Isnin, 9 Ogos 2010

Abu Bakar ditahan sebab ‘restui’ latihan pengganas di Aceh

Abu Bashir berkata beliau tiada kaitan dengan kumpulan militan seperti didakwa. — Gambar Reuters
JAKARTA, 9 Ogos — Polis Indonesia hari ini mengumumkan penangkapan tokoh ulama Abu Bakar Baasyir, yang kini menjadi pemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.
Ulama yang sering dikaitkan dengan beberapa serangan bom termasuk serangan bom di Bali pada suatu ketika dulu itu, ditahan di daerah Banjar, Ciamis, Jawa Barat pada pukul 8.15 pagi tadi dan dibawa ke Markas Besar Polis Indonesia di sini untuk disoal siasat.
Polis percaya bahawa ulama itu merestui dan membiayai latihan pengganas “Tanzim Al Qaeda Indonesia” di Aceh yang terdedah beberapa bulan lalu.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Indonesia Inspektor Jeneral Edward Aritonang berkata Abu Bakar ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan pengganas termasuk merancang latihan ketenteraan untuk kumpulan pengganas di Aceh.
Hasil siasatan polis mendapati Abu Bakar berperanan aktif menyiapkan rancangan awal latihan ketenteraan bagi kumpulan pengganas di Aceh, menentukan pelantikan beberapa orang sebagai pemimpin kumpulan pengganas, merestui dan membiayai kegiatan latihan kententeraan itu.
“Beliau mengetahui semua rangkaian latihan dan rancangan yang berlangsung di Aceh kerana beliau secara rutin mendapat laporan-laporan daripada pengelola lapangan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Besar Polis Indonesia di sini.
Penangkapan Abu Bakar hari ini bukanlah kali pertama. Pada tahun 1983, beliau ditangkap bersama Abdullah Sungkar atas tuduhan menghasut orang ramai menolak asas tunggal Pancasila dan melarang pelajar di Pondok Pesantren menghormati bendera kerana perbuatan itu dianggap syirik.
Mereka berdua dihukum penjara sembilan tahun atas tuduhan berkenaan.
Pada tahun 1985, Abu Bakar dan Abdullah melarikan diri ke Malaysia ketika mereka dikenakan tahanan rumah dan di Malaysia Abu Bakar disebut-sebut membentuk gerakan Islam radikal, Jemaah Islamiah (JI), yang menjalin hubungan dengan Al-Qaeda, walaupun beliau tidak pernah mengakui wujudnya JI.
Dalam sidang akhbar hari ini Aritonang berkata Abu Bakar dipercayai merupakan orang utama di sebalik aktiviti latihan pengganas di Aceh terutamanya dalam pembentukan asas perjuangan ketenteraan yang dikenali sebagai Qaeda Amina.
Beliau dikatakan menentukan tiga orang menjadi pemimpin aktiviti latihan itu iaitu Ustaz Mustaqim, Abu Bakar alias Abu Thalib sebagai pengelola latihan yang kini masih dalam buruan polis dan Dulmatin sebagai pengurus latihan.
Aritonang bagaimanapun enggan memberikan bukti-bukti yang menunjukkan kaitan ulama itu dengan latihan ketenteraan dan rancangan keganasan di Aceh seperti dokumen ataupun bukti pemindahan dana.
Polis, katanya mempunyai bukti yang cukup berdasarkan keterangan-keterangan yang telah teruji kebenarannya mengenai rancangan rapi untuk latihan itu.
“Rangkaian ini sudah diselidiki sejak terdedahnya aktiviti latihan pengganas di Aceh, kemudian kami mengumpulkan bukti dan keterangan namun itu semua masih menjadi disimpan pasukan pasukan penyiasat, belum boleh didedahkan kepada umum,” katanya.
Polis, katanya akan melakukan soal siasat untuk melengkapkan siasatan mereka mengenai sejauh mana penglibatan ulama itu dengan kegiatan pengganas.
Turut ditahan bersama Abu Bakar hari ini ialah lima orang yang dipercayai pengawalnya kerana mereka telah menghalang polis dalam operasi tangkapan itu.
Aritonang berkata sejak April hingga Mei lalu, polis telah menangkap 102 orang yang dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas di Aceh namun hanya 66 daripada mereka sebagai suspek.
Mereka akan didakwa di mahkamah di Jakarta tidak lama lagi.
Akhir bulan lalu, dua suspek iaitu Arifin ditangkap di Solo dipercayai berperanan sebagai orang yang mencari senjata untuk latihan ketenteraan pengganas dan seorang lagi Tong Ji atau Warsito ditangkap di Indramayu, Jawa Barat, dipercayai berperanan mendapatkan anggota untuk latihan di Aceh itu.
Polis percaya kumpulan pengganas itu telah merancang serangan bom ke atas Markas Besar Polis Indonesia, di Jakarta, Markas Besar Komando Polis di Jawa Barat, beberapa hotel antarabangsa serta beberapa bangunan kedutaan asing di Jakarta.
“Untuk menyokong rancangan ini, kelompok ini telah membangunkan makmal pembuatan bom di Cikuda, Cibiru, Bandung, Jawa Barat dan bahkan telah melakukan ujian ledakan bom di pergunungan di Sumedang, Jawa Barat,” katanya.
Hasilnya, kata beliau sangat dahsyat kerana mereka telah merubah peralatan tidak lagi menggunakan bahan C4 tetapi Natrium Nitrogliserin.
Kumpulan pengganas itu juga menggunakan khidmat pakar berkelulusan universiti sebagai ahli teknik kimia, katanya.
Sabtu lalu polis menangkap beberapa orang yang disyaki pengganas dalam operasi di Jawa Barat sebelum Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkunjung ke daerah sekitar Ciwidey, Jawa Barat.
Meskipun tidak ada bukti yang menunjukkan ada rancangan serangan bom ke atas presiden itu, namun langkah-langkah keselamatan ke atas Susilo diperketatkan kerana beliau pernah beberapa kali disebut sebagai sasaran utama pengganas.
Lima yang ditangkap itu ialah Fahrul Rozi Tanjung serta Hamzah atau Helmi di Pasir Biru, Cibiru, Bandung, Ghofur di daerah Subang dan Kurnia Widodo atau Ujang di Padalarang serta Ustaz Kiki di Terminal Cileunyi, Bandung.
Semasa Fahrul dan Hamzah ditangkap, polis turut menyita sebuah kereta yang dirancang untuk digunakan dalam serangan bom kereta manakala semasa tangkapan Ghofur, polis merampas 54 butir peluru senjata api, cairan kimia dan baja urea, serta tabung uji bahan kimia.
Turut dirampas daripada mereka ialah bahan-bahan pembuatan bom dan buku-buku jihad. — Bernama

