Ahad, 4 Julai 2010

Penyokong Samy Vellu serbu perhimpunan GAS di Klang

Kelihatan berlakunya 'perang mulut' antara penyokong Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) dengan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu di Dewan Dato Hamzah, Klang hari ini. – Gambar Choo Choy May
KLANG, 4 Julai — Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumpulan 50 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan Datuk Seri S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.  Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.
Ini program GAS yang kedua selepas yang pertama awal bulan lepas diadakan di Mines Resort City Seri Kembangan bagi mengecam kepimpinan Samy Vellu.
Pagi ini Samy Vellu merasmikan perhimpunan tahunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di ibu negara. Perhimpunan itu berlangsung sehingga petang ini.
Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan ‘perang mulut’, sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.
Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai “Taman Maznah” Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.
Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.
“Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini,” jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.
Pergelutan dan pertikaman lidah turut tercetus di dalam Dewan Dato Hamzah.
Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong GAS yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dipecat V. Mugilan, K. P. Samy dan G. Kumar Aamaan juga menjerit ke arah penyokong Samy Vellu itu.
Pada satu ketika, Samy bersama Kumar Aamaan memegang buku berjudul The Life of Mahatma Ghandi dengan melaungkan “Ahimsa” membawa maksud pendekatan kepimpinan yang aman bagi menghalang kumpulan itu daripada terus mencetuskan kekecohan.
Penyokong perhimpunan aman GAS II bersorak apabila polis mengarahkan kumpulan penyokong Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu yang mencetuskan kekecohan meninggalkan Dewan Dato Hamzah, Klang petang tadi. – Gambar Choo Choy May
Suasana menjadi semakin tegang apabila dewan mula dibanjiri dengan lebih ramai penyokong GAS, ketika itu dianggarkan kira-kira 1,000 orang.
Kira-kira pukul 2.15 petang sekumpulan anggota polis memasuki dewan selepas dimaklumkan ada percubaan untuk mengganggu perjalanan program GAS.
“Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah pertemuan aman tetapi ini adalah pendekatan Samy Vellu... dia menghantar kumpulan samseng dia (ke sini),” kata Samy, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC.
Mugilan merupakan bekas timbalan ketua Pemuda MIC.
Polis bercakap dengan kumpulan penyokong Samy Vellu beberapa minit sebelum memaklumkan penganjur GAS bahawa mereka boleh meneruskan program mereka.
Bagaimanapun kumpulan itu dibolehkan berada di dewan sementara mereka enggan keluar dari premis itu.
Chandran, salah seorang yang paling lantang bersuara dalam kumpulan itu kemudian menjerit ke arah Samy dengan mendakwa dia tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat India.
“Jika anda telah menang pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen adakah anda masih berada di sini sekarang? Anda tidak memberi lima sen pun kepada komuniti (India),” katanya.
Dengan tidak mempedulikan kata-kata Chandran itu, Samy kemudian memanggil wartawan agar naik ke pentas untuk sidang akhbar.
“Kami berada di sini bukan untuk mencetuskan masalah. Ini adalah perhimpunan aman tetapi ini adalah cara Samy Vellu... beliau menghantar samseng-samsengnya,” kata Samy lagi.
Katanya, mereka bersedia untuk mengakhiri perhimpunan jika kumpulan itu masih berhasrat untuk mencetuskan kekecohan.
“Kami warganegara yang patuh kepada undang-undang, kami tidak mahu keganasan. Kami akan mendengar nasihat polis,” katanya lagi.
Samy juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil berat tentang kepimpinan ala samseng Samy Vellu, yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional.
“Kami, pada satu sebelah, hanya mahukan keamanan. Kami mahu menyerahkan memorandum kami kepada Perdana Menteri dan mahu mendesak Samy Vellu bersara awal,” kata beliau.
Beliau juga mencabar  Samy Vellu agar mengisytiharkan universiti Aimst dan MIED adalah milik komuniti India, bukannya ‘dirampas’ pemimpin veteran itu.
Oleh kerana kumpulan penyokong Samy Vellu itu terus mencetuskan kekecohan, sebahagian mereka telah dibawa keluar dari dewan.
Tiga pemimpin kumpulan itu kekal berada dalam dewan dengan dikelilingi beberapa penyokong mereka.
Program itu berterusan dengan beberapa jemputan khas memberikan ucapan tetapi terus diganggu oleh kumpulan tersebut.
Kira-kira pukul 3.10 petang perhimpunan diisytiharkan tamat.
Turut hadir seorang pemimpin yang dipecat iaitu Bharat Maniam, yang merupakan bekas Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ketika ditemui The Malaysian Insider, Mugilan berkata, program GAS II berjaya dengan jumlah kehadiran yang ramai.
“Kami akan terus berlawan. Kami akan datang dengan lebih banyak idea dan akan memastikan Samy Vellu letak jawatan sebagai presiden dalam waktu terdekat,” katanya.

Hishammuddin: BN must face General Election, no delay

BANGI, July 4 — Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said today the time has come for the Barisan Nasional (BN), particularly Umno, to prove that their past weaknesses and mistakes have been successfully overcome.
As such, the BN and all its component parties must now be prepared to face the 13th general election without dilly-dallying anymore, he said.
He said cliché and petty excuses which were frequently used before could no longer be cited to support reasons for ‘running away’ from contesting in the election.
Hishammuddin said amendments to the (party) constitution and a comprehensive transformation in Umno were drastic measures taken to rebuild the party’s strength, thus enabling Umno to emerge as the first BN component party to take the bold move.
“We have no choice. We have to be ready, how long can we give the excuse that we are not ready? How long can we delay the election and say that we are still saddled with problems that we had to face during the rehabilitation before?” he asked.
Hishammuddin, who is also the Home Minister, said this when referring to a statement by another Umno vice-president, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who will present a motion to hand over the chairmanship of the State Umno Liaison Bodies in five states to the party leadership in the states concerned.
This was because Umno’s position in the five states, namely Selangor, Terengganu, Penang, Kedah, and the Federal Territory had become strong again, according to Ahmad Zahid.
When asked whether he was ready to relinquish the post of chairman of the Terengganu Umno Liaison Body to the Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Hishammuddin said this aspect would eventually be determined the party members. — Bernama

To pre-empt lurid Bala thrilla, Najib warns against believing RPK

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

In a defensive move aimed at pre-empting calls for his resignation ahead of lurid details that are bound to emerge next week highlighting his role and relationship in the Altantuya murder and submarines graft case, Prime Minister Najib Razak has warned Malaysians not to believe top blogger Raja Petra Kamaruddin, who operates the popular news portal Malaysia Today ( http://malaysia-today.net/ ).

“If Raja Petra is funded by the opposition, it means that his statements are politically-motivated. We should weigh them carefully and not merely accepting them,” Najib was quoted telling national news agency Bernama.

Najib and his wife Rosmah Mansor have been implicated in the Altantuya Shaariibuu murder as well as a billion-ringgit submarines graft case by a private investigator, P Balasubramaniam, who ironically was hired by the PM's  close friend Razak Baginda.

Why disallow MACC from going to London then?

Baginda had instructed Bala, a former police officer, to stop Altantuya from blackmailing him. The 28-year old Mongolian translator had threatened to blow the whistle on his role in receiving alleged kickbacks from the government's purchase of two Scorpene submarines worth RM6.7 billion in 2002. Najib, who was then the defense minister, had ordered the acquisition even though there had been public disquiet about the submarines' effectiveness in patrolling Malaysia's shallow-watered coastline.

Due to the Najib administration's refusal to initiate any graft probe, civil rights groups led by SUARAM have earlier this year lodged a complaint with the French police. They are trying to claim back on behalf of Malaysian taxpayers the alleged kickback from French naval firm DCNS, who sold the Scorpenes to the defense ministry.

"If Najib is serious about his credibility and the reputation of the country, he would have ordered the Malaysian Anti-Corruption Commission to go to London and take down Bala’s statement next week,” Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“But he didn’t. Instead, the indications are that he ordered the MACC, no doubt through the Attorney-General, to not go to London. If Bala reveals all the details, it will go on public record. Somehow, sometime, somewhere, someone will eventually dig out the case and the truth will be revealed to the world. This is what the Najib administration wants to avoid. So it is not Raja Petra or Balasubramaniam, it is Najib himself that Malaysians should be wary of and think carefully about before they believe anything he says."

Opposition involved?

In the past few days, a busy stream of Umno supporters including Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim have been hurling accusations at PKR co-ordinator Zaid Ibrahim for having links to Raja Petra. Zahrain even warned he had photos of the two men together and urged the MACC to investigate who was funding Bala, who now lives overseas in self-exile for fear of his safety and that of his family’s.

Najib’s cousin Home Minister Hishammuddin Hussein too has joined the chorus seeking to highlight the link between the Pakatan Rakyat and Raja Petra in an apparent attempt to deflect public attention and create suspicion for what Bala may reveal at his press conference next week.

