Ahad, 25 Julai 2010

Naib Presiden PAS minta Mufti Perak minta maaf terbuka

Mahfuz berpendapat kenyataan Hasan jelas mendedahkan pembohongan Harussani. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria wajar memohon memaaf secara terbuka kepada PAS kerana sebelum ini mendakwa ada pemimpinnya telah meminta beliau menjadi orang tengah menyatukan Umno dan PAS.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh kerana Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah mengaku tidak menyentuh soal kerjasama politik PAS-Umno dalam pertemuan kedua-dua mereka dua bulan lalu di ibu negara, maka pendedahan Harussani pada 17 Julai lalu adalah tidak benar.
Oleh itu kata Mahfuz, selain meminta maaf beliau harus meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak.
“Pengakuan yang dibuat oleh Datuk Hasan Ali berkaitan pertemuan beliau dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat Umno.
“Jelas apa yang dinyatakan oleh Datuk Hassan bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
“Datuk Hasan menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan mengulas respons Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor lewat petang semalam.
Hasan mengakui mengadakan pertemuan dengan Harussani bagi memperolehi kebaikan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya pertemuan itu ada kaitan dengan isu perpaduan antara Umno-PAS.
Justeru Mahfuz berpendapat bahawa kenyataan Hasan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani.
“Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pecacai Umno sangat memalukan ulamak, khususnya para mufti yang ada di Malaysia.
“Tan Sri Harussani sepatutnya meletakan jawatan Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong sedangkan pendedahan Hasan Ali jelas pembohongan Harussani,” katanya.
Walaupun beberapa blog dan portal mengaitkan Hasan sebagai individu yang meminta Harussani mengaturkan pertemuan dengan Umno berhubung kerjasama perpaduan, beliau sehingga kini tetap dengan pendiriannya tidak mahu mendedahkan nama pemimpin Umno dan PAS yang pernah memuinya.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini saya tidak akan sesekali dedahkan nama pemimpin Umno dan PAS yang menemui saya.
“Ia tidak akan keluar daripada mulut saya, biarlah empunyai diri yang mengaku,” kata beliau Harussani kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

AMK Kepada Bekas Ketua: Bangkit Siasat Najib!

Angkatan Muda Keadilan menggesa Senator Ezam Mohd Noor supaya menggerakkan kempen terhadap Presiden Umno Najib Abdul Razak yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi.
Senator Umno itu disaran mendesak satu siasatan telus, terbuka dan terperinci dijalankan menyiasat isu pemberian komisyen RM520 juta kapal selam Scorpene, pemberian lesen judi sukan kepada hartawan Vincent Tan, serta skandal membabitkan wanita warga Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.
Jika tidak, kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin, maka Ezam Mohd Noor membuktikan bahawa beliau kini tidak lebih dari kuda tunggangan cita-cita Umno merampas Selangor.
Shamsul berkata orang pertama yang harus diselidikinya ialah 'tuannya' sendiri, serta skandal-skandal lain membabitkan pimpinan Umno-BN, seperti mahligai bekas Menteri Besar Dr Khir Toyo, serta skandal penjualan peralatan nuklear kepada Libya.
Beliau melahirkan rasa terkilan dengan perubahan sikap Ezam Mohd Noor yang rakus menyerang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tetapi menikus di hadapan pemimpin Umno.
"Beliau sepatutnya bercakap tentang Perdana Menteri itu sendiri.Dalam kes PI Bala misalnya. Jelas ada sumbangan, jelas ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan tetapi SPRM sehingga sekarang masih belum selesai penyiasatan," tegas Shamsul.
Senator Ezam, yang terkenal dengan kotak-kotak rahsia mengandungi butiran rasuah pimpinan-pimpinan Umno semalam melibatkan diri dalam kempen merampas kembali Selangor bersama-sama Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, Datuk Seri Noh Omar.
Umno mendakwa Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah disalahguna untuk membiayai jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihanraya akan datang. Umno turut mendakwa KSSB mengamalkan kronisma, dakwaan yang dibidas keras oleh Kerajaan Negeri.
Kedua-dua pemimpin Umno itu bagaimanapun tidak mengesahkan fakta bahawa keseluruhan jumlah royalti dan keuntungan sebelum cukai yang diraih kerajaan negeri dan KSSB telah meningkat sebanyak 86.1 peratus dari RM4.39 juta pada 2007 dibawah BN kepada RM8.17 juta pada 2008 dalam masa sesingkat 9 bulan dibawah Pakatan Rakyat.
Bahkan, keuntungan industri pasir Selangor terus meningkat kepada RM13.76 juta pada 2009. Bagi suku pertama 2010 sahaja, Kerajaan Negeri telah mengaut sebanyak RM15.3 juta.
Barisan Nasional tumpas di negeri terkaya di Malaysia ini dalam pilihanraya umum ke-12, 8 Mac 2008, dan melipat-gandakan usaha untuk merampas Selangor selepas berjaya menggulingkan kerajaan negeri di Perak.
Difahamkan program berkenaan turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingga 8 Ogos ini.
"Mereka mahu selamatkan Umno dari apa? Mahu selamatkan Selangor dari ancaman urustadbir yang bersih dan telus? Kalau kita lihat laporan Audit Negara, Selangor diberi taraf 4 bintang, menunjukkan betapa licinnya jentera pentadbiran Selangor mengurus wang rakyat," tegas Shamsul.
"Kempen mereka itu menunjukkan bahaawa media yang saban hari digunakan menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid telah gagal," tambah beliau.
Shamsul yakin Umno semakin resah kerana Selangor adalah lubuk emas yang menjana kemewahan untuk kroni-kroni pemerintah.
"Noh Omar, dengan disokong Datuk Najib selaku Pengerusi Umno Selangor, menggunakan tokoh-tokoh yang dahulunya bersama kita dalam gerakan rakyat untuk menyerang Pakatan Rakyat," ujar Shamsul.
"Saya yakin ada kelompok-kelompok Khir Toyo yang akan menyerang balas dan akan berlaku lagi perpecahan di dalam UMNO Selangor itu sendiri," katanya lagi.

KEBIADAPAN EZAM SUDAH MELAMPAUI BATAS !!!!!!!!!!!!! PRESIDEN PAS BAHALOL KATA EZAM !!!


SI CELAKA MALAON HARAM JADAH NI DAH MELAMPAUI BATAS !!!

SI BIADAP NI PATOT DIAJAR !!!

MALAON HARAM JADAH INI CERAMAH SEMALAM DI SHAH ALAM !!!

KURANG HAJAR SI BEDEBAH PENGKHIANAT PENCACAI UMNO !!!

DI AWAL CERAMAH DIA GELAKKAN PERISTIWA HITAM TEOH BENG HOCK

" ....BEREBUT DUIT PERUNTUKAN...KENA TANGKAP...TERJUN...MAMPOS..."

DENGAR ELOK-ELOK DI MINIT 4 : 45 SAAT KLIP VIDEO BEDEBAH NIH :

".........PRESIDEN PAS NI BAHALOL......YA MEMANG BETOL DIA BAHALOL..."

DISAMBUT GELAK TAWA PUAK UMNO BAHALOL YANG BUTA TULI!!!

PKR PAS DAP !!!

 LANYAK PENGKHIANAT PERJUANGAN NIH HABES HABESAN!!!!!

by MB Warrior

MASUKAN PENSEL, BOTOL DAN AIS DALAM KEMALUAN MANGSA (ada kesan tusukan..)

Mereka Masukkan Pensil, Botol Minyak Angin, & Ais ke dalam Kemaluan Mangsa - Tolong Ambil Tindakan Segera!



Tragis! Berita ini pernah disiarkan dalam akhbar baru-baru ini. Namun laporan oleh Mstar ini menggambarkan hal yang cukup mengejutkn. Budak sekolah 14 -16 thn bertindak wewenang dan ganas sehingga membuatkan ibu bapa, guru, penduduk sekitar ketakutan.

Remaja perempuan yang menjadi mangsa lahanat-lahanat ini diseksa dan dirogol tanpa belas kasihan. Yang peliknya kejadian ini berlaku di kawasan sekolah, antara kawasan yang paling selamat. Lagi pelik, lahanat-lahanat itu ditangkap dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Apa cerita polis, Hishamuddin, Muhyiddin Yasin? Budak perempuan ini tinggal dan bersekolah di Malaysia, bukan di Mexico atau di Rusia!

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.

Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.

Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.

Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan ber
leluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Berita yang telah menggemparkan negara itu menghairankan semua pihak kerana masyarakat tertanya-tanya bagaimana seorang pelajar boleh diserang di dalam sekolahnya sedangkan keselamatan pelajar di dalam kawasan sekolah sepatutnya terjamin.

Difahamkan beberapa pelajar sekolah terbabit telah mengadu kepada seorang penjaga rumah anak yatim mengenai kejadian itu sebelum ia bertambah buruk.