Kenapa Hakim Kangarooo Tak Nak Panggil Sayfoooooool & Farah

Motif adalah penting dalam suatu perbicaraan jenayah. Jika orang itu mencuri, mahkamah perlu tahu apa motifnya penjenayah itu mencuri. Adakah kerana diugut atau kerana memang niatnya untuk mencuri. Jika dia benar-benar nak mencuri, maka hukumannya lebih berat daripada orang yang mencuri kerana dipaksa.
Motif ini jugalah yang penting dalam perbicaraan Anwar hari ini. Motif inilah yang cuba dibuktikan oleh peguam Anwar, bahawa percintaan Sayfoooooool dan Farah bermotifkan dendam untuk kenakan Anwar. Iyalah.. kerana Sayfoooool kekasih farah, takkanlah dia biarkan kekasihnya berseorangan untuk kenakan Anwar. jadi sudah tentu mereka berkonpirasi.
Jadi persoalannya kenapa Mahkamah Kangaroo hari ini tak panggil kedua-dua mereka ini. Kenapa takut sangat nak panggil. Apa susahnya panggil mereka untuk rungkaikan persoalan kredibiliti pasukan pendakwaraya. Kenapa hakim bertindak seperti Tuhan, yang hipotesisnya Farah tak tolong Sayfoooool kenakan Anwar.
Ini semua kerana hakim kat Malaysia bercap ayam. Langsung takde ciri jadi hakim. Nak tegakkan keadilan?? Puuiihh..keadilan untuk UMNO adalah. Ini semua kerana nak tutup segala kelemahan dan rahsia sebenar kes liwat II ini daripada terbongkar.
Patutlah selama ini Saiful amat pandai untuk menjawab setiap soalan yang diajukan oleh Peguam Anwar. Rupa-rupanya Sayfooooooool dah dapat "soalan bocor" daripada buah hatinya itu. Sedangkan Sayfooooooool pengadu dan saksi utama. Mana boleh pendakwaraya yang digaji dari duit rakyat berpihak pada satu pihak. Ini zalim namanya. Memang jelas pasukan pendakwaraya dari awal lagi dah nak kenakan Anwar. Dalam kepala otak mereka sudah kata Anwar bersalah, yang langsung bercanggah dengan prinsip seseorang itu tak bersalah melainkan dibuktikan kesalahannya.
Sebab itulah Anwar buat laporan polis ke atas pasangan merpati sejoli ini. Bahkan Karpal Singh kata hubungan sulit pasukan pendakwaan dengan saksi utama tidak pernah berlaku di mana-mana di negara Komanwel. Sebab itulah mereka perlu hadir dan berikrar di dalam mahkamah untuk menafikan hubungan itu.
Tapi sekarang, belum nafi lagi, dah tolak kes..ini semua bukti sistem kehakiman negara kita penuh dengan nanah UMNO. Hakim dah tahap cimpanzi. Langsung tiada maruah. Kalau beginilah caranya, nescaya Anwar akan dipenjarakan tak lama lagi.
Sudah jelas terang lagi bersuluh, mahkamah di negara ini tidak suka untuk mencari kebenaran. mereka lebih suka mengenakan parti lawan yang melawan tuan mereka, iaitu UMNO. Selagi Nazri Aziz terus jadikan peguam negara dan hakim di bawah ketiaknya, selagi itulah rakyat di negara ini akan terus dihakimi dan dibela oleh mereka-mereka yang penuh dengan najis UMNO..
Jom semua rakyat Malaysia..kita selamatkan anak cucu cicit kita daripada kezaliman ini..

Kereta AJK PROTES di "Tangkap" Polis


Punyala ramai polis kerumun kereta yang tidak bersalah ini!!!

Jam 5 petang tadi, kami semua berkumpul di Kawasan Pasar Malam Flat 17 Kerinchi dengan tujuan memberi kesedaran kepada rakyat tentang kenaikan harga minyak dan harga barangan

Ramai sekali yang hadir termasuk pimpinan PR dan MGO dan aktivis.

Polis terlalu ramai kelihatan di merata tempat termasuk juga FRU!..

Dua orang peserta program petang tadi telah ditangkap sebelum program bermula.

Bukan sahaja manusia ditangkap malah kereta AJK PROTES Aiman Athirah Al Jundi turut dihurung oleh polis....teruk dan sungguh terdesak mereka ini. Kesian kereta tersebut. Ianya diletakkan di tempat yang selamat dan ramai yang lain juga meletakkan kereta di sana...maklumlah kawasan pasar malam.
Sila lihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan di tempat kejadian.....

AMK WILAYAH YANG DI TAHAN.....



Pemilik kereta tersebut sedang memberi penjelasan kepada pihak media....

Polis memantau dari jauh, menungguh masa sekiranya ada aksi yang MENGANCAM!!!


Polis mula meluru apabila Saudari Kogi dari JERIT berucap...saya dah beri amaran pada dia..."bila you cakap mesti polis akan dapat vibrationnya"...

Tuan Haji Nahar SUA JIM menyampaikan kata-kata di sidang media, "mengapa kerajaan harus mengambil 5 sen dari wang rakyat????"


Sidang Media mengenai "Kempen SELAMATKAN RAKYAT!!!"

Kenapa Zambry takut sangat bila Nizar berbahas?

Tindakan kerajaan 'rampasan' Umno/BN Perak mengemukakan rang undang-undang perbekalan tambahan secara tergesa-gesa hanyalah untuk menutup 'tembelang' sebenar mereka meluluskan belanjawan RM80 juta. Demikian telahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kepada Harakah ketika diminta mengulas isu kekalutan yang berlaku sekali lagi dalam sidang Dun Perak 3 Ogos lalu.
Ujar Nizar, Umno/BN bertindak memanggil persidangan dengan notis tiga hari, kemudiannya tidak menetapkan apa agenda yang bakal dibincangkan dalam sidang Dun 3 Ogos itu.

TIADA RUANG 
Paling mengecewakan, hanya pada hari sidang Adun-adun Pakatan Rakyat Perak diberi Rang  Undang-undang Perbekalan Tambahan untuk membahaskan dan meluluskan bajet RM80 juta, katanya.
"Kita membantah tindakan mereka yang mahu meluluskan rang undang-undang tersebut hanya dalam masa sehari, dan saya selaku Ketua Pembangkang diberi masa hanya 15 minit untuk berbahas oleh Spekara Umno/BN Dato' R Ganesan," katanya dalam wawancara Eksklusif bersama Harakah 5 Ogos.
Walhal mengikut amalan, Parlimen memperuntukan 40 hari masa untuk berdebat meluluskan bajet, tetapi sidang Dun Perak cuma satu hari sahaja, katanya.
“Sepanjang masa persidangan, microphone Adun Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung  di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa,” katanya lagi.
Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupnya untuk berhujah.
KIT SIANG BAHAS 10 JAM 
Sebagai contoh, katanya Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.
Demi membela hak bersuara dan memastikan dewan perundangan berfungsi secara sihat, beliau menggesa supaya semua kerajaan negeri mencontohi Dewan Rakyat.
Dewan Rakyat biasanya menetapkan had minimum waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan, katanya
Bagi Nizar, tindakan kerajaan negeri yang hanya memperuntukkan hanya setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat pastinya ada muslihat disebaliknya.
"Apa yang Zambry (Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir) takut untuk bentang dan bahaskan selama empat hari, kenapa? adakah mereka (Umno/BN) takut atau tidak tahu untuk menjawab jika pelbagai soalan diutarakan?," katanya.
GANTUNG TANPA RUJUK JAWATANKUASA HAK 
Selain itu katanya, tindakan Speaker BN, Datuk Ganesan menggantungnya tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan juga adalah bertentangan dengan amalan biasa.
Beliau hairan bagaimana Zambry dan Umno/BN Perak enggan membuka amalan demokrasi untuk disuburkan di Perak, walhal mereka kini mentadbir negeri dan mempunyai ruang untuk menunjukan ketelusan.
Sebaliknya menurut Nizar yang juga Adun Pasir Panjang, keadaan itu sangat berbeza dengan amalan Pakatan Pakyat sewaktu memerintah negeri, malah juga turut berbeza sewaktu zaman Tan Sri Tajol Rosli menjadi Menteri Besar.
“Semasa Datuk Ngeh (Adun Sitiawan) menjadi ketua pembangkang, dia diberikan waktu tiga jam tanpa diganggu oleh menteri besar masa itu, Tajol Rosli,” ujar Nizar lagi.
Sebelum ini Pakatan Rakyat Perak telah mengambil keputusan  untuk menyertai sidang, tetapi apabila melihat tindakan Ganesan menyalahgunakan kuasanya untuk gantung Adun tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,  ia satu salah guna kuasa yang jelas, katanya lagi.
Menurut Nizar, selain tidak diberi peluang dan masa yang cukup untuk berbahas, Pakatan Rakyat juga didiskrimiasi dengan mikrofon ditutup apabila mahu mengemukakan peraturan mesyuarat.
Beberapa Adun Pakatan Rakyat bangun bagi membantah beberapa tindakan Ganesan, namun bantahan mereka tidak didengar kerana ada pihak menutup mikrofon mereka.
DIUSIR KELUAR 
Pada 3 Ogos lalu, Kerajaan BN Perak mengadakan sidang Dewan Negeri cuma satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.
Persidangan tersebut juga menyaksikan Nizar Jamaluddin diusir keluar dari dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat.
Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang ahli dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan seninggalkan dewan sebagai tanda protes.