Hishammuddin even went so far as to suggest that it was wrong for anyone to have any contact with the fugitive blogger. Like Bala, Raja Petra lives overseas in self-exile. He was prosecuted for criminally defaming Najib and Rosmah, but says the charges were maliciously trumped up by the Attorney-General, Gani Patail. Despite being forced out of the country, he still is able to operate his website and also keep in contact with his wide network of high-level government sources.

"Of course, Najib and Umno will want to throw the blame back on Pakatan and PKR in particular. But if it seems that Pakatan leaders, for example DAP's Karpal Singh and Opposition Leader Anwar Ibrahim, are frequently involved in the two cases, it is because they have no choice," PKR vice president Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.

"It is their job, their duty as the champions of the people. Whoever has been downtrodden and bullied can always approach us and we will try to help them. Look at Altantuya's family - Najib's judiciary insisted on a security deposit before allowing her father to take up a case against the AG. If Pakatan wanted to 'buy' them, we would have paid the RM60,000 for them but we did not. In the end, it was the Mongolian government, which gave them the funds. So, what Najib is trying to do now is to wriggle out from his own dirt."

The thrilla is still on

Despite the MACC chickening out on next week's meeting scheduled for Monday and Tuesday, Bala has vowed to conduct a press conference on July 7 to debrief the Malaysian public and the world at large on what has transpired since he re-surfaced in late 2009 after a year in hiding in several Asian countries, including India.

So far, he has revealed that he was offered a RM5 million ringgit bribe by Najib’s brother Nazim Razak and Rosmah's friend Deepak Jaikishan to retract a damning statutory declaration he made in 2008. He was also asked to leave Malaysia and keep silent on the case.

In the 2008 statutory declaration (see below), Bala revealed that Baginda told him Altantuya had been Najib’s mistress and she had come to Malaysia to claim her US$500,000 share of the commission from the Scorpenes deal. The beautiful 28-year old speaks four languages including Russian and is believed to have helped Baginda in negotiations with DCNS.

It has also been reported by French newspaper La Liberation that a jealous Rosmah put her foot down when she found out her rival was in town and refused to let Baginda pay her a cent. The talk in the coffe-shops throughout the nation is that a pregnant Altantuya had asked for a RM10 million settlement. Najib and Rosmah have denied ever knowing her, although Baginda has admitted having an affair with her.

Two former bodyguards of the first couple have been sentenced to hang for Altantuya’s murder even though they never met her before the night of her killing. The Altantuya trial has remained fresh in the minds of the Malaysian people, who are intrigued by her haunting beauty and sympathize with the brutal way in which her body was blown to bits with military-grade C4 explosives to prevent identification.

Malaysians also remember because several key question were never allowed to be asked throughout the court case: was there anyone and who was it who ordered her murder?

‘Roadshow’ Umno Selangor mahu dedah sandiwara Pakatan

TANJONG KARANG, 4 Julai — Umno Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor minggu depan bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di negeri itu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan Naib Presidennya Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.
“Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR.
“Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian selepas majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Tanjong Karang yang disempurnakan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau turut mengingatkan Umno Selangor supaya tidak berpeluk tubuh dan menganggap kemelut yang berlaku dalam PKR sebagai bonus kepada Umno untuk memenangi semula hati rakyat Selangor.
“Sebaliknya kita mesti tingkatkan kerja kita dan turun padang untukberkhidmat kepada rakyat,” katanya.
Pada 27 Jun lepas, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Amaran Najib tsunami politik kedua jika Umno abai empat faktor

PEKAN, 4 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti Umno sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.
Beliau berkata, faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata pelaksanaan dasar dan sesuatu keputusan yang diambil itu akan dilihat oleh rakyat sebagai ukuran bagi meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
“Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu,” kata beliau dipetik Bernama merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.
Najib berkata faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadap pengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.
“Faktor terakhir adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya,” katanya.
Menurutnya tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.
“Justeru, saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai Umno bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.
Katanya soal pendaftaran ahli tidak boleh dibuat secara bermusim sebaliknya ia perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh menarik minat untuk menyertai parti itu.
Dalam pada itu, mesyuarat itu juga mengusulkan usul tergempar apabila menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang membuat keputusan tidak meluluskan lesen pertaruhan sukan sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia.
Usul yang dibawa oleh Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Pekan, Mohd Arippin Daud itu menyatakan mereka tetap mempertahankan keputusan Perdana Menteri walaupun terdapat pihak tertentu yang mendesak supaya meluluskan lesen tersebut.

Tengok nii...Drama "Si Kambing Hitam" Akan Kembali...

Setelah segala bukti dan fakta didedahkan oleh Suara Keadilan terhadap salah urus Felda yang menyebabkan kemerosotan aliran wang Felda sebanyak RM2.73 billion dalam tempoh lima tahun menyebabkan pimpinan Umno menjadi "Libang-libu" taku-takut segalah penyelewengan mereka selama ini terdedah.

Maka dengan itu KDN diarahkan mengambil tindakan segera terhadap Suara Keadilan sambil SPRM yang selama ini diharapkan untuk menyiasat segala peyelewengan beserta bukti yang telah diberikan oleh Suara Keadilan hanya berpura-pura "Tertidur" seketika. Tindakan Felda yang membelanjakan RM622 juta untuk bangunan Felda di kawasan tiga segi emas di Kuala Lumpur yang hanya memberikan keuntungan kepada pihak yang tertentu.

Mungkin SPRM menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk mengaitkan seseorang yang boleh dijadikan "Kambing Hitam" dalam kes ini bagi menyelamatkan pihak-pihak yang tertentu dalam kerajaan.

Drama "Kambing Hitam" ini telah beberapakali diarahkan oleh pimpinan tertentu,contoh dalam drama Altantuya,Kehilangan Injin Jet dan terkini skandal PKFZ.Hinggakan rakyat terkejut apabila mereka yang tiada kaitan langsung dijadikan "Si Kambing Hitam" bagi menutup segera kes yang berlaku.

Juragan :Mungkinkah Drama "Si Kambing Hitam" ini akan dilakonkan kembali oleh pengarah yang sama dalam kes Felda ini..??sama-sama kita tunggu tayangannya di media Umno.

Najib Akui UMNO BN Boleh Tewas Dalam PRU13


Usah jadi primadona dalam Umno, kata Najib

PEKAN, 4 Julai — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur anggota dan pemimpin-pemimpin Umno supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai “primadona”.

“Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?

“Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan di sini.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin Umno perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Najib berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.

Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti Umno kini berada dalam keadaan lemah.

“Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.

“Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk Umno, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat,” katanya.

Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin Umno lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.

“Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu,” katanya. Ditanya berkenaan perjalanan mesyuarat bahagian Umno yang sedang berlangsung ketika ini,

Najib berkata perjalanan mesyuarat berkenaan kini dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan melalui laporan yang dibuat Badan-badan Perhubungan Negeri.

“Setakat ini, saya tidak dapat laporan negatif, semua berjalan baik walaupun satu bahagian di Kelantan timbulkan masalah yang agak rumit yang sedang ditangani Badan Perhubungan Umno Kelantan dan Jawatankuasa Pengurusan,” katanya. — Bernama

Ulasan GB

Sebelum ini GB telah mengulas mengenai kekalahan negara-negara Amerika Latin di dalam Piala Dunia 2010.

Dan GB menyatakan jika negara-negara favourite berkenaan boleh tewas, apa tah lagi Barisan Nasional.


Sepertimana tajuk, GB meletakkannya jika Amerika Latin, gergasi bolasepak dunia boleh dibenamkan di Piala Dunia 2010, mengapa tidak Barisan Nasional di negara ini?

Firasat GB berdasarkan keputusan Piala Dunia setakat ini: tunggu saat dan ketika, Barisan Nasional pasti akan dibenamkan supaya mereka menyedari tinggi rendahnya langit dan agar keangkuhan mereka selama ini dipenggal hancur sampai ke bumi.


Tiba-tiba ada yang menempelak GB dengan nicknamenya Maradona menulis di dalam komennya, "kau ingat main bola?"

Kini PM sendiri mengakui kenyataan GB di atas:

“Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite Umno dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?

Najib dapat menciumi bukan sahaja Maradona yang tak jadi telanjang itu yang ada di dalam UMNO, tetapi ramai primadona yang merosakkan partinya.

“Kalau pasukan kita banyak “primadona”, dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan,” katanya

Ya, evolusi politik pasti berlaku, seperti TPM, Tan Sri Muhyiddin sendiri mengakui UMNO adalah ibarat sebagai sebuah kapal lama yang bergerak perlahan... GB menyatakan kapal lama itu usang dan pasti tenggelam di makan usia... ia akan digantikan dengan sebuah kapal baru.. Pakatan Rakyat namanya!

Kepada "Maradona" yang menulis komen di blog GB ini, berfikirlah seperti Presiden anda berfikir. Alhamdulillah, GB lebih depan setakat ini...

Tanggungjawab suami uruskan rumah

1001 Kemusykilan Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN:
Saya membaca sebuah buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor karangan Datuk Syed Alawi Tahir al-Haddad, cetakan ketiga, tahun 1981, halaman 184-185. Buku ini menyatakan tidak wajib atas isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan.
Jika isteri melakukan semua itu, ia berhak menuntut gantian dengan harga sebagai upah. Kewajipan isteri, menurutnya, hanya taat dan menyerah diri kepada suami bagi memuaskan kehendaknya serta tinggal dalam rumah dan tidak boleh keluar tanpa izin.
Soalan saya, benarkah pendapat ini? Setahu saya apa yang disebutkan itu bertentangan dengan amalan dalam masyarakat Melayu hari ini. Saya harap tuan jelaskan kewajipan sebenar suami, isteri sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. - SALMIAH, Seksyen 14, Petaling Jaya.
JAWAPAN:
Saya turut membaca buku berjudul Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor seperti yang disebutkan dalam soalan di atas. Buku ini merupakan himpunan fatwa Almarhum Datuk Syed Alawi al-Haddad (meninggal dunia 1962). Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Johor (1934-1961). Pada saya, fatwa mufti itu kurang jelas menyatakan tanggungjawab siapa menjalankan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian, memasak, menyediakan makanan, mengasuh anak, menyidai kain dan sebagainya.
Saya membaca lagi beberapa buah buku yang ada dalam simpanan saya untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut tentang perkara itu. Saya dapati, kebanyakan menyatakan kerja-kerja rumah seperti yang disebutkan di atas adalah tanggungjawab suami.
Saya tersentak seketika apabila membaca kerja-kerja seperti itu termasuk dalam senarai kewajipan suami terhadap isteri, di samping nafkah utama yang meliputi makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan. Kewajipan isteri pula dinyatakan ialah melayani kehendak suami dan menyerahkan tubuh badan kepadanya serta menyahut panggilannya dengan segera bila diperlukan, sekalipun ketika dia sedang memasak di dapur.
Buku-buku itu antara lain menjelaskan lagi, isteri tidak harus berpuasa sunat, kecuali terlebih dahulu memaklum dan mendapat keizinan suami, kerana khuatir nanti suatu panggilan kecemasan akan berlaku, sedangkan dia tidak dapat menyahutnya kerana berpuasa. Dinyatakan lagi, jika isteri tidur bermalaman, sedangkan dia dengan sengaja tidak melayani kehendak suaminya, maka sepanjang malam itu dia dilaknat Allah dan malaikat.
Kesetiaan isteri terhadap kehendak suami semacam boleh ditafsirkan dengan ada bayarannya, iaitu kerja-kerja rumah seperti mengasuh anak, memasak, membasuh pakaian, menyidai kain dan sebagainya hendaklah dijalankan oleh suami. Kecuali jika isteri dengan rela hati sedia melakukannya.
Saya tidak mempertikaikan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh al-Quran dan hadis-hadis sahih berhubung kewajipan suami terhadap isteri, seperti nafkah makan minum, kediaman, pakaian dan perubatan yang wajib ke atas suami menyempurnakannya. Manakala kewajipan isteri terhadap suaminya pula hendaklah melayani sepenuhnya kehendak suami sebaik sahaja panggilan dibuat.
Persoalan yang berbangkit ialah mengenai kerja-kerja harian di dalam rumah seperti memasak, mengasuh anak, menyidai pakaian dan sebagainya, benarkah ia termasuk antara tugas suami? Isteri hanya boleh melakukannya secara sukarela atau suami sendiri menyempurnakannya sebagai tanggungjawab terhadap isteri. Begitulah apa yang saya faham daripada buku-buku yang saya baca.
Saya berpendapat hukum ini adalah hasil ijtihad ulama pada beberapa abad terdahulu. Ijtihad boleh berubah dari masa ke masa mengikut perubahan zaman, keadaan dan tempat. Ijtihad ulama juga tidak selalunya tepat dan betul, kadang-kadang boleh disanggah oleh ulama melalui ijtihadnya yang dihasilkan pada waktu dan masa yang lain pula. Dalam hadis menyebut: Sesiapa yang silap dalam ijtihadnya maka ia memperoleh satu pahala dan siapa yang betul, akan mendapat dua pahala.
Menurut mazhab Imam Malik, uruf dan kebiasaan dalam sesebuah masyarakat boleh dipakai bagi menurunkan sesuatu hukum. Atas dasar ini, isteri boleh memasak, menyidai pakaian, mengasuh anak dan sebagainya jika dia suka, tetapi bukan sebagai kewajipannya. Beberapa alasan berikut boleh dijadikan hujah:
Pertama: Allah berfirman kepada para isteri yang membawa maksud: Isteri menanggung kewajipan terhadap suaminya yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik, suami juga dikehendaki melakukan kewajipan yang serupa (al-Baqarah: 228). Ini bermakna suami isteri sama-sama mempunyai tanggungjawab terhadap satu sama lain.
Saya beranggapan tidak adil jika urusan yang dilakukan di luar rumah seperti mencari nafkah makan minum, kediaman, pakaian, perubatan menjadi kewajipan suami sepenuhnya, kemudian kerja-kerja di dalam rumah juga menjadi kewajipan suami. Isteri seolah-olah tiada sebarang kerja, selain melayan suami dengan tubuh badannya sahaja. Cara yang lebih adil ialah kerja-kerja di luar rumah menjadi kewajipan suami, sementara dalam rumah pula hendaklah diambil tanggungjawab oleh isteri.
Kedua: Dalam pergaulan sesama manusia dan juga keluarga, setiap hak yang wajib ditunai hendaklah ada balasan yang diterima. Suami dipertanggungjawab memberi nafkah dengan jalan yang terbaik, seperti yang dinyatakan terdahulu. Apakah hak ini telah dibalas oleh isteri dengan cara yang terbaik juga seperti yang sepatutnya? Apakah kewajipan menyara hidup yang disempurnakan oleh suami terhadap isteri dan anak-anaknya itu dianggap sebagai percuma dan tidak perlu dibalas apa-apa? Islam dan juga budaya Melayu tidak menyatakan begitu.
Mungkin ada orang menjawab, tubuh badan isteri yang diserah kepada suami itu sendiri bayarannya. Suami berhak mendapat kepuasan sesuka hati dan pada bila-bila waktu sahaja. Alasan ini boleh ditolak dengan mudah, kerana kepuasan itu bukan hak suami semata-mata, tetapi hak bersama.
Jika tubuh badan isteri dianggap hak suami, maka tubuh badan suami juga boleh dianggap hak isteri. Sesetengah orang menyebutnya sebagai nafkah batin yang wajib disempurna oleh suami, sekalipun saya tidak setuju dengan istilah nafkah batin itu.
Ketiga: Suami dikira sebagai qawwam (pemimpin) dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap isteri, dengan itu isteri hendaklah menjaga kepentingan suaminya. Jika suami bertanggungjawab dengan memasak dan membasuh pakaian isteri, bermakna isteri sebagai pengawal suami. Ini bertentangan dengan maksud ayat 34 surah al-Nisa. Oleh itu jalan yang paling serasi dan bermuafakat dengan adat dan budaya Melayu ialah isteri bertanggungjawab dengan kerja-kerja rumah, manakala suami hanya membantu.
Mungkin ada suami yang bersedia melakukan kerja-kerja itu. Ada suami yang sangat berminat dengan kerja-kerja memasak, mengasuh anak dan menjahit pakaian sendiri, sementara isteri pula berminat dengan kerja-kerja di luar rumah seperti berniaga dan sebagainya. Amalan ini tidak salah dari segi hukum jika suami isteri rela dengan cara itu.
Keempat: Banyak riwayat menyatakan kehidupan harian para sahabat sebagai suami atau isteri, masing-masing memberi khidmat dan bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh, Asma' binti Abu Bakar, isteri al-Zubayr Ibn al-Awwam, selalu membantu suaminya dengan memberi makan kuda, mengangkut air dari tempat yang berbatu-batu jauhnya. Tidak pula kedengaran Baginda Rasulullah melarang Asma' berbuat demikian dengan alasan semuanya itu adalah kewajipan suami.
Fatimah al-Zahra, isteri Ali Abu Talib dan puteri Nabi, juga melakukan sendiri kerja-kerja memasak dan membakar roti, menyediakan makanan dan mengisar tepung, sehingga menjadi pecah-pecah pada tangannya. Fatimah dan suaminya pernah mengadu kepada Nabi agar mengizinkannya mendapatkan pembantu rumah atau khadimah.
Tetapi Nabi menyuruh agar Fatimah terus melakukan sendiri kerja-kerja itu. Baginda tidak pula mengatakan, serah saja kepada Ali, kerana itu tanggungjawabnya sebagai suami.
Mungkin ada orang menjawab, sumbangan Fatimah yang membuat kerja-kerja rumah itu hanya sukarela, bukan sebagai kewajipan atau tugas. Saya katakan, kerja-kerja itu adalah kewajipan Fatimah bukannya sukarela, kerana Nabi tidak menerima cadangannya untuk mendapatkan pembantu rumah bagi menjalankan tugas-tugas itu.
Jawapan Rasulullah s.a.w. kepada puterinya Fatimah adalah suatu perakuan yang dengan sendirinya menurunkan hukum yang bakal dipakai umatnya, iaitu dalam menentukan tanggungjawab siapa sepatutnya melakukan kerja-kerja rumah, suami atau isteri. Dalam ilmu Mustalah Hadis, perakuan ini disebut taqrir (perakuan Nabi).
Saya berasa penting juga dinyatakan di sini bahawa tugas isteri pada hakikatnya ditentukan oleh adat resam dan budaya hidup sesuatu bangsa itu sendiri. Masyarakat Melayu telah mewarisi satu budaya yang agak kukuh, iaitu kerja-kerja berat yang biasanya menjadi kewajipan suami, manakala kerja-kerja ringan biasanya menjadi tanggungjawab isteri.
Ditakdirkan ada isteri merasakan adat dan budaya Melayu ini tidak perlu lagi dipertahankan, sudah tiba masanya lelaki dan wanita disamakan. Suami harus menyediakan sendiri makan minumnya, membasuh dan mencuci sendiri pakaiannya. Bagaimana pula jika dia kesuntukan masa untuk melakukan kerja-kerja itu, lalu menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji? Tidakkah hati tersentuh melihat orang lain berada di samping suami kerana menyediakan makan minum dan mencuci pakaian dan menyentuh barang-barang yang akrab dengannya?
Adat resam dan budaya Melayu tidak pernah menerima cara itu. Janggal sekali jika orang yang tidak ada kena-mengena itu bebas melakukan apa sahaja yang disukainya.

