Jumaat, 23 Julai 2010

TOMORROW LIVE - LAUNCHING OF PAKATAN FRIENDS

TOMORROW Saturday July 24 at 2pm in Kota Kinabalu, Sabah PKR is launching Pakatan Friends - a movement that aims to reach out to East Malaysians and unite them into a voting force ahead of the 13th General Election.




Venue: Hotel Yaho in Sembulan Time: 2pm; Next stop: Kuala Lumpur mid-August, Sarawak mid-September

Watch it Live at   http://www.ustream.tv/channel/pakatan-friends-online-tv

Happy Birthday, PM Najib. Wish the Penan could be as happy ...

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

As Prime Minister Najib Razak celebrates his 57th birthday on Friday, the folk in a remote highland village in Sarawak are wondering if he still remembers the promises he made a day ago that life can and will get easier for them.

On Thursday, the PM’s high-powered entourage had swooped in by helicopters into Long Banga village in the infamous Baram district, where illegal logging activities are rampant and openly sanctioned by corrupt state officials.

No wonder then, as Najib and his minders landed, the disenchantment felt by Sarawakians was evident.

The sprawling state is still largely poverty-stricken. Despite joining the Federation of Malaysia in 1963, the rural folk, in particular the Penan, have to live in backward conditions without easy access to basic electricity and water. As for education, it is still a luxury that many dream of for themselves and their children.

Nevertheless, as part of the large-scale production put on for his official visit, some 2,000 villagers were persuaded to greet him. And for every birthday wish that each might have politely offered, at least three others wondered when would it be before they get to finally sample some form of comfort, some modicum of modernity, basic infrastructure and amenities?

“Dear PM, please visit the longhouses with no electricity. Better yet, stay overnight there,” was the undertone that ran through most of the messages tweeted to him when he arrived two days ago.

For the Penan, whose complaints go deeper and range even wider, including rampant rape of their women folk, this was the misery of their plight. “Exciting for you,but certainly not for them, especially when their daughters are the rape victims of state-endorsed illegal loggers.”

Birthday wishes amid rape and poverty  

Yet, Najib was unfazed, closing an eye to the obvious artificiality of the event stage-managed by the Sarawak government to celebrate his birthday.

Perhaps with an eye on the 10th state elections that must be held before May 2011, Najib did not disappoint these leaders. He promised a slew of goodies including a RM100 million road to connect the villages in the Baram area to coastal town Miri.

He also allocated RM6 million to build a mini hydro-electric dam for Long Banga, RM1 million for a road linking the village to an airport, and RM500,000 for a mobile medical clinic.

“I am so touched that some Penans walked for 2 days to attend my function in Long Banga, Baram,” the PM later tweeted to the rest of the nation.

But while the Taib administration might happy be with the goodies announced, the people of Sarawak especially the tribal folk doubt that they will get to see much of the federal allocations promised by Najib. Too often have they seen money that was supposed to make their lives better hijacked into the personal bank accounts of their state officials.

Back in the peninsula, where at least 300,000 East Malaysians have flocked to work due to the lack of job opportunities in their home states, the cynicism was even greater and more open.

Not only are the better educated sickened by corruption of the current governments led by Chief Minister Abdul Taib Mahmud in Sarawak and Musa Aman in Sabah, they point to the federal government’s glaring refusal to help the Penan women.

Despite the slew of evidence gathered by NGOs of the systemic rape of Penan women by illegal loggers, who have already bribed their way into the good books of the state government, Najib and his federal Cabinet have also unfortunately chosen to close an eye.

“Sad to say, this is another massive publicity stunt. Najib has only gone on a trip that was pre-arranged by officials. He is not even willing to confront the tragic conditions faced by the Penan and admit the problems caused by the politically-connected timber concessionaires as this could put him at odds with Taib,” PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

UMNO Selangor - Semut kehabisan gula!


Dulu semua orang tahu..
UMNO Selangor adalah antara UMNO terkaya di Malaysia!
UMNO Shah Alam siap ada bangunan sendiri!
UMNO Hulu Selangor pun ada bangunan sendiri di KualaKubu Bharu!

Bak kata Dr. Hassan Ali..
"Malaysia ini kaya, dan Selangor adalah kuncinya!"

So, hidup matipun UMNO WAJIB rampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat!

Dengar cerita, pendapatan satu PBT seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya pun dah melebihi pendapatan kerajaan negeri lain! Fuh!

Kompom meleleh air liur UMNO Ampang Jaya!

jangan PKR, DAP dan PAS pun sama meleleh jugak sudahhh!!
sunsnake 23072010

UMAT MELAYU AKAN HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!!

http://1.bp.blogspot.com/_lO1gdm-N30s/TEleTOt9IQI/AAAAAAAAASE/Y0srvL3I1As/s1600/jawi.PNG

INI PERJUANGAN DEMI MARTABATKAN ISLAM !!!

INI PERJUANGAN RAKYAT !!!

TERUS TERUSAN DALAM PERJUANGAN !!!

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO PRU 13 !!!


MELAYU HARUS BANGUN MELAWAN PENYAMUN UMNO !!!

MELAYU JANGAN JADI BUTA TULI !!!!

MENGANGKAT PENYAMUN UMNO SEBAGAI PEMIMPIN !!!!

ITU SATU PENGKHIANATAN PADA PERJUANGAN ALIF BA TA!!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT MELAYU BERTAMBAH KUAT !!!!!!

by MB Warrior

Awas, politik cemburu Umno di Selangor


Anak Sengat   
Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan.

Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya.

Kerajaan Kedah nampak tenang walau sesekali ribut menggoncang keutuhan dan kesabaran Menteri Besarnya. Hanya selangor yang menjadi tumpuan kini. Mungkin kerana Khalid Ibrahim bukan ahli politik sejati kerana beliau hanya menceburipolitik dari dunia perniagaan.

Beliau lebih dilihat sebagai pegawai kerajaan atau tokoh korporat yang mengendali negeri tanpa memperduli mainan politik dari luar dan dalam yang tutur mengimpi dan cemburu dengan jelmaaan tiba tiba Tan Sri Khalid di Selangor.

Umno menyedari kekurangan Khalid yang lebih menumpukan pembangunan dan kebajikan dari permainan politik luar dan dalam di sekelilingnya. Tumpuan beliau lebih kepada keutungan rakyat yang dianggap pemegang saham dalam negeri Selangor sebagaimana beliau mengemudi syarikat yang memikirkan kepentingan pemegang saham. Itu kelebihan Khalid yang mungkin dilihat kelemahan oleh orang politik.

Namun kecemburuan sebenar kepada Khalid Ibrahim bukan kerana diri beliau tetapi Selangor yang menjadi lubuk duit dan bekalan projek kepada pencacai Umno.

Mereka ternyata tidak mampu melakukan sesuatu yang boleh menggugat Pulau Pinang kerana kuasa Melayu kampung sangat sikit. Hanya melayu kampung yang diharap umNO untuk menyambung talian hayat mereka. Walupun Pulau Pinang adalah mutiara , namun mimpi untuk menguasai Pulau Pinang terlalu mustahil buat masa kini.

Selangor terus menerus dijadikan sasaran. Sedikit nyawa kemenangan umNO di Hulu Selangor menjadi dijadikan kemeyan pemulih semangat sekalipun menyedari dupa kemeyan tersebut telah pun pecah.

Bermula dengan mengugut rakyat terhadap masa depan air di Selangor yang dikatakan tidak mampu bertahan hinggalah kepada isu pasir yang dikatakan merosakkan alam.

Tan Sri Khalid telah menjelaskan potensi dan kemampuan air di Selangor sekalipun tanpa projek yang diidamkan oleh Syabas milik Razali Ismail, orang kuat Umno.

Pasir yang menjadi tinggalan Khir Toyo terpaksa dijadikan bahan sekalipun menyedari ianya berpotensi menyeret Khir sekali tertimbus dalam timbunan pasir itu.

Semakin lama umnO menjadi pembangkang, semakin tenat penyakit umNO. Pemimpin utama menyedari dan meluahkan betapa sukarnya menjadi pembangkang. Ia dijadikan semangat dan mentera sebagaimana Yahudi yang membangkitkan semangat betapa perlu Yahudi memiliki Falastin jika ingin hidup bebas . Duit adalah talian hayat umNO. Tanpa duit umNO akan mati. umNO tiada sukarela seperti PAS yang ditanam dengan semangat Jihad.

Umno tiada pilihan selain mengikis duit rakyat melalui pemotongan subsidi. Mereka sangat yakin, dengan pengampu di sekeliling mereka dari kalangan cerdik pandai akan mampu meredakan kemarahan rakyat. Perangkap dipasang di mereta jalanraya untuk merompak duit rakyat melalui saman skor yang belum dibuktikan bersalah.

