Khamis, 22 Julai 2010

Kerajaan Terlalu Berkira Beri Subsidi Kepada Rakyat

parlimen_building Dewan Negara Hari Ini
Oleh Muda Mohd Noor
KUALA LUMPUR: Senator Mohd Yusof Husin membidas kerajaan kerana terlalu berkira untuk memberi subsidi kepada rakyat tetapi dengan mudah membantu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan subsidi mencecah berbilion ringgit.
"Tujuh puluh tiga peratus golongan Bumiputera merupakan ‘golongan mudah terjejas’ kerana pendapatan mereka kadang kala cukup, kadang kala tidak cukup.

"Dua puluh peratus dari jumlah penduduk negara adalah golongan kaya tetapi berapa peratuskah Bumiputera?," soal beliau.
"Saya hendak tanya bagaimanakah kita hendak memastikan dalam RMK-10 ini supaya 73 peratus diberi perhatian sewajarnya," kata senator dari Kedah itu ketika berucap membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) di Dewan Negara hari ini.
Sistem pembelajaran pelbagai aliran
Sementara itu, Senator Datuk Firdaus Abdullah pula berkata, RMK-10 perlu kembali kepada wawasan dan rohnya sebagaimana yang ditetapkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi negara maju.
Beliau berkata, "perdana menteri keempat itu menyatakan Malaysia menjadi negara maju perlu mengikut acuan sendiri tetapi kini kita telah mengabaikannya."
Dalam ucapannya, Firdaus juga berkata, sistem pembelajaran pelbagai aliran gagal menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
"Di manakah berlaku perpaduan kerana orang Melayu dengan sitem pendidikan mereka, orang Cina dan India dengan pendidikan mereka sendiri? Seragamkan sistem pendidikan dan pelajar belajar di bawah satu bumbung," tegas beliau.
Firdaus juga berkata, sistem pendidikan kebangsaan juga gagal dan mekanisme pelaksanaan perlu dikaji semula agar mencapai matlamatnya.

Peguam Zaid gesa Mahkamah tidak pandang ringan

20090512141243_mahkamah rayuan Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa mahkamah berlaku adil dan tidak memandang ringan terhadap penyelewengan dan rasuah yang difailkan dalam petisyen berkaitan pilihan raya kecil (PRK) parlimen Hulu Selangor.
Terdahulu, hakim Azahar Mohamed membenarkan permohonan Malik untuk menjelaskan beberapa kesilapan yang tertera pada muka depan petisyen.  Bagaimanapun beliau tidak membenarkan pindaan secara bertulis dibuat dalam petisyen itu.

Malik dalam hujahnya membidas kenyataan peguam Firoz Hussien Ahmad Jamaluddin yang mewakili P Kamalanathan yang menyatakan beliau (Malik) umpama polis yang ingin membanteras rasuah.
Beliau menegaskan bahawa peguam-peguam yang mewakili Zaid bukannya polis, tetapi penyelewengan dan rasuah dalam pilihan raya mampu diselesaikan melalui mahkamah ini.
Kata beliau kepada hakim, petisyen Zaid yang bertujuan membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor adalah kerana ingin membuktikan bahawa penyelewengan undi memang berlaku, yang akhirnya memberi kemenangan kepada Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).
Rasuah dalam bentuk sogokan
imagesTambah beliau, rasuah dalam bentuk sogokan termasuk janji dibuat oleh Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi MCA Chua Soi Lek bertujuan untuk memberi kemenangan mudah kepada calon BN.
"Menggunakan taktik sogokan adalah salah disisi undang-undang hingga jelas memberi gambaran bahawa pemimpin yang ingin memenangi sesuatu pilihan raya harus mengeluarkan wang untuk membeli pengundi.
Zaid dalam petisyennya menamakan Kamalanathan, pegawai pilihan raya Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden.
Malik berkata, terdapat bukti yang kukuh dalam petisyen ini dan prosiding harus diteruskan untuk membolehkan mahkamah mendengar dan menilai secara telus berhubung kes ini.
Katanya, mahkamah juga tidak boleh mengetepikan rakaman yang disiarkan dalam portal internet ‘Youtube’ dan ‘MalaysiakiniTV’ mengenai janji-janji BN untuk memastikan kemenangan Kamalanathan.
Malik juga menyatakan terdapat banyak lagi kejadian rasuah yang tidak dikemukakan untuk rumusan hakim kerana bukti rasuah yang sedia ada ini sudah mencukupi.
Hakim menetapkan pagi esok untuk sambungan mendengar prosiding petisyen ini.