Gadis berkenaan didakwa telah berulang kali dirogol oleh beberapa rakan sekelasnya di beberapa lokasi di sekolah itu dalam tempoh tiga minggu.

Satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan terhadap gadis tingkatan dua itu dan telah mendedahkan sebatang pensel berukuran empat sentimeter ditemui di dalam kemaluannya.

Hampir empat minggu pasukan Starprobe cuba mencari kebenaran mengenai masalah itu dan ternyata ketakutan mencengkam penduduk di kawasan itu.

Lebih daripada 20 penduduk yang ditemuramah termasuk pelajar, penduduk, ibu bapa dan guru turut melahirkan rasa sama.

Pasukan penyiasat diberitahu gadis tersebut bukan sahaja dirogol malah telah diseksa oleh kumpulan pelajar lelaki yang sama.

Kumpulan pelajar lelaki terbabit bagaimanapun telah ditahan oleh polis tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Seorang kenalan mangsa turut mendakwa sebotol minyak angin cap kapak telah dimasukkan ke dalam bahagian kemaluan mangsa.

"Mereka turut memasukkan ketulan ais ke dalam kemaluan mangsa," katanya lagi.

Ternyata usaha pasukan Starprobe untuk menemubual mangsa gagal dan hanya bercakap melalui kelakuannya - menutup kesemua pintu dan tingkap, menutup langsir dan menguatkan suara televisyen.

Mereka gelisah dengan soalan-soalan yang ditanya, tetapi akhirnya mendedahkan terdapat 'tiga serangkai' mendalangi aktiviti samseng disekolah – dikenali sebagai 08, 21 dan 36 yang menjalankan aktiviti di dalam dan di luar kawasan sekolah.

Randy (bukan nama sebenar), bekas ahli kongsi gelap itu mendedahkan, memeras ugut rakan-rakan sekolah menjadi aktiviti harian mereka.

Dedahnya, jumlah wang yang diperas ugut daripada mangsa adalah mengikut nombor ahli kongsi gelap itu.

"Jika nombor kongsi gelap ialah 08, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM8,” katanya yang menambah mereka yang enggan membayar wang tersebut akan dipukul di luar sekolah.

Dia juga mendakwa beberapa ahli-ahli kumpulan itu turut mengedar dadah seperti ganja, ketamin dan Eramin 5 di sekolah.

“Sumber dadah mereka perolehi daripada samseng-samseng di luar," katanya.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan empat di sekolah itu memberitahu dia pernah ternampak seorang pelajar tingkatan tiga diserang dalam dua kejadian di tandas perempuan dan di dalam sebuah kelas yang kosong pada Mac lalu.

“Saya hairan bagaimana mereka begitu berani melakukan perbuatan itu tanpa sebarang rasa takut dan sesal dengan tindakan mereka itu," tambahnya.

Sementara itu, seorang penduduk di kawasan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sarimah berkata, keluarganya sentiasa menghadapi masalah dengan pembuli tersebut yang menggunakan satu jalan pintas berhampiran rumahnya untuk ke sekolah.

“Anak-anak perempuan saya takut untuk keluar bermain di kawasan sekitar jika pembuli itu berada di situ," kata ibu kepada tiga anak ini.

Lebih mengecewakan apabila dia melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah, mereka menyuruhnya berpindah ke tempat lain jika tidak tahan dengan perlakuan samseng itu.

Dalam pada itu, seorang penjaga tanah perkuburan Islam di sebelah sekolah tersebut berkata, pembuli itu akan mabuk dan menghisap dadah di kawasan tanah perkuburan itu bertujuan mempersenda-sendakannya.

“Semasa mereka sibuk minum minuman keras itu mereka akan membaling saya dengan batu dan apabila saya bertanya sebab mereka membaling batu ke arah saya mereka akan memaki saya kembali dan mengugut untuk memukul saya," katanya yang turut memberitahu telah memgambil gambar aktiviti pelajar tersebut dan menyerahkan gambar tersebut kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil.

Pemeriksaan menunjukkan grafiti yang diconteng pada dinding sekolah menggambarkan nombor yang mewakili ahli kumpulan kongsi gelap tersebut.

Mereka juga turut merosakkan kereta yang diletakkan di dalam kawasan sekolah, memecahkan cermin dan merosakkan kenderaan kepunyaan guru sekolah itu.

Happy hour kumpulan samseng itu bermula pada setiap Jumaat petang dekat tanah perkuburan yang terletak bersebelahan sekolah. - Oleh ANDREW SAGAYAM dan WONG PEK MEI

Kempen 'Selamatkan Selangor' Gimik Umno Tutup Isu Tindakan Najib Naikkan Harga Barangan Keperluan Asas


Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 25 Julai - Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata kempen jelajah 'Selamatkan Selangor' anjuran Umno adalah satu gimik parti itu yang cuba menyembunyikan isu kenaikan harga barangan keperluan asas minggu lalu yang semakin menekan kehidupan rakyat negara ini.
Walau bagaimanpun Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat menegaskan Pakatan Rakyat Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan serta menyerang balas segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan Umno.
"Saya melihat itu sebagai gimik Umno sahaja dan tindakan mereka itu hanyalah untuk menutup isu kenaikan harga barang yang menjadi kemarahan rakyat.  Dalam pada itu walaupun di anggap sebagai gimik kita juga telah bersiap sedia dengan skuad komunikasi untuk turun ke bawah mendekati seluruh rakyat bagi memberi penjelasan.
"Langkah pertama kita sekarang adalah membuat serangan melalui kain rentang yang akan dipasangkan di seluruh kawasan di mana Ezam mengadakan programnya. Saya melihat tindakan menyerang melalui kain rentang pada peringkat awal berkesan kerana satu progamnya di Kuang dan Sungai Buloh telah dibatalkan kerana kenyataan kain rentang kita 'Selangor Lebih Selamat Di bawah Pakatan Rakyat' telah menyedarkan rakyat.
"Skuad komunikasi seramai 60 orang juga telah berkampung di Ijok sejak malam tadi dan mereka telah melawat setiap rumah disitu serta menjelaskan program Pakatan Rakyat sekaligus menangkis segala fitnah dan tohmahan Umno," jelas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Tambah Dr Badrulamin lagi strategi yang digunakan Pakatan Rakyat Selangor adalah 'bertahan dan serang' yang melibatkan tindakan awal mendapatkan segala maklumat terhadap fitnah yang dilemparkan dan kemudiannya menyerang balas dengan penyebaran maklumat yang betul dan tepat kepada rakyat.ini dilakukan melalui pengedaran risalah ke tempat yang menjadi tumpuan ceramah anjuran Umno.
"Strategi kita 'tahan dan serang', kita kumpulkan segala bukti yang mereka sebarkan itu setelah lengkap segala maklumat maka kita melakukan serangan balas terhadap laporan tersebut.
"Perkara inilah yang kita lakukan terhadap isu pasir yang telah di besarkan oleh mereka, kita mengumpulkan segala maklumat nama-nama mereka yang terlibat dalam kes kecurian pasir tersebut. Apa yang kita dapati kebanyakkan mereka adalah daripada kumpulan Umno sendiri, yang menyebabkan mereka marah kerana kita telah menutup sumber haram yang mereka perolehi melalui kegiatan mencuri pasir.
"Saya ingin maklumkan senarai nama yang terlibat dalam kes kecurian pasir itu telah kita serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diambil tindakan tetapi apa yang dikesalkan Muhyiddin hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja. Kenapa ini terjadi kerana nama-nama tersebut adalah kalangan dari orang-orangnya sendiri.
"Inilah yang berlaku dalam kes kecurian pasir, kita melihat Muhyiddin tidak lagi bersuara bila kita melakukan pendedahan. Rakyat sebenarnya tidak tahu siapa disebalik kes kejadian curi pasir, sebagai sebuah kerajaan yang memerintah kita akan menjelaskan siapa sebenarnya dalang dalam kes tersebut," jelas beliau lagi.
Dr Badrulamin menyelar tindakan Senator Ezam Mohd Noor memfitnah Pakatan Rakyat Selangor hanya berkokok sekadar untuk mendapatkan elaun ceramah sahaja.
Siri ceramah 'Selamatkan Selangor' bermula dengan  menyerang peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini.
Ezam mendakwa rakyat Selangor akan terus menderita di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
Walau bagaimana sambutan rakyat terhadap ceramah yang diadakan adalah dingin dengan kehadiran sekitar 200 orang sahaja.

Kopitiam seluruh negara diragui..!! Jakim buat ape selama nie..?? Tu la guna "HALAL SWASTA"..??