Jika Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam Pilihanraya akan datang dengan menambah kekuatan dan penguasaan beberapa negeri seperti Trengganu , Perak dan Johor... pastinya ramalan bahawa umNO akan menjadi seperti Dinasor akan menjadi nyata.

Apa yang penting pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengawal nafsu serakah mereka dalam merebut kuasa. Jangan bercakar sesama sendiri.

Biarkan mimpi itu menjadi nyata terlebih dahulu sebelum bermimpi dengan jawatan dan kedudukan yang tinggi, mimpi bermewah dengan membentis rakan sebelum kemenangan hanya akan menjadikan mimpi itu menghasilkan air liur basi yang memetakan sempadan yang luas. Hakikatnya ia satu keaiban.

Sungguh Dasyat Mentaliti Perkauman SPRM Tajaan UMNO, Bertentangan 1Malaysia Yang Dilaungkan


Inkues Teoh: 'You dari China kah?'

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah hari ini pada inkues kematian Teoh Beng Hock mendakwa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyoal-siasatnya memaksa beliau berdiri selama empat jam.

Beliau yang tampil sebagai saksi juga menolak dakwaan peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, yang menuduh Tan mempunyai dendam dengan suruhanjaya itu selepas samannya berhubung soal siasat selepas waktu pejabat oleh SPRM ditolak oleh mahkamah.

Pada inkues pagi ini, Abdul Razak meminta Tan mengesahkan sama ada pengakuannya ke atas SPRM adalah palsu dan ia bertujuan mencemarkan nama baik suruhanjaya itu. Tan menafikannya.

Tan juga mendakwa disoal secara kasar termasuk dihambur perkataan kesat dan berbaur perkauman, selain menyentuh ahli keluarganya.

"Ada pegawai yang cucuk muka saya (bahagian dahi dengan jari) dan cakap 'you tak faham bahasa ka?','you dari China ka', 'macam ni ka ahli majlis'. Mereka juga tanya pasal bini (isteri) saya, tetapi mereka tidak percaya dan kata nak bawa anak bini saya ke situ," katanya.

Beliau berkata demikian apabila disoal peguam kepada keluarga Beng Hock iaitu Gobind Singh Deo.

Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di Plaza Masalam, Shah Aam selepas memberi keterangan dalam satu siasatan kes yang dijalankan SPRM Selangor.

Beliau diminta membantu siasatan berhubung beberapa dakwaan terdapat salah-guna dana kerajaan negeri oleh exco Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga merupakan majikannya.

Bagaimanapun pada keesokan hari, mayat Teoh dijumpai di verandah tingkat lima bangunan itu.

Mundar mandir di pantri

Tan Boon Wah pada keterangan hari ini memberitahu bahawa tiada sebarang bunyi jeritan kedengaran dan tiada sesiapa dipukul sepanjang beliau ditahan di pejabat SPRM.

Katanya, beliau mula ditahan jam 8 malam pada 15 Julai tahun lalu di rumahnya dan dibebaskan keesokannya pada jam 3 petang.

Menceritakan bagaimana beliau terserempak dengan Teoh, Tan yang juga ahli perniagaan berkata beliau melihat pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor itu pada jam 5 pagi ketika beliau dalam perjalanan ke tandas.

"Saya nampak dia (Teoh) berjalan mundar mandir di pantri dengan muka mengadap ke lantai. Saya tanya dia 'Teoh, kamu masih di sini?', dia tengok saya dan tak balas, saya kemudian ke bilik air terus," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Abazafree Mohd Abas, yang membantu Koroner Azmil Muntapha Abas dalam prosiding itu.

Tan juga memberitahu bahawa beliau mendapati ketika itu Teoh tidak mengalami sebarang kecederaan serta tidak mengadu apa-apa.

Ketika disoal Abdul Razak adakah pada malam itu (ketika bertemu Teoh) beliau telah memarahi Teoh kerana Teoh menyebabkannya dipanggil oleh SPRM, Tan berkata: "Tidak."

Beliau juga menafikan memarahi Teoh kerana membabitkannya dalam isu tuntutan pembelian bendera sempena hari kemerdekaan serta menafikan marah dengan SRPM kerana beliau terpaksa membayar RM20,000 selepas kalah dalam kes samannya terhadap SPRM.

Suara agak kasar

Tan, ketika disoal Abdul Razak, kelihatan beremosi terutama apabila Abdul Razak memintanya menjawab soalan dengan serius dan tepat.

Tan juga menafikan beliau ada menjerit "ini semua lu punya pasal" kepada Teoh di dalam tandas sepertimana didakwa oleh penolong penguasa SPRM Putrajaya, Bulkani Paharuddin, dalam perbicaraan lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa Teoh ada memintanya untuk membekalkan bendera melalui syarikat milik isterinya (Tan) dan SPRM menahannya untuk menyoal siasat berhubung perkara itu.

Tan yang berusia 40 tahun sekali lagi menegaskan kenyataannya itu bukan rekaan apabila disoal Ketua Pendakwa SPRM Datuk Abdul Razak Musa.

Tan juga menolak andaian Razak yang menyatakan beliau mahu mencemar nama baik dan berdendam terhadap SPRM melalui pendedahannya pada inkues berkenaan.

Tan berkata, selepas disoal selama empat jam, beliau dibenarkan minum air di pantri dan selepas itu dibenarkan tidur kira-kira jam 2.45 pagi. Beliau ke bilik air untuk kali pertama pada jam 5 pagi (bertembung dengan Teoh) dan kali kedua pada kira-kira jam 7 pagi.

Abdul Razak yang menyoal Tan kemudiannya mencadangkan bahawa keterangannya yang dirinya disoal dalam keadaan berdiri adalah rekaan semata-mata, Tan dengan tegas berkata: "Tidak."

Terdahulu, di awal prosiding, Koroner Azmil menolak permohonan Abdul Razak untuk memanggil saksi yang mempunyai kaitan dengan invois yang dicetak dari komputer riba Teoh.

Azmil menetapkan 9 Ogos untuk sambung bicara. -mk

MP Shah Alam Desak Pusat Ambil Alih, Segera Siapkan Projek Hospital Shah Alam

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM, 23 Julai - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa kerajaan pusat supaya mengambil alih semula pembinaan Hospital Shah Alam yang kini terbengkalai.
Beliau memaklumkan bahawa pembinaan hospital yang berharga hampir RM 500 juta itu sepatutnya siap pada Ogos tahun ini.
"Projek berkenaan tertangguh berikutan perbalahan dalaman antara kontraktor utama dan sub-kontraktor yang dilantik bagi projek itu. Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu menyelesaikan segera isu pembinaan hospital ini tanpa adanya penambahan kos kerana ianya membabitkan wang rakyat dan ini adalah projek kerajaan persekutuan," kata Khalid.
Menurutnya, kontraktor utama berkenaan, Sunsheet Fleet telah menyerahkan kepada sub-kontraktor, Isyoda secara runding terus bagi menyiapkan pembinaan hospital itu. Kemudian, projek tersebut ditender semula kepada sebuah lagi syarikat, GMH Healthcare.
Sebelum ini, isu berkenaan Hospital Shah Alam pernah dibangkitkan di Dewan Rakyat, April lalu berikutan tarafnya yang telah 'diturunkan' gred dari 500 katil ke 300 katil.
Isyoda turut diminta membayar komisyen sebanyak RM46 juta secara persendirian kepada Pengerusi Eksekutif Sunshine, Putri Arafiah Sultan Abdul Aziz Shah. Manakala GMH Healthcare diminta untuk membayar pendahuluan sebanyak RM10 juta pula kepada JKR dalam proses pembidaan semula tender tersebut secara tertutup.
"Kita telah membangkitkan perkara ini bersama Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) sejak 3-4 bulan yang lalu, tetapi tidak ada tindakan yang aktif dari kerajaan. Kita mahu kerajaan ambil alih projek ini dan JKR sebagai pengurus projek perlu selesaikan masalah ini," katanya.
Dalam pada itu, Khalid melahirkan kebimbangan, terdapatnya agenda bagi melanjutkan tempoh pembinaan hospital berkenaan dengan proses tender semula. Baginya, projek berkenaan yang sepatutnya siap pada Jun tahun lalu yang disambung pada Oktober, dan disambung semula sehingga Jun tahun depan. Tegasnya, sekiranya kontrak tersebut ditamatkan, projek berkenaan perlu diteruskan dan menyebabkan kontrak disambung sekali lagi.
"Apa yang saya tak nak, ialah mereka gunakan keadaan ini untuk tender semula dan lanjutkan tempoh, naikkan harga demi kepentingan semasa pilihan raya. Kalau 'terminate' (batal) kontrak dan retender (tender semula), mungkin Jun tahun yang satu lagi. Ini kerana proses tender semula ini akan memakan masa,"katanya.
Khalid mendakwa proses tender semula itu akan memakan kos sebanyak RM77 juta wang rakyat dan amalan tender semula sebenarnya tidak menyelesaikan masalah utama, iaitu menyiapkan prasarana kesihatan tersebut yang menjadi keperluan rakyat di Parlimen Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor supaya meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak mampu menyelesaikan projek tersebut tanpa perlu kepada peruntukan tambahan yang sebenarnya datang dari perbendaharaan wang rakyat.
"Kalau tak tahu bagaimana nak selesaikan projek-projek ini, lebih baik letak jawatan," tegasnya.

