Rabu, 4 Ogos 2010

Kerajaan Dalam Proses Semak Semula Undang-Undang Buruh, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam proses untuk menyemak semula undang-undang buruh di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kerajaan menyedari sepenuhnya berhubung kebimbangan majikan bahawa undang-undang buruh di Malaysia adalah rumit dan terbatas.

"Kami perlu mengemaskini dan menyemak semula undang-undang buruh untuk menarik serta mengekalkan pelaburan tempatan dan asing," katanya pada majlis jamuan tahunan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) di Bandar Sunway di sini malam ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, Presiden MEF Datuk Azman Shah Haron dan Presiden Dewan Perdagangan dan Perindusrian Amerika-Malaysia Datuk Nicholas Zeffreys.

Beliau berkata kenyataan sebenar pada hari ini ialah kira-kira 75 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia berkemahiran rendah.

"Di negara-negara maju, pekerja berkemahiran mewakili kira-kira 65 hingga 80 peratus daripada jumlah tenaga kerja keseluruhan. Sebagai tambahan, lebih 100,000 pelajar memasuki tenaga kerja selepas sekolah menengah saban tahun tanpa sebarang kemahiran pun," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan menyedari bahawa dalam usaha untuk mara ke hadapan, terdapat keperluan untuk mengesahkan kemahiran tenaga kerja dan mengurangkan jurang kemahiran.

"Di peringkat pra-pekerjaan, pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menyemak semula kurikulum di peringkat menengah dan pengajian tinggi bagi memastikan lepasan sekolah serta siswazah mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh pasaran," katanya.

Beliau berkata memiliki kumpulan pekerja mahir juga akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

"Kita perlu menggalakkan tenaga kerja terpendam kita supaya menyertai pasaran buruh dan ini termasuk wanita, pesara, pelajar dan orang kelainan upaya. Ini boleh dilakukan menerusi kerja separuh masa, melakukan kerja dari rumah dan waktu kerja yang fleksibel," katanya.

Muhyiddin berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin yang dipengerusikannya memberi tumpuan dalam menjadikan majikan lebih bertanggungjawab terhadap pekerja mereka, mengurangkan kos kerajaan untuk mengendalikan kumpulan itu dan mengurangkan jenayah membabitkan warga asing.

"Kami berpendapat bahawa majikan adalah pihak yang perlu bertanggungjawab terhadap pekerja asing mereka," kata Muhyiddin.

Beliau berkata warga Malaysia perlu memperoleh semula kelebihan daya saing dan menjadi lebih mesra perniagaan sekiranya mahu mengekalkan pelabur.

"Kita mesti menanda aras diri sendiri berbanding negara lain dan menyediakan garis panduan untuk mengukur pembangunan serta pencapaian," katanya.

Thousands attended UMNO's 'Save Selangor' campaign,Pakatan Rakyat in trouble.....

With Umno completing the first round of its "Save Selangor" campaign this weekend, the Pakatan Rakyat-led government is now set to begin its counter-attack to whittle away the issues raised by the opposition. The effort is to be carried out by by the Selangor state communications squad, starting on the first day of the fasting month, which is expected to fall on Aug 11.

Selangor Umno went on the offensive on July 23 in an effort to recapture moneybank Selangor in the next general election. It featured former PKR Youth chief Ezam Mohd Noor, now with Umno, and Selangor Umno deputy chief Noh Omar among the top guns at its 19 ceramah sessions.

Ezam, in one of his early talks, blasted his former mentor and parliamentary opposition leader Anwar Ibrahim, describing him as a traitor and a tool for the Jews. Other issues bandied in the Umno talks included illegal sand mining and the water issue.

Selangor Umno divided?
Ironically, former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo was sidelined in this first phase of the campaign, leading to speculation that Umno Selangor is divided, with one faction led by Noh and the other by Khir.

Umno, through its "Save Selangor Darul Ehsan" secretariat, will be on a one-month break beginning next week and will resume its win-Selangor-back onslaught after Hari Raya in the middle of September.

This is when Khir is also expected to play a bigger role. As Umno takes a breather, the Selangor information officer Badrul Amin Bahron said the Pakatan government would begin its explanation sessions in all mosques in the state.

"We have started printing circulars and would be distributing them in response to the allegations made against us. We will also have short religious talks during the sessions," he said.

Badrul Amin, who is a religious scholar, told Malaysiakini that the explanatory sessions would be held in mosques because Muslims frequented mosques during Ramadan. Besides this, he said, Selangor had allocated RM15 million for its efforts to disseminate information and part of this included distributing the state-owned publication, Selangorkini.

"We will print more copies, from 60,000 now to 300,000 copies until after Hari Raya," Badrul Amin, who is also a PKR supreme council member, added.

Umno: Sand not an issue in second phase

Meanwhile, Selangor Umno information chief Shukor Idrus said the state Umno was satisfied that the three weeks of its campaign had shown some significant change in the perception of the people.

"The ceremah sessions held in Klang and Kota Raja saw numbers excess of 1,000 attending, even more than 2,000 in some instances," said Shukor, who is also Kuang assemblyperson.

In the second phase, he said, Umno would not use the sand issue, as it had done during the first phase.

"From the feedback we received, the people have come to accept it. We will focus on other issues in the second phase," he added. - Jimadie Shah Othman

Baca "Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor' " di sini.

source:malaysiakini

Nampaknya Pakatan Rakyat bakal bungkus dalam Pilihanraya ke-13 akan datang. BN gempor semua kubu kuat Pakatan Rakyat dan sambutan orang ramai terhadap roadshow UMNO Selangor sememangnya di luar dugaan.

Hadirinnya begitu ramai hinggakan tiada kerusi kosong dan terpaksa berdiri dan ada yang bergayut pada dahan2 pokok....

cheers.

Mahathir the grand puppeteer......

After two successors and almost seven years after vowing to take the back seat, former premier Dr Mahathir Mohamad is showing no sign of doing so. Having been a vocal critic of his handpicked successor Abdullah Ahmad Badawi, recent developments indicate that Mahathir may be none too happy with Prime Minister Najib Abdul Razak either. A clear indication of this came earlier this week when Mahathir took a swipe at Najib, whom he had endorsed, for having failed to explain his 1Malaysia slogan convincingly.

“They (the public) do not know which is which, which ones are for the Chinese and which ones are for the Malays. If I were to explain, how should I know? I was not the one who created the slogan,” he said.

1Malaysia has not been the only area at which Mahathir has turned up his nose. Only a month into Najib's premiership, the veteran politician weighed in against him on the reversal of the policy to teach Science and Mathematics in English. Through his blog, which courts several million readers, Mahathir chided the then newly-minted premier for wavering on policy decisions.

After months of apparent support, the elder statesperson took a stance against Najib's New Economic Model (NEM), which had called for the cancellation of racial quotas. Mahathir also became patron of Malay rights NGO Perkasa. Emboldened by his endorsement, Perkasa fronted the Malay Consultative Council to pile pressure on Najib, leading him to finally claim that nothing had been finalised on the NEM.


The cheating charge against former transport minister Dr Ling Liong Sik, who served in Mahathir's cabinet, is also not likely to strain the relationship even though it may reflect badly on the former premier. Yesterday, Mahathir said he was willing to be a witness in the case against Ling, but that his responsibility in the matter was limited “as there are lots of things that a prime minister does not know”.

“The public may have the perception that it may cause damage (between the two), but his statement on this shows that he is willing to help the government solve the issue,” said political analyst Shamsul Adabi Mamat.

Universiti Malaya political scientist Noor Sulastry Yurni Ahmad said Mahathir's public statements were signals to Najib.

“It seems that for Mahathir, Najib's one year as premier is not bearing the 'right' results. He is using a psychological approach by highlighting these matters publicly so Najib will take notice,” she said. It is also likely that Mahathir's seeming 'mentor-mentee' relationship with deputy premier Muhyiddin Yassin is adding to the pressure on Najib.

Muhyiddin is like Mahathir's shadow. He knows what is right and what is not right (by Mahathir) and he tries to guide Najib,” she said.

Noor Sulastry said Najib would do well to keep the “unofficial government adviser” at bay by acting carefully, especially on economic matters. This, she said, was among the key reasons which led to the breakdown in the Abdullah-Mahathir relations. - Aidila Razak

source:malaysiakini

Mahathir cant be bothered with Najib,Rosmah or Mahyuddin. He wants things done his own way.........

I planned each charted course -
Each careful step along the byway,
And more, much more than this,
I did it my way.........


cheers.

MB Negeri 9 kata itu bukan buaya.. pasal Tiada Buaya di Pantai PD..



Aku tak tahu nak komen apa dah.. Gambar Buaya tu terpampang dimerata akhbarpun dia masih menafikan yang ada buaya di pantai Port Dickson..
Alahaiiii.. malangnya rakyat N9 dapat MB macam tu..
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada buaya di pantai Port Dickson dan menyeru kepada rakyat jelata tak perlu risau langsung untuk berkelah dan bermandi manda di pantai PD dan memberi jaminan pantai PD adalah selamat se selamatnya. Tolonglah percaya cakap Menteri Besar Negeri Sembilan ini.



Buaya yang dijumpai di pantai PD beberapa hari lalu memang bukan buaya. Ianya hanyalah bangkai buaya. Dan bangkai buaya ni pun sebenarnya kena tembak di sungai , kemudian buaya tadi dalam keadaan cedera telah tersesat ke laut, itu je.

Menteri Besar kata kepada pemburu buaya, janganlah tembak atau serang buaya ni, nanti buaya ni tersesat lagi ke laut.

TAPI Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cakap lain pula, buaya tadi mati kerana faktor usia kerana dah berusia 60 tahun. Agaknya salah teori Pengarah Perhilitan ni, kena banyak lagi belajar dengan MB kita.

Nak tanya MB, adakah menjadi kesalahan memburu buaya ? Adakah buaya merupakan spesis yang dilindungi ? Kalau menjadi kesalahan memburu buaya apakah hukuman yang dikenakan ? Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan pemburuan buaya ? Menambah bilangan penguatkuasa ? Mengadakan kerjasama dengan polis marin ? Menambah bilangan bot peronda sungai ?

Macamana pun MB sebelum ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati mandi di pantai PD kerana mungkin ada terumbu karang yang tajam dan berbahaya. Seperti laporan terakhir di bawah ini. 

Wednesday August 4, 2010
MB: No crocs at PD beaches

SEREMBAN: The beaches of Port Dickson are safe despite reported sightings of crocodiles along the coastline recently, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said.

“Holiday-makers and beach-goers need not worry as there have been no incidences of crocodile attacks. In the past, there had been incidences where crocodiles at Sungai Timun and Sungai Linggi displayed aggressive behaviour but this was because they had been shot at and trapped by poachers,” he told reporters here yesterday.

“My advice to the people is, stop attacking these creatures or they may retaliate,” Mohamad said, adding that the crocodiles do not normally stray from their river habitat to the beaches at the popular seaside town.

A six-metre long crocodile was found dead at the Ixora Permai beach near Tanjung Agas in Port Dickson on Tuesday.