Selepas Hubungan Farah-Saiful Kini Seorang Lagi DPP Libat Kes Poligami

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Tidak cukup dengan pendedahan dan dakwaan hubungan romantis antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dengan pengadu dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kini seorang lagi anggota pasukan pendakwaan dikatakan terlibat dalam kes poligami di Mahkamah Syariah.
Pendedahan itu dibuat ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh semasa prosiding perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi.
Karpal berkata salah seorang anggota pasukan pendakwaan iaitu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hanafiah Zakaria didakwa terlibat dengan kesalahan syariah dan sedang didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan berkaitan isu poligami.
Hanafiah didakwa telah berkahwin dua di luar negara.
"Apa yang kami akan persoalkan adalah kredibiliti dan kewibawaan pasukan pendakwaan. Kerana dua orang Timbalan Pendakwa Rayanya terlibat dengan kesalahan," kata Karpal dalam hujahnya.
Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan Karpal untuk menyoalsiasat DPP Hanafiah Zakaria.
Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin menyoal sama ada dakwaan tersebut relevan kepada kes yang sedang dibicarakan untuk memanggil Hanafiah.
Beliau berhujah ia tidak kena mengena dengan kes dan oleh itu tiada afidavit balas terhadapnya.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan mendengar jawapan balas pasukan peguambela serta memutuskan sama ada akan memanggil Farah Azlina dan Saiful berhubung dakwaan mempunyai akses dan pengetahuan mengenai kertas pertuduhan apabila prosiding bersambung pagi esok.

Sebelum itu Mohamad Zabidin menolak permohonan Karpal untuk memanggil Farah dan Saiful sebagai 
saksi atas alasan bukti yang ada adalah berdasarkan afidavit disumpah.

"Oleh kerana itu, tidak perlu untuk memanggil dan Saiful (sebagai saksi)," katanya.

Perbicaraan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disambung semula pukul 2.45 petang tadi menyaksikan hujahan balas pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin.
Dalam penghujahannya, Mohd Yusof mempertikaikan dakwaan ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh dengan alasan adalah tidak munasabah apabila seorang saksi yang telah memberi kenyataan beramaran, membuat ikrar di dalam mahkamah serta memberi jawapan dalam temubual kepada media, untuk mempunyai akses kepada kertas pertuduhan dan pengetahuan tentang strategi pendakwa raya.
"Apakah yang SP1 (Saiful) boleh lakukan? Kerana apa yang diketahuinya tidak lagi rahsia, dan diketahui umum. Ini termasuk laporan perubatan dan tindakan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan serta kenyataan dan jawapannya kepada media. Ia diketahui umum sejak tahun 2008.
"Sementara kepada Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina, beliau sebenarnya tidak mengetahui sepenuhnya mengenai halatuju perjalanan kes ini, Jadi tindakan membawanya ke mahkamah adalah tidak berasas," kata Mohd Yusof.
Peguam pembantu, Sankara Nair yang ditemui di perkarangan mahkamah menimbulkan persoalan mengenai reaksi pasukan pendakwaan yang membidas tindakan pasukan peguam bela apabila menyatakan sama ada Farah dan Saiful tampil atau tidak memberi keterangan, ia tidak memberi kesan kepada perjalanan kes.
Sankara menjelaskan, jika benar dakwaan hubungan sulit itu tidak wujud, mengapa tidak kedua individu tersebut hadir sendiri ke mahkamah untuk membuat penafian.
Tambah beliau, pandangan pendakwa raya bahawa pasukan pembelaan melengah-lengahkan perjalanan kes adalah tidak berasas.
"Hujahan kita ringkas, persoalan yang pertama adalah, wujud atau tidak hubungan tersebut? Mengapa pejabat Peguam Negara tidak mengakui atau pun menafikan perkara tersebut. Kita telah nyatakan hujah kita, dan merekalah sebenarnya yang melengah-lengahkan perjalanan kes ini.
"Datuk Seri Anwar memaklumkan kepada kita bahawa maklumat yang diperolehinya bukanlah 'hear-say' (cakap-dengar) tetapi adalah fakta yang kukuh. Jadi, esok kita akan berikan jawapan kami terhadap hujah pasukan pendakwaan," jelas Sankara.

Mahathir: Dulu, Kini Dan Selamanya Tetap Perlekeh Islam


Mahathir berkata umat Islam tak perlulah belajar agama secara mendalam, belajar asas-asas cukuplah.

"Kalau 1.6 billion umat Islam di dunia ini pandai agama dan kesemuanya bertaraf ulama, perpecahan yang lebih teruk akan terjadi kerana masing-masing akan membuat tafsiran yang berbeza mengenai Islam mana yang lebih baik seperti yang terjadi ke atas golongan Sunni dan Syiah."

Mahathir ini orang pandai tetapi Mahathir tidak begitu berminat pada Islam. Itulah sebabnya Mahathir bercakap begitu. Mahathir tidak melihat permasalahan yang berlaku sekarang atau Islam lemah kerana bukannya tidak mengamal ajaran Islam sebenar tetapi kerana tidak mencari ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.

"Walaupun tidak semua tetapi kalau ada sekumpulan orang yang dapat kuasai ilmu teknologi dan sains pertahanan, ini sudah memadai untuk menyelamatkan satu masyarakat Islam seperti di Bosnia (Herzegovina) sebelum ini," katanya.

Mahathir menggalakkan semuanya menguasai ilmu sains dan teknologi, paling tidak ada sekumpulan tertentu yang menguasainya. Tentang Islam tak perlulah semuanya belajar secara mendalam, tetapi sains dan teknologi kalau boleh semuanya mendalaminya. Adakah ini menunjukkan Mahathir berminat dengan Islam. Nasib malang umat Islam ada pemimpin seperti ini.

Kalau semuanya mendalami Islam, akan membuat tafsiran berbeza. Bagaimana pula kalau semuanya pandai membuat senjata, bom dan teknologi peperangan sendiri. Takkah berlaku tafsiran berbeza tentang sains dan teknologi atau takkah mereka bersaing pula nanti. Jadi boleh pening juga dengan karenah Mahathir.

Kalau tak minat dengan Islam, akan diperlekehkan Islam itu selamanya. Itulah yang berlaku pada Mahathir. Bukankah Islam rosak, Islam terbiar bermula sejak Mahathir berkuasa? Ini juga perlu disedari Mahathir, bukannya mengharapkan sains dan teknologi menjawab soalannya di kubur nanti.

Kenapa PDC bodo sangat berurusan dengan KMA?

Betul kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, halang Melayu berniaga di bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) adalah tindakan tidak adil.

Yang adil adalah tibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Tidak pula dilaporkan oleh akhbar Umno peniup api perkauman adakah wang yang ditibai dari peniaga-peniaga 'kais pagi, makan pagi' itu telah diserahkan kepada pihak yang menyewakan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) .

Tapi tak apa. Mungkin mengikut piawaian Umno, adalah sangat adil kalau ditibai siap-siap duit 27 peniaga yang Muhyiddin kata mencari makan 'kais pagi, makan pagi' sedangkan 17 dari mereka belum tentu boleh dapat gerai kerana tiada persetujuan.

Dah tibai awal-awal lagi duit dari 27 peniaga sedangkan hanya 10 yang dipersetujui boleh dapat tapak, lepas tu cry foul dan jerit "anti-Melayu" bila 17 orang tu tak dapat berniaga.

Jangan ditanya berapa jumlah duit yang ditibai dan berapa pula yang diserahkan kepada PDC. Jangan tanya fasal untung atas angin. Itu semua tak adil.

Yang adil ialah mesti jerit dalam Utusan Malaysia, TV3 atau mana-mana media peniup api perkauman bahawa "Melayu ditindas".

Bagi saya, yang paling adil ialah kita semua kena tanya PDC awat bodo terlajak sangat sehingga pergi berurusan dengan entah mana punya mamu dalam Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) dan tak mahu berurusan terus dengan peniaga-peniaga?

Assalamu'alaikum, persatuan mana lagi nak anjur tunjuk perasaan kerana peniaga tak dapat gerai selepas kutip siap-siap duit depa?

Macam mana pulak kalau kita, pengguna, tunjuk perasaan awat barang mahal sangat bulan Ramadhan ni? Sah-sah menyerbu belantan FRU!

Berkaitan:
1,000 peniaga protes hari ini (Utusan Malaysia 9/8/10)
Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar (Harakahdaily 9/8/10)
Bazar Ramadan: PDC nafi halang peniaga Melayu berniaga di Komtar (Malaysian Insider 9/8/10)
Ramadan: Peniaga Melayu Komtar protes dilarang berniaga (Malaysiakini 9/8/10)
Muhyiddin: Halang Melayu berniaga di bazar Ramadan tindakan tidak adil (Malaysian Insider 9/8/10)
PB.

HANCUUS MANCUUUUSSS

MELELEH AIR LIOR KALAU KAABAH DAPAT DISWASTAKAN



UMNO AKAN MEMERINTAH DI MEKAH DAN MADINAH?

Khalid Samad berkata, berbanding dengan tindakan Umno Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengenakan paksaan ke atas rakyat.

Sebaliknya jelas beliau, kerajaan negeri Selangor pimpinan PR akan mendidik orang ramai dalam isu-isu seperti itu.

Kata beliau, umat Islam tidak seharusnya tidak melakukan atau menghindari perkara-perkara berdosa ketika bulan Ramadan.

“Jika mereka hanya mahu memerintah negara tanpa gereja, kuil, ladang khinzir, kilang bir, mereka hanya boleh menerajui kerajaan di Mekah dan Madinah,” katanya lagi.

Minggu lalu, Noh mencabar kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.

KAH KAH KAH…

Woit…HANCUSSSS… KALAU GEROMBOLAN PERINTAH MEKAH ATAU MADINAH … HANCUSSSS… kah kah kah..

Kah kah kah… MULA MULA KENA RASUAH… LEBIH TEEROK DARI PAK ARAB… kah kah kah..

Kah kah kah… NAK NAIK HAJI … KENA TOL…. Kah kah kah..

Kah kah kah… AIR ZAM ZAM AKAN DISWASTAKAN… kah kah kah..

Kah kah kah.. ..KAABAH AKAN DI SWASTAKAN KEPADA LEBAI SHEIKH SAHIBUL BISEN TAN ABDULLAH...kah kah kah

kah kah kah… NAK BUKA MENIAGA BOLEH … TAPI KENA BAGI 30% UNTUK GEROMBOLAN… kah kah kah..

woit.. .KEMUDIAN BELI KAPAL SELAM YANG MENYELAM DI PADANG PASIR… UNTUK MENGAWAL KESELAMATAN KAABAH…. Kah kah kah

nota:
kapal selam ini telah
tersedia rupa rupanya

itu pasal kapal selam malaysia ini
tidak boleh menyelam

kapal selam ini hanya boleh
menyelam dalam padang pasir kah kah kah

TT.

Attorney General tells of note discovered in Teoh's sling bag

Malaysia Chronicle

Following swirling speculation that the Malaysian Anti-Corruption Commission and Attorney-General's chambers were trying to cover up the Teoh Beng Hock case, the AG has issued a press statement (full text appended below).

The AG said a note written in Mandarin was found in Teoh's sling bag in October 2009. It did not disclose the contents of the document but it is widely believed to be a suicide note.

The AG also denied it had tried to suppress vital information and gave details leading to the discovery of the note. However, its explanation raised more questions than it answered.

It also heightened speculation as to the authenticity of the note as well as the possibility that Teoh may have forced to write it before his death.

There is also talk that the decision to produce the note was to head off damaging testimony expected from Thai forensic expert Dr Pornthip Rojanasunand, who is due to testify on August 18.

She has said there is an 80 percent chance that homicide had been involved. The MACC has all the while maintained it was suicide.

Although Prime Minister Najib Razak has promised Teoh's family to allow the truth to surface, the latest developments have compounded concerns that the authorities are determined to cover up how Teoh really died.

"I do not dare imagine what other sorts of torture he went through. Let us work towards a Malaysia that is free from torture. No one should be tortured and killed, be it in the MACC office, police lock-up, jail or detention camp," Malaysiakini reported Teoh's sobbing sister Lee Lan as saying.

Read also: Speculation rife Beng Hock was forced to sign suicide note...


FULL TEXT OF PRESS STATEMENT FROM THE AG CHAMBERS:

In Teoh Beng Hock’s death inquiry today, the officers representing the Public Prosecutor in assisting the said inquiry intended to put in a note found in the deceased’s sling bag which contains an indication that may throw some light regarding his death.

However, the existence of the note was disputed on the grounds of delay in disclosure, failure to furnish a copy of the said note to the counsels representing the deceased’s family and suppression of evidence by the Attorney-General’s Chambers.

The Attorney-General Chambers vehemently denies any suppression of evidence instead was equally startled when the discovery of the note was made known and thereafter caused further investigation to be carried out.

The Attorney-General Chambers was informed of the discovery of the note by the Investigating Officer, ASP Ahmad Nazri bin Zainal on 7.10.09 some two over months after Teoh Beng Hock’s death. According to the Investigation Officer it was not found when he first searched the deceased’s sling bag after the incident.

The note was immediately translated and there was sufficient cause to send it to be analysed by a Document Examiner of the Chemistry Department. The said note was sent on 9.10.09 and subsequently on 20.10.09.

The Document Examiner prepared his reports and they were considered by the Attorney-General himself where the Attorney-General, Tan Sri Abdul Gani Patail was not convinced of the authenticity of the note due to insufficient samples to verify the handwritings in particular the Chinese characters.

In addition, the note was said to be discovered some two over months after the death and that this would raise suspicion over its authenticity and discovery.

Having considered these factors, Tan Sri Abdul Gani was of the view that the note should not be tendered until and unless the Investigation Officer could provide satisfactory explanation as to its discovery.

As regards the note, the Attorney-General’s Chambers was earlier briefed by the Investigation Officer that he conducted a thorough search after being advised by the psychiatric that ordinarily there would be a note left in a suicide case.

However, recently the Investigation Officer owned up by admitting that he did in fact find the note when he searched the sling bag on 17.7.10 but did not realise the significance of it as there were other documents found and that they were written in both Chinese and Roman characters.

As a result of this the Attorney-General decided to put the note in and directed the Investigation Officer to explain this in court to avoid any repercussion in future and let the Coroner decide on its weight after considering the explanation by the Investigation Officer and the Document Examiner’s report.

Therefore, there is no suppression or withholding of evidence and that the decision for not tendering it earlier was made based on the Document Examiner’s report as well as the discovery of the note which gave rise to suspicion.

The Attorney-General’s Chambers will tender a document as evidence only and until it is satisfied that any shroud of suspicion surrounding it is lifted.

Jabatan Peguam Negara 9 August 2010

SATU LAGI BERITA TIPU MELAYU

INI MEJA MAIN DAM



INI MEJA MAIN PAKAU


KERAJAAN SEDIA KAJI KEBENARAN MAHASISWA BERPOLITIK -melayau

Kerajaan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk membolehkan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian.

Saifuddin Abdullah berkata, sebagai permulaan, beliau akan menghadiri perbincangan meja bulat mengenai perkara itu yang dianjur Majlis Belia Malaysia (MBM).
Beliau berkata, perbincangan meja bulat itu akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin mahasiswa.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin oleh Perlembagaan. Di samping itu ia penting untuk mematangkan demokrasi kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

KAH KAH KAH..

Woit… SATU LAGI KERJA BODOH… kah kah kah..

Kah kah kah… HATAR MEMO… KERJA BODOH PALING UTAMA… kah kah kah..

Kah kah kah… JUMPA MALAON MENTERI… SATU LAGI KERJA BODOH…kah kah kah…

Kah kah kah… SEKARANG ADA KERJA BODOH BARU…. Kah kah kah..

Woit.. BINCANG PAKAI MEJA BULAT …. Kah kah kah….

Woit.. SEMENJAK TAHUN 1972 HINGGA SEKARANG KENAPA BINCANG PAKAI MEJA EMPAT SEGI…. Kah kah kah..

Kah kah kah… BANGANG…kah kah kah..

Woit… MEJA BULAT KEPAL BANA APA?... kah kah kah

woit... APA BEZANYA MEJA EMPAT SEGI TAHUN 1972 DENGAN MEJA BULAT?... kah kah kah
TT.

Tangkapan aktivis Protes untuk takutkan orang ramai

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Belum ada apa-apa aktiviti daripada aktivis Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes), tiga daripada mereka telah ditangkap polis petang ini.
Dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan polis sebelum bermulanya edaran risalah Protes di pasar malam Kampung Kerinchi, dekat sini.
Mereka yang ditahan iaitu AMK Wilayah, Rozan Mat Razif dan Fareez Kamal dan aktivis Suaram, Tee Mun Hui ditahan atas alasan tidak memberikan kerjasama kepada pihak polis dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Brickfields.
Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli menyifatkan penahanan itu sebagai taktik untuk menakut-nakutkan orang ramai.
"Kita tidak tahu apa sebab mereka ditahan. Tapi saya pasti ini antara taktik menakutkan orang ramai," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
Protes menganjurkan Kempen Bantah Harga Barang Naik: Selamatkan Rakyat di Pasar Malam Flat 17, Kampung Kerinchi, Lembah Pantai bermula jam 5.00 petang tadi.
Sebahagian aktivis Protes membahagikan risalah kepada pengunjung pasar malam itu.
Kampung Kerinchi dipilih tempat pertama kempen Protes  kerana para penghuni di kawasan itu kebanyakannya daripada golongan berpendapatan rendah.
Kempen kesedaran ini dibuat ekoran kenaikan harga barang '5 dalam 1' pertengahan Julai lepas dan Protes mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan.
Ianya termasuk gesaan menghentikan pembaziran dalam pembangungan beberapa projek gajah putih seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), menguatkuasakan dasar gaji minimum, kembalikan harga asas barang asas seperti sebelum kenaikan, menjelaskan bagaimana 'penjimatan' RM4.6 bilion daripada penyelarasan subsidi pada 2006 dibelanjakan dan menstruktur semula subsidi supaya rakyat miskin terus mendapat faedah daripadanya.

