Rabu, 28 Julai 2010

Nasib Janna..??? Tunang Atau Bekas Tunang..???


Sebelum ini pada bulan February 2010 gua ada crash boom bang cerita budak Sepol dengan Janna, di sini.

La ni pulak... mamat ni ada skandal terbaru hingga mangakibatkan Farah Azlina di gugurkan dari kes Liwat 2.

(Secara positif gua sokong pengguguran tersebut bagi mengelakkan conflict of interest dalam pengendalian dan perbicaraan kes tersebut, walau pun ramai yang sudah sedia maklum akan keputusannya, ha..ha..ha..)

Desas desus terbaru pula mengatakan Sepol dan Farah akan berkahwin. Kalau betul eloklah... kurang sikit dosa malaun lahanat tu...

Persoalannya, apa sudah terjadi kepada Janna..., walaupun perkara yang gua janji nak letupkan dalam entry yang gua sebutkan tu.. buktinya masih dalam tangan somebody, dan beliau katakan tunggu dulu... so tak boleh nak cakap apa la.... lu orang sabar ekkkk....

Gua rasa mesti si Sepol tu sekarang ni tengah mengelabah babi hutan sebab kredibiliti dirinya dah semakin terburai barai... ini macam punya saksi boleh pakai ke... macam kes terdahulu si mangkuk Azizan tu... tukang bikin skrip makin botak kepala dia nak olah macam mana la pulak... adoiiiiyaiiii...

Tapi nak buat camna kan... nama pun Malaysia Darul BolehLand... serba serbinya boleh laaaa... melainkan yang sekoq tu kantoi kat Peranchis atau BeEnd di talkin... baru boleh buka buku baru... kalau tidak memang sah... macam sial jelah...

Lu orang agak2 si Sepol tu nak pilih siapa...? Farah atau Janna..., kalau Janna mesti ada usaha pujuk memujukkan, ha..ha..ha... kalau kes perbicaraan pun ada skrip, takan kes nak pujuk Janna takda skrip pulak... nah gua bagi skrip kat mamat sengal ni... yang gua dah submit ke blog Edyes semalam, tapi hari ni gua rembat balik kah..kah..kah... buruk siku laaaaa...

Skrip Sepol buat Janna;

Gua mana ada affair dengan Farah tu Janna ooiiii... percayalah.. cakap gua ni... Itu semua fitnah jer... diorang dengki dengan gua... sebab gua bakal jadi jutawan... percayalah...


Lu tengok dahi lebam gua ni... bukan sebab hantuk kepala kat dinding setiap hari.. tapi sebab gua bangun malam buat solat sunat... cuma solat jumaat jer,,, gua tak pergi...


Dengan semua bukti tu.. takan lu masih tak percaya dengan gua... sedangkan hakim pun akan percaya dengan gua... lu tunggu keputusan mahkamah nanti...
Tapi kalaulah dia jadi kahwin dengan si Farah tu... kesian kat Janna, sebab si Janna ni pernah katakan dulu walau apapun terjadi dia tetap akan berdiri teguh belakang Sepol... kah..kah..kah... mana taknya spender Levis jumpa tepi mesin basuh rumah dia, mau tak berdiri teguh kat belakang si Sepol tu... apa barang beb...

Sekarang makin terserlah kejantanan si Sepol nih... malangnya takda kudrat bila kena ayat keramat "Can I Fuck You Today" wargghhhhhhh... betul2 dasar jibraun celaka mamat ni....

Lepas ni sesiapa yang nak rebut peluang kekosongan si Janna Zaki tu... lu orang kena langkah mayat Baginda dulu.... (maaf.... tuan hamba Baginda kerana dalam entry yang gua link di atas menunjukkan kerakusan tuan hamba Baginda untuk merebut si Janna tu... kah..kah..kah... ini bukan fitnah tuan hamba, kerana hamba ada buktinya. hamba tidak akan menuduh sebarangan tanpa bukti yang kukuh... harap tuan hamba faham.) 
IkutSukaAku.

BRUTUS DI SELANGOR..DALAM PKR ATAU PAS??

Nampaknya kerajaan Selangor sekali lagi menghadapi masalah yang bertimpa. Kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor agak dicemburui. Sebagai pemimpin yang muncul tiba tiba tentu sekali kejayaan Khalid sebagai Menteri Besar dicemburui kawan dan lawan. Bagi musuh, kejayaan Khalid memimpin Selangor sebagai negeri maju dan makmur pastinya menyukarkan usaha merampas Selangor.

Tan Sri Khalid juga berhadapan dengan rakan dalam partinya yang merasakan Khalid tidak layak menduduki kerusi itu kerana Khalid tidak pernah susah bersama mereka memperjuangkan DSAI. Telah banyak kedengaran kecemburuan dalaman yang turut menjejaskan pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid. Atas apa alasan pun mereka yang mengkhianati kepimpinan Menteri Besar itu beerti mengkhianati amanah rakyat Selangor.

Sewajarnya mereka meletakkan kepercayaan dan memberi peluang Khalid membuktikan kepimpinannya. Sebagai orang perniagaan, tentunya keutamaan Khalid ialah kejayaan dan kemakmuran ekonomi Selangor yang telah dibuktikan kini. Inilah masalah PKR di Selangor.

PAS di Selangor juga menghadapi situasi yang sama. Jika Tan Sri Khalid Ibrahim adalah orang baru dalam PKR, Hasan Ali juga mungkin boleh dianggap orang baru dalam PAS. Walaupun Hasan Ali jauh lebih lama berkecimpung dalam politik, tetapi berbanding beberapa orang lama dalam PAS Selangor.... perbandingan sama seperti beberapa pemimpin PKR jika dibanding dengan Tan Sri Khalid.

Inilah masalah yang dihadapi kedua parti yang dipimpin oleh dua orang pemimpin baru yang juah lebih berpotensi. Khalid dan Hasan mungkin lebih menjiwai perjuangan parti mereka yang menarik kepercayaan pemimpin utama kedua dua parti. bagi orang lama yang rasa mereka lebih berjasa, apatah lagi merasakan mereka telah diuji, tentu tidak selesa dengan situasi dipimpin orang baru.

Sebagai mana sejarah manusia, Iblis cemburu kepada Adam menjadi khalifah yang perlu dihormati sedangkan Iblis lebih awal dicipta, iblis merasakan ia punya banyak kelebihan... semuanya bertitik tolak dari sombong dan bangga diri... Kalau Iblis boleh ditimpa penyakit sebegitu, apa pelik dengan beberapa "orang lama " dalam PAS dan PKR.

Sebagaimana Tan Sri Khalid terus menerus diserang atas alasan sayangkan Selangor atau PKR, maka Hasan Ali juga terus menerus ditekan atas alasan sayangkan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika ada yang menamakan duri dalam daging kerajaan Selangor atau PKR sebagai Brutus, baca
tidak salah rasanya saya juga menamakan orang yang berterussa mencari peluang menjatuhkan Hasan Ali dalam PAS Selangor sebagai Brutus....

Perkeso jual saham dalam syarikat minuman keras..akhirnya terbongkar setelah lama menafikan...!!!