The reptile was believed to have been dead for four days at the time villagers found it at the Kuala Linggi riverbank at about 12.45pm.

Mohamad said the crocodile, known locally as buaya tembaga because of its copper-coloured body, had probably been injured before it made its way to the sea from its natural habitat in Sungai Linggi, some three kilometres away.

Menggempur Talian Hayat UMNO

FELDA dan FELCRA telah lama menjadi talian hayat UMNO di negara ini. Keupayaan mereka memerintah negara ini bergantung kepada sokongan peneroka di kedua-dua tanah rancangan tersebut. Namun demikian, nafsu serakah UMNO telah menyebabkan kedua-dua talian hayat itu mengalami nasib yang malang.

Banyak penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO ke atas kedua-dua institusi yang asalnya ditubuhkan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. Oleh sebab itu, nasib peneroka FELDA dan FELCRA tidak menampakkan peningkatan yang ketara.

UMNO menggunakan kedua-duanya sebagai sumber untuk memenuhkan nafsu serakah mereka. Wang yang diperdapat daripada kedua-duanya menjadi modal untuk UMNO terus berkuasa. Memang benarlah seperti yang didakwa, peneroka menerima kuah sementara UMNO mendapat isinya.

Sungguh malang nasib peneroka-peneroka ini. Apabila pelbagai kecurangan didedahkan, UMNO bagai cacing kepanasan. Walaupun cuba menepis, mereka tiada upaya untuk meyakinkan rakyat bahawa kedua-dua institusi itu sedang berada dalam keadaan genting.

Sikap mereka yang tidak ubah seperti menahan lukah di pergentingan dan harapkan pagar, pagar makan padi itu kini sudah terdedah. Talian hayat ini akan terus digempur sehingga kedatangan PRU Ke-13.

Orang Melayu FELDA dan FELCRA perlu dimaklumkan tentang kecurangan UMNO itu. Mereka perlu mendapat maklumat yang benar tentang situasi penempatan mereka. UMNO sudah menjadi sokong membawa rebah. Tiada guna lagi bergantung kepada UMNO. Jadikan PAS sebagai pengganti UMNO untuk meneruskan kebangkitan umat Melayu di Malaysia agar seiring sejalan dengan kaum-kaum lain. Ini kerana PAS berjuang demi keadilan Islam, bukan untuk Melayu sahaja.

PRU 13: PAS Terengganu tumpu 32 Dun

BESUT, 4 Ogos: PAS Terengganu memberi tumpuan terhadap kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini termasuk lapan kawasan parlimen.
Hingga kini, PAS Terengganu berpuas hati dengan segala persiapan jentera parti di setiap peringkat Dun-Dun yang dilawati sejak setahun lalu.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Felda Tenang, Hulu Besut, hari ini.
[Gambar: Abdul Wahid (kanan), Yahaya (kiri) beserta anggota Dewan Harian PAS Terengganu menjamu durian selepas selesai mesyuarat.]
“Alhamdulillah, ini lawatan terakhir kita dan selesai 32 Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bermula di Dun Kota Putra, Besut dan berakhir di Dun Hulu Besut ini.
“Kita tumpu kepada semua 32 Dun di Terengganu ini. Maknanya, seluruh negeri Terengganu termasuk di lapan kawasan parlimen,” tegasnya.
Menurutnya, PAS negeri berpuas hati dengan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.
Katanya, petugas parti sedang melakukan persiapan dengan mengaktifkan bilik gerakan termasuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pertama (lawatan) dapat melihat serta meninjau tentang tahap persiapan dan perkembangan gerak kerja yang dilakukan di Dun-Dun seluruh negeri Terengganu.
“Keseluruhannya, kita rasa puas hatilah kerana jentera kita telah pun digerakkan. Mereka bersedia untuk bekerja ke arah mempersiapkan lagi jentera parti.
“Insya Allah, kita rasa dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini, kita mampu untuk memberikan suatu kekuatan yang lebih mantap di seluruh negeri Terengganu,” ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha PAS negeri, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah serta portfolionya.
Menurutnya, PAS Terengganu juga telah menyiapkan draf ‘road map’ (peta jalan) termasuk dalam perkara berkaitan manifesto pilihan raya.
“Road map ini sudah pun kita bentangkan dari segi drafnya. Isu-isu penting dalam ‘road map’ itu pun telah kita kemukakan termasuk dalam perkara yang berkait dengan manifesto.
“Road map ini iaitu kita berusaha untuk menggerakkan semua lajnah-lajnah dan portfolio yang kita bentuk supaya semuanya dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini.
“Road Map ini bukan sahaja untuk peringkat negeri sebenarnya tetapi akan diperturunkan ke peringkat yang lebih bawah sehingga ke Dun dan cawangan,” jelasnya.    
Menurutnya, salah satu agenda PAS dalam lawatan tersebut mengadakan dialog dengan para petugas di peringkat akar umbi.
Apa yang penting, katanya rumusan dari program lawatan ke Dun-Dun tersebut mempunyai kesan yang positif kepada Dun dan cawangan PAS di seluruh negeri.

