Isnin, 12 Julai 2010

Chegubard persoal polis batal periksa pejabat saat akhir


KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” mempersoalkan tindakan polis yang membatalkan hasrat untuk memeriksa ruang kerjanya di ibu pejabat  parti itu di Petaling Jaya petang tadi.
Beliau berkata sebelum ini polis bersungguh untuk memeriksa komputer yang digunakan untuk membuat kerja-kerjanya di ibu pejabat PKR kerana memberitahu polis bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi.
Polis sepatutnya memeriksa pejabatnya kira-kira 2.30 petang.
“Saya memberitahu polis bahawa tidak mempunyai komputer peribadi, jadi segala kerja termasuk menghasilkan artikel dilakukan di ibu pejabat PKR ataupun di siber kafe.
“Sebab itu mereka (polis) mahu datang periksa, tapi tidak tahulah sekiranya mereka juga mahu periksa di siber kafe,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata polis ada memaklumkan bahawa sudah hampir sampai ke lokasi tetapi terpaksa bergegas pulang kerana mempunnyai tugasan lain yang lebih penting.
“Pegawai polis kata sudah hampir sampai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), namun ketika saya hubungi semula pegawai itu beritahu mendapat arahan untuk tugas yang lebih penting.
“Jadi mereka pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan di ibu pejabat PKR petang tadi,” katanya.
Beliau berkata masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.
“Pegawai cakap kepada saya jika ada apa-apa mereka akan hubungi saya nanti,” kata Ketua Cabang PKR Rembau itu.
Jumaat lalu, Badrul ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau.
Difahamkan bahawa rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Harakah diberi satu lagi surat tunjuk sebab..berapa banyak daa..!!

PUTRAJAYA, 12 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tujuh hari kepada lidah rasmi Pas, Harakah, mulai hari ini bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah pun tamat tempoh permitnya.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mahmood Adam berkata tempoh itu bermula hari ini dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung penerbitan akhbar itu.
Mahmood berkata meskipun Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Urusan Harakah Datuk Kamaruddin Jaafar hadir ke KDN bagi memberi penjelasan tetapi KDN masih memerlukan penjelasan bertulis.
“Mereka datang beri penjelasan hari ini, tetapi KDN tetap mahukan penjelasan secara bertulis bagi memudahkan KDN menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Penerbitan akhbar berkenaan tamat permitnya pada 7 Julai lepas dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.
Pada 8 Julai lepas, Harakah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota Pas dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan.
Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.
“Bahagian undang-undang kementerian sedang draf tindakan apa yang boleh diambil dan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat malam ini, kemudian kementerian akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu,” katanya.
Lidah rasmi PKR terus diterbitkan dengan nama baru “Keadilan” biarpun permit akhbar mingguannya “Suara Keadilan” tamat tempoh pada 30 Jun lepas.
Pengarah strategi PKR TIan Chua memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa edisi yang diberi nama “Keadilan” diedar secara percuma. – Bernama

Beratus Usul PR Ditolak, Tak Melenting Macam ADUN Kuang


.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Kuang Abdul Shukor Idrus hari ini dihalau keluar dari persidangan dewan selepas bertikam lidah dengan Speaker Teng Chang Khim.

Speaker DUN itu mengambil tindakan tersebut mengikut peraturan mesyuarat 44 (2) berikutan Abdul Shukor gagal untuk menghormati persidangan dewan.

"Saya perintahkan mengikut peraturan mesyuarat 44 (2), saya arahkan yang berhormat keluar daripada dewan sekarang," kata Teng setelah memberi peluang kepada Abdul Shukor supaya menghentikan pertanyaan yang tidak mengikut peraturan.

Abdul Shukor ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri Selangor namun disekat oleh Teng berikutan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi dalam perbahasan menjawab persoalan Adun Sungai Burung.

Shukor ketika di temui di luar dewan mempertikaikan keputusan Speaker kerana menolakuntuk membahaskan isu penting kecurian pasir di Selangor.

"Saya mahu bahaskan isu kecurian pasir di negeri ini kerana terlalu banyak perkara yang tidak dimaklumkan oleh kerajaaan negeri terutamanya jumlah keuntungan dan kerugian yang ditanggung.

"Semua pihak ingin tahu dari mulut Tan Sri Khalid sendiri kerana beliau menyatakan banyak keuntungan diterima hasil dari perlombongan pasir," katanya diluar dewan.

Shukor berkata, Menteri Besar gagal memaklumkan secara lebih terperinci malah tidak konsisten mengenai jumlah keuntungan yang diterima.

"Tindakan ini merupakan satu penipuan oleh kerajaan negeri yang menyebabkan rakyat terus tertanya-tanya," ujar beliau.

Beliau mendakwa usul yang ingin dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat tetapi ditolak dari dibahas.

Ulasan GB

Baru ditolak usul dah berperangai macam samseng.

Berpuluh malah beratus usul-usul dari wakil rakyat Pakatan Rakyat di DUN dan di Parlimen, tidak pula wakil rakyat PR bertindak sesamseng wakil rakyat UMNO yang seorang ini.

Sekarang UMNO baru merasa panasnya bila wakil rakyatnya kena keluar dari dewan sedangkan speaker-speaker UMNO BN selama ini menghalau wakil rakyat PR mereka tak pernah pula bising-bising.

Hei UMNO, sunnatullah, apa yang anda lakukan kepada orang lain, itulah yang akan akan perolehi semula.

Najib Kecut Perut !!


Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 12 Julai - Isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan beliau
dengan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dijangka akan ditimbulkan oleh pihak pendakwaraya Perancis apabila menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam hari ini di Paris.

Peguam beliau, Americk Sidhu memberitahu Suara Keadilan, Bala yang kini berada di kota raya itu dijangka memberi keterangan kepada pihak pendakwaraya Perancis pada pukul 2.00 petang waktu Paris atau 8.00 malam waktu tempatan hari ini.

"Bala kini berada di Paris bersama seorang lagi peguam beliau, Manjeet Singh Dhillon dan sesi
soalsiasat itu akan memakan masa selama lebih kurang empat jam.

"Saya tidak tahu apa yang akan ditanya kepada Bala tetapi setakat maklumat yang kita maklum kaitan beliau dengan kes Scorpene ialah melalui hubungan Bala dengan Altantuya.

"Kita tahu Altantuya dijanjikan komisyen sebanyak A$500,000 dalam urus niaga tersebut dan sudah tentunya pihak pendakwaraya mahu mendapat butiran lebih lanjut samada Altantuya memperolehi komisyen yang dijanjikan, daripada siapa atau syarikat apa, ke mana wang tersebut disalurkan dan untuk tujuan. Kalau beliau tidak dapat, kenapa? Peranan Bala dalam siasatan yang komprehensif ini hanya akan tertumpu apa yang beliau tahu melalui hubungan beliau dengan Altantuya dan mereka yang berhubungan dengannya," kata Americk ketika dihubungi di
London.

Americk juga berkata pihaknya tidak dapat bertemu dengan peguam badan hak asasi manusia Malaysia, Suara Malaysia (Suaram) keran ini tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.

"Undang-undang Perancis melarang sama sekali sebarang hubungan dengan pihak pendakwaraya sebelum bermula proses soalsiasat," terang beliau lagi.

Tambah beliau, Manjeet dan Bala hanya dibenarkan bertemu dengan dua peguam yang mewakili Suaram yang bertindak sebagai pihak yang membuat aduan, pagi esok di Paris.

Salah seorang peguam Suaram yang akan ditemui termasuk Joseph Breham yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk memgumpul malumat berhubung penyiasatan kes skandal Scorpene April lalu.

Americk berkata rancangan pihak pendakwaraya Perancis untuk menyoalsiasat Bala telah dibuat
kira-kira sebulan lalu apabila beliau membuat persiapan untuk bertemu dengan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Apabila kami bertanya kepada pihak pendakwaraya Perancis bahawa Bala akan berada di London untuk bertemu dengan SPRM dan samada mereka juga berminat untuyk bertemu beliau, mereka terus bersetuju tanpa banyak berfikir lagi," kata Americk.

Walau bagaimana SPRM menarik diri pada saat akhir untuk bertemu Bala yang dijadualkan selama dua hari bermula 5 Julai lalu.

Review selection of councillors, NGOs tell Selangor

By Teoh El Sen
VIDEO INSIDE SHAH ALAM: Non-governmental organisations and professionals want the Selangor government to review the recent appointment of local councillors, claiming that some NGOs and professionals have been left out this time around.
The Coalition of NGO and Professional Appointed Councillors (CONPAC) and Coalition for Good Governance (CGG) handed over a memorundum on this issue to Menteri Besar Khalid Ibrahim today.

The delegation was led CONPAC chairman Tan Jo Hann. The memorandum asks the state government to:
  • Reveal the list of all councillors appointed under the promised 25% quota allocation for NGOs and professionals;
  • Allow a transparent assessment system so that those who have been dropped have a chance to defend themselves; and
  • Include an official from the CGG in the selection committee to ensure fair play.
Tan expressed "disappointment" with the appointments that allegedly did not fulfil the 2008 general election promise of setting aside 25% of the posts for professionals and NGOs.

"These were definitely not fairly allocated because we see a lot of political appointments made... We want established and real NGOs appointed... we are supposed to be free from any political influence," said Tan.

He said that in the Subang Jaya Municipal Council, the number of NGOs and professionals apppointed have been reduced to three from the original seven in 2008.

“In the Kuala Langat district council, the only NGO councillor not affiliated to any political party who was appointed under the quota system has been axed," said Tan.

"We are being picked like sheep. If you like me, I'm in. If you don't like me, I'm out," said Tan, adding that one or two NGO representatives would help a lot.

Jeffrey Phang, chairman of CGG, which is a coalition of over 40 NGOs, said an NGO councillor who is also a politician should not be selected.

"We can't have two masters because it is very hard for them to serve society first. We need councillors who can make decisions that are not based on politics."

Phang also said there is a shift in trend to recruit "yes men" as councillors.

He claimed that local councils in Shah Alam and Subang Jaya had their NGO quota taken over by political appointees or politically connected people who have questionable track record in NGO work.

"One week before the list of appointed councillors was released, we sought an appointment with Ronnie Liu (state executive councillor in charge of local councils).

“When we finally met him, he plainly refused to allow CGG to vet through the NGO list of councillors... this is tantamount to saying the state government has decided to disengage from civil society," he said.


Rigid in definition

Petaling Jaya municipal councillor Derek Fernandez said under the Local Government Act 1976, councillors should have a wide knowledge in a particular field. The Act does not mention the person's political alignment at all.

"Unfortunately, it has been the practice for many years to have councillors who are of a particular political party and we've sadly inherited the system.

“The problem with having a political party is that we have a whip and everybody has to follow the whip,” he said.

Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad said the suggestions by CONPAC and CGG should be considered by the party leadership.

"We value the participation of NGOs... But there are some NGOs that do not carry out grassroots work and instead focus only on certain issues. When some of them do not want to help the public in a particular area, it creates problems,” he told FMT.