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Dewan Negara dimaklumkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah menjual semua saham dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata saham itu telah dijual berikutan keputusan Perkeso untuk melupuskan saham sedemikian pada April lepas.
“Pada masa sekarang, Perkeso tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat terbabit walaupun pada satu ketika memang betul ia telah membeli saham syarikat ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) peringkat kementeriannya di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta kementerian memberi penjelasan sama ada Perkeso masih mempunyai pegangan saham dalam syarikat itu pada sesi perbahasan sebelum ini.
Subramaniam berkata Perkeso tidak akan lagi membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dianggap haram oleh agama seperti arak dan perjudian pada masa hadapan. – Bernama

PM bercuti ke luar negara mulai hari ini..rakyat susah dan merempat.. PM pergi bercuti..!!!

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. — Bernama

Subsidi untuk rakyat dipotong, Subsidi untung IPP dikekalkan

Baru-baru ini, Petronas merungut kerana terpaksa menanggung beban subsidi gas sejumlah RM116 bilion, malah menyatakan harapannya agar kerajaan menunaikan janji untuk memansuhkan subsidi secara beransur-ansur.  Di samping itu, sementara Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan potongan subsidi minyak, gas dan gula, subsidi kepada korporat dikekalkan sebaliknya, memberi manfaat yang terbesar kepada penjana kuasa bebas (IPP).
Sesetengah orang menuding jari terhadap IPP, lantaran daripada double standard yang diamalkan oleh PM Najib dalam isu subsidi.  Dalam satu kenyataan oleh Persatuan IPP pada 21 Julai 2010, mereka menafikan bahawa IPP menerima manfaat daripada subsidi gas, sebaliknya mendakwa bahawa manfaat ini disalurkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.
Menurut Persatuan IPP, dalam model operasi IPP yang sedia ada, harga gas ditetapkan oleh kerajaan, dan gas ini dibekalkan kepada IPP.  Dalam hal ini, IPP yang menandatangani kontrak dengan TNB (Tenaga Nasional Berhad), hanya berperanan sebagai pembekal eletrik, dan tidak terlibat dalam hal ehwal pengguna.
PPA yang berat sebelah
Bagaimanapun, kenyataan Persatuan IPP ini hanya benar secara luarannya.  Sememangnya IPP tidak memperolehi manfaat kewangan secara langsung daripada subsidi gas ini, tetapi IPP telah mengaut keuntungan yang besar secara tidak langsung daripada subsidi gas ini.  Pada hakikatnya, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) antara kerajaan, TNB dengan IPP menjadi punca kepada mekanisme subsidi ini.
Seandainya dilihat dari struktur sektor bekalan elektrik secara menyeluruh, TNB adalah pembekal elektrik yang utama, dengan kira-kira 60% aset kilang penjana elektrik di Semenanjung Malaysia, dan 55% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia.  Sementara itu, IPP menguasai 40% aset kilang penjana elektrik di seluruh Malaysia, di samping 5% yang selebihnya dimiliki SESB di Sabah dan SESCo di Sarawak.
Sektor elektrik merupakan pengguna terbesar dalam pasaran gas semulajadi.  Menurut laporan kewangan Petronas pada tahun 2009, 59.7% gas semulajadi  disalurkan kepada sektor elektrik, dan kira-kira dua pertiga daripadanya pula dibekalkan kepada IPP.  Jikalau dilihat mengikut nisbah, IPP merupakan unit penerima subsidi gas yang terbesar dalam sektor elektrik.
Menurut maklumat daripada laporan kewangan Petronas pada tahun 2007, Petronas telah menanggung beban subsidi gas sebanyak RM58.2 bilion untuk sektor elektrik mulai tahun 1997.  RM27.6 bilion (47%) daripadanya dibekalkan kepada IPP, sementara TNB memperolehi subsidi gas sebanyak RM21.2 bilion (37%).  Malah, RM9.4 bilion (16%) yang selebihnya, dikongsi oleh perusahaan kecil dan sederhana, bidang komersial dan rumah tangga.  Jelas, IPP memperolehi subsidi gas yang tertinggi.
Petronas kini membekalkan gas semula jadi kepada sektor elektrik pada harga RM6.40 per mmBtu (Million Metric British Thermal Units), selepas subsidi.  Menurut harga antarabangsa pada pertengahan Julai, harga pasaran gas semulajadi adalah USD 4.39 atau RM14/mmBtu.  Dengan kata lain, IPP membeli gas semula jadi dengan harga RM7.60 (55%) lebih rendah daripada harga pasaran, selepas subsidi yang sudah tentu tidak kecil angkanya.
Subsidi menguntungkan IPP
Seandainya mengikut kenyataan Persatuan IPP, manfaat daripada subsidi akan dialihkan kepada pengguna melalui Pass-through mechanism.  Pada hakikatnya, keadaan tidak berlaku sebagaimana yang diperkatakan.  Setelah membeli gas semulajadi dengan harga yang lebih rendah dari pasaran, IPP tidak membekalkan elektrik kepada TNB dengan harga rendah, sebagaimana yang dijangkakan.  Sebaliknya, IPP menjual elektrik dengan harga yang lebih tinggi kepada TNB, lantas mengaut keuntungan berganda daripadanya.
TNB terpaksa membeli kuasa elektrik daripada IPP dengan harga yang lebih tinggi, kerana terikat dengan PPA, wahal kos TNB untuk menjana elektrik sendiri jauh lebih rendah daripada kosnya membeli dengan IPP.  Akhirnya, beban peningkatan kos TNB dipindah kepada pengguna, apabila TNB meminta agar kerajaan meluluskan kenaikan harga elektrik.  Dengan kata lain, pengguna bukan sahaja tidak dimanfaatkan daripada subsidi, sebaliknya menanggung kos untuk membeli elektrik daripada IPP.
Lebih-lebih lagi, syarat-syarat yang berat sebelah dalam PPA telah mencungkil pertikaian.  Jeff Rector, seorang pengkaji dari Universiti Stanford di bawah The Program on Energy and Sustainable Development, pernah mengemukakan satu laporan berjudul The IPP Investment Experience in Malaysia pada tahun 2005.  Menurut laporan tersebut, syarat take or pay yang digariskan dalam PPA menyatakan bahawa TNB bertanggungjawab untuk membiayai kuasa elektrik IPP, sama ada bekalan tersebut diperlukan atau tidak.
Menurut laporan ini, kesemua IPP fasa pertama menjana kuasa elektrik dengan gas semulajadi, yang dibekalkan Petronas secara khususnya.  Syarat PPA menyatakan bahawa risiko kenaikan kos gas semulajadi ditanggung sepenuhnya oleh Petronas.  Malah, dalam PPA untuk IPP fasa pertama, bekalan elektrik ditetapkan pada harga antara 13.7 sen dengan 15.5 sen per kilowatt-hour, jelas lebih tinggi daripada kos yang dihasilkan TNB sendiri.
Harga ini ditetapkan dengan mengambil purata anggaran inflasi untuk tempoh 21 tahun.  Maka dengan ini, untuk beberapa tahun pada peringkat awal secara khususnya, IPP akan mengaut keuntungan yang besar, dan keuntungan akan berkurang apabila sampai ke peringkat akhir tempoh 21 tahun ini.  Malah, IPP berpeluang untuk menjelaskan kos permulaannya (modal) pada peringkat awal tempoh 21 tahun ini, dan terus menikmati keuntungan setahun demi setahun kemudiannya.
Selain itu, Jeff Rector mendedahkan bahawa lima buah IPP fasa pertama dijamin dengan pulangan 20%, dalam perjanjian konsesi ini.  Tetapi, IPP ini memperolehi pulangan yang lebih tinggi pada akhirnya.
IPP menjadi beban TNB
Manfaat sebagaimana yang disebut di atas tidak dikecapi oleh IPP fasa kedua, apabila PPA menyatakan bahawa risiko kos kenaikan harga bahan bakar ditanggung bersama oleh TNB dan IPP.  Namun demikian, syarat take or pay tetap dikekalkan, iaitu TNB wajib membeli kuasa elektrik daripada IPP, sama ada perlu atau tidak.  Syarat inilah yang menjurus kepada masalah 40% lebihan kapasiti elektrik (unutilized capacity), yang dihadapi oleh TNB.
Jelas, IPP menjadi beban TNB.  Dalam satu wawancara bersama Business Time, yang disiarkan pada 2 Mac 2009, bekas Ketua Pegawai Kewangan TNB, Izzaddin Idris  (gambar kanan) berkata, setinggi 80% kos operasi TNB dalam laporan kewangan tahun 2008 digunakan untuk membiayai IPP, perlombongan arang dan gas semulajadi yang dibekalkan Petronas.  Antaranya, RM8.7 bilion digunakan untuk membiayai IPP, dengan RM4.8 bilion daripadanya untuk bekalan elektrik.
Izzaddin Idris berkata, TNB akan memperuntukkan RM5 bilion untuk hasilan kuasa elektrik pada tahun kewangan 2009, dan kos ini dijangka akan bertambah pada masa depan.
Ringkasnya, dalam isu subisidi gas dan bekan elektrik, IPP menjadi penerima manfaat terbesar, sementara Petronas, TNB, kerajaan, malah rakyat perlu menanggung kerugian akibat daripadanya.  Subsidi tidak menguntungkan rakyat, yang sebaliknya perlu menanggung kosnya kerana penyelewengan dalam hasilan elektrik.
*Neo Chee Hua

