Sabtu, 24 Julai 2010

The 'Anuar Shaari' Press Conference: But Anuar Shaari no-show


(From left) Amarjit Singh Sidhu, Americk Singh Sidhu and Manjeet Singh Dhillon held a press conference at the Peninsula Residence All Suite Hotel at 10, Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur at 4.00pm today and invited Anuar Shaari (picture above) to attend the press conference to deal with the issues he raised and to produce his evidence of the wild allegations that he made two days ago (Read more here).

Anwar Tidak Pernah Terdesak Untuk Berbaik Semula Dengan Nallakaruppan


Oleh Dzulkarnain Taib
KUALA LUMPUR 24 Julai - Peguam Manjeet Singh hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dianggap karut yang sengaja direka oleh Annuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha menjernihkan semula hubungan persahabatan antara ahli perniagaan, Datuk K S Nallakaruppan dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sambil menyifatkan Annuar seorang pembohong dan tidak tahu fakta sebenar, Manjeet berkata kalaulah ada usaha membawa Nallakaruppan berbaik semula dengan Anwar ini adalah kerana mereka berdua adalah sahabat paling rapat pada satu ketika dahulu.
"Annuar Shaari ini seorang yang karut dan suka mereka-reka cerita tanpa asas. Dia tidak tahu perkara yang sebenar.
"Saya tegaskan di sini bahawa Nallakaruppan berada di dalam Penjara Sungai Buloh pada yang sama Anwar dipenjarakan dan berdepan dengan hukuman gantung sampai mati. Mereka (konspirator) memang serius untuk mengantung Nallakaruppan atas tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sekiranya beliau tidak mahu belot terhadap Anwar.
"Perbuatan inilah yang menghancurkan satu ikatan persahabatan yang begitu rapat dan mesra yang melangkaui kepentingan politik. Setelah beliau bebas daripada hukuman tersebut, Nallakaruppan masih sering datang ke rumah saya dengan isteri dan keluarganya. Apa salahnya kalau saya hendak mengambil langkah supaya beliau berbaik semula dengan Anwar atas dasar menyambungkan kembali persahabatan yang telah terputus disebabkan apa yang telah berlaku ketika Anwar di sumbat ke dalam penjara," jelas Manjeet pada sidang media yang diadakan bagi menjawab dakwaan yang dibuat Annuar terhadap beliau dan dua rakan peguam lain, Americk Sidhu dan Amarjit Singh Sidhu.
Manjeet mempertahankan Anwar dengan berkata Ketua Pembangkang tersebut tidak pernah meminta bantuan beliau atau sesiapa untuk memujuk Nallakaruppan berbaik dengan beliau kembali.
"Anwar bukan seorang yang 'desperate' sehingga terpaksa menggunakan saya untuk memujuk Nallakaruppan. Itu bukannnya sifat Anwar yang saya kenali.
"Saya tidak kenal pun siapa karektor Annuar ini dan dari mana dia datang. Siapa dia yang secara tiba-tiba hendak menimbulkan isu ini? Adakah belliau berbuat begini untuk kepentingan tuan yang berdiri dibelakangnya?," tanya Manjeet.
Manjeet juga menyelar Annuar kerana membuat dakwaan berhubung pembiayaan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam semasa beliau berada di London dan Paris.
"Saya bersama Americk dan Amarjit bertindak selaku peguam Bala kerana kami mahukan keadilan dalam kes pembunuhan Altantuya. Mungkin orang seperti Annuar tidak faham bahawa afa segelintir rakyat negara ini yang sanggup ketepikan soal wang ringgit kerana berjuang di atas dasar prinsip bukannya habuan.
"Saya sudah berbuat begini (memberi khidmat guaman tanpa bayaran) selama 40 tahun. Selama 11 tahun saya menjadi peguam kepada Munawar Anees dan turun naik daripada satu mahkamah ke satu mahkamah. Satu sen pun saya tidak pernah caj Munawar malah duit saya sendiri yang banyak dihabiskan," jelasnya.
Beliau berkata sekiranya ada pihak yang ingin membantu Bala dalam perjuangan ini adalah usaha yang patut digalakkan.
"Kalaulah betul Anwar membantu Bala, apa salahnya sekiranya Anwar juga ingin melihat keadilan ditegakkan dalam kees pembunuhan Altantuya. Adalah itu satu kesalahan, malah orang seperti Annuar juga sepatutny membantu Bala supaya semua pihak yang terlibat dengan kes Altantuya di bawa ke muka pengadilan dan hukuman setimpal dijatuhkan kepada pihak yang bersalah," tegas peguam terkenal itu lagi.
Manjeet mencabar Annuar supaya berani berdepannya dengan beliau bersama Americk dan Amarjit.
"Saya cabar dia datang hari ini tapi dia tidak datang. Saya nak dia cakap didepan saya dan dua rakan saya apa yang dia dakwa dalam sidang media yang dia buat. Saya cabar dia bawa bukti untuk sokong dakwaan beliau.
"Tapi saya percaya dalam tangan dia tidak ada apa-apa bukti seperti juga di dalam kepalanya," sindir Manjeet.

TPM ibaratkan Pakatan Rakyat -burung kakak tua

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan Pakatan Rakyat, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.

"Ini satu keadaan yang begitu teruk. Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.

"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.

"Apakah boleh yakin dan percaya kepada pemimpin seperti ini. Setiap hari mereka pergi ke seluruh pelusuk negara mencaci hamun dan membuat pembohongan kepada kerajaan.

"Saya mahu supaya rakyat sedar, jangan rosakan masa depan dengan mempercayai tohmahan, tuduhan yang dibuat sedangkan mereka sendiri tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan dan gagal untuk menguruskan kerajaan dan tak mampu tunai apa yang dijanjikan," katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang di mana mereka dituntut supaya lebih bijak dalam menilai sumbangan dan perjuangan yang kerajaan BN laksanakan menerusi Umno dan parti komponen lain.

Katanya kerajaan BN dan Umno juga sudah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sudah berubah dan mula perbaiki kekurangan lampau, contohnya pelaksanaan Program Juara Rakyat di mana pemimpin tanpa mengira kedudukan kini turun ke bawah bagi mendekati dan memahami permasalahan rakyat.

Beliau berkata setelah menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji-janji indah dan gagal pula dalam melaksanakannya, pembangkang mula membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan antaranya menuduh kerajaan BN sebagai kerajaan perkauman.
"Tetapi macam mana nak kata kerajaan BN perkauman kerana di dalamnya ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan pelbagai lagi, sedangkan kerajaan mereka tak ada semua itu," katanya.

Pada program itu Muhyiddin turut meluluskan peruntukan RM5 juta kepada pangsapuri Taman Melati di Wangsa Maju yang menempatkan kira-kira 10,000 penghuni bagi tujuan menaik taraf bangunan seperti mengecat dan menukar bumbung.

Timbalan Perdana Menteri bersama rombongannya turut melawat ke pangsapuri berkenaan dan meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra bersama penduduk.

- Bernama

Isu pasir: Exco Selangor minta Khir Toyo ‘tutup mulut’


PUTRAJAYA, 24 Julai — Exco Kerajaan Negeri Selangor Shuhaimi Shafiei meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya “tutup mulut” dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram.
Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Khir (gambar) baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands.
Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.
“Selama lapan tahun Khir Toyo adalah menteri besar, apa yang beliau buat? Saya memberitahu, anda, diam (tutup mulut),” kata Shuhaimi kepada pemberita di sini hari ini.

Murugiah: Presiden MIC tak sependapat dengan timbalan..ha..ha...mana mau pigi ah...!!

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu hari ini berkata kemasukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah ke dalam MIC mendapat restu majoriti anggota parti.

"Banyak anggota parti menerima keputusan itu termasuk dari kalangan ketua-ketua bahagian," katanya kepada Bernama sebelum merasmikan seminar Pendaftaran Pengundi Baru untuk ketua-ketua bahagian MIC di Kuala Lumpur.

MIC telah menerima permohonan bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Murugiah untuk menjadi anggota parti itu Khamis lalu.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat sebilangan anggota MIC yang tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan parti menerima permohonan Murugiah.

"Kalau saya kata semua anggota MIC menyokong keputusan itu ia merupakan satu pembohongan yang besar," katanya.

Murugiah menyertai MIC setelah dipecat oleh Presiden PPP Datuk M Kayveas tahun lalu dalam satu krisis perebutan jawatan presiden parti.
Semalam, Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata beliau sedar ada sebilangan ahli parti di peringkat akar umbi tidak menyenangi langkah parti itu menerima keahlian Murugiah.
"Adalah biasa bagi mana-mana ahli memberi reaksi sama ada bersetuju atau membantah langkah seperti ini," kata Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu.
Palanivel, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang menerima permohonan keahlian Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Samy Vellu percaya dengan satu lagi tambahan jawatan timbalan menteri dari kalangan pemimpin MIC, semua rancangan parti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Ditanya mengenai cadangan Murugiah untuk membawa masuk seramai 200,000 penyokongnya menganggotai MIC, Samy Vellu berkata beliau tidak ada halangan terhadap perkara itu.

"Kita boleh menerima sebanyak manapun ke dalam MIC...kalau lebih ramai, lebih bagus," katanya.

Open Letter to Robert De Niro and other 'guests' of Rosmah's

Richard Loh

Malaysia and its people welcome you all to visit Malaysia with open arms provided that your visits are in a way charitable to help raise funds for the needy or as paying tourists to help our poor economy.

