Ahad, 27 Jun 2010

MB Selangor: ‘Saya tidak hebat dalam politik’..pengakuan yang telus dari MB..!!!


SHAH ALAM, 27 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik. Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
“Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negeri termasuk di Kampung Baru yang mana saya akan menyumbang pemikiran dan idea agar ia dapat dilaksanakan.
“Saya mahu melihat pembangunan di Selangor bergerak seiring dengan Kuala Lumpur,” kata beliau yang dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Perubahan kepimpinan ini diumumkan lima bulan menjelang pemilihan parti.
Khalid, bekas tokoh korporat, disebut-sebut akan digugurkan selepas PKR yang mewakili Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu.
Azmin, Ahli Parlimen dan Adun Selangor pula berkata, rombakan yang dibuat hari ini bertujuan memastikan strategi mempertahankan Selangor dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa membebankan Khalid.
“Saya akan menguruskan hal-hal berkaitan parti manakala Khalid akan memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri.
“Jadi kami berdua akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan untuk mempertahankan Selangor.
“Ini kerana kerusi yang dimenangi ini harus dipertahankan jadi parti dan kepimpinan negeri perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin dalam satu pasukan,” katanya.
Dalam rombakan kecil diumumkan petang ini, Khalid digantiken oleh Azmin sebagai pengerusi negeri Selangor berkuat kuasa hari ini.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat  Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin.
Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri.

Khalid tenang dalam gelora...

Aku harap Khalid tidak kecewa bila jawatan sepenting ini terpaksa dilepaskan (melihat dari riak muka beliau di bawah ternyata dia ok)..Renung2lah kisah Abu Dzar Al-Ghafiri mengenai amanah di bawah ini.

Aku juga biasa dengar Khalid pernah berkata bahawa kemasukan beliau dalam PKR adalah untuk tolong DSAI. Katanya lagi dia sepatutnya sudah retire dan biasa masuk tidur pukul 10 malam. Setelah jadi MB, pukul 3 pagi baru boleh lelapkan mata.

Jadi sesiapa juga yang seronok nak pegang jawatan apapun, silalah tunaikan amanah yang diletakkan di bahu masing2. Kelak kita bakal disoal satu persatu di hadapan Maha Pencipta...Termasuklah jawatan sebagai SU masjid. Allahuakbar...

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;


"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."

Rombakan PKR: Khalid kekal MB tapi digugur ketua parti Selangor

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dengan diperhatikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
SHAH ALAM, 27 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan rombakan kepimpinan negeri dengan Azmin Ali mengambil alih jawatan pengerusi negeri Selangor parti itu berkuat kuasa hari ini. Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin.
Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akhir sesi pemukiman dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di sini petang ini.

Azmin Ganti Khalid Sebagai Pengerusi PKR Selangor


Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.

Anwar nafi cubaan MP guling Khalid

Khalid tidak hadir dalam kesemua sesi pemukiman dua hari sejak semalam di sebuah hotel di Shah Alam.

Selain ditemani Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketiga-tiga Azmin, Khalid dan Zaid hadir bersama dalam sidang media petang ini.

Bercakap soal yang sama, Anwar juga memberitahu dua negeri lagi akan mengalami pertukaran pucuk pimpinan yang akan diumumkan kemudian.

"Ia sedang dimuktamadkan," katanya yang enggan menyatakan terlebih dahulu negeri atau pimpinan terbabit.

Selain itu, Anwar turut menafikan bahawa terdapat pakatan ahli parlimennya yang merancang mahu menggulingkan Khalid sebagai menteri besar.

"Perkara itu tak berbangkit sama sekali. Kita sebulat suara dokong penuh. (Beri) Pandangan itu biasalah.

"Kita tengok Tan Sri Khalid pun tak sensitif sangat. Yang sensitif akhbar Umno," katanya.

Ahli Umno Cecah 3 Juta, Sabah Tertinggi...


