunjukkan sikap yang sama seperti yang dipamerkan oleh pegawai berkenaan diajukan terhadap mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri Umno-BN. Kita pasti dalam keadaan itu, tidak panjang hayat perkhidmatan pegawai berkenaan.
Namun yang paling mencemaskan apabila merenung cara Najib mempersiapkan acuan Malaysia untuk menjadi sebuah Negara-Bangsa yang mempunyai jati diri sendiri ialah nilai tidak bercakap benar.
Menjelang pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 baru-baru ini, Najib dan konco-konconya dalam kerajaan berusaha menanamkan keyakinan di kalangan rakyat bahawa ekonomi negara kini bertambah kukuh dan pelaburan terus asing semakin meningkat.
Malangnya, realitinya tidak demikian. Laporan antarabangsa jelas menunjukkan pelaburan ini merudum 81 peratus tahun lalu.
Kini kita tidak dapat mengelak daripada bertanya, mengapa kerajaan Najib sukar bercakap benar? Adakah ini citra dan jati diri bangsa Malaysia sembilan tahun lagi? Sesungguhnya gambaran ini amat jelik.
Sesuatu perlu dilakukan sebelum perspektif buruk ini menjadi kenyataan dan darah daging pekerti bangsa Malaysia 2020.

Kerajaan tarik balik senarai hitam kenderaan saman ekor

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik akibat saman ekor buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Langkah ini adalah kemenangan besar bagi perjuangan menentang saman ekor yang dibuat oleh rakyat negara ini khasnya dari PAS sendiri.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) bersama rakan-rakannya telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dan bergerak ke seluruh negara bagi menentangnya.

Pada 5 Ogos lepas, beliau bersama rakan-rakannya ke pejabat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi berbincang mengenai tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Namun, hanya setiausaha akhbar menteri berkenaan bertemu dengan mereka.

Jawatankuasa berkenaan juga telah mengatur satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan perkara sama.

"Kami berharap pihak menteri tidak ada masalah dengan pertemuan ini kerana isu ini melibatkan rakyat secara keseluruhannya.

"Kami minta pihak Kementerian Pengangkutan membuat keputusan bijak dengan mengarahkan JPJ membatalkan black list tersebut dan izinkan orang ramai untuk perbaharui cukai jalan.

"Kase juga akan tetapkan satu tarikh untuk bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin untuk berbincang isu saman ekor ini kerana pihak polis pun memainkan peranan dalam mengenakan saman ekor ini," kata Mahfuz pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Ibu Pejabat PAS di sini 2 Ogos lepas.

Guthrie Berhad’s problems are far from over

Guthrie Berhad has lost a case in the Indonesian Supreme Court in excess of US$25 million, which has now ballooned to US$41 million, and the Indonesian Parliament was told that the Malaysian government-owned company is bribing court and land office officials in Kalimantan to prevent execution proceedings


Raja Petra Kamarudin
A prominent Indonesian advocate, John K. Azis, acts in many high profile cases such as defending Tommy Suharto. He spoke of “kejengkelan Indonesia atas kebiadapan Malaysia” (Indonesia’s disgust over Malaysia’s insolence) with regards to the case of Guthrie Berhad that had lost a case in the Indonesian Supreme Court in excess of US$25 million, which has now ballooned to US$41 million.
[See the Judgment of the Supreme Court below]. 
Instead of paying up, Guthrie Berhad, now under Sime Darby, is blocking execution for the payment of that judgment.
This matter has now been raised in the Indonesian Parliament and Parliament was told that the Malaysian government-owned company is bribing court and land office officials in Kalimantan to prevent execution proceedings.
There is widespread anger about “syarikat gergasi Malaysia yang dimiliki kerajaan tidak menghormati hukum Indonesia” (Malaysian government-owned conglomerate's disrespect for Indonesian laws).
To the Indonesians, the fact that Guthrie Berhad is a GLC implies that it is the Malaysian government that is showing affront to the Indonesian government.
[Read the news item by Rakyat Merdeka below].
John Azis made an ominous remark that Malaysia’s reluctance to assist the Indonesian party may impact Malaysian businesses -- for example companies like CIMB, which is owned by Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak’s brother.