Muhyiddin bidas orang Melayu sokong Pakatan, pertikai dasar BN

BATU PAHAT, 4 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang sanggup mempertikai dasar kerajaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan usaha meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.
Sambil menyifatkan sikap itu sebagai satu ancaman berkekalan bagi perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno, beliau mengingatkan sikap sebegitu boleh mengundang bencana besar kepada negara.
“Orang Melayu sepatutnya bersatu di bawah satu payung untuk menentukan agenda membangunkan bangsa Melayu tercapai.
“Matlamat ini tidak akan tercapai jika kita terus berpecah belah,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong di sini hari ini.Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, golongan Melayu tersebut menyokong pembangkang khususnya DAP pimpinan Lim Kit Siang.
“DAP menganggap tindakan saya membela orang Melayu sebagai seorang ultra Melayu, sedangkan Lim Kit Siang lebih bersifat perkauman,” katanya.
Kata beliau, dalam situasi yang amat mencabar ini, orang Melayu khasnya Umno perlu melipatgandakan usaha bukan sahaja untuk memperkukuh kedudukan parti tetapi berusaha melaksanakan tranformasi sejajar yang diputuskan di peringkat pusat supaya Umno dapat diterima oleh rakyat.
Beliau kesal kerana usaha tranformasi untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 di peringkat bahagian-bahagian berjalan perlahan, tidak sebagaimana diharapkan.
Menurut beliau, usaha menambah baik parti itu perlu dilakukan segera supaya parti dilihat masih relevan oleh bukan sahaja orang Melayu tetapi terus diterima rakyat keseluruhannya.
Muhyiddin menegaskan, sebagai pemimpin nombor dua, beliau sentiasa membantu usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengariskan gagasan 1Malaysia dan lain-lain dasar penambaikan pentadbiran negara untuk ditranformasikan di peringkat Umno di semua peringkat.
Usaha itu, katanya, penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dan seterusnya memenangi semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang dalam pilihan raya umum lalu pada pilihan raya umum akan datang. – Bernama

Permit Suara Keadilan: KDN belum buat keputusan..ha.ha..jadi cam nie pulak...!! flip-flop keh.keh..!!

suarakeadilan_250_220 KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN), dalam satu kenyataannya hari ini berkata, pihaknya belum membuat keputusan berhubung permohonan pembaharuan permit akhbar mingguan organ PKR, Suara Keadilan.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Datuk Zaitun Ab Samad berkata KDN masih meneliti permohonan itu bagi menjawab dakwaan bahawa Suara Keadilan dinafikan permit penerbitan.

Menurut beliau, KDN hanya akan memutuskan perkara ini setelah menerima jawapan yang memuaskan daripada akhbar tersebut.
Zaitun berkata, permit setahun akhbar Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai 2009 telah tamat pada 30 Jun lalu.
Beberapa laporan media mendakwa KDN memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan ekoran tidak puas hati dengan penjelasan Editor Dzulkarnain Taib berhubung artikel "Felda Bangkrap".

Akhbar Sarawak di larang lapor kekayaan Taib...ha..ha...mereka sudah takut..!!!

taib mahmud3_250_220 Oleh Roselind Jarrow
KUCHING: Pemilik dan editor akhbar-akhbar di Sarawak dilarang dari menerbitkan laporan mengenai hartanah bernilai berbilion ringgit yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.
Arahan dari Jabatan Ketua Menteri dibuat berikutan beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak Suruhanjaya itu menyiasat hartanah Taib.

Jabatan itu mengeluarkan arahan baru-baru ini kepada pemilik dan editor akhbar melalui Jabatan Penerangan Negeri.
Arahan itu juga memberitahu para editor supaya tidak menghantar para wartawan membuat liputan sidang media oleh PKR di negeri itu, dilihat sebagai tindak balas terhadap langkah sayap pemuda parti itu membuat laporan dengan SPRM berhubung kekayaan Taib.
Ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today semalam, beberapa editor enggan memberi sebarang komen tentang arahan tersebut.
Bagaimanapun, Editor Kumpulan ‘Borneo Post’ dan ‘Utusan Borneo’ Jimmy Adit berkata beliau mendengar tentang arahan itu daripada rakan sejawatnya tetapi menafikan menerima arahan tersebut.
"Bagaimana mungkin kami tidak menyiarkan kenyataan PKR itu jika kenyataan itu baik, tidak terikat dari segi undang-undang atau menimbulkan kemarahan?  Mereka tidak boleh mengeluarkan arahan seperti itu," katanya.
Tiga laporan kepada SPRM telah dibuat terhadap Taib selepas portal berita ‘The Sarawak Report’, menyiarkan artikel mendakwa Taib dan keluarganya memiliki hartanah bernilai berbilion ringgit di luar negara.
Anak perempuannya, Jamilah dilaporkan menerajui empair perniagaan di Kanada, England dan Australia.
Beberapa blog dan laman web menonjolkan laporan-laporan yang mana parti kepunyaan Taib, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu mensifatkannya sebagai satu pembohongan.
Parti itu juga menubuhkan unit media untuk memantau lebih dekat laporan-laporan ini dalam blog dan laman web dan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membidas "pembohongan" itu.

Masjid tidak makmur jika AJK tidak beriman

PETALING JAYA, 4 Julai: Sesebuah masjid gagal dimakmurkan jika ahli jawatankuasanya tidak beriman kepada Allah, kata ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya, ahli-ahli jawatankuasa masjid mestilah memenuhi beberapa ciri dalam usaha untuk memakmurkan masjid, antaranya beriman kepada Allah.
“Macam mana nak makmurkan masjid kalau AJK tidak beriman kepada Allah,” ujarnya ketika berucap pada Masjid Hi-Tea sempena Karnival Masjid Kota Damansara 2010 di pekarangan masjid itu, petang ini.
Turut berucap ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Katanya, dalam konteks beriman kepada Allah, AJK hendaklah beriman sepenuhnya dengan apa yang diturunkan oleh Allah termasuk segala hukum hakam dan undang-undang-Nya.
Selain itu, jelasnya, setiap AJK juga mestilah beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat, tidak takut kepada sesiapa melainkan kepada Allah semata-mata serta mampu mengajak masyarakat kepada Islam.
Sehubungan itu, tambahnya, jangan ada di kalangan AJK masjid yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat habuan daripada sumbangan yang diterima termasuk mendapat kontrak untuk menyediakan jamuan mahupun pembangunan masjid.
“Jangan nak jadi AJK masjid kerana nak dapat kontrak buat bubur lambuk,” ujarnya seloroh.
Katanya lagi, sikap ahli jawatankuasa yang hanya pergi ke masjid setahun sekali juga antara punca sesbuah masjid itu gagal dimakmurkan.
Dalam nada sinis, katanya, kemungkinan ahli jawatankuasa masjid menunaikan solat kerana secara kebetulan telah masuk waktu semasa mesyuarat diadakan.
Beliau juga menyarankan supaya pihak masjid mengadakan banyak aktiviti untuk menjinakka golongan remaja dengan masjid.
“Kalau boleh, masjid perlu mengadakan program mingguan untuk kanak-kanak dan remaja seperti membetulkan solat, bacaan solat dan seumpamanya supaya mereka jinak dengan masjid,” ujarnya lagi.
Idris menekankan ibu bapa termasuk pihak masjid menitikberatkan anak-anak dan golongan remaja dengan solat bagi menghindari gejala sosial yang semakin para hari ini.
 “Kita kena ingat, apabila solat diabaikan, mereka akan mengikut hawa nafsu,” ujarnya.

