Ahad, 1 Ogos 2010

Malam Mansuhkan ISA: 36 orang ditangkap dalam 1 Malaysia

Malam Mansuhkan ISA, perhimpunan sempena ulang tahun ke-50 Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal, berdepan dengan penangkapan oleh pihak polis.  Kira-kira 200 orang tenaga polis dikerah untuk berdepan dengan 300 hingga 400 orang peserta, dalam perhimpunan yang bertempat di Padang Timur, Dataran MBPJ Selangor.
Menurut maklumat terkini, seramai 30 orang ditangkap di Selangor, 4 orang di Pulau Pinang, dan tiada penangkapan di Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak.  Polis menahan 2 orang penyelaras di Kelantan, iaitu Zaidi Musa dan Hamidi Musa selepas perhimpunan disuraikan.
SUARAM telah mengenalpasti nama 21 orang yang ditangkap di Selangor, termasuklah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim, Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Bahrulhisham, Enalini Elumalai, Arulchevan, Mien Lor, Thilaga Sokiapillay, Tsuing Han See, Kohila Y., Bawani K., Parames E., Sivaranjani, Lee Wei Ni, Ng Yap Hwa, E. Sarawanen, Xavier Sim Yoon Han dan Aiman Siew Teck Meng.
Seorang polis berpangkat rendah memaklumkan kepada wartawan MerdekaReview, tugas mereka hari ini adalah menyuraikan semua peserta, dan menangkap mereka yang memegang lilin.
Petaling Jaya, Selangor
9:30 pm Truk penyembur meriam air tiba untuk berdepan dengan ratusan peserta yang berada di luar Balai Polis Petaling Jaya.  Peserta melaungkan slogan "Hidup Rakyat".  FRU telah berbaris dan peserta melarikan diri ke tempat meletak kereta yang berhampiran.  Empat orang lagi ditangkap.
8:50 pm Polis menyerbu ke dalam Amcorp Mall.
8:45pm Peserta yang berhimpun di dalam Amcorp Mall melaungkan slogan "Hidup Rakyat!", diketuai oleh Arutchelvan, yang melangkah menuju ke Centre Court.  Polis menangkap lapan orang lagi, termasuk Arutchelvan.  Bilangan tangkapan mencecah ke 20 orang setakat ini.
Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Latheefa Koya berkata, penggunaan padang MBPJ hanya memerlukan permit daripada MBPJ.  Arutchelvan telah menunjukkan permit tersebut kepada polis sebermulanya perhimpunan, tetapi tidak dipedulikan polis.
8:40 pm Setiausaha Kehormat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur., Fadiah Nadwa Fikri berkata, seramai 12 orang ditangkap, tetapi hanya mempunyai butiran lapan orang, termasuk Presiden Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin.
8:15pm Polis menghampiri tempat letak kereta, dan peserta berundur ke dalam Amcorp Mall.  Polis tanpa uniform menyerbu ke dalam Amcorp Mall dan Badrul Hisham Shaharin ditangkap.
Antara 300 hingga 400 orang yang hadir untuk perhimpunan ini, sementara polis pula mengerah kira-kira 200 orang tenaga.
8pm Peserta yang berhimpun di tempat letak kereta Amcorp Mall bersedia untuk berarak ke padang MBPJ, tetapi OCPD Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed mengisytiharkan bahawa perhimpunan ini adalah haram dan memberi arahan untuk bersurai.
Sementara Setiausaha Agung PSM S.Arulchelvan berunding dengan polis, peserta menyanyikan lagu kebangsaan, tetapi tidak dipedulikan oleh polis.
Pulau Pinang
Sementara di Pulau Pinang pula, penangkapan juga berlaku sebelum perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam.  Antara yang ditangkap termasuklah Darshan Singh, Kris Khaira, Choo Chon Kai dan Ong Jing Cheng, koordinator SUARAM.  Kira-kira 200 orang tenaga polis dikerah untuk menyuraikan perhimpunan, yang bertempat di Dataran Pidato, Esplanade Padang Kota Lama.
Ipoh, Perak
Ahli Jawatankuasa GMI di Perak, Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja-PKR, memaklumkan kepada MerdekaReview bahawa perhimpunan di Ipoh berjalan dengan lancar, hasil daripada kebijaksanaan penganjur mengatur strategi.
Mereka mengambil keputusan untuk mengalih pandangan polis apabila mendapati lokasi asal perhimpunan, Dataran Majlis Bandaraya Ipoh telah ditutup oleh polis pada jam 7 petang.  Maka, pengantur menghantar beberapa orang wakil untuk berunding dengan OCPD Ipoh, ACP Azizman, yang mengambil masa kira-kira 30 minit.  Pada masa yang sama, peserta yang lain pula bergerak menuju ke Ipoh Parade, dan berkumpul di situ.  Dengan tangkas mereka bersurai sebelum ratusan polis sampai ke tempat mereka mengadakan perhimpunan.
Menurut Chang Lih Kang, polis telah berseddia untuk menangkap, tetapi ketangkasan mereka bersurai menggagalkan tugas polis.  Perhimpunan tersebut ditamatkan pada kira-kira 8.50 malam.