KUALA LUMPUR 24 Julai – Penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halal setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya.
Perkara itu didedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hasil serbuan dan siasatan berikutan aduan orang ramai.
Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, siasatan pihaknya mendapati syarikat swasta yang mengeluarkan sijil halal itu tidak melakukan pemeriksaan di premis kopitiam terbabit apatah lagi di pusat penyembelihan dan status bekalan daging.
Jelas beliau, sebaliknya syarikat terbabit mengeluarkan sijil halal itu dengan hanya menemu bual pengusaha tersebut melalui telefon sahaja.
Menurutnya, justeru, semua makanan berasaskan daging yang disediakan oleh kopitiam di negara ini diragui status halal.
“Permohonan dibuat melalui telefon... pihak syarikat (halal) itu akan menyoal sama ada mereka menyediakan alkohol atau menyediakan daging babi dan beberapa soalan lain.
“Jika tiada, ia bermakna premis itu layak menerima sijil halal,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini mendedahkan sebuah kopitiam di Kepong yang diserbu penguat kuasa Jakim selepas dipercayai mendapatkan bekalan ayam daripada sebuah pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf.
Saimah berkata, hampir keseluruhan kopitiam di negara ini menggunakan sijil halal dikeluarkan oleh syarikat swasta kerana lebih mudah dan cepat diperolehi.
Beliau memberitahu, sebaliknya jika dipohon daripada Jakim, ia memerlukan pemeriksaan yang menyeluruh daripada restoran sehingga ke pusat penyembelihan.

Nik Aziz tidak mahu Umno-BN gigit tangan PAS kali kedua

Nik Aziz berkata PAS sudah mengenali benar Umno-BN. — gambar fail

KUALA TERENGGANU, 25 Julai — PAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.
Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”
PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.
“Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah),” kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini.
“(Ini macam) hidung tak mancung, pipi terserong-serong,” tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.
Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009.
Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).
“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya.
Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, “kami kenal siapa anda.”
“Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah,” katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN.
PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.
Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.
Antara lain pada 17 Julai lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenangi usaha murni beliau itu.
Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara Umno dan PAS.
Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun beberapa jam sebelum ucapan Nik Aziz di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan Umno.
Dua hari sebelum kenyataan Harussani itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan menentukan masa yang sesuai untuk pertemuan dengan Nik Aziz bagi membincangkan syor kerjasama Umno-PAS yang muncul sekali lagi awal bulan ini.
“Saya menghargai sikap Datuk Nik Abdul Aziz yang terbuka dalam hal ini,” kata Timbalan Presiden Umno ini selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli, Kelantan.
Muhyiddin berkata kerjasama itu perlu dibincangkan atas permintaan beberapa pihak yang mahukan orang Melayu bersatu kembali.
Nik Aziz juga berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai “apa juga perkara” tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

Pakatan Selangor tak akan bubar DUN jika BN panggil PRU 13 tergempar


DUN Selangor tidak akan menurut sekiranya Perdana Menteri membubarkan Parlimen lebih awal. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.
The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.
PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.
Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.
Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.
Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.
Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.
“Ya, memang kami sudah memutuskan perkara ini pada mesyuarat yang terbaru awal minggu ini... cuma Menteri Besar belum mengumumkannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Dalam entri blognya semalam di bawah tajuk “Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor”, Roslan antara lain menulis, PR mempunyai banyak kerja yang perlu dibereskan selain memperkasakan ikatan PAS-DAP-PKR itu.
“Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihan raya awal langsung tidak menarik minat kita.
 “Bubarlah Parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal,” kata beliau merujuk kepada kempen Umno-BN sejak kebelakangan ini bahawa PR Selangor telah gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum 2008.
Mengulas lanjut Roslan berkata, memandangkan baru dua tahun PR memerintah Selangor, pihaknya memang memerlukan masa untuk melaksanakan program ekonomi dan sosial yang telah pun diatur.
“Kami tidak mahu terperangkap dengan langkah BN, yang didakwa akan memanggil pilihan raya lebih awal... kami akan meneruskan mandat semasa sekurang-kurangnya sehingga selesainya empat tahun pemerintahan.
“Kami memutuskan pilihan raya negeri hanya akan dipanggil selepas tahun keempat jika perlu, jika tidak kami akan melengkapkan tempoh lima tahun,” kata Roslan lagi.
Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS yang mengadakan sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini.
“Kami punya kiraan ialah pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini,” kata beliau.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.
Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.
Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.
Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.

Satira : umno Kurang Setahun Dari 2020.

Di atas pelantar bawah pokok mempelam di halaman sebuah rumah kampung mengadap lautan yang terbentang luas, sekujur tubuh tua yang dimamah usia sedang meraut pucuk nipah untuk di jadikan rokok daun buat jualan.

Sambil di temani cucunya yang baru pandai mengeja dan membaca, lumrah kanak-kanak tidak boleh duduk diam maka terpandanglah akan helaian akhbar yang digunakan untuk membungkus ikan kering jualan yang di usahakan oleh tok-nya (nenek). Maka dengan tergagap-gagap mengeja anak kecil ini cuba membaca, sambil diperhatikan oleh Tok Wan nya. Sampai pada satu perkataan anak kecil ini bertanya kepada tok wan-nya;
"U.M.N.O… ? tu apa benda tok? biskut merry ka... tok? itulah soalan dari seorang cucu yang petah...

Jawap Tok Wan: UMNO tu ialah sebuah Pertubuhan Kebangsatan Melayu tak Bersatu. Depa semua tu dah jadi bangkai bernyawa... depa semua tu waris-waris melayu yang perangai binatang! Tok Wan pun dulu salah sorang dari penyokong depa, tapi last sekali depa tipu tok wan... ada ka… patut depa tuduh tok wan meliwat tok hang! mana ada tok buat kheja lagu tu....!!! Orang lain yang buat... tok wan yang kena pedajai....

Pasai apa depa tuduh tokwan lagu tu?
Nak habaq bagi kat hang, dalam umno ni… kalau hang nak tau.. depa semua kuat mendengki, kuat buat pitnah... kaki hasut.. kaki pelagakan orang... tuduh orang lagu tu... tuduh orang lagu ni... tanpa usul periksa dan bukti, hinggakan tokwan sendiri yang sama-sama berjuang dengan depa pun depa tikam, tu yang lepaih menikah dengan tok hang... tak dan lapan bulan aaiihhh... Pak hang pun keluaq… ada ka.. patut...

Tok wan merapu apa ni... cheq tak paham laaa...???

Hang tak paham noooo.... takpa... mai sini tok wan nak habaq... cerita dia lagu ni...

Masa zaman tu... tok hang tu cunnnn gilerrr… nak habaq pi kat hang, dia salah sorang dari puteri umno tu la…, tok wan termengorat tok hang, ada pulak ntah mana punya malaun yang cemburu dengki..., depa fitnah tok wan, pasai nak cover malu... terpaksalah tok wan menikah dengan tok hang...

Tok..tok... Tapikan cheq tengok bapak takdaq kheja apa, mana dia dapat duit???

Isshhh... budak ni, aku tak habih ceghita lagi hang dah menyampok... kot lain... (sedikit emosi), Pak hang tu... huh.. kuat makan rasuah, kheja dia sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Dok usung keghih ke hulu ke hiliaq berlagak macam panglima perkasa lah... sat nak jadi macam Hang Tuah setia... wala' pada sultan, ada akai tapi tak boleh pikiaq... sat nak jadi macam Hang Jebat... membela bangsa dan agama... jenih kat mana ada gula kat situ lah bapak hang pi hurung...

Last sekali bapak hang yang kepala botak tu... nampak cengee (bengis)... tapi jadi hang jebat kat dapoq dok main masak-masak cipta resepi meehoon, nasi goreng ntah apa-apa menatang lagi tok wan pun tak tau... kuat mentekedaghah tapi habuk pun takdaq, nak neutralkan api dapoq kayu pun tak gheti... cerita pong.. pang.. pong.. pang... bela bangsa... bela agama, tapi depa sendiri yang menikam bangsa... dan menipu agama, memang jenih tak guna seduit pun puak-puak umno laknat tu....

Dah berapa kali tok pesan kat dia toksah berkawan dengan puak umno tu… dia degil… hati dah gelap, lagu tu... jadinya… tak boleh nasihat dah... hati dah karat biru... gelap masa depan....

Pasai apa hati Bapak gelap tok…? Kalau hati Bapak gelap, nanti hati cheq pun gelap sama, pasai Bapak beli beras pakai duit rasuah....

Hat tu… tok tak tau nak jawap…, takpa hati hang nanti terang pasai nanti tokwan hantaq hang pi mengaji pondok..., biaq dada hang penuh dengan ilmu agama... hang perjuangkan agama nanti senang dunia akhirat, toksah lah hang nak merapu perjuangkan bangsa macam bapak hang tu... pasai bangsa tak penting sangat... yang paling penting tu.... AGAMA..., hang kena ingat tu...

Pasai apa umno takda agama ka... tok..???