Lawatan sehari gagal selesaikan masalah Penan

Reaksi pembaca Cina amat berbeza, selepas Kumpulan Sokongan Penan mendedahkan tujuh kes lagi pencabulan seksual terhadap wanita Penan oleh pekerja pembalakan.  Misalnya, majalah agama (buddha) Pumen yang jarang menyentuh isu hak asasi manusia dan politik, mula memperuntukkan kolum untuk memperkenalkan kaum asli dan masalah yang dihadapi mereka.
Malah, majalah popular FRENDS juga menghubungi saya, menyatakan niat mereka untuk memberi liputan kepada isu pencabulan seksual terhadap wanita Penan.  Tidak kurang juga pertubuhan sosial dan pelajar yang juga mula prihatin terhadap situasi golongan minoriti.  Reaksi-reaksi yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa masyarakat arus perdana mula mengambil berat nasib golongan minoriti.
Namun demikian, unit kerajaan dan pegawainya pula menongkah arus, mengambil pendekatan yang sebaliknya.  Mereka cuba untuk meremehkan masalah yang dihadapi kaum asli, dengan sikap mereka yang konservatif dan pendekatan yang tertutup.  Misalnya, polis Sarawak secara terbuka menghina kebijaksanaan umum, menolak untuk menyiasat kes tersebut dengan alasan "tidak cukup peruntukan kos".
Belumpun siasatan mendalam dijalankan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Sharizat Abdul Jalil menafikan kewujudan kes baru.  Seterusnya, Timbalannya Heng Seai Kie (gambar kanan) seperti biasa mendakwa bahawa dirinya akan meneliti isu ini.  Akhirnya, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa "lawatan satu hari" akan diadakan ke perkampungan Penan, untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap orang Penan.
Sebagai rakyat, kita amat jelas bahawa nasib wanita Penan tetap tidak akan berubah - setelah skrip habis dibaca, dan sandiwara politikus melabuh tirai.
Masalah Penan semakin meruncing
Siapa pula yang begitu naif, sehingga mengandaikan masalah boleh diselesaikan hanya kerana isu pencabulan seksual terhadap wanita Penan dibawa ke parlimen, diberi liputan dalam media dan perbincangan dihangatkan.  "Penemuan baru" Heng Seai Kie bahawa "masalah tiada dokumen juga amat serius di kalangan Penan", sebenarnya telah diungkit dalam dewan parlimen, DUN Sarawak, malah media antarabangsa sejak 30 tahun dahulu lagi.
Malah, ketika Heng menyandang jawatan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Galeri Mandarin Nasional di bawah RTM juga telah menyiarkan masalah "tiada dokumen" yang dihadapi 66 ribu orang kaum asli.
Seandainya "keprihatinan yang cukup" mampu menyelesaikan masalah Penan, maka siasatan terhadap kes pencabulan seksual akan mendedahkan kebenaran 10 tahun yang lalu, dan pekerja pembalak yang terbabit telah dijatuhkan hukuman.  Seandainya Najib ikhlas untuk mengambil berat terhadap kaum Penan, atau menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka selama 30 tahun, langkah pertamanya adalah memecat Pak Uban (Taib Mahmud, gambar kiri), Ketua Menteri Sarawak yang memerintah sejak tahun 1981.  Kemudian, singkirkan tycoon balak dan tycoon media yang menguasai sumber, kebebasan media dan ekonomi negeri Sarawak.
Namun, kita juga amat jelas bahawa bukan sahaja Najib tidak mempunyai tekad sedemikian, malah tiada niat baik yang sedemikian.  Bahkan punca yang lebih penting adalah, beliau tidak pernah memihak kepada kepentingan orang Penan, kaum asli Sarawak malah seluruh rakyat.
Menurut perangkaan banci pada tahun 2006, populasi orang Penan di Sarawak mencatat 15,485 orang, dan 9,223 orang berpusat di 69 perkampungan sekitar bahagian hulu dan tengah Sungai Baram.  Zaman tahun 1980-an yang menyaksikan pengambil-alihan tampuk pimpinan oleh Ketua Menteri sekarang, merupakan permulaan igauan orang Penan.
Pembalakan dan projek pembangunan atas nama "pemodenan" telah memusnahkan hutan dan merampas tanah mereka.  Kebanyakan orang Penan terpaksa menyesuaikan diri dengan dengan cara hidup yang amat asing untuk diri mereka.  Dan kehidupan sebegini yang mengakibatkan kebergantungan orang Penan terhadap syarikat pembalakan, dari segi ekonomi, dan menjurus kepada kejadian pencabulan seksual wanita Penan untuk puluhan tahun ini.
Saya ingin membuat andaian yang berani, bahawa PM, Menteri Wanita dan Timbalannya, malah ahli politik yang sudi "menunjukkan keprihatinan" mereka hanya membazir wang cukai rakyat dengan sekadar menjenguk ke situ.  Segala-gala akan kembali ke asal apabila mereka balik ke rumah banglo mereka yang mewah dan selesa.  Anak perempuan mereka dihantar dengan kereta rasmi, dilindungi pengawal peribadi, dan tidak akan menjadi sasaran perogol atau pencabulan seksual oleh pekerja balak.  Maka agak mustahil apabila anda menuntut supaya mereka memikirkan keselamatan wanita Penan - melainkan kalau anda memanggil Heng Seai Kie dan Menterinya untuk menumpang kereta pekerja balak ketika bekerja.
Langkah pilihanraya menghampiri?
Sesetengah orang meramalkan lawatan Najib ke perkampungan orang Penan memberi isyarat bahawa pilihan raya negeri Sarawak bakal dijalankan pada September atau Oktober tahun ini.  Apa yang buruk di sebaliknya, ia tidak memberi masa yang mencukupi kepada Pakatan Rakyat - yang baru-baru ini menang tipis di PRK Sibu dengan undi orang Cina - untuk membuat persediaan.  Apa yang baiknya, bukankah ini peluang keemasan untuk PR menggembleng gelombang kuasa rakyat dengan isu masalah Penan dan empangan Bakun?
Ini hanyalah andaian naif oleh penduduk Semenanjung Malaysia yang cetek pengetahunnya terhadap politik dan rakyat di Malaysia Timur.
Anda mungkin silap, anda mungkin betul apabila anda menuduh bahawa saya menyerah sebelum cuba sedaya-upaya.  Apa yang penting sebenarnya bukan sikap yang optimis atau pesimis, tetapi sejauh manakah kita yang biasa tunjuk keprihatinan dengan bibir ini, bersedia untuk melakukan sesuatu agar menyelesaikan masalah orang Penan secara menyeluruh?
Lawatan ke perkampungan tempatan untuk mengungkit semula luka mereka, mungkin menambah tekad sesetengah kelas wanita berkolar putih di Malaysia Barat untuk menentang keganasan.  Kenyataan media sekadar mewujudkan rasa bahawa diri kita sudah menyumbang ke arah masyarakat sivil.  Bagaimanapun, apa yang diperlukan oleh orang Penan mahupun kaum asli di Sarawak bukannya sokongan moral yang "lemah lembut" seperti ini, tetapi kuasa rakyat untuk masuk campur dalam politik dan mobilisasi sosial yang sebenarnya.
Iktibar daripada PRK Sibu
Setelah kemenangan DAP dalam PRK Sibu, elit di Semenanjung mengimbas keghairahan tsunami politik 8 Mac melalui facebook, twitter dan media internet.  Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor mengadakan satu forum selepas seminggu kemudian, dipenuhi dengan hadirin.  Selain ahli panel Ong Boon Keong, ahli panel dan hadirin yang lain tidak berniat untuk membincangkan bagaimana PR boleh menang dalam pilihan raya negeri yang akan datang, dan menjurus kepada pertukaran kerajaan di seluruh negara.  Sejauh manakah perang media yang dibangga-banggakan DAP dalam PRK Sibu, mujarab dalam pilihan raya negeri Sarawak?  Saya perlu mengaku bahawa saya sebenarnya tidak menaruh harapan yang tinggi.
Media memainkan peranan yang mustahak apabila rakyat menembusi hegemoni BN selama setengah abad, pada 8 Mac 2008.  Keadaan ini tidak akan berlaku di negeri Sarawak yang tertutup dari segi informasinya.  Lain kata seandainya PR mempunyai strategi yang rapi untuk menembusi sekatan informasi - tetapi jika keadaan di sebaliknya berlaku, maka isu Penan dan empangan Bakun tidak akan memberi kesan kepada penduduk luar bandar, yang kebanyakannya terdiri daripada orang asli yang merupakan sebahagian besar populasi pengundi.
Di Sarawak, tiada orang membaca suratkhabar atau melayari internet di luar lingkungan 30km dari bandar.  Tiada jaringan telefon yang lengkap selain di syarikat pembalak, apabila anda berada di luar lingkungan 60km dari bandar.  Lebih daripada 5,000 rumah panjang di Sarawak, memperolehi informasi yang kadang-kalanya diterima dari RTM, dan alat VCD player yang tidak lagi digunakan di Semenanjang Malaysia.
Lain kata jikalau PR boleh mencetak puluhan ribu vcd untuk melancarkan perang informasi.  Jika tidak, dalam keadaan sumber kempen, pendidikan pengundi yang serba kurang, kadar pendaftaran pengundi yang hanya mencecah 50% - kita boleh menjangkakan bahawa pengambilalihan kerajaan negeri Sarawak dan mengembalikan keadilan kepada kaum asli yang dieksploitasi - hanyalah angan-angan kosong.
Mitos PR mendarat di Timur
85 kerusi parlimen daripada jumlah 222 kerusi secara keseluruhannya berada di Malaysia Timur.  Hanya ahli politik yang kekurangan imaginasi politik akan meremehkan kepentingan untuk mendarat ke Timur - sebagai langkah keperluan untuk pertukaran kerajaan.  Apa yang pelik, amat kurang wakil rakyat PR yang sudi memandang berat realiti bahawa nilai undi di Sarawak lebih tinggi daripada undi di Malaysia Barat.  Malah, pertubuhan dan NGO di Semenanjung juga bersikap sedemikian.
Ia tidak bermakna bahawa Sarawak tidak memiliki syarat untuk mencetuskan tsunami politik sebagaimana yang berlaku pada 8 Mac 2008.  Namun, penduduk kaum asli di kampung yang ditindas di bawah kuasa pemerintahan "Pak Uban" langsung tidak memiliki kelayakan untuk mengundi.  Menurut perkiraan Ong Boon Keong, hanya separuh daripada penduduk kawasan kampung yang layak undi mendaftarkan diri sebagai pengundi.  Dengan kata lain, mendaftarkan mereka yang layak untuk mengundi, bukan sahaja kewajipan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil, malah kunci yang menentukan kemenangan PR dalam pilihan raya negeri mahupun PRU.
Kalau tewas dalam PRU, malah kerajaan negeri dikekalkan, maka orang Penan akan terus dieksploitasi oleh gerombolan yang mana kuasa politik dan ekonomi saling bersubahat.  Dalam keadaaan sedemikian, keselamatan wanita Penan akan terus diancam dalam hutan yang tumbuh dengan cakar pekerja pembalak.
Jadi, seandainya kita tidak mahu igauan wanita Penan berulang pada 20 tahun yang akan datang, maka kita seharusnya tidak menaruh harapan terhadap "lawatan sehari ke perkampungan Penan", sebaliknya dengan sungguh-sungguh menggerakkan pendaftaran pengundi, menyumbang untuk memacu momentum kepada pendemokarasian Sarawak, malah seluruh negara.
*Chou Z Lam ialah bekas penerbit TV2, untuk rancangan Galeri Mandarin Nasional

Siapa Bayar Peguam Balasubramaniam Jadi Tanda Tanya


KUALA LUMPUR: Isu beberapa banyak wang dan siapa yang membayar peguam untuk menemani bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam semasa di London dan Paris dibangkitkan hari ini.
Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang menjadi tanda tanya kini ialah berapa banyak wang yang dibayar kepada peguam-peguam yang bukan hanya menemani Balasubramaniam di London tetapi juga ke Paris.
Balasubramaniam, yang kini dilaporkan berada di India, telah membuat akuan bersumpah berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 3 Julai 2008, dan keesokannya menariknya balik dan menggantikan dengan akuan bersumpah kedua melarikan diri ke luar negara.
Anuar mengulangi saranan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyiasat sumber bayaran yang diterima peguam berkenaan. - BERNAMA

Nik Aziz: Umno, PAS tidak boleh jalin kerjasama politik

TANAH MERAH,  22 Julai – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas PAS dan Umno tidak boleh berunding daripada segi politik kerana kedua-dua parti itu mempunyai dasar parti yang berbeza.
“Keputusan itu bukan keputusan saya, tetapi telah diputus oleh parti (dalam muktamar PAS) di Ipoh dua tahun lepas.
“Tak boleh... Umno dasar lain, PAS lain, tak boleh kerana dasar kedua-dua parti itu berlainan antara satu sama lain,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita hari ini.
Beliau sebelum itu merasmikan kilang lombong emas usahasama CNC Goldmine Limited dari China dengan Perdabanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kampung Sokor, dekat sini.
Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi bahawa PAS dan Umno masih mempunyai harapan untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu. – Bernama

‘Perang’ PAS, Umno: Antara parti Islam atau Melayu terbesar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sehari selepas Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Umno sebagai parti Melayu terbesar dengan lebih tiga juta ahli, hari ini PAS menyeru rakyat agar menyertai mereka sebagai parti Islam terbesar yang memperjuangkan Islam sejak enam dekad lalu.
Di samping tidak menafikan sumbangan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah di negara ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata pihaknya turut menjalin hubungan akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.
Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS adalah parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua kaum dan agama lain di dunia ini.
“PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu.
“Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu,” kata Idris lagi.
Jelas Idris, PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga aspek sosial yang lain.
Malah PAS juga perihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar liberalisasi dan model baru ekonomi kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja.
“Banyak lagi hak istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah parti Melayu terbesar,” katanya lagi.
PAS ujarnya lagi, sedar akan kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam kerana hanya dengan Islam mereka akan lebih dihormati.
Idris menambah, perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno kerana Islam secara tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.
Rakyat boleh menilai keterbukaan dan wibawa kepimpinan PAS dengan melihat beberapa contoh paling dekat pada hari ini.
“Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, di mana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini,” kata beliau.
Semalam, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Najib yang juga Presiden Umno berkata parti itu masih merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat.
Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.
“(Jumlah) ini selepas ditolak anggota yang sudah meninggal dan tak dapat dikesan. Ini jumlah yang sahih. Dan kita dapati jumlah ini terus meningkat,” katanya, Najib turut menyangkal dakwaan bahawa ada orang Melayu yang “meluat” dengan Umno.
“Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu,” tegasnya.

Keengganan KSN Menghukum Nik Ali Bukti Kakitangan Awam Pak Turut UMNO BN


KSN: Nik Ali kecam Guan Eng tidak akan dihukum

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan terus mempertahankan tindakan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus yang menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menegaskan, tiada tindakan akan diambil ke atas beliau.

Mohd Sidek berkata, Nik Ali tidak seharusnya dihukum kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Adakah beliau melakukan apa-apa kesalahan? Apa kesalahan yang beliau lakukan? Apakah tindakan yang harus diambil ke atas beliau?” kata beliau pada sidang media selepas menghadiri Forum Garis Panduan Pemerolehan Kebangsaan di sini hari ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam memutuskan agar perkhidmatan Nik Ali tidak diperlukan lagi di negeri itu.

Pada mesyuarat yang dipengerusikan Lim, Nik Ali juga diminta memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Ketua Menteri sebagai dayus dan biadap.

Malah semalam, Ketua Setiausaha Negara mempertahankan Nik Ali dan menyifatkan kenyataan berupa tuduhan oleh Ketua Menteri terhadapnya sebagai melampau.