If you are here on the behest of our Government or the Prime Minister's wife, whom anyway is a nobody to the people of Malaysia, there are a few things that you need to know and understand first before accepting the invite blindly.

Malaysia was once a prosperous and rich country but over decades of the same ruling government the richness were drained through leakages and corruptions and we were told that the country will be bankrupt by 2019.

The government always reminded the people to be prudent and to tighten our belt but they themselves live like kings and splashed the public funds on useless mega projects, spending billions on military hard wares when there are no wars in sight.

The government knows that they are receiving back slashed from the people and its popularity are at its lowest including the PM and his wife. The PM and his wife are trying to uplift their images by engaging a foreign PR and that causes us, the public, a lot of money.

They are now trying to rub shoulders with celebrities to enhance their images which to us is just sear waste of the public money.

You may not know that our PM wasted millions of dollars just to rub shoulder with your President Obama while his wife spent millions in New York and placing ads to boost her image. The allegation is that this money is from the government and that belongs to the public which they did not deny nor explain where this money came from.

We do not care one bit if they wanted to rub shoulder with you all celebrities as long as the money spend are not siphoned from the public fund but their own. The very important thing you need to know is that, we the public can never get to know whether they are using the public fund to serve their own purposes as they are classified under the OSA, Official secret Act.

We are very certain that the government or the PM's wife will show you the best side of the country and leaving the worst under lock and key.

You must be made aware that the present government practices racism and have the worst human rights issues. The PM is a racist and if you do not believe, please ask him what he did in 1987. I am very sure you all celebrities hate racism and non compliant of the human rights.

Do not just take my word for it, make a search yourself on the internet, your embassy in our country or the thousands of Malaysians that had left the country and are now residing in the US.

You all are most welcome to Malaysia but not on the expense of the public funds just to boost the images of the PM or his wife.

Click here to read more

Pakatan Friends Facebook Group Dijangka Tarik Sokongan Generasi Muda

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 24 Julai - Pakatan Rakyat Sabah akan melancarkan 'Pakatan Friends Facebook Group' secara rasmi dalam usaha untuk mengembeleng sokongan dalam usaha menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum Ke-13 nanti.

Majlis yang akan diadakan di Hotel Yaho,Sembulan,Kota Kinabalu pukul 1.30 petang hari ini akan turut disiar secara langsung melalui web tv melalui alamat http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Sabah, Ronnie Klassen pelancaran secara online dilakukan bagi menarik minat generasi muda supaya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat bagi mengambil alih pentadbiran negeri Sabah pada PRU akan datang.

"Buat masa ini, kita sudah berjaya menarik keahlian kira-kira 2,000 orang di mana 70 peratus terdiri daripada ahli ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat manakala selebihnya bukan ahli tetapi penyokong kuat Pakatan Rakyat.

"Tujuan utama ditubuhkan 'Pakatan Friends Facebook Group' adalah untuk menawan negeri Sabah dalam PRU-13 nanti dan kami menyeru generasi muda di negeri Sabah dan Sarawak untuk keluar dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan rasuah Umno-Barisan Nasional.

"Ramai di antara generasi muda ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada sekarang ini," kata Ronnie kepada Suara Keadilan.

Di samping itu, katanya kumpulan itu juga akan memberikan motivasi kepada penyokong supaya tidak gentar kepada intimidasi yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.

"Kita juga akan mengelilingi seluruh negeri Sabah untuk mengajak generasi muda ini bersama kita dan menerangkan kepada mereka situasi sebenar negara.

"Selama 47 tahun, apa yang Umno-BN ceritakan kepada rakyat, semuanya bohong belaka, kita tidak mahu generasi muda ini duduk di rumah dan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa," ujar Ronnie lagi.

Pada masa yang sama, kumpulan itu akan berusaha untuk menambah ahli dalam siri jelajah dan menganjurkan ceramah di seluruh negeri Sabah nanti.

Majlis perasmian itu akan turut dihadiri pemimpin-pemimpin KEADILAN, PAS dan DAP termasuk Bendahari Negeri DAP, Frederick Fong, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Sabah, Anuar Ali serta Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu.

Harussani terus berselindung ? dialah yang kena umumkan siapa pemimpin PAS yang jumpa dia?

Drs. Khalil Idham Lim.
KENYATAAN MEDIA, 24 July 2010.

Berhubung dengan kenyataan Tan Sri Harussani dalan akhbar Sinar Harian edisi Jumaat, 23 July 2010 dengan judul "Siapa pemimpin PAS itu, biar saya sahaja yang tahu", saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Harussani nampaknya bertegas tidak akan mendedahkan identiti pemimpin PAS yang menemuinya yang didakwanya membincangkan penyatuan orang Melayu. Saya melihat dia terus menyembunyikan sesuatu yang telah diketahui umum termasuk diri saya sendiri dan itulah yang beliau sebutkan dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di Adelaide, yang dilakukan di Islamic Dakwah Centre of South Australia (IDCSA), pada 7.00pm, 9 Jun 2010, dalam kuliah khas TSHZ yang bertajuk “Perpecahan Ummah dan Peranan Kita”. Harussani dalam sembang-sembang dengan pelajar Malaysia dalam lawatan itu dengan jelas menyebut siapakah orang PAS yang bertemu dengannya.

2. Saya sangat hairan dengan Harussani yang menunjukkan sikapnya baiknya yang beria-ia dengan pendirian yang disifatkannya demi untuk menjaga hubungan baik dan amanah yang diberikan kepadanya sehingga bermati-matian menyembunyikan siapakah pemimpin itu sedangkan didedahkan kepada pelajar Malaysia semasa di Australia. Adakah amanah yang beliau maksudkan hanya di Malaysia dan diluar negara di boleh mengkhianati amanah itu. Hukum mana pula yang dia pakai ? Harus atau Haram ?

3. Selain itu bila ditanya mengenai kenyataan saya bahawa tujuan sebenar pertemuan dia dengan individu terbabit adalah membincangkan soal perniagaan dan bukannya penyatuan Melayu beliau mengatakan " kalau Khalil kata saya bohong tentang tujuan sebenar perjumpaan itu, beritahu saya siapa pemimpin PAS yang Khalil maksudkan, Ramai orang berjumpa saya".

Dengan jelas sekali lagi Harussani melepaskan tanggung jawabnya dengan berdolak dalih. Saya cuma berhasrat untuk menegaskan sekali lagi bahawa tujuan pertemuan individu terbabit adalah untuk tujuan perniagaan dan tidak sama sekali untuk penyatuan Melayu. Bukan hasrat saya untuk mendedahkan nama terbabit.

Tambahan pula apa manfaatnya penyatuan assobiayah Melayu yang langsung tidak ada kaitan dengan saya sebagai seorang bukan Melayu.

4. Kerana itu kalau dia mendakwa hanya berkerja dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang Islam, kenapakah dia beria-ia sangat untuk penyatuan Melayu, bukannya penyatuan Islam ?

5. Dengan itu saya mendesak Harussani untuk menunjukkan kematangannya dengan tidak berolak-dalih demi untuk mempertahankan pejuangan assobiyah UMNO yang sempit itu. Kenapakah saya pula diminta untuk memberitahu siapa yang jumpa dia sedangkan dia sudah umumkan di Australia dan dia yang lebih tahu dari saya.


DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

KERA DI HUTAN DISUSUKAN


MALAYSIA masih menghadapi kebanjiran buruh asing. Kini Malaysia memperkenalkan pula dasar memberi kerakyatan penduduk tetap kepada mereka yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana dan doktor falsafah.
Setakat ini pun kerajaan Malaysia sudah memberi banyak keistimewaan kepada warga asing yang memiliki kelulusan seperti itu sebelum mengisytiharkan dasar baru itu. Jika sudah diperkenalkan dasar seperti itu maka banyaklah keistimewaan yang diberikan kepada warga asing.
Nampaknya Malaysia sudah menterjemah pepatah yang diungkap nenek moyang ‘kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan’. Tidak cukup memberi biasiswa kepada warga asing yang membuat ijazah sarjana dan PhD, ini pula nak diberi kerakyatan taraf penduduk tetap.
Rakyat tempatan yang membuat ijazah doktor falsafah terpaksa bersusah payah mengeluarkan wang sendiri untuk perbelanjaan pengajian tetapi rakyat luar pula mendapat tawaran biasiswa. Alasan kerajaan bahawa negara memerlukan tenaga berkelayakan untuk membangunkan Malaysia. Jika kerakyatan penduduk tetap diberikan sudah tentulah ada kerja untuk mereka. Malang pula untuk orang tempatan peluang kerja itu diberi kepada golongan itu. Bijak sangatkah warga asing dan boleh diharapkah warga asing itu untuk membangunkan Malaysia?
MINAS
Puchong, Selangor

Pandu Kereta Dari Simanggang Ke Bandar Sibu, Buat Laporan SPRM Terhadap KM Sarawak