“Also, we cannot be too rigid in defining what is an NGO because in real-life situations we have NGOs that are not political," said Nik Nazmi, adding however that clearer guidelines are needed in the selection process.

Last Tuesday, the Selangor government announced the new list of 288 councillors for the state's 12 local councils for the 2010-2011 term. Some 25% of the councillors are NGOs and professionals, 26.3% are from PKR, 22.3% from DAP and 19.3% from PAS.

State Speaker Teng Chang Kim was reported as having said that a select committee to scrutinise the candidates should be set up and an open hearing be held to question them.

Firdaus Nafi Sertai Perwakilan Yang Timbulkan Kekecohan..he.he..he..


SUNGAI PETANI, 12 Julai (Bernama) -- Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Firdaus Zakaria Isnin menjelaskan bahawa beliau bertindak turun dari pentas adalah untuk meredakan kekecohan agar mesyuarat perwakilan bahagian itu semalam kembali tenang.

Beliau berkata wakil Majlis Tertinggi (MT) Datuk Abdul Raof Yusof yang juga Setiausaha Kerja Umno, memintanya mententeramkan perwakilan apabila berlaku insiden tolak-menolak yang bermula dengan pertikaman lidah.

"Tindakan saya turun bukan untuk menyertai perwakilan yang mendesak Ketua Bahagian Ali Yahaya supaya melepaskan jawatannya, tetapi atas permintaan Abdul Raof," kata Firdaus ketika mengulas laporan akhbar mengenai insiden itu Isnin.

Akhbar hari ini melaporkan Firdaus, Ketua Wanita Siti Aminah Kamis dan Ketua Puteri Sungai Petani yang juga Naib Ketua Puteri Umno Malaysia Shahanim Mohd Yusof, turun dari pentas menyertai perwakilan yang mencetuskan kekecohan kerana menolak Ali sebagai Ketua Bahagian.

Shahanim yang dihubungi Bernama berkata, Wanita dan Puteri mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ketua Bahagian Sungai Petani itu dan mahu beliau digantikan tetapi usul tersebut dihalang daripada dibawa ke dalam mesyuarat oleh penyokong Ali.

Firdaus berkata dalam suasana kelam-kabut seperti itu, beliau mungkin dilihat seolah-olah menyertai kumpulan perwakilan yang menentang Ali, tetapi bersyukur kerana tidak berlaku insiden lebih buruk.

Ali yang tidak dibenarkan berucap pada majlis perasmian, bagaimanapun dibenarkan menyampaikan ucapan penangguhan pada akhir mesyuarat.

"Saya harap pihak terbabit menerima nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya semua masalah dalaman Umno diselesaikan secara kekeluargaan.

"Masalah ini juga saya yakin boleh diselesaikan melalui rundingan meja bulat. Mereka boleh duduk semeja dan berbincang, dan tidak perlu menunggu MT membuat keputusan," kata Firdaus.

Perkasa Cina Pandangan Peribadi Lim, Bukan MCA


KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Tokoh-tokoh MCA menolak cadangan naib presiden parti Datuk Donald Lim bagi membentuk sebuah "Perkasa" Cina.

Timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai menyifatkan idea Lim sebagai pendapat peribadinya dan tidak mencerminkan pandangan parti.

"Ini bukan pendirian parti. Parti telah menyuarakan pendirian bahawa kami kadangkala tidak bersetuju dengan apa yang dilaku atau diperkatakan oleh Perkasa, jadi mengapa harus kami menubuhkan sebuah badan lain untuk bertindak balas?.

"Pendirian MCA sentiasa untuk perpaduan dan bekerjasama rapat dengan semua kaum dan terus memupuk harmoni dan perpaduan dalam negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada hari Isnin.

Lim dilaporkan menggesa pembentukan sebuah Perkasa Cina bagi mendepani pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak orang Melayu, dikenali sebagai Perkasa dan diketuai oleh tokoh lantang Datuk Ibrahim Ali.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata parti itu tidak ada membincangkan cadangan seperti itu dan MCA tidak mengamalkan politik "bertindak balas".

"Kami akan menyuarakan rungutan masyarakat tanpa mengira kaum, dan walaupun MCA adalah parti berasaskan kaum, kami masih memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia," kata beliau.

-- BERNAMA

Maklumat Yang Boleh Memakan Diri Sendiri

ORANG Pas yang tidak suka parti mereka dikritik (walaupun untuk kebaikan) mungkin suka dan bahagia dengan apa yang dijelaskan oleh salah seorang Naib Presidenya yang mengatakan undi teras Melayu kepada Pas tidak berubah bahkan meningkat sedikit.

Tentulah pernyataan itu akan menafikan dakwaan ataupun kebimbangan sesetengah pemerhati yang menduga undi Melayu kepada Pas akan merosot ekoran pendekatan baru Pas muasir ini yang dilihat liberal dan tidak berpegang kepada prinsip atau pendekatan asal. Ini termasuklah memberi tumpuan kepada bukan Melayu dengan mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Kontrasnya usaha ini tidak ada perancangan atau agenda khusus untuk memacing undi Melayu.

Sesetengah pemerhati merasakan tindakan agresif Pas itu seolah mengalpakan pengundi Melayu dan merupakan satu gerakan mempengaruhi pengundi yang tidak seimbang. Pas mengadakan perancangan khas untuk menambah undi bukan Melayu menerusi Dewan Himpunan Penyokongnya dimana dewan itu telah diikhtrafkan oleh Pas, tetapi belum ada program menjerat pengundi Melayu.

Tetapi di sini saya ingin memperbetulkan tanggapan atau analisa selamba Naib Presiden Pas berkenaan yang didakwa merupakan satu rumusan dalam retreat Pas selama tiga hari lalu di Port Dickcson.

Saya tidak bersetuju dan merasakan penegasan mengenai hal itu tidak tepat dan boleh memakan diri sendiri. Menurut Naib Presiden Pas itu, pada tahun 1995 peratus undi Melayu kepada Pas ialah 38% hingga 40%. Peratus pada tahun 1999 bertambah hingga 55%. Pertambahan ini menggunakan alasan kerana berlaku pemecatan Anwar Ibrahim dari Umno. Penambahan itu pun berlaku bukan kerana ada pembaharuan dan tarikan dari Pas melainkan kerana isu Anwar.

Dalam tahun 2008 katanya sokongan Melayu kepada Pas antara 42% hingga 46%. Berdasarkan fakta itu menurut Naib Presiden bermisai dan berjanggut putih itu, undi teras Melayu tidak berubah.

Saya tidak tahu apakah pandangan Naib Presiden itu bahawa peratus undi teras Melayu yang dikatakan itu statitik, maksudnya ia satu angka yang tidak akan berubah menjelang pilihan raya ke 13 nanti atau bagaimana? Bahkan ada kemungkinan makin melonjak? Begitukah yang beliau fikirkan ataupun penjelasan itu sekadar untuk menafikan tanggapan negatif terhadap Pas yang kurang disenanginya? Kalau beliau berfikiran begitu alangkan dangkalnya.

Pada saya, pencapaian-pencapaian itu, tahun 1995, 1999 dan 2008 tidak boleh dipakai lagi kerana kedudukan dan senarionya berubah. Pas tidak boleh asyik dengan perangkaan untuk menyedapkan hati itu. Pencapaian itu tidak boleh dijangka sekiranya ia tidak mengambil kira perubahan semasa dan isu semasa yang berlaku waktu ini di mana sesetengahnya memberi kesan negatif kepada Pas dalam konteks orang Melayu.

Misalnya tahun 1995 membawa ke tahun 1999 Umno di dalam keadaan bergolak. Masa itu berlaku pertukaran kepimpinan dari Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi. Selepas pertukaran itu Umno menghadapi masa yang amat kritikal ekoran kepimpinan Abdullah.

Sesetengah orang Melayu Umno sendiri yang terpengaruh dengan hasutan dan dengki Mahathir menyerang Abdullah, menerima pandangan Dr Mahathir. Orang Melayu Umno ikut protes Umno dan undi Melayu dari Umno (pengundi) inilah yang lari kepada Pas.

Begitu juga Naib Presiden berkenaan mengatakan peningkatan undi Melayu kepada Pas tahun 1999 ekoran pemecatan Anwar dari Umno. Perlu diambil kira hari ini Anwar bukan lagi dipecat, dan Umno bukan lagi di bawah kepimpinan yang diserang siang dan malam, tetapi sudah bertukar tangan kepada Najib. Dan kes liwat yang dihadapkan kepada Anwar hari ini bukan yang pertama tetapi yang kedua, di mana persepsinya berhubung kes ini mungkin berbeza.

Kini suasana itu sudah tidak ada lagi. Malahan peralihan dari Abdullah kepada Najib menyerlahkan kesungguhan dan kerajinan Najib memperbetulkan kesilapan lampau mereka.

Demikian juga kata Naib Presiden itu, undi untuk Pas pada pilihan raya kecil kecil Bukit Gantang, Perak meningkat hingga 45% juga tidak boleh dipakai. Waktu itu Perak dalam keadaan kabur dan belum ada pemulihan dari Umno. Hari ini selepas Umno menguasai Perak setahun 'kepala' Melayu Perak sudah dingin sedikit. Apapun nak dikatakan dan nak dilebelkan mengenai pengambilan alih kerajaan Perak ia memberi untung kepada Umno berbanding Pas. Lainlah tentang pengundi Cina.

Begitu juga sebelum ini tidak ada gerakan untuk menyedarkan (menubakan) orang Melayu agar tidak meninggalkan Umno. Hari ini sudah ada berbagai pertubuhan bukan kerajaan yang siap untuk menjadi perkas kepada Umno. Sedikit sebanyak kemunculan NGO-NGO ini boleh memberi input dan kejutan baru kepada orang Melayu agar kembali semua kepada parti asal mereka. Sebaliknya tidak ada NGO yang vokal untuk membela Pas kecuali NGO menuntut royalti minyak di Kelantan.

Makanya pandangan atau kenyataan Naib Presiden berkenaan tidak boleh diterima sebagai satu lesimpulan konkrit apa lagi untuk diguna pakai sebagai indaktor bagi pilihan raya yang akan datang. Saya cukup bimbang kalau tidak ada program dan agenda khusus untuk memberi keyakinan dan semangat kepada orang Melayu - termasuk generasi muda, bahawa Pas parti yang mempunyai komitmen untuk membela nasib mereka peratus undi yang dibanggakan itu akan menurun. Seharus disamping menerima Islam sebagai ideologi Pas juga harus menerima Melayu sebagai asas perjuangan.

Dalam hal ini pada saya lebih baik Pas berusaha secara senyap untuk menarik undi Melayu daripada bercakap tentang kejayaan masa lepas yang layak untuk dikenangkan saja. Kejayaan yang lepas masih belum tentu apakah ia berulang dan berpihak kepada kita atau sebaliknya. Sesuatu figure yang belum tentu memberi keuntungan sepatutnya tidak didedah sehingga menampakkan kedangkan kita dalam mengatur strategi.
MSO.

Tarik balik PTPTN tindakan tidak professional – SMM

ISU PEMBATALAN PINJAMAN PTPTN SAUDARA SHUKRI KAMARUDDIN
UNTUK EDARAN SEGERA
12HB JULAI 2010
Pembatalan pinjaman PTPTN kepada Saudara Shukri Kamaruddin merupakan suatu tindakan yang tidak profesional dan zalim terhadap mahasiswa. Pembatalan pinjaman yang dibuat oleh PTPTN setelah mendapat arahan daripada Pegawai Khas kepada Y.B Menteri Pengajian Tinggi membuktikan penyalahgunaan badan pinjaman tersebut bagi menekan dan menindas mahasiswa.
Kes ini mengakibatkan pelajar KUIS tersebut tidak dapat membayar yuran pengajian kerana pembatalan pinjaman dilakukan dengan serta merta dan tidak diberitahu secara terus kepada pelajar tersebut.
SMM hari ini melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor atas inisiatif untuk membantu pelajar terbabit dengan pemberian biasiswa khas kerajaan negeri Selangor. Ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dan patut dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dalam menangani dan membantu mahasiswa yang menuntut di menara gading.
SMM mengingatkan bahawa pihak PTPTN perlu adil dan saksama tanpa mempunyai kepentingan politik dalam memberikan pembiayaan kepada pelajar-pelajar di Universiti dan jadikanlah kes ini yang pertama dan terakhir dan mahasiswa tidak mahu lagi kes ini berulang lagi pada masa akan datang.
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

The battle begins: Round One

On 20th February 2004, about three months after Abdullah Ahmad Badawi took over as Prime Minister of Malaysia, the IGP issued a ten-page press release. In this press release the IGP confirmed that Buhary Seyed Abu Tahir or BSA Tahir was involved in the supply of nuclear centrifuges to Iran and Libya.
Basically, the purpose of this lengthy press release was to exonerate any Malaysian of this crime and to put the blame squarely on foreigners. And to reinforce this allegation, BSA Tahir was detained under the Internal Security Act.
But was this a cover-up?
This was the 'public statement' by the Malaysian police. Later we shall see the ‘not public’ Home Ministry confidential report of what really happened and whether any Malaysians, in particular the 'First Family', were involved.


Raja Petra Kamarudin










RPK jangan ingat selamat di UK...he.he.he..!!!

(Berita Harian) - Beberapa foto disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan aksi Raja Petra Kamarudin atau RPK dalam sebuah kediaman yang boleh dianggap mewah berpandukan hiasan dalaman dan lokasinya di penempatan elit di kota London.
Umum boleh membuat apa saja tafsiran apabila merujuk gambar berkenaan, namun daripada riak wajah pengendali blog Malaysia Today itu, tidak salah jika diterjemahkan bahawa dia seakan-akan menikmati kehidupan cukup selesa walaupun dirinya tidak ubah seperti pelarian.
Berpuluh ribu kilometer dari ibu negara England itu, RPK terus menjadi topik perbualan rakyat, pihak berkuasa, media massa hingga menteri di Malaysia yang mempertikaikan bagaimana dia boleh hidup bebas di luar negara dan sampai bila?
Tidak adakah usaha membawa pulang pengendali blog berdarah kacukan itu ke tanah air untuk didakwa atas apa juga kesalahannya? Reaksi terhadap persoalan itu dijawab pihak berkenaan – memang kerajaan berusaha, namun banyak prosedur perlu dipatuhi.
Usaha dilaksanakan termasuk memohon menyenaraikan lelaki berusia 60 tahun itu sebagai ‘Individu Paling Dikehendaki Antarabangsa - Notis Merah’ namun permohonan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ditolak pula oleh Polis Antarabangsa (Interpol).
Notis Merah dikatakan satu-satunya peluang membawa pengendali portal berita Malaysia Today itu pulang ke tanah air melalui proses ekstradisi untuk didakwa di mahkamah, tetapi ia juga dijangka sukar berikutan tiada perjanjian rasmi antara Malaysia dan United Kingdom (UK) dalam proses ekstradisi rakyat kedua-dua negara, terutama membabitkan kes jenayah.
Bagaimanapun, peluang membawa pulang penulis blog itu masih ada iaitu melalui saluran perundangan, sebarang keputusan mengenainya turut bergantung kepada budi bicara Mahkamah British dengan mengambil kira sebab RPK perlu dibawa pulang seperti dikemuka Pejabat Peguam Negara.
Namun, sumber memberitahu walaupun permohonan berkenaan sudah dihantar awal tahun ini melalui Pejabat Peguam Negara, dikemukakan bersama dokumen berkaitan, pihak berkuasa UK dikatakan masih berdiam diri dan belum ada sebarang maklum balas diterima hingga kini.
“Antara Malaysia dan UK, kita memang tiada perjanjian ekstradisi, kecuali dengan beberapa negara jiran terutama Singapura. Justeru, harapan yang ada sekarang melalui proses mahkamah."
“Ini bukan proses mudah dan mungkin mengambil masa kerana banyak prosedur, malah mereka (UK) juga mahu meneliti alasan yang dikemukakan mengapa perlu Raja Petra dibawa pulang,” katanya.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada sidang medianya di lobi Parlimen, berkata Malaysia hanya akan menggunakan saluran sah termasuk mengekstradisi penulis blog yang sedang diburu itu bagi menghadapi dakwaan hasutan dan fitnah di negara ini.
“Pergi negara ketiga, kemudian culik dan seludup keluar dia (RPK) macam pengganas, itu bukan cara kita di Malaysia. Jika mahu ekstradisi, kita memerlukan kerjasama pihak berkaitan di sana. Ini sudah dilakukan sejak sekian lama dan kita tahu prosedur perlu diikuti di United Kingdom. Ia akan diuruskan sebaik-baiknya,” katanya.
Raja Petra menghilangkan diri selepas mahkamah mengeluarkan dua waran tangkap ke atasnya, masing-masing pada 23 April 2009 dan 23 Mei 2009 kerana gagal menghadiri perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dituduh menerbit dan menyiarkan artikel Let's Send The Altantuya Murderers To Hell melalui laman Malaysia Today pada 25 April 2008, selain dituduh memfitnah Rosmah serta dua lagi dalam pengakuan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, 18 Jun 2008.
Difahamkan, Raja Petra sudah merancang usaha lari ke luar negara, termasuk memindahkan keluarganya ke London dan Manchester, kecuali anak lelakinya, Raja Azman, 31, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana mencuri motosikal.
Taktik penulis blog itu amat licik, malah dia dipercayai menggunakan identiti palsu dan pasport negara lain yang mungkin dibeli daripada sindiket hingga sukar dikesan pihak berkuasa ketika meninggalkan tanah air serta merahsiakan destinasi dituju.
Sumber memberitahu, besar kemungkinan dia mempunyai dua kerakyatan atau setidak-tidaknya taraf pemastautin tetap (PR) Britain, sekali gus memudahkannya keluar masuk negara itu sesuka hati dan menikmati kehidupan selesa di sana.
“Ada kemungkinan dia mempunyai pasport negara itu, sama ada berwarna biru (warga negara) atau merah jambu (PR) sehingga pergerakannya keluar masuk Malaysia sukar dikesan, termasuk ketika melarikan diri dulu,” katanya.
Jika benar, ia harus disiasat untuk mengetahui bagaimana dia memperoleh kemudahan itu, selain sumber kemewahannya sedangkan Raja Petra bankrap.
“Dari mana kemewahan itu diperoleh jika tidak ditaja. Ini membuktikan Raja Petra aset pihak tertentu untuk menyerang kerajaan dan pemimpin Malaysia,” kata sumber.

Isu Kg Baru: MB Selangor dakwa Dr M dulu takut, kini berani


SHAH ALAM, 12 Julai – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penakut” kerana tidak melaksanakan cadangan pembangunan Kampung Baru dengan melibatkan orang bukan Melayu ketika era kepimpinannya selama 22 tahun.
“Cadangan untuk melibatkan orang bukan Melayu adalah satu alternatif tetapi beliau (Dr Mahathir) ketika menjadi perdana menteri takut untuk melaksanakannya.
“Ini kerana cadangan tersebut tidak seiring dengan kehendak majoriti penduduk Kampung Baru yang mahukan pembangunan dijalankan tanpa mereka hilang status tanah tersebut,” kata beliau ketika ditemui wartawan sempena sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan usaha pembangunan semula Kampung Baru iaitu penempatan orang Melayu di ibu negara akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.
Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.
“Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.
“Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah,” kata Dr Mahathir.
Khalid berkata, beliau dan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo’ Ghazali akan mengadakan satu forum bersama penduduk Kampung Baru dalam masa terdekat.
“Kita akan mengadakan forum untuk mencari bagaimana boleh membangunkan Kampung Baru tetapi pada masa sama tidak hilang status Bumiputera,” katanya.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain.
Bagaimanapun beliau kemudian menafikan pendekatan penyertaan bukan Melayu di Kampung Baru.
Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.

Wujudkan safari lindungi spesis terancam, kata Ibrahim Ali..terutamanya katak...!!

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Seorang Ahli Parlimen Bebas mencadangkan kerajaan supaya mewujudkan taman haiwan berkonsepkan safari atau membina lebih banyak zoo di setiap negeri bagi melindungi haiwan yang kini menghadapi risiko kepupusan.
Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas) berkata selain bertujuan melindungi, cadangan itu dilihat mampu menarik jumlah kedatangan pelancong ke negara ini.
Beliau berpendapat ancaman kepada habitat hidupan liar berpunca daripada aktiviti pembalakan haram dengan penggondolan hutan serta projek pembangunan perumahan.
“Cara yang paling mudah untuk pelihara hidupan liar ialah seperti di Afrika iaitu mempunyai kawasan seperti safari. Kita kena pastikan kawasan mana sesuai dijadikan taman haiwan yang sekaligus dapat tarik (kedatangan) pelancong.
“Kita ada kawasan luas seperti Sabah dan Sarawak, malah di Semenanjung pun ada tempatnya atau kita boleh tentukan setiap negeri mempunyai zoo masing-masing kerana tidak semua negeri di Malaysia ini ada zoo,” katanya membahaskan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Ibrahim tidak menolak faktor bahawa pengurusan zoo di negara ini masih belum baik selain bilangan spesis haiwan yang ada tidak setanding dengan negara-negara luar termasuk Singapura.
“Zoo negara kita kalau dibandingkan dengan negara lain yang tidak ada hutan dan binatang contohnya Singapura pun jauh lebih baik,” katanya.
Ibrahim turut bertanya mengenai status perpindahan Zoo Negara memandangkan sebelum ini ada cadangan supaya ia dipindahkan ke lokasi lain memandangkang lokasinya kini tidak lagi sesuai kerana berhampiran kawasan perumahan.
“Konsep sebuah zoo ialah memastikan binatangnya dapat merasai dan hidup dalam persekitaran sebenar habitatnya. Dengan cara ini, kita dapat tarik kedatangan pelancong.”
Pandangan serupa turut disuarakan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mencadangkan supaya diwujudkan muzium sejarah alam yang boleh digunakan untuk tujuan kajian dan penyelidikan hidupan liar.
“Rang undang-undang ini dibentangkan kena pada masanya kerana sudah sampai masanya kita ada undang-undang untuk melindungi hidupan liar ini demi kepentingan generasi akan datang,” katanya.
Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Pindaan) 2010.
Persidangan dewan bersambung esok. – Bernama

MB S'gor: Samseng pun terlibat operasi pasir

Langkah kerajaan Selangor mewujudkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan mengawal industri perlombongan pasir yang sebelum ini memberikan pihak tertentu peluang mengaut keuntungan mudah daripada kegiatan berkenaan, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain itu, ia juga bertujuan membolehkan Selangor mengenali selok belok industri berkenaan untuk mengenalpasti ketirisan yang berlaku dalam kegiatan perlombongan pasir.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

Soalan tersebut dikemukakan Mohd Shamsudin Lias (BN Sungai Burong) yang bertanyakan jumlah kerugian yang dialami Selangor akibat kegiatan kecurian pasir.