**********************************************
DPR Mau Bongkar Permainan Hukum BUMN Malaysia
DPR menyatakan kesiapannya membongkar sengketa hukum perdata yang kini tengah bergulir antara PT. Adhiyasa Saranamas, perusahaan mediasi berbendera Indonesia, dengan Kumpulan Guthrie Berhad, salah satu BUMN milik Kerajaan Malaysia.
Kesiapan itu disampaikan anggota Komisi III DPR dari Partai Golkar, Nudirman Munir. Kepada Rakyat Merdeka kemarin. “Kalau sudah mentok, karena aparat hukum menggunakan tangan besi, silakan bawa kasus ini ke DPR. Kami akan menyelesaikannya,” ujar Nudirman.
Sengketa yang terjadi di antara kedua perusahaan itu berawal pada tahun 2000. Ketika itu, Kumpulan Guthrie Berhad ingin mengakuisisi aset PT. Holdico Perkasa yang telah diambil alih Badan Penyehatan Perbankan Nasional (BPPN). Untuk memuluskan langkahnya mengakuisisi PT Holdico Perkasa berikut anak pe­rusahaan dan aset-aset berupa perkebunan sawit di sejumlah kota, Kumpulan Guthrie Berhad menggunakan PT Adhiyasa se­ba­gai mediator. Dalam perjanjian, disebutkan Guthrie Ber­had akan memberikan komisi sebesar tujuh persen dari nilai transaksi.
Guthrie yang awalnya adalah perusahaan berbendera Inggris adalah salah satu perusahaan tua papan atas di Malaysia. Berdiri pada tahun 1821 di wilayah yang sekarang dikenal sebagai Singapura. Pada tahun 1981 pemerintahan Mahathir Mohamad mengambil alih Guthrie dan menjadikannya sebagai perusahaan yang 100 persen sahamnya dipegang dan dikendalikan pemerintah Malaysia. Pengambilalihan ini memungkinkan Malaysia memperoleh kembali lahan pertanian seluar 800 kilometer persegi yang dikuasai Guthrie.
Pada tahun 1987, Guthrie dija­dikan perusahaan publik dan terdaftar sebagai salah satu peru­sahaan papan atas di Bursa Efek Kuala Lumpur. Pada tahap berikutnya, pemerintah Malaysia menggabungkan Guthrie dengan dua perusahaan sejenis lainnya, Sime Darby dan Golden Hope, dan memberikan nama baru untuk Synergy Drive dan kemu­dian Sime Darby. Kini, Sime Darby merupakan perusahaan ter­besar di Malaysia, juga merupakan perusahaan yang bergerak di bidang perkebunan terbesar di dunia dengan lahan seluas 540 ribu hektar.
Kembali ke proses akuisisi PT Holdico dan asetnya di tahun 2000. Belakangan, setelah proses akuisisi yang dimediasi PT. Adhiyasa Saranamas berhasil dilakukan, Kumpulan Guthrie Berhad ingkar janji atau wanprestasi. Mereka enggan membayar komisi yang menjadi hak PT. Adhiyasa Saranamas dan dengan sengaja mengulur-ulur waktu.
Untuk mendapatkan haknya, PT Ahiyasa Saranamas menempuh berbagai proses hukum, mulai dari Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Pengadilan Tinggi Jakarta, sampai kasasi di Mahkamah Agung RI. Dalam semua proses pengadilan itu PT. Adhi­yasa menderita kekalahan telak.
Di tahun 2007, berbekal berbagai dokumen yang lebih lengkap dan alat bukti baru, PT. Adhiyasa Saranamas menga­jukan Peninjauan Kembali (PK) sebagai langkah hukum terakhir ke MA. PK ini dikabulkan MA dalam putusan perkara bernomor 410 PK/PDT/2007 tertanggal 22 Januari 2008. MA memerintahkan Kumpulan Guthrie Berhad untuk memenuhi kewajiban mereka memberikan komisi kepada PT. Adhiyasa Saranamas, juga harus membayar bunga sebesar enam persen.
Tetapi Guthrie masih enggan untuk membayarkan kewajiban mereka. “Dalam praktik hukum kita, pembayaran kewajian bisa dilakukan secara voluntary atau paksa lewat pengadilan. Dalam kasus klien kami, Kumpulan Guthrie berhad jelas tidak mau melakukannya secara sukarela,” ujar Daniel Alfredo, kuasa hukum PT. Adhiyasa Saranamas kepada Rakyat Merdeka kemarin petang.
Maka, PT. Adhiyasa Sara­na­mas pun kembali menempuh jalan hukum. Kali ini kepada PN Jakarta Selatan. PT. Adhiyasa Saranamas mengajukan permo­honan sita aset. Permohonan ini dipenuhi, dan PN Jakarta Selatan pun berkoordinasi dengan dua Pengadilan Negeri dimana aset yang hendak dieksekusi berada, yaitu PN Kota Ba­ru, Kalimantan Tengah, dan PN Sampit, Kalimantan Selatan.