Polis dan FRU Ganggu Ceramah

Aktiviti politik Pakatan Rakyat untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat Johor bertukar menjadi ganas semalam apabila lebih 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) serta anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di sini sejurus sebelum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap.

Tindakan yang didalangi Umno-BN itu dilihat sebagai langkah terdesak menghalang sokongan rakyat Johor kepada pakatan Rakyat yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Anwar sepatutnya berucap di Kampung Sungai  Tongkang, Rengit sejurus selesai Majlis Makan Malam dan perasmian Pakatan Rakyat Batu Pahat di sebuah restoran di sini malam tadi. 

Puluhan anggota FRU dan polis menyerbu dengan pantas ke atas pentas dan mengarahkan pentas tersebut dikosongkan serta merampas peralatan audio dan menghalau penyokong daripada tapak ceramah.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang berada di lokasi ceramah berkata keadaan menjadi tegang selepas pihak polis menyerbu dan merampas mikrofon, pembesar suara serta mengoyakkan kain pemidang di atas pentas ceramah. 

Mereka turut menahan beberapa orang aktivis parti yang didakwa menghalang tindakan pihak keselamatan tersebut.

"Keadaan agak tegang  dan beberapa orang aktivis parti telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Tetapi orang ramai masih menunggu dan tidak berganjak daripada tapak ceramah untuk menunggu ketibaan Ketua Umum," katanya semalam.

Beberapa pepimpin KEADILAN berada di kawasan ceramah ketika serbuan termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Penerangan, Latheefa Koya. 

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Johor, Ahmad Anwar Asyraf melaporkan anggota polis dan FRU serta anggota polis yang berpakaian preman dilihat mula berkumpul di sekitar Markas PAS Cawangan Sungai Tongkang semenjak petang semalam.

Mereka turut meletakkan pita dan kon keselamatan sepanjang lebih satu kilometer bagi menghalang orang ramai meletakkan kenderaan dan menghadiri program ceramah yang dianjurkan. 

Turut kelihatan juga sebuah trak pemancut air yang diletakkan berhampiran dengan tapak ceramah.

"Kira-kira 4,000 orang telah berhimpun dan gangguan tersebut bermula sebaik selepas doa selamat dibacakan," kata Ahmad.

Latheefa Koya dan Hassan Karim dilihat bergegas ke lokasi ceramah untuk membantu penganjur dan melepaskan mereka yang ditahan.

Dalam serbuan itu yang dibuat kira-kira pukul 12.30 pagi polis menahan tujuh lelaki.

Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.

Polis juga bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Sementara itu mereka yang ditahan telah dibebaskan pada pukul 3 pagi tadi dengan jaminan bon oleh lima penjamin.

Tiga daripada mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat pada 13 Ogos depan manakala empat lagi pada 1 September di mahkamah yang sama.

Dua daripada yang ditangkap bercadang membuat laporan polis hari ini kerana mendakwa telah dipukul anggota keselamatan.