Dalam soalannya itu, Mohd Shamsudin turut menyoal langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan.

Khalid dalam jawapannya berkata, pada tahun 2006 kerajaan negeri memperoleh royalti sebanyak RM4.37 juta. Manakala bagi tahun 2007 pula jumlah kutipan berjumlah RM4.2 juta - jauh daripada kutipan sepatutnya yang dijangkakan sebanyak RM30 juta setahun.

"Kecurian masih berleluasa. Kita dapati (hasil) berjumlah RM30 juta tidak terkutip sebab kita tidak kawal. Jadi cara kita adalah tubuhkan Kumpulan Semesta," katanya.

Dedah nama

Tambahnya, hasil daripada langkah itu, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil sebanyak RM7 juta pada 2008, tidak termasuk keuntungan daripada KSSB.

"Kenyataannya, (KSSB) bukan saja untuk tingkatkan royalti. Unjuran awal bukan (hanya) RM10 hingga RM20 juta, tapi untuk 2010 mereka jangka keuntungan melebihi RM25 juta," katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mendedahkan senarai individu yang menerima lesen pengeluaran pasir sebelum 2008 untuk membolehkan masyarakat tahu sama ada indvidu berkenaan merupakan pengeluar pasir yang sebenar.

"Ikut kajian kita, 80 peratus daripada mereka tak kenalpun jentera tapi dapat lesen untuk dijual. Sekarang kita buat perubahan," katanya.

Katanya lagi, kaedah menangkap individu terlibat dalam kegiatan tersebut dan menyita peralatan mereka didapati tidak berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.

"Untuk ini kerajaan berpendapat, salah satu usaha bukan saja selesaikan pengeluaran tetapi juga mengawasi penggunaan atau pengeluaran," katanya lagi.

Jelasnya, kaedah mengenakan kawalan di pihak pengguna pasir didapati berkesan untuk mengawal industri perlombongan, seperti yang diamalkan dalam industri minyak.

"Dulu kita hanya sekat tempat keluar pasir. Sekarang strategi kita ialah tempat penggunaan pasir. Kita akan letakkan pegawai untuk buat semakan sama ada pasir diambil dari tempat yang diluluskan kerajaan negeri.

Rampas tanah persendirian


"Contohnya, kawasan pembinaan jalan untuk kapal terbang (tambang murah) LCCT yang perlukan berjuta tan pasir," katanya lagi.

Katanya, kerajaan negeri juga akan berbincang dengan pengeluar simen di Selangor supaya dapat bekerjasama bagi menentukan sama ada mereka membeli pasir daripada kawasan yang diberikan lesen.

"Kita tubuhkan syarikat kerajaan negeri (KSSB) untuk bersaing dan selesaikan masalah, sebab kita tidak tahu tentang industri ini. Kita tidak tahu siapa pembeli, siapa penggunanya," katanya.

Katanya lagi, selain langkah makro seperti itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan mesyuarat mingguan dengan pegawai setiap daerah untuk mengenalpasti kawasan yang berlaku kecurian pasir.

Tambahnya, kerajaan juga akan membayar sagu hati sebanyak RM5,000 kepada pemberi maklumat yang boleh mendedahkan maklumat kegiatan kecurian pasir.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan langkah untuk merampas tanah milik persendirian yang membiarkan kegiatan kecurain pasir dilakukan di tanah mereka.

"Kerajaan negeri setuju beri borang 7A untuk rampas tanah tersebut, dan bila dirampas, tanah akan jadi milik kerajaan dan kerajaan negeri akan jaga tanah tersebut supaya tidak berlaku kecurian.

"Hampir 7, 8 keping tanah sudah kita ambil kerana mereka tidak jaga tanah mereka dan dibiarkan dicuri," katanya lagi.

Tambahnya, peruntukan untuk penguatkuasaan seperti itu akan dibiayai oleh KSSB.

KDN panggil pengerusi, pengarah Harakah pula

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan pengarah urusannya Datuk Kamarudin Jaffar kerana menerbitkan akhbar rasmi PAS itu tanpa permit.

Menurut setiausaha bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad, kedua-dua Mustafa dan Kamarudin dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu pada petang ini.

"KDN memandang serius tindakan penerbitan dan pengedaran Harakah keluaran bertarikh 12-15 Julai 2010 ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 9 Julai lalu, Harakah - yang belum mendapat permit baru - menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada KDN sehari sebelum itu.

Kamaruddin yang juga ahli parlimen Tumpat dilaporkan berkata surat itu diserahkan oleh Pemangku Ketua Pengarang Harakah Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya.

Menurutnya, dalam jawapan itu, Harakah menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh kementerian itu.

Sementara itu, Kamarudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata pihaknya diminta hadir ke KDN petang ini bagi menjelaskan lebih lanjut berhubung surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepada Harakah.

"Belum ada keputusan (berhubung status permit Harakah)," katanya yang menjangkakan akan ada lagi pertemuan susulan selepas ini.

Sory Lokman Sory UMNO... seruan anda tiada sahutan.. kami dah ada matlamat kami..!!

Sasaran 60 kerusi Parlimen cerah
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Sasaran PAS adalah merampas 37 kerusi Parlimen daripada Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia dikuasai oleh PAS, tegas Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Menurut beliau, usul 'menguasai 60 Parlimen' itu telahpun dipersetujui dalam Muktamar PAS kali ke-56 pada 12 Jun lalu demi memastikan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari Umno BN tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau mewakili jentera pilihan raya pemuda menolak pelawaan Umno untuk kerjasama demi kepentingan parti perkauman itu.

"Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain," tegas beliau petang tadi di Lobi Parlimen.

Baginya, PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menguasai kesemua Parlimen sasaran tersebut jika berdasarkan demografi pengundian rakyat pada PRU12 lalu.

"Saya ingat cerah, kalau jentera lebih berkerja keras dari apa yang sedia ada," ujar beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat.

Ini kerana, beliau berkata, sebanyak 16 kerusi Parlimen menyaksikan PAS kalah kurang dari 5 ribu undi.

Manakala, katanya lagi, lapan kerusi parlimen sasaran yang lain menyaksikan PAS kalah kurang dari 10 ribu undi.

13 kerusi berbaki, menurut beliau lagi, menyaksikan PAS kalah 13 ribu undi sahaja.

"Kita kena gandakan fokus dan kerja, kalau nak pujuk rakyat tolak politik zalim dalam pilihanraya depan," tegasnya lagi.

Ditambah dengan mood rakyat yang kian sedar ekoran melihat isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada Singapura; gadai dua telaga minyak (Blok L dan Blok M) pada Brunei; kes pembunuhan Altantuya; skandal kapal selam Scropene; serta perlantikan Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) yang dikatakan pro Yahudi sebagai syarikat komunikasi kerajaan, beliau berkata, sudah tentu memberi kelebihan pada PAS dan Pakatan Rakyat.

Penegasan '60 Kerusi Parlimen' itu sekaligus menjawab pelawaan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas, Lokman Nor Adam kononnya PAS lebih mudah melaksanakan Islam sekiranya bekerjasama dengan Umno adalah sandiwara Umno semata-mata.

Menurut beliau, tujuan pelawaan itu demi kepentingan Umno semata-mata, bukannya Islam.

"Kalau Umno ikhlas nak laksana Islam, mereka boleh buktikan sekarang, tak perlu 'main wayang' dengan PAS," ujar beliau sambil menyifatkan kenyataan Lokman itu bertujuan memecahbelah muafakat Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu Negara Islam versi Umno sebab negara kekal dalam kezaliman ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), mahkamah tidak bebas, rasuah sana sini, sokong judi bola, amalkan politik membenci kaum-kaum lain yang tidak sokong Umno dan banyak lagi sebenarnya."

Sebaliknya, beliau berkata, pendirian PAS bersama-sama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat demi memujuk rakyat menolak kezaliman Umno BN; sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

"Dalam Perjanjian Fudhul Hudaybiah, sebelum Perang Badar dan waktu memeterai Perjanjian Madinah pun, Nabi sendiri bersama-sama orang Islam dan yang bukan Islam untuk lawan kezaliman, apa masalahnya dengan DAP dan PKR," soal beliau.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Lokman turut mendakwa DAP anti Islam, manakala PKR pula adalah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin utamnya.

Lokman turut mengumpan PAS kononnya boleh melaksanakan Hudud sekiranya parti itu bersedia bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat ini.

Difahamkan, pujukan Lokman itu demi memulihkan semula sokongan masyarakat Melayu pada Umno yang belakangan ini dilihat kian pudar sejak parti perkauman itu menggadai kepentingan agama, negara dan bangsa.

MEDIA DIBERI MAKLUMAT SALAH MENGENAI PERLOMBONGAN HARAM DI KUALA LANGAT

KENYATAAN AKHBAR
12 JULAI 2010


SHAH ALAM: Laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah.

Berdasarkan gambar yang disiarkan akhbar, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) pasti gambar ini diambil di sekitar lombongnya yang mempunyai permit sah di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, bukannya di Bukit Canggang.

Permit melombong pasir di kawasan itu yang dikeluarkan pentadbir Tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan jabatan teknikal termasuk Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Daerah Kuala Langat dan pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

Kelulusan dari jabatan ini diperolehi selepas Skim Melombong (mining Scheme) dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan oleh jabatan-jabatan ini.

Operasi perlombongan dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuashati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB. Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak jejaskan alam sekitar termasuklah Paya Indah Wetlands.

Syarikat perunding, Enviro Enhance Sdn Bhd juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong. Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG.

Lombong KSSB ini adalah seluas 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Operasi fasa pertama hanyalah seluas sekitar 60 ekar. Operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta sepertia yang dilaporkan akhbar.

Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan dalam masa 2 minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

Jentera-jentera dan peralatan melombong tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa 2 minggu.

Kerajaan Negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir. Kita mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian.

Pentadbir Tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuklah memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Kita juga berharap pihak media lebih berhati-hati dengan fakta yang diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan Negeri akan terus menambah baik perlombongan pasir yang menjadi sumber untuk agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

YAB TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Pindaan Ke Atas Akta: Ah Long Boleh Didenda Sehingga RM1 Juta


KUALA LUMPUR: 'Ah Long' yang ditahan kerana menjalankan aktiviti memberikan pinjaman wang tanpa lesen akan dikenakan denda sehingga maksimum RM1 juta manakala para 'kaki' mereka yang menggunakan kekerasan dan pelbagai taktik untuk menakutkan orang-ramai boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun.
Perkara ini terkandung dalam cadangan pindaan ke atas Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Isnin oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Di bawah peraturan yang ada sekarang, mereka yang membantu 'Ah Long" untuk menjalankan kerja-kerja memeras ugut atau menggunakan ancaman kekerasan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Pindaan ke atas akta berkenaan juga akan memberikan lebih kuasa kepada polis dan juga pihak berwajib menjalankan pencegahan ke atas mereka yang menyalahgunakan lesen ini.
Salah satu daripada peraturan baru yang dicadangkan ialah untuk para pemegang lesen supaya mempamerkan lesen mereka pada setiap masa.
Pindaan yang dicadangkan itu juga turut mencegah para pemegang lesen daripada melantik agen untuk menarik orang-ramai daripada meminjam wang.
Pihak polis juga akan diberikan lebih kuasa untuk memeriksa mana-mana premis yang disyaki menjalankan aktiviti memberi pinjaman wang tanpa perlu mengeluarkan notis terlebih dahulu, membuat tangkapan tanpa waran dan untuk merampas rekod atau dokumen mahupun data yang terkandung di dalam perisian komputer untuk tujuan pemeriksaan dan siasatan.
Pindaan ke atas akta itu juga akan secara spesifik menyebut yang ditafsirkan sebagai urusan memberi pinjaman wang ialah apabila terdapatnya bukti pemberian diberikan dengan mengenakan caj faedah.

Anwar alat CIA?: Utusan biadap, Umno terdesak, kata AMK

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan-kenyataan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai alat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) adalah satu tuduhan dangkal dan biadab Umno-BN.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tuduhan itu dibuat untuk “membunuh karakter” Anwar daripada terus membangkitkan isu-isu berkaitan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Tuduhan alat CIA adalah berat dan biadab dan ia dilakukan selepas beberapa isu dibangkitkan Anwar yang mahu mendapat perhatian rakyat dan ia gagal dijawab secara tepat oleh Umno-BN.
“Ini termasuklah isu APCO Worldwide yang kini disambung kontrak, penglibatan Asiasoft dalam maklumat perisikan negara, dan yang terkini ialah isu mengenai potensi Felda untuk bankrap berikutan penurunan prestasi kewangan yang membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Anwar akan dikenakan tindakan sewajarnya jika didapati mengancam keselamatan negara sekiranya mempunyai kaitan dengan CIA.
Hishammuddin bagaimanapun berkata pihaknya belum mempunyai maklumat dan perlu bergantung kepada bukti untuk mengambil sesuatu tindakan.
“Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar,” katanya.
Seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis mendakwa ketua pembangkang itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit Amerika Syarikat di Malaysia.
Shamsul Iskandar menjelaskan, strategi untuk “membunuh karakter” Anwar mudah dibaca iaitu dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap beliau di kalangan masyarakat Melayu.
“Melihat kepada potensi pilihan raya umum yang akan diadakan pada tahun ini, taktik busuk ini dicatur walaupun longgar.
“Selain itu, tuduhan-tuduhan negatif terhadap Anwar jelas tidak berasaskan bukti yang kukuh termasuk konspirasi kes liwat yang semakin menemui jalan buntu.”
Beliau berkata dakwaan fitnah itu dibuat kerana kegagalan Umno untuk meyakinkan rakyat dalam beberapa isu yang membangkitkan kemarahan rakyat.
“Imej Anwar dibunuh sehabisnya, pimpinan Pakatan Rakyat dilaga-lagakan dengan isu-isu lapuk, akhbar Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan Roket kini berhadapan dengan masalah pembaharuan permit.
“Mungkin ini adalah sesuatu yang membanggakan hasil daripada nasihat APCO Worldwide untuk memburukkan imej Anwar,” katanya.

Kes Aminulrasyid: KDN serah kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kertas siasatan berhubung kes remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada 26 April lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
“Isu sama ada suspek telah melakukan kesalahan atau tidak terletak di bawah bidang kuasa mahkamah.
“Oleh yang demikian, tidak wajar bagi kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan sebelum kes tersebut diputuskan oleh mahkamah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Lim ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminta maaf secara rasmi kepada keluarga Aminulrasyid di Shah Alam, dan mengapa siasatan hanya dilakukan oleh Panel Khas diketuai Timbalan Menteri dan bukannya suatu siasatan terbuka.
Hishammuddin berkata beliau “setakat ini berpuas hati bahawa siasatan yang dijalankan adalah telus dan telah diselesaikan dalam tempoh singkat.”
Beliau berkata Panel Khas yang ditubuhkan memantau secara langsung proses penyiasatan dijalankan oleh polis bagi memastikan siasatan adil, telus, tidak tertangguh dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat.
Panel turut meneliti prosedur penggunaan senjata api oleh polis dan prosedur-prosedur lain berkaitan dengan operasi, penugasan polis dan seterusnya membuat syor bagi menambah baik prosedur berkaitan.
“Sehubungan itu, dakwaan bahawa Panel Khas ini menjalankan siasatan secara dalaman adalah tidak benar. Panel ini hanya memantau proses siasatan yang dijalankan oleh polis,” katanya. – Bernama

Saman ekor kerana hendak wang - Idris

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihaknya merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang  ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

"PAS bukan menentang saman kepada  mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara," katanya.

Kata Idris, PAS berpendapat, ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak  mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam," dakwa beliau.

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita  kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," katanya.

PAS, kata beliau, mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.
"PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13," katanya.

Pembangunan baru Sg Buluh tanpa tender terbuka

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) mempersoal kerajaan yang menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memajukan hartanah di Sungai Buloh, dan tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini mempertikai tindakan kerajaan memberikan projek berkenaan kepada syarikat Kwasa Land Sdn. Bhd. yang didakwa 80 peratus sahamnya dimiliki oleh KWSP.

"Kerajaan akan memacu pertumbuhan dengan pelaburan yang besar dalam sektor hartanah dan pembinaan kali ini adalah menggunakan wang rakyat KWSP melalui syarikat yang disebutkan tadi iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. Yang dipersoalkan apabila satu projek besar tidak dibuat dalam tender terbuka," katanya.

Beliau berkata, kerajaan ternyata tidak mengotakan janji mereka apabila masih tidak menggunakan tender terbuka dalam sesuatu projek walaupun Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak menyatakan komitmen untuk menawarkamemastikan ianya dibuat melalui tender terbuka.

"Perdana Menteri telah pun menyatakan komitmen beliau dalam Rancangan Malaysia ke-10 supaya ianya dilakukan secara telus dan dalam bentuk tender terbuka sebagai satu pendekatan.

"Soalan saya mengapakah diulangi terus urusan tadbir seperti ini. Mengapakah terus terusan berlaku percangahan daripada apa yang disebutkan dengan apa yang diamalkan?" soalnya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan rasional kementerian untuk memajukan hartanah secara joint-venture' bersama KWSP tanah sejumlah 3000 hektar di Sungai Buloh, sementara mengikut laporan Pusat Informasi Hartanah Nasional (NPIC) Kementerian Kewangan terdapat 'property overhang' bernilai RM5.3 bilion, yang berpotensi mencetuskan belon hartanah atau 'property bubble'.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dalam jawapannya memberitahu, KWSP dipilih sebagai peneraju kepada cadangan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh berasarkan kepada kedudukan kewangannya yang kukuh.

Property overhang yang bernilai RM5.3 bilion merupakan jumlah nilai hartanah yang belum dijual di seluruh negara untuk suku terakhir 2009 dan bukannya bagi kawasan Lembah Kelang sahaja.

Bala bakal jadi 'agen asing' selepas Anwar - Mahfuz

Dzulfikar Mashor   
KUALA LUMPUR, 12 Julai: Penyiasat persendirian  (PI) Balasubramaniam mungkin bakal difitnah sebagai agen asing sebagaimana beberapa pemimpin Umno mengfitnah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'agen CIA', kata Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu membuat jangkaan demikian ekoran kesediaan Bala mendedahkan skandal rasuah berkaitan kapal selam Scorprene kepada sekumpulan penyiasat di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefacture, 8 malam ini iaitu  jam 2 petang waktu Perancis.

"Itulah permainan pemimpin Umno, mereka nak tutup rasuah yang membelit kapal tak boleh selam ini dengan tuduh beberapa individu ini sebagai agen asing.

"Saya percaya Bala ini akan difitnah seperti Datuk Seri (Anwar)," tegas beliau pagi tadi di lobi Parlimen.

Menurut beliau, permainan itu semata-mata untuk mengelirukan rakyat dari melihat isu sebenar - kapal selam Scorpene bernilai EURO1.084 bilion yang dibeli dari Perancis masih menghadapi masalah teknikal hatta tak boleh menyelam.

Katanya lagi, sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih awal membuka kertas siasatan berhubung skandal pembelian kapal selam yang dikatakan membabitkan Datuk Abdul Razak Abdullah Baginda (bekas panacea Datuk Seri Najib Razak) dan mendiang Altantuyaa Sharibuu (gadis Mongolia yang dibom menggunakan C4).

"Suatu yang memalukan apabila Perancis pentingkan integriti, mereka tak mahu ada dakwaan kononnya ada agen misteri dalam negara mereka amalkan rasuah.

"Suatu yang pelik, SPRM hanya bersedia serah soalan siasatan kepada peguam Bala saja," sindir beliau.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal permainan media membunuh karektor Anwar.

"Dua hari lalu, dia fitnah Anwar upah CNN, kemudiannya dia fitnah Anwar 'agen CIA' pula, isunya kalau Anwar 'Agen CIA' hari-hari dia boleh masuk CNN dengan tak perlu bayar sebab CIA bayar," ujar beliau sambil menganggap permainan media yang pro Umno tertentu itu semata-mata bertujuan membendung kebencian rakyat pada kerajaan.

"Dulu masa PKR tak ada, mereka tuduh PAS agen asing, sekarang tuduh Anwar.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa CNN mungkin akan menyaman kerajaan Malaysia dan beberapa media terbabit.

"Dia ingat CNN ini macam TV3, itu bukan tuduhan pada Anwar, sebenarnya tuduhan itu boleh mendorong CNN saman media arus perdana (dan) mereka yang terbabit," beliau menambah.

Sedangkan, beliau berkata, suatu firma misteri di Amerika Syarikat sebelum ini terbukti membayar sejumlah wang tertentu pada New York Times demi memastikan isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dimahsyurkan sebagai 'First Lady' dalam  akhbar tempatan Amarika Syarikat pada 16 April lepas.
(Gambar: Iklan yang menyatakan Rosmah adalah First Lady Malaysia dalam New York Times...Kalau dia first lady, siapa dia Raja Permaisuri Agung)

Sebelum pada itu, Pengarah Strategik PKR Nasional, Tian Chua mendedahkan bahawa pembekal memberi jaminan untuk memperbaiki kapal selam terbabit sepatutnya tamat pada 25 Jun lalu.