Tetapi di dua wilayah ini, Kumpulan Guthrie kembali melakukan perlawanan. Kali ini dengan menggerakkan anak-anak perusahaan eks PT. Holdico Perkasa yang sesungguhnya sudah menjadi bagian dari Kumpulan Guthrie Berhad sejak akuisisi 2000.
Pengingkaran terus menerus perusahaan milik Kerajaan Malaysia inilah yang kemudian melahirkan tanda tanya besar, apakah di balik ini ada makelar kasus dan mafia hukum yang turut berperan?
****************************************************
“Ini Bisa Jadi Preseden Buruk”
Anggota Komisi III DPR RI dari Partai Golkar Nudirman Munir mengaku heran dengan sikap Pengadilan Negeri Sampit yang menunda eksekusi aset Kumpulan Guthrie Berhad di Sampit dan Kota Baru.
Menurut Nudirman Munir, perintah eksekusi yang dikeluarkan Pengadilan Negeri  ha­rus­lah segera dilakukan. Jangan sampai, sebut mantan pengacara Tommy Soeharto ini, eksekusi jadi terhalang karena ada pihak yang merasa keberatan.
“Apalagi perintah eksekusi ini telah didahului oleh keputusan Peninjauan Kembali (PK) dari Mahkamah Agung. Berarti, ini sudah merupakan putusan hukum yang sangat kuat. Pengadilan Negeri sebagai pelaksana eksekusi harus melaksanakannya. Kalau itu, ini sama dengan pelanggaran aturan,” ujar Nudirman Munir.
Ia juga mempersilakan pihak PT. Adiyasa Saranamas untuk membawa persoalan ini ke ge­dung Senayan. “Ajukan saja kasus ini ke Komisi III DPR yang memang mem­bidangi masalah hukum. Nanti akan kami sam­paikan. Bahwa ada Pengadilan Negeri di daerah, dalam hal ini Sampit dan Kota Baru, yang menolak perintah eksekusi. Ini bisa menjadi preseden buruk kalau dibiarkan,” ujarnya lagi.
****************************************************
“Mereka Jelas Bukan Pihak Ketiga”
Daniel Alfredo, Kuasa Hukum PT. Adhiyasa Saranamas
Perjuangan PT. Adhiyasa Saranamas yang dikadali Kumpulan Guthrie Berhad milik Malaysia dalam mencari keadilan, kembali terhambat. Pasalnya, tiga perusahaan eks PT. Holdico Perkasa yang kini berada di bawah Kumpulan Guthrie Berhad mengajukan perlawanan terhadap perintah sita dan ek­sekusi lahan perkebunan milik Guthrie di Kota Baru dan Sampit.
Ketiga perusahaan itu adalah PT. Teguh Sampurna dan PT. Kridatama Lancar di Sampit serta PT Ladang Rumpun Subur Abadi di Kota Baru. Kuasa Hukum PT. Teguh Sampurna dari kantor pengacara Lubis Ganie Surowidjojo (LGS) mengatakan, kliennya yang memiliki HGU atas lahan sawit di Sampit memiliki hak untuk melakukan perlawanan karena tidak merupakan bagian dari pihak tergugat (Kumpulan Guthrie Berhad). Dengan kata lain, menurut PT. Teguh Sampurna, aset yang hendak dieksekusi bukanlah milik Kum­pulan Guthrie Berhad, melainkan milik mereka.
Alasan ini, menurut pengacara PT. Adhiyasa Saranamas, Daniel Alfredo, sangat dibuat-buat. Pasalnya, dalam praktik hukum Indonesia yang disebut pelawan adalah pihak ketiga murni. Sementara PT. Teguh Sampurna bukan merupakan pihak ketiga murni, karena merupakan bagian dari PT. Holdico Perkasa yang diakuisisi Kumpulan Guthrie Berhad tahun 2000 lampau.
“Jadi, dengan demikian pengakuan mereka bahwa mereka adalah pihak ketiga murni, sudah terbukti tidak tepat,” ujar Daniel Alfredo.
Hal lain yang membuat kecewa kliennya, masih ujar Daniel Alfredo, adalah karena perlawanan yang disampaikan PT. Teguh Sampurna telah mengganggu proses eksekusi. Padahal, dalam aturan hukum yang berlaku, proses perlawanan yang disampaikan mestinya tidak meng­gang­gu eksekusi yang telah ditetapkan oleh pengadilan.
“Nyatanya, proses perlawanan mereka membuat eksekusi terganggu. Entah karena ada intervensi atau karena ada kekhawatiran PN Sampit dan Kota Baru karena Kumpulan Guthrie Berhad adalah perusahaan raksasa, kami tidak tahu,” tegasnya. -- Rakyat Merdeka, 23 June 2010