Stor markas PAS Batu Pahat juga dikatakan telah dipecah masuk dan barang dirampas.
 
 

Menteri TerHamil .....?

Menteri TerHamil, lepasan Sekolah Hamil ...?
Kah kah kaahhh ...!

Di sini.

Hukuman mati: Idea Karpal OK kata Shahrizat, Hisham tolak

Karpal meminta agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyambut baik cadangan Karpal Singh agar perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati, tetapi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berpendapat hukuman berat seperti itu belum tentu boleh menghalang kesalahan sedemikian. Shahizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyambut baik cadangan Karpal itu bagaimanapun berkata, soal hukuman bukan jalan penyelesaian kepada jenayah terbabit yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
“Ini masalah yang sangat serius. Kita tidak harus hanya melihat hukuman maksimum dikenakan, tapi hal-hal penting adalah langkah-langkah pencegahan untuk mengatasi jenayah itu daripada berulang.
“Semua pihak termasuk NGO dan parti politik harus bekerjasama untuk memikirkan cara terbaik menyelesaikannya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Kemasyarakatan 1Azam iaitu azam untuk mengakhiri zaman miskin di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Ladang Nigel Gardner, Bestari Jaya, Hulu Selangor hari ini.
Justeru, Hishammuddin meminta Karpal membuktikan sama ada hukuman mati yang dikuatkuasakan sekarang menjadi pendekatan berkesan untuk menghalang pengedar dadah.
“Jika beliau boleh, membuktikan kepada saya bahawa hukuman mati ke atas pengedar dadah adalah langkah yang berkesan. Jika hukuman mati ke atas pengedar tidak berkesan, maka apa kewajaran hukuman yang sama dikenakan ke atas perogol kanak-kanak,” kata beliau selepas menutup Sidang Kemuncak Tahunan Pelajar Malaysia Keempat di sini hari ini.
Kata Naib Presiden Umno ini, beliau bukannya hendak membiarkan perbuatan itu daripada berlaku, tetapi hukuman semata-mata tidak boleh menyelesaikan masalah tersebut.
Semalam, Karpal, Pengerusi DAP kebangsaan meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.
Mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.
Dalam pada itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta kerajaan meminda undang-undang sedia ada berhubung hukuman kepada pesalah rogol membabitkan kanak-kanak dengan mengenakan hukuman yang lebih berat.
Beliau berkata kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu, isu ini tidak wajar dipandang ringan dan masyarakat juga mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.
Dr Chua, yang ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini berkata, cadangan Karpal itu baik tetapi perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan bagi menggantikan hukuman yang sedia ada.

Upacara anti-ISA dihalang polis, lebih 30 ditangkap

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di lapan tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut

Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut.
Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya lima orang terus ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.
Selain Ibrahim, Arutchelvan dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis Petaling Jaya termasuklah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa, Tsuing Han See, Enalini Elumalai, Mien Lor, Thilaga Sokiapillay, Kohila Y, Bawani K, Parames E, Sivaranjani, Lee Wei Ni, E Sarawanen, Xavier Sim Yoon Han dan Aiman Siew Teck Meng.
Siti Kasim (kanan) dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah Amcorp berhampiran.
Pengarah Suaram, Kua Kia Soong turut mengecam kekerasan polis dalam kejadian tersebut.
Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.

Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.

"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.

Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.

Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.

"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.

Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.

Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.
Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kemudiannya berkata polis menangkap 30 orang di Petaling Jaya - 22 lelaki dan lapan wanita.
Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.

Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram.

Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan sejurus selepas tengah malam selepas polis mengambil kenyataan mereka.

Lau Shu Shi dari Suaram juga ditahan selepas diserahkan waran tangkap, tetapi ia dikatakan berkaitan kes lain sebelum ini.
Di Kelantan, polis menangkap penyelaras upacara memasang lilin - Zaidi Musa dan Hamidi Musa - ditahan selepas ianya selesai diadakan.