Air: BN tidak bela penduduk miskin

SHAH ALAM, 28 Julai: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) bahawa keputusan kerajaan terdahulu berkenaan perkhidmatan air tidak pernah menyebelahi penduduk miskin di Selangor.
Beliau menyatakan demikian ekoran pemimpin Umno BN yang sering mengkritik pemberian air percuma kerajaan negeri Pakatan Rakyat di negeri ini.
Ianya termasuklah polisi perbezaan tarif mengikut jenis meter yang telah dibenarkan ketika kerajaan BN memerintah sebelum ini.
"Saya ulang di sini bahawa Kerajaan Selangor telah melaksanakan pemberian air percuma kepada penghuni rumah kos rendah yang menggunakan meter pukal dengan pengenalan sistem kupon," katanya.
Beliau juga turut memberi jaminan program air percuma tersebut akan diperluaskan ke seluruh negeri itu dalam waktu terdekat ini.
Berikutan itu, Kerajaan Selangor meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelaraskan tarif air bagi meter individu dan meter pukal untuk membolehkan pengguna di negeri ini menikmati pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan dengan kadar yang sama.
Beliau berkata, perbezaan tarif air mengikut jenis meter tidak patut berlaku dan pihaknya akan mengadakan rudingan bersama pihak Syabas agar tarif perkhidmatan air diselaraskan untuk semua.
Ketika ini, Syabas mengenakan tarif yang berbeza mengikut jenis meter.
Bagi meter individu, 20 meter padu dikenakan RM11.40, RM16.00 untuk pengguna meter pukal bagi pangsapuri kos rendah dan RM27.00 bagi pangsapuri bukan kos rendah.
"Perbezaan tarif mengikut jenis meter ini diketahui ketika kerajaan negeri sedang memperluaskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan kepada penghuni rumah kos rendah yang menggunakan meter pukal.
"Jelas, pemberian air percuma oleh kerajaan negeri yang dilancarkan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan sahaja dapat menolong rakyat dari bebanan ekonomi tetapi juga telah dapat menolong menyeralaskan tarif dan caj perkhidmatan air," katanya.

Pilihan raya berasingan,Sorry... anda silap sikit Muhyiddin..!!

Oleh Syed Imran
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin berkata bahawa negeri-negeri yang bukan ditadbir oleh Barisan Nasional tidak boleh mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya peringkat persekutuan.

Beliau dilaporkan sebagai berkata hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak menentu atau menetapkan soal berkaitan tarikh pilihan raya.
Jika diteliti secara kasar, betul tetapi jika dihalusi kita akan dapati bahawa Muhyiddin, seorang tokoh politik yang berpengalaman dan kini memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, silap sedikit.
SPR tidak boleh mengurus sesuatu pilihan raya sekiranya Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat tidak dibubarkan terlebih dahulu.

Jika Datuk Seri Najib Tun Razak nak mengadakan pilihan raya, katakan pada bulan April 2011, maka dia perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan baginda bagi membubar Dewan Rakyat atau Parlimen.

SPR mempunyai satu tempoh yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya untuk mengurus pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Rakyat. Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan, SPR tidak boleh mengurus atau mengadakan pilihan raya.

Apabila Parlimen dibubarkan dan sekiranya Dewan-Dewan Undangan Negeri dibuar serentak, barulah SPR boleh mengurus pilihan raya untuk mengisi kerusi Dewan Rakyat dan DUN. Tetapi, jika DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak dibubarkan serentak dengan Pembubaran Parlimen, SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.

Oleh itu, Muhyiddin silap apabila menyatakan bahawa SPR yang menentukan sesuatu pilihan raya dan bukan pihak lain. Yang jelas SPR hanya boleh berbuat demikian jika DUN dibubarkan. Andai kata pentadbiran PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu membubarkan DUN serentak dengan pembubabarn Parlimen dan DUN yang dikuasai oleh BN, SPR tidak boleh buat apa-apa kerana tiada kuasa atau peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Bidang kuasa SPR dijelaskan dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

113 (1) Maka hendaklah ada suatu suruhanjaya Pilihan Raya yang ditubuhkan mengikut Perkara 114, dan yang akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negeri serta menyedia dan menyemak daftar-daftar pemilih untuk pilihan raya itu tertakluk kepada peruntukan undang-undang persekutuan.

Pada asasnya, itulah kuasa SPR dan SPR hanya boleh bertindak atau melaksanakan tanggungjawabnya setelah dimaklumkan secara rasmi berkaitan pembubaran Dewan Rakyat artau DUN ataupun berlaku kekosongan kerusi dewan berkenaan oleh Speaker berkaitan.

Oleh itu, DUN yang dikuasai Pakatan Rakyat berhak untuk tidak membubarnya serentak dengan Dewan Rakyat atau DUN lain sekiranya mereka tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak. Mereka boleh memilih untuk mencukupkan tempoh lima tahun seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Usul benar mahasiswa terlibat politik akan dibawa ke MT Umno..ha.ha..apa kena mengena dengan UMNO..abih kompenan BN apa citer..!!!

PETALING JAYA, 28 Julai — Anggota Majils Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah akan membawa usul membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno akan datang.
Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.
Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.
“Akta itu tidak patut menjauhkan pelajar daripada politik supaya mereka dapat terlibat sama dalam proses membuat keputusan sekali gus peranan mereka dihargai,” katanya pada sidang media untuk mengumumkan 10 peserta akhir Anugerah
Usahawan Muda Kreatif “Junior Chamber International” (JCI) ke-4 2010 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas langkah kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai Ogos ini.
“Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita beri peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,” katanya.
Saifuddin berkata tujuan membawa usul itu ke MT Umno adalah untuk mengiktiraf hak mahasiswa yang dijamin Perlembagaan, selain memperluaskan penglibatan rakyat dalam politik, terutama generasi muda.
“Jika sebagai rakyat mereka diberikan hak untuk berpolitik kenapa sebagai mahasiswa mereka tidak boleh berbuat demikian,” katanya sambil berkata ia juga akan dapat menarik minat sebahagian remaja untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.
“Kita ada sejumlah pengundi muda yang tidak mendaftar, ini adalah satu cara untuk meningkatkan pengundi,” katanya.
Memgenai tindakan kerajaan membenarkan pegawai pendidik menyertai politik, Saifuddin berkata ia adalah satu perkembangan politik yang sihat dan yakin golongan itu dapat menjaga imej mereka sebagai ahli akademik serta dapat membimbing ahli parti tanpa kepentingan peribadi.
“Kehadiran mereka akan menyegarkan politik dan mendorong amalan politik yang lebih bersih dan baik untuk negara,” katanya.
Peringkat akhir Anugerah Usahawan Muda Kreatif yang akan diadakan pada 7 Ogos di Pusat Konvensyen Sunway akan memilih tiga dari 10 peserta untuk bertanding di JCI  World Congress yang akan diadakan di Osaka, Jepun, November ini. — Bernama

kes Saiful - Anwar : Kenapa Farah Azlina Latif digugurkan ??


Alasan utama Gani Patail :

"Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa"

Persoalan dan soalan :

Adakah alasan ni diterima bagi menggugurkan seseorang pendakwa raya sedangkan dia terang-terang tak lakukan kesalahan. Sepatutnya alegasi tersebut tidak dilayan. Tambahan pula, dia tiada akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan. Jadi apa relevan dan rasionalnya jawapan dan persepsi negatif yg Gani Patail maksudkan itu?Persepsi negatif orang ramai atau persepsi negatif Gani Patail sendiri??

Atau

ADAKAH kerana takutnya UMNO Barisan Nasional terhadap pendedahan yang dikira sudah "memecahkan tembelang" mereka dalam satu lagi konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan penglibatan Farah Azlina Latiff (yang boleh sahaja melakukan malafide terhadap Anwar Ibrahim demi orang "tersayang") semasa perbicaraan Anwar - Saiful ini?

Atau

UMNO Barisan Nasional takut isu ini menjadi modal kepada pembangkang menjelang pilihanraya akan datang, maka UMNO Barisan Nasional menyuarakannya hasrat menggugurkan Farah Azlina Latiff melalui Gani Patail??

Jika Ya,boleh jadi keputusan ini terpaksa diambil supaya isu-isu berkaitan tidak menjadi panas dan menggugat kekuatan BN untuk menang pilihanraya umum nanti. Ini kan kes Anwar, semestinya ia akan menjadi bahan pilihanraya.

Tambahan pula,isu ini bertambah panas, apabila ada lagi cerita lain mengatakan bahawa Saiful Bukhari Azlan akan berkahwin dengan Farah Azlina Latiff sedang dia sudah bertunang dengan Janna Syariza Mohd Zaki hanya beralasankan perkara tak logik; bagi mengelakkan lebih banyak persepsi buruk masyarakat terhadap mereka.??

Hudud Dan Malaysia

Seandainya Undang-Undang Islan termasuk Hudud menjadi undang-undang negara, adakah segala onar yang memalukan dan mencemarkan imej negara yang majoriti Islam ini akan berlaku?

Adakah geng-geng fitnah akan berani melakukannya?

Kalaulah apa yang didakwa memang benar dan berlaku apakah akan terjadi kepada watak-watak di bawah?

DS Anwar
Syaiful
Farah
Ghani
Najib
Mahathir

KAMI timbang tubuh Majlis Media Alternatif

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), pertubuhan bukan kerajaan yang dibentuk untuk memperjuangkan usaha mendesak dimansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, bercadang untuk membentuk Majlis Media Alternatif bagi menggalakkan mekanisme kawal selia kendiri.
Idea itu dilontarkan pada Diskusi KAMI Ketiga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang diadakan di sini hari ini.
Pengerusi KAMI, Ahmad Lufti Othman berkata, usaha mengadakan majlis seumpama itu, yang diamalkan oleh beberapa negara maju bagi sektor media cetak dan elektronik, akan dibincangkan secara mendalam dalam waktu terdekat.
“Idea ini yang dibangkitkan pada majlis diskusi hari ini akan dibincangkan secara mendalam agar kita ada sebuah badan kawal selia media alternatif seperti laman web, akhbar mingguan (akhbar pembangkang), blog,” kata beliau pada sidang media di akhir diskusi peringkat ketiga di pejabat Harakah di sini hari ini.
KAMI yang dibentuk secara tidak formal satu dekad yang lalu sebagai salah satu usaha mengecam penggunaan akta tersebut untuk mengekang kebebasan media cetak di negara ini.
Lufti yang juga Ketua Pengarang Harakah berkata, pembentukan majlis media sedemikian akan bertindak sebagai satu badan kawal selia kendiri dalam jangka panjang, menggantikan penggunaan undang-undang sedemikian.
“Kita perlu mengekalkan mutu kewartawanan yang baik, dan KAMI akan menghalusi perkara ini,” katanya.
Sebelum ini pernah ada idea dan kajian membentuk Majlis Media Malaysia (MMC), tetapi dibantah wartawan khususnya Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ).
NUJ mahu ia beroperasi dengan bebas, dikawal sendiri oleh pengamal media dan mempunyai perwakilan yang seimbang antara orang awam dan media.
Idea penubuhan telah dibincangkan sejak 1960-an oleh sekumpulan editor bagi menjaga kepentingan pengamal media.
Pada 2005, NUJ mendakwa bahawa ia tidak pernah dibawa berunding mengenai cadangan penubuhan MMC pada peringkat penggubalan.
Dalam pada itu, Setiausaha KAMI Tarmizi Mohd Jam pula memberitahu, idea pembentukan majlis sedemikian akan dibincangkan pada mesyuarat KAMI akan datang.
Pada sidang media itu, beliau juga memberitahu KAMI akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri agar mengeluarkan semula permit kepada Suara Keadilan dan Rocket yang masing-masing diterbitkan oleh PKR dan DAP.
“KAMI juga akan menghantar memorandum mengenai penggunaan Akta Media Cetak dan Penerbitan oleh kementerian kepada Suhakam dan Majlis Hak Asasi Sedunia,” katanya.
Semalam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kata beliau, tindakan drastik Kementerian Dalam Negeri menahan daripada memperbaharui permit Suara Keadilan dan Rocket berhubung kait dengan kebimbangan kritikal Umno-BN menghadapi kebangkitan rakyat yang kian tegar mempersoalkan dasar-dasar kerajaan muktahir ini.
Tarmizi berkata jika Umno-BN dalam keadaan kuat, stabil dan selamat, maka sudah tentu “penggantungan” permit dua lidah rasmi PKR dan DAP itu tidak diambil, sebaliknya ia akan diberi seperti biasa.
Sebelum tiga penerbitan menghadapi masalah yang hampir sama, bagaimanapun Harakah telah menerima permit semula dua minggu lalu.
Suara Keadilan kini diterbitkan di bawah status tidak berkala dengan tiga edisi setakat ini, di bawah nama Keadilan, Obor Keadilan dan Sinar Keadilan.

Round Eight: How BSA Tahir was delivered into the hands of the SB, CIA and MI6

This is probably the best part of BSA Tahir’s testimony to the Home Ministry. He relates how he was tricked into coming back to Malaysia and how Kamal Abdullah and Shah Hakim delivered him into the hands of the Malaysian Special Branch, CIA and MI6. He was then told to ‘accept lah’ whatever happens to him. It was not enough, however, that they detain him under the ISA to keep him quiet. He was not detained in Kamunting where he would come into contact with other ISA detainees. He was hidden in a secret location where no one could get to him.


Raja Petra Kamarudin



Round Seven: BSA Tahir was detained because President Bush mentioned his name

In BSA Tahir’s testimony to the Home Ministry, he reiterates that he had not acted alone in the ‘crime’ he was alleged to have committed. He further states that the Prime Minister, IGP and Atomic Energy Agency of Malaysia have all cleared him of any wrongdoing and confirmed via public announcements that he violated no laws. BSA Tahir, however, was singled out for detention without trial while all the others were spared in spite of all this.


Raja Petra Kamarudin




Melayu serba salah: nak sokong UMNO takut terus dibohongi

Aspan Alias
Orang Melayu sedang keliru dan sedang tercari-cari penyelesaiannya. Orang Melayu terutamanya yang sayangkan UMNO sendiri semuanya keliru dan kekeliruan ini ialah kerana keadaan semasa yang mana mereka tidak tahu untuk berbuat apa-apa bagi penyelesaiannya.
Benar kah jika UMNO diketepikan oleh rakyat Melayu akan hilang kekuasaan? Jika ianya benar rakyat terpaksa mempertahankan parti kita ini ‘at all cost’ dan pastikan rakyat memberikan mandat lagi kepada UMNO dan sekutunya dalam BN.

Apabila UMNO kembali berkuasa persoalannya bagaimana kita hendak mengelakkan harta benda rakyat dari dikikis oleh pemimpin dan kroni mereka melalu ‘projek privatisation’ yang menjadi modus operandinya?

Yang terakhir kita dengar dan tahu bagaimana tanah lapangan terbang Sungei Besi akan di berikan kepada orang-orang yang rapat dengan pucuk pimpinan negara.

Blog ini pernah mencadangkan agar tanah yang sangat bernilai ini diberikan munafaatnya kepada rakyat dengan membina Park yang luas untuk mengimbangi pembangunan Kuala Lumpur dengan pembangunan hijauan sepertikotaraya besar dinegara-negara maju.

Ramai rakyat bertanya jika UMNO ini masih diberikan kuasa mampu kah ia menjauhkan diri dari melakukan kemaksiatan mentadbir negara ini.

Kalau UMNO masih lagi memerintah bolihkah pimpinan memastikan perbelanjaam membeli peralatan tentara misalnya tidak ditambah kepada harga sebenarnya sebagai cara mendapatkan kamsen bukan.

Kamsen yang diterima bukannya diatas keuntungan syarikat yang menjual barangan kepada kita tetapi melalui ‘inflated prices’ yang kita cadangkan kepada mereka yang menjual peralatan-peralatan itu. Harga tambahan itu akan kembali kepada mereka yang berkuasa dan jumlahnya sangat besar; dalam ratusan juta ringgit.

Semuanya ini dapat dikesan oleh rakyat dan tidak boleh menyorokkan fakta yang melibatkan transaksi-transaksi tersebut. Rakyat sudah jemu dengan sikap kepimpinan kita merompak wang rakyat dan mengeringkan kantung negara.

Apabila kantung negara kekeringan pemimpin yang sama juga akan menarik balek subsidi yang masih diperlukan rakyat dan pendeknya rakyat terpaksa menang kos yang terlalu mahal untuk mengekalkan pemimpin-pemimpin yang rasuah ini.

Kalau UMNO masih berkuasa apakah kepastian yang pemimpin-pemimpin yang dikedepankan itu tidak ada imej yang baik seperti Nor Mohammad Yakcop, Nazari dan banyak lagi perasuah-perasuah disetiap peringkat.

Sebelum rakyat memberikan mandat sekali lagi mampukah MACC membawa kemuka pengadilan perasuah-perasuah berprofil tinggi yang begitu ramai?

Dari Perlis sampailah keSabah rakyat bercerita tentang pertimbangan samada untuk memberikan tugas terus kepada parti UMNO dan sekutunya memerintah negara kita ini.

Rakyat sudah sampai kepersimpangan dalam membuat keputusan samada untuk teruskan memberi mandat kepada UMNO dan sekutunya.

Rakyat sudah merasa ngeri untuk menyokong kepimpinan UMNO pada hari ini melihatkan UMNO tidak juga tidak berubah malahan bertambah parah sikapnya. UMNO terus menghadapi krisis keyakinan rakyat keseluruhannya.

UMNO seolaj-olah menjadi entity bisnes bagi anak isteri pemimpin kita untuk mengaut kekayaan yang terlalu berlebihan dan tidak ada perasaan segan dan silu berbelanja harta rakyat untuk memenuhi nafsu nafsi dan syahwat kehidupan terus menerus.

Pemimpin-pemimpin kita seolah-olah sudah hilang terus hidayah dan sudah tidak tahu dan mengenali lagi yang mana salah dan yang benar. Dalam pada itu rakyat dari hari kehari merasakan himpitan kos kehidupan yang tinggi dan melambung.
READ MORE HERE

Antara Farah Azlina dan Gani Patail


Kasihan dengan Farah Azlina ni ya.. biarpun didapati tidak bersalah tapi dia digugurkan juga dari kes ini, hanya kerana dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra.. err.. percaya pula mereka kepada Raja Petra kali ini..
By Anak Sungai Derhaka
Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengumumkan Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Katanya lagi Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

Kononnya “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

Hmmm..

Kasihan dengan Farah Azlina ni ya.. biarpun didapati tidak bersalah tapi dia digugurkan juga dari kes ini, hanya kerana dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra.. err.. percaya pula mereka kepada Raja Petra kali ini..

Kalau begitu peratusan boleh percaya tulisan Raja Petra telah meningkat kepada 41% dari 40% seperti yang telah didakwa oleh seorang pemimpin dari UMNO yang apa nama dia tah.. baru-baru ini yang mengatakan hanya 40% benar manakala 60% lagi adalah tidak benar..

Jika Gani Patail berkata “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

Bagaimana pula dengan Gani Patail sendiri, Gani yang telah terlibat secara langsung untuk mereka-reka bukti diatas dakwaan liwat keatas Anwar sepertimana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim 10 tahun lalu?

Gani Patail yang yang dijanjikan oleh Pak Lah semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri akan tidak terlibat secara langsung dalam kes tuduhan liwat kali ini yang telah menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Tidak terjejaskah nama baik atau kredibiliti jabatan Peguam Negara jika seorang yang telah terbukti terlibat secara langsung mereka-reka bukti 10 tahun yang lalu kini terlibat sekali lagi dalam kes yang sama.

Cuma yang membezakannya dengan kes kali ini ialah yang mendakwa diliwat 10 tahun dulu dipenjara tetapi yang mendakwa diliwat kali ini bebas bergembira dan bercinta buat kali kedua..

Biarpun penglibatan Farah Azlina dalam kes ini sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut dan beliau juga dikatakan tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan, beliau digugurkan kerana dikhuatiri menjejaskan kredibiliti Jabatan Penguam Negara.

Penglibatan Farah Azlina yang dikatakan bercinta dengan Saiful akan mencetuskan ‘conflict interest’.

Tetapi Gani Patail yang berpengaruh dalam menentukan halatuju Anwar Ibrahim samada ke penjara atau sebaliknya dan Gani Patail yang telah terbukti tiada kredibiliti kerana dibuktikan telah mereka-reka bukti dalam kes liwat yang pertama 10 tahun yang lalu masih terlibat dengan kes tuduhan liwat yang kedua ini.

Jadi diantara Gani Patail dan Farah Azlina siapa sebenarnya yang secara serius telah menjejaskan nama baik atau kredibiliti Jabatan Penguam Negara?

Gani Patail sendiri ataupun Farah Azlina?

Najib's Growing Popularity: Fact or Fiction?



Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was among the first to voice his opinion by suggesting that maybe Najib can consider calling an early general election if it is true that his approval rating has ascended that much.

by Al-Jafree Md Yusop, Malaysian Digest  

On the June 8, an independent opinion research firm, Merdeka Center announced the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s approval rating which soared to 72 percent – a significant increase from 69 percent in April.
Interestingly enough the poll conducted from May 6 to May 16 showed the highest approval rating among the Indian community which is 80 percent followed by the Malays with 77 percent and the Chinese with 58 percent.

These figures also indicate a substantial uptrend since the Merdeka Center first started their survey on Najib’s popularity back in March 2009 just as he took over Putrajaya. His approval rating then was merely 44 percent.

The announcement of the approval rating received immediate responses from various parties. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was among the first to voice his opinion by suggesting that maybe Najib can consider calling an early general election if it is true that his approval rating has ascended that much.

 "Alhamdullilah (Praise be to God) if he has received (a rating of) 72 percent," he said, adding that it would be good to know who actually conducted the survey.

The former prime minister said it would have to be left to the government to decide whether to call the next general election earlier than 2013, when it is due. He also recalled the time when he had led the Barisan Nasional (BN) to an election victory to secure a two-third majority in parliament. At that time, he said his popularity rating was only 60 percent.

 "But if it is 72 percent, we hope to be able to win more than a two-third majority. Perhaps, you (Najib) can call the elections now!" he added.

Najib’s approval rating actually plummeted sharply to 56 percent in September last year. This was in the wake of the cow head protest by mainly Umno members against the construction of a Hindu temple in Shah Alam. At the same time, there was also the tragic death of DAP aide, Teoh Beng Hock, while in the custody of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

The current poll showed that 50 percent of the respondents believed that Najib would be able to achieve his reform targets within two years, namely the 1Malaysia concept, the Government Transformation Plan and the New Economic Model.

About 52 percent of respondents agreed that the country was now heading in the right direction due to fast economic recovery and improving living quality. 63 percent and 56 percent are satisfied with the improvement in education and public transportation in urban areas respectively.

However, 22 percent of the respondents felt that the government should solve economic issues such as rising cost of living and prices of goods, unemployment and sugar shortages.

Perhaps the result of the Hulu Selangor by-election on the April 25 is proof that the poll is right when BN candidate from MIC, P. Kamalanathan won with a majority of 1,725 votes beating Pakatan Rakyat’s candidate from PKR and a former Umno member Datuk Zaid Ibrahim. The numbers from the Hulu Selangor clearly indicates the strong support from the Indian community for BN as reported by the survey.

The results of the Sibu by-elections on May 16 where Pakatan Rakyat’s candidate from DAP, Wong Ho Leng won with a majority of 398 beating BN’s candidate from SUPP, Robert Lau Hui Yew showed the dwindling support from the Chinese community for Najib’s administration as showed by the poll.
READ MORE HERE

Bakar gereja: Saksi dakwa tertuduh buat laporan polis palsu

gereja 4 Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Saksi pendakwaan kes kebakaran Gereja Metro Tabernacle hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa tertuduh kedua Raja Mohamad Idzham Raja Ibrahim mengaku ada membuat laporan polis palsu berhubung kecederaan yang dialami abangnya.
Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul ASP Tan Chek Yang (SP26) dalam keterangannya berkata, Raja Mohamad Idzham pernah membuat pengakuan sedemikian secara lisan semasa sesi soal siasat dijalankan.

Menurut Tan, 34, Raja Mohamad Idzham mengakui kecederaan abangnya yang juga tertuduh pertama, Raja Mohamad Faizal disebabkan kecuaian semasa membakar sampah seperti dalam kenyataan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini adalah palsu.
Bagaimanapun peguambela, Datuk Hanif Hashim bangkit mempersoalkan mengapa baru sekarang pengakuan palsu tersebut diselitkan bersama keterangan Tan dan tidak mencatatkannya sebagai laporan rasmi.
Namun Tan ketika diasak pertanyaan oleh Hanif sebaliknya mengaku beliau mempunyai rekod kenyataan pengesahan daripada saksi lain bahawa kecederaan yang dialami Raja Mohamad Faizal pada 8 Januari lalu adalah disebabkan kecuaian ketika membakar sampah.
Tan yang juga saksi terakhir perbicaraan berkata, semasa pihaknya menjalankan siasatan pada 29 Jun beliau mengarahkan pegawai bawahannya, Inspektor Mohd Hanis Abdul Wahab pergi ke rumah rakan Raja Mohamad Faizal, Hazwan Zainal Abidin bagi menyoal siasat saksi.
Rumah yang beralamat No 14B Jalan Hijrah, Sungai Sering, Ulu Kelang, Selangor itu merupakan tempat dikatakan berlakunya insiden kecederaan itu, seperti yang didakwa Raja Mohamad Idzham.
"Daripada siasatan yang dijalankan, adakah Hazwan mengaku bahawa tertuduh ada di rumahnya pada waktu kejadian dan kecederaan yang dialami adalah kerana kecuaian semasa membakar sampah?
"Ya tapi saya tak jumpa Hazwan. Inspektor Hanis yang buat soal siasat itu dan ada rekodkan kenyataannya," katanya.
Rupa tertuduh tak dapat dikenal pasti
Tan sebelum itu juga memberitahu mahkamah berdasarkan kandungan video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran tempat kejadian dan juga di restoran Old Town, tempat dikatakan tertuduh berkumpul sebelum pergi ke tempat kejadian, rupa tertuduh tidak dapat dikenal pasti kerana visualnya yang kabur.
Tan turut membuat pengecaman barang bukti yang diperolehinya semasa berada ditempat kejadian.
Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati pukul 11.50 malam, 7 Januari lepas.
Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Hakim S.M. Komathy Suppiah kemudiannya menetapkan sesi penggulungan bagi kedua-dua belah pihak pendakwa dan pembelaan pada Jumaat petang.

Penubuhan Majlis Media Alternatif Dialu-alukan


SAYA mengalu-alunya tindakan Aktivis Media Independen (Kami) yang diketuai Ahmad Lutfi Othman yang bercadang untuk menubuhkan Majlis Media Alternatif (MMA) untuk dijadikan mekanisme mengawal selia diri sendiri. Saya rasa hasrat seperti sudah lama patut dilakukan dan bukan saja setakat membunting dalam kepala saja.
Selain daripada mendesak kerajaan memasuhkan Akta Mesin Cetak yang dilhat satu mekanisme dipihak kerajaan menganggu kebebasan bersuara di negara ini dalam menyalurkan maklumat yang benar dan telus, baik sangatlah kalau NGO berkenaan melihat ke dalam diri sendiri. Sebab di pihak media alternatif sendiri banyak kecacatan dan kecurangan yang disedari tetapi dibiarkan.
Misalnya ada media alternatif melampau dalam membuat laporan tanpa memikirkan soal-soal atau kepentingan lain yang dikira untuk manfaat bersama. Setengahnya beremotif sangat sehinggakan mengabaikan profession media. Kebanyakan media alternatif juga mahu bersikap seperti media arus perdana yang tidak sedikit pun nampak kebaikan pembangkang.
Keperluan majlis berkenaan juga dirasakan amat perlu memandangkan kini muncul berbagai media termasuk web site dan blog yang menyokong pembangkang secara bebas tetapi tidak terkawal. Banyak berlaku penulisan atau pun laporan yang tidak mempunyai strategi jelas dan kadang kala memakan diri sendiri.
Kerana kurang cermat atau tidak ada pengalaman dalam penulisa berstrategi menyebabkan ada bloger yang melondehkan pekung diri sendiri menyebabkan menimbulkan masalah kepada parti yang disokongnya. Ada kalanya pihak parti terpaksa berpolemik sesama sendiri akibat pendedahan kurang sipan bloger.
Dengan adanya badan bebas mengawal diri sendiri nanti saya rasa selepas ini hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku itu akan dapat diatasi. Disebabkan sesetengah penulis atau media pembangkang khususnya penulis blog yang terlampau bebas, tidak dibatasi sebarang undang-undang atau etika adakalanya penulis terhentam rakan sendiri.
Dengan adanya majlis itu juga, ia boleh memberi tunjuk ajar kepada penulis blog yang rata-rata tidak begitu berpengalaman dan mengetahui etika penulisan. Kebanyakan mereka lahir kerana ghairah dengan dunia blog tanpa ada ilmu mengenai penulisan. Ahli atau aktivis Kami yang ramai dan kebanyakan berpengalaman itu boleh menganjurkan bimbingan penulisan dari masa ke semasa.
Apa yang pentingnya juga ia harus mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Pakatan Rakyat bagi menyenangkan segala aktiviti yang diatur kelak. Kerajaan Pakatan Rakyat juga sepatutnya tidak membiarkan Kami bersendirian dan bergerak dengan sukarela sepanjang masa. Perasaan timba balik perlu ada di antara kedua pihak.
Hendaknya dengan berjalanya idea itu nanti ia boleh memabantu perwujudan Majlis Media Malaysia (MMC) yang tertangguh sebelum ini. Mungkin MMA nanti boleh mengemukakan cadangan-cadangan konkrit, adil, bebas dan profesional berhubungan penubuhan MMC itu kelak.
Tahniah kepada Kami.
MSO.

PKFZ: Kerajaan arah PKA bayar pemegang bon

Kerajaan telah memutuskan supaya Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran kepada syarikat tujuan khas Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) - Free Zone Capital Bhd, pembayaran mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Semasa membuat keputusan itu, kerajaan telah mengambil kira semua faktor berkaitan termasuk komitmen kerajaan kepada pemegang bon, serta tanggung jawab LPK di bawah perjanjian yang telah ditandatangani.

Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan hari ini.

Menurut kenyataan itu, LPK juga telah memberi pengakuan untuk melakukan pembayaran kepada syarikat tujuan khas yang telah ditubuhkan.

- Bernama

Azizan dan Saiful...sama saja....

Cuba kita imbau tatapan video di bawah ketika wartawan asing cuba menemuramah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak berani berdepan dengan media.

Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999.
Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah.


Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini.
"..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...."


Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah haram jadah senatak Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT.

Mungkin Ezam pernah kena liwat dengan Anwar agaknya..he..he..sebab itu dia tahu Anwar memang seorang peliwat..

Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru..InsyaAllah...Takbir..
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

'Bini puaka': Polis dakwa jumpa 3 botol petrol


Pegawai penyiasat kes 'bini puaka' hanya dapat mengesahkan menjumpai tiga botol yang digunakan untuk mengisi petrol selepas melihat kembali gambar yang ditunjukkan oleh timbalan pendakwa raya Aidatul Azura Zainal Abidin.

Mohd Najeeb Mohd Esam - pegawai daripada ibu pejabat daerah (IPD) Brickfields - pada mulanya tidak dapat memastikan jumlah barang bukti kes cubaan membakar sebuah dewan kuliah di Universiti Malaya (UM) pada Jun tahun lalu

Pada permulaan prosiding, Mohd Najeeb tidak dapat memastikan berapa jumlah botol selepas diajukan soalan oleh Aidatul Azura.

Selepas melihat gambar Mohd Najeeb juga menjelaskan sebanyak tiga botol dijumpai di blok G tersebut.

Mohd Najeeb membetulkan kenyataan awalnya sebelum itu yang menyatakan botol tersebut dijumpai di blok F pada jabatan yang sama.

Beliau mendakwa botol tersebut dipercayai dibuangkan tertuduh kedua kes itu Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.

Mohd Najeeb mendakwa ketiga-tiga botol tersebut dijumpai di dalam longkang di blok G, Jabatan Kejuruteraan Awan di universiti itu selepas diarahkan ke tempat berkenaan..

"Apabila (tiba) di tempat kejadian, saya nampak (seorang pegawai) Chif Inspektor Shahrudin menunjukkan OKT (orang kena tuduh) yang dia tangkap.

"Chif Inspektor tunjukkan di mana botol-botol (yang) diisi petrol dibuang dan sarung tangan getah sekali, bersama-sama OKT, (Mohd) Syahruldeen," kata Mohd Najeeb.

Mohd Syahruldeen dan empat lagi rakannya menerima tiga pertuduhan bawah Kanun Keseksaan ekoran kejadian pada 24 Jun lalu - beberapa jam sebelum isteri perdana menteri Rosmah Mansor hadir bagi melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Polis berkenaan berkata demikian bagi menjawab soalan timbalan pendakwaraya Aidatul Azura Zainal Abidin.

Mengulas lanjut mengenai penemuan barang kes tersebut, Mohd Najeeb berkata beliau nampak kehadiran pasukan forensik di jabatan tersebut untuk menyiasat barang tersebut.

"(Saya lihat mereka) ada letakkan penanda pada botol-botol dan sarung tangan. (Saya) tengok mereka buat penandaaan," katanya sambil memberitahu beliau ada meminta seorang jurufoto polis mengambil gambarnya.

Katanya, beliau melihat pasukan forensik itu membuat siasatan itu hadap bahan bukti itu daripada awal hingga akhir.

Selain Mohd Syahruldeen, turut dituduh Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Izzuddin Helmi Mohd Zaini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui Rosmah - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Pihak pembelaan diwakili dua peguam iaitu Mohd Arfizi Ramli dan Zulhasmi Sharif.

Hakim Rozana Ali Yusoff menetapkan perbicaraan akan bersambung semula pada 13 Ogos ini.

Nik Aziz puji ketegasan Anwar, mahu kukuh Pakatan hadapi PRU-13


KUALA LUMPUR, 28 Julai – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya – sokongan yang membayangkan beliau sekali lagi menolak idea kerjasama dengan Umno.
“Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian,” kata Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mursyidul Am PAS itu memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.
“Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.
“Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” kata beliau lagi.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses “menimba pengalaman” dan “tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya”.
Selain itu, Anwar juga berkata beliau yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Nik Aziz.
Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.
“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.
“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul”.
Nik Aziz menambah, sesungguhnya beliau mengucapkan tahniah dengan sepenuh hati kepada Anwar atas nilai ketegasan beliau.
Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan.
“Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama,” katanya lagi.
Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Semoga kita semua mengambil pengajaran daripada peristiwa Israk-mikraj yang baru disambut,” katanya.
Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz.
Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri.
“Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi,” kata beliau sambil menambah, “percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran.”
“Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya.
“Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran,” kata Nik Aziz lagi.

MB bidas Khir, - 'pesara lombong haram'..kah..kah..kena dah kantoi..!!!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini melabelkan Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, sebagai “pesara lombong pasir haram”.

Ditanya pada sidang akhbarnya mengenai dakwaan bekas menteri besar itu yang menuduh syarikat milik kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membayar royalti yang berkurangan berbanding ketika beliau mentadbir Selangor, Khalid menjawap dengan sinis.

“Khir Toyo tahu semua butirannya. Saya fikir dia mesti terbabit dalam perniagaan melombong pasir sebelum ini - kemungkinan besar yang beroperasi secara haram. Saya tidak mahu komen pelombong pasir haram yang sudah bersara itu,” katanya.

Khir mendakwa KSSB hanya membayar royalti RM12,000 kepada kerajaan negeri di sebalik memungut hasil RM734,000 tahun lalu.

“LIFE IS PRECIOUS”

Sebagai warga Malaysia yang prihatin dan berpegang kepada keharmonian dan kesejahteraan umat berbilang bangsa, ramai yang gundah dengan apa yang sedang ‘menyerang’ masyarakat kita terutama yang melibatkan masalah sosial. Masalah yang dilihat semakin membengkak dengan nanah dan kebusukan serta dibimbangi kesan jangka panjangnya. 
 
Ramai yang tampil memberi pendapat untuk membantu memulihkan keadaan. Baru-baru ini kempen “Life Is Precious” telah dilancarkan oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia, di Hospital Kuala Lumpur. Kempen yang bertemakan “1 Malaysia, 1 Jiwa 1 Cinta” ini telah dilancarkan untuk memperlihatkan bahawa Puteri UMNO tidak hanya berpeluk tubuh melihat fenomena kebejatan sosial terutamanya kes pembuangan bayi dan eksploitasi ke atas kanak-kanak yang semakin menjadi-jadi. Namun jika diteliti, mampukah usaha tersebut membanteras fenomena ini sehingga ke akar umbi?


Mengapa kita memikirkan cara mengatasi masalah yang telah terjadi tetapi tidak membendungnya sebelum ia terjadi? Puteri seharusnya memahami bahawa pembuangan bayi dan eksploitasi terhadap kanak-kanak sebenarnya hanyalah ‘buah’ kepada satu penyakit kronik yang sudah begitu lama membenih di dalam masyarakat. Benih ‘buta agama’ yang menumbuhkan pohon maksiat yang begitu subur dengan cabang-cabangnya akhirnya berbuah dan buah itulah yang kini dibuang di jalanan. Adakah boleh diterima akal sekiranya hanya buah yang ingin diberi perhatian, tanpa melihat kepada masalah pokok sehingga ke akar umbinya?


Cukupkah dengan hanya menekankan aspek kasih sayang untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat supaya menghargai anugerah yang diberi serta menyayangi diri sendiri dan keluarga terutama kanak-kanak? 

 
Ada keluarga yang begitu menekan aspek kasih sayang, makan bersama, bersosial bersama, tengok wayang bersama, beriadah bersama tetapi tidak langsung mementingkan pengisian rohani seperti, bersolat bersama, mengaji al-Quran bersama dan membuat kerja sukarela bersama. 

 
Jenguklah laman youtube dan kita pasti sesak dada melihat adanya anak-anak kita yang merakam aksi lucah dan haram untuk paparan di situ tanpa rasa malu atau risau dilihat orang. 

 
Dalam menangani masalah sebegini, kita perlu mencari pendekatan-pendekatan yang mampu untuk membanteras, mengawal, malah mencegah masalah sedari awal. Bukanlah kita memejam mata pada apa yang telah terjadi tetapi kita selalu diingatkan, pencegahan adalah perkara yang lebih baik. 

 
Bagi mereka yang memahami Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dan praktikal, pasti tidak meragui bahawa hanya Islam yang mengemukakan penyelesaian yang terbaik dengan melihat kepada punca masalah. Kita wajar mengikuti langkah-langkah berikut:


1.Program pencegahan dan pengawalan berasaskan Islam melalui pendidikan dan penerapan ilmu-ilmu agama, pengawalan terhadap pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, walaupun di dalam keluarga sendiri, pengawalan terhadap media massa dan mengehadkan penggunaan internet agar tidak digunakan untuk mengakses laman web yang merosakkan.


2.Program yang membentuk sistem sokongan kepada remaja yang berisiko, sama ada dalam bentuk khidmat kaunseling, program-program kemasyarakatan mahupun latihan-latihan kemahiran yang dapat menjadi satu alternatif kepada mereka daripada terjebak di dalam pergaulan bebas yang akhirnya merosakkan mereka.


3.Perawatan terhadap mereka yang sudahpun terlibat dengan masalah sosial dan berisiko tinggi dengan meletakkan mereka di bawah pemantauan khusus golongan yang mampu menjadi pembimbing sama ada di kalangan golongan muda mahupun dewasa. Seandainya tidak mampu lagi untuk dirawat dengan bimbingan, maka perlu diserahkan kepada pihak berwajib untuk dirawat melalui hukuman yang boleh memberi kesan yang optimum.
Tanpa tindakan pencegahan bersepadu melalui pendidikan agama yang baik, manusia tidak mampu mengawal tindak tanduknya. 
Inilah perbezaan utama antara Puteri dan Nisa’. Justeru itu, tidak pelik jika Nisa’ mampu menjadi contoh yang baik kepada golongan muda sekalipun melalui ‘small kindness’ yang dilakukan. Sedangkan remaja Puteri pula ramai terlibat dengan masalah-masalah sosial lantaran tidak mengambil berat tentang aspek dosa pahala. Kita sangat risau andainya tempat perlindungan yang disediakan oleh Puteri untuk membela anak-anak yang tidak berdosa ini menyebabkan remaja kita semakin tidak risau untuk berbuat dosa. Kerana jika melahirkan anak pun, ada tempat untuk menjaganya!


Oleh itu, ayuh Muslimat & Nisa’! Kita perkasakan diri kita untuk terus menjadi pembimbing dan penyelamat kepada masyarakat yang tidak sedar bala yang bakal menimpa! Sesungguhnya yang menjadi penyelamat kepada masyarakat ialah adanya golongan yang berani melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar dengan penuh rasa tanggungjawab.

Firman Allah SWT :
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةً۬‌ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ.. ) 
“Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya. [Surah Al-Anfal, ayat 25].

Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment, FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bajet 2011.  Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.
Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81% kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.
Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia.  Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste.  Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.  Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.
Apakah makna semua ini?  Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?
Jawapannya mudah.  Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362 bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.
Pihak pelaburan swasta ada dua komponen.  Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar.  Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar.  Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.
Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar.  Satu, kesan pada pertumbuhan.  Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu.  Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.
Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas.  Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot.  Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan.  Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.
Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM.  Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua "target-makro" dalam RMK-10 tersasar.
Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan eksport maka menghasilkan barangan eksport yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.
Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.
Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal.  Dana itu datang dari luar (FDI) atau dari pelabur tempatan.  Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.
Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, Nazir Razak (gambar kanan), boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.
Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan "quality investment" dan "timing"-nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam "radar utama pelabur" asing dan juga tempatan.
Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan "Portfolio" dalam Bursa Malaysia.  Kedua-dua penting.  Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadang kali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.
Namun portfolio atau "hot-money" juga penting dalam Pasaran Saham.  Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana.  Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.
Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

*Tulisan ini dipetik daripada blog Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat, juga ahli parlimen Kuala Selangor.