Jumaat, 16 Julai 2010

Man renews bid to claim Malacca throne..he.he.." Sultan Malacca "..!!

Raja Noor Jan speaks to reporters at his office in Kuala Lumpur. — Picture by Jack Ooi
 
KUALA LUMPUR, July 16 — Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah, who claims to be the Sultan of Malacca, is seeking the recognition of the Conference of Malay Rulers ahead of the 500th anniversary of the Portuguese invasion. Raja Noor Jan proclaimed himself as the 44th Sultan of Malacca at a ceremony in 2005.
“If I’m not a real king I would not have made this claim,” said Raja Noor Jan, who said he is a descendant of Sultan Abdullah Muhammad Shah who ruled Perak from 1851 to 1857.
“We are always proud of our history, of Malacca’s golden era. But the descendants of the Rulers are ignored,” he added.
The Perak Sultanate was founded in the 16th century after the fall of Malacca by the son of Sultan Mahmud Shah, the last Ruler of the state.
Since the Portuguese invasion in 1511 Malacca, which was then a major port city, has not been ruled by a monarch, but the state is headed by a governor who largely performs ceremonial duties.
Former Pahang Mentri Besar Tun Khalil Yaakob is currently the Malacca governor.
“I have been the Sultan for the past five years. But I’m not paid any salary, maybe they are silent because they don’t want to pay me,” said Raja Noor Jan on the authorities’ silence on his status.
“So I don’t make much appearance. When I have money I’ll organise some functions. I have been using my own money,” he said at a press conference at his office here which he refers to as Balai Seri Melaka.
Raja Noor Jan claims to be a businessman but refused to disclose the nature of his work.
He courted controversy again yesterday when the police seized a Rolls Royce bearing the “Sultan of Melaka” emblem at a trade event in Serdang.
The police said the car was rented from a used car dealer and the name “Sultan of Melaka” was used to convince foreign investors.
“The car was used to drive me to the event. They wanted to give a grand welcome to the Malacca Sultan, what is wrong with that?” he said when asked about the car.
“I was invited to eat and officiate the building, so I decided to attend,” said Raja Noor Jan.

Barang naik: Kabinet pantau reaksi rakyat, pasaran..ha..ha..pantau amende..dah naik banyak..!!!

Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di Sepang.

"Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi keenam MAS ke Indonesia, hari ini.

Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat.

Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan.

"Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan."

"Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini."

Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif.

"Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya.

Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu."

AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu.

- Bernama

Nik Aziz: Terima temu Muhyiddin, tapi bukan politik PAS-Umno

KOTA BARU, 16 Julai — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi kesediaan untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana-mana sahaja untuk mengadakan perbincangan mengenai prinsip hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, tetapi bukannya mengenai kerjasama politik.
Pendirian itu sama dengan kenyataan yang dilahirkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat dibenarkan dan begitu juga perbincangan mengenai kerjasama isu-isu semasa.
Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana “soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding.”
“Tapi kalau soal royalti, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa ada bersama,” kata Nik Aziz (gambar) selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Semalam dalam reaksi kepada kenyataan Nik Aziz kelmarin, Muhyiddin berkata beliau bersedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS kerana Umno menyokong perjuangan agama Islam dan orang Melayu.
Nik Aziz berkata, sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan Umno kerana PAS sudah membuat keputusan sejak dua tahun lepas selagi Umno tidak menukar dasarnya.
“Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika Umno sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam,” kata beliau dipetik Bernama.
Ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur Mustafa mengulangi pendirian PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno-BN buat masa sekarang, sebaliknya akan terus berada dalam Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu Mustafa berkata Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan boleh mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin atas kapasiti kerjasama negeri dan pusat.
“Kita, PAS akan bersama Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke-13... kita sudah berjanji macam itu. Tapi kerjasama politik Umno, kita tidak akan terlibat,” kata beliau.

Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan

Kerajaan Selangor hari ini menyiarkan senarai nama syarikat dan individu yang diberikan permit melombong pasir di negeri ini yang dikeluarkan pada 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak 158 permit melombong pasir telah dikeluarkan untuk tiga tahun iaitu 49 permit pada 2005, 48 permit pada 2006 dan 61 permit pada 2007.

Daripa
da jumlah itu, 33 permit dikeluarkan kepada individu dan selebihnya atas nama syarikat.

Permit-permit ini dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

“Sebelum 2008, prosedur pengeluaran permit ialah pejabat tanah daerah membuat kertas ringkasan mengenai permohonan yang dibuat untuk melombong pasir dan dihantar ke pejabat tanah dan galian (PTG),” kata kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini.

Permohonan ini kemudian dihantar ke jawatankuasa teknikal permit bahan batuan untuk ulasan dan syor. Permit hanya dikeluarkan selepas mendapat kelulusan jawatankuasa tetap pembangunan tanah (pasir).

“Selepas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), milik penuh kerajaan Selangor ditubuhkan, permit permohonan masih dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah tetapi hanya kepada KSSB.”

Menurut kenyatan itu lagi, KSSB kemudiannya akan membuat permohonan kepada pentadbir tanah.

Selepas permohonan mendapat kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri, KSSB kemudiannya membuka tender secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan mempunyai jentera yang mencukupi untuk menjalankan kerja perlombongan pasir.

Hasil kutipan penjualan pasir ini, KSSB membuat pembayaran royalti kepada kerajaan negeri menggunakan perkiraan yang telah ditetapkan.

“Dengan cara ini, perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan lebih terkawal berbanding sebelum 2008 apabila hanya KSSB diberikan permit oleh pentadbir tanah.

“Langkah kerajaan Selangor ini bukan saja berjaya mengurangkan aktiviti curi pasir yang telah berleluasa sebelum 2008 malah telah meningkatkan kutipan hasil dan royalti,” petik kenyataan itu.

Barang naik: Benar dakwaan Idris Jala


PULAU PINANG, 16 Julai: Tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikan harga minyak dan gula mulai semalam mengesahkan kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala bahawa negara boleh 'bankap' pada tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak bertindak cepat  memotong subsidi beberapa barangan keperluan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau PInang, Rosidi Husein berkata langkah drastik itu terpaksa dibuat kerajaan Umno BN demi menyelamatkan keadaan ekonomi negara yang kian mengucup walaupun ada menteri masih mempertahankan ekonomi negara berkembang ke tahap yang menyakinkan.