SHAH ALAM 24 Julai - Seorang rakyat Sarawak dan pembayar cukai  memandu keretanya dari Simanggang sehingga bandar Sibu untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud berhubung dakwaan pelaburan di luar negara yang membabitkan berbilion ringgit.
Cobbold John Lusoi berkata beliau tidak ada pilihan lain dan atas rasa bertanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia terpaksa menuju ke  ke Sibu disebabkan SPRM tidak mempunyai pejabat di Simanggang.
"Saya rasa menjadi tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin dan pembayar cukai untuk membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Menteri.
Saya memandu dari Simanggang pagi semalam disebabkan di Simanggang tidak ada pejabat SPRM," ujar beliau.
Laporan Lusoi adalah laporan keempat selepas beberapa siri laporan yang difailkan di SPRM terhadap Taib. Kandungan laporan berkenaan turut mendakwa Taib telah melakukan salahguna kuasa.
Laporan yang hampir sama telah difailkan pada 7 Julai lalu kepada pegawai SPRM di Wisma Persekutuan, Miri oleh dua orang ahli parti KEADILAN manakala sebelum itu, satu lagi telah difailkan di pejabat SPRM, Putrajaya.
Kesemua laporan SPRM terhadap Taib adalah berpandukan beberapa artikel di dalam portal berita, The Sarawak Report yang mendakwa Taib dan anggota keluarganya memiliki empayar perniagaan di luar negara yang bernilai berbilion ringgit.
Disamping itu The Sarawak report juga turut melaporkan bahawa anak perempuannya, Jamilah mengetuai konglomerat perniagaan di Kanada, England dan Australia.
Dalam pada itu, Parti pimpinan Taib iaitu Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dalam reaksi mereka terhadap berota yang dilaporkan The Sarawak Report menafikan dakwaan berkenaan dan menganggap laporan  tersebut adalah pembohongan semata-mata.
Menurut jurucakap parti tersebut,  mereka telah menubuhkan sebuah unit untuk memantau semua laporan yang dilaporkan di dalam blog dan laman web.
Dalam perkembangan berkaitan, pejabat Ketua Menteri juga dilaporkan telah mengarahkan supaya semua media tempatan dilarang menyiarkan perkembangan laporan berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Lusoi, yang juga Pengerusi KEADILAN Cabang Simanggang berkata banyak lagi laporan SPRM yang sama akan difailkan di seluruh negara termasuk di Bintulu dan Limbang.
"Kita akan terus memfailkan laporan sehinggalah pegawai SPRM membuat penyiasatan berhubung perkara ini. Jumlah aset hartanah yang besar yang didakwa dimiliki Taib dan ahli keluarganya menjadi  tumpuan utama dan kebimbangan kepada semua rakyat.

Semua orang, sama ada mereka ini rakyat Sarawak, Sabah atau di Semenanjung Malaysia sedang bercakap mengenai tuduhan di mana sumber kekayaan itu dipercayai diperolehi secara haram...jadi, tidak ada sebab kenapa SPRM harus berdiam diri," tambah Lusoi.

Don't wear jerseys that promote wrong values, says Perak mufti


Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the wrong values for Muslims but that did not mean they should be banned. He added that Muslims had no reason to wear and glorify symbols that promoted wrong values.
(The Star) - There is no “religious ban” on Manchester United jerseys despite statements by several prominent Islamic scholars urging Muslims not to don the Premier League club’s shirts because the emblem features a devil.
Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria said jerseys with devils, crosses or skulls promoted the wrong values for Muslims but that did not mean they should be banned.
“A fatwa on the matter is not necessary as it is clearly wrong for Muslims to wear shirts with devils and other unIslamic symbols because it is against the teachings of Islam,” he said yesterday.
Apart from Manchester United, which is also known as The Red Devils, other football teams whose crests carry images deemed unIslamic like the cross are Brazil, Portu­gal, Serbia, Barcelona and Norway.
“In Islam, Satan is our enemy ... but I believe Satan is also an enemy of the non-Muslims.
“We advise people not to wear them,” said Harussani.
He added that Muslims had no reason to wear and glorify symbols that promoted wrong values.
Harussani said other ulama and mufti shared his opinion but they did not plan to pass any edict to ban the attire either.
Many Muslim football fans, he said, were actually unaware of the images on the emblems.
His view was shared by Johor Religious Council adviser Datuk Nooh Gadot, who had issued similar advice to Muslims on Wednesday.
Meanwhile, several Malaysian football fans have shown the “red card” to the advice by the ulama.
They voiced disapproval over social media sites such as Twitter and Facebook.
“What am I going to do with all my Manchester United jerseys? And my sons’ jerseys?” said a Twitter user.
Some even went to the extent of accusing the ulama of supporting Liverpool, Manchester United’s archrival.
Manchester United Malaysia Fan Club, which boasts 7,000 members, when contacted, declined to comment.
Checks at various sports retail outlets in shopping malls revealed that the famous red jerseys of the club were still on sale.
Sales personnel on duty said the new version of the club’s attire was selling like hot cakes as it had arrived just a few days ago after its global launch on July 15.

Lim kata Kerajaan Persekutuan lindungi ‘Little Napoleon’

GEORGE TOWN, 24 Julai — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini berkata beliau menerima apa yang disifatkannya sebagai “mesej” daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung  kecamannya terhadap Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus.
“Saya terima mesej dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan persekutuan masih mahu  mempertahankan ‘little Napoleon’, saya ucap terima kasih atas  mesej tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari keluarga Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini hari ini.
Perdana Menteri dalam kenyataannya semalam berkata Kabinet tidak boleh menerima tindakan Lim yang  membuat kenyataan hingga menjatuhkan maruah pegawai persekutuan.
Najib berkata, Lim sebagai ketua menteri seharusnya  membuat teguran berhemah dan dilakukan secara tertutup. — Bernama

Pemimpin, Kroni Umno-BN Serang Pakatan Rakyat Selangor Bila Gagal Terus Rompak Harta Negeri

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 24 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah menyebabkan barisan pimpinan Umno dan kroni mereka bagai cacing kepanasan yang kini telah hilang sumber kekayaan yang diperolehi hasil daripada merompak hasil mahsul negeri sejak lebih 50 tahun.
Akibatnya kini wujud dua kem politik dalam Umno Selangor di antara bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Ummo Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang berlumba-lumba menggunakan isu pasir dan air sebagai senjata politik untuk muncul sebagai jaguh.
Sambil mempersoalkan motif sebenar Umno-Barisan Nasional di Selangor menimbulkan isu tersebut apabila iannya tidak langsung menjadi masalah di Selangor, Tony berkata Umno sepatutnya melihat gejala kecurian pasir yang berlaku dalam skala besar di Johor.
"Jelas sekali ketelusan pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor mengakibatkan poket kroni Umno-BN semakin kering kerana mereka tidak dapat mengaut keuntungan secara haram seperti yang diberi oleh Barisan Nasional kepada kroninya pada masa lalu.,
"Yang menghairankan ialah kenapa tiada seorangpun pemimpin Umno yang berani mengkritik pengurusan kerajaan Umno-BN Johor pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman di mana kes perlombongan pasir haram adalah yang paling teruk pernah dilaporkan, walaupun selepas isu ini telah dihebohkan oleh pihak media tidak lama dahulu," kata Tony dalam kenyataan beliau semalam.
Anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd kini menguruskan pemberian permit perlombongan pasir di Selangor, di mana setiap operator lombong pasir mendapatkan permit melalui tender terbuka atau permintaan sebut harga kerana rundingan terus tidak lagi dilayan.
Justeru itu, operator ala 'Ali Baba' yang mendapatkan permit melalui cara melobi dan melantik kontraktor lain untuk menjalankan aktiviti perlombongan agar mendapat keuntungan besar dan cepat tidak dapat lagi dilakukan kerana dalam tender terbuka, kroni Umno-BN kotor ini jelas gagal kepada operator perlombongan yang jujur dan telus.
"Sistem KSSB yang telus ini telah menyebabkan ramai operator yang gagal untuk mencemuh pengurusan KSSB yang jelas telus dan memberikan peluang persaingan yang setara kepada semua.
"Jika dibandingkan dengan pengurusan Umno-BN dahulu, KSSB telah berjaya mengutip RM8.17 juta untuk sembilan bulan pertama dibandingkan dengan RM4.39 juta untuk keseluruhan tahun 2007 dibawah Umno-BN, peningkatan sebanyak 86.1 peratus. Untuk keseluruhan 2009, KSSB berjaya mengutip RM13.76 juta, peningkatan sebanyak 213 peratus.
"Dalam separuh tahun pertama 2010, KSSB mencatat kutipan RM15.3 juta, selaras dengan sasaran 500 peratus peningkatan untuk tahun 2010. Jumlah ini membuktikan betapa efisyen, telus dan cekap pengurusan KSSB.
"Rakyat juga perlu tahu, semua keuntungan ini digunakan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk membiayai skim kebajikan untuk rakyat," jelas Tony lagi.
Menyentuh mengenai isu air, Tony berkata keazaman Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan tarif air dan memperbaiki kualiti perkhidmatan bekalan air menyebabkan percanggahan dengan Syarikat Bekalan Air Bhd, sebuah anak syarikat kroni Umno, Puncak Niaga Holdings Bhd.
Malah Timbalan Perdana Menteri mencemuh pengurusan air di Selangor tetapi lupa negeri yang pernah ditadbirnya selaku Menteri Besar satu ketika dahulu mempunyai tarif air paling tinggi di negara ini
Tambah Tony lagi, Abdul Khalid bertegas tidak berganjak daripada keputusannya untuk membantu rakyat jelas walaupun berdepan dengan taktik kotor dan jijik yang digunakan oleh kroni Umno-BN, Puncak Niaga dan disokong pula oleh Kerajaan Pusat.
"Puncak Niaga mahu membebankan rakyat Selangor dengan meningkatkan tarif air 37 peratus lagi, dan sehingga kini tidak mahu menerima cadangan kerajaan negeri Selangor untuk memperbadankan industri air Selangor yang mana bukan hanya dapat mengurangkan lagi tarif semasa, tetapi juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air.
"Sebaliknya, mereka bertindak mengutuk usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu yang bertujuan membantu warga yang miskin dan tidak berkeupayaan membayar bil yang tinggi.
"Muhyiddin patut memberitahu kroninya supaya jangan harapkan wang mudah masuk poket seperti dahulu dan buang sikap 'mentaliti subsidi' mengharapkan kerajaan Umno-BN melontarkan habuan. Kalau mereka mahu rakyat menerima potongan subsidi yang tidak munasabah, maka sudah pasti kroni Umno-BN yang telah mendapat habuan besar sebelum ini boleh mula belajar mencari wang halal," tegas Tony lagi.