Ada... depa pun mengaku agama islam jugak... tapi depa ambik sikit-sikit depa tak ambik sepenuhnya..., hat mana ada kepentingan kat depa... hat tu depa pakai la..., kalau kena ataih batang hidung depa.. hat tu depa kata sesat... tak boleh pakai...

Hang ambih contoh mak ngah ijat hang tu.. sudah la..., dia tu sepupu dengan bapak hang.. lagu mana dia pakai tudung... sikit punya ranggi ka... yang tak pakai tudung dan tutup aurat lagi berlambak... tu baru yang betina umno... yang jantan umno pulak toksah cerita la... sama spesis macam bapak hang.... tapi tak kesemuanya lagu tu..., ramai jugak yang dah sedaq dan meluat dengan umno nih....

Yang meluat dengan umno tu... depa pi mana tok...?

Ada yang pakat keluaq dari umno..., depa masuk PAS... ada yang masuk PKR..., yang mana pilih PAS tu... mungkin pengetahuan agama depa tinggi sikit kot... yang mana pilih PKR tu... sebab bau badan depa masih melekat lagi bau umno... tu pasai perangai lama depa yang terbiasa dok buat dalam umno terbawak-bawak kedalam PKR menjahanamkan parti saja... bila kena tegoq sikit... ada yang melenting melompat... depa berasa panaih kot...

Tok wan laaa.... ni masuk dalam mana... Pas ka... PKR...?

Tok wan PKR... ish… banyak sangat soalan hang nih… malaih tokwan nak layan...

Dak laaa.... saja cheq tanya.. pasai cheq tengok gaya tok wan pun... nampak saja lekeh... tapi cara hidup tu... nak bergaya lebih macam orang banyak duit... tok wan suruh cheq berjimat... tapi tok wan sendiri pun belanja sakan.. tak cukup duit tok wan mintak kat tok... macam ketam laaa.. tok wan ni...

Isshhhh... budak ni... satgi aku pelekoh baru tau... hingus pun tak kering lagi... banyak pulak ceghita diaaa.... mana hang tau aku mintak duit kat tok hang...!!!

Tok habaq kat cheq..., tiap kali bila cheq mintak duit nak beli aiskrim.. tok selalu kata takdaq duit... tok kata dah bagi kat tok wan... lepaih tu.. tok wan makan sedap-sedap kat restoran Pak Daud, kami kat rumah makan sambai ikan kering... ada ka patut... lagu tu....

Sambil menuruni pelantar berkaki ayam... dengan spontan anak kecil itu berkata;

KESIANNNNN... kat Bapak dengan Tok Wan kan..!!! sama saja perangai... walau berlainan baka... ngeeeee....

Sekianlah Al Kisah perbualan antara Tok Wan dan cucunya pada tahun 2019....

TAMAT. 


IkutSukaAku.

Nik Aziz disifatkan ‘hipokrit yang tertinggi..!!! Hipokrit Abe Hing Tahap Gaban lak..ka..kah..!!!



IBRAHIM Ali menerima borang keahlian daripada Pengerusi Perkasa Daerah Bachok, Osman Zakaria (tiga dari kiri) sempena majlis perlancaran Perkasa daerah itu di Tangok, Bachok, semalam.



BACHOK 24 Julai – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai manusia ‘hipokrit yang tertinggi’ kerana menolak perpaduan di antara orang Melayu dan Islam melalui kerjasama parti itu dengan UMNO.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sewajaranya menyeru ke arah perpaduan serta bukannya menjadikan perbezaan dasar kedua-dua parti itu untuk tidak duduk semeja mencari titik persamaan demi agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.
“Saya terperanjat apabila Nik Aziz buat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini.
‘‘Saya tidak terfikir beliau boleh menggunakan analogi ini disebabkan beliau adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kenapa beliau tidak merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Perkasa Daerah Bachok di Pusat Ko-Kurikulum Tangok di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz Nik yang menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sewajarnya pemimpin Pas itu mencari titik persamaan di antara UMNO dengan Pas dan bukannya menjadikan sejarah lama sebagai alasan untuk menolak perpaduan.
“Jika soal dasar yang menjadi halangan, saya ingin bertanya apakah dasar Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama, sedangkan semua pihak tahu Pas ingin menubuhkan sebuah negara Islam manakala DAP dengan agenda Malaysian Malaysia, dua dasar yang jauh berbeza jadi kenapa dengan UMNO tidak dicari titik pertemuan yang saya percaya lebih banyak persamaan berbanding DAP.
“Kalau dia terus bersikap begini, saya katakan dia (Nik Abdul Aziz) seorang pendendam kerana nabi sendiri sanggup memaafkan umatnya walaupun dibaling dengan batu sehingga luka berdarah, sepatutnya lupakan perkara lama dan terus memandang ke depan demi masa depan anak cucu kita,” katanya.
Katanya, semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca daripada UMNO semata-mata.
“Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua di negeri ini.
“Lihat parti politik Cina seperti MCA, DAP dan Gerakan mereka bersatu padu dalam isu yang membabitkan kepentingan bangsa mereka tanpa ada sebarang halangan, kenapa kita orang Melayu tidak boleh buat begitu,” katanya.

Tok Guru : PAS TOLAK UMNO AMBIL PAKATAN..ISLAM TAK HAPUS TAPI BANGSA HAPUS !! - VIDEO


Tok Guru : ALLAH SURUH JALANKAN KEADILAN..!! - VIDEO


Tok Guru : UMNO WHO ARE YOU..!! - VIDEO

Permata drawing up standard operating procedures: Rosmah

IPOH, July 24 – The Permata early childhood education and care programme has documented several curriculum guidelines to standardise the activities and quality of indoor and outdoor learning for the children.
The Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor, who is the National Permata Policy executive committee chairman, said among the guidelines were those pertaining to outdoor equipment, implementation of Anak Permata activities and other documents which would be made standard operating procedures for Permata.
“This initiative is taken with the aim of raising the standard and quality of childhood education and care.
“We have taken the initiative to document several guidelines to assist implementors who are interested to adopt the Permata curriculum,” she said at the launch of Bercham Permata here today.
Rosmah said apart from emphasizing on quality education, the guidelines also emphasized on suitable and effective strategies to nurture unity.
She said to ensure that the adopted curriculum not only offered good childhood education and care, the Permata curriculum had also been added with elements of cultural diversification and creative thinking.
Rosmah said the federal government had also allocated RM3.64 million to all state governments to expand the implementation of Permata programme this year.
With the allocation, she said the number of Permata nurseries nationwide would increase to 647 within two years of its establishment in 2008.
“Last year alone, the Permata programme had shown tremendous improvement with the setting up of 427 nurseries nationwide involving 17,000 children aged between one and four years,” she said.
On a different note, Rosmah called on the private sector to be extra sensitive to the needs and interests of persons with disabilities in providing any form of public facilities or services.
This was because many existing facilities and services offered did not take into consideration their interests to the extent of restricting their movements, she said.
“I would like to call on corporate sectors to help the government in taking care of persons with disabilities by making it part of their corporate social responsibility programmes.”
She said this when opening the Community Rehabilitation Centre (PDK) Products Sale Carnival and the state-level Prime Minister’s Cup talentime competition for persons with disabilities at the Perak Menteri Besar Residence here today.
Rosmah also hoped that more private companies would emulate the government in offering job opportunities to qualified and highly-skilled persons regardless of their disabilities. – Bernama

Bernama amal pendekatan professional dan seimbang..ha..ha.. 1 berita 3 kali ubah suai...amende...!!!

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Bernama mengamalkan pendekatan yang profesional dan seimbang semasa mengendalikan berita, di samping melaksanakan tindakan pembetulan dengan segera apabila berlaku kesilapan, kata agensi berita nasional itu dalam satu kenyataan hari ini.
Dengan merujuk kepada satu berita yang memetik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung isu Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang hari ini, Bernama berkata ia sudah membuat pembetulan sebaik sahaja kesilapan dikesan.
Pemberita yang berkenaan di pejabat Biro Bernama Pulau Pinang sudah ditegur, tambahnya. — Bernama

Videoclip : Ezam memutarbelit fakta di ceramah 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'



Ezam yang telah dilantik sebagai Senator oleh Najib atas atas kebolehan beliau yang sukar ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dalam mengutuk Anwar Ibrahim dilaporkan telah dikerahkan untuk mengetuai siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari UMNO’opps silap.. ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’

Paluan gendang perang mereka yang kedengaran seperti kentut itu telah kedengaran bermula di Shah Alam dan Kota Raja dimana Noh Omar, Satim Diman, Abdul Shukor Idrus turut sama memutar belitkan fakta mengenai aktiviti perlombongan pasir secara haram yang disensasikan oleh UMNO Selangor, biarpun hakikatnya ianya telah bermula dari semenjak zaman Khir Toyo lagi.