"Apa yang diperkatakan oleh Idris Jala betul dan tidak boleh dinafikan. Untuk mengelak daripada berlaku kejadian yang buruk itu kerajaan terpaksa melakukanya mulai sekarang bukan menanti saat mencemaskan," ujarnya ketika diminta mengulas kenaikan barangan terpenting itu.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga kelihatan tidak berani memberi ruang kepada Ahli Parlimen untuk berbahas mengenai isu kenaikan harga minyak dan barangan lain sebaliknya mengistiharkan kenaikan selepas sahaja persidangan Parlimen selesai.

Sikap itu membuktikan apa saja yang kerajaan buat akhirnya untuk menyelamatkan kroni tanpa mengambil tahu kemarahan rakyat di peringkat akar umbi.

"Rakyat harus memikirkan kenaikan tersebut kerana kenaikan harga minyak pasti membuatkan harga keseluruhan barangan keperluan seharian termasuk harga makanan akan meningkat, " jelasnya.

Lazimnya menteri akan bercakap kenaikan harga minyak masih rendah berbanding harga di negara membangun lain termasuk Asean.

Manakala setiap kali ura-ura kenaikan berlaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Ismail Sabri Yaacob akan memberi jaminan kepada rakyat kenaikan tidak akan berlaku tetapi bila jadi kenyataan beliau sendiri lepas tangan dengan kenyataan lain pula.

Semalam kerajaan mengistiharkan kenaikan harga gula kepada 25 sen sekilogram, petro RON95 dan Diesel naik 5 sen dan gas LPG sepuluh sen sekilogram.

Subsidy cuts will slash votes for BN

By Ken Vin Lek

KUALA LUMPUR: The subsidy cuts which came into effect at the stroke of midnight could court serious political implications for Barisan Nasional, warned academic Prof James Chin.
“This is a brave move on Prime Minister Najib Tun Razak’s part as this is going to have an effect on BN’s vote base regardless of whether the general election is held this year or in the near future.

“There will definitely be political implications as people do not like price hikes,” said the head of Monash University's Arts Faculty.

However, Chin said the government had little choice due to the country's huge deficit.

“The crisis in Greece really spooked international markets and countries which do not balance their sheets will be tremendously affected,” he added.

Chin attributed the lack of adverse public reaction to the government's “clever” planning leading up to the subsidy cuts such as the Performance Management Unit (Pemandu) organising labs and initiatives to gather public feedback.

“The middle class has accepted the fact that the government will reduce subsidies sooner or later. The problem is the low-income earners. They are the voiceless ones who will be hurt most.

“It is going to affect the average poor household budget by about RM100 to RM150 a year and this is not a small figure,” he added.

The cuts have raised the prices of sugar, petroleum, diesel and natural gas.

Anwar calls it a heartless move

Meanwhile, Opposition Leader Anwar Ibrahim slammed the government for not having the people's interest at heart.

He was also upset that the subsidy cuts, which came just ahead of the Muslim fasting month of Ramadan, were done on the sly, which he claimed proved that Najib had no respect for the Dewan Rakyat.

“The increase in sugar price will impact the prices of food and the crippling effect from the rise in petrol, diesel and sugar will put immense pressure on those earning below RM2,000 a month

“The people should not be affected by the excuse of wanting to reduce the country’s deficit and using such savings to bear the cost of excessive expenditure made by the government.

“The target of RM750 million in savings announced by the Prime Minister’s Department is little compared to the wastages happening in BN,” he said.

Anwar was also livid that the matter was not raised in Parliament.

“Even though we have debated (this issue) in Parliament since June 7, the announcement of the subsidy cuts was never brought up in the House for debate. This proves that Najib and his Cabinet do not respect the function and position of the Dewan Rakyat,” he said.

Urging Najib's administration to be more transparent and people-centric, the former finance minister suggested that the government restructure the gas subsidies for independent power producers (IPP) valued at RM13 billion a year and to monitor the performance of government-linked companies.

Shahrir gives the thumbs up

On the other hand, former domestic trade and consumer affairs minister Shahrir Samad lauded the government's move to reduce the subsidies.

However, he was disappointed that the RON97 petrol price did not go up as high as it should have.

“RON97 is only for high performance engines and only the rich can afford such cars. It should not have any subsidies at all. The rest are justified and the government has consistently made efforts to ease the burden of the poor,” he said.

Shahrir cited an example when he was minister where he provided aid to people living in the interior areas of Sabah and Sarawak via government-assisted programmes.

“The petrol price in the interior was RM3 per litre because of transport problems. Since 2008, this has been taken care of by the government and the people there only pay the standard subsidised price enjoyed by people in urban areas,” he added.

As such, Shahrir recommended that any form of subsidy removal be done gradually but it has to be reduced as much as possible.

“The difference in price due to subsidies actually creates a lot of other problems. For example, there is smuggling of controlled items such as sugar happening in Kelantan, Sabah and Sarawak.

“A huge portion of money has to be spent to enforce and catch these smugglers. If this disparity can be minimised, we will be able to channel the savings obtained to the right people,” he told FMT.

FMT understands that this is the first stage of subsidy cuts, with a review expected every six months.

Earlier this year, Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala made a controversial prediction that Malaysia could be bankrupt by 2019 if it did not begin to cut subsidies for petrol, electricity, food and other staples, which he said costs the country RM74 billion last year.

Negara Perlu Kepada Reformasi Ekonomi Menyeluruh

anwar_ibrahim1 PETALING JAYA: Kenaikan harga barang yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dilihat sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah menyebabkannya semakin meningkat.
Menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi ini terjadi akibat sikap kerajaan yang tidak berdisiplin dan tiadanya iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor yang memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebagai bukti, pemotongan subsidi ini telah pun diperkenalkan sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.
Namun sehingga kini, mekanisme tersebut masih lagi tidak dibuat, dan pada masa yang sama kenaikan demi kenaikan diumumkan.
"Maka tidak ada cara lain bagi memulihkan ekonomi negara melainkan reformasi ekonomi negara secara menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kredibiliti Najib juga turut dipersoalkan apabila membelanjakan wang negara untuk menaikkan imej sendiri berbanding menyalurkan peruntukan yang digunakannya itu untuk rakyat.
"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.
"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," katanya.
Malah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah Bumiputera yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional (BN), kata Anwar yang juga ketua umum PKR.
"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.
PM tidak hormat Dewan Rakyat
"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.
"Dato’ Seri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebajikan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar.
Beliau berkata tekanan yang dikenakan ke atas rakyat supaya mengubah cara hidup tidak wajar sedangkan kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati keuntungan daripada penjimatan subsidi ini.
"Subsidi gas yang diberikan kepada para pengeluar kuasa elektrik bebas (IPP) yang menelan belanja RM18.9 bilion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
Berikutan itu, Anwar menggariskan empat langkah yang perlu diambil kerajaan Pusat untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi.
"Kerajaan perlu mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat.
"Penstrukturan semula pemberian subsidi gas kepada IPP perlu dilakukan agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat," katanya.
Selain itu Anwar turut menggesa agar prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjana dana awam perlu dikawal selia bagi mengelakkan kerugian berbilion ringgit ditanggung rakyat.
"Keikhlasan dalam memerangi rasuah dengan menghentikan campur tangan politik dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara juga perlu dibuktikan," katanya.

Pengurangan Subsidi Isyarat Pelaksanaan Reformasi Ekonomi

2830 KUALA LUMPUR: Pengurangan subsidi bahan api, gula dan gas petroleum cecair (LPG), oleh kerajaan merupakan isyarat bahawa reformasi ekonomi mula digerakkan, kata OSK Research.
"Kami tidak pernah menyokong subsidi, dan pelaksanaan pengurangan subsidi ini adalah sederhana dan oleh itu boleh diterima oleh orang ramai.
"Kami yakin ini menunjukkan pentadbiran sekarang sekali lagi sedia mengambil langkah berani dan meneruskan reformasi ekonomi selanjutnya selepas berehat selama tujuh bulan," katanya.

OSK juga berkata ia yakin FBM KLCI kekal dalam aliran meningkat, terutama bagi suku keempat, dengan sasaran yang tidak berubah pada 1,465 mata pada akhir tahun.
Menurut OSK, walaupun ia tidak terkejut dengan jumlah pengurangan subsidi itu, selain gula, adalah kecil berbanding cadangan asal Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), namun terkejut terhadap pelaksaannya yang cepat.
Pengurangan subsidi adalah kecil
"Kami berpendapat kerajaan akan terus membuat reformasi ekonomi yang tidak popular. Namun kami yakin, ia telah membuat keputusan yang betul.
"Memandangkan pengurangan subsidi adalah kecil, kami menjangkakan kadar tol dan harga gas juga akan diselaraskan, selain petrol dan gula," katanya dalam nota kajiannya hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengurangan subsidi, berkuat kuasa tengah malam tadi.
OSK berkata impak peningkatan harga petrol sebanyak 2.8 peratus sekarang, dijangka mempunyai impak terhad ke atas sektor peruncitan, auto serta tol.
"Kenaikan harga gula sebanyak 15 peratus bakal menyaksikan sebahagian kos sekali lagi dilepaskan kepada pengguna, impak ke atas pendapatan boleh guna sepatutnya sederhana," katanya.
Lebih banyak pengurangan subsidi akan berlaku
OSK berkata jika lebih RM750 juta dijimatkan pada 2010 menerusi pengurangan itu (subsidi) dan digunakan untuk manfaat lain seperti mengurangkan hutang awam, ia pasti memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Bagaimanapun, jika penjimatan itu digunakan untuk membiayai projek pembangunan, seperti cadangan KL Mass Rapid Transit (MRT), kawalan ketat dan tender terbuka perlu dilakukan bagi mengelak dakwaan ketirisan pada masa depan.
Firma penyelidikan itu turut mengenal pasti tiga penerima manfaat – Tenaga Nasional Bhd, Gamuda dan MMC.
Tenaga mungkin memperoleh peningkatan tarif manakala Gamuda dan MMC, mungkin melobi penjimatan subsidi itu untuk membiayai projek KL MRT, yang mungkin bermula lebih awal.
"Kami menjangkakan lebih banyak pengurangan subsidi akan dilakukan. Harga gula mungkin diselaraskan dalam tempoh enam bulan manakala subsidi harga gas juga dikurangkan pada 2011," katanya.
- Bernama

Maya Karin, suaminya sah cerai talak satu...!! Ada kekosongan dah..!! apa citer..??



KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.
“Maya (gambar) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.
“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.
“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.

Bakal Mamp*s Dalam Menyokong Si Zalim Kezaliman..kesian dia

Pesara guru wakaf tanah untuk UMNO
ALOR SETAR 15 Julai – Kemurahan hati seorang ahli UMNO mewakafkan sebidang tanah miliknya kepada UMNO Bahagian Kuala Kedah menarik perhatian ramai pada mesyuarat perwakilan bahagian itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Abu Bakar Zainol Abidin, 66, yang menjadi ahli UMNO Bahagian Kuala Kedah sejak 1970-an bermurah hati mewakafkan tanah seluas 0.2 hektar untuk kegunaan UMNO Kuala Kedah.

Pesara guru agama itu berkata, hasrat mewakafkan tanah tersebut kepada UMNO telah lama tersimpan di dalam hatinya.

“Saya dah lama ingin berbuat demikian kerana UMNO telah banyak berjasa kepada saya dan keluarga.

“Tanah tersebut adalah tanah sawah di Kampung Tebengau di sini dan saya mahu tanah itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Najib sendiri di dalam ucapannya memuji tindakan Abu Bakar dan mahu ahli-ahli UMNO mencontohi beliau yang bersedia berkorban harta benda demi kepentingan parti.

Abu Bakar menyerahkan geran tanah tersebut kepada Najib pada majlis perasmian mesyuarat berkenaan.

Menurut Abu Bakar lagi, kesemua lima anaknya berjaya di dalam hidup dan mempunyai kerjaya yang baik hasil bantuan yang diberikan oleh UMNO.

 Lepas ni sila siasat;
oit cikgu, hang tak kena ka bayaq minyak lebih,gula lebih, dan lain-lain lebih.

1.apa kaitan guru/anak2 dia/family members dia tu ngan UMNO
2.adakah tanah tersebut dijamin tidak jadi rebutan CUKONG-CUKONG UMNO
3.adakah tanah tu bakal dijual pulak kepada tauke2 cina/developer
4.adakah cikgu yang dekat nak AJAL nih sedar UMNO adalah sahabat APCO+YAHUDI
5.adakah cikgu tu tahu UMNO-BARISAN NASIONAL yang mula2  luluskan operasi Kedai Judi & Arak di Malaysia

Petrol naik 5 sen - Amukan di warung rosmah

by radens albanjari

“..Inilah minyak lipas kudung. Dengan menyapu minyak ini, betis pakcik akan jadi kuat dan jalan akan jadi pantas macam lipas kudung. Jadi tidak perlulah pakcik bawak motor lagi. Jimat duit. Jalan kaki saja. Kalau nak berlari pun boleh.