Muhyiddin Akui Umno Akan Out...

DAKWAAN mengatakan Umno kini terdesak dan sangat bimbang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang ada kebenarannya. Tanda-tanda itu jelas baik secara berselimut ataupun secara telanjang. Kebimbangan itu dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Umno. Ini termasuk Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Mohd Yassin.

Katanya Muhyiddin sangat bimbang dengan masa depan Umno. Arus dan gelombang kebangkitan rakyat bersama PR seakan bakal menghanyutkan Umno. Sokongan dan simpati orang ramai kepada Anwar Ibrahim akan memangsakan Umno.

Kalau pilihan raya 2008 lalu dianggap sebagai tsunami kali ini ianya akan dianggap sebagai gempa bumi pula. Dan kalau gempa bumi disertai tsunami serentak lagi teruk.

Berbagai usaha dan ikhtiar yang dilakukan Najib Razak tidak menunjukkan hasil yang kondusif. Malahan, sesetengahnya menjadi masalah kepada Najib dan UBN. Slogan 1 Malaysia adalah antaranya. Bukan saja rakyat bawahan yang celaru dengan slogan itu, Mahathir Mohamad juga tidak faham. Pendekatan dan sikap pragmatif UBN dan Najib yang mengikut rentak Pakatan Rakyat dalam mewarnakan politik negara menjadi senjata makan diri.

Misalnya orang Melayu yang tidak suka dengan politik baru Pakatan Rakyat yang terbuka, bersifat multi racial dan sedia memenuhi tuntutan semua kaum, mengharap Umno akan menentangnya. Sebaliknya Najib tidak mampu melawan ironinya Najib obses turut melaksanakan apa-apa yang disebutkan oleh Pakatan Rakyat kerana ingin menghunjamkan Pakatan Rakyat. Satu sisi umum melihat Najib jauh ke depan tetapi dari sisi lain Najib terperangkap dalam silang kata politik Anwar Ibrahim yang merugikan Melayu.

Sikap tidak berani ini menyebabkan orang Melayu yang tebal semangat chauvenis Melayu dan nasionalis merasakan Umno bukan tempat pergantungan mereka. Mereka merasakan Umno lebih kurang sama juga dengan Pakatan Rakyat. Kesimpulan mudah bagi mereka, setidak-tidaknya pemimpin dalam Pakatan Rakyat tidak sekorup pemimpin Umno.

Semalam seorang bekas anak tokoh Umno secara tidak sengaja menceritakan kegelisahan dan kebimbangan Muhyiddin. Beliau menceritakan Muhyiddin telah menceritakan kebimbangan itu dalam satu perjumpaan dengan Umno bahagian, Paguh baru-baru ini. Menurutnya Muhyiddin secara berterus terang menceritakan yang Umno kini dalam keadaan terancam. Bahagian Paguh ialah bahagian Muhyiddin.

Muhyiddin juga menurut anak tokoh Umno itu Muhyiddin tidak percaya dan bimbang kepada undi kaum Cina untuk parti berkenaan. Bukan saja di negeri-negeri di Utara dan Pantai Barat, tetapi di Johor juga. Katanya, sekurang-kurang enam kerusi di Johor yang mana kedudukan undi Cina melebuhi undi Melayu sukar untuk dipertahankan dan akan hanyut dalam pilihan raya akan datang. Katanya mood pengundi Cina berubah secara total.

Justeru katanya, Muhyiddin bekerja keras untuk menyelamtkan Umno. Baginya Umno perlu diselamat kerana selepas ini beliau yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan Umno dan seterusnya perdana menteri. Tentulah Muhyddin tidak mahu kalau Umno akan berkubur sebelum beliau dinobatkan sebagai perdana menteri dan beliau hanya meninggalkan legasi sebagai TPM terakhir dari Umno.

Dalam pada itu jelas anak tokoh dan aktivis politik itu, Muhyiddin berpendapat satu-satu cara bagi menyelamatkan Umno ialah dengan mengajak Pas bekerjasama dengan Umno. Pas adalah tali hayat terakhirnya. Alasan mengenai perpecahan Melayu, dan Melayu kehilangan kuasa majoriti perlu dipergunakan. Lantaran itu katanya baru-bnaru ini Muhyiddin telah membuat offer kepada Pas untuk bekerjasama dengan Umno walaupun Pas sudah berkali-kali mengatakan nahe nahe.

Muhyiddin begitu ghairah untuk ini. Katanya beliau (Muhyiddin) terpaksa menengur Najib Razak yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbau ego mengatakan Umno masih kuat dan tidak perlu kerjasama dengan Pas. "Selepas Muhyiddin tegur itulah maka Najib terpaksa mengubah kenyataan kerasnya beberapa hari selepas itu," jelas aktvis berkenaan.

Memahami apa yang dirasai dan digeruni Muhyiddin kini, tidak mustahil Umno akan terus berusaha untuk memujuk Pas agar berkerjasama dengan mereka. Situasi ini harus dilayan penuh berhati-hati oleh Pas. Sekiranya ada mereka yang mudah kesian dengan Umno, bahayanya akan menimpa Pas.

Pas harus bersetuju menerima pandangan sekiranya Umno ingin bersatu biarlah ianya dibuat dengan memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh Pas. Pas harus mengenal pasti keikhlasan Umno. Satu syarat besar yang harus Pas kenakan jika Umno ingin bersahabat dengan Pas atas kepentingan Melayu dan Islam, mereka harus mengundang sama Anwar Ibrahim dan PKR. Dalam pada itu Pas juga juga harus istikarah apakah angan-angan mereka dengan Pakatan Rakyat menguntungkan agama dan bangsa. 
MSO.

Utusan Malaysia Berbohong lagi...kantoi lagi...he.he..




Kali ini mengenai 27 peniaga Bazaar Ramadhan yang dikatakan dihalang berniaga di bazaar Ramadhan yang disiarkan pada 9 Ogos 2010..

Kenyataan Media oleh : MOHD BAZID ABDUL KAHAR, PENGURUS KANAN HARTANAH PDC.

KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR.

Gambar Hiasan : Zulkifli Nordin dan Utusan, satu gandingan yang baik...
err untuk berbohongla..

Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu.

Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan.

Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3.

Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA.

KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.

Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.

PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.

Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut.

Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%).

Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.

Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak.



MOHD BAZID ABDUL KAHAR
PENGURUS KANAN HARTANAH PDC

Melayu Tindas Melayu...


Malam tadi melalui facebook Peguam Lateefah Koya dah bagitau berkenaan 766 peserta Felda akan berkumpul di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memfailkan saman RM200juta terhadap Felda.

Jadi hari ini seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini, telah menjadi kenyataan. Walau apa pun kisahnya... mampuih pi la kat Felda dan Felda Palm Sdn Bhd. Sebab kes ini sudah pasti akan mengambil masa bertahun untuk selesai kerana ianya melibatkan agensi keraaaa...jaan. Paham-paham jelah yeaaa.....

Yang gua pelik tu... dalam kelantangan suara untuk mempertahan dan perjuangkan hak orang2 melayu, martabatkan bangsa melayu, menyatu-padukan bangsa melayu... melayu itu... melayu ini... akhirnya yang tertindas dan di tindas dan di kelentong sana sini adalah orang melayu juga...

Apa punya sial yang biawak2 pemimpin melayu sedang perjuangkan untuk orang2 melayu ni beb...!!!

Cuba bayangkan..., yang duduk di kerusi empuk Felda tu siapa...??? Bukankah orang Melayu...??? Yang menjadi Pengurus Tanah Rancangan Felda... bukankah orang Melayu...??? Yang jadi macai timbang kelapa sawit tu... bukankah orang Melayu juga...???