Kontraktor Orang Umno, Pembinaan Kuarters MBSA Terbengkalai

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan kegagalan sebuah syarikat swasta dalam membina kuartes Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas menerima tender runding terus daripada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Projek penswastaan pembinaan kuaters di Seksyen 20 Shah Alam adalah antara lambakan projek terbengkalai warisan pemerintahan kerajaan Umno-BN.

Laporan Ketua Audit Negara 2008 sebelum ini menyenarai projek berkenaan sebagai antara kelemahan kerajaan Selangor ketika masih diperintah Umno BN.

Sebuah syarikat swasta didakwa memperoleh projek tersebut secara rundingan terus dan menganggap syarikat berkenaan tidak layak kerana hanya mempunyai modal berbayar sepuluh ribu sahaja.

Syarikat ini juga didakwa mencagarkan dua lot tanah milik MBSA kepada bank dengan nilai RM18.85 juta, kononnya atas alasan untuk menampung kos projek.

“Lagi teruk dari itu bila dah sangkut mereka cagarkan tanah MBSA yang sepatutnya mereka tak dibenarkan cagar,” kata Khalid Samad.

Beliau kesal kerana pemilik majoriti syer syarikat itu adalah orang penting dalam Umno Selangor dan individu itu langsung tidak dikenakan tindakan walaupun kepincangan ini didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Kehampaan berikutan kegagalan pembinaan kuarters ini turut dirasai pimpinan Pas Shah Alam.

“Telah pun tidak dapat melaksanakan projek ini dengan baik dan terpaksa meminta bantuan dari pihak majlis ketika itu iaitu pada 2005,” kata Timbalan Yang Dipertua Pas PAS Shah Alam, Azli Yusof.

Tidak Mungkin Bekerjasama, Penyatuan Lagi Mustahil

Cubaan Umno untuk berbaik-baik termasuk menjalin kerjasama dengan Pas hanyalah berlandaskan  faktor kepentingan politik parti pemerintah itu, semata-mata.

Namun, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yakin hubungan itu tidak akan membawa kepada kerjasama politik, apatah lagi penyatuan parti.

Beliau juga menganggap ia semata-mata gimik politik menjelang pilihan raya dan percaya pelawaan Umno kepada Pas itu, tidak ikhlas.

Sejak Umno kalah banyak kerusi termasuk beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu, ura-ura kerjasama Pas-Umno disebar intrumen media kawalan kerajaan.

Namun, Umno sekalipun berhasrat demikian, tetap ego dan menunjukkan jaguh dengan menyerang Pas dalam beberapa isu berkaitan kepentingan Melayu.

Ini termasuk dakwaan kononnya Pas, sebuah parti sesat.

"Khilaf antara Umno dengan Pas adalah masalah dasar dan matlamat. Dasar Pas itu isu lain, matlamat dia nak menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang beramal dengan Islam, ini Umno tidak.

"Jadi, perbalahan Umno-Pas itu boleh selesai apabila Umno menerima dasar Islam saja," katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Harun Taib mengganggap kerjasama Pas-Umno adalah sebahagian permainan politik Umno ketika pilihan raya umum ke-13 mula diperkatakan.

"Sekarang ini dekat pilihan raya, Umno sudah tiada dasar cuba bawa dasar 1Malaysia. Jadi tiada jalan lain. Bila dekat pilihan raya, isu ini selalu berlaku.

"Tiap-tiap kali bila dekat pilihanraya Umno ajak Pas bersatu. Ini gimik politik yang dibicarakan ahli-ahli politik yang semakin hampir pilihan raya bukan betul-betul jujur dan ikhlas," katanya.

Harun Taib juga menolak andaian Setiausaha BN Kelantan,Datul Md Alwi Che Ahmad yang mengaitkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob sebagai individu yang memulakan usaha penyatuan.

Tegas beliau, kerjasama Pas dengan  mana-mana parti politik akan terjalin dengan sendiri jika mempraktikkan amalan berteraskan ajaran Islam.

"Perpaduan Umno-Pas tidak bergantung kepada individu walaupun siapa yang mengutarakan, Sallahuddin atau siapa. Mesti mendapat persetujuan dari Pas," katanya.

Selangor ambil alih projek terbengkalai Umno

SHAH ALAM, 23 Julai: Kegagalan kontraktor Khidmat Makmur Sdn. Bhd. menyiapkan tiga projek di bawah rancangan pembangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), akhirnya diambil alih oleh kerajaan Selangor.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tiga projek yang dimaksudkan adalah projek pembinaan 120 unit rumah kuarters MBSA bernilai RM1.4 juta;  Kondominium Sri Putri bernilai RM1 juta dan sebuah stesen minyak berhampiran kondominium tersebut.
Ujarnya, langkah kerajaan itu semata-mata bertujuan mengurangkan beban berpanjangan membayar sewa beli kediaman masing-masing yang ditanggung rakyat sejak tahun 14 tahun lalu.
Sedangkan, tambahnya, pihak tertentu dalam MBSA pada era Umno BN memerintah kerajaan negeri sanggup memberikan tender secara rundingan langsung kepada seorang kontraktor yang juga orang kanan Umno negeri.
"Kuarters MBSA 0 peratus siap, bangunan komersial (Kondominium Sri Putri) siap hanya 60 peratus, stesen minyak dekat dengan kondominium pun 0 peratus siap," tegasnya pada satu kenyataan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.
"Sepatutnya MBSA terima RM95 juta dari pembangunan tersebut, mengapa MBSA boleh beri tender secara langsung pada kontraktor sebegini."
Bercakap pada kenyataan yang sama, ahli majlis MBSA, Azli Yusof mendedahkan, Khidmat Makmur turut menggadai dua bidang tanah milik MBSA demi menjana modal alternatif.
"Kerana tak ada duit, pihak tersebut cagar dua bidang tanah pada bank sedangkan tak dibawa berbincang dalam mesyuarat majlis dan tiada kelulusan pun," ujar beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.
"Sebab dana RM75 juta, mereka tak ada (untuk selesaikan projek), di cagar pada bank."
Sehubungan itu, beliau mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak menyiasat skandal tersebut.
"Apa yang jadi persoalan, bagaimana rundingan itu dijalankan dengan tidak ikut syarat-syarat, tidak diambil tindakan oleh SPRM.
"Kenapa tidak ada siasatan daripada SPRM, kalau Pakatan Rakyat, sedikit-sedikit aduan pun kena (siasat)," soal beliau.

KERJASAMA UMNO-PAS MACAM CERITA PERBINCANGAN ISRAEL-PELASTIN



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

PERBINCANGAN bagi mencari jalan ke arah penyatuan UMNO-PAS makin menjadi-jadi. Ia semakin mendesak dan memuncak percakapan mengenai proses kerjasama UMNO-PAS apabila parti UMNO semakin hilang pengaruh dan kurang mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi jenerasi baru masakini kehadiran mereka rata-ratanya sudah jelas memencilkan UMNO.

Semakin banyak kita membicarakan persoalan penyatuan Melayu(UMNO-PAS), semakin ramai kita menjadi terkeliru. Pada saya pertemuan dan perpaduan Melayu sentiasa menemui jalan buntu. Ada yang mencadangkan resolusi gila dalam pentas-pentas debat, yang menyarankan bubar PAS dan bersatu di bawah UMNO. Ini idea karut yang tiada menjadi faktur sokongan ke arah bagi menjustifikasikan penyatuan UMNO-PAS.

Bicara perpaduan Melayu dalam konteks UMNO-PAS, sesekali kita dapat rasakan ianya bagaikan perbincangan demi perbincangan antara tokoh-tokoh pemimpin Islam Palestin dengan Yahudi Isreal yang tidak pernah kata sepakat untuk menamatkan tradisi permusahan di bumi umat Islam itu. Di kedudukan di tengah-tengah perbincangan bagi menyelesaikan masalah Palestin-Isreal, tembak-menembak dan pembunuhan tidak pernah berhenti. Siri-siri perbincangan tiada pernah bertemu suatu resolusi ajaib bagi menamatkan era perang dalam satu siri sejarah pertempuran yang panjang

Dalam hubungan antara UMNO-PAS bila membicarakan soal perpaduan Melayu, ternyata kuasa besar UMNO itu tiada pernah mahu mengalah? Mengajak PAS berbincang tetapi tidak pernah mahu menerima saranan PAS? Saya kira ajakan dan pelawaan UMNO itu sekadar mencari motif keuntungan politik jangka pendik untuk membuka ruang bagi mempergunakan media milik mereka bertujuan membenam dan memperburuk-burukkan PAS. Mempergunakan Mufti-Mufti seperti Harussani wakil jurucakap akhbar cabuk sebagai tokoh ulama jambatan penyambung amat tiada menyenangkan PAS. Akibatnya Harussani dicabar turun kegelanggang politik bukannya berselindung dibawah ketiak UMNO. Saya fikir Harussani tiada cukup kelayakan bagi menjuarai sebagai tokoh penyatuan UMNO. Sebab itu kedengaran suara-suara sinis supaya Harussani menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyatuan UMNO adalah lebih baik dari menaja perbincangan UMNO-PAS yang lebih banyak menempah risiko sebagai seorang tokoh Mufti yang sudah dilebalkan lebih UMNO dari UMNO.

