Sabtu, 3 Julai 2010

'Tolak tahi' gamatkan protes antijudi





Dengan lafaz "salam reformasi", perhimpunan antijudi oleh lebih 2,000 orang di ibu negara Malam tadi dirasmikan oleh Pengerusi Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) Mohd Azmi Abdul Hamid.

"Selama 53 tahun cukuplah mereka menghancurkan negara. Kita tidak boleh terima ini lagi," katanya lagi dalam perhimpunan yang berlangsung selama hampir 45 minit itu.

Perhimpunan itu juga menunjukkan rakyat sudah tidak boleh menerima alasan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin BN dalam menangani isu judi, katanya.

"Ada ulama mereka kata judi ini tidak ada kaitan dengan Islam. Orang ini sudah kenyang dengan judi.

"Seluruh rakyat telah nampak bencana. Yang menjalar dalam masyarakat bukannya kemungkaran kecil tapi oleh orang yang meraih keuntungan (daripada judi)," kata Mohd Azmi yang juga presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).

Tambahnya, kempen anjuran GMJ akan diteruskan walaupun kerajaan telah menarik balik keputusannya untuk memberikan lesen pertaruhan judi sukan sebelum ini.

Perhimpunan bermula pada kira-kira jam 5 petang hari ini bertukar menjadi program perhimpunan bagi perasmian kempen berkenaan, bagi menggantikan satu protes yang dijadualkan sebelumnya bagi menyatakan bantahan terhadap cadangan meluluskan lesen judi sukan.

Bagaimanapun, ekoran tindakan kerajaan membatalkannya, "perhimpunan 100,000 orang itu' bertukar format sebagai satu lagi majlis pelancaran bagi kempen baru GMJ bagi menolak semua jenis judi di negara ini.

Desak k'jaan didik rakyat

Sementara itu, ada juga slogan yang dilaungkan di dalam perhimpunan itu, antara lainnya "Tolak Tahi", mencetuskan kegamatan di kalangan orang ramai yang hadir.

Laungan itu diketuai setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia, Rahimi Abdul Rahim yang menyamakan golongan yang meluluskan lesen judi sebagai "tahi."

"Orang yang ketagih judi (dipanggil) tahi judi," katanya yang disambut dengan gelak ketawa.

Bercakap kepada media selepas itu, Mohd Azmi berkata kempen berkenaan akan diteruskan memandangkan kerajaan masih belum menunjukkan kesungguhan untuk mengharamkan kegiatan judi.

"Kita tidak boleh desak untuk mansuhkan serta merta jadi kita ambil pendekatan untuk desak kerajaan mendidik rakyat (tentang bahaya judi).

Mohd Azmi yang juga pengerusi GMJ berkata gabungan berkenaan yang didakwanya dianggotai 60 NGO itu akan memperkemaskan usaha untuk mempertingkatkan program kesedaran kepada masyarakat di negeri-negeri.

Turut berucap di majlis itu termasuk Ketua Pemuda PKR PKR Syamsul Iskandar Mat Akin, ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan serta ketua penerangan parti Islam itu Suhaizan Kaiat.

Selain itu, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan juga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut berucap di majlis berkenaan.

Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010

KUALA LUMPUR, 3 Jul: Lebih 2 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.

Himpunan anjuran Gerakan Rakyat mansuh judi petang tadi bermula dengan soat Asar berjemaah di Masjid Negara. Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Turut berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.

Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen tak nak judi dan buku tak nak judi.

Muhyiddin: BN must think like the opposition..



KUALA LUMPUR, July 3 — Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin told the Barisan Nasional (BN) to act like the opposition and recapture the states it lost in Election 2008.
The deputy prime minister stressed that BN members must be proactive and be willing to make sacrifices.
“You must take affirmative steps because they are the steps taken by Pakatan Rakyat (PR) to tarnish our image. They spread lies through the Internet which have influenced many and caused them to lose their trust in us,” he told delegates at the Lembah Pantai Umno division meeting.
Muhyiddin (picture) pointed out that BN and Umno had leaders comparable to those in PR who are now making a name for themselves after it won four states and 82 federal seats in the March 2008 elections.“What is so special about Nurul Izzah? What does she have that Datuk Raja Nong Chik doesn’t?
“We must be like the opposition. If you think you are the government then you act like the government. If you think opposition then you are willing to make sacrifices and face the challenge,” he said.
Muhyiddin stressed that BN must return to the grassroots and convince the voters.
“It is time for us to go to the grassroots to face the problem and challenge them. We must take the upper position, be upfront and not behind. So that the people will know that we are willing to take the challenge and convince them. This we have to do because time is not always on our side.
“Historically, Lembah Pantai is ours. We are only lending it to them now. We want it back but it is not easy. It will be difficult but the rakyat wants to see if you are really sincere,” he said.
He also said Umno delegates must ensure that BN is not an option but a must for the country’s electorate.
Muhyiddin stressed that BN must prove to the public that it will and continue to be relevant.
“What we must ensure in facing the coming general election is to show to the rakyat that Barisan Nasional is a viable party.
 “We want our party to be more viable compared to Pakatan Rakyat. We have been tested numerous times. The voters would not have voted for us if there weren’t any truths in our policies. If they did not believe in BN, then they would not have voted for us,” he said.
The DPM said the major problem affecting BN was not its policies but public perception towards the ruling coalition.
“There is a perception that Barisan Nasional’s policies are not suitable with the current situation. Perception is very important in politics. Why is there the perception that Umno is not like before? Umno is not what it used to be. That Umno is no longer fighting for Malay issues and BN is no longer united,” he said.
Muhyiddin added that Umno must defend and challenge those who question BN’s policies.
“We must protect BN’s policies because people are beginning to challenge them. They accuse us of not serving minorities.
“Because of that we are faced with the question of perception. The voter’s judgment will be influenced and will not vote for us. They do not want equality to be said but be seen and implemented,” he said.
He also pointed that BN was not a racist party.
“We are not a racial party, but we represent different races. Our policies are not discriminatory but we consider the interests of all races.
“Pakatan Rakyat accused us of not distributing the economic cake fairly but BN wants to bring development to all races. However, some races are faster than others, that is why we treat each race differently,” he added.

Kempen " Tak Nak Judi Dilancarkan"

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita28/IMG_7136.JPGKUALA LUMPUR - Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kira-kira 2,000 orang peserta yang hadir menyokong Himpunan Rakyat 'Tak Nak Judi' yang diadakan di perkarangan masjid negara hari ini.

Setiausahanya, Suhaizan Kayat berkata peserta yang datang untuk berhimpun adalah manusia-manusia yang berani kerana menolak judi.

Katanya, himpunan pada hari ini adalah diadakan untuk melancarkan kempen 'Tak Nak Judi' yang akan digerakkan ke seluruh negara.

Menurutnya, himpunan ini juga diadakan adalah bagi mendesak kerajaan Malaysia supaya mendidik rakyat membenci judi.

Antara NGO yang hadir adalah GAMIS, Jamaah Islah Malysia (JIM, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Hishammuddin: Siapa di belakang Raja Petra? aik Sape kat belakang Bala tak nak tanya..??

Pimpinan PKR khususnya Datuk Zaid Ibrahim bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyatapa hubungannya dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

(wah..wah...Bala dah jadi kawan baik Raja Petra lak..he..he.he..!!)

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, seorang yang bertanggungjawab, beliau akan memberi penjelasan terhadap persoalan itu.

"Kita memang tertanya-tanya, dalam pada kita tercari-cari di mana Raja Petra, semalam kita lihat gambar Zaid bersamanya, jadi siapa sebenarnya di belakang Raja Petra?

"Raja Petra di luar negara memburuk-burukkan negara dan menyerang peribadi pemimpin, kalau ada bukti tak apa. Tapi dalam blognya cakap macam-macam. Bila ada pemimpin tertinggi pembangkang bersama mereka, kena jelaskan apa hubungan mereka dengan Raja Petra," katanya.

Hishammuddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, hari ini.

Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa tidak mempunyai laporan bagaimana Raja Petra ke luar negara sedangkan pasportnya telah diserahkan.

"Apa pasport yang dia guna pun kita tak tahu. Kalau nak bawa dia balik dari England pun, kita kena bekerjasama dengan polis UK (United Kingdom) tapi sekarang ni jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan kita," katanya.

Katanya pada masa ini masih terlalu awal untuk menentukan sama ada pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terhadap Zaid.

"Tetapi, daripada segi politik, moral dan perundangan, dia (Zaid) perlu beri penjelasan kepada kita," katanya.

