Sabtu, 10 Julai 2010

Bakal terbarainya 1Malaysia

Seronok pulak mengikuti perbualan ringkas para pemimpin kita melalui twitter yang dipaparkan di Malaysiakini. Antara yang menarik hari ini ialah kata-kata Tian Chua. Kata dia.....

"It's the fashion in BN: everyone going Perkasa! PM Najib Razak might as well announce 1Msia dead & buried."

Apa yang dimaksudkan oleh Tian Chua adalah tentang saranan Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai agar NGO Cina menubuhkan PERKASA Cina bagi membuat tuntutan yang ada dengan kepentingan kaum Cina. Yes.... sama peranannya macam PERKASA Melayu.

Sekarang dah ada PERKASA Melayu, so.... akan muncul pulakah PERKASA Cina? And then, perhaps.... kaum India pun nak tubuhkan pulak PERKASA India and later on.... PERKASA IBAN, PERKASA Kadazan and so on.
Ha... ha... ha... PERKASA itu dan PERKASA ini, and in the end.... IMalaysia akan jadi perkasam!! Yabedabedo.... memang itu yang aku doakan. Hopefully.... ia berlaku sungguh-sungguh. Aha.... baru puak-puak malaun ni ada akai.

Sebenarnya, 1Malaysia ini semuanya bullshit!! Ia merupakan slogan yang tidak ada keikhlasan tetapi, retorik semata-mata. Satu alat untuk mengaburi mata rakyat yang 'buta' dengan tujuan untuk meraih sokongan kepada sebuah kerajaan yang pincang.

Penggunaan segala macam slogan ini, telah menjadi amalan sejak Che Det menerajui negara dan ia terbukti berkesan terutama dalam mendapatkan sokongan rakyat. Lihat sajalah kejayaan yang diperoleh oleh Che det terutama dia awal pemerintahannya. Dolah Badawi tidak terkecuali. Slogan Islam Hadhari, Bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya dan Cemerlang, Gemilang, Terbilang..... telah berjaya mendapatkan sokongan padu rakyat terutama dalam PRU11.

Rakyat terpesona dengan slogan-slogan ini dan menaruh harapan yang tinggi kepada para pemimpin tersebut untuk membaik pulih dan memperbetulkan segala kepincangan yang telah dilakukan kepada negara. Namun.... slogan hanya tinggal slogan. Akhirnya, rakyat sedar yang mereka telah terpedaya... mereka kena kencing dan mereka kena temberang dengan para pemimpin tersebut melalui slogan-slogan hipokrit dan retorik yang digunakan.

IMalaysia.... Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan ialah slogan Najib. Fuulaamakk.... nampak bukan main hebat lagi. Yang bangang... mungkin terpesona. Tapi, bagi yang 'celik'..... tak der bendalah!! Semuanya.... 2X5. As usual.... ia hanya satu alat untuk perangkap sokongan rakyat. Errmm.... usah terpedaya ler. Indah khabar dari rupa....

Sekarang ni pun, sedikit demi sedikit.... pekung slogan tersebut sudah mula dihidu dan sudah mula kelihatan. Auta jer.... cakap tak serupa bikin!!

Percayalah, 1Malaysia Najib, pasti akan hancuuuss.... baraaai.... terkulai.... longlai.... dan akhirnya..... akan terkubur bersama terkuburnya UMNO/BN/APCO.

Dan..... PERKASA-PERKASA inilah yang akan menjadi catalyst kepada kehancuran 1Malaysia. Rakyat terbanyak pulak, akan bergandingan tangan untuk sama-sama menguburkan UBN/APCO dalam PRU13 nanti, insyaAllah...

Sumber di sini

Melayu baru?

Image
 
Mungkin mereka adalah Melayu Baru, yang menolak Dasar Ekonomi Baru? Dari bancian Merdeka Center sebanyak 21% Melayu mengatakan bahawa DEB tidak membantu ekonomi orang Melayu dan dalam jangka masa panjang ia akan menjadikan bangsa Melayu bangsa yang sentiasa memerlukan pertolongan. Mungkin golongan ini mengatakan bahawa Melayu sudah sedia untuk bersaingan dalam pasaran terbuka, tidak memerlukan kuota dan juga menolak hak keistimewaan yang ada. Mungkin ini Melayu Baru dan Melayu Baru ini sering di asosiasikan dengan pembangkang.

Umno Reform.

Hello 'Sir'. who knighted you?

IF the Bala saga, the Scorpene deals, Anwar's sodomy trials and our despicable by-elections are not enough to make Malaysia the centre of world-wide derision, Jeffrey Wong Su En, from Sabah, has to add to our country's woes with his puerile claims that he was conferred the Knight Grand Cross (GBE) by the Queen in conjunction with her recent birthday. The award entitles the recipient to carry the title "Sir".
jeffrey_wong_queen
Is this a doctored photo?
When several advertisements in local Chinese papers placed pictures of Wong receiving the award from the British monarch, he immediately became an overnight sensation.
In a country whose citizens are obsessed with titles and other pretentious honorifics, this latest one has heaped more shame on Malaysians.
Wong swiftly issued a press release to explain that the "knighthood" had nothing to do with the British awards but was issued by Papua New Guinea in conjunction with the Queen's 84th birthday celebrations.
At the same time, the British High Commission in Kuala Lumpur, issued a statement in response to the e-mails of the media in Sabah: "We can confirm that we have no record of any honour having been conferred at any time by the British Government on Jeffery Wong Su En."
The photo issued by "Sir Jeffrey" shows him standing proudly receiving the Knight Grand Cross, as the Queen pins it onto his breast.
"Sir Jeffrey" would have done Malaysia proud, except that under closer scrutiny, the photo appears to be doctored with the game, given away, by the collar that is shown in the picture - it does not correspond with those worn at investitures.
The other clue is that the investiture ceremonies for the 2010 Birthday Honours have not yet taken place.
Jeffrey Wong's name does not appear in the Queen's Birthday Honours list but his actions have been politicised with opposition parties claiming he is insulting the good name of the Commonwealth.
While the High Commission confirmed that Wong was not conferred with any honour, the DAP Youth also issued a statement that Wong was not the DAP Youth chief in Sabah and gave him a fortnight to explain his claim. He also faces expulsion from his party although his supporters were dissolving four party branches in the Tanjung Aru area in protest over the show cause letter.
Meanwhile, Wong said that this was 'a personal matter and had nothing to do with the public' and that he would soon receive the relevant documents to furnish as proof. He had initially claimed that the award was in recognition for his contributions to international hu­­mani­tarian aid organisations and Medecins Sans Frontieres (Doctors Without Borders), and was conferred by the Papua New Guinea government.
Wong's timing couldn't have been worse. He has certainly piled on the bad publicity onto himself, his party and Malaysia. With the recent adverse attention given to the 'Datuk' awards, one wonders if it might have been cheaper for Wong to obtain one of these Datuks at the going rate, rather than being the subject of shame and ridicule. It seems that some people just don't care enough about public perceptions of tradition, pride and self-respect.

BIG, BIG EGO,

Kuala Lumpur

Beware of Donald, warns Ibrahim

By Stephanie Sta Maria

KUALA LUMPUR: Perkasa chief Ibrahim Ali has issued a yellow alert on MCA vice-president Donald Lim following the latter's call for a Chinese version of Perkasa yesterday.
“Donald is a dangerous man who is promoting racial tension among NGOs,” Ibrahim told FMT via text message. “Donald's political lifespan is a mere six years as a senator. That he is seeking out a Chinese NGO to fight Perkasa is uncalled for.”

Donald had suggested that a Chinese version of Perkasa be established to counter the right-wing Malay group's racial assaults and has set his sights on the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall to play this role.

He explained that it would be inappropriate for the MCA to take on such a responsibility as political parties and NGOs operate differently.

Ibrahim, who is also Pasir Mas MP, however, scorned Donald as “another desperate MCA leader” and warned that MCA can forget about enjoying the Malay votes if it continues its current leadership style.

Donald's statement has lit up a number of posts on microblog Twitter with a few well-known personalities airing their views.

Petaling Jaya Utara MP, Tony Pua, wrote, “Thinks MCA still don't get it, as Donald Lim calls for a 'Chinese' Perkasa. Its about 'Malaysian', not race.”

“It's the fashion in BN: everyone going Perkasa! PM @NajibRazak might as well announce 1Msia dead & buried,” posted Batu MP, Chua Tian Chang.

In reply to DAP Socialist Youth head, Anthony Loke's prodding, Deputy Education Minister Wee Ka Siong wrote, “disagree w "tit4 tat" tactic, no doubts NGO is entitled to its view, but must b rea'ble (reasonable), sen'ble (sensible) & const'nal (constitutional)".

The Ayer Hitam MP was at the receiving end of Ibrahim and Perkasa's tirade recently when he questioned whether the government would consider reducing the number of Mara scholarships.

Ibrahim accused him of challenging Malay rights, while Perkasa's newsletter Suara Perkasa carried a headline demanding that Wee be arrested under the ISA in its inaugural issue.

Rais, Hishamuddin dan Nazri Terima Nasib Serupa Dengan Syed Hamid Jika Terus Tekan Suara Rakyat


KDN Ikut Rentak Tari Umno-BN Oleh Mak Bonda

Kementerian Dalam Negeri serta Menterinya boleh memberi seribu satu alasan untuk menafikan hak media Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan dan Harakah.

Namun rakyat yang sudah celik minda dapat melihat dengan terang ibarat melihat badut diwaktu siang, disuluh pula dengan ‘spotlight’.

Sepertimana dilaporkan, pihak Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk seperti yang didakwa KDN. Lawak betul!

Bila mana diminta salinan surat-surat berkenaan dan bukti terimanya pun, KDN membisu seribu bahasa!

Justeru jika kewujudan surat-surat itu dipertikaikan, siapa yang patut dipersalahkan?

Sudah tentu Najib dan sepupunya Hishammuddin.

Begitu juga bila mana KDN dilihat cuba bermain politik soal artikel "Felda Bankrap" yang sepatutnya KDN tidak ‘overacting’, tetapi sebaliknya perlu ‘tenang macam biasa’ ketika mana pemimpin Pakatan Rakyat difitnah dan diputarbelitkan kenyataannya oleh akhbar arus perdana khususnya Utusan Malaysia.

Ada pernah KDN keluarkan surat tunjuk sebab? Ada pernah digantung permitnya? Ada?

Begitu juga dalam kes terbaru melibatkan Suara Perkasa yang mendapat bantahan hangat oleh MCA, sekutu Barisan Nasional sendiri. Kita tidak melihat KDN menunjukkan taringnya kepada media pro Umno-BN! Rakyat yang cerdik tidak pelik melihat rentak tari Menteri KDN itu.

Justeru kita ingin mengingatkan PM 1Malaysia, supaya melihat balik slogan ‘rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’ dalam kes KDN dan permit akhbar Suara Keadilan dan Harakah.

Jangan lupa, KEADILAN dan PAS adalah dua buah parti berdaftar yang halal dalam struktur demokrasi Malaysia.

Suara Keadilan dan Harakah pula adalah lidah rasmi, organ parti berkenaan.

Menafikan hak Suara Keadilan dan Harakah daripada mendampingi ahli dan penyokong KEADILAN, PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan pimpinan Najib tidak mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

Sebaliknya, sekadar tindakan terdesak dan bacul demi survival Umno-BN.

Apalah kecoh sangat soal 8 naskah suratkhabar Suara Keadilan atau Harakah, jika tidak dihantar kepada KDN?

Buktikan KDN memang menghantar surat-surat berkenaan dan bukti penerimaannya.

Buktikan kepada siapa dan alamat mana ianya dihantar.

Buktikan juga jika benar ada surat-surat amaran, dan lain-lain yang dihantar berkait perkara berkenaan.

Jika KDN mesra rakyat atau tidak ‘memusuhi Pakatan Rakyat’, kenapa pihak KDN tidak berusaha menangani isu remeh ini dengan cara lebih mesra pelanggan, bermatlamatkan penyelesaian masalah?

Contohnya, susah sangatkah untuk seorang pegawai KDN membuat panggilan telefon, susulan mengenainya di peringkat awal lagi?

Mengenai artikel berkaitan Felda dan lain-lain yang mungkin tidak memenuhi selera KDN, jika benar ianya fitnah, biarkan saja Felda menyaman dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Suara Keadilan.

Memang itu yang selama ini diamalkan dilakukan oleh Ketua Pembangkang dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa media arus perdana.

Cukuplah Umno dan BN saja bermain politik. KDN tak perlu mengikut telunjuk dan rentak tari mereka. -SK


KDN tegur, ambil tindakan ke atas 10 akhbar

Sepuluh penerbitan telah diberi teguran dan diambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Januari hingga Jun tahun ini kerana melanggar syarat dan perutukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Penerbitan berkenaan ialah Harian Metro, Metro Ahad, Kosmo, Oriental Daily, China Press, Nanyang Siang Pau, Harian Tamil Uthaya Surian, Suara Keadilan, Suara Perkasa dan Harakah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN akan mengambil sikap tegas ke atas mana-mana pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak yang didapati melakukan pelanggaran syarat dan tidak mematuhi peruntukan-peruntukan mengikut akta tersebut.

Beliau berkata KDN juga akan mengkaji dan meneliti prosedur dan garis panduan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan serta keseragaman pengurusan media melalui Jawatankuasa Pengukuhan Strategi Komunikasi Kerajaan yang ditubuhkan.

Jawatankuasa itu dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -mk


Ulasan GB

Jika sebelum ini Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menjadi Menteri KDN galak sangat menzalimi rakyat melalui ugutan dan ancamannya untuk menggunakan ISA yang akhirnya dengan doa rakyat beliau tertonggeng dari kerusi kabinet, maka kali ini pastikan Hishamuddin, Nazri dan Rais akan mendapat nasib yang serupa.

Boleh jadi Umno lebih sesat - bekas Imam Besar

ALOR SETAR, 10 Julai: Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden Md Taib (gambar) mengingatkan pemimpin Umno terutamanya di negeri Kedah supaya tidak membuat tuduhan dan dakwaan melulu tanpa sebarang fakta dan bukti yang konkrit.

Menurut beliau lagi tuduhan yang dilemparkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sesat adalah sesuatu yang melampau dan keterlaluan.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kedah berkata, seandainya Umno menyifatkan PAS sesat, kemungkinan Umno itu lebih sesat kerana mereka bukannya memperjuangkan ajaran Islam sebenarnya sebaliknya memperjuangkan isu perkauman dan assabiyah.

"Pemimpin Umno sepatutnya tidak bercakap mengikut angin mereka sahaja. Setiap dakwaan dan tuduhan perlulah mempunyai fakta kebenaran sebelum membuat sebarang dakwaan.

"Oleh kerana itu kepimpinan Umno dinasihatkan supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran dalam isu yang mengaitkan PAS sebagai sebuah parti yang sesat.Dakwaan tersebut juga adalah suatu perkara yang tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh mencelarukan pemikiran masyarakat,"katanya yang juga besar imam besar Masjid Negara.

Pemuda PAS Kedah cabar siasat
Sementra itu,  Dewan Pemuda PAS Kedah mencabar Naib Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Shafei Apdal supaya menubuhkan jawatankuasa agama bagi menyiasat dakwaan kononnya PAS parti yang sesat.

Menurut Ketuanya, Ahmad Yahya, siasatan boleh dilakukan dalam apa jua aspek mengenai dakwaan tersebut.

Namun begitu beliau juga berkata seandainya dakwaan yang tidak disertakan dengan bukti yang tepat tidak harus dilayan kerana ia merupakan satu tuduhan liar yang tidak berasas.

"Sekiranya beliau (Shafie) seorang yang bermaruah, maka tunjukkan bukti dan jalankan siasatan dari aspek mana kebenaran dakwaan beliau itu. Siapakah yang sebenarnya sesat? Mungkin Umno atau mungkin PAS. Hanya siasatan saja yang mampu untuk menyatakan kebenarannya," kata Ahmad Yahya (gambar).

Menurutnya, Pemuda PAS Kedah amat kesal dengan dakwaan beliau ini kerana ia amat keterlaluan dan melampau.

Samada dengan sengaja atau pun tidak, tindakan beliau ini tidak boleh dimaafkan, katanya.

Menurut Ahmad, Shafie yang merupakan Pengerusi Umno Kedah juga sengaja mahu menimbulkan isu serta mencetuskan kekeruhan dalam PAS dan Umno.

"Ini adalah soal akidah. Ia boleh menimbulkan keresahan dikalangan masyarakat kerana dakwaan sesat adalah sesuatu yang serius,"katanya.

Ahmad juga menasihatkan Shafie supaya menerima hakikat bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik, namun ia juga merupakan kerajaan kepada negeri Kedah bersama Pakatan Rakyat (PR) yang menggabungkan PKR dan DAP di negeri Kedah.

"Beliau juga sepatutnya akur ketokohan yang ada pada pemimpin PAS yang memerintah negeri yang dikuasai oleh PR di negeri ini,"tambahnya.