Saya bersetuju untuk masa ini usahlah kita bicara lagi pasal penyatuan UMNO-PAS, kerana kata pemutus dan penyudahnya sudah muktamad kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat. Semakin rancak kita berbincang pasal penyatuan kedua-dua parti Melayu itu semakin bercelarau. Walau pun dalam satu debat di adakan di Kelantan baru ini, yang diserta Ustaz Afendi, Lokman Nor Adam(UMNO), Dr Mohd Asri(Pendakwah Bebas) dan Dr Mujahid(PAS). Sekalipun dalam mukadimah perdebatan tersebut yang bertajuk "BOLEHKAH MELAYU BERSATU", kenyataan wakil UMNO bahawa Melayu boleh bersatu, tetapi bila kita lihat hasil dari perdebatan itu lansung tidak menunjukkan orang-orang Melayu boleh bersatu.

Berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak, mujurlah pendebat PAS Dr Mujahid lebih rasional dan Dr Asri tenang dan berilmu, sebaliknya Ustaz Afendi dan Lokman Nor Adam tiada ada ketenangan dan rasionalnya kalau kita mahu mengaitkan debat tersebut sebagai antara sekelumit perbincangan bagi mencari titik perpaduan Melayu. Pada saya perpaduan Melayu UMNO-PAS masih jauh perjalanannya untuk kita harungi.

Persatuan serah memorandum kepada Sultan Selangor mengenai isu pasir

SHAH ALAM, 23 Julai — Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta bantuan baginda menyelesaikan kemelut isu pasir dan masalah yang dihadapi pengusaha pasir Melayu di Selangor.
Pengerusi JBPPPMS Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Tengku Besar Putera Selangor,
Tengku Ismail Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk disampaikan kepada Sultan
Selangor.
“Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada Tuanku termasuklah isu mengenai bayaran royalti tinggi yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada pengusaha pasir kerana jumlah royalti yang dibayar pada masa sekarang adalah sebanyak RM6 berbanding RM3 pada sebelumnya.
“Ia juga turut menyatakan kekesalan pengusaha pasir berikutan terdapat beberapa bidang tanah persendirian yang juga ditakrif sebagai tanah rizab Melayu diceroboh oleh pihak tertentu yang mempuyai kepentingan dalam industri pasir ini,” katanya pada sidang media di Kelab Shah Alam hari ini.
Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka.
“Kami rasa beliau (Khalid) tidak dibekalkan dengan maklumat yang betul dan tepat kerana terdapat kenyataan yang dikeluarkannya berte

Ibrahim Ali: ‘Saya dapat tengok hipokrasi PAS, Umno’..he.he..PERKATAK lagi hipokrasi...


KUALA LUMPUR, 23 Julai — Datuk Ibrahim Ali berkata beliau memang telah menjangkakan pemimpin Umno dan PAS akan menolak idea Perkasa agar kedua-dua parti Melayu Islam itu dibubar lalu ditubuhkan parti baru jika kerjasama perpaduan tidak menjadi kenyataan.
“Mereka tak setuju OK, saya sudah jangka. Malah mereka akan melenting lagi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Presiden Perkasa itu berkata beliau tidak sedih sama sekali dengan pendirian Umno dan PAS kerana keputusan itu memang sudah dijangkakan.
Malah kata beliau, mustahil cadangan Perkasa ini akan diterima oleh kedua-dua parti itu.
“Cuma saya dapat tengok hipokrasi masing-masing dalam isu perpaduan.
“Bagi saya ia cuma satu panggilan kebangkitan... penting Melayu Islam dan Bumiputera bersatu kerana ia teras pada perpaduan rakyat Malaysia demi kestabilan dan keamanan negara,” kata Ibrahim (gambar) mengulas laporan awal The Malaysian Insider hari ini.
PAS dan Umno menolak bulat-bulat idea Perkasa agar kedua-dua parti Melayu-Islam itu dibubarkan bagi mengorak langkah penubuhan parti baru jika usaha kerjasama perpaduan gagal menjadi realiti.
Kedua-dua parti yang berusia lebih enam dekad ini akan kekal dengan matlamat perjuangan masing-masing sambil menyifatkan idea yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu sebagai pandangan peribadi beliau semata-mata.
Sebaliknya terpulang kepada Ibrahim dan Perkasa jika mahu menubuhkan sebuah parti baru, kata pemimpin Umno dan PAS yang dihubungi The Malaysian Insider.

WAMI: Lidah parti harus dijual kepada umum

WAMI mengecam sekeras-kerasnya kerajaan kerana dengan sengaja tidak, atau melengahkan pembaharuan permit tiga akhbar parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket.  Hanya permit Harakah diperbarui sehingga kini.
WAMI berpendapat bahawa warga dalam sesebuah masyarakat sivil mempunyai kebebasan untuk memilih bahan bacaan.  Seandainya tuntutan lidah parti berpaksikan pandangan yang sempit, maka ia tetap tidak akan melewati lingkungan penyokong setianya walaupun disebar dengan luas.
Kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein bahawa akhbar parti perlu mematuhi panduan KDN, dan dihadkan penjualannya kepada ahli parti sahaja, menunjukkan bahawa lidah parti ini mendapat sambutan di kalangan bukan anggota parti.
Mengapa mereka yang bukan ahli parti sanggup membelanjakan wang titik peluh mereka untuk membeli akhbar parti yang kandungannya berat sebelah?  Jawapannya mudah, kerana semua media arus perdana yang sedia ada dikawal ketat oleh kerajaan, melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan pemilikan.

Bukan sahaja hak untuk menjawab (kepada tuduhan) pemimpin pembangkang dinafikan lidah kerajaan seperti Utusan Malaysia, malah mereka jarang diberi peluang untuk tampil secara positif di stesen televisyen dan radio awam sekarang.
WAMI prihatin terhadap penubuhan Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi, yang diumumkan Menteri KDN untuk menghentikan sebaran berita yang palsu.  Dalam konteks yang sedia ada, jawatankuasa ini akan menjadi satu lagi alat BN untuk mengawal media.
Kami menggesa warga Malaysia membantah penindasan terhadap tiga akhbar parti ini.  Tindakan KDN ini bukan sahaja satu diskriminasi terhadap parti pembangkang, malah menafikan hak mengetahui oleh rakyat.
Oleh itu, semua rakyat Malaysia harus terus mendesak untuk reformasi secara menyeluruh terhadap akta media, terutamanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.  Kami menggesa rakyat menulis kepada Perdana Menteri, dan Menteri KDN (dengan kandungan yang dicadangkan berikut), mendesak agar pengharaman ketiga-tiga akhbar ini dibatalkan.  Malah kerajaan persekutuan digesa untuk meneladani kerajaan negeri Selangor, yang mengusulkan Rang Undang-undang Enakmen Kebebasan Maklumat yang pertama di Malaysia.
Lampiran (Contoh kandungan surat)
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Faks : 03-8888 3444
Email :
aziz@pmo.gov.my, dfatmi@pmo.gov.my
            (Setiausaha sulit dan politik PM)

Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Dalam Negeri
Faks: 03-88891613/03-88891610
Email:
menteri@moha.gov.my

23 Julai 2010

Batalkan pengharaman terhadap Suara Keadilan, Harakah dan
The Rocket
Saya, selaku warga Malaysia membantah pengharaman dan halangan yang dikenakan ke atas penerbitan dan pengedaran ketiga-tiga organ parti pembangkang, iaitu Suara Keadilan, Harakah and The Rocket.  Tindakan kerajaan yang tidak demokratik ini telah mencabul hak saya untuk akses kepada informasi.
Maka saya menuntut kerajaan membatalkan pengharaman dengan segera dan tanpa syarat, dan kemudian mereformasikan undang-undang media, untuk memastikan satu suasana media yang bebas daripada kawalan politik, di mana kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang mempunyai peluang yang sama rata untuk akses kepada media awam dan swasta.
Yang benar,
___________
(Nama penuh)
*Kenyataan media oleh Wong Chin Huat, selaku Pengerusi WAMI (Writers Alliance for Media Independence).

