Ahad, 18 Julai 2010

Penyelarasan Semula Subsidi: Siapa Untung ?

Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .

3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .

4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .

5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .

6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .

7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .

8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .

9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .

10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .

11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .

12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .

WAHAI GENG KATAK DAN FIRAUN BESAR, DI MANA DIKAU ?

Oleh: Mandor

KEMANA perginya suara beberapa ekor katak yang selama ini tidak cukup suara merapu? Najib sudah naikkan harga petrol, diesel, gula dan gas, masakan katak-kata ini tiada idea untuk beri komen? Takkan dalam kepala otak mereka hanya idea untuk memburukkan DS Anwar sahaja?

Mana suara `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru? Takkan tak ada komen pun walaupun komen menipu seperti yang bertahun beliau lakukan dulu? Sewaktu di dalam PAS dan PKR, firaun besar ini mengaku kerja dia adalah sebagai `lembu dicucuk hidung' dan sanggup menipu jutaan rakyat kununnya itulah strategi politik pembangkang di waktu itu. Bila berceramah ketika itu, firaun besar akan menipu, kemudiannya masuk masjid memberi kuliah agama pula. Inilah dikatakan Ustaz Munafik.

Katak-katak ini kununnya Bebas. Begitu juga firaun besar dari Kulim. Takkan dalam Persatuan Katak-Katak yang ditubuhkan itu tiada seorang pun berani beri komen pasal kebijaksanaan Najib menguruskan ekonomi negara sekarang? Atau sudah terkena `nasi kangkang'? Kangkang siapalah tu ye?

Bangganya jadi bangsa Umno

Kesan sebenar kenaikan harga 5 jenis barangan utama terhadap rakyat belum benar benar terasa. Tapi ramai yang buat congakan awal mengakui, poket mereka akan koyak rabak dan BN akan tersungkur dalam PRU ke13 nanti.
Sumber bukan dari penyokong penyokong Pakatan Rakyat, tapi dari golongan pengundi pengundi atas pagar yang aku temui.
Penyokong Umno? Ha... ha...
Penyokong UMNO mereka tak kisah. Sebab mereka tu dah jadi ahli Umno maka mereka akan dikecualikan dari kenaikan harga barangan tersebut. Tak percaya? Kena percaya benda anih ni.
Pertamanya, mereka akan nikmati subsidi sebagai ahli Umno, bukankah mereka ni penyokong tegar kerajaan. Mereka tentu berlapang dada dan syukur besar dengan rahmat dari kenaikan harga barangan ini. Inilah jugak tanda tandanya pasukan impian depa yang dilantik pimpin kerajaan sekarang, yang mereka sokong siang dan malam tu bijak dan hebat.
Keduanya, Bangsa Umno di muliakan ramai. Slogan, rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan membawa maksud, rakyat yang berbangsa Umno saja yang di dahulukan dan di beri keutamaan. Tak percaya? Cuba ikut ahli ahli Umno membeli belah di kedai kedai atau pasaraya. Tunjuk saja kad keahlian Umno, serta merta diskaun hebat terhadap barangan yang baru naik ni di beri.
Dua contoh diatas sudah lebih dari cukup menggambarkan keperihatinan Umno terhadap ahli ahli mereka. Mereka tetap sokong Umno sampai kiamat.
Syabas ahli ahli Umno...

The rumble that KJ created

 Sakmongkol AK47

JULY 18 — The Star yesterday( 17th of July) carried a piece written by its star political analyst, Jocelyn Tan on KJ. It was entitled the KJ question rumbles in UMNO. The rumble it seems, originated from an interview some people had with KJ. The spin from that interview had it, that KJ will not defend his KP post the next time around. Miss Tan was quick to suggest that KJ may be better off going for the 25 MKT post in UMNO.
The news that KJ isn’t going to defend his post sent shivers of jubilation of orgasmic proportions among some bloggers too. The usual suspects were not ashamed at displaying their glee. I can’t fathom the rational and justification of calling one of our own as a ‘si kitol’ who in Malay History is regarded as the classic turncoat.
UMNO people must learn respect and discipline. If someone has been elected by the system to a position, that must be respected. After that question of selection has been settled, he must be accorded space to perform his task. He must be given application. KJ therefore applies himself as a leader of Pergerakan Pemuda. He fills the space that he defines.
The spin and the coded message in J.Tan’s piece? That’s exactly what KJ’s detractors will be hoping for. Goad KJ into believing its more worthwhile to go for an MKT post. Not a good move. The future belongs to our young people. They need leadership. The more important issue is, they need a leadership that is in sync with the young. KJ is replaceable IF there s an alternative young or younger talent to provide leadership and direction to Pemuda UMNO.
The truth is, there is none. We have a collection of people with shared ideals with KJ. Not all, but probably half of the Pergerakan Pemuda. The other half can offer their program the next time around and if they win, they apply themselves to the tasks they defined. Be it Malay hegemonism, Malay this and that or even UMNO Puteraism. All thing first to the Puteras and select.
Which direction is Pemuda going? Obviously it has to serve as the sounding board for the country’s leadership. Expand, develop and defend the ideas of the UMO leadership. The UMNO leadership led by its president has one vision- to create a 1Malaysia which will become a high income country by 2020. Whether it’s achievable is another question. Personal beliefs and apprehension are no excuse not to give support to the idea.
There should be no rumblings in the first place. The leadership of Pemuda is throwing their weight behind the idea of the UMNO president and PM. Seen in this context, KJ is doing the right thing when picking up the cudgels to battle the ideas that people like Ibrahim Ali represents. Recently, Nazri Aziz spoke of the same thing. Meaning what KJ is doing is gaining credence. That in a future as envisioned by the UMNO president and PM, ideas such as that promoted by Ibrahim Ali’s Perkasa cannot be countenanced. Those UMNO people joining Perkasa are the ones who needed disciplining.
The ideas insisted by Perkasa which is old school NEP cannot be defended any longer. We have to see the big picture now. The big picture demands a thinking, that sees the Malay people in relation to the world. Because now, the Malays are not affected only by events that occur only here in Malaysia, but they are affected and in turn are giving effect to what happens to the world at large.
So what’s happening out there? What’s happening out there, is people move forward when they respond to challenges in the appropriate manner. People move forward by being competitive, by offering their talent and hard work, by leveraging on their capabilities. That is what I hope what the PM means when he says affirmative policies stay but based on factual premises.
If Malays operate within Malaysia, where on account of demographics and on account of political superiority, they may be able to throw their weight around. The only way you move forward in that world, is overwhelming those who oppose or disagree with you by forceful means.
That’s not democratic. That’s Stalinist method we are promoting. Pummel your opponents by your mystic-infused krises. Hello brother-people are using Tavor assault rifles, people are using the CornerShot rifles.
But you are playing in a that small pool which one day will get overcrowded. So one day, when you have no other race to push around, you end up pushing one another. What kind of future do you have then?
You have anarchy.
So, the big picture is the future we are after. How we make ourselves relevant to what is happening around us in this world. Not just in Malaysia.
What about this unsolicited advice that KJ is better off if going for an MKT post? Its suicidal.
For KJ to disown his KP post and go for one of the 25 posts. He won’t win. Simply because, the MKT post will be a deferent ball game. This time around, all the positions in UMNO will be decided by delegates at each divisional division. That’s the new way of selecting leaders laid down by the new UMNO constitution. That being the case, each position will be decided by ordinary delegates made up mainly of non Pemuda people. Usually, the number of pemuda delegates from branches to the
Bahagians are smaller in number than senior members. Most of these people will not know KJ and he, of course will not be able to go round the almost 200 UMNO divisions in the country to touch base.
The best thing he can do and this is actually what UMNO needs is for KJ to stay the course. He must remain as KP. The most visible face and the most notable name in Pergerakan Pemuda is KJ. I have said this many times. He won the post fair and square, every one of the contestant campaigned using money. We are not going to be hypocritical to imagine for one moment, Khir Toyo and Mukhriz campaigned without using money. Blame the system then. It’s our system that nourishes money politics. If the same system has allowed someone whom we find disagreeable to win, too bad. Tails I win, heads you lose.
What was the message that KJ sent out when he said he may not defend his post? What he is actually saying is , if here is a young candidate as capable as him, or can do a better job, he is willing to step aside. Where is that young gun that is as visible and as potentially capable as KJ? Sadly there is none. So, for people to rush in and say that KJ is quitting, are just playing out their wet dreams to have someone whom they fancy to replace KJ. We can’t see anyone of consequential material to replace KJ for quite some time.
That’s also the reality the UMNO president has to contend with. His ideas need championing. Right now, whether KJ is doing this to earn a place and position in the government isn’t that important. What’s more important if having your ideas championed. Elevate those who do. - sakmongkol.blogspot.com
* Sakmongkol  AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman(2004-2008).

