Sabtu, 31 Julai 2010

Ditimpa bala agaknya mereka..


Kalau kita tengok sejak dua menjak ni..... menteri kabinet Najib sudah menjadi bertambah bangang. Semua respond yang mereka beri pada satu-satu isu yang tercetus.... semuanya menjadi indikator kebangangan mereka.

Mereka bercakap... tak serupa seorang menteri. Tampak dan lagak.... fuuuh, hebat sekali, tapi.. suara dan hujah, macam...... Weh, tau ler aku nak cakap dah. Teruknya mentaliti menteri dalam kabinet Najib ni. Kalau aku yang merapu.... tak per jugalah, sebab aku bukan menteri but just an ordinary mother with three boys. Merapu pi la..

Patutlah mereka senang ditipu oleh si Lee Liong Sik. Tapi, dalam hal ni pun, aku berasa curiga juga. Mereka kena tipu... atau mereka bersekutu?? Tapi.... nak cover line, dakwalah scapegoat pencen untuk dijadikan mangsa. But.... later on, kes tak cukup bukti dan goat pun escape!! Kes pun tutup.

Sehubungan dengan kes si Lee Liong Sik ni..... DPM kita dengan begitu cepat sekali, terus membuat kenyataan yang kononnya... sistem perundangan kita telus. Bukan ikan bilis jer yang didakwa... tetapi, bapak jerung pun tak terkecuali. Pulak tu.... bapak jerung yang pakai gelaran 'TUN'. Taraf VIP oi... don't play... play.

Kah... kah... kah... What a joke!! Itulah sebabnya aku kata, dia bangang.... Tangkap dan dakwa bapak jerung sudah anggap sistem perundangan kita telus. Ater... proses perundangan berhenti setakat tangkap dan dakwa jer ker?? Tangkap dakwa.... telus??? Bangang bin Bingai!!Baca sini.

Yang kita nak tengok telus ialah proses pendakwaan... proses perbicaraaan dan akhirnya penghakimannya. Sepanjang semua proses ini berjalan.... kita tak mahu ada unsur-unsur dan gejala "Correct... Correct.... Correct...!!!" dari mana-mana 'tangan ghaib'. You all tau.... 'tangan-tangan ghaib' ni celaka besor!! Merekalah ynag merosakkan integriti dan kredibiliti sistem kehakiman kita!!

So.... Mr DPM, janganlah ingat, rakyat bodoh dan boleh diperbodohkan dengan mengeluarkan kenyataan bodoh. Sebab..... yang nampak bodoh bukan rakyat, tetapi.... AWAK!! Kesiankanlah diri awak tu, ya?? Janganlah zalimi diri dengan bertindak bangang.

Agaknya.... inilah bala yang menimpa para menteri dalam kabinet dapur Najib. Bala menimpa.... mungkin kerana mereka telah mengkhianati amanah Allah SWT, terutama pada agama, bangsa dan negara. Kuasa yang Allah beri adalah satu amanah. Malangnya... terang lagi bersuluh, mereka telah khianat pada amanah tersebut.

Zaid Akan Berperang Dengan Tajuddin Rahman di Perak?

ESOK akan berlangsung majlis Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Perak. Ia tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu sejak kelmarin. Berita itu untuk mensebotaj himpunan berkenaan.

Sejak malam tadi lagi sudah timbul desas desus kononnya perhimpunan berkenaan dibatalkan. Para peneroka juga telah dilarang termasuk diugut daripada menghadiri program berkenaan. Satu portal berita dipetik mendedahkan peneroka dan orang ramai diugut akan ditangkap kalau menghadiri majlis berkenaan.

Sebelum ini Pengerusi Felcra Tajuddin Rahman yang merasa penas dengan majlis berkenaan telah memberi amaran keras akan menyaman mana-mana pihak yang cuba memfitnah lembaga berkenaan.

Tajuddin merasai majlis itu sebagai satu cabaran besar untuknya dan mencabar statusnya sebagai pengerusi lembaga berkenaan. Tajuddin dikenali seorang Ali Parlimen yang lantang di dewan dan juga seorang yang dilihat sebagai agresif dan samseng. Kakitangan Felcra dan mereka yang rapat dengan Tajuddin kenal akan sikap berang ahli Parlimen Pasir Salak ini. Beliau juga dikatakan pernah bertelagah dengan pemandunya.

Petang tadi, Penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim (foto) menelefon memberi tahu saya beliau akan ke Perak esok menghadiri himpunan berkenaan. Sudah pasti kedatangan Zaid itu akan menggeletarkan Tajuddin. Ia juga dilihat akan memulakan perang baru terhadap lembaga tanah berkenaan yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat.

Majlis himpunan berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang dipimpin oleh Mazlan Aliman.

Sementara itu jelas Zaid selepas dia menghadiri majlis berkenaan beliau akan ke ke Lumut dan Ipoh dalam dua program parti berasingan. Beberapa hari lalu beliau ke Sarawak dalam rangka memperkuatkan kedudukan PKR di negeri berkenaan.

Mengulas mengenai ancaman Pengerusi Felcra, Tajuddin Abdul Rahman akan menyaman kalau ada pihak memfitnah Felcra, Zaid berkata Tajuddin tidak perlu takut. Katanya yang menggelarkan Tajuddin Rahman sebagai panglima tidak perlu bimbang dengan himpunan berkenaan. Rakyat hanya ingin mendapat penjelasan berhubung isu-isu berkaitan tanah rancangan berkenaan dan Tajuddin selaku pengerusi sepatutnya ikut sama.

"Negara ini mengamalkan sistem demokrasi sesiapa saja boleh bercakap dan rakyat berhak mengetahuinya penjelasan", kata Zaid.

Himpunan berkenaan dilihat sebagai permulaan pihak pembangkang untuk membongkar skandal dalam Felcra selepas mereka mendedahkan Felda yang dikatakan berada di ambang bankrup sebelum ini. Pendedahan itu benar-benar mengoncangkan Felda sehingga beberapa tindakan drastik diambil ke atas pembangkang termasuk mengharamkan akhbar lidah rasmi PKR, Suara Keadilan kerana mendedahkan perkara berkenaan.
MSO.

Pelakon VIDEO LUCAH nih cerita apa? Merapu Meraban...

Hari ini... Pelakun VIDEO LUCAH ChuaSoiLekPeterPORN mengarut membabi buta...

Aku rasa aku dapat tangkap apa yang dia cuba buat atau sampaikan....

Seperti di SIBU dulu... Mereka menggunakan cogankata bagi menakutkan kaum Cina.. Seperti: 
Satu undi DAP sama dengan Satu undi negara Islam.... 
Apa motif mereka? Menakutkan orang cina dengan tertubuhnya negara islam?

Jadik kali ini apa pulak motif Chua Soi Lek bagi memberi pendapat pada parti Pakatan Rakyat? Tunjuk hero? atau menakut-nakutkan orang cina pulak jika PAS memerintah!?

berita Utusan Melayau..

Kalau nak baca klik bagi besaq...

Lantak kamilah nak bagi sapepun PM... Anwar ka... Pas ka... Silap-silap PR bagi KuLi jadik PM.. baru terdiam...

Jadik apa motif pelakun VCD ini!? paling tak tahan aku dengan karutan dia ialah.... Puji Pas lepas tu tak pasal-pasal kutuk Nik Aziz kat Kelantan.. tersedak-sedak tok guru kita nih...

FRU kawal jalan masuk ke Himpunan Warga Felcra

PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.
Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.
Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.
Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

"Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.

ABOLISH ISA MOVEMENT - UK PRESS STATEMENT


Join the London ISA solidarity watch in collaboration with candle-light vigils being held throughout Malaysia on Sunday the 1st of August 2010. The protest will be held outside the Malaysian Tourism Office in Trafalgar Square, London from 12-2pm.