Home Ministry won’t renew Suara Keadilan permit

By Clara Chooi, The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Aug 4 – The Home Ministry insisted today that it has closed the file on Suara Keadilan’s printing permit, indicating that the PKR organ would not be obtaining its long-awaited renewal.
The ministry’s Publications Control and Quranic Text secretary Datuk Zaitun Ab Samad told The Malaysian Insider this afternoon that as it stands, the party cannot proceed with publishing Suara Keadilan as its permit had expired last June.
“Nothing has changed. Their permit has expired and that’s that,” she said.
She insisted that there was nothing further to discuss regarding the issue, pointing out that the ministry had already informed PKR that it was not satisfied with the party’s explanation on its queries.
The ministry had earlier slapped a show-cause letter on the party, seeking for an explanation on several offensive articles it had published, including the controversial “Felda Bangkrap” article.
It held back indefinitely on its decision to renew the party’s printing permit, which had expired on June 30 this year.
“We already told them that we were not satisfied with their explanation so what does that mean? As far as we are concerned, their permit continues to be expired,” she said.
When asked if this meant that the ministry had made a decision not to renew the publication’s permit, Zaitun said: “It’s not about that. The question of renewal does not arise. Like I said, their permit expired and it remains expired. We have also said we were not satisfied with their first explanation and they have not given us another one since then.”
When informed of Zaitun’s response this evening, PKR chief strategist Chua Tian Chang chided her for making such a statement, claiming that it was “not her job” to say if she were satisfied with PKR’s explanation.
“In fact, it is not up to us to satisfy them. The question now is whether the Home Minister himself is satisfied. If not, then he should be banning us right?,” he said.
He insisted that the ministry had no power or right to stop PKR from proceeding to find ways to spread information through its newspapers.
“Just like how you can reject an application for a ceramah but you cannot stop people from gathering? They canot stop us. They can throw you in court, or arrest you but they cannot stop you,” he said.

READ MORE HERE.

Pemilihan langsung PKR bermula 28 Ogos

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR, akan bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.

Menurut surat pekeliling dari setiausaha agung PKR, 222 cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai 27 Ogos hingga 12 September.

Borang pencalonan akan diedarkan mulai 6 Ogos dan ianya juga boleh diperolehi di pejabat PKR negeri dan di ibupejabat parti di Petaling Jaya Petaling. Borang itu juga boleh dimuat-turun dari lamanweb parti tersebut.

PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPT.

Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.

Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.

Antara cabang yang menjadi tumpuan ialah Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Kota Raja (Xavier Jayakumar) - yang dijangka menyaksi pertandingan sengit.

Pencalonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh mesyuarat peringkat cabang.

Mesyuarat peringkat cabang juga akan mengemukakan calon untuk bertanding jawatan dalam MPT termasuk presiden, timbalan presiden dan empat naib presiden dan 20 anggota majlis tersebut

Pencalonan untuk jawatan tinggi ditutup pada 10 Oktober. Untuk layak bertanding, pencalonan mesti dibuat oleh sekurang-kurangnya dua cabang.

Dari 29 Oktober hingga 21 November, para perwakilan di peringkat negeri akan mengundi untuk memilih barisan kepimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Pada masa ini, jawatan presiden PKR disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala jawatan timbalan presiden disandang oleh Syed Husin Ali.

Polis Melaka Dengar Ceramah PAS

Sekatan jalan raya kampung

FRU dan polis telah hadir ke ceramah PAS dan tidak menghadiri ceramah UMNO. Apakah sebabnya? Seramai 100 orang anggota polis telah bersedia di Bukit Beruang dengan menghantar trak dan anggotanya untuk menjaga keselamatan untuk mengelakkan berlaku sebarang kemungkinan.

Anggota keselamatan yang dikerah

Tetapi yang peliknya, anggota polis ini mengawal ceramah PAS tetapi tidak ceramah UMNO. Pihak polis juga menekan petugas PAS untuk tidak membenarkan ceramah diadakan kerana ceramah pada malam itu dibatalkan sedangkan UMNO boleh berceramah.

Orang ramai di cermah PAS

Kehadiran yang menggalakkan walau dihalang pada mulanya

Kali ini ceramah seperti di dalam kotak kerana pihak PAS di arahkan berceramah di dalam markaz dan tidak dibenarkan untuk memasang pembesar suara tetapi sebaliknya berlaku kepada UMNO apabila ceramah mereka dibenarkan ditempat terbuka.

Akhbar keadilan turut dijual

Bukti polis dengan trak "black maria"

Jarak antara ceramah PAS dan UMNO hanyalah 50 meter sahaja dan berlaku ketidak adilan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas. Gambar di atas menunjukkan situasi yang berbeza dengan ceramah UMNO.
Pas Bukit Katil.

Ayuh mari kita lancarkan kempen 1Malaysia 1Banner di setiap kawasan...!!


"1Malaysia Gagal" - Muhyiddin Yassin (Pemangku Perdana Menteri)

Bersama kita pastikan DS Najib Razak sebagai PM yang terakhir dari Barisan Nasional !! Atau kita akan melihat anak-anak Najib dan Hisyamuddin menjadi PM pada masa akan datang, membawa legasi bapak-bapak dan datuk-datuk mereka. - edyes [http://edyesdotcom.blogspot.com]

::contoh banner ::

UMNO tutup sekolah Agama buka sekolah hamil

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Beliau berkata remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.
“Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.
“Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Kita seharusnya ambil cadangan Melaka ini dan diadaptasi di peringkat nasional supaya setiap negeri ada sekolah (sedemikian),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan dan penyerahan wang zakat serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Papar di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai persepsi negatif beberapa pihak terhadap cadangan penubuhan sekolah itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata mentaliti bahawa langkah sedemikian menggalakkan aktiviti gejala sosial tidak harus timbul lagi kerana ini merupakan realiti yang berlaku di negara ini dan tindakan sewajarnya harus diambil untuk menangani masalah ini.
“Kita harus menimbang dari segi kejadian pembuangan bayi yang telah berlaku. Apa salah kita guna sekolah ini untuk beri tempat, beri ruang kepada mereka mengadu. Mereka boleh ke sekolah ini untuk menyelamatkan diri daripada terus terjerumus dengan gejala sosial,” katanya. – Bernama
Sharpshooter :- Islam itu amat indah, Allah ciptakan kita, Allah tahu kelebihan dan kelemahan kita sebab itu Allah juga sediakan undang-undang untuk kita tetapi malangnya mereka yang mengaku Islam tidak mahu laksanakan undang-undang Islam.