How APCO earns its money the Malaysian taxpayers paid it

On 10th August 2010, The Wall Street Journal published a letter, 'Anwar Ibrahim Will Get a Fair Trial in Malaysia' (http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704164904575420860500630630.html), which was actually written by APCO but in the name of Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad.


Raja Petra Kamarudin
Anwar Ibrahim Will Get a Fair Trial in Malaysia
While we appreciate Al Gore and Paul Wolfowitz's interest in Malaysia ("Malaysia's Opposition on Trial," op-ed, Aug. 5), and their positive assessment of our country as a leading moderate Muslim-majority democracy, we strongly disagree with their call for the Malaysian and United States governments to intervene in the trial of opposition leader Anwar Ibrahim. Such actions would directly contravene the rule of law.

Messrs. Gore and Wolfowitz are wrong to assert that it is "the Malaysian government who will decide this matter," and they are misguided in their attempt to turn this trial into a political issue. As in the U.S., Malaysia's independent judiciary is a pillar of our democracy. The outcome of this trial will be determined by facts and evidence, not the political prominence of those involved or those who write op-eds.

The government did not initiate this trial. Mr. Anwar is on trial solely because a private citizen—his own employee—filed a criminal complaint for sexual misconduct against him. Our legal system has an obligation to uphold the rule of law and follow due process.

As we have clearly stated in the past, we see this trial as an unwelcome distraction from our efforts to deliver economic growth, social progress and stability for the Malaysian people.

Unfortunately, though this case has sparked renewed interest in Malaysia in Western media, the real story about Malaysia has gotten lost. As Messrs. Gore and Wolfowitz rightly point out, since gaining independence Malaysia has achieved "economic growth while sustaining a degree of harmony among its religiously and ethnically diverse population." We are very proud of these achievements and of the role that Malaysia continues to play as "an example of a Muslim-majority country making its way in the world."

In this regard, we have put harmony and moderation at the heart of our politics under Prime Minister Najib Razak's 1Malaysia concept, which calls for acceptance and a meritocracy in policy making and governance. And, though Messrs. Gore and Wolfowitz neglect to mention it, Malaysia's economic success continues. We achieved 10.1% GDP growth in the first quarter of this year, and all indicators point to sustainable and inclusive growth well into the future.

Tengku Sariffuddin

Director, Media Division

Prime Minister's Office

Putrajaya, Malaysia

SPRM dijemput letak pegawai di KSSB pantau rasuah

SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku, kata kenyataan itu.

Bagi melengkapkan lagi prinsip pentadbiran telus dan terbuka, katanya, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB  dalam menjalankan perlombongan pasir.

Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya makumat kewangan KSSB dapat diketahui orang awam.

"Kerajaan Selangor percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan KSSB. Selangor yakin KSSB menjadi syarikat pasir pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka," katanya.

Sehubungan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencabar negeri-negeri di bawah BN supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan perlantikan Wan Ab. Halim Wan Ismail, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  KSSB berkuatkuasa 26 Julai lalu.

Wan Ab. Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas.

Kontrak bina hospital Shah Alam, GMHealth lapor polis

IMG00156-20100811-1315 Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: GMHealth Sdn Bhd, yang ditamatkan perkhidmatan sebagai sub kontraktor oleh Sunshine Fleet Sdn Bhd bagi pembinaan hospital Shah Alam, hari ini membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 di sini kerana bimbang tentang keselamatan para pekerjanya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Elvin Toh Chen Vin berkata, "kami bertindak demikian berikutan arahan (kontraktor utama) Sunshine Fleet supaya kami mengosongkan tapak projek dan mengambil barang milik GMH sahaja sebelum jam 4.00 petang ini.

"Jika gagal berbuat demikian tindakan keras akan di ambil ke atas GMH dan pekerja-pekerja kami dan bagi melindungi mereka, kami membuat laporan polis," katanya.
Sunshine Fleet melalui surat yang difakskan kepada GMHealthcare bertarikh 11 Ogos 2010 dan dialamatkan kepada Elvin memberi notis penamatan subkontrak berkuatkuasa dari tarikh surat itu.
Surat itu juga menyatakan, "kami memberi notis kepada tuan agar wakil/pekerja tuan mengosongkan tapak projek dan mengeluarkan semua barang-barang atau peralatan milik tuan sahaja dengan serta merta"
"Kami dipaksa, diugut supaya keluar dari tapak sebelum 4.00 petang ini dan jika gagal, perkara buruk akan berlaku kepada kami maka saya terpaksa buat laporan polis bagi melindungi kami," katanya yang ditemui diluar balai polis di sini petang ini.
Ketika ditanya sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang, Elvin berkata pihaknya masih menimbang perkara itu.
Projek pembinaan hospital Shah Alam itu telah tergendala sejak tiga bulan lalu berikutan masalah yang timbul di antara GMHealth dan Sunshine Fleet.

Pampasan Bakun belum dibayar

net (2) Oleh Joseph Tawie

KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Semula Bakun James Masing mengakui bahawa penduduk yang terlibat dengan projek empangan Bakun masih belum menerima bayaran pampasan.
Beliau menyalahkan pertikaian di antara penduduk yang membuat tuntutan itu sebagai punca kelewatan.