Jadi mengapa harus ada penipuan timbangan dan gred kelapa sawit terhadap hasil titik peluh peneroka...??? Kesimpulannya di sini adalah Melayu yang TIPU orang Melayu sendiri.... ini perangai melayu celaka haramjadah wa cakap lu.....

Paling bestnya... setelah 15 tahun perkara ini berlarutan baru sekarang para peneroka ini sedar, atau dah lama sedar tetapi tiada saluran yang berkeyakinan untuk mereka adukan. Atau selama ini mereka di ugut dan pelbagai lagi.

Itu baru buka kes saman dari dua buah Felda (Felda Serting dan Gugusan Raja Alias), Tanah Rancangan Felda yang lain-lain bagaimana pula... eloklah di tinjau2 dan usulkan tindakan sesegera mungkin. Jangan di biarkan melayu-melayu keparat semua tu bermaharajalela mentekedhaghah duit haram....

Perghhh.... sibuk bercakap soal Melayu.... sedangkan masih ramai lagi Melayu yang tertindas di sebabkan oleh Melayu2 Korporat dan Keparat. 
IkutSukaAku.

1 September, Ali Rustam Pengetua Sekolah Hamil

Belum reda dengan isu sekolah hamil, Ketua Menteri Melaka telah menetapkan tarikh bahwa pada 1 September ini adalah tarikh sekolah hamil beroperasi. Kenapa tergesa-gesa untuk menubuhkan sekolah ini? Adakah li Rustam ghairah dengan mereka yang terlanjur?

Sepatutnya isu sekolah hamil ini perlu di bawa ke dalam sidang DUN Melaka untuk sesi perbahasan dan bukannya menubuhkan dengan kiut suka hati sebagai seorang Ketua Menteri. Ramai-ramai pemimpin UMNO, Ali Rustam yang paling menonjol dalam isu ini.

Paling peliknya dalam sistem pembelajaran ini, mereka boleh memilih untuk pilih sistem kebangsaan sedia ada atau mereka kan belajar agama. Memang tidak masuk akal langsung. Sepatutnya perlu diberikan didikan agama serta kauseling dan penubuhan sekolah initidak perlu kerana ia akan mengaibkan mangsa yang terlanjur akibat perbuatan oang lain.

Sebagai contoh, mangsa yang dirogol adalah bukankehendak beliau tetapi setelah masuk ke sekolah mengandung umum akan mengetahui bahawa pelajar tersebut adalah pelajar terlanjur kalau dibandingkan dengan tidak wujudnya sekolah mengandung.

Maruah diri dan keluarga akan tercalar kerana ia menunjukkan bahawa kerajaan ingin mengumpulkan seberapa ramai wanita yang terlajur akibat perbuatan secara rela atau secara paksa. Bagi yang berlaku bukan kerana kerelaan mereka, ini akan terus mengaibkan diri dan keluarga mereka.

Pengerusi Sekolah Murid Mengandung ialah ADUN dari Pantai Kundor, Datuk Abdul Rahaman Ab Karim. Penubuhan sekolah ini akan menggalakkan perbuatan maksiat yang berleluasa jika dibandingkan dengan langkah pencegahan.

Mungkin ini minda pemimpin Melayu yang hanya mementingkan publisiti sehingakan maruah dijaja begitu sahaja melalui penubuhan sekolah ini. Inilah akibatnya jika meletakkan ISLAM di bawah dan meletakkan kepentingan politik di atas.

Bantahan Anti ISA Merebak Ke London, Anifah Terkedu

Oleh Fazli Othman
SHAH ALAM 9 Ogos - Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman disambut dengan laungan 'Anti ISA' dan 'Mansuhkan tahanan tanpa bicara' oleh aktivis Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di luar bangunan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London semalam.
Beliau yang tiba di kotaraya itu dalam sesi rangka lawatan kerja ke United Kingdom dan Jerman bermula 1 Ogos lalu terkedu dengan laungan dan bantahan aktivis yang menentang sekeras-kerasnya akta drakonian itu dan menggesa kerajaan Umno-Barisan Nasional memansuhkan segera undang-undang lapuk yang sudah bertapak dinegara ini sejak 50 tahun lalu.
Sekumpulan 30 aktivis berhimpun di luar bangunan suruhanjaya itu untuk menyampaikan bantahan mereka kepada Anifah menyebabkan tetamu yang telah berada di dalam bangunan Pesuruhjaya Tinggi itu terpaksa menunggu lama untuk mendengar ucapan Menteri Luar itu.
Anifah juga dijangka menyampaikan ucapan beliau kepada ketua komuniti dan pelajar Malaysia di London untuk memberi penerangan berhubung situasi semasa polisi kerajaan.
Menurut sumber, kebanyakan peserta demonstrasi adalah daripada kalangan muka baru yang menggunakan pembesar suara sambil melaung-laungkan "Hentikan tahanan tanpa bicara".
Turut hadir, Six Oranges, penerbit filem berhubung isu sosial yang berpangkalan di London - mereka kini dalam proses menerbitkan dokumentari mengenai ISA.
Sebelum ini di lapan lokasi di seluruh negara, pihak polis menahan 30 peserta perhimpunan aman anti ISA pada 1 Ogos lalu termasuk di Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
Antara yang ditahan pada sambutan sempena ulangtahun ke-50 kewujudan ISA, Pengerusi Gerakan Mansuh ISA Syed Ibrahim Syed Noh,  Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan dan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard).
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada kepada orang awam supaya tidak menghadiri perhimpunan memasang lilin yang dianggap sebagai perhimpunan haram.

PANAS : Berita Keadilan Dedah Subsidi RM40 Bilion Untuk Kroni

SHAH ALAM 9 Ogos - Edisi kelima tidak berkala akhbar rasmi KEADILAN bertajuk 'Berita Keadilan' kini berada di pasaran dan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.
Akhbar ini menyusul selepas empat terbitan  tidak berkala oleh Angkatan Muda KEADILAN - Keadilan, Obor Keadilan, Sinar Keadilan dan Utusan Keadilan.
Siri tidak berkala ini bagi mengganti lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya sejak 30 Jun lalu apabila tempoh sahlakunya tamat.
Sehingga kini Kementerian Dalam Negeri mengambil sikap membisu termasuk Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung sama ada pihak kementerian akan memperbaharuinya atau terus menggantung.
Berita Keadilan memaparkan "Subsidi RM40 Bilion Untuk Kroni" sebagai tajuk utama yang menghiasi dada akhbar tersebut.
Artikel tersebut membawa pendedahan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional memberi subsidi berjumlah RM40 bilion setahun kepada syarikat kroni sementara subsidi kepada rakyat hanya RM1.2 bilion.
Turut mendapt ruang di muka depan akhbar itu ialah  isu dakwaan penyelewengan dan kepincangan dalam pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang turut mengalami nasib yang sama seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Muka depan juga merujuk kepada kenyataan tokoh veteran Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyelar sikap pemimpin Umno yang mengamalkan sikap suka menipu, songlap wang rakyat sehingga menjadi teras budaya politik parti itu.
Di muka muka Berita Keadilan pula dipaparkan pendapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti mengejut tatkala rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan dan subsidi yang dipotong tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat.
Sementara itu, kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang dilihat pincang apabila Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif didakwa menjalinkan hubungan romantis dengan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Di bahagian tengah berita bergambar dimuatkan gambar keganasan polis sekitar perhimpunan aman anti ISA dan nyalaan lilin sempena 50 akta zalim itu di Padang Timur, Petaling Jaya 1 Ogos lalu.
Liputan bergambar juga menyelitkan majlis pelancaran Pakatan Rakyat Batu Pahat dan ceramah perdana di Taman Ehsan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim
Akhbar 24 mukasurat itu dijual pada harga RM2 senaskah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