Namun, disebabkan terlalu banyak masalah teknikal, jaminan pembekal dipanjangkan sehingga 25 Mei lalu.

Tambahnya lagi, kos penyelenggaraan kedua-dua kapal terbabit dianggarkan akan terus meningkat dari anggaran yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu EURO270 juta setahun.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama Mahfuz menuntut supaya segera menubuhkan suatu suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal kapal selam yang membazirkan EURO1.34 bilion wang rakyat.

Selasa lalu, Harakahdaily melaporkan bahawa Mahfuz turut mendakwa Bala serta Raja Petra Kamaruddin (pemilik blog Malaysia Today) mempunyai 'kunci peti rahsia' berhubung kes pembunuhan Altantuya.
LAPORAN BERKAITAN
Bala jumpa polis Perancis malam ini

Oh no! The last thing we need is an Indian Perkasa ...

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PKR vice president Sivarasa Rasiah said the last thing Malaysian Indians needed now was for someone from the MIC to call for an Indian Perkasa, in the footsteps of BN sibling MCA's call for a Chinese Perkasa to counter the original ultra-Malay rights group founded by maverick politician Ibrahim Ali.

“It really is the silliest thing.Society the world over is shifting into a paradigm of non-racial politics and policies and this trend will be become more and more pronounced as globalization increases and borders fade,” Sivarasa told Malaysia Chronicle.

“But no, in good old Malaysia, we must go counter-trend and raise artificial barriers to shut each other out. Whatever it is, for us in PKR and Pakatan Rakyat, our stand is clear – ours is a non-racial system based on needs and complete transparency.”

Racial cacophony the death knell for 1Malaysia

So far, Malaysian Chinese have ridiculed the suggestion made on Saturday by MCA vice president Donald Lim. He had called on the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall to adopt a more assertive role in defending Chinese rights in the mold of the strident, almost militant-like, Perkasa.

To quell the ensuing uproar, other MCA leaders including Deputy President Liow Tiong Lai and Youth Chief Wee Ka Siong have rushed to distance themselves and their party from Donald.

“This is not the party’s stand. The party has voiced out its stand that we sometimes do not agree with what Perkasa does or says, so why should we set up another body to counter them?” Liow told reporters on Monday.

Notwithstanding the lukewarm Chinese reaction, many political leaders believe that Donald may have unwittingly started a dangerous trend.

“In many countries, the easiest way to gain publicity is to be a race champion, like Pauline Hanson in Australia when she pushed for an Australia for whites. Here in Malaysia itself, say what you like, Ibrahim has already got his own small following or cult if you wish,” Sivarasa said.

“So even if Donald’s Chinese Perkasa may not have got the response he wished, it doesn’t mean that MIC won’t consider beginning an Indian Perkasa. In the Chinese community, it may be politically suicidal, but some Malays seem to welcome this sort of identity contest. The Indians may also welcome it. As it is, there are already some small and extremist organizations that promote only the interest of the Indians. Imagine when they start to compete to out-Indian each other! Not to mention when the Indian Perkasa and the Malay Perkasa start to out-shout each other. Just imagine the cacophony!”

All eyes are now on Prime Minister Najib Razak, whose unifying but ambiguous 1Malaysia slogan is now under threat.

"If Najib doesn't signal to his BN components he does not approve of this regression into extreme communal politics, then it shows he has given up. He cannot make headway against the Pakatan's inclusive stand. 1Malaysia is kaput and it is back to a free-for-all brawl among the different racial groups," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"Perhaps, it is the only way that Najib can think of for Umno to rally the Malays and stave off a Pakatan challenge in the next general election."

TELAH MANDI BUNDA SEBELUM POLIS SAMPAI



POLIS DATANG DAN CELAH

Pihak polis telah datang ke ibu pejabat
Parti Keadilan Rakyat seperti yang dilaporkan.

Tetapi puluhan media dan blogger telah
menanti lebih awal.

Melihat media ramai polis terus celah.

Kemudian pihak polis menghantar tex sms kepada Cik Gu Bard
yang berbunyi: "Saya minta maaf tak dapat hadir
saya dapat arahan daripada ketua untuk operasi lain.
Tuan Effendi akan berhubung dengan Encik Badrul bagi sisatan selanjutnya".

nota:
komputer yang akan ditangkap amat
marah kerana awal awal lagi sang komputer
telah mandi bunga kah kah kah

TT.

Industri Halal antara Industri penting Selangor

images Di sekitar DUN Selangor
Oleh Qayum Rahman
SHAH ALAM: Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim menyatakan industri halal merupakan salah satu industri penting yang giat dipromosikan oleh kerajaan negeri kepada pelabur-pelabur antarabangsa.
Menurutnya, melalui anak syarikat kerajaan negeri, Selangor telah berjaya membangunkan kawasan seluas 578.43 ekar di Pulau Indah Klang sebagai wilayah Halal Hub khususnya untuk pengeluaran produk halal.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Seputeh dan Adun Kinrara berkata, kerajaan negeri juga berjaya menarik 11 pelabur antarabangsa dengan nilai pelaburan berjumlah hampir RM134 juta untuk menguasai industri halal.
"Antara produk halal yang digalakkan kerajaan negeri adalah produk pemakanan dan minuman, produk farmasi, produk kecantikan dan juga produk dari bahan mentah.
"Kerajaan negeri mewujudkan Selangor Halal Hub ini kerana ia akan membantu pertumbuhan ekonomi Selongor menjadi lebih berkesan yang membawa keuntungan," katanya ketika membentangkan jawapan dari persoalan Adun Taman Templer Datuk Subahan bin Kamal.
Selangor sebagai negeri perindustrian utama
Menjawab persoalan mengenai strategi dan inisiatif kerajaan negeri untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri perindustrian utama negara, Teresa berkata, pelbagai konsep dan perancangan baru telah disediakan.
Katanya, antara persediaan utama adalah memastikan pelaburan setiap industri menjadi konservatif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang telus supaya dapat memberi keyakinan kepada pelabur asing.
Teresa berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk menyedia kawasan-kawasan industri baru yang selesa seperti Selangor Science Park supaya sentiasa berada pada taraf yang diinginkan.
Tambah beliau, penubuhan jawatankuasa pelaburan peringkat negeri dan daerah untuk memantau pelaksanaan projek-projek sedia juga dapat membantu mengukuhkan Selangor sebagai negeri perindustrian utama negara.
"Kerajaan negeri juga mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di semua peringkat termasuk peringkat pihak berkuasa tempatan.
"Penyertaan dan penganjuran dalam misi-mis pelaburan ke luar negara memberi kesan positif kepada kerajaan negeri untuk mencapai keuntungan yang lebih memberangsangkan," jelasnya.
Beliau juga berkata, penubuhan konsep mesra pelabur yang diwujudkan oleh kerajaan negeri iaitu mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama pihak industri secara berkala dapat memastikan permasalahan yang dihadapi dari pihak industri dan pelabur dapat diselesaikan segera.