"Saya tidak boleh memberitahu jumlah yang terlibat tapi beberapa juta ringgit telah pun didepositkan dengan mahkamah.  Sebaik sahaja selepas pertikaian, kerajaan akan membuat bayaran kepada mereka," katanya.
Menteri Pembangunan Tanah itu memberi komen ekoran aduan daripada George Surang, seorang peneroka, bahawa 15,000 penduduk terlibat dengan projek Bakun yang masih belum diberi pampasan.
"Saya mengaku terdapat beberapa orang yang belum dibayar kerana tuntutan dan tuntutan balas sesama mereka.  Oleh kerana pertikaian ini, kami tidak tahu siapa yang harus dibayar, jadi kami meletak wang itu di mahkamah," kata Masing.
Bagaimanapun katanya, bilangan asal penduduk yang terlibat ialah 10,000 dan bukan 15,000 sepertimana yang dilaporkan.
Mula kehidupan baru
Mengenai masalah yang dihadapi oleh para peneroka, Masing berkata kerajaan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka untuk memulakan kehidupan baru dalam kawasan penempatan semula.
Surang, seorang Kayan yang telah bekerja dengan projek empangan itu, merupakan salah seorang yang ditempatkan semula di Skim Penempatan Semula Sungai Asap.
Beliau berkata, beliau bekerja dengan projek itu apabila lubang pertama digerudi, menolong dalam perundingan dengan pihak berkuasa berkenaan rancangan penempatan semula pada 1996 dan hadir ketika pembinaan fizikal bermula dalam terowong-terowong pengalihan sungai.
Surang menambah, lembah Bakun, hutan tebal suatu ketika dahulu, merupakan sumber makanan, ikan dan air bersih kepada penduduk tetapi hari ini semuanya telah hilang.
Menurutnya, penduduk menghadapi masalah membayar ansuran rumah mereka di tapak penempatan semula dan untuk bekalan elektrik.
"Kini projek Bakun hampir siap dan pampasan kami belum dibayar," katanya, sambil mendesak pihak berkuasa segera membuat bayaran pampasan kerana mereka terpaksa meninggalkan ladang dan rumah panjang mereka.

Cabinet decision on undergrads in politics is gutless: Khairy

KUALA LUMPUR, Aug 11 – Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin today bluntly described the Cabinet’s decision to disallow local university students from joining political parties as “gutless and indicates outdated thinking”.
Higher Education Minister Datuk Seri Khaled Nordin said the Cabinet today decided not to lift a prohibition on local university students although it had support from Deputy Education Minister Saifuddin Abdullah.
“Cabinet decision not allowing university students to be involved in political parties is gutless & indicates outdated thinking,” Khairy said in a post on his Twitter microblogging account today.
He subsequently posted two other tweets: “Here’s a hint for the Cabinet: You want the youth vote, start by trusting them”.
“Just b/c student’s anti-establishment doesn’t mean mind’s made up. Example: anti-est Oxford student mid 90s. Now Ketua Pemuda Umno. How?”
The Rembau MP had called for the Universities and University Colleges Act 1971 (UUCA) to be amended to allow students of institutions higher education and matriculation colleges to be members of or associate with any political parties.
MCA Youth Chief Datuk Dr Wee Ka Siong also supported the call earlier this month to have the act amended.
However, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said yesterday the prohibition will not be amended. He added that students can still discuss political matters in their classes.
Section 15 (1) and 15 (3) of the UUCA states:
(1) No person, while he is a student of the University, shall be a member of, or shall in any manner associate with, any society, political party, trade union or any other organisation, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the University or outside the University, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia except as may be provided by or under the Constitution, or except as may be approved in advance in writing by the Vice-Chancellor.
(3) No person, while he is a student of the University, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organisation, body or group of persons.
The law was amended on December 2008 and allowed university students to become members of out-of-campus associations. However, they were still banned from affiliating themselves with any political parties.
Khairy had welcomed the amendment back then but joined the opposition in urging the government to allow the political involvement of university students.
Earlier this year, four University Kebangsaan Malaysia students were charged under the UUCA for their alleged involvement in the Hulu Selangor by-election.
Critics have questioned the reason for the prohibition since Umno has its very own “Umno Club” in London, France and even South Korea which allows Malaysian students in those countries to be involved in politics.
Section 6 (2) of the constitution of “Kelab Luar Negara Umno” states that all the members have the rights to express themselves, vote, choose, to be chosen and to be elected for any position in the club.
They have also mocked the idea of students aged 21 years being able to cast their votes, exercising their rights as mature Malaysian adults but banned from getting themselves involved in political parties.

Empangan Bakun: Faedah mencecah RM10 juta/bulan tahun 2011

Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), mulai tahun 2011.
Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini.
Menurut laporan media bahasa Inggeris tempatan, jemputan lawatan media oleh SHSB pada minggu lalu, menyaksikan bagaimana projek ini telah disiapkan 96% sehingga April tahun ini.  Keperluan teknikal telah dipenuhi, dan kini hanya menunggu lampu hijau daripada kerajaan negeri untuk memulakan operasinya.
Faedah setinggi RM10 juta setiap bulan
Menurut Managing Director SHSB Zulkifie Osman, syarikatnya sedang menunggu kelulusan kerajaan negeri untuk memulakan operasi menakung air.  Operasi ini memerlukan tempoh tujuh bulan, sebelum ujian menjana elektrik dijalankan, agar memenuhi syarat minima operasi penjanaan elektrik.
SHSB terpaksa menanggung faedah setinggi RM10 juta setiap bulan mulai tahun depan, lantaran daripada penangguhan operasi penakungan air selama lima bulan dari apa yang dijadualkan sebelum ini.  Oleh itu, Zulkifie berharap kerajaan negeri memberi kelulusan secepat mungkin agar kos projek empangan ini boleh dikurangkan.
Menurut Pengerusi SHSB Izzuddin Dali pula, kos pembangunan empangan adalah antara RM7.0 bilion hingga RM7.3 bilion (termasuk faedah dan pampasan) sehingga akhir tahun ini.  Kos terus melonjak, memaksa agar operasi penakungan air dimulakan untuk mengurangkan kos yang ditanggung SHSB.
Di samping itu, SHSB sedang berunding untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) dengan satu-satunya pembeli kuasa elektrik dari Projek Empangan Bakun, Sarawak Energy Bhd, dengan harapan agar ia dimeterai pada hujung tahun ini.
Projek mega zaman Mahathir
Mengikut rancangan Projek Empangan Bakun sebermulanya, penjana hidroelektrik ini akan meluluskan satu projek Kabel Penyaluran Dasar Laut yang bernilai RM10 bilion, untuk membekalkan kuasa elektrik kepada Semenanjung Malaysia.  Bagaimanapun, projek ini terpaksa dimatikan.
Seterusnya, Sarawak Energy Berhad muncul sebagai satu-satunya pembeli kuasa elektrik dari Empangan Bakun.  Malah, kuasa elektrik ini akan dijual pula kepada sebuah kilang peleburan aluminium di Sarawak, yang dimiliki oleh syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia, Rio Tinto.
Projek Empangan Bakun adalah projek penjana hidroelektrik mega yang diketengahkan oleh kerajaan Mahathir Mohamad pada tahun 1980-an, untuk memperbanyakkan sumber bekalan elektrik.  Projek Empangan Bakun diserah kepada Ekran Bhd, yang dikuasai tycoon terkemuka, Ting Pek Khing pada tahun 1994.  Namun demikian, projek mega ini terpaksa diketepikan berikutan kemelut ekonomi pada tahun 1997.
SHSB mengambil alih projek ini pada tahun 2000, dan kemudian projek ini ditenderkan.  Malaysia China Hydro Joint Venture (MCHJV) yang ditunjangi Sime Darby Bhd berjaya memperolehi projek ini dengan harga tender RM1.8 bilion pada Oktober 2002.
Mengikut jadual asal, projek ini harus disiapkan pada akhir tahun 2007.  Tetapi, penundaan berlaku sehingga ia disiapkan hanya pada tahun ini.  Menurut kontraktor (Sime Darby), penundaan ini berlaku kerana laporan kajian tanah yang dibekalkan oleh SHSB tidak jitu.
Lebihan kos ditanggung kerajaan?
Menurut media tempatan yang memetik daripada sumber yang tidak diketahui, Sime Darby menuntut kos lebihan lantaran penundaan projek sebanyak RM780 juta daripada kerajaan.  Namun demikian, beberapa faktor menyebabkan angka kos ini terus melonjak, menjurus kepada anggaran kerugian Sime Darby setinggi RM450 juta pada tahun kewangan 2010.
Sebagaimana yang diketahui, Sime Darby berniat menuntut kos lebihan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan, malah meminta agar kerajaan mengecualikan pampasan yang harus dibayar kepada pemilik empangan berikutan penundaan.  Lebihan kos ini telah melonjakkan kos pembinaan empangan dari RM1.8 bilion pada asalnya kepada RM3.2 bilion, yang belum merangkumi kos projek elektrik dan mekanik.
Seandainya dihitung secara terperinci, maka kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby lantaran daripada Empangan Bakun boleh mencecah RM1 bilion.  Namun, Sime Darby menuntut pampasan sebanyak RM700 juta daripada kerajaan, dan ditambah pula dengan permintaan untuk mengecualikan pampasan, maka kerugian dijangka akan dikurangkan kepada kira-kira RM300 juta.

*Neo Chee Hua

Tee Boon Hock dipecat ahli majlis MPK

SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk memecat bekas pegawai khas Exco kerajaan negeri, Tee Boon Hock sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkuatkuasa 6 Ogos lalu.

Keputusan tersebut telah diambil setelah Kerajaan Negeri berpuas hati dengan hasil siasatan yang mendapati Encik Tee ada melakukan perbuatan yang menyalahi etika dalam pengeluaran surat sokongan untuk mendapatkan peluang perniagaan.

Dato’ Menteri Besar telah memaklumkan keputusan ini kepada Yang DiPertua MPK yang telah pun membuat tindakan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, Kerajaan Selangor menyerahkan kepada pihak polis sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah dalam kes ini.

Demikian kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat MB Selangor hari ini.

"Sekali lagi, Kerajaan Negeri menyeru kepada semua Ahli Majlis supaya tidak menyalah guna kuasa yang diamanahkan  untuk kepentingan peribadi dan keluarga dan mengingatkan mereka supaya mengelak daripada mengeluarkan surat sokongan bagi tujuan perniagaan," kata kenyataan itu.