Perayaan Hari Orang Asal Sedunia

Pada tahun 1994, Perhimpunan Agung Parti Bangsa-Bangsa Bersatu PBB telah mengistiharkan 9 Ogos setiap tahun sebagai Hari Orang Asal antarabangsa bersempena dengan dekad Orang Asal antarabangsa yang pertama 1995-2004.  Ini merupakan salah satu daripada pencapaian terbesar dalam perjuangan Orang Asal yang berterusan di peringkat tempatan sehinggalah di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan pengiktirafan identiti, jatidiri dan hak kolektif bersama yang tidak boleh dipisahkan daripada Orang Asal.
Salah satu lagi pencapaian terbesar bagi masyarakat Orang Asal sedunia ialah apabila Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan dan menerima Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) pada 13 September 2007.  PBB melalui program kerja dekad antarabangsa Orang Asal yang kedua (2005-2014) telah menyasarkan promosi dan pelaksanaan deklarasi ini di semua Negara melalui kerjasama semua pihak.
Malaysia telah menyokong penerimaan Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) semasa Majilis Hak Asasi Manusia dan bersama dengan 143 buah negara yang lain mengundi penerimaannya semasa perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007.  Deklarasi ini kini merupakan sebahagian daripada perundangan antarabangsa hak asasi manusia yang menggariskan piawaian minima bagi pengikhtirafan hak kolektif bersama Orang Asal yang perlu dituruti oleh pihak kerajaan, agensi-agensi PBB, pendana-pendana dan program-program berkaitan dengan Orang Asal.
Ini bermaksud, pihak kerajaan Malaysia yang telah bersetuju, mempunyai tanggungjawab secara moral dan juga politik, untuk menuruti Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP), sabagai sebahagian daripada tanggungjawab bersama menghormati hak asasi manusia, bukan sahaja di peringkat tempatan dan kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Dalam usaha untuk membina masyarakat yang "pluralistic", yang berbilang kaum dan agama, golongan masyarakat Orang Asal memainkan peranan yang penting dalam amalan budaya dan tradisi yang dikekalkan sejak bergenerasi lamanya.  Adat yang diperturunkan dari Orang Tua diwarisi oleh golongan muda, agar tidak lapuk ditelan zaman dan akan diteruskan ke generasi akan datang.  Budaya, tradisi, dan Adat Orang Asal merupakan tunjang bagi identiti dan martabat Orang Asal, yang hidup bersama dalam perkongsian bersama hak kolektif Orang Asal di atas tanah, wilayah dan sumber asli komuniti Orang Asal.
Masyarakat Orang Asal kini menghadapi masalah eksploitasi dan rampasan tanah, wilayah dan sumber asli yang berterusan oleh pihak kerajaan dan syarikat swasta; penindasan budaya melalui pelan-pelan komersil; penafian Izin Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC) ke atas perkara yang memberi kesan kepada Orang Asal, ini termasuklah pembentukkan perundangan, polisi dan program tanpa melibatkan Orang Asal.
Ini menjadi lebih teruk lagi, apabila pelan-pelan pembangunan yang agresif dan rakus tanpa mengira piawaian mapan, telah menceroboh masuk ke kawasan Orang Asal dan telah meninggalkan kesan-kesan buruk seperti pencemaran alam dan kehilangan sumber asli di kawasan itu yang telah sekaligus melupuskan budaya dan tradisi Orang Asal yang telah diamalkan sejak generasi lamanya dalam menjaga kawasan dan sumber asli mereka.  Pelan pembangunan tidak lestari/mapan seperti pembalakkan yang tidak terkawal, perladangan kelapa sawit besar-besaran, pembinaan projek mega seperti empangan dan termasuk juga skema pembangunan dan dasar ekonomi yang langsung tidak mencerminkan aspirasi Orang Asal, sedang berleluasa dan semakin lama semakin membinasakan alam sekitar dan sumber asli hutan, sungai dan persisiran pantai.  Ini sekaligus memusnahkan penerusan amalan budaya dan tradisi Orang Asal yang hidup rapat dan bergantung kepada alam sekeliling dan sumber asli mereka.
Situasi ini telah mengancam kehidupan dan kesinambungan masyarakat Orang Asal.  Selagi pihak kerajaan menafikan pengiktirafan Hak Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri yang perlu hidup dengan hak kolektif bersama - terutamanya sekali ke atas Tanah, Wilayah dan Sumber - ketidakadilan sosial yang sedang berlaku kepada Orang Asal akan bertambah teruk lagi.
Oleh itu, ianya merupakan satu tanggungjawab yang penting bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap permintaan Orang Asal, mengadakan dialog yang berkesan mengenai pengiktirafan Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri, dan membina kerjasama dalam mengatasi isu-isu yang berkenaan dengan pihak kerajaan dan juga masyarakat Orang Asal.
Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) menyediakan satu rangka kerja yang kritikal dalam membina hubungan yang baik di antara pihak kerajaan dan golongan masyarakat Orang Asal dalam seruan untuk menghormati dan mengamalkan Hak Orang Asal.  Ia juga menyediakan langkah-langkah untuk mengatasi konflik di antara pihak kerajaan dan masyarakat Orang Asal dengan cara yang aman dan damai.  Adaptasi ataupun penerimaan kerajaan-kerajaan di Asia terhadap Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) sekarang harus diambil tindakan positif, agar menghentikan diskriminasi yang berlaku dan pihak kerajaan harus menghentikan penafian hak ke atas Orang Asal sebagai golongan masyarakat yang mempunyai identiti tersendiri dan hak kolektif bersama.
Apabila kita merayakan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia bersama-sama dengan pihak kerajaan, agensi-agensi PBB, pendana tempatan dan juga antarabangsa, kita juga mesti mencari jalan yang bermakna agar hubungan yang terjalin berjangka masa lama, menuju kesedaran hak kolektif bersama Orang Asal yang akan menyumbangkan kepada keamanan, keadilan, kesama-rataan, dan pembangunan yang mapan dan lestari untuk semua.
Sempena Perayaan Hari Orang Asal Sedunia, seruan kepada kesemua saudara-mara dan keluarga Orang Asal seluruh dunia, mari kita bersama-sama kekalkan dan kuatkan perjuangan kita terutamanya sekali di peringkat komuniti, dan meluaskan dan memperkasakan lagi solidariti dan kerjasama di peringkat negara masing-masing dan juga di peringkat serantau, dan seterusnya di seluruh dunia, bersama-sama menuju kesedaran dan aspirasi yang sama untuk mengekalkan identiti dan martabat kita sebagai masyarakat Orang Asal!
Bersama-sama Merayakan Hari Orang Asal Sedunia dengan martabat dan solidariti.
*Kenyataan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) sempena Sambutan Hari Orang Asal Sedunia 2010.

Aktivis ditahan kerana tak buka pintu kereta menjelang perhimpunan PROTES

Menjelang perlancaran dan ceramah membantah kenaikan harga barang malam ini, beberapa pemimpin pembangkang dan NGO sudah ditahan polis berhampiran tapak pasar malam Kampung Kerinchi di Lembah pantai.

Menurut Pengarah Strategi PKR Tian Chua, dua pemimpin Pemuda PKR dan seorang aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah ditahan.

"Aiyo, apa polis hyper sensitif, belum ada sesuatu sudah tangkap orang...," katanya dalam laman Twitter.

Menurut saksi kejadian, ketiga-tiga mereka ditahan selepas enggan membuka pintu sebuah kereta (kanan) untuk diperiksa polis atas alasan kenderaan itu bukan milik mereka.

Difahamkan ketiga-tiga mereka kini dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

Pada malam ini, Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) dijadual membuka gelanggang dengan mengadakan ceramah sulung bagi kempen protes kenaikan harga barangan, selepas dilancarkan pada 28 Julai lalu.

Program anjuran itu menggariskan lima tuntutan kepada kerajaan sebagai bantahan ke atas kenaikan harga bahan api dan gula pada pertengahan Julai lalu.

Interviewing fugitive Malaysian blogger Raja Petra Kamarudin


Ben Bland, Guardian UK
I met Raja Petra Kamarudin, one of Malaysia's best known bloggers, at a recent press conference in London, after spotting his trademark beret in the crowd. I subsequently interviewed him for a piece that's been published in The Guardian today.
RPK, as he's usually known, fled Malaysia after hearing that he was about to be detained without trial for a third time under the Internal Security Act, which was bequeathed by the British colonial regime.
But the same colonial legacy that threatened his freedom also proved to be his salvation. As he was born in the UK before Malaysia obtained independence, he has right of abode here.
Many senior members of the ruling United Malays National Organisation have called on RPK to come back to Malaysia and clear his name if he really believes he is innocent of the sedition and criminal defamation charges that have been levelled against him.
But, RPK says, he is less concerned about those charges than the fact that the government seems determined to detain him without trial again - the home ministry is still trying to overturn RPK's successful appeal against his ISA detention in 2008.
In any case, he says that it is for the prosecution to prove his guilt, not for him to prove his innocence.
"If the Malaysian government wants to prove my guilt, they will have to apply to extradite me and for them to be able to, they will have to satisfy a British court that I am guilty. Does the Malaysian government have the guts to try to convince a British court that I'm guilty? Because the standards set by a British court are very different."
Now that his Malaysian passport has expired. RPK is effectively stuck in the UK. Although he is free to remain in the UK, he has no official travel document so cannot leave the country.
But the chirpy trouble-maker doesn't seem too perturbed, saying he may even opt to stay in the UK if the charges against him are dropped by a future Malaysian government.
In the globalised era, distance is no bar to speaking truth to power and RPK has continued to be a thorn in the side of the Malaysian establishment from his Manchester base.
The success of his Malaysia Today website, which he says gets up to 1 million hits a day, is partly due to his high-level contacts within the establishment. RPK told me that he's twice been visited in the UK by a senior UMNO figure "of ministerial level".
Like all high-profile bloggers, he's also extremely prolific and spends "10-14 hours a day, seven days a week" working on his website, assisted by a team of Malaysian volunteers spread around the world.
http://uk.asiancorrespondent.com/the-asia-file

Bazar Ramadan: PDC nafi halang peniaga Melayu berniaga di Komtar

9 Ogos — Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini menafikan dakwaan Dewan Perniagaan Komtar (KMA) dalam Mingguan Malaysia semalam yang ia menghalang 27 peniaga Melayu daripada berniaga ketika Ramadan di Komtar.
“Merujuk kepada kenyataan akhbar (semalam), pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di bazar Ramadan di Komtar adalah tidak benar,” kata Pengurus Kanan Hartanah PDC Mohd Bazid Abdul Kahar.
Bazid berkata, adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan bazar Ramadan mengikut peraturan ditetapkan.
Kata beliau, sebenarnya permohonan KMA untuk menganjurkan bazar Ramadan di ruang legar paras tiga Komtar untuk 27 peniaga telah dibincang pada Jawatankuasa Induk Pemulihan Komtar Khamis lalu bersama-sama dengan wakil persatuan itu.
Pada mesyuarat itu, telah pun dibangkitkan perlunya mengehadkan jumlah bilangan peniaga demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri.
“Masalah kesesakan ini tahun lepas telah pun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Laporan Mingguan Malaysia memetik Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan kelmarin tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka semalam.
Menurutnya, pihaknya dan Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika bermesyuarat kali terakhir pada 5 Ogos lalu bersetuju untuk meneruskan tradisi bazar Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
Tambahnya, para peniaga juga telah membuat bayaran sewa tapak gerai kepada KMA selaku penganjur dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Kata beliau, mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada.
Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang Jumaat kepada KMA.
“KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa.
“Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai,” katanya.
Jelas beliau, PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosedur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut.
“Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.
“PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan.
“Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperoleh kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut,” katanya.
Tindakan KMA ini menurut beliau, telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini.
“Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.
“Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga,” katanya.
Di samping itu katanya, KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan dalam surat kelulusan tersebut.
“Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras tiga akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50 sehari bagi setiap gerai.
“Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidakselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut,” katanya.
Sebagai alternatif, kata beliau, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos paras empat untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25 sehari untuk setiap gerai iaitu selepas diskaun sebanyak 50 peratus.
Surat kelulusan yang baru berkenaan telah pun dikeluarkan oleh PDC hari ini.
“Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguat kuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
“Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telah pun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.
“Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak,” katanya.

Teoh keluarga akan 'ikut PM' hingga temui kebenaran..jeng...jeng..bik mama kata ape..!!!

Lebih setahun selepas kematian mengejutnya, keluarga Teoh Beng Hock tetap memegang janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari apakah yang sebenarnya terjadi terhadap Teoh.

"Jika dia terlalu sibuk untuk mengingati janjinya kepada keluarga kami, maka kami akan mengikutinya ke mana pun dia pergi dan mengingatkannya," kata kakak Teoh - Lee Lan - dalam sedu-sedan.

Lan Lee menegaskan demikian sewaktu pelancaran kumpulan penyokong 'Malaysian for Beng Hock' di komplek mahkamah Shah Alam hari ini. Dia diiringi ibu bapanya yang turut tidak dapat menahan tangisan mereka sambil memeluk potrait Teoh.

Tahun lalu, Najib berjanji kepada keluarga Teoh bahawa kerajaan
akan melakukan apa sahaja untuk mengungkap kebenaran di sebalik kematian Teoh, 30.

Mayat Teoh ditemui pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam.

Dia disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama.

Artikel hasutan: Perkasa mahu penulis dihumban ke dalam ISA

1 perkasa Oleh Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis pojok dan penganalisa politik tersohor Helen Ang berhubung artikelnya yang berunsur hasutan bertajuk "Menguatkuasa DEB Ke Atas Agama-Agama Minoriti".
Menurut Ketua Pemuda pertubuhan bukan kerajaan sayap kanan itu, Arman Azhar Abu Hanifah, artikel berkenaan, yang dimuatkan dalam laman web Pusat Dasar Inisiatif (CPI) pada 4 Ogos mengandungi kenyataan-kenyataan yang menghina Bumiputera, Islam dan Yang di-Pertuan Agong.

Malahan kata Arman, penulis itu mempertikai bacaan doa oleh para pelajar Islam di sekolah-sekolah, di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum.
"Tapi ini tidak sepatutnya dipersoalkan kerana Islam adalah agama rasmi negara ini dan oleh sebab itu kita perlu menghormatinya.
"Ia tidak bermaksud bahawa jika membaca doa, kita memperlekeh kewujudan agama-agama lain.  Membaca doa adalah sebahagian dari budaya orang-orang Islam," katanya.
Beliau berhujah lebih lanjut dengan menyatakan Ang telah "memperkecil-kecilkan Islam" dan menghasut supaya kaum-kaum lain membenci agama itu di negara ini.
"Kami fikir artikel itu boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini dan juga mengancam keselamatan negara kerana ia bersifat menghasut.
"Kini kami mahu pihak berkuasa menggunakan Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadapnya," kata Arman.
Sebahagian dari agenda politiknya?
Arman berikrar akan mendedahkan "kebenaran sebenar" di belakang Ang, yang didakwa mempunyai hubungan dengan blogger kontroversial Raja Petra Kamaruddin.
"Sumber saya memberitahu, beliau adalah "orang kepercayaan" Raja Petra dan turut ditaja oleh beliau.  Sumber memberitahu bahawa beliau telah diperalatkan oleh Raja Petra," katanya.
Bagaimanapun beliau menafikan mempunyai bukti terperinci tentang Ang tetapi menekankan bahawa ini adalah sebahagian dari gerakan Raja Petra yang dibiayai.
"Jika saya memperolehi bukti lanjut, saya akan membuat laporan. Ini merupakan sebahagian dari agenda politik beliau iaitu untuk mencetuskan ketegangan sesama rakyat Malaysia," katanya.
Dalam tulisannya, Ang menggambarkan bagaimana bukan Melayu menjadi mangsa Dasar Ekonomi Baru, yang berperanan untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera.
Ini termasuk "layanan buruk" terhadap para pelajar bukan Melayu di sekolah-sekolah dan bagaimana mereka dinafikan hak mereka untuk mempertahankan agama mereka dan bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saiful, Farah tidak perlu beri keterangan..kerana apa ye..!!!

frah bukhari Oleh Staf FMT
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk memanggil saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif memberi keterangan mengenai dakwaan hubungan intim mereka.
Keputusan ini dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang telah mendengar permohonan itu pagi tadi.

Dengan keputusan ini, bermakna Saiful dan Farah tidak akan dipanggil ke kandang supaya mereka boleh disoal mengenai hubungan mereka.
Berikutan keputusan ini juga, mahkamah akan meneruskan permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan sodomi berdasarkan integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan telah dikompromi ekoran dari tuduhan hubungan intim itu.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh pada mulanya ingin mendengar keterangan daripada kedua-dua Saiful dan Farah sebelum beliau meneruskan dengan permohonan Anwar.
Para peguam Anwar berkata sebelum ini perbicaraan sodomi telah dikompromi ekoran dari perhubungan itu. Mereka mendakwa Saiful boleh mendapat akses kepada butiran terperinci strategi pihak pendakwaan termasuk nota-nota daripada saksi-saksi yang lain.
Pihak pendakwaan bagaimanapun, mendakwa Farah hanya merupakan seorang pencatat nota dalam pasukan pendakwaan dan tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen undang-undang dan lain-lain bahan yang sensitif.
Kedua-dua Saiful dan Farah tidak berkata apa-apa secara terbuka mengenai perhubungan mereka.