--Bernama

SPRM Bermain Helah, Elak Siasat Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disyaki cuba melengah-lengahkan siasatan keatas akuan bersumpah yang mengaitkan Presiden Umno Najib Abdul Razak kepada wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat berpandangan SPRM tidak perlu berselindung disebalik alasan mahkamah tidak akan menerima keterangan yang diambil di luar negara kerana umum sedia maklum suruhanjaya tidak berdaya untuk menyiasat skandal membabitkan Najib dan kaum kerabat beliau.
Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata rakyat tidak berminat untuk mendengar alasan, kerana agensi penyiasatan jenayah  seperti SPRM dibayar gaji oleh pembayar cukai untuk membongkar akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mendedahkan perselingkuhan antara Presiden Umno terbabit dan Altantuya, serta kronologi kejadian yang membawa kepada pembunuhan wanita Mongolia itu.
SPRM dilaporkan membatalkan hasrat untuk mengambil keterangan bekas anggota Cawangan Khas itu di London pada saat-saat akhir. SPRM berbuat demikian diatas nasihat Pejabat Peguam Negara.
Anggota Jawatankuasa Penasihat SPRM Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga dilaporkan mengalu-alukan pembatalan tersebut atas alasan ia membazirkan wang rakyat.
Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan kekesalan diatas kenyataan tersebut dan berkata bukan tanggungjawab SPRM untuk bimbangkan kesusutan Perbendaharaan Negara atau apakah keterangan PI Bala akan diterima mahkamah atau tidak.
"SPRM telah membuat pembohongan yang nyata, menunjukkan mereka perkakas pemerintah. Kita mahu SPRM yang lebih tegas, menyiasat skandal ini secara mendalam. Pada saya mereka cuba berhelah dan melengah-lengahkan siasatan, dan sehingga kini saya tidak mendengar sebarang usaha serius dari SPRM," tegas Shamsul.
Altantuya Shariibuu dikatakan membantu urusan perolehan kapal selam Scorpene, dan menuntut wang komisyen yang dijanjikan kepadanya oleh rakan karib Presiden Umno terbabit, Abdul Razak Baginda.
Wanita cantik ala-model ini ditembak dan diletupkan dengan bom peledak kegunaan tentera oleh Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Korporal Sirul Azhar Umar dari cawangan elit Unit Tindakan Khas PDRM.
PI Bala dalam akuannya mendedahkan beliau digesa dan cuba disogok supaya menarik-balik akuan yang mengaitkan Presiden Umno terbabit kepada wanita Mongolia itu oleh salah-seorang ahli keluarga Najib.
“Dalam kes PI Bala ini,terdapat bukti yang nyata,terdapat pengakuan,terdapat juga affidavit,terdapat pengakuan video Balasubramaniam sendiri yang memberitahu secara jelas yang memberi wang untuk menutup kes ini”
Abdul Razak Baginda dikatakan menemui pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan Najib, DSP Musa Safri sebelum kejadian bunuh itu. Timbalan Komander UTK ACP Mastor Mohd Ariff di mahkamah sebelum ini mendedahkan anggota UTK dilatih hanya untuk mengikut arahan pegawai atasan mereka. 
Megat Najmuddin berkata, Balasubramaniam sepatutnya pulang dan memberikan keterangan secara sukarela kepada pihak berkuasa.

Sukarnya bila hilang kuasa, kata Nong Chik..ha..ha..ha..akibat suka guna harta gomen.


BN hanya boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat jika kekal berkuasa, kata Pengerusi Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, jelas sekali bahawa di kawasan kita kalah, anggota BN lumpuh apabila kemudahan yang ada dimonopoli oleh Pakatan Rakyat.

"Saya daripada bahagian di mana kita kalah. Mereka beritahu saya betapa sukarnya bagi mereka berada di bawah Pakatan," katanya dalam mesyuarat tahunan bahagiannya di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

"Mereka perlu bekerja keras, (sampai) berkempen bawah khemah di rumah mereka.

"Inilah yang berlaku kalau kami tidak lagi berkuasa," katanya yang juga menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar Malaysia.

Khas Buat 40? Ulama : Hukum Ulama Menyertai Parti Politik yang penuh Kemungkaran

Soalan: Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.

Fazalina, Tanah Merah.

Jawapan DR MAZA: Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilihkan langkah betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Soalan yang saudari kemukakan itu adalah berkaitan Islam, maka ia hendaklah dinilai dengan pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, bukan pertimbangan emosi. Hukum dan pendapat agama hendaklah bebas dari cengkaman sentiment tertentu, sebaliknya berpijak atas fakta dan dalil. Apa yang akan saya kemukakan adalah kadar kefahaman saya terhadap dalil-dalil dalam hal ini. Pohon keampunan kepada Allah jika ia tersasar dari kebenaran. Maka, pendapat saya dalam hal ini seperti berikut;

1. Setiap pertubuhan atau kerajaan atau badan mempunyai dasar atau tujuannya yang tersendiri. Di samping slogan yang dilaungkan, kita juga hendaklah melihat bagaimanakah keadaan atau suasana di dalamnya. Meletakkan slogan yang baik atau islamik mungkin mudah, tetapi menghayatinya bukanlah semudah slogan yang dilaungkan. Ada pertubuhan atau kerajaan yang tidak berslogan Islam, tetapi suasana kebaikan dalamnya terbuka luas. Demikian sebaliknya.

Maka, penilaian terhadap sesuatu kumpulan atau parti atau pemerintahan hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Maka, saya katakan hukum penyertaaan mana-mana individu ke dalam apa-apa pertubuhan atau parti atau kerajaan bergantung kepada beberapa perkara utama; pertama: niat, kedua: peranan, ketiga: kemampuan dan kadar kebaikan dan keburukan dalam penyertaan tersebut.

2. Ertinya, jika niatnya untuk kebaikan atau mendapat keredhaan Allah, maka itu suatu ibadah. Jika untuk mendapat habuan dunia, maka ia bukanlah kebaikan yang diterima Allah bahkan akan merosakkan orang lain. Sehingga jika seseorang menyertai parti atau kerajaan yang berslogankan Islam pun, jika niatnya salah, ia tidak mendapat pahala bahkan mungkin mendapat dosa. Hal ini kita dapat lihat bagaimana Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan menteri pembendaharaan Mesir, padahal Raja Mesir ketika itu bukan seorang muslim. Sistem yang dipakai juga, bukan syariat Allah. Firman Allah: (maksudnya)

“Yusuf berkata: “Jadikanlah aku mentadbir perbendaharaan bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya. Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan” (Surah Yusuf, 55-56).
3. Setelah niatnya betul, hendaklah dia mengetahui apakah peranan yang hendak dimainkan. Jika kumpulan atau kerajaan yang tidak sertai itu tidak Islamik atau menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan, apakah peranan yang dia boleh mainkan untuk membaiki suasana tersebut atau menyampaikan mesej Islam ke dalamnya. Kata al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H):
“Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, pembaikian dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini. Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifat yang melayakkannya iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain” (Tafsir al-Qurtubi, 9/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Demikian kita, jika dirasakan penyertaan kita dalam mana-mana badan atau kerajaan dapat menegakkan kebenaran atau mengelakkan kezaliman dengan kadar yang termampu, maka penyertaan itu mendapat pahala. Jika tiada siapa yang mampu lakukan kecuali kita, maka ia merupakan satu kewajiban.

4. Jika badan yang disertainya itu dipenuhi kemungkaran dan tiada peranan dalam mengubah atau mengurangkannya, maka penyertaaan ke dalamnya adalah dosa. Ini disebabkan dia menambahkan kemeriahan golongan mungkar. Allah berfirman: (maksudnya)
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka” (Surah al-Nisa: 140).
5. Setelah betul niatnya, dan jelas peranannya, hendaklah dia mengukur kadar kemampuan diri dalam memainkan peranan tersebut. Jika dia tahu bahawa dia tidak akan mampu mengubah atau mengurangkan kemunkaran tersebut, maka dia diharamkan menyertai kumpulan atau organisasi munkar itu. Jika dia tahu dia mampu dengan kadar peranan yang ingin dia mainkan, maka itu suatu perjuangan menyampaikan mesej Islam. Nabi Yusuf a.s tidak mengubah seluruh sistem kerajaan Mesir ketika itu tetapi dia berjaya menegakkan kebaikan dan keadilan dalam menguruskan khazanah kekayaan Mesir. Rakyat Mesir mendapat kebaikan dari kedudukan Yusuf a.s.

6. Ertinya, penyertaan ke dalam organisasi yang tidak Islamik bukanlah semestinya sehingga mampu mengubah keseluruhan sistem. Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya dan berhijrah ke Madinah. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. Sabda Nabi s.a.w
“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).

7. Berikutnya hendaklah difikir dan ditimbang sehalus-halusnya kadar maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang akan terhasil dari penyertaan tersebut. Jika kebaikan mengatasi keburukan maka itu sewajarnya dilakukan. Jika sebaliknya, wajib dihindari. Namun dalam menilai maslahah dan mafsadah itu hendaklah berteraskan ilmu, teliti dan warak.

8. Apa pun, keikhlasan niat, tahu peranan, ada kemampuan dan penilaian yang matang adalah syarat penting dalam hal ini. Dalam Islam apa yang tidak mampu dibuat semuanya, jangan pula ditinggalkan semuanya. Setiap orang hendaklah menilai kadar baik dan buruk bagi setiap tindakan yang diambil berteraskan keredhaan Allah. Kita berdoa agar Allah membimbing kita semua ke jalan yang diredhaiNya.


Dipetik dari Minda Tajdid

Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar

Baru sahaja selesai Muktamar PAS ke-56 bulan lepas, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui wujudnya perpecahan di dalam parti itu bagi merebut jawatan tertinggi parti pada pemilihan Muktamar PAS tahun depan.

Kemelut perpecahan dilihat meruncing kerana beliau sendiri menyarankan agar tidak diadakan pemilihan bukan sahaja di peringkat tertinggi parti malahan di peringkat sayap parti iaitu Dewan Muslimat, Ulama dan Pemuda.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata pemilihan untuk kepimpinan perlu diadakan secara perbincangan ataupun melalui syura dan bukannya dengan meletakkan calon untuk bertanding bagi kerusi kepimpinan parti itu dalam Muktamar ke-57 nanti.

"Tok soh (tidak perlu) bertanding. Tidak molek (tidak elok) la. Nak bertanding pun jangan sampai ke peringkat perpecahan.

"Ini luahan hati seorang tua (luahan daripada orang yang sudah lama di dalam PAS)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan jubli perak sebuah pondok agama di Bukit Payung di Kota Bharu hari ini.

Pada Muktamar PAS Jun lepas tiada pemilihan diadakan di peringkat kepimpinan kerana ia diadakan sekali dalam dua tahun dan pemilihan kepimpinan akan diadakan pada persidangan Muktamar PAS tahun depan.

Persidangan PAS lepas, lebih memfokuskan untuk menguatkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan membenarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS, iaitu anggotanya terdiri daripada golongan bukan Islam yang menyokong parti itu, menggunakan logo PAS untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan pada Muktamar akan datang, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti.

Kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menentang keras kerjasama kerajaan perpaduan itu dengan menuduh Umno cuba memecah-belahkan parti sedangkan cadangan asalnya dicanangkan oleh Abdul Hadi pada persidangan Muktamar PAS.

Akibatnya Nik Abdul Aziz menerusi blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah supaya dibersihkan daripada golongan prokerajaan perpaduan.
--Bernama

Tidak cukup dengan idea judi sukan, Ahli Parlimen BN cadang pula wujud Kasino di Sabah!


Oleh: Pria Malaya
Betul lah kata orag, Umno/BN tidak dapat dipisahkan dengan judi..kerajaan Umno/BN adalah pemangkin kepada bercambahnya kegiatan judi di negara ini..terbukti sudah, selepas satu persatu idea datang dari pemimpin mereka...bukannya niat utk mengurangkan, malah makin berkembang idea mereka utk mencari duit melalui hasil judi..

Berbeza dengan PR, dengan keazaman setiap negeri2 dibawah PR utk mengurangkan kegiatan/lesen judi, gesaan supaya dikurangkan aktiviti perjudian dlm negara sehingga MP dari DAP(PR) sanggup menyuarakan di parlimen..muafakat dan kerjasama jitu antara PAS-PKR-DAP membasmi aktiviti perjudian negara diteruskan dengan kempen menentang judi sukan anjuran Vincent Tan-Umno/BN..

Terdahulu kita digemparkan dengan laporan pemimpin Umno yg juga Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang meletak jawatan akibat belenggu hutang judi yang bernilai jutaan ringgit, boleh baca di sini..InsyaAllah, berita ini akan dikemaskini dalam entry penulis, "Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya"..semoga kita mengambil iktibar..wallahua'lam..


Allow a casino in Sabah, PBS man urges PM

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah has urged the Prime Minister to consider approving a casino licence for Sabah, to further boost the State's tourism.

Its Batu Sapi MP, Datuk Edmund Chong Ket Wah, said the existing law like that applied at Genting Highlands can be applied for the casino in Sabah.

"Kundasang in Sabah has the same climate and environment like Genting.

In Sabah now there are 44 jackpot licences and 425 jackpot machines√Čif all these 425 jackpot machines are placed in one building, it is already a casino," he said. Edmund, who fully supported the proposed introduction of sports betting, believed opening a casino in Kundasang would also improve the local economy.

"If not for the casino in Genting, there will be no indoor and outdoor theme parks, no Arena of Stars for international stars and shows.

There will not be thousands of rooms up there and no millions of people going there and no millions of ringgits being earned," he explained.

He hoped Datuk Seri Najib Tun Razak would be open-minded and far-sighted enough to consider it before Singapore decides on building more casinos on the island republic.

Singapore has built three casinos namely the Marina Bay Sands Casino costing US$5.5 billion, Resort World Sentosa at US$4.7billion and Crown Resorts Casino.

Debating the Tenth Malaysia Plan in the Dewan Rakyat, Chong also urged the Federal Government to hasten upgrading of the Sandakan and Lahad Datu airports, being the main entry points for nature-loving tourists to the East Coast.

He said these airports once upgraded would also contribute to boosting the agriculture industry, particularly oil palm, which is focused at the Palm Oil Industrial Clusters in Sandakan and Lahad Datu.

He also called for better security measures in the east coast, not only for maintaining the peace and order in the area but also tourists and lift the status through the Sabah Development Corridor (SDC), the state's economic development plan that lasts until 2025.

The focused sectors of tourism, agriculture, manufacturing and transportation need to be given attention in achieving the SDC objectives, he said.

Chong also touched on the unsatisfactory condition of the road network in Sandakan.

He said even after the completion of the Northern Ring Road traffic there was still congestion.

He said the delay in completion of the Southern Ring Road also in his constituency has also resulted in traffic congestion at the existing roads, hoping this project can be completed soon as possible. - .dailyexpress.com.my

Belia Melayu tidak ambil pusing hal politik

images Tinjauan ‘daftar pemilih’
Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Pelbagai reaksi diterima Free Malaysia Today melalui tinjauan di laman sosial ‘Facebook’ berhubung isu ‘daftar pemilih’ melibatkan belia Melayu yang masih ketinggalan berbanding bukan Melayu.
Perkara ini diakui oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz melalui wawancara bersama Malaysiakini semalam, dan berkata pendaftaran bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum lain.

Tinjauan dilakukan terhadap beberapa belia ini bagi merungkai permasalahan atau faktor yang menyekat mereka daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi kelak.
Melalui tinjauan kami mendapati masih ada belia Melayu yang masih belum mendaftar dan kurang peka mengenai perkembangan ini.
Azrul Azmi Azrul Azmi, 25, yang merupakan jurugambar bebas mengakui segelintir belia mempunyai sikap ‘malas mahu campur hal politik’ menyebabkan perkara tersebut berlaku.
Menurut Azmi, beliau sebelum ini suka menangguhkan pendaftarannya, namun disebabkan memahami kepentingan mengundi menyebabkan beliau mahu mendaftar sebagai pemilih.
"Saya akui saya suka bertangguh, malas nak pergi daftar, malah sebelum ini saya tidak pasti di mana mahu mendaftar," katanya.
"Tetapi sekarang saya ambil inisiatif untuk mendaftar sebagai pemilih memandangkan kepentingan mengundi itu untuk negara, agama dan bangsa saya.
"Apa yang saya pasti mereka malas untuk campur tangan dalam hal politik menyebabkan belia ini kurang minat untuk mendaftar," terang beliau.
Senario politik bersifat peribadi
Azim Razak Bagi konsultan kewangan Azim Razak, 25, berpendapat bahawa senario politik sekarang lebih bersifat peribadi. Ini memberi refleksi negatif kepada belia untuk menarik mereka agar mendaftar sebagai pengundi.
"Jika dulu isu perkauman dimainkan untuk menarik pengundi…tetapi sekarang lebih kepada bersifat peribadi, maka apa untungnya jika mengundi jika ahli-ahli politik ini tidak memberi sumbangan kepada masyarakat?" soal Azim.
Maka peranan ahli-ahli politik Melayu perlu bagi mengubah persepsi mereka agar terus mendaftar sekaligus menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
"Tunjangnya ahli-ahli politik Melayu tidak bersatu, mereka perlu ubah senario negatif yang dibawa dalam politik sekarang. Ia sekaligus dapat memberi persepsi positif kepada belia seperti saya untuk mendaftar dan seterusnya menjalankan tanggungjawab mengundi," katanya.
Mimma Deena Senada dengan Azim, Mimma Deena, 23, seorang pekerja swasta pula mahu belia sedar dan memahami semula sejarah politik negara.
"Inilah masalahnya belia kita terutama Melayu, tidak tahu apa makna politik sebenar. Mereka lihat kewajipan mengundi ini tidak penting. Politik tiada dalam kamus hidup dan mereka tidak mahu fikir mengenainya.
"Mereka perlu baca buku Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Tanah Melayu agar sedar mengenai kepentingan mengundi yang bakal memberi impak dalam merencanakan politik negara kita nanti," kata Mimma.
Tidak kurang juga terdapat beberapa cadangan diutarakan agar proses mendaftar lebih mudah dilakukan belia.
Mohd Isharuldin "Belia Melayu jauh ketinggalan sebab sikap mereka yang suka ambil remeh perkara ini. Malah segelintirnya pula tidak tahu bagaimana mendaftar untuk mengundi.
"Maka saya cadangkan agar SPR memperbanyakkan promosi; seperti buka pejabat-pejabat kerajaan atau swasta atau pusat membeli belah," kata seorang wartawan stesen televisyen kerajaan, Mohd Isharuldin yang kini menginjak usia 24 tahun.

Najib: Anwar tidak ubah seperti sesumpah politik

JERANTUT, 3 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak ubah seperti “sesumpah politik” yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan cita-cita peribadinya.
Najib berkata tindakan Anwar yang sanggup ke Amerika Syarikat bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di Amerika Syarikat atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini, lebih dilihat kepada satu usahanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini dengan sokongan tokoh-tokoh berkenaan.
“Apabila saya pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama, bagi membincangkan kepentingan negara, saya dituduh oleh Anwar kononnya saya melutut dengan kuasa besar itu.
“Saya berunding atas kepentingan negara Malaysia kerana kita ingin melihat rakyat Malaysia mampu mencapai kejayaan di persada antarabangsa.“Saya tidak pernah keluar perkataan ``minta maaf” tetapi dia sendiri yang pergi ke AS untuk meminta maaf atas kepentingan negara itu kerana dia takut dengan kawan-kawannya itu marah,” kata Najib ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Jerantut, di sini.
Najib berkata Anwar terpaksa berbuat demikian ekoran tindakannya sebelum ini yang telah mengkritik Yahudi dalam isu `pencerobohan Zionis’ dan membangkitkan isu Apco Worldwide (Apco).
Perdana Menteri berkata penasihat PKR itu terpaksa mengadap tokoh-tokoh Yahudi di negara itu yang marah dengan tindakannya yang begitu keras mengkritik Zionis sebelum ini.
Mengikut laporan akhbar, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan kapitalis dan konservatif, Rachel Motte menganggap, Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak mengenang budi.
Motte dilaporkan berkata, Anwar adalah pemimpin yang memperjuangkan imej pro Barat ketika di luar Malaysia tetapi untuk mendapat sokongan Melayu beliau mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.
Najib secara sinis berkata cita-cita besar Anwar yang “terlalu ingin sangat” hendak menjadi Perdana Menteri kini hanya mengundang pelbagai masalah dan penyakit kepadanya.
“Kita tak terlalu ingin sangat akan sesuatu.., bila nak sangat-sangat, apa pun kalau nak sangat-sangat, boleh jadi penyakit,” katanya. — Bernama

KDN Tak Puas Hati Jawapan SK, Rakyat Tak Puashati Tindakan KDN

Pergantungan permit penerbitan Suara Keadilan perlu dibatalkan segera kerana ia akan menggambarkan keihklasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan pentadbiran terbuka dan sistem yang lebih toleran serta bertanggungjawab.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap organ rasmi KEADILAN itu sebagai satu tindakan pilih kasih sedangkan akhbar seperti Suara Perkasa yang bersifat menghasut dan berbaur perkauman dibenarkan penerbitannya.

Beliau merujuk kepada penerbitan Suara Perkasa beberapa hari lepas dengan tajuk muka hadapannya meminta kerajaan mengambil tindakan Akta Keselamatan Negeri (ISA) terhadap Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau menyifatkan tindakan yang dikenakan terhadap Suara Keadilan merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pelampau perkauman seperti Perkasa yang diterajui oleh pemimpinnya, Datuk Ibrahim Ali.

Katanya, penggantungan permit Suara Keadilan bercanggah dengan jaminan perdana menteri kononnya untuk mewujudkan pentadbiran telus dan terbuka, sedangkan penerbitan bersifat perkauman dan menghasut seperti Suara Perkasa dibiarkan edarannya secara meluas.

"Pergantungan permit organ KEADILAN, Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlu dibuat secara munasabah kerana ia bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri untuk mewujudkan satu sistem yang lebih terbuka, toleran, telus dan bertanggungjawab dalam pentadbirannya," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.

Tegasnya, memandangkan Felda telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan, adalah tidak wajar bagi pihak KDN meneruskan intimidasinya terhadap akhbar itu kerana perkara itu telah di bawa ke mahkamah.

"Satu daripada isu yang digunakan untuk menjustifikasi penggantungan Suara Keadilan ialah laporannya mengenai status kewangan Felda.

"Bagaimanapun, oleh kerana Felda telah memulakan saman RM200 juta dan tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan mengenai laporan itu, ia tidak sepatutnya menjadi asas untuk mana-mana tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata Kit Siang lagi. -SK


Gantung Suara Keadilan Langkah Pertama Tekan Media Malaysia

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu permohonan memperbaharui permit penerbitan lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang ditolak Kementerian Dalam Negeri semalam menunjukkan betapa pentingnya Malaysia menggubal atau meminda dasar yang dapat memahami dan mencerminkan keadaan global negara.

"Pagi tadi Suara Keadilan diharamkan, esok program saya di Johor dibatalkan. Nasib baik mereka tak sempat tahu pasal program Mitchell Kapoor hari ini, kalau tidak dibatalkan sekali lagi," kata beliau membidas tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berusaha mengekang aktiviti KEADILAN.

Permohonan tersebut tidak dipertimbangkan KDN atas alasan jawapan kepada surat tunjuk sebab yang diberi kepada Suara Keadilan pada 28 Jun lalu tidak memuaskan.

Tindakan KDN ini dipercayai berhubung tajuk laporan 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam edisi 22-29 Jun akhbar tersebut.

Ekoran itu, semalam Felda telah menghantar surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada Suara Keadilan Anwar berkata kini tiada berita penting dan utama dipaparkan di media arus perdana kerana kesemuanya dikawal oleh kerajaan.

Sebelum itu ketika berucap di forum Inovasi dan Keusahawanan di Bangunan SUK, di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.

Beliau membidas akhbar seperti Utusan Malaysia yang menyorokkan komen beliau tentang Rancangan Malaysia Ke-10 yang mendedahkan kepincangan Malaysia yang mempunyai tabungan simpanan tertinggi tetapi pelaburan asing terendah di Asia.

Sebaliknya media arus perdana sibuk memburukkan beliau sebagai agen Yahudi dan Amerika.

Komen beliau mengenai kelemahah RMK-10 tidak akan dipaparkan langsung di dalam mana-mana media arus perdana yang dikawal kerajaan Umno-BN kerana takutkan kebenaran daripada diketahui umum.

Beliau juga mengulas mengenai lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk menyampaikan syarahan.

"Saya telah dipanggil ke AS untuk berucap di Pusat Woodrow Wilson berkenaan hak asasi manusia dan telah berjumpa dengan beberapa sahabat yang masa telah dikritik oleh media arus perdana seolah-olah saya cuba membaiki hubungan dengan Yahudi.

"Sahabat saya terdiri daripada pelbagai kaum dan saya sendiri tidak tahu samada mereka Yahudi atau tidak. Ada antara mereka yang mengenali saya tetapi saya tidak begitu mengenali mereka. Yang penting di sini ialah saya tidak melihat mereka dari aspek perkauman tetapi perjuangan mereka dan begitu juga sebaliknya, mereka bukannya berkawan dengan saya kerana saya Melayu," tegas beliau lagi. -SK


Ulasan GB

Begitu mudah KDN untuk menarik balik permit Suara Keadilan hanya kerana tak berpuashati jawapan dari SK didalam balasan surat tunjuk sebab.

Kita ingin nyatakan rakyat tak berpuas hati dengan tindakan diskriminasi dan pilih kasih KDN mengharamkan SK tetapi pada masa yang sama membisu dan membiarkan akhbar Suara Perkasa yang jelas mewujudkan ketegangan kaum.

Letak jawatan kamu-kamu semua di KDN sebelum kamu dicampak keluar oleh rakyat nanti!

The 5 possible outcomes of Malaysia's 13th General Election

Kenny Gan, Malaysia Chronicle

Although the much awaited 13th general election may not be so immediate, it is time to look beyond this coming watershed event and take a cautious glimpse at what the future holds for Malaysia. What could possibly happen and what lies in store for the country and its citizens?

There are five possible outcomes of the next general election – a landslide BN victory, a strong BN victory, a strong PR victory, a slim BN victory or a slim PR victory.

A landslide BN victory would mean BN regaining its two-thirds majority in parliament and PR losing all the states under them except Kelantan. Such an outcome would be disastrous for Malaysia as it means reverting to the status quo before the 2008 political tsunami where BN was free to plunder national resources and abuse the citizens unchecked. The PR coalition would probably not survive a strong BN victory just as the Barisan Alternatif broke up less than a year after the 1999 general election. Let’s hope Malaysian voters never allow this to happen.