SEMPORNA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu kini mempunyai 3,159,484 anggota di seluruh negara dan Sabah mencatatkan keanggotaan tertinggi dengan 449,805 orang.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, senarai baru itu telah pun melalui proses pembersihan baru-baru ini.
Katanya lagi, selepas Sabah, Johor berada di tempat kedua dengan 428,663 anggota, diikuti Selangor (414,142).
"Selepas proses pembersihan baru-baru ini, kita telah mengeluarkan daripada senarai hampir 300,000 orang termasuk yang telah meninggal dunia dan tidak dapat dikesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Semporna, di sini hari ini.
Beliau berkata, Umno sedang menjejaki anggota yang gagal dikesan bagi mendaftarkan semula mereka dan usaha itu harus dibantu oleh cawangan-cawangan dan bahagian di seluruh negara.
Umno juga menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang berminat menyertai parti itu dan pada bulan ini sahaja hampir 2,000 orang didaftarkan sama ada menerusi talian atau cawangan, katanya lagi. Menurut beliau, keanggotaan tertinggi adalah menerusi sayap Pemuda.
Terdahulu semasa berucap Mohd Shafie meminta anggota Umno di bahagian itu agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang bukan sahaja melaksanakan transformasi dalam kerajaan tetapi juga dalam parti.
Beliau berkata, kepimpinan Umno pada masa kini lebih bersikap terbuka dalam mendengar pandangan dan teguran sama ada daripada anggotanya atau golongan lain demi perpaduan dan keutuhan parti.

Lebih Ramai Anggota PKR Akan Sertai Umno


TAWAU: Lebih ramai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR)di Sabah dijangka meninggalkan parti itu dan menyertai Umno.
Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata perkaraitu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Tawau Eddy BerhamRuslan yang bertindak keluar dari parti pembangkang tersebut semalam.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Tawfiq yang juga Pembantu MenteriKewangan Sabah menyifatkan tindakan Eddy Berham keluar dari PKR dan menyertaiUmno sebagai suatu yang memeranjatkan.
"Saya terkejut tiba-tiba dia hendak menyerahkan borang keahliannya menyertaiUmno kerana tidak ada ura-ura dia akan berbuat demikian," katanya.
semalam, ketika mengumumkan keputusan keluar PKR dan mahu menyertai Umno,Eddy Berham berkata tindakannya tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebaliknya kata beliau, keputusan dibuat selepas mendapati PKRmemperjuangkan perkara yang sememangnya diperjuangkan Umno selama ini. - BERNAMA

Hisham arah KDN bertindak ke atas Suara Keadilan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein meminta Ketua Setiausaha KDN supaya meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana sering mengeluarkan berita yang tiada asas dan memfitnah.

Katanya, KDN dan agensi berkaitan mesti peka dan mengambil tindakan bagi mengelakkan ia berterusan dan bagi menunjukkan bahawa hak bersuara dan membuat liputan tidak bermakna sesuatu media itu boleh berbuat apa saja.

"Hak bersuara mesti diimbangi. KDN mesti ambil tindakan. Kita dah bincangkan dengan Peguam Negara. Mereka kena tengok syarat-syarat KDN dan tanggungjawab mereka kepada pembaca dan orang ramai. Saya difahamkan kementerian dah panggil akhbar itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di Kulim hari ini.

Akhbar itu pada keluaran bertarikh 22 hingga 26 Jun lalu menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk ''Felda Bankrap'' dan empat lagi artikel berhubung isu itu dalam keluaran sama.

Berikutan laporan itu, semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata Felda akan menyaman akhbar Suara Keadilan serta beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap organisasi itu.

Pada 29 Disember tahun lalu, akhbar yang sama menyiarkan berita bertajuk ''Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat'' yang mendakwa Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ditahan pihak Imigresen di Amerika Syarikat sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Zambry kemudian memfailkan saman fitnah RM100 juta kepada akhbar itu dan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Akhbar itu bagaimanapun membuat permohonan maaf kepada Zambry.

- Bernama

UMNO - kenapa nak sangat Ulama'?


Reputasi UMNO memang diketahui umum tercalar sangat teruk dengan isu kelulusan judi bolasepak ini. Didalam keadaan prestasi bolasepak Malaysia yang lagi teruk daripada Tanzania ini, sememangnya langkah kerajaan tidak bersangkut-paut langsung dengan usaha meningkatkan mutu bolasepak negara.

Sekalipun Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah mengumumkan menarik balik sebarang kelulusan lesen judi bolasepak, tindakan kerajaan Malaysia gagal memahami dosa dan kesalahan judi ini benar-benar menyebabkan rakyat Malaysia terutama golongan atas pagar 'berfikir semula' sokongan mereka kepada UMNO. Malahan ahli-ahli UMNO sendiri ramai yang mendesak agar kerajaan mengkaji semula tindakan tersebut.

Didalam suasana yang kelam-kabut inilah sekonyong-konyongnya UMNO mula bercakap mengenai perlunya kumpulan ulama' didalam UMNO. Entah bagaimana mereka mendapat ilham tidaklah diketahui tetapi jelas ini adalah suatu tindakan seolah-olah cuba melenyapkan persepsi rakyat yang mula meragui akan keperihatinan UMNO terhadap hukum-hakam Islam.

Untuk mengatakan UMNO memainkan isu ulama' ini untuk memadamkan reputasi PAS sebagai Parti yang bertunjang Islam adalah mustahil kerana dasar perlembagaan UMNO sendiri meletakkan bangsa Melayu sebagai asas perjuangannya! Manakan mungkin Islam mampu didaulatkan melalui perjuangan kebangsaan? Hakikatnya sejak merdeka sehingga sekarang UMNO jelas gagal mendaulatkan Islam malahan telah 'berjaya' menghancurkan sahsiah umat Islam di Malaysia yang bermajoritikan bangsa melayu.

Pada pendapat penulis, usaha UMNO dengan mengusahakan kemasukan kononnya 40 orang ulama' sebagai bukti UMNO serius mahukan Islam adalah suatu retorik yang sangat sia-sia! Manakan mungkin ulama'-ulama' muda ini mampu mereformasikan 'Islam' UMNO sedangkan sekian banyak golongan agama yang akhirnya menjadi 'tukun tiruan' didalam organisasi UMNO.
Nama-nama seperti Firdaus di Pulau Pinang, Masyitah di Kedah dan Najmuddin Elias di Perak adalah antara nama-nama besar golongan agama yang terbukti hanya digunakan oleh UMNO dalam usaha meng'halal'kan apa-apa tindakannya menentang arus hukum-hakam Islam.

Kesimpulannya, usaha UMNO membawa berpuluh agamawan ini adalah suatu usaha yang pastinya akan sia-sia kerana Islam adalah agama kebenaran. Kepura-puraan dalam Islam adalah suatu yang tidak mungkin akan secocok-cocok dengan kemenangan dan adalah mustahil Islam akan berjaya didaulatkan didalam UMNO.

Seringkali UMNO menuduh PAS menggunakan Islam sebagai alat tetapi hakikatnya kini UMNO melihat kebenaran Islam yang dibawa oleh PAS sebagai senjata yang mampu menghancurkan asabiyah mereka!

sunsnake@budakbalun 27062010

Jumpa Najib, bukan semua masuk Umno
KANGAR, 27 Jun: Walaupun begitu gah Umno mencanangkan di media massa bahawa seramai 40 orang ulama muda telah menyertai parti itu kelmarin, namun maklumat yang diperolehi hanya sebahagian sahaja yang benar-benar berbuat demikian.
Sebaliknya pula, ada sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, ada beberapa orang yang datang dari Perlis untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan yang lain, sebaliknya telah terperangkap dengan sandiwara politik mainan Shahidan.
"Shahidan telah mengambil kesempatan dengan kehadiran mereka untuk tujuan politiknya. Mereka mewakili Persatuan Al-Islah Perlis yang pergi untuk berjumpa Najib bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu terkini iaitu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.
"Salah seorang mereka adalah tenaga pengajar di sekolah kita di Jejawi, Ustaz Wahab Abdullah. Dia bukan pergi serah borang Umno, tapi untuk membersihkan nama persatuannya dari dilabel sebagai pengganas. Maklumat yang kita dapat bukan sampai 40 orang pun yang menyertai Umno," jelasnya dalam majlis ceramah di Markas Tarbiah PAS Padang Besar di Santan dekat sini malam tadi.
Ustaz Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (MADI), salah sebuah sekolah kelolaan PAS Perlis. - Harakahdaily

Judi bola dan taksub berpolitik

27 JUN — Kita tidak perlu buang masa berbahas perkara terbukti banyak keburukan.
Cadangan mengeluarkan semula lesen judi bola sebenarnya hanya menunggu masa untuk ditolak. Ini terutama bila ia dijadikan isu politik. Memanglah sukar untuk dimajukan ke hadapan.
Jika kita imbas kembali, sejurus selepas diumumkan, kerajaan menimbang perkara itu, beberapa negeri mengumumkan bahawa mereka akan menghalang khidmat judi yang baru itu di kawasan mereka.
Ini jelas tindakan politik kerana ada antaranya membenarkan premis judi yang lain serta mereka juga mengutip hasil seperti cukai tempatan daripada operasi judi lain. Ada juga urus niaga tembakau dan arak yang juga mempunyai keupayaan untuk menjahanamkan hidup kita, namun mereka dibenarkan di negeri berkenaan.
Antara negeri yang menolak judi bola, ada juga yang membenarkan lumba kuda dan perkhidmatan judi yang berkaitan dengannya. Memanglah ada orang yang kata lumba kuda itu sukan, tetapi rasanya tiada siapa yang betul-betul percaya kenyataan itu, terutama mereka yang pergi setiap hujung minggu ke litar lumba.
Mungkin negeri-negeri ini boleh memberi alasan yang mereka mewarisi judi lumba kuda, tetapi jika betullah judi sungguh dibenci seperti mereka katakan mengenai judi bola, mungkin lebih senang diharamkan terus operasi sebegini.
Di dalam isu judi, rasanya, seperti juga isu-isu lain, kita memang mampu bermuka-muka.
Kesan buruk judi pula semacam bukan perkara utama ia ditentang, tetapi yang penting ialah dividen politik. Apa tidaknya, isu judi bola memang jelas sesuai untuk dipolitikkan dan siapa di antara kita yang mahu menggalakkan sesuatu yang dilarang agama?
Sekarang ini kita sungguh giat berpolitik tidak kiralah jika ia isu Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) atau bajet tahunan atau undang-undang atau UPSR dan sebagainya. Apa isu sekalipun kita akan dapati terbentuknya dua kumpulan utama yang selalunya mencerminkan fahaman politik kita.Kita mudah memihak kepada parti yang kita sokong tidak kiralah apa ceritanya. Ada kalanya kita jenuh mencari perbezaan daripada kesamaan.
Contohnya, untuk isu judi bola ini, walaupun pihak kerajaan dan lawannya bersetuju untuk tidak membenarkan judi bola, mungkin ada yang mencari isu lain dalam perkara ini untuk bertikam lidah. Sudah menjadi lumrah kita yang suka berpolitik dan menekankan perbezaan.
Seolah-olah tidak kira apa isu pun, kita tidak boleh sekata. Begitulah mendalamnya ketaksuban kita kepada politik kini.
Adalah pilihan politik yang baik dan mudah untuk mengambil kedudukan yang sudah tentunya tidak akan salah judi tidak baik dan jangan disokong, atau jangan sokong khidmat judi yang baru. Kita tidak perlu berpeluh memikirkan bagaimana hendak memperjuangkan perkara yang sukar, seperti mencari kebaikan judi.
Tambahan pula dari segi agama sememangnya kita tidak boleh menyokongnya. Ini adalah asas yang tidak boleh ditolak ansur.
Juga ketika ini sokongan terhadap kerajaan adalah terdiri daripada orang Melayu dan mereka tidak berapa berkenan dengan judi. Walaupun mereka membiarkan apa yang ada, adalah sukar untuk mereka bersetuju menambah khidmat judi.
Sama ada mereka berjudi atau tidak atau dibenarkan di premis judi atau tidak, mereka tidak akan sedap hati dengan perkhidmatan baru yang jelas menentang agama.
Adalah sukar untuk mengambil sikap pragmatik di dalam isu judi, walaupun jutaan dan bilion dikatakan kerajaan hilang atau mengalir ke luar negara oleh kerana judi haram.
Lesen baru judi yang dicadangkan memang nampaknya sesuai untuk menyelesaikan masalah itu, namun bila kita majukannya ke konteks agama, ia tentulah tidaklah sesuai.
Sekalipun kesan positif ekonomi judi ada, ia masih tidak boleh dikira. Juga tidak boleh diterima ialah tujuan lesen judi untuk mengurangkan aktiviti haram. Orang yang berkecimpung di dalam judi haram adalah sangat sedikit berbanding rakyat keseluruhan.
Jelas di dalam pertimbangan kerajaan tiada pilihan, selain menolak cadangan mengeluarkan semula lesen judi bola kepada Ascot Sports Sdn Bhd (Ascot).
Penolakan judi bola boleh memberi kesan politik. Ini jelas di dalam perkiraan kerajaan kelmarin, bila ia mengumumkan keputusannya.
Pentadbiran sesuatu negara memerlukan kerajaan melihat kepada kepentingan semua, sama ada isu judi bola, pengurangan subsidi ataupun cukai barangan dan perkhidmatan.
Kerajaan bukan saja perlu mengkaji kesan kepada negara, tetapi juga kesan politik. Begitu jugalah perkiraan pihak yang membangkang bila bercakap atau bertindak.
Oleh itu, ada kalanya apa yang baik untuk negara tidak baik untuk politik dan apa yang baik untuk politik ada kalanya boleh menjadi bisa kepada negara.