KERAJAANG PERPADUANG PAS-UMNO TIDAK UNTUNGKAN MELAYU DAN ISLAM !!! HANYA UNTUNGKAN PENYAMUN HARAM JADAH MCA !!!

 
Kerajaang Perpaduang ini merupakan senjata tajam UMNO BN untuk merobek kekebalan Pakatan Rakyat bersama gelombang rakyat Malaysia.

Ini strategi politik yang seribu kali lebih ampuh dan tajam dari serangan Ezam Kaki Kondo Belakang The Mall dalam siri ceramah Road Show Selangor nya.

Kegagalan Pakatan Rakyat ke Putrajaya PRU 13 mungkin akan disebabkan oleh faktor Kerajaang Perpaduang ini sahaja.

Aku ucap syabas kepada pemikir UMNO BN. Tapi bukan Khir Toyo ye !! kah kah kah

Apa bukti Kerajaang Perpaduang ini akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya ?



Aku tahu ada pemain politik Pakatan Rakyat yang maseh terkemut-kemut nak perpaduang dengan UMNO.

Mungkin bacaan politik mereka adalah lebih baik bersama dengan UMNO dari bersama DAP.

Soal retorik dasar perjuangan DAP-PAS yang dianuti oleh tokoh lama kedua-dua parti ini (Baik Karpal mahupun Hj Hadi) sebenarnya tidak dibawa oleh barisan kepimpinan muda DAP-PAS yang lebih memahami realiti politik Malaysia.

Pergaduhan soal dasar parti DAP-PAS ini aku tahu sampai kiamat pon takkan selesai kalau kedua-dua tokoh pemimpin lama ini berhujah.

DAP dan PAS akan dibawa oleh arus pejuang muda DAP-PAS , itu sahajalah penyelesaian nya !!!

DUNIA INI BUKAN MILIK MEREKA YANG MENGHITUNG HARI HARI POLITIK MEREKA !!!

DUNIA INI MILIK ORANG MUDA !!!

Pemain Politik Muda faham apa arti mengguna medium politik sebagai satu papan catur demi mendapat kuasa dalam merealisasikan agenda dan prinsip yang dituntut yang sejajar dengan nilai Islam yang universal sifatnya .

Menghumban Penyamun UMNO , Penyamun MCA dan Penyamun MIC adalah tuntutan mutlak 'amar makruf nahi mungkar'.

Jangankan untuk melaksana pelbagai lagi aspek perundangan Islam , nak humban Penyamun UMNO , Penyamun MCA dan Penyamun MIC pun kamu gagal. Apa barang ?

KERAJAANG PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!

Harta Negara disamun beribu juta setiap tahun oleh Penyamun UMNO-MCA-MIC !!!

KERAJAANG PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!

Subsisdi Rakyat akan dirompak dan disamun oleh Penyamun UMNO-MCA-MIC !!!

KERAJAANG PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!

Penyamun PKFZ haram jadah MCA yang menyamun beribu juta cukai rakyat.

KERAJAAN PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!

Pembahagian duit pungutan zakat kepada fakir yang masih tak tersusun dan duit zakat yang saban tahun dirompak oleh Penyamun UMNO.

KERAJAANG PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!

Islam itu bukan pada istilah arab yang kamu guna pada setiap tutur kata , Islam di Eropah itu lebih luas penerimaannya dan menjadi bukti satu da'wah yang mulia dan nilai Islam yang bukan sekedar pada bacaan kitab lama sahaja.

KERAJAANG PERPADUANG AKAN GAGALKAN MISI MULIA INI !!!


AKU TIDAK NAMPAK APA KEBAIKAN LANGSUNG BERSEKONGKOL

DENGAN PENYAMUN UMNO DEMI MENYELAMATAKAN PENYAMUN HARAM

JADAH MCA !!!!


KALAU PEMAIN POLITIK TUA DAP-PAS INI KERAS KEPALA DENGAN

AGENDA SEMPIT TAHUN 70 AN MEREKA , MAKA MENJADI SATU

TANGGONGJAWAB PENTING PEMAIN POLITIK MUDA KEDUA-DUA

PARTI UNTOK JANGAN BANYAK BICARA TAPI MELAKSANA


TUNTUTAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR !!!!!!!!!!!!


HUMBANKAN KERAJAANG PERPADUANG  !!!

SEKALI DENGAN PENYAMUN UMNO-MCA-MIC !!

PADA PRU 13 !!!


INI TAHUN 2010 LA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BUKAN TAHUN 1969 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DAH DAH LA NAK MAIN POLITIK TUA NIH !!!


KALAU NAK IKOT MACAM TU TAHUN 1941 ORANG TANAH MELAYU

KENA JAJAH DENGAN NIPPON !!!

TAK PULAK KAU SEKAT PASSPORT MALAYSIA KE JEPUN  !!!

APA HAL TAK SEKAT ???


NAK IKOTKAN NIPPON NI LAGI CELAKA HARAM JADAH !!!!


DAH DAH LA DENGAN POLITIK TUA YANG SEMPIT NIH !!!



ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT BANGKIT !!!!

KALAU PUAK TUA (DAN JUGA ORANG MUDA TAPI PERASAN TUA ) !!!


TAKNAK MENGHUMBAN PENYAMUN UMNO-MCA-MIC PRU 13 !!!

BIAR KITA JEK HUMBANKAN !!!!!!!!!!!!


HUMBANKAN KERAJAANG PERPADUANG YANG MENJADI TEMBOK

PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA PRU 13 !!!!!!!!!!

Umno Tetap Untung Disebalik Pelawaan terhadap PAS – Aziz Bari

Bendera PAS-UMNO Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Semuanya bermula dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyatakan kesediaan Umno bekerjasama dengan PAS, sehingga membawa polemik politik ini berterusan dicanang di media-media massa.
Umno membuka ‘dasar buka pintu’, namun sehingga kini tiada nada positif diberi malah pemimpin tertingginya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat awal-awal lagi sudah menutup pintu tersebut.

Menurut ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari, ‘pelawaan’ Umno itu hanya untuk memecahkan PAS daripada rakan seangkatan dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Tidak syak lagi ini adalah helah politik Umno. Mereka tahu jika PAS termakan pujukan, PAS akan maut kerana kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Melayu. Begitu juga negeri seperti di Kedah.
"PAS tewas di Terengganu dan Perlis sebab negeri itu negeri Melayu dan PAS tidak boleh bersaing dengan Umno. Ertinya Umno menggunakan PAS untuk memecahkan Pakatan Rakyat kerana PR bergantung kepada PAS. Ini mekanisma yang Umno lihat," katanya kepada Free Malaysia Today.
Menurut beliau, Umno sentiasa mendapat keuntungan daripada polemik politik ini, sedangkan PAS masih terkial-kial kerana mempunyai ‘musuh dalam selimut’.
Umno dilihat bijak dengan memainkan isu tersebut agar dapat memesongkan perhatian rakyat daripada isu ekonomi, rasuah yang sentiasa dibangkitkan Pakatan.
Prof Aziz Bari "Kerjasama ini sukar terjadi kerana tokoh utama iaitu Nik Aziz menentang keras. Dari perspektif Umno isu ini menguntungkan mereka kerana sekali lagi mereka dapat mengganggu permainan dengan isu yang tidak relevan ini.
"Isu ini dapat memesongkan perhatian rakyat dari isu lain seperti ekonomi,rasuah dan lain-lain yang penting buat Pakatan. Sebab itu yang untung – baik ia menjadi atau sebaliknya – ialah Umno. Apa pun kesudahannya Umno sudah untung; PAS terkial-kial kerana di dalam  kelambunya ada musuh dalam selimut," katanya yang juga pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa.
Setuju dengan Khalid
Malah beliau turut bersetuju dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad agar pemimpin yang menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dipecat dalam parti.
"Saya fikir adalah bodoh kalau PAS ikut cakap Umno dan saya setuju dengan Khalid Samad yang mahukan pemimpin menemui Mufti Harussani ini dipecat.
"Pemimpin berkenaan jelas membelakangkan parti dan mementingkan diri sendiri. Kita lihat mereka yang dikaitkan dengan kerajaan perpaduan agak resah, mungkin mereka yang makan cili," katanya.
Harussani yang menawarkan diri sebagai pengantara baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti bermusuh itu.
Namun masih tiada penjelasan lanjut diberi Harussani menyebabkan timbul banyak spekulasi di dalam kem PAS sendiri.
‘Kerjasama dapat kurangkan perbezaan dua parti’
Umno-PAS 1Sementara itu, menurut Presiden Transparency International (Malaysia), Tan Sri Ramon Navaratnam setuju sekiranya tujuan kerjasama itu adalah untuk memperbaiki perpaduan masyarakat di negara ini.
Sambil merujuk kepada PAS-Umno, menurutnya melalui kerjasama yang akan terjalin itu dapat mengurangkan jurang perbezaan antara dua parti terbabit.
"Semua kerjasama antara parti politik adalah sesuatu yang baik, tetapi ia mesti bertujuan untuk meningkatkan perpaduan sedia ada. Harap ia bukan helah politik.
"Jika semua berminat masyarakat tanpa kira agama dan bangsa turut bersetuju kerana ia mengingatkan tentang Malaysia. Ini sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan antara dua parti yang bertelagah," katanya.
Namun beliau memberi peringatan agar kerjasama itu bukanlah berkisarkan Melayu dan Islam semata-mata kerana ia bakal memberi implikasi kepada parti lain serta konsep Barisan Nasional.
"Mereka tidak boleh bersatu…ini Umno perlu jaga, jika berkongsi pendapat tidak mengapa. Tetapi bukan bersatu.
"Jika penyatuan ini berlaku, parti komponen lain seperti MIC,MCA, serta parti di Sabah dan Sarawak turut melakukan perkara yang sama.
Maka konsep BN akan hilang….," katanya memberi nasihat.