Sementara itu, dalam kenyataannya, Suaram mengecam tindakan polis yang menurutnya terus menerus menyerang kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.

Ceramah Perdana:Harapan Baru,Selamatkan Malaysia JOHOR,BATU PAHAT

Foto oleh Atiqah Aklaken

Kezaliman Polis Petanda UMNO BN Bakal Hancur


Kebiadapan Polis Terhadap Rakyat Percepatkan Kejatuhan Umno-BN

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng menganggap Malaysia sebagai sebuah negara polis, apabila bertindak ganas dengan memukul dan menahan dengan kasar orang ramai termasuk peniaga semasa program ceramah anjuran KEADILAN di Markas PAS Kawasan Batu Pahat di Kampung Sungai Tongkang, di sini semalam.

Chua berkata tindakan tidak demokratik pihal polis hanya membuka mata dam menyedarkan lagi rakyat khususnya di Johor bahawa Umno-Barisan Nasional perlu ditumbangkan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Peristiwa ini menunjukkan dengan jelas bahawa, rakyat telah faham yang Umno dan Barisan Nasional di Johor sudah takut dan putus asa sehingga terpaksa menyalahgunakan institusi polis untuk menghalang proses politik dan demokrasi di negara ini.

"Ini akan menambah keazaman dan keinginan kita untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN di Johor dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini adalah program pertama saya di Johor selepas dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Memang benar seperti apa yang pernah dikatakan, halangan akan dikenakan kepada mana-mana bekas pemimpin Barisan Nasional seperti saya dan Datuk Seri (Anwar Ibrahim). Jadi kata Tun Dr Mahathir, 'Malaysia Negara Polis' satu ketika dulu, memang benar," komen Chua kepada Suara Keadilan ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Rengit untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan semalam.

Turut hadir beberapa pemimpin KEADILAN termasuk Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan, Latheefa Koya, Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali dan tokoh parti serta peguam, Hassan Karim.

Dalam serbuan yang dilakukan pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas lokasi ceramah di Rengit semalam, seramai tujuh orang ditahan iaitu, Shukri Yusof, 32, Khairul Nurrashid, 26, Sheikh Hussin Abdullah, 43, Radzi Kasim, Ahmad Ariff, 29, Raden NohKamaruzzaman, 22, dan Mohd Hussin Ismail, 19.

Mereka dilepaskan kira-kira pada pukul 4 pagi selepas mendapat jaminan lisan daripada pihak polis.

Tiga daripada mereka yang ditahan iaitu Shukri Yusof, Khairul Nurrashid, Sheikh Hussin Abdullah diminta untuk kembali ke Balai Polis Rengit pada 1 September depan untuk diambil keterangan manakala empat yang lain dikehendaki ke balai polis yang sama pada 13 September.

Sementara itu Ahmad Ariff dan Raden Noh Kamaruzzaman mendakwa mereka telah dikasari oleh anggota FRU yang dikatakan memukul dan memijak mereka sehingga menyebabkan kecederaan.

Kedua mereka dijangkakan akan membuat laporan polis pada hari ini.

Seorang petugas Unit Amal berkata pihak polis dan FRU turut merampas peralatan audio seperti mikrofom dan sistem pembesar suara selain merosakkan beberapa peralatan elektrik dalam tindakan serbuan mereka.

FRU turut melepaskan sejenis gas yang menyebabkan mereka pedih mata dan sakit dada.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Azlan Ishak mendesak pihak polis memberikan penjelasan berkenaan kekasaran yang dilakukan terhadap orang ramai dalam program malam tadi.

Beliau menganggap tindakan tersebut menyalahi jaminan yang termaktub dalam Perlembagaan yang membenarkan orang ramai untuk berhimpun dan berekspresi.

"Kita bercadang untuk failkan perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Perbuatan (menyerbu) ini menyalahi undang-undang.

"Program ini diadakan di dalam premis persendirian dan kita telah patuhi. Permit yang dipohon sebenarnya telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), namun ditarik semula atas tekanan politik. Inikah negara demokrasi?" tanya Azlan. -SK

Ulasan GB

PDRM bersama UMNO BN tidak pernah belajar dari sejarah. Pada PRU 1999, mencatatkan keputusan pilihanraya terbutuk buat UMNO BN setelah berlakunya kezaliman polis terhadap isu Anwar. Sekalipun Barisan Alternatif ketika itu BN hanya tinggal sebanyak 148 jatuh 8.6% berbanding 162 kerusi yang diperoleh pada tahun 1995.

Pada PRU 2008, setelah polis melakukan pelbagai kezaliman, sekali lagi UMNO BN hampir terdampar ke lurah jahanam, di mana kali ini Pakatan Rakyat berjaya menghapuskan majoriti dua pertiga UMNO BN di Parlimen.

Tetapi polis masih begitu, kekal dengan fe'el lama mereka terus melakukan kezaliman ke atas rakyat.

Nah, kita tunggukan saja nanti pada pilihanraya umum akan datang, UMNO BN PAS tercampak keluar dari Putrajaya dan ketika itu PDRMlah yang merupakan penyebab utama kebencian rakyat terhadap UMNO BN.

Percaya atau tidak, terpulanglah, tapi itulah realitinya.

Memperingati ISA 50 Tahun, Chegubard Ditahan Polis

Pada masa ini berlangsung acara nyalaan lilin memperingati kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di perkarangan Amcorp Mall.
8.36pm
TV Selangor menerima maklumat daripada wartawan di lokasi, Mohd Naeem Mohd Rafi yang Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin ditahan polis dalam serbuan polis melibatkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Turut ditahan ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, selain kira-kira 20 aktivis lain.
9.30 pm
Jumlah yang ditahan polis sehingga jam 9.30 malam ini ialah 25 orang termasuk enam wanita.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut dan dituruti sebahagian penyokong anti-ISA.
10 pm
Beberapa dari kira-kira 100 orang berkumpul depan IPD Petaling Jaya ditahan polis selepas diserbu empat trak pasukan anggota FRU, kira-kira jam 9.40 malam.
Sebahagian mereka sempat melarikan diri dan FRU dikatakan mengejar meter sehingga sekitar 50 meter dari IPD berkenaan.

Polis serbu himpunan Vigil anti ISA PJ

PETALING JAYA, 1 Ogos: Belum sempat himpunan bermula, Polis berserta pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyerbu upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bagunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini.

Akibat serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, peserta bergegas masuk ke bangunan pusat membeli belah Amcorp Mall yang bersebelahan.

Bagaimanapun pihak polis didakwa tetap mengejar mereka dan sekurang-kurangnya 12 ditahan.

Mereka termasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, Setiausaha PSM, Arutchelvan dan koordinator Suaram, Nalini Elumalai.

Mereka difahamkan dibawa dengan trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Menurut Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, polis membuat serbuan tanpa membuat sebarang rundingan dengan pihak GMI selaku penganjur.

Menurut Tian lagi, polis tidak sepatutnya bertindak demikian kerana program tersebut dibuat di tapak milik MBPJ dan telah mendapat kelulusan mereka.

Peserta yang berkumpul di dalam pusat membeli belah tersebut kini bagaimanapun mula bersurai.

Program sama pada malam ini turut diadakan di tujuh lagi tempat di seluruh negara bagi membantah ISA yang kini berusia 50 tahun.

Gendang PRU13 mula dipalu !

Gendang pilihan raya telah mula dipalu. Sejak, BN (SUPP) kalah dalam pilihanraya kecil Miri baru-baru ini, Perdana Menteri dan timbalannya telah memberikan lebih perhatian terhadap Sarawak, satu-satunya negeri yang Umno “tiada berkuasa”.

Sejak itu, beberapa kali melakukan lawatan-lawatan politik ke negeri Sarawak dengan memberikan “gula-gula pilihanraya”. Ramai pemerhati politik menjangkakan bahawa pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti akan diadakan serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak bagi menjimatkan kewangan negara. Sarawak menjadi tumpuan parti-parti Pakatan Rakyat (PR).

Dalam keadaan yang sedikit terdesak, UMNO dan BN mula mendekati semula guru-guru yang menjadi tonggak kepada perjuangan UMNO sejak awal lagi. Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Langkah ini akan menjadikan guru-guru kumpulan A terpaksa aktif semula dalam politik dalam politik parti-parti pro kerajaan untuk peningkatan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan. Mana mungkin Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran untuk membenarkan guru-guru aktif dalam parti-parti tidak pro kerajaan.

Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik. Disebabkan institusi sekolah dan guru-guru dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. wajarkah guru-guru ini dibenarkan berpolitik semasa berkhidmat?

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terus menyokong langkah ini dan dilaporkan berkata, adalah sesuatu yang positif apabila semakin ramai golongan pendidik berminat menyertai politik seperti mana sekarang kerana ia membantu mewujudkan lebih ramai pemimpin pelapis pada masa akan datang dalam menyuburkan budaya politik rasional kerana golongan pendidik adalah individu yang mempunyai wibawa dan pendidikan yang diperlukan seseorang pemimpin. Golongan pendidik seperti pengetua dan guru besar diperlukan untuk menyumbang pandangan dan idea memajukan Negara.

Sementara Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi sama ada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.

Sekarang ini pun, sekolah-sekolah telah pun dijadikan tempat mesyuarat-mesyuarat parti-parti politik tertentu. Dengan kebenaran ini, makain rancaklah sekolah-sekolah dijadikan tempat persidangan parti-parti politik. Pendekatan serampang dua mata oleh kerajaan ini akan menjadikan institusi pendidikan terutama sekolah-sekolah menjadi medan politik semula.

Dalam keadaan belum dibenarkan lagi guru-guru berpolitik, Pejabat Pelajaran Daerah di Terengganu telah mengambil langkah pro aktif dengan “memaksa” guru-guru hadir ke mesyuarat perwakilan Umno. Sebagai contoh, mengikut Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, selain dari cerita empat orang Adun Umno dalam Bahagian Setiu yang tidak hadir dalam Lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiu, ada lagi cerita lain yang menarik. Mereka terpaksa mengerah dan mengarahkan guru-guru sekolah untuk hadir mesyuarat itu. Setiap sekolah diminta (wajib) menghantar lima hingga 20 orang ke mesyuarat itu.

Jelas bahawa Umno Terengganu sudah hilang sokongan, pemimpin utama di peringkat Bahagianpun boleh boikot mesyuarat perwakilan mereka yang penting. Bagaimanapun Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selalu menegaskan bahawa krisis kepimpinan Umno di negeri ini sudah selesai. Tetapi insiden terbaru ini, jelas menggambarkan kepada kita bahawa perpecahan dalaman Umno semakin parah.

Manakala Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Harun Taib, PAS akan mengejar Umno/BN bagi membuktikan salah laku pemimpin Umno/BN ‘hingga ke lubang cacing’. Menurutnya, banyak isu-isu salah laku dalam pentadbiran yang tidak dianggap salah oleh pemimpin Umno/BN seperti ketidak telusan dan ketidakadilan yang dianggap perkara biasa oeh pemimpin Umno/BN.

Beliau dilaporkan dalam Buletin Online berkata, “Kita (PAS Terengganu) ada isu-isu yang boleh menggugat dan boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional negeri Terengganu tapi isu ini kita simpan buat sementara waktu untuk kita dedahkan (bila) sampai masanya,” katanya dalam sidang media khas sempena pelancaran kursus Akademi Latihan dan Kepimpinan Negeri Terengganu (ALIM) di Kuala Ibai, dekat sini semalam, 24 Julai.

sumber : http://kalamperantau.wordpress.com

Police break up anti-ISA vigils, arrest 25 in PJ, 3 in Penang

Several of those arrested in Petaling Jaya are seen through the grille of a police truck. — Picture courtesy of Badrul Hisham Shaharin
PETALING JAYA, Aug 1 — Riot police broke up several candle-light vigils across the country tonight, detaining 25 people here and another three in Penang. The crowds had gathered to protest the Internal Security Act (ISA) which turned 50 today. The security law allows for detention without trial and has been wielded against more than 10,000 people since it went to effect on August 1, 1960.
Selangor state executive councillor Ronnie Liu, who informed The Malaysian Insider of the arrests here, is now proceeding to the Petaling Jaya police station to post bail for those detained.
Witnesses said among those held were PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin and Anti-ISA Movement (GMI) chairman Syed Ibrahim Syed Noh.
Also detained were seven women who had taken part in the gathering at the Padang Timur opposite the Amcorp Mall here.
Some 30 Federal Reserve Unit (FRU) members erected a security barricade around the field although PKR strategist Chua Tian Chang claimed it had been booked for the candle-light vigil scheduled for 8pm.
In Georgetown, police held three men who gathered for the vigil at the Speakers’ Corner.

Polis gempur kempen anti-ISA di PJ, 25 orang ditahan


PETALING JAYA, 1 Ogos — Polis mengempur dan menahan sekitar 25 peserta kempen nyalaan lilin di Padang Timur di sini malam ini, program yang diadakan untuk mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.
Antara mereka yang ditahan ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin — menyertai kempen itu yang dianjurkan sempena lima dekad kerajaan menguatkuasakan ISA.
Mereka ditahan oleh sepasukan lebih 30 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan.
Kempen itu bermula pada pukul 8 malam di Padang Timur, serentak di beberapa lokasi di seluruh negara.
Tinjauan The Malaysian Insider mendapati keadaan menjadi kecoh apabila polis mendesak orang ramai di pekarangan bangunan Amcorp Mall supaya memasuk ke dalam premis itu.
Pengarah Strategi PKR Tian Chua dalam mesej Twitter berkata, polis juga telah menghalang peserta kempen daripada memasuki Padang Timur yang terletak berhadapan dengan Amcorp Mall.
“Malah polis juga melarang penganjur daripada mengadakan rundingan dengan mereka,” kata beliau.

MCA mahu SPRM beri contoh negara yang minta kabinet isytihar harta..ha.ha..ada takut ka..!!!

Dr Chua tidak mengetahui mana-mana negara di mana kabinetnya diminta mengisytiharkan asset mereka. — gambar fail
IPOH, 1 Ogos — MCA meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberikan contoh negara yang meminta anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta kepada umum. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setahu beliau tiada negara di mana anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka kepada orang ramai.
“Di Amerika Syarikat (AS) pun, mereka hanya umum pendapatan kepada Presiden. Mereka tidak umum harta di sini dan di sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Perak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed yang berhasrat untuk meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.
Semalam Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan Presiden Majlis Peguam S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan.
Semua anggota kabinet kini mengisytiharkan harta mereka setiap tahun kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi ia tidak didedahkan kepada umum.
Cadangan mengisytiharkan harta anggota kabinet pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.
Ditanya adakah beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu, Dr Chua berkata: “Saya bukannya tidak bersetuju, saya hendak dia (Abu Kassim) beri saya satu contoh, negara yang harta anggota pentadbirannya diisytihar dan dikongsi dengan rakyat jelata”.
Dalam perkembangan lain, Dr Chua berkata walaupun MCA bukan sebuah pertubuhan sempurna yang boleh menyelesaikan semua isu yang dibangkitkan tetapi ia  jauh lebih baik berbanding DAP yang hanya mengutarakan isu tetapi tidak mampu menyelesaikannya.
“Kita (MCA) bukan hanya utarakan isu tetapi kita juga menanganinya,” kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak. — Bernama

BERITA PERAK: ORANG INI PERUT SUDAH BUNCIT

orang ini perut sudah buncit...
tokey-tokey balak kat Perak sudah pening-pening...
pulun yop pulun...
sapu semua dulu...
tokey-tokey balak sudah muntah-muntah...
pilihanraya akan datang belum tentu BN menang...
jadi orang ni pulun semua...
nama orang ini...HAMDAN TAHA...


senyum ada makna....penyamun