Malaysians are making the most of freedom in the UK to protest against Malaysia’s 50 year old Internal Security Act (ISA) on 1st of August 2010. They will symbolically join with candle light protest vigils taking place in many cities throughout Malaysia this Sunday.
A protest in Kuala Lumpur in 2009 saw a record 40,000 coming out against the draconian law. They were met with tear gas, water cannons and police intimidation and over 120 people were arrested.
Nik Aziz, a Malaysian working in London, said, “I was in KL in 2009. I feel more free to express my views in London that I did in Kuala Lumpur. I am not very political or high profile, just another software designer. But in Malaysia, I see what they do to politicians who speak out ...to bloggers, cartoonists...just ordinary people with concerns. I certainly feel more free here and feel obliged to use this precious freedom.”
The ISA was enacted into the law of newly independent Malaysia law in 1960. The British introduced temporary measures to fight a communist insurgency, but administrative detention has since been used to detain over 10,000 people. Critics say that its purpose now is to silence critics and clamp down on political opponents, human rights activists, journalists, bloggers and civilians.
Under the premiership of Najib Tun Rajak, the Malaysia Government has been working hard to improve its image abroad with a series of charm offensives, such as high profile meetings with President Obama, President Sarkozy and elsewhere on the international stage. This is a far cry from the anti-Western stance of Malaysia’s former Prime Minster Dr Mahathir Mohamad.
But its repressive laws continue to cast a gloomy shadow. With Foreign Direct Investments (FDI) plunging by 81 per cent last year Malaysia is now ranked sixth among the Southeast Asian nations on FDI inflow, losing out to our neighbours like Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam and the Philippines.
Debbie Chan, a Malaysian working for a global investment fund in London, commented: “Foreign ownership of Malaysian stocks is about 20 percent of market capitalisation. This has been static since Najib took office in April 2009. Foreign direct investments in 2009 were less than 20% of the 2008 figures.” Chan will be protesting against the ISA on Sunday and said: “The globalised world in the 21st Century, needs Malaysia to have a more democratic and transparent government that shows leadership and proper governance. In my job I advise on investment risk. What can I advise about Malaysia? In Malaysia, we cannot speak about the real scale of corruption and scandals going right the way to the top. Why? Well, who wants to be detained under the ISA?”
Jeremy Corbyn, the Islington MP and a follower of Malaysian politics for over 20 years, said: “I know quite a few Malaysians here. They are a very reasonable bunch, who share many of my own concerns – democracy, human rights, and the rule of law. I have previously spoken out in Parliament about my concerns. Initially, I was heartened when Prime Minster Najib promised to review the ISA. But nothing seems to have happened. I see that the UN Working Group on Arbitrary Detention has recently urged Malaysia to stop detention without trial. I hope that former Prime Minster Badawi, now chairman of the Commonwealth Eminent Persons Group will use his influence to persuade the Malaysian Government. Human Rights Watch said recently that Malaysia needs to show a stronger commitment to human rights if it wants to be taken seriously at the Human Rights Council. In 2006 the Malaysian Government made a series of promises while seeking a seat, then broke them all. I hope that this time, it will be different."
As one of the organisers of the London pickets explained: “We hope to garner as much support as possible. This is a serious subject but we also intend to incorporate some artistic expression into the event, with an ISA- inspired puppet show, poetry and songs. We are not against punishing those guilty of crimes, but in Malaysia, thought, speech and peaceful assembly can lead to detention. That’s just wrong. This has gone on for 50 years, we can’t allow it to go on any longer”.
Join the London ISA solidarity watch in collaboration with candle-light vigils being held throughout Malaysia on Sunday the 1st of August 2010. The protest will be held outside the Malaysian Tourism Office in Trafalgar Square, London from 12-2pm.

Ketua SPRM sedia letak jawatan jika ada aduan tidak siasat


KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan meletakkan jawatan jika mana-mana aduan kepada suruhanjaya itu termasuk terhadap menteri kabinet tidak disiasat.
“Jika tidak ada siasatan dijalankan mengenai mana-mana laporan, walaupun terhadap menteri kabinet, saya sedia meletak jawatan,” katanya semasa sesi soal jawab pada hari terakhir Persidangan Undang-undang Malaysia selama tiga hari di sini hari ini.
Katanya beliau bersedia menerima aduan terus daripada orang ramai atau melalui Jawatankuasa Aduan SPRM yang diketuai oleh bekas seorang hakim.
Terdapat 119 aduan diterima oleh jawatankuasa itu pada tahun lepas sahaja, kata beliau.
“Kita tidak akan menyembunyikan apa-apa. Jika kita salah, kita salah, atau jika kita tidak bagus bagi tugas tersebut, kita akan bekerja keras untuk memperbaiki diri kita,” kata Abu Kassim (picture), yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Januari tahun ini.
Beliau berkata sejak SPRM ditubuhkan pada Januari tahun lepas, kira-kira 10,000 orang telah ditangkap, antara mereka menteri, anggota Parlimen dan pegawai kanan kerajaan, tanpa mengira pendirian politiknya.
SPRM juga terbabit dalam menangani kes politik wang dalam Umno, di mana 12 anggota parti itu didakwa, katanya.
“Tindakan SPRM telah mengakibatkan satu demonstarsi yang ditaja oleh Pemuda Umno yang mendakwa bahawa kita tidak berhak menyiasat politik wang parti itu,” kata Abu Kassim, di hadapan kira-kira 300 peguam pada persidangan tersebut.
Beliau berkata salah satu cabaran utama yang dihadapi SPRM kini ialah mengubah persepsi masyarakat terhadap suruhanjaya itu bahawa ia hanya menyiasat “ikan bilis dan bukan yang besar”.
“Pada amnya, kita hanya sebuah agensi penyiasat dan tidak ada kuasa untuk mendakwa terhadap suspek terbabit dalam amalan rasuah,” tegas Abu Kassim.
Katanya harapan orang ramai terhadap suruhanjaya itu kian meningkat, dan beliau bekerja keras dengan pegawainya dalam memperbaiki persepsi orang ramai kepada SPRM.
Terdahulu dalam ucapanya, Abu Kassim berkata selain persepsi daripada orang ramai, SPRM menghadapi cabaran daripada media yang melaporkan sebarang pergerakan suruhanjaya tersebut.
“Ia hampir seperti siaran langsung, di mana orang ramai mula menanyakan siapa pula akan ditangkap oleh SPRM; di mana ia sangat telus... yang mendesak pada keadilan kepada semua yang sedang disiasat oleh kita,” kata beliau.
Beliau juga berkata bahawa rasuah meruapakan satu jenayah yang paling sukar untuk dibuktikan, di mana kadang-kadang ia membabitkan siasatan terhadap kawan atau saudara suspek.
Abu Kassim juga berkongsi pengalaman dalam mengendalikan aktiviti perlombongan pasir haram di Perak, Selangor, Johor dan Pahang, dengan mengatakan bahawa beliau secara peribadi memberikan taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai seriusnya masalah itu dan sambil menambah bahawa 49 orang telah ditangkap mengenai kes ini. — Bernama

KU LI SETUJU BAHWA UMNO ITU PENYAMUN !!




"Without a doubt, Malaysia is slipping. Billions have been looted from this country, and billions more are being siphoned out as our entire political structure crumbles."

" Tanpa sangsi lagi , Malaysia di ambang kejatuhan. Berbillion telah disamun dari negara ini , dan berbillion sedang disedut keluar di kala struktur politik kita sedang goyah . "

                                                                                KU LI     Ahli Parlimen Gua Musang

" UMNO LAH PENYAMUN DI DALAM NEGERI....

KERJA MEROMPAK , MENYAMUN DAN MENCURI ..........


PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU  13 !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO !!!