Perkasa :Pemimpin PAS penghalang parti itu bersatu dengan Umno

Timbalan Presiden Perkasa Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS dan Umno demi kepentingan orang Melayu tidak akan terlaksana sekiranya ada penghalang daripada pemimpin PAS  yang cuba memburukkan Umno untuk mewujudkan kebencian dalam parti.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) , Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata, tiada jalan penyelesaian dapat dilaksanakan sekiranya masih berada dalam PAS.

“Perkasa mencadangkan satu mekanisme baru perlu dilaksanakan dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu untuk merealisasikan kerjasama tersebut.
“Orang Melayu mengharapkan satu perubahan dapat menemukan PAS dan Umno untuk duduk semeja dan berbincang demi kebaikan bersama,” katanya dalam satu sidang media semalam.
Menurutnya, jawatankuasa yang bakal diwujudkan perlu dianggotai oleh individu pakar dan ternama terdiri daripada ahli akademik, para ulama serta bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak terlibat dengan politik atau mana-mana parti.
“Kenyataan kemusnahan Umno dan PAS oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini adalah tidak tepat dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa baru-baru ini.
“Malahan, sekiranya tiada yang mahu tampil sebagai seketeriat untuk perkara ini, kami sedia membantu supaya pertemuan kedua-dua parti ini direalisasikan,” katanya.
Beliau berkata, pertemuan kedua-dua parti tersebut bakal mewujudkan penanda aras untuk kebaikan orang Melayu seluruh negara.
"Kita mengharapkan kaum Melayu dapat bersatu untuk memartabatkan Islam kembali maju di negara ini.
"Jangan kita memandang remeh perasaan orang Melayu yang harus diagungkan demi membela kaum kerabat anak bangsa kita kelak,"jelasnya.

JANGAN RAKUS DENGAN MIMPI... umNO HAMPIR MATI

Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan. Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya.

Kerajaan Kedah nampak tenang walau sesekali ribut menggoncang keutuhan dan kesabaran Menteri Besarnya. Hanya selangor yang menjadi tumpuan kini. Mungkin kerana Khalid Ibrahim bukan ahli politik sejati kerana beliau hanya menceburipolitik dari dunia perniagaan. Beliau lebih dilihat sebagai pegawai kerajaan atau tokoh korporat yang mengendali negeri tanpa memperduli mainan politik dari luar dan dalam yang tutur mengimpi dan cemburu dengan jelmaaan tiba tiba Tan Sri Khalid di Selangor.

umNO menyedari kekurangan Khalid yang lebih menumpukan pembangunan dan kebajikan dari permainan politik luar dan dalam di sekelilingnya. Tumpuan beliau lebih kepada keutungan rakyat yang dianggap pemegang saham dalam negeri Selangor sebagaimana beliau mengemudi syarikat yang memikirkan kepentingan pemegang saham. Itu kelebihan Khalid yang mungkin dilihat kelemahan oleh orang politik.

Namun kecemburuan sebenar kepada Khalid Ibrahim bukan kerana diri beliau tetapi Selangor yang menjadi lubuk duit dan bekalan projek kepada pencacai umNO. Mereka ternyata tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh menggugat Pulau Pinang kerana kuasa Melayu kampung sangat sikit. Hanya melayu kampung yang diharap umNO untuk menyambung talian hayat mereka. Walupun Pulau Pinang adalah mutiara , namun mimpi untuk menguasai Pulau Pinang terlalu mustahil buat masa kini.

Selangor terus menerus dijadikan sasaran. Sedikit nyawa kemenangan umNO di Hulu Selangor menjadi dijadikan kemeyan pemulih semangat sekalipun menyedari dupa kemeyan tersebut telah pun pecah. Bermula dengan mengugut rakyat terhadap masa depan air di Selangor yang dikatakan tidak mampu bertahan hinggalah kepada isu pasir yang dikatakan merosakkan alam.

Tan Sri Khalid telah menjelaskan potensi dan kemampuan air di Selangor sekalipun tanpa projek yang diidamkan oleh Syabas milik Razali Ismail, orang kuat umNO. Pasir yang menjadi tinggalan Khir Toyo terpaksa dijadikan bahan sekalipun menyedari ianya berpotensi menyeret Khir sekali tertimbus dalam timbunan pasir itu.

Semakin lama umnO menjadi pembangkang, semakin tenat penyakit umNO. Pemimpin utama menyedari dan meluahkan betapa sukarnya menjadi pembangkang. Ia dijadikan semangat dan mentera sebagaimana Yahudi yang membangkitkan semangat betapa perlu Yahudi memiliki Falastin jika ingin hidup bebas . Duit adalah talian hayat umNO. Tanpa duit umNO akan mati. umNO tiada sukarela seperti PAS yang ditanam dengan semangat Jihad.

umNO tiada pilihan selain mengikis duit rakyat melalui pemotongan subsidi. Mereka sangat yakin, dengan pengampu di sekeliling mereka dari kalangan cerdik pandai akan mampu meredakan kemarahan rakyat. Perangkap dipasang di mereta jalanraya untuk merompak duit rakyat melalui saman skor yang belum dibuktikan bersalah.

Jika Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam Pilihanraya akan datang dengan menambah kekuatan dan penguasaan beberapa negeri seperti Trengganu , Perak dan Johor... pastinya ramalan bahawa umNO akan menjadi seperti Dinasor akan menjadi nyata.

Apa yang penting pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengawal nafsu serakah mereka dalam merebut kuasa. Jangan bercakar sesama sendiri... Biarkan mimpi itu menjadi nyata terlebih dahulu sebelum bermimpi dengan jawatan dan kedudukan yang tinggi.... mimpi bermewah dengan membentis rakan sebelum kemenangan hanya akan menjadikan mimpi itu menghasilkan air liur basi yang memetakan sempadan yang luas....hakikatnya ia satu keaiban....

Belum ke Putrajaya, tapi muntah dan lendir PKR sudah berbau...!!!

Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan


PKR sekali lagi akan menganjurkan pemukiman (retreat) hari ini dan esok dalam usaha memperkukuh kepemimpinan, yang dianggap tidak mencapai tahap yang dikehendakki.

"Retreat" itu, yang akan di adakan di Hotel Corus Paradise, Port Dickson, Negeri Sembilan, adalah kesinambungan dari seminar tertutup baru-baru ini, dalam usaha Pakatan Rakyat untuk merampas kuasa kerajaan pusat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ini belum dapat tawan Putrajaya beb, kalau dah dapat.... pemimpin PKR tidak bermeeting, berbincang di sini lagi, apatah lagi untuk ber"retreat". Mereka tak mainlah meeting dalam negara. Mereka akan berbincang, paling tidakpun kat London atau Paris....!!!

Pemimpin utama pusat termasuk ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dari bahagian (cabang) di seluruh negara akan menghuni di bilik mewah ini sepanjang tempoh pemukiman.

Patutpun Ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam tidak gembira dengan pemukiman (retreat) parti di Port Dickson.

"Kalau sekadar bincang mengenai persiapan mengenai jentera pilihanraya di peringkat bahagian atau negeri tidak perlulah buat retreat.

"Cukup dengan perbincangan oleh MPP dan biro politik sahaja," katanya yang berasal dari Perak.

Bila menjelang pilihanraya, pemimpin mendendang lagu sedih dan sayu, minta bantuan dan sumbangan daripada ahli dan penyokong. Bila suasana reda dan mereka ingin bersuka, maka dianjurkanlah beranika rencana merancang helah untuk mereka bergembira di sana...!!!

PKR semakin hari semakin tidak dapat mengawal limpahan hanyir muntah dan lendirnya...!!! Keladak yang selama ini terpendam dan disorok rapi telah mula timbul...!!!

Saya benar-benar berharap apa yang pernah didengar luahan seorang sahabat  "Aku ingatkan permata, rupa-rupanya kaca...! " sebagai tidak tepat. !!!  Walau apapun, saya sudah mula meluat dengan beberapa pemimpin kanan PKR, keladak haprak UMNO masih pekat dalam diri mereka sebenarnya...!!! Saya kira, andainya mereka mendapat kuasa di Putrajaya.... mereka mungkin lebih rakus dan khianat daripada pemimpin UMNO yang ada hari ini....!!!!

TANGGUH DULU PROJEK PEMBERIAN 1.2 JUTA LAPTOP KEPADA RAKYAT MISKIN...

WAJAR SANGAT KERAJAAN MENANGGUHKAN PROJEK PEMBERIAN LAPTOP PERCUMA KEPADA RAKYAT MISKIN SEBANYAK 1.2 JUTA UNIT.