Berbagai alasan mereka berikan seolah-olah mereka lebih tahu dari apa yang Allah tahu tentang makhluk yang Allah ciptakan. Lebih menyedihkan mereka memperlekeh dan menghina.

Sekolah Agama mahu ditutup tetapi sekolah hamil pula mahu dibuka. Adakah masalah ini akan selesai? jawabnya sudah pasti tidak.

Bayangkan jika cadangan ini datang dari Pakatan Rakyat, sudah pasti umno dan mufti akan jadikan ini satu isu besar. Tetapi bila cadangan ini datangnya dari UMNO maka bisulah tok-tok mufti kita dan ustaz-ustaz kangkong umno.

Siapa yang hapuskan tulisan Jawi? Siapa yang tutup sekolah Agama? Siapa yang hina hukum hudud? Semua tahu jawapannya.

Semoga suatu hari undang-undang Allah akan terlaksana....Takbir..






Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Dulu, Kini dan Selamanya.. kah..kah...kah...


Dulu....

 

Kini dan Selamanya....

Ali Rustam Tewas Lagi, Kali Ini Dengan Dr Hatta

 Cuba kira berapa ramai?

 Sampai ke luar khemah

Setelah tewas dengan ceramah Mat Sabu pada 30 Julai 2010 lalu. Malam tadi berlangsung pula ceramah di Bukit Beruang yang menyaksikan campur tangan dari pihak polis, FRU dan pegawai penyiasat. Lebih 4 buah trak land rover dan sebuah trak black maria telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Ketua Menteri Melaka

Suasana bagaikan pilihanraya yang sedang berlaku. Tetapi yang menjadi tanda tanya adalah kehadiran pihak polis yang terlalu ramai. Ingatkan anggota polis mahu mendengar ceramah PAS tetapi menjadi orang tengah bagi UMNO untuk menghalang ceramah PAS.

 Ahli Parlimen Kuala Krai

Ceramah PAS dengan UMNO hanya dibezakan jarak dalam 50 meter sahaja tetapi keadaan ceramah tidak seperti ceramah pada 30 Julai lalu yang menyaksikan Mat Sabu menewaskan Ali Rustam dengan isu salah laku dalam UMNO. Maka terpaku Ali Rustam dengan kurang 70 orang yang datang sebaliknya lebih 700 orang yang datang ceramah Mat Sabu.

Malam tadi Ali Rustam kecundang lagi tapi kali ni kepada Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Sekali lagi rakyat Bukit Baru membuktikan bahawa Ali Rustam sudah sampai tempoh menopaus sebagai ADUN Bukit Baru.

 Anggota PEKIDA

Ceramah malam tadi menyaksikan seramai 250 orang yang hadir ke ceramah PAS berbanding dengan UMNO yang hanya sekitar kurang 100 orang yang hadir ke ceramah Ali Rustam dengan menjadikan PEKIDA sebagai memenuhi ruang ceramahnya. 

Maka terbukti bahawa Ali Rustam tidak layak untuk memimpin rakyat Bukit Baru pada penggal akan datang. Jadi, sudah dua kali Ali Rustam tewas di gelanggang sendiri.

Polis: Tiada pihak ke-3 dalam kes Aziz

Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai di tempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Bernama lewat petang ini melaporkan polis yakin tiada pihak ketiga terlibat dalam kes kematian Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya semalam.

Khalid dilaporkan berkata siasatan pihaknya hanya menjurus kepada mengetahui motif sebenar tembakan dilepaskan (terhadap mangsa).

Ditanya mengenai desas desus yang menyatakan bahawa kedua-dua mangsa mempunyai ikatan perkahwinan, Khalid berkata:

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang itu, biar kita siasat dulu.

"Kita kena hormati ahli keluarga dan jangan buat apa-apa spekulasi. Perkara yang mungkin membabitkan peribadi kita tidak akan sentuh," beliau dipetik sebagai berkata.

Kahwin muda: Nik Aziz sedia kaji, tapi bimbang.........

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua kanan) meninjau persiapan akhir perasmian Jajahan Kecil Lojing dekat Gua Musang hari ini. Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra akan menyempurnakan perasmian projek itu, esok. — Foto Bernama
 
GUA MUSANG, 4 Ogos — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sedia mengkaji kesesuaian pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka. Bagaimanapun beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata pihaknya juga merasa bimbang jika membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal, mereka tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh menyebabkan berlaku perceraian.
“Kita tidak mahu orang kahwin kerana suka-suka sahaja, ia benda besar.
“Tetapi bagi saya benda ini di kampung sudah lama berlaku dan tidak banyak pasangan yang bermasalah sepertimana di bandar. Namun kita akan kaji benda ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat tapak perasmian Jajahan Kecil Lojing, di sini hari ini.
Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)  telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa.
Nik Aziz juga meminta kerajaan negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.
Beliau berkata walaupun Islam tidak melarang umatnya berkahwin awal, malah Nabi Muhammad S.A.W  menggalakkannya  tetapi ia bukan kerana bersifat  nafsu semata-mata dan akhirnya boleh berlaku penceraian.
“Kita akui dalam Islam berkahwinan tiada had umur asalkan cukup syaratnya. Tetapi jika berlaku perkahwinan terlalu muda, saya bimbang  rumah tangga mereka tidak dapat diurus dengan baik,” katanya. — Bernama

Ibu: Siti Rohana tiada hubungan istimewa

"Arwah anak saya bukan isteri kedua Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd Noh tetapi hanya sebagai seorang kerani dan tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-dua mereka."