Kekayaan Adil : Mahathir bermimpi

Apabila Tun Mahathir Mohamed memberikan pandangannya bahawa kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan bukannya secara sama rata kepada rakyatnya, maka saya teringat apa yang dikatakan oleh Profesor Jomo Kwame Sundram, mantan pensyarah ekonomi Institut Pengajian Tinggi Awam yang kini diberikan tugas di Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahathir bercakap soal kekayaan sesama kaum. Saya agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.
Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan biasa memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, sepatutnya isu seperti ini tidak lagi timbul dan sesudah beliau tidak lagi di tampok pemerintahan.
Beliau sepatutnya malu pada diri sendiri kerana gagal memperbetulkan bukan sahaja ketempangan ekonomi, malah jurang politik dan sosial masyarakatnya. Beliau diantara pemimpin yang digelar autokratik. Satu ketika dahulu, beliau digelar Hitler dan Mahafiraun oleh musuh-musuh politiknya.
Sepatutnya dengan cengkaman pengaruh selama menjadi Perdana Menteri, beliau sudah dapat merubah apa yang beliau cakapkan dan bukan bercakap dalam keadaan tanpa ada kuasa sekarang.

Saya menerima hakikat bahawa proton, perindustrian lain, Petronas, lapangan terbang antarabangsa KLIA, Putrajaya dan pelbagai projek besar dan hebat wujud dan menaikkan namanya dan juga nama Malaysia.

Kita tidak alpa, rasuah mula bertapak dan menjadi wabak di zamannya. Badan kehakiman diperkosa. Agensi-agensi kerajaan dimanipulasi sebegitu rupa. Perkhidmatan awam terpaksa berhati-hati dalam tuntutannya. Hak asasi seperti kebebasan bersuara dan berhimpun mahasiswa dan orang awam berada pada tahap yang cukup teruk di bawah kepimpinan ala-diktatornya.
Belum lagi tuduhan demi tuduhan Barry Wain dalam bukunya 'Malaysian Maverick : Mahathir Mohamad in Turbulent Times'.

Biar beberapa Rancangan Malaysia digubal serta datang dan pergi.

Bak kata Profesor Jomo, ekuiti 30% kekayaan negara yang sepatutnya diberikan secara adil sesama orang Melayu pun telah disalahguna oleh Mahathir dengan memberikannya kepada beberapa individu atau kenalan yang dipercayainya sahaja.


Akhirnya Malaysia berada seperti ianya kelihatan pada hari ini. Dasar penswastaan negara Mahathir bukanlah membuka peluang persaingan ekonomi tetapi syarikat-syarikat gergasi tunggal diwujud dan dianugerahkan dalam penawaran perkhidmatan besar negara seperti TNB, Lebuhraya, MAS dan GLC seumpamanya.

Dasar-dasar itu merupakan faktor penyumbang pada ketidakstabilan rakyat dan negara pada hari ini. Mereka yang kaya, terus menambah-nambahkan kekayaan mereka. Golongan yang miskin semakin dihimpit kegelisahan.

Dasar penswastaan Mahathir akhirnya akan rebah satu demi satu kerana tanggungjawab sosial negara diperturunkan kepada syarikat-syarikat yang tidak berhati perut.

Kita bernasib baik kerana rakyat Malaysia bukan jenis mereka yang 'berbaju merah' di Thailand.

Jika tidak, sudah lama dipenjarakan mereka ini.


Mahathir berlegar-legar di arena politik Malaysia bukan sahaja kerana mahu mengaktifkan mindanya, tetapi juga berperanan sebagai pagar kepada mereka yang telah mendapat dan menikmati sebahagian dari ekuiti 30% Bumiputera, selagi masih boleh.

Hanya rakyat Malaysia sahaja akan menentukan samada Mahathir berwajah dua seperti dakwaan Barry Wain.

Adilkah apabila hanya beberapa kerat orang Melayu kroni sahaja yang melimpah-limpah mengaut kekayaan negara.

Belum lagi Melayu lain. Belum lagi Cina, Tamil, Kadazan dan sebagainya.

Mahathir rupanya masih bermimpi !

Catatan Pertama


Tulisan ini mahu bermula dari mana, ya? Tentang rawatan dari pembedahan pintasan jantung yang kian pulih? Itu mungkin terlalu personal dan tidak ada elemen kepentingan umum. (Bagaimanapun saya kira banyak juga pengalaman, terutama menjelang subuh Isnin, 26 April, sebelum katil ditolak ke bilik bedah HUKM boleh dikongsi bersama nanti).

Mengenai politik yang tidak pernah reda suhu kepanasannya? Tentunya  sudah banyak diulas oleh karyawan lain, lagipun saya sendiri jarang mengikuti dari dekat pergolakan semasa. Umpama tertinggal keretapi. (Namun, isu berkaitan permit Suara Keadilan dan kuasa tanpa batasan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang mengetepikan sama sekali fungsi mahkamah, wajib disinggung. Harakah juga harus bingkas mempersiapkan diri sebagai media PRU13 yang paling ampuh).

Sudah cukup lama saya meninggalkan kolum ini, Catatan Hujung, nama ruangan tetap yang dimulakan di majalah Dunia Islam pada awal 1990-an, kemudian berpindah ke majalah Tamadun, seterusnya Detik (hanya sempat setahun usianya sebelum majalah yang diterbitkan ketika gema reformasi memuncak itu diharamkan Kementerian Dalam Negeri), beralih menghiasi lembaran akhir akhbar Siasah.  Kini menumpang di Harakah. Harapnya ia kekal lebih lama, dan konsisten.

Agak ramai kenalan merungut tentang 'kemalasan' saya menghidupkan kolum tersebut.  Apabila sesekali keluar Kuala Lumpur, bertemu secara tidak sengaja pembaca Harakah, mereka kerap mengingatkan tentang Catatan Hujung.

Sering kali saya berdaleh dengan kekangan kesihatan. "Tak perlu tulis yang berat-berat. Apa saja saudara tulis, okey, terutama yang menyentuh jiwa," jawab pantas seorang yang mengaku 'peminat' ketika saya singgah minum di Dungun, empat bulan lalu. (Saya pun kurang mengerti apa maksud 'menyentuh jiwa' itu namun yang pasti ia membuatkan saya lebih terasa sukar untuk memulakannya).

Rasanya sejak menjalani operasi angioplasti, ekoran tiga salur darah jatung tersumbat, bermula Disember 2009, kolum ini tidak diisi. Sebenarnya ia satu kegagalan besar. Bagi seorang kolumnis, apa pun hambatan menerpa, kolum mesti disiapkan, dengan apa jua cara.

Pengalaman kolumnis besar, seperti Subky Abdul Latiff, cukup sukar untuk saya teladani. Bagi Pak Subky, tiada alasan untuk mengetepikan deadline. Ketika beliau keluar negara, hatta semasa mengerjakan fardu haji (dan teknologi ICT belum cukup canggih lagi waktu itu), kolumnya untuk dua bulan disiapkan terlebih dahulu.

Saya menjadi kerdil jika mahu dibandingkan dengan pengasas Harakah itu, juga kolumnis lain, misalnya A Shukur Harun dan Dinsman.

Keperitan menanggung penyakit kronik dan meniti episod 'hidup-mati' memang misteri yang 'cukup indah'. Anda belajar mengenali diri setulusnya, menyerah sebulatnya kepada Yang Maha Pengasih, menyedari keterbatasan memaknakan kehidupan, dan mengkagumi bagaimana cantiknya ukhuwwah sesama Muslim. Mulanya memang sukar untuk menerima hakikat namun selepas 'dipelajari' (harus ada keinsafan dan kesungguhan untuk menekuninya), insya-Allah akan terbuka hijab dan lapis-lapis yang mendindingi selama ini.

Sebagai mukadimah, catatan ini terasa cacatnya jika tidak mengalungkan penghargaan buat seluruh team pembedahan saya tempoh hari, yang diketuai  Dr Mohd Zamrin Dimon, Dr Mohd Ramzisham Abdul Rahman (kedua-duanya pakar perunding bedah jantung), pakar bius Dr Joanna, Dr Hairulfaizi Haron, Dr Ishamuddin Ismail dan dua perfusionist, Yusof Hambali dan Zulkifli Zain. Juga buat para jururawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta Wad Sutera, HUKM.

Saya sama sekali tidak dapat melupakan kunjungan, doa, bantuan dan sokongan begitu ramai pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menghantar SMS pada malam pembedahan.

Begitu juga dengan majlis solat hajat yang diatur tanpa pengetahuan saya. Termasuk yang menawarkan bantuan rawatan secara percuma (termasuk Ustaz Ahmad Awang dan isteri yang hampir setiap minggu membawakan ubat homeopathy Dr Azmi Zainonabidin dari Kamunting, Perak).

Bantuan kewangan Dato' Husam Musa dan pihak Harakah (melalui perhatian serius Dato' Mustafa Ali dan Dato' Kamarudin Jaffar) cukup banyak membantu. Kenalan lama tiba-tiba menziarahi sekali gus menghulurkan bantuan yang tidak pernah terlintas. Maha Suci Allah ...

Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui

KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan di perbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bangrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi

SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula  meninggal.

Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

Kata isterinya Kak Jah Ibrahim, Ustaz Fadzil menyambut pelawaan Datuk Abu Bakar Umar dan pulang. Tetapi keadaan menyebabkan cadangan untuk bersama memimpin PAS Kedah tertangguh. Beliau tidak segera menjadi pemimpin.

Keadaan menjadikannya seorang pensyarah jurusan Islam di Universiti Teknologi Malaysia yang membawanya jauh dari Kedah.

Sebagai pensyarah universiti banyak pantang larang untuk bergiat dalam politik, apa lagilah dalam PAS yang menjadi penentang utama  UMNO. Ruang tidak mengizinkannya untuk bergiat cergas dalam PAS, tetapi ruang yang terbuka dalam dakwah ialah dalam Abim. Di sinilah bakat pimpinannya terselah.

Walau pun tidak menjadi pemimpin utama Abim tetapi beliaulah penasihat utama Anwar Ibrahim yang memimpin Abim yang kepimpinannya terserlah ke seluruh alam.

Dari Abim inilah UMNO menonjolkan bakatnya untuk menjadi pemimpin PAS dari hujung tahun 70an hingga awal tahun 2000. Bukan kerana UMNO sayang kepadanya mahu beliau menjadi parti seterunya, tetapi dera yang UMNO kenakan kepadanya menyebabkan beliau menjadi pemimpin PAS dan menjadi penentang utama politik UMNO.

Banyak pantang larang berpolitik bagi pensyarah. Larangan itu menyebabkan para pensyarah Islam yang memimpin berundur dari pimpinan kerana dikehendaki menumpukan tugas di universiti saja. Pantang larang inilah yang menghalang Ustaz Fadzil untuk bergerak cergas.

Tetapi dalam pilihan raya umum 1978, beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah dan kalah. Tindakannya itu bertentangan dengan kemahuan UMNO. Dengan pengaruh yang ada pada UMNO, UTM memecatnya.

Jika beliau diberi amaran saja, mungkin beliau akan mematuhi larangan berpolitik seperti lain-lain penyarah yang meninggalkan pimpinan PAS untuk memberi penuh masa mengajar universiti. Bukan senang bagi seseorang untuk meninggalkan   gaji besar di universiti semata-mata untuk berpolitik yang tiada janji berjaya.

Tetapi UTM memilih untuk memecatnya. Beliau yang biasa bergaji besar tiba-tiba jadi penganggur. Bagi mengisi masa menganggur inilah Ustaz Fadzil diberi sebuah bilik di Pejabat Agung PAS dan menggunakan sepenuh masanya untuk menjelajah seluruh negara berceramah di pentas PAS.

Keperluan hidup Ustaz Fadzil ditanggung oleh kawasan-kawasan PAS yang mengundangnya berceramah dan bantuan rakan-rakannya.

Ketika yang sama beliau memfailkan saman kepada UTM atas pemecatannya. Beberapa tahun kemudian beliau memenangi perbicaraannya dan disambung semula perkhidmatannya. Mahkamah memerintahkan dibayar gajinya selama tempoh penganggurannya.

Ustaz Fadzil yang sudah sekian lama merasa bebas, terasa terikat  apabila terpaksa ke kampus semula. Tidak dapat berceramah lagi.

Oleh kerana beliau sudah tahu bagaimana hendak hidup tanpa gaji semasa penganggurannya dulu, maka beliau tidak takut untuk tidak bekerja semula. Beliau berhenti dari universiti untuk bergerak sepenuh masa dalam politik.

Keadaan inilah membuka jalan baginya untuk menjadi pemimpin. Bermula dengan menjadi jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik, beliau menjadi Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya menjadi Presiden dan anggota Majlis Syura Ulama.

Jika beliau tidak dipecat, saya tidak dapat membayangkan beliau akan meninggalkan tugasnya di universiti. Seperti lain-lain pensyarah masa mereka untuk terjun aktif dalam PAS ialah setelah bersara. Orang bersara adalah orang tua yang tenaga pun sudah tidak kuat. Sudah tidak banyak masa dan tenaga yang dapat diberikan kepada PAS.

Kerana Ustaz Fadzil dipecat dalam usia 40an, masih belia yang bertenaga, maka pengalaman itu mengajarnya untuk berdikari, maka beliau memanjat tangga pimpinan PAS dan terbukti beliau muncul sebagai seorang pimpinan gerakan Islam yang disegani olah kawan dan lawan.

Di  zaman pimpinannya beliau membuka semula peranan Muslimat untuk menjadi calon. Dan peranan luas yang diisi oleh Muslimat sekarang dimulai di zamannya.

Beliau mengambil masa untuk mengadakan hubungan dengan masyarakat bukan Islam. Tetapi persetujuannya untuk membentuk CCC, kumpulan komuniti Cina untuk bekerjasama dengan PAS dalam tahun 1986, membuka kerjasama PAS dengan masyarakat bukan Islam dan muafakat dengan DAP dan lain-lain badan bukan Islam secara terbuka.

Ia adalah antara peninggalan pimpinannya.

Ahli PBT: PAS Selangor lakar sejarah, ‘denda jika khianat’

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Susulan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS akhir Mei lalu, PAS Selangor mengumumkan satu lagi kelainan malam tadi.
Lazimnya, parti-parti politik hanya akan memberi keutamaan kepada ahli masing-masing dalam pelantikan jawatan politik. Bagaimanapun PAS Selangor mengambil pendekatan berbeza.
Daripada 67 kerusi ahli majlis yang diperuntukkan kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu di Selangor, PAS memilih empat ahli kalangan bukan Islam.
Daripada empat nama itu, tiga orang India dan seorang Cina.
Mereka terdiri daripada K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).
Di sebalik pelantikan bersejarah itu, bakal ahli-ahli majlis PBT ini mempunyai tugas dan tanggungjawab besar - mereka mengangkat sumpah di hadapan kepimpinan PAS bahawa akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika wujud situasi tidak lagi kekal dalam PAS.
Sebahagian besar daripada 67 wakil itu menerima watikah lantikan sebagai ahli majlis daripada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali di sini malam tadi.
Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS” melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis.
Yang pasti, ia memang satu rekod lebih-lebih lagi selepas pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, hasil dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS berusia enam tahun.
Ekroan langkah dinaik taraf, dewan itu telah menghantar wakil mereka sebagai pemerhati khas untuk berucap pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Kota Baru bulan lalu.
“Saya percaya ini kali pertama PAS berbuat demikian... kami hendak mengiktiraf peranan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong kami selama ini,” katanya.
“Memang semasa kami mengemukakan nama kepada kerajaan negeri ada yang terkejut apabila calon bukan Islam dikemukakan... tetapi ini cara kami mengiktiraf peranan mereka dalam PAS,” katanya.
Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.
Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.
Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.
Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.
Di bawah bai’ah mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.
PAS lazimnya mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya.
Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.
“Bayar balik elaun atau pendapatan ini hanya melibatkan mereka bukan Islam kerana ahli beragama Islam pendapatan mereka terima dianggap haram di bawah bai’ah... mereka mengambil taat setia bai’ah,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya apakah pelantikan ini petanda PAS Selangor akan memberikan kerusi untuk bukan Islam dari Dewan Perhimpunan Penyokong PAS bertanding di negeri itu, Hasan berkata, kemungkinan itu boleh dipertimbangkan.
“Selagi saya menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor saya akan memberikan pertimbangan jika ada calon yang sesuai dan kerusi yang sesuai.
“Lagipun perkara ini sudah diputuskan ketika muktamar bulan lalu,” katanya.

ANTARA HALAL DAN HARAM..!!! ADAKAH KERANA KUASA DAN WANG RINGGIT .??

PENGERUSI Panel Syariah ESQ Leadership Centre Sdn. Bhd., Datuk Mustafa Abdul Rahman menunjukkan Buku ESQ Bahagian 1 ketika sidang media berhubung fatwa pengharaman Program ESQ oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di Hotel Seri Pacific, 9 Julai. - Utusan/MOHD. HATIM MAZLAN

ESQ Leadership Center Sdn Bhd Akan Meneruskan Program Itu Selagi Tiada Fatwa Rasmi Dikeluarkan Oleh Majlis Fatwa Kebangsaan

Isu pengharaman ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) oleh Mufti Wilayah Persekutuan : UMNO cantas UMNO 

 

Pembelian kapal selam: Bala dipanggil Polis Perancis sebagai saksi utama....

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.
Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon.  Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.
Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis.  Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.
Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu.  Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.
Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis.  Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.
Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan.  Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika.
Siasatan bermula Mac 2009
Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009.  Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.
Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.
Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar.  Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.
Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.
Kes ini disiasat kerana beberapa perkara.  Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani.  Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam.  Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).
Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan.  Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.
Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.

Konsensus Bebas nafi terlibat dalam program UMNO Selangor

Konsensus Bebas merujuk kepada laporan akhbar internet The Malaysian Insider bertarikh 8 Julai 2010 bertajuk "Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow" dan akhbar cetak The Star bertarikh 9 Julai 2010, berhubung dakwaan UMNO Selangor bahawa Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin, ahli Parlimen Konsensus Bebas akan menyertai "roadshow" anjuran UMNO Selangor.
Laporan tersebut memetik Ketua Penerangan UMNO Selangor sebagai berkata bahawa dua anggota Konsensus Bebas akan menyertai program jelajah UMNO Selangor untuk mendedahkan "sandiwara" Pakatan Rakyat.  Laporan tersebut juga menggambarkan seolah-olah Ahli Parlimen Konsensus Bebas adalah pro-BN.
Bagi mengelakkan spekulasi, fitnah dan kekeruhan politik, Konsensus Bebas ingin membuat pembetulan mengenai laporan tersebut.
Konsensus Bebas menafikan sama sekali penglibatan ahli-ahli Parlimen Konsensus Bebas dalam program jelajah yang dianjurkan oleh UMNO Selangor.
Konsensus Bebas adalah satu wadah politik bebas yang dianggotai oleh lima ahli Parlimen bebas untuk membentuk satu blok suara parlimen yang efektif, relevan, bebas serta pro-rakyat.  Konsensus Bebas tidak akan menyebelahi mana-mana pihak, baik parti kerajaan mahupun parti pembangkang.
Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasaskan kepada aspirasi rakyat dan negara.  Jika dirujuk kepada perbahasan atau pendirian-pendirian kami di Parlimen, adalah sangat jelas bahawa Ahli-Ahli Parlimen Konsensus Bebas bukan hanya mengkritik pembangkang malahan juga mengkritik dasar-dasar kerajaan yang salah dan tidak menguntungkan rakyat.
Oleh yang demikian, Konsensus Bebas meminta semua pihak untuk memberi peluang kepada Ahli Parlimen Konsensus Bebas untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.
Terima kasih.
*Kenyataan media pada 9 Julai 2010, oleh Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

PAS Mahu Anjur Himpunan Ke-2 Bersih



PETALING JAYA: PAS akan mengadakan himpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) secara besar-besarnya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan cadangan supaya suruhanjaya itu mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara telus dan adil.
Timbalan Pemuda PAS, Ahmad Shapawi Rani berkata sekiranya SPR masih berdegil, PAS akan mengerahkan jentera mereka daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang dengan ahli seramai 1 juta orang sebaik sahaja kerajaan membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU13 berlangsung.
“Kami mahu SPR mengkaji semula serta menerima cadangan yang dikemukakan dalam memorandum yang telah dihantar oleh Bersih kepada mereka,” katanya kepada mStar Online di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin di beberapa blog yang mendakwa Bersih akan mengadakan demonstrasi dalam tempoh terdekat.
Pertubahan bukan kerajaan itu telah beberapa kali menghantar memorandum mendesak suruhanjaya berkenaan menghapuskan undi pos, sistem pendaftaran automatik serta penggunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem sedia ada.
Mengulas lanjut, Shapawi yang juga Setiausaha Kerja Bersih berkata pihaknya amat berharap agar SPR mengambil serius cadangan yang telah dikemukakan oleh Bersih demi menjamin sistem pilihan raya yang lebih telus dan adil kepada rakyat di negara ini.
“Seperti yang kita tahu pengunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem mengundi secara manual sangat berkesan kerana ia dapat menjamin satu proses pilihan raya yang lebih telus dan adil.
“Proses seperti ini adalah untuk kebaikan bersama tidak kira sama ada mana-mana parti politik mahupun rakyat secara keseluruhannya,” ujarnya.

Umno-BN Bimbang CheGuBard Sebar Kisah Sebenar Altantuya Ke Luar Negara

Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 10 Julai - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan penahanannya oleh pihak polis semalam mempunyai motif yang lebih besar dan bukan sekadar dakwaan berkaitan aktikel yang di tulis di dalam blog beliau.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Badrul Hisham aka CheGuBard memberitahu dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis soal siasat hanya tertumpu kepada aktiviti semasa lawatan beliau ke Jakarta dan bukannya isu surat terbuka kepada Yang DiPertuan Agong atau kenyataan berkenaan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Sebaik sampai dari Jakarta saya terus sahaja ke Pejabat KEADILAN Negeri Sembilan untuk mempengerusikan mesyuarat Cabang Rembau. Apabila saya sampai di sana pihak polis seramai 15 orang telah mengepung pejabat tersebut dan mereka  menyerahkan waran tangkap kepada saya.
"Saya di bawa ke Balai Polis Daerah (IPD) Seremban dan di sana pihak polis mengatakan saya ditahan di bawah Akta Hasutan seksyen 41 serta ada laporan dibuat oleh Pemuda Umno yang mengatakan penulisan saya di dalam blog mempunyai unsur hasutan. Apabila saya ingin melihat laporan tuduhan tersebut saya telah dinafikan hak.
"Polis mengatakan laporan tersebut dibuat terhadap surat terbuka saya kepada Yang DiPertuan Agong sempena hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang lalu dikatakan ada unsur hasutan dan menghina institusi raja. Keterangan saya cukup jelas surat terbuka saya itu hanya dengan niat untuk meningkatkan martabat Raja-Raja Melayu tidak ada langsung unsur hasutan.
"Apa yang dihairankan kalau laporan itu hanya tertumpu kepada laporan tersebut kenapa saya tidak dipanggil lebih awal lagi kerana laporan itu telah dibuat sebulan lebih selain itu juga soalan pihak polis lebih kepada lawatan saya ke Jakarta. Mereka ingin mengetahui apa tujuan saya ke sana adakah isu Altantuya menjadi agenda utama saya ke sana.
"Pihak polis juga menyoal saya tentang hubungan jaringan antarabangsa saya dengan negara luar yang lain adakah agendanya sama seperti apa yang saya lakukan di Jakarta," kata CheGuBard.
Tambahnya lagi selepas di soal siasat beliau di bawa ke rumahnya di Bukit Chedang, Seremban untuk digeledah bagi mencari bahan bukti kerana pihak polis telah mempunyai waran mengeledah rumahnya.
"Saya di bawa ke rumah setelah pihak polis menunjukkan waran geledah, semasa di sana mereka mencari buku nota dan juga komputer riba yang selalu saya gunakan. Mereka tetap bertanya di mana saya letak komputer riba tersebut walaupun berkali-kali memberitau saya tidak mempunyai komputer riba dan segala kerja saya hanya mengguna komputer di Pejabat KEADILAN dan juga 'cyber cafe' sahaja. Walaupun mereka tidak menjumpai apa-apa bukti pihak polis tetap merakam gambar tempat ruang kerja saya," jelas beliau lagi.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan kali kedua diambil.CheGuBard juga tidak menolak kemungkinan pihak polis akan menyerbu pejabat KEADILAN Negeri Sembilan Isnin nanti kerana kenyataannya yang mengatakan beliau menggunakan komputer pejabat untuk urusan kerjanya.
Beliau memberitahu kebanyakan organisasi negara luar mahupun media antarabangsa tidak mengetahui cerita sebenar yang menimpa Altantuya malah anggapan mereka kes tersebut sudah selesai.
"Disebabkan oleh putar belit media Umno menyebabkan kebanyakan organisasi dan media negara luar tidak tahu cerita sebenar yang telah menimpa Altantuya. Apabila saya menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku serta pengedaran buku dan juga VCD barulah mereka tahu kenapa Altantuya di bunuh dan siapa dalang sebenarnya.
"Buku dan VCD sudah berada ditangan organinasi dan media disana, sekarang mereka membuat penilaian sebenar disebalik pembunuhan Altantuya. Saya pasti masyarakat luar juga menilai kenapa media negara ini perlu memutar belit berita yang sebenar," kata CheGuBard.

Raja Petra Yang Saya Kenali...

1. Saya mula mengetahui ada seorang hamba Allah yang bernama Raja Petra lebih kurang 12 tahun dahulu. Ketika itu saya berkhidmat disebuah firma guaman di Kuala Terengganu.

2. Saya mula mengenali beliau apabila firma guaman di mana saya berkhidmat mewakili sebuah bank dalam urusan litigasi dengan syarikat pembinaan milik RPK kalau tak silap saya bernama Petra Bina. Tetapi saya belum berjumpa secara berdepan dengan beliau.

3. Kemudian diera permulaan reformasi beliau telah menjadi kolumnis Harakah. Semasa itu media utama pembangkang adalah surat khabar. Harakah telah dijadikan platform untuk gagasan reformasi.

4. Saya juga kolumnis Harakah diera reformasi kerana ketika itu saya baru menjadi graduan. Saya tidak mengkritik secara jelas polisi kerajaan di dalam Harakah tetapi secara sinis. Mungkin sebab ini saya tidak disumbat di dalam ISA.

5. RPK dan kawan saya bernama "Shabrimi" telah masuk ISA mungkin gara-gara mereka menulis secara berdepan tentang polisi kuku besi pemerintahan rejim Dr Mahathir di ketika itu.

6. Kemudian saya telah pergi ke sebuah majlis hari raya di Taman Melewar. Zulkifli Sulong telah memperkenalkan kepada saya seorang kerabat di Raja. Beliau ialah Raja Petra. Saya lihat seorang yang smart dan berjamban. "Beginilah cara rakyat bawahan makan" kata Zulkifli Sulong. Beliau pernah menawarkan saya satu kolum khas untuk saya dalam Harakah menulis berkenaan undang-undang.

7. Selepas itu saya memerhatikan Raja Petra telah berjuang di arena ruang siber. Sehinggalah beliau membangunkan laman web "Malaysia Today". Nama beliau semakin gah. Manakala saya pula menjadi peguam litigasi. Naik dan turun.

8. Saya pernah terbaca satu artikel dalam Malaysia Today yang mengkritik secara jelas "master" saya di firma guaman Kuala Terengganu. Beliau menyifatkan "ex-master" saya seperti ADUN UMNO di Klang yang sombong. Kalau tidak silap nama beliau "Zakaria".

9. Sekarang saya dapat tahu beliau ke luar negara gara-gara kes dakwaan jenayah terhadap tulisan beliau tentang Altantunya.

10. Saya masih lagi membaca tulisan beliau. Walaupun saya bukan wartawan professional tapi saya tahu batas penulisan. Ada perkara yang saya tahu lebih baik dari beliau, maka apabila beliau tulis tentang perkara itu saya dapat rasakan "something doesn't hold water here".

11. Apapun panji Malaysia Today terus dikibar oleh RPK. Tak mustahil satu hari nanti pemerintahan BN akan tumbang gara-gara serangan sebuah peluru berpandu bernama "Malaysia Today".

PI: Britain tak sama dengan Malaysia

Umno telah mula siar gambar saya. Lazimnya mereka takkan memberi  apa-apa laporan tentang diri  saya, apatah lagi nak masuk gambar.

Bila mereka berbuat demikian ertinya; sudah sampai masa  saya akan di pukul dan dibelasah. Kerja akhbar Gestapo.

Lagi besar gambar itu maknanya lagi teruk mereka akan belasah saya, secara besar-besaran. Hari ini ada gambar saya dengan Raja Petra dan mereka membuat kesimpulan bahawa kerana hubungan ini maka PKR-lah atau parti Keadilanlah yang sponsor atau bantu Raja Petra dari segi Kewangan.

Menteri Nazri kata dia ada bukti PKR beri wang kepada Raja Petra. Mengapa Utusan tak tunjuk bukti itu? Kita pun nak tahu kerana setahu saya parti saya ini tak ada duit, kais pagi makan pagi.

Tak usah nak guna andaian untuk membuktikan sesuatu yang memang sudah ada bukti jelas dan kukuh. Lainlah kalau mereka tak ada bukti, lalu perlulah mereka membuat tohmahan dan dakwaan palsu.

Saya baru bertemu dan makan ais kacang dengan Petra dan Bala. Saya tanya mereka mengapa tidak mahu balik ke Malaysia. Mengapa mereka berada di luar negara.

UMNO telah menuduh mereka buat kesalahan dan lari kerana takut kepada tindakan Mahkamah. Mereka menjawab serentak. Mereka akan balik ka Malaysia kalau mereka tidak akan kena ISA. Siapa boleh beri jaminan? Mereka takut mereka kena tahan dan diseksa sampai mati.

Mereka takut kena bom C4. Mereka adalah dua insan kerdil yang takut kepada kerajaan yang ada sekarang. Saya amat faham ketakutan mereka. Saya sendiri berasa takut, entah apa pula yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa.
Tetapi apa yang rakyat mesti ingat ialah: kedua-duanya, Petra dan Bala, tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan. Polis tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk membawa mereka pulang. Jadi, jelas bagi saya mereka tidak bersalah.

Jadi mengapa Utusan  cuba mengelirukan Rakyat dan menimbulkan persoalan yang tidak relevan, mengenai hubungan saya dan mereka. Yang relevan dan perlu dipersoalkan ialah kenyataan mereka bahawa kes Altantuya itu ada kaitan dengan orang lain yang Maha Berkuasa dan perlu disiasat.

Jadi usahlah kita kata Petra itu tidak boleh dipercayai, atau boleh percaya tetapi 40% sahaja. Sanggupkah Kerajaan mengadakan Siasatan Terbuka  untuk menentukan betul atau salah Petra dan Bala ini?

Dan sanggupkah Kerajaan memberi jaminan keselamatan ke atas mereka supaya mereka dapat pulang? Inilah yang sepatutnya menjadi persoalan dan perbincangan. Bukan mengapa saya jumpa Petra dan mengapa saya makan ais kacang  dengan beliau.

Lagipun PM Najib kena ingat, pilihan raya akan datang akan berkisar kepada soalan mengenai watak dan sifat pemimpin yang macam mana yang rakyat perlukan. Cara PM Najib cuba menutup Bala dan Petra tidak akan menguntungkan dia. Rakyat mahu pembangunan, itu betul.

Rakyat mahu kemudahan asas, betul. Tetapi Rakyat juga mahu pemimpin yang tidak terlibat dengan kekejaman, yang tidak memperlihatkan ciri menyalahgunakan kuasa, dan yang tidak mentadbir negara ala gestapo. Rakyat mahu Kerajaan dan pemimpin yang telus dan sederhana, dan yang tidak menakutkan mereka. Menteri Hishamuddin, cukuplah bermain wayang.

Janganlah pula hendak menyalahkan Kerajaan Britain mengatakan ia tidak mahu bekerjasama. Di England ni, tangkapan hanya boleh dibuat kalau orang itu buat salah, bukan macam Malaysia.

Kalau Britain tidak mahu extradite seperti yang Menteri kata, itu ertinya Raja Petra tidak melakukan apa-apa kesalahan. Janganlah pula kata Britain tidak memberi kerjasama.
Zaid Ibrahim

Samy ajak parti-parti politik India bersatu hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Sementara mengakui beberapa keputusan yang diambilnya mungkin tidak dapat diterima baik sesetengah pihak, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau hanya melakukan “apa yang betul” untuk masyarakat dan parti.
“Terdapat banyak keadaan di mana keputusan-keputusan saya tidak disukai, tetapi saya percaya sebagai seorang pemimpin, saya telah melakukan apa yang betul untuk  rakyat.
“Saya perlu melakukan perkara yang betul, dan pada masa sama, mendapatkan apa yang betul bagi rakyat,” katanya kepada 3,000 perwakilan dan pemerhati MIC pada majlis perasmian perhimpunan agung MIC ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Samy Vellu, yang akan bersara pada atau sebelum 30 Sept tahun depan selepas hampir 32 tahun memimpin parti, berkata era kepimpinannya adalah “suatu yang sukar, penuh ujian dan mencabar”.
“Terdapat perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat dan kesukaran dalam sektor pendidikan, economi, pekerjaan dan agama sentiasa dikemukakan kepada kami dalam kepimpinan MIC,” kata beliau.
Pemimpin utama MIC itu turut membidas individu-individu tertentu kerana memecahbelahkan masyarakat India sehingga membawa kepada pembentukan beberapa parti-parti politik kecil kaum itu.
“Banyak daripada kita sebenarnya bersalah kerana memecahbelahkan kaum India kepada pelbagai kumpulan kecil, tidak penting dan berpecah-pecah yang mendakwa melakukan perjuangan sempit mereka.”
Beliau berkata pada satu keadaan, terdapat pertubuhan bukan kerajaan yang kelihatan memperjuangkan isu-isu pendidikan dan pada masa yang lain, terdapat kumpulan kaum India yang mendakwa mewakili rakyat yang kurang bernasib baik.
Ada juga kumpulan-kumpulan yang dibentuk semata-mata untuk mendapat sokongan politik tetapi gagal mengekalkan kehadiran mereka kerana mereka tidak mempunyai hala tuju yang jelas bagi kaum India, kata beliau.
“Sebagaimana ramai daripada kita suka menafikan kebenaran, pada hakikatnya bahawa di sebalik semua cabaran-cabaran yang dihadapi, MIC terus kekal kukuh, relevan, bersemangat dan merupakan satu-satunya suara masyarakat India,” kata beliau. – Bernama

