Jumaat, 9 Julai 2010

Harakah issue proof government ‘allergic to criticisms’, claim analysts



KUALA LUMPUR, July 9 — Political analysts claimed today that the Home Ministry’s latest decision in not renewing Harakah’s printing permit and issuing it a show-cause letter was proof that the Najib administration was “allergic to criticisms”.
But they believe that any move to stop Harakah from publishing its biweekly newspaper would only serve to damage Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s administration.
Harakah’s printing permit expired on July 7 and it was issued a show-cause letter by the ministry the very next day, July 8, while the permit of Suara Keadilan, another Pakatan Rakyat newspaper, had expired on June 30. Both have yet to be renewed by the ministry.
While both PAS and PKR have said that they will carry on printing their respective party mouthpieces without a permit renewal, only PAS’s Harakah hit the streets today with PKR’s Suara Keadilan still nowhere to be seen.
“This just shows that the government is allergic to criticisms. They are trying to teach the media a lesson. Perhaps the government is trying to stop these newspapers (Harakah and Suara Keadilan) which are threatening their control, their power with their news reports,” said Dr Agus Yusoff, a political analyst from UKM.
Agus said the government of the day had the obligation to maintain press freedom and that any action against Harakah would only weaken public perception towards Najib’s administration.
“This is going to have a negative impact, definitely. I mean how are you going to attract people, the youths, when you go and stop Harakah from publishing. If the government does this, it would seem like they have no credibility.
“Action should be taken against Harakah only if there is a serious accusation. As far as I understand, the reasons for the show-cause letter are matters that can be dealt with at an administrative level,” he said.
Agus told The Malaysian Insider that the ministry should “just let Harakah continue printing its publications without pressure”.
“It’s just because of a difference in political views… ini perkara remeh (it’s a small matter). We need to practise democracy. I don’t think Harakah has done anything wrong,” he said.
Another analyst, Professor James Chin, claimed that the “timeliness” of the ministry’s move to not renew Harakah’s printing permit was a signal that snap elections were around the corner.
“By delaying the permit, it is a sure sign that a general election is around the corner.
“This is a clear case of the federal government flexing its muscles. This is a case of harassment, an oppression of the media. They do this once in a while to show unhappiness, they have done that with Suara Keadilan,” he said.
He said the ministry’s action against Harakah would force the party organ to resort to extreme measures.
“By not issuing the permit, they (the ministry) are forcing Harakah to print illegally, pushing them to a corner.
Harakah now has two alternatives. They can either go 100 per cent online, or sue the government, because it is a political party newspaper. They can take the legal route and abandon any pretense,” Chin told The Malaysian Insider.
The Monash University lecturer said he was not surprised with what happened, adding that any form of harassment was “quite normal”.
“The harassment is quite normal. Nothing has changed in the government’s treatment of the media. The media has always been suppressed, controlled through various ownership structures.
“The only difference between Dr Mahathir’s time and now is that people were afraid of Mahathir, now they are not afraid,” quipped Chin.
But UKM political analyst Dr Shamsul Adabi Mamat dismissed the possibility that the ministry’s recent actions were a prelude to snap elections.
“This is not a sign that a general election is around the corner. This is just what is being propagated by the opposition. There are clear indicators of a general election, like if it is mentioned during the Umno general assembly. Besides that, the New Economic Model (NEM) and the 10th Malaysia Plan (10MP) have still not been properly put in place yet. It’s too short a time, people won’t have enough time to judge the performance of the government as well as the opposition,” he said.
However, he believes that the ministry will eventually renew Harakah’s permit despite the delay.
He claimed that the delay had caused PAS supporters to jump to the conclusion that the ministry was setting its own “personal agenda”.
“I believe it’s actually an arrangement issue. By coincidence Suara Keadilan did not get its renewal issued, so there’s a perception of biasness. The ministry is probably just clearing up all matters before it issues the permit,” he said.
In a phone interview with The Malaysian Insider, Shamsul said if misconceptions about the ministry’s actions were to continue, it would be possible that Harakah’s permit renewal would not see the light of day.
“This can also happen if PAS fails to control the perception of its supporters. Besides, Harakah has also been rather extreme lately.
“If you see recently an article accusing Tun Dr Mahathir of being a gambling addict published recently… for Malaysians, Tun is a fine leader. It’s not right to make that kind of statements against him.
“This in turn can create more tension among non-Muslims and Muslims, and if PAS takes this approach, the government may ban Harakah,” said Shamsul.
Harakah became the second Pakatan Rakyat (PR) newspaper to be served with a show-cause letter from the ministry for allegedly violating its publication permit.
Harakah’s acting chief editor Taufek Yahya told The Malaysian Insider the management of the PAS publication received the letter dated July 7.
The letter was received just three days after he was called to meet the ministry’s acting deputy secretary-general Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi.
Taufek said he would reply to the letter within seven days.
The show-cause letter instructed the publishers of Harakah to explain why they had failed to furnish the ministry with eight copies of each edition prior to distribution.
The ministry also asked why Harakah had been allegedly sold openly and to non-party members.
During the meeting last Monday, Taufek said the ministry only raised the need to submit the eight copies and Harakah’s reports on sensitive issues such as the Felda management, Jamaah Islamiyah and the sports betting licence.
But the party organ’s managing director Datuk Kamarudin Jaffar said today that since there was no blanket ban from the ministry on stopping the newspaper’s publication pending the renewal of its permit, Harakah will still carry on printing and distributing copies.
“Harakah will carry on as usual. We are also confident that the Home Ministry will issue the permit as usual,” Kamaruddin, who is also former PAS secretary-general, told The Malaysian Insider this morning.
Harakah has a circulation of about 100,000 and is published fortnightly.
This is the second time since Election 2008 the newspaper is facing stern action from the ministry.
It was suspended early last year, but the suspension was lifted on the day Datuk Seri Najib Razak was sworn in as prime minister.

Awas Blogger-Blogger PR - FASIS UMNO-APCO-YAHUDI di KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu

Kementerian Dalam Negeri telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri adalah urusetianya.

"Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata bahawa pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu tiga hari lalu, dua ketetapan telah diambil iaitu mewujudkan satu pasukan bertindak tahap tinggi dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang turut dihadiri Nazri dan Rais, membincangkan juga pindaan undang-undang, latihan untuk pegawai penyiasat, layanan terhadap saksi dan definisi "berita palsu".

Hi
shammuddin juga berkata Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan apa yang dinamakan "Liga Balai" untuk mengukur tahap prestasi dan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat oleh setiap balai di seluruh negara.

"Balai-balai polis yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan penghargaan dan pengiktirafan manakala anggota serta pegawainya akan diberikan insentif.

"Insentif ini adalah sebagai rangsangan untuk memupuk budaya kerja cemerlang dan persaingan sihat di kalangan anggota dan pegawai," katanya.

- Bernama


Sapa bakal mangsa KDN tu?
sudah tentulah para blogger penyampai suara rakyat.wkwhkahakwkahk

AKU AKAN BERBLOG SAMPAI KE TAIPAN KEYBOARD TERAKHIR MELAWAN UMNO/BARISAN NASIONAL LAKNATULLAH YANG ZALIM


Kenyataan Rais Mengikut Pertimbangan Politik Samata-mata


Peruntukan warisan RM20 juta untuk PP dinafikan

Seorang anggota parlimen dari Pulau Pinang menganggap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa negeri itu tidak layak mendapat peruntukan kewangan sebanyak RM20 juta di bawah tabung warisan sebagai kenyataan berbaur politik.

Anggota parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, tidak mungkin Pulau Pinang tidak boleh mendapat peruntukan kewangan di bawah tabung itu kerana Unesco telah mengiktiraf bandaraya George Town sebagai bandaraya warisan dunia.

"Dr Rais mungkin mempunyai kamus tafsiran warisan yang berbeza dengan yang telah ditetapkan oleh Unesco," sindir beliau.

"Jika beginilah pemikiran menteri yang menjaga warisan, agenda warisan Malaysia akan gagal kerana tidak menepati tahap piawaian antarabangsa (Unesco)," katanya kepada Free Malaysia Today ketika diminta mengulas kenyataan Dr Rais.

Semalam, Dr Rais berkata Pulau Pinang tidak layak mendapat peruntukan di bawahtabung warisan kerana negeri itu belum melaksanakan projek warisan. Beliau juga menegaskan ia bukan keputusan politik.

Difahamkan kerajaan telah bersetuju menyalurkan peruntukan kewangan sebanyak RM30 juta kepada negeri Melaka untuk projek- projek warisan di negeri itu.

Yusmaidi berkata, Unesco memberi pengiktirafan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana melakukan kerja-kerja pemuliharaan warisan di negeri itu.

"Unesco bersama pakar-pakarnya telah datang membuat kajian di negeri itu sebelum mengisytiharkannya menjadi bandaraya warisan," terang beliau.

Sementara itu, kata pemimpin muda PKR itu, George Town dan Istanbul akan menandatangani status bandaraya warisan berkembar kerana kedua-dua bandaraya tersebut mempunyai banyak persamaan dari segi ekonomi dan kebudayaan.

Ulasan GB

Lagi-lagi kisah Rais Yatim ni. Beliau menyangka kepetahan pertuturannya mengikut adat perpatih boleh melenakan semua orang. Isk..

Beliau amat dikenali sebagai opportunis di dalam partinya sendiri, UMNO. Malah sanggup menafikan isi kandungan thesis Ph Dnya sendiri untuk menjustifikasikan tindakannya menyertai UMNO semula. Dan dia menggunakan segala kesempatan untuk menonjolkan diri di dalam UMNO, mengampu dan membodek ke tahap yang maksima bagi mempastikan kelansungan kedudukannya di dalam kabinet.

Namun satu hari beliau pasti terusir dengan kaedah paling hina...

C4 untuk Zahrain dan bom nuclear untuk Khairy


Fuullaamaakk.... giler babi punyer best!! Korang baca sini.

Kata Raja Petra... PDRM dan Zahrain main wayang. Dalam wayang ni, Zahrain jadi barua PDRM untuk kenakan Raja Petra dan rakan-rakannya. Weh... apa ini?? PDRM yang sepatutnya, memelihara undang-undang, tetapi... telah guna kuasa untuk lakukan satu kerja yang menjadi kesalahan dan yang menyalahi undang-undang. Mengapa?? Kerana penangan seorang yang bernama Raja Petra Kamaruddin who is also a friend of Pakatan Rakyat.

Lu main-main sama dia..... dia C4 sama lu orang. Ada berani ka?? Bukankah Bala dah kata di belakang dia ialah Rosmah dan that Deepak guy. Apasal pulak korang pi kacau RPK. Mengapa tidak siasat Rosmah dan si Deepak?? Mengapa?? Takut ka??

Zahrain..... jaga-jaga.Taik hang sudah dihidu RPK. Tunggu masa saja untuk didedahkan dan apabila ini berlaku....BOOOOMMMM!!! C4 akan 'meletupkan' hang.... seperti mana ia meletupkan Altantunya. 'Berkecailah' katak berkepala anjing ini.

Aha..... Khairy, you too, don't play-play with RPK. Kalau... RPK ada 'C4' untuk Zahrain, untuk kau lagi dahsyat.... Engkau dan family engkau akan di'bom' dengan 'bom nuclear'. Haaanncuusss!!! So.... beware of RPK!!

Betul atau tak betul apa yang RPK kata tu.... wallahualam. Walau pun ada 'orang tu' kata, jangan percaya pada RPK, tapi.... antara kedua-duanya, rakyat lebih percaya pada RPK. Sebabnya..... apabila RPK membuat dakwaan.... sedikit sebanyak, dia akan sertakan dengan bukti untuk tatapan umum. Malangnya, 'orang tu'... hanya deny dengan air liur dan dengan bantuan lembu-lembunya.

Apakah ada lagi kezutan daripada the so-called fugitive blogger?? Tunggu......

Chegubard, ahli MPP PKR ditahan dipercayai bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau yang dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat bulanan PKR bahagian itu di Rembau, malam ini.
The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira tujuh anggota polis di Rembau.
Sebab beliau ditahan tidak dapat dipastikan, kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata pegawai itu.
“Semasa Badrul hendak memulakan mesyuarat kira-kira 9 malam tadi, ada tujuh orang pegawai polis datang dan memperkenalkan diri, lalu menahan beliau.
“Saya tidak pasti apa sebabnya, tetapi saya ada mendengar ia berkaitan dengan tulisan beliau dalam blognya... kemudian rumah beliau di Bukit Chedang dekat Rembau turut digeledah,” kata pegawai itu.
Pada 3 Jun lalu beliau telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.
Tulisan terbaru blog Chegubard, yang disiarkan semalam bertajuk “Singapura mengugut Malaysia melalui rahsia pemimpin utama?”.
Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara ini menerusi twitternya.
“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.
Satu lagi maklumat twitter pemimpin PKR menyebut, beliau ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung isu mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Raja Petra Raja Kamarudin.

Isu Felda: PM kecewa Suara Keadilan tidak mohon maaf

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa peneroka supaya tidak berasa tawar hati dengan laporan tidak tepat dalam media berhubung kedudukan kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
“Saya dapati salah laporan ini adalah disengajakan dan satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia ini yang telah bekerja keras dan cubaan terang-terangan untuk memperlekehkan usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup mereka.
“Mereka mencemarkan bukan sahaja maruah Felda, tetapi juga semua individu yang telah bekerja keras yang merupakan sebahagian institusi ini,” katanya dalam blog beliau www.1malaysia.com.my .
Najib, yang menyifatkan Felda sebagai “amat istimewa bagi dirinya atas kepentingannya dalam sejarah negara ini dan kedudukannya yang begitu bermakna kepada beberapa generasi  Malaysia yang melalui peluh, darah dan air mata mereka yang telah mentransformasikan Felda kepada kedudukannya sekarang”, turut melahirkan rasa kecewa beliau kerana sehingga hari ini, “tiada permohonan maaf
dibuat untuk membetulkan dan menebus penghinaan ini.”
“Dan Felda berhak untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menjaga integriti organisasi,” katanya.
Najib mengulas laporan muka depan Suara Keadilan, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), bertajuk “Felda Bangkrap” dalam isu 22-29 Jun.
Perdana Menteri berkata setakat ini, Felda mempunyai simpanan wang tunai sebanyak RM1.3 bilion dan RM4 bilion dalam bentuk saham dalam pelbagai syarikat senaraian awam, diperoleh dengan pelaburan permulaan hanya RM844 juta.
Ladang komersil milik Felda dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion, dan sebanyak RM2.4 bilion dibelanjakan untuk tanaman semula bagi meningkatkan hasil sawit dan getah Felda.
Beliau berkata tahun lepas sahaja, Felda membayar zakat sebanyak RM26 juta.
“Sekiranya bankrap, sesebuah organisasi tidak diwajibkan membayar zakat, lagi membuktikan tuduhan ini tidak berasas langsung,” katanya.
Najib juga berkata untuk berkembang maju sebagai sebuah organisasi, Felda perlu bersedia untuk meneroka dan menjalankan perniagaan baru dan membangunkan barisan hadapan.
“Sebab itu kenapa Memorandum Persefahaman telah dimeterai untuk menjalin kerjasama strategik bagi Felda untuk menjadi pengeluar daging lembu dan susu terbesar  Malaysia. Sebanyak RM603 juta diperuntukkan oleh Felda yang ditawarkan sebagai pinjaman tanpa faedah kepada peneroka.
“Felda juga komited untuk meningkatkan peluang pendidikan, terbukti dengan perasmian MRSM Felda Trolak baru-baru ini, yang dibiayai sepenuhnya oleh Felda,” katanya.
Najib berkata pelaburan dan pembiayaan ini dibuat demi faedah peneroka dan rakyat Malaysia amnya, “tetapi tuduhan mengenai penyelewengan dana dan perbelanjaan tidak berhemah itu merupakan cubaan untuk memperlekehkan usaha berkenaan dan menghalang kerja kita.”
Kepada peneroka Felda, Perdana Menteri menasihatkan mereka supaya terus “ berusaha dengan gigih untuk keluarga, masyarakat dan negara anda”.
“Kami akan terus mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup golongan anda dan akan memastikan usaha anda mendapat pulangan sewajarnya,” katanya. — Bernama

Cikgu Bard ditahan polis

REMBAU, 9 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama cikgu Bard, ditahan pihak polis dan kini dibawa ke ibu pejabat daerah Seremban.

Difahamkan, beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau ditahan sekumpulan 15 anggota polis ketika baru sahaja hendak mempengerusikan mesyuarat PKR Cabang Rembau di Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang, jam 9 malam ini.

Sumber memberitahu, beberapa anggota polis telah hadir sejak awal di perkarangan pejabat tersebut.

Penahanan Cikgu Bard belum diketahui puncanya.

Kini beliau sedang diambil keterangan di IPD Seremban dan beberapa penyokong PKR turut berada di balai polis.

Mahkamah 1Malaysia buat keputusan tanpa saksi dipanggil.....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman Langkawi Academy Sdn Bhd (Lardac) terhadap Menteri Pertahanan dan dua yang lain bagi menuntut ganti rugi RM480juta kerana didakwa melanggar kontrak berhubung kerja-kerja menaik taraf pesawat pejuang F5.

Hakim, Datuk Abdul Wahab Patail berkata permohonan pihak plaintif (Lardac) ditolak dengan kos. Tiada alasan diberikan apabila Abdul Wahab memberikan penghakimannya dan berkata penghujahan akan diberikan pada Jumaat depan. Beliau juga mengarahkan Lardac supaya membayar kos RM20,000.

Keputusan hari ini dibuat selepas lebih lima tahun Lardac memfailkan saman menuntut pampasan kerana pembatalan kontrak yang tidak sah dan pencabulan syarat kontrak. Ini berikutan bantahan Lardac yang kementerian melalui cara pintu belakang membenarkan bekas rakannya, Caledonian Airborne Systems Ltd (CAS Ltd), yang berpangkalan di Britain mengambil-alih kerja-kerja menaik taraf, meskipun kontrak telah diserahkan kepada Lardac pada 11 Oktober 2001.

Firma itu juga mendakwa CAS Ltdtidak mempunyai kontrak khusus untuk beroperasi dengan kerajaan Malaysia. Lardac berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab sebelum kontrak mereka ditamatkan. Keputusan hari ini dibuat tanpa mendengar keterangan saksi meskipun bekas ketua setiausaha kementeri pertanan, Hashim Meon, bersedia tampil sebagai saksi Lardac pada April lalu.

Lardac diwakili oleh peguam M Manogaran yang juga ahli parlimen Teluk Intan manakala pendakwaraya kanan persekutuan Noramilia Mohd Saad bertindak bagi pihak defendan.

source:malaysiakini

Hebat sungguh mahkamah 1Malaysia..... Hakim boleh buat keputusan tanpa memanggil saksi, walaupun ada saksi yang mahu beri keterangan. Tambah lagi keputusan hakim dibuat tanpa sebarang alasan.

Macam tu aku pun mau jadi hakim 1Malaysia.......

cheers.

Polis ambil kenyataan Ka Siong berhubung laporan Perkasa

KUALA LUMPUR, 9 Julai — Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung tiga laporan polis yang dibuat oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini.
Wee ketika dihubungi Bernama berkata beliau memberi keterangan kira-kira sejam di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.
Beliau ditemani setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kin Seng dan ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Chew Lian Keng.
“Saya beritahu apa yang benar, tiada apa untuk disembunyikan. Saya sedia memberikan kerjasama erat kepada pihak polis pada bila-bila masa,” katanya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengambil keterangan Wee berhubung laporan Perkasa tersebut namun enggan mengulas lanjut.
Perkasa baru-baru ini membuat laporan polis terhadap kenyataan Wee yang didakwa boleh menimbulkan ketegangan antara kaum serta menjejaskan keharmonian negara.
Perkasa mendakwa kenyataan Wee yang menyentuh isu sensitif berkaitan biasiswa jelas menunjukkan beliau tidak membawa konsep 1Malaysia tetapi membawa konsep perjuangan ‘‘Malaysian Malaysia’’ yang diperjuangkan DAP. — Bernama

Pakatan Rakyat - Pendokong yang merana!


Tanpa menafikan akan sokongan rakyat yang semakin baik terhadap PR, teman merasakan perlunya aktiviti menambah keahlian dan pendokong untuk parti-parti didalam PR.

Seperti contoh PAS, parti ini mempunyai penyokong yang agak ramai! Keahlian pun sudah melebihi 1juta ahli tetapi malangnya dikebanyakkan tempat, jumpah penyokong yang berani kedepan sebagai pendokong sangat sedikit!

Didalam pelbagai aktiviti, muka-muka itu sahajalah yang kelihatan!
Baik didalam merencana aktiviti, menjayakan aktiviti sampai la menutup aktiviti!

Apabila berlaku bebanan kerja dalam urusan parti, akan menyebabkan kemungkinan untuk berlaku kelemahan agak tinggi dan hasil yang kurang memuaskan!

Haaa.. dikala itu akan muncullah pengomen-pengomen yang sejak sebelum aktiviti dirancang sampai la aktiviti berakhir meluahkan pelbagai teori dan sebab mengapa aktiviti tersebut gagal ataupun kurang cemerlang!

Aduyaii!! disinilah sebenarnya golongan pendokong tadi diuji kesabarannya.

Kesan buruk daripada hal sebegini ialah apabila golongan pendokong tadi jadi berputus asa @ kecewa. Teman sendiri pernah dan sedang menyaksikan ramai pendokong aktiviti parti yang kini telah bergelar 'bekas' pendokong!

Dia yang dulunya hebat! berada dibarisan hadapan.. menyertai pelbagai aktiviti parti baik sebagai perencana dan juga sebagai pelaksana..
Akhirnya lenyap@pupus secara perlahan-lahan.. kerana apa?
kerana apabila dia menonjolkan diri..
dialah yang akan menjadi 'mangsa' arahan pimpinan..
dialah yang kena ke sana-sini..
dialah yang kena mengadap pimpinan balik..
dan sekiranya gagal aktiviti tersebut atau kurang memuaskan.
dia jugaklah yang akan di'tembak' didalam mesyuarat mahupun muktamar!

Alasan mudah ialah, inilah dia perjuangan..
Benar.. inilah dia perjuangan.. tetapi itu hanya alasan mereka yang malas nak memikirkan bagaimana mahu membantu golongan pendokong itu tadi!

Gejala membiarkan mereka yang aktif didalam Parti menjadi 'superman' yang diharapkan untuk banyak aktiviti,lajnah WAJIB ditangani segera sebelum parti kehilangan sekian ramai ahli-ahli yang sangat berbakat dan berpotensi!

sunsnake 09072010

Ahli PAS Wajib Baca Tulisan Ini!



Bagaimana Kita Sebagai Ahli PAS Boleh Menjayakan PAS?

BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya adalah bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah persatuan itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga persatuan supaya persatuan itu aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah.
PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan sanggup menerima untuk menunaikan Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu iaitu semasa kita menandatangani di dalam Borang Permohonan menjadi ahli PAS dulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin PAS sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang perlu dijaga dan dipelihara olehnya, iaitu menghidup-aktifkan Amanah itu..
Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya (menunaikannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda: "Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-Bazaar.]. Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai ahli PAS walau pun kita hanya sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, iaitu setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu.
Tugas / Kerja yang diberi
Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli biasa saja, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah apabila kita menurunkan tandatangan tatkala mengisi borang memohon menjadi PAS itu dulu. Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna perkataan "suka-rela" itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba hendak mengelak; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah. Hal ini perlu difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada memegang apa-apa jawatan. Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan khususnya bagi apa-apa kerja yang kita diminta dan/atau diarah oleh mana-mana ahli Jawatankuasa dan/atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS.
Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau membuat sesuatu kerja, bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu dan kita juga kena "jawab", kerana jika tidak di dunia ini pun kita kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi. Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba yang tidak diduga, yang kita memang boleh mengelak tetapi dengan syarat kita hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili diri kita untuk hadir dan/atau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu menggantikan diri kita apabila kita diperlukan hadir dan/atau menjalankan tugas dan tanggungjawab itu.
Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang mengarah atau yang meminta kita melaksanakan kerja/tugas itu. Kecuaian atau bersikap take for granted saja dengan membuat andaian bahawa tiada apa-apa masalah yang akan boleh timbul atau boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang cuai atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan jenayah.
Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita dikehendaki membantu bagi menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi tugas itu kepada kita.. Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah baru pula kepada pihak lain iaitu masalah yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ia menjadi wujud setelah kita yang telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain pula yang terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan/atau sikap take for granted kita itu tadi.
Kemahiran mengvisualisasi
Dalam hal berpersatuan, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada kita sedang ada memegang jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa), kita mestilah mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang diberikan dan/atau yang diminta kita melaksanakannya itu. Maksud proaktif ialah bahawa walaupun kita melihat ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu dengan dibawa berbincang atau melaksanakan syura bagi memikirkannya agar segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang akan merasa kecewa akibat kerana kecuaian kita dan/atau kerana sikap tak for granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan/atau take for granted, iaitu bersikap suka lepas tangan. Dalam mngendalikan apa-apa juga tugas serta tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia hanya menyusahkan saja memanglah semua perkara adalah susah. Jika tidak susah bukanlah perjuangan namanya!
Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau/dan diminta memberikan bantuan atau kerjasama yang kita kena buat dalam berpersatuan, kita kena melihatnya bak kata orang iaitu dapat melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu. Malah semua hal mengenainya; apakah yang mungkin berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin verlaku selepas Z juga, kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang akandihadapi. Kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan kita kena siap-sediakan dari awal lagi segala aspek termasuk siapa-siapakah orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat hadir kerana kita sendiri ada banyak kerja.
Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu angkatan ummah. Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja. Ada ramai mereka, maka mereka itulah kita ajak secara bermotivasi turut sama berjuang supaya tugas yang kita diamanahkan itu sudah pun kita sedia siapkan ada orangnya yang akan mewakili diri kita supaya sahabat kita itu mengambil alih supaya hadir menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa dibatalkan saja atau ditangguhkan, atau menjadi lewat untuk dimulakan.
Menangguh-nangguh
Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan dalam hal urusan berpersatuan. Ini amat pelek, pada hal dirinya adalah ahli kepada persatuan itu, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berintegrasi dan lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang diminta atau juga yang tidak diminta oleh mana-mana pihak dalam parti. Dan janganlah menjadi ahli persatuan yang pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya menjadi pemerhati saja.
Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-apa jawatan kita adalah juga turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat berpuluh-puluh jenia bantuan yang kita boleh berikan. Dalam hal ini, maksud sebuah al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu:Rasulullah s.a.w. bersabda:: "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim]… Orang yang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang mengenepikan saja maksud al-hadis ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:
"Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan." (Hadis riwayat Muslim).
Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk dapat berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya maka untuk apakah kita jadi ahli PAS?
Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanah seagai seorang yang kena “setia” dan kena “usaha”; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab kerana jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya. Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, membolot dan memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, dia sendiri akan kelemasan dan akhirnya hamper kesemua kerja tidak dapat dilaksanakan. Inilah puncanya kenapa seseorang Setiausaha itu tidak disayangi kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi kepada orang lain bagi melaksanakan kerja.
Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup beraktiviti. Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah memerikan kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang layak dan tahu melaksanakannya supaya dapat membantunya; seperti menaipkan segala apa jua yang perlu diatipkan, serta melantik ahli biasa mewakili dirinya bagi meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli biasa di kawasannya dan memintah ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti mingguan dan sepanjang bulan yang patut diadakan. Jika Setiausaha tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya. biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah kerana beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu.
Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang permohonan untuk menjadi ahli PAS dulu, dan permohonan kita itu secara rasminya telah diterima dan direstui bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS, ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh Setiausaha dan juga oleh para pemimpin kita juga, statusnya adalah rasmi, bukan boleh kita buat main-main. Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah atau diminta pertolongan oleh Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-mana ahli Jawatankuasa, kita mesti anggap bukannya lagi kita boleh kata kerja adalah suka-rela; yang selalu dianggap sesetengah orang sebagai hendak dibuat kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap besarnnya.
Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak mengdeligasikan banyak kerja tertentu kepada orang lain tetapi diabaikan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh Setiausaha itu adalah tidak memelihara dan tidak menjaga amanah. Ahli-ahli biasa satau sesiapa jua pun yang telah dierikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya.
Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan menjadi ahli itu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam borang permohonan menjadi ahli dulu) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta mana-mana ahli Jawatankuasa sebagai arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah yang diberi.
Komited tanpa disuruh-arah
Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi memikirkan apakah peranan masing-masing; iaitu bagi yang menyandang jawatan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS.
Bagi setiap ahli biasa di akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS adakan, iaitu yang diri anda sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan mengemukakan cadangan bertulis kepada Jawatankuasa atau Lujnah PAS Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakan syura, sekurang-urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPasisasikan minda semua jiran agar menjadi ahli PAS, atau setidak-tidaknya mereka akan menyokong perjuangan PAS. Justeru setiap ahli perlu memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran sekampung datau setaman agar mereka semua dapat membacanya.
Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa atau time management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS. Janganlah menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana perjuangan kita adalah bernawaitu Lillahirobbil'alamiin. Malahan kursus seperti itu juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga mereka yang bukan ahli PAS menghadirinya.
Penglibatan diri
Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Jawatankuasa berkenaan terlebih dahulu). Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti yang anda sendiri ingin dilaksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Jawatankuasa atau Lujnah memberikan kelulusan. Janganlah tunggu pihak atau Lujnah yang kena rancang, kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat diadakan. Inilah caranya pada masa yang sama kita memajukan PAS iaitu diri kita sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja kena menjanakanya. Jangan tunggu pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah turut sama memberikan idea dan melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang sentiada bergerak, hidup dan efektif.
Sebagai ahli PAS biasa, kita jangan tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan. Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa ada-ada saja aktiviti atau programnya sepanjang masa di markaz khasnaya da di mana-mana jua amnya.
Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti tugas atau kerjasama, sama ada besar mahu pun kecil kerja itu, walau pun kita hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun, kita tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei. Apabila kita menolak tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan menolak itu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya, ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima Perlembagaan tersebut sebagai undang-undang kita.
Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kita Allah Kurniakan kepada kita masa, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh peruntukan 1 jam saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita ada masa 100 jam. Kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak melakukannya, memanglah kita tidak akan berhadapan dengan sentiada saja tidak mempunyai cukup masa.
Perlembagaan PAS
Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termasktub di dalam Perlembagaan PAS. Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi tidak faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS.
Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini:
Fasal 5: Tujuan PAS ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan
pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-
hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Fasal 6: Usaha-usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui
dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

(2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai
panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-
orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memper-baiki susunan serta
institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
(5) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal
dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang
tidak bercanggah dengan ajaran lslam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa
mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta badan-badan
lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan
dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

[Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) PINDAAN
(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.].
Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap seorang ahli PAS kena usahakan bagi merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha?
Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara lisan daripada mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah PAS, malahan daripada sahabat kita sendiri di kalangan ahli, itu semua adalah uasaha-usaha yang kita kena ambil tindakan menjayakannya. Bagi mereka yang berjawatan dalam parti kita kenalah fahamkan bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu, bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan mereka itu adalah datangnya daripada si peribadi ahli Jawatankuasa atau Lujnah berkenaan tetapi ia adalah datangnya daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita patuhi samada secara individu sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan mematuhinya.
Arahan, perintah dan ajakan tersebut yang sebenarnya juga adalah perintah yang datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantikan mereka dan memberikan kepada ahli-ahli Jawatankuasa atau Lujnah itu mandat supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak berusaha dan mengusahannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup segan mati tak mahu itu.
Apabila kita enggan mematuhi perintah atau permintaan drpd. mana-mana ahli Jawatnkuasa atau ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintahnya dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah? Perintah, prinsip dan pengajarannya memang ada terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu:
" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh Setiausaha dan mana-mana ahli Jawatankuasa atau Lujnah kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah. Bersikap sambil lewa, selalu mentakan tak ada masa, cuai terhadap arahan dan/atau permintaan supaya bekerjasama dan mengabaikannya juga adalah merupakan menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum syara', maka kita kenalah patuhi. Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada perintah, arahan atau permintaan pemimpin mestilah dipatuhi dengan bernawaitu, iaitu: Lillahirobbil'alamiin. Hanya dengan cepat-cepat bernawaitu begitu saja barulah datangnya keihlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja utuk parti.
Merajuk bila ditegur atau dikritik
Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu?
Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau memprotes secara senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah seorang yang sahsiahnya sedang mengindap sindrom inferiority complex. Ini adalah kerana ia terbabas dari landasan kebenaran bahawa iaitu ia seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang itu mahu menegur dan mengkritik dirinya itu yang sebenarnya adalah merupakan satu mekanisme yang boleh membantu dirinya itu dapat secara percuma bagi ia sendiri sedar dan boleh mengetahui di mana adanya kelemahan atau kekurangan pada dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), yang ia sendiri tidak pun pernah menyedarinya.
Adalah amat silap apabila kita ditegur atau dikritik lalu kita pula terus melatah atau melenting dan anggap orang yang menegur atau mengkritik kita itu tadi adalah sebagai musuh di hati kita sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik kita itu ia sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita. Di sebaliknya kita jangan lupa bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia mendiamkan saja, biarkan saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan saja begitu, padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau mengkritik itu, padahnya ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis. Cuba kita fahami maksud al-hadis ini:
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.]
Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah. Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang berkaiatan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga adalah merupakan satu kemungkaran.
Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam maksud al-hadis itu. Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud tadi.. Ini adalah kerana:
" Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] - [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]
Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 itu, namun prinsip yang terkandung dalam Ayat 38 itu ialah adanya terdapat mengenai konsep perintah, yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan apa jua perintah oleh pihak yang berkuasa yang kita terima dalam kehidupan kita ini bahawa selama mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya.
Siapakah pihak yang berkuasa itu? Pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau Lujnah dalam parti PAS. Dalam perkataan Jawatankuasa itu adanya perkataan kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu adalah pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. .
Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup, serta agar setiap markaz menjadi boleh berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) seperti visi, misi serta juga sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS kita itu.
Sumber - PAS Perak

Suara Keadilan Terima Satu Lagi Surat Daripada KDN

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 9 Julai - Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan hari ini menerima sepucuk lagi
surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta akhbar mengemukakan penjelasan berhubung surat sebelumnya bertarikh 2 Julai.

Surat peringatan yang dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib
diserahkan oleh Pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran, Noor Zaman
Mohamad kira-kira pukul 4.00 petang di pejabat operasi akhbar di Seksyen 13 di sini.

"Merujuk kepada surat...bertarikh 2 Julai 2010, pihak tuan hendaklah mengemukakan penjelasan
pada 12 julai 2010," kata surat satu perenggan itu yang tandatangani oleh Timbalan Setiausaha
Bahagian, Abdul Razak Abdul Latiff.

Noor Azman sebelum ini berkunjung ke ibu pejabat KEADILAN di Mercahnt Square, Tropicana
di Petaling Jaya tetapi pegawai parti enggan menerimanya kerana bukan ia dialamatkan kepada
pengarang.

Dalam  surat  bertarikh 2 Julai lepas, KDN  menyatakan pihak kementerian tidak berpuas hati
berhubung jawapan yang diberikan mengenai tiga surat teguran berhubung kegagalan akhbar
membekalkan lapan naskah pada setiap keluaran dan juga surat tunjuk sebab bertarikh 28 Jun
2010 berkaitan artikel 'Felda Bankrap" yang disiarkan dalam isu 237 keluaran 22-29 Jun lalu.

Panel 13 KDN menganggap artikel tersebut telah "mengegarkan fikiran rakyat" dan pihak
kementerian juga memakulumkan dalam surat yang sama bahawa KDN belum lagi membuat
keputusan untuk menimbangkan permohonan memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan
yang tamat 30 Jun lepas.

KDN juga telah melampirkan butiran pelanggaran syarat bersama surat tunjuk sebab bertarikh 28
Jun itu.

Beberapa pemimpin KEADILAN termasuk Naib Presiden Azamin Ali dan Sivarasa Rasiah,
Pengarah Strategi, Tian Chua berkata tindakan menggantung permit penerbitan Suara Keadilan
merupakan tindakan mala fide atau berniat jahat.

Malah Tian Chua berkata parti akan terus menerbitkan Suara Keadilan kerana keputusan tidak
memperbaharui permit penerbitan tidak jelas.

Selain itu, KDN juga telah mengeluarkan surat amaran  pencetak akhbar Suara Keadilan,
Pencetakan NPK Sdn Bhd untuk menghalang syarikat itu mencetak akbar berkenaan selepas
tarikh tempoh sah laku permit.

Dzulkarnain berkata beliau akan menyerahkan surat tersebut kepada peguam Suara Keadilan,
Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat untuk tindakan
seterusnya.

"Surat bertarikh 2 Julai tersebut tidak meminta kami memberikan jawapan hanya makluman tapi
hari ini kami terima surat mahukan jawapan kepada surat tersebut. Kami akan serahkan kepada
peguam kami untuk tindakan selanjutnya," kata Dzulkarnain.

Juara Piala Dunia: Antara nujum sotong kurita dan burung kakak tua..kah..kah..kah...!!!

Rangkuman gambar sotong kurita Paul memilih pasukan pilihannya ketika enam perlawanan disertai Jerman sebelum ini. — Roland Weihrauch/DPA
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Selepas meramalkan Jerman akan diketepikan di separuh akhir dan ia pun menjadi kenyataan, sotong kurita akan memilih antara Sepanyol dan Belanda yang dijadual bertarung pada final kejohanan Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan awal pagi (waktu Malaysia). Sotong ini juga dijangka meramalkan pemenang pertemuan tempat ketiga dalam perlawanan antara Jerman dan Uruguay.
Kemungkinan ramalan tempat ketiga mungkin boleh mengubati perasaan peminat-peminat Jerman kelak.
Sotong kurita yang dikenali sebagai “Paul” dengan berjaya telah meramalkan kemenangan enam Jerman pada kejohanan kali ini selepas meneka dengan tepat empat daripada lima pertemuan Juara Eropah dua tahun lalu.
Tidak siapa yang tahu bagaimana sotong Paul melakukannya.
Peminat-peminat Jerman sehingga ke hari ini tidak dapat menerima kekalahan pasukan mereka di tangan Sepanyol dan juga ramalan sotong kurita ini. Sehingga ada yang marah dan mahu sotong ini ‘dihukum’ bunuh.
Akhbar-akhbar Jerman dan portal berita mengesyorkan agar Paul dimasak dan dimakan. “Masukkan ke dalam dulang masak,” tulis akhbar Berliner Kurier.
Ekoran tekanan dan perasaan marah itu, Perdana Menteri Sepanyol Jose Luiz Rodriquez Zapatero berkata: “Saya risau dengan keadaan sotong kurita ini... saya memikirkan untuk menghantar pasukan perlindungan ke sana (Jerman).”
Pemilik akuarium dalam usaha tidak mahu orang ramai meletakkan harapan tinggi berkata, Paul sebenarnya merupakan “pakar Jerman” dan “tiada kuasa ajaib” bila tiba giliran dua negara yang lain.
Adakah hanya sotong ini sahaja yang mampu membuat ramalan? Jawapannya tidak!
(YANG NI PULA APA CERITA..HA..HA..HA...!!!)