PROJEK YANG KUNUNNYA ADA KICK-BACK BERNILAI RM300.00 SEBIJI ITU KALU DITERUSKAN AKAN MENELAN BELANJA SEBANYAK RM3.6 BILLION (1,200,000 X RM3,000.00 SEBIJI)....

BAYANGKAN KALU "USD35 LAPTOP" DARI INDIA NI KITA BAGI PERCUMA KEPADA RAKYAT MISKIN, IANYA AKAN MENYELAMATKAN DUIT RAKYAT SEBANYAK RM3.453B.

(Nilai i Laptop India ialah USD35.00 = lebih kurang RM122.50 x 1,200,000 biji = RM147,000,000.00). Jadi, RM3,600,000,000.00 - RM147,000,000.00 = RM3,453,000,000.00...

India develops 35-dollar 'laptop' for schools Share

Friday, 23 July 2010 22:36

NEW DELHI – India has come up with a 35-dollar (RM112) touch-screen "laptop" – a computing prototype that it aims to make available to students from elementary schools to universities.

The gadget, developed by the elite Indian Institute of Technology and the Indian Institute of Science, is part of a push to give students a better education and technical skills needed to boost India's economic growth.


The first users are expected to be university students with introduction of the Linux-based computing device targeted for next year.

The ministry is going to install broadband Internet at all of its 22,000 colleges so students can use the 1,500-rupee (35-dollar) device, government spokeswoman Mamta Verma told AFP on Friday in New Delhi.

The tablet gadget, which can be run on solar power, is equipped with an Internet browser, video-conferencing capability and a media player, among other facilities.

"This is part of the national initiative to take forward inclusive education," Human Resource Development Minister Kapil Sibal told reporters on Thursday.

"The solutions for tomorrow will emerge from India," he said.

Sibal said the cost of the motherboard, chip, processing and other components cost a total of around 35 dollars but the government may subsidise 50 percent of the price for students.

Sibal said the government, which hopes the cost of the device can eventually fall to 10 dollars, is in discussions with global manufacturers to start mass production of the device.

India, whose 63 percent literacy rate lags far behind many other developing nations, such as China with 94 percent, is making efforts to improve its troubled education system, which lacks investment in schools and teachers. — AFP

PKR yakin Pas setia

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) percaya kepada komitmen kepimpinan Pas untuk menolak kerjasama dengan UMNO sebaliknya setia dengan komitmen kerjasama yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pas sebelum ini telah menyatakan pendirian rasmi untuk terus bersama berjuang dengan PR.

“Ini dapat dilihat apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir setiap kali pertemuan dengan pimpinan PR dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan Pas tidak goyah dan setia bersama PR.

“Malahan, terdapat banyak respons daripada pimpinan Pas yang menolak kerjasama tersebut dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui dalam kunjungannya ke kompleks Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, semalam.

Nurul Izzah berkata, isu sama juga menampakkan berlakunya percanggahan dalam UMNO melibatkan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap komitmen kerjasama tersebut.

“Ini kerana Najib kurang ‘responsive’(memberi maklum balas) berbanding Muhyiddin yang nampak beria-ia kerjasama tersebut dapat dilaksanakan.

“Mereka akan terus mencanang isu kerjasama ini sehingga pilihan raya umum akan datang untuk menunjukkan komitmen kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, UMNO perlu bersatu sebelum membincangkan kerjasama Pas dan UMNO.

“Pas bukan lagi seperti dahulu kerana mereka masih mengingati apa yang berlaku pada tahun 1970 an setelah rakyat menghukum parti tersebut.

“Parlimen kita mempunyai lebih daripada 200 Ahli Parlimen Melayu, maka isu berkaitan hak dan sebagainya tidak timbul malahan DAP menunjukkan komited dan menghormati hak tersebut,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan pembangkang adalah sihat untuk persaingan politik Melayu kerana dapat menonjolkan polisi yang lebih baik dan masalah masyarakat dibangkitkan.

Jangan jadikan rakyat mangsa dalam menangani isu air

24 JULAI —Air adalah nadi kehidupan. Bekalan air bersih yang disalurkan ke paip di rumah termasuk industri memberi nyawa kepada penduduk.
Tanpa air bermakna tiada kehidupan dan kekurangan bekalan air pula merupakan satu penyiksaan kepada penduduk. Ia begitu menyiksakan dan marilah kita mengimbau krisis air terburuk yang berlaku di negara ini kira-kira 15 tahun lalu.
Krisis bermula apabila empangan-empangan di Melaka mengering pada 1990. Penulis yang ketika itu menuntut di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) di kampus Hang Tuah, Melaka turut terkena tempiasnya.
Oleh kerana bekalan air dicatu, maka air yang diberi digunakan dengan begitu cermat sehingga terpaksa mandi sekali sehari sahaja. Lapan tahun kemudian, krisis yang sama menimpa penduduk Selangor dan bagi mereka yang sudah mengharungi pahit getir kekurangan bekalan air, ia menjadi igauan buruk sehingga hari ini. Tentu juga, mereka tidak mahu krisis yang sama berulang lagi.
Namun apa yang dikesalkan, air yang menjadi nadi kehidupan manusia kini menjadi mangsa perbalahan politik apabila kerajaan negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang di Selangor enggan memberi kerjasama kepada kerajaan pusat untuk mengurus bekalan air kepada penduduk.
Seharusnya, dalam soal yang bersangkut paut dengan keperluan asas penduduk, sebarang perbezaan pendapat dan kepentingan politik kepartian ditolak ke tepi demi kesejahteraan penduduk.
Justeru, sikap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak mahu menerima pelan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor membuktikan keegoan dan keangkuhan sikap pakatan pembangkang yang enggan berurusan dengan kerajaan pusat walaupun untuk kepentingan rakyat.
Yang menjadi mangsa adalah rakyat Selangor dan Putrajaya yang bakal berdepan dengan catuan air jika tiada usaha dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor dari sekarang untuk menanganinya.
Ini kerana kajian yang dilakukan oleh syarikat perunding yang dilantik oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan dua syarikat perunding lain yang masing-masing dilantik oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) menunjukkan bekalan sumber air di Selangor tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang dijangka meningkat pada tahun 2012 hingga 2014.
Sebaliknya pula, Abdul Khalid berkata, kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati sumber air di negeri itu masih cukup sehingga tahun 2019.
Tentunya, kenyataan Abdul Khalid itu mengelirukan dan kerana itulah, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mencabar beliau supaya mendedahkan hasil kajian syarikat perunding yang dilantiknya kepada umum.
Seperti yang ditegaskan di atas, apa sahaja perkara berkaitan kebajikan rakyat termasuk menyalurkan bekalan air bersih, kedua-dua pihak mesti saling berganding bahu dan bekerjasama, bukannya sibuk membuktikan siapa yang betul dan siapa yang salah.
Kita tidak mahu perbezaan pendapat dan politik menyebabkan penduduk tersiksa gara-gara bekalan air terputus. Justeru, persiapan ke arah berhadapan dengan krisis air perlu dilakukan dari sekarang dan bukannya apabila krisis itu mula berlaku.
Persediaan awal penting kerana masalah kekurangan air berlaku tanpa diduga, apatah lagi fenomena pemanasan global yang pantas merentasi sempadan negara. Tasik, sungai dan empangan kering akibatnya.
Jangan pula ‘sudah terhantuk, baru tergadah’. Ini kerana apabila krisis air menimpa penduduk, maka langkah-langkah penyelesaian segera akan menuntut peruntukan yang lebih tinggi, berbanding jika persediaan awal telah dilakukan.
Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seseorang memerlukan sekurang-kurangnya 50 liter air sehari untuk keperluan asas seperti minum, mencuci, memasak dan sanitasi.
Apakah perlu satu masa kelak, kita terpaksa menggunakan air osmosis balikan (RO) untuk keperluan harian? Tahukah kita bahawa harga RO seliter adalah 50 sen dan jika kita menggunakan 1,000 liter air sebulan, maka bil air akan mencecah RM500! Sedangkan, kita kini secara purata hanya membayar 70 sen untuk 1,000 liter atau satu meter padu air.
Jangan sampai ia berlaku kerana hakikatnya, negara masih mempunyai ribuan sungai yang boleh membekalkan air kepada penduduk. Kita tidak perlu RO, apa yang kita perlukan adalah kerjasama ikhlas kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengurus sumber bekalan air dengan bijak dan berhemah.
Selain itu, usaha juga perlu dilakukan secara bersama untuk memastikan sungai dan empangan yang membekalkan air kepada penduduk tidak tercemar. Ini kerana memulihkan sungai yang tercemar memerlukan belanja yang cukup besar, sedangkan wang itu boleh digunakan untuk tujuan membasmi kemiskinan. — Utusan Malaysia

PS:

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

Roh perpaduan Melayu

24 JULAI — Perbalahan sesama orang Melayu bukanlah perkara baru dalam konteks politik Malaysia. Orang Melayu diheret dalam perbalahan siasah akibat perbezaan ideologi yang berpanjangan, walaupun pada permukaannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Perbalahan berlaku kerana pemimpin PAS yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan politiknya tidak dapat menerima perjuangan Umno yang berteraskan kepada semangat nasionalisme.
Walaupun orang Umno dan PAS adalah orang Melayu beragama Islam, perbezaan politik ini menjadi penghalang untuk mereka berada dalam satu pasukan. Mereka sebenarnya tahu dan boleh menghayati roh peribahasa ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
Jika insaf terhadap makna peribahasa itu, apa yang dibahaskan hari ini, tidak perlu berlaku. Malangnya mereka lebih cenderung ke arah melakukan tindakan ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’.
Dalam kalangan segelintir orang Melayu ini, mungkin akibat kecewa atau marah, mereka sanggup melihat orang Melayu berkubur. Waktu itu mereka sendiri akan menangis tanpa lagu. Mereka sanggup melakukan penentangan ini sedangkan mereka tahu rata-rata orang Melayu mengharapkan perpaduan Melayu.
Ketidaksefahaman sesama orang Melayu yang beragama Islam ini sebenarnya dicetuskan oleh segelintir pemimpin parti yang taksub dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Daripada satu alasan kepada satu alasan mereka lontarkan untuk mewajarkan bahawa mereka menolak perpaduan bangsa.
Akhir-akhir ini rakyat kian jelas siapa yang benar-benar ikhlas mahu berusaha menyatupadukan Melayu dan siapa pula yang menjadi dalang untuk memusnahkan masa depan bangsa dan mahu melihat orang Melayu tersungkur di bumi sendiri.
Mereka yang menolak perpaduan ini sanggup berputih mata asalkan hati dan emosi mereka puas. Jika ego orang tertentu ini dapat diperbetulkan atau mereka sendiri sedar akan akibat suatu hari nanti anak cucu cicit menyoal kesilapan besar yang mereka lakukan ketika Melayu berpeluang untuk bersatu dan menjadi bangsa yang teguh.
Umumnya, pertelingkahan politik hanya berkisar pada peringkat pimpinan parti. Pada peringkat rakyat, keadaan adalah terkawal. Pertelingkahan peringkat atas menyebabkan orang Melayu terikut-ikut dengan rentak pemimpin mereka. Jika hitam kata pemimpin mereka, maka hitamlah kata pengikut mereka.
Seandainya pemimpin PAS menerima pelawaan Umno untuk bergabung semula dalam Barisan Nasional (BN), seluruh anggota parti itu akan bersama mereka.
Berasaskan realiti politik dan sejarah, Umno dan PAS pernah bergabung, kemudian berpecah semula. Bila PAS keluar BN, pengikut mereka mengikut gelagat pemimpin mereka membenci BN dan UMNO seterusnya tercetus isu dua imam, haram makan sembelihan orang Umno dan sebagainya.
Hari ini, usaha untuk menyatupadukan orang Melayu timbul semula. Ada yang bercakap mengenai perpaduan Melayu dalam konteks bekerjasama antara Umno dan PAS dan ada versi mengenai penyatuan atau gabungan parti Melayu.
Dalam konteks kerjasama, tiada sebab kedua-dua pihak menolak cadangan berkenaan demi untuk kebaikan demi masa depan bangsa. Perbincangan mengenai perpaduan Melayu bukan perkara baru. Ia menjadi topic perbualan di mana-mana oleh sesiapa saja. Ia topik mudah dibincangkan, tetapi entah mengapa ia sukar dilaksanakan.
Hari-hari orang Melayu berhubung sesama sendiri tanpa apa-apa masalah. Bertemu di mana-mana, masing-masing memberi dan menjawab salam, di pejabat, mereka bekerjasama tanpa mempedulikan pendirian politik masing-masing. Mereka minum di kantin beramai-ramai tanpa perlu tahu siapakah calon atau parti yang mereka undi dalam pilihan raya.
Walaupun tidak bertegur sapa, mereka tetap tidak bermasam muka. Jika terlanggar mereka akan meminta maaf.
Di sekolah pun begitu juga. Anak-anak duduk berhampiran dalam kelas, bergaul mesra dan sebagainya tanpa mengetahui pendirian politik ibu bapa masing-masing. Di hospital, pesakit diletakkan sebelah menyebelah bercerita mengenai penyakit yang mereka tanggung.
Di pasar kita membeli ikan atau sayur di gerai orang Melayu tanpa mempersoalkan latar belakang peniaga atau peniaga tidak mengambil  kisah pun ideologi politik pelanggan mereka itu. Bagi peniaga, siapa saja pelanggan, mereka terima dengan hati terbuka. Pada hari mulia, mereka bermaaf-maafan.
Dalam kehidupan harian, orang Melayu tidak berpecah. Walaupun tidak bercakap kerana tidak mengenali antara satu dengan lain, mereka tidak bergaduh atau bertengkar tanpa sebab kerana mereka adalah orang Melayu. — Berita Harian

Negara kena Bangkrap dulu... Baru boleh maju..

Oleh : Teratai Liar

Mula2 teman bingung jugak memikirkan rasional ni. Mana boleh nak capai Wawasan 2020 sedangkan setahun sebelum tu negara kita dah jadi bankrap, macam yang Idris Jala cakap tu. Tetapi bila memikirkan bahawa kajian2 yang dibuat PEMANDU tu bukanlah bertaraf sembang kedai kopi, teman tak jadilah nak sanggah.

Hal2 subsidi ini kerajaan dah buat kajian lama dah. Ia dibuat dalam makmal. Bukan makmal yang bedah tikus macam kat sekolah2 tu. Makmal Rasionalisasi Subsidi. Kalau kajian pasal ekonomi pun pakai makmal, dah tentu kajian ni kajian yang saintifik dan bersifat empirikal. Hang pa penyokong Pekatan Rakyat tau ke makna empirikal ni? Pi tanya kat orang2 UMNO. Depa paham. Hang pa tau apa, tau buat ceramah, maki hamun, fitnah bole la.

Kalau tengok kenyataan kerajaan, RM750juta dapat diselamatkan hasil pelarasan harga 5 sen untuk petrol, 10sen sekg LPG, 25 sen sekg gula. Tentulah mana cukup nak tampung defisit perbelanjaan negara. Kalau nak bina Istana Negara baru kat Putrajaya tu sajer dah lebih RM800juta, berapa sangat nak boleh cover. Tu belum campur Sime Darby rugi RM900 juta lebih. Tak pasal-pasal kerajaan terpaksa bagi pampasan RM700 juta kat syarikat ni. Pos Malaysia pun rugi jugak RM227 juta. Tak tau la kot lepas harga stem dah naik 100% tahun depan boleh untung balik.

Pendek cerita, RM750 juta tu memang tak cukup. Itu pasal lah hang pa jangan terkejut beruk, meroyan tak tentu pasal. Baru naik 5 sen dah kecoh. Cuba tengok sikap penyokong2 UMNO dalam hal ini. Depa rasional. Cool jer. Macam kata Idris Jala, pakej naik 5 sen ni hanya sebahagian jer dari Program Merasionalisasi Subsidi, ia adalah sebahagian dari MEB. Jadi kalau lepas ni subsidi diselaraskan lagi atau kerajaan buat GST hang pa jangan berlakon buat2 terkejut pulak. Sekali lagi contohi lah sikap penyokong Umno. Depa tetap sabar dan istiqamah menyokong kerajaan.

Apa yang teman nak kongsi, fenomena duit susut sebelum negara menjadi jadi maju bukan luar biasa. Rasionalnya, kerajaan ambik duit tu untuk melabur dalam bentuk aset2 dan cabang2 perniagaan lain. Contohnya Felda. Duit tunai yang susut dekat RM3 bilion tu bukan membazir. Kerajaan pakai balik buat program tanam semula. Adapun RM600 juta yang buat pinjaman untuk peneroka2 membaiki rumah2 bukan kena faedah pun. Cuma 2.5% buat kos pengurusan dan proses aje.

Felda zaman sekarang jangan nak disamakan dengan Felda zaman arwah Tun Razak baru buat dulu. Zaman berubah, kita kena ikut peredaran masa la, kalau tak mahu ketinggalan. Tengok macam mana walaupun Felda ada tanah di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, tanah saja RM220 juta. Tanah tu sengaja tak dibangunkan dulu. Biar nilainya meningkat. Sebaliknya Felda buat menara baru kat kawasan Segitiga Emas, dekat dengan KLCC. Baru tinggi nilainya. Itu pun Felda tak mau berhutang, bayar cash RM662 juta kat Naza TTDI pasal tak mahu menyusahkan generasi akan datang (PM Najib kata RM642 juta kat Parlimen 2008 dulu, teman tak pasti mana satu betul).

Dulu tanggungjawab Felda bantu warga Melayu miskin, bagi depa tanah untuk diusahakan.Sekarang atas nama korporat depa dah boleh tolong kerajaan Sabah RM250 juta, buat MRSM RM120 juta, bantu kerajaan Pahang naik taraf bekalan air RM200 juta. Maklum la sekarang dah ada Felda Global Ventures, boleh melabur projek ternak kerbau kat India atau buat minyak bunga matahari kat US dan Kanada. Tak banyak, guna modal RM800 juta saje. Mula2 memang la nampak susut duit tu, tapi kalu untung nanti, siapa yang akan dapat nikmat? Bukan penyokong2 Umno sahaja, hang pa la dulu sibuk nak jadi ahli lembaga pengarah GLC.

Baru2 ni kecoh pasal saman ekor. Dah buat salah lalu lintas kena saman bayar aje la. Orang Umno tak kecoh pun. Dah la kerajaan nak buat judi bola hang pa tak bagi. Tu semua sumber duit tu. Betul la kata orang2 Umno, hang pa ni tau mengutuk ajer.

Tu pun jangan, nak tawan Putrajaya. Baru perintah 4 negeri dah tak tau nak jaga. Benda kecik macam pasir pun tak tau nak urus.

