Selasa, 13 Julai 2010

LAWAN TETAP LAWAN !!!


Hari ini timbul semula berita mengenai permuafakatan antara UMNO dan juga PAS.Mengapa perkara tersebut berbangkit semula.Perkara ini bukan baru hari ini baru berbangkit.Perkara ini sudah lama muncul dan setiap kali berita ini muncul di saat itu juga kita akan terdengar mengenai pergolakan dan perbalahan yang berlaku di dalam UMNO.Mengapa di saat mereka berada di dalam kesusahan baru mereka hendak mencari PAS dan perkara ini tidak akan muncul jika UMNO berada di dalam kesenangan dan di saat kesenangan itu juga mereka akan meghentam PAS secukup-cukup nya.

Bagi PAS pula PAS akan tetap menentang perjuangan UMNO dan Barisan Nasional sehingga ke akhir hayat selagi UMNO dan Barisan Nasional tidak menerima dasar perjuangan sebenar.Menurut Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar negeri Kelantan berkata sebagai sebuag parti yang menjadi harapan pelbagai bangsa di negara ini terutamanya umat islam selagi itu PAS akan menentang dasar yang telah dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Menurutnya lagi biarpun UMNO dan Barisan Nasional menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat namun PAS tetap akan berada di landasan yang benar dan tidak akan sekali-kali menghentikan perjuangan semata-mata ugutan daripada mereka yang tidak taat kepada hukum ALLAH.UMNO sebenarnya lupa yang mereka selama ini telah menjadi alat kepada MIC dan MCA sehingga mereka takut untuk melaksanakan hukum ALLAH sedangkan PAS tidak pernah melupakan memperjuangkan hukum ALLAH meskipun bergabung dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat terutama sekali DAP.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) Malaysia.

Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya.
Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.

Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.

Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar.

Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.
Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan rebut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kenal menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal.

Kini apabila isu scopene dan Altantunya serta Bala belum ada penyelesaian. Kemungkinan kapal itu tidak mahu menyelam kerana mahukan seseorang. Apalah kiranya najib masuk ke dalam kapal itu dan mungkin akan terus menyelam. Atau buatkan kapal sepertinya khas buat beliau untuk diselamkan di selat Melaka. Mungkin roh Altahantunya tidak lagi menghantui politik Malaysia. Ayah beliau dan kerajaan Monggolia pun akan kembali tenteram. Apalah salahnya Najib mengikuti sebagaimana Nabi Yunus. Terjunlah ke kapal selam itu, nanti menyelamlah dia kot. Kalau takpun, sabarlah Altantunya! Pru dah dekat. Kita sama-sama karamkan Najib dengan kapal-kapal UMNO-BN nya sekali insyaAllah

PAS Selangor: Lantikan wakil DHPP ahli PBT kerana setia, bukannya agama

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pelantikan empat wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan minggu lalu adalah berasaskan keanggotaan dalam sayap itu dan mewakili kaum, bukannya agama, kata PAS Selangor hari.
Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Mohd Shahir mengakui salah seorang daripada empat wakil dewan itu, yang dilantik adalah beragama Islam.
“Kami sedar salah seorang beragama Islam, tetapi dia (S. Arun) dilantik kerana kesetiaan dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS. Dia menganut Islam kemudian, baru-baru.
“Jadi PAS Selangor memilih beliau kerana sudah lama bersama PAS dan yakin boleh berkhidmat sebagai ahli majlis, Pesuruhjaya PAS sudah membuat keputusan dan diterima,” kata beliau lagi.
Arun ketika dihubungi enggan mengulas statusnya yang dipersoalkan dalam laporan sebuah akhbar hari ini.
Akhbar itu memetik Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS N. Balasubramaniam berkata PAS perlu memberikan penjelasan berhubung pelantikan Arun sebagai ahli majlis Daerah Hulu Selangor.
Kata Balasubramaniam, PAS sebelum ini memperuntukkan empat kerusi ahli majlis di Selangor kepada dewan itu sebagai tanda sokongan.
Bagaimanapun menurutnya, akhir-akhir ini banyak pihak menimbulkan persoalan berhubung status Arun kerana kini beragama Islam.
Pada Jumaat lalu, susulan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS akhir Mei lalu, PAS Selangor mengambil pendekatan berbeza dengan melantik empat ahli kalangan bukan Islam.
Daripada empat nama itu, tiga orang India dan seorang Cina.
Mereka terdiri daripada K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS” melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis.
Yang pasti, ia memang satu rekod lebih-lebih lagi selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, hasil dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS berusia enam tahun.
Roslan memberitahu terdapat juga orang Melayu yang tidak menjadi ahli PAS tetapi menganggotai Dewan Himpunan Penyokong PAS.
“Oleh itu isu agam tidak harus menjadi masalah,” katanya.
Mengenai ikrar aku janji dan bai'ah, kata beliau, Arun boleh mengambil mana-mana cara.
“Kalau beliau hendak menggunakan kedua-dua cara pun boleh, tetapi memadai sekurang-kurangnya salah satu cara angkat sumpah ini,” katanya.
Dalam pada itu Deepakaran yang juga Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS berkata, pihaknya tidak melihat ia sebagai satu isu.
“Apa yang penting, dia seorang ahli Dewan Himpunan,” katanya.

Kerajaan Selangor Salahkan Media Lapor Aktiviti Lombong Pasir Tidak Terkawal

SHAH ALAM: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri hari ini menyalahkan media berhubung laporan wujudnya aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal di Bukit Changgang, Dengkil, Ahad lepas.
Yaakop Sapari (PKR-Kota Anggerik) berkata laporan media mengenai kegiatan itu adalah tidak benar kerana lombong pasir berkenaan dijalankan secara sah dan diuruskan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
"Kita juga minta pihak berkenaan supaya menarik kenyataan tersebut serta membuat permohonan maaf kepada Kerajaan Negeri.
"Sekiranya mereka enggan berbuat demikian, saya minta supaya KSSB membuat laporan polis serta mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit," katanya ketika sesi penggulungan bajet tambahan peruntukan pembangunan 2010 pada sidang DUN dekat sini.
Beliau turut menuduh pihak media sebagai ejen kepada parti politik tertentu yang melaporkan aktiviti perlombongan berkenaan yang kononnya untuk menjatuhkan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang di Selangor. Bagaimanapun, kenyataan Yaakop itu merujuk lombong pasir di kawasan Olak Lempit dan bukannya di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan media Ahad lepas.
Sebelum ini, Menteri Besar Selagor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan sebagai berkata kegiatan itu adalah di bawah pengetahuan kerajaan negeri tetapi lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang.
Laporan media itu dibuat hasil daripada pendedahan Ketua Pembangkang negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mengenai kegiatan perlombongan pasir secara tidak terkawal apabila 20 hektar tanah di Bukit Changgang terletak kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk tujuan itu.
Malah, media melaporkan aktiviti yang dipercayai dijalankan di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan telah mengeluarkan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta. - BERNAMA

CNN Kesal, Itulah Cara UM+UMNO Bekerja

Utusan Malaysia :UM+NO(Katakan Tidak)=UMNO. Dua-dua UM dan UMNO sama-sama mengarut. Dua-dua sama-sama membujur lalu melintang patah. Apa-apa yang boleh memperbodohkan orang lain digomolnya.

CNN kesal. CNN kesal kerana rangkaian televisyen itu tidak dihubungi bagi memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak sebelum ianya disiarkan. UM main hentam sahaja. Kalau CNN nak tahu, itulah caranya UM+UMNO bekerja. UMlah melaporkan, CNN menerima bayaran daripada pihak yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan ketua pembangkang itu muncul dalam program "Connect the World". Maka disambutlah gegak gempita oleh panglima-panglima sebelah mata dari gua hantu UMNO.

Kalau CNN kesal. Puak-puak UM+UMNO tak pernah pun nak merasa kesal atas kekarutan dan kegelojohan mereka. Janji mereka boleh menfitnah orang, jangan dikira walau apa caranya. Penglima-panglima sebelah mata gua hantu UMNO pantang disua mikrofon, maka melalaklah mereka. Bukannya kecil-kecil orang UMNO yang memfitnah, tapi panglima-panglima kanan, jeneral-jeneral besar UMNO memfitnah melalui kenyataan mereka. CNN tahu mereka semuanya bengap berdengung dengan kenyataan mereka.

Jadinya sekarang bukannya orang seMalaysia sahaja yang tahu buruknya UM+UMNO, tapi CNN juga tahu dan seluruh dunia juga tahu.

Tan's challenge to Najib's Felda

By Patrick Lee and Jamilah Kamarudin

 PETALING JAYA: PKR supreme council member Tan Kee Kwong was recently thrust into the political spotlight after posting an open letter to Prime Minister Najib Tun Razak in early June.
In his letter, the former deputy minister of land and cooperatives accused Najib and the government of mismanaging Federal Land Development Authority (Felda) funds.

The former Segambut MP and WP Gerakan chief alleged that Felda's cash reserves had dropped by more than RM4 billion to about RM200 million this year.

Tan also questioned the need for the government-linked company to invest RM660 million in a “five-star” office building.

Government reaction to the allegation was both swift and heavy-handed. Former Felda liaison director and Deputy Minister in the Prime Minister's Department, Ahmad Maslan, announced that Felda was going to sue Suara Keadilan and several PKR party leaders, including Tan, for RM200 million.

Several hours later, the party organ was summoned to the Home Ministry in Putrajaya. But the meeting was to no avail, as Suara Keadilan found its printing licence suspended.

However, no PKR party leader to date has received a letter from Felda. In a two-part interview, Tan talks to FMT about his grievances with the Najib administration.

FMT: Tell us about your time as deputy minister of land and cooperatives.
Tan: In 1999, I was given the task of answering questions about Felda. That's why I know so much about Felda. I was the only one in the administration who answered questions. We also looked after strata titles as well.

You said you're the only one who answered questions about Felda?

Yes, my minister gave me the sole responsibility.

Who was your minister at the time?

Kasitah Gaddam.

What was happening to Felda during your time as deputy minister?

Actually, Felda was a shining example of giving land to the landless. It was a scheme where they built a house, planted rubber trees and oil palm for them... 10-acre lots. And slowly over the years, they paid back. That's fine. Very, very successful.

Until about 1993, with the original settlers getting old, they (Felda) realised they cannot work on the ladang kecil anymore. So they changed their plan, and any new land opened after 1993 became Felda plantations, what they call Felda corporate.

So what did you notice?

At that time, Felda was a very fine organisation. Its chairman for many years was Raja Muhammad Alias. So we just left it alone, and it was fine.

So you just let it go on, because it obviously gave returns.

Well, you know the figures. In 2001, the assets of Felda were RM7 billion. Cash in the bank, RM4.5 billion. Loans, zero. Not one sen. How can an entity with this type of balance sheet go so wrong?

And how is it that with the record price of oil palm recently, other companies such as IOI are recording profits while Felda's cash reserves are going down? It doesn't make sense! You don't need to be an oil palm expert. What happened to the reserves?

So you think the cash reserves should be going up.

Of course! Definitely! My advice to Najib and gang is: stick to your core business. You don't need Felda Global Ventures and all that rubbish. How can you justify your six-star building? How is it going to help the settlers? Felda is about the settlers, not for making money!

Najib said that the cash reserves went down, but the assets went up.
Assets, what are the assets? Don't forget: if tomorrow India doesn't want to buy your palm oil, you've got no cash flow. How are you going to run the company? And also loans from EPF. Felda is so big, why does it need loans from anybody?

Felda borrowed money from EPF?

Yes. Felda Global Ventures (borrowed money)... Felda Glocal, as they say. You just stick to oil palm, day and night it will make profit for you. Why on earth do you need to go Felda Global?

How do you justify the RM500 million spent in Boston and Cincinnati? Tell us! What is Twin Rivers Technology?

But from an outsider's point of view, it would appear Felda is doing very well...

Was! Was doing very well, until Najib took upon himself to run Felda (in 2004), (when he was) a very busy deputy prime minister, and was also minister of defence at the time; why did he want to jaga Felda? Has he got nothing to do? Why?

But you also know a few weeks ago, some Felda settlers came over to Suara Keadilan office, and burnt some Suara Keadilan newspapers, condemning it. Do you think some settlers do not agree with what you are saying?

There are 113,000 Felda settlers. Surely you don't expect all of them to agree with you. In any organisation, there is no way everybody is going to agree with you.

But we are asking some basic questions here. Tell us the rationale of not building on your own land, where the land cost is zero. Not so far away from KLCC, you plan on building a six-star office on the land that is the most expensive in the country.
How is the building going to help the settlers? Felda has never been five or six-star. Never! Why suddenly the change in direction?

(I also want to ask) what is the special relationship between Najib and Naza TTDI? How come Naza got the job of building Matrade? Matrade should have gone for an international tender.

If you compare Naza to the big-time developers in the country, such as Ho Hup, Gamuda, and all the others, Naza is a recent entry, isn't it? They're experts in cars, what do they have to do with buildings?

You've met a lot of Felda settlers. What have they told you?

Obviously they're not very happy. Many of them are taking action. They are short-changed. A group of settlers are going to court in Negri Sembilan, while one in Kelantan went to court and won.

Some of them have called me about the RM2 billion for the replanting fund. They are asking, is our money still intact or not!? The hundreds of millions that have been deducted, is there any money left? Is the replanting fund which belongs to the settlers all directed to Felda Global Ventures?

Do you find it funny that Felda hasn't published an annual report since 2007?


Felda is supposed to be a government-linked company (GLC). As a GLC, it belongs to the people, like Petronas. Petronas also doesn't publish their accounts, so it's left for us to grope (in the dark). Those who want to know real information, can't. Why?

You don't have a proper report. You don't let us look at your accounts. All secret. Why?

You've known about all this for a long time.

No. I minded my own business until two months ago, when somebody came up to me and told me that only RM200 million was left in the cash reserves!

Was this man a settler?

That one I cannot tell. Obviously he was someone in the know.

But Husam Musa (PAS vice-president) also said that Felda lost about RM8 billion, a number far more than your own. What are your comments on that?

Government, please come out with all the figures for the past 10 years. What happened before Najib, and what happened after Najib? Give us the details. What about the RM600 million for the cattle farm?

About Ahmad Maslan (Deputy Minister in the Prime Minister's Department) and the debate.

Yes, Mazlan Aliman (president of National Association of Felda Settlers' Children) challenged Ahmad to an open debate. Ahmad said, “No problem, just name the date.” Then he backed off. Why? Have a debate at Angkasapuri on all the channels, no problem!

Mazlan knows everything because he was brought up in a Felda scheme since he was two years old! So come and debate lah! If you are so smart in all the figures and everything, you should be able to tear up Mazlan to bits! Why you dare not?

Do you know why they (the government) are very upset? It is very obvious. About 45 parliamentary seats are in the settlements. Prime Minister, Felda settlers are waking up. Your fixed deposit is not so fixed.

Can you tell us what was the difference between Dr Mahathir (Mohamad) and Najib when it comes to Felda?

The politicians never campur tangan in Felda up to 2004. Never!

Not even Mahathir?

No! Because Raja Alias would not allow anyone to interfere with Felda.

So Mahathir wasn't interested in Felda?

Not to say not interested. He didn't steal from Felda. He just let Felda run on its own, like a car would run on its own. So if it's running on its own, why do you want to jaga Felda?

Death of PTD officer: Umno-linked company off the hook?

By Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Lembah Pantai MP Izzah Anwar today questioned the government’s decision not to charge the company responsible for training diplomatic and administrative officers with Nor Hashimah Wahid’s death on May 31.
Nurul Izzah said the Umno-linked company, Tuntas Consultancy Sdn Bhd, was awarded a government contract to oversee the training centres and as such, should also be held responsible.

She said it was grossly unfair to only “transfer” the six government officers involved in the programme and “free” the company, which is owned by the off-springs of former Higher Education Minister and ex-Kuala Langat MP Shafie Salleh.
“Why are the government servants made the scapegoats?

“If it is true that the contract was given to Tuntas, why are their instructors let off the hook?” she asked.

She has also questioned the type of training provided by the firm and the quality of the instructors.

Nor Hashimah, who fell unconscious during the commando-style training, died after drifting in and out of consciousness for four days. She died of severe pneumonia with multiple organ failure.

Following this, many reports have indicated that the 30-year-old mother was “bullied” and was even made to drink a “stocking juice” by an instructor at Selangor Enforcement Training Centre in Jugra, Banting.

Nor Hashimah’s family has alleged that the camp management only took her to Banting Hospital when her condition worsened and she had breathing difficulties.

She was warded for a day but was forced to continue with her training after her discharge.

Nurul Izzah also expressed her disappointment with the ex-gratia settlement paid by the government to the victim’s family as compensation.

“The payment made is nothing out of the ordinary as it is usually paid to those who died of natural causes (unlike Nor Hashimah’s),” she said.

3 Makhlok yang GEROMBOLAN TAKUTI!


Diantara banyak-banyak isu yang menjadi polimik besar diMalaysia ialah isu berhubung dengan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini menetap diLondon. Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana RPK boleh tinggal diLondon sedangkan beliau bukan orang kaya.

Pihak tertentu telah menuduh RPK dibiayai oleh PKR hidup diKota Raya Kosmopolitan London dan mereka meminta pihak berkuasa menyiasat apa-apa perhubungan diantara RPK dan PKR.

Pihak yang berpolitik dangkal meminta RPK dipastikan tidak mendapat pembiayaan dari PKR dan mereka menjadikan isu ini sebagai isu yang sangat besar, sedangkan banyak isu yang lain yang perlu diambil berat, bukannya isu Raja Petra.

Jika pun benar PKR membiayai perbelanjaan penghidupan RPK diLondon dan Manchester, diUnited Kindom, dimana kah letak kesalahannya dan apa pula dosa yang dilakukan oleh PKR?

Bagi saya parti PKR boleh membelanjakan dana mereka mengikut kehendak dan keperluan parti itu. Dana yang ada dalam PKR itu adalah dana mereka; kenapa pula kita yang sibuk mempersoalkan cara mereka berbelanja?

Seperti kita membelanjakan RM 78 juta untuk membiayai APCO dalam usaha menaikkan imej negara dimata dunia dan seluruh masyarakat antarabangsa phak kita tidak perlu mengambil tahu bagaimana parti itu membelanjakan sumber kewangannya dan kepada siapa parti itu membelanjakannya.

Balasubramanium pernah mengaku dan menunjukkan bukti yang beliau pernah mendapat pembiayaan hidup diluar negara denagn menunjukkan salinan document yang menunjukkan penerimaan sebanyaj RM750 ribu dari keluarga PM sendiri. Kenapa kita tidak memjadikan isu itu sebagai isu dikalangan kita?

PKR adalah sebuah parti halal dan RPK pun seorang manusia seperti kita: bezanya RPK tidak mudah terpengaruh dengan segala isu yang kita sendiri menghadapi dengan begitu parah sekali.

DAN satu lagi yang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri; wajarkah kita menuduh RPK adalah orang yang tidak mungkin mampu hidup diUK kerana negara itu sangat mahal kos penghidupan?

Siapa pula yang menyiasat kekuatan ekonominya dan apa yang menyebabkan pihak kita berfikir yang RPK tidak layak tinggal disana?RPK bukan hidup kesaorangan dalam dunia ini kerana RPK masih ada ahli-ahli keluarga yang besar.

Beliau bukan seorang yang melarat dan perlukan bantuan pihak lain. Tetapi seperti yang saya katakan awal tadi jika pun PKR mampu dan bersetuju untuk membiayai beliau saya sedikitpun tidak nampak kesalahannya.

Jika RPK itu memberikan sokongan kepada PKR dan rakan-rakan mereka dalam PKR itu merupakan pilihan beliau. Beliau berhak untuk menyokong sesiapa yang beliau sokong.

Saya sendiri bersahabat baik denga beliau dan jika saya ada kesempatan keLondon saya sendiri akan berusaha untuk mencari beliau untuk berjumpa bagi mendengar khabar sebagai seorang sahabat.

Saya ahli UMNO belaiau mungkin ahli kepada parti lain tetapi itu tidak sedikit pun akan menjadi isu untuk kami berpecah dan saya sememangnya menunjukkan rasa hormat saya kepada beliau. Kami sudah lama berkawan dan saya tidak buang kawan semata-mata kerana pemikiran sempit politik kita.

Jika saya berkesempatan saya ingin menemui ahli keluarga beliau terutamanya menemui Marina isteri beliau yang juga sahabat rapat kepada saya.

Jika kita berterusan utuk menjadikan isu ini berpanjangan, maka rakyat akan menganggap pemimpin kita merupakn pemimpin yang mempunayi pemikiran sempit yang hanya memikirkan isu politik semata-mata.

Hendak berkawan sesiapa pun terpaksa bertanya dahulu kepada UMNO dan pemimpin kita. Dengan orang itu boleh, dengan orang ini tak boleh.

Sekarang kita hidup dizaman dalam mana manusi sudah mampu berfikir; hanya pemikiran pemimpin kita sahaja yang tidak selari dengan pembangunan pemikiran manusia sejagat pada hari ini.

Kita masih menyimpan prasangka terhadap sesiapa yang berkawan dan berhungan dengan pihak yang kita tidak gemar.

Dengan menjadikan RPK sebagai isu dipihak kita maka secara langsung kita mengakui yang RPK mempunyai pengaruh yang mempunyai ‘consequence’ yang besar dalam arena politik tanahair kita yang memungkin kita akan jatuh tersungkur dalam PR13 nanti.

Mahu tidak mahu kita terpaksa terima hakikat itu. Saya tidak mahu terlibat untuk memanjangkan isu ini kerana ianya akan menjejaskan kredilibiliti pihak kita sendiri.

RPK berhak tinggal dimana sahaja dan sesiapa juga tidak melakukan kesalahan jika membantu beliau tinggal diLondon jika ada pihak yang jujur untuk membantu beliau dan beliau perlukan bantuan.

Tetapi saya tidak percaya yang beliau memerlukan tanggungan pihak lain untuk tinggal dimana-mana kerana beliau adalah dari keluarga yang baik, lebih baik dari ramai diantara kita disini.


TPU - Dalam ramai-ramai orang UMNO, yang dekat atas ni sorang ke yang cerdik... yang lain semua bodoh mengalahkan anak lembu baru beranak...

Penafian CNN dedahkan fitnah Utusan, Anwar

Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang.  Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.
Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya (Anwar Ibrahim, gambar kanan).  Namun apa yang baru?  Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA.  Khabar ini langsung tidak mengejutkan.  Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis(kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.  Terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA.  Pimpinan UMNO pula bersahuti-sahutan menyokong.  Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Najib Razak.  CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya.  Kemunculan saya untuk ruang "Connect The World" merupakan keputusan penerbit program tersebut.
Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya.  Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka.  Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas.
*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang parlimen merangkap Ketua Umum PKR.

Boikot media: PKR perlu lindungi diri, Tian Chua

"Cakap tak serupa bikin," demikianlah tuduhan yang dilontarkan terhadap PKR, apabila parti yang mendukung "kebebasan bersuara" sebagai matlamat perjuangannya itu mengambil keputusan untuk memboikot media arus perdana.  Bermula dengan boikot sepenuhnya terhadap Utusan Malaysia, sehinggalah "layanan dingin" (no favour) terhadap Sin Chew Daily baru-baru ini, keikhlasan PKR untuk mempertahankan kebebasan media sedikit sebanyak diragui.
Apakah PKR juga akan menekan, malah menindas media seandainya berkuasa?  Persoalan ini berlegar di otak sesetengah orang, melihat kepada apa yang berlaku sekarang.  Tindakan memboikot media, tidak kira sejauh manakah tahapnya, mencungkil pertikaian dan perbahasan di kalangan pejuang kebebasan media, yang belum mencapai kata sepakat sehingga hari ini.
Watak utama kontroversi terkini, Tian Chua tampil untuk menjelaskan pendiriannya dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 11 Julai 2010.  Pengarah Strategi PKR ini mengulas isu ini dalam konteks ketidakseimbangan kuasa antara pemerintah dengan media di Malaysia, malah mempertahankan bahawa "tindakan boikot" ini bukanlah satu bentuk "penindasan media", tetapi salah satu cara parti pembangkang menyatakan pendirian dan melindungi diri.
Kuasa keempat tetap kuasa
MerdekaReview: Kita mulakan dengan tindakan layanan dingin (no favour) selama satu bulan terhadap Sin Chew Daily baru-baru ini, yang sebagaimana kita lihat, mencetuskan kontroversi yang hangat diperkatakan.
Tian Chua: Meskipun digelar kuasa keempat, tetapi media di Malaysia telah biasa ditekan, sehingga tidak merasakan dirinya sebagai kuasa keempat.  Tapi, kuasa keempat tetap kuasa keempat, ia mempunyai pengaruh dan kuasanya yang tersendiri.
Kita harus bezakan di sini.  Tindakan boikot atau no favour ini dikritik atas alasan "merampas hak mengetahui" pembaca.  Kalau satu laporan kerajaan negeri tidak didedahkan, itu namanya merampas hak untuk mengetahui.  Tetapi seandainya saya memberi sesuatu maklumat kepada media internet, atau lidah parti saya, ini bukan soal menyalahgunakan kuasa daulah untuk menindas media.
Saya berhak untuk memutuskan, saluran mana yang saya pilih dan dahulukan untuk menyiarkan maklumat saya.  Saya boleh siar melalui blog saya, dan kemudian kamu (media) memperolehi maklumat dari blog saya, maka hit blog saya melonjak.  Ini persaingan dalam pasaran media untuk mendapatkan maklumat.
Lain kata seandainya saya gunakan kuasa daulah untuk memaksa media menyiar atau tidak menyiarkan sesuatu.  Di sini, saya memilih media mana yang saya mahu untuk menyiarkan maklumat saya, dan media tersebut berhak untuk tidak menyiarkannya, atau menyiarkannya dengan perspektif yang tidak selari dengan hasrat saya.  Saya tak boleh guna kuasa saya untuk menutup media itu, atau saya tangkap wartawan dengan ISA.
MerdekaReview: Namun, media internet atau media alternatif juga pernah mengadu kerana layanan yang tidak adil sedemikian, daripada kerajaan.
Tian Chua: Dalam penggunaan media, kita harus mengakui bahawa wujudnya media yang dominasi dan media yang dipinggir.  Misalnya, penggunaan CNN oleh kerajaan dunia ketiga.  Sesetengah negara dunia ketiga menganggap CNN dan BBC tidak adil kepada mereka, maka mereka menubuhkan Asian Broadcast Union (ABU).  Mereka menolak temuramah CNN, tetapi memberi laluan kepada ABU.  Untuk saya, ini sebahagian daripada taktik dalam pergelutan antara yang berkuasa dengan yang tidak berkuasa.
Kalaulah hak ini pun tidak diberikan kepada negara dunia ketiga, maka media di dunia akan dimonopoli oleh konglomerat yang besar sahaja.  Untuk saya, Al-Jazeera ditubuhkan dengan tujuan yang sama, untuk menampilkan pandangan, suara dari perspektif warga Arab , tetapi pada masa yang sama, Al-Jazeera bukan pak turut kepada kerajaan Arab.  Al-Jazeera masih mempertahankan autonomi bilik editorialnya.
Jadi isunya di sini adalah, sama ada pengguna media mampu memaksa sesebuah media melaporkan beritanya mengikut niat atau hasrat pengguna media tersebut.  Balik ke Malaysia, saya tidak melihat pembangkang dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat ada kuasa untuk berbuat demikian (memaksa media membuat laporan mengikut hasrat PR), malah kami tidak merancang untuk berbuat demikian.
MerdekaReview: Namun, kamu telah mengambil pendekatan boikot, semata-mata kerana satu laporan berita spekulasi.
Tian Chua: Untuk saya, isunya telah sengaja dipermudahkan, seandainya dikatakan saya bertindak sedemikian hanya kerana satu laporan spekulasi.  Pertama, saya menganggap cara laporan sedemikian bukanlah sesuatu fenomena yang sihat.  Lebih penting, kita perlu lihat dalam konteks.  Media ini mendampingi kami dengan penuh mesra, bahkan media pertama yang memperolehi maklumat daripada kami pada kebanyakan masanya.
Kemudian, media ini memutar belitkan maklumat yang diperolehi daripada kami, menyiarkan berita yang jelas bukan begitu pada hakikatnya, bahkan mereka sendiri jelas keadaannya bukan begitu.  Misalnya, jadual perjalanan Menteri Besar Khalid Ibrahim (gambar kiri) di luar negeri telah diedarkan, malah agenda mesyuarat kami pun dimaklumkan apabila wartawan Sin Chew meminta.  Jadi, untuk saya ia bukan sekadar laporan spekulasi, tetapi ada niat yang jahat di sebaliknya.
Itu pun bukan kesalahan, untuk saya.  Saya tak perlu kesemua akhbar atau media mesra dan berniat baik terhadap saya.  Tapi, pihak kami pun ada hak untuk tidak memberi layanan yang istimewa kepada mereka.
MerdekaReview: Jikalau itu bukan kesalahan, mengapa kamu tarik balik layanan istimewa itu?  Kamu menyebut "niat jahat", tetapi media internet seperti kami juga menyiarkan spekulasi sama ada Abdullah Ahmad Badawi mahu menyerah tampuk kuasa kepada Najib atau tidak.  Dari kaca mata Najib, media internet juga berniat jahat.
Tian Chua: Abdullah ada hak untuk berbuat demikian (tidak melayan media internet), tetapi beliau tak boleh kata 'saya tutup akhbar kamu kalau kamu siarkan berita spekulasi ini'.  Mana-mana kerajaan, ahli politik berhak untuk memberi maklumat dalaman, temuramah eksklusif kepada mana-mana media, dalam interaksi antara ahli politik dengan media.
MerdekaReview: Kamu hanya pembangkang di peringkat persekutuan setakat ini.  Mungkin ada tanggapan bahawa kamu tidak menutup media kerana kamu belum berkuasa di peringkat persekutuan.  "Boikot" mungkin tindakan yang kamu ambil terhadap media yang kamu tidak suka, dalam lingkungan kemampuan kamu.
Tian Chua: Saya boleh guna integriti individu untuk memberi komitmen bahawa kami tidak akan menutup media.  Tetapi, seandainya Pakatan Rakyat gagal memansuhkan akta-akta yang menyekat kebebasan akhbar seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 setelah kami berkuasa, maka janji-janji saya itu tidak bermakna.  Ia sekadar janji Tian Chua.  Kesimpulannya, ia bukan isu janji Tian Chua, yang sudah tentu tidak boleh dijadikan kayu ukur.
Ia kembali kepada satu persoalan, iaitu adakah PR berjanji untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menggubal Akta Kebebasan Informasi, Akta Anti Monopoli?  Ini jaminan yang sebenarnya.
Apabila janji tersebut direalisasikan, maka wujudlah gelanggang yang lebih rata.  Kita ambil contoh CNN, ia boleh jadi satu bentuk kuasa yang ganas.  Ia boleh menyiarkan secara sengaja laporan yang menjurus kepada kesilapan.  Adalah tidak tepat jikalau kamu kata kerajaan sesebuah negara tidak berkuasa untuk memperbetulkannya.  Misalnya, bolehkah CNN dengan sengaja melaporkan bahawa Iraq memiliki senjata yang membawa memusnahkan, menyemai prejudis US terhadap Iraq?  Dan di sini, apakah kita tidak berhak mengkritiknya?
Aktivis sosial di US boleh menyatakan pendirian untuk boikot CNN, malah kalau Obama (Presiden US) mengumumkan untuk boikot CNN kerana isu ini, saya yakin ramai yang akan mengalu-alukan keputusan ini.  Tetapi, konteksnya adalah apabila kedua-dua pihak (kuasa politik dan media) berada di gelanggang yang lebih rata.
Di Malaysia, kita sentiasa mengandaikan bahawa tiada gelanggang yang rata, iaitu media sentiasa berada di bawah, dan pemerintah berada di atas (dari struktur kuasanya) untuk selama-lamanya.
Menjawab soalan kamu, apakah yang bakal kami lakukan apabila kami berkuasa?  Kamu perlu lihat, apabila kami memegang kuasa, adakah kami wujudkan gelanggang yang rata, agar hubungan antara kerajaan dengan media menjadi lebih sama rata?
Pada saat-saat ketika media mempunyai kuasa yang samarata dengan pemerintah (politik), saya tak boleh kata media adalah mangsa.  Media adalah satu kuasa yang perlu diimbangi, seperti juga kuasa kerajaan.  Kita tak boleh guna perspektif "pemerintah menindas, media ditindas" untuk melihat masa depan kita.  Pada masa depan, media mempunyai kuasa pemusnah dan pengaruhnya, kerana ia adalah kuasa keempat.
Dalam keadaan itu, kuasa kerajaan boleh mengimbangi media, dan media boleh mengimbangi kuasa kerajaan.  Ini yang harus kami lakukan.  Kita tidak boleh mengandaikan PKR atau DAP akan berbuat ini dan itu seandainya berkuasa, apa yang harus dibincangkan adalah, kita tidak memberi kuasa kepada mana-mana parti politik untuk menutup mana-mana media.
Kalau Presiden sesebuah negara tampil dan mengkritik medianya, ia tidak membawa makna "menindas media", kerana beliau tiada kuasa untuk menutup media.  Beliau hanya boleh menuduh ini hujah berniat jahat, sayap kanan, Nazi dan sebagainya.  Parti sayap kanan pula boleh menuduh media musuhnya mengeluarkan kenyataan komunis dan sebagainya.  Dalam negara yang demokrasi, keadaan ini sesuatu yang lumrah.
Di Malaysia, ia menjadi luar biasa kerana parti pemerintah mempunyai kuasa untuk menyekat media itu, selain daripada membuat kenyataan.  Dari segi perundangan, kita tidak menggariskan batas sejauh manakah kuasa kerajaan ketika berdepan dengan media.  Itu persoalan yang sebenarnya, bukan soal taktik, bukan soal sikap. 
MerdekaReview: Namun demikian, bukankah ia tetap "penindasan", apabila kuasa kerajaan negeri digunakan untuk memboikot media?
Tian Chua:  Biar kita ambil contoh Utusan Malaysia, ia mainkan isu Anwar agen Yahudi, kemudian dituduh pula anti-Yahudi...
MerdekaReview: Kamu mungkin berhak berbuat demikian sebagai parti politik, tetapi tidak jikalau guna kuasa kerajaan negeri.
Tian Chua: Kalau mengikut maksud kamu, maka pihak kami hanya dibelasah sahaja (tanpa diberi peluang membalas).  Biar saya ambil contoh, kalau kerajaan negeri membuat pengumuman bahawa semua jabatan kerajaan negeri tidak melanggani Utusan Malaysia, adakah ini menindas?  Bukan, ini bukan menindas, ini adalah tindakan untuk menyatakan pendirian!  Atau saya kata, semua jabatan dan GLC negeri (syarikat milik kerajaan) tidak menyiarkan iklan di Utusan Malaysia, atau media di bawah kumpulan Utusan.  Ini bukan menindas, ini cara kita untuk mengimbanginya.
Katakanlah semasa pengambilalihan Nanyang Holdings, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyebelahi kolumnis yang mengambil tindakan boikot sebagai protes, kami mengarahkan kesemua pejabat kerajaan negeri tidak melanggani akhbar di bawah Nanyang Holdings.  Ini solidariti, ini bukan penindasan!
MerdekaReview: Tetapi dengan melarang media menghadiri sidang media...
Tian Chua: Kami tidak menghalang wartawan Sin Chew untuk menghadiri sidang media.  Tapi, ya, kami halang Utusan Malaysia.  Kita berbuat demikian untuk menyatakan pendirian.  Utusan dengan sengaja dan berniat jahat untuk bertentangan dengan kami dalam kesemua isu.  Kami tidak menghalang hak mengetahui pembaca.  Akhirnya pembaca akan dapat membaca apa yang kami katakan (melalui media lain).
MerdekaReview: Seandainya logik kamu diterima, kerajaan persekutuan BN akan berkata 'media internet seperti MerdekaReview dan Malaysiakini tidak berniat baik terhadap kami, jadi mereka dilarang untuk membuat liputan di sidang media kami'.
Tian Chua: Jadi kamu ada hak untuk mengkritiknya.  Memang inilah yang sedang berlaku.  Misalnya, kerajaan BN mendakwa Suara Keadilan mengelirukan orang ramai, menjejaskan imej kerajaan...Tapi sememangnya pembangkang akan memperbesarkan kesan negatif sesuatu isu.  Akhirnya, kita memerlukan semak-imbang.  Pembaca akan menilai sendiri, antara Harakah dan Suara Keadilan yang memperbesarkan kesalahan kerajaan, dengan Utusan Malaysia yang memperbesarkan prestasi kerajaan.  Biarlah orang ramai yang menentukan.
Namun demikian, kalaulah saya sebagai sebuah kerajaan, mengumumkan Utusan Malaysia dilarang untuk dijual di Selangor... Itu berbeza.  "Mana-mana gerai yang menjual Utusan Malaysia, saya batalkan lesennya".  Ini adalah penindasan.
Saya tak berbuat demikian.  Saya cuma tidak menyiarkan berita saya melalui saluran kamu.  Ini pilihan saya.  Katakanlah, kerajaan BN tidak mahu melanggan Malaysiakini, jadi Malaysiakini kritiklah dia.  Tapi kerajaan tak boleh tutup Malaysiakini dan menangkap wartawannya di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
Kalau CNN tuduh India sebagai negara pengganas, kemudian kerajaan India mengumumkan, 'kami tidak langgan CNN mulai hari ini'.  Ini adalah salah satu cara mobilasi dalam politik.  Dalam satu keadaan di mana kuasa kita agak samarata, jadi kita tak boleh kata siapa menindas siapa.  Mungkin CNN lebih berkuasa daripada kerajaan India.  Ini mungkin satu-satunya cara kerajaan India memberi reaksinya.
MerdekaReview: Bukankah agak sukar untuk membezakan antara niat jahat dengan tidak berniat jahat?  Katakan PR menjadi kerajaan dan media internet mengkritik kamu, kami juga boleh dianggap sebagai berniat jahat.
Tian Chua: Betul.  Ini masalah sudut.  Untuk kesemua pemerintah, media adalah berniat jahat.  Ini sesuatu yang biasa.  Ia memaksa pemerintah untuk lebih berhati-hati.  Wartawan semestinya mahu mencari kelemahan kamu.  Semua pemerintah mesti ingat, kalau kamu tidak menunjukkan prestasi yang baik, sudah pasti media yang berniat jahat akan menggulingkan kamu.
Akhirnya, kayu ukurnya adalah, apakah ia memanfaatkan kamu setelah kamu melakukan segala-gala ini?  Setelah kamu menganalisa dengan rasional, kamu akan mendapati bahawa ia tidak memanfaatkan pemerintah pada kebanyakan masanya.  Di Malaysia, taktik ini digunakan untuk menunjuk kuasa.  Saya tidak melihat dengan mengharamkan Suara Keadilan, rakyat tidak dapat menganalisa sama ada FELDA akan bankrap atau tidak?  Tidak.  Tetapi mereka tetap berbuat demikian, untuk apa?  Sekadar nak tunjuk kuasa.
Jadi, untuk saya, sesiapa yang mahu berbuat demikian perlu menanggung akibatnya.
MerdekaReview: Kamu memilih untuk "boikot" (no favour) Sin Chew Daily, dan sebagaimana yang dilihat, kamu menanggung akibatnya, iaitu asakan demi asakan dari Sin Chew Daily dalam beberapa hari ini.  Adakah kamu menganggap diri kamu telah memilih taktik yang salah? 【Kritikan mengasak Tian Chua sarat dada Sin Chew
Tian Chua: Pertama, saya tidak berniat untuk berperang atau bermusuhan dengan Sin Chew Daily.  Apa yang penting, sebagai parti politik, khususnya parti pembangkang, kami ada hak untuk melindungi sendiri.  Itu sahaja.  Saya tidak merancang untuk berperang habis-habisan terhadap Sin Chew, malah tidak menganggap ada keperluan untuk membalas kritikan mereka biarpun banyak orang yang dikerah untuk menghangatkan perbincangan ini.
Kami cuma hendak menyampaikan satu mesej kepada khalayak ramai, iaitu PKR biasa untuk menyesuaikan diri dalam ruang media yang diselubungi suasana permusuhan.
Seandainya sesuatu akhbar mengambil keputusan untuk memboikot seseorang ahli politik kerana kenyataannya yang tidak menyenangkan, "crop"kan gambarnya dari akhbar, tidak menyiarkan kenyataannya, menghilangkannya dari akhbar, maka terpulanglah kepada media itu untuk menjawab kepada pembacanya. Sin Chew bakal tunjuk belang?】
Ia menjadi kayu ukur untuk menilai sejauh manakah akhbar itu memberi komitmennya kepada hak mengetahui seperti yang diuar-uarkan.  Ia menyerang saya atas tuduhan "menafikan hak mengetahui", tetapi seandainya ia membalas dendam dengan cara yang tersebut di atas, terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya.
MerdekaReview: Ketika mengumumkan no favour terhadap Sin Chew Daily, kamu berkata tindakan ini termasuk tidak memberi berita eksklusif kepadanya.  Adakah ia bermakna kamu memberi banyak berita eksklusif kepadanya sebelum ini?
Tian Chua: Bukan banyak.  Secara umumnya, kami tidak memusuhi mana-mana media.  Jikalau wartawannya lebih rajin, terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat daripada saya, biasanya saya memberinya.  Bukan saya sahaja, malah dalam Pakatan Rakyat pun, kami lebih memandang berat permintaan Sin Chew kerana mempunyai pembaca yang lebih banyak.  Ini realitinya, di mana parti politik memerlukan saluran untuk menyampaikan mesej kepada khalayak ramai.
MerdekaReview: Daripada perbualan kami tadi, kamu merujuk kepada media yang dominasi, dan bagaimana kuasa kerajaan yang kadang-kadang lebih lemah dalam konteks itu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengimbangi media tersebut.  Apa yang saya baca daripada maksud kamu adalah, kamu sedang berdepan dengan satu media yang dominasi dalam isu ini.
Tetapi, media yang dominasi ini ada latar belakangnya.  Kita sedar bahawa akhbar Cina telah dimonopoli apabila tycoon balak, Tiong Hiew King mengambil alih Nanyang Holdings dan menggabungkannya di bawah Sin Chew Media Corporation Bhd, menjadi Media Chinese International Limited hari ini.
Parti pembangkang pada ketika itu tidak tampil ke baris depan untuk menentang pengambilalihan ini, meskipun diperingatkan akibatnya apabila media dimonopoli.  Bukankah apa yang menimpa kamu hari ini, adalah akibat monopoli media?
Tian Chua: Saya lihat keadaan (yang menimpa saya) bukanlah serius sehingga ke tahap itu.  Sesungguhnya, adalah sesuatu yang biasa apabila pemerintah mahu memonopoli media untuk mengawal minda rakyatnya.  Persoalan kuncinya, adakah PR mempunyai tekad untuk menyelesaikan masalah monopoli media ini di peringkat perundangan, atau setakat mahu mengambil alih kemudahan ini (kumpulan media yang dimonopoli) selepas mengambil alih kuasa pemerintahan?
Untuk saya, taktik tampil untuk menyatakan pendirian, termasuk "no favour" yang saya lancarkan baru-baru ini, gagal mengubah realiti monopoli media.  Apa yang harus dikritik adalah, sama ada PR bersedia untuk melaksanakan dasar anti monopoli media.  Misalnya, kami memboikot Utusan Malaysia, tapi taktik ini gagal menyelesaikan masalah.  Persoalannya, adakah kami akan membeli semua saham Kumpulan Utusan daripada UMNO, atau menggubal akta anti monopoli setelah kami berkuasa?
MerdekaReview: Pandangan kamu ini seolah-olah mengandaikan masalah hanya boleh diselesaikan dengan adanya kuasa.  Maksud saya, seandainya parti pembangkang tampil menentang pengambil alihan ini bersama NGO ketika itu...
Tian Chua: Saya tidak menganggap parti pembangkang langsung tidak bersuara dalam isu ini.  Sama ada kesemua parti pembangkang berbuat demikian, ini soal lain.  Tetapi, sungguhpun parti pembangkang mengambil langkah-langkah sebagaimana yang kamu sebutkan pada ketika itu, saya tidak melihat ia akan mengubah keadaan.
Andai kata PR menguasai lima negeri, menafikan majoriti dua pertiga di parlimen pada ketika itu, tetapi kami tidak mengusulkan rang undang-undang persendirian untuk menentang monopoli media, tidak secara simbolik mengumumkan bahawa negeri kami tidak melanggan akhbar di bawah kumpulan media yang dimonopoli, maka kamu boleh mengkritik kami.
MerdekaReview: Kamu gunakan alasan "gagal mengubah realiti" untuk menjustifikasikan sikap kamu pada ketika itu.  Seandainya ia boleh diterima, saya boleh tanya, mengapa kamu turun ke jalan raya untuk memprotes kerana ia nyata tidak boleh mengubah realiti pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir pada tahun 1998?
Tian Chua: Sama ada apa yang dilakukan oleh parti politik pada ketika pengambilalihan berlaku itu memadai, terserahlah kepada media alternatif untuk melontarkan pandangan dan kritikannya.  Dari segi taktiknya, kami ada pertimbangan masing-masing.  Tetapi saya ingin menafikan bahawa parti pembangkang tidak menyokong usaha anti-monopoli.    Cuma sejauh manakah tahapnya.
MerdekaReview: Saya boleh bersetuju bahawa realiti monopoli mungkin gagal diubah jika pun parti pembangkang tampil boikot ketika itu.  Apa yang ingin saya katakan, ia sekurang-kurangnya menyampaikan satu mesej bahawa monopoli media mengundang padah, sebagaimana yang menimpa kamu pada hari ini.
Tian Chua: Saya faham sekiranya kamu mengkritik kami bahawa bantahan kami tidak cukup keras pada ketika itu.  Saya mengaku masing-masing mempunyai pertimbangan yang tersendiri.  Mungkin ada yang akan berkata, kalau kami mengambil pendekatan yang keras untuk menentang monopoli media pada ketika itu, mungkin tsunami politik 8 Mac 2008 tidak berlaku (seandainya media Cina membalas dendam dengan tidak memberi ruang kepada pembangkang).  Tetapi itu telah berlalu.  Kamu tak boleh kembali ke titik sejarah dan buat andaian ini dan itu.
MerdekaReview: Kamu berani mengambil pendekatan no favour kali ini, tetapi mengapa tidak pada ketika itu?
Tian Chua: Saya tetap menganggap kesannya tidak sama.  Pada ketika itu (tahun 2006, sebelum PRU ke-12), hampir kesemua media tidak mesra kepada kami (PKR).  Mereka tak kisah pun untuk menyiarkan kenyataan media kami, jadi bagaimana kami nak boikot mereka? (Bahagian pertama, bersambung)

Pakatan needs 20pc swing to capture Sarawak


KUALA LUMPUR, July 13 — A five per cent voter swing in Election 2008 saw Pakatan Rakyat (PR) take charge of five state governments in peninsular Malaysia, but the Barisan Nasional’s (BN) rivals in Sarawak will need four times that to unseat the ruling front. Political analyst Faizal Hazis said today that PR’s dream of taking over Putrajaya by capturing Sarawak in the coming state polls, widely expected to be held soon, is “ridiculous”.
Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud has been ruling the state under the BN banner for the past 29 years.
The Opposition bloc in Malaysia’s largest state only has eight out of 71 seats in the Sarawak Legislative Assembly.
The DAP holds the lion’s share with six seats, with one seat each belonging to PKR and Sarawak National Party (Snap).
“To change the state government, it will need at least a 20 per cent voter swing...which equals 36 seats,” the Universiti Sarawak (Unimas) department head of political and international relations told reporters here today.
The lecturer recently teamed up with the independent Merdeka Center to present an analysis of voting behaviour in Sarawak.
In his paper titled “Between Continuity and Change”, Faisal noted there were 12 “marginal seats” or those that showed a greater likelihood of falling to PR.
With the eight already in PR’s hands, the new total would “still not be enough to deny the ruling party a two-thirds majority’ in the state legislative assembly, he said.
While Sarawak’s politics is not racially-driven, Faisal said the electorate had generally voted along party lines.
The voters, especially the Bumiputera, want a party that can fulfil their development needs.
“Generally, this means Barisan Nasional,” he said, adding that the ruling front’s traditional strategy of dishing out development projects will likely remain an effective tool in ensuring it wins substantial votes.
Certain short-term factors could still tip the scales in PR’s favour, Faisal said, pointing to the Bersih and Hindraf rallies in West Malaysia and more recently, the DAP’s “Allah” campaign in the Sibu by-election two months ago as examples.
But it may not be enough, as voters in Sarawak still look at the candidate’s credentials in elections.
A recent public opinion survey by the Merdeka Center showed 64 per cent of the electorate firmly backing the BN, because they believed the ruling coalition was capable of delivering reforms.
But both Faisal and the Merdeka Center admitted the survey was not definitive.
“The poll did not ask Sarawakians whether they wanted Taib Mahmud to be CM though,” Faisal quipped.

TPM: Situasi Pasir Di Selangor Dibuat Seolah-olah Sukar Diselesaikan...

( TAPI PASIR DI JOHOR TELAH DISELUDUP SECARA HARAM KE SINGAPURA...
APA CERITA..!!)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Selangor tidak boleh berdiam diri berhubung isu perlombongan pasir secara haram yang kini berleluasa di negeri itu.
Dalam nada yang berjenaka, Muhyiddin menempelak dengan berkata, ia bukanlah satu isu yang terlalu rumit untuk ditangani. “Penyelesaian kepada isu pasir di Negeri Selangor ini sebenarnya agak jelas tetapi ia dibuat seolah-olah kelihatan sukar untuk diselesaikan,“ ujar Muhyiddin lagi. Beliau menambah, situasi ini menunjukkan pentadbiran yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat mengurus isu ini walaupun mempunyai seorang penasihat ekonomi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengenai krisis air di negeri itu, Muhyiddin menambah, pentadbiran Khalid berhadapan dengan satu krisis yang berat kerana mereka terjerat dalam janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum 2008 yang menjanjikan air percuma kepada rakyat Selangor.
Muhyiddin berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Sukan Sekolah-sekolah Asean di Cheras, Selasa.
Katanya, Kerajaan Selangor perlu segera menyelesaikan masalah air di negeri itu kerana negeri berkenaan tidak boleh berhadapan dengan gangguan bekalan air memandangkan terdapat banyak kawasan industri yang memerlukan bekalan air.
Ahad lalu, Muhyiddin berkata, Negeri Selangor kini berhadapan dengan defisit yang besar berikutan keputusannya untuk menanggung kos memproses air dan situasi ini boleh menyebabkan negeri itu berada dalam situasi bankrap.
Sementara itu di GEORGE TOWN, Kerajaan Negeri telah membentuk sebuah jawatankuasa khas yang terdiri daripada tiga anggota untuk menyiasat dakwaan aktiviti melombong pasir secara haram di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Law Choo Kiang, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau menambah, jawatankuasa ini telah diberi tempoh seminggu untuk menyediakan laporan kepada kerajaan.
Lagi dua anggota ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Sungai Bakap, Maktar Shapee.
“Jangan risau, saya akan umumkan kandungan laporan tersebut bila siap nanti,” ujarnya ketika ditemui di Dewan Sri Pinang, Selasa, selepas menghadiri Ulangtahun Kelahiran Yang di-Pertua Negri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Pada 10 Julai lalu, akhbar The Star melaporkan mengenai sebuah kawah sedalam 30 meter di tengah-tengah bekas ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Tasek, Lima Kongsi di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan yang dipercayai kesan daripada kegiatan mengorek pasir.
Lim, bagaimanapun berkata, laporan awal yang disediakan oleh kakitangan kerajaan negeri mendapati, aktiviti melombong itu adalah sah dan mempunyai permit. Namun begitu, Lim memberi jaminan, tindakan akan tetap diambil sekiranya didapati aktiviti itu adalah haram.

DAP mahu laporan panel khas rasuah dibincang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Ahli Parlimen Loke Siew Fook (DAP-Rasah) telah memfailkan notis usul bagi membolehkan anggota Dewan Rakyat membahaskan Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2009 yang telah diedarkan kepada anggota dewan hari ini.
Loke mengemukakan notis usul itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia petang ini.
Loke di dalam notis usulnya menggesa supaya laporan itu dibahaskan kerana menyifatkan banyak isu dan persoalan yang ditimbulkan dalam Laporan berkenaan masih tidak terjawab dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap keberkesanan dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, SPRM yang ditubuhkan pada 2009 untuk menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertujuan menjadi sebuah organisasi yang lebih bebas dan berkesan masih belum membuktikan kemampuannya untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.
Terdahulu hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, laporan tahunan ini sudah diedarkan kepada anggota Parlimen dan Senator, dan mereka boleh membahaskan isu-isu dalam laporan itu di dewan.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM 2008 itu bertujuan menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selain menerima laporan tahunan SPRM dan ulasan daripada Lembaga Penasihat SPRM.
Radzi berkata antara cadangan jawatankuasa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah supaya kuasa pendakwaan kes rasuah diletakkan di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukan di bawah Jabatan Peguam Negara, yang telah memberi jaminan akan mempertimbangkan cadangan tersebut. – Bernama

Fatwa: ESQ himpun CEO pulih keyakinan, timbalan menteri turut hadir

SUBANG, 13 Julai – Di sebalik kontroversi berhubung fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan program motivasi ESQ Leadership Center bulan lalu, hari ini syarikat itu mengambil langkah yang dilihat sebagai usaha memulihkan keyakinan dengan menghimpunkan ketua pegawai eksekutif (CEO) tempatan.
Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan yang dilihat memberi “pengiktirafan” kepada programa anjuran ESQ.
Difahamkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan sidang media esok berhubung perkara ini.
“Saya mempunyai keyakinan syarikat ini (ESQ) mampu meningkatkan motivasi dan menaikkan semangat juang diri yang tinggi,” kata beliau berucap pada majlis Himpunan CEO ESQ di sini hari ini.
Semangat juang itu juga dikaitkan dengan program transformasi yang diinginkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun ketika ditemui pada sidang media, Maznah berkata, program himpunan ketua-ketua pegawai eksekutif ini telah diatur dua bulan lalu, dan tetap mahu hadir bagi menemui para pemimpin syarikat untuk bertukar-tukar pandangan.
Tanpa mengulas isu keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh itu, Maznah berkata, jika beliau tidak datang hari ini peluang menemui ketua-ketua pegawai eksektuif hanya diperoleh tahun depan.
Semasa ditemui The Malaysia Insider kemudian Maznah memberitahu beliau sebenarnya hanya memberi ucapan secara umum dengan berkata syarikat-syarikat khidmat motivasi perlu membantu menaikkan semangat juang di kalangan tenaga kerja selari dengan kehendak gagasan kerajaan.
“Saya bercakap secara umum, semua syarikat motivasi,” kata beliau yang berada dari awal hingga program ini yang berlangsung kira-kira tiga jam termasuk taklimat mengenai operasi dan ringkasan kandungan programnya.
Kira-kira 100 orang pegawai kanan sektor swasta menghadiri program hari ini yang menurut ESQ merupakan “seminar lebih kurang dua jam” yang diisi dengan perkongisn rasa daripada beberapa alumni syarikat itu, yang sedikit sebanyak membantu menambah pengisian ilmu di kalangan yang hadir.
“Majlis ‘CEO Gathering’ yang diadakan ini juga menjadi satu wadah untuk mewujudkan sinergi transformasi yang bersifat holistik antara agensi kerajaan dan korporat,” kata kenyataan yang dikeluarkan ESQ.
Beberapa wakil syarikat yang hadir memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka tidak sedikit pun terganggu dengan fatwa dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan bulan lepas walaupun mereka menghormati keputusan tersebut.
Mereka yang menghadiri pula berpendapat tiada elemen modul yang boleh menjejaskan akidah seseorang.
Pengurus Besar Kanan UEM Learning Centre, Azizan Hawa Hassan mengakui fatwa terbaru ini ada menjejaskan sedikit sebanyak penyertaan baru apabila beberapa stafnya menarik daripada menyertai program tersebut.
“Ada kakitangan kami yang menelefon dan bertanya saya mengenai kekeliruan yang wujud, saya menjelaskan kepada mereka.
“Saya kini meningkatkan usaha memasarkan program ini kepada mereka. Bagi mereka yang sudah mengikutinya tiada masalah, mereka faham akan kandungan program ini.
“Cuma mereka yang tidak menghadirinya yang risau dan bimbang... saya rasa ini perkara biasa,” kata beliau yang menghadiri program ini kali pertama pada 2007.
Sehingga kini 800 orang pekerja UEM, yang mempunyai tenaga kerja seramai 15,000 orang telah menyertai program ini, kata Azizan Hawa.
“Kakitangan kami yang bukan Islam juga menyertai program ini,” kata beliau sambil menambah, syarikat akan terus menghantar pekerjanya untuk mengikuti program ESQ ini.
Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan SCS Noor Jahan Ebrahim yang setakat ini hanya menghadiri sesi suai kenal program motivasi ESQ berkata, pihaknya akan menghantar pekerja ke program berkenaan selepas menilai maklumat yang diterima.
“Berdasarkan maklumat yang saya terima, saya akan meminta syarikat kami untuk meluluskan penyertaan dalam program,” kata beliau sambil menambah, setiap orang ada hak untuk memberikan pandangan termasuk keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ini.
“Tetapi bagi saya, kita perlu berikan peluang kepada seseorang untuk melihat dengan sendiri dan membuat penilaian,” katanya.
“Saya ingin melihat perkara-perkara baik daripada program ini... kami ada nilai-nilai syarikat kami, terpacak pada dinding, jadi saya mengambil langkah untuk menyemai nilai-nilai ini pada diri semua tenaga kerja kami supaya ia menjadi satu budaya positif.
“Oleh itu, apabila saya membuat penyelidikan dan saya mendapati ESQ adalah salah satu syarikat yang menyediakan program ini,” katanya.
Mengenai fatwa yang mengharamkan program ESQ, Noor Jahan berkata, “kita ada 14 orang mufti, dan saya membuat keputusan ini cuma seorang mufti.”
“Kita menghormati pandangan setiap orang, kita kena melihat dengan sendiri untuk mendapatkan lebih banyak maklumat,” katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Datuk Abdul Rahim Hassan yang telah menghadiri dua kali program motivasi ESQ mengakui beliau terkejut dengan fatwa yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Saya memang terkejut dengan keputusan fatwa ini,” kata Abdul Rahim yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara.
“Ketika di Yayasan Pelajaran Mara, saya membawa kesemua 100 kakitangan saya menghadiri kursus ini. Dan, saya juga memastikan kesemua kakitangan Tekun program ini,” kata beliau sambil menambah, beliau sebenarnya bercadang untuk menyertakan bersama kesemua peserta Tekun dari seluruh  negara.
“Saya akui program ESQ ini hanya menyentuh soal pembangunan insan, membina karakter, yang berbeza dengan program lain... ada bezanya, yang menyentuh soal ketaqwaan, keimanan kepada Allah..
“Kita kena komponen spiritual, aspek ajaran agama Islam untuk menjadi manusia yang lengkap selain kita memberikan pengetahuan dan kemahiran,” katanya dengan merujuk kepada kehadiran lapan mufti dan timbalan mufti dalam program ini sebelum ini.
Wan Zahidi yang mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ berkata, kandungan modul syarikat yang berpusat di Indonesia itu sarat dengan metode dan fikiran liberal, yang bertentangan dengan Islam.
“Lebih bahaya lagi apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama.
“Oleh itu, ia perlu disekat sebelum merebak menjadi ‘barah’, yang bakal merosakkan akidah dan syariah dan sukar dikawal lagi,” kata beliau dalam kertas kerja kajiannya bertajuk “Gerakan Islam Liberal Indonesia dan Kaitannya dengan ESQ”.\
Program ESQ, yang wujud sejak satu dekad lalu, diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bulan lalu kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme dan ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
Bagaimanapun dua mufti – Tan Sri Harussani Zakaria dan Datuk Hassan Ahmad, masing-masing dari Perak dan Pulau Pinang, yang pernah menyertai program motivasi anjuran ESQ Leadership Center memberitahu The Malaysian Insider bahawa modul syarikat itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan akidah, malah memberi kesan positif kepada peserta-peserta.
Bagaimanapun pengurusan ESQ menafikan rumusan mufti itu sambil menyifatkannya sebagai tuduhan “yang amat berat”.

Isu pasir kuasai lagi sidang Parlimen, DUN Selangor

SHAH ALAM, 13 Julai – Isu pengurusan dan pelaksanaan aktiviti perlombongan pasir di Selangor yang dilihat semakin tidak terkawal menguasai sidang Dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat hari ini dengan kerajaan Selangor digesa membentangkan kertas putih.
Desakan itu dibuat Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) ekoran tindakan kerajaan negeri yang dilihat gagal menguruskan hasil sumber negeri itu termasuk mewujudkan aktiviti perlombongan tidak terkawal dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sambil merujuk kepada aktiviti perlombongan pasir di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang yang didedahkan media baru-baru ini, beliau berkata keadaan itu menunjukkan salah satu bentuk kegagalan dalam pengurusan sumber tersebut tanpa disusuli dengan penjelasan dan maklumat terperinci daripada kerajaan negeri.
“Jadi kita minta kerajaan negeri menyediakan kertas putih kepada DUN mengenai pengurusan serta aktiviti perlombongan pasir bagi menjelaskan status sebenar aktiviti ini di Selangor.
“Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk melihat lubang yang sangat besar wujud di sebuah kawasan berhampiran Taman Paya Indah Wetlands yang juga Rizab Tanah Lembap Negara.
“Bagaimana boleh wujud satu lombong pasir yang sangat besar digali tanpa segan silu dan tanpa memikirkan kesan alam sekitar dengan pengeluaran dianggarkan 10 juta tan pasir dengan nilai sebanyak RM220 juta,” katanya ketika membahaskan Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 pada Sidang DUN Selangor di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amiruddin turut menggesa kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab di dalam perniagaan pasir.
“Selain itu pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri perlu diberi kuasa untuk menutup lombong pasir yang tidak mengikut peraturan ditetapkan termasuklah yang dilakukan di kawasan yang tidak sesuai,” katanya.
Dalam pada itu, isu korek pasir di Selangor terus hangat diperkatakan di Dewan Rakyat hari ini sehingga mengundang sedikit perdebatan di kalangan anggota dewan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas ketika menggulung Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 berkata pengeluaran lesen bagi aktiviti pelombongan pasir adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Pasir tak ada kena-mengena dengan rang undang-undang ini. Bagaimanapun kuasa untuk keluarkan lesen pasir adalah (bidang) kuasa kerajaan negeri. Kuasa untuk mengawal dan memastikan perjalanannya baik dan kuasa mengawal tak ada pencurian pasir juga di bawah kerajaan negeri.
“Kalau masalah berlaku di Selangor, maka kerajaan negeri yang tidak melakukan tugas untuk menjaga khazanah negeri itu sendiri,” katanya menjawab soalan Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dr Lo’ Lo’ ketika mencelah pada penggulungan itu bertanyakan apakah peranan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis hutan dalam memantau kegiatan curi pasir di negeri itu.
Unggah bagaimanapun menyanggah pertanyaan anggota Parlimen itu dengan menyatakan bahawa penguatkuasaan terhadap aktiviti itu perlu dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri tersebut.
Sebelum itu, isu yang sama turut disuarakan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) yang mengaitkannya dengan kemusnahan habitat hidupan liar.
“Kebanyakan perkara yang dibincang dalam ini (Parlimen) akhirnya nanti menteri akan jawab ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Isu ini berlarutan dan ada sesetengah kerajaan negeri yang tak bertanggungjwab melakukan pemusnahan hutan, menggondolkan hutan akhirnya kita tidak dapat melindungi hidupan liar, begitu juga soal tanah, ia di bawah kuasa kerajaan negeri.
“Apa yang berlaku di sesetengah kerajaan negeri, pemusnahan kawasan wetland juga berlaku di mana habitat hidupan liar yang sepatutnya kita jaga dan lindungi dengan undang-undang ini tetapi tidak dapat kita jayakan sepenuhnya.
“Misalnya sekarang ini sedang berlaku di Selangor apabila gerakan melombong pasir secara besar-besaran berlaku. Ia menghapuskan habitat yang sepatutnya dilindungi,” katanya.

Sah Umno Selangor berpecah!

Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru. Begitulah pepatah Melayu. Perpecahan di dalam Umno Selangor tidak dapat lagi disembunyikan walau apa yang dilakukan.Mula-mula heboh Adun Seri Serdang, Satim Diman, akan meletakkan jawatan sebagai ADUN. Beliau juga adalah Setiausaha Perhubungan Umno Selangor. Menurut laporan, di dalam satu mesyuarat perhubungan Satim, Bendahari Perhubungan dan seorang lagi pimpinan tertinggi perhubungan telah tidak hadir. Perkara ini telah membuat khabar angin bertiup kencang.
Sekarang naik pula kain rentang oleh Pemuda Umno Selangor yang menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak. Beliau adalah Ketua Perhubungan Umno Selangor. Pimpinan Umno Selangor terlalu hampas sehingga Najib terpaksa melantik dirinya sendiri.
Pokoknya, adakah ini bermakna ada ahli-ahli Umno di Selangor yang tidak menyokong Najib? Kumpulan siapa pula tu? Kumpulan Satim? Kumpulan Shukor? Kumpulan Subhan?
Mungkin Timbalan Ketua Perhubungan, Noh Omar, lebih mengetahui. Noh juga yang menulis di dalam blognya, "Hati-hati dengan musang berbulu ayam".
Jelas sekali jika digali semua pasir di Selangor sekalipun, masalah Umno Selangor tidak akan dapat dikambus.
@ Maaf gambar yang diambil di Taman Chempaka ini agak kabur.

Tuduhan Utusan-Umno Memakan Diri


Penafian Cable News Network mengundang reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution berkata penafian CNN ini membongkar strategi jahat Umno-BN yang terdesak mahu membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.
" Barangkali UMNO-Barisan Nasional terlupa, sepanjang penglibatan Anwar dalam dunia politik beliau telah dilabel dan ditohmah dengan pelbagai gelaran. Semasa beliau sebagai aktivis belia, beliau dituduh sebagai agen Libya- agen Muammar Gaddafi. Kemudian selepas penyingkirannya dari kerajaan, beliau digelar sebagai pengkhianat negara, itu oleh Tun Dr Mahathir. Pengkhianat ini kalau ikut undang-undang negara hukumnya mati. Kemudian beliau dituduh sebagai agen asing, agen Yahudi, perpecah belah perpaduan Melayu, alat tunggangan kepada DAP dan yang terbaru ialah agen CIA," jelas Saifuddin.
Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu memuatkan laporan "Anwar didakwa bayar CNN". Laporan berkenaan berkata penulis mendakwa Anwar telah mengupah Cable News Network untuk mewawancara beliau.
Selang beberapa hari kemudian, pada 11 Julai, Utusan sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini memetik penulis blog, Elaine Meinel Supkis yang menurut Utusan mendakwa Anwar adalah alat CIA.
Namun ujar Saifuddin, dalam keghairahan menyerang peribadi Anwar, malang bagi UMNO-Barisan Nasional senjata telah memakan tuannya.
"Tidak mungkin satu peribadi itu menjadi agen kepada banyak pihak yang berbeda-beda," kata Saifuddin.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa lucu dengan media milikan kerajaan yang sewenang-wenangnya memetik sumber yang tidak diragui kesahihannya.
Walhal baru-baru ini sahaja kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khusus menangani penyebaran berita palsu.
"Utusan Malaysia ketika memainkan isu ini mengambil dari sebuah blog kononnya, yang dijadikan sebab dan alasan untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim. 24 jam bertalu-talu media milik BN melabel Anwar talit-barut CIA," kata Zulkefly.
"Bagaimana pula dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin yang telah lama menyatakan keterlibatan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu. Mengapa kerajaan membisu?" tambah beliau.
"Saya kira CNN dan Datuk Seri Anwar perlu menyaman kesemua media-media ini dan peribadi-peribadi yang secara keterlaluan membuat serangan kepada peribadi beliau yang tidak perlu seya sebutkan betapa jelik dan buruknya kecaman-kecaman itu," katanya lagi.
Sementara itu pemimpin lain berpendapat bahawa adanya usaha terancang untuk menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.
"Itu menandakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini khususnya apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang dirancang, sesuatu yang mereka cuba ambil kesempatan di atas apa sahaja isu tanpa mereka mengambil kira kebenaran fakta itu," kata Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa.
"BN yang tidak dapat menafikan mereka membayar APCO RM77 juta, mereka tidak dapat menafikan fakta itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub.

Anwar: Fitnah Terbaru Utusan Bongkar Rasa Dendam, Benci Mendalam

SHAH ALAM 13 Julai - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terbaru Umno-Barisan terhadap dirinya melalui apparatus propaganda mereka, Utusan Malaysia yang dipintal daripada sebuah blog menunjukkan ketandusan idea dan hilang integriti sebagai sebuah organisasi media yang bebas.
Ketika menghantar komen beliau semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Anwar berkata kempen fitnah yang dilancarkan Utusan Malaysia sekian lama terhadapnya hanya semata-mata berasaskan dendam dan kebencian.
"Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.
"Rupa-rupanya tatkala di Makkah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau Umno-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
"Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian.
"Terpampang di muka hadapan fitnah 'Anwar Agen CIA'. Pimpinan Umno pula bersahuti-sahutan menyokong. Tidakkah mereka sedar rakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian. Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan Umno yang diketuai Dato' Sri Najib Razak. CNN telahpun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisasi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect The World' merupakan keputusan penerbit program tersebut," jelas  Anwar.
Anwar menegaskan penafian keras yang dibuat CNN mendedahkan perancangan Utusan Malaysia untuk terus merencana fitnah ke atas beliau.
"Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan bongkah penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan selaku lidah rasmi Umno yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagai sebuah organisasi yang bebas," kata Ketua Pembangkang lagi.