Khairy: Ibrahim Ali ‘gedebe politik’, pentingkan diri..kah.kah,,ada lawan maa..!!

REMBAU, 27 Jun — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sebagai `gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.
Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.
“Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan.
Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula sejak Rabu lalu berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa.
Semalam, Ibrahim sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.
“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.
“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy kelmarin, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.
“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.
“Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara... sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung,” kata beliau lagi.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”
Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti.
“Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama,” katanya.
Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama.

Who says Khalid not at PKR retreat? See for yourselves ...

Malaysia Chronicle

The Umno media has been going around town highlighting the absence of Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim at their two-day leadership retreat at a hotel in Shah Alam, insinuating that a fatal disagreement had taken place between the chief minister and PKR senior vice president Azmin Ali.

But pictures sent to Malaysia Chronicle show otherwise. According to one of his colleague at the retreat, Khalid took a few hours off in the morning to attend the wedding of a staff.

"You don't expect Anwar to keep track of all the nitty-gritty. Anyway, why should he bother with all the speculation, why should he play into the hands of Umno-BN," one of Khalid's aides told Malaysia Chronicle.

"If the Malaysian Insider asked the right people, they would have got the right information for the public. But they didn't, so why? Was it because they wanted to twist and distort?"

He was referring to de-facto PKR head Anwar Ibrahim who was reported as being evasive about Khalid's whereabouts. See Anwar, PKR evasive over Khalid absence from party retreat.

But as the saying goes, a picture paints a 1,000 words and Malaysia Chronicle has appended below some photos taken earlier on Sunday.

"These are typical slash-and-burn tactics of Umno. Regardless of media, judiciary, police force, MACC and so forth, they are unscrupulous and anything goes. It is very shocking and remains the reason why Malaysians must vote them out to stop the rot," PKR Youth Chief Shamsul Iskandar told Malaysia Chronicle.

Another PKR attendee, Chang Lih Kang, the assemblyman for Teja in Perak, also slammed The Star for its negative reporting of the party. He pointed to the article in the Sunday edition entitled PKR first family split on Khalid.

"This is so untrue," Chang said.

In the past week, arch rival Umno has waged an all-out assault to destabilize PKR by exaggerating disagreement between Khalid and Azmin. Helped by internal saboteurs, they created a media frenzy and warned a revolt would take place this weekend.

Another The Star columnist suggested that Anwar would broker a deal between Azmin and Khalid on the sidelines of the retreat. That news report entitled All part of the political game drew negative reaction from a commentator.

"Anwar, Azmin and Khalid all live in Selangor. This is their kampung. They can meet anytime. What for do it at the retreat. If they do, they are as stupid as (Prime Minister) Najib," the commentator said. 






'Wrong to fund party using state coffers'

By Teoh El Sen

SHAH ALAM: It is wrong to fund party activities with money from the Selangor state and there should not be such expectations, said PKR's Kuantan MP Fuziah Salleh.
"It is wrong for the party to be run by state money. It is wrong for anybody to expect that," she told reporters at the sidelines of the party's retreat at a hotel here.
Fuziah said the party should use its own money for administrative purposes and suggested that the media could have given the wrong impression that “we are using or going to use the money”.

She also noted that the problem could have stemmed from Khalid Ibrahim “wearing two hats” as menteri besar and Selangor PKR chief.

"So that's why people get confused, we have to differentiate between the two," she added.

Khalid was today replaced by vice-president Azmin Ali as the Selangor PKR chief amid reports of a plot to oust the menteri besar.

It is said that a group of 15MPs close to Azmin are involved, but the latter has denied any knowledge of such a plot.

Fuziah: No plot to oust Khalid

Commenting on this, Fuziah also dismissed the claim as untrue.

"It is totally baseless. Even I am confused by this episode. Why are you saying 15? We cannot even name them? I believe it is something that the media started," she said, adding that it was
perhaps a "low" media day.

Fuziah also berated party members “who go direct to the media without going to the party leadership first”.

