Jumaat, 6 Ogos 2010

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU



SEBELUM MAHKAMAH BERSIDANG - KEPUTUSAN TELAH DI KETAHUI

TERBONGKAR KEPUTUSAN HAKIM 9 OGOS DEPAN.

Keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah, "Mahkamah menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk menggugurkan kes kerana hubungan saksi utama Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latif tidak berasas. Mahkamah juga bersetuju dengan afidavit Pejabat AG bahawa Farah Azlina tidak ada akses kepada dokumen mahkamah. Dengan itu kes diteruskan."

NOTA:

1. Dari Malaysia Cronicle: Farah Azlina telah bertunang tahun lepas dengan seorang pegawai pendakwa di utara tanahair. Mereka patut berkahwin pada 9 Julai lepas, tatepi pernikahan mereka dibatal sehari sebelum itu manakala kad undangan telah diedarkan.

2. Kontrak KPN MUSA Hassan dijangka akan disambung lagi buat kali ketiga selepas tamat bulan depan. Mestilah, banyak kerja belum selesai. Kes Altantuya nak kena jaga, nak pastikan Anwar ke penjara, nak halang ceramah PR, nak tangkap orang bawa lilin....kalau KPN baru belum tentu

3. Hakim cabuk Azahar Mohamed tolak petisyen Zaid Ibrahim dgn kata tak ujud politik wang dalam PRK Hulu Selangor (ha, ha, ha.). Mari kita tengok rekod si Azhar ni. Dia ni juga memihak kepada BN apabila mendengar kes Perak. Bukankah malaon ini juga masa jadi DPP dituduh subahat memalsukan bukti memfitnah Anwar pada tahun 1999.

4. Hakim2 bacul di Mahkamah Persekutuan Zaleha Zahari, Abdul Malik Ishak dan Clement Allan Skinner menolak permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen perubatan dari doktor yang memeriksa Saiful & laporan polis untuk diperdebat di mahakamah. Ini adalah pelanggran undang2 yang serius oleh hakim sendiri. Budak sekolah pun tahu ...bahawa tanpa dokumen itu, macam mana peguam Anwar nak berhujah?


5. TERKINI: Peguam Karpal Singh telah membuat permohonan untuk memanggil Saiful Bukhari Azlan dan Farah Azlina Latif di kandang saksi supaya mereka menjawab di mahkamah tuduhan hubungan romantis antara mereka berdua dan pembocoran dokumen mahkamah

TT.

TUNGGU DAN LIHAT - TIPU ATAU TIDAK

PAK UDA DAN MAK DARA KITA


POLIS HAMPIR KENAL PASTI MOTOF KEMATIAN BEKAS ADUN DAN PEMBANTUNYA – berita hairan

Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap.

Beliau mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.

KAH KAH KAH..

Nota:
kita tunggu daa lihat apa seterusnya cerita
kematian trajik ini. memang banyak spekualasi.
ada cerita dia geng curi pasir. ada cerita dia geng
songkok tinggi. ada kata dia patah hati macam
romeo. ada kata dia ini nak masuk ppp.macam macam.

selalunya tetibna berita ini mati tengah jalan.
macam berita sharifah aini nak kena bunuh.
sampai sekarang tidaj diketahui siapa yang cuba
penyanyi anak gajah itu kah kah kah

kita tunngu apa laporan seterusnya
tapi jamin seperti biasa tak ada apa apa kah kah kah

TT.

Lagi bukti Pemimpin PAS Jahil Agama!!! Ada berani.....Zul kulim jawap..!!


iskk!! Khalid Samad nih!!
Dah berapa kali orang UMNO cakap!
Jangan buat perkara yang merosakkan akidah!!

Dulu masa awal-awal jadi MP Shah Alam..
Khalid Samad ni pergi melawat gereja.. siap berucap pulak tuh dalam gereja!
Marah betul orang UMNO terutama UMNO Shah Alam...
Dah macam berjuta orang Islam Malaysia jadi kafir sebab Khalid Samad ni masuk gereja!
Dah macam abis anak-anak orang UMNO Shah Alam tidak lagi menutup aurat setelah Khalid Samad masuk gereja!
Sampai sekarang ada lagi pencacai UMNO kutuk tindakan ni dalam blog..

Mana boleh Khalid Samad masuk gereja!
Tapi.. Slash datang buat konsert kat Malaysia takpe..
malam jumaat pulak tuh! Jumaat kliwon!
pada UMNO ini lah aktiviti untuk menguatkan akidah Islamiah!

Aktiviti pemantapan akidah oleh UMNO amat betul dan berkesan!
contohnya sambutan malam tahun baru dengan konsert..
sambutan diambang kemerdekaan dengan konsert..
konsert jomheboh..
konsert Jlo.. Konsert Rihanna...
Konsert-konsert sebegini memang telah terbukti berjaya memahatkan akidah yang sebenar buat anak-anak orang UMNO!

Yang si Khalid Samad ni buat hal pulak lagi!
Sibuk-sibuk gi melawat Kilang Carlsberg seksyen 15 tu apahal?
Nak merosakkan akidah anak-anak orang UMNO lagi lah tu!
Hissshhh!! betul la YB PAS sorang ni tak paham agama!

Haram dan dosa besar melawat kilang arak..
tapi UMNO dulu sign dan luluskan kilang arak tu takpe!
Itu cuma makruh.. lawat kilang haram!

Bangsat punya UMNO!

sunsnake 06082010
MP PAS buat kejutan ke kilang arak
Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya.


Lawatan kerja wakil rakyat Shah Alam itu ke kilang Carlsberg di Seksyen 15 petang semalam mungkin yang pertama seumpanya dilakukan seorang pemimpin parti Islam itu. "Mungkinlah (yang pertama), saya pun tidak tahu," katanya sambil ketawa ketika ditanya sama ada beliau orang pertama yang memecahkan kepantangan (tabu) itu.

Khalid yang juga anggota biro politik PAS menulis dalam blognya, beliau dan beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melawat kilang itu bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam daripada Sekyen 16 ke tapak itu.

Tahniah UMNO! Berjaya Tarbiyah MCA 50 tahun!


Teman tidak terlalu memandang akan batang tubuh yang bagi ucapan ni..
si Soi Lek ni.. sebab dia memang tak tahu apa-apa pasal Islam..
Kalau dia tahu pun jelas.. pengetahuan yang salah dan sangat dangkal memandangkan dia membuat rujukan dengan buku yang ntah apakebendenye..

Teman cuma kesal, Soi Lek ini gagal difahamkan mengenai Islam setelah lebih seumur hidupnya berdampingan dengan UMNO.. Jelas dia langsung tak faham pasal Islam!

Fakta-fakta yang dinyatakan terlalu dangkal dan penuh dengan kebencian..
Mengapa begitu buruk dia memandang Islam?

Walaupun mungkin tidak jelas dia bercakap mengenai Islam, tetapi apa lagi agama orang melayu PAS dan UMNO? Islamlah bukan?

Tapi awas juga.. mungkin ini mainan MCA bagi mengembalikan orang melayu ke pangkuan UMNO dengan 'bersatu' menentang kenyataannya...

Dah nama BN.. kompom busuk macam UMNO gak!!

Buat Soi Lek....
Agama kamu menang tidak ada politik sebab agama kamu tu ciptaan manusia..
Agama Islam ini adalah bukan sahaja agama kami tetapi sebenarnya juga agama kamu!
Malangnya kamu menganut agama yang salah.. menyembah Tuhan yang salah...
Yang bukan tuhan pun!!!
Semoga Allah SWT mengurniakan hidayah buat kamu dan penganut agama kamu...

sunsnake 06082010
Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kata Chua, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun. "Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.

Janganlah Cepat Melompat?

Orang bersilat ada tujuannya. Jika kita pandai bersilat, dengan silat juga jika menepisnya. Tapi bagaimana kita tidak mempunyai ilmu silat ini?

Saya tidak percaya orang Pas tidak tahu bersilat, tetapi yang nyata orang Pas ‘terlupa’ yang orang lain bersilat, lalu pakat ramai-ramai marhaban.

Bilamana isu Mufti Perak menyarankan formula perpaduan Melayu antara Umno dengan Pas ternyata silat dengan marhaban menjadi isu yang boleh diumpamakan; kalau di berada di belakang, dia sepak kaki kawan. Kalau dia di depan dia sepak tunggul ataupun sesetengah pemimpin Pas yang ada sedikit kuku, menunjukan sikap berat rantai dari beruk?

Barangkali kolum ini sudah ketinggalan memperkatakan tentangnya, tetapi mungkin tidak terlalu lewat, kerana Hj Jamlus dari Parit Tokngah tak sudah-sudah pening kepala berfikir, kenapa orang Pas, terutama kepala-kepala masam mudah melompat apabila sesuatu isu dibawa oleh orang yang boleh dipertikaikan?

Alasan Hj Jamlus mudah, berdasarkan dakwaan Mufti Perak tidak layak, seperti kata Ustaz Ahmad Awang yang satu ketika dulu menjadi Pengarah Pusat Islam, YDP PUM, kenapakah orang-orang Pas jadi sebuk, melenting, komen sana komen sini? Kalau sudah tahu seseorang itu tidak layak, maka apakah layak pula orang Pas mengambil kira saranan itu?

Logiknya, kalau tidak layak, tidak layaklah pula buat komen. Buat apa beli durian masuk dusun? Jangan bertekak dan berusaha mendapatkan lesen judi supaya halal kalau sudah judi itu haram.

Kedua, Mohamed Hanipa Maidin dalam kolumnya (Harakah 18-20 Syaaban 1431) tertanya-tanya adakah Mufti Perak itu sedar bahawa beliau sedang dimanipulasi secara maksimum oleh Umno?

Saya kira soalan ini jika ditanya kepada Mat Usin yang baru jadi ahli Pas di carok Bemban pun tahu jawapannya.