Isu PKFZ, Anwar Mahu Jemaah Menteri Disiasat

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi mana-mana orang kenamaan yang terbabit dan bersubahat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.
Anwar berkata pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bagaimanapun mengundang syak adanya usaha terancang untuk memperdaya dan menyelinap berbilion ringgit wang pembayar cukai.
Hujan lebat di kubu kuat bekas Menteri Datuk Seri Rafidah Aziz malam tadi tidak sedikit pun menghalang penduduk untuk bersama mendengar ceramah pemimpin reformasi ini. Kira-kira 1000 warga Kuala Kangsar membanjiri Markas Pas Bukit Chandan untuk mendengar perkembangan skandal PKFZ.
Tun Dr Ling mengaku tidak bersalah diatas dua pendakwaan dibawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu.
Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran.
Bekas Presiden MCA ini juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
Anwar menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian.
Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
 “Berapa lama kita bangkitkan PKFZ ini? Tiga tahun setengah, kita ada bukti mantan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya keluarkan bukti pada waktu itu mustahil dia tidak tahu menteri tidak boleh jadi penjamin ketika itu bagi pihak kerajaan yang boleh hanya menteri kewangan sahaja tetapi Ling Liong Sik tandatangan.
“Umno menafikan selama ini, dia kata Anwar bohong! Anwar tidak betul kerana dia sengaja mahu timbulkan keraguan rakyat, sekarang kita lihat siapa yang bohong? Siapa yang rasuah? Ini apa yang kita sebutkan ini adalah semuanya berdasarkan fakta dan tidak boleh lari,” katanya.
Anwar menekan Kerajaan untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit atau bersubahat dengan skandal ini.
Jika benar jemaah menteri menyedari adanya usaha untuk menipu berbilion ringgit wang pembayar cukai, maka kerajaan perlu menjustifikasikan penganugerahan gelaran Tun kepada Ling Liong Sik.
“Kita tengok apa yang berlaku di bawah pimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik, daripada Datuk Seri kini jadi Tun sebab apa? Sebab hendak rompak tanah PKFZ. Pada masa itu semua orang sudah tahu tetapi masih mahu memberi gelaran Tun kepada beliau.”
Anwar meminta rakyat Malaysia supaya memperhebatkan tekanan kepada kerajaan supaya tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam skandal ini.
 “Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua. Kita mesti istiqamah dalam perjuangan, insyaallah kita akan dapat hasilnya.
 “Saya malam ini hedak masuk ke Johor malam ini tidak dapat mungkin, mereka bila sahaja nampak Anwar, semuanya tidak boleh, mereka menggeletar tetapi dalam Utusan Malaysia tiap-tiap hari kutuk Anwar,” katanya.

Pengerusi PAC: Pusat wajar contohi Selangor

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berharap kerajaan pusat dan negeri-negeri mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dari kalangan pembangkang.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor baru-baru ini, kerajaan Selangor mengemukakan usul melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong dari Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri.
"Ia satu rekod dan patut dicontohi untuk membantu pentadbiran kerajaan berjalan dengan telus, lebih berakauntabiliti dan bertanggungjawab," katanya.
Mohamad melihat tindakan itu sangat penting untuk memastikan perbelanjaan wang rakyat dapat dilakukan dengan pengawasan yang lebih realistik serta disegani.
"Kalau kita melihat di peringkat pusat misalnya, perlantikan 'kawan sendiri' dari Umno dan BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)hampir-hampir tidak membantu pengawasan yang disegani ke atas perbelanjaan wang rakyat.
"Rakyat semakin sakit hati melihat wang mereka dibelanjakan sesuka hati secara tidak bertanggungjawab, contohnya juak-juak parti yang memerintah keluar negeri beramai-ramai sehingga empat lima puluh orang tanpa sebab yang munasabah.
"Tindakan itu sama sekali tidak pro-rakyat," katanya.
Beliau melihat tindakan-tindakan yang hampir tidak bermanfaat untuk kepentingan rakyat itu hanya membazirkan wang mereka.
"Kalau pergi dengan duit sendiri, itu mereka punya fasal. Tetapi rombongan seperti itu diadakan dengan menggasak wang rakyat," katanya.
Mohamad juga berharap tindakan kerajaan Selangor itu dapat membantu pentadbiran yang lebih adil.
"Katakanlah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima akibat dari tindakan melantik pengerusi PAC dari kalangan pembangkang itu.
"Bagi saya secara peribadi, tidak mengapa Khalid terkorban kerana mempertahankan keadilan.
"Mempertahankan keadilan adalah jauh lebih baik dari semata-mata mempertahankan pemerintahan," katanya.
Tidak ada gunanya mempertahankan pemerintahan yang tidak ada keadilan, tegas beliau lagi.
"Jika kita mengkaji sejarah, Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah dalam tempoh tak sampai tiga tahun.
"Tetapi, pencapaian dalam pemerintahannya menjadi sebutan, ikutan malah diratapi sehingga ke hari ini," kata Mohamad.

Himpunan Felcra tetap diteruskan

PASIR SALAK, 31 Julai: Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak tetap diadakan biarpun beberapa berita pembatalan program mula disebarkan pihak-pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, berita pembatalan yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas SMS hari ini adalah tidak benar sama sekali.

"Program tetap diteruskan dan kita tak pernah membatalkannya.

"SMS yang tersebar itu adalah tidak benar dan cubaan pihak tertentu menghalang rakyat dari hadir ke program kita," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, selain SMS, berita pembatalan juga disiarkan melalui stesen radio RTM negeri hari ini.

Pihak polis juga jelasnya telah mengeluarkan arahan supaya rakyat tidak menghadiri himpunan tersebut kerana didakwa tiada permit.

Mazlan bagaimanapun bertegas program tersebut tidak menyalahi undang-undang kerana dibuat ditanah persendirian milik seorang ahli PAS di kawasan tersebut.

Penganjur juga sebelum ini telah dua kali memohon permit dari pihak polis namun ditolak.

Himpunan tersebut bermula malam ini bertempat di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sebelum ini penganjur himpunan tersebut telah menerima pelbagai ugutan agar membatalkan program tersebut.

Peserta Felcra pula diberi amaran agar tidak menghadiri program tersebut.

Semalam, Felcra menggunakan masjid di sekitar Pasir Salak memberi amaran kepada peneroka bahawa mereka akan ditangkap jika terlibat dengan himpunan tersebut.

Semalam juga Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran  mengeluarkan kenyataan mahu menyaman penganjur jika program ini memfitnah Felcra.

Ekoran amaran terbaru itu juga, Anak menjemput Tajudin untuk bersama dalam himpunan tersebut.

Anwar: Freedom of expression vital for just society

KUALA LUMPUR, July 31 — Datuk Seri Anwar Ibrahim today stressed that freedom of expression was the key to creating a fair and democratic society but Malaysia has failed as the state is stifling a free and independent press.
Quoting Nobel laureate Amartya Sen, the PKR de facto leader said political participation, dialogue and public interaction were central to understanding democracy.
“Media freedom is so central to the democratisation process that without it there is neither democracy nor justice.
“To my mind, where the voices of truth are muzzled, where dissent is stifled and where opinions are censored, it is a travesty to call it democracy,” Anwar (picture) said when closing the 15th Malaysian Law Conference here.
He added that the government’s recent “tyrannical” suspension of opposition party organs spoke volumes about press freedom in Malaysia.
The Permatang Pauh MP said the government’s curtailing of the right to assemble and listen to ceramahs was another example of such “suppression” and a violation of the people’s constitutional rights.
“In this regard, I must commend the Bar Council for having taken much initiative in its outreach programme to educate the public about their fundamental rights as citizens of a nation founded on a constitutional charter,” he said in his closing speech.
Anwar stressed that the “protective power” of such political liberty was needed to protect the people from harassment by the authorities.
“This protection is essential for the proper functioning of a true and viable democracy, not a democracy which is spun by an elaborate network of public relations campaigns at home and abroad with millions of taxpayers’ money to foot the bill,” he said, taking aim at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s use of public relations firm APCO.
He also took the opportunity to assure delegates that Pakatan Rakyat (PR) was doing all it could to hold those in power accountable, citing the Selangor government’s Freedom of Information enactment as an example of the opposition’s commitment to reform.
“We believe we are on the right side of the moral argument because if there is nothing to hide, why is there a need to keep secrets? If we can defend our actions, why do we need to hide behind secrecy laws?” he said.
“We see what is wrong, we make good and we move forward. On the other hand, the federal government appears to be hell bent on turning back the clock.”
He urged those present to strengthen their resolve to fight for future generations, even while admitting that the way forward was “fraught with danger”.
“In the words of Anatole France: ‘We will win, because we are right, and because reason is on our side’,” he said.

Karpal cadang perogol kanak-kanak dihukum mati

Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati.

Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Karpal berkata kes terbaru bahawa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didakwa telah dirogol oleh pemandu bas sekolah yang dinaikinya, menuntut perhatian khusus tentang perlunya hukuman sedia ada bagi perbuatan itu, dikaji semula.

Kata beliau mengikut Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.

Beliau berkata memang tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan tertuduh perlu dibuktikan melebihi keraguan munasabah, tetapi dalam kes di mana tertuduh didapati melakukan perbuatan demikian secara terang-terangn serta disokong oleh saksi berwibawa yang melihat perbuatan itu dilakukan, maka tiada masalah untuk membuktikan kes berkenaan di luar keraguan munasabah.