Perbahasan DUN Selangor oleh Azmin Ali

Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan ( No. 2 ) 2010
1. Sebarang usaha untuk mendapatkan perbelanjaan tambahan wajar diasaskan kepada amalan urus tadbir yang baik dan tidak semata-mata kerana kita mampu berbelanja.
2. Pagi ini Dewan akan membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2010 yang memerlukan peruntukkan wang sejumlah RM 117 juta dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri bagi menampung perbelanjaan tambahan perkhidmatan 2010.
3. Ini adalah Perbekalan Tambahan Kedua dalam tahun ini.  Tambahan Pertama telah diluluskan oleh Dewan dalam sesi bulan April yang lalu dengan peruntukkan tambahan sejumlah RM 69 juta.  Anggaran perbelanjaan 2010 telah membengkak dari RM 1.3 bilion kepada RM 1.49 bilion.  Persoalannya adakah ini amalan urus tadbir kewangan yang berhemah ?
Pendapatan Kerajaan Negeri
4. Hujah yang diutarakan kepada kita untuk mengabsahkan perbelanjaan tambahan ini adalah kerana kutipan hasil dan pendapatan negeri sudah melonjak ke paras RM 1.5 bilion; makanya kita boleh berbelanja lebih, tidak cukup untuk melayakkan kita bergelar pengurus kewangan yang baik.
5. Saya terpanggil untuk merenung ayat 46 - 48 Surah Yusuf yang memberi peringatan keras bahawa tujuh tahun yang makmur akan disusuli dengan tujuh tahun yang gersang.
6. Dalam pembentangan Bajet 2009, Kerajaan Negeri mensasarkan pendapatan sebanyak RM 1.41 bilion.  Adakah sasaran ini sudah berjaya dicapai ?
7. Saya juga ingin mendapatkan jawapan dari kerajaan mengenai trend simpanan (reserve) Kerajaan Negeri?  Apakah meningkat atau menguncup?  Sekiranya pendapatan negeri bertambah, berapa peratuskah yang diperuntukkan untuk dimasukkan dalam simpanan?
8. Pengurusan ekonomi dan kewangan membenarkan perbelanjaan tambahan justeru unjuran yang dibuat tidak menepati keperluan ekonomi semasa yang mungkin mendesak atau apa yang disebut sebagai perbelanjaan am/luar jangka.  Dewan ini telahpun mengambil kira perbelanjaan am/luar jangka sejumlah RM 57 juta dalam bajet 2010.  Saya ingin tahu apakah kedudukan peruntukkan luar jangka ini setakat 30 Jun 2010?
9. Sekiranya peruntukkan luar jangka ini diurus dengan berhemah dan tidak berlaku pembaziran, Dewan ini tidak perlu memohon peruntukkan perbelanjaan tambahan sehingga mencecah RM 117 juta.
10. Kita tidak boleh berterusan datang ke Dewan ini untuk memohon peruntukan perbekalan tambahan dalam setiap persidangan.  Dalam enam bulan yang pertama sahaja, Dewan ini diminta meluluskan perbekalan tambahan sebanyak RM 186 juta.  Saya bimbang sekiranya amalan ini diteruskan, negeri akan menanggung bajet defisit dan bukan lagi bajet berimbang.
11. Punca pupusnya peruntukkan luar jangka 2010 sebanyak RM 57 juta ialah Kerajaan Negeri tidak merancang dan mengawal perbelanjaan.  Amalan boros ini mesti dihentikan serta merta.  Perbelanjaan oleh STANDCO perlu berhemah bagi mengurangkan penggunaan peruntukkan luar jangka Kerajaan Negeri dan merancang perbelanjaan untuk perkara- perkara yang telah dibajetkan.
12. Pengalaman saya di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri memperlihatkan satu sistem yang cukup telus di mana Kertas Jemaah Menteri oleh mana-mana Kementerian mestilah dikemukakan 2 minggu sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri untuk membolehkan jabatan-jabatan penting memberikan ulasan termasuk Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan juga Jabatan Peguam Negara.
13. Kertas sampingan tidak dilayan sama sekali.  Kertas Jemaah Menteri yang dihantar lewat dan tiada ulasan dari jabatan-jabatan ini tidak akan dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri.  Ini adalah amalan urus tadbir yang baik dan perlu dipegang oleh Kerajaan Negeri khususnya Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
14. Saya ingin mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri apakah Kertas EXCO yang dibentangkan tanpa ulasan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbendaharaan Negeri, Bahagian Perjawatan boleh diterima dalam Mesyuarat EXCO?
Perbelanjaan Boros
15. Dewan ini menuntut penjelasan perbelanjaan luar jangka yang sudah pupus dalam tempoh suku tahun kedua.  Saya difahamkan Kerajaan Negeri mengeluarkan perbelanjaan yang melampau dalam majlis-majlis keraian sehingga mencecah angka hampir setengah juta ringgit bagi satu majlis perasmian.  Inilah akibatnya apabila ulasan dari jabatan-jabatan tidak diperolehi terlebih dahulu sebelum kertas ini dibawa ke Mesyuarat EXCO.  Amalan boros dan membazir seperti ini mesti dihentikan segera untuk menjimatkan peruntukan luar jangka Kerajaan Negeri.
16. Saya juga ingin mendapatkan penjelasan dari Kerajaan Negeri apakah benar amalan hari ini lebih cenderung untuk melantik juru perunding majlis dan bukan lagi menggunakan perkhidmatan PBT dan Pejabat Daerah Dan Tanah untuk menjayakan majlis-majlis anjuran Kerajaan Negeri.  Saya ingin mengetahui siapakah syarikat-syarikat swasta yang dilantik untuk menguruskan majlis-majlis Kerajaan Negeri dan berapakah jumlah yang dibayar kepada setiap syarikat?
Simpanan Kerajaan Negeri
17. Saya juga ingin menyentuh isu reserve atau simpanan Kerajaan Negeri yang dikhuatiri mulai merosot.  Saya difahamkan simpanan akaun tunai Kerajaan Negeri berjumlah RM 800 juta telah menurun sedikit.  Manakala nilai aset tetap Kerajaan Negeri pula mencatatkan RM 700 juta.
18. Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengenalpasti aset-aset dalam bentuk bangunan untuk dijana bagi mendapatkan hasil atau pulangan kepada Kerajaan Negeri.  Kaedah REIT (Real Estate Investment Trust) boleh meningkatkan nilai kepada aset-aset Kerajaan Negeri di mana Kerajaan Negeri boleh mendapat pulangan dalam bentuk tunai dan juga unit-unit saham di dalam REIT.  Kerajaan Negeri juga akan memperolehi dividen yang biasanya akan dibayar sebanyak 4 kali setahun dan dividen yang diterima akan diberikan pelepasan cukai.
19. Kerajaan Negeri masih memiliki secara tidak langsung aset-aset yang dimasukkan dalam REIT.
20. Kaedah REIT ini sedang diteliti oleh PKNS dan Kerajaan Negeri boleh bersama-sama dalam usaha ini dan melihat keperluan untuk menggesa badan-badan berkanun seperti PKNS dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk segera mengambil peluang ini.
21. Kelembapan ekonomi yang melanda Eropah dan Amerika Syarikat menuntut Kerajaan Negeri untuk bersiap sedia dengan pelan pembangunan fiskal dan kewangan yang akan memastikan rakyat negeri ini mampu mendepani kemungkinan tersebut.
22. Kerajaan Negeri perlu menghadapi kemungkinan situasi "double-dip recession" dengan menghentikan amalan perbelanjaan yang tidak berhemah dan mengukuhkan kadar simpanan.
23. Dalam pembentangan Bajet 2009, Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan bahawa Ketua-Ketua Eksekutif syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) yang tidak dapat mengaut kembali kerugian akibat penyelewengan dan salahguna kuasa di bawah pentadbiran yang lama menghadapi kemungkinan dipecat.
24. Kerajaan Negeri harus menjelaskan kepada Dewan ini mengenai kedudukan kewangan kesemua syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) serta prestasi Ketua-Ketua Eksekutif.  Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga perlu mengiktiraf sumbangan dan prestasi pengurusan baru PKNS dan PNSB yang cekap dan baik dan telah berjaya melonjakkan pendapatan syarikat dan sekaligus meningkatkan pendapatan kerajaan Negeri.
Hutang Talam dan Skim Mikrokredit
25. Dewan ini telah membincangkan dengan panjang lebar mengenai usaha Kerajaan Negeri untuk merealisasikan hutang Talam Corporation melalui kaedah "round tripping".  Sasaran kerajaan untuk mengutip hampir RM 400 juta.  Pinjaman bank yang dibuat oleh SIC dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Negeri yang kemudiannya melaburkan semula dalam MBI untuk mencapai matlamat merealisasikan hutang Talam Corporation dalam akaun Kerajaan Negeri.
26. Saya ingin mengetahui sejauh mana kejayaan usaha Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang dari Talam Corporation?  Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewajibkan Talam Corporation untuk mengambil tanggungjawab bersama mencari pembeli-pembeli untuk membeli hartanah-hartanah Talam Corporation ini pada harga pasaran semasa dan tidak hanya membebankan Kerajaan Negeri atau anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sahaja untuk membeli hartanah-hartanah yang berkenaan.
27. Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa kutipan hutang yang pertama berjumlah RM 50 juta akan dimanfaatkan untuk Skim Mikrokredit bagi kepentingan peniaga-peniaga kecil di kalangan rakyat Selangor.  Skim ini telah diumumkan lebih 4 bulan yang lalu namun perlaksanaannya masih kekal di atas kertas.
28. Saya ingin bertanya apakah status skim mikrokredit ini.  Saya menuntut supaya perlaksanaannya disegerakan.  Saya difahamkan bahawa pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru sahaja meluluskan nama skim ini.  Apakah ini cara kerja dan bertindak oleh sebuah kerajaan yang berpegang teguh kepada prinsip reformasi dan ketelusan serta amalan urus tadbir yang cekap?
Saya tidak mahu Kerajaan Negeri mengikuti langkah dan amalan Kerajaan Persekutuan di mana setiap kali diwujudkan dana untuk program rakyat, maka terbentuklah satu lagi jabatan dengan pengurusan baru, perjawatan baru dan pejabat baru.  Peruntukkan yang sepatutnya sampai kepada rakyat akan menguncup kerana kos operasi yang besar termasuk elaun pengarah dan pengurusan ubah suai pejabat dan pelbagai kemudahan lain.  Inilah amalan birokrasi dan pembaziran yang perlu dihentikan oleh Kerajaan Negeri.
29. Saya menggesa agar skim mikrokredit ini dilaksanakan dalam bulan ini juga dengan melantik bank pilihan Kerajaan Negeri untuk menguruskan dana yang kemudiannya menyalurkan peruntukan ini terus kepada Pejabat - Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Negeri Selangor supaya kemudahan ini dapat dinikmati oleh rakyat dengan mudah dan cepat.  Kerajaan Negeri harus memberikan kepercayaan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang cukup terlatih dan mempunyai keupayaan untuk menjayakan program ini.
30. Saya ingin mencadangkan supaya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) diberikan tanggungjawab untuk menyelia program ini tanpa perlu diwujudkan lagi jabatan baru dengan birokrasi tambahan.  Kerajaan Negeri hanya perlu menetapkan mekanisma penyaluran skim ini tetapi kita menggunakan jentera pentadbiran yang sedia ada untuk melaksanakan tanggungjawab ini.  Kerajaan Negeri telahpun berjaya melaksanakan program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tanpa kerenah birokrasi tambahan.
31. Penjimatan melalui ketegasan Kerajaan Negeri ini dapat mengurangkan perbelanjaan luar jangka dan akhirnya dapat mengurangkan peruntukkan perbekalan tambahan yang terlalu kerap dipohon oleh Kerajaan Negeri.
Program Air Percuma
32. Saya ingin menyentuh persoalan penyusutan simpanan akaun tunai Kerajaan Negeri yang difahamkan akibat pinjaman mudah kepada KDEB untuk menampung kos program air percuma yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri untuk semua rakyat Negeri Selangor.
33. Dewan ini difahamkan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan menanggung beban kos untuk memberikan air percuma 20 m3 kepada setiap pengguna di Negeri Selangor.  Keputusan Kerajaan Negeri ialah keuntungan yang diperolehi oleh KDEB melalui pemilikan saham KPS dalam SYABAS (15 %), SPLASH (30 %) dan ABBAS (100 %) perlulah dikembalikan kepada rakyat Selangor melalui program pemberian air percuma 20m3.
34. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri berapakah jumlah keuntungan yang diperolehi oleh KDEB dalam tahun 2008 dan 2009 melalui pemilikan saham dalam syarikat-syarikat konsesi air Selangor ?
35. Mengapa Kerajaan Negeri memberikan pinjaman mudah kepada KDEB sedangkan KDEB adalah anak syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam urusan air di Selangor?