Bagi saya, dari segi ilmu sains, apabila seseorang itu pukul dengan kuat, bunyinya pun akan turut kuat. Mufti Perak telah memukul dengan kuat atas sesuatu sebab, maka lentingan dan lompatan orang Pas pun semakin tinggi.

Dalam soal ini, siapakah yang lebih cerdik? Adakah pihak yang dimanipulasi atau pihak Pas yang mengeluar kenyataan?

Soalnya sama ada benar atau salah, sama ada bertujuan atau sebaliknya saranan Mufti Perak ini, kita sudah menyaksikan bagaimana pemimpin tertentu Pas telah disilat dan ditarikan oleh pukulan gendang seorang Mufti yang dianggap oleh Ustaz Ahmad Awang sebagai dakwaan yang mesti ditolak. Kenapa kita melayani saranan itu jika kita sudah tahu yang berkata itu dinafikan kelayakannya atau ia sudah dimanipulasi?

Buang masa! Dan akhirnya yang memberi saranan itu tergelak seorang diri.

Seperti mana yang didedahkan oleh Ustraz Ahmad Awang, perihal Mufti Perak mempunyai sejarahnya tersendiri dalam memberi kenyataan, sepatutnya lebih awal diketahui oleh pemimpin pas yang terlibat dalam memberi komen ini. Dan kita yakin semua pemimpin Pas maklum tetapi mungkin terlalu ghairah untuk membuat kenyataan akhbar. Komen ‘ala sipi-sipi’ politik dengan berselindung sebagai orang tidak berparti, sepatutnya pemimpin-pemimpin Pas yang sering mengeluar kenyataan sedar bagaimana situasi, keadaan, suasana, iklim malah mesti cepat membaca apa tujuan kenyataan itu?

Sepatutnya pemimpin Pas (tidaklah semua) sudah arif dengan keadaan seperti ini. Kalau sudah tahu begitu, kenapa lakukan juga begini?

Isu perpaduan Umno dengan Pas bukan seminggu dua ditimbulkan. Ia berulang kali. Bukankah seorang dua pemimpin Pas yang cuma bersuara tentang ini sudah diberi amaran dan muktamar tahunan juga sepakat menolak? Jadi kenapa apabila timbul perkara ini, oleh orang yang tidak ada kena mengena dengan Pas, yang tidak mempunyai autoriti parti, tidak ada wibawa kelopitikannya, tiba-tiba orang Pas melenting?

Sepatutnya jangan ditimbul dan melontarkan tanya tanya siapa, berapa orang, bila dan apa tujuan kalau sudah secara purata semua ahli Pas menolak mufti yang dimaksudkan itu.

Kita masih tidak mahu belajar dari apa yang kita lakukan. Sekarang apabila Dato’ Hasan Ali yang mengaku penemuannya atas kapasiti parti tetapi bukan bertujuan perpaduan Umno-Pas, ia tidak habis di situ saja. YB Khalid Samad secara sindir minta dibicarakan. Di hari lain akan timbul lagi, kalau bukan soal politik, perkara apa pula? Akan timbul lagi berapa orang dan siapa? Siapa yang keluar belanja, siapa yang membenarkannya dan bla…bla…bla…

Walhal pemimpin-pemimpin yang celupar dengan komen-komen ini tidak sedikit pun sedar, mereka sebenarnya memberi bola tanggung. Orang Umno sedang ketawa kukkik-kukkik dan pemimpin Umno yang memanipulasi kenduri sakan empat puluh talam.

Ketika itu, masakan Pas hendak baca Yasin empat puluh orang minta perut Mufti buncit atau jadi busung?

Inilah yang Pas tidak pernah belajar hasil dari kejadian yang saya kira bukan sekali dua berlaku. Apakah kerana ada sifat terlampau cintakan kepada Pas maka Umno menjadi elegik sangat?

Saya kira tidak. Ia timbul kerana orang-orang Pas (yang berkenaan) mempunyai sifat ‘benci’ yang tidak sihat terhadap individu-individu tertentu. Mempunyai keinginan memberi kenyataan akhbar tanpa melihat kelojikan isu.

Selama ini orang Pas pun sudah lama tahu bagaimana peranan media, apa tujuan media menimbulkan sesuatu isu dan orang Pas sendiri tahu apakah boleh dipercayaui kenyataan-kenyataan melalui media tertentu. Kenapa tidak diamal ayat Qur`an yang memberitahu jika sesuatu perkahabaran datang dari orang fasik, siasatlah terlebih dahulu?

Mungkin tulisan kali ini agak pedas bagi pemimpin Pas berkenaan. Tapi saya lebih percaya kita sudah matang dan kita bersikap terbuka. Masakan kritikan tidak boleh sedangkan kita mengkritik orang sudah menjadi budaya kita.

AZIZI HJ ABDULLAH

Theory of the race politics breakthrough


Bereft of almost any ideological left-right identity, excepting the mosquito party PSM, race politics is the only game in town. Superficially a left party, unable to compete under the Barisan formula, DAP plays the game nonetheless: its secretary-general and Penang chief minister Lim Guan Eng professes to govern like the Caliph Umar Abdul Aziz and adopting the motto ‘amar ma’aruf nahi mungkar’.
Written by Shuzheng, CPI   
Malaysia’s political system instead of advancing towards a harmonious society breaks up its parts, leaving only votes to be traded for public service, contracts and licences included. But it’s still the Malays, through Umno, that direct the exchange, a process cemented under the rule of Mahathir Mohamad.

The pragmatic Chinese community had been, and still is, prepared to interpret Chinese demands at their core as not being political in nature; they have more to do with culture and education, trade and business.
In other words, Chinese issues have a strong administrative flavour, and MCA as Umno factotum was until recently the only viable recourse available to the Chinese. (Consider why, for example, even DAP sympathizers turned to MCA service centres.) Problems erupt once they encounter a Malay bureaucracy or laws passed by a Malay-run legislature and administrative apparatus.

MCA once commanded the Chinese votes because its pro-Chinese position is the only direct route to making a deal with the bureaucracy, which happens to belong to Umno. If the bureaucracy was controlled by PAS, the Chinese would have voted PAS.

This suggests that if public service doesn’t keep the political bargain, Umno & Co. can expect voter backlash. March 2008 offers to Pakatan a limited opportunity to break into and influence the ranks of the bureaucracy and not because, as westernized Pakatan politicians have claimed, ethnic attitudes have flipped and so a new dawn in ‘beyond race politics’ has arrived.

In the Barisan then, MCA and MIC exist primarily to give the ruling coalition its multiracial glaze and, hence, Umno its national and constitutional legitimacy. Note that PAS, in contrast to Umno, has no such national standing when ruling Kelantan or Kedah; in either case it’s a one-party – and authoritarian – state (but don’t tell it to Anwar Ibrahim).

Pakatan attempts to distant itself from the Barisan political trading formula. MCA’s usefulness to Umno is predicated on the survival of DAP, against whom the Malay fights. DAP’s utility is, it hopes, independent.

Stripped of the language of ethics (equality, justice and so on), DAP has in essence asked Malays to give the Chinese more political space which they are unwilling: in return for what? Witness all the Mahathir-Perkasa commotion now and the suqiu-is-‘communist’ commotion some years ago.

Overturning the old formula, DAP, Pakatan by extension, has now turned the sleeves inside out – vote first, equal service to follow. Most glaringly, it’s politics before, for example, municipal service or school grants (recall Najib Razak’s “you help me, I help you” barter).
This is hazardous because politics – the struggle for power – is then made a cyclical and perpetual, objective state and not a pathway in national salvation. The politics of equality and justice can be made workable if these are principles not to be defined solely by the West, or Arabs, but it will be unworkable because the scars of inequality or injustice have a racial complexion that populist leaders in Pakatan refuse to look in the face.

Bereft of almost any ideological left-right identity, excepting the mosquito party PSM, race politics is the only game in town. Superficially a left party, unable to compete under the Barisan formula, DAP plays the game nonetheless: its secretary-general and Penang chief minister Lim Guan Eng professes to govern like the Caliph Umar Abdul Aziz and adopting the motto ‘amar ma’aruf nahi mungkar’.
This provides to its westernized, urban sympathizers a multiculturalist gloss; to the Malays as if a well-informed, imported (but sequestered) historical legacy. Yet, for many, the DAP leadership remains a philistine class or, worse, kafirs.

Mr Lim rounding up the Chinese to play complicit with an Islamist ideology based on a theology that deems itself superior to other faiths is the party’s capitulation to Anwar and to PAS, so giving flesh to the Aristotelian idea that politics is ethically amoral.
That also says DAP is today as un-Chinese as it is anti-Malaysian, subscribing to alien ideologies, relying on western ideas of power rather than virtue as a governance form, and ignoring the reality that as long as Malay, Chinese and Indian babies are born daily, differences contingent on race and by extension the religion of the child’s parents are never entirely reversible.

Nothing new Politik Baru
While DAP changed colours and values for a political expediency, PAS has not publicly wavered from its Islamic state aspirations. The PKR, on the other hand, has yet to find its feet, and so displays a disconnect between its internal identity and its public image.
PKR is at pains to project itself as multiracial but its acts, not its words reveal what it truly is under the ‘politik baru’ veneer. PKR is after all a political orphan, inheriting Umno DNA and numerous former Umno-ites.

In Ijok 2007, PKR fielded the ex-Umno employee Khalid Ibrahim in a seat that has about 27 percent Indians. In Hulu Selangor earlier this year, where the voters are about 10 percent Indian, it fielded the Malay Zaid Ibrahim.