"Saya sedar tentang bahaya kemungkinan seseorang yang tidak bersalah, dikenakan hukuman. Pelaksanaan hukuman mati tidak boleh diubah kembali.

Kesengsaraan yang dialami seseorang insan yang tidak bersalah, tetapi dikenakan hukuman mati, memang tidak dapat digambarkan," katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak berdosa di hadapan orang lain, menuntut agar undang-undang sedia ada, dibuat pindaan.

--Bernama

Dakwaan rasuah: DAP pecat ahli majlis MPK...BN ada berani bikin...!!


PETALING JAYA, 31 Julai – DAP memecat ahli Majis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock hari ini ekoran dakwaan rasuah memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan itu dengan menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri.
Tee sebelum ini diminta mengambil cuti oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai selepas kes itu dilaporkan oleh akhbar awal minggu ini.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Tee telah diarahkan bercuti sementara siasatan dilakukan ke atas dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyalahgunaan kepala surat dan cap rasmi Exco bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kontrak MPK.
Tee bercuti bermula semalam sehingga satu tempoh yang akan diberitahu.
“Tee sendiri telah maklum dengan perkara ini dan beliau bersetuju dengan rela hati untuk  bercuti buat sementara waktu,” kata Khalid.
Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Audit Negeri menyiasat dakwaan seorang ahli majlis MPK telah menyalahgunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.
Ahli majlis penggal ketiga itu telah menafikan dakwaan itu sambil meminta MPK membentuk pasukan petugas khas untuk menentukan kebenaran.
Liu juga menafikan kepala surat beliau telah disalahgunakan.

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok..kah.kah..kah..!!! Cap Ayam..!!


Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.

Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.

--Bernama

Beri peluang PAS sejahterakan rakyat

Umno disaran supaya memberikan peluang kepada PAS untuk memimpin negara bagi memberi kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat negara ini.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Husam Musa semasa menyampaikan ceramah anjuran Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang dan Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB) di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, semalam.
Dengan pelbagai masalah wang rakyat yang disalahgunakan serta kerugian yang dialami oleh pelbagai agensi milik kerajaan adalah wajar bagi PAS menjadi peneraju bagi menggantikan Umno untuk membela nasib rakyat.
"Dibawah pemerintahan Umno dan BN isu yang melibatkan kerugian banyak belaku. Antara Pos Malaysia, Sime Darby, Felda dan begitu juga dalam isu PKFZ. Ia adalah suatu perkara yang memalukan kerana ketidakcekapan urus selia oleh kerajaan yang berkuasa kini.
"Sekiranya mereka diberi peluang untuk terus menerajui negara maka adalah dikhuatiri wang rakyat akan terus hilang," kata Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.
Katanya, Umno dan BN sekarang sudah berada dalam keadaan sakit disemua peringkat dalam banyak aspek yang menyentuh pentadbiran mereka.
Oleh kerana itu, adalah lebih baik mereka menyatupadukan sesama mereka terlebih dahulu terutama di kalangan pimpinan dan ahli Umno sendiri.
"Di Terengganu sendiri kita lihat bagaimana puak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan puak Datuk Seri Idris Jusoh tidak sehaluan. Perpecahan dalam Umno bukan saja di sini. Seluruh peringkat dan pelusuk,"katanya.
Bagi beliau, dalam isu penyatuan orang Melayu, formula penyatuan harus betul.
"PAS mahukan Islam untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang ada dalam negara ini. Dengan Islam kita dapat menyatukan orang Melayu, Cina dan India. Dengan Islam juga kita dapat menyatukan semua puak dan mereka yang bermasalah.
"Justeru itu sekiranya penyatuan dilakukan atas dasar Islam maka ia akan dapat memanfaatkan semua golongan masyarakat. Tetapi sekiranya dibuat atas nama suku dan bangsa, ia belum pasti boleh mendatangkan manfaat kecuali ia berpaksikan kepada agama Islam,"tambahnya lagi.
Manakala Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar setuju agar Islam dijadikan asas untuk menyatukan kesemua kumpulan masyarakat termasuk Umno dan PAS.
"Sekiranya Umno sanggup untuk meletakkan Islam itu diatas dalam dasar perjuangan mereka, saya yakin ia adalah satu tindakan yang mampu untuk diberi komitmen kerana ia memperjuangkan semua golongan tanpa menjadikan assabiyah itu sebagai satu kemestian
"Namun begitu sekiranya bangsa dijadikan dasar dan asas dalam perjuangan, Islam itu belum pasti akan dapat dinobatkan. Oleh kerana itu maka PAS berkeyakinan hanya Islam saja yang mampu untuk dimartabatkan untuk semua kaum dan manusia yang ada dibumi ini," katanya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan PR tempatan.

Will Saiful take another oath to say he was forced by Farah?

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

As world bodies like the Human Rights Watch continue to condemn the Malaysian government’s unfair prosecution of Opposition Leader Anwar Ibrahim, ordinary folk are still digesting the latest convolution in the complex trial that Anwar himself has accused Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor of concocting.

The “tilted” trial will resume on Monday after High Court Judge Mohammad Zabidin Mohd Diah rejected Anwar’s application for a postponement. His lawyers has asked to wait until an Appellate Court decides on whether the defense has the right to key documents currently held by the prosecution, which has stubbornly refused to share.

“Basic fair trial rights require giving Anwar access to the prosecutor’s evidence so he can defend himself. Unfortunately, the prosecutors have tilted the playing field against Anwar by keeping key documents from his lawyers,” Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch, said in a statement.

Losing all sense of balance

But so brazen-faced have the Malaysian authorities become in their determination to stop Anwar, they seem to have lost all sense of balance in their decisions.

Yet even as Anwar moves a step closer to jail with the trial’s resumption, ironically, he is also a step closer to Putrajaya, the administrative seat of power, thanks to public backlash against Najib’s perceived corrupt methods in blocking out fair competition.

Malaysians are also grappling with the latest scandal within the Sodomy II case – the emergence of an alleged affair between complainant Saiful Bukhari Azlan and one of the deputy public prosecutors in the trial - a lady named Farah Azlina Latiff.

Even the Bar Council has advised the authorities to do the right thing and initiate an investigation. "It is definitely is an ethical matter, as prosecutions are done in the interest of justice. You are there to put your case before the court in the interest of justice. As there is no client here, there should be no relationship between prosecutor and complainant," said Bar president Ragunath Kesavan.

Yet given the record of the trial judge, who has so far veered on the side of the government, few believe that the defense’s application for a probe will be granted.

“Again, the government has gone on denial mode. There is clearly a conflict of interest if the affair is true. The court must allow an investigation by calling on Saiful and Farah to answer if it is true they had an affair,” PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin told Malaysia Chronicle.

Will Saiful take another oath to say he was forced by Farah

Meanwhile, there is boiling curiosity about the identity of Farah’s fiancĂ©. The latest speculation is that he is also a government prosecutor based in a northern state and was heartbroken when Farah dumped him for Saiful.

“Will Saiful take another oath now – this time to swear that he was forced by Farah,” chided Badrul.

Neither Farah nor Saiful have responeded to the allegations so far but if there is a probe, the pair may have to take the stand and confirm or deny the allegations.

Indeed, while there is some sympathy for Farah, the predominant feeling is that of disgust for Saiful who had preened for the cameras and portrayed himself as an innocent, upright youngster who was forced into an illicit sexual act by Anwar.

He even went through the media circus of taking an oath in a mosque, where he swore on the Quran that he was sodomized against his will by Anwar.