36. Apakah KDEB telah membayar balik pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan jika sudah dibayar; apakah jumlah yang sudah dibayar balik ?
37. Sekiranya Kerajaan Negeri yang mengeluarkan pinjaman kepada KDEB untuk menjayakan program air percuma untuk rakyat Selangor, mengapa cop di atas bil air tertera nama KDEB dan bukannya ihsan Kerajaan Negeri Selangor?
38. Perbekalan tambahan mencatatkan, sejumlah RM74 juta untuk meneruskan program air percuma termasuk RM 19 juta untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang tinggal di Rumah Awam Kos Rendah (RKR).  Manakala untuk bukan RKR mencatatkan RM 7 juta, Kerajaan Negeri juga ingin pohon tambahan sejumlah RM 48 juta atau RM 12 juta sebulan untuk 4 bulan lagi sehingga Disember 2010.
39. Semenjak program air percuma ini dilancarkan oleh Kerajaan Negeri, Dewan ini telah meluluskan perbelanjaan sebanyak RM 269 juta.  Malangnya, yang mendapat faedah daripada program ini bukan golongan miskin dan berpendapatan rendah kerana masalah birokrasi yang melampau sehingga menggagalkan program ini untuk pemilik dan penghuni rumah-rumah pangsa.
40. Hari ini, Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah memulakan langkah yang lebih proaktif dengan mengeluarkan kupon untuk mendapatkan air percuma bagi penduduk-penduduk rumah pangsa kos rendah.  Saya berharap program ini akan meliputi semua rumah pangsa dalam Negeri Selangor tanpa perlu menunggu pilot project.
41. Dalam sesi yang lepas, Dewan telahpun meluluskan perbekalan tambahan untuk tujuan yang sama berjumlah RM 69 juta dengan harapan masalah air ini boleh diselesaikan sebelum bulan September 2010.  Namun, hari ini Dewan pohon lagi peruntukan tambahan bagi meneruskan program untuk kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.
42. Persoalan saya ialah apakah status penstrukturan air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan?  Apakah status cadangan pengambil alihan syarikat - syarikat konsensi air oleh Kerajaan Negeri ?
43. Saya difahamkan Kerajaan Negeri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian tetapi masih ada pihak yang cuba menggagalkan usaha murni ini. Justeru itu, saya mendesak Kerajaan Negeri supaya mendedahkan dalam Dewan ini semua dokumen dan surat menyurat dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjustifikasikan perbekalan tambahan ini ekoran kedegilan pihak Kerajaan Persekutuan yang mengamalkan dasar flip flop termasuk penstrukuturan industri air di Negeri Selangor.
44. Media hari ini melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang antara lain menyebut situasi air di Selangor kritikal dan Selangor menghadapi krisis air.  Muhyiddin Yassin juga menuduh Menteri Besar tidak tahu mengurus Kerajaan Negeri dan mendakwa Kerajaan Negeri Selangor mengalami defisit yang besar.  Ini adalah satu tuduhan yang jahat dan bersifat mala fide.
45. Pendekatan yang diambil oleh Menteri Besar adalah untuk mempertahankan hak rakyat Negeri Selangor manakala jelas pemimpin UMNO mempertahankan kroni-kroni mereka termasuk SYABAS yang sedang menghadapi masalah kewangan yang serius.
46. Kenyataan yang perlu dipelajari oleh Muhyiddin daripada Menteri Besar ialah pengurusan kewangan yang telus dan berhemah demi kesejahteraan rakyat.  Walaupun Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 120 juta setahun untuk Program Air Percuma, Kerajaan Negeri Selangor masih berupaya mengurus bajet berimbang.
47. Muhyiddin bertanggungjawab untuk menjawab persoalan rakyat mengapa Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional di peringkat Pusat dan Negeri sebelum Mac 2008 telah bersetuju menandatangani perjanjian konsesi air dengan SYABAS dan membenarkan tarif air melonjak naik kepada 37 % dalam tahun 2008 dan tambahan 25% pada tahun 2011 serta 15% untuk 2014 dan 10% untuk setiap 3 tahun berikutnya.  Pastinya perjanjian ini membebankan rakyat terbanyak dan memberikan keuntungan melampau kepada kroni UMNO dan Barisan Nasional.
48. Muhyiddin juga bertanggungjawab untuk menjelaskan mengapa Kerajaan Persekutuan memberikan pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah RM 320 juta untuk tempoh 20 tahun yang akhirnya akan membebankan Kerajaan dengan pembayaran faedah kepada bank dan pemegang bon berjumlah RM 240 juta.
49. Jelas, Kerajaan Persekutuan mempunyai motif politik yang jahat untuk menghukum rakyat Negeri Selangor dan meneruskan agenda untuk memunggah Kekayaan dan khazanah negara untuk kroni-kroni mereka.
50. Kepimpinan Muhyiddin selaku Menteri Besar Johor pada satu ketika dahulu telah meninggalkan padah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Johor dengan kadar tarif air yang tertinggi di dalam negara.
Perbekalan Tambahan Untuk Pembangunan
51. Kerajaan juga ingin memohon kelulusan perbekalan tambahan untuk pembangunan sejumlah RM 7 juta bagi tahun 2010 untuk membina jalan di Bukit Beruntung yang menelan kos keseluruhan RM 20 juta. Saya difahamkan jalan ini sepatutnya dibina oleh Talam Corporation yang sekali lagi gagal menyempurnakan tanggungjawab dan mengkhianati pembeli-pembeli rumah di Bukit Beruntung.  Masalah CF telah berlarutan terlalu lama akibat kegagalan menyiapkan jalan ini.
52. Untuk menjaga kepentingan rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membina jalan ini dan akan menuntut semula dari Talam Corporation.  Untuk memastikan Talam Corporation membayar balik kepada Kerajaan Negeri kos pembinaan jalan ini, saya menggesa supaya Kerajaan Negeri dan Jabatan Kerja Raya bertegas dalam perjanjian dengan Talam Corporation termasuk kontra dengan aset dan hartanah yang dipegang oleh Kerajaan Negeri.
53. Saya tidak melihat dalam peruntukan perbekalan tambahan ini sebarang usaha untuk menurap jalan-jalan di seluruh kawasan pentadbiran PBT dan juga masalah kutipan sampah yang menghantui rakyat Negeri Selangor.
54. Saya pernah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat permasalahan ini secara serius termasuk menggesa PBT yang mempunyai simpanan yang besar supaya mencairkan sebahagian daripada aset dan simpanan tetap untuk menangani masalah ini.
Pemulihan Projek Perumahan Terbengkalai
55. Sehingga Disember 2009, sebanyak 141 projek perumahan terbengkalai yang terpaksa diwarisi oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat ekoran kecuaian Kerajaan Negeri yang terdahulu.  Projek-projek ini melibatkan 10,000 unit rumah dan memerlukan RM 5 bilion untuk dipulihkan.  Justeru itu, perumahan terbengkalai harus dipulihkan secara serius menerusi langkah yang proaktif dan tidak dibelenggu dengan birokrasi.
56. Ketidakpuasan hati rakyat menuntut Kerajaan Negeri bertindak segera dengan menubuhkan "one stop centre" bagi menyelaras dan mempercepatkan kelulusan dengan syarat-syarat ketat ke atas pemaju-pemaju untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
57. Sekretariat perlu ditubuhkan untuk menyalurkan "seed fund" yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM 5 juta kepada pemaju-pemaju yang terpilih melalui proses yang telus dan juga berperanan memantau dan memastikan komitmen ini dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat.
58. Justeru itu, terma rujukan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) diperluaskan untuk memberi bidang kuasa bagi sebarang tindakan proaktif termasuk mendapat nasihat daripada pihak-pihak berkaitan bagi tujuan menyelaraskan perbincangan dengan kesemua stakeholders untuk mencapai persetujuan.
Penswastaan Penyeragaman Sistem Kutipan Letak Kereta
59. Kerajaan Negeri perlu memastikan bahawa sebarang perjanjian atau konsesi akan memberi pulangan yang sewajarnya melalui prinsip "value for money".
60. Monopoli yang bertujuan mengaut kekayaan negeri dan berlegar di kalangan dua tiga kerat adalah sistem UMNO-BN yang lapuk bagi meneruskan sistem ‘patronage’ dan "rent-seeking".
61. Suasa Efektif ( M ) Sdn Bhd dan Syarikat Godell Parking Sdn. Bhd adalah dua buah syarikat konsesi yang melaksanakan sistem Kutipan Hasil Tempat Letak Kereta untuk tempoh konsesi selama 20 tahun dengan PBT.
62. Saya difahamkan syarikat-syarikat konsesi ini gagal membuat pembayaran sewa tempat letak kereta kepada PBT-PBT mengikut perjanjian.  Sebagai contoh, tunggakan Suasa Efektif kepada MPK sudah mencecah RM1.1 juta, tunggakan kepada MPS berjumlah RM 1.3 juta, kepada MPAJ sudah mencecah hampir RM 400,000 dan MPKj berjumlah hampir RM 135,000.  Manakala, Syarikat Godell gagal melunaskan tunggakan kepada MBPJ berjumlah RM 1.8 juta.  Siapakah di belakang syarikat-syarikat ini?  Kerajaan Negeri harus mengambil tindakan tegas ke atas syarikat-syarikat kroni UMNO dan Barisan Nasional.
63. Kegagalan (PBT) mendapatkan pembayaran kutipan kompaun akan menjejaskan sistem perkhidmatan dan akan membebankan rakyat.  PBT harus memaksimumkan "earning potential" untuk memastikan "public service delivery" yang cekap.
64. Perjanjian syarikat konsesi juga berat sebelah.  MPAJ hanya mendapat 30 peratus manakala baki 70 peratus kutipan kompaun dan pembayaran tempat letak kereta dimiliki oleh Suasa Efektif.  Adakah ini merupakan tindakan komersil yang adil kepada PBT?
Pencabulan Perlembagaan Oleh Kerajaan Persekutuan
65. Saya difahamkan usaha Kerajaan Negeri untuk menimbangkan permohonan atau cadangan untuk menukar syarat tempoh pajakan (leasehold) kepada hakmilik selama-lamanya (freehold) tergendala ekoran pencabulan undang-undang oleh Kerajaan Persekutuan.  Saya difahamkam Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang bersidang pada bulan Disember 2008 telah cuba mencampuri urusan penganugerahan tanah oleh Kerajaan Negeri atas alasan untuk tujuan penyeragaman.
Kerajaan Persekutuan juga mengambil peranan untuk memberikan definasi kes-kes khas yang melibatkan permohonan untuk kelulusan tukar syarat tanah daripada leasehold kepada freehold.
66. Saya dapat menghidu tindakan Kerajaan Persekutuan ini adalah mala fide dan bermotifkan politik ekoran tindakan Menteri Besar Perak yang sah, Mohd Nizar Jamaluddin menganugerahkan lebih 100,000 lot tanah-tanah Kampung Tersusun kepada orang-orang Melayu manakala 40,000 lot tanah-tanah di kampung-kampung baru Cina untuk orang-orang Cina dan juga kelulusan untuk tanah-tanah bagi kepentingan orang-orang India di Perak.  UMNO cemas dengan dasar Pakatan Rakyat yang adil dan telus.  Mereka menggunakan Majlis Tanah Negara untuk merampas kuasa Kerajaan Negeri.
67. Saya ingin menggesa supaya Kerajaan Negeri segera meneliti keputusan Majlis Tanah Negara ini dan mencabar keabsahannya di mahkamah demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor.
Pengiktirafan Kepimpinan
68. Bagi pihak Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Selangor saya ingin menzahirkan sokongan padu kepada pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Abdul Khalid Bin Ibrahim.
69. Teman-teman Ahli Dewan Negeri akan mempertahankan hak dan hasrat rakyat untuk melihat perubahan.
70. Saya yakin prinsip - prinsip yang didukung oleh YAB telah menjadi asas kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor semenjak Mac 2008.  Kebijakan yang digarap pastinya demi mengangkat urus tadbir yang baik, keterbukaan, ketelusan serta meraikan prinsip dan amalan demokrasi.
71. Dasar dan agenda reformasi yang saya ungkapkan di atas ini telah mendorong memacu pertumbuhan ekonomi, teknologi dan inovasi demi kesejahteraan rakyat Negeri selangor.
72. Apa yang tidak dapat disangkal; program – program tersebut memenuhi maksud Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang turut menjana keharmonian sosial dalam Negeri.  Tidaklah saya berlebihan untuk menyatakan Negeri Selangor adalah model kepada keharmonian dan kerukunan sosial dalam negara.
73. Atas kesedaran ini dan semangat "team work"; marilah kita berpadu tenaga untuk terus mendokong kepimpinan Menteri Besar dan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang menjamin kesejahteraan untuk semua rakyat Negeri Selangor.
Tenang-tenang air laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Tetap setia pasti dijunjung.
*Teks perbahasan DUN Selangor, oleh Mohamed Azmin Ali selaku Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa.