Rabu, 30 Jun 2010

Ibrahim Ali Yang Patut Di ISAkan

Ibrahim jangan berlagak

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya tidak terlalu berlagak dengan kewujudan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan sokongan ahli yang diberikan sehingga sanggup menghentam sesama sendiri tanpa fakta yang jelas.

Ketuanya, Anuar Safian (gambar) berkata, beliau percaya bahawa Ibrahim mewujudkan Perkasa semata-mata kerana ingin menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangan beliau di Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya yang akan datang.

Katanya, sekarang dari segi realitinya Ibrahim sudah tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap yang sedemikian.

“Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau sudah menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

“Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk menjadi jaguh sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan oleh Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia yang hendak digagaskan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah memberikan penjelasan terhadap isu tersebut malah Wee sendiri telah pun memberi penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkenaan hal tersebut.

“Jadi ianya tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukanlah hendak mencampuri urusan perbalahan pendapat antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat bahawa majoriti pemuda seluruh negara adalah bersama-sama dengan Khairy dalam hal ini.

“Bagi Pemuda UMNO Kelantan kenyataan Khairy mengatakan bahawa Ibrahim adalah Gedebe Politik tepat memandangkan beliau sebagai ahli politik bermacam warna yang cuba mewujudkan satu blok minoriti bebas dalam parlimen,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Ibrahim ingin bersama-sama UMNO dalam memperjuangkan hak dan kedudukan orang Melayu ianya harus bersederhana dalam kedudukan kita sebagai sebuah negara majmuk dan terbukti berjaya seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

“UMNO sudah perjuangkan hak orang Melayu lebih 64 tahun, masakan Perkasa yang baru setahun jagung hendak mempertikaikannya,” katanya.

Kelmarin, Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai ‘gedebe politik’ (samseng politik). Beliau sebelum ini menyifatkan Ibrahim sebagai penghalang konsep 1Malaysia.

Beliau turut dilaporkan berkata, gelaran terhadap Ibrahim itu memang tepat berdasarkan tindak-tanduk Ahli Parlimen Pasir Mas itu selama ini.

Justeru beliau tidak akan meminta maaf ataupun menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Presiden Perkasa itu sejak beberapa hari lalu. -SH


Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul “garang” esok dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.

“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung “Suara Perkasa” kepada wartawan hari ini.

“Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.

Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Jika kerajaan hanya mahu memansuhkan biasiswa (JPA) tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ini tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan,” katanya.

“Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Timbalan Menteri Pelajaran itu terlepas daripada tuduhan kerana mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.

“Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,” kata Abdul Rahman dalam artikel itu.

“Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa,” kata beliau.

Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei, jelas Zubir.

Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.

Kira-kira 100,000 ahli NGO Islam mahu Wee memohon maaf kerana mempertikaikan biasiswa Mara.

Bagi memastikan beliau bertindak demikian, Perkasa akan memastikan bahawa pengundi Melayu tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda MCA itu dalam pilihan raya umum akan datang, tambah Abdul Rahman.

Apabila ditanya jika ada sesiapa yang mempersoalkan Artikel 153 perlu ditahan di bawah ISA, Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Perkasa lain menegaskan, “ya”.

“MCA seharusnya tidak hanya menjadi jaguh bagi orang Cina tetapi juga 1 Malaysia,” kata Zubir.

“Wee Ka Siong tidak mempertahankan (Artikel) 153, jadi beliau menentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... jadi beliau perlu dipecat daripada Kabinet,” tambah naib presiden Perkasa itu.

Kira-kira 25,000 naskhah akan diedarkan di seluruh negara esok.

“Kita akan bermula dengan dwibulanan (isu), kemudian dengan kebenaran KDN (Kementerian Dalam Negeri), kita harap ia boleh dipasarkan seminggu sekali,” kata Zubir.

“Akhbar ini adalah suara Perkasa dan akan menyiarkan tentang masalah orang Melayu... berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu,” tambahnya.

Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000. -TMI


Ulasan GB

Bukankah sepatutnya Ibrahim Ali itu yang mesti diISAkan kerana seringkali menimbulkan isu rasis dan perkauman melampau?

Kenapa KDN berdiam diri? Kerana faktor Mahathir di belakang PERKASA?

Atau apa?

Jika demikian jangan dipersalahkan kaum bukan Melayu jika mereka juga bertindak balas hasil dari kenyataan-kenyataan Perkasa dan KDN mesti memikul tanggungjawab membiarkan Perkasa satu hari menjadi gergasi rasis yang menyemarakkan api perkauman di negara ini.

Kesian Zahrain; So Pathetic

Wakil Rakyat sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan Kerajaan . Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh saorang Yang Berhormat. Lebih lebih lagi kalau kita itu Wakil rakyat “Bebas” yang begitu di gemari oleh  PM Najib Tun Razak. Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan.
Jadi saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada YB Bayan Baru ini. Dia sudah semacam menjadi wakil special Branch bangga dengan pendedahannya yang saya duduk di Hotel Britannia bersama dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu. Dia kata MACC kena siasat petemuan ini. Inilah kerja Wakil Rakyat pro BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu. Jumpa Raja Petra tidak salah wahai YB. YB pun boleh kerumahnya di Manchester.
Raja Petra dan isterinya Marina  kawan saya . Saya tak tinggalkan kawan semata mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford; dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia. Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa  meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti  Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham.
Memang dia booking Hotel itu untuk saya, tapi tak benar dia tinggal disitu kerana rumah mereka hanya 15 min dari situ.  Hotel yang saya menginap itu pun 3 star , tak lah saperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri. Minggu depan saya akan ka London dan inshaaallah  akan bertemu Marina dan Petra. Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau MACC mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau MACC tidak mahu bertemu dengannya.

Zaid Ibrahim

Umno Putera keringkan wang Felda


Saya boleh membantu menjelaskan, sebahagian, bagaimana ceritanya rizab tunai Felda dikeringkan.

Sejumlah setengah billion, (RM 512 juta) dibelanjakan melalui projek-projek (tak perlu dan di luar tugas Felda) yang disiapkan oleh firma arkitek yang sama.

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'. Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....

Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta).

Apa kena mengena Mara dan Felda? Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.

Kononnya pula Felda sudah memasuki alaf moden dan untuk itu, bentuk impian Felda akan datang dibina dengan ciri-ciri peneroka Felda masa depan. Ia dipanggil Feldajaya.

Rumah bungalow mewah berharga mahal, rumah kedai dan lain-lain ciri bandar baru dalam satu kawasan 'masa depan' di bina. Setakat ini, empat Feldajaya telah dibangunkan (Mempaga, Trolak, Serting dan Cini) dengan reka bentuk oleh firma arkitek yang sama. Setakat ini, kosnya ialah RM 152 juta.

Samada rumah kedai dan bungalow ini laku dijual atau tidak, Felda tidak peduli sangat. Yang penting, itulah rumah peneroka masa depan Felda!

Asal dikata moden, wang habis tak mengapa. Itulah bagusnya bila ada wang melimpah.

RM setengah billion oleh firma arkitek bertuah ini.

Sebelum ini, saya telah tunjukkan, RM 800 juta pelaburan Felda di US dan Kanada. Pegawai Felda tak sampai setengah dozen yang membeku dek kedinginan di Quebec di musim sejuk, barangkali ada cerita boleh dikongsi dengan kami di Malaysia.

Maknanya, di sini sahaja, saya telah membantu Felda menjelaskan bagaimana sebanyak RM 1.3 billion rizab tunai Felda dibelanjakan!

Selebihnya, Felda sendiri boleh tolong jelaskan.....

Kalau Felda tak ada masa untuk jelaskan untuk tunjukkan pengurusannya telus dan amanah warga Felda menjadi taruhannya, saya tak ada masalah untuk jelaskan sedikit demi sedikit.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

Satu Lagi Serangan BN: Dua ADUN PR Selangor dipanggil SRPM

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis pemeriksaan kepada dua orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor untuk hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, Putrajaya esok.
Surat dikeluarkan kepada ADUN Batu Caves Amirudin Shari (gambar kiri) dan ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie pada Isnin lalu mengarahkan kedua-dua mereka untuk bantu siasat di bawah kesalahan 17(A) Akta SPRM.
Kami yakin langkah SPRM ini ketika spekulasi berkenaan empat ADUN Parti Keadilan Rakyat akan meninggalkan parti baru-baru ini merupakan satu lagi serangan baru daripada siri percubaan untuk menjatuhkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.
Kami juga tidak menyangkal kemungkinan SPRM dipergunakan untuk menjayakan agenda UMNO-Barisan Nasional merampas kuasa pentadbiran Selangor, sepertimana berlaku dalam insiden rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2009.
Kami menggesa SRPM professional dalam menjalankan tugas dengan turut menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin Barisan Nasional yang terang-terang melakukan rasuah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo.
Kedua-dua ADUN itu akan hadir bersama peguam masing-masing ke Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 3 petang esok (1 Julai) untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak SPRM.
*Kenyataan oleh Badrul Amin Baharom selaku Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor Dahrul Ehsan.

Dewan Rakyat tolak usul tergempar Scorpene

Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini mendedahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan bahawa RM575 juta komisyen dibayar kepada Abdul Razak Baginda sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis.

Dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang), yang mengemukakan usul kepada Pandikar (kiri) semalam supaya Dewan Rakyat membincangkan perkara itu, Speaker berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasatnya.

Atas sebab tersebut, isu berkenaan adalah tidak mendesak untuk dibincangkan oleh Dewan Rakyat, tegas Pandikar dalam suratnya kepada Leong untuk memaklumkan usulnya itu telah ditolak.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.

Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

Kerajaan telah menafikan komisyen dibayar dalam urusan pembelian kapal selam tersebut, dengan menegaskan bahawa jumlah itu - yang merupakan 10 peratus daripada harga keseluruhan kapal selam berkenaan yang berjumlah RM4.85 bilion - adalah untuk perkhidmatan sokongan dan penyelarasan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembayaran tersebut juga kini sedang disiasat pihak berkuasa Perancis kerana "komisyen" seumpama itu adalah salah di bawah undang-undang Perancis.

Dalam
suratnya kepada Pandikar, Leong (kanan) berkata isu tersebut telah menarik perhatian media asing kerana wujudnya dakwaan bahawa Najib terlibat dalam isu tersebut.

Sampai hari ini, tambahnya, tidak satu pun pihak berkuasa yang mengambil tindakan untuk menyiasat skandal itu.

Malah, katanya, seorang jurucakap pejabat perdana menteri telah menyatakan bahawa 'tidak ada kes' terhadap skandal tersebut.

Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar membuat andaian bahawa kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seakan turut disertai oleh agen asing, sama ada dari Singapura mahupun Brunei Darussalam.
Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat insiden penyerahan dua telaga minyak, Blok L dan Blok M pada kerajaan Brunei Darussalam; serta isu penyerahan tanah KTM di Tanjong Pagar pada kerajaan Singapura yang nyata lebih merugikan kepentingan dan kedaulatan negara.
“Mesti ada yang tidak kena, seolah-olah ada agen asing tak kiralah agen Singapura atau (agen) Brunei dalam kabinet Najib, yang mendapat manfaat kewangan dalam kedua-dua rundingan ini,” tegas beliau pada Harakahdaily.
Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, kalau Najib atau delegasi Malaysia bukan agen asing seperti yang beliau andaikan, sepatutnya natijah dari rundingan negara dengan  Brunei dan Singapura itu sudah tentu dilihat lebih menguntungkan kepentingan negara.
“Kalau tidak, mengapa Najib sanggup setuju 40 nisbah 60 dalam membangunkan tanah bernilai tinggi di Tanjong Pagar sedangkan kita boleh bangunkan sendiri sebab itu milik mutlak kita sebelum Singapura Malaysia berpisah,” beliau menambah.
“Kita pun tak tahu betulkah Limbang diserahkan pada kita kerana perkata itu tidak pernah dibentang di Parlimen tapi penyerahan kedua-dua telaga minyak ini jelas menguntungkan Brunei.”
Sehubungan itu, beliau berkata, andaian peribadinya itu adalah tidak keterlaluan memandangkan Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri sebelum ini pun seakan mengaku bahawa agen Singapura benar-benar wujud dalam negara.
Ujarnya lagi, Dr. Mahathir pernah membuat andaian demikian apabila Datuk Kalimullah Maseerul Hassan yang diwar-warkan pro Singapura tiba-tiba dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Kumpulan Akhbar dalam New Strait Times Press (NSTP), empat tahun yang lalu.
Katanya lagi, beberapa media alternatif pada ketika itu pun turut dilihat bersama-sama Dr. Mahathir dengan mengaitkan NSTP yang baru disertai oleh Kalimullah bertanggungjawab dalam membocorkan maklumat keselamatan negara pada Strait Times Singapore apabila akhbar perdana Singapura itu lebih awal memasyhurkan Najib sebagai Perdana Menteri, sebelum Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Ekoran itu, beliau mencabar Najib menyangkal andaiannya dengan mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung inti sebenar di sebalik kedua-dua rundingan yang merugikan negara dalam masa terdekat.
“Najib boleh sangkal dakwaan saya ini bahawa kebinet Najib mungkin disertai agen asing ini, tetapi dia mesti sangkal saya dengan mendedahkan inti rundingan sebenar, siapa yang terlibat dan apakah kewajaran kebinet menggadaikan kedaulatan negara pada Singapura dan Brunei dalam kedua-dua isu ini,” tegas beliau sambil menganggap bahawa kedua-dua rundingan tersebut adalah tidak sah kerana tidak pernah dibahas di Parlimen.

Sistem pembankan Islam masih anak tiri?

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria mempersoal pendirian kerajaan dalam mengukuhkan sistem perbankan Islam di Malaysia kerana ia dilihat masih bergantung kepada sistem konvensional.

Nasir berkata, walaupun kerajaan memperkenalkan skim perbankan Islam (SPI) di Malaysia, namun ia hanyalah sekadar perkhidmatan perbankan Islam di kaunter-kaunter perbankan (islamic window) tetapi segala pembuatan keputusan masih perlu merujuk kepada sistem konvensional.

"Kerajaan memang memperkenalkan sistem perbankan Islam. Tapi masalahnya sekarang bagaimana kita nak memacu perbankan Islam di Malaysia kerana yang berlaku hari ini 80 peratus institut perbankan di Malaysia masih lagi dalam bentuk subsidiari kepada perbankan konvensional.

"Semua keputusan yang dibuat masih merujuk kepada kumpulan konvensional. Kerajaan pakejkan Islamic Window, produk-produk Islam tapi sebenarnya pada masa yang sama tetap tertakluk kepada mother company (syarikat induk). Kita sekarang adalah parents company," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum itu, beliau dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini meminta menteri kewangan menyatakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memantapkan sistem perbankan Islam di Malaysia yang masih lagi dibayangi oleh sistem konvensional di mana 80 peratus masih lagi wujud sebagai subsidiari kepada perbankan konvensional.

Beliau juga berkata, agak mendukacitakan apabila negara Malaysia yang merupakan negara Islam masih terkebelakang dalam sistem perbankan Islam.

"Masalah yang berlaku sekarang ini malaysia nombor empat di belakang London, Hong Kong, Singapura," katanya.

Justeru, beliau mahu kerajaan menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini bagi memastikan perbankan Islam terus diperkasa.

"Apa tindakan kerajaan dalam kes ini sebab ia akan membantutkan perkembangan kewangan Islam. Macammana kalau tahap kebergantungannya masih lagi bergantung kepada sistem konvensional dari segi modal dan sebagainya," katanya.

RESPONSE TO PRESS RELEASE BY MACC RE: BALA INTERVIEW IN LONDON


It is nothing less than astounding to now realize that an authority such as the MACC, who would have been expected to have done everything in their power to investigate the very serious allegations made against the Prime Minister, his wife and his brother, to now forfeit that opportunity on tenuous and exasperatingly flimsy grounds knowing full well that much preparation has gone into organizing this interview and to then pull out at the very last moment contrary to the false perceptions created by them up till now.

Americk Sidhu

I refer to the press release by the MACC this afternoon to the effect that they will not be sending their officers to London to interview my client P.Balasubramaniam (Bala), as promised.
The excuses (they do not qualify as reasons), given are as follows:
1.   That the MACC will instead submit questions to which my client will give his answers in affidavit form.
2.   That the A.G's chambers had provided advice along these lines to the MACC.
3. That precedence has been established in the Eric Chia case to the effect that a witnesses statement recorded overseas is inadmissible in a Malaysian Court.
4. That even if an affidavit was sworn by Bala it would not hold much weight in court if he was not available to testify.
These statements appear to be full of contradictions, misguided assumptions and ill-devised excuses used to decline the invitation to interview Bala which has been so vehemently pursued by the MACC in the past.
The recording of a witnesses statement can take place anywhere in the world as this statement forms part of the investigations conducted by the MACC  for the purposes of a potential prosecution and is not intended to be used as evidence in a Court of Law. If this were the case, then the statement recorded from Saiful in the ongoing Sodomy II trial of Anwar Ibrahim would have been willingly tendered by the prosecution as part of their case instead of being guarded jealously and hidden from view. So this is really no excuse for not recording a statement from Bala. It would never be tendered in court unless it is used to discredit the oral evidence of a witness  if that evidence contradicts a previously recorded statement. This process is called impeachment. That is why a statement is first recorded.
The MACC have assumed that Bala will not turn up in Court to testify.
Why have they assumed this?
Bala is ever prepared to testify against those personalities who have caused him and his family untold misery for the past 2 years. Was it not Bala who surfaced to tell his story as soon as he was able? Has he ever shirked from his duty as a law abiding citizen to assist the authorities in whatever way he could without compromising his own safety? All Bala asks is that the authorities concerned ensure that his well being is preserved if he is required to testify. Nothing more nothing less.
Bala could quite easily have gone into forced exile with RM5 million in his pocket and his life would have been a lot easier. Instead he has come forward to expose the misdeeds perpetrated upon him by a host of unsavoury characters who stretch all the way to the personalities holding the highest positions in government and their immediate family members.
If the MACC requires signed depositions from Bala to wrap up their investigations, may I suggest they consult the documents available all over cyberspace in the form of Bala’s 1st SD released in July 2008 and the 3 parts of his Q&A released in November 2009. These documents exhaustively detail all issues involved in this conspiracy and have been available for a long time now. If this is all the MACC required, why suggest that their investigations could not proceed without the cooperation of Bala? Why did Nazri inform Parliament that the MACC were emasculated in continuing with their investigations because Bala could not be found?
Bala was available at all times and the MACC knew this. We have documents to prove we had informed them of our willingness to cooperate as far back as December last year. Why is everyone becoming so coy at the eleventh hour?
It is nothing less than astounding to now realize that an authority such as the MACC, who would have been expected to have done everything in their power to investigate the very serious allegations made against the Prime Minister, his wife and his brother, to now forfeit that opportunity on tenuous and exasperatingly flimsy grounds knowing full well that much preparation has gone into organizing this interview and to then pull out at the very last moment contrary to the false perceptions created by them up till now.
This turn of events has certainly destroyed what little credibility the MACC had left and has confirmed the suspicions held by most right thinking members of society that they are a body existing solely to protect the interests of the powers that be and to ensure that any opposition to the government is dealt with by harsh, brash, unnecessary and lopsided vehemence with the sole purpose of destroying any legitimate questioning of the excesses of the ruling regime so that power is perpetuated in the hands of their masters.
As far as I am concerned, and I know I speak for the team of lawyers representing Bala in this matter, that we will all be in London at the Holiday Villas, Bayswater at 10 am on the 5th July awaiting the arrival of the 3 MACC officers who are supposed to interview Bala as arranged and as promised.
Let me add that whatever advice the MACC may have received from the Attorney General's chambers is highly suspect and devoid of any legal basis, but instead smacks of a hastily assembled concoction of very weak excuses designed to avoid a potentially embarrassing situation for those who are obviously in control and who are able to hijack the machinations of the State and to manipulate the system to suit their own illegitimate agendas.
And if there are still any reservations as to whether the MACC were indeed genuinely planning on interviewing Bala in London then that misconception has now been destroyed by the fact that they had, up till now, not bothered to book the conference room at the Holiday Villas, Bayswater even though they had assured us they would handle the booking. They had never intended to interview Bala and have spent the past few weeks scrambling around for an excuse not to. The only problem is the excuse is ludicrous and everyone knows that.

SPRM batal jumpa Bala di London



Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull ketika sidang akhbar mengenai keputusan untuk tidak menghantar pegawai-pegawai SPRM ke London bagi merakamkan percakapan saksi utama berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, P. Balasubramaniam di Ibu Pejabat SPRM hari ini. – Gambar Bernama
PUTRAJAYA, 30 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan rancangan untuk menemui detektif persendirian P Balasubramaniam di London minggu depan bagi mengambil keterangan ekoran pendedahan terbaru kes pembunuhan wanita Mongolia empat tahun lalu. Agensi itu memutuskan demikian bagi mengelakkan implikasi perundangan sebagaimana dialami dalam kes Tan Sri Eric Chia sebelum ini.
Sebaliknya Balasubramniam boleh jelaskan atau beri maklum balas dalam bentuk afidavit berdasarkan soalan bertulis yang akan dikirimkan oleh SPRM kelak.
Perkarasa itu diumumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull.
“Menurut Jabatan Peguam Negara, proses merakam keterangan Balasubramaniam di luar negara (London) akan melibatkan beberapa implikasi undang-undang.
“Oleh sebab itu, SPRM dinasihatkan agar tidak merakamkan pernyataan saksi tersebut di luar negara dan meminta agar saksi mengemukakan akuan bersumpah atau akuan bersumpah atau afidavit sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” kata Shukri.
Kata beliau SPRM telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung implikasi undang-undang terhadap proses merakamkan percakapan Balasubramaniam, yang merupakan saksi utama,.
Pertemuan Balasubramaniam dan tiga pegawai kanan SPRM dijangka untuk diadakan mulai 5 hingga 7 Julai di Holiday Villa, London.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa siasatan ke atas aduan yang dibuat oleh Balasubramaniam telah pun dijalankan secara menyeluruh dan memerlukan keterangan Balasubramaniam bagi melengkapkan siasatan.
“Saksi-saksi lain yang berkaitan telah pun dirakam kenyataan mereka,” katanya.
Seksyen 30(1)(c) menyebut “dengan notis bertulis mengarahkan mana-mana orang supaya memberikan pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu, dalam tempoh yang dinyatakan oleh pegawai itu.”
Kata Shukri, atas pandangan dan nasihat Jab atan Peguam Negara, SPRM membuat keputusan untuk tidak menghantar pegawai-pegawai SPRM ke London bagi merakamkan percakapan Balasubramaniam.
“Sebaliknay SPRM akan menghubungi peguam Balasubramaniam bagi mengemukakan soalan-soalan yang perlu dijawab berkaitan kes ini dan memohon Balasubramaniam yang diperuntukkan di bawah Seksyen 30(1)(c) Akta SPRM 2010,” katanya.
Aduan yang disiasat oleh SPRM ini dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas kenyataan Balasubramaniam dikeluarkan menerusi rakaman video yang dibuat di Singapura.
Sama ada kes ini jika dibawa ke mahkamah, mempunyai kekuatan atau sebaliknya untuk disabitkan kesalahan, bergantung sepenuhnya pada keterangan yang dibuat oleh Balasubramaniam menerusi afidavit beserta kehadirannya di mahkamah bagi memberi keterangan dan untuk disoal balas oleh peguam tertuduh.
Oleh itu nasib kes ini akan mirip kesudahan tuduhan salah guna kuasa syarikat Perwaja.
Ketika ditanya sama ada kes ini sia-sia dan mungkin dibuang Shukri berkata, ia akan bergantung kepada penentuan Peguam Negara terhadap kertas siasatan.
Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa berkata, mengambil kira beberapa persoalan dan komplikasi perundangan mengenai cadangan mengambil pernyataan Balasubramaniam di London dan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang Malaysia, Jabatan Peguam Negara berpendapat adalah wajar suruhanjaya ini hanya mengemukakan soalan-soalan bertulis.
“Balasubramaniam boleh mengemukakan akuan bersumpah atau berikrar untuk membantu siastaan SPRM berdasarkan peruntukan Seksyen 30(1)(c).”
Kata beliau, Seksyen 111 dan 112 Kanun Prosedur Jenyayah memperuntukkan kuasa untuk memanggil saksi dan juga merakam pernyataan saksi yang perlu dipatuhi oleh pihak yang merakam dan pihak yang dirakam pernyataan.
“Justeru itu, SPRM diingatkan untuk mengambil setiap tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang Malaysia,” kata beliau.
Peguam Balasubramaniam Americk Sidhu kelmarin memberitahu The Malaysian Insider bahawa SPRM akan menemui Balasubramaniam minggu pertama bulan depan, tetapi sama sekali tidak membenarkan peguamnya hadir sama berhubung dakwaan maklumat terbaru berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
“Kami menunggu kehadiran pegawai-pegawai SPRM di London dan menemui (Balasubramaniam),” kata beliau.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Americk berkata, pihaknya kini di peringkat akhir perundingan dengan SPRM.
“Semua sudah dibincangkan kecuali SPRM tidak mahu membenarkan peguam kami untuk hadir sama apabila mereka menemu bual subjek (Balasubramaniam).
“Kami tidak bersetuju dengan ini, dan kami akan mengetahui hasilnya minggu depan,” kata Americk lagi.
Mengenai syarat dibenarkan rakaman video, Americk berkata, SPRM juga tidak bersetuju dengan permintaan tersebut.
“Tetapi kami menjangkakan sekiranya salah seorang peguam hadir ketika sesi temu bual, maka peguam berkenaan boleh mencatatkan hasil percakapan setiap maklumat yang diberikan, yang dapat menyelesaikan masalah rakaman tidak dibenarkan,” katanya.
Akhir Mei lalu, SPRM berkata pihaknya bersedia untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya.
Sebelum ini SPRM menyambut baik kesediaan Balasubramaniam untuk dirakamkan percakapannya berhubung kes itu.
Americk sebelum ini berkata Balasubramaniam Balasubramaniam sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya.

Nik Aziz anggap pandangan peribadi Karpal Singh

KOTA BHARU, 30 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tidak akan berkompromi terhadap penubuhan negara Islam, hanya bersifat peribadi.
Menurut Tuan Guru, beliau belum lagi mendengar secara rasmi  DAP sendiri menolak Islam, kecuali penolakan daripada peribadi tertentu sahaja.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana DAP sudah bersatu dalam Pakatan Rakyat sehingga berjaya membentuk beberapa buah negeri dalam pilihan raya umum lalu.
“Itu (tak terima konsep Islam) hanya pandangan peribadi Karpal sahaja, malah saya sendiripun sudah banyak kali bertanya, tak kena di mana Islam?
“You sebut Islam tak betul dengan hujah yang tak pasti,  tetapi selagi you tak boleh menyebut Islam ini tak betul sama ada dari segi akidah, muamalah, saya nak tinggal Islam pun tak boleh, you tak terima Islam pun tak betul,”ujarnya lagi.
Sambungnya, Islam ada asasnya iaitu dunia ini bukan manusia yang punya tapi hak Allah.
Tegasnya, bila ianya hak Allah, makna setiap manusia itu tidak boleh pandai-pandai menolak Islam.
“Mulut saya yang bercakap ini, telinga dia yang mendengar bukan saya atau dia yang buat, mulut saya dibuat oleh Allah, telinga pada dia tu Allah yang buat, udara yang kita bernafas ini Allah yang buat,”ujarnya lagi.
Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam wawancaranya dalam sebuah portal semalam yang mendakwa tetap akan menolak kerajaan yang berkonsepkan Islam.
Bagi Karpal, Malaysia adalah sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil DAP mengubahnya untuk menjadikan negara Islam.

Ean: Tujuh Pegawai Perhubungan Perkampungan Negeri Selangor Dilantik

Seramai tujuh Pegawai Perhubungan Perkampungan Negeri Selangor telah dilantik bagi membantu dalam hal ehwal kampung di tujuh daerah di Selangor.

Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata  perlantikan mereka adalah bagi memperkasa dan melicinkan pentadbiran kerajaan negeri di peringkat kampung.

“Peranan dan skop tugas mereka telah disenaraikan untuk mebantu dalam hal ehwal berkenaan kampung baru tersusun di sesuatu daerah.

“Mereka dilantik selama dua tahun adun pejabat mereka akan ditempatkan di pejabat daerah,” katanya.

Mereka yang dilantik ialah Chan Huan Guan pegawai untuk daerah Petaling dan Klang, Tan Kom Poh, Hulu Langat, Lim Soon Hong, Kuala Langat dan Sepang, Wong Ah Chia, Sabak Bernam, Chng Boon Lai, Hulu Selangor, Heng Hua Joo, Kuala Selangor dan Chee Chu Sang untuk daerah Gombak.

Beliau berkata perlantikan kesemua pegawai tersebut mengikut prosedur yang ditetapkan dan mereka turut perlu menandatangani Kontrak Perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, beliau turut memperincikan tugasan yang perlu dipertanggungjawapkan oleh mereka yang baru dilantik antaranya ialah perlu bermesyuarat secara berkala bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang kampung.

Selain itu pegawai yang dilantik  perlu memantau dan memastikan sesuatu projek pembangunan di dalam kampung baru dilaksanakan dengan sempurna dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pegawai Perhubungan Kampung itu juga perlu membuat laporan tugasan bulanan bertulis kepada Pegawai Daerah dan Exco.

Kesemua pegawai akan memulakan tugasan mereka Julai ini.

Edisi sulung Suara Perkasa garang, gesa Ka Siong ditahan ISA



KUALA LUMPUR, 30 Jun – Edisi sulung Suara Perkasa, akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akan muncul “garang” esok dengan tajuk “Tahan Ka Siong di bawah ISA” – laporan yang merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang menjadi sasaran kecaman NGO itu minggu lalu.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebelum ini memanggil Wee “biadap” dan menuduh beliau mempersoalkan kontrak sosial, yang menyebabkan pertengkaran antara dua pemimpin berkenaan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga terlibat dalam pertengkaran itu dengan melabelkan Ibrahim “gedebe politik”, pertikaman lidah yang berpanjangan dengan Ibrahim mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana mempertahankan Wee.
“Perkasa mahu kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” kata Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar ketika memperkenalkan edisi sulung “Suara Perkasa” kepada wartawan hari ini.
“Wee Ka Siong tidak boleh kata Mara (biasiswa) perlu dikurangkan... beliau menentang Perlembagaan Persekutuan,” kata Naib Presiden Perkasa, Dr Zubir Harun hari ini.
Wee sebelum ini dilaporkan meminta supaya program biasiswa Mara kepada pelajar Bumiputera perlu dimasuhkan bersama dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Jika kerajaan hanya mahu memansuhkan biasiswa (JPA) tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ini tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dipromosikan kerajaan,” katanya.
“Wee membuat kenyataan itu sebagai respons kepada keputusan kerajaan yang mahu memansuhkan sebanyak 1,500 biasiswa JPA. Timbalan Menteri Pelajaran itu terlepas daripada tuduhan kerana mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu.
“Isu biasiswa mempunyai kaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera,” kata Abdul Rahman dalam artikel itu.
“Oleh itu, ia menyentuh Artikel 153 Perlembagaan Negara, yang mana Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab dalam hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera termasuk biasiswa,” kata beliau.
Wee harus ditahan di bawah ISA kerana boleh menimbulkan perbahalahan sama seperti peristiwa 13 Mei, jelas Zubir.
Wee merupakan antara pemimpin terbaru menjadi sasaran kecaman Perkasa, NGO yang ditubuhkan akhir 2008 susulan landskap politik negara selepas tsunami politik Mac 2008.
Kira-kira 100,000 ahli NGO Islam mahu Wee memohon maaf kerana mempertikaikan biasiswa Mara.
Bagi memastikan beliau bertindak demikian, Perkasa akan memastikan bahawa pengundi Melayu tidak memberikan sokongan kepada Ketua Pemuda MCA itu dalam pilihan raya umum akan datang, tambah Abdul Rahman.
Apabila ditanya jika ada sesiapa yang mempersoalkan Artikel 153 perlu ditahan di bawah ISA, Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Perkasa lain menegaskan, “ya”.
“MCA seharusnya tidak hanya menjadi jaguh bagi orang Cina tetapi juga 1 Malaysia,” kata Zubir.
“Wee Ka Siong tidak mempertahankan (Artikel) 153, jadi beliau menentang konsep 1 Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak... jadi beliau perlu dipecat daripada Kabinet,” tambah naib presiden Perkasa itu.
Kira-kira 25,000 naskhah akan diedarkan di seluruh negara esok.
“Kita akan bermula dengan dwibulanan (isu), kemudian dengan kebenaran KDN (Kementerian Dalam Negeri), kita harap ia boleh dipasarkan seminggu sekali,” kata Zubir.
“Akhbar ini adalah suara Perkasa dan akan menyiarkan tentang masalah orang Melayu... berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu,” tambahnya.
Dijual dengan harga RM2 senaskah, akhbar itu dibiayai Media Perkasa Sdn Bhd dan modal permulaan berjumlah RM500,000.

Suara Perkasa: Tahan Ka Siong bawah ISA..ha.ha..PERKOSA...!!!

Edisi sulung akhbar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA".


Dengan terbitnya Suara Perkasa, hasrat NGO itu untuk memilik akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila tabloid yang memfokuskan suara NGO Melayu itu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Suara Perkasa dijadual terbit setiap 1 dan 15 haribulan.

Kemunculan akhbar itu mengakhirkan penantian pelbagai pihak selepas PERKASA mengedarkan edisi pengenalannya dalam mesyuarat agung pertama mereka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Pada mulanya, dia dilaporkan akan berada di pasaran pada 1 Mei.

Dalam laporan sulungnya, Suara Perkasa memetik Abdul Rahman sebagai mendesak Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana didakwa mempertikaikan biasiswa mara.

Beliau dilaporkan berkata, jika Wee enggan meminta maaf, PERKASA akan memastikan orang Melayu tidak mengundi Wee pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan dalam akhbar itu, Abdul Rahman juga berkata Wee tidak layak menjadi timbalan menteri pelajaran kerana didakwa membangkitkan isu sensitif.

"PERKASA juga menggesa kerajaan menahan Wee Ka Siong di bawah ISA," kenyataan yang disiarkan penuh dalam akhbar itu dipetik.

Siaran muka depan isu itu menggambarpan 'perang' berterusan antara NGO pimpinan Datuk Ibrahim Ali itu dengan Wee sejak penghujung bulan lalu berhubung isu biasiswa MARA.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star memetik Wee sebagai berkata jika kerajaan menghentikan pemberiaan biasiswa JPA tetapi mengekalkan biasiswa Mara, ia tidak selaras dengan konsep 1Malaysia.

Perdebatan isu itu turut mengheret Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan Wee, sekali gus mengkritik Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Pengarang Suara Perkasa Daud Ibrahim pula berkata, akhbar itu diterbitkan atas kehendak akar umbi.

"Kita tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana akhbar yang ada. Kalau bersaing pun, ianya bersaing dengan cara yang baik," katanya.

Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.

Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.

Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.

Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri!

Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.

Pos Malaysia Tidak Rugi – PAC..pulak dah...!!

azmi Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa kerugian yang dialami Pos Malaysia bukannya berpunca dalam penyata imbangan (balance sheet), tetapi saham yang dilaburkan dalam Transmile Bhd.
"Tiada kerugian dalam Pos Malaysia dari segi "balance sheet". Kalau ada kerugian pun kerana saham dalam Transmile jatuh daripada 14 sen pada 2007 kepada 39 sen hari ini.

"Pegangan saham Pos Malaysia dalam Transmile Bhd lebih kurang 15 peratus," kata Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa itu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mendengar penjelasan daripada bekas Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Adam Kadir berhubung kerugian yang ditanggung oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Setelah dua hari bermesyuarat dan mendengar penjelasan daripada Pos Malaysia, Khazanah Nasional dan Adam, Azmi berkata pihaknya akan meneliti perkara ini dan akan membentangkannya dalam Dewan Rakyat sebelum sesi penggal ini berakhir.
"Setakat ini kami sudah selesai mendengar penjelasan daripada ketiga-tiga pihak yang berkaitan. Masih ada lagi beberapa soalan yang akan kami tanya kepada Khazanah Holdings dan Kementerian Kewangan.
"Begitu juga beberapa notis jawapan bertulis daripada Pos Malaysia dan Khazanah yang belum dikemukakan kepada kami," terang beliau.
Azmi berkata, "jika ada apa-apa persoalan yang masih belum jelas kemungkinan pihak terbabit akan dipanggil semula. Tapi saya jamin PAC akan membuat kesimpulan dan cadangan akan dibentangkan di Parlimen sebelum sesi penggal ini berakhir," katanya.
Ditanya mengenai hasil pertemuan PAC dengan Adam, Azmi berkata pihaknya telah pun selesai mendengar masalah dan bukti yang dikemukakan bekas Yang DiPertua Dewan Negara itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butir penjelasan dan bukti yang diberikan Adam mengenai krisis Pos Malaysia kepada PAC.
"Saya tidak boleh dedahkan kerana ada antara butir maklumat sudah pun menjadi bahan bukti mahkamah kerana Khazanah sudah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap Adam.
"Kes ini kalau sebut secara terperinci terlalu sensitif kerana mungkin ada percanggahan dengan tindakan undang-undang yang mereka (Khazanah) ambil," katanya.
Implikasi sangat luas
Sementara itu, Adam yang ditemui pemberita selepas perjumpaan dengan PAC berkata segala keterangan berkaitan dakwaannya telah didedahkan kepada PAC dan kini terpulang kepada Jawatankuasa tersebut untuk membuat kesimpulan.
"Saya dah beri penjelasan dan bukti mengenai perspektif saya. Terpulang kepada PAC untuk buat kesimpulan apa yang sebenarnya berlaku dalam Pos Malaysia…perlu diingat pada ketika itu saya Pengerusi Pos Malaysia.
"Jadi saya ada maklumat sendiri yang orang lain tidak ada. Rekod tersebut saya dah tunjukkan kepada mereka (PAC)," ujar beliau.
Ditanya mengenai butir rekod yang diberikan kepada PAC, Adam bagaimanapun enggan mendedahkannya.
"PAC banyak bertanya tentang penjelasan disebalik implikasi pengeluaran wang RM800 juta dan penjualan saham dalam Transmile yang dibatalkan.
"Saya cuma tunjukkan bukti rekod pada PAC tapi rekod itu masih dalam simpanan saya. Saya tak dapat dedahkan kepada orang ramai kerana bimbang implikasinya sangat luas," katanya.

Zahrain Dakwa Zaid Biaya Raja Petra

zahrain 1 Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Pengerusi Konsensus Bebas Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa bahawa Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru dilantik, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai hubungan dan membiayai kehidupan Raja Petra Kamarudin di London.
Menurutnya, bukti kukuh mengenai tuduhan tersebut akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta siasatan segera dilakukan terhadap sesiapa yang berkaitan.

"Saya mempunyai bukti mengenai perjumpaan Zaid dengan Raja Petra di hotel Britannia Manchester dari 1 hingga 3 0ktober lalu.
"Mereka berdaftar di hotel yang sama pada hari yang sama. Saya berandaian mereka berjumpa semasa berada di hotel itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Zahrain berkata, beliau juga mempunyai bukti menunjukkan Ramjit Singh, peguam yang berhubung rapat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan transaksi kepada akaun milik Raja Petra.
RM470,000 dipindah ke akaun Raja Petra
"Sebanyak RM470,000 di pindahkan ke dalam akaun milik Raja Petra bertarikh pada 4 Oktober 2009 dan transaksi itu amat diragui.
Tambah beliau, kerajaan perlu memulakan siasatan segera mengenai pembiayaian Raja Petra kerana pelarian yang dikehendaki mungkin akan terus bebas jika terus dibiayai.
"SPRM perlu memain peranan menyiasat ’sponsor’ (penaja) yang membiayai kehidupan orang yang dikehendaki hingga bebas meneruskan hidup tanpa memikirkan tuduhan yang dikenakan di Malaysia.
"Saya mahu Datuk Nazri juga memandang serius perkara ini kerana ia memberi gambaran buruk kepada imej negara dengan kaitan pembiayaan orang bersalah," jelasnya kepada pemberita hari ini.
Beliau juga mendakwa, bebebapa pemimpin Pakatan Rakyat turut mempunyai kaitan dalam pembiayaian Raja Petra yang dikatakan menggunakan ‘Blogger’ untuk menjatuhkan pemimpin lain termasuklah Konsensus Bebas.
"Raja Petra bersama beberapa pemilik blog laman internet yang lain berpakat untuk menjatuhkan kerajaan pusat dan juga pihak yang mempunyai kaitan," katanya.

Zaid: Jumpa Raja Petra tak salah

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim membidas ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra di Manchester pada tahun lalu dan menjadikannya isu di Dewan Rakyat hari ini.Dengan sinis, Zaid berkata sebagai wakil rakyat, Zahrain sepatutnya menimbulkan cadangan yang bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.
“Itulah tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang Yang Berhormat. Lebih-lebih lagi kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan,” kata Zaid dalam blognya.

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zahrain kini sudah semacam menjadi wakil kepada polis perisikan yang membuat pendedahan yang beliau menginap di hotel yang sama dengan Raja Petra.
“Dia kata SPRM kena siasat petemuan ini. Inilah kerja wakil rakyat pro-BN kita hari ini. Tak ada perkara lain nak ditimbulkan. Kalau dia tanya saya, saya akan beritahu lebih dari itu.

“Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan. Jadi setiap kali saya ke London, saya jumpa mereka. Tahun lepas saya bawa Petra tengok bolasepak di Old Trattford, dia minat kepada Manchester United. Jadi saya belanjalah dia.

“Itulah sedikit hiburan baginya yang terpaksa meninggalkan tanah air kerana menuntut kebenaran. Perjuagan seperti Petra mungkin YB Bayan Baru kita itu tak mengerti atau faham,” kata Zaid.

Beliau juga mengakui bahawa Raja Petra membuat tempahan di hotel Britannia bagi pihaknya tetapi menafikan penulis blog itu turut menginap di situ kerana rumahnya hanya terletak 15 minit perjalanan dari hotel berkenaan.

“Hotel yang saya menginap itu pun tiga star, tak lah seperti hotel Zahrain guna semasa ke Washington. Maklumlah saya bayar sendiri,” katanya merujuk kepada seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC yang dihadir Zahrain selepas berpaling tadah daripada PKR.

Seminar itu anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Menurut Zaid, beliau akan kota London lagi minggu depan dan besar berkemungkinan akan dengan Raja Petra dan isterinya lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika YB Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” katanya.

Kantoii..."Ulamak Remote Control"

Pemuda Umno beria-ria mahu ulamak muda memainkan peranan bagi memantap Umno dan memartabatkan Islam di negara ini(klik).Barang diingat,sudah ramai ulamak yang dianggap hebat menyertai umno tetapi hanya seperti air lalu dalam Umno apabila mereka tidak mampu melakukan sesuatu untuk memertabatkan islam,cuma yang mampu mereka lakukan ialah memertabatkan periuk nasi dan jawatan mereka.

Kemana perginya,Dr. Yusof Noor,Hamid Osmang,Ustaz nakaie (Yang ingin mendakwah Umno dari dalam) sudahnya ustaz nakaie tenggelam dan hanya sesekali menjadi ulamak burung balam,bercakap bg pihak umno apabila ada sesuatu isu yang berkaitan dengan Pas.

Kesemua mereka dianggap ulamak Otai,namun hanya dipergunakan oleh Umno.Kini...Ulamak mentah yang tidak belajar kitab "Politik" tak semena-mena terjun dengan labu-labunya ke dalam Umno yang memang membenci ulamak selama ini,dengan menahan dan menghalang majlis-majlis ilmu yang mahu disampaikan oleh para ulamak di masjid-masjid.

Ulamak ialah orang yang benar-benar beramal dengan ilmu mereka tanpa gentar dan takut dengan manusia untuk menyampaikan islam sesuai dengan sunnah Rasullullah dalam penyebaran islam sehingga diugut,dihina,diseksa semata-mata menyampaikan amanah Allah agar mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa (kerajaan) dan mentarbiyyah masyarakat kearah kebaikan islam tanpa rasa gentar.

Oleh itu,fahamilah sejarah dan sirah rasulullah..jangan sampai ulamak ini dijadikan ulamak remote control hanya diberikan peranan oleh umno dalam majlis tahlil dan majlis kebesaran islam.

Mampukah mereka hanya melihat dan berdiam diri apabila melihat aurat yang didedahkan oleh isteri para pimpinan umno,seperti isteri Khairi,Hisahmuddin dan Najib dan mampukah ulamak ini hanya mendiamkan diri dengan program maksiat anjuran Parti Pemerintah pada malam 31 Ogos dan Malam tahun baru.

Lesen judi yang bertambah,hubungan baik BN dengan Yahudi,Kilang arak yang semakin hari semakin bertambah,pusat pelacuran dan Gay yang tumbuh melata,penyelewengan,rasuah,salahgunakuasa, dan penghinaan terhadap hukum islam yang menjadi budaya pimpinan Umno,sister in islam disuburkan utk menentang islam yang dianggap kolot oleh anak-anak pimpinan umno.

Felda Bankrap Idea, Terpaksa Dalangi Demo Depan Pejabat SK..kah..kah..

Lebih 200 dipercayai peneroka Felda kebanyakan kaum wanita berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan, Shah Alam menghantar memorandum bantahan berhubung isu 237 yang bertajuk 'Felda Bankrap'.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia itu kemudiannya bertindak membakar organ rasmi parti KEADILAN, Suara Keadilan.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala kereta peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib ditemani Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin kemudiannya menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga kesemua kumpulan berkenaan diberi makanan dan minuman percuma ketika menuju ke kenderaan yang disediakan.

Ulasan GB

Setidak-tidaknya itulah perspektif masyarakat bahawa pengurusan FELDA yang kini tertekan dengan pendedahan penyelewengan dana tepaksa mendalangi satu demonstrasi yang dihadiri hanya 200 orang dengan berkenderaan 6 buah bas.

Alahai FELDA... telur dah pecah...

Indeks kadar jenayah negara menurun..ha..ha..ni pun nak pusing...!!!


Oleh Qayum Rahman KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kadar jenayah di negara ini turun secara mendadak berikutan wujudnya sumbangan daripada berbagai pihak, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengambil langkah mempertingkatkan imej PDRM dengan mewujudkan konsep ‘Polis Komuniti’ untuk menggalakkan kerjasama rapat di antara pihak polis dan orang awam.

Hishammuddin berkata, pihak PDRM telah mengambil inisiatif mendekati anggota masyarakat sebagai rakan bagi memerangi jenayah jalanan yang telah banyak berkurangan berbanding tahun lalu.
"Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, cukup berpuas hati dengan apa yang telah pun dilakukan oleh semua pihak berkenaan khususnya PDRM sendiri dimana indeks kadar jenayah telah pun menurun.
"Penurunan kadar jenayah ini telah banyak memberi perubahan terhadap tahap keselamatan rakyat di negara ini dan kini lebih terjamin," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Kadar jenayah jalanan berkurangan
Beliau berkata, pihak penguatkuasa yang melibatkan anggota Rela, Rukun Tetangga dan Rakan Cop merupakan sumber besar kepada kementerian untuk membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan yang membimbangkan pada suatu ketika dahulu.
Tambah beliau, KDN akan sentiasa mempastikan kes-kes jenayah besar dan jenayah jalanan dapat diselesaikan segera, sebagai bukti KDN melaksanakan tanggungjawabnya.
"KDN telah bertungkus lumus setahun sebelum ini menyediakan infrastuktur pentadbiran terbaik dan perancangan terkini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa KDN memandang serius segala permasalahan jenayah yang berlaku.
Katanya, jika wujud kes-kes pegawai KDN terlibat dalam rasuah atau menjalankan tugas sambil lewa, orang awam perlu segera melaporkan kepada KDN.
Beliau turut mengumumkan peningkatan statistik keahlian Rakan Cop yang dianggarkan meningkat menjadi 352,059 dan Rukun Tetangga 115,125 manakala sebanyak 90 buah balai bergerak diwujudkan untuk mengawal keselamatan di negeri-negeri yang berkenaan.
"Saya memberi kepastian untuk memperbanyakkan lagi jumlah anggota polis di serata negeri untuk membantu negara berada pada tahap keselamatan yang lebih memberangsangkan," jelasnya.

Umno-BN dalangi cubaan guling MB Selangor


Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Umno-Barisan Nasional (BN) dipercayai mendalangi usaha memecahbelah perpaduan di kalangan ahli-ahli politik di Selangor dengan menyebar khabar angin, yang terbaru kononnya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berusaha menggulingkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini berikutan kegagalan mereka untuk menjatuhkan Khalid dengan menggunakan isu kononnya 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) rasa tidak puas hati terhadap cara Khalid mentadbir negeri itu.

Empat ADUN yang dikaitkan dengan komplot ini ialah Haniza Mohamed Talha (Taman Medan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimi Shafie (Sri Muda).
Bagaimanapun keempat-empat mereka menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut tetapi sebaliknya mendakwa wujud ‘musuh’ yang cuba menganggu-gugat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu.
Haniza berkata, "saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini dikongsi oleh tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini.
"Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini," tegas beliau.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Selangor berkata, "penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan PR.
Cara pentadbiran baru
Menurut Haniza, sokongan penuh terus diberikan kepada Khalid, serta menyahut baik langkah dibuat Khalid yang kini melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor bagi menumpukan tugas sebagai Menteri Besar.
"Saya meyokong penuh kepimpinan Tan Sri sebagai Menteri Besar. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.
"Malah peralihan jawatan Majlis Pimpinan Negeri Selangor kepada Azmin merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan beliau menumpu sepenuh perhatian kepada pentadbiran negeri," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Azmin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor menggantikan Khalid berkuatkuasa serta merta yang dimumkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti.
Dalam pada itu, Khalid yang akan bercuti selama lima hari mulai hari ini, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa kuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."
Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland.

Pua: KDSB didn't pay taxes for 13 years

KUALA LUMPUR: PJ Utara MP Tony Pua today revealed that Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), the key contractor in the Port Klang Free Zone (PKFZ) project, has not paid taxes for the past 13 years totalling RM328.4 million.
“A business newspaper report today revealed that KDSB has not paid its taxes since 1997 because it disputed the figure given by the Internal Revenue Board (IRB). If there is a dispute, why didn't KDSB solve it as soon as possible instead of allowing it to drag on for so long?” he asked.
Pua also criticised KDSB’s owner, Tiong King Sing (who holds a 64% stake in company), and is the chairman of Barisan Nasional Backbenchers Club.
“It doesn’t mean that just because he (Tiong) is a prominent banker of BN, he allows his company to get away with not paying taxes,” he added.
A report released by the Companies Commission of Malaysia on KDSB’s key financial information stated that KDSB has RM932.6 million in current assets.
Pua said that legally IRB can seize KDSB’s assets to recover the tax money.
“KDSB has more than enough assets for IRB to seize and I think IRB should do it immediately, without having to go to the Port Klang Authority (PKA),” he said.
“If not, at the very least, charge the directors as they are the ones responsible for tax matters,” Pua said.
'Crazy figures'
Faizal Abdullah, a former Kapar Umno Youth chief, has recently been appointed the new chief executive officer of KDSB to replace Tiong.
In an interview with a local newspaper, Faizal denied that the company has outstanding taxes of RM328.4 million, saying the tax figures released by the IRB were “crazy”.
Faizal also challenged IRB to bring the company to court to prove its figures, saying that KDSB always clears its taxes on time.
PKA was due to pay the next instalment amounting to RM772 million in 2010 to various bondholders on behalf of KDSB. But it was forced to back down when it was discovered that KDSB has outstanding taxes due amounting to RM 328.4 million.
In 2009, PKA sued KDSB for RM1.4 billion, citing huge cost overruns associated with the PKFZ project.

SPRM tak jadi wawancara PI Bala di London..ha.ha..SPRM telah dihalang oleh..???

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghantar pegawainya ke London untuk merakam kenyataan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdull berkata keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut dibuat atas pertimbangan undang-undang.

Sebaliknya, SPRM akan menulis soalan kepada Balasubramaniam dan meminta beliau menyerahkan affidavit berhubung perkara itu untuk tujuan penyelidikan.

Syukri berkata langkah tersebut diambil selepas menimbang nasihat daripada Pejabat Peguam Negara.

Mahathir gesa Najib hidupkan ‘jambatan bengkok’

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau agar pentadbiran Najib Razak menghidupkan semula pelan membina “jambatan bengkok” yang pernah dicadangkannya untuk menggantikan Tambak Johor menghubungkan Johor dan Singapura.
Sehubungan itu, bekas perdana menteri menyoal sebab Datuk Seri Najib Razak enggan meneruskan idea berkenaan memandangkan perkara tersebut juga telah disentuh oleh Sultan Johor minggu lalu.
“Dilaporkan bahawa Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah bertitah bahawa baginda suka untuk melihat jambatan menggantikan tambak Johor.
“Demikian juga dititah oleh Al-Marhum Sultan Iskandar bahawa baginda hendak tambak Johor diganti dengan jambatan.
“Saya tidak pernah dengar rakyat Johor kecuali seorang yang bersetuju kekalkan tambak dan kesesakan lalu lintas di Johor Baru kerananya. Demikian juga saya tidak dengar bantahan oleh rakyat Malaysia terhadap projek jambatan mengganti tambak Johor ini,” kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaru blognya hari ini.Pada 26 Jun lalu, Sultan Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat, malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.
Dalam ulasan segera pada hari yang sama Najib berkata, kerajaan akan mengkaji semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
Bagaimanapun Perdana Menteri tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Menjawab soalan pengunjung blognya bekas presiden Umno ini menambah, terdapat juga surat daripada bekas perdana menteri Singapura Goh Chok Tong yang disiarkan oleh kerajaan Singapura dalam buku “Water Talks - If Only It Could” bahawa beliau tidak membantah pembinaan jambatan di perairan Malaysia jika itu dikehendaki oleh Malaysia.
Oleh itu kata Dr Mahathir, yang menolak pembinaan jambatan ini hanyalah perdana menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mendakwa rakyat Johor tidak mahu jambatan ini walaupun tiga hari sebelum kenyataan ini dibuat timbalan perdana menteri ketika itu iaitu perdana menteri sekarang telah mengesahkan bahawa Jambatan berkenaan tetap akan dibina.
“Soal yang ditanya oleh ramai kepada saya, dan saya yakin yang tertanya-tanya oleh majoriti rakyat ialah kenapakah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang penuh berkuasa tidak sanggup meneruskan pembinaan jambatan ini?
“Apakah beliau terikat janji dengan perdana menteri kelima? Apakah status janji ini?” katanya.
Dr Mahathir juga menulis, “dengan itu banyaklah tuduhan dibuat yang mungkin akan memedihkan telinga pihak yang berkenaan.”
Kata beliau lagi walaupun pemimpin Umno Johor telah ikrar mereka akan terus sokong Barisan Nasional, tetapi di kalangan pengundi berbilang kaum ramai yang kurang percaya akan kewibawaan kerajaan.
“... dan belum membuat keputusan berkenaan siapa pilihan mereka. Dan, NGO-NGO Melayu di seluruh negara juga berpendirian yang sama.
“Saya tulis berkenaan jambatan untuk ganti tambak Johor kerana saya percaya rakyat ingin tahu dan berhak diberitahu,” kata beliau.

Taib has everything, Penans have nothing.....


TO the Malaysian government, particularly the Sarawak administration, the gentle and softly spoken Penan are a domestic problem. To the chief minister, Abdul Taib Mahmud, the Penan are a thorny issue as they hamper his efforts for maximum commercial exploitation of Sarawak. But to the Penan, the jungle is both their home and store-room. That is why they are resisting attempts to move them from their own domain.
The Penan have lived in the interior of Borneo for centuries. They have a strong communal bond and a meticulous process of sharing. They are semi-nomadic and move in small groups searching for sago palm, wild fruits and game.
Every month or so the Penan leave their old selap (huts) and establish a new camp elsewhere in the forest, in search of sago palm – which forms part of their staple diet. Possessions are few and everyone, including children carries these, in strong rattan backpacks.
In stark contrast is Taib's well-guarded palatial home in a select river-side location along the Sarawak River in Kuching (photo right). He has expensive tastes and his house is packed with gilt-edged European style furniture. Among his possessions is the late Liberace's piano which reputedly cost him US$2 million.
The Penan elders dress in chawats (loin cloths). They have bands on their legs and wrists and large holes in their earlobes. Taib is reputed to be a dapper dresser with a preference for double-breasted suits and sports a ring with a walnut-sized red gem surrounded by small diamonds.
Wealth from Sarawak jungles
Unlike the Penan who used to go barefoot but now wear cheap, plastic football boots, Taib has a choice of luxury cars, is frequently seen in his Rolls Royce and visits longhouses by helicopter.
taib-property-1City-slickers like us may disagree, but the Penan are rich in culture and are wealthy from the bounty that the jungle yields. They have a deep respect, love and reverence for the jungle and have a strong belief in conservation.
The irony is that Taib Mahmud's global empire, covering Canada, UK and Australia, is built from the plundered wealth derived from the Sarawak jungles. It is alleged that the Canadian properties alone are worth RM230 million. Taib, and his inner-circle are rich at the Penan's expense.
Taib's family owns Sakto Development Corporation (formed in the 1980s) which is managed by Taib's son-in-law, Sean Murray, a Canadian who is married to his daughter, Jamilah. They own Ottawa's second most expensive home, at RM28 million.
This high-profile couple belongs to Ottawa's privileged society regularly making generous donations to political parties, cultural and educational establishments. Back home, the Penan live in poverty, without education, amenities or basic health care.
taib-property-4Taib's argument is that the logging companies bring wealth and opportunities to the Penan. He is mistaken. The logging tracks have destroyed a lot of sago palm. Badly planned trails cause landslides, erosion and silting watercourses. When the giant trees are removed, the resulting open ground rapid forms bushy secondary forest. Game is harder to spot and track, medicinal plants are less plentiful and vital sago palms become less abundant. The destruction of large fruiting trees removes a vital food source for the Penan and the game. The roads provide access to hunters from outside, who also remove the Penan's food sources but also threatens their security.
Inadvertently, these logging trails provide another danger. Logging trucks have ostensibly provided lifts to Penan girls to their schools, who were then abused and raped by loggers during the journey. Despite evidence of sexual assaults, the Malaysian police have dragged their feet in investigations.
Whilst the police have been slow to act to protect the girls, they have been quick to dismantle Penan blockades and peaceful protest groups, against logging and plantation companies.
When Dr James Masing, Sarawak's Minister for Land Development was asked about the rapes, he said, "I think this is where we get confused I think... the Penan are a most interesting group of people and they operate on different social etiquette as us... a lot this sex by consensual sex".
When told that a Penan girl had been beaten unconscious and raped, he replied: "They change their stories, and when they feel like it. That's why I say Penan are very good story tellers."
Taib remained unscathed
Despite the scandals involving the payment of kickbacks by nine Japanese shipping companies for transporting timber from Sarawak to Japan, or the obscene wealth amassed by Taib, he has remained unscathed. Even, the Malaysian Anti Corruption Commission kept silent about a report that was recently made against Taib.
An earlier report highlighted how deforestation sparked drought and food shortages. When alerted by church groups, food was airlifted to 3,000 Penan in the Bakun area, in the upper Rejang River. A former state environment minister James Wong dismissed the idea that deforestation could lead to global warming. The climate change, he said, would be ideal for playing golf.
Wide-scale, systematic destruction of Sarawak's primary jungle began in the 1970s - the main threat was logging. When the jungles dwindled in the 1990s, Taib's family company, Cahya Mata Sarawak moved into cement, steel, timber, construction, financial services and banking. For the Penan, the creation of palm oil and acacia plantations created another threat. Coupled with Taib's mega-dam project, the Penan and other indigenous peoples faced forced relocation to areas which were unproductive and un-economic.
The Penan are deeply and emotionally attached to the jungle. They are acutely aware of the changes in their own environment - the wildlife they hunt, the fruit they pick, the fish in the rivers, their medicinal plants and clear clean drinking water, have almost gone.
The ancestral homelands of the Penan and other indigenous people of Sarawak are depleted. Only 10% of Sarawak's primary forests remain. Their petitions and peaceful protests fall on deaf ears. Their blockades have been dismantled and violent intervention by the Malaysia army, police and logging company enforcers have resulted in injury and deaths.
Empty promises do not help the Penan. They have been marginalised and their culture and way of life destroyed. They are one of the few remaining semi-nomadic people on earth. They want progress, but on their own terms and at their own pace. They want Taib's government to recognise their Native Customary Rights (NCR) over their ancestral lands.
It is for us to respect their demands. We must not fail them but help champion their right to live as they want to.

Najib tackles head-on the BN storm in Sabah

By Michael Kaung
KOTA KINABALU: Prime Minister Najib Tun Razak ran smack into a brewing political storm in the Sabah Barisan Nasional over the allocation of seats in the next general election.
He got a grilling from the media about statements by Sabah Umno leaders who have questioned the status quo in the distribution of power among BN component parties.
"It's not the right time yet for us to make any decisions... why should the people overreact now?" he asked reporters, after a walkabout at the Lido market near here yesterday.
"Leave it to me to decide what is best for Sabah. At the moment, we should not get too excited about it," Najib said when asked if he would consider political changes in Sabah.
"There's a lot of politicking internally; my advice is to concentrate on serving the people... we must show we are a party that cares for the people of Sabah, that is of utmost importance."
He did, however, indirectly acknowledge that the BN was caught off guard by Sabah Umno leaders demanding that component parties vacate seats currently held by them.
The spark that ignited this unseeming quarrel among the state BN component parties began about a month ago when Kalabakan Umno division head Ghapur Salleh demanded that the Merotai state seat held by the Liberal Democratic Party (LDP) for two terms be returned to Umno because it had failed to bring any development to the constituency.
LDP officials replied to the slight by criticising the state BN leadership led by Chief Minister Musa Aman for allowing the matter to get out of hand.
“It contradicts the prime minister and BN concept of 1Malaysia ... this is not 1Umno,” said Albert Kok, the private secretary to the Deputy Minister in the Prime Minister’s Department VK Liew Kok.
He said LDP, the most senior BN party in Sabah, has been continuously victimised. "It is unfair considering we have been loyal and dedicated to the struggle of BN since 1989."
“We were one of the few parties who helped Umno when it set foot in Sabah in the early 1990s. We do not deserve to be mistreated by certain Umno state leaders who are out to discredit and victimise us to satisfy their greed and fulfil their hidden agendas,” he said.
CM's performance under scrutiny
Matters came to a head last Sunday when Sabah Deputy Chief Minister Yahya Hussin also suggested that the Putatan parliamentary seat be given to an Umno candidate in the next general election.
The constituency is currently being represented by the candidate from the Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Marcus Majigoh.
Yahya, who is also the state Umno liaison secretary and Putatan Umno division head, said the move was appropriate because Umno was the pillar of strength for the BN in the parliamentary constituency.
"We can control the problem. Although there is a slight difference of opinion, I believe they will adhere to whatever decision is made by the top BN leadership," said Najib.
"At this stage, there may be pressure at the grassroots level; there are various views as well as demands. But whatever it is, they must uphold the BN spirit and consensus.
"According to our constitution, anyone can make demands, but the final decision lies in the hands of the BN supreme council and chairman," he added.
Citing the contentious Hulu Selangor by-election seat, Najib said: "Like in Hulu Selangor, initially there were also calls for Umno to contest and so on.
“But I took the decision to hold on to the BN consensus and the Hulu Selangor seat remained with the MIC candidate.
"Although Umno did not contest, Umno had worked very hard to ensure victory for the MIC candidate. What was of utmost importance was that the candidate was a BN candidate.
“Whoever contests, eventually it must be seen as not a candidate of any BN component, but a BN candidate as a whole."
Testy disagreements
The current political quandary in a state the BN national leadership views as a "fixed deposit" is being seen as an assessment of Musa’s leadership.
Top Umno officials say the state BN's cohesiveness has always been shaky at best and the sudden open split reflects poorly on Musa.
The testy disagreements between the coalition partners comes at a time when the Malaysian Anti-Corruption Commission is reportedly investigating close business associates of Musa for alleged money laundering.
The open demand for the seats does not have the blessing of the national BN leadership which is trying to strengthen the support base of non-Muslim parties.
Some within Sabah Umno may be obstructing these efforts to detract from other problems faced by the state BN under Musa whose leadership style has come under increasing scrutiny.
Thrown into the mix is the issue of projects in the 10 Malaysian Plan and those under the Rural Development Ministry headed by another Sabah strongman and Musa's rival, Shafie Apdal.
Najib, who is also the national BN chairman, was in Sabah to open the 53rd National Quran Reciters Assembly.