Kalau tak urgent sangat, mengesot pun boleh. Malah kalau nak untung lagi jual saja motor buruk pakcik yang dah iras-iras rupa jerumun babi tu. Saya tengok pun malu. Satu Malaysia juga malu. Satuuuuu, Malaysia, satuuuu, Malaysia, satuuuuu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!..”

Rahimin Idris - Pak Sudarmaju mengetap-ngetapkan giginya tanda geram yang tidak terperi. Penumbuk kanannya dikepal-kepal dan digosok-gosok dengan tangan kiri bagaikan kanak-kanak tadika mengasah pensel warna.

“Tak guna!” bentak Pak Sudarmaju dengan kuat sambil mengetuk meja menggunakan dagunya yang panjang itu. Pak Sudarmaju memang mempunyai kelebihan di situ.

Semua mata yang ada di warung Mak Cik Rosmah Pulau Mansuk tertumpu kepada Pak Sudarmaju kini. Namun seorang pun tiada yang berani menegur kerana tahu keganasan Pak Sudarmaju bukan calang-calang.

Ini kerana beberapa ekor kerbau yang merosakkan bunga pagar di hadapan rumah beliau pernah lumpuh akibat didagu oleh Pak Sudarmaju bertubi-tubi. Kalau tidak kerana azan Maghrib pastilah Pak Sudarmaju tidak berhenti mendagu kerbau-kerbau yang malang itu.


“Kenapa begini pakcik?” demikian tiba-tiba kedengaran tanya oleh seseorang dari arah belakang Pak Sudarmaju.

Tentulah orang itu bukan suara penduduk kampong Pulau Mansuk. Jika tidak pastilah empunya suara itu tidak akan berani bertanya kerana bimbang tersilap cakap, Pak Sudarmaju mengamuk pula.

“Ini hah, aok tak nampak ni?!!” kata Pak Sudarmaju dengan tidak berapa garang sangat.

“Oh, pengumuman pelarasan harga bahan bakar dan barang keperluan tu ya? Jangan bimbang. Nama saya Mahmud Esplenet. Saya salesman yang punya bahan yang boleh mengatasi situasi ini. Saya orang kampong Lebak Seberang. Eh, salam dulu Pak cik, err,” kata Mahmud Esplenet sambil menghulur tangan kanan. Tangan kiri diletak ke pusat dan menundukkan badan tanda hormat melampau. Salam fesyen apa tak tau.

“Nama aku Pak Sudarmaju,” kata Pak Sudarmaju sambil menyambut salam. Hidungnya masih terkemut-kemut seperti dubur ayam tanda kemarahannya masih dilevel yang meragukan.

“Memang jahanam diorang tu. Nak menyusahkan rakyat marhaen saja. Sikit-sikit ugut kata negara mahu muflis. Apa daa..” kata Mahmud Esplenet mula meracun.

Pak Sudarmaju angguk-angguk tanpa sebarang reaksi diwajahnya.

“Ini ada minyak boleh menjimatkan petrol. Saya jual RM10 untuk 3 botol. Minyak ajaib ni,” Mahmud Esplenet memulakan sesi penerangan barang jualannya.

“Maksud kau minyak ni boleh tuang ke dalam tangki dan menjimatkan penggunaan minyak aku?” tanya Pak Sudarmaju mula menunjukkan minat sedikit-sedikit.

“Bukan begitu. Minyak ini perlu di sapu ke kaki,” jawab Mahmud Esplenet pula.

“Ke kaki?” tanya Pak Sudarmaju sambil mengerutkan dahinya. Apa kena mengena jimat petrol dengan kaki?

“Tak apa, mari saya gosok dulu,”kata Mahmud Esplenet sambil terus menerpa dan meniarap di kaki Pak Sudarmaju.

Mahmud Esplenet dengan sepantas kilat mengeluarkan sebotol minyak dan melumur ke tapak tangannya. Kain pelekat hapak Pak Sudarmaju diselak dengan rakus-serakus-rakusnya. Kemudian minyak itu digosok-gosok ke sepasang betis Pak Sudarmaju yang keras macam tiang gol itu. Semua pengunjung warung Mak Cik Rosmah Pulau Mansuk hanya memerhati sandiwara yang hina dina itu tanpa sepatah kata. Semuanya bermuka bimbang seolah-olah membayangkan petaka akan menimpa kampong mereka.

“Ok, sudah siap,” kata Mahmud Esplenet seraya bangun secara summersault diikuti dengan senyuman kepuasan.

“Minyak apa ini? Bau macam lubang pembetung saja ..” tanya Pak Sudarmaju sambil menggesek-gesekkan hidungnya.

“Inilah minyak lipas kudung. Dengan menyapu minyak ini, betis pakcik akan jadi kuat dan jalan akan jadi pantas macam lipas kudung. Jadi tidak perlulah pakcik bawak motor lagi. Jimat duit. Jalan kaki saja. Kalau nak berlari pun boleh. Kalau tak urgent sangat, mengesot pun boleh. Malah kalau nak untung lagi jual saja motor buruk pakcik yang dah iras-iras rupa jerumun babi tu.

Saya tengok pun malu. Satu Malaysia juga malu. Satuuuuu, Malaysia, satuuuu, Malaysia, satuuuuu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!” Mahmud Esplenet memberi penerangan tentang kaedah penjimatan petrol kepada Pak Sudarmaji dengan penuh rasa patriotik sambil jari telunjuknya diangkat ke udara.


“O, begitu? Minyak lipas kudung ni ramuannya apa pula?” Tanya Pak Sudarmaju tanpa menunjukkan sebarang riak wajah meski motor buruknya dihina di khalayak ramai sebelum itu. Namun sinar mata Pak Sudarmaju mula bertukar ke warna pink. Tanda bahaya tahap satu.

“Ah, pakcik ni. Mestilah dari lipas kudung. Saya tangkap lipas bila tiba malam lailatulqadar. Saya campur sikit dengan akar daun kesimbuk dan minyak kelapa mawar. Ini rahsia turun temurun. Saya baca selawat seban..” kata-kata Mahmud Esplenet tidak sempat dihabiskan.

Warung Makcik Rosmah Pulau Mansuk gegak gempita petang itu ekoran amukan Pak Sudarmaju yang mendagu Mahmud Esplenet salesman yang berasal dari kampong Lebak Seberang itu kerana melumur minyak lipas ke betisnya. Tidak ada sesiapa berani campur tangan.

Pak Sudarmaju hanya berhenti mendagu Mahmud Esplenet setelah teringat buah anggur tak ada biji yang dipesan isterinya belum dibeli. Bergegas Pak Sudarmaju ke pasaraya TF Value Mart Jerantut. Mahmud Esplenet yang terkujat-kujat dengan tubuhnya berlumuran minyak lipas kudung tetap tidak ada yang sudi menyentuh. (dipetik dari blog mati fikiran)

RAKYAT DI TIPUKAN MELAYU DI BODOHKAN


EDITOR DIARAH ELAKAN PERKATAAN BARANG NAIK
- mkini

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

KAH KAH KAH…

woit…. INI LAH CARA NAK MENIPU MAK CIK FELDA…. kah kah kah..

kah kah kah… INI LAH CARA NAK MENIPU PAK CIK DI KAMPONG…. kah kah kah..

kah kah kah… HARGA BUKAN NAIK… TAPI SUBSIDI DI POTONG…. kah kah kah..

kah kah kah…BARANG BUKAN MAHAL…. TAPI KENA BERI DUIT LEBIH SIKIT…kah kah kah..

kah kah kah…. RUMAH BUKAN SEMPIT…. HANYA TAK ADA TEMPAT NAK BERLUNJUR…kah kah kah..

kah kah kah… FELDA BUKAN BANGKFRAP….. HANYA DUIT TAK ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…. MELAYU BUKAN BODOH…. HANYA SENANG DI TIPU…. kah kah kah

kah kah kah... SUAMI I BUKAN GEDEBAB..... DAGING SAJA YANG LEBIH ...kah kah kah
TT.

SAH KEDUA-DUA KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM

Media perlu melaporkan perkembangan tepat mengenai kapal selam negara agar rakyat tidak terperdaya dengan tohmahan pembangkang yang kurang faham mengenai fungsi aset negara itu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. 

"Umpamanya, di Teluk Sepanggar, sekarang ada dua kapal selam, KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman. Orang nampak kapal-kapal selam jenis Scorpene ini duduk saja atas air dan membuat tanggapan bahawa ia tak boleh menyelam.
"Tetapi ada bermacam-macam aktiviti dijalankan dalam kapal selam itu," katanya kepada pemberita .
 
Abdul Latiff berkata, bahawa kapal selam tidak sama dengan kapal biasa yang mana orang boleh nampak kakitangan bekerja di atas dek.
Beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak yang mahu supaya siasatan dijalankan kerana kononnya satu daripada kapal selam itu sering rosak.

"Dakwaan seperti ini akan merisaukan rakyat," katanya.
KD Tunku Abdul Rahman, yang tiba di pangkalannya Teluk Sepanggar pada 17 September lepas, dan KD Tun Razak yang tiba semalam, dibeli oleh kerajaan Malaysiamenerusi satu urus niaga bernilai RM3.4 bilion pada 2002 dan dibina di Toulon,Perancis.

" Pelarasan Harga” atau “Rasionalisasi Subsidi” bererti "barang naik" - Najibnomic.

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

 PS : Pakar ekonomi yang bijak mengunakan bahasa untuk memanipulasikan minda rakyat...ha..ha..ha..!!! NAJIBNOMIC

Kenaikan Harga Tidak Membebankan... Ungkapan Bangsat Yang Basi


Kabinet akan pantau reaksi rakyat, pasaran berikutan pengurangan subsidi

Kabinet akan memantau reaksi rakyat dan keadaan pasaran berkaitan penyelarasan subsidi membabitkan bahan api dan gula yang diumumkan semalam, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha di sini.

"Pada peringkat ini, secara keseluruhannya orang ramai boleh menerima penyelarasan subsidi itu," katanya kepada media sebelum berlepas dengan penerbangan sulung Penerbangan Malaysia (MAS) ke Bandung, iaitu destinasi ke-enam MAS ke Indonesia, hari ini.

Kong yakin kenaikan harga bahan api dan salah satu barang kawalan itu tidak akan membebankan rakyat.

Namun, beliau berharap peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang yang berkaitan.

"Pengurangan subsidi bukan saja mengurangkan beban kerajaan tetapi turut mengelakkan penyeludupan."

"Walau pun harga gula dinaikkan tetapi di Thailand gula berharga RM2.60, harga kita RM1.90 dan ia masih ada perbezaan. Singapura pula RM3.70... masih ada jarak yang besar antara dua negara ini."

Beliau berharap rakyat melihat penyelarasan ini dalam sudut yang positif.

"Pengurangan subsidi adalah sebahagian daripada pengurusan perbendaharaan negara," katanya.

Ketika mengulas status permohonan AirAsia untuk mendapatkan laluan ke Sydney, Kong berkata "kementeriannya akan memberikan pertimbangan penuh terhadap syarikat penerbangan itu."

AirAsia dilaporkan masih berusaha untuk mendapatkan laluan itu selepas gagal pada percubaan pertama Jun lalu. - Bernama

Ulasan GB

Masyarakat marhaen terus tertindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO BN dengan kenaikan harga barang keperluan yang diumumkan semalam.

Ungkapan "kenaikan harga tidak membebankan rakyat" dan "peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang-barang" adalah kenyataan-kenyataan bangsat dan basi pada setiap kali kenaikan harga diumumkan kerana adalah mustahil kenaikan harga berkenaan tidak membebankan rakyat dan adalah mustahil juga para peniaga lain tidak menaikkan harga barangan berkaitan kerana kos pengeluaran telah meningkat.

Ramadhan semakin hampir, bererti juadah berbuka puasa akan bertambah mahal. Kueh yang dahulunya 3 keping seringit akan menjadi 2 keping seringgit.

Begitulah yang lain-lain apabila kos gas dan kos pengangkutan turut naik.

Kesan tidak dirasai oleh mereka yang berpendapatan tinggi, tetapi akan mencerut leher mereka yang berpendapatan rendah.

Arahan Kerajaan : Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'..untuk memanipulasi minda rakyat..!!

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.
Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.
Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.
Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.
Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras”

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”.

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”.

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”.

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

PAS seru naikkan kain rentang protes kenaikan

KUALA LUMPUR, 16 Julai: PAS menyeru semua jentera penerangannya menaikkan kain rentang di pelusuk kampung sebagai tanda protes kenaikan harga barangan mengejut tengah malam tadi.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tindakan itu juga bagi menyedarkan rakyat betapa 'prihatinya' pemimpin Umno kepada rakyat.

" Slogan “Terima kasih kepada kerajaan BN yang menaikkan harga minyak dan gula, “Bahagianya Rakyat Tanpamu BN” hendaklah dinaikkan untuk menanamkan kesedaran sivik dan politik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu beliau turut menyeru kerajaan Umno BN agar menyerahkan kuasa secara terhormat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara dengan lebih baik.

Pakatan Rakayat di beberapa negeri yang dikuasai katanya, telah menunjukkan kebolehan menjaga rakyat dengan lebih baik berbanding kerajaan Umno.

"Contohnya Kedah yang terpaksa memikul bebanan hutang dan pembaziran di zaman Umno 52 tahun hampir RM3 bilion, masih mampu urus tadbir dengan baik, begitu juga dengan Kelantan yang berjaya mentadbir selama 20 tahun.

"Ketika Kerajaan BN yang hampir lumpuh dari segi kewangan untuk mentadbir negara, tiba-tiba kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencari berbagai idea untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat seperti percuma, tusyen percuma, skim Kifalah, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), manaka BN pula merancang bagaimana hendak naik tarif air, tol, eletrik," katanya lagi.

Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen menjadikan harga petrol Ron 95 RM1.85 sen dan gula sebanyak 25 sen menjadi RM 1.90 sen.

Menurut Idris lagi, Pas merasa pelik dengan pengumuman dibuat Najib, sedangkan beliau dengan rasa bangga sebelum ini menyatakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 10.1 peratus dalam suku pertama 2010, pencapain terbaik dalam dekad ini.

"Sepatutnya sebagai kerajaan, ia perlu memikirkan bagaimana hendak menyenangkan rakyat di bawah jagaan mereka, sebaliknya kerajaan hari ini membebankan rakyat.

"Nampaknya kerajaan BN kontang idea untuk membaiki taraf hidup rakyat, yang mereka fikir naik harga barang dan sama ekor," katanya.

Tambahnya perkara ini dapat dielak  jika kerajaan pada hari ini mengatasi masalah rasuah dan kroni.

Kenaikan 5-1: Anwar Saran Empat Langkah Bantu Rakyat

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan empat langkah yang perlu diambil kerajaan Umno-BN untuk membantu rakyat bawahan mengharungi lonjakan kos kehidupan ekoran serangan mengejut kenaikan harga barang malam semalam.
Anwar berkata hanya dengan empat langkah ini rakyat dapat diyakinkan bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk barangan keperluan adalah berbaloi.
Bekas Menteri Kewangan ini juga meminta Perdana Menteri Najib Razak membentangkan rancangan perbelanjaan RM750 juta yang dipungut dari kenaikan harga ini.
"Saya menuntut supaya perdana menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat," kata Anwar.
"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," tegas Anwar lagi.
Empat langkah yang digariskan adalah:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;
2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;
3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting;
4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.
"Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan perdana menteri jika benar BN ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. 
"Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni," tegas Anwar.

Saya Suka Paris - Bala



Dipetik dari blog WRLR

penyelidik Perancis tampak sangat akrab dengan kejadian-kejadian di Malaysia berkaitan dengan pembunuhan Altantunya. Namun siasatan berpusat pada kesepakatan kapal selam scorpene dan komisyen yang dipercayai dibayar berhubung dengan itu.
Wawancara
Polis
Tarikh wawancara: 2010/07/12

Waktu wawancara: 14:00. Wawancara memuat 3 jam.

Tempat wawancara: Arah Centrale de la Polis Judiciare DNIF, Nanterre, Paris

Ditemubual oleh Mr M. Ryckewaert dibantu oleh penterjemah Bahasa Inggeris dan lain pegawai wanita. Wawancara dilakukan dalam bahasa Bahasa Perancis melalui penterjemah Bahasa Inggeris.

Pengamatan: Penyelidik Perancis tampak sangat akrab dengan kejadian-kejadian di Malaysia berkaitan dengan pembunuhan Altantunya.

Berikut ini adalah persoalan yang terlibat dalam wawancara.

1. Latar belakang saya [termasuk tarikh dan tempat] lahir dan pekerjaan saya mulai dari masa saya dengan polis Malaysia ke masa ketika saya menjadi detektif swasta pada tahun 1998.

2. lesen PI saya.

3. Keseluruhan cerita tentang bagaimana saya direkrut untuk melakukan pekerjaan untuk Razak Baginda dan wawancara sebelum pekerjaan yang dilakukan oleh Mr Dhirren Norendra, seorang peguam amalan di Kuala Lumpur. Saya mempersoalkan tentang ruang lingkup tugas saya, target dan tujuan tugas saya.

4. Latar belakang pembunuhan Altantunya. Aku diberitahu mereka tentang peristiwa menjelang dan selepas pembunuhan itu dan juga memberitahu mereka untuk membaca SD pertama saya dan wawancara di Singapura. Juga identiti dua pegawai polis yang dinyatakan bersalah atas pembunuhan, yang mereka bekerja serta identiti dari berbagai orang lain dikenalpasti sebagai tentang bila Altantunya menghilang dan hubungan mereka untuk Baginda dan / atau PM.

5. Razak Baginda, dan hubungan dengan PM saat ini, maklumat dan aktiviti diriwayatkan kepada saya oleh Baginda termasuk sms dihantar oleh PM untuk Baginda pada takat penangkapannya atas pembunuhan Altantunya.


6. Syarikat Malaysia, Perimekar, pemilikan, dan hubungan nya antara Baginda dan isterinya. Juga sifat usaha yang dilakukan oleh Perimeker. Aku memberitahu mereka kewujudan peralatan tentera di pejabat Baginda, pejabat aos. Maklumat tentang Razak Baginda dan keberadaannya sekarang ini.