Jurucakap satu lagi haiwan yang semakin popular di kalangan peminat bola sepak - burung kakak tua di Singapura yang bernama “Mani” - yang telah bertindak sebagai pak nujum sejak beberapa tahun ini yakin dengan keupayaan burung peliharaannya itu.
Bercakap kepada Reuters yang melawat daerah Little India di Singapura semalam untuk merakamkan ramalan Mani tentang bakal juara final kali ini, jurucakap burung kakak tua itu berkata, “saya percaya seratus peratus, apa sahaja yang dia pilih akan tepat akhirnya.”
Mani, yang biasanya menujum nasib soal cinta dan kewangan pelanggan-pelangannya, memilih satu kad yang mempunyai bendera Belanda.
Bertolak dari itu, jika dibandingkan dengan kebingitan vuvuzela, sepakan bola yang kurang memuaskan dan pasukan tidak menyerlah, bintang sebenar pada Piala Dunia 2010 sudah tentulah Paul ini.
Paul telah menilik dengan tepat segala perlawanan pasukan Jerman setakat ini, termasuk kekalahan mereka kepada Serbia dan Sepanyol.
Mengikut pemiliknya, Paul akan meramal pemenang Piala Dunia FIFA 2010 esok (waktu Malaysia) jika sotong itu sudah hilang penat.
Sotong berusia dua tahun ini merupakan penghuni tetap Oberhausen Sea Life Aquarium di Jerman, dan “meramal” keputusan perlawanan-perlawanan dengan memilih salah satu kotak lutsinar yang ditampal bendera pasukan-pasukan yang bertanding.
Kedua-dua kotak tersebut disusun mengikut susunan bendera FIFA dan diisi dengan makanannya seperti isi kupang atau tiram.
Sejak meramalkan kekalahan Jerman di tangan Sepanyol pada peringkat separuh akhir, Paul telah menerima pelbagai ugutan bunuh dari rakyat Jerman.
Beberapa pakar bola sepak dan agensi judi juga meraih untung setelah mengikuti kata putus Paul sementara pertubuhan hak haiwan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) pula menggesa agar Paul dibebaskan dari ‘penjaranya’.
Paul bukanlah haiwan pertama yang mampu menilik nasib dan membaca fikiran. Pada tahun 1927, seekor kuda bernama Lady Wonder di Virgina, Amerika Syarikat dikatakan mempunyai kuasa psikik dan persepsi luar biasa (ESP) yang ditonjolkan melalui kebolehannya menyusun bongkah-bongkah huruf.
Hanya dengan membayar satu dolar, anda boleh menanyakan kuda tersebut tiga soalan. Lebih 150,000 orang telah mendapatkan perkhidmatan tukang tilik kuda tersebut. Ia juga kononnya berjaya meramal keputusan satu pertandingan tinju, kedudukan minyak di bawah tanah dan menyelesaikan satu kes kehilangan.
Seekor lagi kuda di Jerman pada 1900, Clever Hans, boleh menyelesaikan masalah-masalah intelek seperti pengiraan. Hans juga berbakat mengira masa, memilih nota muzik dan memahami bahasa Jerman.
Pada era 1980-an, seekor anjing dipanggil Harass II dikatakan mempunyai kuasa psikik dan mampu mengesan jejak dan bau walaupun setelah beberapa bulan atau tahun berlalu. Anjing itu juga mampu mengesan jejak dalam air dan selepas taufan melanda.
Sejarah manusia selama ribuan tahun penuh dengan contoh manusia yang bergantung kepada haiwan-haiwan untuk meramal nasib. Kaum Etruscan di Itali 2,400 tahun dahulu mengamalkan ‘alectryomancy’, penilikan dengan memerhatikan ayam-ayam mematuk bijirin.
Rakyat Roman silam pula mengamalkan ramalan dengan memerhatikan burung-burung terbang - mereka memerhatikan bilangan burung, bunyi mereka, haluan terbang dan sebagainya. Sekumpulan alim ulama dipertanggungjawabkan untuk mentafsir mesej-mesej tersebut.
Ramalan dari pemerhatian haiwan ini juga ada melibatkan kucing, kuda, ikan, labah-labah dan ular.
Kini, telah dibuktikan bahawa Lady Wonder, Clever Hans dan Harass II secara tidak langsung atau tanpa sedar menerima petunjuk dari pemilik mereka. Fenomena ini diberi nama “Kesan Clever Hans” dan merupakan satu cara untuk menyangkal pelbagai haiwan peliharaan yang kononnya “bijak” atau “berbakat”.
Setakat ini, tiada bukti bahawa Paul menerima petunjuk sama ada daripada pelatihnya Oliver Walenciak atau para peminat Jerman yang meletakkan harapan. Walaupun Paul telah meramal 11 daripada 12 perlawanan dengan tepat, sotong itu telah memilih Jerman sembilan kali. Memandangkan Jerman merupakan pasukan pilihan bagi sembilam perlawanan tersebut, peluang bagi Paul untuk memilih dengan tepat tentulah tinggi.
Paul adalah seekor sotong kurita spesies Octopus vulgaris yang buta warna, dan beberapa saintis berpendapat ia akan lebih kerap memilih bendera yang berjalur warna terang seperti Jerman dan Sepanyol berbanding England dan Argentina.
Spesies ini selalunya dijumpai serata dunia di lautan cetek tropika dan separa tropika. Ia mampu membesar sehingga 25 sentimeter dengan sesungut sepanjang satu meter.
Sotong kurita juga haiwan yang sangat bijak dan responsif. Mereka pernah dilihat membuka tutup botol dan menggunakan pelbagai alatan.
sama ada Paul sebenarnya mempunyai kebolehan luar biasa atau ia sangat bertuah, para pemiliknya patut memanfaatkan kemasyhurannya secepat mungkin.
Jika nasib Paul bukan berakhir sebagai hidangan rakyat Jerman, Paul semakin menghampiri akhir hayatnya - jangka masa hidup spesiesnya cumalah dua tahun.
Buat masa ini, nama Paul bukan sahaja telah tercatat dalam minda peminat-peminat Piala Dunia, malah Paul juga mempunyai dua akaun Twitter.

SPR nafi kurang agih borang pemilih pada DAP


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan DAP bahawa berlakunya kekurangan bekalan borang yang diagih kepada parti tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor, Zulkifli Ab Rahman berkata dakwaan tersebut adalah
tidak benar.

"Dakwaan DAP bahawa PPN Selangor tidak memberi borang yang mencukupi untuk parti tersebut mendaftarkan pemilih baru, adalah tidak
berasas sama sekali," tambahnya.

Menurut Zulkifli, bagi tempoh Januari hingga Jun 2010, PPN Selangor telah mengeluarkan sebanyak 11,150 borang permohonan pendaftaran pemilih kepada DAP.

Dalam tempoh Januari hingga Jun 2010, DAP mengembalikan sebanyak 8,733 (78.3%) sahaja borang permohonan pendaftaran pemilih.

"Ini bermakna 2,417 (21.7%) borang masih dalam simpanan DAP," katanya.

Beliau berkata, pada bulan Januari 2010, jumlah borang yang dikemukakan oleh DAP kepada PPN Selangor adalah sebanyak 1,695.

Daripada jumlah tersebut, katanya, hanya 1,561 borang yang lengkap dan diterima pendaftaran pemilihnya oleh SPR

Manakala bakinya sebanyak 134 borang lagi telah ditolak atas sebab permohonan tidak lengkap, berganda atau salah alamat.

Pada keseluruhannya, kata Zulkifli, bagi tempoh Januari hingga Jun 2010, sebanyak 902 (8%) borang permohonan pendaftaran pemilih
ditolak oleh SPR atas sebab-sebab yang sama.

"Statistik tersebut menunjukkan bahawa tidak berlaku kekurangan pengagihan borang permohonan pendaftaran pemilih kepada DAP sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2010," jelasnya.

Malahan, tegas Zulkifli, terdapat lebihan borang seperti yang dinyatakan di atas.

"Oleh itu, SPR menafikan sekeras-kerasnya dakwaan DAP berlakunya kekurangan bekalan borang yang diagih kepada parti berkenaan," katanya.

Memorandum Reformasi Pilihan Raya Malaysia 2010

Kami seperti penama pertubuhan di bawah berpendirian bahawa satu-satu formula bagi penstabilan, peningkatan dan kemakmuran di Malaysia ialah melalui demokrasi pelbagai parti yang aktif dan sihat.
Menjurus kepada pilihan raya 2008, Malaysia melalui perubahan di dalam kerajaan, dari sebuah kerajaan berbentuk kuku besi kepada sebuah kerajaan yang lebih demokratik.  Orang awam telah berpeluang mengecapi sebuah persaingan di antara BN dan PR yang mana ia membawa sebuah reformasi pentadbiran dan dasar-dasar yang lebih bersifat inklusif.
Namun, keadaan tersebut masih dalam tahap membimbangkan memandangkan terdapat segelintir yang berada dalam keadaan terdesak yang menggugat pilihan raya, termasuk penyalahgunaan apparatus kerajaan mahupun merubah keputusan pilihan raya melalui defeksi dan menolak pilihan raya yang baru apabila mandat terdahulu dipertikaikan.
Pada pilihan raya yang akan datang ini, patutkah parti-parti politik mengelakkan penerimaan "hanya demokrasi caranya" dan cuba untuk bersaing mendapatkan kuasa dengan cara penipuan dalam pilihan raya atau pun menolak keputusan pilihan raya?  Maka, Malaysia akan tenggelam di dalam kemelut politik.
Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam memastikan kestabilan politik dan pendemokrasian adalah suatu yang penting.  Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 114(2) menyatakan harapan agar SPR dapat menjayakan keyakinan orang awam.  Ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya menjalankan pilihan raya dengan telus dan tidak berpihak dalam mempastikan hak-hak pengundi sejagat, persaingan yang adil bagi kesemua parti-parti politik dan calon-calonnya.
Artikel yang sama juga memaklumkan berkenaan dengan penawaran pilihan-pilihan dengan memaklumkan dan perwakilan inklusif.  Bersih 2.0 percaya bahawa melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada, SPR mampu menjalankan tugas mereka secara demokratik berdasarkan piawai menurut amalan antarabangsa.
SPR mampu dan mestilah melindungi demokrasi kepelbagaian parti dengan memastikan pilihan raya adalah bersih dan adil, di dalam pentadbirannya dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan serta melalui advokasi perubahan-perubahan yang sepatutnya menurut Perlembagaan, undang-undang dan peraturan.
Berpandukan satu cita-cita untuk masa depan Malaysia yang lebih baik, kami mendesak SPR membawa perubahan-perubahan berikut.  Kami berharap SPR akan bekerjasama dengan kami dan orang awam melalui rundingan dan pertimbangan.  Kami juga menggesa agar orang awam dibiasakan dengan hak-hak mereka sebagai pengundi dan melanjutkan agenda reformasi melalui cara-cara mereka dan rangkaian yang ada.
Kerunsingan Sedia Ada
Penyiasatan kesalahan-kesalahan Pilihan Raya.  Kami berpegang bahawa SPR wajib menjalankan tanggungjawab mereka untuk memastikan penyiasatan kesemua kesalahan pilihan raya yang berlaku, terutama sekali dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan, berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya. Ia akan menjadi suatu yang keterbiaran sekiranya mereka mengabaikan laporan-laporan sedemikian yang difailkan berdasarkan kesalahan-kesalahan yang dijalankan. Di dalam mengekalkan kebebasan badan tersebut, SPR seharusnya diberi kuasa pendakwaan terhadap pihak yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Menghalang pendaftaran pengundi.  Kami dikejutkan dengan aduan-aduan mengenai sekatan-sekatan tidak munasabah yang berlaku, seperti menghadkan borang-borang pendaftaran kepada Pembantu Pendaftar di dalam usaha mendapatkan pengundi baru memandangkan terdapat seramai empat juta pengundi yang layak mengundi masih belum berdaftar.  Halangan di dalam hak-hak sejagat adalah kesalahan serta kepincangan terhadap demokrasi.  SPR mestilah menolak sekatan-sekatan sedemikian serta-merta di dalam usaha menambah pengundi baru atau SPR akan hilang keyakinan orang awam sepenuhnya, sehingga menjadikan badan itu tidak layak berfungsi menurut perlembagaan.  SPR mestilah dilihat sebagai badan yang bekerjasama kuat dengan kesemua parti di dalam menyediakan segala bentuk bantuan (bukannya menghalang) keefisienan pendaftaran pengundi.
A. Hak Mengundi dan Pembuangan Undi
1. Pendaftaran otomatik – kami berpegang bahawa kesemua pengundi yang layak seharusnya didaftarkan serta-merta sebagai pengundi tatkala mencecah usia kelayakan dan status alamat mereka dikemaskini dengan diseraya dengan senarai pengundi dan pengkalan data pendaftaran negara. Ini akan mengelak sebarang penipuan dan aduan yang bersangkut-paut dengan senarai pengundi sedia ada yang wujud dari pengundi hantu, alamat yang tidak lengkap, pemindahan alamat hinggalah kepada pendaftaran berulangkali.
Kami amat khuatir bahawa SPR telah menolak cadangan mewujudkan pendaftaran otomatik, khususnya perkara ini mempu menyelesaikan kesemua aduan mengenai proses pendaftaran.
2. Menurunkan usia mengundi – kami berpegang bahawa seluruh rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mempunyai hak mengundi dan menjadi calon di dalam pilihan raya di peringkat parlimen mahupun negeri. Mereka sudah mencapai tahap kematangan untuk mengambil bahagian di dalam kehidupan awam dan terkesan dengan dasar-dasar kerajaan di dalam pendidikan mahupun pekerjaan, hampir 90% negara di seluruh Dunia – termasuk negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Kemboja – telah meletakkan usia 18 tahun sebagai usia layak mengundi. Malaysia sepatutnya idak memberi sebarang alasan untuk berada di luar senarai tersebut.
3. Tidak Hadir Membuang Undi – kami berpegang bahawa undi pos yang berasingan pada masa kini sepatutnya dimansuhkan untuk kesemua pengundi – kakitangan kerajaan atau anggota keselamatan, sama ada mereka berada di dalam mahupun di luar negara – mereka sepatutnya memohon untuk dikecualikan daripada tidak hadir pada hari pembuangan undi sekiranya mereka mempunyai alasan-alasan sah. Mereka sepatutnya diberi tempoh untuk mengaju permohonan sedemikian sebelum hari pembuangan undi.  Dengan cara ini, ia mampu mengelak timbulnya sebarang faktor ketakutan dan pertuduhan yang mendakwa kerahsiaan dan kebebasan mereka dicabuli di dalam pengundian pos.
4. Dakwat kekal – Kami berpegang bahawa dakwat kekal sepatutnya digunakan di dalam semua pilihan raya bagi mengelak pengundian berganda. Kabinet, walau bagaimana pun telah membuat keputusan mengenai perkara ini pada tahun 2007 dan pekhabaran mengenai kegiatan sabotaj tidak dapat dibuktikan dan tidak berasas.  Risiko SPR diperlihatkan sebagai covert dengan membenarkan pengundian berganda bilamana SPR sendiri tidak mahu melaksanakan dakwat kekal.
Persempadanan Semula Kawasan
5. Meminimakan Pengubahan Sempadan (gerrymandering) – Kami berpegang bahawa kawasan-kawasan yang dipertandingkan sepatutnya diletakkan sempadan mereka berdasarkan, antara lain, kepada kepentingan komuniti, yang mana ia menjadi sempadan pentadbiran.  Oleh yang demikian, tidak ada kawasan parlimen dan negeri sepatutnya bersilang dengan sempadan yang dirangka oleh sempadan penguatkuasaan tempatan mahupun pentadbiran daerah.  Pada masa yang sama, tidak ada komuniti tempatan sepatutnya disisihkan dengan sempadan-sempadan pilihan raya.  Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan menyatakan pertalian tempatan sepatutnya dihormati.
6. Meminimakan Kegagalan Pengagihan (malapportionment) – kami perpegang bahawa SPR mestilah secara jujurnya mematuhi peraturan yang termaktub di dalam Seksyen 2, Bahagian 1, Schedule Tigabelas Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan perkara ini.  Kekurangan yang dihadapi di kawasan luar bandar bukanlah lesen untuk SPR bagi menjalankan manipulasi kepada saiz kawasan pilihan raya.  17 daripada 56 kawasan negeri di Selangor atau 30% mempunyai lebih ramai pengundi daripada kawasan parlimen terkecil di Selangor iaitu Sabak Bernam pada pilihan raya 2008 yang menunjukkan bahawa SPR, secara tidak adilnya, mencabul peruntukan perlembagaan semasa persempadanan semula yang dibuat sebelum ini.  Kami mendesak supaya di dalam merangka sempadan semula pada masa akan datang, SPR sepatutnya pastikan tidak ada cara mana-mana kawasan mempunyai saiz yang lebih besar daripada 50% jumlah pengundi di dalam kawasan parlimen terkecil yang berada di dalam negeri yang sama.
Persaingan dan Media
7. Tempoh Kempen yang Berpada – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya memberi tempoh kempen tidak lebih dari 21 hari. Kempen yang lebih panjang tidak hanya membenarkan pengundi mempunyai lebih banayak masa untuk mengumpul maklumat ecukupnya dalam membuat pilihan, ia juga mengurangkan ketegangan yang dialami semasa pilihan raya memandangkan parti-parti mempunyai jangkamasa yang cukup kepada sumber-sumber mereka.  Tempoh 21 hari suatu tempoh yang berpada memandangkan Kerajaan Kolonial British membenarkan tempoh dua kali ganda lebih panjang, 42 hari pada waktu pilihan raya kebangsaan pertama dijalankan pada tahun 1955. Pada masa akan datang, SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Pilihan Raya dipinda atas alasan sedemikian.
8. Akses Media Bebas dan Adil – Kami berpegang bahawa pada pilihan raya umum yang akan datang, SPR sepatutnya mendesak badan penyiaran kebangsaan, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membenarkan waktu siaran tertentu kepada debat terbuka perdana selaras dengan amalan di United Kingdom pada Mei 2010.  SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Pilihan Raya dipinda agar ianya digunapakai kepada media-media milik kerajaan untuk memberi kebebasan dan ulasan yang sama rata untuk parti-parti politik yang bertanding; juga kepada media milik swasta dalam menyediakan akses yang adil.
Kewangan Pilihan Raya
9. Kawalan perbelanjaan parti – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mengusulkan agar Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda agar perbelanjaan yang dinyatakan seperti kos pengiklanan yang dialami parti-parti politik diakaunkan dalam asas pro-rata yang menjadi sebahagian dariapda perbelanjaan pilihan raya calon.
10. Perbelanjaan Parti Kewangan Awam – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya menggesa Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memberi bantuan kewangan kepada semua parti politik berdasarkan kepada perkongsian undi semasa pilihan raya yang lalu.
Demokrasi Pelbagai Parti
11. Hak untuk Bertanding di dalam Pilihan Raya Selepas Perletakan Jawatan – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyisihkan halangan-halangan berhubung dengan Perlembagaan agar wakil-wakil yang dipilih berpeluang untuk bertanding kembali di dalam pilihan raya selepas perletakan jawatan.  Kebanyakan daripada wakil-wakil rakyat dipilih melalui tiket parti yang diwakilinya.
12. Kesaksamaan Pentadbiran – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mengusulkan bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda sehingga tiada keputusan penting dan tidak penting termasuk projek-projek pembangunan dan dana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan berhubung dengan bangsa, kerajaan mahupun kawasan parlimen dan negeri selepas Perundangan Parlimen / Negeri dibubarkan ataupun sesebuah kerusi itu diisytiharkan kosong.
13. Pemulihan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan – Kami berpegang bahawa SPR mesti mengusulkan kerjasama dengan mana-mana Kerajaan Negeri bagi memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan selaras dengan Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan. SPR mestilah tidak mencabuli tuntutan di dalam Perlembagaan.
Pentadbiran Pilihan Raya
14. Pengadilan dan Mengawal Rapi Sepenuhnya di dalam Petisyen Pilihan Raya – Kami berpegang bahawa SPR sepatutnya mengusulkan agar Akta Kesalahan Pilihan Raya dipinda agar petisyen pilihan raya boleh difailkan atas apa jua keadaan yang berhubung dengan penipuan semasa pilihan raya. Akta tersebut dipinda pada tahun 2003 yang memberi kesan kepada integriti senarai pemilih yang mana senarai pemilih tidak boleh lagi dicabar di mahkamah perundangan.
15. Hak Untuk Pemantauan Pilihan Raya – Kami berpegang bahawa SPR mestilah mempersiapkan sebuah tatacara inklusif yang telus bagi pemantau-pemantau tempatan dan antarabangsa agar mereka dibenarkan didaftarkan di pilihan raya yang akan datang. SPR seharusnya juga mengusulkan bahawa Akta Pilihan Raya dipinda agar membolehkan hak untuk memantau pilihan raya dipulihara.
*Memorandum Pertubuhan Masyarakat Malaysia Mengenai Reformasi Pilihan Raya Malaysia 2010, diserahkan oleh Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Kritikan mengasak Tian Chua sarat dada Sin Chew

