Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan Dari Team Dan Network Group Rakyat Marhaen...


Semoga kita mendapat Keberkatan Dan RahmatNya
dibulan yang penuh dengan ganjaran pahala,Agar
keluarnya kita nanti menjadi orang yang Bertakwa
dan Istiqamah dalam memperjuangkan Islam.

INSAP: Usah buat andaian bodoh jika tidak tahu tentang Islam


Satu pandangan songsang berkaitan PAS telah dilemparkan oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Analisis Strategik dan Kajian Dasar (INSAP), sebuah badan pemikir MCA, Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Gambar) konon bila PAS dipilih menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kerajaan Persekutuan, Malaysia tidak ubah seperti negara Iran.

"Meskipun ramai menyatakan PAS di Kelantan melayan kaum Cina dengan baik tetapi hakikatnya (PAS) kekal ulama menjadi nadi pentadbiran negeri. Jadi apabila PAS memerintah Malaysia, wujud kemungkinan parti itu menggunakan model serupa seperti Iran yang menyaksikan pengaruh ulama dalam pentadbiran negara. Adakah kaum Cina akan selesa dengan keadaan ini," katanya.

Fong membuat kenyataan itu apabila meminta MCA memberikan lebih banyak penjelasan kepada para pengundi Cina mengenai ‘gambaran tersembunyi’ jika pakatan parti pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS berkuasa pada peringkat persekutuan.


Beliau juga berpandangan PAS lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana PAS mempunyai struktur politik yang berbeza dengan PKR dan DAP yang memungkinkan PM adalah dari kalangan PAS. Amat jelas, ianya adalah satu usaha untuk meruntuhkan pakatan yang dibina PAS, PKR dan DAP.

Ternyata pemikiran pengerusi badan penyelidik MCA itu terlalu sempit dan jahil berkaitan Islam yang dibawa oleh PAS. Keadaan itu mungkin kebebalannya yang tidak dapat menerima situasi sebenar, perjuangan PAS semakin mendapat tempat di hati bukan Islam.

Fong seharusnya belajar tentang selok-belok sejarah dan kesan pembentukan Islam dan negara Islam yang sebenarnya bagi mengetahui kebenaran bagaimana Islam memerintah.

Mungkin Fong sudah termakan dakyah dan provokasi yang selalu dimainkan oleh Umno terhadap PAS selama ini, kononnya PAS sebuah parti yang radikal. Mungkin sepuluh tahun yang lalu, masyarakat boleh termakan dakyah jahat itu. Tetapi sekarang ini, kenyataan bodoh itu dapat ditolak dengan mudah apabila Islam yang dibawa PAS telah menunjukkan keadilan yang sebenar dan kesejahteraan untuk semua kaum dan agama.

Jika sebelum ini, bukan Islam takut mendekati PAS kerana provokasi jahat yang selalu dimainkan Umno, tetapi hari ini, PAS sudah mula didekati oleh bukan Islam dan hampir 20,000 bukan Islam telah pun menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dan ketakutan buat Umno dan MCA yang takut kehilangan penyokong dan kuasa mereka.

Semenjak tragedi ‘11 September’ tercetus, Yahudi yang menjadi musuh Islam telah mencetuskan ketakutan bukan Islam terhadap Islam, konon umat Islam adalah pengganas. ‘Islamophobia’ dijadikan senjata utama Yahudi untuk memburukkan Islam dan menghancurkan umat Islam.

Padahal ia adalah helah Yahudi untuk menghancurkan Islam secara berterusan. Dengan beralasan ‘terroris), mereka sewenang-wenang melakukan pembunuhan terhadap orang Islam di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, mereka sengaja melakonkan kononnya Islam itu ganas.

Dakyah itu kemudiannya meresap ke bumi umat Islam apabila pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang beragama Islam tidak terkecuali melabelkan pendokong-pendokong Islam dengan gelaran ‘ekstrem’, taksub, dan radikal. Padahal itu semua istilah yang diambil daripada persepsi yang sengaja ditimbulkan Yahudi.

Di negara kita, Umno telah memainkan peranannya agar bukan Islam tidak bersama dengan pendokong Islam. Mereka cuba menakutkan bukan Islam dengan memberi contoh dangkal yang bukan mewakili Islam yang sebenarnya agar menampak Islam itu ganas, pemerintahan Islam itu ekstrem.

Usah bodohkan diri kamu dengan fikiran sempit tentang Islam

MCA telah pun memainkan peranan Umno untuk menimbulkan ketakutan di kalangan kaum Cina terhadap PAS. Tanpa membuat kajian yang tepat dan adil berkaitan dengan keadilan dan toleransinya pemerintahan Islam sedikit masa dulu, mereka sewenang-wenangnya meletakkan Islam yang dibawa oleh PAS sama dengan kumpulan-kumpulan tertentu di negara lain seperti Iran sebagai bukti tidak tepat terhadap Islam.

Siapa Dr Fong Chan Onn tu jika mahu bercakap tentang keadilan pemerintahan Islam? Faham ke beliau tentang Islam yang dibawa oleh PAS? Sepatutnya Fong lebih mendalami Islam yang sebenarnya berbanding apa yang mereka pelajari melalui Umno.

Cuba lihat, bagaimana bukan Islam yang boleh menerima konsep keadilan yang dibawa PAS tanpa prejudis kerana mereka memahami dan yakin dengan apa yang dibawa PAS.

Bukti depan mata bagaimana PAS yang dipimpin oleh para pemimpin yang bersih dan tidak dilingkari dengan kontroversi dan skandal buruk seperti pemimpin BN termasuk presiden MCA yang mempunyai kerosakan moral yang teruk kerana terlibat dengan hubungan sulit yang tidak sepatutnya berlaku kepada pemimpin yang jujur.

Cuba bayangkan, bagaimana keadaan negara jika dipimpin oleh pemimpin yang dilingkari skandal moral yang teruk, rasuah yang berleluasa, pecah amanah setiap hari, ketirisan projek kepada kroni tanpa kawalan dan penyalahgunaan kuasa yang teruk? Masa itu, mungkin negara akan rosak dari segala genap penjuru termasuk ekonomi dan ketamadunannya.

Padahal, kenyataan Fong itu untuk menakutkan orang Cina terhadap PAS sambil mengharapkan dapat memenangi kembali sokongan para pengundi Cina yang semakin meninggal perjuangan MCA yang mempunyai pemimpin yang rosak moralnya. Kenyataan itu adalah kepentingan politik semata-mata bagi mengelabui mata pengundi Cina.

Apa kurangnya jika PM dari kalangan PAS?

Islam yang dibawa oleh PAS bukan seperti yang disangka sebahagian pihak yang membenci kepada Islam. Islam yang dibawa PAS tidak seburuk yang disangka.

Islam adalah agama yang menuntut keadilan untuk semua tidak kira mereka itu orang Islam atau bukan Islam. Islam memang melarang umatnya daripada melakukan penindasan terhadap sesiapa sahaja tanpa sebab.

Adilnya Islam sehingga pemerintahan Islam wajib mempertahankan rakyatnya yang bukan beragama Islam yang ditindas secara zalim. Saksamanya Islam, kekayaan negara di bawah pemerintahan Islam akan diagihkan secara bersama tidak kira Islam atau bukan Islam.

Islam akan melindungi semua rakyatnya yang berada di bawah naungan pemerintahannya termasuk bukan Islam.

Ketika Nabi Muhammad SAW membentuk kerajaan Islam pertama di Madinah, baginda begitu ambil berat tentang rakyat di bawah pemerintahan baginda termasuk bukan Islam.

Tidak pernah berlaku dalam pemerintahan baginda, bukan Islam ditindas, bahkan dilayan seperti rakyat lain yang beragama Islam.

Satu kisah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan yang ditunjukkan Islam tidak kira ke atas orang Islam atau bukan Islam, di mana ketika zaman Khalifah Ali Karramallahu Wajhah selaku Amirul Mukminin (pemimpin negara Islam) ketika itu dengan seorang Yahudi (bukan Islam) berkaitan baju besi yang perlu dijadikan renungan bersama.

Kisah itu bermula apabila Khalifah Ali kehilangan baju besinya. Tiba-tiba beliau terlihat ianya berada dalam barang jualan seorang lelaki Yahudi, lelaki tersebut kelihatan sedang menjualnya di pasar.

Apabila dituntut oleh Khalifah Ali dengan mengatakan ia adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, lelaki Yahudi tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Saidina Ali terus menuntut dan membawa pertikaian (kes) mereka itu kepada penghakiman hakim Muslim.

Kes perselisihan mereka berdua bagi menentukan siapakah pemilik baju besi tersebut dibawa ke pengadilan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a. Lalu Syuraih bertanya kepada Ali, apakah kisahmu?

Khalifah Ali : aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.

Qadhi Syuraih : bagaimana pula kamu wahai lelaki?

Lelaki Yahudi : Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, aku tidak pula menuduh Ali berbohong.

Qadhi Syuraih : Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?

Jawab Khalifah Ali : Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa ia kepunyaanku.

Qadhi Syuraih :Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini tidak diterima.

Khalifah Ali : Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima penyaksiannya ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan menjadi pemuda yang dijamin Syurga)

Qadhi Syuraih : bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.

Qadhi Syuraih : Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu, ia adalah milikmu.

Lelaki Yahudi berkata :

أمير المؤمنين قدمني إلى قاضيه! وقاضيه يقضي عليه! أشهد أن هذا الدين على الحق، وأشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً عبده ورسوله، وأن الدرع درعك يا أمير المؤمنين، سقطت منك ليلاً

Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui mahkamahnya (mahkamah Islam) dan Qadhi pilihannya (dari kalangan Muslim). Qadhi pilihannya memutuskan sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam hari.

Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.

Jelas sekali lagi dalam kisah di ini, bagaimana lelaki Yahudi (bukan Islam) yang diberi penghakiman yang adil tanpa ada prejudis dan terpengaruh dengan kedudukan Saidina Ali sebagai pemimpin nombor satu negara Islam ketika itu telah pun mendapat kesaksamaan yang sama rata bagi menuntut keadilannya.

Subhanallah, adilnya Islam. Maka itulah yang diimpikan PAS selama ini. PAS memperjuangkan keadilan untuk semua bukan setakat orang Islam sahaja, bahkan bukan Islam pun diberi perhatian sewajarnya untuk menerima hak mereka.

Maka tidak seharusnya bukan Islam merasa takut dengan Islam yang dibawa PAS. Jadi apa salahnya Perdana Menteri dari kalangan pemimpin PAS yang terbukti memperjuangkan keadilan untuk semua.

Negara kita sedang ketandusan pemimpin yang betul-betul amanah dalam pentadbirannya. Sebagai pemimpin, bukan hanya kebijakan dan kepandaian yang dituntut bahkan lebih dari itu termasuk kewarakannya supaya tidak mudah tergoda dengan harta rakyat untuk diagihkan kepada kroni-kroni, kefahaman dosa dan pahala agar dapat membezakan mana yang hak mana yang batil ketika menjadi pemimpin dan yang paling penting, dapat berfungsi sebagai pemimpin yang akan memberi manfaat yang besar kepada rakyatnya termasuk tinggi moralnya untuk dijadikan teladan. -WarkahDaily

Kain rentang: Umno heret Sultan Johor untuk raih simpati

Dah habis akal dah puak-puak Umno-BN untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengheret pihak istana untuk kepentingan politik murahan mereka. Walaupun dengan cara kotor sekali pun, Umno-BN tetap dengan pendiriannya untuk meraih sokongan rakyat yang sudah mula membenci mereka.

Segala macam provokasi dan propaganda telah dimainkan Umno-BN bagi menggambarkan Pakatan Rakyat ingin meruntuhkan negara ini. Padahal itu semua taktik sama yang dimainkan semula oleh Umno-BN untuk meraih sokongan orang Melayu terhadap mereka.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor memberi amaran keras kepada UMNO negeri supaya tidak bertindak luar batasan dengan menyentuh sensitiviti rakyat Johor sehingga menyebabkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, murka.

Amaran itu dikeluarkan selepas Pakatan Rakyat (PR) menemui beberapa kain rentang yang tertera gambar Tuanku di bahagian kiri bawah bersama gambar Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PR mendakwa, kain rentang yang tertera ‘PKR Johor Menyokong penuh Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB (Menteri Besar) Johor’, dilakukan UMNO.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat AMK negeri di Balai Polis Gelang Patah, kelmarin, bagi mendesak polis melakukan siasatan terperinci berhubung penyebaran poster yang dianggap sebagai mencemarkan imej PR.

Ketuanya, Zabidie Abas berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gelang Patah sebagai langkah susulan berhubung penemuan kain rentang di beberapa daerah antaranya di Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.


“Ayat yang tertera di kain rentang itu jelas berunsur perkauman yang boleh menggugat kesejahteraan rakyat terutama rakyat Johor. Jadi di sini kami nafikan penyebaran kain rentang itu dilakukan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau berharap individu atau syarikat yang menerbit dan mencetak kain rentang itu patut dikenakan tindakan sewajarnya.

“Ini adalah satu tindakan di luar batasan kerana DYMM Sultan Johor telah murka,” katanya.

Terdahulu, Jui Meng mengulas penemuan beberapa poster di sekitar Johor yang meletakkan gambar Jui Meng bersama DYMM Sultan Johor yang mahukan beliau menjadi Menteri Besar Johor didakwanya sebagai ‘kerja’ orang-orang UMNO.

“UMNO tidak tahu undang-undang Johor ke? Untuk jadi Menteri Besar Johor mesti orang Melayu dan Islam, mereka sengaja mahukan DYMM Sultan Johor murka kepada kami,” katanya. -SH

As PM returns from leave, Muhyiddin quick to assure his loyalty

Najib and Rosmah with Prince Albert in Monaco
Malaysia Chronicle

With Prime Minister Najib Razak due to return to work after nearly a fortnight's break, his deputy Muhyiddin Yassin was quick to assure his loyalty to his boss.

“My boss is the prime minster and the question of our loyalty to him should not be questioned. In this context, there may be those from the other side that would like take the opportunity to speculate that our relationship is not as strong,” Muhyiddin told reporters.

But despite his attempt to push the blame to the Pakatan Rakyat, it was the DPM himself who raised eyebrows by criticizing Najib’s prized 1Malaysia plan as having failed because few Malaysians understood it.

He had rushed to echo former prime minister Mahathir Mohamad, who started the onslaught against Najib when the PM was overseas, prompting renewed talk that all was not well in Umno. It is an open secret that the hawkish Muhyddin disagrees with the more liberal Najib, who is keen to unify the races under his 1Malaysia plan.

Another sore point between the two is the New Economic Model, which is the financial adjunct to 1Malaysia and aims to dismantle the decades old New Economic Policy. The NEP was introduced in 1971 to eradicate poverty and distribute wealth more equally, but through the years it has become abused by the Umno elite to garner government contracts to enrich themselves and their families.

Due to the race-based policies pursued by past Umno presidents especially Mahathir, who ruled Malaysia for 22 years, the NEP has become associated with Malay special rights - making it politically difficult to replace.

Even today, Mahathir stirred a fresh ruckus when he warned that BN government not to give the Chinese any more political power until the Malays improved their economic stake.

“In the political field the Malays appear to be in control. Most of the high posts i.e. PM, MB etc are held by the Malays. If these posts are held by the Chinese, then not only will the economy be under Chinese control but the political arena would also be under the Chinese. What will be the Malay stake in the country?” Mahathir said in his blog posting entitled “To be or not to be a racist”.

However, some pundits have argued that the 30 percent target of the economic pie that the Malays have set for themselves has already been achieved but due to fudging and corruption by the Umno elite, the numbers still looked weak and wealth had yet to filter down to the lower-income groups.

Nonetheless, Mahathir and Muhyiddin are unconvinced.

“Although 1 Malaysia has a noble goal and seeks to bring peace, government policy and programmes, it is being distorted by certain parties, solely for the interest of their personal politics,” Muhyiddin said

Selamatkanlah Selangor dari mereka



Maka berakhirlah fasa 1 program gergasi Umno Selangor iaitu “roadshow” Selamatkan Selangor Darul Ehsan semalam di Jalan Kebun Kelang. Kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar:

"Alhamdulillah, sambutan rakyat untuk peringkat pertama ini di luar dugaan. Ini kerana ia banyak menyedarkan rakyat mengenai pembohongan pakatan pembangkang selama ini sama ada dalam pentadbiran negeri mahu pun kempen politik mereka,".

Saya tidak tahulah “standard” apa yang diguna oleh Noh apabila beliau berkata sambutan rakyat terhadap program Umno itu “luar dugaan”, tetapi dari pengamatan ramai, termasuklah saya sendiri yang pernah menjenguk program yang sama di Ampang, kehadiran luar dugaan itu mungkin maksudnya yang diduga hadir patutunya ramai yakni ribuan atau puluhan ribu tetapi hakikatnya yang hadir cuma beberapa kerat, itulah maksudnya barangkali “luar dugaan”!

Umno satu ketika dahulu ketika memerintah Selangor, jika menganjurkan program yang hadir adalah belasan malah puluhan ribu, berbas-bas, tetapi kebelakangan ini “funfair” anjuran Noh, tidak lagi semeriah dahulu.

Ia mungkin kerana Umno Selangor sendiri kekurangan dana untuk menaja bas-bas seperti dahulu atau mungkin kerana rakyat pun sudah muak dan bosan, takkanlah nak mendukung biawak hidup lagi.

Ahad lepas saya berceramah bersama Timbalan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Selangor dan ADUN Cempaka, YB Iskandar Samad di Kg. Pandan. Saya tertarik dengan penyampaian Ustaz Sallehen, kata beliau mengapa susah-susah Umno Selangor mahu menganjurkan “roadshow”seumpama ini, bukankah mereka menguasai media arus perdana? Ada TV ada akhbar ada radio? Tayangkan sahaja secara langsung taip-tiap malam.

Sesungguhnya malapetaka (bagi BN) 2008, telah membunuh apa sahaja semangat dan kekuatan yang ada pada Umno dan BN Selangor untuk bangkit semula. Mereka bersengketa sesama sendiri, menuding jari, berbalah, berebut jawatan,malah sehingga hari ini “malapetaka” itu terus menghimpit dan menghantui mereka.

Mereka serba-salah, tak tahu apa yang patut dilakukan, sedangkan rakyat telah maklum bahawa mereka inilah yang sebenarnya telah memeras dan menyelongkar harta kekayaan negeri, menggemukkan kroni dan sanak-saudara, rakyat digula-gula hanya bila perlu, lalu rakyat sudah serik, sipincang dan sikotor ini jangan diberi muka dan peluang lagi.

Dijajanya ke hulu dan ke hilir, cabaran supaya PAS Selangor tuntut diharamkan pusat-pusat hiburan dan rumah urut dalam bulan Ramadhan nanti. Tidakkah itu membunuh mereka sendiri?! Pertama mengapakamu sendiri tidak melakukannya ketika berkuasa sepanjang 52 tahun lalu. Kedua mengapa negeri-negeri yang masih kamu perintah tidak pula melakukannya.
Maghrib ini inysallah kita meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah itu. Marilah kita jangan lupa memanjatkan doa ke hadrat Allah siang dan malam. Selitkan juga jangan lupa dalamdoa kita itu, agar Allah menzahirkan kebenaran dan menghancurkan kebatilan di negeri ini. Minta Allah satu padukan saf Melayu/ Islam di Selangor ini di bawah panji-panji kepimpinan Islam. Hancurkan pemimpin yang kotor dan pincang. Selamatkan negeri ini dan rakyatnya. Berilah kemenangan kepada Islam.

Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari saki-baki pimpinan Umno!

Anwar Berjaya Ubah Lanskap Politik Malaysia

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 10 Ogos - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan antara peranan paling penting yang dimainkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang ialah melalui pengaruh beliau, rakyat Malaysia buat pertama kalinya dapat menyaksikan sejarah terlakar dalam perubahan besar lanskap politik negara pada pilihan raya umum 2008.
"Setiap tindakan dan pandangannya memberikan kesan yang penting terhadap halatuju negara kita. Mesej ucapan selamat ulang tahun saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebagai tokoh politik yang penting, menjadi harapan agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan di negara kita," kata Kit Siang.
Beliau antara pimpinan serta jutaan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-63 kepada Ketua Umum KEADILAN itu yang disambut pada hari ini.
"Sambutan ulang tahun ke-63 Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dalam tahun yang sentimental. Setiap tahun, kita menyambutnya, termasuk ketika beliau di penjara. Saya masih ingat lagi kek yang kami hantar kepadanya, telah dihalang oleh pihak polis seolah-olah makanan tersebut merupakan ancaman kepada keselamatan negara," kata Pengarah Stategi dan Politik KEADILAN, Tian Chua.
Tian yang juga Ahli Parlimen Batu berpendapat, untuk sebahagian rakyat Malaysia, ulangtahun Anwar Ibrahim bukanlah perkara peribadi terutamanya apabila mengenangkan pelbagai penindasan dan penganiayaan terhadap beliau sejak gerakan Reformasi tercetus 12 tahun dahulu.
"Sudah tentu kami akan maklum dengan tarikh ini dan ianya merupakan satu tanda daripada perjuangan hak asasi manusia," kata beliau.
Dalam nada yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya oleh rejim Umno-Barisan Nasional.
"Walaupun pada usia 63 tahun kekuatan mental dan fizikal beliau masih jelas kelihatan dan usaha beliau untuk melihat wajah baru Malaysia tidak pernah pudar. Saya kagum dengan keazaman beliau menghadapi cabaran, dan yakin rakyat Malaysia tetap akan memberikan kepercayaan dan sokongan kepadanya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak," ujar Mahfuz.

Anwar, Azizah Doakan Ramadhan Al Mubarak Mampu Tingkatkan Ketakwaan Umat Islam

SHAH ALAM 10 Ogos - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan semoga amalan ibadah puasa disempurnakan sebaiknya hingga mampu meningkatnya darjat ketakwaan sambil mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan al Mubarak yang sememangnya dinanti-nantikan umat Islam seluruh dunia.
"Ibadah puasa memupuk pendidikan jiwa dan rohani, membuatkan kita bermuhasabah betapa ibadah ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
"Ibadah di bulan Ramadhan al Mubarak menuntut kita untuk peka dengan lingkungan, menginsafi kekurangan diri dan masyarakat
sekaligus membangkitkan hasrat melakukan kebaikan serta memperkukuh usaha menghilangkan kemudaratan," kata Anwar dalam perutusan bulan Ramadhan yang disiarkan melalui blognya.
Katanya, melalui kesempatan dan kerahmatan yang hadir bersama bulan yang mulia ini memberi ruang untuk dimanfaatkan oleh umat Islam mendekatkan diri kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ini ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran lewat ayat 183 Surah Al-Baqarah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kami, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa”.
Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN turut mengingatkan umat Islam supaya menjalani  tarbiyyah dan tazkiyyah sepanjang madrasah Ramadhan yang menemukan umat Islam  dengan dua medan iaitu  medan perjuangan dalam diri serta lingkungan.
Beliau meminta umat Islam supaya terus beristiqamah berusaha menjalani ibadah puasa ini agar tercerna serta terpancar akhlak
dan sahsiah yang terpuji.
Sementara itu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga mengucapkan tahniah kepada umat Islam di atas kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al Mubarak.
"Menjelang Ramadhan Al-Mubarak ini, alhamdulilah sekali lagi kita diberi peluang oleh Allah untuk menyuci dan mebersihkan diri
dari segi fizikal yang merangkumi zahir dan batin. Pada Ramadhan kali ini, kita diberi peluang hayat untuk membersihkan diri, meningkatkan lagi iman dan ketetapan kita, dan memperkukuhkan lagi semangat perjuangan kita.
"Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak," kata Dr Wan Azizah.

SAMM kepada Presiden MCA: Minta maaf atau berdepan dengan anak muda

NOTIS AMARAN MOHON MAAF TARIK KENYATAAN HINA ISLAM ATAU BERDEPAN AKSI ANAK MUDA
Merujuk kepada ucapan Chua Soi Lek selaku Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) ketika perasmian Konvensyen MCA ke 33 di Kedah Baru - baru ini yang jelas menghina Islam dan sejarah ketamadunannya.
Solidariti Anak Muda Malaysia sebuah organisasi (non structural) yang menggabungkan anak muda seluruh negara yang berkongsi aspirasi ke arah membentuk kesedaran menjadi pendesak proses reformasi negara dengan ini memandang serius kenyataan menghina Islam yang datang dari parti komponen regim penguasa.
Chua Soi Lek selaku Presiden MCA yang berpendidikan tinggi seharusnya menyedari penghinaan terhadap Islam itu tidak berasas dan tidak betul.  Beliau seharusnya tahu selaku doktor perubatan bahawa ilmu perubatan moden juga terasas dalam ketamadunan pemerintahan Islam.
Namun dilihat kenyataan ini sengaja dikeluarkan semata untuk meraih sokongan orang Cina khususnya bukan Islam yang menjadi kekuatan MCA sebelum ini sebaliknya mutakhir ini semakin menjauhi MCA.  Kenyataan ini juga ada kaitannya dengan pelan besar regim iaitu untuk mewujudkan ketegangan kaum, memainkan skrip lama untuk kekal berkuasa.  Setiap kali gabungan pewaris pemerintahan penjajah hampir hilang populariti maka mereka akan memainkan sentimen kaum untuk kembali meraih simpati rakyat yang dipecah perintah berdasarkan kaum mengikut pemikiran penjajah dahulu.
Rakyat masih tidak lupa bagaimana pada tahun 1986/1987 ketika UMNO dan Parti Gabungan BN sedang menghadapi konflik dalaman dan makin menghilang populariti maka 1987, Lee Kim Sai, pemuda MCA dan Najib Razak, Pemuda UMNO telah melancarkan perang kaum.  Setelah suhu permusuhan kaum naik regim mengambil kesempatan menahan pimpinan rakyat yang progresif di bawah ISA dengan tema Operasi Lalang.  Dua watak penting pembakar sentimen kaum terlepas malah seorang darinya sudah menjadi Perdana Menteri dan berselindung di balik slogan 1 Malaysia.
Sama juga kali ini selepas PRU 2008 BN makin hilang populariti seperti sudah dijangka ketika mereka hampir hilang kuasa maka isu kaum dimainkan semula.  Ketika UMNO memainkan sentimen perpaduan ketuanan Melayu, MCA kawan UMNO dibiarkan menghina Islam.
SAMM yang terdiri dari anak muda Malaysia dari pelbagai latar kaum dengan ini menyatakan amaran kepada Chua (gambar) untuk menarik semula kenyataannya yang menghina Islam dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari atau akan berdepan dengan aksi anak muda di seluruh Negara.  SAMM akan menyusun aksi dan gerak kerja bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh Negara.
Seluruh pimpinan MCA harus melihat perkara ini dengan serius dan menasihatkan presidennya untuk respon terhadap notis ini.  Segera dan secara serius.  Ingat MCA telah ditolak oleh majoriti masyarakat Cina jangan nanti MCA juga akan ditolak oleh seluruh rakyat kerana keceluparan pimpinannya yang tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.
SAMM menegaskan dalam Negara ini kehidupan rakyat akan lebih aman dan Negara akan lebih berdaya saing jika politik perkauman diketepikan.  Perlawanan seharusnya diasaskan kepada kebangkitan melawan penindasan dan bantuan berasaskan keperluan.  Tiada siapa punya hak menghina mana-mana agama dan kaum.
*Notis amaran yang diserahkan oleh SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) kepada Presiden MCA, Chua Soi Lek pada hari ini.

Bakar Gereja : Tertuduh nafi terlibat, cedera akibat bakar kayu BBQ

Ihsan Malaysian Insider 8-1-10 Kes bakar gereja
Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Tertuduh kes kebakaran Gereja Metro Tabernacle dekat sini hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau bukanlah dalang yang terlibat dalam kejadian itu, tetapi hanya sebagai saksi yang memerhatikan sekumpulan lelaki yang melakukan perbuatan khianat tersebut.
Tertuduh pertama (OKT1), Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, semasa keterangan bela diri berkata, beliau hanya memerhatikan sahaja di seberang jalan sekumpulan individu seramai tujuh hingga lapan orang yang memecahkan tingkap kaca menggunakan kayu besbol dan membakar gereja tersebut.

Faizal juga mendakwa kehadirannya di restoran Old Town White Coffee sebelum waktu kejadian juga kerana mahu bertemu rakannya yang hanya dikenali sebagai Joe sebelum pergi ke rumah rakannya, Hamzan Zainal Abidin untuk jamuan barbeku (BBQ).
"Saya mahu ke rumah Hamzan untuk BBQ pukul 10.00 malam, tapi berjanji untuk berjumpa Joe dahulu di Old Town White Coffee sebelum bergerak sama-sama ke rumah Hamzan.
"Di sana, saya terserempak dengan sekumpulan rakan dan berbual-bual, kemudiannya dapat tahu ada orang yang hendak bakar gereja tapi tidak tahu dimana.
"Disebabkan rasa ingin tahu, saya ikut serta dengan menaiki motosikal pergi ke tempat kejadian. Tidak lama selepas saya sampai, saya lihat ada orang sedang pecahkan tingkap kaca guna kayu besbol dan api marak tidak lama selepas itu," katanya.
Faizal turut menambah, selepas melihat kejadian beliau terus mengajak adiknya yang juga tertuduh kedua (OKT2), Raja Mohamad Idzham, 22, pergi ke rumah Hamzan di Sungai Sering, Ulu Kelang.
Beliau semasa ditanya peguam bela Datuk Hanif Hashim sama ada sekumpulan rakan yang ditemuinya di Old Town White Coffee itu terlibat membakar gereja, beliau turut menafikannya.
"Semasa perjalanan, saya tak nampak kumpulan saya tapi kumpulan lain yang menggunakan kayu besbol pecah dan bakar gereja. Kumpulan kami hanya memerhatikan sahaja," katanya.
Namun ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Azlina Rasdi jika beliau ada membuat sebarang panggilan kecemasan 999, atau melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kejadian itu, beliau mengakui tidak ada membuat sebarang laporan polis mahupun panggilan kecemasan.
Menjelaskan mengenai kecederaan yang diperolehinya, Faizal turut menafikan ia disebabkan api ketika bakar gereja, tetapi disebabkan daripada kecederaan semasa membakar kayu untuk dijadikan bara semasa BBQ.
Katanya, semasa sampai di rumah Hamzan selepas menyaksikan kebakaran gereja sekitar jam 12.00 malam, beliau dimarahi Hamzan kerana kelewatannya dan terus melakukan persiapan untuk BBQ.
Namun ketika membakar kayu untuk dijadikan bara, api yang marak tiba-tiba menyambar bajunya.
Terlalu dekat dengan api
"Saya tersilap kerana terlalu dekat dengan api. Jadi api naik menyambar muka dan baju, bila buka baju api di baju terkena muka pula," katanya.
Berikutan itu, beliau yang tidak berbaju terus pergi ke Klinik Izham yang berdekatan sebelum dirujuk ke Pusrawi dan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan rakannya Joe.
Dakwaan Faizal itu turut disokong Idzham yang mengatakan dirinya terdengar jeritan abangnya sebelum bergegas menyelamatkan keadaan.
Idzham semasa giliran membela diri berkata, beliau yang terlihat abangnya dijilat api selepas terdengar jeritan terus bertindak membuka baju Faizal sehingga turut mengalami kecederaan kecil di tangan.
"Kerana tangan saya cedera, Joe yang tolong bawa Apai (Faizal) pergi klinik. Selepas itu, tangan saya mula rasa sakit dan kulit menjadi merah serta menggelembung. Saya kemudiannya mendapatkan rawatan di Pusrawi," katanya.
Idzham dalam keterangannya turut menafikan laporan polis yang dibuatnya mengenai kecederaan abangnya menggunakan kad pengenalan OKT1 itu adalah palsu.
Hakim S M Komathy Suppiah kemudiannya menangguhkan perbicaraan esok bagi mendengar keterangan saksi Hamzan dan Inspektor Haris.

KMA: Hanya silap teknikal, isu peniaga Komtar selesai..tapi kecoh sendiri apa hal..!!!

GEORGE TOWN, 10 Ogos — Selepas “berperang” sejak Sabtu lalu kononnya peniaga Melayu dihalang daripada berniaga di Komtar sempena Ramadan, Dewan Perniagaan Komtar (KMA) berkata, perkara itu sebagai “kesilapan teknikal” dan para peniaga memulakan operasi mereka hari ini.
Naib Pengerusi KMA Mohamad Ghani Abdul Jiman juga menyalahkan media kerana salah tafsir isu berkenaan selain mendakwa Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah memanipulasikan kata-katanya untuk mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peniaga.
Mohamad Ghani berkata, KMA membuat keputusan mengurangkan jumlah gerai kepada 25 selepas mempertimbangkan masalah kesesakan di kawasan konkos tingkat tiga Komtar.
“Saya menerima faks persetujuan daripada PDC pada pukul 6.45 petang 6 Ogos (Jumaat lalu), jadi saya tidak tahu bahawa bayaran kepada PDC harus diselesaikan pada Isnin (semalam),” ujarnya.
“Adalah amalan biasa membayar sewa pada akhir bulan,” kata beliau.
Mohamad Ghani berkata, kesemua 25 peniaga akan membuka gerai di tingkat tiga memandangkan mereka tidak berminat berniaga di tingkat empat.
Utusan Malaysia milik Umno membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan laporan muka depan semalam “Melayu masih ditindas”, yang membawa dakwaan bahawa pentadbirannya menghalang peniaga-peniaga Melayu daripada mengadakan gerai Ramadan.
Mohamed Ghani berkata, beliau akan mendedahkan semua surat yang diterima daripada PDC kepada polis supaya orang ramai dapat mengetahui kebenaran.
Lebih 100 peniaga diketuai Mohamed Ghani melancarkan protes di Komtar semalam.
PDC semalam menafikan dakwaan KMA dalam Mingguan Malaysia kononnya ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.
“Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar,” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar semalam.
Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan KMA membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan.

Mahathir Suruh Tukar Kerajaan..!!!!

Dari zaman Mahathir dengan Musa Hitam, kedengaran ayat yang sama iaitu "hubungan saya dengan PM tiada masalah.

Kemudian Mahathir dengan Anwar Ibrahim, ayat yang sama juga "hubungan saya dengan PM tiada masalah"

Zaman Najib dengan Pak Lah, ayat yang sama juga di ulangi... dan terkini.. Mat sembab pula ulang ayat yang sama juga terhadap Najib. - MI

Ha...ha..ha... bak kata TukarTiub, kalau baca akhbar perdana dan cakap2 pemimpin umnoApco ni... kena baca secara terbalik... maknanya mereka sememangnya sedang bermasalah...

Di ketuk pula dengan kenyataan yang pada gua ada udang di sebalik mee, dimana Mahathir sudah memberi pembayang seperti di bawah ini;

“You can change the government if you want to, or if you don’t want to change the government, you can change the person,” Dr Mahathir (picture) said today at a public lecture on the impact of technology on higher education. - MI.

Boleh percaya ka...? apa yang Mahathir katakan tu..., hehehe... sendiri mau ingatlah... orang tua ni banyak muslihatnya....

Tapi kalau bab tukar kerajaan tu... gua sokong sesangat, lunyaikan umnoApco nih.... 
IkutSukaAku.

Penggunaan Gambar Sultan Johor Tindakan Keterlaluan - Tapi mungkin permainan kotor UMNO...sebab Banner tu hantu buat...!!!


SEGAMAT: Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.
Beliau berkata perbuatan seumpama itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.
Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang di sini, Selasa.
Semalam, Sultan Ibrahim ketika bertitah pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor Bermotosikal 2010 di Kota Tinggi, melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik yang menggunakan gambar baginda pada kain rentang di majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.
Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh anggota Umno, Menteri Besar menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan Umno.
"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya. -BERNAMA

Pembangkang Perlu Minta Ampun Dengan Sultan Johor ..Tapi ia permainan kotor UMNO....Sanggupkah UMNO mohon AMPUN..!!!



KUALA LUMPUR: Pembangkang perlu memohon ampun dan maaf kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menggunakan gambar baginda pada kain rentang sempena kempen Parti Keadilan Rakyat di Johor baru-baru ini.
Sambil menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan melampau dan keterlaluan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa pembangkang tidak wajar mengeksploitasi dan menggunakan nama baginda Sultan bagi kepentingan politik mereka.
“Saya tak tahu sama ada perkara ini melanggar undang-undang atau tidak. Apa pun mereka perlu memohon ampun kepada raja. Mereka tidak patut mengulangi perkara ini lagi.
“Bila raja sudah murka, pihak yang dimurkai itu perlu memohon ampun dan maaf kepada baginda. Itu perkara biasa bagi adat kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di sini pada Selasa.
Semalam, Sultan Ibrahim murka dengan penyebaran kain rentang yang memaparkan gambar Baginda Tuanku bersama Pengerusi Parti Keadilan Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika kempen parti itu di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Baginda menyifatkan, tindakan individu yang tidak dikenal pasti itu seolah-olah mencabar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor, yang memperuntukkan seorang Menteri Besar itu mestilah Melayu dan beragama Islam.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pembangkang seharusnya memahami kedudukan raja sebagai payung negara dan nama baginda tidak boleh digunakan dengan perkara berkaitan politik.
“Nama baginda tidak harus dipermain-mainkan dan disalahguna kerana ia telah mengundang kemurkaan Sultan Johor," katanya.
Jelasnya, pembangkang seharusnya faham peranan Sultan dan Raja-Raja Melayu sebagai payung negara dan nama baginda tidak boleh dieksploitasi oleh mana-mana pihak.
"Apakah mereka bertujuan tidak baik? Kita tidak boleh mengeksploitasi kedudukan raja-raja kerana ia boleh menjatuhkan maruah dan martabat baginda.
"Kita harus sanjung dan menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu. Mana-mana parti politik perlu faham tentang perkara ini," katanya.
Ditanya adakah tindakan itu jelas menunjukkan pembangkang terdesak untuk menawan semula hati rakyat, Muhyiddin berkata: “Saya tidak tahu perkara itu. Pembangkang perlu menghormati kedudukan raja, jangan kita perkecil hal-hal yang boleh menimbulkan salah faham.
"Saya tak tahu kenapa ada pihak-pihak tertentu hendak mengeksploitasi kedudukan raja dan perkara ini tidak seharusnya berlaku," ujarnya lagi.

Presiden MCA hina Islam? TPM tak mau tokok tambah

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mempunyai pandangan sendiri ke atas kritikan yang disuarakan presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek ke atas Umno.

NamunNONE, pada peringkat ini, beliau masih meneliti pandangan daripada pelbagai pihak termasuk Umno sebelum memutuskannya.

"Saya tidak hendak menokok tambah lagi kalau dia dilihat tidak sehaluan dalam hal ini (kerana) tidak boleh membantu meningkatkan imej BN," katanya.

Tambahnya, beliau lebih "berminat" sekiranya perkara tersebut dibincangkan di peringkat BN.

"KalNONEau ada perkara tertentu yang Datuk Chua Soi Lek berasa perlu penjelasan, kita boleh buat dalam keadaan begitu.

"Tapi bila sudah keluar (dilaporkan meluas) begitu, saya sambut dengan pandangan saya sendiri," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, beliau juga tidak ingin memanjangkan lagi hal tersebut kerana ada pihak yang mahu mengambil peluang apabila wujud perbezaan pandangan dalam BN.

Pada 6 Ogos lalu Chua membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10ntahun.

NONE"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star.

"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.

Selangor agih RM2.7 juta untuk baik pulih sekolah agama

KUALA SELANGOR, 10 Ogos — Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengagihkan peruntukan bernilai RM2.7 juta kepada semua sekolah agama di negeri itu bagi membaik pulih prasarana yang rosak dan daif di bawah program Permohonan Bantuan Pembangunan Fizikal Sekolah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata bantuan fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada peruntukan RM6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI).
“Bagi fasa pertama, permohonan diterima dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Intergrasi (KAFAI),” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek bantuan itu di Maahad Tarbiyah Islamiyah Al-Ansar, Kampung Asahan, Bestari Jaya di sini.
Beliau berkata kerajaan negeri menerima 238 permohonan untuk bantuan sejak permohonan fasa pertama program itu dibuka bermula Februari hingga 30 April lepas.
Abdul Khalid berkata daripada jumlah itu, hanya 136 permohonan SAR, KAFA dan KAFAI telah diluluskan dan layak untuk menerima bantuan dan menurutnya pada sepanjang tahun lepas sebanyak 114 buah sekolah agama menerima bantuan itu.
Beliau berkata permohonan bagi fasa kedua bantuan di bawah program itu dibuka bermula 22 Julai lepas sehingga 30 Sept ini. — Bernama

Majlis Peguam: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian Teoh

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Majlis Peguam menggesa pentadbiran Najib mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ekoran pengakuan Peguam Negara semalam wujudnya bukti baru — dalam bentuk nota, yang dipercayai bakal menentukan keputusan inkues.
“Kita tetap mahukan supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock,” kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan hari ini.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh juga memohon supaya inkues dibicarakan menerusi suruhanjaya diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ragunath membidas tindakan Peguam Negara menyimpan dokumen yang dianggap penting daripada pengetahuan koroner inkues Teoh — dipercayai sebagai nota yang ditulis Teoh sebelum dia ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu.
Malah Ragunath (gambar) juga berkata, beliau tidak bersetuju penjelasan yang dibuat oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail lewat petang semalam.
“Suruhanjaya diraja siasatan seharusnya memeriksa kesemua kekurangan dalam sistem kehakiman jenayah dan memastikan bahawa protokol-protokol diperkenalkan bagi menjamin pematuhan penuh dengan menerima norma-norma sistem kehakiman jenayah,” kata beliau.
Kata Ragunath, tindakan menyembunyikan atau menyekat bukti khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi adalah sesuatu yang membimbangkan.
“Tindakan ini menunjukkan kelemahan serius dalam penghakiman dan memperlekehkan prosiding inkues,” kata beliau yang tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara.
“Ini adalah tugas mahkamah dan bukan pihak pendakwaan untuk menentukan kesahihan atau perkaitan dari setiap bahagian dari bukti,” katanya.
Tambah beliau, Peguam Negara mempunyai hak untuk mendedahkan semua maklumat bagi membantu mahkamah mengetahui bagaimana Teoh mati.
Jelas Ragunath, Peguam Negara telah gagal untuk mengemukakan nota tersebut dalam waktu yang terdekat, sebaliknya hanya berbuat demikian selepas 10 bulan sehingga boleh mengganggu hasil inkues.
“Kegagalan untuk mengemukakan dokumen sebaik sahaja ditemui akan menimbulkan keraguan tentang kredibiliti dan keadilan pendakwaan dan kelemahan penghakiman ekoran kurangnya ketelusan,” katanya.
Beliau menekankan bahawa tindakan institusi kerajaan merahsiakan dokumen itu membuktikan bahawa “kredibiliti sistem kehakiman jenayah Malaysia masih boleh diragui selepas inkues mengambil masa lebih setahun.
Dalam kenyataannya semalam, Pejabat Peguam Negara menafikan dakwaan mereka menyembunyikan bukti dalam inkues kematian Teoh selepas mengemukakan sekeping nota yang ditemui tahun lepas dalam beg sandang bekas setiausaha politik itu.
Penemuan bukti baru itu yang dikemukakan pagi semalam menyebabkan prosiding inkues yang sepatutnya didengar semalam ditangguh sehingga 18 Ogos.
Pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Pejabat Peguam Negara berkata, pada mulanya Ahmad Nazri tidak menemui nota tersebut ketika beliau memeriksa beg sandang Teoh sebaik insiden berlaku.
Bagaimanapun, ia berkata Ahmad Nazri baru-baru ini mengaku yang dia menjumpai nota tersebut ketika memeriksa beg sandang si mati pada 17 Julai tahun lepas tetapi tidak menyedari kepentingannya kerana turut menjumpai dokumen lain dan ia ditulis dalam tulisan Cina dan Rumi.
Kenyataan itu menjelaskan penemuan bukti tersebut mengejutkan pejabat Peguam Negara dan ia mengarahkan siasatan dijalankan.
Katanya nota itu dengan segera diterjemahkan, dan terdapat cukup fakta untuk nota itu dianalisis oleh pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia pada 9 Oktober dan kemudiannya pada 20 Oktober tahun lepas.
Menurutnya pemeriksa dokumen menyediakan laporan mereka, dan ia kemudiannya ditimbang oleh Peguam Negara yang tidak yakin dengan ketulenan nota itu disebabkan kekurangan contoh untuk mengesahkan tulisan tangan berkenan, khususnya tulisan Cina.
Tambahan pula, nota itu ditemui selepas dua bulan kematian Teoh dan ini akan menimbulkan syak wasangka tentang ketulenan dan penemuannya.
“Setelah mempertimbangkan faktor-faktor ini, Tan Sri Abdul Gani berpendapat nota itu tidak perlu dikemukakan sehingga, dan melainkan, pegawai penyiasat boleh menyediakan penjelasan yang memuaskan,” kata kenyataan itu.
Katanya terdahulu pejabat itu diberi penjelasan oleh pegawai penyiasat berkenaan bahawa beliau menjalankan pemeriksaan rapi selepas dinasihatkan oleh pakar psikologi iaitu kebiasaannya sekeping nota akan ditinggalkan dalam kes bunuh diri.
“Berikutan itu, Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan nota tersebut dan mengarahkan pegawai penyiasat untuk menjelaskan perkara ini di mahkamah untuk mengelak sebarang akibat pada masa depan dan biarlah ia diputuskan oleh koroner selepas menimbangkan penjelasan pegawai penyiasat dan laporan oleh pemeriksa dokumen,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut pejabat itu merasakan bahawa tidak ada penyekatan atau penyembunyian bukti, dan keputusan untuk tidak menawarkan nota itu pada awalnya dibuat berdasarkan laporan pemeriksan dokumen serta penemuan nota yang boleh menimbulkan syak wasangka.
“Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan dokumen sebagai bukti hanya apabila pejabat itu telah berpuas hati tiada lagi kemusykilan,” katanya.

Speaker Haram DUN Perak Takut Wartawan ?

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) hari ini menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk R Ganesan supaya meningkatkan kerjasama dengan pihak media di samping memindahkan sebarang halangan yang boleh menganggu tugas mereka.

Setiausaha Agungnya V Anbalagan berkata Ganeson sepatutnya mengembalikan amalan sebelum ini yang menempatkan petugas media di ruang khas yang disediakan di dalam dewan persidangan, semasa membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri.

Katanya NUJ merasa kesal apabila para wartawan yang membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini masih ditempatkan di ruang kaca khas di galeri awam.

"Di kedudukan itu mereka tidak dapat mengikut perbahasan apabila suis mikrofon dimatikan semasa wakil rakyat dari pihak kerajaan dan pembangkang bertikam lidah dalam persidangan Selasa lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata media seharusnya dibenarkan melaksanakan fungsi demokratiknya untuk mengikuti persidangan dan melaporkan dengan tepat kepada rakyat Perak mengenai isu-isu yang membabitkan mereka.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa hanya media rasmi dibenarkan untuk membuat rakaman suara dan mengambil gambar di dewan persidangan manakala petugas media yang lainnya dibenarkan untuk berada di ruang khas yang disediakan.

- Bernama

Kecewa k'jaan negeri, peniaga cuba bakar diri

Gara-gara terlalu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang menutup pintu di tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown, seorang peniaga cuba membakar dirinya dengan menyimbah petrol ke seluruh tubuhnya di hadapan wartawan dan khalayak ramai.

NONEDalam kejadian jam 3 petang itu, Teoh Bak Seng, 53, yang mempunyai kedai minuman di tingkat dua di Komtar, sebelum itu memberi kenyataan kepada wartawan mengenai kekecewaannya terhadap tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kerajaan negeri, mulai 3 Ogos lalu menutup semua pintu di tingkat dua yang mempunyai ruang tempat meletak kereta untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan ahli exco kerajaan negeri berikutan insiden seorang lelaki yang bertengkar serta menepuk bahu Lim.

Teoh berkata, setelah pintu di tingkat dua itu ditutup, perniagaannya merosot dengan teruk sehingga beliau tidak lagi mempunyai sumber rezeki kerana orang awam tidak dapat memasuki kedai minumannya.

Pada sidang medianya itu, beliau turut membawa memorandum yang ditandatangani oleh 48 peniaga lain untuk diserahkan kepada Lim tetapi usahanya gagal setelah polis meminta beliau beredar dari tingkat bawah Komtar itu.

NONEBagaimanapun, secara tiba-tiba Teoh mengeluarkan botol plastik yang mengandungi petrol dari beg sandangnya dan terus menyimbah tubuhnya sambil mencari pemetik api.

Sekumpulan wartawan yang mengelilingi Teoh tergamam dengan tindakannya manakala beberapa anggota polis pula sempat memegang tangan beliau untuk mengelakkannya daripada menyalakan api.

Teoh, bagaimanapun, mengadu matanya pedih kerana terkena petrol itu dan kemudiannya terus pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

- Bernama

Nota terakhir, banyak persoalan daripada jawapan..!!!

Spekulasi berhubung nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh Beng Hock yang merupakan 'bukti terakhir' yang muncul awal bulan lalu, kini meninggalkan pelbagai tandatanya.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikan kepada bekas pembantu politik itu dakwaan nota itu wujud seawal bulan lalu tetapi hanya disahkan oleh pejabat peguam negara semalam menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan.

"Kenapa berita tersebut keluar daripada pihak Umno secara tiba-tiba, (iaitu) melalui blog dan Utusan (Malaysia) dan bukannya daripada pejabat peguam negara atau daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?" soalnya.

Kandungan dokumen tersebut yang pertama kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia susulan daripada satu sidang akhbar oleh sebuah NGO - Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Pada 24 Julai lalu, dilaporkan JMM menuduh dengan kewujudan 'surat penting' tersebut membuktikan bahawa Teoh - yang berumur 30 tahun ditemui terbunuh selepas menjalani soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 tahun lalu - adalah disebabkan tekanan yang kuat.

Ketika dihubungi, setiausaha agung JMM Tengku Amaluddin Sani berkata kumpulan itu difahamkan mengenai kewujudan dokumen tersebut "tiga atau empat hari" sebelum ia dilapor oleh media.

"Ia adalah satu perkara yang baik, untuk dijadikan sebagai bahan bukti (dalam inkues). Sekiranya dokumen itu benar, maka ia sesuai (dikemukakan) dalam mahkamah," katanya.

Blog pro-Umno memfokuskan banyak perbincangan mengenai dokumen tersebut dan menuduh peguam Tan Hock Chuan - yang mewakili kerajaan persekutuan - 'menyembunyikan bukti berkenaan.

Bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Nor pula meminta polis dan SPRM supaya menyiasat nota itu.

“Saya percaya Ezam juga telah membuat laporan polis berhubung perkara itu,” kata Ean Yong yang juga adalah ADUN Seri Kembangan.

Dokumen yang dpercayai 'nota terakhir' itu dijumpai dua bulan selepas kematian Teoh dan sepatutnya dikemukakan di mahkamah koroner semalam, tetapi ia dicabar oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Menurut Gobind, ia bercanggah dengan peraturan kerana dokumen itu telah disimpan sehingga pada pagi semalam.

Inkues Teoh: Kecuaian, keraguan burukkan lagi persepsi rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail digesa memikul tanggungjawab atas kontroversi pendedahan bukti baru berhubung kematian bekas setiausaha politik Teoh Beng Hock kerana didakwa memperlihatkan kecuaian dalam mengendalikan pendakwaan tanpa menimbulkan keraguan.
Perkembangan terbaru ini juga dilihat sebagai satu lagi tamparan kepada usaha pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memulihkan persepsi rakyat sejak pilihan raya umum ke-12, malah terhadap sistem keadilan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penganalisis politik dan pakar perundangan Prof Abdul Aziz Bari berkata, walaupun pasukan pendakwa mempunyai segala hak untuk membawa sesuatu bukti yang baru tetapi dalam kes terbaru ini menunjukkan wujud unsur kecuaian.
“Oleh itu, saya merasakan Peguam Negara dan pasukan siasatan (polis) perlu memikul tanggungjawab kerana didapati memandang remeh proses siasatan dan pendakwaan... ini sekali gus menimbulkan keraguan di kalangan rakyat, menyebabkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan makin meningkat,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Situasi kecuaian yang membawa kepada persepsi negatif di kalangan rakyat berhubung sistem pendakwaan, keadilan dan proses siasatan bukan sesuatu yang baru.
“Kita sudah banyak kali berhadapan dengan kes macam ini, misalnya kes Kugan (suspek mati dalam tahanan polis), enjin jet TUDM hilang, remaja Aminulrasyid Amzah (yang mati ditembak polis Mei lalu)... semuanya berkaitan dengan keraguan dan persepsi rakyat,” kata Aziz lagi.
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ketika SPRM, kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki persepsi rakyat terhadap kerajaan,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada pihak pendakwa mempunyai hak untuk mengetengahkan bukti baru di mana-mana peringkat perbicaraan, Aziz berkata, “boleh, tetapi benda (cara ini) tidak betul.”
“Ini kerana tindakan macam ini menimbulkan syak-wasangka,” kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempertikaikan tindakan mengemukakan bukti baru pada peringkat ini, tindakan yang menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat.
“Ini satu kejutan, sepatutnya Peguam Negara tidak menunggu sehingga sekarang untuk mengemukakan bukti baru, seolah-olah menunjukkan ada unsur jahat, dan menimbulkan keraguan,” kata beliau yang juga seorang peguam.
“Bila timbul kesangsian, ia akan mengakibatkan persepsi dan ketidakyakinan rakyat terhadap inkues,” kata beliau yang turut mengakui pasukan pendakwa boleh membawa bukti baru.
“Tetapi masa bukti baru ini dibawa menimbulkan keraguan, yang mana mereka sepatutnya telah dibawa lebih awal, di peringkat awal inkues.... tapi menunggu sehingga sekarang,” katanya lagi.
Kata beliau, kesangsian itu menjadi perhatian selepas saksi forensik dari Thailand sebelum ini pernah mengatakan bahawa ada kemungkinan 80 peratus kematian Teoh disebabkan oleh elemen “dibunuh”.
“Di antara persoalan Teoh kemungkinan membunuh diri dan tanggapan dia dibunuh, bukti baru seperti ini boleh menimbulkan keraguan dan kesangsian,” katanya lagi.
Kenyataan pejabat Peguam Negara itu, dikeluarkan lewat petang semalam menjelaskan, pejabat Peguam Negara dimaklumkan mengenai penemuan nota itu oleh pegawai penyiasat ASP Nazri Zainal pada 7 Oktober lalu iaitu lebih dua bulan selepas kematian Teoh.
Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga bekas setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memberitahu pemberita keadaan yang berlaku menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.
Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam di sini selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Hak Melayu: Khalid dicabar sokong Hadi Awang

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad supaya menyokong pendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "sebagai seorang Melayu" dalam isu pemberian diskaun kepada Bumiputera untuk membeli hartanah.

"Saya cuma hendak tanya, apakah (Khalid) sebagai seorang Melayu sanggup melihat pihak lain nak mempersendakan hak Melayu dalam perlembagaan.

"Yang saya sebut dan ulas itu kerana kenyataan Datuk Hadi adalah tepat dan betul.

"Jadi apabila ia tepat dan betul, sebagai seorang pemimpin saya hormati pandangan dia," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin juga berkata, beliau juga tidak memandang bahawa sokongan yang diberikannya ke atas kenyataan hadi itu sebagai usaha untuk "melaga-lagakan" Khalid dengan pemimpin Pakatan Rakyat, seperti yang didakwa ahli parlimen PAS itu semalam.
Lagakan Hadi-Khalid?
"Saya cuma hendak tanya adakah beliau setuju dengan kenyataan presidennya. Nanti dia beritahu saya ini lagi hendak melagakan dia dengan Hadi pula.

"Saya tidak fikir tujuan kita hendak melagakan. Kita hendak menjelaskan yang hak saja," katanya yang menyifatkan Khalid kini berasa "takut dan bimbang" atas pendiriannya Abdul Hadi.
"Pasti sebagai Melayu-Islam (Abdul Hadi) tidak terlepas daripada hendak mendukung perjuangan itu yang terkandung dalam perlembagaan," katanya lagi.
6 Ogos lalu, Abdul Hadi berkata hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan.
Menurut beliau realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehari kemudian, Muhyiddin berkata kenyataan presiden PAS itu sebagai tepat dan Hadi sudah pasti merujuk apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara walaupun kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah bertentangan dengan pendirian dalam Pakatan Rakyat.
Khalid sebaliknya menyifatkan Muhyiddin sebagai 'batu api' yang didakwa cuba melaga-lagakan PAS dan DAP.

Mahkamah Tinggi tolak kes ESQ atas alasan tiada kuasa


KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman ESQ Leadership Center Sdn Bhd bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan atas alasan Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi dan Kuasa-kuasa Khas Datuk Zawawi Salleh selepas mendengar hujah daripada kesemua pihak hari ini.
“Mahkamah Sivil tidak mempunyai kuasa dalam mendengar kes-kes berkaitan fatwa dan syariah, maka dengan ini permohonan semakan kehakiman pemohon (ESQ) untuk mencabar kaedah yang digunakan Mufti Wilayah Persekutuan dalam penerbitan fatwa ditolak.
“Ini adalah kali pertama fatwa ini dicabar dan hal-hal berkaitan fatwa dan pertikaiannya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
“Lagipun hakim Mahkamah Sivil tidak terlatih dan tidak berpengalaman dalam hal-hal syariah, jadi ia sepatutnya dibuat di Mahkaham Syariah bukan Mahkamah Sivil,” katanya ketika mengumumkan keputusan tersebut.
Pada 17 Jun lalu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah mengeluarkan bahawa ajaran, pegangan serta fahaman yang dibawa ESQ di mana pengasasnya adalah warga Indonesia Dr Ary Ginanjar Agustian, dan apa-apa ajaran seumpama dengannya, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi perkara yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam, selain meminta orang ramai menjauhinya.
Menurut Wan Zahidi, ESQ adalah satu kursus kepimpinan dan pengurusan yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah syarikat ESQ Leadership Center yang berpusat di Jakarta.
Kini ia telah dikembangkan ke Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
“Selepas mendengar hujah-hujah yang diberikan saya berpandangan bahawa pemohon satu deklarasi bahawa fatwa yang dibuat Mufti Wilayah Persekutuan dan telah digazetkan itu terbatal.
“Apa yang pihak pemohon mahu adalah supaya satu pengistiharan bahawa fatwa itu terbatal walaupun apa yang mahu dicabar sebenarnya adalah proses dan kaedah penerbitan fatwa.
“Fatwa ini telah sempurna dan digazetkan oleh Yang di-Pertuan Agong, walaupun cuba dihujah oleh pemohon tapi pada dasarnya fatwa itu yang dicabar,” kata Zawawi.
Pada 26 Julai lalu ESQ telah memfailkan permohonan supaya dibenar membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu.
The Malaysian Insider difahamkan ESQ membuat permohonan tersebut dengan merujuk kaedah serta prosedur yang diguna pakai dalam membuat dan mengeluarkan fatwa adalah mengikut Seksyen 31, 33 dan 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.
Seksyen 34 akta berkenaan memperuntukkan bahawa mufti hendaklah mendapatkan perintah daripada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum membuat dan mengeluarkan fatwa berkenaan.
ESQ menamakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai responden.
ESQ diwakili peguam Abu Bakar Jais manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Mufti Wilayah Persekutuan diwakili Pawancheek Marican, Zulkifli Che Yong dan Abdul Rahim Sinwan.
Sementara itu Wan Zahidi diwakili Jabatan Peguam Negara terdiri daripada peguam Arik Sanusi Yeop Johari, Suzana Atan dan Mahamad Naser Disa.
Ketika ditemui di luar mahkamah Abu Bakar berkata, keputusan telah dibuat jadi ia perlu diterima.
“Sama ada hendak bawa perkara ini ke Mahkamah Syariah atau tidak itu saya kena tanya pihak pengurusan ESQ dulu,” katanya.
Syarikat berkenaan mengendalikan latihan modal insan, dengan menggunakan kaedah yang melibatkan intelektual, emosional dan spiritual.
Program itu disediakan dengan aktif di beberapa negara di Asia dan Eropah, termasuk di Malaysia sejak 2006.

JENG JENG JENG..BIK MAMA DAH NAK SAMPAI..!!

GEROMBOPAN SEDANG BEREBUT HARTA PERANG


HUBUNGAN DENGAN NAJIB BAIK – MUHYIDDIN - mStar

Muhyiddin Yassin pada Selasa menolak dakwaan hubungannya dengan Najib Tun Razak renggang.

Menurutnya, perkara tersebut adalah tidak benar kerana hubungan beliau dan Najib berjalan baik seperti sediakala.

"Tak ada pihak yang harus meragui hubungan saya dengan Najibi. Saya tahu batas saya sebagai orang nombor dua dan boss saya adalah Perdana Menteri," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAAH KAH KAH


Woit.. INGAT MACAM MANA BACA MEDIA DI MALAYSIA… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN BELUM KAHWIN ERTINYA SUDAH BUNTING… kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU LAPORAN KATA SUDAH SELESAI.. ERTINYA BELUM SELESAI MASIH BERGADUH.. kah kah kah..

Kah kah kah… KALAU KATA MACAM BIASA ERTINYA SEDANG BERTIKAM DAN CANTAS MENCANTAS..kah kah kah..

Woit… KALAU KATA ADA HUBUNGAN BAIK ERTINNYA DUA PUAK SUDAH MULA ASAH PARANG …kah kah kah..

Kah kah kah… INI HANYA DECOY UNTUK LALAIKAN MUSUH… kah kah.kah

nota :
tak caya?
sila tanya kepala sprm
dia yang baca buku the art of war
yang ditulis oleh sun tzu
kah kah kah


nota:
petua ornag tua tua
petua tok batin orang asal
kalau nak saheh lagi sila tengok
leher muhyiddin - sembab lagi atau tidak
kemudian tengok leher rosmah
kalau dua dua tak ada leher
ertinya perang akan bermula kah kah kah

TT.

Peneroka Serting, Gugusan Raja Alias Saman RM200 Juta Dakwa Felda Tipu

Oleh Faizal Ezzany
SEREMBAN 10 Ogos -  Seramai 766 orang peneroka Rancangan Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Mahkamah Tinggi Seremban 2 semalam.
Ini merupakan saman ketiga ke atas Felda daripada golongan peneroka setelah dua saman dikemukakan sebelum ini oleh peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan dan peneroka Felda Moakil Labis, Johor.
Tuntutan saman difailkan pada pukul 10.45 pagi melalui peguam Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya.
Sivarasa adalah Ahli Parlimen dan Naib Presiden KEADILAN manakala Latheefa adalah Ketua Penerangan KEADILAN.
Dalam sidang media diperkarangan mahkamah, Sivarasa berkata tindakan ini diambil setelah meneliti kes di Felda Kemahang 3 Kelantan di mana didapati wujud penipuan berhubung kadar perahan gred (KPG) ke atas peneroka.
"Setelah meneliti kes yang berlaku di Kelantan serta kajian yang telah dilakukan oleh peneroka terhadap KPG mendapati terdapat unsur penipuan telah berlaku pada KPG yang mana kesemua peneroka telah ditipu oleh Felda sejak dari mula mereka memasuki tanah Felda ini.
"Peneroka menghantar hasil kutipan sawit mentah mereka ke kilang kelapa sawit kepunyaan Felda di Serting dan Serting hilir, apabila kutipan di bawa dalam lori, ianya ditimbang setelah pengasingan dibuat mengikut kualiti tandan dibuat iaitu samada ianya busuk, kosong, mengkal, panjang, kotor dura dan sebagainya.
"Berat yg ditimbang kemudiannya dibayar mengikut Kadar Perahan Gred (KPG) yang telah tertera di atas satu dokumen bernama akuan penerimaan Berat Timbang Sawit (BTS) pada setiap timbangan atas setiap lori pada setiap kali penghantaran. KPG yang tertera di atas akuan BTS tersebut adalah 16 peratus hingga 19 peratus. KPG ini bertukar-tukar pada setiap masa dan peneroka tidak mengetahui bagaimana peratusan KPG ini ditetapkan setiap kali penghantaran.
"Pada 10 Feb 2010, peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Sime Darby Research Sdn Bhd untuk tujuan KPG dan hasil ujian menunjukkan bahwawa KPG adalah 24.1 peratus manakala pada 19 Julai 2010  peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Felda Analytical Laboratory dan hasil ujian menunjukkan KPG adalah 25.57 peratus`.
"Oleh kerana memandangkan bahawa hasil ujian kedua-dua makmal secara rawak dan bebas menunjukkan KPG jauh lebih tinggi iaitu di antara 24 peratus hingga 25.5 peratus berbanding dengan KPG yang tertera di atas akaun penerimaan BTS yang dikeluarkan oleh defendan kedua iaitu antar 16 peratus hingga 19 peratus maka plantif mendapati wujudnya penipuan (fraud) atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli hasil buah sawit oleh Felda bagi pihak peneroka.
"Tindakan ini jelas wujud penipuan yang dilakukan dengan sengaja dan niat jahat, merendahkan gred sawit sehingga menyebabkan peneroka tidak mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan," jelas Sivarasa.
Tambah beliau kesemua peneroka terbabit menamakan Felda dan anak syarikat, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan, selain itu juga Felda telah lama melaku penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka di kedua-dua Rancangan Felda tersebut.
"Bagi saya ini adalah satu penipuan dan juga pecah amanah yang dilakukan oleh Felda, kalau mengikut ujian yang dilakukan di kedua-dua makmal tersebut peneroka sepatutnya menerima hasil perahan minyak sebanyak 24 peratus hingga 25 peratus tetapi sikap Felda yang tidak jujur mereka hanya membayar peneroka atas 16 peratus hingga 19 peratus sahaja.
"Kita hari ini bercakap kerugian yang bernilai jutaan ringgit bukannya yang bernilai RM1, kita mempunyai dokumen yang  membuktikan segala dakwaan itu benar dan tepat.
"Berdasarkan kiraan yang dibuat sebulan peneroka mengalami kerugian RM20,000, dalam tempoh 15 tahun 766 orang peneroka Felda di Serting mengalami kerugian RM229.8 juta, sebanyak itulah yang telah dikaut oleh Felda dari peneroka tanpa ada belas kasihan," jelasnya lagi.
Seorang peneroka, Karip Mohd Salleh yang menfailkan saman memberitahu tindakan penipuan yang dilakukan oleh Felda itu adalah tidak wajar.
"Tindakan Felda menipu kami selama ini adalah satu yang tidak dapat dimaafkan, kalau dulu kami tidak mendapat pembelaan tapi sekarang dengan barisan peguam dari Pakatan Rakyat dan juga Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), barulah kami peneroka ini rasa terbela. Kami mahu tuntut hak kami sebagai peneroka yang ditipu selama ini," kata Karip.
Selain Sivarasa dan Latheefa peneroka juga diwakili Suhaimi Said dan T Kumar.
Kira-kira 200 peneroka hadir di Mahkamah Tinggi Seremban 2 pagi semalam.
Sebelum ini Felda telah diarah membayar ganti rugi sebanyak RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 Kelantan setelah Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan dua hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap semua peneroka terbabit.
Pada 12 Jun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.
Peneroka terbabit mengemukakan saman itu atas dakwaan Felda melakukan manipulasi gred sawit, sistem penolakan buah muda dan sistem pengambilan untung daripada minyak busuk yang menyebabkan mereka mengalami kerugian selama 17 tahun.

Pemilihan : Jangan Adakan Kenduri Besar-Besaran, Rumah Terbuka

Oleh Fazli Othman
PETALING JAYA 10 Ogos - Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali mengingatkan pemimpin parti yang bakal bertanding dalam pemilihan parti bermula 17 September depan supaya mengelak menggunakan majlis rumah terbuka sebagai pendekatan kempen.
Justeru itu beliau menegaskan parti akan memantau rapat semua aktiviti kempen agar ia tidak menyalahi kod etika yang telah ditetapkan.
Antara larangan termasuk mengadakan kenduri secara besar-besaran tetapi memandangkan tempoh pemilihan bertembung dengan musim perayaan Aidil Fitri, acara rumah terbuka dibenarkan tanpa sebarang bentuk kempen.
"Parti telah melantik 150 pengawas pilihan raya untuk memantau semua aspek dan proses pemilihan," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini tengahari tadi. 

Umno tanam bibit kebencian terhadap Chua

chua jui meng Oleh G Vinod
PETALING JAYA: Ketua PKR Johor Chua Jui Meng hari ini menafikan beliau menggunakan nama Sultan Johor semasa kempen politik di negeri tersebut dan menyalahkan Umno kerana melibatkan pihak istana.
Chua berkata, Umno bekerja keras untuk menyekat populariti Pakatan Rakyat di Johor dengan mengeluarkan kain rentang memuatkan gambar beliau sebagai bakal menteri besar Johor beserta gambar baginda di sebelah.
"Sabtu lalu, salah seorang ahli pemuda (AMK) kami menunjukkan satu kain rentang memuat gambar saya sebagai bakal menteri besar di Gelang Patah," kata Chua.

"Saya tiada kena mengena dengan kain rentang itu kerana saya yakin ianya diletakkan untuk mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu terhadap saya.  Bagaimanapun, akhbar Sinar Harian memuatkan berita ini hari Isnin tanpa mendapatkan penjelasan daripada saya."
The Star hari ini memuat laporan bahawa Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengeluarkan amaran keras kepada ahli-ahli politik supaya tidak menggunakan nama baginda untuk tujuan mana-mana kempen politik.
Sultan mengingatkan seorang ahli politik di Batu Pahat cuba menimbulkan masalah di kalangan rakyat dengan menggunakan gambar baginda pada kain rentang itu.
Umno hasut Melayu dan Sultan
Chua, bekas menteri kesihatan, juga menerangkan bahawa tidak ada sebab untuk PKR mengeluarkan kain rentang seperti itu kerana ia akan menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu dan pihak istana.
"Kenapa kami harus membuat perkara seperti itu sedangkan ia tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kami?  Ia dilakukan untuk mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu dan istana terhadap kami. Hanya Umno yang mampu membuat perkara seperti itu,"
katanya.
Beliau menambah, adalah tidak munasabah untuk meletak saya sebagai calon menteri besar.
"Artikel 3 Perlembagaan Johor dengan jelas menyebut seorang menteri besar mesti seorang Melayu dan beragama Islam.  Walaupun saya seorang Muslim, saya tidak boleh menduduki jawatan itu kerana saya bukan Melayu," jelas Chua.
Chua berkata, beliau akan menimbang untuk memfailkan saman terhadap Sinar Harian walaupun akhbar harian itu memuatkan penjelasan beliau hari ini.
Polis ambil kenyataan daripada 39 orang
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa polis Johor telah mengambil kenyataan daripada 39 individu, termasuk ahli-ahli politik, untuk membantu siasatan berhubung penggunaan gambar sultan.
Ketua Polis Johor Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kenyataan daripada kesemua mereka telah diambill sebaik sahaja pihak polis menerima sembilan aduan daripada beberapa pihak.
OCPD Batu Pahat dan Cawangan Khas telah ditugaskan untuk menyiasat aduan-aduan tersebut dan menahan mereka yang terlibat," katanya kepada para pemberita di Johor Bahru hari ini.
Mohd Mokhtar berkata polis memandang usaha melibatkan Sultan Ibrahim dalam politik sebagai serius dan akan menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan.

Tukar Najib, usik Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Selepas merancang dengan halus ketika menyingkirkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipilihnya sendiri, kini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menguji anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka yang hadir bersama beliau pada majlis pagi tadi akan membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan kenyataan terus terang beliau.
Topik menjadi tumpuan ialah pendidikan dan doktor berusia 84 tahun itu bertukar menjadi ahli politik mencadangkan kerajaan Najib ditendang keluar jika gagal meyakinkan ibubapa bahawa pendidikan merupakan topik paling utama.
"Anda boleh menukar kerajaan jika anda mahu, atau jika anda tidak mahu menukar kerajaan, anda boleh menukar orangnya. Tetapi dengan memberitahu saya (masalahnya), kepada bekas perdana menteri, ia tidak mempunyai erti. Anda mesti memberitahu perdana menteri (masa ini)," katanya.
Dr Mahathir, yang menyampaikan ceramah mengenai kesan teknologi ke atas pendidikan tinggi, memberi respon terhadap kempen yang dijalankan oleh ibubapa yang mahu sistem pengajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan semula.
Kerajaan Najib telah membatalkan dasar ini, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, berikutan tekanan dari beberapa pihak yang melihat perkara ini sebagai percubaan untuk memansuhkannya di sekolah-sekolah vernakular.
Tiada kekuatan politik
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris tidak diberi penekanan yang sewajarnya oleh kerajaan sekarang dan menyalahkan perkara ini kepada tidak adanya kekuatan politik daripada pucuk pimpinan.
"Jika saya perdana menteri, saya tentu saya akan melakukannya……kerajaan perlu merubah minda," katanya.
Beliau juga mengkritik pentadbiran sekarang menghadapi konflik mengenai inovasi, yang sepatutnya menjadi tema utama Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Najib.
"Sebaliknya, kerajaan menyatakan kita mesti berinovasi tapi apabila keputusan terbit, mereka tidak mahu menggunakannnya," katanya, menambah, "bahawa kerajaan mesti yakin tentang inovasi di kalangan rakyatnya."

Jom Siram Kubur UmnoApco.

Kenapa kita siram kubur???

Ikut hukum atau sememangnya salah satu dari adat melayu???

Jika di perhatikan di kawasan2 kampung dan sesetengah tempat, sehari atau petang sebelum menjelangnya Ramadhan masyarakat setempatnya akan membersihkan Tanah Perkuburan dan menandakan batu nesan dengan kain putih. Dalam hal ini gua sendiri pun tak faham dan berbalik kepada persoalan di atas.


Mohon pencerahan dari cerdik pandai dan ulama muda melayu.... ngeeee...


Apakah mungkin kuburan ini akan menerima nasib yang sama pada suatu masa nanti...???
Harapannya begitulah..... kah..kah..kah.... 
IkutSukaAku.

Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

NONELaporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

NONEMengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

NONESakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

KedNONEua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu.