Selasa, 29 Jun 2010

Mahkamah khas syariah dengar kes konflik agama

Jemaah Menteri telah memberi persetujuan untuk menubuhkan Mahkamah Rayuan Khas Syariah untuk mendengar dan memutuskan kes-kes yang melibatkan konflik undang-undang di antara perundangan sivil dan syariah.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Tan Sri Datuk Ibrahim Lembut berharap dengan adanya mahkamah tersebut, sedikit sebanyak kes-kes yang boleh menimbulkan konflik pertembungan agama, dapat diatasi secara berperingkat.

Pada masa ini, beliau yang juga ketua hakim syarie berkata, perkara itu kini dalam penelitian beberapa pihak terutama, Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, Jemaah Menteri telah memberi persetujuan terhadap cadangan jabatan itu pada 23 Oktober tahun lalu.

Ibrahim berkata panel hakim Mahkamah Rayuan Khas Syariah itu akan turut dianggotai oleh seorang Hakim Mahkamah Sivil.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas dalam muzakarah pakar bertajuk "Selepas 60 tahun kes Natrah: Di Mana Kita?" dari perspektif undang-undang di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibunegara.

Ibrahim berkata usaha tersebut adalah untuk "mempertingkatkan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia".

"Saya bagi pihak JKSM amat mengharapkan sokongan semua pihak dalam usaha mempertingkatkan sistem kehakiman syariah di negara ini terutama dalam mengatasi permasalahan kaum wanita di Mahkamah Syariah umpamanya dalam kes tuntutan nafkah.

"Alhamdulillah kita telah ada Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di semua Mahkamah Syariah Negeri," katanya.

Dalam pembentangan itu juga, Ibrahim turut mengingatkan supaya "jangan hendak adanya di kalangan kita sendiri yang secara diam-diam mencari jalan untuk menenggelamkan institusi kehakiman syariah".

"Mahkamah Syariah pada saya umpama sebuah masjid, sebagai lambang keagungan dan kemurnian agama Islam, dan sudah semestinya kita sama-sama memeliharanya atas tanggungjawab bersama," katanya.

KDN: Suara Keadilan siar berita ‘gemparkan’ fikiran...Utusan Meloya tak cam tue ke..!!!

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penerbitan Suara Keadilan semalam kerana menyiarkan berita menggemparkan fikiran orang ramai, melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian Datuk Zaitun Ab. Samad berkata, berdasarkan pemerhatian KDN didapati beberapa penerbitan tabloid juga telah melanggar syarat-syarat permit khasnya bagi syarat-syarat berikut:
* Lapan salinan tiap-tiap keluaran dan edisi akhbar hendaklah dihantar kepada kementerian sebaik sahaja ia dicetak.
* Selain itu, format akhbar hendaklah mematuhi contoh yang telah diserahkan bersama dengan permohonan bagi permit ini.
* Akhbar itu hendaklah tidak menerbitkan apa-apa bahan, fotograf, artikel atau perkara lain yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, perhubungan dengan negara atau kerajaan asing, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.
“Akhbar itu hendaklah tidak dengan apa-apa cara salah nyata fakta-fakta berhubungan dengan kejadian-kejadian ketenteraman awam dan keselamatan yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagi penerbitan surat berita parti politik, syarat-syarat berikut juga hendaklah dipatuhi iaitu pengedaran hendaklah dihadkan kepada anggota parti sahaja dan pengedaran dan penjualan hanya dibenarkan kepada anggota parti di pejabat urusan dan markas parti sahaja.
Zaitun berkata kementeriannya telah mengeluarkan sebanyak 43 surat teguran kepada akhbar harian pada 2009 manakala 10 surat teguran telah dikeluarkan tahun ini.
Bagi akhbar tabloid pula, Kementerian ini telah mengeluarkan sebanyak 19 teguran pada 2009 hingga bulan Mei 2010.
Bagi tempoh yang sama, kementerian telah mengeluarkan sebanyak enam surat teguran dan satu surat tunjuk sebab kepada surat berita parti politik.
“Mengikut Seksyen 7 (1), AMCP 1984, apa-apa hasil penerbitan tidak boleh mengandungi perkara-perkara yang memudaratkan ketenteraman awam, memudaratkan keselamatan, memudaratkan moral, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam dan memudaratkan kepentingan negara,” katanya.
Apa-apa hasil penerbitan juga dilarang menyiarkan berita tidak benar dan jika ini dilanggar maka ia bertentangan dengan Seksyen 8A AMCP 1984, katanya.

Tak usah campur urusan PKR, kata MB Selangor..ha..ha...kan dah kena marah..!!

SHAH ALAM, 29 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak yang tiada kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu.
Katanya urusan pelantikan dalam parti merupakan proses pembaharuan dan penambahbaikan terhadap kepimpinan hanya boleh ditentukan oleh mereka yang terbabit dalam parti.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan oleh beberapa pihak yang meminta beliau berundur sebagai Menteri Besar selepas melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor.
“Tidak menjadi masalah sekiranya Menteri Besar tidak dilantik menjadi Pengerusi MPN di sesebuah negeri itu kerana ia adalah satu reformasi yang dilakukan oleh PKR,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
Pada Pemukiman PKR, Ahad lepas, Abdul Khalid melepaskan jawatan Pengerusi MPN Selangor dan  digantikan oleh naib presiden PKR Azmin Ali manakala Datuk Zaid Ibrahim dilantik menerajui MPN Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa serta-merta. — Bernama

Faekah's all set to work Selangor MB's agenda

By Fazy Sahir
EXCLUSIVE KLANG: Controversial appointee, Faekah Husin, is unfazed by the daunting tasks that lie ahead in her newly anointed position as the political secretary of Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.
With 16 years of legal practice on her back and 12 years of flagging reformasi while in PKR, she’s convinced that she is well placed for the job irrespective of what others think.
Touching on her controversial appointment, Faekah said: “I don’t think my appointment was objected to by the 15 parliamentarians.
“In fact, the first person I spoke to about my appointment was party president Dr Wan Azizah (Wan Ismail). Then I informed senator (deputy president) Syed Husin Ali and Kuala Langat MP Abdullah Sani.
“I was straight with Abdullah and I told him I had informed all the PKR divisions. Where was the objections... I think it’s just another political strategy to rattle PKR.”
Unfazed by the swirls of views tailing her appointment, Faezah said she was prepared to be Khalid’s political spine and pillar in Selangor, ensuring that his principal agenda, to “help and defend Pakatan Rakyat in Selangor” is achieved.
For Faekah, 45, who has been PKR Kuala Langat’s women chief since 1999, nothing is impossible.
Understanding the party’s struggle and Khalid’s needs placed her in the ideal position to succeed Nik Nazmi Nik Ahmad who has been appointed PKR’s chief of communications.
“I have been given two years to help Khalid. His agenda is now my agenda, which is to tell the people that a good administration needs efficiency,” she told FMT when met at her home after taking her oath of office yesterday.
She said it was, as such, imperative that every state executive councillor and supporting officers realise the policies that will eventually be implemented.
“Without them (officers), the policies which Khalid wants to implement will not succeed. These officers are crucial to the success of Khalid’s policies,” said the lawyer from Klang.
Faekah, who set up her law firm Faekah & Choung, some 16 years ago, said Khalid had previously struggled with his agenda.
“I know he is in a difficult position. His policies are not carried by the main stream media.
“So we now must take the changes he’s done to the ground and explain to the people so that they continue to support us.
“The kampung folk are suffering, goods and oil prices have gone up.
“How are we going to convince them? We will try and try and try by doing the best for the rakyat and then hopefully they will understand the situation and our efforts,” she said.
When asked what would be her first step now that she Khalid’s political secretary, Faekah said : “I need to first get a written portfolio regarding my scope of work, because the work is extensive.”
Changing the face of reformasi
Faekah, who is the 10th child in her family, was introduced to politics by her late father Husin Abdul Mokhti. He died at the age of 76 when she was 26 years old.
He father was a lifetime supporter of PAS and his involvement had opened her mind to the world of politics.
Her passion for politics led to her involvement as an activist of PKR’s reformasi agenda in 1999.
Twelve years on, she is now taking the reformasi agenda a step further to help Khalid secure Selangor as a Pakatan stronghold.
“Reformasi may be one of my agendas in my new job. We will have to see how it can be resurrected but Selangor is already supporting the reformasi struggle and this is in line with my agenda.
“When Khalid offered me the job, I saw the second phase of our struggle taking shape.
“It meant that all that we had struggled for until now must be transformed into an agenda of action. It is now time to implement the policies that Khalid sets out,” said Faekah, who was the PKR Selangor’s secretary in 2005 when Khalid was at the helm.
Pakatan offers new-age politics
Being the first woman political secretary is not an an important issue or achievement for Faekah.
What is important to her is that Khalid’s mission is accomplished.
She spoke with awe at the administration of Pakatan coalition which she claimed exceeded all political expectations.
“Being the first woman political secretary is not a big issue. If people see it as a positive step, so be it. But what is important is the new politics that we bring.
“The younger generation are fascinated by the politics exhorted by Pakatan which cuts across race, gender and religious beliefs.
“This is what I find both awesome and fascinating,” she said.
She said this Pakatan philosophy was imbibed by Khalid when he appointed government officers.
“There was no question of whether you were from Umno, PAS, DAP or PKR when receiving aid or appointment. This is what Khalid’s administration is all about,” she said.