Muhyiddin beri amaran usah buat tuntutan etnik melampau

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran agar kumpulan-kumpulan yang mewakili kepentingan kaum masing-masing agar tidak membuat tuntutan melampau atas alasan langkah sedemikian boleh menjejaskan perpaduan.
Sehubungan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat harus melihat dari sudut “gambaran yang lebih luas” sambil menerima hakikat bahawa Malaysia sebuah negara majmuk.
“Saya mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin muda kita bahawa menguruskan sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia memerlukan banyak kebijaksanaan.
“Kami sentiasa mencari keseimbangan yang terbaik antara berkhidmat untuk kepentingan setiap etnik dan memenuhi kepentingan negara,” kata Timbalan Presiden Umno ini.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini hari ini, Muhyiddin berkata permintaan keterlaluan oleh satu komuniti kadangkala mengundang respons bermusuhan di kalangan etnik lain.
“Ini sudah pasti akan memburukkan hubungan kaum dan menjejaskan perpaduan nasional,” kata Muhyiddin.
Pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa kini mengetuai gesaan agar kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) mengekalkan hak dan keistimewaan Bumiputera termasuk kuota meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ekonomi negara mesti bergerak atas asas kompetitif dan saksama.
Dalam pada itu, beberapa kumpulan etnik pula mendakwa kuota seumpama itu hanya memanfaatkan mereka yang kaya manakala rakyat miskin pula ketinggalan dan rasa kecewa.
“Jika kita mahu melihat negara kita menuju masa depan yang lebih baik sebagai negara aman dan makmur bagi setiap rakyat, kita harus melihat dari sudut yang lebih besar,” kata beliau dengan menambah, kepentingan negara perlu diutamakan sambil mengetepikan kepentingan kaum.
“Kita kena menerima hakikat bahawa dalam negara majmuk seperti Malaysia, keamanan dan keharmonian hubungan kaum adalah sangat penting. Yang ini kita kena pelihara dan pertahankan dengan terbuka,” kata Muhyiddin.

Khalid: Maklumat milik rakyat


Kerajaan selangor melihat penyimpanan maklumat sebagai aset negeri di mana rakyat akan mendapat faedah daripadanya.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian dalam ucapannya berjudul Pelaburan dan Kebebasan Maklumat (FOI) di persidangan undang-undang ke-15 semalam.

"Pengundi patut diperkasakan dengan maklumat supaya mereka dapat memutuskan mengundi siapa berdasarkan perkara itu," katanya.

Katanya sebagai menteri besar beliau telah mendeklasifikasikan dokumen bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (OSA) - seperti program perhutanan semula dan runtuhan di Bukit Antarangsa - sejak sebelum FOI disuarakan lagi.

Daripada pandangan perbiagaan, Khalid berkata lebih banyak kebebasan maklumat diberikan, ia akan menggalakkan persaingan adil dan memberikan persekitaran lebih baik untuk membuat sebarang keputusan perniagaan.

Rahsia Kejayaan Jho Low...