Penjelasan dan kesal atas berita Bernama

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.
Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.  
Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan. 
Apa pun, saya mengucap terima kasih atas laporan media yang berimbang. Antaranya akhbar New Sunday Times tidak memetik laporan berita Bernama (yang tidak bersifat berita itu), sebaliknya ia telah menyiarkan berita yang ditulis wartawannya sendiri. Begitu pula, Sinar Harian didapati memetik laporan Bernama, tetapi turut menyiarkan di ruang Kelantan kenyataan yang dianggap tepat mengenai cadangan saya agar berlaku syura bagi pemilihan dalam PAS. Sementara Mingguan Malaysia tidak memetik laporan Bernama, sebaliknya menyiarkan kenyataan yang agak tepat dengan maksud sebenar saya.
Di sini diperturunkan maksud kenyataan saya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kemungkinan berlaku pertandingan dalam pemilihan PAS tahun depan. Antaranya ialah:
“Kalau boleh tidak perlu bertanding, kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.  Ini luahan hati orang tua, tak mahu tengok perpecahan berlaku.
“Pengalaman saya sendiri yang pernah bertanding dalam dewan ulama’ satu ketika dulu, amat tidak comel. Baik kita cari cara yang lebih comel elak daripada perpecahan.
"Moleknya, kita buat keputusan secara syura dan lantik ketua kita beramai-ramai. Ini cadangan saya. Tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.
Semoga penjelasan saya ini, dapat mengelakkan salah faham semua pihak, khususnya rakan-rakan pimpinan dalam PAS. Jangan mudah terpengaruh dengan semua laporan berkenaan, terutama Bernama dan akhbar yang nampaknya ada agenda tersembunyi di sebalik apa yang mereka laporkan. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Kepada pihak akhbar cermatlah dan jauhilah daripada memfitnah.
Sekian, wassalam. 

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Tarikh:  21 Rejab 1431/4 Julai 2010.

Timbalan Pengerusi SPR wajar dipecat

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pengumuman rasmi yang dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkaitan peratusan pemilih baru 2 Melayu dan 1 bukan Melayu dengan sendirinya menempelak timbalan pengerusinya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar jelas menyokong kenyataan Pemuda Umno kononnya peratusan pemilih baru 1 Melayu dan 40 bukan Melayu yang jelas cuba menyempurnakan agenda perkauman sempit Umno.
“Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR jelas menafikan percubaan Umno yang disokong Wan Ahmad, Timbalan Pengurusi SPR untuk menimbulkan kekecohan perkauman dalam negara.
“Percubaan jahat ini juga turut didukung oleh sebahagian pimpinan Umno yang mengambil kesempatan untuk mengadu-domba perkauman di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Dengan pengumuman oleh Pengerusi SPR, kata Mahfuz, maka wajarlah Wan Ahmad dipecat dari jawatan selaku Timbalan Pengerusi SPR.
SPR, katanya tidak boleh dilihat sebagai ‘Suruhanjaya Perkauman Rakyat’, oleh itu memecat Wan Ahmad adalah tindakan wajar.
Di samping itu juga, tambahnya Mohd HishamuddinYahaya, Exco Pemuda Umno dan Berita Harian perlu memohon maaf secara terbuka dan mengakui mereka ada agenda jahat perkauman dan membuat aku janji tidak mengulangi perbuatan jahat itu.

BADUT UMNO SURUH SAYANGI POLIS..WKAHAKAHAK..NAK TERKENTUT AKU

Badut UMNO-APCO-YAHDUI mintak rakyat malaysia sayangi/hormati polis...uweekkkkkkkkk nak termuntah aku..baca sini : http://www.malaysiakini.com/news/136346

kementerian si badut ni pegang baru je haramkan surat khabar suara keadilan,kedai 4D Sports toto yang dah nyata haramjadah tak pulak diharamkan?
ya mari kita sayangi,loving polis-polis ya rakyat malaya semua..auwwwwwwwchhhh.. sayang u polis

tapi.....

ya akan aku kenang jasa-jasa polis untuk aku
polis mana tu polis bombay ker? polis bangla? ker polis inspektor sahab?


ini senarai jasa-jasa polis kat aku

1.mintak duit kopi (RASUAH) dengan aku
2.pau duit aku dan family aku (rasuah jalan raya)
3.tak  hormati rakyat, cakap kasar dengan aku

lagi senarai jasa polis pdrm dan agensi sprm untuk 1Malaysia.

0.Polis / FRU suka kacau dengan siram air beracun & tembak gas pemedih mata atau peluru hidup kepada pendemo-pendemo aman rakyat malaysia seperti di himpunan BERSIH, BANTAH-PPSMI, Tragedi Rampasan Kuasa Perak,ANTI-JUDI BOLA

1.kugan...dah jadi mendiang
2.teoh beng hock..dah jadi mendiang
3.adik aminul rashid..dah jadi arwah
4.norizan (ibu muda) cedera parah dan dah jadi OKU
5.UTK Serbu dan tangkap sultan kat negeri Pakatan Rakyat.
6.2 orang UTK dituduh dan didapati bersalah bunuh/letupkan altantuya ..misteriuss..nge he he he
7.7polis terengganu disiasat kes dadah
8.dadah bernilai rm1 juta hilang dari bilik bahan bukti di balai polis di johor.
9.polis trafik tahan dan raba wanita di KL.
10.polis belasah orang awam lepas tu baru siasat
11.Kasi kontrek /projek di bukit aman kat syarikat asia soft (Syarikat rakyat israel yang bayar cukai kat kerajaan israel)
12.korang sendiri bagi laa..wkhakahakaa...

Penghormatan tak perlu dimintak,ia akan datang sendiri..FURCKEERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!

CERMIN MUKA TURRRRRRRRR DULU

well, ada polis baik,ada polis jahat.CUMA UMNO-APCO-YAHUDI JE YANG JAHAT NAK MAMPOS MACAM CILAKA!!!!

Dedah Bukti PKR Taja Raja Petra - Syed Husin



PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya mendedahkan bukti mengatakan parti itu membiayai pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, Mohamed Nazri perlu menyatakan bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya itu.
"Jangan cakap kosong... kalau ada bukti, cakaplah (dedahkan), saya cabar beliau untuk kemukakan bukti," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Melalui laporan media hari ini, Mohamed Nazri yang dipetik sebagai berkata, kerajaan mempunyai bukti mengatakan PKR membiayai Raja Petra di United Kingdom.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendedahkan Raja Petra pernah menerima RM470,000 dan pernah menginap di Hotel Britannia, Manchester bersama-sama dengan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim pada 1 Oktober hingga 4 Oktober tahun lalu.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

PKR to table urgent motion on Home Ministry ban on S' Keadilan

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PKR leaders condemned the reasons given by the Home Ministry for refusing to renew the publishing permit of party newspaper Suara Keadilan, among which included one that stated the weekly had on numerous occasions criticized Prime Minister Najib Razak and his Umno-Barisan Nasional government.

“We are not in the business of praising the Umno-BN, PKR is not a fan club for Prime Minister Najib Razak,” senior PKR lawyer and party vice president Sivarasa Rasiah told Malaysia Chronicle.

PKR lawmakers will be tabling an urgent motion in Parliament on Monday to demand a debate on the Home Ministry’s explanation, a written copy of which has been received by Suara Keadilan lawyers.

The motion will also call on Home Minister Hishammuddin Hussein to respect Malaysians' intrinsic rights to expression and a free media. It will also condemn the archaic Printing Presses and Publications Act 1984 that many journalists and civil rights groups have denounced as a thinly-veiled mechanism for the government to suppress, control and manipulate information to benefit itself at the peoples' expense.

“This is a matter of principle, a core pillar of the PKR platform for change for a better and civil society. So, we will fight this with all that we have - beginning with political pressure at Parliament level and then lobbying together all the media rights groups both at national and overseas level. If the BN refuses to budge, then we will take them to court,” Sivarasa said.

Financial shenanigans?

Suara Keadilan drew fire from the Prime Minister’s Department over a recent article it published entitled Felda Bangkrap. Felda is a government-controlled land-resettlement company with huge palm oil assets. It comes under Najib's direct eye.

Stinging from the article which detailed gross mismanagement since Najib took it under his charge a few years ago, Minister in the PM’s Department Ahmad Maslan immediately slapped a RM200 million defamation suit on the popular PKR weekly.

Ahmad had himself told Parliament some two weeks ago that Felda's cash reserve had plunged RM2.73 billion from RM4.08 billion in 2004 to RM1.35 billion in 2009. His statement drew unexpectedly sharp public rebuke and nationwide accusations of high-level government corruption.

Pundits questioned how Felda could spend as much as RM2 billion on replanting crops and also slammed the propriety of its decision to buy a swanky new headquarters in downtown Kuala Lumpur for RM662 million in a back-to-back deal with Naza-TTDI, a property firm with strong connections to the Umno elite.

Conspiracy to hush up?

Days later, the Home Ministry said it would not renew Suara Keadilan’s publishing permit, although the newspaper had already applied for an extension months ahead of the expiry date.

The Home Ministry's move was widely criticized as political vengeance and the government accused of conspiring to stop PKR and Pakatan Rakyat from exposing any more of the financial debacles at Felda. Home Minister Hishammuddin is Najib's cousin.

Already nervous about the support Pakatan has been gaining from the children of the original Felda settlers, disgruntled at the meagre income their parents have still to eke out, Umno leaders have tried to block Pakatan's headway into their traditional bastion of support.

“This is obviously an excuse to mask their real motive – to deny Pakatan and PKR in particular a platform to reach the Malay constituents,” PKR Youth Chief Shamsul Iskandar Akin told Malaysia Chronicle.

“If Felda - which is a corporate body – feels it has been defamed, then it is up to them to sue Suara Keadilan. Why should the PM's department and the Home Ministry rush to silence Suara Keadilan? Why are they giving a whole long list of superficicial and irrelevant reasons including the silliest one that Suara Keadilan is often critical of Umno and BN leaders.”

Dedah Bersyarat ...ha.ha..ada berani sekarang....Zaid setuju dah...!!


Zaid sedia jelaskan hubungannya dengan Raja Petra secara terbuka

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim meletakkan syarat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jika mahu beliau menjelaskan mengenai hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Zaid berkata, beliau hanya akan membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan jika ia dilakukan di tempat terbuka yang boleh disaksikan oleh orang awam.
"Hishammuddin mahu supaya saya membuat penjelasan... saya sedia untuk itu jika beliau mahu bertemu saya.
"Tapi saya mahu pertemuan itu di buat di tempat awam," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Zaid berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Hishammuddin bahawa beliau mempunyai 'kewajipan moral' untuk menjelaskan mengenai hubungannya dengan Raja Petra.
Bagaimanapun Hishammuddin berkata, Zaid tidak terikat dengan peruntukan undang-undang sama ada mahu membuat penjelasan ataupun tidak.
Selain itu menurut Zaid yang juga bekas calon PKR bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berkata, beliau mahu pertemuan itu diadakan di tempat terbuka bagi memastikan orang awam mendapat maklumat secara terus.
"Masyarakat boleh dengar maklumat terus daripada saya," katanya.
Baru-baru ini Zaid sendiri mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan Raja Petra di United Kingdom.
Malah Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim juga mendedahkan Raja Petra pernah menerima RM470,000 dan pernah menginap di Hotel Britannia, Manchester bersama-sama Zaid pada 1 Oktober hingga 4 Oktober tahun lalu.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

"Apa? Anda tidak percaya Rosmah?" Najib....

Begitulah lebih kurang maksud Najib bila dia cuba convince rakyat Malaysia agar jangan percaya kepada berbagai kenyataan RPK...

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai....

Blog ini memberi peluang kepada pembaca semua untuk memilih, siapakah antara orang yang terdekat dengan Najib dan RPK yang lebih dipercayaai kenyataannya???

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi....
Najib: Don’t trust Raja Petra
July 04, 2010
PEKAN, July 4 — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he leaves it to the authorities to take action against blogger Raja Petra Kamaruddin.
The prime minister (picture) said the people should not believe the claims made by the blogger who has fled the country to London.
“If Raja Petra is funded by the opposition, it means that his statements are politically-motivated. We should weigh them carefully and not merely accepting them,” he told reporters after opening the Pekan Umno meeting here today.
He was asked to comment on the statement by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yesterday that the government had proofs that Raja Petra was funded by Parti Keadilan Rakyat (PKR).
On the appointment of Suraya Ramli and Rafidah Abdul Razak as syariah judges, the prime minister said it showed that women in the country enjoyed equalities.
Their appointments as the Kuala Lumpur and Putrajaya syariah judges respectively were made following the consent by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. — Bernama
He was asked to comment on the statement by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yesterday that the government had proofs that Raja Petra was funded by Parti Keadilan Rakyat (PKR).
On the appointment of Suraya Ramli and Rafidah Abdul Razak as syariah judges, the prime minister said it showed that women in the country enjoyed equalities.
Their appointments as the Kuala Lumpur and Putrajaya syariah judges respectively were made following the consent by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. — Bernama

Tak Ketahuan Hala Lagi Nampaknya UMNO lepas nie bila baca kenyataan DAP nie..wa..kah.kah..!!!

(Hang Dah Besaq Nanti Jangan Ikut Ajaran UMNO@APCO..Sesat Noo...!!)

Kenyataan Karpal Bukan Dasar Pakatan Rakyat - DAP

PETALING JAYA: PAS dinasihatkan supaya tidak cepat melatah dengan mengambil kira pendirian pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat yang pada hakikatnya bukan menjadi dasar pakatan pembangkang itu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, isu yang mengatakan DAP tidak menghormati konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS hanyalah salah faham dan tidak berbangkit.
"Bagi saya perkara ini tidak timbul, pakatan bererti kami berpakat dalam isu-isu dan nilai-nilai yang sama seperti memerangi rasuah, membasmi kemiskinan dan memandang isu dari segi masyarakat majmuk bukan perkauman.
"Soal pendapat seseorang bukan dasar Pakatan Rakyat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi yang dipetik sebagai berkata, partinya sedia mengkaji semula hubungannya dengan DAP jika pemimpin parti tersebut berterusan mempertikaikan konsep negara Islam.
Ia merujuk kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh baru-baru ini yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
Bagi Karpal, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.
Selain itu ditanya sama ada amaran PAS itu akan menjejaskan kerjasama mereka bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat, Tan berkata beliau yakin kerjasama mereka akan kekal memandangkan mereka mempunyai prinsip dan matlamat politik yang sama.
"Pakatan (akan) terus kekal berteraskan kepada prinsip bahawa kami mempunyai pelbagai isu dan nilai yang sama," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Katanya lagi isu bantahan terhadap konsep negara Islam telah dibangkitkan oleh individu tertentu bukan sesuatu yang baru namun ia ternyata tidak menggugat hubungan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat itu.
"Isu yang disebutkan itu berulang (kali) dibangkit secara perseorangan selama bertahun-tahun... (namun) ia bukan kekangan untuk Pakatan Rakyat," katanya.

Tempatkan Ulama Muda Di Felda...



Semenjak 2001 hingga kini, Felda dipengerusikan oleh seorang yang ‘bukan ulama muda’. Pengerusi Felda sebelum orang ‘bukan ulama muda’ ini semuanya bukan ulama.

Secara peribadi saya bukan orang yang menetap di Felda, tetapi abang dan kakak saya adalah warga Felda. Semenjak awal mereka berkahwin sehingga kini, sudah pun bercucu mereka menetap di Felda.

Bohong kalau saya katakan hidup mereka tidak berubah. Kini mereka ada tanah kebun kelapa sawit dan ada rumah. Walau pun mereka sering tidak cukup belanja harian, tetapi mereka ada tanah untuk diusahakan dan rumah sendiri untuk berteduh.

Kalau boleh dikatakan itu jasa Felda, itulah jasanya.

Namun saya berani katakan, sebenarnya apa yang warga Felda dapat kini, selepas 30 hingga 40 tahun mereka menetap di situ hanyalah ‘kuah’. Isi dan intinya diperolehi oleh orang lain, orang yang tidak ada kena mengena pun dengan kerja-kerja memajukan tanah di Felda.

Sama seperti agensi lain yang ditubuhkan oleh kerajaan, rakyat biasanya dijadikan justifikasi untuk membenarkan tindakan mengayakan kroni. Felda misalnya, yang kaya bukan peneroka tetapi kroni pemimpin Umno yang mendapat projek pembangunan di Felda.

Bermula dengan projek kecil seperti projek membaja ladang sampai kepada projek besar seperti pembinaan MRSM di Trolak bernilai RM120 juta, isinya dinikmati kroni pemimpin Umno.

Mana pulangannya kepada warga Felda yang semakin berusia itu? Mana hasilnya kepada generasi kedua warga Felda yang sebahagiannya sudah pun bercucu?

Warga Felda sebenarnya tidak berpeluang sangat untuk menikmati kekayaan Felda. Apa yang mereka nikmati sebenarnya adalah sebahagian kecil sahaja hasil titik peluh mereka selama berpuluh tahun bersama Felda.

Titik peluh mereka yang sebenar dinikmati oleh orang lain, orang yang bertali leher dan berbilik berhawa dingin di merata tempat. Warga Felda tetap begitu juga.