Lebih daripada 10 rencana disiarkan Sin Chew Daily dalam tempoh tiga hari untuk mengasak Tian Chua, Pengarah Strategi PKR yang mengumumkan "boikot lembut" (no favour) terhadap akhbar Cina yang terlaris di Malaysia ini pada 5 Julai 2010.  Rencana-rencana ini disiarkan pada ruang kolum dan surat pembaca, tidak termasuk kenyataan rasmi oleh Sin Chew, dan laporan-laporan berita yang memetik kritikan terhadap Tian Chua.
Dalam berita yang disiarkan pada 7 Julai, Sin Chew memetik kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang membidas Tian Chua kerana "cakap tak serupa bikin", malah melanjutkan kritikan terhadap pemimpin pembangkang kerana sering berkontradiksi antara hujah dengan tindakan mereka.
Juga, Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin, yang juga calon BN yang menentang Tian Chua di kawasan parlimen Batu semasa PRU ke-12, dipetik mengkritik Tian Chua kerana mengamalkan "double standard", yang sukar diterima.  Bukan itu sahaja, ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang lompat parti dari PKR juga dipetik untuk menuduh Tian Chua sebagai "little Napoleon", malah mendakwa bahawa tindakan "memulau Sin Chew" ini merugikan PKR, kerana akhbar ini memperuntukkan ruang yang besar kepada PKR selama ini.
Kritikan terhadap Tian Chua dilanjutkan pada 8 Julai, apabila pemimpin barisan kedua  dan ketiga, Pemuda MCA bangkit untuk melontarkan kritikan.  "Pakatan Rakyat tidak layak mendakwa diri mempertahankan kebebasan akhbar"-- demikianlah tajuk yang dibubuh apabila memetik kenyataan Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, yang membidas bahawa Tian Chua sebagai pemimpin PR, tidak layak untuk membicarakan kebebasan akhbar berikutan tindakan boikot ini.
"Kebudak-budakan", "tidak rasional", "(Tian Chua) sepatutnya menghormati profesional wartawan", "Tian Chua tidak membela kebebasan media" dan sebagainya, dipetik dari mulut pemimpin parti komponen BN, untuk dilontarkan terhadap Tian Chua.
Tian Chua yang dibadai ombak kritikan mengeluarkan satu kenyataan, disiarkan pada 7 Julai, berbunyi "sebagai orang awam, saya sudi menerima kritikan daripada masyarakat".  Beliau menekankan ada bezanya antara kebebasan media dengan laporan yang berniat jahat, malah tiada kaitan dengan "hak pembaca untuk mengetahui" dalam kes ini.
Sin Chew: Membela Hak Mengetahui
Tian Chua berkata demikian sebagai responnya kepada kenyataan rasmi Sin Chew, yang mempertahankan laporan "Khalid bakal letak jawatan Menteri Besar?" dengan alasan membela hak pembacanya untuk mengetahui.  Malah, Sin Chew cuba menyamakan "boikot lembut" Tian Chua ini dengan "tindakan pihak berkuasa terhadap China Press berikutan laporan perletakan jawatan Ketua Polis Negara" (yang berlaku sebelum ini) dari segi motifnya, biarpun melalui pendekatan yang berbeza.
Meskipun Sin Chew mengakhiri kenyataan tersebut dengan mendakwa akhbarnya tidak akan mengulas lanjut isu ini, tetapi rencana dari editor dan pembaca tetap membanjiri ruang dada akhbar ini.  Malah, "keseorangan" Tian Chua ditonjolkan dengan jelas, apabila Sin Chew memetik EXCO Senior Selangor Teresa Kok (DAP), Ketua Publisiti DAP Tony Pua dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Hee Loy Sian yang menafikan cadangan dan keputusan "boikot Sin Chew".
Dalam ruang surat pembaca pada 8 Julai, Editor MySinChew Thomas Lee Seng Fook mendesak Tian Chua untuk meminta maaf, malah menganggap pimpinan PKR harus mengambil tindakan disiplin terhadapnya.  Menurut Thomas Lee, tindakan Tian Chua bercanggah dengan prinsip "mempertahankan kebebasan akhbar" yang didukung oleh PR, malah mendesak Tian Chua untuk menarik balik kenyataan "boikotnya", dan meminta maaf kepada Sin Chew.
Lebih-lebih lagi, satu tulisan berjudul "Dah lupakah, Tian Chua?", penulis memperingatkan Tian Chua, "Pertama, ketika anda ditangkap, akhbar mana yang memberi liputan terbanyak kepadanya?  Kedua, jikalau tanpa akhbar Cina, terutamanya akhbar Cina yang paling berpengaruh, Sin Chew Daily yang memberikan liputan yang begitu luas kepada calon PKR, mampukah Pakatan Rakyat mendapat sokongan orang Cina yang begitu banyak dalam PRU ke-12?"
Apakah maksud tersirat yang cuba disampaikan di sini berbunyi - Tian Chua tidak mengenang budi?  Apa yang pasti, "kebebasan akhbar", "hak mengetahui", "tugas media untuk memantau kerajaan" telah dijadikan sebagai alasan yang dilontarkan untuk menjustifikasikan laporan ramalan "Khalid bakal letak jawatan Menteri Besar?".
BN tidak pernah guna cara zalim-boikot
Lebih menarik, dalam satu tulisan berjudul "Cakap tak serupa bikin" yang disiarkan dalam ruang surat pembaca pada 9 Julai, penulis menyifatkan tindakan Tian Chua sebagai cara kotor untuk menyerang kredibiliti Sin Chew.  Malah, penulis ini mendakwa "pemimpin kerajaan BN yang suka mempersalahkan media, tidak pernah menggunakan tindakan boikot yang zalim terhadap media setakat ini".
Penulis ini menyimpulkan bahawa PKR telah menelanjangkan "sifat asalnya" yang "cakap tak serupa bikin".
Desakan terhadap Sin Chew bukan sahaja dilakukan dalam ruang dada akhbarnya yang berbahasa Cina, malah dalam laman webnya yang berbahasa Inggeris.  Sin Chew meletakkan isu ini sebagai isu yang paling hangat, dengan tajuk "Kebebasan Akhbar dalam bahaya" (Press Freedom at Stake), yang menyarat 21 artikel setakat ini.