Isnin, 28 Jun 2010

Tian Chua: peluru berpandu Scorpene 20% lebih mahal

Tian Chua (PKR-Batu) hari ini mengemukakan usul tergempar untuk membincangkan pembelian senjata yang dipercayai terlalu mahal untuk dua kapal selam Scorpene Malaysia.

Ini ekoran pendedahan kerajaan baru-baru ini bahawa perolehan peluru berpandu 40 Exocet SM-39 laut ke udara dan 30 torpedo Black Shark yang berjumlah 219 juta euro.

Menurut usul Chua, Kementerian Pertahanan telah membayar 20 peratus lebih daripada harga pasaran, selepas membandingkan perolehan yang serupa oleh negara-negara lain.

"Menurut rekod perolehan Pakistan, kos SM-39 ialah 3.07 juta euro setiap satu, manakala Portugis membeli Black Sharks pada harga 2 juta setiap satu," kata Chua.

Berdasarkan angka-angka tersebut, maka jumlah kosnya ialah 182.8 juga euro - berbeza 20 peratus (36 juta euro) daripada apa yang telah dibayar oleh Malaysia.

Tian juga memetik sebuah laporan oleh badan pemikir berpengaruh - Foreign Policy in Focus (FPIF), yang menyebut dalam laporan tahun 2005 bahawa banyak pembuat senjata pada umumnya digunakan rakyat Malaysia yang ada berhubung baik, sebagai pelobi mereka untuk mendapatkan kontrak.

"Komisyen dibayar kepada wakil-wakil berkenaan, dianggarkan berkisar antara 10 hingga 20 peratus," kata Tian dalam usulnya yang memetik laporan FPIF.

Dalam usulnya itu, Tian menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kepada Dewan Rakyat sama ada orang tengah atau ahli politik terlibat dalam pembelian torpedo dan peluru berpandu itu.

15 MP PKR Bantah MB Selangor, Berita Mengarut


Isu Bantahan 15 Ahli Parlimen KEADILAN Tidak Benar

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujud kumpulan lima belas Ahli Parlimen KEADILAN yang akan mengadakan protes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan dengan perlantikan Setiausaha Politik beliau yang baru, Faekah Husin.

Spekulasi dalam media timbul setelah beliau menyerahkan surat perletakkan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Rabu lalu.

"Saya jelaskan di sini bahawa berita yang disiarkan di dalam 'The Star Online' adalah tidak benar, kenyataan tersebut hanyalah spekulasi pihak tertentu yang dikaitkan dengan perletakkan jawatan saya dalam PKNS.

"Apa yang pasti maklumat ini adalah baru dan saya akan berjumpa dengan kesemua rakan-rakan saya untuk mendapat maklumat yang penuh terhadap dakwaan tersebut, kita akan meneliti setiap alasan yang diberikan kalau betul timbul rasatidak puas hati mungkin saya boleh menjadi wakil kepada rakan-rakan di dalam KEADILAN untuk meluahkan pendapat tersebut kepada Menteri Besar.

"Apa yang pasti saya tidak terlibat dalam spekulasi itu dan jangan buat andaian yang tidak betul," jelas Azmin ketika ditemui di lobi parlimen semalam.

Azmin juga ditanya media pendapat beliau berhubung perlantikan Faekah.

"Keputusan perlantikan tersebut sudah tentu terletak kepada budi bicara Menteri Besar, bagi saya perlantikan Faekah adalah satu penghormatan yang diberikan kepada seorang wanita dan ini menunjukkan dalam politik Pakatan Rakyat kita tidak meminggirkan peranan wanita untuk menyumbang kepada parti," kata beliau.

Tambah Azmin, beliau tahu isu tersebut akan diperbesarkan oleh Umno dan juga media arus perdana tetapi baginya isu itu tidak menjadi perhatian serius kepada pimpinan KEADILAN.

"Kita tahu kesempatan akan digunakan untuk membesarkan isu tersebut dan bagi saya itu bukan perkara yang perlu kita fikirkan, Umno akan menggunakan isu itu sebagai senjata mereka menyerang KEADILAN.

"Dari sudut politik kita melihat ini sebagai satu langkah positif dan keterbukaan kita membuat sebarang kritikan kepada pemimpin jika berlaku sesuatu yang kita rasa perlu ditegur.

"Jangan jadi seperti Umno ataupun parti komponen Barisan Nasional yang lain, orang bawahan tidak boleh menegur kesilapan pemimpin atasan. Politik mereka jelas mengamalkan sikap kuku besi jika ada yang menegur maka tindakan akan diambil samada dipecat atau dipinggikan terus," tegas Azmin lagi.

Azmin juga mahu Abdul Khalid mengambil serius spekulasi liar yang disebarkan sesetengah media dan berharap tindakan segera diambil agar ia tidak terus menjadi isu besar.

Beliau yakin dengan kepimpinan Abdul Khalid dalam mentadbir Selangor dan usahanya untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh di negara ini.

"Tali apa Azmin cucuk kat hidung Anwar?!"


Saya selalu kata, antara ayat yang paling bahaya ialah bila orang bertanya apa beza PAS dengan Umno? Saya rasa bahaya sebab bila orang tanya gitu, akan timbul kesimpulan yang memihak kepada Umno. Ya la, bila tak ada beza PAS dengan Umno, orang akhirnya akan kata, baik sokong Umno. Sebab tu la ayat tu bahaya.

Persoalannya, adakah siapa-siapa boleh halang orang bertanya gitu? Bolehkah siapa-siapa menghalang orang dari merasa tak ada beza langsung parti-parti pembangkang dengan Umno?

Kami memang tak nak Umno. Tetapi, jangan sodok kepada kepada kami gerombolan yang tak ubah macam Umno. Janganlah dok perasan bila kami tak nak Umno dengan sendirinya ia bermakna kami suka sangat kat hampa. Jangan perasan la, ramai rakyat yang tak terpikat sikit pun kat hampa. Kami meluat Umno tak bermakna kami terpikat kat hampa.

Buat la kelaku elok-elok sikit. Ni nampak buruk kelaku sama macam Umno ja. Dan, bila bercakap fasal Selangor, saya teringat pertanyaan beberapa orang yang saya jumpa: "Tali apa Azmin cucuk kat hidung Anwar?!"
PB.

40 blogger PAS/PR masuk UMNO ?

By albanjari

Dari sumber auta TB kita(bukan TV3 yer), blogger KulupSakah memaklumkan akan diadakan satu majlis GEMPAK yang juga akan berlangsung pada jumaat ini, 3 Julai dimana 40 blogger akan menyerahkan borang masuk UMCO.

[..] Setelah 40 ulamak masuk umco cawangan dataran merdeka kini (betul masuk tau...tak tipu..ulama yg tak ngaku masuk umco tu yg nipu sebenarnya) 40 blogger pulak masuk parti judihalal itu di cawangan yang sama. Selain aku menyertainya, 39 lagi termasuklah,

1. tukar tiutt,
2. kerisik rakyat,
3. Isa (ikut suka apco),
4. Al hindubakistani,
5. Mat Saman Kilo
6. kartunis Lunar
7. NajWang Alimi
8. Dalwaunoon
9.Nikbin jadam
10. Albajauri

Manakala yang lain mahu namanya dirahsiakan dulu. Setakat ini ada 80 ahli kombinasi ulama' dan alama' bergabung kerana terpesona dengan kepimpinan Rosma yang warak.

* tolong percaya berita ini pleaseee...selanjutnya klik di sini. Laporan Harakah daily tentang drama 'kencing' ulamak bolah dibaca dibawah. Sila klik untuk enlarge..

Presiden MCA Beri Amaran Kepada Umno...

Barisan Nasional (BN) terutamanya pimpinan Umno,digesa supaya memberi layanan sama rata terhadap semua parti komponen sebagai bukti bahawa konsep perkongsian kuasa sentiasa diamalkan dan bukan hanya dijanjikan pada pilihan raya saja, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, BN perlu bekerja sebagai sebuah pasukan dan setiap aktiviti dijalankan perlu membabitkan semua parti

“Tiada keputusan yang sepatutnya dibuat oleh satu pihak (Umno) saja dan yang lain hanya mengikut. Tindakan sedemikian tidak memaparkan semangat BN yang sentiasa bekerjasama dan saling memahami

Pemimpin BN terutamanya Umno perlu sedar landskap politik kini sudah berubah dan rakyat menjadi lebih sensitif dengan hak mereka," katanya

Sementara itu, beliau berharap supaya semua pemimpin BN menghentikan pertelagahan secara terbuka termasuk melalui media. “Setiap pemimpin perlu sentiasa menghormati antara satu sama lain dan mendukung semangat setia kawan,”katanya.


Juragan : BN kini Retak Menanti Blahhhh...Umno Umpama Pipih
di luar Runcing didalammm....

Pemuda PAS gesa polis halang GERTAK

Pemuda PAS Terengganu menyatakan kekesalannya terhadap Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) yang mahu menganjurkan forum berhubung isu hak Melayu walaupun perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran NGO itu sebelum ini didakwa tidak mendapat sambutan.

Ketuanya Mohd Nor Hamzah berkata mendakwa GERTAK merupakan "proksi Umno" untuk meraih sokongan Melayu yang didakwanya semakin hilang, terutamanya di kalangan anak muda.

"Mereka tidak akan tertipu lagi dengan dakyah Umno dan proksinya. Penipuan demi penipuan oleh Umno-BN sebenarnya telah membuka mata rakyat Terengganu khususnya Melayu untuk mengubah parti yang memerintah pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

GERTAK hari ini memberitahu Malaysiakini, pihaknya akan menganjurkan forum itu dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit'dua minggu lalu.

Razali Idris berkata forum yang dijadual turut diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan topik agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi.

Ia dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz.

Dalam satu kenyataan hari hari ini, dewan itu juga mahu pihak polis menghalang prgram GERTAK - NGO yang didakwa tidak berdaftar dengan pihak pendaftar pertubuhan.

"Justeru, Pemuda PAS Terengganu mencabar GERTAK dan Pemuda Umno Terengganu untuk berdebat bagi membuktikan siapakah yang benar-benar membela Melayu selama ini, dan siapa pula yang mengkhianati bangsa Melayu semenjak 50 tahun yang lalu," kata Mohd No.

Saya Pimpin Parti, Khalid Terajui Kerajaan Negeri - Azmin


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan yang akan diberikannya sekarang ialah untuk memperkukuhkan jentera parti itu dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan dengan itu, Azmin berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat dengan kesemua 22 ketua cabang PKR negeri untuk membincangkan barisan kepimpinan di peringkat negeri yang baru.
Katanya lagi, sekarang, dengan pembahagian bidang tugas dan tanggungjawab yang lebih jelas, beliau akan memberi fokus kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Semalam, kepimpinan PKR pusat merombak pentadbiran parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan melantik Azmin mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor manakala Zaid Ibrahim mengantikan tempat Azmin sebagai pengerusi Wilayah Persekutuan.
Perubahan itu menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan memang wujudnya masalah di Selangor apabila media massa melaporkan sekumpulan 15 Ahli Parlimen PKR merancang untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan agar menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Bagaimanapun kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin dan Abdul Khalid sendiri menafikan sebarang usaha ke arah tersebut.
Azmin yang ditanya sekali lagi mengenai hubungannya dengan Abdul Khalid hari ini menegaskan, adalah penting untuk mereka berdua sama-sama membantu dan memperkukuhkan negeri tersebut.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Khalid adalah harmoni dan beliau sentiasa bekerjasama dengannya dalam menangani apa jua isu di negeri tiu.
Malah katanya, Abdul Khalid patut diberi peluang untuk terus menerajui Selangor sebagai menteri besar.
“Selangor patut menjadi peneraju dan contoh kepada yang lain dalam hal tadbir urus yang baik sebelum kita bercita-cita untuk menduduki Putrajaya,’’ katanya.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua umum PKR ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, jikalah benar ada permintaan untuk menukar menteri besar, sudah tentu ia telah dibangkitkan kepadanya.
Masalahnya kata Anwar, tidak ada pihak yang membuat permintaan tersebut dan beliau percaya masih mempunyai pengaruh untuk menentukan siapakah yang patut memimpin Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan cuba sembunyi isu JI

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mendakwa kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik isu Jemaah Islamiah (JI) yang ditimbulkan baru-baru ini apabila meminta pihak polis merahsiakan segala maklumat mengenai isu itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak di dalam kamar usulnya mengenai JI yang dihantar minggu lalu atas alasan ianya telah dijawab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) minggu lalu.
Katanya, kedua-dua kementerian itu tidak menjawab isu sebenar mengenai dakwaan wujudnya anggota JI di negara ini.
"Saya merasakan jawapan itu tidak langsung menjawab isu pokok yang sebenarnya yang mana kenyataan terkini menteri dalam negeri iaitu meminta polis merahsiakan maklumat mengenai JI ini. Apa yang nak dirahsiakan? Kalau dia merahsiakan ini apa muslihatnya?" katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini juga berkata, tindakan kerajaan menyembunyikan isu itu dan mendakwa beberapa tokoh ulama di negara ini terlibat dengan JI semakin menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.
Dakwaan itu juga, katanya akan menjejaskan iklim pelaburan negara dan mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.
"Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa apakah benar negara ini menghadapi ancaman JI. Dalam taklimat sebelum ini Ketua Polis Negara mengaitkan fahaman Wahabi, Salafi, dengan JI dengan keganasan yang tidak ada asas langsung.
“Kemudian mengaitkan pula beberapa tokoh ulama seperti Dr Asri dan Ahli Parlimen Marang. Ini akan terus menjadikan isu ini sebagai polemik yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara dan juga kepada iklim pelaburan dalam negara kita," katanya.
Justeru, beliau sangat kecewa dengan penolakan usul itu kerana berpandangan Parlimen merupakan tempat terbaik untuk membincangkan isu itu.
"Sebab itu saya minta usul ini dibahaskan supaya ia dapat dijelaskan dalam tempat yang paling berautoriti dan sekaligus dapat menjawab persoalan yang menjadi keraguan dan kebimbangan rakyat sama ada Malaysia atau peringkat antarabangsa dan iklim pelaburan antarabangsa sangat bergantung kepada kestabilan politik negara kita. Oleh itu, mesti diperjelaskan,” ujarnya.
Beliau juga mencabar kerajaan membawa isu itu ke mahkamah jika benar dakwaan mereka itu.
"Kalau ada bukti mengenai JI ini bawalah ke mahkamah untuk diambil tindakan. PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan keganasan termasuk saya sendiri," katanya.

Royalti: Kelantan hargai kesediaan Ku Li

KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.

Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.

“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.

“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.

Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.

Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).

Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.

Khir Toyo - Ketua pemikir UMNO Negeri? wakakaka!


Aduhh!!!
Dia sendiri takdapat nak fikir sampai sekarang macam mana nak jawab soalan pasal rumah RM23 juta tuh!
Dia sendiri pun masih tak dapat nak fikir macam mana kempen 'Pembangkang Sifar' anjurannya akhirnya memakan diri sampai dia pulak adi Ketua Pembangkang di Selangor!
Dia sendiri pun masih tak dapat nak fikir mengapa Najib terpaksa menjadi Ketua Perhubungan UMNo Selangor.. sedangkan dia dok masih hidup segar-bugar lagi!

Tiba-tiba bercakap berkenaan Khalid Ibrahim..
Tiba-tiba sempat memasukkan nama DAP dalam ayat 'double meaning'nya..

Sudah-sudahlah tu Khir oii..
sunsnake28062010

Khir Toyo: Khalid masih 'berkuasa'


Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khir berkata, kedudukan Azmin tidak mampu memberikan sebarang kesan terhadap Umno Selangor. "Dia (Azmin) hanya pegang jawatan pengerusi, tetapi Khalid masih lagi berkuasa kerana dia masih lagi menjadi menteri besar. "Apa guna memegang jawatan pengerusi majlis pimpinan (negeri) tanpa jawatan menteri besar?" soal Dr Khir yang kini menjadi ketua pemikir Umno negeri.

UMNO.. Islam pun nak ditipunya!


Aduhh.. teman sebenarnya penat sangat-sangat 2-3 hari ni..
BZ bak kat kata omputih.. tugas-tugas syarikat dan parti silih berganti 'menggangu' aturan hidup!
ehhh?? memang itulah kehidupan..
melainkan teman ni anak Nazria Aziz.. Haaa.. tu bukan aturan kehidupan..
Itu puaskan nafsu hidup-hidup! Wakakaka!

Sejak awal lagi masa Najib nak umum 40 ulama' nak masuk UMNO dibawah nama cawangan Dataran merdeka lagi teman dah pelik.. UMNO Cawangan Dataran merdeka?
UMNO Cawangan Bukit Bintang pun teman dah pelik.. bila dengar cawangan dataran merdeka...
Lagi la pelik!! Tapi takpelah.. mungkin teman yang tak tahu.. maklumlah budak kampung..
Sampai ke Sogo pun kena tunggu ada demo.. haaa!! 3 Julai jangan lupa wehh!!

Bila dengar yang ada dikalangan ulama'-ulama' yang hadir di majlis Najib hari tu pecah lobang! Haa! baru teman percaya yang ke'pelik'an teman tu benar-benar realiti!
Umno ni.. kalau dah terdesak! Ulama' pun ditipunya!

Memang tak heran la si Firdaus sepak Tong dan Masyitah Halal melacur hanya jadi boneka UMNO sahaja.. sekadar meng'ada'kan golongan agamawan dalam Umno sudahhh!!

wakakakak! Kan teman dah kabo hari tu.. Islam ni agama Kebenaran.. Mana boleh menipu macam UMNO..
Kali ni bukan setakat hal judi.. hal Islam pun UMNO boleh menipu!!!

Najib konon beri harapan.. golongan ulama' yang masuk Umno ni akan bersihkan namanya dengan isu judi.. akhirnya.. kantoi! nama makin buruk!!! kesian..
sunsnake 28062010
INI CERITA DARI GUA BATU KASSIM BABA

Terkejut sungguh aku. Tak sangka dalam 40 orang Ulama muda yang dicanang UMNO menyertai mrk baru2 ini rupanya dipermainkan oleh UMNO. Komen Ustaz Mobarak , salah seorang yang dikatakan memasuki UMNO :

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Aduh, penipuan apa ini wahai Datuk Seri Najib Tun Razak? Penipuan apa ini wahai Datuk Seri Shahidan Kassim? Penipuan apa ini wahai UMNO Cawangan Dataran Merdeka? Jeliknya permainan politik kamu.

( e-mail dari ustaz mobarak)

Surat tunjuk sebab tiga ahli SUPP..Tanda awal BN berkubur di Sarawak....!

logo-supp Oleh Roselind Jarrow
KUCHING: Setiausaha Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bengoh Liu Thian Leong berkata kepimpinan parti itu hendaklah bertanggungjawab di atas prestasi buruk yang ditonjolkan ketika pilihan raya negeri pada 2006 lalu serta pilihan raya di Sibu.
SUPP kehilangan lapan kerusi pada pilihan raya negeri lalu serta kalah kepada pembangkang dalam satu lagi pilihan raya baru-baru ini.

"Jika mereka orang yang bertanggungjawab, mereka perlu bertanggungjawab di atas kehilangan kerusi tersebut. Mereka perlu menjelaskan tindakan mereka itu kepada parti," katanya.
Liu bersama-sama Ketua Pemuda Cawangan Bengoh Lee Chee Fui, dan Setiusaha Pemudanya Chong Jit Leong dijangka menerima surat tunjuk sebab daripada jawatankuasa pusat parti hari ini.
Keputusan mengeluarkan ketiga-tiga surat tunjuk sebab itu telah dibincangkan pada hujung minggu lalu oleh jawatankuasa yang kurang senang berhubung kritikan ke atas pihak kepimpinan.
Bercakap benar
Liu berkata parti mengalakkan ahli-ahli untuk bercakap benar, dan apabila ia dibuat, mereka diberi surat tunjuk sebab.
"Kami bercakap benar dan menyatakan perasaan ahli-ahli (cawangan) mengenai pelantikan Lo Khere Chiang sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan," katanya.
"Apa kesalahan yang kami lakukan sehingga dikenakan tindakan disiplin seperti ini? Kami ingin tahu dan kami sudah sedia dengan penjelasan," soal beliau.
Minggu lepas, Chong mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan kewajaran kepimpinan parti dalam melantik Lo sebagai Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan.
"Kami cukup kecewa dengan kepimpinan parti yang tidak melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Bengoh, Dr Jerip Susil sebagai Pengerusi MPP.
"Ia seperti SUPP pusat tidak menghargai sumbangan yang dibuat oleh SUPP cawangan Bengoh," kata Chong dan kenyataan itu turut disokong oleh Liu dan Lee.
Presiden SUPP George Chan berkata: "Biar ini menjadi satu amaran jelas untuk ahli parti bahawa tindakan disiplin akan diambil ke atas sesiapa menentang atau mengkritik parti itu dalam media.
"Mereka diberi 14 hari untuk menjawab surat tunjuk sebab itu. Jika ahli parti tidak gembira dengan kepimpinan parti, masih ada

'Hosni ulama tak diundang Umno'..ha..ha..Ulama Umno dah pandai berhelah..keh.keh..!!!

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang ulama terbabit Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami," katanya mengulas laporan Harakahdaily hari ini yang memetik Hosni sebagai berkata beliau dan rakan-rakannya dijemput hadir untuk bertemu Najib dan bukannya hendak menyertai Umno.

Akhbar web PAS itu juga melaporkan Hosni, 27, mendakwa beliau dan tiga lagi ulama lepasan universiti di Jordan diminta beratur menyambut Najib sebelum gambar mereka diambil bertalu-talu oleh jurugambar.

"Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja," Hosni dipetik sebagai berkata dalam sebuah ceramah.

Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari berkata pihaknya masih hairan berhubung kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.

"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.

Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.

Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan."

Ditanya tentang dakwaan yang dilaporkan dalam akhbar sama bahawa seorang lagi ulama Wahab Abdullah yang mendakwa turut 'diperangkap', Fahtul bagaimanapun tidak tahu tentang status perkara itu.

"Yang ini saya kena semak dahulu," kata Fathul, ulama lulusan pengajian hadis daripada Jordan dan Madinah.

"Agenda Menteri Besar adalah Agenda Saya," Faekah Husin

Sel 1 Wawancara Eksklusif bersama Faekah Husin
Oleh Fazy Sahir
KLANG: Bukan mudah buat Faekah Husin mengadaptasikan kerjayanya sebagai seorang peguam kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerana tugas tersebut nyata menjadi cabaran berliku buat beliau.
Namun tiada kata berputus asa buat anak jati Klang ini, malah bersedia menjadi tulang belakang kepada Menteri Besar dalam melestarikan agenda utama iaitu ‘membantu dan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor’.

Segala-galanya tidak mustahil bagi Faekah, 45, yang turut berkecimpung dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ketua Wanita Bahagian Kuala Langat pada tahun 1999 sehingga kini.
Memahami perjuangan parti serta kehendak Menteri Besar, membuatkan Faeqah dianggap calon sesuai menggantikan tempat Nik Nazmi Nik Ahmad yang bakal mengisi jawatan sebagai Ketua Komunikasi PKR kelak.
"Saya diberi tender dua tahun oleh Menteri Besar iaitu masa paling kritikal bagi PKR dan Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertahankan Selangor.
"Sudah tiba masa bagi saya membantu Tan Sri. Agenda beliau (Khalid) adalah agenda saya, dengan memberitahu kepada rakyat bahawa pentadbiran yang baik memerlukan ‘efficiency’," katanya yang ditemuramah Free Malaysia Today di kediaman beliau di sini hari ini.
Menurut beliau, sokongan setiap Exco dan pegawai-pegawai sokongan cukup penting dalam merealisasikan dasar yang bakal dilaksanakan.
"Tanpa mereka (pegawai-pegawai) ini dasar yang mahu dilaksanakan oleh Tan Sri tidak akan berjaya, maka mereka cukup penting dalam menjayakan dasar-dasar tersebut," katanya yang membuka firma guaman Faekah & Choung sejak 16 tahun lalu.
Malah Faekah sedar bahawa agenda yang dibawa Khalid sebelum ini menemui jalan sukar.
"Saya tahu kedudukan beliau (Khalid) sukar kerana agenda beliau tidak dibawa oleh media perdana. Maka kita pergi ke akar terangkan, bertindak dengan membantu rakyat agar mereka terus menyokong kita.
"Rakyat dekat kampung susah, barang, minyak naik. Bagaimana kita nak sampaikan? Kita akan cuba…cuba dan cuba melakukan yang terbaik agar rakyat memahami keadaan dan kesungguhan kita mengatasinya," kata wanita berjiwa cekal ini.
Hari ini menjadi upacara bersejarah buat Faekah yang mula mengangkat sumpah jawatan sebagai Setpol.
Ketika ditanya mengenai langkah pertamanya selepas dilantik, beliau berkata "saya perlu dapatkan portfolio bertulis mengenai skop kerja, kerana kerja ini luas skopnya…".
Fasa Reformis kepada Fasa Pelaksanaan
Anak ke-10 daripada 12 beradik ini mengenali politik melalui didikan arwah ayahnya Husin Abdul Mokhti, 76, yang meninggal ketika beliau berusia 26 tahun lagi.
Arwah ayahnya merupakan penyokong seumur hidup parti PAS yang banyak membuka minda beliau kepada dunia politik.
Jiwa politik yang diterapkan itu, membawa beliau kepada penglibatannya sebagai aktivis reformis Keadilan bermula tahun 1999.
Maka sepanjang 12 tahun perjuangan sebagai aktivis reformasi ini akan di transformasikan melalui agenda bersama Menteri Besar iaitu mengekalkan Selangor sebagai negeri Pakatan Rakyat.
"Refomis mungkin salah satu agenda saya dalam jawatan ini. Ia memperlihatkan bagaimana untuk menggembelingkan semula reformis.
"Malah sekarang saya lihat kerajaan negeri sedang berusaha memberi yayasan kepada para pejuang reformis dan ini selari dengan agenda saya.
"Bila Tan Sri minta saya menjadi Setpol beliau maka saya lihat fasa kedua kini bermula. Ini bermakna segala apa yang kita perjuangkan selama ini kita transformasikan di dalam agenda dan pelaksanaan yang bakal dan sedang kita buat," katanya yang pernah dilantik sebagai Setiausaha Keadilan Selangor pada 2005 di bawah kepimpinan Khalid ketika itu.
Pakatan Bawa Dimensi Baru Politik
Bagi Faekah menjadi Setpol wanita pertama di Malaysia bukanlah isu penting, namun misiSel 2 yang perlu dilaksanakan tercapai.
Beliau turut menyatakan kekagumannya dengan pentadbiran Pakatan yang disifatkan sebagai menjangkau lapisan politik.
"Menjadi Setpol wanita pertama di Malaysia bukan isu, jika orang melihat ia sebagai sesuatu yang positif maka positiflah ia. Namun yang penting politik baru yang kita bawa.
"Golongan muda tertarik dengan politik Pakatan yang dilihat melangkaui kaum, jantina, agama mahupun kepercayaan. Ini yang membuatkan saya kagum dengan Pakatan.
Malah menurutnya ia diadaptasikan melalui pentadbiran Khalid ketika melantik pegawai kerajaan yang terlibat.
"Tiada persoalan anda seorang ahli Umno, PAS, DAP mahupun PKR dalam menerima sebarang bantuan atau perlantikan. Ini yang diterapkan dalam pentadbiran Menteri Besar.
‘Saya pernah bergurau dengan beliau (Khalid) nak lantik pegawai pendaftar dalam UNISEL anak Selangor perlu ada kriteria? Khalid jawab, perkara itu jadi no 10," kata Faekah pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL pada 2008 yang dipengerusikan oleh Khalid.
Nafi Pelantikan Dapat Tentangan
Ketika mengulas mengenai spekulasi pelantikan beliau yang kononnya mendapat tentangan, beliau menafikan perkara tersebut.
"Saya tidak nampak perlantikan ini mendapat tentangan malam itu di mana 15 ahli parlimen kononnya menentang pelantikan beliau tetapi mereka berjanji memberi sokongan penuh dan sedia memberi tunjuk ajar.
"Malah orang pertama yang saya beritahu mengenai pelantikan ini adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, diikuti Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali dan seterusnya Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani.
"YB saya perlu tahu, PKR bahagian semua saya beritahu. Bila kata wujud penentangan mungkin strategi politik untuk PKR kekal bebasbersuara," katanya.
Dalam pada itu, Faekah melahirkan rasa syukur dengan sokongan diterima terutama ahli keluarga terdekat.
Malah beliau cukup terharu ekoran pelbagai pihak mula menerima kehadirannya termasukklah bekas rakan kongsi, ahli-ahli politik Pakatan serta aktivis reformasi yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan yang bakal dihadapinya kelak.

Batal lesen: Vincent Tan persalah bookie haram, Pakatan..apa kata kita lancarkan "Kempen Boikot Vincent Tan & Co"


KUALA LUMPUR, 28 Jun — Tan Sri Vincent Tan hari ini mendakwa bookie haram membiayai kempen untuk menggagalkan rancangan Kumpulan Berjaya daripada memperoleh lesen pertaruhan sukan, dan kini menunggu masa yang sesuai untuk menghidupkan usaha itu, demikian menurut beberapa penganalisis judi sukan.
Pengerusi Kumpulan Berjaya ini juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan atas keputusan pentadbrian Najib menarik balik keputusan mengeluarkan lesen minggu lalu.
Tan (gambar) mendakwa bookie haram telah membelanjakan antara RM100 juta hingga RM300 juta untuk menjejaskan usaha memperkenalkan perjudian sukan di negara ini.
Aktiviti pertaruhan haram di Malaysia dianggarkan boleh menjana pulangan bernilai RM20 bilion setahun.Tan mengatakan perkara ini ketika majlis makan tengah hari bersama kira-kira 40 penganalisis pertaruhan di ibu negara.
Pada majlis itu beliau juga menunjukkan surat Kementerian Kewangan bertarikh 13 Januari 2010 yang memberikannya kelulusan bersyarat mendapatkan lesen sukan judi.
Bagaimanapun sumber-sumber yang melihat surat itu berkata tidak menyebut kerajaan perlu mendapatkan sokongan publik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan lesen penuh.
Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Kumpulan Berjaya menyebut syarikat itu sangat kecewa dengan keputusan kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang telah diberikan secara dasarnya.
Sebelum ini Kumpulan Berjaya menyatakan bahawa kerajaan telah mengeluarkan semula lesen bagi membolehkan syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan selepas lesen asal telah dibatalkan oleh kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jumaat lalu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang jelas menunjukkan bahawa sebahagian besarnya tidak bersetuju lesen itu dikeluarkan.
Najib yang juga Presiden Umno berkata keputusan itu dipersetujui dengan sebulat suara oleh anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu.
“Sejak keputusan kelulusan pada dasarnya telah dibuat dan tinjauan telah dibuat, walaupun ada pihak yang menyokong dan ada pihak tidak menyokong atau menentang, maka setelah mengambil kira semua pandangan ini, jelas kepada kerajaan bahawa sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen tersebut diberikan kepada Ascot Sports.
“Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan bahawa lesen tersebut tidak akan dikeluarkan,” katanya.
Najib berkata lesen berkenaan telah bermula pada 1989 tetapi syarikat tersebut telah menyerahkan semula kepada kerajaan pada 1990 kerana mengalami kerugian besar.
Sejak tarikh itu syarikat berkenaan telah mencuba beberapa kali untuk memperbaharui lesen dan baru-baru ini kerajaan telah memberikan kelulusan secara dasarnya berasaskan kepada syarat-syarat tertentu untuk dipenuhi, katanya.
Najib berkata adalah menjadi hasrat kerajaan selama ini untuk mengawal pertaruhan sukan haram yang dikatakan melebihi RM10 bilion di samping menyumbang kepada kegiatan jenayah yang lain dan ancaman sosial dalam negara.

Batal judi sukan: BERJAYA lepaskan Ascot

Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) telah menggugurkan cadangannya untuk mengambilalih 70 peratus kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd

Ini adalah susulan daripada keputusan kerajaan untuk tidak mengeluarkan semula lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports walaupun sebelumnya telahpun memberikan persetujuannya bagi pengeluaran semula lesen berkenaan.

Dengan demikian, cadangan terbitan hak berdasarkan kepada RM1.00 nilai nominal lapan peratus saham pinjaman tanpa cagaran boleh tukar tak boleh tebus (ICULS) untuk setiap lapan saham B-Corp yang dipegang, juga akan digugurkan, kata syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun dengan keputusan kerajaan itu, pihak lembaga pengarah B-Corp akan meneruskan usahanya untuk mengembangkan aktiviti portfolio perniagaan teras syarikat.

"Sektor pertaruhan akan kekal menjadi antara fokus utamanya untuk potensi perolehan tinggi dan kami akan meneruskan usaha-usaha penerokaan seumpamanya di dalam dan luar negara," katanya.

--Bernama

Peguam Anwar Failkan Rayuan Ke Mahkamah Persekutuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan semua kenyataan termasuk penuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Rayuan menolak usahanya minggu lepas.
Rayuan kepada mahkamah tertinggi itu difailkan oleh peguamnya Karpal Singh tengah hari ini.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei tahun ini yang menolak rayuan Anwar bagi mendapatkan dokumen dokumen itu.
Anwar, 63, mahukan kenyataan-kenyataan yang mendakwa wujud percanggahan dalam testimoni Mohd Saiful semasa perbicaraan dan dakwaan liwat yang dibuat ke atasnya.
Katanya Mohd Saiful telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat terhadapnya berlaku tapa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Perbicaraan disambung 14 Julai.

Wanita PKR Selangor: Khalid & Azmin Lengkap Melengkapi

Wanita Keadilan Selangor percaya perubahan pucuk pimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor harus dilihat sebagai usaha penambahbaikan dalam  memperkasa gerak kerja politik dan pentadbiran di Selangor.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Wanita Keadilan Selangor, Haniza Talha menegaskan tidak wujud perpecahan seperti yang digembar-gembur media arus perdana, sebaliknya ketokohan mereka saling lengkap, melengkapi.

“Tidak ada perpecahan. Berbeza pendapat memang ada sebab kita hendak membela rakyat.Tidak ada isu perpecahan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan itu.

“Khalid ada kekuatan dia, Azmin ada kekuatan dia - kedua-dua ada kekuatan masing-masing. Seperti yang saya kata, kita bekerja sebagai satu pasukan, jadi kita saling lengkap melengkapi," katanya lagi.

Berbeza dengan Umno yang dilihat dekat dengan elemen diktatorisme, PKR sebaliknya bersifat demokrasi dan terbuka dalam menangani kepelbagaian pandangan di kalangan pemimpin.

“Kita sentiasa terbuka. Kalau ada ruang untuk improvement, kita sambut baik. Apapun ini kerja berpasukan. Apapun kerja-kerja membangunkan parti dan sebagainya adalah kerja berpasukan.

"Ia tidak bergantung kepada satu orang. Jadi siapa ketuanya kita sentiasa menyokong sebab kita berjuang atas satu prinsip - untuk menegakkan keadilan," kata Haniza.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor percaya gandingan dua pemimpin ini bakal menyuburkan budaya politik baru di Selangor.
"Itu yang kita nak wujudkan - budaya politik baru kerana politik baru membawa ciri-ciri demokrasi. Kita boleh berbeza pendapat tetapi bila sudah diputuskan, kita mencapai kata sepakat walaupun tidak  selari dengan keputusan peribadi," katanya.

BN Beri Amaran Kepada Ketua Kaum Di Sarawak


Mana-mana Ketua Kaum yang  menyokong pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang akan ditamatkan perkhidmatan serta-merta kerana ia adalah satu tindakan salah laku yang amat serius, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.
"Ketua Kaum adalah ejen kerajaan, yang membantu dalam pembangunan masyarakat setempat dan bukannya menentang kerajaan," kata pada majlis penyerahan surat pelantikan dua Temenggong Samarahan mewakili masyarakat Bidayuh dan Melayu di Samarahan hari ini.
Di Sarawak, jawatan Temenggong yang mewakili kaum tertentu di peringkat bahagian adalah hirarki tertinggi sistem pentadbiran setempat diikuti Pemanca di peringkat  daerah, Penghulu dan akhir sekali Ketua Kaum.
Manyin berkata oleh kerana pilihan raya negeri Sarawak semakin hampir, semua Ketua Kaum perlu meningkatkan usaha untuk membantu kerajaan memberi maklumat mengenai kejayaan  yang telah dicapai oleh kerajaan negeri terutama sekali membawa pembangunan ke kawasan  pedalaman kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, jawatan Ketua Kaum kini bukan kekal sepanjang hayat dan telah dihadkan tempoh selama empat tahun.

Ahmad Maslan akan kena pukulan FELDA BANGKRAP !!!




Betul tak saya cakap YB ?

Yang Pakatan Rakyat dah menyusun strategi untuk menyerang FELDA yang dah susut wang sampai RM 8 Billion . Betul kan ?

Hari ni anak-anak Felda generasi ke-2 dan ke-3 dah bangkit YB  !!!


Mereka ini darah muda !!!

Mereka ini fikrah muda !!!

Mereka ini dah tahu Bik Mama paling berkuasa dalam kabinet !!! KAH KAH KAH

Mereka dapat lihat bagaimana wang FELDA disamun RM 8 Billion !!!

(bukan RM 2.7 Billion ye) !!!

Mereka ini bukan generasi pertama yang YB boleh 'auta' !!! KAH KAH KAH

Yang pasti mereka ini tidak akan mengundi UMNO BN PRU 13 !!! KAH KAH KAH

Anak cadang buat laporan SPRM salah guna dana Felda

June 28, 2010
KUALA LUMPUR, 28 Jun — Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat aduan dakwaan penyalahgunaan dana agensi itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan depan. Pengerusinya Mazlan Aliman berkata, Anak akan membuat aduan rasmi bulan depan jika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan tidak menyediakan penjelasan terperinci berhubung penyusutan simpanan tunai Felda.
Kami (Anak) akan membuat laporan polis di setiap negeri bulan ini berhubung kenyataan Ahmad Maslan dan jika beliau tidak menjelaskan kenyataan beliau, maka kami akan membuat laporan kepada SPRM,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.



PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

ANAK MUDA BANGKIT TENTANG PENGKHIANAT !!!


PANGKAH BARISAN NASIONAL !!!

DUIT FELDA DISAMUN , GENERASI KE 2 BANGKIT PERSOAL !!!

Lesen perjudian sukan: Kuasa rakyat ubah keputusan kerajaan

Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menarik balik hasrat memberikan lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak malam semalam.  Ini merupakan satu keputusan yang tepat dan memenuhi hasrat dan permintaan rakyat Malaysia.  Ia juga membuktikan pandangan yang telah dilontarkan oleh DAPSY dan pertubuhan lain yang menentang pemberian lesen tersebut memang ada asas yang kukuh dan hujah yang meyakinkan.
Keputusan ini dilihat sebagai kesan kebangkitan kuasa rakyat yang dicetuskan oleh "tsunami politik 8 Mac 2008".  Suara rakyat tidak lagi dapat diketepikan oleh pimpinan kerajaan seperti dahulu dan mampu mengubah keputusan dan pendirian kerajaan dalam sebarang isu termasuk isu lesen perjudian sukan ini.
Walaupun secara umumnya keputusan ini dialu-alukan, namun persoalan yang timbul ialah mengapa keputusan pemberian lesen ini yang sepatutnya dikeluarkan oleh kerajaan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan bukannya mesyuarat Kabinet?  Apakah Majlis Tertinggi UMNO yang menentukan segala dasar kerajaan dan bukannya Kabinet yang dianggotai oleh semua wakil komponen Barisan Nasional?  Di manakah semangat perkongsian kuasa yang menjadi prinsip utama Barisan Nasional?
Amat jelas sekali bahawa yang menjagi penentu segala keputusan dalam kerajaan ialah UMNO dan bukannya Barisan Nasional.  Kuasa hegemoni UMNO dalam Barisan Nasional semakin menonjol dan parti-parti komponen yang lain hanya berperanan sebagai "penghias" semata-mata.  Pandangan daripada MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain adalah tidak relevan sama sekali.
Pucuk pimpinan MCA, MIC dan PPP telah secara terbuka menyatakan sokongan mereka terhadap pemberian lesen perjudian sukan kepada Ascot Sports sebelum ini.  DAPSY ingin mempersoalkan apakah pendirian mereka sekarang?  Atau sokong sahaja sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO?
*Kenyataan Media oleh Anthony Loke Siew Fook selaku Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Rasah, pada 26 Jun 2010.

Kemelut PKR Selangor: Perebutan kuasa sesuatu yang lumrah, Josh Hong

Menjelang pemilihan parti PKR pada akhir tahun ini, Naib Presiden Azmin Ali mula mengatur langkah serangannya terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.  Apakah asakan demi asakan yang berlangsung sekian lama ini bakal menggulingkan Khalid Ibrahim, atau sekadar berakhir dengan lebih sumber dilepaskan oleh Menteri Besar ini?
Pertembungan antara Azmin Ali (gambar kiri) dengan Khalid Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru.  Pada 9 Julai 2009, Azmin Ali selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Selangor telah mencadangkan agar MB merombak barisan EXCO-nya, tetapi cadangan ini tidak diterima.
Namun, pergelutan semakin meruncing, menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim menjadi sasaran kritikan dalam Kongres tahunan PKR yang berlangsung pada hujung Mei tahun ini.  Keadaaan bertambah ketara, apabila Azmin Ali meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dan kemudian digemparkan pula dengan laporan akhbar Star bahawa 15 orang ahli parlimen menyokong desakan agar Khalid Ibrahim berundur dari jawatan Menteri Besar.
Rakyat harus memantau apa yang berlaku
Sudah lebih dua tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri yang terkaya di Malaysia, memasuki pertengahan tempoh sepenggal.  Biarpun bekas tokoh korporat ini dipuji dari segi pengurusan ekonominya, namun sikapnya dalam pengagihan projek mencungkil ketidakpuasan pimpinan dan akar umbi partinya.  Rata-rata wakil rakyat PKR berkongsi kekhuatiran bahawa PKR-PR bakal kehilangan kuasa di kubu mereka yang terpenting ini.
Ketidakpuasan ini memuncak apabila PKR kecundang di PRK Hulu Selangor, dan dilepaskan dalam Kongres Tahunan PKR yang bertempat di Kota Bahru, Kelantan.  Perlantikan Naib Presiden Sivarasa Rasiah dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Kamarul Bahrin Abbas sebagai Pengarah bebas dan bukan eksekutif dalam Kumpulan Perangsang Berhad kemudiannya gagal meredakan keadaan, dan Khalid Ibrahim (gambar kanan) terus didesak oleh sesetengah pemimpin.
Penganalisa politik, Josh Hong ketika ditemuramah MerdekaReview berkata, adalah sesuatu yang boleh difahami apabila sesebuah parti politik takut kehilangan kuasa.  Jikalau dilihat beberapa negeri yang dikuasai PR, Pulau Pinang dimiliki DAP, Kedah dan Kelantan pula dalam genggaman PAS.  Apa yang ada untuk PKR hanyalah Selangor.
"Sekiranya kita melihat keadaan Koh Tsu Koon (Presiden Gerakan), yang tidak diendahkan sesiapapun selepas Gerakan kehilangan Pulau Pinang, kita akan memahami realiti ini.  Malah, MCA yang dipandang rendah sehingga hari ini (sejak PRU ke-12), antara faktornya adalah kerana parti ini tidak menguasai mana-mana negeri, yang boleh digunakan sebagai gelanggang untuk mengembalikan sokongan," jelas Josh Hong.
Oleh yang demikian, Josh Hong (gambar kiri) menganggap bahawa kita tidak perlu terlalu bimbang dengan pergelutan kuasa yang berlaku dalam PKR.  Beliau menganggap perebutan semestinya berlaku dalam tahun pemilihan.  Malah, beliau menganggap rakyat seharusnya mengambil kesempatan untuk mengamati dan meneliti apa yang berlaku dalam parti ini, dan memilih mereka yang berkebolehan dalam PRU yang akan datang, memastikan penggerak reformasi mampu untuk menempah tempat dalam parti ini.
Perbezaan latar belakang
Selain itu, tindak tanduk Azmin Ali kali ini dibaca umum sebagai bertujuan untuk merebut lebih sumber, agar diagihkan kepada sektanya, supaya membuka jalan dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung.  Sebagaimana yang diketahui, Timbalan Presiden, Syed Husin Ali dijangka tidak akan mempertahankan jawatannya menjelang pemilihan, dan Azmin Ali yang dilihat berpeluang untuk mara selangkah ke depan, mungkin sedang mencaturkan orangnya ke dalam Majlis Pimpinan Pusat.
Sumber bisa mengekalkan kesetiaan penyokong.  Demikianlah andaian yang digunakan untuk menjelaskan motif Azmin Ali.  Namun demikian, penyaluran sumber dari kerajaan ke dalam parti adalah amalan yang dikritik sekian lama ini, dan kini, PKR dilihat bakal mengulangi amalan ini.
Memandang kepada realiti politik di Malaysia, Josh Hong menganggap parti politik tempatan telah membiasakan diri dengan model pengagihan sumber sedemikian, iaitu terbelenggu dengan mentaliti bahawa "siapa perintah dialah yang menguasai sumber".
Josh Hong cuba mengulas isu pergelutan kuasa ini dengan mengimbas sejarah parti ini, bahawa ramai yang berjuang sejak zaman reformasi, yang sudah tentunya melalui keadaan yang paling menderita.  Tidak kurang yang berdepan dengan keganasan polis, sementara ramai pula yang dikurung dalam penjara kerana perjuangan parti ini.
Jadi, timbul pandangan bahawa sudah tiba masanya pejuang-pejuang ini mendapat sedikit pampasan, setelah PKR memerintah di Selangor.  Namun demikian, tiada perbincangan secara terbuka dalam isu pengendalian sumber, misalnya garis yang harus diletakkan antara parti dengan kerajaan, kata Josh Hong.
"Oleh yang demikian, Khalid yang menyertai PKR beberapa tahun kebelakangan ini, mungkin tidak memahami apa yang difikirkan golongan seperti Azmin Ali, kerana tidak melalui proses yang dialami Azmin Ali dan penyokongnya sejak zaman reformasi.  Khalid mentadbir seolah-olah seorang CEO (Ketua Pengawai Eksekutif), ini perbezaan budaya pengurusan," jelas Josh Hong.
Lapisan generasi baru
Pergelutan PKR kali ini mungkin menimbulkan ketidaksenangan di kalangan penyokong PR, yang memberi persepsi bahawa tiada bezanya antara UMNO dengan PKR.  Josh Hong mencadangkan agar tumpuan rakyat dipanjangkan ke masa depan, meletakkan harapan ke atas bahu lapisan pimpinan generasi muda PKR seperti Nurul Izzah, Nik Nazmi, Yusmadi Yusoff dan sebagainya.
Josh Hong menganggap fokus kini terlalu ditumpukan kepada Azmin Ali, yang dulunya berasal dari UMNO, sehingga mengabaikan sesetengah penggerak perubahan dalam parti, misalnya Pengarah Pilihan Raya Pusat, Fuziah Salleh yang berdepan dengan rintangan dalam parti apabila beliau cuba mereka mekanisme perlantikan calon pilihan raya.
Untuk Josh Hong, perebutan kuasa adalah sesuatu yang lumrah dalam parti menjelang pemilihan, tetapi beliau masih sempat melihat sesuatu yang positif daripada pergelutan ini, iaitu kritikan terhadap Khalid berasaskan kemampuan pentadbirannya, dan bukan bertitik tolak daripada "siapa lebih mempertahankan kepentingan kaum atau agama".
"Ini merupakan satu anjakan paradigma (dalam politik)," kata Josh Hong.

Mengapa Faktor Kaum Dan Agama Harus Dijadikan Faktor Pemilihan Pemimpin?


Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira...

Sebelum Pilihan raya 08 march 2008, isu yang selalu dibangkitkan oleh MCA adalah isu "mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS" dan nampaknya slogan begitu begitu berkesan sehingga BN menang majoriti 2/3 di parlimen sekali lagi pada pilihan raya 1999 iaitu pilihan raya selepas pemecatan Anwar Ibrahim.

Menurut statistik yang dijalankan pada masa itu, ramai pemuda-pemudi terutamanya pemuda Melayu berasa simpati terhadap Anwar sehingga berlakunya beribu-ribu pengundi baru didaftarkan. Keputusan pada masa itu menunjukkan kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh UMNO telah jatuh ke dalam tangan PAS dan PKN (Parti Keadilan Nasional iaitu sebelum wujudnya Parti Keadilan Rakyat, PKR). Namum Pakatan Alternatif (PA) pada ketika itu gagal menang di kerusi campuran kaum, kerusi yang dipegang kuat oleh Barisan Nasional (BN) kerana kaum Cina pada masa itu termakan dengan slogan MCA iaitu mengundi DAP adalah seperti mengundi PAS, dan sekiranya PAS menang maka Malaysia akan bertukar ke Negara Islam.

Taktik MCA nampak berjaya sehingga DAP hilang kebanyakan kerusi mereka dan memaksa mereka keluar dari PA (faktor pemerintahan PAS di Terengganu selepas pilihan raya juga membawa kepada berlakunya insiden tersebut).

Jadi pada pilihan raya ke 12, mereka juga menggunakan taktik yang sama untuk menakutkan pengundi Cina, tajuk utama mereka di setiap kampung Cina bukan tajuk Nasional dan manifesto pilihan raya tetapi mengenai isu Negara Islam. Namum begitu, taktik mereka kali ini nampaknya gagal kerana isu kemelesetan ekonomi dan kesusahan kehidupan telah mengatasi isu perkauman yang dimainkan selama ini. Jadi kerusi campuran kaum yang sebelum ini dipegang kuat oleh BN tetal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (ditubuhkan selepas pilihan raya).

Setelah cara pemerintahan PR di Negeri Perak dan Kelanta, PAS yang sebelum ini dianggap parti Islam oleh pengundi Cina berjaya menembusi hati jiwa orang Cina. Hal ini demikian kerana pemuda Kelantan berbangsa Cina telah memberitahu isu yang sebenarnya berlaku di Kelantan menerusi forum dan dari mulut ke mulut, telah berjaya menyedarkan ramai pemuda Cina bahawa imej PAS yang dimainkan oleh media utama adalah tidak benar sama sekali. Kesannya sangat mendalam kerana kebiasaan pemuda ini akan balik ke kampung dan memberitahu keluarga mereka isu yang sebenar berlaku di Kelantan yang dipimpin oleh PAS dan hal ini telah menyakinkan ahli keluarga mereka sehingga PR kini berjaya memenangi undi dari kaum orang Cina dalam pilihan raya kecil.

Isu ini sekali lagi hilang tarikan selepas pilihran raya kecil di Sibu dimana SUPP menggunakan taktik yang sama seperti MCA sebelum pilihan raya ke 12 iaitu isu mengundi DAP adalah sama seperti mengundi PAS sepanjang pilihnan raya itu. Tetapi kehadiran Nizar (MP Bukit Gantang dan Menteri Besar Perak) dan Khalid Samad (MP Shah Alam) begitu mendapat sambutan daripada penduduk tempatan.

Akhirnya keputusan pilihan raya kecil Sibu telah membuktikan isu Negara Islam telah hilang tarikannya dalam hati pengundi orang Cina sebaliknya mereka lebih mementingkan isu negara seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan wang. Hal ini amat merisaukan BN terutamanya MCA.

Kini MCA menggunakan taktik baru iaitu memberitahu pengundi Cina bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang di Pilihan raya akan datang, Perdana Menteri bukan dimilikan oleh Anwar Ibrahim tetapi akan jatuh ke tangan PAS dan ini akan menjadikan malaysia menghala kepada penubuhan Negara Islam. Anda boleh mengikuti laporan lanjut dalam Bahasa Cina disini 1) SinChew 2) MalaysiaKini 3) KwongWah Daily (Guna Google Translate untuk terjemahan)

Faktor utama mereka memainkan isu ini adalah kerana Anwar Ibrahim telah berjaya mendapat hati pengundi Cina kerana cara pemikiran yang lebih neutral dan mesra rakyat Malaysia. Dan mereka masih percaya kaum Cina akan takut sekiranya PAS memerintah Malaysia.

Benarkah sekiranya PAS memerintah maka orang Cina akan terseksa? saya menyangkal kenyataan ini, cuba lihat pemerintan PAS di Perak dan Kelantan. Sekiranya mereka betul-betul mengamalkan cara pemerintahan Islam yang sebenar iaitu saya percaya perkauman tidak wujud dalam Islam, maka ia dapat membawa kebaikan sebaikan kepada semua rakyat dan membawa Malaysia ke negara yang lebih bersatu padu. Jangan rupa pepatah orang tua, bersatu padu mencerai roboh.

Tidak dapat dinafikan, segelintir pengundi Cina masih percaya hanya Pemimpin Cina yang dapat membawa manfaat kepada mereka begitu juga dengan pengundi India. Tetapi sejarah telah membuktikan kenyataan itu adalah salah sama sekali. terdapat juga pemimpin Cina yang mengamalkan amalan rasuah dan membazirkan wang rakyat, jadi pemikiran itu harus diubah dan apa yang kita mengharapkan ialah pemimpin yang berjiwa rakyat, tanpa mengira beliau berasal dari kaum apa.

Sistem pendidikan Malaysia yang gagal untuk menanam perpaduan rakyat harus diubal. Sekiranya anda memasuki kelas di Universiti, maka anda akan terkejut melihat perpaduan antara kaum di Universiti. Pelajar telah dibahagikan kepada puak atau warna kulit. Hal ini amat merisaukan saya sebagai warga negara yang berbilang kaum. Walaupun pensyarah cuba menanam perpaduan dengan mewajibkan kerta kerja (assignment) yang diberikan harus terdiri daripada kumpulan yang berbilang kaum, namum pada pendapat saya, itu bukan jalan penyelesaian.

Jadi faktor warna kulit bukan merupakan faktor utama untuk memilih seorang pemimpin, tetapi faktor krebiliti dan faktor kecekapan memerintah yang harus diambil kira.

Ong: Kes PKFZ masih jauh dari penyelesaian

Dalam bahagian pertama daripada tiga bahagian wawancara dengan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee
Walaupun bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), OC Phang dan tiga orang lagi, telah ditahan dan menunggu perbicaraan berhubung skandal tersebut, tetapi Ong yakin ada lagi yang belum terungkap.

Ong (kanan) - yang digugurkan daripada kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan baru-baru ini - menegaskan beliau mempunyai maklumat mengenai mereka yang disebut dalam laporan audit PricewaterhouseCoopers (PwC), tetapi enggan memberitahu butiran terperinci mengenainya.

"Dalam kedudukan saya sebagai menteri, sudah tentu saya tahu beberapa nama lagi yang disebutkan dalam laporan tersebut," katanya dalam wawancara eksklusif Malaysiakini.

"Adakah tidak bersesuaian bagi saya mengumumkan nama-nama ini kerana penyiasatan masih boleh berjalan. Saya tidak dapat pastikan sama ada mereka yang disebut (dalam laporan itu) telah disiasat atau tidak."

Ong, yang juga gagal mempertahankan jawatan presiden MCA dalam pemilihan parti itu Mac lalu, berkata pihak penyiasat mengambil masa yang lama untuk mengemaskini kemajuan (siasatan) mereka, dan rakyat sudah letih menunggu.

Ong turut bertanya sama ada pasukan petugas khas sebelas anggota yang dilantik kerajaan untuk menyiasat skandal itu, telah menyerahkan laporannya.

"Saya tidak yakin jika ada laporan seumpama itu... kini ia telah melebihi tempoh enam bulan (sejak siasatan bermula). Tetapi ianya terserah kepada budibicara mereka (untuk mengeluarkan laporan tersebut).

"Apa yang orang ingin lihat ialah apa yang selanjutnya. Selain untuk melihat keadilan, mereka juga ingin tahu apa yang terjadi kepada wang rakyat, tindakan apa yang akan diambil jika betul-betul ada tuntutan palsu... semua ini adalah soalan yang sering diajukan," katanya.

NGOs want an open tender the next time

By Stephanie Sta Maria and G Vinod

KUALA LUMPUR: The government last week made yet another of its trademark U-turns -- this time on legalised sports betting.
While it cited strong public opposition as a basis for the retraction, NGOs believe that the feedback would have been different had the government taken the right approach towards the matter.
According to them, a licence to gamble is in itself a thorny issue. But what made it prickier was that the licence was directly awarded to Ascot Sports Sdn Bhd.
Should the government revisit this issue in the near future, it would do well to lend a ear to these NGOs.
“This was an opportunity for the government to prove that it means business about its public commitment towards good governance,” said Ramon Navaratman, chairman of the ASLI Center for Public Policy Studies. “All it needed to do was promote the 'open tender' policy. This whole process could have been handled so much better.”
Lim Teck Ghee, director of the Centre for Policy Initiatives, pointed out that the lack of truth and transparency on the part of the government had severely crippled the initiative.
“Closed tenders provide opportunities for special deals to the issuing authorities and the selected company,” he said. “Everyone knows that the stench of corruption and kickbacks surrounds every closed tender deal.”
Lim also attributed public disapproval of legalised sports betting to the vagueness surrounding the real motive behind it.
“Was it because the government needed revenue? Was it to curb illegal gambling? Come clean and the public will understand the decision and support it.”
Wan Saiful Wan Jan, CEO of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), equally lamented the lack of public access to information regarding the issuance of licence.
“The government should have been open with the public on how much money was involved in getting the licence,” he said. “Its secrecy provoked people to question not only the rationale of legalising sports betting, but also the manner in which the contract was awarded to Ascot.”
He added that an open bid via an open tender system would have been the proper method to get a qualified firm to run the business and at the best market rate.
No to monopoly
However, both Lim and Ramon were against a single company enjoying a monopoly of the sports betting industry.
“Competition is always more wholesome,” Ramon said. “Furthermore, there's a high chance of one company being exploitative and abusing the system.”
Lim emphasised that a licence should not be awarded to a private entity that will generate windfall profits but to a not-for-profit trust that will distribute the returns to needy social causes.
“There are various best practices from countries such as Hong Kong that are worth studying,” he said. “Let's not get on the moral or political high horse on this issue, but think in terms of how best we can balance the pros and cons in a rational way that is beneficial to the country.”
Ramon agreed and ticked off a long list of criteria that a sports betting operator must fulfil should the government reconsider its decision in the future.
“Professional experience, integrity, an impeccable track record, financial capacity and international exposure are non-negotiable criteria,” he said. “Commitment to corporate social responsibility and charity as well as fair returns to punters should also be considered.”
Yet both dispelled the illusion that legalised sports betting would smash underground betting operations. Lee affirmed that illegal betting already has various advantages over its legal counterpart and faces no danger of being completely eradicated.
“It would only reduce the underworld activities at the most,” Ramon said. “And that too, only if the government practises transparency and proper management. But gambling is essentially an evil that needs to be controlled if not eliminated – like prostitution.”

Menteri: Parlimen Kekal Di KL, Pemindahan Adalah Sementara

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor mengumumkan Parlimen tidak akan dipindahkan ke bangunan baru di Putrajaya.
Di Dewan Rakyat hari ini, Shaziman berkata kerajaan akan menaiktaraf bangunan sedia-ada, dan Parlimen buat sementara waktu akan beroperasi dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Shaziman juga berkata kerajaan tidak pernah mengatakan bahawa Parlimen akan dipindahkan ke Putrajaya, jawab beliau kepada soalan Ahli Parlimen Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).
Jawapan menteri ini bagaimanapun bercanggah dengan jawapan bertulis dari Menteri Undang-Undang Nazri Abdul Aziz 9 Jun lalu.
Nazri mendakwa Kabinet telah memutuskan untuk memindah Parlimen ke bangunan baru di Putrajaya, dengan anggaran kos RM800 juta.
Beliau kemudian berkata tiada bangunan baru akan dibina, sebaliknya Parlimen akan dipindahkan ke PICC dengan kos penambahbaikan RM50 juta.
Keputusan kerajaan itu mendorong bantahan orang-ramai yang marah kerana pembayar cukai terpaksa menanggung kos pemindahan tersebut ketika kerajaan mendesak orang-ramai supaya menerima pemotongan subsidi.

Malaysia Beli Torpedo Lebih Mahal Dari Harga Pasaran?

Dewan Rakyat digesa memanggil usul tergempar membincangkan perolehan dua jenis persenjataan kapal selam Scorpene milik Malaysia.
Ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan telah terlebih bayar dalam pembelian 40 buah peluru berpandu Exocet dan 30 buah torpedo Black Shark.
Dengan merujuk kepada pembayaran yang dibuat kerajaan Pakistan dan Portugal, Tian berkata Malaysia membayar 20 peratus lebih tinggi dari harga pasaran.
Tian menjelaskan Islamabad sekadar membayar 3.07 juta Euro untuk setiap unit peluru berpandu Exocet manakala Portugal memperoleh torpedo Black Shark pada harga 2 juta Euro seunit.
Congakan menunjukkan harga pasaran bagi kedua-dua jenis senjata ini mencecah 182.8 juta Euro, tetapi Kuala Lumpur membeli pada harga 219.265 juta Euro, iaitu 36.465 juta Euro lebih tinggi dari harga pasaran.

GERTAK anjur pula forum hak Melayu

Gabungan NGO Melayu - Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK ) - akan mengadakan menganjurkan pula forum berhubung isu hak Melayu, dan berharap lebih ramai menghadirinya berbanding perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu dua minggu lalu.

GERTAK mengharapkan 5,000 orang menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' itu tetapi hanya 1,000 yang hadir.
Berikutan itu, presiden Gertak, Razali Idris berkata, kali ini pihaknya mensasarkan kira-kira 500 orang menghadiri forum tersebut.

Menurutnya, ramai yang berkata mereka takut menghadiri perhimpunan 'Melayu Bangkit' kerana laporan negatif pihak media mengenai rancangan awal Gertak untuk mengadakannya pada 13 Mei - tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

"Kita juga tidak beri sebarang insentif seperti duit minyak dan baju-T. Bahkan kami tidak sediakan makan tengahari. Mungkin itulah sebabnya orang tidak mahu datang," katanya kepada Malaysiakini.

Razali berkata forum yang dijadual diadakan di Terengganu hujung bulan Oktober, akan membincangkan enam topik, iaitu agama, Raja-Raja Melayu, isu sosial, politik, pendidikan dan ekonomi.

Forum ini juga dijangka membariskan ahli panel terkemuka termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam; mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; bekas presiden Bursa Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, dan Profesor Diraja Ungku Aziz.
Selain itu, beberapa ahli panel lagi ialah kolumnis Utusan Malaysia dan pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Ridhuan Tee Abdullah (kanan). Tee dikritik oleh banyak pihak sebagai 'rasis' dan 'tidak sensitif' terhadap bukan Melayu.

"Beliau seorang Cina, dan beliau juga seorang Muslim Mungkin beliau dapat memberi pemahaman mengenai kaum Cina. Kami juga ingin tahu mengapa, meskipun banyak kemajuan dan faedah diberikan kepada orang Melayu, kita masih mengalami sebahagian besar kes penyakit sosial," kata Razali.

Kisah Shahidan Baba dan 40 orang Ulam-Mak


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Shahidan Kasim agaknya tersilap kerana menggunakan angka 40 untuk menggambarkan jumlah ulamak muda yang kononnya menyertai Umno. Ia menjadi bahan gelak ketawa satu Malaysia kerana bunyinya hampir sama dengan ‘Kisah Ali Baba dan 40 Orang Penyamun’.

Sukar untuk dipercayai bagaimana 40 orang ulamak berkelulusan PhD dan Master di bidang agama boleh tersesat haluan untuk menyertai parti sekular berteraskan asobiyah, sedangkan Rasulullah SAW mengisytiharkan bahawa orang yang berjuang atas dasar asobiyah “Bukan dari golonganku.”

Bagaimanapun sebagai rakyat yang cerdik setelah berpuluh tahun dipermainkan oleh media-media talibarut BN, kita janganlah begitu mudah mempercayai propaganda yang dilakukan mereka. Ternyata dalam isu 40 ulamak muda sertai Umno ini, ia tidak lebih dari sebuah lagi babak pembohongan untuk terus memperbodohkan rakyat.

Sebenarnya ‘kumpulan’ yang menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang diadakan minggu lalu hanya terdiri dari 16 orang. Antara yang ada profail dalam kumpulan itu ialah ketuanya, Dr. Fadlan Mohd Othman serta dua anak bekas Mufti Perlis. Itu sahaja. Selain dari itu (di kalangan 16 orang) mereka adalah terdiri dari ahli Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

Salah seorang dari mereka yang mukanya terpampang dalam semua media kononnya menyertai Umno ialah Ustaz Wahab Abdullah. Dia adalah orang PAS tulen yang mengajar di sekolah PAS di Jejawi. Dia sama sekali bukan pergi untuk serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Begitulah nasib semua rakan-rakannya yang lain yang menyertai rombongan bertemu Najib itu. Saya tidak tahu untuk mencari apa istilah untuk menggambarkan betapa busuknya permainan Umno dan media tali barut mereka.

Taktik inilah yang digunakan sejak berpuluh tahun. Jika seorang ahli PAS sertai Umno, maka media mereka akan melaporkan berpuluh-puluh orang. Jika dua orang masuk Umno, maka angka itu akan berganda menjadi beratus-ratus.

Siapakah Fadlan ketua kumpulan ulamak muda Umno itu? Media talibarut BN melaporkan kononnya dia pensyarah UKM. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad telah menghubungi rakannya pensyarah senior UKM, untuk bertanya siapakah Fadlan? Malangnya rakannya yang sudah lama bertugas tidak kenal ‘rakan sefakulti’nya itu. Tidak mustahil jika dia sebenarnya baru diberi jawatan pensyarah kerana menjadi pak sanggup mengepalai ulamak muda mengisytiharkan diri menyertai Umno.

Seorang dua ulamak menyertai Umno bukanlah pelik sangat. Umno sentiasa ada stok ulamak, walaupun segelintir. Alim atau berilmu adalah satu sifat manusia. Namun lurus bendul, takut, jahat, hubbudunya (gila dunia) adalah satu sifat yang lain. Maka alim dan campuran mana-mana salah satu watak kedua boleh terangkum dalam satu personaliti ulamak. Sebab itulah lahirnya ulamak ussuk, sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, iaitu ulamak yang sanggup menjual kebenaran demi untuk habuan dunia. Apabila Rasulullah SAW mengakui akan kewujudan golongan tersebut, maka yang hendak dihairankan.

Di peringkat permulaan isu ini dimainkan, kononnya bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin akan turut serta bersama rakan-rakan yang sealiran dengannya. Maka tercetuslah andaian bahawa mereka mahu ‘menyelamatkan diri’ selepas dicop pengganas oleh pihak keselamatan. Tidak semena-mena tiba-tiba aliran yang sepandangan dengan Wahabi dianggap pengganas. Dalam satu taklimat tertutup anjuran Kementerian Dalam Negeri beberapa individu dan kumpulan dicop sebagai pengganas. Antaranya kumpulan (yang dinamakan) Wahabi yang dikaitkan dengan Dr. Mohd Asri. Dicop pengganas bukan sesuatu yang menakutkan. Tapi yang ditakuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia apabila dicop pengganas ialah Akta Mat Isa yang mengizinkan seseorang dipenjara tanpa bicara.

Jika kumpulan ini adalah antara yang menyertai Umno, maka mereka bertindak bukan kerana benarnya perjuangan Umno tetapi kerana muslihat tertentu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut tersenarai sebagai pengganas JI, tetapi tuduhan itu tidak menjadi kudis kerana beliau mempunyai organisasi yang besar dan kuat untuk mematahkan segala fitnah jahat yang dilemparkan oleh kerajaan Najib. Malang bagi kumpulan yang sealiran dengan Dr. Mohd Asri yang turut dicop pengganas kerana mereka tiada kekuatan seperti PAS untuk menangkis serangan. Pergi menyondol Umno mungkin strategi yang difikirkan baik bagi mereka. Namun tidak semua yang menyondol itu terus menjadi penganut perjuangan Umno.

Sewaktu pertubuhan Al-Arqam diharamkan, para pemimpin dan ahli-ahlinya diburu,orang kanan Ustaz Ashaari Muhammad iaitu Abdul Halim Abbas mengisytiharkan diri menyertai Umno. Dia mendapat perlindungan politik dalam Umno, sekalipun dia tidak pernah mempercayai aqidah perjuangan Umno.

Apa hal sekalipun, selepas ini Umno akan terus menjaja ke seantero dunia bahawa kononnya parti asobiyah sekular tua itu mendapat sokongan dari alim ulamak. Cuma kesukaran yang akan dihadapi oleh Umno ialah membawa golongan ulamak ini berkempen di atas pentas politik Umno dalam pilihanraya. Masa itu baru mereka menerima hakikat bahawa tiada orang alim sejati yang mahu ikhlas bersama Umno.

Bagi Shahidan Kassim yang mempelopori cerita 40 ulamak sertai Umno, hanyalah tindakan politik yang beragenda di saat beliau sudah tidak diterima lagi dalam arus perdana Umno.

Seronok juga kalau P. Ramlee ada. Dia boleh bikin satu filem baru kisah ‘Shahidan Baba Dan 40 Orang Ulamak’.

Separating state from party: The next generation of PKR leaders

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PKR broke tradition when it separated the functions of the state administration from the party by appointing vice president Azmin Ali to head the Selangor division, a position traditionally held by the Mentri Besar.

Selangor is PKR's main state and the jewel in the Pakatan Rakyat's crown. Sunday's announcement is a systemic change aimed at ensuring vital check-and-balance and that party leaders cannot abuse state coffers for their personal advantage. It is a move that Umno warlords would never allow their party to push through.

Unfortunately, the personalities involved and their infighting has clouded what is actually a very good move, a natural suggestion for improving transparency. It is also one of many long-lasting structures that PKR needs to build to strengthen itself and to protect its voters.

The immediate reaction to last night's announcement has been one mostly of surprise. The knee-jerk reaction is that de-facto PKR head Anwar Ibrahim is just delaying choosing between Mentri Besar Khalid Ibrahim and Azmin. And it is a matter of time before Azmin goes after Khalid again. In other words, a thumbs down.

But look more closely. Even if Azmin is unsatisfied, the system stays. He won't be able to hold both posts - not because Anwar and the party leadership do not trust him but because this is a systemic revamp that will remain in place. If later on, PKR dispenses with it, then this is when the rakyat should raise their voices and complain, this is when its supporters and constituents should sound alarm bells because why U-turn to a plank that is more susceptible to corruption and abuse of power?

The next point. Is Azmin really so corrupt? Who says so? What was he before March 8, 2008? How come he is now Khir Toyo Junior? And is Khalid so clean? He is also a former Umno guy and so is Zaid Ibrahim - let's be frank, both men have their own histories. But why is it that they have both reformed while Azmin has sold his soul? It really depends on your level of gullibility but according to the latest news reports from the Umno media, Azmin is now more open to corruption than Khalid and Zaid.

One way to tell if this is true is to look at what each of the three men has done in the past 10 years. Without wanting to glorify Azmin or to run down the well-respected Khalid and Zaid , isn't it a fact that Azmin did fight and struggle during the past 10 years? Without him, PKR may never have been born. If Azmin sees only Ringgit signs, why didn't he join Ezam, Salehuddin and that bunch? If allegations are true that Umno paid DAP's Hee Yit Foong RM25 million, imagine what sort of figure Azmin could command? Why should he wait?

But sadly, these questions are overlooked amidst the slew of spin relentlessly churned by the Umno press. So bad was the negative publicity that initially party stalwarts feared Anwar might delay making any changes at all. But now that such a move has gone through, there is relief among many stalwarts in the party.

Of course, there will be just as many detractors who will criticize it from different angles. They won't be completely off-mark either because every argument has its own strengths and the actual implementation will need give-and-take. But it is a good policy and the cut-off point comes when the issues that surround it are deliberately misinterpreted and used with malice to attack the party for the purpose of destabilizing it or for manipulation for personal and vested interests.

That there is intense rivalry between Azmin, Khalid and Zaid is for sure. That they each want to be the next Timbalan Presiden is a given, regardless of any modest demurral by their respective aides.

So, is that wrong? Is it unnatural for them to want to compete? Would it make PKR stronger if its next-generation leaders were obedient yes-men who would only dare go for it when Anwar gives the green light?

No, but PKR leaders have to be very careful because they can unwitting rock their own boat. Their boat is much more fragile than they think. Firstly, the perception that they are the darlings of the urban citizenry is no longer true. This is a fact they must wake up to and put right immediately - not just rush to improve communications with the rural electorate. The fact is they have become pitifully weak in both the urban and rural arenas thanks to missteps and bad advice of the past year.  

Possibly, there is still enough time to get going - but just barely. The hope of PKR well-wishers is that Anwar won't take a breather now that he has sanctioned this change. He really needs to do much more and much more quickly.

As for the by-now infamous G15, there has been so much hype even some of the strongest of PKR supporters insist it is not a rumor but an open secret. They even claim it is a fact well known to people who matter in the party.

Yet most of the top echelon are baffled. To them, it is really not true and although none of them deny there is rivalry between Azmin, Khalid and Zaid, they are shocked at the level of media opportunism and never expected such a circus. Some of them told Malaysia Chronicle perhaps 3 or 4 federal lawmakers loyal to Azmin were trying to push his case but not in the wild manner suggested in the press.

How that was spun into a Group of 15 with a common agenda to topple a waffly Khalid and how an ambitious Azmin has been turned into a corrupt ogre, while Khalid and Zaid have become the new saints and saviors is a wonder to them.

Even Azmin is left wondering why he is now viewed as the most greedy-for-money man in PKR, the weakest link and the Malay ultra who poses the greatest danger to the party's multi-racial and liberal policies. 

The answer and main culprit is of course the overdone speculation in the press. And that was mostly Umno-initiated with the help of some internal saboteurs in PKR itself. After all, if Azmin has his own gang, why not Khalid or Zaid for that matter! Or some other unseen hand or group for that matter! Politics is indeed murky and most of the time intentionally so.

Whether PKR - with its awful lack of structural strengths and a horde of untested and unreliable lawmakers - can survive will ultimately depend on whether Malaysians still believe in the party's battle cry for justice and reform.

An unfriendly media is not something new and the negative propaganda will get a 1,000 times worse as the 13th GE nears. It is up to PKR to find the right tools to fight back and the good eggs in their basket will have to take the lead. They have to show that PKR can be salvaged and the reformasi party that Malaysians knew and supported in the past is still alive and has not been hijacked and diverted from its goals.

Sports betting: 'Let’s hear it from the Cabinet'

By FMT Staff
KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Tun Razak’s announcement revoking his decision to legalise sports betting is still “unofficial”, according to anti-gambling movement GMJ.
GMJ chairman Mohd Azmi Abdul Hamid said this was because the decision was arrived at after an Umno supreme council meeting and not a decision made by the Cabinet.
Azmi said while the movement welcomes Najib’s decision, it, however, must be announced clearly to the public that it was a decision made by the Barisan Nasional government and not just Umno.
He was commenting on Najib’s announcement on Friday night that the government would not be issuing the sports betting licence to Ascott Sports Sdn Bhd.
Najib, who is also Umno president, said the decision was agreed upon unanimously by members of the Umno supreme council.
“We accept the Najib's decision but it must be announced as a Cabinet decision and not made by one political party alone,” Azmi said yesterday.
He said that although Najib had rescinded his earlier decision on gambling, GMJ will not dissolve itself but would instead continue to voice its objection to the vice.
July 3 rally to continue
This, he said, was because the revoking of the licence was a “small decision” when compared to the reality of a rapidly expanding industry in the country.
“We, GMJ, will continue to object to any form of continued gambling activities because the Prime Minister’s decision is only a small part of a bigger issue of an expanding industry.
“We will consolidate GMJ at national and state levels and develop more aggressive campaigns to educate the public on the vice and will continue to do so until we achieve our objectives,” he said.
As such, Azmi added that the July 3 anti-gambling protest by GMJ will not be cancelled.
“The only difference now is that the July 3 rally will not have a procession. We will still go ahead with the handing over of a memorandum to the Yang diPertuan Agong.
“We will still have leaders of NGOs and political parties speaking out on the issue,” Azmi said, adding that GMJ expected some 10,000 people to join the demonstration.
Relieved women
Meanwhile, Najib’s announcement has eased the concerns of women in the country.
Said a woman spokesperson for Pakatan Rakyat’s anti-gambling secretariat (Sendi), Salbiah Abdul Wahab: “It’s a huge relief to hear the announcement.
“We were concerned for the women whose husbands have a tendency to gamble. Legalising gambling during the World Cup would have made it worse.
“For those whose spouses are habitual gamblers, it would have been suicidal. Most affected would be the women and children.”