Mohd Sidek (gambar) berkata Lim sebagai Ketua Menteri tidak sepatutnya melemparkan kenyataan terbuka kepada seorang Pegawai Persekutuan yang berkhidmat di negeri berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, berkata Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya semalam memberi perhatian yang serius atas kenyataan berupa tuduhan oleh Lim terhadap Nik Ali khususnya mengenai isu curi pasir di Balik Pulau, perobohan Pintu Gerbang Taman Botani Pulau Pinang dan dakwaan tiada tempat duduk disediakan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera.

“Tiga isu berbangkit tersebut yang mana Nik Ali Mat Yunus telah dipersalahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah perkara-perkara di bawah bidang kuasa pegawai berkenaan sebagai Pegawai Pembangunan Negeri,” kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan semalam.

Pada sidang media kelmarin, Nik Ali mengkritik Ketua Menteri dengan menyifatkannya sebagai biadab manakala tindakannya menyerang Pegawai Pembangunan Negeri itu telah merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri.

Mohd Sidek ditanya sama ada salah jika seorang kakitangan awam menghadiri program yang dianjurkan oleh Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dan menekankan bahawa Nik Ali hanya menghadiri majlis seumpama itu selaku seorang pegawai kerajaan.

“Adakah salah jika saya mengadakan sidang media bersama Datuk Seri Najib Razak? Jika tugas beliau sebagai perdana menteri dan tugas saya sebagai ketua setiausaha negara, tidak salah saya mengadakan sidang media bersama beliau,” kata Mohd Sidek.

Mohd Sidek juga mempertahankan kenyataannya semalam bahawa tuduhan dibuat Lim adalah melampau dan tidak harus dibuat secara terbuka.

Beliau menambah, Nik Ali ada hak untuk memberi respons kepada tuduhan-tuduhan dibuat oleh Lim.

“Jika beliau tidak memberi respons tentang kritikan-kritikan itu maka orang ramai akan menganggap beliau sebagai bersalah,” katanya.-TMI


Pak Turut: Gambaran Hodoh Prestasi Kakitangan Awam?

Tidak sampai lima belas bulan Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dengan azam untuk dikenali sebagai seorang reformis, sekurang-kurangnya satu perubahan sudah hampir pasti terjadi – mutu perkhidmatan awam semakin merosot.

Perihal ini amat membimbangkan.

Betapa tidaknya, dengan secara terbuka ahli-ahli politik yang dipimpin oleh Najib kini tidak segan silu menempelak kakitangan perkhidmatan awam kerana cuai dan tidak cekap.

Ambil sahaja contoh permit akhbar parti-parti kerabat Pakatan Rakyat di mana rakyat dapat melihat betapa tidak cekapnya kakitangan kanan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan tugas mereka.

Dalam kes DAP misalnya, permohonan yang dikemukakan oleh parti itu untuk mendapat permit akhbar berbahasa Malaysia setahun lalu masih belum ada keputusan daripada Kementerian berkenaan.

Sementara Parti Keadilan Rakyat dan juga PAS juga mendapati mereka berurusan dengan kakitangan kementerian yang tidak cekap.

KEADILAN mengemukakan permohonan untuk memperbaharui permit penerbitan akhbar Suara Keadilannya pada Mac tahun ini. Permit itu luput pada 30 Jun lalu.

Namun pada 2 Julai, pihak kementerian tanpa rasa bersalah memberitahu KEADILAN, pembaharuan permit yang dimohon masih belum dipertimbangkan oleh Panel 13nya.

PAS mengalami nasib yang sama. Maka jika diukur dari kacamata prestasi apa yang dilaungkan Najib untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan sudah jelas tidak kesampaian.

Sementara itu, seorang menteri dengan bangganya bahawa kerajaan akan membina sebuah bangunan parlimen baru bernilai RM800 juta di Putrajaya. Ini kerana bangunan parlimen sedia ada sudah kurang sesuai kerana banyak kerja penyenggaraan yang perlu dibuat hingga menelan bajet beratus juta.

Keputusan ini dikritik hebat oleh pelbagai pihak kerana ia jelas satu pembaziran dan kerja penyenggaraan yang dikatakan sebenarnya membayangkan ketidakcekapan tahap tinggi di pihak Jabatan Kerja Raya.

Bagaimana apabila disergah kemarahan rakyat, kerajaan menarik balik kenyataan hendak bina bangunan parlimen baru.

Menteri Kerja Raya berkata ia hanya satu cadangan sahaja. Malah menteri yang ghairah mahu bangunan baru pun meminta maaf dan menjelaskan beliau mendapat maklumat kurang tepat daripada kakitangan awam.


Sebelum itu, apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan kerajaan BN mesti menghentikan cita-cita hendak menghalalkan judi sukan kerana pertimbangan agama dan politik, Presiden Umno merangkap perdana menteri pula memberi jawapan di parlimen jika kerajaan memutuskan hendak menghalalkan judi sukan, lesen akan diberi kepada Ascot Sports.

Gegak gempita reaksi rakyat. Sudahlah Umno secara unilateral membuat keputusan mengharamkan judi sukan dengan membelakangkan komponen BN lain, kini ada cita-cita untuk menghalalkannya kembali.

Apabila rasa tersudut dengan isu itu, kenyataan pun dikeluarkan bahawa jawapan perdana menteri itu adalah satu kesilapan kakitangan perkhidmatan awam menyediakan jawapan di parlimen.

Hodoh benar gambaran prestasi kakitangan awam. Ini belum lagi mengambilkira cara mereka mengurus hal ehwal rakyat yang lain seperti mengatasi masalah kekurangan bekalan gula.

Wajarkah apabila tidak dapat memastikan bekalan barang kawalan itu kepada rakyat cukup, tindakan yang diambil ialah menempah iklan di radio dan televisyen dan berkempen bahawa gula tidak baik untuk kesihatan?

Rakyat tahu itu kerja Kementerian Kesihatan dan bukan kementerian yang memantau perdagangan dalam negeri! Tugas hakiki mereka ialah memastikan bekalan gula mencukupi. Sekali lagi itu menunjukkan ketidakcekapan pegawai kerajaan.

Yang menjadi persoalannya ialah, apakah jenis latihan yang perlu diberikan kepada kakitangan kerajaan agar prestasi mereka meningkat dan mutu khidmat lebih cekap?

Namun demi berlaku adil, persoalan yang lebih penting lagi dinilai ialah, adakah contoh-contoh itu gambaran sebenar berhubung mutu perkhidmatan dan kecekapan kakitangan awam?

Pihak penjawat awam pasti tidak bersetuju. Ada banyak sebab mengapa keadaan jadi begitu. Yang paling utama sekali ialah latihan dan didikan yang mereka terima sebelum disahkan dalam jawatan ialah memahami dan menghayati piagam “kami yang menurut perintah”.

Apa yang mereka lakukan meskipun kelihatan hodoh, bodoh dan seakan berseloroh adalah kerana mereka hanya “menurut perintah”. Perihal ini yang membimbangkan.


Meskipun akur yang natijah tindakan mereka yang “bermati-matian” menurut perintah mungkin tidak baik terhadap imej dan prestasi mereka, perintah dangkal tetap dilaksanakan juga!

Di satu segi mereka diperintah supaya belajar dan mengamalkan budaya Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT). Maka kita lihat hasilnya perkhidmatan lebih pantas dan memuaskan di Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan.

Namun oleh kerana “menurut perintah” amalan ICT tidak boleh pula dilaksanakan dalam kerja pendaftaran automatik rakyat yang menggenapi umur 21 tahun sebagai pengundi!

Lantas, soal budaya “menurut perintah” inilah yang sering memberi gambaran serong terhadap mutu perkhidmatan kakitangan kerajaan. Jika perintah itu bodoh dan hodoh, maka hodoh dan bodohlah kakitangan kerajaan.

Soalan bodoh: siapakah yang sering mengeluarkan perintah hodoh dan bodoh ini? Rasanya kakitangan kanan Kementerian Dalam Negeri adalah cukup berpengalaman dan tahu bila hendak bermesyuarat dan membuat keputusan.

Namun dalam kes permit akhbar Pakatan Rakyat adakah kelemahan yang ketara akhir-akhir ini ditunjukkan oleh pegawai-pegawai berkenaan adalah kerana mereka menerima dan perlu melaksanakan perintah bodoh?

Begitu juga pegawai dan kakitangan kerajaan lain dalam isu bangunan parlimen baru dan lesen judi sukan; adakah mereka kelihatan bodoh dan hodoh kerana perintah yang diterima datang daripada pihak yang dangkal dan muflis fikiran?

Tidakkah boleh dikira sampai masanya piagam “menurut perintah” ini dikaji semula.

Atau, sememangnya ia sudah terlalu sebati dengan kakitangan kerajaan?

Atau, mungkinkah kakitangan awam terlalu takut untuk berubah kerana bimbang akan kehilangan keistimewaan dan juga sumber rezeki seumur hidup jika cuba berubah?

Atau, kakitangan kerajaan memang hanya Pak Turut?
-Faris Aiman (SK)

umno dalam "Denial Sindrom"

Pelajar dan profesor–professor kangkung membuat rujukan dan menulis buku daripada apa yang didapati dari buku-buku yang ditulis oleh orang Inggeris tanpa membuat penyelidikan yang mendalam. Fikiran British yang sebenar dapat dilihat dari kenyataan ini.

"Nothing we have done has tought them to govern themselves; we are merely teaching them to co-operate with us.." Sir Frederick Weld, Governor of Straits Settlements, 1880-1887.

Apakah bezanya antara British dan UMNO? Pemimpin UMNO menyambung “Orang Cina adalah ancaman terhadap kepentingan Melayu” Dalam waktu yang sama pemimpin UMNO menjadi kaya raya adalah kerana orang Cina juga.

Menjadi rakan kongsi tanpa modal. Menjadi maling projek-projek kerajaan dan diserahkan kepada orang Cina dan menjadi malaun kepada bangsa sendiri. Menjadi komprador APs sedang modal berdagang adalah dari orang Cina.