Low Taek Jho memperjelaskan beberapa kekeliruan berhubung dirinya kepada Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Datuk Wong Chun Wai.
DALAM temuramah eksklusif bersama The Star, Jho Low - jutawan muda dari Pulau Pinang yang menjadi terkenal kerana berpacaran dengan artis-artis Hollywood dan anak-anak Pak Arab yang kaya raya, telah menceritakan serba sedikit rahsia tentang dirinya. Ikuti temubual bersamanya;
STAR (S): Anda mengambil A-Level di Harrow (sebuah sekolah swasta berprestij di UK). Bagaimanakah pentingnya perkara itu kepada anda kini?
JHO LOW (JL): Terdapat beberapa perkara penting terutamanya dalam soal membina hubungan ketika saya berada di sana. Harrow menempatkan ramai anak-anak daripada keluarga berpengaruh dari Eropah, Asia dan Asia Barat. Di situlah saya bertemu dengan anak bekas Raja Jordan, antara lainnya.
Waktu itu juga penting bagi saya. Ketika itulah saya berjaya membina asas perhubungan penting demi masa depan. Itu amat penting, kerana saat itulah kita kenali mereka sebagai sahabat dan memupuk kepercayaan untuk masa hadapan, berbanding berjumpa seseorang sewaktu perjalanan kerjaya perniagaan anda.
Selepas Harrow saya melanjutkan pengajian di Wharton untuk memperluaskan jaringan. Sepanjang pengajian dari 1998 hingga 2005, ia menjadi tempoh perkembangan paling utama bagi saya. Saya percaya pada kerja keras dan ketekunan.
Tapi saya akui, kejayaan juga bergantung kepada berada di tempat yang betul pada waktu yang tepat dan berjumpa dengan orang yang betul digandingkan dengan perhubungan yang bersandarkan kepada kepercayaan.
S: Boleh ceritakan serba sedikit mengenai Kumpulan Wynton yang anda bina.
JL: Saya mengambil cuti selama satu semester sewaktu di Wharton untuk menubuhkan syarikat pelaburan dikenali sebagai The Wynton Group. Kami mempunyai modal awal sebanyak AS$25 juta (RM79.8 juta) kebanyakannya hasil pelaburan ahli-ahli keluarga saya dan rakan-rakan baik saya dari Asia Barat dan Asia Tenggara.
Kami bermula dengan banyak portfolio pelaburan dari seluruh dunia. Kemudian, kami mengambil keputusan untuk mengembangkan perniagaan dari membeli dan menjual saham awam kepada ekuiti persendirian.
Hari ini, pelaburan Wynton bernilai lebih AS$1 bilion. Apabila saya memulakan syarikat itu ketika masih menuntut di universiti, saya bermula dengan konsep SOHO iaitu kediaman berkonsepkan rumah dan pejabat. Tidak lama selepas itu, ia dijadikan satu entiti rasmi dan kami mempunyai pejabat di Malaysia, Singapura dengan berpangkalan di British Virgin Island.
S: Apakah saham terbaik yang pernah anda laburkan?
JL: Yang kelakarnya, ketika di universiti, saya menulis beberapa artikel untuk jurnal Wharton. Beberapa cadangan saya menjadi, tetapi sesetengahnya memang cukup teruk. Wharton mendidik kita melihat kepada pelbagai portfolio. Pada akhirnya, yang penting adalah pulangan dari hasil pelaburan kita dan juga kepelbagaian.
S: Di Asia Barat, di negara mana paling banyak anda luangkan masa?
JL: Saya bermula dengan hubungan yang dibina ketika saya menghabiskan banyak masa saya di London, khususnya dengan rakan baik di Kuwait, Abu Dhabi dan Arab Saudi.
Saya lihat begitu banyak peluang untuk rakyat Malaysia, terutama di Asia Barat kerana mereka memiliki aliran modal yang besar dan begitu juga sebaliknya dari Asia Barat ke Malaysia, di situlah terletaknya minat saya.
Walau apa pun, saya rakyat Malaysia. Saya seorang individu yang tidak melupakan negara asal saya dan percaya banyak yang boleh dilakukan untuk Malaysia. Tetapi bila anda sudah membina kepercayaan pelabur, anda perlu tunaikan apa yang telah dijanjikan.
S: Jadi siapakah yang anda kenali di Abu Dhabi?
JL: Saya mempunyai ramai kawan rapat dan kenalan baik di Abu Dhabi. Khususnya, saya bersahabat baik dengan Yousef Al Otaiba, bekas pengarah perhubungan antarabangsa di Pejabat Putera Mahkota dan kini duta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat (AS) dan Mexico. Yousef adalah anak kepada Dr Mana Al Otaiba, menteri minyak pertama UAE.
S: Anda kenali beliau ketika di Harrow?
JL: Tidak, beliau dikenalkan kepada saya oleh rakan-rakan. Sudah tentu, saya juga rapat dengan beberapa ahli keluarga diraja Abu Dhabi. Saya fikir perkara hebat tentang hubungan Abu Dhabi dan Malaysia adalah kedua-duanya benar-benar komited terhadap Malaysia dan saya rasa bukan sahaja boleh dilihat menerusi media hubungan baik di tahap kerajaan malah di kalangan sektor perniagaan.
Ada banyak kepercayaan daripada mereka dengan banyak syarikat Malaysia beroperasi di sana terutama dalam sektor pembinaan.
S: Apa hubungan anda dengan Hamad Al-Wazzan pula? (Hamad merupakan pelabur perbankan dan usahawan berjaya).
JL: Beliau rakan dari Wharton School dan muda beberapa tahun dari saya. Beliau merupakan sebahagian daripada ahli keluarga Al-Wazzan, kerabat berpengaruh di Kuwait. Bapa saudaranya juga merupakan orang penting di sana dan beliau adalah sahabat saya yang banyak meluangkan masa bersama sekumpulan rakan kami di New York, yang mungkin menjurus kepada artikel di New York Post, dan saya perlu menjelaskan perkara ini.
Saya banyak menghabiskan masa di New York dan mempunyai ramai kawan yang sama-sama menuntut di Wharton, akhirnya bekerja di Wall Street. Dalam pada mengumpulkan dana untuk pelaburan baru kami, kami percaya bahawa ia harus diperluaskan ke Asia Barat dan melihat kepada institusi pelabur di AS. Jadi kami banyak menghabiskan masa di New York.
Memang benar kami semua tinggal dalam satu apartmen, dipanggil Park Imperial. Tetapi tidak, saya tidak menyewa Park Imperial, tapi saya boleh katakan ia apartmen yang cantik. Kami 12 orang semuanya, jadi ia sebuah kediaman besar kira-kira 5,000 kaki persegi.
S: Jelas sekali ia disewa. Siapa yang membayarnya?
JL: Bukan saya atau Hamad. Ada seorang lagi rakan kami yang menyewa apartmen itu.
S: Adakah benar kadar sewanya AS$100,000 sebulan?
JL: Saya tak pasti tetapi saya boleh katakan bahawa saya menyumbang kepada bajet makanan.
S: Nampaknya macam seperti berkongsi rumah dengan rakan-rakan sekolah?
JL: Ya, semua 12 sahabat berkumpul di satu tempat dan meluangkan masa bersama kerana sudah lama tidak bertemu.
S: Semua pelajar Wharton?
JL: Sebahagian dari Wharton, separuh lagi Harrow. Laporan mengenai perbelanjaan mewah itu ditokok tambah. Sewaktu kami di sana, kami menikmati makan malam di restoran yang baik dan mereka semua datang dari keluarga berada, jadi mereka mempunyai kuasa berbelanja lebih. Dan kadang-kala rakan Wall Street menjemput kami menghadiri acara tertentu. Satu majlis yang dilaporkan New York Post merujuk kepada parti pertunangan seorang rakan.
S: Bagaimana perasaan anda apabila anda yang menjadi tumpuan sedangkan rakan-rakan yang lain berjaya mengelak daripadanya?
JL: Itulah paling menarik. Saya rasa mungkin ada kaitan dengan aspek dan gaya perhubungan kerana sebagai rakyat Malaysia, saya datang dari keluarga boleh dikatakan ok tetapi tidaklah sekaya dan sepengaruh orang-orang yang saya habiskan masa bersama yang juga sahabat baik saya. Secara umum, saya merupakan orang perhubungan yang suka menguruskan segala-galanya, justeru nama saya berada di mana-mana.
S: Jadi anda seolah-olah macam 'mangsa' di sini?
JL: Saya takkan kata begitu. Saya orang yang membuat panggilan, tempahan dan sebagainya. Melainkan jika kami pula dijemput rakan-rakan lain, jadi ada orang lain yang menguruskan perkara itu.
S: Adakah kerana mereka kurang teratur dan anda lebih tersusun?
JL: Tidak, saya rasa kerana kebanyakan keluarga mereka terdiri daripada pelabur saya.
S: Jadi dalam hal ini anda sebenarnya menjaga pelabur anda?
JL: Ya. Saya melakukan segala yang perlu. Saya memikirkan hubungan dengan pelabur bukan sekadar menguruskan duit mereka dengan baik. Walaupun bukan bidang tugas saya, tetapi jika sahabat saya kata dia mahu penerbangan segera atau hendak makan di tempat terkenal, saya akan berusaha mendapatkannya.
S: Betulkah bil di (kelab malam) Avenue mencecah AS$160,000?
JL: Saya rasa faktanya ialah ia adalah sebuah parti yang diadakan untuk meraikan pertunangan seorang kawan yang saya diberitahu mencecah kos sehinggaAS$160,000. Jika diserahkan kepada saya, tidak mungkin saya akan membelanjakan wang itu.
S: Jadi bagaimana dengan parti ulang tahun anda di Las Vegas?
JL: Sebenarnya sekumpulan sahabat rapat saya; sesetengahnya juga pelabur yang mengadakan kejutan parti hari jadi yang akan saya ingati sampai bila-bila dan cukup luar biasa. Saya rasa itulah gunanya sahabat akrab. Ia sempena sambutan ulang tahun ke-28 saya November lalu.
S: Adakah mereka menempah seluruh Ceasar's Palace untuk tujuan itu?
JL: Tidak, parti itu diadakan di tepi kolam renang Ceasar's Palace.
S: Adakah anda menghantar champagne Cristal kepada Lindsay Lohan?
JL: Saya fikir ada paten pihak cuba menggambarkan saya sebagai seseorang yang suka memesan champagne secara berlebihan. Tapi saya rasa fakta di sini, mereka perlu sedar bahawa terdapat beberapa majlis khas diadakan dan kebanyakannya bukan dianjurkan oleh saya.
Satu perkara yang saya mahu jelaskan di sini ialah, bukan saya mahupun abang saya yang membelanjakan AS$2 juta di St Tropez untuk berparti. Itu sama sekali 100 peratus tidak benar dari segi fakta. Ramai di antara kami iaitu antara 40 hingga 50 orang yang memesan minuman dan berehat pada malam itu. Bagi saya, kami semua bekerja keras. Sudah tentu, kami mempunyai kelemahan kerana di usia ini, orang akan mengganggap perkara itu sebagai sesuatu yang berlebihan. Pada akhirnya, saya menguruskan wang pelabur dengan cermat. Saya menjana pulangan untuk mereka. Saya bukan seorang yang boros tetapi saya akui saya memang meluangkan masa berehat bersama rakan-rakan.
S: Jadi anda bukanlah lelaki misteri yang disebut-sebut itu?
JL: Saya rasa mungkin saya dikenali sebagai lelaki misteri kerana orang tidak tahu apa-apa tentang saya. Dan saya harap selepas hari ini, ia menjelaskan banyak perkara.
S: Semua publisiti ini, adakah membantu atau menjadi penghalang kepada anda?
JL: Ramai orang bercakap kepada saya tentang ini dan jika ia boleh menjejaskan perniagaan saya ia adalah kerana ramai pelabur saya datang dari negara Islam.
Pertama sekali, perkara paling utama adalah kepercayaan. Jika anda tidak percayakan saya, anda tidak akan percaya saya melabur wang anda. Keduanya, ia adalah fakta yang diperbesar-besarkan. Ketiga, dengan tumpuan media yang besar, walaupun amat mencabar, saya anggap sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Saya mengambil keputusan sudah tiba masanya untuk saya muncul dan jelaskan fakta-fakta ini.
S: Akhbar berbahasa Cina melaporkan, bapa anda menasihati agar anda tidak menonjolkan diri. Adakah benar dia memberi nasihat demikian?
JL: Saya ada bercakap dengan bapa saya berkaitan hal ini dan saya diberitahu bahawa dia tidak bercakap kepada pihak media. Saya rasa mungkin ia dipetik dari perbualan kasual atau silap petikan, saya tak pasti. Tapi saya telah bercakap dengan ibu bapa dan sudah tentu mereka bimbang dengan semua publisiti ini dan bagaimana ia boleh menjejaskan kami semua. Daripada apa yang saya pelajari di sekolah perniagaan, dalam kehidupan, jika kita tidak menyahut cabaran, kita tidak akan menjadi matang. Saya rasa ini pengalaman penting bagi saya untuk meningkatkan diri.
S: Kami ingin bertanya tentang Paris Hilton. Adakah anda berdua sedang bercinta?
JL: Rick dan Kathy Hilton, ibu bapa kepada Paris dan Nicky, merupakan keluarga paling berpengaruh dalam sektor hartanah di luar kawasan Los Angeles dan saya diperkenalkan kepada keluarga ini oleh seorang kawan baik. Saya sebenarnya sudah lama mengenali keluarga Hilton. Begitulah halnya saya mengenali anak-anak mereka. Gadis-gadis itu sedang melancong dengan sekumpulan 40 orang. Kami mempunyai kawan berpengaruh dan berjaya dari Russia, Kazakhstan dan Asia Barat juga. Kami semua dalam kumpulan yang sama dan berkenalan antara satu sama lain.
S: Sewaktu Piala Dunia di Afrika Selatan, adakah benar anda memiliki sebuah bilik korporat di Johannesburg Soccer Citystadium?
JL: Pertama sekali, ada cakap-cakap tentang saya menyewa pesawat dari London ke Afrika Selatan. Untuk menjelaskannya, saya tidak menyewa pesawat sebaliknya berada dalam penerbangan itu dengan lebih 20-30 orang. Sebahagian besar waktu itu saya luangkan masa bersama anak-anak pelabur atau bersama rakan-rakan yang bekerja keras untuk membina perniagaan masing-masing atau mewarisi perniagaan keluarga. Mereka ada gaya hidup yang tertentu dan saya bertuah kerana dapat bersama-sama menikmati gaya hidup mereka itu. Malang sekali, saya pula digambarkan sebagai menjalani gaya hidup berlebih-lebihan.
S: Ini ada satu lagi cerita mengatakan anda sebenarnya tidak minat pada Paris, tetapi Nicky Hilton.
JL: Itu tidak benar dari segi fakta. Saya mengenali teman lelaki Nicky. Dia adalah David Katzenberg, anak kepada salah seorang pengasas Studio Dreamworks.

Umno perlu direhatkan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil. Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan.
Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.
"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi.
Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat.
Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau.
Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.
Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes.
"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli  274 kereta perisai  yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya.

Ku Li ulangi desakan minta kerajaan mansuh akta sekat kebebasan

“Ketika anda berada di persidangan ini, biar saya berhujah, sehingga ke tahap minimum yang mutlak, kita harus meminta agar memansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang disalah guna sehingga menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka (lima dekad lalu),” kata beliau.
Kenyataan Tengku Razaleigh itu disusuli dengan permintaannya agar rakyat menyertai beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.
“Saya meminta anda menyertai saya dalam mendesak agar memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972).
“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.
Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang turut menjejaskan mutu sistem pendidikan dimansuhkan.
“Saya minta anda sertai saya dalam menggesa tindakan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan yang pentingnya AUKU.
“Saya tidak dapat lihat bagaimana anda boleh meneruskan aktivisme seperti kebebasan di UK dan Eire sementara rakan-rakan anda di tanah air dinafikan hak asasi berpersatuan dan bersuara oleh AUKU,” kata beliau dengan merujuk kepada hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata rakyat mesti proaktif dan perlu ada inisiatif untuk menentukan masa depan negara.
Beliau menambah, jika pihak pemerintah mengatakan bahawa “masa depan anda terletak di tangan anda, harap bertanya kepada mereka agar diberikan masa depan itu (kepada anda) terlebih dahulu.”
“Tanya mereka bagaimana anggota paling paling muda dalam Kabinet berusia 45 (tahun)?”
“Purata umur Kabinet (ketika) merdeka bawah 30 tahun. Anda bukan generasi pertama yang cerdik. Tetapi (anda juga) bukannya kurang cerdik.
“Tetapi anda boleh jadi generasi pertama pelajar dan graduan muda dalam 50 tahun membuat negara ini melalui pembaharuan yang besar. Dan, pembaharuan itu kini mendesak,” katanya lagi.
Malah kata beliau, rakyat Malaysia tidak harus diperdayakan dengan rasa terhutang budi palsu kepada kerajaan.
“Anda akan diberitahu bahawa banyak yang diharapkan daripada anda, banyak yang telah diberikan kepada anda, dan sebagainya.
“Semua ini adalah benar. Sebenarnya, banyak yang telah dicuri daripada anda. Sepanjang 25 tahun yang lalu, banyak kekayaan yang dijana oleh rakyat yang berdaya maju dan sumber-sumber yang banyak jumlahnya telah dirampas,” kata Tengku Razaleigh.
“Ini adalah (harta) patrimoni anda,” katanya lagi sambil menegaskan, rakyat tidak harus diimlakkan oleh parti-parti politik.
Justeru kata beliau, generasi muda tidak harus menerima naungan politik, sebaliknya harus berjuang demi masa depan yang lebih baik.

Of 'cover-ups', deceit, corruption and scapegoat

PKFZ_montagePakatan Rakyat leaders led by Opposition leader Anwar Ibrahim slammed the government’s handling of the Port Klang Free Zone financial debacle, saying it reeked of “cover-ups” at every stage until now when it has gone out of control, and former Transport Minister Ling Liong Sik had to be made the scapegoat.

“In this country, the rich can do anything. They can even murder someone and get away with it,” Anwar told a ceramah or political lecture in Bagan Serai.

“Every time we bring up the issue, we were labeled anti-nationalists. And now since they cannot deny it anymore, they have charged Ling Liong Sik.”

Indeed, while Ling has often been accused of corruption throughout his 17-year career as Transport Minister, few believe he can be the mastermind behind the fabulous wastage in the project where external auditors have minced no words in pointing to huge mismanagement and high-level government corruption.

“Face it, the numbers are just too large. Given the power-sharing system in the BN, it is highly unlikely that the Umno elite were not directly involved," PAS MP for Shah Alam Khalid Samad told Malaysia Chronicle.

"This is not to say Ling is not involved, whether he is guilty or not depends on the court. But definitely, there are other BN big fishes involved."

The PKFZ is the government’s largest port investment and was mooted in the mid 1990s but only took shape in the early 2000s. A budget of RM1.9 billion was allocated but it has jumped multiple folds due to massive cost overruns. Auditors have warned if a RM4.6 bond raised in 2007 is not revamped, the final bill to taxpayers may hit RM12.5 billion.

Ling was arrested on Thursday and charged with cheating the government by misleading the Cabinet on the land valuation for the PKFZ project. He has pleaded not guilty.

At a parliamentary Public Accounts Committee inquiry held last year, both he and the secretary-general of the Transport Ministry Zaharah Shaari had said the Cabinet was properly apprised of the differing sets of land valuation and it was former premier Mahathir Mohamad who made the final decision.

Ling resigned in early 2003 ahead of Mahathir’s own resignation later that same year. The project was continued by Chan Kong Choy, the former deputy MCA president who took over the Transport portfolio, and former premier Abdullah Badawi, who had succeeded Mahathir.

Neither Mahathir nor Abdullah have made any comments despite's Ling's long-service record in the government.

Although, Umno watchers have told Malaysia Chronicle that more high-profile arrests will be coming in the next few days, few Malaysians believe Prime Minister Najib Abdul Razak would really carry out a serious clean-up.

“Najib may have too many skeletons in his own closet and Ling is aware of this. It is hard to believe anything will result from the arrest, because if there are more, there may be a backlash and No. 1 could end up finding himself also convicted,” said Khalid.

Raja Petra : Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!

Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan Liwat DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya? 

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan liwat oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah

EDYES

FDI: Ku Li dakwa menteri tak cakap benar..ha..ha..KERAjaan Kencing..!!

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar berhubung sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 peratus pada 2009.

"Beliau tidak bercakap benar, berpusing-pusing beri alasan remeh," katanya kepada Malaysiakini di Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar hari ini.

Razaleigh mengulas alasan menteri itu bahawa Malaysia hanya berjaya menarik FDI sangat sedikit berbanding ekonomi negara jiran kerana ia melibatkan skala pembangunan pada tahap berbeza, justeru tidak boleh menarik pelaburan infrastuktur.

Mustafa dilaporkan berkata ini kerana Malaysia tidak berminat menarik pelaburan dalam sektor pulangan rendah seperti yang melanda ekonomi kawasan lain.

Razaleigh yang juga ahli parlimen Guan Musang mengetepikan perkiraan bahawa pelabur tempatan lari ke luar negara kerana pasaran Malaysia sudah tepu.

"Masalah sebenarnya ialah keyakinan (pelabur). Jika begitu, kenapa syarikat seperti YTL buat stesen janakuasa di Singapura? Awak boleh tanya mereka.

"Kita perlukan duit untuk bangunkan negara ini. FDI bukan hanya bawa duit tapi latihan dan kemahiran pembangunan," katanya.

PKFZ : Ling-Ling Ngong-Ngong !


Liong Sik sudah kena ! Tetapi jalan cerita dan skrip tetap sama saja. Dulu kini dan selamanya. Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di dalam ceramahnya malam tadi di Dewan Beng Sean Seah berkata bahawa Tun Dr. Ling Liong Sik yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa dalam kes skandal Zon Bebas Port Klang (PKFZ). Ini adalah kerana kerajaan BN hari ini tidak mampu merahsiakan lagi skandal tersebut di atas tekanan yang diberikan.

