Rabu, 21 Julai 2010

Najib: Jangan buat andaian rakyat meluat dengan Umno


KUALA LUMPUR, 21 Julai – Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.
“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.
Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib (gambar) berkata, “saya tidak terima anggapan itu (meluat).”
Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.
Najib memberitahu, selepas proses pemutihan yang dijalankan awal tahun ini Umno kini mempunyai 3,186,850 orang.
Umno telah mengeluarkan hampir 600,000 ahli daripada daftar keahliannya.
Ditanya kedudukan Umno Kelana Jaya, Najib berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan soal kepimpinan bahagian itu.
“Kami tidak bincang,” kata beliau sambil menambah, oleh kerana Ketuanya Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menurunkan mandat kepada timbalannya Datuk Yahaya Bujang, maka beliau akan memangku jawatan ketua bahagian itu.
“Beliau sudah turunkan kuasa, maka beliau (Yahya) boleh memangku,” katanya.
Semalam, Yahaya mengesahkan Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua bahagian itu bermula April 2009.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan desakan terhadap Muhammad, yang juga bekas menteri besar Selangor supaya melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.
“Sebenarnya Tan Sri Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Umno bahagian bermula dari April 2009.”
Najib juga berkata, mesyuarat MT juga tidak membincangkan isu berkaitan ketidakhadiran empat Ahli Dewan Undangan Negeri pada persidangan perwakilan bahagian itu yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kami ambil maklum (isu Setiu),” katanya.

NIE APA HAL PULAK : Jangan Defensif, Terima Tawaran Perpaduan Umno-PAS ..??? Perlukan penjelasan..!!!

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat sokong perpaduan

PETALING JAYA: PAS disaran supaya tidak terlalu defensif, sebaliknya menerima tawaran perpaduan ummah yang dihulurkan Umno demi Melayu dan Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi (gambar) berkata, PAS sendiri perlu membuang sifat berkenaan mengenai isu perpaduan Melayu kerana majoriti kaum itu adalah beragama Islam.
"Umno hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita (PAS), saya sarankan agar kita tidak perlu menolak tawaran itu, terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan.
"Umat Islam mesti bersatu, rata-rata umat Islam adalah Melayu... jadi secara mantiknya Melayu mesti bersatu," katanya di sini pada Rabu.
Bagaimanapun Nasrudin berkata, perpaduan antara PAS-Umno perlu menjadikan Islam sebagai syarat utama.
"Islam menjadi syarat, saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat perpaduan tanpa syarat.
"Perpaduan itu hanya berjaya dan diredhai oleh Allah apabila diikat dengan syarat Islam," katanya yang dipetik dari laman blognya episodeperjuangan.blogspot.com.
Melalui entri terbarunya yang bertajuk Perpaduan Melayu: PAS Tidak Perlu Defensif, Nasarudin berkata, perpaduan bangsa Melayu adalah sangat penting namun pada masa yang sama tidak mengabaikan kepentingan kaum lain sejajar dengan syariat Islam.
"Sayang bangsa namun binalah bangsa itu atas agama dan syariat Islam, sayang material tetapi kawal material itu dengan kawalan agama dan syariat Islam serta sayang kuasa tetapi bentuklah kuasa itu dengan acuan agama dan syariat Islam.
"Kalau kita bercakap soal perpaduan, kita tidak boleh hanya bercadang untuk bersatu sesama kita bangsa Melayu atau ummat Islam sahaja sementelah perpaduan sesama ummat Islam itu hukumnya wajib, tetapi juga mesti ada plan dan perancangan berperingkat untuk bersatu bagi semua bangsa dan kaum," katanya.
Selain itu beliau berkata, jika Umno ikhlas dan serius mahukan perpaduan, sewajarnya parti itu menerima syarat iaitu Islam sebagai dasar perjuangan.
"Kita bukan letak syarat supaya Umno bubarkan partinya, cuma kita minta supaya Umno menerima Islam sebagai dasar perjuangan. Sukarkah begitu ? Kalau sukar, maka sukarlah kita ummat Islam mahu bersatu.
"Saat itu nanti jangan lagi dituding PAS tidak mahu perpaduan atau PAS punca perpecahan kerana kita mahukan perpaduan.
"Kita mahu supaya ummat Melayu bersatu padu atas dasar Islam dan perjuangannya, jangan sesiapa mengatakan PAS tidak mahu bersatu padu," katanya.

Round Five: BSA Tahir was merely the fall guy

Was the detention of BSA Tahir a matter of national security? Was it to safeguard the security of Malaysia or was it to cover up the involvement of those who walk in the corridors of power in illegal activities? Since the evidence is so overwhelming why detain BSA Tahir without trial? Why not charge him in court and secure a conviction? After all, BSA Tahir never denied what happened. He just denied that he acted alone and that the Malaysians did not know what was going on.


Raja Petra Kamarudin
The three directors of Scomi are Hilmy Zaini Bin Zainal, Mansor Bin Tahir and Shah Hakim @ Shahzanim Bin Zain.
Prisma Wibawa Sdn Bhd is 100% owned by Scomi. The three directors of the company are Hilmy Zaini Bin Zainal, Mansor Bin Tahir and Shamsul Bahrin Bin Rukiban.
Prisma Wibawa received RM11 million and Scomi about RM9 million -- a total of RM20 million -- from Lebanon and Libya to finance the production of the nuclear centrifuges.
The IGP issued a ten-page press statement saying that the Malaysians were conned by BSA Tahir and that they were not aware they were involved in an illegal business. The evidence thus far -- and there is more to come -- shows that the Malaysians were very much in the know and were deeply involved from the very beginning.







Malaysia intolerant of dissent


(Reuters) - MALAYSIA arrested nearly 1,000 anti-government protestors in 2009, signalling 'heightened intolerance', an influential and independent human rights group said on Wednesday.
Political tensions rose in this South-east Asian country following record 2008 polls losses by the government now led by Prime Minister Najib Razak.
Tensions are still high and could rise further with the sodomy trial of opposition leader Anwar Ibrahim resuming next month.
'Because the Prime Minister sought to regain his losses in 2008, 2009 saw a huge crackdown on dissent and the opposition,' said John Liu, a coordinator with SUARAM or Voice of the Malaysian People group.
Mr Najib took office in April last year pledging political and economic reforms to revive his coalition and woo foreign investments to the South-east Asian country.
The rise in political tensions and increasing competition from faster reforming regional neighbours like Indonesia have weighed on investor sentiment towards Malaysia where investment has languished.

Ahmad Masih Belum Jawab Keputusan Dialog Isu Felda

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 21 Julai - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata beliau masih menunggu maklum balas dari Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkenaan jemputan berdialog yang telah dicadangkan oleh Ahmad kepadanya 8 Julai lalu di parlimen.
Beliau telah pun menjawap surat jemputan dialog tersebut setelah menolak pelawaan Mazlan untuk mengadakan debat bagi membincangkan pelbagai isu yang berlaku di dalam pengurusan Felda.
"Susulan daripada cadangan debat yang saya kemukakan kepada Ahmad Maslan dan surat berkenaan itu telah saya hantarkan pada 8 Julai lalu tetapi pada waktu itu beliau tidak bersedia untuk berdebat tetapi mencadangkan untuk berdialog atas isu-isu Felda.
"Saya telah mengadakan perbincangan dibeberapa peringkat jawatankuasa di dalam Anak, dan kita bersetuju untuk berdialog tetapi dengan syarat ia dilakukan secara terbuka agar semua yang hadir dapat mengetahui apa sebenarnya berlaku.
"Kita cadangkan ia diadakan di ibu pejabat Felda di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada 9 Ogos nanti, surat jawapan telah kita hantar dan juga faks ke pejabat Ahmad Maslan," jelas Mazlan pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Beliau menjelaskan keengganan Ahmad untuk berdebat mengambarkan ada sesuatu yang mereka cuba selindungi kerana sekiranya berdialog maka pendedahan kepincangan di dalam Felda dapat dielakkan.
"Saya sangat kesal dengan keengganan timbalan menteri untuk berdebat, apa yang menjadi tanda tanya adakah mereka cuba melindungi sesuatu.
Beliau sepatutnya mempunyai tanggungjawab untuk memperjelaskan segala isu yang telah ditimbulkan bukannya mengelak, menjawab secara profesional bukan hanya membuat penafian.
"Kita membuat pendedahan dengan merujuk kepada data serta bukti kenapa timbalan menteri tidak menjelaskan atau menafikan data serta bukti tersebut. Tujuan kita ingin berdebat adalah untuk menyelesaikan kemelut di dalam Felda bukannya untuk kepentingan politik, kita berjuang demi peneroka-peneroka yang telah lama berbakti untuk kemajuan Felda dan juga negara ini," kata Mazlan lagi.
Beliau berharap Ahmad akan menerima cadangannya untuk mengadakan dialog secara terbuka.
"Kita menerima cadangannya untuk berdialog dan harap cadangan kita berdialog secara terbuka akan diterima olehnya. Jangan cuba hendak membuat pelbagai alasan, kalau apa yang kita dedahkan tidak benar buktikan," tambahnya.
Mazlan juga berkata Anak telah mencetak risalah 'Felda Bankrap?' yang mengandungi pelbagai maklumat serta kepincangam pentadbiran Felda dan beliau akan mengedarkan risalah tersebut secara percuma di seluruh negara dengan tujuan agar rakyat serta peneroka tahu keadaan sebenar yang berlaku.

Polis gagal geledah HQ PKR cari bukti dakwaan hasutan

3-tak harap balas Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini hampir ‘diserbu’ polis berikutan artikel Ahli Majlis Pimpinannya, Badrul Hisham Shaharin dalam blog yang didakwa mempunyai unsur hasutan.
Kira-kira 20 orang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2 tiba di perkarangan pejabat PKR kira-kira 11.30 pagi tadi beserta waran geledah untuk mengambil barang bukti, iaitu komputer yang digunakan Badrul untuk menulis artikel terbabit.

Tindakan polis itu dipercayai ekoran kenyataan Badrul yang mengatakan beliau pernah menggunakan komputer milik ibu pejabat PKR bagi menghasilkan artikel berkaitan.
Pada pukul 12.27 tengahari, kira-kira 10 anggota polis mula berkumpul di depan pejabat PKR, sementara Ketua Polis IPD Seremban 2, Inspektor Affendi Sulaiman mengemukakan surat waran kepada Setiausaha Pengelola PKR Radin Shamsul Kamal.
Radin kemudiannya membenarkan Affendi naik ke pejabat PKR bagi mengadakan perbincangan dengan Pengarah Komunikasi PKR Johnson Chong.
Kira-kira 15 minit kemudian, Affendi dilihat keluar daripada premis bersama Johnson.
Waran geledah ‘rosak’
Johnson yang ditemui pemberita berkata, hasrat polis untuk menggeledah pejabat PKR hari ini dibatalkan apabila mendapati waran yang dikemukakan polis adalah ‘rosak’ dan ‘tidak boleh digunakan’.
Beliau berkata, walaupun waran yang dikemukakan itu tertulis peruntukan seksyen yang membenarkan majistret mengeluarkan surat waran, namun ia tidak menyatakan jenis dan akta kesalahan yang dilakukan oleh Badrul.
"Pihak polis datang berkaitan blog Badrul dengan waran geledah. Bagi saya waran ini rosak dan tidak boleh pakai sebab seksyen itu patut tulis apa kesalahan, tapi dia (waran) sebut perkara lain pula.
"Ini adalah kesilapan teknikal majistret. Kesalahan sepatutnya berada dibawah akta hasutan.
"Namun dalam waran tertulis seksyen yang memberi kuasa kepada majistret untuk keluarkan waran sahaja tanpa sebutkan jenis kesalahan.
"Lagipun kuasa (waran geledah) ini untuk membuat penggeledahan untuk mencari apa yang diterbit, tetapi apa yang diterbitkannya itu sudah ada dalam online.
"Maklumat semuanya ada dalam komputer riba milik Badrul," katanya.
Berikutan itu juga, Johnson berkata pihak polis kemudiannya bersetuju untuk membatalkan hasrat untuk menggeledah pejabat PKR dan akan mengadakan pertemuan semula dengan Badrul.
"Mereka setuju, mereka dah ambil maklumat saya dan Radin. Mereka selepas ni akan terus berurusan dengan Badrul dan tak akan datang lagi sebab komputer riba peribadi itu berada dengan beliau, bukan disini," katanya.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard pada 10 Julai lalu ditahan polis di Seremban ekoran artikel dalam blog yang didakwa menghasut dan menyentuh mengenai Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja.
Rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.  Chegubard kemudiannya dibebaskan setelah dilaporkan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
Badrul kini dipercayai berada di Seremban. Kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Umno-BN tikam umat Islam dari belakang

mahfuz1PETALING JAYA: Parti Islam Semalaysia (PAS) kesal dengan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) menikam umat Islam dan rakyat Palestin dari belakang.
Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, "bantuan dihulur kepada rakyat Palestin tetapi pada masa yang sama membantu mengukuhkan ekonomi negara haram Israel.
"Ini terbukti dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia," kata Mahfuz melalui sms kepada Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Zionis/Yahudi.
Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya telah melantik syarikat perunding Apco yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.
"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin," tegas beliau.
Umno sesak nafas
PAS katanya, akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Di samping itu, PAS akan menjamin hak semua kaum dengan menjadikan prinsip Keadilan sebagai teras pembangunan, sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," tambahnya.
"Dengan ini katanya, PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan. Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS."
Mahfuz mengucapkan "terima kasih" kepada Mufti Perak Tan Sri Datuk Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
Kenyataan beliau (Harussani) menambahkan lagi keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
Mahfuz berkata, "kami dalam PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru.
"Tugas baru itu ialah dengan meletakkan kembali Melayu dan Bumiputra pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warga negara Malaysia yang bertanggungjawab," ujar beliau.

Isu Pasir: Pemimpin UMNO cuba perbodohkan rakyat, Kerajaan Selangor

Saya kesal dengan sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang berterusan memberikan kenyataan salah berhubung operasi perlombongan pasir serta kejadian curi pasir di negeri Selangor.
Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.
Tindakan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menyelar Menteri Besar kerana meminta campur tangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Selangor membanteras pencurian pasir adalah contoh nyata.
Kita maklum sememangnya budaya politik UMNO sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang.  Namun kenyataan Adun Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini.
Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan Kerajaan Persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri.
Kita juga kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang cuba cuci tangan dalam isu jenayah curi pasir kerana ini jelas bertentangan dengan konsep federalisme.  Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tanggungjawab khusus kepada kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri di bawahnya.
Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan Kerajaan Negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Kerajaan Negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar.
Hasilnya, pendapatan pasir telah meningkat beberapa kali ganda seperti berikut:
Tahun Royalti (RM Juta)*
2005 3.54
2006 4.37
2007 8.17
Selepas PR berkuasa  
Tahun Royalti+Keuntungan(RM Juta)*
2008 8.17
2009 13.76
2010** 15.3
*Keuntungan sebelum cukai
**Sehingga Jun 2010
Hasil pasir juga digunakan untuk membantu kerajaan negeri membiayai program kebajikan di bawah agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Hadian Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun.  Kami yakin rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan negeri ini kerana lebih baik berbanding BN dan kerana UMNO cuba memutar belitkan isu pasir ini bagi memperbodohkan rakyat.
*Kenyataan media daripada Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Yang miskin subsidi yang kaya

Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini.  Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening).  Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.
Sememangnya kita sedar bahawa subsidi berlebihan akan menjejaskan keseimbangan bekalan-keperluan dalam pasaran.  Kini, kita ingin tahu, ke manakah wang yang dijimatkan selepas kerajaan BN mengurangkan subsidi?
DAP yang sentiasa "mendampingi rakyat" semestinya akan bersuara untuk rakyat.  Bermula daripada pemberian dana kepada warga emas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, sehinggalah adik-beradik Nga-Ngeh yang mempertikaikan ke mana perginya wang petroleum sejumlah RM592 bilion... yang semestinya akan meredakan kemarahan warga emas.
Defisit meningkat; Hutang melambak
Pada hakikatnya, "sudsidi" yang mampu dibiayai kerajaan sekian lama ini, bertukar menjadi dosa yang dituding jari selepas kenyataan "bankrap" oleh Idris Jala, Menteri Jabatan Perdana Menteri.  Jika dilihat dari sekarang, kenyataan tersebut lebih merupakan hujah memanaskan badan untuk memberi laluan kepada kenaikan harga pada hari ini.
Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya.  Tetapi, apakah harga yang kita bayar?  Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009.  Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009, menyaksikan pertumbuhan pada kadar 12% mengikut tahun.
Seandainya dihitung mengikut populasi yang mencecah 27.5 juta orang, maka secara puratanya setiap warga Malaysia memikul beban hutang sebanyak RM13,164 seorang.  Dengan kata lain, kerajaan kita menjadikan daya produk rakyat pada masa depan sebagai "jaminan", untuk meminjam hutang dari negara asing melalui bon kerajaan, yang akhirnya menjurus kepada lambakan hutang.  Akibatnya, kerajaan dengan sewenang-wenangnya menggunakan wang masa depan rakyat, yang wujud dalam bentuk "pinjaman hutang" pada masa sekarang.  Kini, Najib pula menasihatkan rakyat bahawa subsidi akan dikurangkan, ubahlah cara hidup kamu!
Pada hakikatnya, beliau harus lebih jujur untuk mendedahkan kepada rakyat: perbelanjaan yang ditampung dengan defisit oleh kerajaan telah dihabiskan melalui projek mega sejak zaman Mahathir.  Wang masa depan yang dimiliki rakyat, kebanyakannya bukan digunakan sebagai subsidi, tetapi untuk men-subsidi kroni yang menyembunyi di sebalik projek gajah putih.
Kita semuanya tahu bahawa sumber ada hadnya.  Gerombolan BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau, dan penipuan ini bakal terburai pada suatu hari nanti.  Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu, lebih banyak buih yang bakal berpecah.  Kumpulan berkepentingan yang berada di gelanggang mula gelisah, kerana mereka mungkin kehilangan segala-galanya sebaik sahaja permainan ini tamat.
Yang miskin subsidi yang kaya
Mungkin tiada orang yang menemui kekotoran yang ada di dalamnya, semasa ekonomi mengalami pertumbuhan pesat, seperti zaman akhir 1980-an dan awal 1990-an.  Selagi keluaran negara kasar (KNK) melambung, maka keghairahan untuk menjana pembangunan ekonomi dengan pinjaman hutang boleh diteruskan.
Persoalannya, kroni dan kelas politik-ekonomi ini mula menyedari bahawa formula ini tidak dapat beroperasi apabila ekonomi diperlahankan, malah gagal menampung keperluan kumpulan berkepentingan yang semakin berkembang.  Jadi, macam mana?
Akhirnya, cukaikan rakyat secara langsung dengan mengurangkan subsidi kepada pelbagai keperluan asas.  Polisi monetari yang sekian lama ini kekal pada kadar faedah rendah, dinaikkan baru-baru ini, menyebabkan harga barang melambung tinggi.  Kadar faedah simpanan lebih rendah daripada kadar inflasi sebenarnya.  Maksudnya, nilai "wang simpanan ditambah faedah" menjadi kurang berikutan kadar inflasi yang lebih tinggi.  Maka, ia seolah-olah cukai yang dikenakan ke atas rakyat jelata, atau dengan kata lain, yang miskin men-subsidi yang kaya.
Selain itu, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilewatkan pelaksanaannya, bakal mencekik lebih ketat leher rakyat.  Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pengagihan yang adil, apabila kerajaan mengagihkan "faedah pinjaman" yang telah dibelanjakan sewenang-wenangnya kepada rakyat jelata tanpa mengira kaum dan kelas.
"Pengagihan yang adil" ini mungkin boleh melegakan kumpulan berkepentingan pada jangka pendek, tetapi bakal menamatkan hayat mereka untuk jangka panjang.  Menyembuyikan pertentangan dalaman dengan inflasi bakal mengundang malapetaka kepada dirinya.  Ini masalah sebenar yang dihadapi kerajaan BN, dan juga dilema Najib.

How poor are we, really?

Sheridan Mahavera, Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, July 21 — The government likes to boast that Malaysia has almost erased poverty. It is the one unchallenged success that is shouted out again and again to show how far we have come since Merdeka.

The line is familiar: “In 1970, 49.7 per cent of households were living in poverty. Now it is only 3.8 per cent.” Or out of 6.2 million households, only 228,400 can be classified as poor.

These 228,400 are households that earn an average of RM800 a month and below.
Is RM800 a fair cut-off point? Because it effectively means that if a household of four earns RM900, RM1,000, or even RM1,500 a month, they cannot be considered poor.

If that is the case, then why are there more and more media reports of families complaining that they cannot make ends meet even when they earn RM2,000? How did the government calculate and decide that RM800 is the poverty line?

Jayanath Appudurai, who writes extensively on poverty for the Centre for Policy Initiatives, believes that the government’s calculations are unrealistic.

Here, he argues that we need a new standard to measure poverty — one that more accurately represents the cost of food, clothing, rent and other basic necessities, and how much it takes for an average family of four to keep themselves afloat in today’s Malaysia.

Jayanath’s assessment is based on government data in its 10th Malaysia Plan (10MP) report released in June, and the New Economic Model (NEM) that was out in April.

The Poverty Income Level (PLI) is defined as:
“An income that is necessary to buy a group of foods that would meet the nutritional needs of the members of a household. The income is also to meet other basic necessities such as clothing, rent, fuel and utilities, transport and communications, medical expenses, education and recreation.”

Plainly speaking, the PLI is how much money in a month a Malaysian household needs to meet these eight components.

Though the Government calculates different PLIs for Malaysia’s three regions, the total average PLI is RM800.

For this demonstration, Jayanath uses the Peninsula PLI of RM763.

A household living in the peninsula is considered poor only if its monthly income is below RM763.

“The government claims that it uses a World Bank standard to measure PLI. But they do not reveal the actual methodology of how they arrive at RM763,” says Jeyanath.

The World Bank standard, Jayanath says, recommends that medium-income countries should calculate PLI based on US$2 (RM6.20) per individual per day. Meaning one person would need US$2 per day in order to meet both food and non-food necessities.

If that figure were used for Malaysia, a theoretical household of 4.4 people would then need RM858 a month to not be declared poor.

The government considers a household as comprising an average of 4.4 members, says Jayanath. (Total number of households divided by total population = 4.4).

The PLI of RM763, therefore, is translated into a daily income of RM25.45 that a household needs to meet the eight components such as food, rent, clothing and fuel.

“Or, that if a member of a household earns RM5.80 a day, they cannot be considered poor. Since, according to the government, you are able to live on RM5.80 a day.

In other words Jayanath explains:
“RM5.80 is supposed to pay for three meals, transport costs, rent, recreation and the other components for ONE person in ONE day. Tell me, can a Malaysian in the Peninsula even buy three meals a day on RM5.80?
“In fact, I’d challenge our government ministers to try that,” said Jayanath.

Jayanath says countries such as Britain and Australia calculate PLIs based on the median income of its households. The median income is a country’s total income divided by half.

The PLI is two-thirds of the median income.
In Malaysia the median income is RM2,830. Using this method, the PLI would then be RM1,886.
In effect, this translates into RM14.20 per day for an individual to meet all their eight needs.

“Compared to RM5.80, is not RM14.20 a more realistic figure in terms of how much one needs per day in Malaysia?”

A former finance minister had once said, repeatedly, that if we were to revise how we measure poverty, our poverty rate would not be the vaunted 3.8 per cent. He is right, technically.

Jayanath’s calculations would put Malaysia’s poverty rate at somewhere between 31 to 32 per cent.

“Our poverty level looks good on paper but woefully ignores reality. We are so obsessed with selling this story that we are a success.”

Statistics are supposed to accurately measure our economic environment, so that in this case, pin-point policies to deal with poverty can be crafted.

The government has begun scaling back subsidies so that it would only benefit those their meant for — the poor.

How is it supposed to do this if we cannot even accurately measure who the poor are?

Click here to read more

Exco Selangor tahan lori curi pasir ketika pulang dari program Qiamullail

PUCHONG: Konon-kononnya bijak apabila melakukan aktiviti mencuri pasir pada awal pagi namun seorang penyamun pasir di Putrajaya dekat sini terpaksa melarikan diri dan meninggalkan lori yang penuh dengan muatan bahan itu di tepi jalan selepas menyedari kenderaannya dikepung Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari.

Difahamkan Exco Kerajaan Negeri itu dalam perjalanan pulang dari sebuah program Qiamullail di Sepang menuju ke Puchong sebelum mengesyaki dan mencurigai keadaan lori yang keluar masuk berhampiran selekoh Putrajaya di sini kira-kira jam 3 pagi,baru-baru ini.

Sinar Harian dimaklumkan kenderaan milik Exco itu kemudian menghalang laluan lori itu beberapa meter dari hentian tol Bukit Puchong sebelum pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaan dipandunya.

Yaakob berkata, ketika turun dari kereta dan menuju ke arah tempat duduk bahagian pemandu, individu memandu lori terbabit lari lintang-pukang ke arah kawasan hutan berhampiran dan hilang sekelip mata.

“Lori berkenaan ditinggalkan dengan keadaan enjin masih hidup dan penuh dengan muatan pasir yang kita percaya diambil di kawasan tidak dikeluarkan permit di kawasan Dengkil.

“Satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan kenderaan terbabit disita dan kini diletakkan di bangunan SUK,”katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kata Yaakob, perkara itu jelas menunjukkan Kerajaan Negeri serius dalam isu kecurian pasir dan tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada pesalahnya.

“Ia sejajar dengan langkah Kerajaan Negeri menawarkan ganjaran kepada mana-mana orang awam yang berjaya memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang bersalah.

“Seperti dimaklumkan mereka yang berjaya menahan lori akan dikurniakan ganjaran RM2,500 manakala mesin dan jentera diberi ganjaran RM5,000,”katanya.

Yaakob berkata, pihaknya mengakui memang wujud aktiviti kecurian pasir dan tindakan mengawalnya diambil secara keseluruhan.

“Macam jenayah, meskipun polis sudah melakukan usaha mengawalnya tetap ada berlaku jenayah.

“Ia sama macam kita, yang besar-besar sudah dikawal dan kini tumpuan kepada jenayah kecil,”katanya. –SH

De Niro lawat Malaysia atas undangan Rosmah..ha..ha..PM jemput filem star pulak..!!!

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata bintang Hollywood Robert De Niro akan melawat Malaysia selepas menerima pelawaannya ketika kedua-dua mereka berjumpa di New York, April lalu.

Rosmah memberit
ahu akhbar harian Sarawak, Daily Express bahawa De Niro melahirkan minat melawat Malaysia apabila beliau menghadiri jamuan makan malam ketika isteri perdana menteri itu menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Dia datang sebagai seorang daripada tetamu dan tertarik dengan Malaysia. Katanya, negara anda progresif dan saya ingin melawatnya.

"Saya kata, silakan. Jika tidak, anda akan mendengar segala yang tidak betul mengenai Malaysia. Adalah penting bagi meletakkan perkara dalam perspektif. Saya beritahu mereka di New York, kita tidak memusnahkan hutan,” kata Rosmah dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berkenaan.

M
enurut beliau, ramai rakyat Amerika yang beranggapan Malaysia adalah tempat pembiakan bagi dadah, negara ketiga bagi pemerdagangan manusia dan juga sarang pengganas.

"Saya beritahu mereka, ini tak benar - datang dan lawat kami - nilai sendiri apa yang sebenarnya. Jadi adalah penting bagi rakyat Malaysia menjemput mereka supaya mereka dapat memberitahu dunia bahawa kita adalah berlainan daripada apa yang mereka dengar.”

Selain De Niro, Rosmah juga pernah berjumpa dengan ramai bintang antarabangsa, termasuk selebriti televisyen Martha Stewart, 'Raja Bollywood' Shahrukh Khan, dan juga pernah menyanyi bersama Lionel Richie dan Jamie Foxx.

Pada malam anugerahnya di New York itu, Rosmah membawakan lagu 'We are the world' dengan Foxx yang memenangi Oscar dalam filem 'Ray' pada tahun 2004.

Isteri
perdana menteri itu juga berkata beberapa rakyat Amerika melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan disebat jika melanggar undang-undang Islam.

"Saya kata tidak, anda tidak akan didakwa menurut undang-undang syariah. Hanya orang Islam yang akan diadili mengikut undang-undang syariah. Tetapi anda tertakluk kepada undang-undang sivil,” jelasnya.

Exco S'gor: Lawat Paya Indah ikut pintu depan...

Kenyataan menteri Pelancongan bahawa Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands mungkin tidak akan dipromosikan lagi oleh kerajaan pusat sebagai produk pelancongan amat mengecewakan, kata Exco negeri Selangor, Elizabeth Wong (bawah, kiri).

Katanya, jumlah pelancong yang mengunjungi Paya Indah Wetlands meningkat daripada 9,700 orang pada bulan Oktober-Disember 2008, kepada 24,527 orang tahun lalu dan kini mencecah 11,800 sehingga Jun 2010.

“Ini menunjukkan purata bilangan pengunjung tidak menurun," kata beliau yang juga pengerusi jawatankuasa tetap pelancongan Selangor.

“Tetapi jika menteri kerap membuat kenyataan tidak tepat mengenai keadaan di Paya Indah Wetlands, bilangan pengunjung pasti akan menurun.

"Ini mungkin menjejaskan keupayaan kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan pulangan kos projek tersebut yang telah menelan peruntukan sebanyak RM88 juta,” tambahnya.

M
enteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen membuat kenyataan tersebut ekoran dakwaan aktiviti perlombongan pasir secara tidak terkawal yang berterusan berlaku di kawasan berhampiran.

“Menteri Pelancongan wajar memberi kenyataan berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya menuduh semata-matanya untuk memburukkan imej kerajaan Selangor berhubung dengan isu pasir,” kata Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menjemput Dr Ng (bawah, kiri) untuk membuat lawatan bersama ke Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands melalui pintu hadapan, seperti pengunjung lain.

"D
an bukan jalan belakang yang berhampiran dengan kawasan lombong pasir, seperti yang dilakukan oleh ketua pembangkang negeri Selangor," katanya.

Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands disiapkan pada 2001, tetapi terpaksa ditutup pada awal 2005 ekoran masalah pengurusan. Ia dibuka semula pada pertengahan 2008 di bawah pengurusan Jabatan Perhilitan.

Elizabeth juga memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar akan menganjurkan satu taklimat khas kepada NGO mengenai kaedah pengurusan alam sekitar (EMP) yang digunakan oleh kerajaan negeri serta mengumpul pandangan masyarakat sivil.

Kalau PAS perjuang kepentingan individu, dah lama pemimpin PAS bina 'istana' macam Umno

Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Presiden Seketariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) berpendapat, Pas akan terus mencapai matlamat perjuangan iaitu memperjuangkan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Ini ekoran kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang menyatakan Pas kini dilihat tersasar daripada perjuangan asal apabila lebih cenderung menjayakan agenda peribadi seseorang pemimpin iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Pas jelas parti yang menobatkan dasar Islam. Ini menjadi asas kepada keikhlasan kerana orang yang berjuang kerana Islam inilah orang yang ikhlas," ujar Ustaz Ghani (Gambar).

"Mereka yang berjuang kerana lain dari itu adalah sesat perjuangannya, dan sebab itulah Tuan Guru Nik Aziz tidak memperjuangkan kepentingan diri, membina kekayaan atau beli kereta-kereta mahal," tambah beliau.

Hishamuddin dalam kenyataannya juga turut mempertikaikan keikhlasan Pas dalam memartabatkan Islam.

Ghani berpendapat, pandangan melalui sesuatu pihak haruslah berpandukan agama dan bukannya bercakap atas dasar peribadi semata-mata.

Malah kata beliau, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencerminkan satu contoh pemimpin terbaik melalui keperibadian beliau yang sentiasa mendukung Islam serta memperjuangkan nila-nilai agama.

"Sepatutnya dia (Hishamuddin Hussein) cermin diri kerana suluh diri itu lebih baik," tegur Ghani.

"Kalau nak dibandingkan,Tuan Guru Nik Aziz lebih menghayati konsep Islam berbanding pemimpin Melayu yang mendukung yang haram seperti lesen judi sukan," tambahnya.

WarkahDaily - Cuba bandingkan pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Mana lebih sederhana kehidupan mereka?

Pemimpin tertinggi PAS tidak sesenang pemimpin bahagian Umno pun. Usah dibandingkan dengan presiden Umno atau orang sekelilingnya. Jauh langit dengan bumi. Rumah sekadar seperti rakyat biasa. Kereta hanya belas ihsan penyokong yang sanggup memberi kemudahan pemimpin kesayangan mereka.

Ketua Umno bahagian pun lebih dahsyat kehidupan mereka. Rumah besar bak istana, kereta bertukar-tukar dengan pelbagai jenama. Duit berpuluh-puluh ribu, bahkan ratusan ribu menjadi mainan disimpan di rumah.

Mana mereka dapat duit sebanyak itu? Besar sangat ke gaji depa?

SPRM tutup tiga kertas siasatan berprofil tinggi

Panel Penilaian Operasi SPRM bersetuju dengan cadangan SPRM untuk menutup tiga kertas siasatan kes berprofil tinggi dan tidak mengambil tindakan lanjut.

Pen
gerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Jalil (kanan, tengah) berkata kes berkenaan adalah membabitkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Panel bersetuju kertas siasatan berkenaan ditutup kerana faktor-faktor tertentu, antaranya tiada saksi.

Dalam kes Ong, bekas presiden MCA itu didakwa menerima derma RM10 juta daripada Tiong King Sing dari Kuala Dimensi.

Kes kedua pula membabitkan kereta jenis Alphard yang diberikan kepada isteri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Manakala kes ketiga, membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

Pada sidang media hari ini, panel itu bersetuju untuk menutup dua kes pertama kerana kekurangan bukti.

Bagi kes yang membabitkan Khalid pula, panel beranggapan tiada amalan rasuah kerana ia adalah majlis orang ramai.

Subsidi Lima Barang Harus Dikembalikan Semula


Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendesak kerajaan menarik semula subsidi lima barang asas yang dinaikkan kerajaan baru-baru ini.
Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan berkata subsidi lima barang tersebut harus dikembalikan kepada rakyat selaras dengan slogan yang kerajaan war-warkan selama ini iaitu “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
“Kita rasa ini merupakan satu penipuan yang dibuat oleh kerajaan sendiri di bawah pimpinan Perdana Menteri sendiri merupakan satu sikap yang hipokrit kepada pimpinan negara hari ini dengan meletakkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dengan terbukti dalam tempoh enam bulan, kenaikan harga gula menaik dengan mendadak dan jumlah kenaikan dalam tempoh enam bulan mencapai 45 sen untuk satu kilogram,” katanya.
Memorandum bantahan Dewan Musliumat Pas Negeri Selangor itu diserahkan kepada Pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan petang tadi.
Hasrina berkata pemberian subsidi itu harus dikekalkan ekoran masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang daripada paras gaji minima RM1,500 sebulan.
Bagaimanapun beliau berkata sekiranya desakan yang dibuat oleh mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan, mereka tidak teragak-agak untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Putrajaya dalam masa terdekat.
 “Kita akan adakan lagi demonstrasi yang lebih besar sekrianya desakan kami ini tidak dilayan atau tidak diberi perhatian oleh pihak kementerian dan kerajaan Malaysia sendiri. Kita akan terus mendesak dan tidak akan teragak-agak mengadakan demonstrasi yang lebih besar di Putrajaya ini,”  katanya.
Pada 16 Juai lalu, kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga runcit lima barang asas iaitu petrol RON 95, petrol 97, diesel, gas LPG dan gula tanpa membahaskannya terlebih dahulu di parlimen.
Tindakan kerajaan Umno BN ini terpaksa dilakukan dengan memberi alasan kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fisikal supaya pasaran dunia mempercayai Malaysia.
Bagaimanapun pada 27 Mei sebelum pengumuman itu dibuat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala menyatakan Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Wajah2 Gedebe Umno & Apabila 2 Gedebe Bergabung!


Biarpun pendapat mereka berbeza tetapi sapa peduli. Mereka berkongsi satu matlamat. Masing-masing mencari pengaruh dan kedudukan politik serta mendapat sokongan biar apapun caranya. Yang penting mereka mengharapkan ada tempat sebagai calon dalam pilihanraya ke – 13 nanti. 
 
Walau banyak sejarah politik hitam yang dilakukan oleh mereka tetapi mereka sedang menyusun strategi. Bagi mereka kini Umno mesti menang. Kawasan majoriti melayu mereka laungkan Perkasa dan kawasan majoriti berbilang kaum mereka tagihkan 1 Malaysia.

Biarpun ada pertembungan pendapat antara Nazri & TMP Muhyidin Yassin. Nazri beranggapan PERKASA adalah pertubuhan Ultra Melayu yang akan merosakkan agenda 1 Malaysia dan PERKASA tidak mewakili suara dan tidak juga mendapat pengiktirafan UMNO. Sungguhpun begitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berpendapat bahawa sesiapa boleh menubuhkan organisasi – biarpun ala-ala PERKASA untuk Cina dan India.
Pengerusi PERKASA gedebe Pasir Mas
Pok Rosli penganjur Perkasa Dungun

Di Dungun apabila bergabung 2 gedebe dan menubuhkan Perkasa Dungun adalah bagi meniupkan rasime melayu dan menuntut hak melayu. Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Umno Dungun, bekas ahli parlimen Dungun bersama-sama dalam perasmian Perkasa oleh Ibrahim Ali bekas Ketua Bahagian Umno Pasir mas yang bertanding atas tiket Pas kini sebagai MP Bebas Hak apapun kita tak tahu. Pak Rosli yang dipecat dari kerusi Setiausaha perhubungan dan masih lagi terpalit namanya dengan isu-isu rasuah MRR 2 yang tidak dinaik namanya untuk ahli parlimen. 
 
Tetapi sebagai ketua bahagian beliau dianggap orang yang berkuasa dan cuba mengambil alih tempat ahli parlimen yang disandang oleh Matulidi atau pun cuba mengelecek Pengetua UITM Dungun yang cuba-cuba hendak mengintai kerusi parlimen Dungun. Ibrahim Ali pula tersepit dan terpaksa mengusung Perkasanya kehulu-hilir untuk mencari tempat bagi kerusi parlimen di Kelantan kerana Pas tidak akan memberikan lagi tiketnya untuk dipertandingkan oleh Ibrahim Ali. Kerana itu mau tak mau digalasnya perjuangan nasionalisme melayu dan hendak ditunjukkan betapa juaranya beliau dalam mempertahankan bangsa melayu. Macamana pula orang Dungun boleh terpengaruh? Atau hanya nak juga tunjuk gedebe je?
 
 
Dia orang nak tuntut apa pun kita tak tahu? Nak tuntut dari siapa? Pun kita tak tahu. Sebab yang memerintah adalah Umno!. Di Terengganu maupun kerajaan pusat yang memerintah adalah Umno. Bahkan MB Terengganu sendiri pun ahli gedebe Kijal doh. Diaorang nak apa.. entahlah!. Kot-kot nanti timbul pertembungan antara Umno dan bukan Melayu akhirnya Pas jugak yang kena.

Apa dah jadi dengan Perkasa Dungun setakat ini? Penubuhannya di Dungun melantik Cikgu Badi sebagai peneraju diperingkat daerah. Kata bersungguh nak jadi calon Umno Sura. Tetapi rasanya padan pengerusi Perkasa tu je kot. Itupun dah terlebih dah tu. Sama seperti Datuk Abdul Rahman Bakar. Dah terpinggir dari politik Terengganu akhir menjadi Bendahari Perkasa di bawah Ibrahim Ali. Itupun jadilah. Menyamar disitu disebalik NGO. Kot-kot ada peluang lagi jawatan lain nak melompat. Boleh le belajar dan menuntut dengan Pak Brahim pakar lompat tu. 
 
 
Wajah-wajah Seiras yang dikenali dengan gedebe Umno.

Zaman moden macam ni boleh lagi ke diketengahkan politik orang gedebe ni? Ingat zaman Hang Tuah aje. Dengen menghunus keris ni. Zaman M 16 dan bom C4 ni masih ada lagi ke orang berminat dengan agenda assobiyyah bangsa? Apa yang kita perhati orang gedebe ni tak boleh tongkat langit. akhirnya ghuyub juga. Hilang ditelan zaman macam tu aje.
 
Tetapi kalau kita lihat dalam Umno yang dikenali sebagai gedebe ni sepesyen aje wajahnya. Adakah begini wajah-wajah gedebe dalam Umno. Ada iras tak? Diharapkan semua wajah gedebe seiras ini boleh berkumpul dalam Perkasa. Mudah untuk kita kenali. Ke Guane?