Hari ini UMNO sangat lemah, tidak berkeyakinan dan tidak dapat meramal masa depannya. Dibenci dan dilaknati oleh bangsa sendiri kerana amalan rasuah yang meresapi ke dalam kerajaan dan organ parti hingga ke akar umbi. Rasuah sistemik ini turut memusnah akar tunjang sistem kehakimannya dan badan penguatkuasa rasuah iaitu SPRM sendiri.

Himpunan Gagasan Melayu Perak 17.7.2010 kita mendengar ucapan Harussani – Mufti Perak. Bercakap soal pepecahan dan perpaduan Melayu demi survival politik Melayu. Ucapannya tidak menyentuh soal sebab dan masalah asas UMNO.

UMNO menjadi lemah bukan kerana PAS dan PKR!!!

UMNO lemah kerana pemimpin parti dan kerajaan yang RASUAH (ditekankan) dan salah guna kuasa. Kenapa Mufti Perak tak sebut soal RASUAHNYA PEMIMPIN UMNO...? Takut fulus, pangkat dan pingat terbang..?

Kita perlu melihat kepada problem bukan symptom of the problem..!!!. Jika UMNO tidak berupaya dipulihkan dari rasuah, parti ini perlu dihumban kerana nasib rakyat adalah lebih penting dari survival UMNO.

Rakyat Melayu tidak boleh berlindung di bawah pemimpin yang rasuah. Jika UMNO bersih, PKR dan PAS akan mati meragan. Orang Melayu akan bersatu. Hari ini UMNO bukan sahaja dibenci oleh PKR, PAS, dan lain-lain bangsa tetapi oleh ahli-ahlinya sendiri. Kita mahu bertanya berapa lama umno mahu menipu bangsa sendiri...??? - Di petik dari sini.

Mengapa masih harus dan terus menipu....???? Kerana umno sudah terbelenggu dalam sindrom penafian yang berpunca dari masalah ciptaan mereka sendiri, iaitu nafsu tamak haloba mementingkan perut mereka dan kroni2 mereka, tanpa memperdulikan nasib rakyat bawahan.


“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini. - TMI

Mampus umno/bn, sejahtera rakyat Malaysia.

Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.
Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.
Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.
Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.
“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.
“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.
Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.
Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.
Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.
Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.
“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.
“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.
Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.
“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.
Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.
“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.
“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.
Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang,  ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Manipulasi Saluran Mengundi

Saluran Mengundi selalunya dikaitkan dengan jurang generasi. Bila dah habis pilihanraya, macam-macam post mortem keluar dan diantara kesimpulannya ialah…
Orang tua tidak mahu berubah.
Orang muda menyokong kita.
Macam mana nak tau?
SPR membahagikan saluran mengikut peringkat umur bagi setiap Daerah Mengundi. Tapi contoh ini hanya laku di Semenanjung. di Sabah dan Sarawak…jauh berbeza. di Semenanjung, satu Daerah Mengundi  boleh mempunyai beberapa saluran dan biasanya mempunyai satu tempat mengundi. Yang tak biasanya, satu saluran boleh juga mempunyai dua tempat mengundi berasingan.  Bergantung kepada kebijaksanaan SPR dan SPR memang bijak. SPR boleh buat apa saja..asalkan BN menang.
Aku ambil contoh Daerah Mengundi Jalan Raja Ekram, dalam DUN Tebing Tinggi. Pasai apa aku pilih Daerah Mengundi ini? Sebab ada satu cerita menarik.
Daerah Mengundi Jalan Raja Ekram mempunyai seramai 1533 pengundi dalam tahun 2008. SPR membahagikan saluran mengikut jumlah pengundi berikut.
Saluran 1: 350
Saluran 2: 591
Saluran 3: 592
Sapa yang masuk Saluran 1, 2 atau 3? cuba tengok Daftar Pemilih yang digunakan pada PRU 2008 yang lalu.

Daftar Pemilih diasingkan mengikut umur. (Sorted according to IC number) so, dalam Daerah Mengundi ini, 350 pengundi pertama akan masuk Saluran 1. 591 pengundi berikutnya masuk saluran 2 dan 592 seterusnya masuk saluran 3. Saluran satu adalah saluran orang tua, manakala orang muda masuk Saluran 3.Pengundi tertua dalam Daerah Mengundi Jalan Raja Ekram ini ialah Ng Khoa yang berumur 123 tahun, diikuti dengan Ngan Suar yang berumur 109 tahun pada masa itu.
Tapi Ooopss!!! cuba tengok Daftar Pemilih bagi Daerah Mengundi Jalan Raja Ekram yang dikeluarkan pada 31 Dec 2009.

Ng Khoa dan Ngan Suar sudah berada dibawah sekali!! Seolah-olah Ng Khoa sekarang berumur 25 tahun. Tapi macam mana Ngan Suar yang berumur 11 tahun boleh mengundi? SPR memang bijak.
Bukan itu saja. Daerah Mengundi Jalan Raja Ekram mempunyai 1553 pengundi pada tahun 2008 tetapi sekarang hanya tinggal 1003 pada 31/12/2009. Kemana 500 pengundi itu dipindah alihkan?
Dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor, SPR lagi bijak. Daerah Mengundi Pertak adalah diantara Daerah Mengundi yang paling kecil. Pertak hanya mempunyai 198 pengundi, tetapi ada dua tempat mengundi. Pasai apa?

Semasa PRK Hulu Selangor, Petugas PKR yang diketuai oleh Elizabeth Wong dengan dibantu oleh Team Zorro, Hawkeye dan Shar101 telah berkampung di Perkampungan Orang Asal Pertak. Pada malam terakhir, semuanya turun ke Kuala Kubu Baru untuk mendengan Ceramah finale Anwar dan Nik Aziz. bila depa balik, Kampong Orang Asal tersebut telah dikepung oleh polis dan depa semua tak boleh masuk. Keesokannya, 3 buah bas digunakan untuk mengangkut orang asal ini ke Sekolah Menengah Ampah Pecah. Semua kad pengenalan mereka telah diambil oleh petugas BN dengan bantuan polis.
Kat Sarawak, hangpa jangan tanya banyak-banyak kat aku. Kalau nak tanya juga, kena bawa ubat kaki tiga. Ini contoh di DUN Bawang Assan dalam Parlimen Sibu.

Kat Sarawak, satu Daerah Mengundi boleh ada hanya satu saluran, tapi banyak tempat mengundi. Masa mengundi pun bukan semuanya sama. Satu tong undi boleh dibawa ketempat mengundi yang lain. Dalam masa berubah tempat itu, macam-macam boleh jadi. Ada tong undi yang dicampak keluar helikopter, ada yang dicampak ke Sungai Rajang.
Lagi satu Saluran Mengundi yang jarang disebut ialah Saluran 0. Cuma mereka yang selalu mentelaah daftar Pemilih SPR dalam bentuk soft copy akan jumpa saluran ini. Ini Saluran Pos. Kalau tanya kat aku, aku kata saluran SPR. Disinilah berlakunya banyak penyelewengan dan penipuan.
Semasa PRK sibu, SPR cuba menipu dengan menggunakan undi Pos. Itu sebab keputusan undi Pos terlalu lewat kerana SPr cuba melakukan penyelewengan. Kalau bukan kerana kecekapan dan kecekalan Counting Agent undi pos pada masa itu, silap-silap DAP kalah. (Boleh baca kat sini apa yang dikatakan oleh Zaidi)
Di Perak, kalau jentera Pakatan tak mau ambil tahu, alamat nak lingkup la. Ini apa yang aku dapat dari Daftar Pemilih yang berakhir pada 31 Disember 2009 bagi Parlimen Teluk Intan. Kemudian dibandingkan dengan Daftar Pemilih 2008, dan dibandingkan lagi dengan daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 1-2010. apa yang aku dapat ialah ROJAK. SPR membelah IPD Teluk Intan kepada dua. Satu masuk DUN Pasir Bedamar dan sebelah lagi masuk DUN Changkat Jong.
Apa yang aku dapat, Seramai 55 pengundi Pos dari IPD Teluk Intan yang dahulunya mengundi di DUN Pasir Berdamar telah dipindahkan ke DUN Changkat Jong. Jumlah keseluruhan yang dimasukkan ke Changkat jong ialah 88, tapi aku cuma track 55 dari IPD Teluk Intan. Selebihnya mungkin dipindahkan dari tempat lain. Ini sebahagian daripada pengundi pos yang telah dipindahkan.

Tang sini saja sudah nampak macam mana kemaruknya SPR nak merampas Changkat Jong dari Pas untuk diberikan kepada BN sehingga sanggup membelah IPD Teluk Intan dan memindahkan pengundi pos yang mengundi di Pasir Berdamar ke Changkat Jong.
Tapi tunggu…jangan maki SPR lagi!!!
Sekali tengok, hangpa nampak macam senang saja aku trace pengundi pos yang dipindahkan ini. Tetapi sepanjang pencarian ini, aku jumpa macam-macam benda lagi yang menampakkan macam mana SPR betul-betul nak pulun Changkat Jong.
Aku seronok bila dapat trace pengundi pos yang dipindahkan ke Changkat jong bila aku bandingkan dengan daftar 2008, tapi bila aku bandingkan dengan Daftar Pemilih 2009, nama depa masih ada kat tempat lama tapi lain nombor K/P Polis… diubah sikit saja!!

Apa yang aku tunjuk kat atas hanyalah sebahagian sahaja. Kalau nak tengok senarai penuh pengundi pos Teluk Intan yang mengundi di DUN Pasir Berdamar dan Changkat Jong, hangpa download kat sini.
(Penerangan ringkas ini adalah sebagai reaksi kepada komen Wan Larut dan mungkin memberikan munafaat kepada beliau dan pembaca-pembaca yang sewaktu dengannya. Tapi aku tak bertanggungjawab, sekiranya hangpa makin bercelaru dan tak paham dengan pembahagian saluran dalam Daerah Mengundi. Sebab aku pun lebih kurang hangpa. Blurrrrrrr)

UREKA.ASIA

At last!!


Salah seorang YB 'TIN KOSONG' yang aku maksudkan dalam n3 sebelum ini ialah Khairy Jamaluddin. Pendidikan tinggi daripada one of the best universities in the world tetapi dia lacks sunstance.