Demikian penjelasan Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Permatang itu semalam.

Beliau berkata, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang mengenali Abdul Aziz, 64, sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

"Dahulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja sahaja.

"Sebagai seorang kerani, dia mestilah selalu mengikut bosnya untuk menjalankan tugas," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang dekat Tanjung Karang.

Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala masing-masing dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam.

Siti Badariah berkata, tiada sebab bagi arwah anaknya menjadi isteri kedua kepada Abdul Aziz kerana Siti Rohana sudah memiliki segala-galanya termasuk rumah, kereta dan perniagaan sendiri.

Katanya, sejak bercerai dengan Abdul Aziz Hamim, 43, lima tahun lalu, anaknya yang aktif berpolitik terpaksa bekerja keras demi mencari rezeki untuk mereka empat beranak.

"Allahyarham seorang anak dan ibu yang baik serta bertanggungjawab kepada anak-anaknya kerana sanggup bekerja siang malam untuk menyara keluarga," katanya.

Ayah Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya.

"Saya juga tidak pernah ambil tahu mengenai urusan peribadi Rohana termasuk hal ehwal politik dan perniagaan butik andaman dan solekan yang diceburinya," kata bekas petani itu.

Beliau juga berkata ketiga-tiga anak Siti Rohana, Izati Natasha, 19, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, masih dalam keadaan trauma berikutan kematian ibu mereka.

- Bernama

Kabinet arah isu Allah tak dibincangkan secara terbuka....tak boleh buka tau..!!!


Kabinet hari ini mengarahkan supaya semua pihak, termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, supaya tidak membincangkan secara terbuka isu berkaitan kalimah Allah yang masih dibicarakan di mahkamah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jika isu berkenaan dibincangkan secara terbuka, ia boleh mencetuskan situasi yang boleh menghangatkan semula keadaan yang sudah baik sebelum ini.

"Kabinet hari ini sudah putuskan (perkara) ini tidak baik untuk kita debat kerana soal ini ada hubung kait dengan mahkamah. Semua orang tahu, perkara yang masih dalam mahkamah, jangan kita bicara.

"Berdebat (isu ini) tiada hasil dan kebaikan yang boleh kita peroleh kerana ia boleh mencetuskan semula situasi yang tidak baik," katanya selepas menerima peruntukan RM50 juta bagi pihak Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

- Bernama

Najib tak pernah bodoh, Singapork yang bodoh


Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerah diri kepada Singapura dan antara lain melepaskan pegangan ke atas tanah KTMB di Tanjung Pagar, puak-puak 'asabiyyah* dalam Umno melambung-lambung memuji-muji (lihat Utusan Malaysia 25/5/10 "Malaysia-Singapura capai kesepakatan").

Berlagak sungguh depa cakap. "Nak buat apa tanah sekangkang kera? Nak boleh buat apa tanah yang hanya muat untuk landasan keretapi? Nak buat projek apa?"

Dengan bangga juga depa kata Malaysia dapat ganti rugi. Dapat tanah di Marina South dan Ophor Rochir. Tak rugi apa-apa.

22 Jun lalu, oleh kerana saya dah meluat dah, saya dah tak ambil pot tentang lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong ke Malaysia. Saya tak baca la berita Utusan Malaysia pada 23 Jun "KL-Singapura setuju selesai".

Hari ni, bila saya baca, rupa-rupanya dalam berita tu ada dilaporkan gini:
Menjawab soalan pemberita, Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia sekarang ialah untuk meneliti pertukaran tanah iaitu di Marina South dan Ophor Rochir dengan maklumat lanjut yang akan dipertimbangkan.

''Dari segi konsep pembangunan bersama masih dikekalkan," katanya.
Cakap-cakap macam tu, kira cakap orang kena tipu la.

Hari ni, saya nak tanya berapa banyak kos conversion tanah di Marina South dan Ophor Rochir yang kata Singapork nak bagi kat kita tu? S$1.5bil (RM3.6bil) ka? Suatu hari nanti, harap ada jawapannya.

Untuk sementara waktu, baca dulu blog Syed Akbar Ali "Khazanah Nasional selling us out to Singapore, literally" dan blog A Voice "Azman's dungu: Float Sukuk Bond in Singapore in Sing Dollar... " (nak tanya Azman sorang ja ka yang dungu, takut A Voice marah pulak).

* Bila disebut 'asabiyyah, dalam PAS pun bersepah. Asal pemimpin depa, mesti tak pernah salah. Bila ada cerita tentang pemimpin depa yang tak sesuai dengan kehendak depa ja, macam bagus sangat mula la baca atau tulis ayat Quran "...jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah..." (Al Hujuraat : 6). Saya pernah baca dalam blog Misai Merah ada komen yang kata: Ahli-ahli PAS yg walak, bila pemimpin dia buat salah, dia akan salahkan syaitan. Syaitan yang hasut pemimpin dia buat salah. Pemimpin dia tak salah jugak.
PB.

Zambry.. Berani ke tak?


IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.
“Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.
“Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.
Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.
Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.
“Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.
Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’.

Sodomy II: Defense worried Farah hid the truth from her bosses

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Defense lawyers acting in the Sodomy II trial are increasingly worried that Deputy Public Prosecutor Farah Azlina Latif did not tell her bosses about her closeness to complainant Saiful Bukhari Azlan until after the affair allegations blew up, saying it suggested a deliberate intention on her part to hide the truth from them.