Loh: Guru aktif persatuan bukan Islam ditukar..itulah dasar UMNO@BN..!!! ada faham....

Kementerian pelajaran digesa supaya segera membatalkan arahan yang mengharamkan pembentukan persatuan keagamaan bukan Islam di sekolah kebangsaan.

Anggota jawatankuasa MCA pusat Loh Seng Kok dalam satu sidang akhbar hari berkata isu berkenaan menjadi masalah serius, terutama di sekolah-sekolah di Pulau Pinang.

Katanya, setakat ini hanya persatuan agama Islam sahaja yang disenaraikan dalam satu garis panduan pengurusan ko-kurikulum yang ditetapkan kementerian.

Tambahnya, kementerian perlu segera menghentikan interpretasi yang bercanggah dalam melaksanakan dasar ko-kurikulum.

Loh turut menggesa supaya layanan adil diberikan, termasuk dengan membenarkan persatuan bukan Islam dimasukkan dalam garis panduan berkenaan.

Isu tersebut mula menjadi perhatian apabila sebuah akhbar bahasa Inggeris pada awal bulan ini melaporkan mengenai pembubaran Persatuan Buddha, Hindhu dan Kristian di Sekolah Tinggi Klang.
Guru ditukar

Beberapa pihak mengemukakan pandangan bahawa isu tersebut timbul berikutan kesalahan dalam mentafsirkan surat pekeliling Bil.20/2000 yang diedarkan Kementerian Pelajaran pada tahun 2000, yang menyebut semua persatuan di sekolah perlu didaftarkan dengan jabatan pelajaran negeri.

Pada 13 Julai, timbalan menterinya Datuk Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pentadbiran Sekolah Tinggi Klang telah membuat tafsiran yang salah ke atas kandungan pekeliling berkenaan.
Pekeliling berkenaan menyatakan bahawa persatuan agama bukan Islam yang dibentuk sebelum tahun 2000 tidak perlu dibubarkan.

Bagaimanapun, Loh berkata semua persatuan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama, tanpa mengira tahun pembentukannya.

Katanya, isu berkenaan kini sangat serius kerana ada guru yang ditukar ke sekolah lain kerana aktif dalam kegiatan agama Kristian di sekolah mereka.

Guru yang berpengalaman mengajar selama 30 tahun itu berkata tidak ada alasan diberikan atas arahan pertukaran tersebut.

"Pada tahun 1998, saya sendiri menerima satu arahan daripada bekas pegawai atasan saya yang mahu hentikan semua kegiatan komuniti Kristian di sekolah. Apabila saya minta diberikan sebab, saya tidak diberikan satupun (sebab)," katanya

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil guru dan juga pemimpin keagamaan termasuk timbalan presiden Persatuan Penganut Buddha Malaysia Loh Yit Phing, presiden Persatuan Buddha Subang Jaya Raymond Low dan setiausaha eksekutif Persekutuan Penganut Kristian Malaysia Tan Kong Beng.

Senatak Ezam barisan depan 'Selamatkan Selangor'?

Selepas mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei lalu, bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor kini dilihat diberikan tanggungjawab lebih besar di barisan depan dalam kempen menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Dengan kelebihan sebagai bekas 'ayam tambatan' Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang dilihat masih mempunyai pengaruh dalam sayap Pemuda PKR - dan kemahiran pidatonya, Ezam dilihat lebih berkemampuan mengasak pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut sumber-sumber, walaupun tidak diberi sebarang jawatan rasmi sebelum ini, sebaliknya hanya mengisi pentas ceramah BN dalam sebelas pilihan raya kecil sebelum ini, Ezam memainkan peranan yang besar dalam usaha menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebelum ini.

Sehubungan itu, difahamkan, beliau kini diberikan kepercayaan oleh kepimpinan Umno pusat untuk dilantik sebagai senator, seterusnya diberikan lebih banyak tugas di Selangor - antara negeri terkaya di Malaysia.

Tambahan lagi, usaha BN 'menyerang' negeri itu melalui perlbagai cara dan isu - termasuklah isu pembinaan ladang babi di Sepang, pengawalan jualan arak, hubungan PAS-DAP dan isu gambar intim exco Elizabeth Wong - sepanjang dua tahun ini belum mendatangkan hasil yang memberangsangkan.

Dalam masa yang sama 'persaingan' antara dua teraju Umno negeri - timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo - dilihat membantutkan lagi usaha tersebut.

Justeru, kemasukan Ezam dilihat sebagai penyelamat dan bakal menjadi 'pasukan ketiga' di antara kedua-dua pemimpin berpengaruh dalam Umno Selangor itu.

Difahamkan Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) baru-baru ini.

Gandingan lama, MP bebas turut serta


Kesemua program 'Selamatkan Selangor' dirancang dan dilaksanakan melalui sekretariat ini, di mana Ezam difahamkan diberikan peranan besar dalam merancang strategi ke arah usaha itu.

Walaupun masih belum jelas jawatan sebenarnya, tetapi Ezam dilihat mempunyai pengaruh besar dalam sekretariat itu.

Ini dibuktikan dengan penyertaan beberapa gandingan lamanya dalam PKR, iaitu Exco Pemuda Umno Lokman Noor Adam, Zahid Mat Arip - kedua-duanya bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) - dalam kempen itu.

Difahamkan juga sepanjang 19 siri ceramah kecil - dengan sasaran 500 orang - beberapa bekas ahli parlimen Pakatan yang melompat parti seperti Datuk Seri Zahrain Mohammed Hashim(Bayan Baru) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) akan terlibat.

Bagaimanapun difahamkan Dr Mohd Khir tidak terlibat berceramah dalam program fasa pertama ini - tindakan yang memarakkan lagi desas-desus masalah 'persaingannya' dengan Noh.

Bagaimanapun, beberapa pemimpun muda PKR terus menafikan kemampuan Ezam sebagai 'bos' lama mereka.

"Kita lihat bagaimana hasilnya di Selangor. Beliau (Ezam) tiada kewibawaan di mata awam sama sekali, politiknya old school (gaya lama)," kata ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad sambil menggesa Ezam bertanding di dalam pilihan raya bagi membuktikan kemampuan sebenarnya.

Malah, Nik Nazmi - yang mengaku pernah menjadi aktivis Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK), NGO yang ditubuhkan Ezam - berpendapat Najib merupakan pelindung sebenar bagi Ezam.

"Ezam perlukan seseorang untuk lindunginya. Macam jin cari tuan. Kita kenal dia cukup lama.

"Kalau dia berani, biarkan dia bertanding (dalam pilihan raya)," katanya

DUIT SUDAH HABIS

PERLABURAN DI MALAYSIA PARAS TERENDAH - mkini

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.

KAH KAH KAH….

woit…. PATUT LAH TAK ADA KERJA LAIN…. kah kah kah…

kah kah kah…. SELARAS … SELARAS … SELARAS…. kah kah kah..

woit… DUIT NEGARA SUDAH ABIS…. kah kah kah…

kah kah kah… ABIS MEMBAZIR… BELI KAPAL SELAM…kah kah kah..

kah kah kah… BELI KAPAL JET RUSSIA…. kah kah kah..

kah kah kah… BELI KERETA PERISAI POLAND…. kah kah kah..

woit… KATA DUIT MASIH BANYAK…. kah kah kah..

woit… INI ADA BERITA JUAL BOND…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI ERTINYA … DUIT TAK ADA…. kah kah kah..

nota:
ini mesti kerja ajen asing
ini mesti kerja yahudi kawan anwar
mereka cemburu tak dapat berkaraoke dengan bik mama kah kah kah


MALAYSIA NAK JUAL SEAN CONNERY KERANA NAK KUMPUL MODAL




MALAYSIA TO SELL RM 3.5 BILION GOVERNMENT BONDS DUE 2017
- reuters

Malaysia will sell RM3 5 billion of government bonds due in 2017 Bank Negara said today The paper will mature on Sept 15 2017 and tendering closes on July 29 — Reuters.

nota:
kalau ada duit
tak akan jual bond
jual bond ini ertinya pinjam duit
dengan bunga kah kah kah


nota:

tolong terangkan pada mak cik felda
apa ertinya jual bond
malaysia jual bond ini bukan
kerana malaysia hebat dapat tangkap ajen asing
ajen asing itu nama dia james bond
jual bond ertinya pinjam duit kah kah kah

TT.

Rasuah rugikan negara RM10b setahun


 Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.
“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

APA KATA DEME..?

ada adegan sex dengan salah seorang team pendakwaraya...??
manusia paling hebat...??

apa kata Najib...?
apa kata Ghani Patail..?
apa kata Musa Hassan..?
apa kata Zulkifli Nordin..?

Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor

Saya hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian kita sehingga akhirnya kita terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?

PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor. Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan.

Isnin lepas kita mengadakan mesyuarat dwi mingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Berbagai isu strategik dibincangkan. Mesyuarat dipengerusikan Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar. Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja.

Kita punya banyak kerja yang mahu dibereskan. Pakatan Rakyat Selangor perlu diperkasakan. Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihanraya awal langsung tidak menarik minta kita.

Bubarlah parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal.

Cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri. PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno, malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama……kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.

Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.

Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu.

Tidakkah Pesuruhjaya PAS Selangor ada jumpa Mufti Perak baru-baru ini?

Inilah soalan sensasinya. Tambah sensasi kerana dunia sedang terbuai oleh mainan Umno berkenaan kerjasama Umno-PAS. Tambah ada pula mendakwa ada video, tetapi yang saya tahu yang didakwa turut berada dalam video itu tidak pernah berada di situ…….demikianlah nilainya penyampai berita tersebut yang memang tersohor rendah maruahnya. Tambah ada yang terus mahu usul beliau dipecat!

Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insyallah pulang malam ini. Dan biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya. Contohnya Ketua Penerangan PAS Perak menulis dalam blognya:

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Begitulah dramatiknya hidup ini kiranya kita bekerja untuk mencari salah orang semata-mata. Orang lain pukul gendang kita yang menari............

Pengelola Istana Kelantan kurang senang teguran Dr Amir

KOTA BARU, 23 Julai — Pejabat Sultan Kelantan hari ini mengingatkan mana-mana “individu luar” agar tidak mencampuri urusan Istana Kelantan dengan membuat kenyataan yang bukan dalam bidang kuasa mereka.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata kenyataan oleh Kolonel Dr Amir Ramli yang disebut sebagai Pakar Perubatan Sultan Kelantan, dalam beberapa akhbar sebelum ini, adalah tidak bersesuaian sama sekali.
“Adalah tidak wajar beliau memberi teguran melalui media dan arahan kepada pegawai yang bukan di bawah kawalan beliau. Peringatan yang diberikan Dr Amir adalah baik, bagaimanapun ia tidak sesuai kerana Dr Amir bukanlah kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan saya tidak bertanggungjawab kepadanya dalam menjalankan tugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Amir sebelum ini telah meminta Abdul Halim agar tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.
Mengulas perkara itu Abdul Halim berkata sehingga kini pejabat itu tidak menerima sebarang surat daripada pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang menyatakan Dr Amir telah ditempatkan di pejabat tersebut.
“Teguran beliau boleh menimbulkan persoalan `siapa beliau’’ sedangkan tidak ada sebarang pelantikan secara rasmi sebelum ini,” katanya.
Abdul Halim berkata beliau selaku Pengelola Istana sebenarnya langsung tidak berhasrat membuat kenyataan mengenai tahap kesihatan baginda dan apa yang dilakukannya sebelum ini hanya mengikut titah.
Katanya tuduhan kononnya beliau dan pegawai istana yang lain tidak menjenguk baginda di istana juga tidak wajar kerana apa yang dilakukan adalah berdasarkan kepada keperluan dari semasa ke semasa.
“Kita perlu memahami latar belakang yang berlaku dalam keluarga diraja dan apakah sumbangan yang boleh kita berikan. Sebagai ketua di pejabat Sultan Kelantan. saya akan menghadap Tuanku apabila ada masa yang sesuai atau dititah oleh tuanku,” katanya.
Abdul Halim juga mengingatkan Dr Amir tidak menghuraikan hal ehwal kewangan kerajaan seperti urusan pembayaran bil hospital kepada akhbar kerana itu tidak wajar.
Pada 15 Julai lepas Tuanku Ismail Petra berangkat ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan bagi penyakit jantung baginda dan pulang Rabu lepas. — Bernama

Perkasa ‘rompak’ identiti kami – Orang Asli..pulak dah..!!! abe hing berat nie..!!

PERKASA_LOGO Oleh Rahmah Ghazali dan Hisyam Salleh
OLAK LEMPIT (Selangor): Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menimbulkan kekecuhan di kalangan parti Umno, kini berdepan pula dengan satu lagi kumpulan yang tidak diduga, Orang Asli.
Dewi Malam, wakil Tok Batin dari Kampung Orang Asli di Pulau Kempas berkata NGO Melayu itu telah "merompak" identiti mereka dengan menggunakan perkataan "pribumi" pada singkatan nama pertubuhan itu.

Perkasa, bermatlamat untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu telah ditubuhkan dan diterajui oleh pemimpin bersuara lantang, Ibrahim Ali, bagaimanapun mempertahankan penggunaan nama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.
"Tetapi pribumi bermakna orang asal, bermaksud merekalah yang pertama memiliki tanah di Semenanjung ini.  Pribumi bermakna mereka tidak perlu membayar atas tanah mereka kerana mereka adalah pemilik tanah.
"Itulah apa yang dimaksudkan dengan pribumi, dia adalah tuan, dia adalah sultan dan dia adalah raja," kata Dewi.
Dan Perkasa tidak mempunyai hak eksklusif terhadap pribumi katanya, kerana ianya berbeza dengan perkataan "bumiputera", istilah yang dicipta oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang-orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Perkasa tidak boleh mendakwa mereka sendiri adalah pribumi.  Ia sepatutnya digugurkan dari nama singkatan mereka.  Mereka hanya boleh mendakwa mereka adalah bumiputera," katanya.
Kami telah hilang identiti ‘Melayu’
Menerangkan lebih lanjut, Dewi berkata, malahan orang-orang Melayu berasal dari enam jenis sub-etnik pribumi, termasuk, Jakun, Kuala, Kanap dan keturunannya, Temuan.
"Tetapi sub-etnik ini telah dipinggirkan dan tidak pernah diiktiraf tetapi mereka yang berasal dari Banjar atau Jawa diiktiraf sebagai Melayu.  Apa yang tinggal kepada mereka tidak ada apa-apa lagi kecuali sejarah," kata Dewi.
"Sekarang ini Temuan terutamanya, dikategorikan sebagai Sakai, satu lagi puak pribumi yang kadangkala merupakan satu penghinaan apabila disebut perkataan itu.
"Jadi apabila identiti Melayu kami hilang dan malah disebut sebagai Orang Asli, kesemua hak kami telah diambil termasuk tanah nenek moyang kami.
Malahan orang-orang Melayu, di mana identiti mereka boleh dipersoalkan, merompak hak kami.  Macam mana kami nak kata mereka adalah orang Melayu?" soal Dewi.
Dan apa yang orang tidak sedar ialah perkataan "Melayu" itu berasal dari bahasa Temuan, yang bermaksud "orang-orang yang bekerja", katanya.

Kenapa penduduk Kpg Pokok Asam dapat RM10,000 saja? Kan tanah tu milik UDA..!!


kg pokok asam Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Orang Melayu Pulau Pinang tidak menentang pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tetapi mereka hanya mahukan keadilan sebagaimana kaum lain di negeri itu.
"Jika penduduk India di Kampung Buah Pala mendapat rumah teres dua tingkat berharga RM500,000 sekeluarga tetapi mengapa orang Melayu di Kampung Pokok Asam cuma diberi pampasan RM10,000 sekeluarga dan tanpa sebarang rumah serta di halau dari kampung itu.

"Konsep 1Malaysia tidak diguna pakai oleh kerajaan negeri Pulau Pinang," kata Senator Saripah Aminah Syed Mohamad di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Wanita Umno Jelutong itu mendakwa kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sedikit semi sedikit menghapuskan kampung milik Melayu di negeri itu.
Saripah Aminah berkata, 22 keluarga Kampung Pokok Asam yang sudah menetap di situ selama 100 tahun tidak mendapat pembelaan dari kerajaan negeri.
"Apa makna semua ini sedangkan penduduk Kampung Buah Pala yang berketurunan India diberi rumah teres dua tingkat," katanya.
Saripah Aminah juga mendakwa di bahagian pulau di Pulau Pinang hanya tinggal tanah wakaf yang masih boleh menjadi kebanggaan orang Melayu.
Katanya, ahli majlis Pakatan Rakyat juga bersekongkol dengan ketua menteri untuk menghapuskan kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.
Hala tuju politik Pulau Pinang
Sementara itu, Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, dalam tempoh dua tahun sahaja landskap politik Pulau Pinang telah berubah.
"Di manakah hala tuju politik Pulau Pinang ini," katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai rancangan Malaysia (RMK-10) di Dewan Negara semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri BN Teluk Bahang Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula mendesak supaya kerajaan negeri memberi pampasan kepada penduduk Melayu yang terlibat di Kampung Pokok Asam berdasarkan formula pembahagian yang sama seperti Kampung Buah Pala.
Beliau mendakwa, pampasan yang ditawarkan kepada para penduduk di Kampung Buah Pala (kini telah dirobohkan) adalah yang tertinggi yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri.
Sejak 24 penduduk Kampung Buah Pala ditawarkan rumah teres dua tingkat bernilai RM500,000 sekeluarga, Hilmi berkata, maka barulah adil sekiranya 22 buah keluarga yang terbabit dengan projek bandar baru di Kampung Pokok Asam menerima jumlah pampasan yang sama.
"Kerajaan negeri hendaklah bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan jumlah pampasan yang serupa berasaskan projek Kampung Buah Pala," kata beliau yang juga setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang.
Minggu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengingatkan Umno supaya tidak menggunakan para penduduk sebagai "umpan" untuk kepentingan parti.
"Pemaju memiliki keseluruhan tapak projek itu.  Kita hanya boleh mengharapkan belas ehsan syarikat itu untuk menerima cadangan kita untuk mengekalkan kampung itu sebagai warisan Melayu dan berusaha ke arah pembangunan penempatan semula para penduduk
kampung itu," katanya.