Itulah akibatnya kalau akal yang Allah SWT anugerahkan dipersiakan. Kalaulah ilmu yang dia ada digarapkan pulak sebaik mungkin dengan akal, fuulaammakk.... pasti cantik punyer!! Malang seribu kali malang.... kalau berotak tapi diletakkan di kepala lutut, habisler.... habuk pun tarak!!

Apa yang kita tahu tentang si Khairy ini, dia jaguh ber'sorak'. Sorak orang tu.... sorak orang ni dan pandai bergimik. Tak der substance.... but dia try to attract attention dengan cara ber'sorak'. Mungkin itu satu cara nak tutup kelemahan diri sebagai ahli politik yang tak dapat nak menyumbang sesuatu yang berfaedah untuk rakyat dan negara.

Namun... at last, dia lakukan sesuatu yang betul dan realistik. Sindrom denialnya... mungkin dah semakin hilang. Teguran dan kritikan terkini yang dilemparkan kepada media propaganda yang merupakan pakar putar belit iaitu Utusan Meloya, telah menampakkan sedikit kecerdikannya. Sedikit saja tau....

Apa kata dia.... "Cukuplah Utusan, nampak macam kita terdesak" Baca kisah selanjutnya di sini.

Ha... ha... ha....UMNO sudah terdesak!!!

Aha... tau tak per!!

Terimalah kenyataan, yang PAS dan UMNO.... tak mungkin bertaut. Persetankan UMNO... Instead.... PAS mesti fokus dalam usaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya dalam PRU13 nanti.

'Pecat pemimpin temui Harussani'

PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak wala' (setia),

"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu.

Setakat ini, isu pertemuan yang didedahkan Harussani itu masih menjadi misteri apabila mufti veteran itu memilih tutup mulut berhubung perkara itu.

Bagaimanapun tersebar di laman-laman blog dan menjadi buah mulut di kalangan pemimpin akar umbinya bahawa pemimpin yang dimaksudkan ialah pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hasan yang juga exco kerajaan negeri sendiri setakat ini belum tampil mengesah atau menafikan dakwaan itu.

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid berkata, tindakan "pemimpin itu" menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahli dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam Paktan.

Surat tunjuk sebab

Tambahnya, tindakan tersebut berpotensi untuk melemahkan Pakatan dan pastinya disahut oleh musuh politknya Umno dan parti komponen dalam BN.

"Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab. Dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut (menyatupadukan Umno-PAS), maka beliau patut diminta tinggalkan parti.

"Dan sekiranya enggan, (hendaklah) dipecat dari parti," katanya lagi.

Khalid - kini masih digantung sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS - berkata sekiranya pertemuan itu benar-benar berlaku ia merupakan sesuatu yang malang kerang masih ada pemimpinnya "menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu".

"Ini bermakna ada pimpinan yang 'tidak cukup tarbiahnya' (didikan) dan oleh itu mereka perlu diturunkan daripada kedudukan mereka sebagai pemimpin.

"Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka 'pemimpin' dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

"Kalau tidak, maka (PAS) akan semakin celaru," tambahnya.

'Mengapa k'jaan rahsia kos kontrak pertahanan?'

Seorang senator dari Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap kerajaan yang merahsiakan butiran kontrak pertahanan negara.

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim dari DAP berkata, jawapan yang tidak lengkap dan penolakan terus soalan pembangkang di Parlimen, menunjukkan kerajaan tidak telus dan menyalahgunakan label "rahsia rasmi" untuk menyembunyikan kebenaran.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Dewan Negara hari ini, beliau berkata, kerajaan sering memberi alasan bahawa kontrak pertahanan diklasifikasikan sebagai "rahsia".

"Kami tidak mahu tahu rahsia tentera. Apa yang kita ingin tahu hanyalah prosedur pemberian kontrak pertahanan.

"Lebih penting, ini melibatkan wang kerajaan, wang rakyat. Kita perlu tahu bagaimana ia dibelanjakan," kata Tunku Abdul Aziz.

Beliau merujuk kepada, antara lain, jawapan bertulis Kementerian Pertahanan kepada senator Syed Husin Ali dari PKR hari ini kepada soalannya semalam yang meminta kementerian berkenaan menyatakan nama syarikat yang diberi kontrak pertahanan dan nilai kontrak yang diberikan kepada setiap syarikat.

Dalam jawapan bertulis itu, kementerian berkenaan menamakan 29 syarikat yang diberikan kontrak pertahanan - 15 tempatan dan 14 syarikat asing - tetapi tidak menyatakan nilai kontrak yang diberikan.

Syed Husin, yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkat: "Saya menggesa kementerian itu menyatakan jumlah sebenarnya. Dan jika tidak boleh, maka ia perlu menjelaskan mengapa."

Syarikat yang disenaraikan sebagai kontraktor pertahanan untuk pasukan angkatan tentera termasuklah Naval Shipyard Sdn Bhd, Aviation Holding Company Sukhoi, Sarawak Shipyard Sdn Bhd and Geliga Slipway Sdn Bhd.

Perkasa: Tubuh parti baru jika idea kerjasama Umno, PAS gagal

SHAH ALAM, 22 Julai – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata sebuah parti Melayu yang baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal.
Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini berkata, parti baru ini seharusnya mengadaptasikan objektif kedua-dua PAS dan Umno.
“Saya tahu idea ini sesuatu yang provokatif, tetapi perlembagaan untuk satu parti Melayu yang baru, yang menggabungkan matlamat PAS dan Umno boleh dirangka oleh sebuah jawatankuasa pemandu,” kata Ibrahim.
Kata beliau, ia adalah mekanisme menjaga air muka, sekali gus mengelakkan persoalan sama ada PAS harus menyertai Barisan ataupun sebaliknya tidak timbul sama sekali.
“Bubarkan PAS, bubarkan Umno dan semua sertai parti baru,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di sini hari ini.

Bahagian-Bahagian UMNO Selangor hampir kesemuanya lumpuh !!!

 pemuda-umno_rantau_panjang

Bahagian-bahagian UMNO di dalam Selangor daripada 21 Bahagian yang ada hampir kesemuanya lumpuh baik dalam pengurusan organisasi hinggalah kepada pelaksanaan program.

Rata-rata orang Bahagian mengatakan bahwa permainan politik peringat pemimpin tertinggi UMNO Selangor sebenarnya merupakan antara punca UMNO Bahagian hilang hala tuju.

Ini merupakan luahan-luahan orang UMNO Bahagian yang selalu dipersalahkan apabila Roadshow UMNO Selangor gagal , hinggakan ada ahli UMNO dalam kawasan Bahagian itu pon tak datang Roadshow UMNO Selangor  !

Ini merupakan antara info-info mengenai UMNO Bahagian yang lumpuh :


Aku tuliskan bagi pehak teman-teman aku yang buta tuli tak insaf-insaf nak berjuang lagi dalam UMNO. kah kah kah

Buang masa la dok berjuang dalam UMNO Selangor nih , hujung-hujung orang lain yang dapat kredit.... kah kah kah


" sebenarnya Dr Khir dengan Noh Omar yang tak sebulu tu bukan benda baru , biasalah tu ,
kita dah tak kesah pon pasal diorang nak tunjuk pada Najib , siapa yang buat keje...."

" masalah utama Bahagian ni sebenarnya pemimpin Bahagian sendiri yang lembab..."

" Pemuda nak buat aktiviti pon takde peruntukan langsung...itu la masalahnya.."

" kita ada buat cadangan nak buat futsal , takraw , nak tarik golongan belia , tapi kesudahannya , habes dalam mesyuarat jek la...., diam semua lepas tu....."

" Roadshow UMNO Selangor bukan la budak-budak ni tak nak support , yang bagi ceramah tu semua tak pandai bercakap.... orang datang pon boleh tido..."

" aku rasa masalah besar UMNO Selangor ni semua sebab silap pemimpin Bahagian yang berpeluk tubuh , diorang ni berlagak macam Selangor ni UMNO perintah lagi..."

" kau tengok la roadshow UMNO Selangor itu hari , orang yang datang pasar malam lagi ramai dari yang nak tengok pemimpin kita (UMNO) bercakap...."

" masalah utama duit la sebenarnya , tapi aku tengok pembangkang (pakatan rakyat) tu takde duit , bergerak jek semua program ....."

" nak kata Bahagian lumpuh tu melampau sangat la.... takde la lumpuh ... cuma tak bergerak.."

" isu pasir ni pon semua budak dah lesu dah , hujung-hujung rupanya pemimpin kita (UMNO) jugak yang ambek pasir dulu....buat malu la......ko tengok la pembangkang (pakatan) , kenakan balik kita (UMNO) macam mana ... "

HAMPIR KESEMUA BAHAGIAN UMNO SELANGOR LUMPUH !!!

PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SELANGOR DAPAT INFO SALAH !!!

ITU INFO NAK MENGAMPU DAN BODEK !!!

PEMIMPIN UMNO SELANGOR SEMUA DAPAT LAPORAN

BAGUS-BAGUS JEK DARI KETUA BAHAGIAN !!!!!! KAH KAH KAH


KETUA BAHAGIAN SEMUA NAK CARI PENGARUH !!!

BAHAGIAN UMNO SELANGOR TAK TERJAGA !!!!


BAHAGIAN UMNO SELANGOR LUMPUH !!!!

BAHAGIAN UMNO SELANGOR LUMPUH !!!

BUKAN BAHAGIAN KELANA JAYA JEK YANG BERMASALAH !!!

HAMPIR KESEMUA BAHAGIAN UMNO SELANGOR BERMASALAH !!!



INI BUKTI PAKATAN RAKYAT AKAN BERTAMBAH KERUSI LAGI PRU 13 !!!

KETUA BAHAGIAN UMNO SELANGOR TAK BIASA MAIN POLITIK BARU !!!

SEBAB TU SEMUA BERPELUK TUBUH !!!

MENYESAL MELABUR BERJUTA RINGGIT ITU HARI MASA NAK

BERTANDING KETUA BAHAGIAN !!! KAH KAH KAH KAH


PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!!

BAHAGIAN UMNO SELANGOR LUMPUH !!!!!!!!!!