Ciri kepimpinan terbaik ada pada Zaid – Anwar

anwar-ibrahim2 Oleh Qayum Rahman
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Datuk Zaid Ibrahim dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berdasarkan ciri kepimpinan terbaik bertujuan untuk memperkukuhkan parti.
Ketua Umum Keadilan itu berkata, setiap pemimpin PKR yang mempunyai kebolehan dalam pentadbiran parti akan diberikan jawatan untuk melaksanakan tugas demi membantu parti menjana agenda yang telah dirancang.

"Zaid bukan anak emas saya atau pun PKR, beliau mempunyai ciri kepimpinan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada parti. Itulah sebabnya beliau dilantik.
"Tiada pemilihan tertentu seperti Barisan Nasional (BN) yang memilih kroni untuk menjawat jawatan tertinggi dalam parti sekaligus merosakkan masa depan parti itu sendiri," katanya yang menjawab persoalan dari wartawan Agenda Daily mengenai pelantikan Zaid di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, jawatan yang diberikan kepada pemimpin yang terpilih adalah hasil dari mesyuarat bersama ahli majlis pimpinan pusat untuk merangka perubahan baru pada parti dan tiada pelantikan individu dilakukan oleh beliau sendiri.
Beliau berkata, media arus perdana tidak perlu mengaitkan mana-mana individu untuk menjadi anak emas kepada PKR dan tindakan tersebut langsung tidak memberi kesan.
Provokasi dari media
"PKR bukan seperti BN yang akan melatah apabila wujudnya provokasi dari media hingga terjadi perbalahan sesama parti. Kita tidak akan memandang serius isu ini dan ia tidak mampu menyekat kemaraan Zaid yang telah bekerja keras untuk memajukan parti," katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut bersama Anwar berkata, Zaid menjadi ikon pilihan kepada BN untuk diserang dan BN menggunakan media bagi memanaskan keadaan.
"Media tidak perlu mengikut telunjuk BN yang menyoal perkara tidak wujud bagi mencetuskan perbalahan untuk menjatuhkan parti lain.
"Mengapa media tidak menyoal BN kerana tidak memberi jawatan menteri kepada Ketua Pemuda Umno daripada menyoal tentang pemberian jawatan kepada zaid," jelasnya dalam nada berseloroh.
Hadi juga berkata, tiada keuntungan kepada media yang mempertikaikan pelantikan Zaid dan ianya hanya akan memberi keuntungan kepada BN dan Umno yang memperalatkan media.
Anwar yang mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini, mengumumkan Konvensyen Pakatan Rakyat Sarawak akan berlangsung pada bulan Julai ini manakala Kongres Pakatan Rakyat Malaysia akan berlangsung pada Oktober nanti.

Kerugian Pos Malaysia: PAC panggil Adam Kadir esok

azmi-khalid Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Adam Kadir esok bagi menjelaskan mengenai tuduhannya sebelum ini mengenai kerugian Pos Malaysia.
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Adam berhubung beberapa kenyataannya sebelum ini dalam media.
"Kita juga akan panggil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia. Kita nak tahu apa masalah yang sebenarnya seperti yang dilaporkan dalam media dan blog sebelum ini," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.

Azmi juga berkata pihaknya sejak pagi tadi sudah pun mendengar penjelasan daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Khazanah Nasional Berhad Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Syed Faisal Albar mengenai kerugian sayrikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
"Kita akan mendengar penjelasan semua pihak dahulu, baru boleh buat kesimpulan mengenai tindakan PAC yang seterusnya," katanya. Pos
Adam yang juga Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Pakku), sebelum ini mendakwa Khazanah cuba menyembunyikan gambaran sebenar kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia.
Khazanah bagaimanapun menyangkal tuduhan bekas Yang DiPertua Dewan Negara itu.
Sementara itu, Azmi turut mengesahkan pihaknya akan mendengar penjelasan daripada Sime Darby Ogos depan.
"Sime Darby meminta untuk menangguhkan perjumpaan dengan PAC kerana buat masa ini mereka sedang menjalankan siasatan forensik dalaman sendiri. Jadi kita tak mahu campur tangan dan merumitkan keadaan," katanya.
Kumpulan Sime Darby Berhad sebelum ini juga dilaporkan mengalami kerugian operasi sejumlah RM1.019 bilion dari operasi bahagian tenaga dan utiliti bagi tempoh kewangan sembilan bulan pertama yang berakhir 31 Mac lalu

Angin Khir sangka beruk...........

Roslan SMS,

Ramai yang memberi berbagai telahan dan bacaan terhadap rombakan kecil yang berlaku dalam PKR Selangor baru-baru ini. Sdr Azmin Ali, ahli parlimen Gombak/ ADUN Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Sesungguhnya rombakan dalam parti adalah perkara biasa bagi mana-mana parti pun. Ia berlaku apabila ada usaha menyeragam atau mengemaskinikan jentera dan pentadbiran parti bagi memastikan kelancaran untuk tugas dan tanggungjawab yang lebih besar.

Bagi parti lawan sudah pastilah apa sahaja yang bergerak dan bergoyang dalam parti saingannya akan menjadi bahan dan terjahan politik. Manalah tahu silap-silap terjah boleh jatuh.

Begitu jugalah kalau kita lihat reaksi mantan MB Selangor, Khir Toyo terhadap perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor.

Dendam kesumat Khir terus membara dalam dirinya. Maklumlah tersungkur jatuh ketika sedang tidur lena. Hilang takhta pada malam 8 Mac 2008 lalu adalah mimpi ngeri yang tidak padam-padam dan terus menghantui hidup beliau hingga hari ini.

Lalu apabila melihat pohon PKR bergoyang, berkecamuklah nafsu serakah Khir, terus sahaja beliau mencapai senapang “burukny” sebab percaya ada beruk sedang melonjak-lonjak atas pohon berkenaan sehingga ia bergoyang. Walaupun hakikatnya pohon itu sebagaimana pohon-pohon lain bergoyang lantaran deruan angin yang memukulnya.

Katalah apa pun pada Khir, beruk juga yang dicarinya!

Berbalik pada rombakan dalam PKR Selangor. Kata Khir kini pasukan bolasepak PKR Selangor ada tiga kapten. Lantas kucar-kacirlah pentadbiran negeri akibatnya. Tiga kapten yang dimaksudkan adalah Dato Seri Anwar kerana dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri sebelum ini, Tan Sri Khalid sebagai MB dan Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor yang baru.

Memang Khir berhak mengulas dan memberi komen apa sahaja. Kenapa tak katakana Selangor ada dua lagi kapten cukupkan lima semua sekali iaitu Pengerusi DAP dan Pesuruhjaya PAS Selangor!

Dalama keghairahan beliau meninjau-ninjau beruk atas pokok, rupanya Khir tak nampak gajah besar di depan batang hidungnya! Umno Selangor apa kurangnya! Kalau PKR dan Pakatan Rakyat begitu, padanlah kerana kamiparti memerintah. Umno yang pembangkang di Selangor macam mana?

Kapten Najib, Kapten Noh Omar, Kapten Khir dan baru-baru ini penjaga gol Satim Diman meninggalkan gawang golnya! Jangan-jangan beruk yang Khir cari-cari itu sedang menari-nari atas pohon Umno Selangor!

Bagi keluarga Pakatan Rakyat di Selangor, masing-masing parti berhak merombak pimpinan parti masing-masing demi kebaikan bersama. Urusan parti kawan tidak wajar dicampuri parti kawan yang lawan. Semangat setiakawan menuntut kita menerima dan terus bekerja ke arah agenda bersama iaitu mempertahankan Selangor dengan menempa kemenangan yang lebih besar dan selesa serta menyumbang kearah penawanan Putrajaya.

Biarlah Khir dengan beruk-beruknya!

1:40 pengundi baru agenda politik Umno

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) cuba menjayakan agenda politik Umno untuk terus berkuasa di tanah air pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Beliau berkata demikian kerana SPR dilihat sengaja membiarkan isu nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU12 lalu adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) berpanjangan.
“Mereka sengaja tak mahu menggunakan daftar automatik. Ini lebih bersifat mahu menyelesaikan agenda politik Umno untuk terus kekal memerintah di Malaysia,” ujar beliau petang tadi selepas mesyuarat berkala Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, SPR sepatutnya boleh menangani masalah mendaftar pengundi baru di kalangan masyarakat Melayu dengan melaksanakan daftar undi secara automatik.
“Sebenarnya SPR boleh mengatasi masalah ini dengan cara yang baik, iaitu melalui daftar secara automatik,” ujar beliau.
Katanya lagi, kenyataan ‘1:40’ yang dibuat oleh Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno itu sebenarnya langsung itu memberi kesan pada sensitiviti rakyat yang nyata menolak politik perkauman Umno.
Ini kerana, beliau berkata, rakyat tidak kira Melayu ataupun masyarakat bukan Melayu sejak tsunami politik PRU12 lalu sudah mulai menerima kuasa politik Melayu yang baru, iaitu kepemimpinan Pakatan Rakyat sebagai teras pada kuasa politik negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, PAS serta Pakatan Rakyat mampu menggantikan Umno BN dengan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu, termasuk para pengundi baru kelak.
“Umno sekarang dalam bimbang, mereka takut hilang kuasa dan mereka takut pengundi baik Melayu atau tidak pergi pada kuasa yang baru, iaitu Pakatan Rakyat,” tegas beliau.
Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu nisbah 1:40 tersebut mencerminkan kegagalan SPR dalam menguruskan urusan pilihan raya di Malaysia.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut menyokong cadangan Abdul Hadi supaya daftar pengundi baru dibuat secara automatik.
Beliau turut mempertikai kaedah SPR dalam menyelesaikan masalah pengundi yang bermastautin di luar negara.
“Malahan, ratusan ribu rakyat Malaysia di luar negara sekarang seakan dinafikan hak untuk mengundi disebabkan masalah sulit ini,” jelas beliau.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Pakatan Rakyat bercadang untuk menuntut semula SPR menerima cadangan mereka sebelum ini, iaitu daftar undi secara automatik.
“Ini yang akan kita tuntut dan sekiranya SPR jujur mahu memperkatakan tentang pilihan raya yang adil, telus dan demokratik, maka mereka perlu terima cadangan ini,” ujar beliau.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula, selain mendakwa Pemuda Umno mendedahkan perangkaan yang palsu, beliau turut mencabar SPR untuk mendedahkan perangkaan yang sebenar berhubung isu nisbah 1:40 tersebut.
“Dari maklumat yang kita dapat, pendedahan Pemuda Umno itu saya fikir adalah tidak betul.
“Maka, kita nak cabar SPR untuk dedahkan angka yang sebenar, jumlah yang didaftar dan peratus penyusutan daftar pengundi baru mengikut bangsa,” ujar beliau.
Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan untuk menganjurkan konvensyen bersama peringkat kebangsaan pada Oktober ini.
Tetapi, Anwar sendiri tidak memberikan tarikh spesifik berhubung konvensyen tersebut ketika disoal oleh wartawan.

Peguam Ganti Penasihat Undang-Undang, Negeri Pakatan Rakyat Elak Nasihat Salah

Empat negeri Pakatan Rakyat dicadang melantik peguam sendiri dan bukannya dari Jabatan Peguam Negara sebagai Penasihat Undang- undang bagi mengelakkan nasihat salah diberi dalam urus tadbir kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar ibrahim berkata langkah ini perlu diambil kerana terbukti peguam dari Jabatan Peguam Negara tidak bebas dan membawa kepentingan pemerintah Umno Barisan Nasional.

Mengulas laporan Berita Harian semalam yang memetik kenyataan Pemuda Umno bahawa nisbah kaum Melayu yang mendaftar sebagai pengundi berbanding Cina adalah 40:1, Anwar berkata, SPR seharusnya mengeluarkan angka tepat dan tidak menimbulkan rasa takut di kalangan masyarakat.

Beliau berkata, dalam keghairahan SPR menyokong kenyataan pemuda Umno, SPR seakan-akan lupa bahawa  laporan sebegini hanya memperlihatkan kegagalan badan itu dalam menarik minat rakyat yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Ini memperlihatkan kegagalan spr dalam menjalankan tugas mereka dengan berkesan," kata Anwar.

Anwar sebulat suara menyokong pendirian Presiden PAS, Datu Seri Abdul Hadi Awang yang mengesyorkan SPR supaya melaksanakan daftar pengundi secara automatiik.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar SPR untuk memberikan angka yang sebenar bagi membuktikan apa yang diperkatakan pemuda Umno adalah benar.

Kes ADUN Pel Kelang: Isterinya Dakwa Badrul Kawan Perempuan Jahat..ha..ha..bagus hang lompat..memang jahat pun..!!

Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mendakwa suaminya berkawan dengan perempuan jahat sehingga menyebabkan rumah tangga mereka yang dibina selama 17 tahun sering dilanda masalah.

Ramizah Mazlan, 39, juga mendakwa, suaminya turut menjalin hubungan dengan seorang wanita berusia 23 tahun semenjak Februari 2008, iaitu selepas dilantik menjadi ADUN.

“Saya pernah menjumpai beberapa gambar. Saya juga pernah terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon yang ada menggunakan perkataan sayang dan rindu,’ katanya menerusi afidavit keterangan yang diikrarkannya.

Afidavit keterangan itu dikemukakan pada perbicaraan permohonan cerai secara fasakh oleh Ramizah selaku plaintif terhadap Badrul Hisham, 50, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Permohonan cerai secara fasakh difailkan mengikut Seksyen 53, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Selain itu, Ramizah yang mengangkat sumpah pada pukul 10.40 pagi juga mendakwa, Badrul Hisham telah berhubung semula dengan bekas tunangnya (yang dikenali sejak 25 tahun dahulu) pada tahun 2006.

Bagi menyelesaikan isu tersebut, Ramizah yang merupakan seorang suri rumah telah mengadakan perbincangan bersama bekas tunang defendan rumah ibunya yang terletak di Kampung Jawa, di sini.

Ramizah yang berkahwin dengan Badrul Hisham pada 31 Julai 1993 juga mendakwa, ibu mentuanya menyokong tindakan defendan berkawan dengan wanita-wanita tersebut sehingga menyebabkan dia tidak mempunyai tempat untuk mengadu.

Dia juga mendakwa telah tinggal berasingan dengan defendan sejak 4 Januari lalu selepas berlaku pergaduhan besar kerana mempersoalkan perbuatan defendan yang tidak pulang ke rumah selama empat hari bermula 29 Disember 2009.

“Saya mendapat tahu bahawa dalam tempoh tersebut defendan telah pergi ke Thailand,” tambahnya.

Prosiding yang didengar di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh berlangsung tanpa kehadiran Badrul Hisham, seorang Adun bebas yang menyokong Barisan Nasional selepas keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai lima orang anak iaitu Dzarul Ashroff,16, Dzety Ashikin, 14, Dzureen Arysha, 10, Dzaleen Aryffa,9 dan Dzarif Ashakimi, 4 tahun.

Selain itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor juga mendakwa, defendan telah bertindak menyakiti dan menjadikan kehidupannya menderita oleh perbuatan defendan.

“Akibatnya saya mengalami tekanan perasaan yang teruk dan serius sehingga saya sering termenung dan bermurung,” tambahnya.

Dalam permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu juga, Ramizah mendakwa suaminya cuai dalam menyediakan nafkah zahir sejak awal perkahwinan dan keadaan bertambah buruk selepas defendan tidak bekerja.

Menurutnya, defendan yang bekerja di bahagian katering Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berhenti kerja selepas sembilan bulan berkahwin dan menganggur selama dua tahun sebelum kembali bekerja sebagai pegawai operasi di Syarikat Penerbangan Transmile.

“Selepas defendan dilantik menjadi Adun dan perlu menghadiri majlis tertentu yang memerlukan saya hadir bersama, defendan akan menyediakan pakaian rasmi untuk saya. Bagaimanapun, pada kebanyakkan masa, defendan tidak pernah mengambil peduli,” katanya.

Sementara itu, Abdul Malik menetapkan 28 September ini sebagai tarikh sambung bicara bagi membolehkan saksi disoal balas oleh peguam defendan, Mohd Junid Ramali.

Semasa disoal berhubung ketidakhadiran defendan, Mohd Junid memberitahu, anak guamnya menghadiri mesyuarat di kawasannya. -MSTAR

Khalid Ibrahim bercuti ke luar negara mulai esok

Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bercuti selama lima mulai esok, berkata kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor tanpa berkuasa dalam parti di peringkat negeri, merupakan satu "cara pentadbiran baru."

Bermula esok, Khalid akan ke Singapura bagi menghadiri Persidangan Bandar Sedunia esok dan seterusnya ke Brisbane, Australia untuk menghadiri satu sesi perbincangan dengan para graduan terpilih University of Queensland.

Katanya, penyusunan kuasa seperti ini juga bagi memastikan tiada konflik kepentingan di kalangan pentadbir kerajaan dan juga pemimpin parti.

"Ini satu pembaharuan, satu inovasi. Satu isu lagi ialah untuk mengelakkan konflik kepentingan. Seorang jaga negeri, seorang lagi jaga parti," katanya.

Ditanya lanjut, beliau berkata, perubahan seperti itu juga perlu bagi memastikan Pakatan Rakyat akan kekal memerintah Selangor.

"Pakatan akan membuat beberapa perubahan dari masa ke semasa tapi mensesuaikannya dengan keadaan.

"Untuk negeri Selangor, satu daripada perkara yang terpenting ialah selain daripada kita mentadbir dan menentukan pembangunan negeri, kita juga mesti memantapkan (sokongan politik) untuk menentukan pakatan rakyat akan terus memerintah di negeri Selangor," katanya.

Bercakap di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, Khalid juga berkata media tidak perlu mencampuri urusan pelantikan akan penarikan jawatan pemimpin parti.

"Tak ada, itu you tak payah campur. Kita tak payah campur pihak tersebut. Ini pasal letak jawatan, terima jawatan, ini tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai kedudukannnya sebagai menteri besar di Selangor.

"Yang termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita membawa satu pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana Malaysia akan diurus untuk masa depan," katanya lagi.

Anwar Sangkal Dakwaan Zaid Anak Emas

KUALA LUMPUR, 29 Jun - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pihak tertentu yang mengatakan lantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai pengerusi KEADILAN  Wilayah Persekutuan sebagai 'anak emas'  beliau adalah tidak benar.
Anwar dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang petang tadi berkata Zaid tidak diberikan apa-apa keistimewaan berhubung lantikan tersebut.
"Lantikan itu memberi peranan khusus kepada tokoh-tokoh dalam KEADILAN yang belum mempunyai tugas yang spesifik.
"Ini isu dalaman parti. Ada tokoh-tokoh yang kita belum berikan tugas khusus kita bagi tugas.
"Ada yang jaga Pulau Pinang, ada yang jaga Wilayah, ada yang jaga Selangor. Tidak ada kaitan pun dengan apa-apa yang selain dari itu," katanya.
Wartawan kemudiannya meminta Anwar atas dengan soalan yang membandingkan mereka yang lebih lama dalam PKR berbanding Zaid, namun tidak mendapat "keistimewaan" sama.
Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang mencelah dengan  berkata Ketua pemuda Umno pun tidak ada jawatan dalam kabinet dan disambut ketawa oleh pihak media.
Minggu lepas, Anwar dalam mesyuarat pemukiman KEADILAN di Shah Alam telah melantik Zaid sebagai Pengerusi PKR Wilayah, manakala Azmin Ali dilantik sebagai Pengerusi PKR Selangor.
Isu perlantikan itu kemudiannya digunakan Umno kononnya wujud perpecahan dalam kepimpinan KEADILAN khususnya di Selangor.
Hadir sama pada sidang media tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Nurul Izzah Bidas Menteri Wilayah Tidak Menjawab Soalan

Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 29 Jun - Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mengkritik Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin kerana gagal menjawab pertanyaan lisan dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat.
Izzah dalam soalan pertamanya meminta menteri berkaitan menyatakan dasar ekonomi, sosio dan politik yang diambil kerajaan apabila memutuskan membuat rundingan terus bagi pembangunan tanah seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh berbeza dengan pengumuman pada November 2008.  
Beliau turut menuntut Nong Chik menerangkan anggaran keuntungan kerajaan bagi projek pembangunan lapangan terbang lama Sungai Besi sekiranya dilaksanakan mengikut tender terbuka.
Bagaimanapun, Nong Chik seraya menjawab dengan nada bersahaja mengarahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menunggu jawapan bertulis daripadanya.
"Kita (pihaknya) akan jawab secara bertulis," kata Nong Chik.
Sebaliknya, Izzah memaklumkan Dewan bahawa beliau telahpun menerima jawapan secara bertulis berkenaan, namun penjelasan yang dikemukakan menteri bertanggungjawab itu tidak berkaitan dengan apa yang diminta beliau.  
Izzah dengan lantang seterusnya menyuarakan bantahan ke atas jawapan yang diberikan menteri yang seolah-olah mahu mengelak daripada menjawab soalan yang dikemukakan tersebut pada ketika itu.
"Satu jawapan yang diminta pun menteri tak boleh nak jawab," tegas Izzah lagi. 

Dr Asri jelas kedudukan sebenar di Kota Bharu

KOTA BHARU, 29 Jun: Setelah ura-ura Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyertai Umno bersama kelompok ulama muda tidak menjadi kenyataan, bekas Mufti Perlis itu akan dibawa ke Kelantan bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Orang ramai di sini dijangka berpeluang mendengar sendiri penjelasan Dr Asri, sejauh mana dakwaan terhadapnya konon berminat menyertai Umno.

Beliau diundang pada siri wacana perdana yang akan dianjurkan kerajaan negeri pada 10 Julai ini bertempat di Balai Islam, Lundang bermula jam 9 malam.

Wacana itu bertajuk ‘Bolehkah Melayu Bersatu?’ turut mengundang dua Exco Pemuda Umno Malaysia, Ustaz Afandi Yusof dan Lokman Noor Adam. Selain itu anggota parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Manakala Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof akan bertindak sebagai moderator.

Pengarah program berkenaan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, pemilihan tajuk tersebut sesuai dengan pelbagai tafsiran dibuat berkaitan kedudukan orang Melayu di negara ini sekarang.

”Ada tafsiran yang optimis, dan ada pula yang pesismistik, namun begitu negara ini telah melalui pelbagai bentuk perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang memberi kesan kepada masyarakat Melayu,” katanya di sini.

Wacana tersebut merupakan beberapa siri forum diadakan di Kelantan sejak 2008. Wacana itu pernah mempertemukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Bekas pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad juga pernah diundang ke wacana berkenaan sebelum ini.

Wacana itu dianjur dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd. Selain itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Kelantan TV (KTV) dan Galeri Al-Mizan.

Sebelum ini Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh mendakwa kira-kira 100 ulama muda berkelulusan tinggi akan menyertai Umno termasuk Dr Asri.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu hanya 40 sahaja sahaja ulama muda dilaporkan menyertai Umno tanpa kehadiran Asri pada majlis yang dihadiri presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasar kepada jumlah itu hanya seorang sahaja iaitu Dr Fadlan Mohd Othman berkelulusan sehingga PhD.

Pemimpin Umno-BN Jadi Agen Serah Kedaulatan Negara

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 29 Jun - Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional didakwa menjadi agen negara Brunei dan Singapura apabila bertindak menyokong dalam isu menyerahkan kedaulatan di kawasan tuntutan bertindih di sempadan negara.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di lobi parlimen petang tadi berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin Umno-BN yang menyokong tindakan kerajaan yang menyerahkan kedaulatan negara dalam isu Blok L dan M, tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad di Tanjong Pagar serta isu Pulau Batu Putih yang juga telah diserahkan kepada kerajaan Singapura.
"Kerajaan Umno-BN tidak serius dalam isu mempertahankan kedaulatan negara. Jelas dalam isu Blok L dan M serta tanah KTMB, kerajaan Umno-BN nampaknya tidak mempunyai ketegasan.
"Nampaknya negara kita dalam bahaya apabila pemimpin Umno-BN menjadi agen kepada negara Brunei dan Singapura kerana menyokong tindakan kerajaan itu," katanya.
Mahfuz turut mempersoalkan apabila kerajaan Umno-BN berbangga dapat mempertahankan batuan tengah di dalam perebutan Batu Putih yang hasilnya untuk nelayan menangkap ikan tetapi dalam masa yang sama kita tidak dapat mempertahankan Blok L dan M yang memberikan keuntungan lumayan kepada negara, begitu juga dalam isu tanah KTMB di Tanjung Pagar yang dipajak oleh kerajaan selama 999 tahun di wilayah Singapura.
Tambahnya, Dalam isu tanah di Tanjung Pagar, kerajaan juga tidak terhalang dalam membangunkan tanah tersebut tetapi apabila kerajaan membuat perjanjian 60:40 dengan kerajaan singapura, tanah tersebut katanya lagi bukan menjadi hak kerajaan Malaysia tetapi menjadi hak Singapura.
Manakala Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula berkata Pakatan Rakyat kesal dengan dasar luar kerajaan yang hanya mementingkan ekonomi sekelompok pemimpin Umno-BN.
"Isu blok L dan M bukan isu ekonomi semata-mata tetapi adalah berkenaan keselamatan negara kerana apabila Ahli Parlimen Kota Belud bangun mempertahankan atas dasar keuntungan yang sanggup menggadaikan maruah negara contohnya dalam isu lesen judi.
"Dalam isu pertindihan di sempadan kita mempunyai hak kedaulatan di mana kita lihat pendekatan yang berbeza dalam isu pertindihan dengan Thailand yang diselesaikan mantan Menteri Luar Negara, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dengan mengadakan perbincangan sehingga membentuk satu 'Joint Authority' yang memberikan keuntungan di samping menjaga maruah negara.
"Kerajaan Umno-BN nampaknya mengamalkan sikap dan dasar yang salah dengan menyerahkan kedaulatan negara yang merugikan negara," ujarnya lagi.
Yusmadi juga membidas sikap pemimpin Umno-BN yang hanya mementingkan keuntungan negara yang menyebabkan banyak lagi kawasan bertindih negara akan tergadai.
Pakatan Rakyat dalam pada itu kata beliau menyanggah jawapan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem yang tidak konkrit semasa membentangkan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 yang menurutnya telah menyebabkan kedaulatan negara tergadai.

Pindaan ISA Dilulus Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Pindaan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kesemua pindaan itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi ini tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan.
"Pindaan kepada ISA dan akta-akta pencegahan telah siap dibincangkan antara pihak kementerian, Polis Diraja Malaysia dan Peguam Negara. Bagaimanapun ada beberapa perkara lagi yang kita perlu perhalusi berkaitan akta-akta berkenaan sebelum dibawa kepada kabinet," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat antara kementerian, PDRM dan wakil Peguam Negara Datuk Idrus Harun di Parlimen hari ini.
Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan.
Pada Mac lepas, kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda.
Ditanya mengenai pindaan yang dicadangkan dalam akta-akta tersebut, Hishammuddin berkata ia termasuk hak mengadakan perhimpunan secara aman.
"Jika keadaan aman bagi membolehkan perhimpunan diadakan, tidak ada sebab kita menghalangnya dengan terlalu banyak sekatan (manakala) layanan terhadap tahanan, tempoh penahanan, kuasa menteri...akan disesuaikan ikut keadaan hari ini," katanya.
Beliau berkata kementerian akan terus mendekati golongan berkepentingan termasuk pembangkang dan Majlis Peguam bagi memastikan semua pihak memahami pindaan yang ingin dilakukan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
Hishammuddin juga berkata pindaan kepada Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang akan dibentangkan minggu depan, melibatkan aspek penyeludupan manusia serta memperkuatkan lagi undang-undang sedia ada. - BERNAMA

Hakim jelaskan kenapa kerusi Tian Chua tidak lucut

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Pada 17 Jun lalu, ketika menolak rayuan Chua tetapi mengurangkan hukumannya, Ghazali berkata keputusannya adalah berdasarkan penghakiman Mahkamah Agung 1993 kes Public Prosecutor lawan Leong Yin Ming yang hanya denda RM2,001 atau lebih yang akan meyebabkan perlucutan kerusi secara automatik.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata “Tidak kurang dari” seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

“Maka dengan berpegang kepada keputusan dalam kes Mahkamah Agung di atas, saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 itu tidak menjadikan perayu hilang kelayakan beliau secara automatik kerana denda untuk menjadikan beliau beliau hilang kelayakan adalah RM2,001 ke atas dan bukannya bermulka daripada RM2,000.

“Keputusan Mahkamah Agung ini mengikat mahkamah rendah. Ia adalah autoriti kukuh yang boleh diguna-pakai oleh mahkamah ini,” kata hakim Ghazali.

“Oleh itu, saya berkeyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberi implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Batu; maka niat saya yang ikhlas itu telah dizahirkan melalui hukuman denda tersebut, selain memberikan suatu amaran keras kepada perayu supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa hadapan,” katanya.Keputusan hakim, Ghazali yang sebelum ini mengurangkan denda daripada RM3,000 dan enam bulan penjara kepada RM2,000 atau dua bulan penjara menimbulkan kontroversi sama ada ahli parlimen Batu itu telah hilang kelayakannya.

Tian Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu.

Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun.

Peguam yang mewakili Tian Chua berhujah berdasarkan keputusan Mahkamah Agung pada 1993, tafsiran itu membawa maksud RM2001.

Bagaimanapun peguam kanan Karpal Singh, bersama bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Idid Syed Ahmad berpendapat tafsiran itu membawa maksud RM2,000.

Belum sampai masa untuk putuskan pengagihan kerusi di Sabah: Najib

PENAMPANG, 29 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan belum sampai masanya memutuskan sama ada pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) di Sabah dikekalkan status-quo nya ataupun tidak menjelang pilihan raya seterusnya.
“Belum sampai masanya kita buat apa-apa keputusan, kenapa orang nak melatah dan terlalu banyak riak pada masa sekarang.
“Saya belum membuat sebarang keputusan tentang apapun ... Serahkan pada saya untuk memutuskan apa yang terbaik bagi Sabah. Pada masa ini, kita jangan terlalu teruja tentang apapun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk sebarang perubahan dari segi politik di Sabah.
“Terlalu banyak politiking dalaman tapi walau apapun ia, nasihat saya ialah tumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat... Kita mesti tunjuk, kita sebuah parti yang prihatin dengan rakyat di Sabah, itu yang penting sekali,” katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau ke Pasar Lido, dekat sini.
Najib ditanya demikian berikutan baru-baru ini, terdapat pergeseran sesama parti-parti komponen BN di Sabah apabila ada yang meminta supaya kerusi tertentu diberikan kepada parti mereka pada pilihan raya akan datang.
Sebelum ini, Ketua Umno bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dilaporkan meminta supaya kerusi DUN Merotai dikembalikan kepada Umno kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memegang kerusi tersebut selama dua penggal, gagal membawa perubahan kepada kawasan tersebut.
Ahad lalu pula, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin menyarankan agar kerusi Parlimen Putatan diserahkan kepada calon Umno untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang, yang kini diwakili calon dari  Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Marcus Majigoh.
Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri dan Ketua Umno Bahagian Putatan berkata langkah itu wajar memandangkan Umno adalah tunjang kekuatan BN di kawasan Parlimen tersebut tetapi menurutnya perkara itu hanya saranan dan Umno Putatan tetap akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan BN berhubung perkara tersebut.
Berhubung perkara itu, Najib berkata: “Saya rasa masalah BN sebenarnya kita boleh kawal, sebab walaupun ada sedikit perbezaan pendapat, macamanapun saya percaya mereka akan patuh kepada pucuk pimpinan BN apabila sampai pada masanya.
“Pada peringkat ini mungkin atas desakan di peringkat akar umbi, ada pelbagai pandangan dan juga tuntutan, tetapi macamanapun ia mesti tertakluk kepada semangat dan pemuafakatan BN. Mengikut perlembagaan kita, sesiapapun boleh membuat tuntutan, tetapi keputusan muktamad di tangan dewan tertinggi dan pengerusi BN,” jelas Najib. – Bernama

'Helpless public pays for govt follies... yet again'

By Ken Vin Lek
KUALA LUMPUR: DAP MP Tony Pua has expressed disappointment over another case of the public having to pay for the government's follies.
He was responding to Deputy Minister of Transport Abdul Rahim Bakri's comments in the Dewan Rakyat today pertaining to Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).
After the winding up speech on the 10th Malaysia Plan, DAP supremo Lim Kit Siang said the Port Klang Authority (PKA) should not pay anything on behalf of KDSB.
“Given that there’s a dispute between PKA and KDSB, and now, the Inland Revenue Board (IRB) is also claiming money (from PKA), should PKA pay anything on behalf of KDSB?” he asked.
Abdul Rahim, however, said that PKA is “ultimately committed to the bondholders” and refused to comment further on the matter.
Speaking to reporters later, Pua said: “KDSB bondholders are notably upset with the development as there is a likelihood that they may not be paid for the loans extended to KDSB.”
“But based on the deputy minister’s statement today and previous action taken by the Finance Ministry, I am certain they will again insist that PKA make full payments to fulfill the ‘guarantee’ of the bonds provided by virtue of letters signed by then minister of transport Chan Kong Choy,” he added.
PKA which was due to pay the next installment amounting to RM772 million in 2010 to various bondholders on behalf of KDSB was forced to make a U-turn on the decision when it was discovered that KDSB has outstanding taxes due amounting to RM 328.4 million.
PKA is obliged to pay the taxes owed by KDSB to the IRB under the income tax laws.
Under such conditions, PKA accordingly informed the various KDSB bondholders of its intention to withhold two payments amounting to RM350 million for the purposes of settling the outstanding tax.
Last year, PKA was instructed by the Finance Ministry to make an installment payment of RM660 million to KDSB despite the former suing KDSB for fraudulent and excess claims worth up to RM1.6 billion.
In the first place, Pua said, PKA should not have paid KDSB on the basis that they are disputing the claims of work being done on the Port Klang Free Zone (PKFZ) project.
“The issue here is PKA was forced by the ministry to pay despite suing KDSB. As such, they had to fork out the money due to KDSB’s controversial ‘white-elephant project’ PKFZ which may cost the government up to RM12.5 billion,” he added.
Ministry must decide wisely
Pua urged the ministry to “decide wisely” on its next course of action.
“Are they going to let the perpetrators of PKFZ get away scot free with taxpayers money? My only question is why are they trying to defend the perpertrators when they have clearly failed to deliver as required?” he asked.
As an alternative, Pua suggested that the government stop all payments to the bondholders until matters are resolved between the parties involved.
“Why should we guarantee them if work is not done? In a case like this where something happens, the bondholders have to bear certain amount of responsibility.
“The bondholders should take the action of suing KDSB as PKA themselves have already taken that route. PKA only paid the necessary funds last year because it was forced by the ministry,” he added.

PAS Selangor alu-alukan Azmin Ali

PAS Selangor mengalu-alukan perlantikan Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang baru.  Perlantikan ini diyakini akan dapat memantapkan lagi jentera PKR Negeri Selangor selain menyumbang ke arah memperkasakan lagi jentera Pakatan Rakyat Negeri Selangor khasnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
PAS Selangor turut yakin Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor akan dapat menumpukan lebih perhatian ke arah membangunkan Negeri Selangor dengan memberi fokus kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) setelah melepaskan jawatan parti kepada Azmin Ali.

Sesungguhnya Azmin Ali (gambar kiri) memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik dan malah sudah pun menjalin hubungan kerja dengan PAS Selangor sejak beliau dan empat orang ADUN PAS diketuai Hasan Mohd Ali memenangi kerusi di DUN Selangor pada PRU tahun 1999 lalu.  PAS Selangor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku Ketua PKR Negeri.
Selain itu PAS Selangor akan mengaturkan pertemuan segera dengan beliau bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti selain menantikan kehadiran beliau dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Selangor.
Pertemuan dengan Khalid Ibrahim (gambar kanan) selaku Menteri Besar juga akan diaturkan dalam waktu terdekat bagi menyatakan sokongan dan keyakinan PAS Selangor terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Pentdabir Negeri.
PAS Selangor terus komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Negeri Selangor dengan lebih mantap lagi malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir, selaku Ketua Penerangan PAS Selangor, Badan Perhubungan PAS negeri Selangor.

Hutang FELDA melambak setelah Najib pegang kuasa

FELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri.  Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan penyemakan peneroka FELDA tentang bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.
Demikianlah perubahan yang membimbangkan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, menurut sumber dalaman FELDA.  Beliau memberitahu MerdekaReview, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.
"Sebelum Najib masuk, kami (FELDA) tidak pernah bertindak sebegitu pantas dalam pembelian perusahaan (merger dan akuisisi).  Setelah beliau masuk, terutamanya selepas penubuhan FELDA Global Venture Holdings, pembelian perusahaan di luar negeri dijalankan dengan begitu giat sekali," kata sumber maklumat.
Malah, beliau menambah, keputusan pembelian perusahaan atau pelaburan ini bukannya hasil perbincangan dalam FELDA, tetapi arahan politik.  Lebih-lebih lagi, dalam kebanyakan masa, hanya beberapa orang dari pihak atasan yang mengetahui maklumat terperincinya.
Beliau menambah, Najib menjalin hubungan yang erat dengan FELDA sejak beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.  Kekerapan Najib muncul dalam mesyuarat FELDA bertambah dari purata dua bulan sekali, sehingga sebulan sekali sekarang, bahkan kadang-kala, dua minggu sekali.
Apa yang menarik, Najib telah mengalihkan FELDA ke bawah Jabatan Perdana Menteri setelah beliau dilantik sebagai TPM pada tahun 2004.  FELDA diletakkan secara langsung di bawah bidang kuasa dirinya.

Anwar beri arahan tutup mulut, Azmin terpalit dalam pergelutan PKR

"Saya beri amaran terakhir.  Mana-mana lagi kenyataan terbuka yang mempertikaikan Menteri Besar Selangor, terus (dihantar) ke Lembaga Disiplin."  Demikianlah kata-kata yang terkeluar dari mulut Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pimpinan pusat PKR, menurut sumber dalam parti itu.
Malah, Anwar Ibrahim (gambar kiri) memberi kata-kata akhirnya, "Saya sudah cukup dengan ini.  Sesiapa yang cuba menguji kesabaran saya, anda boleh cuba."
Selain itu, sumber maklumat tersebut memberitahu MerdekaReview, bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan Azmin Ali untuk menarik balik perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).  Bagaimanapun, Azmin Ali cuba membantah atas alasan langkah ini bakal menjejaskan kredibiliti dirinya, malah beliau meluahkan kekhuatirannya bahawa keputusan mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor pada ketika ini mudah mencungkil kesangsian terhadap dirinya.
"Tiada (ruang untuk) pendapat lain.  Ini adalah arahan," tegas Anwar.
Imej Azmin terpalit
Menurut seorang pemimpin yang turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Azmin mempersoalkan, "Orang luar berkata ini dan itu terhadap saya, dan kamu masih menyerahkan jawatan ini kepada saya.  Bukankah dengan ini, kamu mahu saya jadi 'orang jahat'?"
Namun, pimpinan yang hadir dalam mesyuarat tersebut menganggap langsung tiada masa yang sesuai untuk Azmin Ali (gambar kanan) mengambil alih jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dalam keadaan yang paling sempurna.  Jadi, ada yang membuka mulut, "Kalau ada sesiapa yang cuba menodai imej kamu, minta maaf, kamu hanya boleh bersabar."
Jelas, tindak tanduk ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa kebelakangan ini memperlihatkan "cita-cita"-nya yang "tidak kecil".  Sumber dalam parti tidak menolak kemungkinan bahawa Azmin Ali cuba mengambil kesempatan daripada "ketidakpuasan terhadap Khalid Ibrahim".  Namun, dari perspektif luar parti, merebut kerusi dengan Khalid Ibrahim yang meraih sokongan tinggi dalam soal selidik, semestinya berakhir dengan nama diri yang terpalit.
Harus diingatkan, pemilihan PKR yang bakal berlangsung pada akhir tahun ini bukan lagi menggunakan sistem perwakilan seperti dahulu, tetapi kira-kira 300 ribu orang anggota dari seluruh pelusuk akan menggunakan undi dalam tangan mereka untuk memilih pimpinan tertinggi PKR.  Maka, hubung antara calon dengan perwakilan tempatan menjadi kurang penting, malah anggota parti secara umumnya akan mengundi berdasarkan persepsi dari media.  Sesiapa yang ditonjolkan dengan imej yang lebih positif dalam media, maka beliaulah mempunyai peluang yang lebih cerah.
Khalid Ibrahim dalam PKR Selangor
Sumber memberitahu MerdekaReview, Azmin Ali sebenarnya mengambil kesempatan untuk mendesak Khalid Ibrahim, tetapi "sepanjang proses ini, beliau (Azmin Ali) turut tercedera."
Ketika ditanya laporan bahawa 15 orang ahli parlimen bersepakat untuk mendesak agar Khalid berundur, seorang wakil rakyat mempertikaikan, "Berapa orang ahli parlimen yang kami ada?"
Sememangnya, PKR hanya mempunyai 24 orang ahli parlimen sekarang, termasuk Khalid Ibrahim.  Jikalau benar 15 orang ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid, maka angka ini telah melebihi separuh daripada jumlah ahli parlimen PKR.
Apakah kekurangan yang ada pada Khalid, sehingga mencungkil ketidakpuasan yang mengombak dari parti?  Seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor berkata, selaku MB Selangor, Khalid tidak memberi sumbangan yang besar kepada PKR Selangor.  Biarpun Selangor menjadi negeri yang terkaya antara negeri Pakatan Rakyat, namun keadaan kewangan PKR di Selangor amat tidak memuaskan.
Kurang peka dalam politik
Ketua Penerangan PKR Selangor, Tan Yee Kew (gambar kanan) berkata, Khalid Ibrahim tegas membantah penyaluran dana dari khazanah kerajaan ke tabung parti.  Jadi, PKR hanya boleh bergantung kepada sumbangan dana daripada ahli parlimen, ADUN dan anggota parti.  Ada wakil rakyat yang mencadangkan agar MB mengutip wang parti dengan mengadakan jamuan, tetapi prestasi Khalid jelas tidak memuaskan dalam hal ini.
Selain itu, bekas tokoh korporat ini dikatakan meneliti sendiri kesemua urusan perdagangan, malah enggan melepaskan kuasa kepada orang di bawahnya, menjurus kepada tundaan dan kelewatan dalam prosedur.  Keadaan ini mengundang tuduhan bahawa Khalid tidak mempercayai orang lain, maka mereka mengambil kesempatan untuk mendesak agar Khalid akan berubah.
Di samping itu, Khalid yang selama ini berkecimpung dalam dunia korporat, diadu kerana kurang peka dalam politik.  Beliau yang berusia 64 tahun mempunyai ego dirinya, dan enggan mendengar cadangan atau pandangan lapisan pemimpin yang lebih  muda daripadanya.  Malah, latar belakang ini menyebabkan pandangannya sentiasa berbeza dengan NGO dan ahli politik, misalnya ketika berdepan dengan media, Khalid jelas kurang peka.
Exclusive FIFA merchandise only at Giant!  Rollover to view!
Justeru itu, Khalid (gambar kiri) yang ditaruh harapan tinggi sering mengecewakan rakan seperjuangan partinya.  Seorang ADUN PKR berkata kepada MerdekaReview, "Dasar Selangor jauh lebih baik daripada Barisan Nasional, juga lebih baik daripada Pulau Pinang (misalnya).  Tapi, mengapa Pulau Pinang kelihatan baik?  Kerana publisiti yang baik."
EXCO Senior Selangor, Teresa Kok dari DAP turut menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP sedemikian, "Ketua Menteri ini mungkin tidak berpengalaman dalam pengurusan, tetapi beliau tahu apa yang dikehendaki media.  Jadi, beliau tahu bagaimana mengolah hujahnya agar disambut baik NGO dan media."
Secara perbandingannya, publisiti Khalid tidak setanding dengan Lim Guan Eng (gambar kanan).  Lantaran daripada itu, pelucutan jawatan Pengerusi PKR Selangor mungkin sesuatu yang dialu-alukan oleh Khalid Ibrahim sendiri, menjelaskan mengapa beliau masih berjenaka dalam mesyuarat tersebut setelah keputusan dibuat.
"Gembira sangatnya (Khalid).  Beliau pernah berkata di banyak tempat, bahawa beliau tidak sukar menguruskan hal ehwal dalam parti.  Paling baik untuk beliau menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pentadbiran kerajaan negeri," kata seorang anggota Majlis Pimpinan Negeri Selangor.
Keputusan pelucutan jawatan Pengerusi ini mungkin melegakan Khalid Ibrahim, yang sering diadu kerana tiada masa untuk menguruskan hal ehwal parti, namun rakannya dalam kerajaan pula menganggap Khalid selaku Menteri Besar, sebenarnya menerima tamparan daripada keputusan parti ini.
Zaid Ibrahim dapat durian runtuh
Secara ringkas, Khalid Ibrahim kehilangan jawatan Pengerusi PKR Selangor dalam pusingan perebutan kuasa ini, namun ia bukan sesuatu yang terlalu pahit, seandainya ditukar dengan kesudahan "meredakan kritikan secara terbuka oleh rakan partinya."  Sebaliknya, meskipun Azmin Ali menguasai PKR Selangor, tetapi laporan media semestinya mencalar imejnya.
Rombakan kecil dalam PKR kali ini sebenarnya menguntungkan Zaid Ibrahim (gambar kiri), yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri ini menyertai PKR pada tahun 2009, kecundang ketika menyarung jersi PKR untuk bertanding di PRK Hulu Selangor pada April 2010.
*Wong Shu Qi

Umno: Antara judi sukan dan ulama’ muda

Najib AnuarPenyertaan 40 ulama’ muda ke dalam Umno bukan perkara baru kerana pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri usaha-usaha demikian juga telah dilakukannya.
Kejayaan terbesar Dr Mahathir tentulah penyertaan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Anwar Ibrahim pada 1982 beberapa bulan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Kemasukan pemimpin pelajar itu ke dalam Umno mengejutkan banyak pihak kerana Anwar dilihat lebih cenderung kepada PAS.

Dr Mahathir menarik masuk Anwar adalah kerana untuk membendung pengaruh Islam PAS berikutan kejayaan pemimpin Islam Ayatullah Imam Khomeini di Iran yang menumbangkan kerajaan sekular di negara itu pada tahun 1979.
Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah kesinambungan yang telah dibuat oleh Dr Mahathir pada tahun 1980-an. Dijangka usaha itu akan berterusan dan lebih ramai lagi golongan itu akan menyertai Umno dalam masa terdekat ini.
Perkara ini disahkan oleh bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, orang yang mengatur majlis kemasukan ulama’ muda itu ke dalam Umno.
Apakah kemasukan ulama’ muda ke dalam Umno itu akan memberi kesan kepada PAS, parti yang selama ini banyak mendapat sokongan daripada golongan ulama’?
Seperti diketahui umum, dasar PAS yang memainkan slogan memperjuangkan Islam sekian lama telah menjadi tarikan kepada golongan muda lepasan agama menyertai parti itu.
Umno memperlihatkan dua wajah
Barangkali dengan pintu yang terbuka seluas-luasnya kepada anak muda yang berkelulusan agama mendorong golongan ini menyertai PAS dan seterusnya menjadi tenaga utama parti itu dalam pilihan raya.
Dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus calon PAS dalam pilihanraya umum lalu merupakan golongan muda yang berkelulusan agama.
Ini sekurang-kurangnya telah menyedarkan Umno bahawa PAS kini memberi lebih ruang dan peluang kepada ulama’ muda dan jika Umno tidak bertindak segera, ulama’ muda tidak akan mendekati parti itu lagi.
Kini persoalan yang timbul ialah adakah penyertaan ulama’ muda ke dalam Umno akan mengubah pandangan bahawa Umno kini menjadi sebuah parti Islam seperti PAS?
Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku dalam parti terbesar itu termasuk isu judi sukan yang dicetuskan oleh pemimpinnya, wajah Umno tetap sama walaupun mendapat kemasukan 1,000 ulama’ muda.
Bukankah ini bermakna Umno parti yang mempunyai dua wajah – mahu membenarkan judi sukan dan pada masa lain pula mahu menarik penyertaan ulama’ muda supaya orang Melayu khususnya generasi muda melihat parti itu juga ‘Islam’ seperti PAS.
Ia tidak lain tidak bukan kerana PRU ke 13 hampir menjelang tiba. Kerana Umno melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu tidak semantap semasa di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Please come clean on stolen jet engines

THE disappearance of two Royal Malaysian Air Force (RMAF) F-5E jet engines, reported stolen two years ago, are as mysterious as their recovery.
Defence Minister Ahmad Zahid said the engines were retrieved by Attorney-General Abdul Gani Patail: "I cannot give the actual date on which the engines were brought back to the country, but it was by the efforts of the attorney-general, who went there physically".
Many expressed disbelief that the RMAF could misplace two jet-engines as well as their maintenance and service documents.
The timing of the disclosure was deemed suspicious. The theft surfaced only when the RMAF wanted to overhaul the engines in 2007. The public was notified in late 2009.
Following investigations, two individuals were found to be guilty. Allegations of torture to extract a confession from RMAF Sergeant N Tarmendran caused further disquiet. Ahmad Zahid maintained it was an inside job but the brigadier-general who was sacked over the incident, continues to receive his pension and other retirement benefits. The accusation is that Tarmendran was made the scapegoat. A theft of this magnitude could not have happened without the collusion of high ranking officials.
But Ahmad Zahid's revelations that the jet-engines had been returned, inadvertently raised more questions. Why are we throwing more good money after bad? There has been incompetence at every level – from storage to subsequent retrieval.
abdul-zahid-jet-engineWhen Zahid said that the company which bought the stolen goods will not be compensated, isn't he confused? This company which, has so far remained nameless, should be prosecuted for receiving stolen goods. Last December we were assured that those responsible would be pursued and tried in an international court of law.
With regards to compensation, isn't it Malaysia which should be compensated for its loss and the cost of recovery? It would be interesting if the identities of the shareholders or owners of this Uruguayan company were made known.
It is puzzling too that the attorney-general had to be physically present to release the jet engines. Our interests in Uruguay are represented through our embassy in Buenos Aires (Argentina) and the honorary consulate in Montevideo, in Uruguay. Is the ambassador, or military attaché, inadequate?
Others are interested to know how long the A-G spent in Uruguay and whether he made other stops en-route? We are wary of overseas trips by civil servants and politicians because of past abuses of tax-payers' money.
But there is one anomaly. In November 2007, the President of Uruguay, Tabare Vazquez, and his entourage of 50, paid a visit to Malaysia. Coincidentally, our engines disappeared in late 2007.
No one is suggesting that the President took the engines home in his presidential briefcase, but Tabare was embroiled in the 'arms from Iran controversy'. In 2007, he authorized his navy to pick up a "cargo" in Venezuela, three months after the UN placed an arms embargo on Iran. The Uruguayan defence officials later dismissed the incident as the result of "confusion". Thus, the second coincidence is the involvement of the controversial President.
The Uruguay President came to visit in 2007. The third coincidence is that our jet engines were eventually found in Uruguay.
From 2000 to 2008, Malaysia's Minister of Defence was Najib Abdul Razak. Currently, there is a debate about over-spending in the huge military build-up during his tenure.
Are the Uruguayans peeved they paid too much for the engines?
Or have the engines reached their final unknown destination, using Uruguay as a transit point, but to keep us quiet, we are told that they have been returned?
Such confusion!
It's time that the government comes clean on this issue - the sooner the better.

Fighting corruption with people's power

SOMETHING is happening in the PKR and it is not about democracy.
It's the same thing that continues to fester in the MCA and the MIC.
A similar thing caused the Barisan Nasional to lose Perak in the 2008 general election and led to the collapse of the Pakatan Rakyat administration a year later.
For the same reason, the Barisan lost its two-third majority in Parliament and failed to regain the Kelantan state government from PAS besides losing its hold on Selangor, Penang and Kedah.
What is it?
In the words of an Englishman: "Power corrupts, absolute power corrupts absolutely."
The phrase arose as a quotation by John Emerich Edward Dalberg Acton, first Baron Acton, who lived between 1834 and 1902.
The historian and moralist, who was otherwise known simply as Lord Acton, expressed this opinion in a letter to Bishop Mandell Creighton in 1887:
"Power tends to corrupt, and absolute power corrupts absolutely. Great men are almost always bad men."
Another English politician with no shortage of names - William Pitt, the Elder, The Earl of Chatham - is sometimes wrongly attributed as the source.
The British prime minister from 1766 to 1778 (after whom a street in Penang was named), did say something similar in a speech to the UK House of Lords in 1770:
"Unlimited power is apt to corrupt the minds of those who possess it."
Accusations of graft
At the root of all this are the masses. Yes, people's power.
Claims of corruption against the Barisan were widely used in the campaigning of the 2008 general election by its opponents and caused it hefty losses in the Dewan Rakyat and state assemblies across the country.
In the subsequent by-elections, the accusation of graft against the Barisan continued and, in some instances, so-called informed bloggers boldly named people in the ruling government deemed to be corrupted.
In street marches and mass rallies, protesters against price hikes, the Internal Security Act and the sudden death of political aide Teoh Beng Hock in July last year also harped on the issue of alleged widespread graft and corruption in the Federal and state governments as well as claims of increasing disparity of wealth between the very wealthy and the very poor under Barisan's rule
Despite claims by the government that Malaysia's anti-corruption index had improved, it has not stopped its opponents from continuing their accusations.
The lesson was not whether the Barisan lawmakers had actually been guilty of the misdemeanors they are accused of practising but more of the outdated methods they had used to reach out to the masses.
Surprisingly, although many Barisan leaders talked of the 'new media' and telling the people to be information technology-literate to get ahead, most of them were still using the 'old media' in the 2008 polls to gloat about the past glories of the ruling party and how much it had spent to bring bridges, roads, schools and business opportunities to the people.
people-powerEven as recent as last month's Sibu parliamentary by-election, the ruling party was still depending on its regular tv, radio and media channels to try to get its messages to the people while the opposition had increasingly turned to the social media, such as the micro-blogging site Twitter and Facebook
This, however, does not mean that the opposition is smarter than the Barisan because, at the end of the day, the power is more in the minds of the people than in the hands of the politicians.
And it also does not mean that opposition politicians and leaders are 'cleaner' that those in the ruling party.
The hard truth is, in this day and age, the people are far ahead of the politicians.
The people can think for themselves. What politicians – elected legislators, in particular - need to do is to keep their ears to the ground and listen to the rhythm of the people's wishes.
Not for a minister to own
The MP or state assemblyman is not the people's master; he is the people's servant or representative - the wakil rakyat. His principal role is to echo the people's voice.
Leaders are only relevant if they express ideas and wishes of the people. Leaders do not think for the people; their principal role is to implement what people want. To think for the people is patronising.
Ministers don't have ministries. They only lead ministries on behalf of the people. The ministry may not be there for long, as it could cease to operate or merge with other ministries or a new ministry created in its place.
Therefore, any ministry is not for a politician to own. It is the people's s ministry. And, the minister is principally accountable to the people and not so much to the party that puts him there.
The Malaysian government has largely got this right but there are always 'friends and relatives' of the minister that would always provoke him to exert his 'political will' to get things done for them.
And that is how the corruption starts.
Hopefully, with the new mood in the administration to put 'people first' a situation will not happen where the ruling party will put itself ahead of the people.
Democracy is about 'people power' not 'leader power' or 'political power'.
It is not about elections and definitely not about political conflicts, such as those which are now happening in the PKR and continues to be seen in several other parties.
Elections come only once in about five years and party elections come once in two or three years (except in extraordinary cases, as recently seen in the MCA).
This power is not about choosing or ousting leaders. It is about the people deciding how they would like to improve their livelihood, the best way they know how, as long as it is not criminal or against their religious conscience.
The question now is whether 'people's power' is a collective movement of the masses or whether it is merely 'power' in the hands of a small cluster of influential individuals.
Even among the people, 'power' can be corrupted. They can spread lies, distort information and provide misguided ideas to thousands of people through cyber space.
For instance, both sides of the political divide may have taken a common stand on the issue of Israeli atrocities against the Palestinians.
However, if their political leaders are not providing the right feedback and leave it to their followers to spread their own opinion of the Gaza issue, the results can be devastating and scary for the security of the country.
People's power, yes. But corrupted people's power, no.

ADUN PKR Bongkar Umno Kota Raja Ambil Tanah..ha..ha..kantoi dah..!!

20100122112223_YB Suhaimi 
Shafie Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Mat Suhaimi Shafie, bakal membongkarkan penglibatan beberapa individu dalam Umno Bahagian Kota Raja yang didakwa mengambil tanah di sekitar Kota Kemuning, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun di Klang.
Antara individu terbabit termasuklah Ketua Wanita Umno bahagian Kota Raja Nahar Ahmad dan Ketua Puteri Suhaila Mat Zin.

"Saya ada maklumat lengkap mengenai hal ini. Saya akan bongkarkan penglibatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno yang terbabit dalam kes pengambilan tanah ini," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today hari ini.
Namun ketika ditanya mengenai bila pembongkaran itu akan dibuat beliau berkata "Saya tunggu masa yang sesuai dan akan bongkarkan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Menurutnya lagi selain dua individu berkenaan, pegawai kerajaan dan para penyokong Umno didakwa turut terlibat dalam pengambilan tanah itu.
Sementara itu, Suhaimi berkata tindakan Umno Bahagian Kota Raja yang membakar akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Suara Keadilan kelmarin sebagai mencari publisiti murahan.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai menutup kelemahan Umno bahagian terbabit, yang kini malap dengan menuduhnya dan ADUN Kota Raja Dr Mariah Mahmud tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan berkenaan.
Biadap dan kurang ajar
"Mereka bersikap biadap dan kurang ajar. Malah tindakan mereka seperti kebudak-budakan….ternyata mereka melakukan tindakan sedemikian hanya untuk mencari publisiti murahan.
"Ada sesiapa kenal Ketua Umno Bahagian Kota Raja? Umno Kota Raja langsung tidak bergerak malah mereka pernah ditegur oleh Ketua Penerangan Umno.
Mereka nak tutup kelemahan dengan buat tindakan membakar Suara Keadilan dan menuduh saya dan Dr Mariah dengan tidak melakukan sebarang pembangunan selama kami menjadi wakil rakyat," katanya.
Sebaliknya beliau mempersoalkan tiada sebarang pembangunan dibawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sepanjang empat tahun lalu.
"Saya tanya mereka balik, apa yang ADUN BN dulu buat? Empat tahun duduk tiada buat apa-apa. Zaman saya baru ada pasar, masjid, balai polis, pusat perniagaan untuk kami bangunkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menafikan akan menyaman Umno Bahagian Kota Raja seperti dinyatakan dalam blog Pisau.Net.
Malah satu sidang media yang dijadualkan tengah hari tadi seperti laporan laman blog itu juga ternyata palsu.
"Saya tidak mengadakan sebarang sidang media tengah hari tadi dan saya menafikan untuk menyaman Umno Bahagian Kota Raja terbabit. Laporan dalam laman blog itu ternyata palsu," katanya.

Sidang Media Pagi Tadi Dedah Penipuan Besar UMNO



Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.



“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.

Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.

Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.

“Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang,” katanya.

“Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SINARHARIAN

SIDANG MEDIA 'PENAFIAN SERTAI UMNO'

Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.
Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami”, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.

Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.

Fuhh...Ulama' Muda..Shahidan Ugut Buat Laporan Polis..!!

Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah memperdaya empat orang "ulama" untuk menyertai Umno tanpa pengetahuan mereka. Katanya, dakwaan yang dipetik oleh sebuah laman akhbar web Harakahdaily adalah satu pembohongan yang cuba mengelirukan orang ramai dan memburukkan Umno kerana keempat-empat lelaki yang mendakwa mereka adalah ulama, sebenarnya tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan borang keanggotaan Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Saya terkejut dengan dakwaan berkenaan kerana mereka datang ke majlis kita tanpa dijemput dan hanya dibawa oleh seorang ustaz yang merupakan orang kuat Umno", katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga penganjur majlis penyerahan borang keanggotaan 40 ulama untuk menyertai Umno itu berkata, apa yang berlaku sebenarnya ialah ustaz berkenaan yang juga kenalan beliau itu telah memaklumkan bahawa anaknya bersama tiga lagi rakan penuntut di sebuah universiti di Jordan ingin turut serta dalam majlis itu kerana hendak berjabat tangan dengan Perdana Menteri.
"Pada mulanya saya menghalang kerana ia adalah majlis khas, bagaimanapun mereka beria-ia untuk menyertai dan berjumpa dengan Najib dan saya terpaksa akur," kata beliau.
Harakahdaily memetik Hosni Mubarak Abdul Hamid bersama rakan-rakannya konon telah dijemput menghadiri majlis itu bagi bertemu dengan Perdana Menteri dan bukannya hendak menyertai Umno.
Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi rakannya diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar dan akhbar-akhbar tempatan, kemudiannya mendakwa kononnya mereka telah menyertai Umno.
Shahidan berkata, beliau tidak pernah berjumpa dengan empat "ulama" itu dan akan membuat laporan polis terhadap berita yang disifatkan sebagai fitnah itu.



Juragan : Tengok gambar nii..lu orang dah tahu siapa sebenarnya
pembohong dan ketagih sangat sehingga air liur meleleh hendak
mencium tangan Pak Najis...
ini namanya Paku Dulang..kuah3