7. bayaran kewangan oleh Razak Baginda kepada Altantuya termasuk tiga US $ 5K bayaran oleh Baginda untuk Altantunya termasuk denda sebanyak US $ 1K kerana terlambat masuk perbankan juga pembelian oleh Razak Baginda dari sebuah apartemen di Mongolia untuk Altantunya. Juga latar belakang bayaran US $ 500K dituntut oleh Altantunya, latar belakang, bagaimana timbul, link untuk kesepakatan kapal selam Scorpene, Altanunya, penglibatan aos dalam perundingan dan masuk dan pengesahan oleh Baginda bahawa ia seharusnya dibayar wang kepada Altantunya.

8. Bagaimana Rosmah Mansor bekerja sama dengan Deepak untuk mengasingkan saya dari Malaysia,

ancaman untuk keluarga saya selepas saya menandatangani SD pertama serta penglibatan PM, aos saudara dalam peristiwa yang mengarah ke SD 2 dan saya diseludup keluar dari Malaysia dan diminta untuk tinggal jauh sampai Najib menjadi PM.
9. Saya diminta untuk menelusuri kembali peristiwa di Rawang rumah kopi di mana Deepak, Dinesh dan ASP Suresh hadir.

10. Panjang dan masa aku dalam pengasingan.

11. Keterangan tentang Altantunya, aos sepupu. Ammy, yang mempunyai pengetahuan dari Paris

makan malam di mana PM dan Razak Baginda hadir dengan Altantunya.

12. Identiti individu Perancis terlibat dalam perjanjian Scorpene.

13. Pengetahuan saya tentang bayaran oleh Perancis kepada Perimekar dan maklumat yang diberikan kepada saya oleh Altantunya bahawa dia US $ 500K itu kerana perjanjian tentang transaksi sukses kapal selam Scorpene.
14. Identiti, latar belakang dan penglibatan dua Malaysia dikenalpasti sebagai Major Rahim dan Abdul Rahim bin Saad.
15. Altantuya, aos latar belakang keluarga.

16. Saya link dengan Suaram, jika ada.
17. Keperluan untuk dilayani keadilan atas pembunuhan Altantunya dan kebenaran diberitahu mengenai perjanjian Scorpene.
Saya menandatangani pernyataan bahawa percakapan saya Perancis dirakam.

Pertemuan dengan Peguam Perancis

Saya juga bertemu dengan Mr Joseph Breham, seorang peguam Perancis bertindak untuk Suaram, pada 2010/7/13 pukul 10 pagi di pejabatnya di Kabinet Bourdon-Voituriez-Burget, 156 e Rue Rivoli, Paris.

Kenaikan 5-1 Tidak Perlu Jika BN Batal Apco, Sekat Rasuah, Basmi Pembaziran

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menaikkan harga bahan bakar dan gula tanpa mekanisma membantu golongan berpendapatan rendah, mahupun langkah mengetatkan perbelanjaan dan pembasmian rasuah.
Bekas Menteri Kewangan ini berhujah kerajaan Umno-BN seharusnya mengambil langkah proaktif memastikan golongan paling terkesan dengan kenaikan ini dibantu untuk menghadapi lonjakan harga keperluan asas ini.
Ini kerana kenaikan tersebut meninggalkan kesan berganda yang akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, di mana 75 peratus darinya adalah bumiputera yang kononnya dibela Presiden Umno itu.
"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia," tambah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu lagi.
Kenaikan harga barangan keperluan diumum secara mengejut oleh perdana menteri malam tadi, yang menurut beliau merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat.
Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen, manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi dan tertakluk kepada apungan secara terkawal. 
Dalam pada itu, harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Kerajaan Persekutuan mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.
Pakatan Rakyat membidas rumusan yang dibentangkan Umno-BN kerana ia meminggirkan golongan berpendapatan rendah dan memberi kelebihan yang diberi kepada pemain-pemain industri, seperti Penjana Tenaga Bebas yang diberi subsidi korporat jutaan ringgit.
"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tegas Anwar.
Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. 
Bagaimanapun tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, kerana rekod menunjukkan defisit terus membengkak ke paras terbaru. 
"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," jelas Anwar.
Sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding pembaziran, boros dan kebocoran dana rakyat yang berlaku dibawah pentadbiran BN. 
Perdana Menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana menteri," kata Anwar.
"Bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta," jelas beliau lagi.

Kesan 'berantai', harga barangan lain akan naik..!!! menteri kata tak akan naik..???

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

- Bernama

Babak bogel Zul lulus! ha..ha..kat Malaysia Pelakon boleh berbogel maa..!!




SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.
Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.
Bukan hanya kerana filem itu merupakan filem pertama yang mengangkat Zul atau kini dikenali sebagai Zul Suphia'an sebagai pelakon utama untuk watak Muzir, iaitu seorang pengamal ilmu hitam.
Bahkan filem juga menimbulkan kontroversi apabila Zul,35, dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan.
Adegan bogel yang cukup sensitif belum menjadi satu kewajipan dalam minda masyarakat Malaysia dan ia ternyata memberi impak yang cukup besar untuk buah tangan terbaru pengarah Azhari Mohd. Zain itu.

ZUL berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra.


Filem Mantra yang turut dilakonkan Hasnul Rahmat dan Ana Dahlia itu bagaimanapun lulus bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) meskipun diklasifikasikan sebagai 18. Ini bermakna adegan bogel Zul itu lulus untuk dipertontonkan kepada penonton filem!
Dia yang ditemui baru-baru ini memberitahu, tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil untuk berbogel dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu.
Kosmo!: Apa yang menyebabkan Zul berani untuk melakonkan adegan bogel itu?
Zul: Saya telah diberitahu awal tentang adegan bogel. Sebelum bersetuju untuk melakukannya saya bertanya terlebih dahulu kepada pengarah dan penulis skrip (Shahriman Wahab) sama ada adegan ini benar-benar perlu atau tidak. Selepas berbincang, adegan bogel sangat perlu kerana ia salah satu ritual dalam amalan ilmu hitam. Pengarah mahu beri gambaran yang jelas tentang ilmu hitam, kalau hanya guna tengkorak atau makan kemenyan, itu sudah biasa dilakukan, jadi kami tampil dengan satu yang lebih realiti.
Apabila Zul borbogel dalam filem, ia tidak secara langsung memberi promosi percuma kepada filem Mantra. Tidakkah ia kelihatan seperti sengaja menimbulkan kontroversi murahan?
Kalau setakat mahu timbulkan kontroversi murahan, saya tidak sanggup buat adegan bogel. Banyak lagi cara boleh timbulkan kontroversi selain berbogel. Saya lakukan kerana perlu dan ingin beri kesedaran kepada penonton apa akibatnya apabila terjebak dengan ilmu hitam.
Adakah Zul sememangnya orang yang tidak kisah dengan pandangan orang lain atau terlalu berani?
Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda yang betul. Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang akan saya terima.

BUKAN mahu mencari populariti murahan, Zul sekadar merealisasikan karakter lakonannya.


Mungkinkah Zul lakukannya kerana terdesak atau dipaksa sesiapa?
Tidak. Saya lakukan dengan rela hati, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kalau untuk populariti memang tidak benar kerana saya sudah popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri 10 tahun dulu. Saya berbogel kerana bersebab. Jangan sampai jadi seperti Ariel Peterpan sudahlah (ketawa).
Bagaimana perasaan Zul ketika melakonkan adegan itu di hadapan krew produksi?
Saya akui, saya gementar bila lakonkan adegan itu. Namun, dalam masa yang sama saya bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh seluruh tenaga produksi. Saya bukan berbogel sepanjang masa ketika penggambaran, saya pakai seluar ketat dan tuala. Hanya ketika penggambaran hendak dimulakan baru saya tanya kepada pengarah posisi mana yang dia mahukan. Apabila saya sudah berada dalam posisi itu, baru saya tanggalkan seluar dan tuala serta tutup mana yang patut. Habis sahaja penggambaran krew akan terus membalut tubuh saya dengan tuala.
Rela berbogel untuk kali kedua?
Saya tidak tahu lagi kerana saya perlu meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau saya buat pun tidak akan melebihi apa yang saya lakukan dalam filem Mantra kerana itu sudah paling maksimum saya beri.
Ceritakan pengalaman ketika menjalani penggambaran filem Mantra.
Kalau hendak tahu sepanjang penggambaran kami semua dikelilingi makhluk halus. Saya diganggu dua, tiga minggu sebelum penggambaran lagi iaitu ketika saya perolehi skrip. Saya ingat saya seorang saja yang kena rupa-rupanya pengarah dan Hasnul juga mengalami pengalaman yang serupa.

ZUL dan Ana mendokong watak penting dalam Mantra.


Benarkah semua mantera yang digunakan dalam filem Mantra merupakan mantera sebenar untuk memanggil makhluk halus?
Semua mantera yang digunakan adalah mantera betul untuk memanggil makhluk halus dalam bahasa Jawa. Bila tiba bab mantera itu sahaja tiba-tiba sahaja angin yang kuat akan datang. Bayangkan hari-hari saya baca mentera itu, secara tidak langsung saya memanggil makhluk halus untuk datang. Saya juga rasa dimasuki makhluk halus kerana lokasi penggambaran di Lenggong, Perak, merupakan kubur lama yang berusia 500 tahun, selain Penjara Pudu. Pengarah juga melihat saya dan Hasnul berbual dalam bahasa Jawa pada malam hari di bilik selepas penggambaran selesai sedangkan kami berdua tidak tahu bahasa Jawa dan tidak ingat langsung kejadian itu.

Pakatan Rakyat Desak LHDN Kutip Tunggakan Cukai RM328 Juta Daripada Kuala Dimensi

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 16 Julai - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil langkah yang tegas dan pantas bagi mengutip tunggakan cukai daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) termasuk tindakan mahkamah.
Pada ucapan penangguhan sidang parlimen semalam Tony berharap Kementerian Kewangan mengambil tindakan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Seksyen 103A(2), yang berbunyi, “tax payable under an assessment for a year of assessment shall be due and payable on the due date whether or not that company appeals against the assessment”, yang bermaksud segala penilaian cukai yang telah dibuat oleh LHDN perlu dibayar oleh individu ataupun syarikat walaupun pihak berkenaan ingin membuat sebarang rayuan atau sebarang pertikaian mengenai jumlah yang ditentukan.
"Pada 23 Julai, LHDN telah mengeluarkan sepucuk surat kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan mengarahkan supaya LPK menghentikan bayaran pemilik bon yang telah meminjamkan wang kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd.
"Sebaliknya, LPK dilantik oleh LHDN sebagai agen LHDN di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 67 dan Seksyen 68 bertujuan mengutip cukai tertunggak KDSB yang berjumlah melebihi RM328 juta. LPK diarahkan supaya ia membayar jumlah tersebut kepada LHDN sebelum sebarang bayaran tambahan dibuat kepada pihak pemilik bon.
"Selepas bayaran dibuat oleh LPK atas bantahan daripada pihak pemilik bon, LHDN pada 30 Jun 2010 menarik balik arahannya kepada LPK. Mengikut kenyataan Ketua Eksekutif KDSB, Datuk Faizal Abdullah, tunggakan cukai berbangkit adalah berasal daripada perakaunan tahun 1997 dan tahun 1998 dan KDSB mempertikaikan jumlah yang dikenakan oleh LHDN. Beliau juga mempelawa sebarang tindakan mahkamah ke atas KDSB untuk menjelaskan cukai tunggakan tersebut," kata Tony.
Beliau mahuk Kementerian Kewangan menjelaskan beberapa perkara yang penting mengapa KDSB dibenarkan LHDN untuk berhutang terhadap cukai yang begitu besar sebanyak RM328 juta selama 13 tahun; mengapa LHDN tidak memperkuatkuasakan haknya di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengutip cukai yang telah dinilai sebelum sebarang rayuan dan pertikaian dibuat; dan mengapa LHDN tidak meminta keputusan mahkamah untuk merampas wang tunai dan aset syarikat KDSB yang berjumlah RM932 juta untuk tujuan penyelesaian cukai pendapatan yang lama tertunggak.
"Sikap LHDN yang terlalu lembut terhadap KDSB  menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan yang dilihat memilih kasih dan memihak kepada syarikat yang dimiliki oleh orang berpengaruh, manakala rakyat jelata yang bertungkus-lumus untuk membela nasib keluarga mereka dikenakan tindakan yang cepat dan cekap oleh LHDN supaya kutipan cukai pendapatan tidak dapat dielakkan ataupun ditangguhkan," tegas Tony lagi.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein sebelum itu memberitahu LHDN di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mempunyai kuasa untuk merampas wang tunai dan aset pembayar cukai.
Walau bagaimanapun, LHDN sedang mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.