A strong BN victory means essentially the status quo in parliament as existing now with the opposition keeping the states under them but with Perak reverting back to PR. BN fails to regain its two-thirds majority but as we can see it does not need such a majority to continue its corruption, abuses and oppression of democratic rights. The result would be just as disastrous for Malaysia although BN will be more sensitive to the voice of the people with a strong opposition which it fears losing power to.

A strong PR victory would mean PR winning a robust majority such as what BN enjoys now. However winning two-thirds majority would be far-fetched given the unlevel playing field. PR will retain all the states under them plus win back Perak and a few other states such as Negri Sembilan and Terengganu. This is the best possible outcome for Malaysia as a strong PR government will have a free hand in reforming corrupted institutions, repealing unjust laws and putting the country back on a growth path to reverse the laggard it has become. Better things are in store for the people including a better standard of living and more democratic rights.

A slim BN victory will result in initial political instability but BN will quickly shore up its position by buying over elected opposition MPs with no scruples or principles to impede it. We can expect some PR elected representatives to jump ship for a one time shot at being a millionaire even if their political careers die quietly.

A slim PR victory would be extremely dangerous for PR as BN tries its level best to topple it and reclaim the crown by enticing elected MPs over with loads of money and arm twisting. BN will have the aid of corrupted institutions such as the police, MACC and judiciary headed by tainted men whom it placed there, a friendly civil service and even the royalty. PR cannot stoop to BN’s methods of buying elected representatives over as it contests on a platform of higher moral principles and the public expects PR to be better than BN. We could say that PR must choose good quality candidates but it’s really hard to look into the hearts of men and women.

The most likely outcome

So which of the four possibilities will be the most likely outcome? Fortunately a landslide BN victory is unlikely given the changed political landscape after the 2008 tsunami. Pandora’s box has been opened, mindsets have changed and political awareness once gained cannot be stuffed back into the bottle.

A strong BN victory which preserves the status quo is more likely than a landslide victory but not the most likely outcome. It is hard to believe that neither side has been able to progress in the political battlefield after years of sniping at each other. It would mean a more or less stagnant situation but our politics has been far from stagnant. Politically we live in interesting times.

A strong PR victory is possible but the chances are not high given the highly tilted playing field where BN controls the media, machinery and money and exercise great powers of incumbency.

So we are left with the other two possibilities – a slim victory for either side – which represent the most likely outcomes in the present political scenario. At this stage it is hard to predict which way it will go, all we can say is that it can go either way. A couple of years to the 13th general election represent a long time in politics where anything can happen. Will people still remember the in-fighting in PKR a year from now? Probably not any more than the unity talks between PAS and Umno which created waves last year.

What happens next?

If BN wins the 13th general election with a slim majority we can expect it to embark on a sustained campaign to destroy the opposition to make sure it is never given such a scare again. A regime which fears losing power is at its most dangerous. BN will try to break up the PR coalition and opposition MPs will be bought over or harassed and dragged to court on frivolous charges. Democratic rights for citizens will be strongly suppressed.

Unfortunately a PR victory with a slim margin may be pulled down and revert to a weak BN government. BN has no qualms about enticing elected representatives over to topple a legitimately elected government. We already have the precedence of the Perak government changing hands merely by defections without even convening the State Assembly. What happened to Perak can be applied to the country and the decision of the Federal Court effectively means that a prime minister can be sacked by the King without going through parliament. PR’s only chance of survival may be to persuade some parties in East Malaysia to join its coalition.

Hence we can expect political instability if the victory for either coalition is slim. More time will be spent on politicking than governing. There may be civil unrest if the people refuse to accept a BN power grab. Eventually BN will assert control as it is more Machiavellian, unprincipled and ruthless than PR.

We can expect a weak BN government to be more sensitive to the people but this will only last as long as there is a strong united opposition. For example a strong opposition now has protected the people from arbitrary hikes in oil, toll, diesel and essential goods while implementation of GST has been stalled and an immoral sports betting license withdrawn. Minorities have also been treated better. But once the PR coalition is broken up BN has nothing to fear and will revert to its old ways.

With BN in control we can expect migration to increase as skilled people stampede for the exit. The economy will continue to decline under BN as there is no way for it to get better if structural issues such as racial policies, corruption, rent seeking, wastage and democratic abuses are not fixed. They cannot be fixed without reforming Umno and Umno has no reason to reform as long as it wields power.

What this means is that the country will spiral down to poverty under the twin blows of stagnated incomes and increasing cost of living. People’s lives will get harder and a maid exporting country like present day Philippines and Indonesia is on the cards. When it is time for the 14th general election BN will be universally hated, even by the rural Malays from whom Umno derives its political power.

Does this mean that PR will have another crack at political power at the 14th general election? Yes, but only if they can hold together despite BN’s oppression and they would stand an even better chance than the 13th general election. But if the opposition has been beaten down to a shadow of its former self and BN hangs on by force and trickery it can continue to rule.

What happens next can be summarized by the words of John F. Kennedy, the 35th President of the United States that “those who make peaceful political change impossible make revolution inevitable.” There will come a time when the economic pain is so great that BN will be kicked out by force as what happened to Marcos and Suharto but by then Malaysia would have been reduced to a dried husk.

Of course we can avoid such a grim future if voters give a strong mandate to PR at the 13th general election. Anything else and we look towards an uncertain future while we will remember the 2008 tsunami achingly as a “Prague Spring”.

PPSMI: Page mahu terus desak kerajaan..pulak dah..!!! sape taja...!!

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) hari ini mengumumkan gerakan mereka untuk mendapatkan sokongan peringkat kebangsaan bagi mendesakn kerajaan mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Page juga mahu mendapatkan sokongan Majlis Perundingan Melayu (MPM), badan induk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang dilancarkan Mac lalu, untuk mendesak kerajaan mengkaji semula keputusannya dan kembali kepada sistem asal mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia mulai 2012.Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata matlamat utama pihaknya adalah membawa suara ibu bapa berhubung dasar-dasar pendidikan nasional memandangkan badan ini sudah mendapat status rasmi.
“Kami mahu Page, bukan sahaja menjadi suara masa depan dalam isu PPSMI, tetapi juga dalam isu-isu pendidikan yang lain. Sekarang kami sudah didaftarkan, kami memutuskan untuk menangani perkara-perkara nasional,” kata beliau sambil menambah, badan ini akan menjadi platform bagi ibu bapa untuk menyuarakan pendirian mereka.
“Sebagai contoh, kini topik panasa ialah pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR. Jadi kami mahu ibu bapa memberitahu kami pandangan mereka... justeru, kami boleh mengadakan perbincangan meja bulat dengan Kementerian Pelajaran,” kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan status baru Page hari ini.
Page ditubuhkan selepas kerajaan memutuskan untuk memansuhkan PPSMI Julai tahun lalu.
Badan ini meminta kerajaan mengekalkan opsyen bagi PPSMI dengan menyediakan pilihan mempelajari kedua-dua subjek berkenaan dalam Bahasa Malaysia, Tamil atau Mandarin.
Pada Julai lalu, dasar kontroversi PPSMI diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.
Muhyiddin memberitahu di sekolah kebangsaan, Bahasa Malaysia akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua mata pelajaran itu.
Sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Mengulas sokongan Perkasa dan MPM, Noor Azimah berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kedua-dua badan tersebut.
“Mereka dengan kami (sekarang). Kami sudah mengadakan perbincangan dengan mereka, dan mereka telah bersetuju untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Gapena dan (tokoh komuniti Prof Diraja) Ungku Aziz.
“Ia adalah sesi pertemuan tertutup dengan mereka. Kami ingin menjelaskan kepada mereka mengapa PPSMI harus diteruskan di sekolah yang mahu berbuat demikian,” katanya.
Beliau juga mengesahkan Page akan mengemukakan memorandum kedua kepada Muhyiddin Khamis ini.
“Kami tidak mendapat respons berhubung memorandum pertama. Memorandum yang memasukkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei lalu bahawa PPSMI tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan akta bahasa kebangsaan,” katanya.
Timbalan Pengerusi Page Sulaiman Mahran juga melahirkan rasa kecewa dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri mengatakan bahawa beliau akan memberikan pertimbangan tetapi yang berkuasa ialah Menteri Pelajaran dan beliau tidak mahu mendengar kami dan enggan mendengar pandangan kami dari awal-awal lagi.
“Kami berharap kami akan mendapat sokongan lebih banyak ibu bapa dan berharap bilangan ini akan meningkat,” katanya.
Noor Azimah menambah, kerajaan berhadapan dengan kemungkinan mengetepikan pengundi kawasan bandar jika terus enggan menerima pandangan orang ramai.
“Kami memberitahu mereka bahawa kami hendak mereka tetapi jangan menjadikan keadaan sukar bagi kami. Mereka terdesak untuk mendapatkan pengundi kawasan bandar dan ini kemungkinan mengalihkan (sokongan) mereka,” kata beliau.

Najib: Tuduhan bankrap satu penhinaan kepada Felda

JERANTUT, 3 Julai — Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tuduhan kononnya Felda telah bankrap bukan sahaja satu pendustaan, malah satu penghinaan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negara.
Perdana Menteri berkata tuduhan itu juga satu pendustaan besar kepada institusi berkenaan yang dilihat telah banyak berjasa kepada masyarakat luar bandar dan orang Melayu di negara ini.
“Rata-rata peneroka mencurahkan rasa marah bahawa mereka menganggap ini satu penghinaan kepada institusi yang disayangi mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian Jerantut, di sini.
Najib menegaskan Felda tidak pernah bankrap sebaliknya akan terus membangunkan masyarakat peneroka termasuk generasi kedua dan ketiganya.
Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), `Suara Keadilan’ dalam keluaran 21 hingga 29 Jun 2010 telah menyiarkan berita berunsur fitnah bertajuk `Felda Bangkrap.’
Berikutan penyiaran laporan itu, Felda menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR.
Selain itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar berkenaan yang tamat semalam.   
Najib berkata tindakan PKR itu dilihat sebagai satu usaha pihak pembangkang untuk menghancurkan Felda yang dilihat telah berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sejak 50 tahun lepas.
Katanya, sejak 50 tahun lepas, Felda telah merangka pelbagai program membangunkan golongan peneroka dan anak-anak mereka dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kemahiran.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga sentiasa meneliti pengurusan asset Felda secara sistematik supaya matlamat membangunkan peneroka tidak pernah tersasar.
“Kita (kerajaan) sentiasa meneliti asetnya betul-betul. Kita ada bermacam-macam program untuk membangunkan peneroka,” katanya.
Najib berkata beliau akan memberikan penjelasan lebih jelas berkenaan kedudukan Felda pada sambutan Hari Peneroka Kebangsaan 7 Julai ini.
“Saya akan terangkan pada hari peneroka nanti. Hari ini saya simpan sikit. Saya tunggu pada Hari Peneroka pada 7 Julai nanti, apakah jasa, aset dan program yang dijalankan Felda,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan KDN yang tidak memperbaharui permit Suara Keadilan itu: “Kita ada undang-undang, saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat pertimbangan sewajarnya.” — Bernama

Hisham: Tiada pilih kasih antara Suara Keadilan, Suara Perkasa..ha.ha...KDN semua orang tahu maa...!!!

HULU TERENGGANU, 3 Julai — Tindakan tegas termasuk menggantung penerbitan Suara Perkasa jika penerangan yang diberi berhubung artikel bertajuk “Tahan Ka Siong Bawah ISA” yang diberi editornya, didapati tidak memuaskan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan fitnah dan polemik menyentuh isu perkauman dan agama.
“Kita selalu konsisten, kalau salah tetap salah tak kira dari surat khabar mana. Jangan kerana dalam kebebasan bersuara kita tabur fitnah dan polemik kaum dan agama, ini amat berbahaya,” kataya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hishammuddin yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat  Perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu di sini, hari ini.
Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa KDN memberi layanan berbeza kepada Suara Keadilan dan Suara Perkasa.
“Tindakan kita jelas. Memang (editor) Suara Perkasa, bila kita minta datang, mereka datang tepat pada masanya. Masih tak puas hati (dengan menjelasan mereka) kita minta mereka datang hari Isnin ini.
“Tetapi Suara Keadilan angkuh dan susah nak beri keterangan, tetapi akhirnya mereka terpaksa juga berbuat begitu kerana itu undang-undang,” katanya.
Menurut beliau, tindakan penggantungan permit seperti diambil terhadap Suara Keadilan turut dikenakan kepada akhbar-akhbar lain yang didapati melanggar syarat ditetapkan.
KDN sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat akhir bulan lepas setelah tidak berpuas hati dengan penjelasan sidang redaksi akhbar itu berhubung beberapa perkara.
Antaranya, pihak KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan editor akhbar berkenaan, Dzulkarnain Taib berhubung penyiaran artikel bertajuk ''Felda Bankrap''. — Bernama

Zahid Ugut SPRM Jangan Siasat Skandal Scorpene?

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 3 Julai - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu di bawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai satu bentuk ugutan dan tidak bertanggungjawab.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul Iskandar berkata kenyataan Ahmad Zahid itu secara jelas cuba melindungi aktiviti jenayah yang membabitkan urusan pembelian kapal selam berkenaan yang menelan kira-kira RM6.7 bilion dana awam.
"Kenyataan Zahid bercanggah dengan pendirian kerajaan Perancis yang menunjukkan tindakan yang lebih berwibawa, hatta dengan menyiasat pembabitan syarikat di negara mereka sendiri dalam urusan pembelian kapal selam ini," kata beliau merujuk kepada ketegasan pihak berkuasa Perancis yang menyerbu syarikat pengeluar senjata, DCNS dan Industri Thales awal bulan lalu bagi menyiasat penjualan kapal selam berkenaan kepada kerajaan Malaysia.
Pembelian kapal selam Scorpene itu melibatkan pembayaran komisyen berjumlah 114 juta euro (RM575 juta) yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki kenalan rapat kepada Najib, Abdul Razak Baginda.
Mac lalu, pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan berhubung penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.
Suaram mendakwa Armaris, anak syarikat Thales dan DCN membayar komisyen tersebut kepada syarikat Malaysia, Perimekar kepunyaan Razak Baginda ketika Najib menjawat Menteri Pertahanan.
"Zahid cuba sembunyikan sesuatu kepada khalayak ramai kerana ingin menutup perlakuan jenayah dalam isu pembelian kapal selam ini. Kita minta ketegasan SPRM supaya tidak mendengar kenyataan Zahid yang menyatakan bahawa SPRM tidak perlu menyiasat kes ini,"ujar Shamsul Iskandar yang juga seorang peguam.
Menurut beliau, kenyataan Ahmad Zahid seolah merupakan arahan kepada SPRM supaya tidak bertindak terhadap pembelian kapal selam yang menelan berbilion ringgit wang rakyat itu.
"Saya cabar SPRM supaya tidak mengendahkan ugutan Zahid dan teruskan siasatan pembelian Scorpene ini. Saya ingin melihat ketegasan SPRM seperti mana yang dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor SPRM ambil tindakan unsur kapal selam.
"Kenyataan Zahid tidak boleh menghalang SPRM menutup apa yang berlaku dalam proses pembelian kapal selam yang menimbulkan pelbagai persoalan," ujarnya.
Mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa pembelian kapal selam pada 2002 itu dibuat mengikut prosedur, Shamsul Iskandar meminta supaya menteri tersebut tidak berterusan membohongi rakyat di negara ini.
"Kita minta Zahid jangan perbodohkan rakyat, dia sepatutnya malu dengan ketegasan yang diambil oleh kerajaan Perancis dalam menyiasat skandal pembelian kapal selam berkenaan. Ini secara jelas menunjukkan dia cuba melindungi Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dahulunya Menteri Pertahanan dan kroninya Abdul Razak Baginda  yang sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu," tegas beliau lagi.

Kes Bini Puaka: Hakim Tegur Pendakwaraya, Saksi Tidak Konsisten

Oleh Frederick Luccas
KUALA LUMPUR 3 Julai - Perbicaraan lima pelajar Universiti Malaya yang didakwa bulan lalu atas pertuduhan menceroboh, menconteng dan cuba membakar Dewan Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya(UM) pada awal pagi 24 Jun 2009 diteruskan semalam dengan pendengaran tiga lagi saksi di hadapan hakim Rozana Ali Yusuff.
Perbicaraan penuh kontroversi ini menjadi topik hangat disebabkan contengan 'Altantuya', 'Bini
Puaka', dan 'C4' pada dinding Dewan Utama dipercayai disasarkan kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan hadir untuk satu majlis pada 26 Jun 2009 di dewan tersebut.
Saksi pertama, Pegawai Penyiasat (IO) Ketua Inspektor Shaharudin Tahir memberi keterangan dan pengesahan berkenaan barang bukti yang dijumpai di Blok F Fakulti Kejuruteraan Awam UM dan juga mengesahkan berkenaan telefon bimbit dan kad SIM yang dirampas daripada tertuduh Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli.
Beliau juga mengesahkan bahawa beliau telah menyoal siasat tertuduh tanpa kebenaran daripada pegawai atasan.
"Saya tidak perlu mendapatkan kebenaran untuk membuat soal siasat kerana itu merupakan tangungjawab saya sebagai anggota penyiasat, untuk memulakan siasatan termasuk soal siasat bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang dapat membantu siasatan," kata Shaharudin menjawab soalan peguambela Arfizi Ramli berkenaan soal siasat.
Arfizi kemudian bertanya, "Setuju atau tidak jika saya katakan tertuduh telah dipaksa mengaku dengan soal siasat?". Shaharudin menyatakan tidak bersetuju dengan soalan Arfizi.
Peguambela Zulhazmi Shariff bertanyakan berkenaan percanggahan pada tarikh laporan polis yang menyatakan tarikh senarai barangan untuk dicari (search list) dikeluarkan sehari selepas barangan dirampas.
"Apa maksudnya, barangan telah dirampas dan hanya kemudian 'search list' dibuat?" tanya Zulhazmi.
Jawapan Shaharudin yang mengatakan percanggahan disebabkan kesilapan menulis tarikh dibidas serta-merta oleh Zulhazmi, bertanyakan samada hanya hari ini Shaharudin sedar akan kesilapan ini. 