Those decisions showed the PKR needed Malay allegiance that was doubtful where it was concerned. Race, then, is the first threshold to cross, no matter what English-speaking columnists (think Malaysiakini’s Joshie) might pontificate over a racist Umno or MCA.
If it were PAS contesting, its presentation of choices, first and always to the Malay, is clear: pick the more religious. Zaid’s admission to alcohol drinking is to it an irresoluble problem, likely to recur once it campaigns for DAP, which is today preparing the ground for PAS, hence Malay, acceptance (Mr Lim’s Caliph posturing, for example).
Such a strategy assumes too much: the ummah is inherently a righteous class; infidel Chinese is desirous of sleeping with the like of Ridhuan Tee’s bastard morality; MCA or Umno has no good or clever people; the DAP ones are god-fearing, hence, not evil.
The ethnic Malay support level is probably the least then of Pakatan’s worries getting past the next general election. Pakatan parties, in possession of alien ideologies, individually trying to be everything to everybody, are in an identity crisis – knowing who or what each represents.
Pakatan: What are you?

The PKR in particular cannot offer to the electorate a satisfactory explanation into its reason for existence if the party is itself unsure; it being a jumble of varied, sometimes antagonistic, interest groups.
Thus, for example, the common Indian perception of the party arrives indirectly, such as through a Malay neighbour or through events that had to do with Malay-Indian relations. In the latter category, a common thread stood out over the years among the Indians: Kg Medan, destruction of Hindu shrines, Islam, family disputes that involved syariah intervention, conversions and bodysnatching.

This is to say that acts of the government have racial implications extending to a Malay candidate regardless of party affiliation. Had the PKR failed to see this or has the Indian unreasonably made it culpable to all acts of government done in the name of Islam and, by extension, the Malay?

The answer to the question returns once more to the issue of party identity because PKR is identifiably Malay. When Mahathir Mohamad engages in race-baiting, he counts PKR as Malay and one of the Malay troika of Umno-PAS-PKR splitting Malay votes and disuniting the community.
Rather, to have Indians on its side, PKR would have to stand up for Indian interest on matters that are plainly about human decency. But then, this is to alienate the Malay orthodox Muslim fence sitters. Note that the liberal left in Pakatan always has a ready word on the abuse of executive power but is silent on religion because of PAS.
All that means PKR and PAS are amenable to group rights as distinct from the individual rights that DAP seeks. These group rights constitute the political essence of the Malayness in Anwar and Islamic ummah in PAS.

This is a crucial ideological difference between PKR/PAS on the one side and DAP the other. One consequence is that DAP today refuses to take up a collective Chinese interest in the belief, perversely, this will cost it the Malay vote even though MCA gets the Malay vote all the time.
The DAP standpoint then is as un-Chinese as it gets because the Malay polity, like the Chinese harmonious state concept, still expects, indeed demands, the fusion of collective and individual interests. Thus, at the core of Pakatan – and this includes the westernized elements in PKR/PAS – is a likely deterrent for continued support of its parties if it is ‘equality’ the parties seek.
READ MORE HERE

Umno Bunuh UmnoApco.



Saya ada terbaca tapi lupa samada dari Al-Quran atau Hadith. Cari-cari tak jumpa. Harap sesiapa dapat berkongsi dengan saya pembetulannya;

Bunyinya seperti ini:
" Kalau Allah hendak turunkan bala bencana kepada suatu kaum, maka Dia akan meletakkan di dalam tabiat mereka sibuk dengan berbahas dan berdebat sehingga mereka kurang beribadat. "

Berita ini ( link ) adalah contoh suatu kaum yang telah tiba saat kehancuran yang lebih dahsyat lagi. Dari dulu sehingga sekarang tempat ini tidak mengenal tenang. Mereka mengaku kononnya Islamic Republic tetapi suka berbunuh-bunuh antara satu sama lain.

Sebagai keperitan tambahan kepada orang miskin, tempat ini sedang mengalami bencana banjir yang sangat hebat yang belum pernah mereka hadapi. 2 tahun dulu, gempa bumi telah membunuh hampir 80,000 orang.

Saya rasa dengan keadaan politik Malaysia yang semakin menjijikkan, kita berisiko untuk sampai ke tahap jahanam sama seperti Islamic Republic tersebut.

Saya memberi satu contoh MIKRO (tetapi KRONIK) baru-baru ini yang berlaku disebuah penempatan di wilayah Kuala Lumpur. Ia membimbangkan saya sehingga teringat ayat atau hadith yang saya sebutkan di atas tadi.

Seorang wanita yang sudah berumur hampir 60 telah menubuhkan PROTEM Persatuan Penduduk. Ini kerana sudah tidak tahan dengan kejadian kecurian, pecah rumah dan maksiat yang semakin menjadi-jadi.

Beliau telah banyak berjasa dalam masa 6 bulan penubuhan PROTEM sehinggalah persatuan diluluskan oleh ROS. Inilah era yang paling manis kerana bertambah erat hubungan sillatrurrahim penduduk. Kecurian turun mendadak. Maksiat berkurangan. Ketenangan dikecapi.

Hampir keseluruhan menyukai apa yang telah beliau lakukan kecuali segelintir yang kurang akal. Biar saya contohkan penduduk yang kurang akal:

1. Membiarkan anak-anak mereka yang liar merayap sehingga subuh
2. Tidak percaya bahawa anak mereka ini mencuri dan menagih dadah
3. Menyimbah air kencing ke dalam lif dan depan rumah orang
4. Mengadu domba dan memfitnah supaya berlaku pergaduhan
5. Memotong tayar kereta dan memecah cermin kereta
6. Kehilangan minyak dan tayar kereta
7. Suka menghantar surat layang
8. Parking kereta ikut suka hati
9. Membolot parking-parking dari orang lain
10. Persatuan haram yang mengutip duit sumbangan tapi tak buat apa

Apabila wanita tua tadi menjemput penduduk untuk AGM pertama, beliau menghadapi pelbagai macam ancaman dan ditakut-takutkan oleh sekumpulan orang UMNO di kawasan itu. Malahan, kepala cawangan UMNO ini mengumpulkan sokongan daripada semua yang kurang akal tadi.

Suasananya seolah-olah macam nak berlaku pilihanraya aje. Riuh rendah, meeting sana meeting sini, tabur fitnah sana dan sini, surat layang bersepah-sepah.

Yang peliknya, wanita itupun orang UMNO jugak, yakni yang ingin membuat kebaikan dan kebajikan. Ancaman dan ugutan berlaku sehingga pada tarikh AGM. Seperti yang diduga, orang-orang UMNO yang bersekongkol dengan penduduk kurang akal bersatu-padu berjaya mengenepikan beliau. Sudah 10 tahun penduduk penempatan itu merana akibat penduduk kurang akal TAPI gerombolan UMNO ini boleh bersekongkol.

Taknak tengok penduduk berasa aman ke? Implikasinya ialah semakin ramai penduduk yang meluat dengan tabiat orang UMNO disitu. Mungkin UMNO akan lenyap terus dan bakal digantikan dengan parti lain. Atau kalau hiduppun, ia berbau busuk yang meloya untuk bertahun-tahun lamanya.

Persoalan saya kepada anda? Perkara seperti ini berlaku di tempat lain ke? Atau memang tempat ini lebih kronik dari yang lain.

Kesimpulan saya sendiri:
1. Memang tiada manfaat bersama-sama dengan sebarang parti politik kerana apa saja akan dipolitikkan.
2. Aktiviti dan matlamat kebaikan akan dihancurkan sekiranya orang yang berkepentingan berasa dirinya tersisih walaupun selama ini kerana kecuaiannya sendiri.
3. Tabiat mereka ini seolah-olah berusaha kuat supaya bala bencana turun secepat mungkin dari langit dan dari bumi.

Dan Allah telah menasihati kita semua bahawa BALA BENCANA ADALAH KERANA PERBUATAN MANUSIA SENDIRI.

Apa penyelesaiannya?
- Jauhkan diri dari mereka yang berhati keras dan busuk supaya tidak dijangkiti tabiat buruk mereka
- Mohon kepada Allah 5 kali sehari untuk diri dan keturunan supaya menjadi orang-orang yang soleh.
- Tunjukkan teladan baik pada anak-anak dan perhatikan pergaulan mereka supaya bila dewasa kelak, menjadi orang yang berjasa.



MannTrex.

Tak Kira Siapa Pun Yang Keluarkan Arahan Ini Yg Pasti BN Telah Salah Guna Kuasa..!!

TPM: Hishammuddin yang keluar arahan

Kementerian pelajaran hari ini menjelaskan bahawa menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bertanggungjawab terhadap pekeliling yang menyenaraikan 57 ahli politik yang dibenarkan hadir pada majlis yang dianjurkan di sekolah-sekolah di Selangor.

muhyiddin yasin"Pada masa tersebut, menteri pelajaran adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bukannya Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan faks hari ini.

Hafiz merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 4 Ogos lalu yang merujuk Muhyiddin sebagai menteri pelajaran yang bertanggungjawab terhadap pekeliling itu.

Pekeliling itu bertarikh 16 Februari 2009 manakala Muhyiddin hanya mengambil alih daripada Hishammuddin pada 10 April, tahun yang sama.

Menurut pekeliling itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili menteri pelajaran pada majlis di sekolah-sekolah di negeri itu.

Tindakan itu secara berkesannya berjaya menghalang pemimpin dan perwakilan Pakatan Rakayat daripada menghadiri majlis di sekolah yang dibidas mereka sebagai contoh sifat 'talam dua muka' pemimpin kerajaan persekutuan.

Malah ada wakil rakyat Pakatan yang mendakwa terpaksa menyampaikan sumbangan kewangan atau bantuan di luar perkarangan sekolah.

ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh berkata walaupun Pakatan adalah kerajaan negeri yang sah di Selangor, namun dia tidak dibenarkan melawat sekolah lamanya, SMK Subang Utama, sehingga campurtangan Persatuan Ibu-bapa dan Guru-guru. Alasan yang diberikan adalah hanya kerana dia dari DAP.

Surat daripada pejabat menteri pelajaran itu bagaimanapun langsung tidak menyentuh atau mengulas mengenai larangan pemimpin Pakatan Rakyat daripada menghadiri majlis di sekolah.

Musa Hassan Wajar Dibersarakan


IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya,” kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi melanjutkan kontark Musa.

“Kalau ada apa-apa, kita yang pertama akan mengetahui tetapi setakat ini kita tiada maklumat (berhubung sambungan kontrak itu),” katanya ketika dihubungi.

Khabar angin kontrak Musa akan dilanjutkan timbul baru-baru ini kerana ada pihak yang mendakwa ketiadaan calon yang sesuai untuk dilantik sebagai ketua polis negara yang baru.

Menurut khabar angin itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berpuas hati dengan prestasi Musa.

Pihak pembangkang, bagaimanapun membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan. Ini khususnya kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis. -mk

Ulasan GB

Musa Hassan. Itu namanya. Dikenali pertama kali oleh rakyat Malaysia sebagai pengangkut tilam di dalam kes liwat Anwar. Kemudian dinaikkan pangkat, naik, naik sampai pegang Ketua Polis Negara.

Beliau mempunyai rekod yang paling hodoh sebagai KPN, malah beliau menipu kelulusannya. SIla ikuti laporan di bawah:

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama, di sini terhadap keterangan palsu Ketua Polis Negara Musa Hassan yang mendakwa beliau (Musa) mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang.

"Musa telah melakukan kesalahan jenayah dengan memberi keterangan palsu kepada mahkamah berhubung kelulusan akademiknya,” kata Sivarasa yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat berkata, “apa yang dibuat oleh Musa adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 191 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 Kanun yang sama.”

Menurut beliau, Musa mendakwa beliau memiliki Ijazah Undang-Undang ketika memberi keterangan bersumpah dalam satu pembicaraan kehakiman iaitu dalam perkara Pendakwa Raya melawan Anwar Ibrahim dalam Wilayah Persekutuan Perbicaraan Kes No: 45-48-98 dan 48-49-98 pada 14 Disember 1998.

“Pada hal, beliau sendiri ketahui bahawa beliau hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri,” katanya.

Sivarasa berkata, “kenyataan palsu Musa ini bersifat material kerana ianya mempengaruhi kredibiliti dan keboleh-percayaan peribadi beliau dalam pembicaraan kehakiman ini.


GB pernah mengulas hal ini dimana GB menyatakan:

Jika benar Musa Hassan menipu mengenai kelulusan akademiknya berarti wang gaji yang diterimanya selama ini tidak sah dan perlu dibayar semula kepada Perbendaharaan Negara.

Selain itu ia adalah "wang haram" kerana gaji yang diperolehi adalah tidak bersih kerana terdapatnya unsur penipuan untuk membolehkan beliau menjawat jawatan KPN.

Bagaimana seorang anak kepada seorang ustaz (Hassan Azahari) boleh memakan harta dengan cara yang tidak betul dan bersih?

Banyak songeh pulak....


Dah dipelawa..... tak nak. Sudah dilantik.....tolak. Eeeeii.... mengada-ngada betoi!! Keras kepala otak tepu punya species!! Kecik-kecik tak nak mampuss.... dah besar menyusahkan orang.

Itulah yang dapat aku katakan pada species-species UMNO/APCO, khususnya di Selangor yang dikepalai oleh Khir Tempe. Mula-mula jual mahal konon... tak nak menerima kerusi PAC yang diofferkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Eleh... nak tunjuk besar kepala. Eksyen!!

Kepala jer besar.... tetapi pemikiran sempit. Kerusi PAC ditawarkan kepada mereka supaya ada check and balance dalam PAC, terutama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Kita mementingkan ketelusan dan keadilan dalam melaksanakan amanah rakyat. Tapi.... nampak gayanya, species-species UMNO ini baghal belaka. Itulah sifat mereka yang mementingkan diri dan fobia kepada ketelusan dan pertanggungjawaban.

But then.... tetiba jer pulak mereka kata, sanggup terima offer PR Selangor tetapi dengan bersyarat. Pulak..... Syaratnya, mereka mesti diberi suara majoriti dalam PAC. Ha.... ha... ha.. Lawak.... lawak... Itu namanya, syarat bangang!! Syarat orang pengecut. Weh.... Khir Tempe, lu sedarlah diri sikit. Lu.... pembangkang di Selangor. Yang lu nak eksyen sangat tu kenapa?? Nak lebih kuah daripada sudu pulak dia. Sudah lah isi jenih kau rembat... Banyak songeh pulak!!

Kalau aku PR Selangorlah.... aku bolayan jer mamat Tempe ni. Banyak songeh pulak dia..... Si Tempe ni sebenarnya dah desperate. Satu demi satu tembelang dia dah pecah... dan banyak lagi tembelang yang bakal dipecahkan. Itu yang dia dah meracau..... minta itu dan ini, yang tak masuk akal. Weh.... wak, hang dah mentally unsound ka??

Orang macam ni , tak boleh dilayan. PR must be firm. You want it.... you take it. Otherwise..... GET LOST!! BOLEH BLAH!!

Ceritanya di sini.
 

Umno, PAS ‘bersatu’ bidas Soi Lek pertikai sandarkan agama...macam2 ada..!!!

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Pemimpin-pemimpin Umno dan PAS ‘bersatu’ dalam membidas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menuduh kedua-dua parti Melayu Islam ini menggunakan agama untuk meraih sokongan orang Melayu sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu mereka memberi Dr Chua amaran bahawa beliau berhadapan dengan risiko mencetuskan reaksi balas daripada kaum Melayu.
“Dr Chua perlu berhenti daripada bertindak macam ini. Beliau mengalih politik kaum kepada
politik agama,” kata bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
“Ini sangat bahaya. Mungkin orang mula menyalahkan Islam hanya kerana apa yang beliau berkata... mereka mungkin menyalahkan Islam dan rasuah berleluasa di negara ini kerana agama,” kata Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.
Dr Khir memberitahu The Malaysian Insider petang ini bahawa kenyataan pemimpin MCA itu boleh mencetuskan suasana tidak senang dalam negara selain menjejasjan “keseimbangan agama” yang telah dibentuk oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Kita tidak mahu mula menyalahkan satu sama lain, menuding jari... ini akan membawa pertikaian agama. Ini sesuatu bahaya,” kata Dr Khir dalam reaksi segeranya.
Dalam kenyataan awal, Dr Chua membidas Umno dan PAS kerana menggunakan agama untuk bersaing mendapatkan sokongan orang Melayu.
Malah beliau mendakwa Malaysia juga kini terperangkap sebagai negara “berpendapatan tengah” lebih 10 tahun.
Bekas menteri kesihatan itu berkata persaingan antara kedua-dua parti Melayu Islam itu telah membawa negara ke arah “dasar-dasar yang tidak progresif.”
Dr Chua memberitahu MCA juga mendapati Umno menjadi semakin konservatif sejak kebelakangan ini.
Umno-BN kehilangan kerajaan lima negeri pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Justeru, Dr Khir berkata, Presiden MCA itu sepatutnya memfokus terhadap usaha membina semula MCA ekoran prestasi ketika pilihan raya umum lalu.
“Saya berpandangan Dr Chua sudah terlalu terpengaruh dengan kempen memperkecilkan Islam sebagai satu agama. Akhirnya, anda sebenarnya menyebabkan pemimpin Melayu marah dan (wujud) lebih ramai musuh,” kata Dr Khir yang turut menafikan kenyataan Dr Chua bahawa Umno menjadi konservatif sekarang.
“Umno sebuah parti progresif, parti yang terbuka. Di bawah BN, kami membolehkan anggota lain sertai bersama, bertanding, kami memberikan hak kepada kaum-kaum lain, memastikan setiap orang gembira,” katanya.
“Islam dekat dengan Umno, sebahagian daripada kehidupan kami. Anda tidak boleh meminta agar agama dipisahkan daripada parti. Ia sebahagian daripada Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu, Umno merupakan sebuah parti yang mengikut kehendak akar umbinya dan secara berterusan akan menjadi suara orang Melayu.
“... kami mengambil berat agar menjadi nadi orang Melayu, kadangkala mereka mahukan Umno memberi tumpuan terhadap lebih banyak isu agama,” kata ketua Umno bahagian itu.
Katanya, Umno bukan parti liberal ataupun konservatif, sebaliknya hanya respons kepada kehendak penyokong-penyokong akar umbi.
Pemimpin-pemimpin PAS juga menyangkal kenyataan Dr Chua dengan Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata, PAS sentiasa membawa imej sebagai sebuah parti yang progresif.
Katanya, Dr Chua sebenarnya menyalahkan amalan rasuah kerajaan BN sebagai punca wujudnya dasar-dasar tidak progresif.
“PAS sentiasa mengamalkan Islam progresif dan ini boleh dilihat menerusi platform kami dengan Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat adalah satu ikatan yang berkongsi dasar bersama dalam mempertahankan keadilan dan melawan rasuah.
“PAS amalkan Islam yang melahirkan pemimpin-pemimpin progresif berbanding Umno yang masih berpegang kepada sentimen-sentimen perkauman untuk menghentikan prinsip sempit mereka.
Katanya, dasar-dasar tidak progresif bukan disebabkan Islam tetapi kerana pentadbiran rasuah Umno dan BN.
Ahli Parliemn Kubang Kerian ini menambah, MCA tidak jauh berbeza berbanding Umno dalam menggunakan taktik-taktik menakutkan.
“Saya merasakan MCA sudah sedar bahawa ia sudah tidak lagi boleh bersandarkan pada politik kaum Umno,” katanya.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad memperlekehkan Dr Chua sambil menambah, presiden MCA itu sudah tidak memiliki sokongan masyarakat Cina.
“Chua Soi Lek ingat beliau seorang mufti besar, cuba datang dengan fatwanya. Umno berjuang untuk ketuanan Melayu, menggunakan Islama apabila dan di mana mereka suka untuk mendapatkan sokongan,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor ini menambah, Dr Chua mesti memahami bahawa perbezaan antara PAS dan Umno sebelum membuat kenyataan seumpama itu.
“(Kenyataannya) seakan beliau tidak faham kelainan dalam soal kedinamikan antara Umno dan PAS,” katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempertahankan bahawa PAS mengutamakan soal Islam dan disebabkan itu agama tidak seharusnya menjadi satu isu.
“Sudah jelas, apa yang kami lakukan ialah politik Islam tetapi Umno hanya berminat buat masa sekarang sebab Islam menjadi semakin penting dan orang sudah melihat Islam sebagai alternatif kepada cara kehidupan mereka,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Khalid juga menolak dakwaan Dr Chua bahawa jika PAS berkuasa di peringkat kerajaan persekutuan, ia belum tentu menjamin akan wujudnya kerajaan yang bebas rasuah.

Persatuan Lanun belaan Parti Yahudi melayu bantah "selaras" subsidi rumah RM500 ribu ke atas

 Ngeeeee..hari ni aku nak share pasla rumah pulak..emm,,,aku pun hajat nak beli/bina gak rumah.skang dok menumpang rumah orang...aduiiiiii..ank buat camno..aku bukan pencacai gerombolan parti yahudi melayu...bukan ketua lanun bahagian parti yahudi melayu..bukan anak dato..anak emas parti yahudi melayu.

Ada tak rumah pemimpin parti yahudi melayu yang berharga bawah RM300 RIBU?Aku rasa rakyat semua kena pakat-pakat amik gambar rumah orang-orang parti yahudi melayu dari semua golongan, nak tengok besaq mana rumah depa.


rumah khir toyo : kalu buleh rumah besar camni kan best...wkahakahkaa..rumah doktor gigi di selangor tu..juto2 wooo



Ini rumah pemimpin umno punya pula...di Terengganu Darul Jho
3. Rumah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Wan Mokhtar berusaha keras meneruskan legasinya dalam pemerintahan Terengganu dan bekas menteri besar paling lama memerintah seperti juga Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.
4. Wan Mokhtar mungkin wajib menerangkan apa yang terjadi kepada RM12 billion royalti dari Tahun 1974 hingga 1999 — sebelum ianya ditukar kepada Wang Ehsan dari tahun 2000 hingga sekarang (menyebabkan tambahan Rm8bilion atau lebih ‘missing money’)..Ini bermakna jumlah besar rm20bilion mengalir kepada Terengganu dan tidak akan dilihat lagi..
5. Rumah WAn Farid Wan Salleh, seorang yang telah kalah untuk jadi Ahli Parlimen baru bagi K. terengganu.
6. Dan ini pula rumah Abang kepada Wan Farid, Wan Hashim, seorang lelaki "di belakang" nilai RM300juta setahun bagi perbelajaan "TERENGGANU MONSOON CUP"…Setakat ini, Rm 1bilion atau lebih sudah dibelanjakan.. Tepuk dada tanya selera, berapa banyak pula keuntungan yang diraih dari modal sebanyak itu???
7. Rumah rasmi Menteri Besar Terengganu, tidak seperti Menteri BEsar UMNO, Hadi Awang menolak untuk tinggal di rumah ini dan menolak RM4000 sebulan untuk elaun perumahan.
8. Terpegun dengan kereta mewah itu?? Usah berangan!!! Kebanyakan dari kita tidak mampu untuk memilikinya jika berkerja keras dan menyimpan duit selama 30tahun sekalipun.
9. Sekarang lihat bagaimana Kroni Terengganu lain yang berjalan di "the corridors of power"…..satu nasihat saya usah berangan, kita tidak mampu memilikinya








http://1.bp.blogspot.com/_rbqlI_m1Ahg/SM6qSizWW4I/AAAAAAAAAwM/e2yhxIF5z8g/s400/Rumah+Ketua+Pemuda+UMNO+Sabah,+Japlin.jpg






http://2.bp.blogspot.com/_rbqlI_m1Ahg/SM6qOY7Uy9I/AAAAAAAAAwE/Dm96kpY_mxY/s400/Rumah+Hj+Ramli+Marabahan+-+UMNO+Sabah.jpg




[Rumah+Tan+Sri+Benard+Dompok.jpg]




pano1sm1.jpg image by nazrey


Istana ni lagi ler, sepatutnya sebagai Ketua Agama Islam, jadilah contoh dan tauladan


Di bawah ni pulak rumah rakyat biasa yang tiada elaun bulanan tetap,tiada elaun keraian, elaun mesyuarat, elaun perumahan,tiada saham, tiada compeni sendiri.









ok, baca berita di bawah:

Tiga persatuan perniagaan Bumiputera hari ini menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk pembelian hartanah bernilai RM500,000 ke atas di Selangor.

Tiga persatuan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (GAPUMS) dan anggota Majlis Perniagaan dan Ekonomi Melayu Malaysia.

Timbalan Pengerusi DPMMS, Datuk Mohd Karim Abdullah Omar, berkata cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berhubung perkara itu masih tidak sesuai dilaksana.

"Ini kerana ekuiti pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera masih di paras rendah," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Pada 26 Julai lalu, Pua yang juga wakil DAP mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

Beliau berkata, setakat ini pemilikan rumah di kalangan Bumiputera tidak melebihi 14 peratus manakala pemilikan premis perniagaan tidak melebihi tiga peratus dan unit industri tidak lebih satu peratus daripada jumlah hartanah di seluruh negara.

Mohd Karim berkata, jika cadangan memansuhkan diskaun itu dilaskanakan, sukar bagi Bumiputera untuk memiliki hartanah terutama premis untuk perniagaan dan industri.

"Cadangan itu mungkin boleh dipertimbang jika pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera telah meningkat," katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga persatuan berkata kerajaan negeri perlu serius dalam mengawal selia pelupusan kuota hartanah Bumiputera oleh pemaju untuk mengelakkan proses pelupusan dibuat dengan tujuan mengaut keuntungan berlebihan.

- Bernama
Ok, soalannya:

1.sapa yang mampu beli rumah lebih RM500,000 tu?ketua bahagian parti yahudi melayu?JKKK?pencacai parti yahudi melayu?


2.rumah standard 4 bilik hanya berkos sekitar RM200,000 - RM400,00 RIBU saja.nak buat apa rumah besar-besar tu, umat islam difardhukan solat di masjid/surau bukan di rumah.


3.kenapa diskaun (dibaca: SUBSIDI) itu diberi kepada mereka yang sudah nyata ada duit untuk beli rumah atas RM500,000 ribu sedangkan ramai lagi yang tidak ada rumah, duduk dirumah buruk,tidak selamat dan tidak selesa serta kurang kemudahan infrastruktur.


aku sokong usul tony pua, "selaraskan" subsidi untuk harga rumah atas RM500 ribu dan bagi kat rakyat yang nak beli rumah bawah RM200 RIBU.


Syarikat GLC yang bertanggongjawab dalam hal isu perumahan adalah SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad.tetapi mereka jual rumah kat rakyat mahal sangat, siap ada bunga %.


OK,,full stop akhir kata..UMNO-BARISAN NASIONAL MEMANG CELAKA/LAKNATULLAH/BANGSAT kerana membiarkan rakyat merempat dengan sistem perumahan yang hanya untungkan mereka dan kroni mereka,.

Usir UMNO-BN dari Putrajaya


Najib dan Ahmad Maslan melenting apabila Suara Keadilan menjadikan "FELDA Bankrap" sebagai tajuk utamanya. Ekoran peristiwa itu, akhbar tersebut tidak diberi keizinan untuk terbit hingga kini. Namun demikian, Ahmad Maslan tidak berani berdebat dengan ANAK. Nak berdialog pun sampai sekarang tidak jadi-jadi.

Mereka hanya berani memanggil dan mengupah peneroka membuat penafian serta memanggil seorang dua anak peneroka yang berjaya untuk mengutuk para pengkritik yang didakwa mencemarkan nama baik FELDA.

Ketika isu FELDA tidak menunjukkan jalan penyelesaian, isu FELCRA pula menyesakkan dada UMNO. FELCRA didakwa menyelewengkan wang peneroka dengan pelbagai projek dan aktiviti yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada golongan sasar. Wang FELCRA hangus dan sebahagian besarnya masuk ke kantung para pemimpin UMNO.

Pihak yang menuduh nampaknya yakin kepada bukti-bukti yang berjaya dikumpul. Mereka mencetak, membuat pelancaran, dan menyebarkannya ke seluruh pelosok negara. Ketiadaan tindak balas daripada pihak yang dituduh menambahkan lagi keyakinan penerima tentang kebenaran maklumat yang disampaikan.

Semakin hari kes FELDA dan FELCRA semakin menghimpit UMNO ke dinding. Mereka tidak berdaya menepis kenyataan yang dianggap fitnah itu. Hal ini menjadikan mereka tenggelam punca dan berkeluh-kesah macam cacing kepanasan.

Hasil penyelidikan terbaru mengesahkan lagi wang FELDA disonglap semahu-mahunya oleh pemerintah yang menggelarkan diri mereka pejuang negara, bangsa, dan agama itu. FELDA membelanjakan RM2.4 bilion untuk menanam semula ladang seluas 767,981 hektar. Belanja untuk satu hektar mencapai RM3,151.00. Tanda tanya timbul apabila Sime Darby hanya membelanjakan sebanyak RM936.00 untuk sehektar dan IOI membelanjakan sebanyak RM596.00 untuk keluasan yang sama.

Rakyat berhak untuk mengetahui sebab-sebab perkara itu berlaku. Mereka pasti perbuatan khianat itu tidak dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Rakyat akan menyimpulkan bahawa UMNO-BN ialah kaki songlap duit. UMNO-BN menggunakan FELDA dan FELCRA untuk kepentingan diri mereka. Malang sungguh nasib peneroka dan anggota keluarga mereka.

Pengkhianatan ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan. Hendak mengharapkan SPRM bertindak, badan ini tiada mata, kaki, dan tangan untuk menyiasat penyelewengan UMNO-BN kerana semuanya telah dihalakan kepada Pakatan Rakyat.

Adakah Pakatan Rakyat yang hentam duit FELDA dan FELCRA? Mereka tidak boleh sentuh pun badan-badan itu. Apa lagi masuk untuk memantau perjalanan urus tadbirnya. Jangan buang taik kepada Pakatan Rakyat dalam hal-hal ini.

Rakyat tiada pilihan selain daripada mengusir UMNO-BN dari singgahsana kuasa. Lebih lama mereka berkuasa, lebih dahsyatlah kemusnahan yang mereka buat. Sebelum nasi menjadi bubur, hukumlah mereka. Keluarkan mereka dari Putrajaya. Gantikan dengan kumpulan yang mampu merakyatkan kekayaan negara ini, yang mampu memberi keadilan kepada semua kaum, yang tidak mengamalkan perkauman sempit, yang tidak memikirkan kepentingan diri, yang hanya berhasrat untuk berkhidmat bagi membentuk Malaysia Baru yang makmur dan sejahtera.

Hubungan Romantis - Akta Rahsia Rasmi 1972..!!!

Sejauhmana hubungan-romantis yang hebat diperkatakan di antara Saiful (Pengadu Liwat) dan Farah Azlina Latif (Timbalan Pendakwa Raya), mempengaruhi perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 'jauhari yang mengenal manikam', kita lihat apa pandangan pakar undang-undang kata

MACC Investigating Officer (IO) throws Court into utter confusion in Dato’ Ramli’s Trial


By Din Merican
Thursday, August 5, 2010 was the fourth and last day of Dato’ Ramli’s Trial in the Summons case. One would have thought that by now the charge made out by the MACC would be clear. One would have thought that the cardinal rule for prosecuting someone is that the charge must be so precise and as clear as daylight, so that the accused is left in no doubt as to what wrong he had committed in order to prepare his defence. However, as events have shown, nothing is clear when it involves the MACC.
Teoh Beng Hock Not Forgotten
One year ago Teoh Beng Hock was found dead. There was confusion why he died. There was confusion why he was brought in and detained by the MACC. Was he under arrest? Was he a suspect? If he was a suspect under custody, the law provided for protection of suspects while under custody. Nobody seems to know. What everybody knew was that his dead body was found outside the Selangor MACC Office. To avoid answering all that complicated questions, the MACC denied he was in their custody. The MACC insisted that Teoh did not die in their office, but that his dead body was found 12 floors down from their office. Yes, 12 floors down, thrown from out of the window of the MACC’s office!

We have NOT FORGOTTEN Teoh Beng Hock
The MACC said Teoh was already released at 6 am but that he chose to hang around and slept on the sofa in the MACC office. Then the MACC said Teoh was just a witness. If Teoh was a witness why did he have to die? What the MACC failed to show was that bit of decency of being honest. Until today Teoh’s  family is till mourning his death. Until today Teoh’ s spirit wants to know why his physical body had to die. Until today Teoh’s spirit is restless and refuse to stop roaming the MACC’s office. Until today, Teoh’s spirit haunts the MACC. It will not go away until there is an answer for his death. What offends Teoh’s spirit, Teoh’s family and all Malaysians is the attempt at cover up.
MACC Antics : Amending Charges, Twisting Evidence and Changing Judges
The antics of the MACC never cease to amaze me as I observe the Trial of Dato’ Ramli Yusuff. It has become a standard operating procedure (SOP) for the MACC to amend the charge when the evidence from the witnesses do not favour them.  So it was in Sabah when they amended the charge twice. They even amended it at the close of the case as a last grasp at the straws when the facts and evidence do not support the charge that they had to prove. And Judge Supang Lian wasn’t amused and dismissed the case without even calling for the defence of Dato’ Ramli. The MACC also amended the charges in KL before Judge M Gunalen. And that again resulted in the good Judge to hold there was a failure by MACC to prove a prima facie case.  In other words, these two Judges would not be party to the MACC’s and AG Gani Patail’s attempt to fix up a case against Dato’ Ramli.

Now they have done it again for Dato’ Ramli’s trial on the Summons charge which started on Monday, August 2, 2010 .They are changing the date of the offence for the charge they have made out against Dato’ Rami. They are doing what they did against Anwar Ibrahim in Sodomy I when it was found out that Tivoli Villas and the wing annexe of PJ Hilton were not constructed at the time of the alleged offence. Fate has a strange way of bringing the lives of these two men to a parallel.
When Anwar Ibrahim was arrested and assaulted by then IGP Rahim Noor, Dato’ Ramli was the Deputy Director CID. He was at that time Musa Hassan’s boss. Dato’ Ramli was the one who prevented Rahim Noor from bludgeoning Anwar further and saving him. Dato’ Ramli was the one who gave medical attention to Anwar. After that incident, charges were fabricated against Anwar and he was convicted. Dato’ Ramli was sent into exile to be Commissioner Sabah and was cold storaged.
Musa Hassan: From Subordinate to Boss
Musa Hassan rose to become IGP overtaking Dato’ Ramli, the man who was once his boss. Despite Dato’ Ramli having given Musa Hassan two promotions, Musa Hassan knew Dato’ Ramli will always remain as a threat and worked tirelessly to bring Dato Ramli down. That is where the scene is today – Musa Hassan is IGP and Ramli sits in the dock as an accused person. But even as they fixed Anwar and botched up, the same is happening in Dato’ Ramli’s case. They just can’t put their act together even when they try to fix people up.
The Case before Justice SM Komathy Suppiah

Nothing could be more comical than to see the confusion in the court as Judge SM Komathy Suppiah heard the evidence of the MACC’s witnesses after the charge was amended to change the time of the offence. Déjà vu of  Anwar’s Sodomy I Trial. Then the MACC brought in company secretary, Misss Mahinder Kaur a/p Teja Singh MAICSA No. 7007064 of MK Secretarial Services to show that Dato’ Ramli was a director of Kinsajaya Sdn Bhd at a particular point of time. Unfortunately for MACC, Mahinder said that as at the date of the Charge, Dato’ Ramli was not yet a director as the Form 49 was only lodged with the Company’s Commission of Malaysia (CCM) much later. Mahinder also startled Judge Komathy when she said that MACC officers asked her to cancel several documents : “ The MACC Officers asked me to do so”.
Earlier on in Dato’ Ramli’s Sabah’s trial, MACC Superintendant Sok One a/l Essen already admitted that he destroyed the piece of paper that he wrote on to record a phone call from a Sabah village headman. In other words, he destroyed evidence. Now in this trial, Mahinder says that MACC asked her to cancel various documents in order that they can use a particular document to support the charge against Dato’ Ramli. As if that wasn’t bad enough, Mahinder then said that the accounts of Kinsajaya showed that it was a company that was bought off the shelf and that it was a dormant company and there was no business activity until today!

That jolted the erudite Judge Komathy to ask “What is the Charge?” What is it that Dato’ Ramli has done wrong? That was the beginning when things started to crumble for the MACC.Indeed, what exactly did Dato’ Ramli violated?
According to the charge, Ramli had breached Reg. 5(1)(a) Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dn Tatatertib 1993 (Pindaan 2002) for being involved in “trading” through Kinsajaya. But Mahinder now says that Kinsajaya is dormant and has no activities. In any event, the Peraturan prescribed its own punishment as a departmental breach and not for any punishment under the Penal Code.
Another MACC witness, Mr Lee who is the Deputy Director of Land Survey Dept of Sabah confirmed Mahinder’s evidence and said that no agricultural activity had taken place because the survey has not been completed. In fact, Kinsajaya did not even get the land approved by the State Government what more to carry out any activity or business on the land!
The Comic In Court: MACC IO Wan Abdul Rahman
Things got worse when the star witness, Investigating Officer (IO) Wan Abdul Rahman, was cross examined by the much respected Dato’ Seri Shafee Abdullah. He contradicted the whole charge when he unabashedly admitted that his investigations showed that Kinsajaya was a dormant company and has not carried on any business and even said unequivocally “Kinsajaya tidak ada perniagaan!” after being cornered countless times for his inconsistent answers.
Still bewildered by the slew of questions, the IO even confirmed that his investigation showed that Dato’ Ramli has no involvement in the business of Kinsjaya although he had earlier said that Dato Ramli has committed an offence under section 168 of the Penal Code.

This befuddled IO Wan Abdul Rahman can’t seem to understand that Section 168 which makes it an offence for a civil servant to carry on trading would not, by his own admission, apply to Dato’ Ramli if Dato’ Ramli has no involvement in business and Kinsajaya is a dormant company. “ Its elementary my dear Watson” is what Sherlock Holmes would have said.

With the situation being hopeless, the two DPPs tried to shield him and sought a 15 minutes break. Things did not, however, abate after the break when IO Wan Abdul Rahman became moré incoherent in his answers to the point of being bizzare, contradicting himself at every turn. It became very clear that IO Wan Abdul Rahman was just a foot soldier being sent to the front lines to be shot at. That is what happens when the MACC is used to fix someone.
READ MORE HERE

'Put DPP, Saiful on stand'


(AFP) - LAWYERS for Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on Friday announced plans to put the young man accusing him of sodomy on the stand, to answer claims of an affair with a trial prosecutor.
Anwar last week applied to have sodomy charges against him struck out over allegations a female prosecutor had an affair with his accuser, 25-year-old Saiful Bukhari Azlan, who once worked as an aide in his office.
The former deputy prime minister, who was sacked and jailed on separate sex and corruption counts a decade ago, has argued that the alleged affair is more evidence that he is the victim of a political conspiracy.
'I will make an application to the court on Monday to have the deputy public prosecutor and Mohamad Saiful put on the witness stand over the allegations that they were having an affair,' said chief counsel Karpal Singh.
'This is a very serious allegation. The truth must prevail.' 'By having an affair with the deputy public prosecutor, Saiful could have access to classified information. This is an abuse of the court process.'
High Court Judge Mohamad Zabidin Diah last week agreed to adjourn the sodomy trial until Monday, when he will hear applications from both sides on the strike-out motion and decide whether to resume the hearings. 'It cannot be denied that there was an allegation of an affair... therefore I am of the view it is better for me to hear the application of strike-out first,' the judge said at the time.
Blog exposed affair
*The claims of an affair first surfaced in a political blog. No evidence has been offered but neither the prosecution nor the pair involved have denied the allegations.
*Saiful has accused Anwar - a 62-year-old father of six - of sodomising him at an upmarket Kuala Lumpur condominium in 2008. If convicted, the opposition leader could face up to 20 years in prison.
*Anwar has said he is the victim of a plot to prevent him from taking power after the opposition made huge strides in 2008 elections, stunning the ruling Barisan Nasional coalition, which has been in power for half a century. -- AFP

Ramadan: Gagasan Anak Muda desak Selangor tutup pusat hiburan


Sebahagian daripada penyokong Gagasan Anak Muda yang menyertai demonstrasi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam petang tadi.
SHAH ALAM, 6 Ogos — Sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Gagasan Anak Muda hari ini berhimpun di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini menggesa kerajaan negeri Selangor menutup semua aktiviti hiburan sepanjang bulan Ramadan. Dengan membawa kain rentang dan papan sepanduk, 20 anak muda ini menuntut agar tiada lagi aktiviti maksiat sepanjang Ramadan yang merupakan bulan suci bagi umat Islam.
Mereka juga mendakwa pusat hiburan khususnya rumah urut merupakan punca bertambah pelacur dari luar negara yang menggunakan visa pelajar untuk melakukan kegiatan tidak bermoral di negara ini.
Pengerusi kumpulan ini, Mohd Razzdee Ab Rahman memberitahu, sebagai anak jati Selangor mereka mahu kerajaan negeri menjadi pemacu dalam perubahan ini.
“Pasal kita lihat ada pemimpin yang beberapa kali tegur pasal pusat maksiat dan rumah urut namun tiada tindakan diambil,” katanya ditanya motif mereka melakukan tindakan ini.
Razzdee menjelaskan beliau akan menghantar memorandum dalam masa terdekat kepada kerajaan negeri sebagai tanda bantahan.
Timbalan Presiden Gagasan Anak Muda, Mohd Khairol Ramli bagaimanapun menafikan mereka diupah atau berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Matlamat gagasan ini adalah dalam pembinaan modal insan dan mengubah pemikiran orang melayu,” jelas beliau.
Bagaimanapun, tindakan dan permintaan kumpulan ini senada dengan parti politik Umno yang banyak mewar-warkan isu pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sejak akhir-akhir ini.
Baru-baru ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar sebelum ini mencabar kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri Selangor.
Beliau telah mempertanggungjawabkan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor supaya mendesak kerajaan negeri Selangor sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan Islam.
Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan negeri Selangor menutup lebih 4,500 pusat judi dan rumah urut di seluruh negeri ini.
“Jika ini dapat dilakukan kami yakin negeri Selangor akan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain,” katanya.

Ong Tee Keat sokong siasat pembelian 38 unit tren elektrik

KUALA LUMPUR, 6 Ogos —Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian 38 unit tren elektrik (EMU) dari China.
Bagaimanapun, Ong berkata SPRM masih belum lagi menghubungi beliau berhubung pembelian EMU yang dikatakan harganya lebih mahal sehingga mencecah setengah bilion ringgit.
“Sebenarnya, sama ada ia EMU atau perolehan lain, saya mengalu-alukan sebarang siasatan oleh SPRM. Ia adalah tugas badan itu untuk menyiasat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ong, merupakan Menteri Pengangkutan ketika pembelian itu dibuat dan digantikan oleh Datuk Seri Kong Cho Ha selepas rombakan kabinet dua bulan lepas, berkata beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana rundingan penentuan harga dan rundingan spesifikasi tender.
Beliau mengulas mengenai laporan akhbar hari ini yang menyatakan SPRM telah memulakan siasatan berhubung pembelian EMU enam gerabak membabitkan kos RM1.6 bilion selepas Jawatankuasa KIra-Kira Awam (PAC) menyerahkan laporan kepada suruhanjaya itu.
Bekas presiden MCA itu menjelaskan keputusan untuk membeli EMU tersebut bukan ditentukan oleh Kementerian Pengangkutan kerana keputusan akhir dibuat oleh Kementerian Kewangan dan spesifikasi ditetapkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menjelaskan peranannya dalam perkara itu, Ong berkata selaku Menteri Pengangkutan, beliau bertindak selaku menteri yang mengetuai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk pengangkutan awam bandar, di mana beliau menumpukan pada usaha-usaha untuk meningkatkan jumlah pengguna pengangkutan awam dalam tempoh masa tertentu.
“Sekretariat NKRA telah menetapkan sasaran untuk tren itu digunakan pada suku pertama 2012. EMU ini perlu ditempah kerana ia memerlukan tempoh antara dua hingga tiga tahun untuk setiap unit disiapkan,” katanya.
Tambahan pula, Ong berkata berikutan permohonan meminta tren itu segera disiapkan dan EMU itu perlu dibina berdasarkan spesifikasi KTMB, mereka terpaksa membeli unit itu pada harga tinggi.
Ong juga menafikan harga pembelian 38 EMU itu tidak termasuk pakej menyelenggara, membaiki dan membaik pulih.
“Adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa ia tidak termasuk jadual penyelenggaraan. Ini adalah salah satu isu yang dibangkitkan...Ini adalah salah satu aspek yang saya, secara peribadi, kaji.
“Saya tidak mempunyai niat untuk bertindak selaku jurucakap Kementerian Pengangkutan atau agensi-agensi lain, tetapi berdasarkan suara hati saya untuk menyuarakan kebimbangan saya mengenai perkara itu.
“Adalah menjadi satu kesalahan dari segi moral untuk membenarkan perkara yang salah berlaku,” katanya. — Bernama

Kg Baru: MB Selangor mahu jadi hero, dakwa menteri umno

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini menuduh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sengaja campur tangan sambil mahu menjadi “hero” dalam isu pembangunan Kampung Baru, sekali gus mengelirukan orang ramai terutamanya pemilik dan pewaris tanah. “Memang itu tujuan (kelirukan penduduk) beliau (Khalid), sengaja sahaja nak buat mereka serba salah dalam isu ini (pembangunan Kampung Baru).
“Kenapa beliau perlu campur tangan? Saya percaya Menteri Besar terlibat pasti akan wujud kumpulan-kumpulan yang tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan kerajaan.
“Bila ada kumpulan ini maka segala perancangan mungkin akan dibatalkan, sama seperti tahun 1991 dan 1992 apabila kerajaan mahu membangunkan kawasan itu (Kampung Baru) ada kumpulan yang bantah. Jadi segala pelan pembangunan terpaksa dibatalkan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu ketika sidang media selepas merasmikan Jejambat Jalan Travers-Jalan Bangsar di sini.
Difahamkan jejambat tersebut bernilai RM34.5 juta itu sudah digunakan sejak awal minggu ini.
Khalid akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Baru, Ahad ini bagi membentangkan model cadangan pembangunan semula penempatan warisan orang Melayu itu.
“Model pembangunan semula Kampung Baru yang akan dibentangkan ini mengekalkan hak milik tanah kepada orang Melayu tetapi pada masa yang sama pemilik tanah mendapat manfaat dari hasil pembangunan bagi tujuan komersial.
“Cadangan pembangunan semula Kampung Baru ini mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun Raja Nong Chik berpendapat campur tangan Khalid itu hanya untuk tujuan politik sahaja.
“Semua yang beliau (Khalid) untuk Kampung Baru hanya atas tujuan politik sahaja, menimbulkan kekeliruan supaya penduduk menolak cadangan kerajaan.
“Malah saya percaya beliau hanya mahu menjadi ‘hero’ sahaja sedangkan selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama jadi ‘hero’ untuk rakyat kerana ini memang tugas kita,” katanya.
Pada 2 Ogos lalu Raja Nong Chik berkata Perbadanan Pembangunan Kampung Baru yang berfungsi sebagai perancang dan pengawal selia pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur dijangka beroperasi tahun depan.
Raja Nong Chik berkata selain Perbadanan Kampung Baru, turut akan ditubuhkan ialah Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang akan menyedia dana dan melaksanakan pembangunan fizikal di kawasan tersebut.
Beliau berkata dua syarikat berkaitan kerajaan iaitu Permodalan Hartanah Berhad dan Lembaga Tabung Haji telah menyatakan persetujuan untuk membangunkan Kampung Baru.
“Kita buat keputusan berdasarkan cadangan yang diberikan oleh pemilik dan pewaris tanah.
“Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru dan Pemaju Pembangunan Kampung Baru yang akan ditubuhkan nanti semuanya adalah cadangan daripada penduduk.
“Bukan kita suka-suka sahaja nak buat keputusan,” tegasnya hari ini.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Kawasan Kampung Baru meliputi tujuh buah kampung dengan keluasan 90.2 hektar dan berusia 110 tahun. Ia kini mempunyai 35,000 penduduk.
Jejambat Jalan Travers ke Jalan Bangsar sepanjang 600 meter yang bernilai RM110 juta ini telah dibuka kepada pengguna jalan raya bermula 21 Julai lepas dan ia dirasmikan oleh Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin hari ini. — Bernama

Hadi: Hak keistimewaan Bumiputera perlu dikekal

MARANG, 6 Ogos — Hak dan keistimewaan Bumiputera  khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini  perlu dikekalkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi  Awang.
Menurut beliau realiti pada masa ini ialah golongan Bumiputera majoritinya masih miskin dan mereka sememangnya  berhak mendapat hak dan keistimewaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera,” katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Katanya tindakan Pua itu  belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi. — Bernama

Petisyen Zaid: Sistem Kehakiman Makin Reput

Mahkamah Putra Jaya Oleh Kim Quek
Keputusan Hakim Azahar Mohamed untuk menolak permohonan Zaid Ibrahim membuka lembaran sejarah paling kotor dalam pilihan raya kecil (kawasan parlimen Hulu Selangor).  Keputusan ini memang dijangka.
Malahan, sebaik sahaja saya mendapat tahu Ketua Hakim Zaki Azmi – bekas pemimpin Umno – melantik Azahar untuk mengendali kes ini, saya tahu bahawa prospek Zaid menuju kehancuran.

Bukankah Azahar merupakan hakim yang mengendalikan penghakiman bersifat "double standard" dalam kes Speaker melawan Speaker di Perak pada 8 September 2009?
Dalam penghakiman itu, berhubung isu kekecuhan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei 2009, beliau menolak aduan V Sivakumar, speaker dari Pakatan Rakyat terhadap Speaker Barisan Nasional Ganesan atas alasan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN.
Tetapi beliau gagal untuk menyedari hakikat bahawa dengan mengisytiharkan pelantikan Ganesan sebagai speaker ketika dalam sidang DUN yang sama adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang. Malahan beliau telah campur tangan di mana beliau berkata beliau cuba mengelak dari campur tangan.
Tindakan Azahar yang bercanggah ini begitu ketara, ibarat menampar muka sendiri.  Sila baca rencana bertajuk "Speaker melawan Speaker: Hakim Azahar Menampar Mukanya Sendiri" dalam buku saya, "The March to Putrajaya."
Reputasi Azahar dicurigai
Dan bukankah Azahar sebagai pendakwa yang dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim ketika perbicaraan rasuah 10 tahun lalu, yang mendapat kutukan dari seluruh dunia sebagai pencabulan terhadap keadilan dan pendakwaan bermotifkan politik semata-
mata? (Ini merupakan suatu pertuduhan di mana Azahar tidak menafikannya, lihat nota 1 di bawah).
Apa lagi keputusan yang boleh kita harapkan daripada seorang bekas pemimpin Umno yang melantik seorang hakim yang mempunyai reputasi buruk untuk mendengar kes politik berprofil tinggi ini?
Sekarang, mari kita melihat penghakiman Azahar secara teliti dan terperinci.
Azahar membenarkan permohonan P Kamalathan dari Barisan Nasional (BN) untuk menyingkir petisyen Zaid berdasarkan alasan-alasan berikut:
  • Zaid gagal untuk mengenalpasti penerima dari perbuatan rasuah.
  • Zaid gagal membuktikan bagaimana tindakan-tindakan dakwaan rasuah telah mempengaruhi keputusan pilihan raya itu.
  • Zaid gagal menyediakan teks penuh atau transkrip dakwaan rasuah.
Dakwaan Zaid tentang berlakunya rasuah dalam petisyen ini hanya tertumpu kepada tawaran Perdana Menteri Najib Tun Razak sebanyak RM3 juta kepada sebuah sekolah Cina dan tawaran bayaran tunai kepada para peneroka Felda walaupun terdapat banyak lagi tawaran kebendaan sebagai umpan oleh BN melibatkan nilai berjuta-juta ringgit ketika kempen pilihan raya.
Bukti rasuah yang berleluasa
Apabila Najib membuat tawaran RM3 juta ketika menjelang hari mengundi, beliau memberitahu para pengundi di Rasa bahawa mereka boleh datang ke pejabatnya untuk mendapatkan bayaran itu pada keesokan harinya jika Kamalanathan menang.  Tetapi beliau menambah, "jika kita kalah, tak payah datang."
Tawaran rasuah yang sensasi ini dengan secepat kilat dimuat dalam internet, yang dibaca di seluruh dunia, termasuk muatan di dada akhbar-akhbar pada hari esoknya.
Peristiwa ini menggemparkan orang ramai, tetapi Najib bukan sahaja tidak merasa bersalah tetapi beliau nampak berbangga dengan tindakan itu apabila beliau menyatakan bahawa ini membuktikan "kebolehpercayaan" terhadap dirinya ketika kempen pilihan raya parlimen di Sibu.
Beliau membuat kenyataan yang serupa kepada para pengundi Sibu menjelang hari mengundi.  Kali ini ucapan penuhnya dirakam dalam video dan dimuat dalam YouTube hingga menarik minat audien yang lebih luas.
Tawaran tunai oleh Najib kepada para peneroka Felda Sungai Buaya ialah RM160,000 kepada bekas para peneroka untuk setiap ekar tanah yang dimajukan dan RM50,000 untuk waris-waris peneroka yang telah meninggal dunia.  Tawaran ini diumumkan di depan khalayak ramai dan dilaporkan oleh media.
Adakah perbuatan-perbuatan ini membuktikan berlakunya sogokan dan rasuah pilihan raya di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954? Marilah kita lihat Seksyen 32 (a) dan 32 (c) Akta yang sama, di mana Zaid menjadikannya sebagai asas dalam petisyen beliau.
Seksyen 32, bertajuk "Mengelak berlakunya pilihanraya dalam petisyen pilihanraya" berbunyi:
"Pemilihan calon pada mana-mana pilihan raya harus diisytihar sebagai terbatal dalam petisyen pilihan raya berdasarkan salah satu, yang mana terbukti Hakim Pilihan Raya berpuas hati:
  • Rasuah umum, layanan umum atau gangguan umum berlaku secara berleluasa sehingga dianggap boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.
  • Bahawa perbuatan rasuah atau perbuatan tidak sah berlaku berhubung dengan pilihan raya oleh calon atau dengan pengetahuannya atau persetujuannya atau oleh mana-mana agen calon.
  • " (Terdapat 5 sub-seksyen di bawah Seksyen 32).
Asas penghakiman adalah pelik
Selepas membacanya, adakah seorang rakyat biasa, mempunyai keraguan walau sedikit, bahawa rasuah untuk meraih undi telah berlaku?
Bukankah amat jelas bahawa tawaran RM3 juta merupakan tawaran untuk pertukaran undi-undi untuk Kamalanathan?  Adakah tawaran tunai kepada para peneroka Felda merupakan umpan secara terang-terangan untuk mendapatkan undi kepada BN?
Adakah para hakim kita mempunyai fikiran yang waras dan logik sepertimana yang dimiliki oleh rakyat biasa?
Hakim Azahar menyatakan bahawa penerima-penerima sogokan mesti dikenalpasti dan bukti dikemukakan tentang berlakunya sogokan dan oleh sebab itu, memberi kesan kepada keputusan pilihan raya, ketika beliau belum lagi mendengar kes ini dengan sepenuhnya.
Tetapi bukankah percubaan untuk memberi rasuah sudah cukup untuk membuktikan kesalahan?  Kenapa hakim mesti meminta bukti yang bukan-bukan pada peringkat awal apabila responden memohon kes ini ditolak sebelum mendengarnya?
Adakah terdapat bukti yang cukup pada peringkat ini untuk sekurang-kurangnya menarik keprihatinan hakim untuk terus mendengar supaya keadilan tidak dinafikan.
Apa guna hakim Azahar berada di sini – untuk menegak keadilan atau berkhidmat untuk sesuatu?  Adakah beliau sedar bahawa beliau telah mencabul sistem kehakiman, dan keseluruhan sistem demokrasi kita, apabila membuat penghakiman yang disifatkan menjangkau batas keadilan.
Penerima dakwaan rasuah tidak dikenalpasti?
Balik kepada alasan Azahar untuk tidak mendengar petisyen Zaid. Beliau berkata, para penerima dakwaan rasuah tidak dikenalpasti.
Bukankah para pengundi Rasa dan Sungai Buaya penerimanya?  Jika seluruh negara, dan malahan seluruh dunia, mendapat akses kepada berita ini, maka kenapa Azahar begitu curiga tentang fakta ini sehinggakan beliau enggan mendengar lebih lanjut?
Azahar berkata Zaid tidak menyerahkan bukti bahawa dakwaan rasuah telah memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Apa jenis bukti yang beliau fikirkan?
Adakah beliau mengharapkan pengundi A bersumpah bahawa beliau hendak mengundi Zaid tetapi memandangkan terdapat tawaran daripada Najib, beliau merubah fikiran dan mengundi Kamalanathan?
Jika pengundi A benar-benar berbuat demikian, adakah Azahar boleh menerima pengakuan pengundi A sebagai suatu kebenaran yang murni?
Jika tidak, apakah bukti lain yang beliau ada dalam benaknya sebelum beliau bersetuju bahawa tawaran itu merupakan umpan yang boleh merubah keputusan para pengundi?
Hakim Azahar…… janganlah membuat perkara karut ini hingga menjadi pelik!
Azahar juga berkata beliau menolak kes ini kerana Zaid tidak menyediakan teks ucapan penuh Najib atau transkrip.  Tetapi jika seluruh dunia tahu ucapannya dan malahan beliau sendiri merasa megah dengan perkara ini, adakah Azahar membuat sesuatu perkara yang memperlihatkan kebodohannya sendiri dengan menolak kes atas alasan yang remeh ini?
Kita telah melihat banyak peristiwa karut dan pengkhianatan terhadap mahkamah di negara ini.  Apa yang sepatutnya Zaid lakukan ialah membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi.
Biar seluruh dunia melihat betapa jahatnya sistem kehakiman kita. Dan biar seluruh rakyat Malaysia sedar bahawa satu-satu cara untuk mendapatkan keadilan di negara ini ialah dengan menukar kerajaan.
Nota 1: Azahar, pada ketika itu seorang pendakwa raya, dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim bersama Gani Patail ketika perbicaraan kes rasuah pada 1999 dalam kes Zainur Zakaria melawan Pendakwa Raya.  Mahkamah Persekutuan kemudiannya memutuskan terdapat kes "prima facie" untuk menjustifikasikan permohonan untuk menolak penglibatan kedua-dua pendakwa raya ini, kerana kedua-duanya tidak menafikan pertuduhan pada ketika itu. Kenyataan itu tidak bercanggah atau dicabar sehingga hari ini.  Anda boleh merujuk kepada laman web Majlis Peguam untuk maklumat lanjut:
ttp://www.malaysianbar.org.my/administration_of_justice/anwar_sodomy_and_freedom.html