Dulu masa Khir Toyo perintah Selangor dulu kerajaan negeri untung berjuta2. Tak pecaya? Carilah dalam arkib2 Utusan ke Berita Harian. Tu pun kerajaan negeri masa tu buat tak berapa pandang. Pasal perolehan kerajaan negeri berlambak2. Kayanya kerajaan negeri Selangor tu melimpah ruah, sampai penduduk2 Sabak Bernam pakai gigi gemas. Kebetulannya Khir Toyo tu memang doktor gigi, tu yang boleh buat mahligai RM24 juta tuh. Bininyer boleh ajak kawan pi jalan2 kat Disneyland. Nak harap duit gaji Menteri Besar aje mana cukup yobbb....

Maaf le kalau teman melalut sampai cerita doktor gigi pulak. Pendek ceritanya, walau pun nampak negara kita macam nak bankrap, tapi tak usah la kita nak gelabah puyuh. Sebelum senang, kenalah bersusah dulu. Tengok Jerman atau Jepun. Negara depa lingkup kesan Perang Dunia II, tapi boleh bangkit balik jadi kuasa besar ekonomi dunia. Korea Selatan pernah berperang dengan saudaranya di Utara tapi boleh maju daripada kita jugak. Yang penting ialah menunjukkan kesetiaan kita kepada negara dan kerajaan kita.

Jadilah warga negara yang patuh. Jangan la diikut sangat dengan pembangkang2 ni. Anwar Ibrahim tu, macam2 agen dia jadi. Dari muda sampai ke tua. Agen Muammar Ghadafi, ejen Barat, ejen Cina, ejen Yahudi, ejen CIA.

Jangan la diikut kata bidalan Melayu zaman bahari, ikut rasmi Pak Kaduk menang sorak kampung tergadai. Sebab hang pa berbaik2 dengan bangsa lain, bangsa Melayu jugak yang rugi nanti. Memang la masa tu dia tak sebut DAP, India, Cina ni. Cerdiknya orang Melayu masa tu, dia tak cakap terang2. Pak Kaduk bukan gadai kampungnya kerana berjudi. Hang pa dah kena tipu dengan DAP, PAS, PKR dan Anwar Ibrahim. Inilah propaganda halus Yahudi. Dia kan ajen Yahudi!!!!??? HIDUP MELAYU!!!

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang


UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.

Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:


10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Keseluruhan dasar sila download dari SINI

Apa yang UMNO-BN-APCO YAHUDI NAK SELAMATKAN DI SELANGOR TU ?

Yeeeeehaaaaa..Yaaa Beee Daaa Beeee Duuuu..it..

Gerombolan Robin Hood cap dacing UMNO+BN+APCO+YAHUDI melancarkan kempen agresif mereka di selangor dengan slogan TAWAN SELANGOR.

Wokeh,pakcik,makcik,adik,abang,akak, mari kita tengok apa yang nak diselamatkan dan dikekalkan oleh UMNO-BN-APCO-YAHUDI di selangor tu.

-1. Menjarah wang / kerajaan /rakyat Selangor melalui cukai-cukai dari hasil industri-industri yang wujud di selangor kerana selangor adalah Tulang Belakang Ekonomi Malaysia.

0.UMNO-BN-APCO Tak dapat lagi kutip cukai/ufti/wang bawah meja dari Kilang-kilang industri di selangor,sama ada kilang halal/kilang haram/kilang yang cemarkan alam sekitar.

1. Kos Sara Hidup Yang Tetap dan Makin Tinggi
"Penyelasan Subsidi"Kepala Bana Najib akibatkan harga keperluan asas naik di 1Malaysia,khasnya di Selangor, iaitu antara negeri yang menjadi Tulang Belakang Ekonomi Malaysia.

2.Jalanraya/Lebuh Raya Bertol tetap berufti
Di selangorlah juara jalan raya / lebuh raya yang apabila rakyat nak guna, kena bayar tol/ufti kepada syarikat-syarikat milik UMNO & CO.Cuba kira berapa banyak highway/jalan bertol di selangor;- Plus,NKVE,Guthrie,KESAS dll.

3.Pengurusan Syarikat AIR SYABAS yang korup lagi menyusahkan rakyat
Semua tau, kompeni air selangor tu DIFARAIDKAN kepada swasta semasa UMNO-BN/APCO/YAHUDI perintah selangor. jadi mereka top level kompeni air tu perlu SABOTAJ usaha kerajaan Pakatan Rakyat selangor dalam beri AIR free kat rakyat selangor.sampai today ada ada saja desas desus antara syabas dengan kerajaan negeri selangor.


4.Projek hartanah yang perlu dirembat UMNO/BN/APCO
Ok, najib kata nak luaskan kawasan komersial KL ke sebelah utara, iaitu dari sungai buloh sampai ke bukit beruntung dan ke sempadan selangor - perak.projek yang boleh hasilkan untung berbillion-billion ini tidak kena tidak wajib dipersetujui dulu oleh kerajaan negeri selangor.

5.Port Klang Golden  Port
Semua tau,port klang tu lubok EMAS.so sapa yang kontrol port klang,dialah yang KAYOOOO

6.Tauke Pasir UMNO Meroyan
Semua tahu, bisness pasir perlu lesen, bila dapat lesen tu,,bolehlah nak jual lesen tu balik (ali baba) atau rembat pasir sampai alam sekitar/keselamatan manusia terjejas.puak-puak cap dacing yang selama ini hidop atas bisness lesen pasir jadi gila meroyan apabila kerajaan negeri selangor mulai kuatkuasakan lesen/bisness pasir yang sebelum ini dilakukan dengan keadaan yang tidak terkawal di bawah pemerintahan UMNO-BN di selangor.

LAMBANG KERUNTUHAN AKHLAK DAN MORAL SEORANG 'PEJUANG' DAN PENCACAI UMNO BERNAMA EZAM !!!




AKU AKAN BUAT PEMBONGKARAN SECARA DETAIL MENGENAI

SIAPA SEBENARNYA EZAM DAN APAKAH DOSA NYA HINGGA

AKU BERANI BERSUMPAH BAHWA SI PENCACAI UMNO BERNAMA

EZAM INI BERMASALAH KERUNTUHAN AKHLAK YANG MAHA DASYAT !!!


APAKAH KERUNTUHAN AKHLAK YANG MAHA DASYAT ITU ?



AKU AKAN DEDAHKAN SECARA TERPERINCI ESOK SEKIRANYA MALAM

INI PENCACAI UMNO NIH TAK BUAT FITNAH MELAMPAU LAGI !!!


EZAM PEJUANG AGAMA ???

EZAM PEJUANG BANGSA ???

EZAM PEJUANG TANAH AIR ???


EZAM MENGAKU SEBAGAI PEJUANG AGAMA ????

ITU LAH FITNAH TERBESAR PERNAH AKU DENGAR BILA ORANG UMNO

KATA EZAM PEJUANG AGAMA !!! KAH KAH KAH


EZAM NIH BUKAN PEJUANG ALIF BA TA !!!


PEJUANG ALIF BA TA !!!

ALIF = AKU

BA = BARU

TA = TEBUK


PEJUANG AKU BARU TEBUK !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


NANTIKAN PENDEDAHAN KERUNTUHAN AKHLAK SEORANG

YANG MENDAKWA DIRI NYA PEJUANG ALIF BA TA !!!!!




PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

HUMBANKAN PENCACAI UMNO KASTA TERENDAH DALAM SEJARAH UMNO

APA MALAON HARAM JADAH EZAM SELALU BUAT DEKAT BELAKANG THE MALL !!!


Malaon haram jadah ni kalau nak berceramah politik kau ceramah la.

Tapi tak sudah-sudah nak tabur fitnah macam haram jadah.

Ezam jangan kau nak kencing orang UMNO la kononnya kau tu baik sangat , kondo belakang The Mall tu kau buat apa selalu ?

Agak-agak la nak bagi ceramah , ini tabur fitnah macam bangsat.

Ko ni memang pencacai bangsat. Tengok diri sendiri punya moral dulu.

Adakah ini satu fitnah atau hakikat bahwa Ezam suka pegi kondo belakang The Mall ?


Aku tak kesah pon Ezam ni nak berceramah politik , tapi kalau menyerang peribadi membuta tuli buat fitnah melampau bagi aku dah langgar prinsip la boss.

Ezam nih dengan makcik UMNO boleh la kau kencing konon kau tu bagus sangat.

Dengan budak UMNO bahalol tu boleh la kau tunjuk lagak pidato kau.

Dah-dah la Zam.

Aku taknak cerita lebih pasal moral malaon nih , tapi kalau malam nih , Malaon Haram Jadah Kaki Dangdut dekat Komplek Wilayah nih menyalak memfitnah lagi.............

Aku akan bongkarkan satu-satu.....................

Nak main politik kita cerita polisi dan dasar dan prinsip................

Bukan fitnah peribadi macam haram jadah.....................

Ada Pemain Politik Pakatan Rakyat cerita pasal berapa bini Noh Omar dalam ceramah ?

Itu dia punya pasal la ...........

HA.... EZAM !!!

ADA KE BAHALOL ??????????????

JANGAN LA BIADAP SANGAT DALAM BERPENCAK POLITIK !!!!!!

AKU AKAN BUKAK SATU SATU PASAL MALAON HARAM JADAH NIH !!!!



 BUDAK BUDAK UMNO PEGI TANYA EZAM

" DULU KAU BUAT APA DEKAT KONDO BELAKANG THE MALL TU ZAM ? " 
 
by MB Warrior