Pendakwaraya yang cuba membantu menjawab bagi pihak Shaharudin ditegur keras oleh hakim, 
menyatakan Shaharudin patut menjawab, bukan pendakwaraya.

Saksi kedua hari ini, Zairunhizam Mohd Jaini, 34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada 
masa itu mengaku telah memberikan laporan polis bercanggah dengan kenyataan beliau di mahkamah 
hari ini. 

Apabila ditanyakan siapa  yang merampas telefon, sarung tangan dan kad SIM daripada Mohd 
Izzuddin Hilmi Mohd Zaini tanpa kuasa yang ditahan pada malam tersebut, Zairunhizam hanya mengatakan tidak tahu kerana beliau telah meninggalkan Izzuddin di pondok pengawal.

Dalam kenyataan Zairunhisham, beliau mengaku telah mengatakan kepada Izzuddin bahawa beliau akan membawa Izzuddin ke balai polis kerana nombor plat motornya dicat hitam dan telah membawa Izzuddin ke Dewan Utama tanpa diberitahu.

"Setuju atau tidak jika saya katakan anda cuba mengaitkan apa yang telah berlaku di Dewan Utama 
dengan Izzuddin?" tanya Arfizi dan Zairunhisham bersetuju dengannya.

Arfizi juga memegur percanggahan kenyataan Zairunhisham dengan laporan polis yang dibuat 
olehnya pada hari kejadian. Zairunhisham telah melaporkan Izzuddin telah mengaku bersalah 
terhadap contengan dan simbahan petrol tetapi hari ini beliau menyatakan Izzuddin tidak langsung 
berkata apa-apa semasa ditahan olehnya.

"Bagaimana anda tahu Izzuddin mengaku bersalah sedangkan beliau tidak langsung berkata pada malam itu?" tanya Arfizi lagi.

"Saya percaya Izzuddin mengaku kerana dia membonceng dengan saya," jawab Zairunhisham. 

Hadirin mahkamah tergelak mendengar kenyataan Zairunhisham.

Manakala saksi ketiga, Abdul Mutalib Ahmad Adnan, 48 tahun, pengawal keselamatan UM berkata semasa tahanan dibuat hinggalah penyerahan kepada polis, Izzuddin tidak langsung mengatakan beliau mengaku atas perbuatan itu, tetapi hanya mendiamkan diri dan telah meminta maaf beberapa kali semasa berada di dalam Dewan Utama.

"Adakah Izzudin katakan bahawa beliau yang membuat semua contengan dan simbahan petrol?" tanya 
Arfizi.

"Mutalib menjawab, "Tidak ada, dia tidak katakan begitu."

Zulhazmi meneruskan, "Kamu ambil tindakan kerana terdapat perkataan 'Altantuya', 'C4', 'Bini puaka' dan sebagainya. Adakah anda akan mengambil tindakan yang sama jika tertulis 'aku cinta 
padamu'?"

Mutalib menjawab beliau akan mengambil tindakan kerana itu merupakan tanggungjawab beliau.

Zulhazmi bertanya lagi, "Setuju atau tidak saya katakan jika kejadian ini berlaku dan anda tidak 
membuat tangkapan, anda yang akan dipersalahkan?"

"Ya, saya setuju," jawab Mutalib.

Prosiding hari ini ditangguhkan setelah selesai dengan saksi ketiga, dan pendakwaraya dijangkakan 
akan memanggil tujuh orang saksi lagi untuk memberi keterangan. Perbicaraan akan disambung 
semula pada 9 Julai hadapan.

Isu pengundi: DAP gesa Pemuda Umno minta maaf, tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Sayap muda DAP menggesa Pemuda Umno menarik balik kenyataannya Isnin lalu berhubung nisbah pengundi antara orang Melayu dan bukan Melayu — mereka dakwa nisbah 1:40, yang dilihat mengelirukan rakyat negara ini dan memohon maaf secara terbuka.
Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Loke Siew Fook mendakwa kenyataan dibuat Pengerusi Biro Keahlian dan Pendaftaran Pengundi Pemuda Umno, Hishamuddin Yahya bukan sahaja palsu dan berbaur perkauman, malah menimbulkan suasana tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum.
Kelmarin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal juga berkata beliau tidak yakin nisbah antara Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru ialah 1:40.
Shafie berkata jumlah yang telah mendaftar sebagai pengundi baru di kalangan orang Melayu kini meningkat.
“Pemuda Sosialis DAP menggesa Pemuda Umno pusat segera mengarahkan Hishamuddin menarik balik kenyataannya yang mendakwa nisbah pengundi baru selepas pilihan raya umum ke-12 ialah 1 Melayu kepada 40 bukan Melayu.
“Pemuda Umno juga perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana kenyataan tersebut bukan sahaja palsu dan menggelirukan, ia juga menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat majmuk Malaysia,” kata Loke dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah menambah kenyataan yang berbaur perkauman tersebut terbukti palsu selepas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan kepada bahawa nisbah sebenarnya ialah 2:1 iaitu setiap dua orang Melayu yang mendaftar, hanya seorang bukan Melayu mendaftar.
Katanya berdasarkan kenyataan SPR, angka yang sebenar yang telah didaftarkan oleh agensi itu sejak Mac 2008 ialah seramai 569,137 orang di mana 355,805 atau 62.2 peratus merupakan kaum Melayu, 131,046 (Cina) manakala 27,823 adalah kaum India.
“Angka ini melambangkan demografi yang lebih mirip kepada pecahan kaum di Malaysia dan amat jauh berbeza dari nisbah yang didakwa oleh Hishamuddin.“Ternyata kenyataan dan dakwaan tersebut mempunyai agenda politik yang sempit dan ingin mengeliru dan menakutkan masyarakat Melayu bahawa kedudukan politik mereka semakin terancam,” kata Loke.
Malah statistik SPR juga menunjukkan pada tahun lepas sahaja, Umno telah mendaftarkan jumlah pengundi baru paling banyak iaitu 24,818, diikuti DAP (17,756) dan PAS (16,987).
Shafie berkata beliau mengakui bahawa parti pembangkang banyak berusaha untuk menarik seberapa ramai yang mendaftar sebagai pemilih berbanding parti komponen Barisan Nasional.
Kenyataan Hishamuddin disiarkan oleh akhbar Berita Harian dalam muka surat depan Isnin lalu dan laporan susulan hari keesokan.
“Namun, selepas Pengerusi SPR menjelaskan angka yang sebenarnya semalam, Berita Harian langsung tidak melaporkan fakta yang sebenarnya hari ini. Apakah ini melambangkan tahap profesionalisme Berita Harian?” kata Loke lagi.
Loke menjelaskan, agenda lebih penting yang harus diperjuangkan oleh semua pihak susulan laporan awal minggu ini ialah pertimbangan sewajarnya harus diberi kepada cadangan pendaftaran pengundi secara automatik.
Katanya, setiap warganegara Malaysia yang mencapai umur, yang layak harus menjadi pengundi sah tanpa perlu mendaftarkan diri dengan SPR.
“Ini bukan sahaja akan memudahkan urusan SPR dan menjimatkan sumber, malah kebimbangan bahawa kedudukan politik mana-mana kaum akan terancam tidak akan timbul sama sekali kerana setiap warganegara Malaysia berhak untuk menentukan barisan pimpinan negara.
“DAP dan Pakatan Rakyat menyokong penuh cadangan pendaftaran pengundi secara automatik kerana ia telah dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam tahun lepas,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga berkata nisbah itu tidak betul dan tidak masuk akal.

Ezam bidas laporan 'istana air mata'..he..he..raja sesumpah berbunyi lak...!!!

Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakini dan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur.

"Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya telah ke tapak itu hari ini dan mengadakan sidang akhbar. Maklumat dalam laporan itu salah. Hanya empat atau lima buruh pembinaan yang lambat menerima gaji mereka.

"Laporan itu anti-Melayu dan anti-Istana. Laporan itu menggambarkan istana seolah-olah dibina daripada air mata rakyat jelata," katanya.

Dalam laporan ekslusif pada 27 Jun, The Star menyiarkan di muka depannya sekumpulan pekerja asing yang membina Istana Negara bernilai RM800 juta didakwa tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Sementara itu, Malaysiakini semalam melaporkan, kumpulan 10 orang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan' dengan penguatkuasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ezam menyatakan kekesalannya terhadap Malaysiakini yang didakwanya selalu "mengutarakan isu yang anti-istana".

"Ini melampau. Malaysiakini telah cukup menyerang institusi (Melayu). Saya akan lawan (ketua pengarang) Steven Gan habis habisan-habisan," katanya.