FDI Malaysia pada paras terendah..uiis najib kata ekonomi kita terbaik didunia maa..!!!

Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008.

Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.

Prestasi Malaysia juga dianggap memalukan jika dibandingkan dengan ekonomi Thailand dan Indonesia yang tidak mengecut dengan teruk di sebalik menerima tempiasan krisis kewangan dunia itu.

Thailand kehilangan RM14.24 bilion manakala Indonesia pula hanya berkurangan RM8.32 billion dalam FDI mereka, tahun lalu.
Paling buruk

Kejatuhan mendadak itu yang dikatakan paling buruk dalam 15 tahun menyaksikan jumlah terkumpul FDI yang mengalir keluar melebihi jumlah pelaburan yang diterima sebanyak RM3.21 bilion.

B
ercakap di ibupejabat PBB di Kuala Lumpur hari ini, pensyarah ekonomi Universiti Malaya Raja Rasiah berkata prestasi buruk Malaysia menimbulkan kebimbangan sama ada hasrat negara menjadi negara penduduk berpendapatan tinggi boleh dicapai.

"Malaysia bertuah kerana terletak di rantau kejiranan yang baik di kalangan negara-negara yang membangun. Tiga negara terbesar yang menerima FDI terbanyak terletak di Asia tetapi Malaysia gagal menduduki senarai 10 negara teratas,” katanya.

Adalah pelik bagi keadaan seumpama itu sedangkan Malaysia mempunyai dasar FDI yang khusus berbanding Taiwan yang tidak mempunyai polisi yang jelas mampu menduduki tangga kesepuluh.

Se
baliknya, Malaysia menyaksikan pencatatan pengeluaran FDI dan berada di senarai kelima di kalangan negara-negara di selatan, timur dan tenggara Asia.

"Bercakap kepada pengurus dana, saya mendapat tanggapan bahawa kita mempunyai sumber untuk melabur di dalam negara tetapi kekurangan pilihan yang bernas bagi berbuat demikian. Malah, pelabur tempatan mendapati pelaburan di Malaysia tidak menarik.

Halangan utama katanya, adalah kekurangan sumber tenaga manusia berkebolehan yang menyebabkan tahap pengeluaran di takuk yang rendah.

* Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai 1 USD = 3.20650 MYR

Umno P Pinang gagal lihat 'gajah' depan mata

Apabila ketua pembangkang negeri Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendedahkan penduduk Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dianiaya kerana rumah mereka akan dirobohkan, beliau sebenarnya tidak menyedari yang beliau telah membuka pekung di dada.

Ini kerana pada masa yang sama, pihak berkuasa persekutuan juga melakukan perkara yang sama di kawasan dewan undangan negeri yang diwakilinya iatu di Penaga.

Ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa sehubungan itu, menemplak Azhar (kiri) yang juga setiausaha Umno supaya tidak campur tangan hal di Jelutong “sedangkan urusan rumahnya sendiri terabai”.

Katanya, beberapa perkampungan Melayu di kawasan yang dipegang oleh ADUN Umno seperti di Bayan Lepas dan Tasek Gelugor juga menghadapi nasib yang sama tetapi tidak mendapat liputan media.

Mujahid, yang juga timbalan ketua PAS negeri berkata beberapa kampung di kawasan Azhar diberikan surat mengosongkan kediaman mereka daripada pihak berkuasa persekutuan dan beliau gagal membantu penduduk kampung berkenaan.

Beliau merujuk kepada keluarga di empat perkampungan di sepanjang Sungai Muda di Penaga yang mengadu bahawa Jabatan Tanah dan Galian mendesak mereka supaya berpindah, meskipun mereka belum dapat tempat berteduh yang baru.

Tanah di mana penduduk berkenaan menetap diperlukan bagi projek tebatan banjir kerajaan persekutuan dan wakil-wakil keluarga yang terbabit telah membawa rintihan mereka ke Parlimen.

Pada 8 Julai lalu, penduduk berkenaan berkunjung ke Dewan Rakyat untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereka yang juga adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-Kepala Batas) bagi mengadu masalah mereka yang diarah untuk berpindah itu.

Bagaimanapun Abdullah tidak hadir pada hari berkenaan dan penduduk tersebut, sebaliknya berjumpa dengan Mujahid dan ahli parlimen PAS yang lain untuk mendapatkan bantuan.

“Tolong jaga rumah tangga sendiri. Isteri dan anak-anak kamu sedang berlawan dengan kamu; isteri kamu tiada rumah dan anak-anak tiada makanan; selesaikan masalah sendiri sebelum berjuang (bagi penduduk Kg Jalan Pokok Asam),” kata Mujahid (atas, berbaju merah) pada sidang akhbar di Pulau Pinang.

“Jangan pandang rendah pada keupayaan kami membantu penduduk kampung yang terjejas dan jangan jadikan mereka mangsa.

“Kita (Pakatan Rakyat) mampu membantu mereka,” katanya lagi.

'Selamatkan Selangor' buka pekung Umno

Tindakan Umno menggerakkan jenteranya dalam kempen ceramah untuk menerangkan isu kecurian pasir di Selangor hanya akan membuka pekung mereka sendiri, kata seorang wakil rakyat PKR Shuhaimi Shafiei.

ADUN Sri Muda itu berkata, tindakan seperti itu juga akan memburukkan lagi perbalahan di kalangan kem penyokong timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo.

Suhaimi (kiri) berkata demikian ketika ditanya mengenai kempen jelajah negeri, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (GSSDE) yang akan bermula malam ini sehingga 8 Ogos depan.

Sebanyak 19 ceramah diatur bagi setiap bahagian Umno di negeri itu, yang akan dimulakan di Shah Alam malam ini -- bagi menjelaskan mengenai 'pembohongan' yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Noh dan Khir masing-masing telah menafikan wujudkan pertelingkahan di antara mereka, malah kedua-dua mereka juga akan menyertai kempen berkenaan akan turut disertai Khir.

Namun, menurut Shuhaimi kempen itu didakwa akan menonjolkan lagi pertembungan Noh-Khir.

azlan"Umno boleh beri penerangan, itu memang tanggungjawab dia untuk tunjukkan siapa lebih jaguh di kalangan mereka.

"Pada saya, tindakan mereka buka cerita tentang pasir ini lebih kepada buka pekung sendiri. Lebih banyak mereka bercerita, lebih banyak lagi mereka akan dedahkan bahawa kecurian ini berleluasa akibat kecuaian pentadbiran BN terdahulu," kata Shuhaimi ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, serangan melalui kempen tersebut dilancarkan seolah-olah dengan menjadikan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor sebagai sasaran, namun mangsa sebenar ialah Khir.

"Mereka nampak macam serang PKR tapi sebenarnya ini mendedahkan pekung (ketua pembangkang Datuk Seri) Khir Toyo sebab semuanya (aktiviti kecurian) ini berlaku di zaman Khir Toyo.

NONE"Mereka sebanarnya hendak cari populariti sebab pergaduhan di antara Noh Omar dan Khir Toyo ini semua ketua bahagian Umno sudah tahu," katanya lagi.

Shuhami juga mendakwa, serangan tersebut juga dilancarkan memandangkan sumber pendapatan pemimpin Umno tersebut kini berkurangan akibat dari tindakan kerajaan negeri Selangor mengawal pengeluaran pasir.

"Mereka marah sekarang sebab sumber duit poket mereka sudah hilang. Apa yang kerajaan negeri buat ialah pengeluaran itu secara terkawal dan kesemua aktiviti melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd itu dapat kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar.

"MerekNONEa bayar hasil untuk 20,000 tan metrik tapi yang dia keluarkan adalah lebih daripada itu. Ini untuk duit poket dialah.

"Jadi sekarang mereka tidak boleh buat begitu lagi kerana kerajaan negeri buat pemantauan termasuk meletakkan CCTV (di kawasan perlombongan). Inilah yang beri tekanan kepada mereka. Jadi mereka marah sebab sudah tidak ada sumber duit poket lagi," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Shuhaimi juga berkata rakyat Selangor telah mempunyai pendapat mereka sendiri dalam isu berkenaan.