Walaupun pihak pembangkang telah membuat bising dan menekan kerajaan mengenai perkara ini sejak empat tahun lepas, kerajaan dikatakan tidak mengambil apa-apa tindakan, malah melabelkan pembangkang sebagai anti-nasionalis. Dan, oleh kerana sukar untuk menyimpan rahsia, mereka terpaksa mengambil tindakan. Katanya lagi,
“MCA telah memanggil kami sebagai penipu dan menuduh kami mereka-rekakan cerita yang tidak wujud. Rakyat harus ingat bahawa di dalam negara ini, orang yang kaya raya boleh buat apa saja. Mereka boleh sampai ke peringkat membunuh seseorang dan terlepas begitu saja”,
katanya lagi di hadapan lebih 400 hadirin yang menghadiri ceramahnya walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat.

Pakatan Rakyat (PR) telah mengkritik kerajaan kerana gagal membawa ‘jerung besar’ di dalam skandal PKFZ yang bergantung kepada jaminan bon yang mampu menyebabkan kos projek itu mencecah RM12.5 bilion.

PKFZ telah dimodelkan bersempena dengan kejayaan zon bebas yang terkenal di Dubai iaitu Zon Bebas Jebel Ali tetapi PKFZ sehingga kini gagal menarik banyak pelaburan dan perniagaan yang cukup.-

Tun Dr. Ling telah didakwa dua hari lalu kerana menipu kerajaan di dalam isu pengambilan tanah untuk projek PKFZ di Klang. Jika sabit kesalahan di bawah Kod Penalti di bawah Seksyen 418, dengan dakwaan alternatif merujuk Seksyen 417, beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun untuk dakwaan pertama dan sehingga lima tahun untuk dakwaan alternatif serta kedua-duanya turut meletakkan sejumlah denda.

Dr. Ling mengaku tidak bersalah dan dibenarkan dijamin dengan wang jaminan sebanyak RM1 juta di Mahkamah Sesyen Putrajaya dengan seorang penjamin.- KLToday.com

Ku Li: Ubah BN, Pakatan parti pelbagai kaum dengan keahlian terus

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menggesa agar Barisan Nasional (BN) berubah sebagai parti pelbagai kaum menerusi status keahlian terus.
Beliau yakin jika BN mengambil langkah itu Pakatan Rakyat (PR), yang dibentuk dua tahun lalu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 akan menyusul.
Pemimpin veteran itu berkata rakyat wajar mengetepikan politik berimejkan perwakilan kaum jika mahu negara ini serius dalam penerimaan slogan 1 Malaysia.
“Jadi, jika serius dengan slogan 1 Malaysia, tukar Barisan Nasional menjadi sebuah parti yang terbuka kepada semua warganegara. Ubah ia sebagai parti pelbagai kaum dengan menjadikan keanggotaan langsung,” katanya.
Dengan mengambil tindakan itu, kata beliau PR juga akan dipaksa berbuat demikian kerana jika tidak, ia akan ketinggalan.
“Kemudian kita patut ada laluan kepada sistem dua parti bukan berasaskan kaum,” kata Ahli Parlimen Gua Musang ini pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

PM: Meritokrasi perlu sejajar keadilan sosial

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa generasi muda negara ini supaya memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan kerajaan untuk maju dalam pelajaran dan seterusnya mencapai cita-cita mereka.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan mengatur bermacam-macam rancangan lain untuk memudahkan mereka mencapai matlamat dan impian masing-masing.

Kata beliau inisiatif yang dimaksudkan termasuk pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Keputusan telah dibuat bahawa -- tidak kira Melayu, Cina, India atau daripada mana-mana kumpulan etnik - semua pelajar layak mendapat biasiswa sekiranya anda mendapat 9A+ atau lebih.

"Kerajaan ini akan sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di mana saja dan saya yakin anda akan bersetuju dengan saya bahawa peluang berdasarkan merit ini menunjukkan saya dan rakan-rakan saya benar-benar serius dalam melaksanakan transformasi, sejajar dengan konsep 1Malaysia," kata Najib dalam blog beliau www.1malaysia.com.my.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata prinsip meritokrasi ini perlu dilaksanakan sejajar dengan prinsip keadilan sosial dan para pelajar yang mendapat keputusan kurang daripada 9A+ kerana kurang bernasib baik daripada segi sosioekonomi, juga akan dibantu untuk melanjutkan pelajaran.

"Sebagai contoh, seseorang pelajar yang hidup dalam keadaan miskin di kawasan yang ternyata kurang beruntung, tetapi berupaya memperoleh keputusan cemerlang walaupun terpaksa menghadapi keadaan yang serba kekurangan itu.

"Oleh kerana dia mempamerkan ketekunan dan semangat yang begitu tabah dalam menghadapi keadaan mencabar itu, maka pelajar ini wajar dibantu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sebab itulah, beberapa bulan lepas, saya menyaksikan beberapa geran diberi kepada pelajar yang tinggal di Tumpat, Long Banga, Kanowit, Brickfields dan Putrajaya, sekadar menyebut
beberapa contoh," katanya.

Beberapa inisiatif lain juga akan dilaksanakan, yang menurut Najib, akan beliau teliti secara peribadi.

Perdana Menteri berkata penjimatan hasil daripada langkah penyusunan semula subsidi baru-baru ini juga akan disalurkan ke arah penyediaan lebih banyak peluang pendidikan.

"Kepada pembaca muda yang mengikuti tulisan ini: ambillah peluang keemasan ini untuk berjaya. Ini merupakan manifesto yng jelas bahawa kami bersedia membantu anda. Kami mahu anda berjaya," katanya.

Najib menulis: "Kami telah mendengar keperluan anda dan permintaan oleh ibu bapa anda melalui blog ini dan telah membuka laluan yang jelas untuk anda maju dalam bidang akademik. Saya menggesa anda supaya mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mencapai impian anda."

Najib juga menyeru ibu bapa dan guru supaya "membimbing serta menggesa golongan muda kita agar memberi fokus terhadap usaha mencapai cita-cita mereka melalui usaha secara tekun."

"Peringatkan mereka bahawa mereka akan diberi ganjaran sekiranya mendapat gred yang tinggi dan jangan biarkan mereka lemah semangat. Pendidikan mereka bermula di rumah," tulis beliau.

--Bernama

SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU



SAH, POLITIK DAN ISLAM ITU SATU
UMNO KATA - Politik dan Islam tak ada hubungkait, Islam lain - politik lain.
PAS KATA – Islam itu merangkumi politik dan seluruh kehidupan.
APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH HARUSSANI BARU-BARU NI ATAU SEBELUM-SEBELUM NI , KINI TERBUKTI bahawa........
1. Politik dan Islam itu tak boleh dipisahkan. Malah Islam berada dikedudukan teratas atau lebih tinggi dari politik. Islam menguasai politik, bukan politik menguasai Islam. Politik yang sebenar mesti membawa kearah perpaduan,.. dan Islam itu sendiri menyeru kepada perpaduan sejagat. Jadi ternyata bahawa PAS berada dilandasan yang benar.
2. UMNO dengan sendirinya terpaksa mengaku, sama ada dia sedar atau tidak...bahawa perpaduan yang dicari itu memang sangat-sangat penting, samaada dalam ruang lingkup kepartiannya mau pun seluruh kaumnya sendiri... tapi sebenarnya itu tidak cukup... PAS telah, sedang dan akan terus perjuangkan lebih dari itu.
3. UMNO sudah tidak mampu lagi bertahan. UMNO perlukan tabung oksigen untuk menyambung hayatnya. Ya! Tabung oksigen itu ialah perpaduan atau sokongan orang melayu kepada mereka. Tapi malangnya politik sebenar yang membawa kepada perpaduan yang tulin dan hakiki itu tidak difahami oleh mereka. Mereka hanya perlukan perpaduan kaumnya sahaja .......itu silapnya.
4. Usaha yang cuba dilakukan oleh Dato’ Mufti itu telah membuktikan bahawa Islam dan politik itu bercantum,.. ibarat satu badan...
Semua anggota badan dan perbuatannya adalah politik...
Dan seketul hati di dalam badan itu ialah Islam.
Jadi semua perbuatan yang dilakukan oleh manusia dikawal oleh hati atau dengan kata mudahnya.... “POLITIK ITU DIKAWAL OLEH ISLAM bukan politik menguasai Islam” Maka Perjuangan politik yang dibawa oleh PAS berlandaskan Islam itu harus mendapat tempat di hati seluruh rakyat.
Bagaimana !? Wahai pemimpin-pemimpin UMNO ? Masihkah berpegang kepada fahaman Asabbiah mu yang mengatakan agama itu lain – politik lain ?
Penulis : rahimothman