Katanya, laporan berhubung isu peralihan kuasa di Perak, termasuk melibatkan bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kes murtad adalah contoh serangan terhadap instsitusi Melayu.

Mayat bersepai, 42 maut di makam sufi Lahore

LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT)  
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
LAHORE,PAKISTAN - JULY 1:  (EDITORS NOTE: GRAPHIC CONTENT) 
Worshippers and rescue workers carry victims from the Data Ganj Baksh 
shrine  on July 1, 2010 in Lahore, Pakistan. At least 35 people have 
been killed and 175 people injured after three suicide bomb blasts hit 
the Data Ganj Baksh shrine.
Pakistani devotees remove a body from a shrine of the Saint Syed 
Ali bin Osman Al-Hajvery, popularly known as Data Ganj Bakhsh following 
suicide bomb attacks in Lahore on July 2, 2010. At least 35 people were 
killed on July 2 in three suicide attacks at the tomb of an Islamic 
saint in the eastern Pakistani city of Lahore, a city official said, 
raising a previous toll of 25 from the police.
Pakistani men stand beside the bodies on the floor after the 
suicide bomb attacks at the Saint Syed Ali bin Osman Al-Hajvery shrine, 
popularly known as Data Ganj Bakhsh in Lahore on July 2, 2010. At least 
25 people were killed on July 2 in three suicide attacks at the tomb of 
an Islamic saint in the eastern Pakistani city of Lahore, police said.
Pakistani men stand beside the bodies on the floor after the suicide bomb attacks at the Saint Syed Ali bin Osman Al-Hajvery shrine, popularly known as Data Ganj Bakhsh in Lahore on July 2, 2010. At least 45 people were killed on July 2 in three suicide attacks at the tomb of an Islamic saint in the eastern Pakistani city of Lahore, police said.
Pakistani security officials examine the site of suicide bomb 
attacks at the Saint Syed Ali bin Osman Al-Hajvery shrine, popularly 
known as Data Ganj Bakhsh in Lahore on July 2, 2010. At least 35 people 
were killed on July 2 in three suicide attacks at the tomb of an Islamic
 saint in the eastern Pakistani city of Lahore, a city official said, 
raising a previous toll of 25 from the police.
Pakistani Sunni Muslims shout slogans during a protest in Karachi 
on July 2, 2010, against the suicide bomb attacks on the shrine of 
Muslim Sufi saint Hazrat Syed Ali bin Usman Hajweri, popularly known as 
Data Ganj Bakhsh in Lahore. The Pakistani Taliban denied any involvement
 in a twin suicide bombing on an Islamic shrine in the eastern city of 
Lahore which killed 42 people and wounded 175 others.
Pakistani Sunni Muslims shout slogans during a protest in Karachi on July 2, 2010, against the suicide bomb attacks on the shrine of Muslim Sufi saint Hazrat Syed Ali bin Usman Hajweri, popularly known as Data Ganj Bakhsh in Lahore. The Pakistani Taliban denied any involvement in a twin suicide bombing on an Islamic shrine in the eastern city of Lahore which killed 42 people and wounded 175 others.
Pakistani Sunni Muslims shout slogans during a protest in Karachi 
on July 2, 2010, against the suicide bomb attacks on the shrine of 
Muslim Sufi saint Hazrat Syed Ali bin Usman Hajweri, popularly known as 
Data Ganj Bakhsh in Lahore. The Pakistani Taliban denied any involvement
 in a twin suicide bombing on an Islamic shrine in the eastern city of 
Lahore which killed 42 people and wounded 175 others.
A relative mourns over a blast victim, killed during a suicide 
bomb attack on the shrine of Muslim Sufi saint Hazrat Syed Ali bin Usman
 Hajweri, popularly known as Data Ganj Bakhsh, during a funeral in 
Lahore on July 2, 2010. The Pakistani Taliban denied any involvement in a
 twin suicide bombing on an Islamic shrine in the eastern city of Lahore
 which killed 42 people and wounded 175 others.
A relative mourns over a blast victim, killed during a suicide bomb attack on the shrine of Muslim Sufi saint Hazrat Syed Ali bin Usman Hajweri, popularly known as Data Ganj Bakhsh, during a funeral in Lahore on July 2, 2010. The Pakistani Taliban denied any involvement in a twin suicide bombing on an Islamic shrine in the eastern city of Lahore which killed 42 people and wounded 175 others.

42 maut di makam sufi Lahore



LAHORE 2 Julai – Serangan dua pengebom berani mati yang membunuh 42 orang di makam seorang ahli sufi di timur Pakistan malam tadi membangkitkan kemarahan kebanyakan rakyat di negara yang dilanda keganasan ini.
Sesetengahnya menyalahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan sebagai punca serangan manakala yang lain mendakwa keganasan itu angkara penganut ajaran Ahmadiyyah (Qadiani) yang turut menjadi sasaran serangan hanya beberapa minggu lalu.
Dua letupan di makam Data Darbar di sini berlaku di kawasan yang masyarakatnya berpegang pada ajaran Islam berfahaman sederhana, seperti kebanyakan rakyat Pakistan.
Serangan itu mencederakan 180 orang dan sekali lagi menunjukkan ancaman kumpulan-kumpulan militan yang ada kaitan dengan kawasan kabilah di barat laut Pakistan bersempadan dengan Afghanistan, walaupun mereka bergiat aktif jauh dari kawasan itu.
Beribu-ribu orang berhimpun malam tadi di makam berkubah hijau itu apabila dua letupan berlaku selang beberapa minit di bahagian berlainan.
Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi puak pelampau menganggap ajaran sufi sebagai bidaah dan mereka juga pernah menyerang penduduk yang menganut mazhab lain selain Sunah.
Namun beberapa penduduk Pakistan yang ditemu bual hari ini berkata, punca sebenar masalah keganasan ialah kehadiran tentera AS di Afghanistan serta serangan peluru berpandunya ke atas kedudukan militan di kawasan kabilah Pakistan.
“Amerika membunuh penduduk Islam di Afghanistan dan di kawasan kabilah kami, dan kumpulan militan menyerang Pakistan bagi meluahkan kemarahan terhadap kerajaan kerana menyokong Amerika,” kata seorang pengunjung makam itu, Zahid Umar, 25.
Rakyat Pakistan menderita kerana dasar dan serangan Amerika di rantau ini, dan keganasan akan berakhir jika AS berundur dari Afghanistan, kata seorang lagi penduduk, Mohammed Asif.
Beberapa orang lain mendakwa serangan itu dilakukan oleh pengikut ajaran sesat, Ahmadiyyah. Pada 28 Mei lalu, sekurang-kurangnya 93 orang maut apabila sekumpulan bersenjata dan pasukan pengebom berani mati menyerang dua masjid Ahmadiyyah. – AP

PKR: Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' BN


Masyarakat Orang Asli kini mempunyai lebih banyak kesedaran politik dan tidak lagi boleh dianggap sebagai pengundi setia kepada BN, kata timbalan pengerusi biro Orang Asal PKR Pahang, Bob Manolan.

Trend baru ini dikesan daripada perasaan tidak puas hati daripada golongan masyarakat itu, rentetan daripada cadangan kerajaan untuk meminda Akta Orang Asli (Akta 134), kata Bob.

"Melihat kepada senario semasa, memang Orang Asli ini masih (merupakan) fixed deposit kepada BN. Tapi senario ini sudah berubah di beberapa tempat.

"Contohnya di Pahang, kita ada biro hal ehwal Orang Asli (PKR),yang memang aktif di kalangan Orang Asli untuk menyedarkan kuasa politik mereka.

"Mungkin di pilihan raya umum ke-13 nanti akan ada peningkatan lebih mendadak (sokongan kepada Pakatan Rakyat) disebabkan senario semasa macam (dasar) pemberilikan tanah ini," kata Bob.

Bob menjelaskan, PKR melihat peluang berkenaan boleh diraih dalam keadaan semasa di mana kumpulan NGO mewakili masyarakat itu memfokuskan kepada isu-isu spesifik dalam masyarakat berkenaan.

"Kecenderungan politik mereka kurang (menyerlah) kerana NGO seperti (Persatuan Siswazah Orang Asli) PSOA lebih kepada isu pendidikan, (Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada kebajikan dan (Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia) kepada tanah dan perpaduan antara perkampungan Orang Asli," katanya lagi.

Setakat ini, POASM merupakan badan paling besar yang mewakili Orang Asli. Persatuan ini ditubuhkan sejak tahun 1976 dan kini mempunyai sebanyak kira-kira 26,000 ahli.

Seorang ahli majlis tertinggi POASM Yusri Ahon berkata cawangan-cawangan parti PKR kini giat ditubuhkan di perkampungan Orang Asli.

"Contohya di negeri pahang, kita lihat pada masa sekarang ini, tumbuh macam cendawan ranting-ranting PKR di kampung kampung masyarakat Orang Asli.

"Hampir setiap bulan mereka menubuhkan ranting, sebab mereka sedar jalan penyelesain yang paling akhir hanya dengan berpolitik," katanya.