Persoalan perpaduan Melayu

22 JULAI — Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh Umno. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh Umno adalah berasaskan “Melayu”. Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah Umno!
Persoalan perpaduan adalah sesuatu yang diusahakan semua pihak. Tiada yang siuman yang inginkan perbalahan dan perpecahan. Semua inginkan supaya bangsa dan masyarakatnya untuk bersatu. Yang membezakan ialah asas perpaduan yang diusahakan.
Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, Umno adalah punca perpecahan ummat Islam kerana Umno membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. Umno membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Oleh itu ummat Islam terpesong dari dasar perpaduan sebenar yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan Umno melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS. Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai Umno dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. Umno adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam!
Bagi Umno yang ingin melihat orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan mereka di atas dasar Melayu, PAS adalah punca perpecahan. Ini adalah kerana PAS membawa satu dasar yang berbeza, iaitu Islam. Umno gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak Umno. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar “Melayu” yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela “demi kepentingan Melayu”, adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama Umno dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. Dengan itu usaha Umno untuk menyatupadukan Melayu atas dasar bangsa Melayu telah digagalkan oleh PAS.
Umno memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan “lemah” mereka adalah hasil dari perjuangan “Melayu” yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa Umno selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah.
Umno menuduh PAS sebagai penghalang perpaduan Melayu dan PAS menuduh Umno sebagai pemusnah perpaduan Islam. Hakikatnya, kedua-dua pihak inginkan perpaduan tetapi atas di dasar yang berbeza dan oleh itu kedua-dua pihak menyebabkan cita-cita kesatuan pihak satu lagi tidak tercapai dengan sepenuhnya!
Namun, persoalannya sekarang, apakah yang merupakan intipati yang terpenting? Adakah ianya “perpaduan”, walau di atas dasar apa sekalipun, atau adakah ianya sebuah perjuangan yang berasaskan wawasan dan cita-cita mulia yang akan menghasilkan perpaduan manusia di atas dasar keadilan sejagat?
Bagi Umno yang tidak mempunyai sebarang asas yang boleh dianggap mulia atau boleh dibanggakan, perpaduan di bawah kepimpinan Umno ialah di mana mereka akan terus kekal berkuasa, itulah yang mereka inginkan. Itulah cita-cita mereka.
Bagi PAS pula yang mempunyai dasar dan asas perjuangan yang mulia dan bernilai tinggi, perjuangan Islam adalah yang perlu diutamakan dan melaluinya akan tercapai perpaduan.
Kaedah yang diusahakan oleh PAS adalah semestinya kaedah dan pendekatan yang tepat dan saya yakin segala kekecohan berhubung “perpaduan Melayu” yang dibawa oleh Umno tidak akan mampu mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dan kenal siapa itu Umno. Mereka hanya teringat persoalan Melayu apabila mereka tersepit dan terdesak. Selama ini, semasa mereka berkuasa dalam keadaan yang selesa, PAS merupakan sasaran mereka. Tidak pula teringat akan persoalan “perpaduan Melayu”.
Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah Umno, untuk secara tiba-tiba menyatakan, “kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu”. Adalah lebih wajar untuk Umno menyatakan “kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS”.
Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.
Ada pula yang bertanya, “kalau begitu, bagaimana pula kerjasama PAS dengan PR?”
PKR dan DAP ada wawasan mereka masing-masing yang inginkan keadilan sosial. Walaupun konsep keadilan mereka berbeza dengan konsep keadilan PAS, namun dari segi praktiknya ada banyak persamaan. Perjuangan mereka turut menolak rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan sebagainya dan walaupun mereka berpegang kepada fahaman politik sekular, mereka tidak menafikan bahawa sekularisme itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Islam. Pada masa yang sama, keadilan sosial yang mereka perjuangkan meliputi keadilan untuk semua, termasuk orang Melayu dan ummat Islam. Lagipun, perlembagaan negara yang sediada terus akan diguna pakai di mana persoalan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu dan sebagainya akan terus diterima tetapi tidak disalahgunakan. Oleh itu adalah lebih mudah PAS bersama PR dari bersama Umno yang tidak mempunyai sebarang prinsip.
Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan Umno dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan Umno!
Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti. Tindakan beliau telah menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahlinya dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam PR. Ianya tindakan yang disambut dan disahut oleh Umno serta rakan-rakan mereka dalam BN kerana berpotensi untuk melemahkan PR.
SEKIRANYA ianya benar berlaku maka PAS perlu menyedari bahawa, malangnya, masih ada di kalangan pimpinannya mereka yang tidak boleh membezakan di antara Melayu dan Islam dan menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Ini bermakna ada pimpinan yang “tidak cukup tarbiyyahnya” dan oleh itu mereka perlu diturunkan dari kedudukan mereka sebagai pemimpin. Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka “pemimpin” dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.
Kalau tidak, maka akan semakin celaru. — khalidsamad.com