Sebagai negeri yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban Kerajaan Selangor tidak akan bertolak ansur dengan amalan rasuah di semua peringkat, katanya.

"Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa pembaharuan terhadap pentadbiran di Selangor supaya lebih bersih dan bebas dari amalan rasuah serta salah guna kuasa," tambah kenyataan itu.

Bubur lambuk Kg Baru laris, peniaga nak menang tangan

Yon, keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru terletak kepada citarasanya yang masih lagi mengekalkan ramuan dari turun-temurun. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Walaupun bulan Ramadan baru bermula hari ini, bagi peniaga-peniaga bubur lambuk di Kampung Baru permintaan menggalakkan terhadap hidangan itu dilihat sebagai satu “bonus” bagi memenuhi keperluan orang ramai. Tinjauan The Malaysian Insider di Kampung Baru mendapati terdapat banyak gerai yang menjual bubur lambuk kerana ia sememangnya sudah sinonim dengan kawasan itu.
Selain peniaga, Masjid Jamek Kampung Baru turut menyediakan makanan itu untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai sepanjang Ramadan.
Menurut Norhisham Amiruddin, 50, tempahan bubur lambuk setiap tahun semakin meningkat sehingga terpaksa menambah jumlah masakan.
“Saya sudah berniaga bubur lambok sejak 30 tahun dan pada tahun ini sambutan bertambah kerana banyak tempahan yang dibuat oleh syarikat kerajaan dan juga swasta.
“Kebiasaannya tahun lepas masak dalam empat periuk sahaja tapi tahun ini enam periuk.
“Boleh dianggarkan kalau dulu saya boleh jual dalam 1,000 bungkus, mungkin pada tahun ini ia boleh meningkat sehingga lebih 2,000 bungkus sehari,” kata anak jati Kampung Baru itu.
Beliau berkata setiap kali Ramadan orang ramai sama ada masyarakat setempat atau orang luar pasti akan ke Kampung Baru semata-mata untuk dapatkan bubur lambuk.
“Siapa cepat dia yang dapat. Sebab kebiasaannya setiap hari pasti bubur lambuk akan habis dijual.
“Kadang-kadang ketika petang memang tidak menang tangan nak melayan pelanggan yang datang,” katanya.
Bagi Azizah Mokhtar yang berusia 60 tahun, bubur lambuk Kampung Baru mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga menyebabkan kawasan itu akan menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba Ramadan.
“Setiap kali tiba Ramadan tarikan utama Kampung Baru adalah bubur lambuknya yang sehingga kini menjadi pilihan orang ramai.
“Boleh dikatakan setiap tahun jumlah jualan akan meningkat... tahun ini saya anggarkan boleh mencecah ribuan bungkus.
“Banyak tempahan daripada syarikat-syarikat luar dan juga kerajaan. Lagipun setiap bungkus kita hanya jual RM2, jadi orang boleh beli banyak dan disimpan,” katanya.
Tambahnya, diharapkan rezeki pada Ramadan tahun ini akan bertambah.
“Selalunya setiap kali Ramadan rezeki akan bertambah kerana bubur lambuk memang sudah ada peminat sendiri.
“Jadi kebiasaannya ada yang sudah buat tempahan dulu kerana bimbang bubur habis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Tukang Masak Bubur Lambuk Masjid Jamek Kampung Baru Yon Masron, 56, berkata keistimewaan bubur lambuk Kampung Baru adalah terletak kepada citarasanya yang masih lagi mengekalkan ramuan dari turun-temurun.
“Saya sudah jadi ketua tukang masak sejak 13 tahun lalu malah setiap tahun permintaan bubur lambuk semakin bertambah.
“Sehingga kini citarasa bubur lambuk ini masih lagi dikekalkan dengan berpandukan pada ramuan yang diturunkan sejak dari dulu lagi.
“Sebelum ini kita hanya masak 12 periuk tapi tahun 15 periuk kerana permintaan yang tinggi daripada orang ramai malah ada yang kempunan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Peniaga membungkus bubur lambuk sama ada untuk tempahan ataupun dijual kepada orang ramai.— Gambar oleh Jack Ooi
Tambahnya, sepanjang Ramadan bubur lambuk tersebut akan diagihkan kepada orang ramai kira-kira pukul 5 petang. “Pasti ramai yang akan beratur setiap petang untuk mendapatkan bubur lambuk.
“Kita anggarkan lebih 5,000 orang akan datang untuk mendapatkan bubur lambuk secara percuma setiap hari pada bulan Ramadan kali ini.
“Selain itu, bukan hanya masyarakat setempat sahaja tapi orang luar Kuala Lumpur seperti Seremban dan Melaka turut tidak mahu melepaskan merasai keenakan bubur lambuk Kampung Baru,” katanya.
Katanya, pembikinan bubur lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru 130 tenaga kerja selain 10 tukang masak khas.
Seorang lagi peniaga Zainal Abidin Abdul Hamid, 55, berkata permintaan bubur lambuk pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.
“Memang banyak permintaan tahun ini, jika tahun lalu saya hanya masak empat periuk sahaja tapi tahun ini tujuh periuk.
“Dulu dalam 1,000 bungkus sehari tapi tahun ini mungkin lebih 2,000. Lagipun hari ini baru hari pertama jadi masih tidak boleh nak anggarkan lagi.
“Kadang-kadang itu pukul 6 petang bubur lambuk sudah habis tapi masih ada lagi yang bertanya,” katanya.
Berdasarkan sejarah, resipi bubur lambuk Kampung Baru dicipta oleh seorang lelaki yang lebih dikenali dengan nama Said Bank.
Rempah ratus yang digunakan untuk memasak bubur itu dikekalkan sehingga hari ini sejak ia diperkenalkan awal 1950-an.
Sebelum meninggal dunia, Said Bank menurunkan kepakaran memasak kepada imam masjid ketika itu, Mohd. Tahir Jaafar.
Allahyarham turut mengamanahkan agar bubur lambuk yang dikekalkan sebagai juadah berbuka puasa diagihkan secara percuma kepada orang ramai.
Dari tahun ke tahun, bubur lambuk Kampung Baru ini kian mendapat perhatian dan ia tidak sukar untuk mendapatkan bubur tersebut sekiranya orang ramai datang ke Kampung Baru kerana ia boleh didapati di banyak gerai termasuk di Masjid Jamek Kampung Baru.

Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah “benar dan memang wujud”, dan bukan satu rahsia besar. Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.
Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.
“Memang wuju keretakan. Sesiapa sahaj boleh melihat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.
Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.
“Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.
“Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya ketika majlis pelancaran buku “Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia”.
Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.
Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.
“Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno,” katanya.
“Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib,” katanya.
Bekas menteri kerajaan persekutuan yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu The Malaysian Insider bahawa tindakan-tindakan Muhyiddin yang bercanggah dengan dasar 1 Malaysia adalah manifestasi ketidaktentuan Umno ke aras polisi-polisi Najib.
“Muhyiddin adalah manifestasi ketidaktentuan lama Umno... memang tipikal bagi Umno bertindak macam ini.
“Najib mempunyai banyak pendedahan Barat dan liberal dalam dasar-dasarnya dalam sesetengah perkara. Muhyiddin adalah produk timbalan perdana menteri kelahiran tempatan,” katanya.
Oleh itu kata beliau, sudah pasti akan wujud perselisihan di kalangan kedua-dua pemimpin itu.
Jelas Zaid, wujud pandangan berbelah bahagi dan tidan menentu bahawa pembaharuan dibawa oleh Najib adalah perlu untuk Umno mendapatkan semula hala tuju masa lalu dan sokongan rakyat.
Zaid juga membidas Muhyiddin yang mendakwa Pakatan Rakyat adalah punca kepada tanggapan bahawa wujudnya keretakan hubungan antara Najib dan Muhyiddin.
“Saya merasakan ia satu alasan yang begitu cetek,” katanya.
“Pak Lah hendak membawa pembaharuan tetapi beliau ditolak oleh musuh dari Umno sendiri,” katanya.
“Apa bezanya sekarang? Saya tidak fikir orang Umno bersedia untuk perubahan.
“Idea mereka ialah memperkukuhkan kedudukan mereka menerusi kawalan, menerusi dominasi orang Melayu,” kata Zaid.
Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua menyoal mengapa Muhyiddin mahu menuding jari ke arah Pakatan Rakyat.
“Mengapa salahkan kami. Jika anda mahu meletakkan kesalahan pada orang lain, salahkan diri anda dulu dan juga Tan Sri Dr Koh Tsu Koon,” katanya.
Pua berkata, Koh yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawba untuk merangka program transformasi kerajaan (GTP), yang turut menghasilkan konsep 1 Malaysia bagi menggambarkan elemen “Malaysia pertama, soal kaum kedua.”
“Mengapa timbalan perdana menteri kelihatan berbeza dalam memahami konsep 1 Malaysia? Ini kerana bagi beliau konsep 1 Malaysia sudah gagal,” katanya.
Pua menambah, Muhyiddin cuba menafikan dakwaan keretakan antara beliau dan Najib kemungkinan kerana perdana menteri sudah tidak gembira dengan timbalannya.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke berkata, tindakan Muhyiddin menunjukkan yang timbalan perdana menteri sudah bimbang dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat mengenai dirinya.
“Beliau mula bimbang dengan tanggapan tentang diri beliau, tentang tindakan-tindakannya.
“Jika tiada masalah mengapa hendak membuat penjelasan,” katanya.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tindakan Muhyiddin tidak mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritik menunjukkan sikap ‘membelakangi’ kepimpinan negara.
“Muhyiddin seharusnya telah mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritiknya berbanding bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri.
“Orang boleh melihat bahawa dengan menyokong Dr Mahathir dan bukannya mempertahankan Najib, konsep 1 Malaysia sebenarnya telah gagal,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.