Semenjak 2001 hingga kini Felda diterajui oleh ‘bukan ulama muda’. Dikatakan bahawa kroni ‘bukan ulama muda’ ini sudah kaya-raya dengan projek-projek Feldajaya yang kosnya sebanyak RM152 juta.

Saya fikir inilah antara tugas ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini. Kalau mereka ingin membersihkan Umno dari dalam, inilah kekotoran yang perlu dibersihkan itu.

Kalau ‘bukan ulama muda’ sudah ternyata gagal membela warga Felda, ulama muda perlu tampil membela peneroka.

Kalau ulama muda setakat masuk Umno untuk bercakap soal usalli dan tahlil, qunut dan talqin… entahlah.

Makcik Bangang... Bodoh Pulak Tu..!!!!

Jom teka ini gambar makcik mana la.. pulak nih...

Yang pasti makcik ni tergolong dalam kategori mangkuk ayun yang sengal dan bangang.

Katanya "Kalau tak nak anak bagi kat Kera...jaan" jangan buang merata2. Pasal tu gua katakan dia tergolong dalam kategori sngal dan bangang. Sepatutnya dia dan sekutu menteri2 dan pemimpin Kera..jaan perah kepala otak diorang semua untuk membenteras gejala buang anak dan seks luar nikah. Fikirkan kaedah dan cara terbaik bagi menanggani isu ini. Kenyataan seperti itu hanya mengalakkan lagi gejala seks bebas.

Apatah lagi dari 270 ribu kes anak luar nikah juaranya adalah jenis melayu yang mengaku Islam. Alahai... masih Melayu juga yang jadi juaranya... itu pun ada lagi mangkuk ayun yang bangga sangat dengan Semangat Melayu..., seolah buta untuk menilai yang bangsa melayu ni dah layu.... tak ada apa yang nak di banggakan kecuali oleh puak haramjadah seperti umnoapco dan perkasa biawak tu....

Sekarang ini orang semua perjuangkan ISLAM....!!! Martabatkan ISLAM...!!! Kalau yang dulunya jahil sekarang masa untuk berubah dan mendalami ajaran ISLAM..!!! Semua orang ada kisah jahiliyah, suka duka dan dosa pahala masing-masing. 

Tetapi apabila umur meningkat sudah tiba masanya untuk kesedaran diri dan bertaubat, kalau yang mempunyai kesedaran diri dari usia muda Alhamdulillah..., dan ada juga yang timbul kesedaran diri pada umur bersara... (kalau sempat cecah umur bersara la...) masih Alhamdulillah... paling teruk yang dah melepasi umur bersara masih tak sedar diri.... jahanam lah jawapannya...

Tak kiralah lu bangsa apa pun... sebab ISLAM boleh bawa masuk kubur.... MELAYU...???? boleh ka.. bawa masuk kubur...??? ha..ha..ha.... boleh la jawapannya.. siapa kata tak boleh pulak.... jasad melayu yang jadi bangkai tu dan nama melayu kat batu nisan jer.. yang tulis dalam tulisan jawi... kua..kua...kua....

Berbalik pada kisah makcik yang masih dengan agenda cubaan perbodohkan orang melayu nih... lu orang bacalah beramai2 di sini.

Nota: Makcik ni ada anak pompuan tak...??? manalah tau kot2 suatu hari nanti dia terima cucu luar nikah.. boleh la dia jadi contoh dan tauladan untuk serahkan cucu luar nikah tu pada Kera...Jaan, kena pesan kat anak pompuan dia macam tu...
IkutSukaAku

Umno Bn Salah Guna Harta Benda Sekolah, Adakan Mesyuarat Perwakilan Di Dewan Sekolah..ha..ha.bagi UMNO halal segala-galanya...!!

Larangan menggunakan bangunan sekolah atau harta benda sekolah sebagai gelanggang politik sudah lama dilarang digunakan di negara ini. Ini bagi mengelakkan prasarana kerajaan disalahguna untuk kepentingan parti.

Namun tinjauan TV Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting mendapati satu mesyuarat perwakilan Umno Bn kawasan Kuala Langat diadakan di sekolah tersebut.

Krew TV Selangor tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 8.30 pagi, dan mendapati dewan and tiang-tiang di persiar kaki diselubungi bendera parti Umno.

Malah ketika krew TV Selangor hendak masuk ke dewan membuat liputan berhubung majlis perwakilan tersebut, seorang wakil ahli jawatankuasanya melarang dari membuat liputan dengan alasan majlis tersebut dibuat secara tertutup.

TV Selangor mendapatkan komen bekas Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Nordin Mahmud yang melahirkan rasa duka citanya apabila sekolah itu digunakan untuk kepentingan parti politik tertentu.

“Pada saya kalau swasta, kebanyakan boleh disewakan dewan itu, tetapi kalau sekolah itu milik kerajaan saya berasa dukacita sebab kalau parti-parti pembangkang selalunya dihalang menggunakan bangunan kerajaan.

“Tetapi bagaimana pula Umno sendiri menggunakan ini seolah-olah ertinya orang lain boleh tetapi kita tidak boleh, ini berereti tidak baik,” katanya.

Nordin berkata Umno BN harus menilai semula perbuatan melampau mereka ini apabila bersikap tidak adil dengan parti pembangkang apabila tidak membenarkan parti dari Pakatan Rakyat turut sama menggunakan harta benda sekolah.

Beliau menegaskan sekiranya kerajaan selama ini menguatkuasakan sekolah tidak boleh dijadikan gelanggang politik bagi mana-mana parti, ia harus diikuti dan tidak dilanggari larangan tersebut.

“Sewajarnya begitu, kalau sekolah itu boleh digunakan untuk tujuan politik semua orang tertakluk tidak kira daripada parti kerajaan atau pembangkang, ini tidak menghormati peraturan yang sedia ada dibuat,” katanya.

Nik Aziz dedah media ada agenda tersembunyi..(tentera upahan UMNO@APCO...!!)

KOTA BHARU, 4 Julai: Kajian sarjana mendapati media massa gemar  memanipulasikan berita terutamanya membabitkan kenyataan dikeluarkan pemimpin pembangkang.

Situasi itu membelenggui akhbar harian Melayu di negara ini, ketika industri media cetak semakin hilang pembaca.

Dan terbaru keadaan itu berlaku kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila agensi berita milik kerajaan persekutuan melaporkan berita di luar konteks sebenar.

Agensi terbabit semalam menggunakan tajuk ‘Nik Aziz akui wujud perpecahan parti untuk merebut jawatan pada muktamar PAS tahun depan.’

Cara pengolahan berita berita tersebut lebih menjurus kepada spekulasi penulis dan bukan memberi gambaran sebenar terhadap apa yang disebut Menteri Besar Kelantan.

“Saya tegaskan tajuk dan kandungan berita tersebut tidak benar dan di luar konteks yang saya maksudkan.

”Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannnya dari maksud sebenar kenyataan saya,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dalam kenyataan media hari ini katanya, malang sekali laporan terbabit turut dipetik beberapa akhbar dan media online.

Agensi berita itu dalam laporannya semalam menyebut ’Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS mengakui wujudnya perpecahan dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

”Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti,” laporan Bernama dipetik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pada sidang media semalam beliau meminta dirujuk terlebih dahulu kepada perlembagaan PAS kerana membenarkan pemilihan dilakukan.

”Kalau boleh tidak perlu bertanding kerana memang tak molek bertanding, tetapi kalau mahu bertanding juga biarlah buat betul-betul, bertandinglah, jangan sampai peringkat perpecahan.

”Ini luahan hati orang tua, tidak mahu tengok perpecahan berlaku. Pengalaman saya sendiri tidak pernah bertanding dalam Dewan Ulamak suatu ketika dahulu. Baik kita cari cara yang lebih comel elak perpecahan,” katanya mengulangi kenyataan semalam.

Beliau berkata, elok buat keputusan secara syura dan lantik ketua beramai-ramai. ”Ini sekadar cadangan saya tetapi saya tidak tahu sejauh mana syura dibenarkan oleh perlembagaan parti.

”Semoga penjelasan ini mengelakkan salah faham semua pihak. Jangan mudah terpengaruh dengan laporan berkenaan terutamanya media yang ada agenda tersembunyi,” katanya.

Usah Jadi Primadona Dalam UMNO ..ha.ha..ha..1 Malaya ketawakan Najib...!!!

PEKAN, 4 Julai (Bernama) -- Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.

Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".

"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Najib berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.

Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti UMNO kini berada dalam keadaan lemah.

"Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.

"Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk UMNO, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat," katanya.

Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin UMNO lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.

"Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu," katanya.

Ditanya berkenaan perjalanan mesyuarat bahagian UMNO yang sedang berlangsung ketika ini, Najib berkata perjalanan mesyuarat berkenaan kini dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan melalui laporan yang dibuat Badan-badan Perhubungan Negeri.

"Setakat ini, saya tidak dapat laporan negatif, semua berjalan baik walaupun satu bahagian di Kelantan timbulkan masalah yang agak rumit yang sedang ditangani Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Jawatankuasa Pengurusan," katanya.