Parti baru PERSB letak calon bebas jika kelulusan RoS lewat

KUCHING, 10 Julai – Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), sebuah parti politik baru, dijangka membariskan calon bebas jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pendaftarannya sebelum pilihan raya kecil negeri itu.
Ketua Penaja PERSB Zon Utara, Michael Jok, hari ini berkata parti itu akan bertanding di kesemua 31 kerusi negeri pada pilihan raya negeri yang dijadual sebelum Julai tahun depan.
Selain itu, katanya, parti itu juga akan bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 akan datang tanpa sebarang gabungan dengan mana-mana parti dari Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang.
“Bergantung kepada keputusan ROS ekoran permohonan kami pada 20 April lepas, kita akan bertanding sebagai calon PERSB atau calon bebas bersatu,” kata Jok, seorang peguam, yang bertindak sebagai jurucakap PERSB selepas mesyuarat penaja di sini.
Bekas Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bahagian Dalat, Salleh Mahdi, merupakan presiden penaja PERSB yang berpangkalan di Lawas.
Parti itu mendakwa mempunyai sokongan 200,000 petani tanaman jatropha dari 600 buah rumah panjang di negeri itu.
Jok berkata mereka yang terbabit dalam penubuhan parti baru itu secara langsung terlibat dalam projek pembangunan ekonomi rakyat Sarawak menerusi syarikat PERS Development Corporation Sdn Bhd.
Syarikat itu mengusahakan ladang jatropha di kawasan pedalaman hampir tiga tahun lalu. – Bernama

Shafie: Tak hairan jika Anwar biayai temubual CNN..ha.ha..ha..sebab UMNO bayar APCO ..ha.ha.ingat orang serupa lu ka...!!!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Beliau berkata, bagi mereka yang mengenali Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, akan tahu ia sesuatu yang tidak mustahil dan boleh dibuat Anwar.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Besut di Besut, hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas dakwaan Presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, bahawa Anwar telah menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN, bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Trevino yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger berkata, perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi.

Dalam rancangan temubual Connector of the Day terbitan CNN minggu lalu itu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara.

Anwar juga mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh Umno mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi "menjernihkan" hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang itu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan bahawa beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu Apco Worldwide.

Sementara itu, di Shah Alam, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah menangkis dan menjawab segala fitnah dan berita palsu dilemparkan parti pembangkang terhadap pucuk pimpinan negara dan institusi kerajaan.

"Langkah ini perlu berikutan kekeliruan dan pembohongan yang ditimbulkan pembangkang melalui media terhadap institusi kerajaan seperti Felda yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

"Kita perlu melihat perkara ini secara serius dan memaklumkan kepada orang ramai terhadap pembohongan itu agar mereka tidak mudah terpengaruh," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Shah Alam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, fitnah kini semakin berleluasa membabitkan pemimpin pembangkang seperti menuduh kerajaan menyokong Yahudi, Felda bankrap dan sebagainya.

Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang membuat fitnah itu sebagai strategi politik terdesak untuk melemahkan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

- Bernama

Misteri Lubuk Yu, Benarkah Enam Penyelamat Mati Kerana Jangkitan Leptospirosis !

MARAN 10 Julai - Enam penduduk kampung yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu (foto), dekat sini dilapor meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu. Kesemua mereka yang terbabit dalam operasi bermula 26 Jun hingga 30 Jun itu meninggal dunia akibat jangkitan bakteria leptospirosis (air kencing tikus) dan melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masing-masing satu kematian dilapor pada 3 Julai, 6 Julai, 7 Julai dan 8 Julai manakala dua kematian pada 9 Julai. "Mereka mula sakit selepas seminggu menyertai operasi itu, simptom utama adalah demam, batuk, sakit-sakit otot, cirit-birit. Empat orang meninggal di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh dan dua lagi di rumah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai kejadian itu hari ini.

[Pendedahan oleh Menteri Kesihatan ini sebenarnya tidak langsung memberi kesan kepada penduduk setempat. Malahan mereka lebih percaya bahawa kesemua mereka telah terkena gangguan makhluk halus (orang bunian). Lubuk Yu memang terkenal dengan kawasan rekreasi yang cukup menarik di daerah ini, namun kini lokasi itu semakin tercemar akibat perbuatan maksiat dikalangan remaja yang menjadikan lokasi itu sebagai "pot" mereka. Maka, akhirnya ia menimbulkan kemarahan mahklus halus yang mendiami kawasan itu. Apapun, solat hajat dan segala usaha sedang dilakukan bagi memulihkan keadaan. Adalah dikhuatiri ramai lagi yang akan menjadi mangsa jika perkara ini tidak dapat diatasi segera. Kenyataan menteri berkenaan hanyalah berasaskan ilmu sains dan perubatan semata-mata].
PDO.

Isu Negara Islam, ciptaan Umno Untuk Gugat Pakatan Rakyat

KUALA TERENGGANU - Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu Negara Islam yang didendangkan media arus perdana kini, sengaja ditimbulkan oleh 'musuh' bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

Isu lapuk itu katanya dibangkitkan sejak 20 tahun lalu, diputar setiap enam bulan sekali dan menjadi senjata terakhir Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kebatilannya.

Namun begitu, kata Anwar yang juga Ketuan Umum PKR, isu tersebut kini langsung tidak menjejaskan Pakatan Rakyat, jelas dibuktikan dalam beberapa siri pilihan raya kecil dari Kuala Terengganu hingga ke Sibu, Sarawak.

“Isu (Negara Islam) ini sudah 20 tahun dibangkit dan 10 tahun dulu sewaktu saya di penjara pun telah dibangkitkan dan sekarang ini pun dibangkitkan lagi.

“Tapi, saya tengok dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu hingga ke pilihan raya kecil di Sibu tidak menjejaskan (Pakatan Rakyat).

“Ini percubaan ‘akhir’ Umno dan Barisan Nasional hendak cuba melemahkan Pakatan Rakyat. Itu sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Seharum dan Pilihanraya Parti KeADILan Rakyat Peringkat Negeri Terenggaunu di Dewan Hotel Kenangan, dekat sini, 9 Julai lalu.

Katanya, isu rekaan Umno seperti Negara Islam merupakan isu ‘berkala’ atau ‘drama’ bersiri yang sering kali diulang-ulang hampir enam bulan sekali.

“Masalah (isu) ini rekaan Umno untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat tetapi dia (Umno-BN) telah cuba dan hampir setiap enam bulan sekali dibangkitkan isu ini. Isu ‘berkala’, ‘drama’ banyak siri,” ujarnya.

Selain itu, beliau mendakwa sambutan rakyat terhadap parti-parti kompunan Pakatan Rakyat seperti PAS, DAP dan PKR jauh lebih baik dari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Katanya, antara negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan dan Melaka kini mempunyai jumlah keanggotaan, jentera, kegiatan serta program yang cukup baik.

“Parti KeADILan (PKR), PAS dan DAP sekarang ini jauh lebih kuat di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka berbanding sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, tahun 2008.

“Dari segi keanggotaan, dari segi jentera, dari segi kegiatan dan program. Apakah ia cukup memuaskan, itu kita (parti) boleh buat penilaian. Apa yang nyata jauh lebih hebat dari sebelumnya,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai saman Menteri terhadap Parti KeADILan Rakyat mengenai isu ‘Felda Bangkrap’, Dato’ Seri Anwar menyifatkan suatu perkembangan positif bagi rakyat.

Katanya, isu orang Melayu yang menjadi peneroka di Felda kini mula ‘terdedah’ dan ‘diketengahkan’ untuk diketahui umum.

“Pada saya (Isu Felda) bagus, bagi saya ini suatu perkembangan yang positif kerana isu Felda sekarang ‘terdedah’ dan ‘ketengah’. Orang (rakyat) akan mula tertanya-tanya, kenapa isu ini berbangkit.

“Kita (Pakatan Rakyat) ada jasa kita untuk membela nasib orang Melayu terutamanya dan peneroka Felda yang terpinggir.

“Apa janji Tun Razak. Kata dia (Razak) tidak sekali-kali kita (kerajaan) akan ambil tanah peneroka. Itu janji dia (Razak) di Parlimen dan kita (pembangkang) ulang kenyataan dia (Razak). Apa yang berlaku sekarang banyak tanah tergadai,” tegasnya.