Di mana Wibawa Hishamuddin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita29/hishamkorban2.JPG- Empat ADUN Tidak Hormat Muhyiddin

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Hishammuddin Hussein melahirkan kekecewaan dengan tindakan empat ADUN BN Terengganu dari Parlimen Setiu kerana tidak menghadiri persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Setiu yang dirasmikan Muhyiddin Yassin dua hari lepas. Katanya, ini bukan budaya pemimpin UMNO dan mereka sepatutnya menghormati Muhyiddin. Walaupun mereka mempunyai masalah dengan bahagian tetapi parti lebih penting dari diri kita. Begitulah kiranya kenyataan Hishammuddin dipetik.

Anehnya, sebelum ini telah beberapa kali Hishammuddin menyatakan masalah UMNO Terengganu telah selesai dan mereka telah kembali bersatu sebagai satu pasukan. Sekadar fakta, Parlimen Setiu mempunyai empat DUN. Jabi, Permaisuri, Langkap dan Batu Rakit. Empat ADUN yang tidak hadir bermakna keseluruhan ADUN tidak hadir. Tinggallah Mohd Jidin berseorangan selaku Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Setiu satu-satunya wakil rakyat yang hadir menyambut Muhyiddin.
Mengimbas kembali kisah perdamaian UMNO Setiu yang telah  berlaku hampir setahun lalu...

Mungkin sebagai suatu langkah perubahan yang dilaung-laungkan semasa perhimpunan Agong Umno tahun lalu, UMNO Setiu juga seolah-olah dilihat mengambil langkah positif untuk mendamaikan antara puak-puak yang hebat bertelagah dengan mengadakan pertemuan antara semua wakil-wakil rakyat di dalam parlimen Setiu beserta penyokong-penyokong mereka bersama Ahmad Said bertempat di Dewan Sivik Jabi sejurus selepas perhimpunan Agong Umno 2009 lalu. Sumber yang diyakini memaklumkan, semua wakil-wakil rakyat hadir bersama penyokong mereka ketika itu  kecuali ADUN Batu Rakit.

Dalam konteks Setiu, pertelagahan berlaku antara puak pro Idris Jusoh yang diketuai Ramlan Ali, ADUN Jabi dan puak Pro Ahmad Said yang diketuai Mohd Jidin, Ketua Bahagian merangkap Ahli Parlimen Setiu. Pergeseran antara dua puak jelas dizahirkan semasa pemilihan UMNO peringkat bahagian tahun lalu yang menyaksikan Ramlan Ali tewas tipis untuk merebut jawatan ketua bahagian di tangan Mohd Jidin tetapi Ashaari Mohamad dari pasukan Ramlan menang dalam perebutan jawatan timbalan ketua bahagian.

Antara isu besar ketika itu, ADUN-ADUN tidak diberikan kebebasan melantik Pengerusi JKKK pilihan mereka dengan campur tangan Mohd Jidin yang mendapat lampu hijau Ahmad Said. Krisis perlantikan pengerusi JKKK khususnya di DUN Jabi yang mengakibatkan tersingkirnya ramai pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Ramlan dan digantikan dengan pengerusi-pengerusi JKKK pilihan Menteri Besar (baca pilihan Mohd Jidin) seolah-olah seperti meletakkan garam yang menambah kepedihan di tempat luka yang masih belum sembuh dan tidak tahu bilakah akan sembuh.

Dalam konteks DUN Jabi juga, masyarakat setempat ramai yang tertanya-tanya kenapakah Pejabat dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Setiu untuk DUN Jabi dibuka di Kampung Renek, tidak di Pekan Jabi di mana terletaknya Pejabat dan Pusat Khidmat ADUN Jabi sedangkan Pekan Jabi adalah tempat tumpuan masyarakat DUN Jabi dan di sinilah acara-acara penting peringkat DUN selalu dilangsungkan.

Saya sama sekali tidak berminat untuk mencampuri urusan dalaman mereka sekiranya apa yang berlaku hanya dalam kelompok mereka dan tidak menyentuh kepentingan rakyat, tetapi apabila tamak dan haloba perebutan kuasa politik ini telah merebak sehingga jelas kelihatan mereka mementingkan perebutan pangkat, darjat, kedudukan dan projek lebih dari kepentingan rakyat, maka pendirian perlu dinyatakan.

Amat malang bagi rakyat bawahan yang menjadi pelanduk tersepit di antara gajah-gajah yang bertarung. Kenapa saya berkata begitu dan saya sebenarnya daripada dahulu amat meragui bahawa pertelagahan ini akan berakhir serta puak pro Idris dan puak pro Ahmad Said di Setiu akan berdamai!

Perlu dijelaskan bahawa pertelagahan antara dua puak ini adalah perlumbaan merebut kepentingan. Terutamanya selepas diwar-warkan bahawa royalti minyak akan dipulangkan balik. Sudah tentu akan banyak projek-projek yang akan mencurah di Terengganu. Mereka yang merasakan tidak berpeluang mendapatkan lebih banyak projek akan haloba dengan kuasa. Suatu gejala yang sangat tidak baik bagi negeri Terengganu.

Saya percaya mereka yang rakus dalam UMNO ini amat tidak sabar melihat perubahan ekonomi yang kononnya bakal berlaku. Kepentingan puak masing-masing perlu dipelihara walaupun terpaksa mengorbankan prinsip (kalaulah pemimpin UMNO berprinsip).Walau sekalipun terpaksa menjilat semula ludah. Bukan soal untuk berfikir tentang kepentingan rakyat dengan kekayaan negeri anugerah Allah Ta’ala. Kuasa politik amat perlu untuk dapat projek dan kekayaan.

Melihat kepada tiada tanda-tanda Ahmad Said akan tersingkir dari kerusi MB, permusuhan berterusan dengan Ahmad Said yang kekal berkuasa adalah suatu tindakan yang sangat tidak bijak yang natijahnya jelas, puak Idris Jusoh tentu akan hanya menjadi pemerhati satu demi satu projek dibolot oleh puak MB. Ketika ini soal maruah bukan lagi perhintungan. Walaupun terpaksa melakukan pusingan 360°, Lantas mungkin inilah puncanya hampir setahun  lalu kenapa langkah perdamaian yang penuh kepura-puraan perlu diambil ketika itu.  Tetapi apabila jelas puak-puak Ahmad Said terus membolot satu demi satu projek sementara puak Idris Jusoh terus melopong, maka perang perlu diistiharkan semula!

Manifestasi ketidak hadiran kesemua empat ADUN BN di Parlimen Setiu adalah pengistiharan terbuka penerusan konflik. Paling tepat ialah ketika kedatangan Timbalan Presiden merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Setiu. Amat malang bagi Muhyiddin kerana datang ke Setiu untuk melihat permusuhan berlaku di depan matanya. Sudahlah dulu ketika beliau ke Kuala Berang, Rosol Wahid tidak mengendahkan kedatangannya. Barangkali tepat jika diungkap,  Kita bermusuh kerana kuasa dan projek maka kita juga boleh berdamai kerana projek! Demi kuasa, pangkat, kedudukan, darjat dan projek,

*Dr Azman Ibrahim adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu

'Program realiti': 'Mencari populariti'?......kantoi lagi.....


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikalungkan selendang oleh adik Muhammad Syukri Aris, 8, murid Sekolah Kebangsaan Unggun Jaya, Menggatal, Sabah pada majlis perasmian Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, hari ini. - Foto Datu Ruslan Sulai [bharian .]


Apa kena mengena kanak-kanak sekolah berumur 8 dengan Timbalan Presiden Umno yang dalam majlis perasimian Persidangan Umno?

Kenapa menggunakan kanak-kanak sekolah dalam politik Umno?

Atau kanak-kanak tersebut merupakan ahli yang ke - - juta?

Takkan guna kanak-kanak sekolah untuk meraih simpati agar Umno dikenang......diingat oleh golongan dewasa kot ?

Atau memang Umno Sabah meletakan taraf Timbalan Presiden hanya setaraf dengan kanak-kanak sekolah?

Aduhai......kantoi lagi.....

Kita perlu adil kepada Khairy Jamaluddin

Shen Yee Aun

JULY 18 — Ketika Khairy Jamaluddin baru sahaja terjun ke dalam dunia politik boleh dikatakan sebagai budak – budak lagi. Keadaan ini mungkin menyebabkan Khairy terlalu ghairah sehingga menyinggung perasaaan ramai pihak tidak kira orang dalam BN atau luaran daripada Pakatan Rakyat.
Jika sebelum ini masyarakat luar mungkin benci pada Khairy kerana penjenamaan politiknya yang terlalu bersifat Melayu dan ada juga yang anggap sebagai terlalu bersifat perkauman politik Melayu maka orang benci padanya.
Tapi kini Khairy sudah mula belajar selok belok politik dan menjadi semakin matang dengan pembungkusan baharunya yang lebih adil kepada semua kaum di Malaysia maka orang dalaman dan organisasi tertentu pula mula tidak suka padanya kerana dikatakan sudah hilang kemelayuannya. Keadaan ini memaparkan kepada kita jika Khairy dulu silap kerana dirinya tapi adakah silapnya pada hari pula disebabkan menjadi mangsa persekitaran politik di Malaysia? Jika kita ialah Khairy dilemma kita pula sama ada kita ke kiri atau ke kanan kita tetap akan dipancung.
Jika orang dalaman BN hendak salahkan Khairy antara punca kekalahan BN pada PR 12 maka kita perlu terlebih dahulu membezakan antara satu – satunya punca dan antara puncanya. Jika antara puncanya maka terdapat lagi banyak faktor yang menyebabkan kekalahan BN termasuk orang tertentu yang hendak menyalahkan Khairy.
Realitinya kini seolah – olah Khairy dilihat sebagai satu – satunya punca kekalahan BN tanpa disedari. Begitu juga apabila Khairy semakin silap dulu juga disebabkan orang – orang kini yang mula meludah padanya adalah orang – orang yang menjilat tapak kakinya yang pahit dan dikatakan manis. Mereka mengeruhkan lagi kesilapan Khairy pada ketika itu,
Jika ramai yang menggangap kebangkitan Khairy dalam politik datang dengan mudah kerana kewujudan Bapa Mertuanya sebagai Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu maka pandangan ini adalah benar.
Namun jika kita hendak katakan kelangsungan Khairy dalam politik datang dengan mudah sehinnga hari ini maka pandangan ini tidak tepat sepenuhnya. Bapa Mertuanya walaupun pernah menjadi aset politiknya tetap tidak lama kemudian sebenarnya sudah menjadi liabiliti politiknya.
Perjalanannya mungkin singkat namun di pertengahan jalan keadaan sudah mula merubah.
Adakah kita masih ingat zaman pengakhiran Pak Lah dimana pada ketika itu beliau berada dalam kuasa dan pengaruh yang paling lemah dalam sejarah politik seorang Perdana Menteri ?
Pada ketika itulah Khairy sebenarnya sudah kehilangan tongkatnya. Khairy sendiri sudah kena berjalan dan berlari dengan kakinya sendiri tanpa tongkat yang dipegangnya selama ini. Cabaran besar mula timbul apabila Khairy sendiri disabitkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda.
Jika kita masih ingat ramai sudah mula percaya bahawa Khairy akan kalah kerana bagaimana Khairy hendak berdepan dengan aura dan bayangan Tun Mahathir yang begitu bersinar pada pemilihan tersebut?
Mukriz mungkin lemah tapi bukan bapanya. Khir Toyo pula seorang politikus yang begitu lama dan berpengalaman dalam politik dan apatah lagi delegasi paling ramai datangnya dari Selangor. Pertembungan ini adalah pertembungan maut dimana Khairy tidak mendapat sokongan daripada Najib dan juga Tun Mahathir pada ketika itu.
Akhirnya Khairy tetap menang. Secara adilnya Khairy sepatunya kalah disebabkan kelemahan pengaruh Pak Lah pula menang akhirnya maka kita tidak boleh lagi memiliki pandangan adanya Khairy pada hari ini disebabkan Pak Lah. Permulaan mungkin ya tetapi bukan pada fasa pertengahan sehingga ke hari ini. Khairy yang kehilangan tongkat dan sedikit kecacatan pada pemilihan tersebut berjaya mengalahkan bayangan dan aura seorang bakal Perdana Menteri dan juga seorang bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh dalam sejarah Malaysia.
Analogi terhadap isu tersebut pula ibaratkan Parameswara yang merupakan seorang Putera di Palembang kerana masih muda sehingga menyinggung perasaan kerajaan Majapahit yang menyebabkan Putera ini hilang kebergantungan apabila Palembang sudah semakin lemah dan akhirnya melarikan diri ke Temasik.
Di Temasik pula Parameswara perlu berdepan 2 kuasa besar pada zaman tersebut iaitu Siam dan Majapahit yang hendak merampas Temasik. Bezanya Parameswara terus melarikan diri sehingga wujudnya sebuah kerajaan bernama Melaka tetapi bezanya Khairy pula tidak melarikan diri ketika tiba di Temasik.
Dengan limitasi yang ada padanya dia berjaya mengalahkan 2 kuasa besar dan akhirnya menjadi pemerintah Temasik namun sayangnya tidak diiktiraf.
Jika kita suka melabel Khairy sebagai budak Oxford yang tiada kualiti sebagai seorang graduan Oxford maka tepuklah dada dan tanyalah selera berapa ramai dalam kalangan yang mengelar Khairy sedemikian ada juga kualiti asas untuk memasuki Oxford?
Jika kesilapan – kesilapan lampau Khairy adalah pada fasa dimana beliau seorang budak – budak lagi dan secara perlambangannya di Malaysia budak – budak yang melakukan jenayah sekalipun jauh beza hukuman dengan orang dewasa. Khairy sepatutnya dihukum atas hukaman juvana. Khairy sebenarnya sudah pun dihukum atas ego , ketidakmatangan dan kesilapan lampau beliau. Sudah berkali – kali diketepikan jawatan dalam kabinet. Kini janganlah sampai kita jatuhkan hukuman mandatori dalam karier politiknya.
Secara dalaman Umno mungkin sinar Khairy tidak terpancar namun di luaran Khairy sentiasa berdebat dan berforum dengan pelbagai pihak daripada pembangkang. Mereka yang ada status Menteri pun tidak mendapat sambutan dan pengiktirafan sedemikian. Nasihat kepada Umno pula jangan disebabkan perjuangan peribadi sendiri sehingga mengabaikan perjuangan holistik dalam jangka panjang.
Tepuklah dada bahawa anak Tun Mahathir memang hebat atau bapanya yang hebat? Adakah bapanya seorang individu yang akan hidup selama – lamanya di negara kita ? Adakah ketika bapanya yang maha hebat sudah mula meninggalkan kita maka pada ketika itu aura Mukriz mula kehilangan? Mukriz tidak pernah hidup dalam sinarannya sendiri. Jika insan ini yang hendak mengetuai  pemuda Umno maka anda hanya beri markah percuma kepada pembangkang . Satu pemberian hadiah yang pembangkang akan amat menghargainya.
Razali pula seorang yang baik , bersih , disukai dan kurang kontroversi. Namun aura yang ada Razali pada hari ini tidak beza dengan aura yang mula – mula dimiliki oleh Pak Lah ketika mula – mula menjadi Perdana Menteri. Adakah orang sebegini akan mampu bertahan lama? Anda hanya beri ruang kepada pembangkang melancarkan serangan membabi buta dengan mudah sama juga yang dilakukan oleh mereka terhadap Pak Lah dahulu.
Penulis berasa hairan mengapa Umno sudah wujud lebih daripada setengah abad  perlu tunduk pada pertubuhan Perkasa yang baharu beberapa bulan sahaja wujud. Adakah Perkasa lebih besar daripada Umno?
Mungkin perjuangan Perkasa adalah aset kepada Umno tapi mungkin juga perjuangan Perkasa adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Anda sebagai seorang bapa mungkin akan menjadi lebih berkuasa tetapi isteri dan anak – anak kamu pula akan semakin lemah.
Anda ibaratkan cuba menghapuskan Khalid Al Walid sebagai Jeneral perang yang sebenarnya boleh digunakan dalam peperangan demi kemenangan jangka masa panjang anda pula anda hendak pancung. Kalau begitu maka pancunglah. Anda dan pembangkang akan sama – sama meraikan pemancungan ini.

Kecualikan cukai tanah dan pintu di negeri PR dahulu, Pemuda Gerakan Kedah

Saya merujuk kepada kenyataan oleh AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Husam Musa bahawa "kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU-13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal (5 tahun) atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal".
Menurut Husam (gambar kiri), kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.
Sumber: Harakah Daily, 17hb Julai, 2010
Saya berasa kesal bahawa Pakatan Rakyat perlu menggunakan taktik membuat tawaran sedemikian bagi mengumpan undi rakyat Malaysia pada pilihanraya umum yang akan datang.
Sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula canggih yang dapat mengurus kewangan dengan adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat, maka saya mencabar Pakatan Rakyat dengan serta merta memberi pengecualian bayaran Cukai Tanah dan Cukai Pintu bagi tempoh dua tahun mulai tahun 2010 di semua negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.  Ia adalah di bawah bidang kuasa Pakatan Rakyat untuk mengecualikan bayaran Cukai Tanah dan Cukai Pintu di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat tidak perlu tunggu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat Malaysia.  Keikhlasan Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat Malaysia boleh dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Sekiranya Pakatan Rakyat tidak dapat menyahut cabaran ini dalam masa satu minggu, maka keikhlasan dan keupayaan Pakatan Rakyat dalam menunaikan janji tawaran tersebut bakal dipersoalkan.
*Kenyataan oleh Tan Keng Liang, selaku Ketua Pemuda Gerakan Kedah.

Lawan ceramah dengan Ali Rustam..ha..ha..apa daa..!!

Malam tadi 10 Julai saya telah pergi berceramah di Melaka. Tempatnya adalah Kg. Bukit Pulau dalam DUN Bukit Baru, DUN Ketua Menteri Ali Rustam.Tiba dalam jam 8.45 malam bersama Hj. Hashim, Kamarul dan Shukri. Turut akan berceramah adalah pemimpin PKR dan DAP Melaka.
Ceramah diadakan di Markas PAS dan terkejut apabila mendapati 3 rumah dari tempat saya berceramah ada ceramah Umno.
Lebih terkejut bila tahu yang berceramah adalah Ketua Menteri Ali Rustam. Sudah tentu dia bertujuan untuk mengganggu ceramah kami.
Yang peliknya dia bukan berceramah biasa tetapi berdiri di rostrum dan menunggu apa yang saya dan penceramah kita ucapkan. Apabila ada isu yang dibangkitkan, dia akan menjawab isu tersebut. Jika dia tidak pasti apa yang diucapkan, dia akan bertanya, "Apa dia cakap?". Macam budak-budak.
Dia juga diberikan kertas-kertas kecil dari masa ke semasa yang dicatit apa yang telah diucapkan oleh saya dan penceramah-penceramah kita.
Apabila saya membangkitkan isu APCO, dia pula akan berceramah tentang Yahudi dan sudah tentu untuk mempertahankan Umno dan menyerang kita.
Pada saya tindakan Ali Rustam ini amat memalukan bagi seorang Ketua Menteri. Beliau tidak "gentleman", takut rakyat mendengar hujah-hujah kita. Tindakan beliau mungkin hanya layak dilakukan oleh seorang Ketua Cawangan Umno. Sebagai seorang Ketua Menteri, beliau sepatutnya menunjuk akhlak yang baik dan bukan seperti seorang samseng kampung yang memeras ugut orang luar yang melalui kampungnya.
Walau bagaimanapun, saya merasa bangga kerana kehadiran saya di Melaka malam tadi disambut oleh Ketua Menteri dan ahli Parlimen kawasan. Pegawai polis yang hadir pula berpaku-paku. Rupa-rupanya taraf Exco Selangor sama dengan Ketua Menteri Melaka.
Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Apabila Salahudin Ayub datang berceramah sebelum ini, Ali Rustam juga berceramah. Itu sebabnya apabila Dr. Hatta Ramli turun berceramah tidak lama lagi, penganjur malam itu berkata mereka akan menyediakan satu rostrum untuk Ali Rustam berceramah bersama. Jemputan itu telah disampaikan oleh pengerusi majlis malam tersebut.
Gambar-gambar di atas adalah mereka di ceramah Ali Rustam (yang tidak ramai orang) dan ceramah PAS (yang ramai orang) malam tadi.

Noh Tidak Faham Amalan Perdagangan Pasir - KSSB...he.he..mau jadi towkey pasir..!!

PETALING JAYA: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta tidak memahami amalan perdagangan industri perlombongan pasir.
Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata, pihaknya dengan tegas menyangkal dakwaan wujudnya pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu seperti yang didakwa Noh.
"Kenyataannya salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa beliau tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini dilaporkan mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.
Katanya, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB iaitu Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd (Sungai Rambai), misalnya, memperoleh diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50 sen bagi kuantiti sama.
Bagaimanapun Abdul Shukor berkata, melalui amalan polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal.
"Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak atau volume discount ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat," katanya.
Katanya lagi, berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaan biasa.
Tegasnya lagi, KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab serta mengamalkan pentadbiran baik.
"Selain daripada mengumumkan harga di media, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," katanya.
Menurut Abdul Shukor lagi, semua tuduhan dan dakwaan yang dibangkitkan pelbagai pihak sebelum ini akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan," katanya.
Malah katanya, pihak KSSB sentisa mengalu-alukan campur tangan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung isu ini.
Tambah Abdul Shukor, pihaknya bimbang tunduhan pelbagai pihak terhadap KSSB akan memberi kesan pelaburan di Selangor.
"KSSB bimbang bahawa serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu," katanya.

ORANG MELAYU LEBIH BERKUASA SEKIRANYA PANGKAH PAKATAN RAKYAT PRU 13 !!!

MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA PAS DAN UMNO TIDAK BERSATU.

INI AGENDA (MEMBODOHKAN) MELAYU !!!

MELAYU JANGAN TERMAKAN DENGAN AGENDA INI !!!

MELAYU SUDAH PON TERGADAI TANAH DAN HARTA DENGAN PENYAMUN

UMNO DAH BERPULOH TAHUN !!!

MELAYU JANGAN JADI BUTA TULI LAGI PERCAYA KEPADA PENYAMUN UMNO !!!



TANAH ORANG MELAYU NAK DIGADAI DI KG BARU !!!

TANAH ORANG MELAYU DAH TERGADAI DI PKFZ !!!

TANAH ORANG MELAYU DAH DI GADAI OLEH PENYAMUN UMNO !!!


JANGAN ANGKAT PENYAMUN SEBAGAI PEMIMPIN !!!

MELAYU KENA PERTAHANKAN HAK MELAYU DENGAN

MENGHUMBANKAN PENYAMUN JAUH-JAUH !!!!


MENGHUMBANKAN PENYAMUN UMNO ADALAH SURVIVAL UMAT !!!

MENGHUMBANKAN PENYAMUN UMNO ADALAH SURVIVAL MELAYU !!!

MENGHUMBANKAN PENYAMUN UMNO ADALAH SURVIVAL TANAH AIR !!!


PENYAMUN UMNO TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN !!!

PENYAMUN UMNO TAKDE PERJUANGAN BANGSA !!!

PENYAMUN AKAN SEKONGKOL DENGAN SIAPA SAHAJA JANJI

MENYAMUN !!!!


PENYAMUN UMNO DAH PON SEKONGKOL DENGAN CUKONG MCA !!!

PENYAMUN UMNO SUDAH PON SEKONGKOL DENGAN CUKONG YAHUDI APCO !!!


APA LAGI YANG MELAYU NAK JADIKAN BUKTI ????

HUMBANKAN PENYAMUN UMNO !!!!!!!!


PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

MELAYU BERTAMBAH KUAT !!!

Pengarang Suara Keadilan Beri Keterangan Polis Pagi Tadi


Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 18 Julai - Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pagi tadi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan dalam penyiasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap lidah rasmi KEADILAN itu oleh Kementerian Dalam Negeri pada 12 Julai lalu.
Dzulkarnain tiba bersama peguam Latheefa Koya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN pada pukul 9.00 pagi dan terus bertemu pegawai penyiasat, ASP Rejali anak Angong di Bahagian Siasatan Jenayah untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Mereka keluar daripada IPD Petaling Jaya kira-kira pukul 10.10 pagi.
Dzulkarnain berkata beliau telah memberikan jawapan sepenuhnya kepada pihak polis.
"Saya telah menjawab semua soalan yang telah diajukan oleh pegawai penyiasat," kata beliau ringkas.
Laporan polis tersebut yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana KDN mendakwa Suara Keadilan terus mengeluarkan penerbitannya secara tidak berkala berjudul 'Keadilan' walaupun permit mingguan itu tamat tempoh sahlakunya pada 30 Jun lepas.
KDN juga mendakwa 'Keadilan' telah menyiarkan sebahagian daripada surat daripada pihak kementerian kepada Suara Keadilan bertarikh 2 Julai yang tertera perkataan "Sulit" pada surrat tersebut.
Kedua-dua dakwaan itu di buat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Rahsia Rasmi 1971 (Akta 88).
Sebelum itu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menghantar surat tuntutan ganti rugi berjumlah RM200 juta pada 1 Julai lalu berhubung artikel "Felda Bankrap" yang disiarkan dalam Suara Keadilan keluaran 237 bertarikh 22-29 Jun 2010.
Felda mendakwa artikel tersebut telah menjejaskan imej dan kewibawaan agensi tersebut.
Ketika ditemui wartawan Suara Keadilan Latheefa berkata tindakan KDN membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kandungan sebahagian daripada surat yang diterimanya tempoh hari sebagai gangguan dan membuang masa.
"Ini merupakan percubaan untuk memberi tekanan kepada KEADILAN, melalui Pengarangnya.
"Jika menyiarkan surat yang tertera 'sulit' itu dianggap sebagai satu kesalahan, kita nak tahu juga bagaimana mereka akan dakwa kami dalam kes ini," tegas Latheefa.
Sehingga kini permit penerbitan akhbar rasmi KEADILAN itu masih belum diperbaharui oleh KDN.

Acara Menarik Bagi Program Isteri Wakil Rakyat BN

KOTA KINABALU: Badan Amal Negeri yang dipilih menjadi tuan rumah kepada Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia (PTIWRBNM) disaran supaya mencari pendekatan kreatif dalam menganjurkan program berkenaan.


Yang Dipertua Badan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor berkata langkah tersebut perlu dilakukan bagi memastikan PTIWRBNM sentiasa menarik dan menggalakkan penyertaan semua badan amal ke arah memupuk semangat setiakawan yang erat.

Antara program menarik yang akan dianjurkan termasuk:







- by Kerajaan Rakyat

BERSATU KERANA KEBAIKAN NEGARA

Cerita  menyatukan manusia, kaum keluarga, bangsa, mazhab dalam agama, negara dan wilayah telah bermula  sejak zaman nabi Adam a.s. lagi. Fikiran dan hati manusia sentiasa berbeda melihat dari sudut yang berlainan antara satu sama lain. 


Jika tak ada Cina, Melayu tetap  tak boleh disatukan juga. Apa nak hairan. Yang bersatu bukan kerana bangsa tetapi  bersatunya kepentingan pemimpin mereka untuk membolot dan mengagihkan kekayaan antara satu sama lain. Ha ha.

Akan tetap ada Melayu baik dan Cina baik yang mencintai keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Akan tetap ada Melayu jahat  dan Cina jahat yang gila rasuah dan judi. Kita mahu Melayu dan Cina yang bersatu kearah kebaikan negara, bukannya MELAYU DAN CINA YANG KAKI RASUAH DAN BERSEKONGKOL ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MEROMPAK HARTA NEGARA.

Jangan hairan, yang ustaz pun kaki sapu dan kaki rasuah  sebaliknya -yang kafir pula tak  suka rasuah. Apa nak jadi daa.

 Yang kalut ini fasal Umno/BN nak guyup. Ketika Pas kalah teruk, mengapa tak ada seruan bersatulah Melayu. Umno hanya akan kalah dengan Pas dalam pilihan raya dan mengambil tempat Umno untuk mengetuai negara ini!!!!

MCA akan kalah dengan DAP..Maka  Cina akan kalahkan Cina. Melayu Pas  pula  akan kalahkan Melayu. Umno Tarak hal punya.

Liow: MCA supports subsidy rationalisation


KUALA LUMPUR, July 18 — MCA today voiced support for the subsidy rationalisation exercise for fuel and sugar as part of the government’s move to reduce the budget deficits and to focus on helping the needy and poor.
Its deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai (picture) said the exercise is also necessary to curb smuggling of resources to neighbouring countries.
“MCA hopes that the subsidy policy implemented will focus on the ordinary people and benefit Malaysian citizens as a whole. Subsidies are meant to help poor Malaysians, yet many foreigners continue to take advantage of this price gap.
“We, as a nation, must brace ourselves for these adjustments. Such changes will oblige us to change our consumption and lifestyle but we are assured that, although inevitable, the changes will be made gradually to ensure that they do not become disruptive to businesses or a heavy burden to consumers,” he said in a statement, here.
Liow, who is also Health Minister, said the Barisan Nasional government focused primarily on the welfare of the people and continued to be a considerate and caring government.
“MCA believes that this is a prudent exercise and the savings from the subsidy rationalisation will be ploughed back to the people to benefit them.
“We must ensure that the wealth of the nation remains sustainable for future generations,” he said. — Bernama

PAS Selangor: Melayu tetap berkuasa walaupun tanpa Umno

KUALA LUMPUR, 18 Julai — PAS Selangor menegaskan pendiriannya menolak sebarang pertemuan Umno-PAS sambil memberi jaminan kuasa Melayu tidak akan hilang jikapun Umno diketepikan dalam pilihan raya umum ke-13.
Oleh itu PAS Selangor pimpinan Datuk Dr Hasan Ali (gambar) berkata, parti itu dan PKR berupaya untuk memastikan kuasa akan kekal di tangan orang Melayu menerusi kedua-dua komponen Pakatan Rakyat itu, yang lebih jujur dan adil.
“Orang Melayu tidak akan hilang kuasa kalau pun Umno sudah tidak lagi memerintah negara ini,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Pada muktamad PAS 2008 dan 2009, Hasan yang juga Exco kerajaan negeri dan Pesuruhjaya PAS Selangor dikaitkan dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno.
Mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Roslan berkata, isu perpaduan Melayu yang kembali dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang sudah tidak relevan oleh PAS Selangor.
“PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahbelahkan perpaduan erat dalama Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor sejak Mac 2008 sehingga ke saat ini, di mana PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya.
Kata Roslan, orang Melayu di Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PAS dalam memimpin mereka.
“Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan kepimpinan cemerlang kerajaan Pakatan Rakyat, Umno Selangor akan ditolak oleh orang-orang Melayu sendiri,” jelas beliau.
Roslan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS pelbagai peringkat termasuklah akar umbi kini sudah bersedia untuk mengambil alih saki baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan masyarakat.
“PAS Selangor memberi jaminan kepada orang Melayu di negeri ini agar jangan bimbang dan khuatir kerana kiranya Umno hilang kuasa, maka kuasa politik itu akan diambil alih oleh PAS dan PKR,” katanya lagi.
Semalam, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
Namun Harussani berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.
“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.
“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,”  katanya.
Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau  berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Rakyat Sokong Tindakan PROTES Bantah Kenaikan Harga..


PROTES Lancar Gerakan Bantah Kenaikan Harga Barangan

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) bercadang untuk mengadakan beberapa siri demonstrasi dan program penerangan sebagai sebahagian daripada kempen bantahan terhadap tindakan terbaru kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG).

Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli satu perjumpaan akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur pada 28 Julai ini sebagai langkah permulaan kempen bantahan yang dirancang.

"Pada hari tersebut, kita akan susun beberapa siri aktiviti seperti edaran risalah dan menetapkan tarikh 'road show' di seluruh negara. Dalam mesyuarat hari ini, kita bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan itu. Ia merupakan acara kemuncak dan dilihat sangat berkesan," kata Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dijangka hadir pada perjumpaan itu termasuk Pengarah Strategi KEADILAN Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

Dr Hatta juga memberitahu Protes akan menyegerakan tindakan dan kempen sebelum pertengahan bulan Ogos menjelang bulan Ramadhan.

Beliau menjangkakan program tersebut akan disertai oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan mahasiswa.

Ketika ditanya mengenai tindakan Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan keperluan asas, sebaik sahaja sidang Parlimen tamat, Dr Hatta menegaskan terlalu jelas ketakutan yang diperlihatkan oleh Barisan Nasional.

"Sebaik sahaja persidangan tamat, kita mendapat maklumat mengenai perkara tersebut. Memang dia tidak berani untuk berhadapan dengan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat," kata beliau.

Dr Hatta turut menyelar tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memanipulasikan istilah dalam kenyataan media bagi mengelirukan rakyat seperti 'rasionalisasi' dan 'penyelarasan' harga bahan bakar dan keperluan asas.

"Itu semua alasan 'karut-marut' Barisan Nasional. Kalau nak mengurangkan penggunaan gula, bukannya dengan cara menaikkan harganya. Kita sepatutnya mendidik masyarakat berkenaan kesan daripada pengambilan gula berlebihan melalui program kesihatan," tambahnya.

Beliau menjangkakan kesan berantai akibat dari kenaikan harga gula akan menyebabkan kenaikan harga dalam makanan, terutamanya kepada umat Islam dan rakyat Malaysia, sama ada pengguna mahu pun peniaga yang bakal menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal akan datang.

"Kenaikan bahan makanan pun telah meningkat, ditambah pula dengan kenaikan harga bahan bakar. Ini membebankan, terutamanya kepada kakitangan dan swasta yang berpendapatan kecil, serta peniaga kecil-kecilan," tambahnya.

Dr Hatta menyelar tindakan kerajaan yang boros dalam pengurusan. Dalam pada masa yang sama memangsakan rakyat dengan memotong subsidi.

Baginya penjimatan perbelanjaan kepada kerajaan berjumlah sebanyak RM750 juta itu sebenarnya boleh diperolehi dengan cara lain antaranya mengurangkan pemberian subsidi kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), mengurangkan perbelanjaan kepada projek mega dan mengelakkan ketirisan.

"Kesan kepada rakyat akan berganda. Tindakan (kenaikan) ini menambah kesengsaraan. Kelihatan kerajaan seolah-olah berdendam dengan rakyat," katanya. -SK




PAS tidak pergi ke jalanan untuk protes


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan menganjurkan protes jalanan mengenai kenaikan harga petrol dan gula yang berkuasa mulai semalam.


Beliau kelihatan bersetuju dengan tindakan para pemimpin pusat mengenai keperluan untuk memotong subsidi memandangkan hutang negara semakin meluas dan berkata terdapat "beberapa isu lain" yang perlu diberi perhatian.


"Tidak, saya tidak fikir kita perlu menganjurkan demonstrasi jalanan. Terdapat baik buruknya perkara ini dan kita mesti memikirkan nasib rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini semalam.


PAS biasanya menganjur protes di jalan-jalan raya sebagai menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga minyak terutama ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi apabila harga bahan itu dinaikkan lima kali sejak bekas perdana menteri itu mengambil alih pentadbiran pada Oktober 2003.


Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak, harga petrol telah dinaikkan sebanyak dua kali untuk RON97 dan sekali untuk RON95, yang baru diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun lalu.


Kesan selepas kenaikan harga petrol


Lewat petang semalam, kerajaan pusat mengejutkan rakyat apabila secara tiba-tiba mengumumkan pengurangan subsidi ke atas beberapa barang keperluan. Harga baru berkuatkuasa mulai tengah malam.


Gula naik 25 sen sekilo (harga baru RM1.90 sen sekilo) sementara minyak jenis RON95 dan diesel naik lima sen sekilo (harga baru untuk RON95 ialah RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.)


Gas Cecair Asli (LPG) juga naik 10 sen. Harga baru ialah RM1.85 sekilo. Harga RON97 akan ditentukan oleh kuasa pasaran.


Mustafa lebih bimbang mengenai kesan kenaikan harga barang apabila para peniaga akan mengekploitasikan harga baru dan para pengguna menjadi mangsa.


Oleh sebab penguatkuasaan yang lemah, ahli-ahli perniagaan telah melonjakkan harga barang-barang keperluan ketika mengekalkan harga baru walaupun harga minyak turun.


Mustafa berkata jika kerajaan mahu mengurangkan bil subsidi yang membebankan, ia boleh membuat pilihan lain seperti mengkaji semula perjanjian kontrak dengan para pengeluar tenaga elektrik bebas, yang menikmati harga tinggi untuk kegunaan rakyat tetapi masih menerima subsidi. -FMT


Ulasan GB

Rakyat secara umumnya bersetuju dengan tindakan PROTES. Kena manifestasikan bantahan kepada kerajaan pimpinan Najib terhadap keputusan kerajaan yang menaikkan harga barangan secara mengejut.

Yang hairannya GB ialah kenyataan Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS yang nampaknya tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Mustafa bertindak seperti seorang sahabat karib UMNO yang cuba untuk menghalang rakyat dari melakukan demo di jalanan. Mungkin beliau sudah ada perancangan lain - diplomasi - tetapi bagi GB dengan kerajaan UMNO BN yang kini, diplomasi bukan jalannya kerana mereka sepanjang masa adalah perompak dan penipu.

Dan GB tidak nampak juga Mustafa Ali sebagai seorang yang bijak. GB telah mengikuti perkembangan politik beliau semenjak beliau di dalam BN lagi, iaitu semasa di era Dato Asri di mana Mustafa dilantik menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Sementelah lagi, jika beliau bijak sangat berstrategi seperti mana yang disebutkan oleh beberapa orang, sudah pasti beliau menang di dalam PRU 2008 yang lalu.

Lagipun jawatan Setiuasaha Agong yang dipegangnya adalah lantikan Presiden, bukan pilihan ahli-ahli PAS.

Setiausaha Agong, malah Presiden dan mana-mana AJK Tertinggi PAS yang merasa telah kaya raya boleh tidur dirumah, biar ahli PAS yang miskin-miskin berdemo di jalanan.

Maaf Setiausaha Agong, kami tidak sehaluan dengan kamu di dalam bab ini.

Nasihat PAS Kepada Harussani Zakaria, Mufti Perak


Parti Islam Se-Malaysia PAS terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam agenda perjuangan politiknya di Malaysia. Penegasan ini telah dikukuhkan lagi untuk kali terakhir di Reatreat Pimpinan Tertinggi PAS di Port Dickson pada 9-11/Julai 2010. PAS merasa selesa untuk melaksanakan agenda perjuangannya bersama dengan Pakatan Rakyat di negara ini, dan sudah terbukti di Selangor dan Pulau Pinang walaupun bukan PAS yang mengetuai kedua-dua negeri tersebut. Program menyemarakkan kefahaman Islam lebih rancak di bawah pemerintahan PR walaupun baru berusia tidak sampai 3 tahun. Pencapaian ini boleh dilihat di masjid-masjid dan surau yang diimarahkan berbanding 51 tahun di bawah Umno memerintah, ini adalah fakta yang boleh diukur dengan mata kasar. PAS menasihati mereka yang cuba untuk berusaha untuk menyatukan PAS dengan Umno, tolong satukan sesama Umno dulu sebelum menyatukan orang lain.Parti Umno yang berada di dalam keadaan yang bercelaru dan perpecahan sesama sendiri, kerana berebut “kek projek “ yang semakin kecil. Umno sekarang berada di akhir hayat, kerana sudah kehilangan identitit dan krisis nilai di kalangan ahlinya. Perjuangan yang hanya berteraskan kepada benda, bukan ideologi. Mereka yang memimpin Umno semuanya kerana perjuangan perut bukan menegakkan idealisma perjuangan seperti mereka yang terdahulu. Masuk Umno kerana projek dan “mengalibabakan” khazanah negara sehingga perjuangan bangsa tergadai. Sekarang apabila banyak projek sudah tidak ada khususnya di Selangor yang dianggap lubuk emas, maka pemimpin Umno cuba bercakap soal perjuangan bangsa dan perpaduan Melayu untuk menarik kembali sokongan rakyat di negara ini, dan cuba menjadi umpan perpaduan untuk menimbulkan keraguan di kalangan Pakatan Rakyat.
PAS hendak menasihatkan Tan Sri Harussani Zakaria dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya, kononnya mendakwa sebagai tenaga pemikir, sebenarnya penyokong Umno tegar, yang mempunyai kepentingan dunia yang tidak berkesudahan. Mereka hanya berani bercakap kepada perkara yang menguntungkan politik Umno, tetapi membisu ketika kemungkaran dan pengkhianatan Umno kepada agama dan bangsa. Kita tidak dengar suara mereka mengkritik dengan lantang ketika khazanah negara habis disapu dan digadai. Membisu ketika kes Pulau Batu Putih, telaga minyak yang bernilai RM320 bilion terlepas kepada Brunei, 217 hektar tanah KTM di faraid dengan Singapura, tanah rezab Melayu yang ditinggal penjajah selepas merdeka seluas 3 juta hektar yang hanya separuh sahaja lagi yang berstatus rezab Melayu dan banyak lagi isu yang mengguris perasaan orang Melayu Islam di negara ini. Apakah semua ini angkara Pakatan Rakyat?
PAS menasihati mereka ini, hentikanlah menjadi ayam sabung Umno, untuk bersama sama dengan PAS dan serulah rakyat untuk bersama dengan PAS bukannya mengajak PAS bersatu dengan parti yang sudah hendak karam. Habiskanlah sisa umur yang semakin senja untuk berbakti kepada perjuangan Islam yang dipimpin oleh PAS, ketika gerakan massa dari kalangan muda mudi yang tidak bertudung dan bersubang sebelah bersama PAS untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan yang rakus.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

'Harimau Jelutong yang sentiasa dahagakan keadilan'

sebuah lukisan besar seekor harimau tergantung di dinding belakang meja menyambut menuju ke dewan tempat satu sambutan hari jadi sedang berlangsung. Dan secara kebetulan, sambutan hari jadi tersebut adalah untuk "Harimau Jelutong" Karpal Singh yang ke-70 tahun

Kira-kira 450 tetamu, sebahagian besar ahli keluarga, teman, dan kawan-kawan politik, sesetengahnya sejauh Sarawak, datang untuk bersama-sama meraikan hari jadi peguam terkemuka itu, yang juga pengerusi DAP.

Anak sulung Karpal - Jagdeep Singh Deo, 39 - dalam ucapannya menceritakan perjuangan ayahnya - membela orang miskin dan tertindas tanpa bayaran - yang turut memberi kesan yang abadi dalam hidupnya sendiri.

Jagdeep secara berseloroh berkata, bapanya yang sering berdepan dengan undang-undang - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dua tuduhan hasutan dan 103 laporan polis - melayak namanya tercatat dalam Buku Rekod Guinness.

Beliau juga menceritakan detik-detik yang oleh keluarganya ketika Karpal ditahan di bawah ISA di Kamunting sewaktu Operasi Lalang - di mana 106 orang, termasuk ahli politik, aktivis sosial dan agama - ditahan tanpa bicara pada 1987.

Kemudian, seorang tetamu berusia yang hanya dikenali sebagai Cheong, mengucapkan mengucap terima kasih yang tidak terhingga kepada Karpal kerana membantunya mengatasi masalahnya beberapa tahun yang lalu, ketika dia seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu bagaimana harus berterima kasih padanya, beliau telah memberi saya nafas baru untuk meneruskan kehidupan. Beliau adalah seorang yang dihormati oleh semua orang "ujar Cheong.

Karpal memberikan ucapan ringkas pada sekitar tengah malam, dengan berterima kasih kepada isterinya kerana setia bersamanya menghadapi pelbagai cabaran dan penderitaan yang mewarnai kehidupan mereka selama ini.

"Saya tak mungkin dapat melalui kehidupan ini tanpanya," katanya, sambil menyentuh tentang penderitaan dan kegembiraan yang dilaluinya bersama rakan-rakan dalam DAP.

"Kami akan bertemu lagi ketika saya berusia 80. Dengan sokongan dari semua orang, saya akan dapat meneruskan kehidupan hingga saat itu," katanya.

'Upward price adjustment' aka 'Price hike: call a spade a spade'.......

The Perak Consumers Association (PCA) has criticised the government for insulting the intelligence of consumers by playing with words to mislead them on the price increase of essential goods.

“We are not living in the dark ages. (It's no longer so easy) to take consumers for a ride with such coinage of words,” said an angry PCA president Abdul Rahman Said Ali.

“Muzzling the media from reporting the truth will not prevent people from learning the facts or gaining such knowledge, as modern communications is so advanced,” he said.


He was referring to media reports on the price hikes, watered down by saying Premier Najib Abdul Razak had “made a bold decision” in reducing the subsidies for fuel, gas and sugar. The vocal consumerist argued that Najib should instead be bold to speak the truth and prepare to face possible backlash from consumers, rather than trying to pull the wool over their eyes.

“Removal of subsidies is not a policy (solution), but it is mere housekeeping,” he said, implying that tightening the consumers' belts to cover the government's overspending does not solve the nation's budget woes.

He argues that any implementation of the subsidy squeeze must be accompanied by financial concessions that benefit the consumer. For example, Rahman wants the government to reduce toll charges across the board, to lift the quota embargo on rice imports as the price of rice is much cheaper overseas, and reduce the high taxes on imported cars to encourage an competitive, open market to bring down car prices.

Rahman also demanded that the government itself embark on an austerity drive to ensure that public funds are economically spent. This means cutting mega projects that do not benefit the public, cutting wastage in government spending and clamping down on corruption that drains the nation's coffers. He pointed out that this included unnecessary and lavish expenditure, such as providing free meals at government meetings. He added that the continuing procurement policy of government tenders, which is closed or through negotiations rather than open, is a sore point.

Rahman commented that the price hike may seem small, but even a five sen increase in essentials will have a spiralling effect, such as on transport costs and related goods and services. He is sceptical that the government will be effective in preventing such spill-over effects on the cost of living, other than to pay lip service in meaningless warnings to perpetrators who take advantage of price increases, or make excuses such as lack of manpower to enforce rulings to keep costs down.

Meanwhile, the anti-fuel hike protest movement (Protes) will launch their campaign against the govermenment's move to raise petrol, diesel, sugar and liquified petroleum gas this July 28.The launch will take place at the Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, Protes coordinator Dr Hatta Ramli told a press conference today after a meeting with other Protes leaders on the matter.

source:malaysiakini

A comment from Beetle, who has this to say..........

Last night the BN government held a grand dinner in a five star hotel for 2,800 Bakisa members in Kota Kinabalu and the PM and his"first lady" was the guest of honour. At an average of RM100 per head a total of RM280,000 was spend for food not inclusive of other expenses.How do the government expect the rakyat to support the subsidies cut when they themselves are so extravagantly spending the rakyat's money. Is this the BN's motto "Do what I tell you to do and not what I do". You can spin and lie but the rakyat will have eyes to see for themselves whether you are sincere.

Potong subsidi tak cukup elak pembaziran,baca di sini.


cheers.

Rosmah merengek-rengek kat Najib!


Rosmah-Najib buat Malaysia macam Bapak depa punya!

Hampas!
Menyumpah teman bila baca berita kat Malaysiakini ni..
Rosmah minta Kementerian Kewangan pertimbangkan (baca:wajib bagi) peruntukan untuk buat wisma wanita???

Tanpa menafikan penting jugak ada wisma wanita tapi kena pandang kepada keperluan semasa.
Disaat rakyat dipaksa bersengkang mata cari duit nak besarkan anak-anak, nak berlawan dengan kenaikan harga barang... kenaikan harga minyak yang seperti bom berantai! Yang seperti mata kail 3 mata yang menusuk ke mulut setiap orang Rakyat Malaysia!!

Boleh pulak dia merengek-rengek minta duit kat Najib untuk puaskan nafsu dia??
Rosmah ni siapa dalam kabinet Kerajaan Malaysia?
Dia dibayar gaji ke sebagai Isteri PM?

S*al punya couple!

sunsnake 18072010

KDN Buang Masa Buat Laporan Polis Terhadap Suara Keadilan

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 18 Julai - Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya menegaskan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis terhadap Suara Keadilan yang menyiarkan kandungan sebahagian daripada surat yang diterimanya 2 Julai lalu sebagai membuang masa.
"Ini merupakan percubaan Kementerian Dalam Negeri  untuk memberi tekanan kepada Parti Keadilan Rakyat. Kali ini melalui akhbar dan Ketua Pengarangnya," kata Latheefa ketika ditemui pagi tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Beliau menemani pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berkenaan laporan yang dibuat oleh KDN 12 Julai lalu.
Dzulkarnain yang sepatutnya memberi keterangan di IPD Putrajaya Jumaat lepas tidak boleh berbuat demikian kerana menghadiri pertemuan pengarang akhbar Pakatan Rakyat di Ampang.
Beliau kemudiannya menerima notis arahan 111 di bawah Sekyen 112 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan berkenaan laporan tersebut yang dihantar ke pejabat Suara Keadilan 16 Julai lalu.
Latheefa memberitahu siasatan dijalankan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Kata beliau soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar 'Keadilan' versi tidak berkala yang diterbitkan oleh Angkatan Muda KEADILAN.
Latheefa berkata Dzulkarnain diajukan kira-kira 25 soalan oleh pegawai penyiasat, ASP Rejali anak Angong beliau menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 (2) untuk tidak menjawab sebarang soalan.
"Persoalan yang mereka ingin tanya sebenarnya boleh didapati daripada kandungan surat, tanpa perlu memanggil kami untuk hadir memberi keterangan. Tindakan ini sebenarnya hanya membuang masa," kata Latheefa.
Beliau turut mempersoalkan definisi perkataan 'sulit' yang ditakrifkan oleh KDN sehingga dokumen tersebut boleh dianggap sebagai tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Jika menyiarkan surat yang tertera perkataan 'sulit' itu dianggap sebagai satu kesalahan, kita nak tahu juga bagaimana mereka akan dakwa kami dalam kes ini. Kita tunggu dan lihat," kata Latheefa.

Semalam naikkan Harga keperluan asas.. Hari ini dia pilih baju..

Semalam.. dengan berbagai-bagai alasan yang tidak munasabah, Najib telah menaikkan harga Gula, Gas dan Minyak..

Kenaikkan ini walaupun sekadar 5 sen untuk minyak, 10 sen untuk gas memasak dan 25 sen sahaja bagi setiap Kilogram gula pasti akan memberi impak kepada kuasa membeli golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Tambahan pula Gula dan Gas memasak adalah keperluan asas yang amat diperlukan oleh peniaga-peniaga kecil yang terlibat didalam perniagaan makanan diwarong-warong dan gerai-gerai yang bakal tumbuh bagai cendawan di bulan Ramadhan ini.

Sedang mereka berkira-kira berapakah harga sebiji kiuh yang boleh dijual oleh mereka agar mereka tidak mengalami kerugian dengan kenaikkan harga barangan asas ini.

Sedang rakyat marhaen berfikir apakah aku mampu untuk membeli belah di Bazar Ramadhan buat berbuka puasa kali ini seperti tahun-tahun yang lalu..

Lihatlah kelibat manusia yang telah membenarkan kenaikan harga barangan asas ini, lakunya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Baginya memilih pakaian untuk diperagakan dihari kemerdekaan ini lebih penting dari memikirkan akan masaalah yang akan dihadapi oleh rakyat angkara kenaikkan barangan asas itu..

Mungkin didalam hatinya berkata “Korang susah? Korang tak ada duit?.. korang nak makan siput babi macam dekat Sabah tu? Ooo.. itu bukan masaalah aku.. yang penting aku ada duit! Dan aku senang.. korang tak mahu sokong UMNO/BN dalam PRU13 ni?.. tak ada masaalah.. ada ramai lagi Melyu-melayu lain yang aku boleh perbodohkan.. ha.. ha.. ha..”



Datuk Seri Najib Razak ketika memilih pakaian rasmi sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan tahun ini yang diperkenalkan
kali kedua di Putrajaya hari ini

Najib pilih pakaian rasmi Hari Kemerdekaan ke-53

PUTRAJAYA, 16 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak hari memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini.

Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata satu daripada pakaian itu akan dipakai pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan satu lagi pada pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos.

Katanya selain untuk dipakai oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan, orang ramai juga boleh mendapatkan pakaian itu di pusat-pusat jualan Karyaneka selepas 15 Ogos nanti dengan harga antara RM50 dan ke RM100 bergantung kepada jenis kain.


Bernama
 

Jalan Menuju Kebebasan Kewangan

images Ekspo Pelabur 2010
Oleh Zainal Abidin Nor
KUALA LUMPUR: Mengoptimumkan wang dan meminimakan kesilapan merupakan dua jalan ke arah mencapai kebebasan kewangan dan kunci ke arah hidup mewah ketika usia emas.
Ketika menyampaikan ceramahnya bertajuk "Roadmap To Financial Freedom", pengarah urusan Whitman Independent Advisors, Yap Ming Hui berkata, "kebebasan kewangan bermakna suatu keadaan di mana seseorang itu dapat mengekalkan kehidupan yang selesa dari segi kewangan tanpa perlu bekerja atau apabila bersara kelak.

"Kebebasan kewangan mempunyai erti yang berbeza kepada orang yang berbeza, tetapi ia merupakan suatu keadaan di mana dia dapat memenuhi kehendak dan keperluan sehariannya," kata beliau, di depan lebih 600 pelawat di Ekspo Pelabur 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut beliau, kekayaan (wealth) didefinasikan sebagai jumlah hari seseorang itu boleh hidup pada masa depan apabila hari ini seseorang itu berhenti dari bekerja.
Katanya, guru hartanah dan kewangan tersohor Robert Kiyosaki menyatakan seseorang itu akan mencapai tahap kebebasan kewangan apabila pendapatan pasif melebihi perbelanjaan sehariannya.
Pendapatan pasif
Pendapatan pasif merujuk kepada pendapatan hasil dari sewa hartanah di mana seseorang itu terus menerus menerimanya setiap bulan tanpa bersusah payah bekerja.
Yap berkata, senario hari ini memperlihatkan ramai daripada kita yang tidak bersedia apabila hari persaraan tiba dan ramai yang masih terus bekerja atau bergantung kepada anak-anak untuk meneruskan kehidupan.
Daripada kajian yang diperolehinya, beliau berkata setiap seratus remaja yang berusia purata 25 tahun ini, apabila mereka bersara kelak, mereka akan berada dalam lima keadaan ini.
Sebanyak 63% menghadapi masalah kewangan atau tiada wang langsung ketika mencapai usia 55 tahun, 27% akan meninggal dunia, 5% masih bekerja, 4% mencapai kebebasan kewangan dan hanya 1% sahaja yang hidup mewah.
Masalahnya mereka merasakan pendapatan hari ini mencukupi untuk menampung kehidupan 30 tahun atau 40 tahun akan datang tanpa memikirkan soal inflasi yang akan menghakis kuasa beli mereka pada masa depan.
63% hadapi masalah kewangan ketika bersara
Menurut Yap, remaja hari ini yang akan tergolong dalam kumpulan 63% dan akan menghadapi masalah kewangan tidak bersedia untuk belajar cara memelihara, mengekal dan mengembangkan pendapatan mereka.
"Mereka perlu belajar kaedah pelaburan dan mengenalpasti jenis-jenis pelaburan yang sesuai bagi mereka supaya pendapatan dari pelaburan ini akan membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa semasa persaraan.
Mereka juga harus memikirkan bagaimana wang yang mereka perolehi hari ini boleh dikekalkan nilainya atau kuasa belinya tanpa membiarkan inflasi mengikis nilai wang mereka.
Yap berkata, setakat menyimpan wang dalam bank dengan memperolehi kadar faedah sebanyak 2-3% setahun tidak memadai kerana kadar inflasi 3% setahun akan memakan nilai sebenar wang mereka.
Oleh itu beliau menasihatkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah termasuk remaja hari ini membuka tiga jenia akaun. Akaun pertama dalam bentuk simpanan, mudah cair dan tergolong dalam kelas aset berisiko rendah.
Tiga akaun individu
Akaun kedua, ialah pelaburan dalam saham terpilih, hartanah, unit amanah dan REIT (unit amanah hartanah) yang mengandungi risiko yang sederhana dan memberi pulangan yang sederhana.
Ketiga ialah akaun pelaburan dalam saham-saham yang mempunyai volatiliti yang tinggi dan pelaburan saham di luar negeri yang mempunyai risiko yang tinggi dan juga membawa pulangan yang tinggi.
Yap merupakan seorang tokoh dalam bidang kebebasan kewangan. Beliau telah menulis lima buah buku setakat ini yang mendapat sambutan ramai.  Buku terbarunya ialah "Roadmap To Financial Freedom: The Ultimate Guide To Achieve Financial Freedom".
Ekspo Pelabur 2010 yang tamat hari ini adalah anjuran bersama "Share Investor" dan Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia dan disertai oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta, hotel dan bank.

Penemuan Mengejutkan Rangka Kapal Kayu Di Bawah Runtuhan WTC New York


Penemuan mengejutkan rangka kapal kayu di bawah runtuhan ‘Ground Zero’ World Trade Center (WTC) New York pada Selas, 13 Julai 2010.

Ia adalah sebuah kapal yang dikatakan terbenam di situ semenjak tahun 1810, panjangnya sekitar 30 kaki dan ditemui terbenam sedalam 20-30 kaki dari permukaan jalan di halaman World Trade Center. Kapal itu juga dipercayaai dibina sekitar tahun 1700-an dan tidak pernah terusik selama 200 tahun. Sebuah peta 1797 menunjukkan bahawa tapak penggalian itu berhampiran tempat Lindsey's Wharf dan Tasik's Wharf. Namun kajian lanjut masih dijalankan.

Persoalannya juga bagaimana rangka kapal tersebut boleh berada di sana.



Sumber :New York Times

‘Pemimpin Umno, PAS jumpa saya orang kecil saja’..ha..ha..dah kantoi cakap cam nie pulak..!!

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Sambil menjelaskan beliau tiada kuasa untuk mengatur pertemuan antara Umno-PAS, Mufti Perak berkata, mereka yang datang memujuknya agar menjadi orang tengah adalah “pemimpin kecil” kedua-dua parti Melayu Islam itu.
Tan Sri Harussani Zakaria yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini, sekali lagi mengakui ada pemimpin Umno dan PAS berjumpa dengannya bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
“Memang ada pemimpin kedua-dua parti berjumpa saya mengenai perkara itu tapi hanya orang kecil sahaja.
“Tapi tidak kisah semua itu, yang penting perlu cari alternatif baru untuk mewujudkan kerjasama antara Umno dan PAS.
“Saya akui memang Melayu tidak akan hilang di dunia, sama seperti Red Indian mereka tidak hilang di dunia tetapi lihat keadaan mereka sekarang,” kata beliau.
Dalam laporan awal The Malaysian Insider hari ini, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menegaskan, pihaknya tidak pernah menghantar wakil secara rasmi untuk meminta Harussani menjadi orang tengah ataupun pertemuan dengan Umno.
Malah beliau juga berkata PAS tiada minat untuk mengadakan dialog dengan Umno lagi sambil menganggap bab itu sudah ditutup.
Sehubungan itu beliau hari menyifatkan orang Melayu sebagai "bodoh" jika terus bergaduh antara satu sama lain semata-mata demi kepentingan politik yang akhirnya akan menyebabkan kemusnahan bangsa Melayu dan agama Islam.
Namun beliau berkata masih ada cara untuk mencari jalan penyelesaian demi mempertahankan orang Melayu dan Islam iaitu melalui kerjasama antara Umno dan PAS.
“Terus terang saya katakan bahawa kerjasama antara Umno dan PAS penting untuk menjaga dan mempertahankan orang Melayu dan Islam di negara ini.
“Tapi saya sedih apabila melihat orang Melayu hari ini berpecah-belah hanya kerana perbezaan politik sahaja. Apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang?” katanya.
Harussani berkata, “sekarang kita sendiri sudah lihat bagaimana orang Melayu susah nak dapat kerja, nak dapatkan biasiswa pun susah.”
“Adakah mereka masih tidak sedar?,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun beliau berkata tidak boleh untuk mengaturkan pertemuan antara Umno dan PAS kerana tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.
“Saya tiada kuasa untuk mengadakan pertemuan itu tapi sekiranya kedua-dua parti ingin berbuat demikian saya boleh menjadi penggerak bagi memastikan kerjasama itu berjaya,” katanya.
Justeru kata beliau, sekarang keputusan itu terpulang kepada Umno dan PAS kerana “kalau tidak sia-sia usaha saya untuk menyatukan orang Melayu.”
“Cuma saya ingin tegaskan  supaya Umno dan PAS fikirkan tentang bangsa dan Islam kerana jatuh Melayu jatuhlah Islam. Jangan fikirkan tentang kepentingan parti sahaja, fikir sikit orang Melayu yang di bawah,” katanya.
Harussani juga membidas sikap pemimpin kedua-dua parti yang hanya mementingkan kedudukan mereka tanpa memikirkan masa depan orang Melayu.
“Sebelum ini Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) cakap nak memperjuangkan Islam tapi bila minta bersatu tidak mahu pula, inikah perjuangan PAS?” katanya.
“Umno memang daripada dulu sudah hanyut sebab itu saya mahu kedua-dua parti sedar akan tanggungjawab mereka dalam pertahankan orang Melayu dan Islam,” katanya.
Harussani juga menambah, jika orang Melayu tidak mempertahankan hak mereka, maka orang bukan Melayu akan ambil alih negara.
“Sebagai contoh Pulau Pinang dan Singapura, ia sudah diperintah oleh orang bukan Melayu. Malah saya percaya dalam pilihan raya umum nanti orang bukan Melayu pasti akan menang kerana sikap bodoh orang Melayu sendiri,” tegasnya.
Semalam, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.
Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.