"Mereka boleh buat ceramah hingga 20 minggu sekalipun, tapi rakyat sudah ada persepsi. Kalau mereka hendak serang, rakyat sudah tahu siapa yang sebenarnya mencuri dan merompak khazanah negeri," katanya.

'Kroni poket kosong, Umno S'gor tertekan'

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.
Ali Baba
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melal
ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

P
ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seper

Kes Amirulrasyid: MP Shah Alam ulangi desakan polis minta maaf

SHAH ALAM, 23 Julai —Walaupun empat bulan sudah berlalu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengulangi pendiriannya agar polis memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak polis dekat rumahnya di sini.
“Saya sekali lagi meminta agar polis, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri meminta maaf kepada keluarga kerana sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan di pihak polis... tiada yang meminta maaf,” kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Remaja itu mati akibat terkena tembakan anggota peronda polis, namun permintaan itu enggan dilayan oleh pihak berkuasa itu.
Pertengahan Mei lalu, keluarga meminta Kementerian Dalam Negeri dan polis memohon maaf kepada mereka, terutama ibu mangsa atas kejadian itu.
Bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Hassan berkata walaupun mereka berterima kasih kerana anggota polis peronda terbabit didakwa, keluarga mangsa mahu Kementerian Dalam Negeri dan Musa mencontohi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, yang meminta maaf kepada remaja berusia 17 tahun, Mohd Azizi Aziz, yang cedera di perut ditembak polis apabila enggan memberhentikan motosikalnya.
Keluarga Aminulrasyid juga masih menuntut supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan supaya perkara sama tidak berlaku kepada keluarga lain dan kematian Aminulrasyid terbela.
Koperal Jenain Subi, 48, yang berasal dari Sabah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, menyebabkan kematian Aminulrasyid pada 26 April lalu.
Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini memberitahu individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.
Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.
“Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.
“Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis,” kata beliau.
Wakil rakyat itu menambah beliau akan menulis kepada polis mengenai perkara tersebut.
“Apa salahnya memohon maaf kepada keluarga mangsa,” katanya.
Dalam pada itu Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata pihaknya berharap pihak polis tidak terus mengganggu saksi utama, Mohamad Azamuddin Omar iaitu kawan Amirulrasyid memandangkan telah banyak kali diambil keterangan.
“Sudah banyak kali polis telah mengambil keterangan atas alasan keterangan bercanggah... saya percaya ini tindakan hendak mengganggu dan menjejaskan kewibawaan saksi,” kata Khalid.
Oleh itu beliau berharap pihak polis tidak terus mengenakan tekanan dan menganggu remaja berkenaan.
Pada sidang media itu, Khalid juga meminta pentadbiran Datuk Seri Najib Razak segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai sejak sebulan lalu.
Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan subkontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.
“Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, tiada tender semula dan tiada pemberian tender secara rundingan langsung,” tegas beliau.
Menurut beliau, kemahiran pengurusan dan prasarana pembinaan yang ada pada pentadbiran Najib sebenarnya mampu menyelesaikan projek mega tersebut tanpa tender semula.
Katanya, projek tersebut sepatutnya siap Ogos tahun ini.
“Saya difahamkan ia hanya akan siap Oktober tahun depan,” katanya lagi.

Tak Boleh Blah Bebbbb......!!!!

Bila gua tengok gambar kat bawah ni... memang gua tak boleh nak tahan gelak beb... guling-guling gua bantai gelak beb..., memanglah tak elok mempersenda dan menjadikannya bahan lawak... gua akui perkara itu...

Tetapi jikalau sesuatu kreativiti itu di hasilkan atas perasaan benci dan meluat bagi menzahirkan perasaan itu.. apa salahnya kan... belasah jelah...

Lagipun ramai yang berkata, gambar memberi tafsiran seribu satu makna.. mengikut persepsi masing-masing. Gambar tu... gua rembat dari blog Kerajaan Rakyat. (nak baca full story sila klik kesana)

Gua sekadar nak berkongsi gambar jer...., gambar yang buat gua tak kering gusi.... kah..kah..kah....
 

Memang gua tak boleh blah... dengan gambar ni..... kah..kah...kah....
 
IkutSukaAku.

SIAPA SUDAH KANTOI MANTOI

SIAPANG MIMPANG NAK JADANG MENTERANG BESANG KERAJANG PERPADUANG SELANGANG


PAK KHALID?



PAK ABU ?

PAK ROCK

HARUSSANI ENGGAN DEDAHKAN NAMA PEMIMPIN UMNO PAS
- minsider

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tetap dengan pendiriannya tidak akan mendedahkan nama pemimpin Umno dan PAS walaupun dakwaan mengatakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah menemuinya untuk membincangkan mengenai kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu Mei lalu.

Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal mengenai khabar angin itu.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini saya tidak akan sesekali dedahkan nama pemimpin Umno dan PAS yang menemui saya.

“Ia tidak akan keluar daripada mulut saya, biarlah empunyai diri yang mengaku,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog iaitu Malaysia Waves yang secara terang-terang mengatakan pemimpin yang dimaksudkan Harussani ialah Hasan.

“Seperti saya kata sebelum ini, ada video yang diambil perjumpaan Harussani dengan Hasan Ali (dan mungkin Khairuddin Othman sekali),” katanya penulisnya Abdul Rahman Talib.

Khairuddin Othman merupakan setiausaha PAS Selangor.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” bagaimanapun berkata beliau bersangka baik dan “kemungkinan Hasan cuma mahu berjumpa untuk mendapat maklumat sahaja”.

“Mereka yang mengambil video itu tidak mahu mendedahkan video ini kecuali Hasan Ali sendiri menafikan pertemuan ini,” katanya.

Menurut sumber, pertemuan antara Harussani dan Hasan memang berlaku dan ia diadakan di sebuah hotel di Ampang pada penghujung bulan lalu.

“Ya, pertemuan ini memang berlaku dan mereka (Harussani dan Hasan) membincangkan mengenai cara untuk menyatupadukan Umno dan PAS.



KHALID SAMAD BANGKIR ISU PEMIMPIN PAS JUMPA MUFTI PERAK AHAD INI
– minsider

Isu pertemuan pemimpin PAS dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, dipercayai Mei lalu berhubung soal kerjasama dan perpaduan dengan Umno akan dibangkitkan pada sesi munaqasah PAS Selangor Ahad ini, kata Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad.

Khalid yang juga Ahli Parlimen kawasan itu menambah, jika tiada pihak yang membangkitkan isu berkenaan beliau sendiri akan membawa perkara itu untuk mendapatkan penjelasan.

“Kalau tak ada orang bangkit, saya akan bangkitkan,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini pagi ini.

Sesi munaqasah atau perbincangan itu diadakan oleh PAS negeri untuk menghalusi ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar tahunan yang berlangsung bulan lalu.

Sebelum ini, Harussani mendedahkan terdapat pemimpin Umno dan PAS yang menemuinya berhubung usaha mewujudkan kerjasama antara kedua-dua parti Melayu itu.

Dalam blognya semalam, Khalid menggesa PAS bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak itu.

“Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak k pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. Sekirangnya ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut tidak wala kepada parti.


KAH KAH KAH

woit…. KANTOI…. kah kah kah..

kah kah kah…. ADA VIDEO…. kah kah kah..

kah kah kah…. MANTOI…. kah kah kah…


( sekali lagi ulang baca )

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas yang akan , yang telah dan yang sedang tewas dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Sang isteri sedang menuntut berjuta-juta ringgit. Ini kerana sang isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah disana dan tanah disini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

United Malays National Organisation sedar hal ini. Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisma. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk menguruskan kapitalisma dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisma. Ini hakikat. Ini realpolitik.

United Malays National Organisation tahu siapa yang bercita-cita hendak menjadi Menteri Besar dalam Pas. Gerombolan mengetahui siapa dan siapa yang boleh di ‘makan’ di dalam Pas. Gerombolan juga tahu siapa yang bermimpi siang dan malam – pagi dan petang - untuk menjadi menteri kabinet dalam kerajaan Najib Rosmah.

Ini juga hakikat realpolitik. Menafikan ini adalah menafikan bahawa manusia, haiwan dan tumbuhan hidup di alam ini kerana ada cahaya matahari.

United Malays National Organisation akan terus mengasak untuk ‘berunding’ dengan Pas. Akan terdengar suara suara lantang menolak. Akan terdengar suara-suara pimpinan Pas menafikan itu dan ini. Dalam realpolitik semua berkemungkinan. Dalam realpolitik yang dicita-citakan ialah kuasa. Dengan kuasa manusia berpelung menobatkan dirinya dan mengumpul harta.

TT.