-- BERNAMA

Pemuda MCA buat laporan polis terhadap Perkasa

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Pergerakan Pemuda MCA hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran berita muka depan akhbar terbitan Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Perkasa yang mahu kerajaan menahan Ketua Pemuda MCA Dr Wee Ka Siong di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Laporan polis itu dibuat oleh kira-kira 22 Pemuda MCA Wilayah Persekutuan dan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD) di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.
Ketua Pemuda MCA Selangor Dr Kow Cheong Wei mendakwa isi kandungan akhbar yang disiarkan pada Khamis lepas itu adakah satu pernyataan serta kritikan  yang keterlaluan.
“Kami harap Kementerian Dalam Negeri menarik balik lesen penerbitan Perkasa,” katanya kepada pemberita di IPD berkenaan. – Bernama

Perhimpunan kedua GAS di Klang hari ini...Tapi Polis tak de bagi gas pun..!!

Kira-kira 600 orang menyertai perhimpunan kedua anjuran Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di Dewan Hamza di Klang dalam kempen mendesak presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu S meletak jawatan.
Bagaimanapun, kira-kira 50 ahli MIC Klang turut hadir. Dan seperti yang diduga berlaku jerit menjerit antara mereka dengan penyokong GAS, setengah jam selepas perhimpunan itu bermula pada jam 2 petang.
Semalam, seorang pemimpin MIC berkata satu protes yang akan disertai 5,000 penyokong MIC, akan diadakan untuk melawan perhimpunan GAS itu.
Ketika para pegawai polis memujuk penyokong MIC itu beredar, kira-kira 30 anggota polis menutup semua pintu masuk ke dewan tersebut.
Pada mulanya, penyokong MIC itu enggan beredar, sambil berkata: "Jika kami beredar, semua orang mesti pergi!".
Mereka juga tidak mahu sesiapapun berucap mengkritik Samy Vellu.
Ketika ketegangan semakin meningkat, dan penyokong GAS pula melaung kepada polis supaya menghalau atau menangkap penyokong MIC, kelihatan anggota polis mengiringi beberapa penyokong dan pemimpin mereka keluar dari dewan.
Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang masih berada di situ untuk memerhati perjalanan perhimpunan tersebut.
Sementara itu, dalam ucapannya, bekas pemimpin MIC Petaling Jaya, V Subramaniam - atau lebih popular dengan panggilan Bharat Maniam -mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana melindungi peserta perhimpunan tersebut.
Pemimpin GAS lain yang turut berucap ialah KP Samy, V Mugan yang mengetuai hadiran melaung mendesak Samy Vellu berundur, bekas pemimpin Hindraf yang kini menyertai PKR V Ganabatirau dan ahli perniagaan OMS Thiagarajan.

Nik Aziz: Hentikan debat negara Islam, lebih rugi dari untung

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Debat mengenai negara Islam dan negara sekular tidak perlu dibangkitkan kerana polemik itu tidak akan menguntungkan sesiapapun, sebaliknya hanya mengelirukan umat Islam dan menakutkan bukan Islam, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.
Oleh itu menurut Aziz, semua orang harus berhenti dari bercakap tentang negara Islam kerana berpendapat orang Islam tidak akan jatuh kafir hanya kerana tidak bercakap tentang negara Islam.
“Tetapi bagi orang politik mereka lain, bagi mereka ini soal prinsip.
“Orang politik dari parti mana puan asyik prinsip saja. Atau pun mereka bertindak demikian kerana takut nanti orang tanya kenapa tidak persoal tentang perkara itu (negara Islam).
“Ini sebenarnya masalah antara Karpal dan Nik Aziz tadi,” kata dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gamabar) berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP.
Sehubungan itu beliau mahu Pengerusi DAP Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.
Menteri Besar Kelantan itu menganggap kenyataan Karpal, Pengerusi DAP yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika Pakatan Rakyat dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu Karpal mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara.
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.
“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, setakat ini Nik Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.
Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa menambah, ahli-ahli politik hanya mempertahankan sesuatu perkara yang telah diulang-ulang selama ini.
“Jika mereka tidak sentiasa bercakap tentang perkara negara Islam, nanti orang akan persoal dia,” tambah Aziz.
Kata beliau, wacana negara Islam sebenarnya lebih banyak merugikan dari menguntungkan negara.
“Lebih baik kita tonjolkan perkara lebih berguna kepada masyarakat yang mana mereka boleh merasai kesannya seperti perbankan Islam, kebajikan, pendidikan Islam dan sistem Al-Rahnu. Itu rakyat terima.
“Namun dalam soal negara Islam siapa pun pihak yang bercakap sama ada PAS atau Umno akan terperangkap.
“Sampai sekarang MCA dan Gerakan asyik dipersalahkan kerana sebelum ini banyak berdiam diri dalam isu negara Islam,” katanya lagi.
Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang cukup rapat dengan Islam berdasarkan sejarahnya, kata Aziz, Perlembagaan Persekutuan hanya mengesahkan apa yang telah termaktub tentang kedudukan Islam.
“Tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan hanya merugikan kita semua.
“Tetapi masalah orang seperti Karpal, Majlis Peguam dan sebagainya tidak mahu mengiktiraf perkara ini dan mereka lihat seolah-olah perkara ini nak paksa mereka ikut,” kata Aziz.
Kata Aziz lagi, “namun kita sebagai orang Islam perlu fikir juga tentang kedudukan orang bukan Islam supaya kita boleh berkongsi hidup dengan selesa sesama kita dan ia juga menjadi aktiviti dakwah yang penting.”
“Bagi saya berhentilah berdebat dalam soal negara Islam kerana sekarang ini kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik walaupun kita negara Islam.
“Siapa yang ramai terlibat dalam dadah, buang anak dan sebagainya.
“Tumpukah kepada perkara bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini yang akhirnya menuntut kita menjadi umat lebih baik dan dihormati,” kata beliau.
Aziz menambah sekarang ini orang bukan Islam tidak faham tentang negara Islam dan mereka tidak mahu bersama sedangkan kalau dari praktikalnya orang bukan Islam ini boleh bersama jika kita betul menunjukkan contoh sebab Islam itu untuk semua.
Dalam temu bual itu beliau mengulas tentang pendirian Karpal mengenai isu negara Islam.
Kata Aziz, Karpal dan Nik Aziz berbalah dari sudut yang berlainan.
“Karpal macam biasa bercakap tentang soal negara Islam, Perlembagaan, negara sekular dan sebagainya manakala Nik Aziz pula bercakap tentang negara Islam.
“Jelas mereka bercakap dua perkara berbeza. Seorang bercakap mengenai agama sebagai satu sistem hidup dan seorang lagi bercakap perkara yang bertentangan.
“Begitu juga dalam soal Datuk Ibrahim Ali dengan (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin. Khairy tidak bersetuju dengan perjuangan Perkasa manakala bagi Ibrahim itu merupakan perjuangan dan survival Melayu.
“Oleh itu kita tidak perlu terlalu terkejut tentang pertelingkahan antara Karpal dan Nik Aziz apatah lagi mereka bercakap tentang perkara atau dasar bersama yang tidak ada dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Aziz seterusnya memberitahu beliau berpandangan Karpal tidak menyebut perkara itu dengan jelas, cumanya hanya menjawab soalan wartawan.
“Maka sebagai ahli politik dia perlu konsisten dan konsistensi itu makin lama makin janggal.
“Ini kerana orang DAP sendiri sudah tidak membangkitkan perkara itu malah ia semakin kurang disebut dalam pakatan pembangkang,” katanya.
Namun sehingga kini kata beliau, Karpal masih tidak berubah pendiriannya.
“Kalau kita lihat MCA dan Tan Sri Bernard Dompok juga tidak setuju dengan negara Islam dan ini pasti dilihat tidak selari dengan kerajaan.
“Kalau ada yang tidak setuju bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mendakwa negara ini sebagai sekular ia umpama membohongi diri sendiri.
“Jika dilihat secara jelas Perlembagaan dalam Perkara 3(1) sudah tercatat, agama bagi Persekutuan adalah Islam,” katanya lagi.
Oleh itu soal beliau, buat apa kita hendak tafsir banyak-banyak?
“Malah saya tidak nampak kenapa kita perlu rujuk kepada Suruhanjaya Reid dan lain-lain.
“Kita hanya merujuk jika sesuatu perkara itu tidak jelas namun perkara tentang negara Islam ini sudah jelas termaktub, maka cukuplah sandiwara ini.
“Kalau kita lihat lebih jauh siapa sebenarnya yang membuat draf Perlembagaan ini, Suruhanjaya Reid. Tapi suruhanjaya itu tidak ada menyebut apa-apa tentang kedudukan Islam,” katanya.
Malah kata beliau, mereka tidak ada memberikan apa-apa cadangan dan hanya berdiam diri sahaja.