Pesanan agar kembali menyokong UMNO/BN juga telah disampaikan oleh tuan rumah iaitu Nawawi di Shah Alam dan Ir Kamaruzaman Johari di Kota Raja.

Biarpun ada yang memberikan ceramah itu bertaraf Menteri kehadiran mereka itu bolehlah dianggap sebagai meramaikan majlis sahaja.. bukan sebagai daya penarik kerana selain dari wang ringgit mereka itu tiada daya penarik langsung.


Penceramah utama mereka ialah Senator Ezam yang suatu masa dulu terkenal dengan kotak-kotak dan sumpahnya.


Dihadapan lebihkurang 250 orang yang hadir menurut Malaysiakini atau 200 orang menurut The Malaysian Insider, Ezam seperti yang dijangkakan hanya tahu bercakap mengenai Anwar Ibrahim dan hanya sedikit mengenai Isu Pasir yang kini dimainkan oleh UMNO Selangor.


Disebabkan majority dari 200 atau 250 orang yang hadir itu datangnya dari saluran satu atau warga emas jadi tugas Ezam untuk menipu mereka menjadi mudah disini.

Ketika mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post. Ezam juga secara tidak langsung mengakui bahawa UMNO/BN menggunakan khidmat syarikat yang dikuasai oleh Yahudi.

Menurutnya , tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya tanpa menyatakan UMNO/BN membayar perkhidmatan itu sebanyak RM77 Juta.

Menurut sumber yang berada di lokasi ceramah di sini Ezam telah mendahului Mahkamah dalam membuat keputusan tentang kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Secara terbuka beliau telah mengatakan "Anwar Ibrahim bukan hanya Peliwat Politik tetapi beliau adalah seorang PELIWAT..."

Ezam hanya mengatakan "Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu senpun, demi Allah!" katanya.

Tetapi tidak bersumpah untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau masuk Umno bukan kerana wang.

Kalau diperhatikan dalam ucapannya Ezam telah mengatakan US telah menolak Anwar sebagai kawan, kemudian dia bercakap pula yang Anwar begitu di hormati oleh pihak di Washington post..

Dengar betul-betul pada permulaan videoclip bagaimana dia mempermainkan kematian Teoh Beng Hock dan dengar juga apa gelaran yang diberikannya kepada Mahfuz.

Lagi apa dia kata korang tengoklah videoclip dibawah ni..


Pakatan Rakyat - Medan dakwah PAS yang sebenar!


Modus Operandi UMNO senang sahaja dibaca..

Setelah gagal dalam usaha memporak-perandakan PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan sewaktu muktamar Agung PAS di Shah Alam dahulu, UMNO melihat isu ini boleh dijadikan senjata bagi melumpuhkan PAS. Apabila PAS lumpuh, semestinya Pakatan Rakyat pun akan turut lumpuh kerana semua orang tahu PAS adalah penyumbang tenaga kerja terbesar didalam Pakatan Rakyat. Tenaga kerja PAS adalah melebihi PKR dan DAP malahan UMNO sendiri mengakui akan kegagalan jenteranya menyaingi ketekunan jentera pilihanraya PAS.

Walaupun PAS bukanlah parti yang berpaksikan kepada perjuangan melayu, namun oleh kerana Islam adalah bermajoritikan melayu di Malaysia ini, maka lebih 90% ahli PAS adalah orang melayu terutama terutama di sebelah pantai timur Malaysia dan kini mula berjangkit ke sebelah selatan seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Ada juga maklumat yang menyatakan bahawa permohonan keahlian PAS kini sangat menggalakkan daripada negeri-negeri selatan tersebut!

Semangat memperjuangkan kaum ini sememangnya ada di jiwa setiap bangsa termasuk melayu. Bukan semua ahli-ahli PAS mendapat pentarbiyahan yang cukup dan kuat. Dimanapun pasti ada ahli-ahli PAS yang akan berdetak hatinya apabila disogok dengan doktrin perkauman yang kini semakin hebat dilaungkan oleh UMNO melalui media-medianya hinggakan mereka yang bertaraf 'Mufti' juga turut dihambakan oleh UMNO bagi merealisasikan hasrat mereka menggoyahkan jiwa orang-orang PAS disamping menimbulkan stigma buruk PAS kepada orang-orang melayu atas pagar yang pastinya masih kuat pegangan kemelayuan mereka.

Pada UMNO mudah sahaja, goyangkan, anginkan, tiupkan api perkauman kepada orang-orang melayu dan canangkan bahawa hanya apabila PAS dan UMNO bergabung sahaja yang mampu 'memulihkan' maruah dan hak orang melayu! Persoalannya, benarkah begitu? Adakah hanya kesatuan antara UMNO dan PAS sahaja yang mampu mengembalikan segala milik orang melayu?

Apakah benar hak orang melayu semakin tergadai? Persoalan yang seharusnya dikembalikan kepada UMNO ialah bagaimana hak orang melayu boleh tergadai didalam suasana UMNO menjadi ketua pemerintahan Malaysia sejak 1957 lagi? Jika persoalan itu sudah terlalu lama (mungkin ahli-ahli UMNO sudah lupa), persoalan yang terbaru, mengapa sewaktu UMNO menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004, tidak ada bunyi langsung dari UMNO untuk mengajak PAS berpadu dengannya? Apakah sebenarnya indikator keruntuhan ahak orang melayu pada UMNO?

Mengapa Selangor?

Isu Kerajaan Perpaduan ini bermula di negeri Terengganu dan Selangor namun kini hanya tinggal Selangor yang masih diserang dengan isu Kerajaan Perpaduan. Mengapa? Adakah kerana jumlah kerusi Dun Selangor yang sekiranya PAS dan UMNO bergabung memungkinkan menubuhkan kerajaan negeri? Bukankah di Perak juga berlaku situasi sebegitu? mengapa tidak berbunyi sekarang melodi perpaduan di Perak?

Kerana di Perak, UMNO telah kembali berkuasa walaupun menggunakan 'jalan belakang' iaitu rampasan kuasa ala kudeta.

Yakinlah! Sekiranya Selangor ini berjaya dirampas oleh UMNO melalui jalan yang sama (sekiranya mereka berpeluang) pastinya melodi perpaduan ini tidak akan kedengaran! Pastinya tidak sama sekali!

Selangor selaku negeri yang kaya hasil pelbagai jenis industri dan sesuai dengan lokasinya yang sangat strategik, menjadi suatu kekecewaan yang amat sangat oleh UMNO apabila terlepas ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 dahulu. Sehingga kini Khir Toyo masih lagi meroyan dan meratapi kehilangan statusnya sebagai MB Selangor dan kehilangan mungkin lebih 70% punca pendapatan UMNO! 1Malaysia tahu punca kekuatan UMNO adalah duit dan apabila UMNO kehilangan sumber duit bermakna bermulalah zaman kejatuhan UMNO!

Agak mustahil bagi mereka yang normal mempercayai sekiranya masih ada golongan yang benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan nasib melayu dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO melainkan hanya kekayaan dan kekuasaan yang menjadi tujuan hidup mereka!

Kerajaan Perpaduan

Mungin telah beratus kali PAS melalui pimpinannya seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haji Hadi dan lain-lain mengeluarkan kenyataan menolak sama sekali perpaduan atas dasar politik namun media UMNO selama itu jugalah terus cuba meyakinkan rakyat bahawa PAS masih lagi mahu melayan permintaan UMNO yang satu ini. PKR dan DAP di peringkat tertinggi parti masing-masing pastinya memahami dan mengetahui akan ketegasan PAS bahawa PAS akan turut serta memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat melalui Pakatan Rakyat.

Biarpun UMNO mencuba berkali-kali namun pastinya kegagalan tetap mengunjungi mereka. InsyaAllah, dengan doa dan restu daripada Rakyat yang menyokong dan mendokong perjuangan ini, dan juga keizinan daripada Allah SWT, UMNO-BN akan berjaya dikuburkan dan dimuziumkan namanya oleh Kuasa Rakyat! Suara Rakyat, Suara Keramat!

sunsnake 24072010

PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno

Ibrahim Ali - Sudah ku jangka!


Cuba banyangkan situasi ini..

Teman bisik macam ni kat telinga member teman..
"Aku pinang anak dara ko yang cun melecun tu untuk aku leh?"

tiba-tiba member teman melenting!
"Hotak ko! Ko tu pun dah la umur tua!, muka tak hensem! amalan takde!"

Lepas tu teman pun kabo..
"tu laaa.. aku dah agak ko takkan setuju! siap melenting lagi! apa la ko ni..
aku dah agak dahhhh.. aku dah agak dahhh!!!"

lepas tu teman dok canang 1Kampung yang buruknya perangai member teman ni melenting seperti yang teman 'dah agak' dah sebelum tuh!

Apa punya bangang la katak sekor ni..

sunsnake 24072010

Ibrahim Ali: ‘Saya dapat tengok hipokrasi PAS, Umno’

UMNO buat Ceramah? Tak cukup ke TV3?


Wakakakaka!

tadi teman gi Shah Alam.. masa layan roundabout seksyen 15, depan UMW ternampak jugak la banner kempen ni.. senyum je laa..

Tak sangka gak yang UMNO Selangor terpaksa menjadi pembangkang di negeri bertuah ni..
Betul-betul tak sangka! Selaku antara petugas PAS yang terlibat direct dengan PRU2008, teman hanya jangka boleh dapat banyak DUN tetapi tidak la sampai dapat kuasai negeri..
Allahuakbar! rupanya lain jadinya!

Dan setelah UMNO kalah di Selangor.. akhirnya.. barulah segala cacian.. makian UMNO patah balik ke depa!

Dulu maki PAS dan PKR suka buat kacau dengan buat Demo..
Dulu hina PAS dan PKR suka buat ceramah.. takde permit dan ganggu penduduk sekitar..

La ni.. UMNO pulak dok 'buat kacau' dengan demo...
lagi teruk demo UMNO! Siap bawak kepala lembu..
memang kepala hotak betul la puak-puak nih!

Apapun.. teman setuju dengan demo yang UMNO buat..
Demo sememangnya cara kita... cara PAS, cara UMNO, cara PKR.. cara DAP.. cara MCA.. cara MIC.. cara Hindraf..

Inilah caranya kita menunjukkan ketidakpuasan hati secara betul..
Demo yang terkawal...

so, bila nak ada demo lagi nih???
sunsnake 24072010

Umno lancar kempen tawan Selangor, Anwar turut dikecam

July 24, 2010
Sebahagian daripada hadirian pada majlis pelancaran kempen Umno-BN di Shah Alam malam tadi. - Gambar Choo Choy May
SHAH ALAM, 24 Julai - Umno Selangor memulakan kempennya secara rasmi malam tadi untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat dengan mengadakan perhimpunan awam di Shah Alam, kawasan yang majoritinya pengundi Melayu. Perhimpunan awal ini menarik kehadiran sekitar 200 penyokong dan penduduk tempatan.

TAK BERGERAK PON UNDI YB KHALID SAMAD KALAU SETAKAT 200 ORANG YANG DATANG !


Aku tak faham apa hala tuju politik Ezam.

Kalau nak lakukan islah perobahan sesungguhnya dalam UMNO memang jauh la.

Perjuangan Ezam lebih kepada seorang pencacai yang mendapat upah dari Najib untuk melanyak DSAI.

Itu sahaja yang aku nampak nilai perjuangan nya.

Dah la tu pulak 200 orang jek yang datang.

Aduhai..... sedihnya........

Apa masalah Ezam sebenarnya ?


Kalau kamu tidak percaya cakap aku , kamu tengok lah yang Ezam nih takkan diberi kerusi Parlimen pon dalam UMNO pru 13 nih.....

Ini lah dilema Ezam.........

Kerusi Parlimen mana Najib nak bagi ....

Shah Alam ???

Jangan mimpi la Ezam........

Ezam nih akan maintain dilantik Senator sampai la dia berhenti politik. kah kah kah

Memang dah naseb politik dia selalu tersalah catur..............

Dalam Bahagian tidak diberi tempat.

Dalam kepimpinan Negeri takde tempat.

Dia hanya ada tempat di dalam poket Najib. Opss bukan dalam 6 kotak ye.....

Apa yang dia juangkan sebenarnya.

Takde jawatan dalam UMNO ni hujung-hujung jadi pencacai UMNO jek la....

Orang UMNO suka Ezam nih bersumpah seranah fitnah.........

Tapi sekadar jadi Pak Lawak untuk hiburkan mereka........ kah kah kah


JAWATAN DALAM UMNO BAHAGIAN ???

ILEK POOCHI !!!

JAWATAN DALAM UMNO NEGERI ???

ILEK POOCHI !!!

KERUSI ADUN UMNO PRU 13???

ILEK POOCHI !!!

KERUSI PARLIMEN UMNO PRU 13 ???

ILEK POOCHI !!!


HABIS TU KAMU TU APA EZAM ???

EZAM HANYA SENATOR LANTIKAN DEMI SUPAYA EZAM MENJILAT NAJIB-

ROSMAH PAGI PETANG SIANG MALAM UNTUK MEMARTABATKAN EZAM

SEBAGAI PENCACAI UMNO YANG PALING HINA DALAM SEJARAH POLITIK

MELAYU !!!!!!



INI LAH CONTOH PENCACAI UMNO YANG PALING HINA !!!!!


SEKURANG-KURANGNYA ZUL NORDIN TU ADA LAH JUGAK MENANG

DEKAT KERUSI PARLIMEN DIA !!! KAH KAH KAH


EZAM NIH LAGI HINA DARI MP BEBAS !!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

LAAAAA............. KAMU NAK JADI SENATOR JE KE ???

APSAL TAK CAKAP ???

SETAKAT NAK JADI SENATOR PIMPINAN PKR BOLEH LANTIK KAMU !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


200 UNDI TAK BERGERAK APA LA !!!

BUANG MASA !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

HUMBANKAN PENCACAI UMNO !!! 
  
by MB Warrior

KALAU MUFTI MENIPU - SATU NEGARA IKUT MENIPU




HASAN AKUI TEMU HARUSSANI TETAPI BUKAN SULIT – harakah daily

Exco kerajaan negeri Selangor, Hasan Mohamed Ali mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.


KENYATAAN HASAN DEDAH HARUSSANI BERBOHONG – harakah daily

Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

KAH KAH KAH..

woit… APA SUDAH JADI NEGARA KITA INI… kah kah kah..

woit… BUDAYA MENIPU DAN PEMBOHONG….kah kah kah…

kah kah kah…. BANYANGKAN…. KALAU MUFTI BOLEH MENIPU…. kah kah kah..

woit… PATUTLAAA APNO MEROMPAK SIANG DAN MALAM….kah kah kah
TT.

Rosmah Mahu Perbetul Persepsi Robert De Niro Mengenai Malaysia..ha..ha..lepas macam biasalah..!!

Oleh Edi Suleiman
KUALA LUMPUR 25 Julai - Bintang Hollywood terkenal Robert De Niro dilaporkan kini berada di Kuala Lumpur dan menurut sumber, pelakon terbabit dijangka  bertemu Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika berada di negara ini.
De Niro, pelakon, pengarah dan juga penerbit filem yang terkenal dengan lakonannya dalam filem The Godfather: Part II, Raging Bull dan The Good Shepherd dikatakan akan berada di sini sehingga hujung minggu ini.
Rosmah, sebelum ini dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata De Niro bertandang ke negara ini sebagai tetamu di atas jemputannya kerana mahu pelakon terbabit menyaksikan negara ini melalui 'perspektif yang betul'.
Tindakan beliau bagaimanapun mendapat kecaman daripada beberapa pihak termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Daniel John Jambun yang mempersoalkan rasional disebalik jemputan kepada De Niro.
Menurut Daniel, alasan Rosmah bahawa jemputan yang dipelawa kepada pelakon terbabit supaya dapat memahami dan mengenali lebih dekat tentang negara ini adalah sia-sia dan tidak memberi sebarang manfaat.
Daniel dalam satu laporan media dipetik sebagai berkata Rosmah tidak sepatutnya berasa yakin bahawa kedatangan De Niro ke sini akan merubah pandangannya dan masyarakat barat di Amerika Syarikat tentang kepincangan di negara ini.
"Adakah beliau (De Niro) akan hanya di bawa melihat sekitar ibukota Kuala Lumpur? Saya tidak yakin De Niro akan rasa terpegun dengan apa yang dilihatnya melainkanlah jika beliau di bawa melawat ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak maka sudah pasti saya sendiri dengan besar hati akan menunjukkannya kemajuan yang kita ada di sini," kata beliau dengan nada menyindir.
Najib baru-baru ini dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi membawa isterinya ke New York, April lalu meskipun didesak supaya berbuat demikian.
Dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, Najib mengelak daripada memberikan sebarang jumlah kos yang terbabit.
"Kos penginapan dan perjalanan Rosmah dimasukkan dalam perbelanjaan yang diperuntukkan untuk perdana menteri, berdasarkan kedudukannya sebagai isteri Perdana Menteri,” kata Najib dalam jawapan satu perenggannya.
Selepas menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear di Washington DC, 16 April lalu,  Najib dan Rosmah menghadiri sebuah majlis gilang-gemilang di hotel lima bintang St Regis di New York  yang turut dihadiri De Niro dan juga beberapa bintang filem antarabangsa seperti  Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum, serta diacarakan oleh Jamie Foxx.
Meskipun tidak dapat disahkan, beberapa laporan internet mendakwa kemuncak majlis itu ialah apabila Rosmah berduet dengan Foxx.
Majlis berkenaan tidak mendapat liputan akhbar tempatan tetapi menjadi perdebatan berikutan penyiaran dua halaman iklan berwarna di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah daripada “keluarga dan sahabatnya di Amerika dan Malaysia”.
Tidak kurang juga rakyat marah apabila Rosmah dirujuk sebagai 'Wanita Pertama Malaysia' - gelaran yang sepatutnya dikhaskan hanya untuk Raja Permaisuri Agong.

Pelaburan Asing Junam 81 Peratus..ape depa peduli...!!! rakyat tolong bayar hutang le..!!!


Laporan Pelaburan Dunia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan pelaburan asing (FDI) ke Malaysia bagi tahun 2009 menjunam 81 peratus, ke paras yang paling buruk sejak 15 tahun.
Prestasi Malaysia dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut meskipun turut menerima tempias krisis kewangan dunia.
Dari jumlah pelaburan RM23.47 bilion tahun sebelumnya, ekonomi negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Abdul mencatatkan kehilangan RM19.04 bilion FDI kepada RM4.43 bilion tahun lepas.
Bahkan, jumlah tersebut tidak langsung mencecah separuh dari purata jumlah FDI terkumpul dari 1995 hingga 2005, iaitu sebanyak RM13.4 bilion.
Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.
Bagi tahun 2008, aliran keluar FDI negara mencatatkan angka RM48.06 bilion berbanding aliran masuk RM23.47 bilion. Manakala bagi tahun lalu, angka ini semakin menguncup pada RM25.77 bilion berbanding RM4.43 bilion.
Thailand sekadar kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Perdana Menteri Najib gagal memastikan Malaysia tersenarai dalam 10 negara penerima FDI tertinggi di Asia, kerana pelabur mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.
Apa yang lebih mengejutkan adalah Malaysia terbenam di tangga kelima dari kalangan negara-negara Selatan, Timur dan Asia Tenggara yang mencatatkan aliran keluar FDI tertinggi.

Tolak Kerjasama Umno, PAS Dapat Pujian NGO Islam & DAP


Ketegasan pimpinan PAS menolak pelawaan politik Umno yang memperalat isu perpaduan Melayu mahupun perpaduan dan kesucian Islam, disambut baik badan bukan kerajaan (NGO) berteras Islam mahupun pemimpin bukan Melayu.

Abdul Ghani Shamsuddin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang memuji pimpinan PAS yang tidak bertolak ansur dengan parti pemerintah.

Kebelakangan ini, ketika angin pilihan raya umum ke-13 mula bertiup, pelbagai usaha bagi menjalin kerjasama Umno dengan Pas dihidupkan semula biarpun isu ini sudah lama berakhir.

Selepas Barisan Nasional gagal mengembalikan sokongan bukan Melayu sejak pilihan raya umum lalu,  Umno cuba memancing PAS bagi memastikan undi Melayu tidak berpindah tangan.

Kagum dengan penyataan pimpinan PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Perdana Menteri Satu Malaysia itu cuba menakut-nakutkan orang Melayu-Islam supaya mendorong kepada kerjasama politik.

"Saya rasa pendirian yang diambil oleh pemimpin PAS adalah waras dan munasabah. Tapi yang penting kenapa sekarang, ada usaha mahu menakutkan orang Melayu bahawa mereka akan hilang kuasa.

"Walhal, ini tidak berasas. Semacam ada satu kempen yang hendak menakutkan orang Melayu," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu kepada TV Selangor, hari ini.

Lebih-lebih lagi, Datuk Seri Najib Razak dilihat gagal meraih sokongan bukan Melayu, menyebabkan Umno terpaksa kembali bergantung kepada undi Melayu.

Kini, Umno BN terpaksa mengkhianati semangat satu Malaysia semata-mata mahu merebut sokongan pengundi Melayu yang dilihat lebih memihak kepada PAS.

"Kenyataan yang selalu diulang pemimpian Umno dan ejen mereka mencadangkan bahawa harus ada perpaduan orang Melayu. Ini menimbulkan persoalan, di mana letaknya 1Malaysia yang dilaungkan Najib?

Kalau 1malaysia bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia. Nampaknya, ini tidak selaras dengan 1Malaysia," katanya dan menambah pelakuan pimpinan Umno BN semata-mata agenda politik.


Abdul Ghani Shamsuddin, Pengerusi SHURA menganggap percantuman Umno-Pas tidak akan berlaku kerana parti pemerintah itu banyak melakukan khianat kepada orang Melayu mahupun kesucian Islam.

"Dalam konteks politik Pas sudah punya pakatannya sendiri untuk menentang kemungkaran dan kezaliman Barisan Nasional serta segala salah laku, pengkhianatan terhadap hak orang Islam dan Melayu. Rasuah, korupsi dan sebagainya.

"Ini sudah pasti dalam konteks demokrasi tidak dapat dicantumkan bagaimana pembangkang dapat disamakan dengan orang yang melakukan kezaliman. Yang berkuasa setiap hari menyingkirkan mereka dan menindas mereka (PAS)?" katanya.

Beliau percaya PAS tidak akan berkompromi dengan Umno sekali parti berlambang keris itu terus-terusan bergelumang dengan dosa tanpa rasa insaf.

Selama ini, dosa penindasan Umno terhadap PAS terlalu pedih untuk ditelan pimpinan dan penyokong parti berkenaan.

Umno sedari dahulu menzalimi PAS, dari Tragedi Memali dan kini dilabel pula parti sesat.

"Bagaimana kita boleh bersetuju dengan orang yang melakukan kejahatan? Melainkan dia bertaubat dan menyatakan dia tak mahu lagi dan buktikan tidak lakukan kejahatan, barulah kita boleh bersetuju," kata Ghani.

Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.
Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.
"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.
"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.
Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.
"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz.

TOLONG JANGAN TUTUP LUBANG REZEKI

KALAU TUTUP MULUT HABIS REZEKI HILANG


ISU PASIR : AHLI DUN SRI MUDA MINTA KHIR TOYO TUTUP MULUT - minsider

Ahli Dun Sri Muda Shuhaimi Shafiei meminta Mohd Khir Toyo supaya “tutup mulut” dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram.

Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim.

Khir baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.

“Selama lapan tahun Khir Toyo adalah menteri besar, apa yang beliau buat? Saya memberitahu, anda, diam (tutup mulut),” kata Shuhaimi kepada pemberita di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

woit… APA LAH PERMINTAAN ADUN INI… kah kah kah..

woit… ADUN INI TAK PATUT MINTA TOYO TUTUP MULUT… kah kah kah..

woit… KALAU TOYO TUTUP MULUT…. TAK DAPAT BUAT ISTANA 24 JUTA RINGGIT… kah kah kah..

woit… BUKA MULUT IALAH BISNES TOYO… kah kah kah..

woit… KALAU TUTUP MULUT… MACAM MANA NAK CABUT GIGI… kah kah kah…
TT.

Tidak ada bukti lombong pasir jejas Paya Indah Wetlands, kata perunding

PUTRAJAYA, 24 Julai — Firma perunding yang dilantik Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk pelan pengurusan alam sekitar bagi lombong pasir di Olak Lempit, Banting hari ini berkata tidak ada bukti menunjukkan kegiatan di kawasan seluas 48 hektar itu menjejaskan Paya Indah Wetlands.
Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd P.K. Geetha (gambar) memberitahu pemberita di sini bahawa firma itu tidak menemui sebarang impak ke atas kualiti air di Paya Indah Wetlands kerana lombong tersebut terletak di hilir kawasan paya berkenaan.
Beliau berkata proses membersih pasir juga dilakukan menggunakan air dari kolam di dalam kawasan lombong milik KSSB.
Ditanya mengenai laporan media yang menyatakan sesetengah spesies burung berhijrah tidak lagi datang ke kawasan paya itu, beliau berkata firmanya akan bekerjasama dengan wakil Paya Indah untuk meneliti perkara tersebut.
Katanya, firma itu juga akan menyarankan beberapa langkah tambahan yang boleh diambil oleh KSSB untuk menguruskan aspek alam sekitar dalam aktiviti perlombongannya.
Sementara itu, Pengerusi KSSB Abdul Shukor berkata syarikat itu berhasrat meningkatkan pengeluaran pasir di Selangor bagi mencegah perlombongan haram.
Katanya syarikat milik kerajaan negeri Selangor itu telah menandatangani perjanjian dengan dua syarikat iaitu Marita Sdn Bhd dan First Reap Sdn Bhd untuk melombong pasir di atas tanah milik persendirian.
Marita akan melombong pasir di atas tanah seluas 20 hektar di Mukim Labu, Sepang, manakala First Reap akan menggali di kawasan seluas 20 hektar di Tanjung 12, Kuala Langat, katanya.
Selangor mempunyai bekalan 500 juta tan pasir yang boleh bertahan kira-kira 30 tahun, katanya pada sidang media itu.
Terdahulu syarikat itu membawa sekumpulan wakil media melawat lombong pasir di Olak Lempik bagi membolehkan mereka melihat sendiri operasi perlombongan. — Bernama

Penjelasan Sallahudin dan Hassan Ali

TENGAH hari tadi Naib Presiden Pas, Sallahudin Ayub menghubungi saya untuk memberi sedikit penjelasan berhubung tindakan beliau bersabung mulut dengan Mufti Perak, Harussani. Beliau membuat penjelasan itu setelah membawa posting saya di bawah tajuk “Haram dekati Harussani!”.
Mungkin Sallahudin terasa saya silap faham berhubung tindakannya membalas rembak dengan Harussani. Atau pun beliau terasa dengan tulisan itu di mana saya menyatakan kurang senang dengan sesetengah orang Pas yang membambu Mufti Perak, Harussani Zakaria.

Kata Sallahudin beliau menjawab kenyataan ditimbulkan oleh Harussani mengenai Mutfi itu berjumpa dengan seorang pemimpin Pas. Menurut Sallahudin beliau ‘menyerang’ Harussaani kerana kenyataan (pendedahan) itu boleh menimbulkan masalah kepada Pas sebab Harussani tidak menyebutnya secara terang.

“Kita sudah aman sebelum ini. Isu UG – Unity Gorvenment telah selesai, tapi bila Harussani keluarkan kenyatana itu kita bermasalah semula,” ujar Sallahudin. Menurutnya, sebagai Mufti beliau tidak patut bermain teka-teki begitu.

Saya faham maksud Sallahudin. Dia mempunyai tujuan baik apabila bersabung mulut dengan Harussani. Semuanya dilakukan untuk mententeramkan keadaan dalam Pas. Dia alert kepada masalah yang timbul dalam Pas. Dengan kenyataan samar-samar Harussani itu menyebabkan Pas akan dan boleh berpecah dan ahli menjadi keliru. Sedangkan katanya antara perkara penting dibincang dalam retreat Pas di Port Dickson baru-baru ini ialah untuk menyelesaikan masalah hubungan Pas dengan Umno.

Saya akur dengan apa yang dinyatakan Sallahudin. Soalanya apakah begitu naif orang Pas untuk memberi reaksi kepada Harussani. Tidak cukupkan bidasan dan celaan kepada Mufti itu sebelum ini. Sepatutnya Sallahudin atau sesiapa saja tidak bimbang dengan kenyataan Harussani itu. Justeru itu bila ada pemimpin Pas bersabung mulut, menuntut Harussani menjelaskan ia seolah mahu memerangkap orang tertentu saja yang mungkin berjumpa dan mungkin tidak dengan Harussani.

Dan rasanya isu siapa yang jumpa Harussani yang menjadi teka teki itu telah selesai apabila lewat petang ini, Dr Hassan Mohamad Ali telah menjelaskan bahawa beliau ada berjumpa dengan Harussani dua bulan lalu. Kata Hassan beliau berjumpa atas kapasitinya sebagai Exco kerajaan negeri Selangor. Perjumpaan itu dalam rangka persiapan untuk beliau menghadiri satu mesyuarat yang turut sama dihadiri Mufti berkenaan.

Berikut kenyataan penuh Hassan Mohamad Ali:

“Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.
Saya ingin menegaskan bahawa:

1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;
2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;
3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.
4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;
5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;
6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.”
Penjelasan Hassan ini nyata dan jelas ianya tidak ada kaitan dengan kebimbangan yang dimaksukan oleh sesetengah pemimpin termasuk Sallahudin itu. Apakah salah bagi Hassan berbuat begitu? Perjumpaan itu bukan tertutup tetapi tersembunyi. Kenapa ditimbulkan kononnya ada rakaman video dan ada individu lain dalam pertemuan itu. Kalau menurut Hassan bukan seorang individu tetapi ramai.

Kalau perbuatan Hassan Ali itu salah, maka salah jugalah pertemuan pemimpin Pas dengan beberapa pemimpin Umno sebelum ini. Rasanya hampir semua pemimpin Pas berjumpa dengan pemimpin Umno baik atasa urusan peribadi, negara ataupun berkebetulan menghadiri mesyuarat bersama. Kalau tidak bersalah pun hanya seorang saja iaitu ketua Pas di sebuah kawasan di Selangor sebab beliau telah mengharamkan dirinya berjumpa dengan pemimpin Umno!

Apakah pertemuan-pertemuan yang tidak dengan membawa niat untuk merangka plan politik itu salah dan menjadi dosa besar? Kalau begitu semua pemimpin bersalah. Salahlah juga pemimpin Pas yang berbesan dengan pemimpin Umno ataupun yang berkahwin dengan anak saudara pemimpin Umno. Salahlah pemimpin Pas yang berjumpa dengan kontraktor Umno. Maka salah juga pemimpin Pas yang berjumpa dengan pemimpin Umno yang abangnya wakil rakyat Umno.

Pemimpin Pas hendaklah rasional dalam soal ini. Janganlah terlalu prejudis atas apa yang berlaku. Jangan eksploitasikan semua keadaan yang akhirnya boleh memburukkan keadaan dalam parti. Kalau pun kita ada niat hendak menjatuh seseorang lawanlah secara gentleman dan menurut peraturan-peraturan atau kaedah dibenarkan parti menurut syariat Islam. Tidak salah menjatuhkan pemimpin yang lemah dan tidak mampu memimpin tetapi menjatuhkannya secara tidak beradat apa lagi dengan fitnah adalah satu kesalahan.
MSO.

BN Akan Memasuki PRU-13 Dengan Masalah

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita29/IMG_7711.JPGKUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional akan menghadapi pilihanraya ke-13 yang akan datang dalam keadaan bermasalah kerana isu-isu yang tidak dapat diselesaikan termasuk perpecahan dikalangan parti komponennya.

Pilihanraya umum ke 13 dijangka akan diadakan pada tahun depan akan menjadi sejarah kepada pilihanraya Malaysia apabila Umno Barisan Nasional akan berhadapan Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, Umno/BN menghadapi masalah dengan parti-parti komponennya mengalami pelbagai masalah.

Sebaliknya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan PKR berada dalam pemuafakatan yang cukup baik.

Oleh itu, kata nya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, isu perpaduan Umno PAS muncul semula

"Umno apabila dalam keadaan lemah, nak mampus, akan mencari PAS dan menawarkan kembali isu perpaduan,"katanya dalam ceramah isu semasa sempena lawatan Mursyidul Am PAS ke negeri Terengganu.

Malaysia buat persediaan awal hadapi kemungkinan ekonomi terjejas..eh kata ekonomi bagus dan mantap...!!! mana satu nie..!!

SUNGAI PETANI, 24 Julai — Pertumbuhan ekonomi negara memberangsangkan yang mencapai dua digit bagi suku pertama tahun ini menunjukkan perancangan kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia membuahkan hasil, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.
Bagaimanapun, beliau berkata pertumbuhan 10.1 peratus yang dicapai bagi tempoh itu yang mana merupakan yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini tidak menjadikan kerajaan berada dalam situasi selesa.
“Kerajaan sentiasa memantau ekonomi serta perdagangan global dan mengambil langkah-langkah tegas untuk menghadapi kemungkinan 'double dip' iaitu krisis kewangan global yang berulang.
“Kita tidak terjejas oleh krisis ini kerana tidak terlibat dengan pinjaman berbentuk spekulatif sebagaimana diamalkan kebanyakan syarikat di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu sesi dialog dengan 60 wakil pengilang dan industri Bumiputera Kedah di sini, hari ini.
Menurut Mukhriz (gambar), pakej rangsangan ekonomi negara bernilai RM67 bilion yang memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana membantu menyelamatkan keadaan apabila kerajaan China turut melaksanakan pakej rangsangan ekonominya.
“Hasilnya kita menerima banyak tempahan dari China dan eksport kita ke negara ekonomi terbesar itu meningkat 26 peratus untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya.
Beliau berkata usahawan Malaysia dan China masih mempunyai ruang yang luas untuk meningkatkan kerjasama menghasilkan produk bagi memenuhi pasaran Eropah pada harga kompetitif.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mukhriz berkata antara langkah bagi menghadapi tempias “double dip” ialah dengan memberi tumpuan kepada pelaburan domestik dan mencari pelaburan dalam bidang khusus seperti industri solar.
“Kita menyediakan prasarana terbaik untuk menarik pelaburan berbilion ringgit yang akan membuka minat pelabur lain seperti dalam industri hijau yang mana kita memiliki segala keperluan mereka.
“Walaupun “double dip” belum berlaku, kita telah berusaha membuat persediaan supaya ekonomi negara tidak terjejas jika ia berlaku,” katanya. — Bernama