Nelayan tua

Dr Nasir Hashim

22 JULAI — Aku berjalan kaki ayam di tepian pantai. Slipper terpacak di belakang ku. Menguit-nguitkan kaki ku yang basah. Cuba melepaskan segumpalan pasir lembab yang terselit di jejari kaki. Aku bersendirian. Cuba mengupas nasib ku yang malang ini. Kerana sudah ditinggalkan kekasih. Mungkin juga kesilapan ku … kesalahan ku. Asyik kesana, kemari, memertabatkan seni. Mungkin juga kekasih ku sudah jumpa pengganti. Sebab itulah dia bersikap kasar, memarahi aku tidak tentu pasal, ingin bergaduh dengan aku. Begitulah. Putus kasih sungguh lumrah dalam dunia yang mementingkan wang dan glamor. Namun aku tetap aku. Tetap miskin. Membawa diri mencari halatuju.
Sang suria sudah pun mengisytiharkan kehadirannya. Ingin membakar embun-embun pagi. Aku tidak sedar, aku menjelajahi kedinginan malam. Mungkin sudah menjejaki berpuluh-puluh kilometer. Rasanya taklah begitu … takkanlah sejauh itu. Namun sedap membuat akuan sebegini. Capek juga dibuatnya. Lutut-lutut pun sudah longgar dan berlaga-laga sesama sendiri. Entah berapa batang rokok sudah aku sedut. Tidak sedar, bara rokok gugur begitu saja bila sampai ke permukaan “filter”. Ingin memanaskan badan dengan asap rokok dan menghalau nyamuk liar pada malam hari. Tidaklah benar alasan ku itu. Aku memang kaki rokok. Bukan tak boleh berhenti … tak mau aje !  Ha ha hah ! Masih kedengaran gelak ketawa kawan-kawan ku terhadap logik bodoh ku itu. Biank pi lah, asalkan aku bahagia.
Aku terpandang seorang tua nun jauh di sana. Tengah membelek-belek pukatnya. Berserban dan bersebelahan sampan yang seusia dengannya. Aku rasa dia ni sudah tua kerana segala gerak-gerinya “slow” aje. Tidak terburu-buru. Tidak terikat dengan budaya bandar yang berkejar-kejaran melawan masa …. mengejar masa. Aku menghampirinya. Yakin bahawasanya dia ni tidaklah sebegitu tua. Mungkin sudah berpuluh tahun dibedil sinaran matahari, dimamah lautan masin hingga menggecut dan menggelapkan seluruh tubuh badannya. Sudah bongkok sedikit.
Asyik membelek jaring pukatnya. Rokok gulungnya yang melepaskan kepulan asap itu tetap tercuit di sudut bibirnya. Kemerahan api rokoknya sungguh ketara sekali. Pasti ada rokok “spare” di celah telinganya. Aku sudah membuat ramalan. Dia sibuk mencari benang-benang yang putus dan membakarnya dengan bara rokok gulung. Dia tidak dengar ketibaan ku ini. Dia pekak agaknya ataupun dia tidak peduli. Mungkin banyak sangat orang lalu lalang di depan dan belakangnya. Semua membawa diri dengan cerita masing-masing.
“Assalamu’alaikum Pak Cik”
Aku memberi salam. Nelayan ini tidak menyambut salam ku. Aku serba salah. Mungkin dia bukan orang Islam.
“ASSALAMU’ALAIKUM …. PAK CIK”
Aku kuatkan suara dan tabahkan hati. Kalau silap … aku rela meminta maaf.
Dia menoleh ke arah aku lalu menyambut salam ku. Yang aku dengar adalah perkataan “salam” dipenghujung suaranya. Dia tersengih mendedahkan giginya yang sudah pun dilapah zaman. Mungkin ada dua tiga batang gigi yang duduk bersendirian menjadi tiang-tiang mulutnya. Rokok gulungnya tidak jatuh. Tetap terlekat di pinggiran bibir.  Asap berkepulan. Dia terus buat kerjanya.
“Pak Cik … apa khabar.”
“Baik nak (anak).”
Mengangguk-angguk kepalanya secara spontan dan tangannya masih membelek jaring pukat. Cuba mencari lubang-lubang yang harus dibenangkan.
“Nampaknya cuaca baik hari ini, Pak Cik.”
Walaupun kemesraan belum dimeterikan lagi, namun aku ingin berbual dengan orang tua ini.
“Betul nak (anak).”
Dia mengangguk kepala. Mengambil masa menjawab kata-kata ku. Matahari mula mencurahkan cahayanya, makin membatalkan kegelapan subuh. Aku terpesona dengan keindahan dan kekuning-merahan langit dan disambut deruan ombak dan tiupan bayu yang  menyegarkan.
“Cukup cantik tempat ini, ia Pak Cik ?”
Aku berkata, memohon persetujuan. Bangga dan seronok tidak terhingga. Aku menoleh ke kiri, ke kanan dan mendongak ke langit. Khayal bermandikan keindahan dan menghirup udara nyaman. Pak Cik menoleh ke arah aku, tidak berjaya mengukirkan senyuman mesra.
“Tapi….. di sini tidak ada ikan lagi.”
Dia berkata. Kata-kata sugul, pendek dan tajam. Dia mengangguk seolah-olah aku patut tahu. Tetap meneruskan kerjanya. Berderau jantung ku. Aku kena tamparan hebat. Asyik memuji keindahan alam dan terlalu menghayati gelombang laut yang membanting diri di pinggiran pantai hingga aku terlupa langsung tentang kehidupan Pak Cik ini. Di sini tidak ada ikan lagi, katanya. Ungkapan pendek, berbisa dan menusuk kalbu. Sayu hati ku dibuatnya. Seolah-olah kita berdua tidak menjumpai titik pertemuan … titik penilaian terhadap sesuatu. Aku percaya Pak Cik tidak berniat untuk meremehkan kata-kata ku itu. Tetapi itulah hakikatnya, realiti yang sebenarnya. Aku berasa malu. Kerana syonk sendiri. Fikir tentang diri sendiri. Aku sangka, lautan seindah dan sekaya ini tidak seharusnya ketandusan ikan. Aku jangka, kalau hendak ikan di laut ini “tepuk dada tanya selera” aje … pasti dapat. Begitu gelapnya minda ku ini. Mengapalah aku sesat sangat. Kalau banyak ikan, sudah tentu Pak Cik ini senang lenang. Namun pakaiannya menceritakan sebaliknya. Poket bajunya sudah bocor dan berjurai. Baju putihnya sudah robek dan tidak dapat mengekalkan warna asalnya lagi. Membekalkan diri dengan makanan berbungkuskan plastik, bersedia dengan beberapa botol air dan diperkasakan dengan pelita minyak tanah yang setia di sampingnya. Aku cuba tukar topik.
“Anak-anak Pak Cik, tak ada ke ?”
Aku makin cemas. Takut mulut celupah ku ini tersilap kata. Aku dah lama “boring”... bosan. Mahu berbual dengan sesiapa aje. Kalau tak ada orang tua ini, dengan burung-burung atau semut pun jadilah. Memang “boring” gila. Sudahlah letih bercakap sendiri. Sudahlah letih mengulangi senario-senario bodoh yang menonjolkan aku berjaya membodohkan bekas kekasih ku itu.
“Anak-anak ada. Tapi sebuk. Ada di bandar. Tak nak kacau mereka.”
Dia tunduk. Mengambil masa untuk menjawab. Lalu menyelak jaringnya dengan laju. Lagi sekali soalan ku menggangu perasaannya. Aku nak berbual jugak.
“Pak Cik, boleh tumpang sebatang rokok. Rokok saya sudah habis.”
Pak Cik terus menarik rokok yang tertenggek di telinganya dan menyerahkan kepada aku. Aku serba salah. Ambil juga rokok gulungnya itu. Aku ketagihan asap rokok. Terus mencari pemetik rokok. Pak Cik melihat telatah ku. “Betul ke anak muda ini nak hisap rokok gulung ini” (hatinya berkata-kata). Apabila dia melihat aku menarik sedutan pertama dengan kemerahan bara rokok berlumba-lumba menuju ke bibir ku maka dia tersenyum lebar mempamirkan lagi mulutnya yang bertongkatkan kepada beberapa batang gigi yang sudah karat. Lagi sekali aku menghulurkan tangan ku dan mengenalkan diriku. Dia suruh aku panggil dirinya Pak Sih. Kerana semua mengenalinya begitu. Aku pun duduk di atas akar kayu hidup dan berbual dengannya. Sekali sekala tergelunsur juga ke tanah. Maklum sajalah akar ini tidak merelakan dirinya diduduki orang. Mungkin “angle” punggung ku tak kena tempatnya. Lantaklah. Orang tua ini tak cakap banyak. Aku aje yang lebih-lebih.
“Kalau keluar pagi-pagi, bila pulak balik.”
Aku ingin tahu. Mestilah balik lewat malam kerana sudah bawa pelita. Sudah ada bekalan. Aku tak nampak lampu picitnya.
“Tenguklah. Bila dah dapat cukup ikan, dapat cukup makan …baliklah.”
Jawapan yang selamba dan mudah. Aku sudah tak senang dengan soalan-soalan ku ini.  Betullah tu … menangkap ikan sekadar cukup makan. Kerana dia memang tidak berdaya lagi, tidak larat melakukan lebih dari itu. Manalah aku nak tahu. Aku ingat pasti penuh sampan baru nak balik. Aku tukar topik lagi.
“Wah, nampaknya jaga betul moto sampan ni. Mesti boleh dapat banyak ikan.”
Aku berseloka dan mengusap badan moto itu. Tapi kata-kata ku macam tak kena aje. Tetap berdegil … mahu berbual jugak.
 “Kenalah jaga. Nanti tak boleh pergi jauh. Sangkut tengah-tengah laut. Hah   kacau. Sapa nak tolong. Moto kena sewa. Kalau rosak kena bayar sendiri.”
Aku kena penampar Jepun lagi. Kan dia sudah kata, ikan tak ada. Kalaulah dia semiskin ini, maka sudah tentu dia tidak mampu beli moto. Apalah aku ni. Benak bendul sungguh. Tidak cekap mengatur logik. Mendedahkan kedaifan aku.
“Bukankah ada Jabatan Perikanan. Selalu membantu nelayan. Beri pukat, sampan dan moto.”
Aku banyak baca berita dan tenguk TV tentang Jabatan ini membantu nelayan miskin. Aku ingin berkongsi berita. Pak Sih merenungi wajah ku dengan mata kuyunya. Setepat-tepat yang boleh. Macam tak percaya. “Anak muda ini datang dari mana agaknya” (hatinya berkata-kata). Dia tersenyum saja. Maklumlah budak ini, budak bandar, tak tahu sepatah haram pun.
“Alat-alatnya ada. Kita aje tak layak.”
“Kenapa begitu.”
“Nak (anak), kau kena kenal orang, baru jadi. Pak Sih tak suka pegawai-pegawai ini. Asyik minum kopi dengan orang politik dan tokih Cina dan Melayu. Pak Sih kena sewa dengan tokih-tokih inilah. Hasil diambik. Yang lebih-lebih aje Pak Sih bawa balik untuk Mak Cik kau masak. Kalau ada lebih sikit, ikan yang tokih tak mau itu, Pak Sih cuba jual kat kedailah.”
“Habis anak-anak Pak Sih tak bantu ke ?”
Soalan ku ini macam hendak jaga tepi kain orang aje. Aku kesihan orang tua ini dan sudah “hot” mengapa orang tidak membantu keluarga seperti ini.
“Anak-anak Pak Sih bukan kaya dan mereka sibuk.”
Pak Sih melontarkan alasan-alasan yang tidak meyakinkan. Kesedihannya terlalu jelas. Tunduk beberapa ketika. Anak-anak kesayangannya sudah membelakangkan mereka berdua. Menghampakan mereka. Tapi Pak Sih tetap cekal dalam kehidupan. Mengeluarkan dedaun rokok. Mencabut tulang-tulang daun, mengurut dan mempeletuk-peletukkannya. Mengambil secebis tembakau, ditarik panjang-panjang lalu mengulungnya. Dimeterikan dengan air lidahnya. Masih menggunakan mancis walaupun sudah ada pemetik rokok yang terbaring di pelantar perahu. Aku sudah tidak berhajat untuk melanjutkan soalan-soalan ku.
Pak Sih mula menolak sampannya ke laut. Aku cuba membantu. Pak Sih izinkan. Dia melambai. Aku bersedih. Pak Sih bersama perahu kecilnya ingin bersaing dengan bot-bot pukat tarik moden yang berlegar-legar di ufuk laut. Seorang miskin tua, bertarung nasib mengharungi lautan yang tidak mengenali erti kemanusiaan dan kesaksamaan. Orang tua tanpa pembelaan. Entah balik … entah pun tidak. Terserahlah. Namun, isteri di rumah setia menunggu. Selamat tinggal saudara ku dan salam perjuangan Pak Sih. Semoga kau dirahmati Illahi. Semoga aku diberi peluang untuk memahami kehidupan ini.
* Dr Nasir Hashim is Kota Damansara assemblyman and Parti Sosialis Malaysia chairman.

MIC terima Murugiah, pecat Subramaniam, KP Samy..ha..ha..ha..!!

MIC telah menerima permohonan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah untuk menjadi anggota parti itu.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti di Kuala Lumpur hari ini, bagaimanapun berkata anggota jawatankuasa majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) yang telah dipecat itu tidak diberikan sebarang jawatan dalam MIC.

Beliau berkata ini selaras dengan perlembagaan MIC di mana anggota baru tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam tempoh tiga tahun.

"Saya suka mengumumkan kita telah menerima beliau sebagai ahli dalam MIC. Keputusan telah dibuat dan saya mengucapkan selamat datang kepada beliau. Saya berharap beliau dapat menjalankan tugasnya sebagai timbalan menteri demi kebaikan masyarakat India," katanya kepada pemberita.

Murugiah dilaporkan telah mengemukakan permohonan untuk menganggotai MIC baru-baru ini selepas dipecat oleh Presiden PPP Datuk M Kayveas, tahun lalu berikutan perebutan kuasa dengan pemimpin parti itu.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan reaksi balas daripada PPP berhubung keputusan itu, Samy Vellu berkata: "Apabila kita buat keputusan, kita tidak bimbang tentang apa-apa perkara. Bila kamu pergi berperang, kamu tidak akan berpatah balik".

Beliau berkata permohonan Murugiah hanya diluluskan selepas difikirkan secara mendalam dan parti mendapati beliau "beliau seorang yang amat berguna kepada MIC".
Samy Vellu juga mengumumkan Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menolak rayuan dan secara rasmi memecat Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, V Subramaniam, dan bekas ahli jawatankuasa itu, KP Samy.

Kedudukan dua lagi iaitu bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan, dan bekas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, G Kumar Aaman, akan diputuskan pada mesyuarat bulan depan.

MEMANG ELOK KENA HENTAM

Hentam pegawai Persekutuan: Ketua Setiausaha Negara kata Guan Eng melampau


si mamat ni lagi teruk..masa Nizar jadi MB..dia le DALANG BESAR subahat jatuhkan Kerajaan PR Perak...dengan minit mesyuarat EXCO bocor, beri arahan kepada semua Pegawai Daerah supaya jangan kerjasama dengan Pakatan Rakyat..

Larangan jual RON 95 kepada warga asing tetap dilaksana 1 Ogos

PUTRAJAYA, 22 Julai – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata larangan penjualan petrol RON 95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing tetap dilaksana pada 1 Ogos ini.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan subsidi hanya dinikmati rakyat negara ini.
“Alasan bahawa mereka memerlukan masa tidak timbul kerana pengharaman penjualan itu tidak melibatkan sebarang perubahan pada stesen minyak dan memerlukan penggunaan duit.
“Bukan saya tidak mahu layan permintaan mereka, tetapi harap mereka faham hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi itu hanya pada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas permintaan Persatuan Penjual Petrol agar kerajaan melanjutkan tempoh pelaksanaan larangan itu selama sebulan bagi membolehkan pengusaha stesen minyak dan pemilik kenderaan asing menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut.
Ketika mengumumkan penyelarasan subsidi ke atas bahan api dan gula minggu lepas kerajaan turut berkata bermula 1 Ogos ini kenderaan bernombor pendaftaran asing hanya dibenar membeli petrol RON 97 yang tidak lagi diberi subsidi.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata tempoh yang diberi oleh kerajaan itu adalah memadai untuk pengusaha stesen minyak melaksanakan peraturan tersebut memandangkan ianya tidak melibatkan perubahan besar.
Sementara itu mengulas kenaikan harga gula, beliau berkata kenaikan sebanyak 25 sen bagi setiap kilogram itu tidak bertujuan membebankan rakyat di negara ini.
Sebaliknya kata beliau, langkah tersebut bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat pada kalangan rakyat yang pada masa ini menggunakan bahan itu pada kadar yang tinggi.
“Sebab itu kerajaan cuma naikkan 25 sen sebab kami faham rakyat masih gunakan gula. Tapi apa yang perlu diubah ialah kurangkan pengambilan gula dalam makananan,” katanya yang sebelum itu menemui persatuan pengguna, di sini.
Beliau berkata langkah kerajaan itu turut disokong oleh persatuan pengguna yang bimbang dengan amalan hidup rakyat negara ini.
“Malah ada juga yang menganggap kenaikan ini terlalu rendah dan sepatutnya dinaikkan lebih tinggi lagi. Ada pula yang memberikan cadangan supaya subsidi gula dihapuskan,” katanya. – Bernama

Umno lancar kempen 'Selamatkan Selangor'

Umno Selangor akan menganjurkan 19 program ceramah sempena program 'Roadshow' Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) bermula esok sehingga 8 Ogos depan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu yang bermula dengan bahagian Shah Alam esok.

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, roadshow SSDE bertujuan untuk menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di Selangor.

"Melalui program ini kita akan berceramah dan berkomunikasi secara terus dengan rakyat Selangor bagi menerangkan isu seperti penyelewengan pasir dan isu membabitkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Noh berkata program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukor Idrus berkata dua ceramah dijadualkan diadakan malam esok di bahagian Shah Alam dan Kota Raja.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, ceramah di Shah Alam akan berlangsung di DUN Batu Tiga dan DUN Seri Andalas di bahagian Kota Raja.

ADUN Batu Tiga adalah exco kerajaan negeri Rodziah Ismail, manakala ADUN Seri Andalas diwakili oleh seorang lagi exco kerajaan negeri, A Xavier Jeyakumar.

Rodziah dan Xavier adalah dari PKR.

"Kesemua ceramah akan berjalan serentak pada jam 8.30 malam," kata Abdul Syukor sambil menambah tempat ceramah akan dimaklumkan kemudian.

Penggantungan Umno Rantau Panjang

Serlah Kelemahan Mustapa Mohamed
MAJLIS Tertinggi (MT) Umno akhirnya mengambil tindakan menggantung Umno Bahagian Rantau Panjang ekoran pergeserannya yang tidak ada kesudahan. Kemuncak kepada perbalahan itu apabila dua mesyuarat bahagian diadakan oleh kedua pihak yang berbalah dua minggu lepas. Dengan penggantungan itu Umno bahagian Rantau Panjang kini tidak berfungsi. Ketuanya, sama ada yang sah atau tidak sah tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab parti.

Bekas ketua, Mohd Zain Ismail bersama ketua Puteri, Norhayati Mamat dan bekas Bendahari Ghazali Ismail akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti. Sebelum ini Mohd Zain dan Ghazali telah digantung keahliannya atas tuduhan menaja calon bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Ada sedikit kepelikan mengenai keputusan MT itu. Apakah ahli yang digantung boleh dirujuk (ditambah hukuman) dengan dihadap ke lembaga disiplin?

Pergeseran Umno Rantau Panjang melibatkan perbalahan dua puak. Satu puak diketuai Mohd Zain dan satu lagi diketuai Abdullah Mat Yassin. Mohd Zain adalah bekas ketua manakala Abdullah pula ketua yang diangkat oleh Badan Perhubungan Umno apabila Mohd Zain ternafi untuk mengekalkan kedudukannya bila digantung saat persidangan bahagian.

Jika ingin berlaku adil sepatutnya Abdullah juga dirujuk kepada lembaga disiplin parti bukan hanya Mohd Zain, Ghazali dan Norhayati saja kerana Abdullah dikatakan turut menyumbang kepada pergeseran menjadi lebih panas lagi.

Dalam pada itu penggantungan Umno Rantau Panjang itu memberi implikasi langsung kepada Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed. Penggantungan itu mneunjukkan kelemahan Mustapa sebagai ketua. Beliau gagal mencari formula untuk menyelesaikan pergeseran Umno bahagian itu yang didakwanya berlaku sejak 20 tahun lalu. Ini bermakna beliau tidak dihormati oleh Umno bahagian Rantau Panjang.

Dari awal lagi menjelaskan sikap 'klu klik' Mustapa Mohamed dalam menghadapi pergeseran Umno bahagian itu. Beliau begitu pengecut untuk mengunakan kuasanya sebagai ketua sebaliknya lebih bersikap menimbang dan mengambil hati semua pihak. Sikap itulah menyebabkan pergeseran itu tidak berkesudahan. Dalam masa lain juga Mustapa cuba mengelak dari terperangkap di antara dua kumpulan demi kepentingan politiknya.

Walhasilnya gara-gara tindakan 'pondon' itu akhirnya Umno bahagian itu terheret ke tali gantung.

Bagaimana pun, dalam masa lain Mustapa nampak berat sebelah dalam bertindak untuk menyelesaikan masalah Umno Rantau Panjang. Mustapa lebih cenderong mirip kepada Abdullah Yassin berbanding dengan Mohd Zain dan kumpulannya. Ini mungkin disebabkan Abdullah dilihat selalu berlegar-legar di Putrajaya bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh.

Katanya sebanyak enam kali ahli jawatan kuasa bahagian Umno Rantau Panjang telah berjumpa dengan Mustapa untuk memberi cadangan agar pergeseran diselesaikan. Namun perjumpaan itu gagal membawa sebarang hasil dan Mustapa tidak pun menunjukkan respon membanggakan ahli jawatan kuasa bahagian yang menemuinya. Di sinilah menyerlahkan kebebalan Mustapa sebagai ketua. Kalau dia memahami politik beliau harus bersetuju dan melayani permintaan ahli jawatan kuasa bahagian berkenaan atau pun mengemukakan apa-apa plan damai.

Apa lagi yang menimbulkan kemarahan ahli jawatan kuasa bahagian itu, bila Mustapa mengatakan isu Umno Rantau Panjang sudah selesai apabila Pegawai Penyelia Mukim (PPM) sudah boleh dilantik. Mustapa tidak sedar bahawa perlantikan itu menyenangkan satu pihak saja dan menyebabkan satu pihak lagi sakit hati. Keadaan inilah menampakkan Mustapa tidak adil dan berat sebelah dan menyebabkan ahli jawatankuasa bahagian merasa mereka dicabar lalau mengadakan mesyuarat bahagian serentak dengan mesyuarat satu pihak lagi.

Penggantung Umno bahagian Rantau Panjang dan juga tindakan menghadapkan Mohd Zain, Ghazali dan Norhayati, katanya menggembirakan puak Mohd Zain. Tindakan itu sangat dialu-alukan. Walaupun mereka dikenakan tindakan mereka gembria kerana ia akan membolehkan mereka mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.

Sudah tentu selepas ini mereka akan dipanggil oleh lembaga disiplin untuk mengetahui apa menyebabkan pergeserean berkenaan. Di situlah nanti mereka akan menceritakan dari A sampai Z apa yang berlaku. Pendedahan itu nanti sedikit sebanyak akan tempias kepada Mustapa Mohamed. Mereka tidak akan cuba menyembunyikan fakta yang berlaku kerana usaha secara anak beranak selama ini menemui kegagalan. Kelemahan Mustapa sebagai ketua akan didedah habis-habisan.

Ada kemungkinan ekoran pendedahan itu nanti menyebabkan kedudukan Mustapa sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan akan dinilai semula. Kalau ini berlaku ia dikira molek juga kerana selamanya Mustapa tidak layak untuk menjabat jawatan itu. Seperti mana saya katakan sebelum ini Mustapa hanya layak jadi Tok Empat Umno Bahagian Jeli sahaja bukannya memimpin Umno negeri.
MSO

Siapa Taek Jho Low PAS yang berpoya-poya dengan selebriti Umno?


Apa yang anda nampak bila baca berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-PAS"? Saya nampak tidak ada penafian bahawa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali adalah orang yang berjumpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani baru-baru ini mendedahkan terdapat pemimpin PAS dan Umno menemuinya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti.

Langsung tak ada penafian. Ca baca petikan berita di bawah:
Manakala ketua penerangannya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir pula ketika dihubungi pula memberitahu pihaknya sedia maklum terhadap dakwaan tersebut.

Mengakui sudah mempunyai penjelasannya, beliau bagaimanapun berkata biarlah perkara itu dijawab oleh Dr Hasan sendiri.

"Beliau sekarang berada di United Kingdom. Esok malam insya-Allah beliau pulang," katanya yang juga bekas setiausaha akhbar kepada preden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Barangkali sudah tak boleh dinafikan lagi. Kawan-kawan yang berada di PNB Darby Park dah lama bercerita malah ada yang ambil gambar. Tukang komen yang bernama Hussin dah beberapa kali membayangkan dia dah tengok gambar tu.
PB.