BN Perlu Pendekatan Baru Hadapi Perubahan Landskap Politik - Dr Zambry

LUMUT, 10 Julai (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan pendekatan baru ke arah mendapatkan semula sokongan rakyat, sekali gus memastikan gagasan itu terus relevan untuk menerajui pemerintahan negara, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata semua anggota, terutamanya pemimpin BN perlu belajar dan memahami semula landskap politik negara yang kini telah berubah sama sekali.

"Landskap politik negara kini telah berubah dan tidak serupa lagi dengan keadaan di masa yang lalu. Justeru, saya menggesa semua ahli dan pimpinan parti BN supaya dapat mengkaji dan memahami landskap politik pada masa kini kerana segalanya telah berubah dan perlukan pendekatan baru dengan menukar metodologi lama yang telah ketinggalan," kata Zambry yang juga Pengerusi BN Perak.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini pada Sabtu, beliau berkata BN juga perlu melakukan transformasi dengan memperluaskan gandingan muka baru dan lama bagi memberi keyakinan kepada rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan sebelum ini akan membuka ruang kepada rakyat untuk sama-sama menilai sama ada wakil rakyat menjalankan peranan dan tugas yang ditetapkan, katanya.

"Berapa kali mereka (wakil rakyat) turun padang... berjumpa dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing semuanya direkodkan," katanya.

Menteri Besar berkata melalui KPI juga, pucuk pimpinan dapat menyelami perasaan rakyat terhadap wakil-wakil rakyat.

-- BERNAMA

25SX - Gambar apa nih? Memualkan sungguh.! Satu peringatan..!!









Terkejut dengan foto-foto di atas? Jelas mereka kanak-kanak bawah umur. Ada ulama tua (kerana sekarang kalimat ulama muda amat masyhur jadi mesti ada juga penekanan kepada perkataan ulama tua) yang membantah pendidikan seks. Katanya macam ajar pencuri mencuri. Kelmarin kita membaca tentang pelacur sekolah di Melaka (lihat sini, atau sini, dan di sini).

Agak-agaknya dunia jadi begini kerana memang kita meninggalkan itrah Nabi. Rasulullah SAW bersabda,

من حق الولد على والده أن يحسن اسمه إذا ولد وأن يعلمه الكتابة إذا كبر , وأن يعفّ فرجه إذا أدرك


Ertinya: Hal-hal berikut ini adalah termasuk hak yang dimiliki seorang anak atas ayahnya, iaitu bahawa ayahnya memberinya nama yang bagus ketika lahir, mengajarkan kepadanya baca tulis ketika beranjak dewasa, serta menyucikan kehormatannya dari perilaku asusila ketika sudah mengenal (dalam hal ini yang dimaksudkan adalah masalah seksual).

Jadi, pendidikan seks memang diajar. Oleh ibu-bapa tentunya. Dan dalam dunia yang ibu-bapa keluar rumah pukul 5.30 pagi dan tiba di rumah kembali setelah menjemput anak-anak pada pukul 8 atau 9 malam, siapa yang akan mengambil peranan tersebut?


Rasulullah SAW bersabda lagi:

والذي نفسي بيده لو أنّ رجلا غشي أمرأته , وفي البيت صبي مستيقظ يراهما ويسمع كلامهما ونفسهما ما أفلح أبدا , ان كان غلاما كان زانيا , أو جارية كانت زانية


Ertinya: Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika seseorang menggauli isterinya sementara di rumahnya ada seorang anak yang terjaga, kemudian si anak melihat serta mendengar kata-kata dan tarikan nafas mereka berdua, si anak tidak akan bahagia seumur hidup! Anak itu, baik laki-laki mahupun perempuan, pasti akan menjadi penzina.

Hari ini, kerana faktor ekonomi, masyarakat kita menghuni dalam sebuah rumah yang kecil padat dan berkongsi bersama adik beradik yang ramai. Rumah murah yang diusahakan kerajaan untuk rakyat termiskin misalnya ada berapa bilik? Kita tidak dapat menolak bahawa rumah jenis merpati ini adalah salah satu faktor kebejatan sosial dalam kalangan generasi baharu.

Bilik yang hanya dua itu memang tidak memadai untuk anak-anak. Bayangkan apabila anak-anak lelaki dan perempuan tidur bergelimpangan di ruang tamu. Sedangkan langkah berikutnya yang harus dilakukan apabila anak-anak meningkat dewasa ialah dengan memisahkan tempat tidur anak-anak. Saidina Ali berkata,

... وفرّقوا بينهم في المضاجع إذا كانوا ابناء عشر سنين


Ertinya: Kalau anak-anakmu itu sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkanlah tempat tidur mereka.

Itu juga pendidikan yang ditekankan oleh Imam Baqir (anak kepada cicit Rasulullah SAW) yang berkata,

يفرّق بين الغلمان والنساء في المضاجع إذا بلغوا عشر سنين


Ertinya: Seandainya anak-anak sudah berusia sepuluh tahun, tempat tidur anak laki-laki harus dipisahkan dari tempat tidur anak perempuan.

Rasulullah SAW sendiri juga bersabda,

الصبي والصبي , والصبي والصبية , والصبية والصبية يفرّق بينهم في المضاجع لعشر سنين


Ertinya: Ketika sudah mencapai usia sepuluh tahun, pisahkan tempat tidur anak-anak, baik antara anak laki-laki, laki-laki dan perempuan, ataupun antara anak-anak perempuan.

Dalam sebuah riwayat ahlul bait ada disebutkan bahawa Imam Jaafar Sadiq (anakanda kepada Imam Baqir) melarang laki-laki untuk mendekati seorang anak perempuan yang telah berusia enam tahun, bila ia bukan muhrimnya. Beliau malah berkata,

إذا أتى عليها ست سنين فلا تضعها على حجرك


Ertinya: Jika anak perempuan sudah mencapai usia enam tahun, jangan biarkan ia di dalam kamarmu.

Beliau juga melarang untuk menciumnya. Beliau berkata,

إذا بلغت الجارية الحرّة ست سنين فلا ينبغي لك أن تقبلها


Ertinya: Jika ada seorang anak perempuan yang telah mencapai usia enam tahun, janganlah engkau menciuminya!

Tentu saja, yang dimaksudkan di sini adalah larangan ciuman daripada orang luar, bukan dari keluarga sendiri seperti ayah, ibu, bapa saudara, dan ahli keluarga yang termasuk ke dalam muhrim. Kerana itu, larangan ini juga berlaku buat anak laki-laki. Dalam hal ini Rasulullah bersabda,

... والغلام لا يقبّل المرأة إذا جاز سبع سنين


Ertinya: Jika seorang anak laki-laki telah berusia tujuh tahun, jangan biarkan ia mencium perempuan.

Jika perilaku asusila ini terjadi, orang tua wajar menjatuhkan hukuman yang dapat membuatkan si anak 'jera' dan tidak mengulanginya. Imam Sadiq pernah ditanya tentang hukuman apa yang harus diberikan kepada seorang anak kecil berusia sepuluh tahun yang berzina dengan seorang perempuan, beliau menjawab,

يجلد الغلام دون الحدّ


Ertinya: Anak itu harus dicambuk dibawah had (tidak sampai batas hukuman sebagaimana bagi orang dewasa)

Pendidikan seks memang perlu dan usah diabaikan. Yang perlu ialah penggubalan korikulum dan silibus yang selaras dengan agama (dalam hal ini saya menyarankan supaya diturut jalan yang disediakan oleh keluarga Rasulullah saw dan keturunannya). Untuk anak-anak bukan Islam, korikulum dan silibus yang selaras dengan agama dan adat budaya masing-masing juga perlu diambil kira.

Jangan menanti-nanti lagi.

Kita tidak tahu apa yang anak-anak lakukan di sebalik dinding seperti yang terpapar di atas!

 by Faisal Tehrani

Perkasa has right to express views, says DPM

By Simon Khoo, The Star

ABUJA: The views of Malay rights group Perkasa do not represent the position of the Government, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.
Muhyiddin said it was the right of a non-governmental organisation like Perkasa to express its views on certain issues to protect its interests.
“The same principle applies to other political parties which also have the right to make known its views. I don’t think the Govern­ment can direct either party to comply or toe the line.
“This is what democracy is all about but it should not reach a stage which could jeopardise peace and security,” he told Malaysian journalists at the end of the D8 (group of eight Islamic developing countries) Summit here on Thursday.
Muhyiddin was asked to comment on MCA and Perkasa members lodging police reports against each other.
Muhyiddin said the people must accept the fact that there would be differing views.
On the calls by several quarters to review the criteria for Public Services Department (PSD) scholarships, Muhyiddin said the formula adopted in awarding the scholarships was “fair to all” and was the decision of the Cabinet.
“We have given a detailed explanation and a decision was made based on the financial position of the Government,” he said, adding that the criteria would not be reviewed.