“The more we check, the more worried we are because there are so many loose ends that suggest impropriety. As a DPP she cannot say she doesn’t know the rules that she cannot have any relationship with the complainant that is other than professional,” Anwar’s lawyer Sivarasa Rasaiah told Malaysia Chronicle.

“Yet did she inform her bosses? Did she seek their advice or try to disqualify herself? That she did not is an indication that she was willing to sacrifice her professional ethics for Saiful.”

Sacrificing her professional ethics for Saiful

Saiful with his own fiancee Janna Syariza
The Farah-Saiful affair is the latest convolution in the government’s complex trial against Opposition Leader Anwar Ibrahim. It has not only sensationalized but made even murkier the high-profile trial that has been condemned far and wide as being trumped-up to stop Anwar’s political rise and put him behind bars.

On Monday, Anwar’s lead counsel Karpal Singh applied to have the case struck off on the basis of a mistrial due to unfair advantage and the possibility that both Saiful and Farah had breached the Official Secrets Act. The High Court will hear the application on August 9.

Meanwhile, Saiful has broken his silence by warning on a Twitter message to his followers that evil will be eliminated. But he was vague, did not refer to Farah at all and did not make any denial of any affair with her.

“This is another worrisome point. The two main ‘stars’ have not said anything at all. Only the Attorney-General has dropped her from the team. He says he cannot verify if there was an affair, which actually means he also does not dare to deny there was an affair,” Sivarasa said.

“Usually, the thing to do is to stand by your staff – if she is innocent. But the AG could only say she did minor duties. At no time did he defend her integrity which is also the integrity of the entire prosecution team. This is very significant. How can the prosecution insist there is nothing for Anwar to worry about, that he must accept their word as good when even Farah herself has been hiding the truth from them.”

Wedding cards already all sent out 

Sources in the legal fraternity have also told Malaysia Chronicle that Farah got engaged last year. Her fiancĂ© is the assistant head of the prosecution unit in a northern state. Their marriage was due to take place on July 9, with dinner for her side of the family slated for July 10 and for the groom’s on July 11.

But it was not to be. According to the sources, a day before the marriage was due to be solemnized she asked for a cancellation, leaving her fiancé who had already sent out all the invitation cards stunned and heartbroken.

It is not clear if Saiful is still engaged to his own fiancee Janna Syariza.

All eyes are also on Friday, when Anwar’s appeal for documents to help his lawyers prepare his defense will be heard. This has been another area where the Malaysian government has come under intense criticism because of its refusal to adhere to UN guidelines for fair trial.

The prosecution has accused Anwar of trying to fish for information but legal experts including New York-based Human Rights Watch have countered that to withhold access to documents used in the trial was tantamount to deliberately tilting the case in the government’s favour.

Minda rakyat perlu dimerdekakan

SEBERANG JAYA, 4 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyarankan supaya minda rakyat dimerdekakan terlebih dahulu daripada terus dikongkong sebelum erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati dan diresapi dalam sanubari.
Beliau juga berkata minda rakyat perlu dimerdekakan dari dizalimi dan disekat oleh hanya satu pandangan yang diseragamkan sebelum ianya dapat mencapai tahap kemerdekaan sebenar.
"Kemerdekaan bukan sekadar kita bebas dari penjajah atau dalam lain ertikata laungan 'Merdeka' sahaja. Namun begitu apa yang perlu dihayati ialah maksud kebebasan dan kemerdekaan bagi memisahkan diri dari ideologi personal, mencabar diri secara intelektual untuk melihat sesuatu isu secara menyeluruh demi mencapai penyelesaian sebenar untuk manfaat semua pihak.
"Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53 maka adalah diharap rakyat dapat bangkit sebagai satu bangsa bermaruah yang memiliki kekuatan politik dengan didokong oleh penguasaan ilmu bagi mempercepatkan pembangunan negeri, negara dan bangsa keseluruhannya," katanya.
Lim berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri di perkarangan Sunway Carnival Mall, di sini baru-baru ini.

SMK BUNTING, NASIONAL...!!!

Pengetua SMK BUNTING NASIONAL
Guru Disiplin SMK BUNTING NASIONAL
Guru-Guru SMK BUNTING NASIONAL
Pelajar SMK BUNTING NASIONAL
 Pelajar Senior SMK BUNTING NASIONAL
Bekas Pelajar  SMK BUNTING NASIONAL

Ahaak...cadangan PUTERI UMNO SEKOLAH HAMIL NASIONAL...fikir-fikirkan...!!!!

Muhyiddin sudah persiap jentera untuk melawan Presiden UMNO !



Ini peluang keemasan untuk Muhyiddin sewaktu Najib dan Rosmah tengah bersenang lenang di Eropah shopping guna duit rakyat.

Banyak orang Muhyiddin di Johor yang nak dia masuk tumbangkan Najib.

Ini bukan orang Ghani ya , harap maklum. Johor ada 2 kem besar !

Ini bukan cobaan , ini perancangan tersusun.

Kalau dulu Khairy dijadikan alasan untuk di kambinghitam kan , sekarang Rosmah.

Walaupun Rosmah bukan lah kambing mahupun hitam !

Apa tanda-tanda nya ?


Mahyudin sudah mula berani persoal 1Malaysia.

Mahyudin ni tak suka 1Malaysia nih.

1Malaysia ni kata dia ;

" burden untuk UMNO nak tarik undi Melayu.... "

Ada orang kuat Mahyudin mula pertikai pembabitan APCO dalam 1Malaysia.

Mereka tidak sebebal Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Johor.

Tapi itu baru.

Yang awal dihidu oleh orang UMNO adalah apabila website rasmi Mahyudin telah ditutup arahan Najib atas alasan ;

" don't want the official website for Mahyudin to outshine Najib's 1Malaysia website...."

Pak Lah adalah antara orang yang kecewa dengan Mahyudin dulu sebab dia yang desak Pak Lah letak jawatan.

Tapi bersandar kepada keadaan Rosmah sekarang yang dah berlebih-lebihan mengalahkan Menteri Kabinet , banyak pehak dah tak puas hati.

TOMBANGKAN NAJIB ITU PENTING DALAM PEMILIHAN PRESIDEN !!!

UNTUK MERAMPAS KEKUASAAN ROSMAH YANG MELAMPAU BATAS !!

Kamu sebut dekat aku orang UMNO mana yang suka Rosmah ???

SEMUA DAH NAIK MENYAMPAH DAH SEKARANG !!!

Shahrizat ???

Inilah antara orang yang paling berbulu dengan Rosmah!!

Semua yang sebut nama Rosmah masa ceramah tu PENJILAT TEGAR yang juga akan dihumban dalam pemilihan nanti.

"SEMUA NAK KENA DAPAT CONSENT ROSMAH "

"MANA BOLEH TAHAN WOIIII............"

KITA NI BERJUANG UNTUK UMNO DAH LAMA ..................

BUKAN NAK DAPATKAN CONSENT SI DEBAB TU (Rosmah) ...

kata salah sorang orang UMNO yang pernah dudok dalam Team Wawasan dulu.

"Biar Mahyudin masuk Presiden , Zahid masuk Timbalan....."

AKU AKAN DEDAHKAN LAGI PERANCANGAN NIH......

TAPI SECARA SIFIR POLITIK AKU TIDAK MAHU MAHYUDIN MASUK

GELANGGANG !!!

SUSAH PAKATAN NAK RANAPKAN UMNO !! kah kah kah

NAJIB IS THE RIGHT UMNO PRESIDENT TO BE THROWN OUT PRU 13!!!!



PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

PASTIKAN KUASA ROSMAH TIDAK MELEBIHI KUASA MT UMNO !!!

MT UMNO PON TAKUT DENGAN ROSMAH ???

APA BARANG ???

ELOK KAMU JADI PENGECOT MACAM KETUA PEMUDA JE KALAU MACAM TU !!!!

by MB Warrior

Perwakilan Pakatan tak dibenar hadir di sekolah Selangor

Satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'talam dua muka' kerajaan persekutuan.

Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha sulit menteri dan pekeliling itu dihantar kepada pengarah jabatan pelajaran Selangor.

Ia juga menyatakan bahawa wakil BN berkenaan turut dibekalkan dengan surat pelantikkan dengan salinannya dikepil bersama pekeliling tersebut dengan nama penuh serta jawatan mereka yang disenaraikan itu.

Ketika dihubungi, Hannah Yeoh, ADUN DAP bagi kerusi Subang Jaya berkata surat itu memberi implikasi bahawa pihak berkuasa sekolah mesti memndapatkan kebenaran menteri sebelum menjemput perwakilan Pakatan Rakyat.

“(Apabil
a sekolah memohon kebenaran), ia tidak pernah diberikan,” dakwanya.

Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu.

“Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul erana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

“Dalam kes saya, kerana PIBG mendesak, maka saya boleh hadiri. Jadi ini menujukkan bahawa PIBG mempunyai peranan besar,” katanya.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN Teratai, Jenice Lee.

“Sesetengah sekolah memohon bantuan kewangan daripada saya tetapi saya tidak dibenarkan ke sekolah itu ataupun boleh berucap,” katanya.

“Ada satu ketika, saya terpaksa menyampaikan cek di luar perkarangan sekolah.

“Perkara ini berlaku kepada kebanyakan pemimpin Pakatan dan bukan ke atas saya dan hannah sahaja. Ini jelas tidak adil,” katanya.

Pemuda Umno lapor polis terhadap Tony Pua

DSC_1326 Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Pemuda Umno Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin DAP Tony Pua yang mencadangkan kerajaan negeri memansuhkan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan rumah mewah di negeri itu.
Kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJS) itu disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 27 Julai lalu yang mendapat bantahan daripada beberapa pemimpin Umno di negeri itu.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyifatkan pemansuhan diskaun untuk Bumiputera tidak wajar kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pengagihan serta pemilikan ekuiti di antara kaum di negara ini.
Setiausaha Pemuda Umno Selangor, Zurihan Yusof berkata, semua pergerakan Pemuda Umno bahagian membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) di tempat masing-masing.
Katanya, Pemuda membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat ucapan ahli parlimen berkenaan yang disifatkan mencabul hak keistimewaan orang Melayu.
Cadangan itu berbahaya
DSC_1363 Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda Umno negeri, Safarizul Mustafa ketika dihubungi berkata, cadangan pemimpin muda DAP itu berbahaya bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Setakat ini, 10 bahagian Pemuda telah membuat laporan tersebut dan dijangka yang lain akan berbuat demikian selepas ini," katanya.
Safarizul menyifatkan cadangan itu sebagai berbahaya, sensitif dan berbentuk provokasi serta cuba menimbulkan bibit benci dan rasa tidak puas hati terhadap dasar pentadbiran negara ini.
"Beliau jelas mencabar dan mempersendakan peruntukan undang-undang…..cadangan yang dikemukakan beliau merupakan permainan politik yang berbahaya kepada kedudukan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini.
"Saya membuat laporan ini supaya polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat," katanya yang membuat laporan di IPD Ampang Jaya pagi tadi.