However, she said such issues should be discussed openly in view of Pakatan Rakyat's efforts to win Putrajaya in the next election.

Meanwhile, PKR information chief Latheefa Koya said the agenda for the retreat was mainly on communications, the strengthening of the organisation as well as the formula to win the next general election.

She denied that the retreat was organised to address the Selangor crisis and Khalid's position.

547 suggest name for Najib’s pet kitten




(The Star) - “Wamay,” “Onemay”, “Rona” and “Rakyat” - these are some of the names suggested by Malaysians for the Prime Minister’s new pet kitten (picture above).
Following Datuk Seri Najib Tun Razak’s purchase of a Persian kitten during an exhibition on Wednesday, he invited the public to help him and his family name their new pet. The invitation was posted in his blog at www.1malaysia.com.my.
Najib had bought the orange and white Persian kitten for RM650 during the launch of the “Buy Malaysia” campaign. The call has attracted over 500 responses so far, with “1Malaysia” topping the list of the names suggested.
Many of the strange-sounding names are short-forms or variations of either the names of Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor or the Prime Minister’s national visions and policies.
One respondent, Nur Izzah Insyirah Hussin, called for the kitten to be named “Wamay” – a short form of Najib’s leadership slogan of 1Malaysia if it’s a male and Mamay meaning “Malaysia Malaysian” if it’s a female.
Another variation of 1Malaysia – Onemay – was coined by Azmah Iskandar, who shortened it even further to “One” or “Wan.” Housewife Kursiah Johar commented: “What a lucky cat ... in the hands of our Prime Minister. Call it Lucky then.”
Another respondent, Azroy, suggested “Melcindia” which is short for Melayu, Cina and India to signify the 1Malaysia spirit.
Amran reversed Najib’s name and suggested Bijan, which is a masculine Persian name. “Rakyat” was also suggested several times to signify that the Prime Minister takes care of the people’s interests.
Kamalanathan suggested “Rona,” which is a combination of Najib’s and Rosmah’s names. However, several commentators criticised the Prime Minister for allegedly indulging in the trivial pursuit of naming his pet instead of focusing on the country’s problems.
Others were concerned that Najib had chosen to buy a kitten instead of adopting one. “Why wasn’t adoption made a choice? There are thousands of homeless, stray cats out there. You could have set a good example and would have promoted adoption of strays,” said Nandhini Sivanna.
Another commentator, Riaz, agreed with Nandhini and called on Najib to adopt more cats to set an example to the people.
“Many animal shelters don’t have enough money or space to keep unwanted or abandoned kitties for long. Most times, these cats and kittens have to be put to sleep because no one wants to give them a home,” the writer said.

Khairy cuma penyibuk – Ibrahim....kah..kah Abe Him..!!

KOTA BHARU 26 Jun – “Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”
Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.
Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.
Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.
“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.
“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.
“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.
Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.
Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.
Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.
“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.
“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.
Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.
Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.
“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

'FELDA Bankrap': Umno bakar Suara Keadilan


Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.

Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.

Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Mohd Ali berkata tindakan mereka membakar Suara Keadilan merupakan kemuncak rasa tidak puas hati ahli akar umbi Umno.

"Tindakan itu wajar. Tidak ada sebab Umno tidak boleh bakar akhbar dia.

"Dulu dia bakar surat khabar orang, sekarang orang lain bakar surat khabar dia pula," katanya.

Mohd Ali berkata tindakan kerajaan mengheret akhbar tersebut ke muka pengadilan adalah tindakan yang " tepat" berbanding tindakan lain seperti menghantar memorandum bantahan.

Katanya, tarikh sesuai bagi mengambil tindakan undang-undang itu terpulanglah kepada pihak FELDA sendiri.

Penyertaan 40 Ulama Muda Dalam UMNO Satu Tamparan Hebat Bagi PAS


REMBAU: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti.
"Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan.
Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada Pas yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama.
Sementara itu, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau dan anggota Parlimen Rembau menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, sebagai 'gedebe politik'.
Katanya anggota Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.
Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak bangsa.
"Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya," katanya. - BERNAMA

UMNO Kelantan akur untuk terus jadi pembangkang lagi 20 tahun !!!

by MB Warrior


KOTA BAHARU, 27 Jun (Bernama) -- UMNO Kelantan menyifatkan kemelut dalaman UMNO Bahagian Rantau Panjang yang telah berlarutan hampir 20 tahun adalah serius dan perlu ditangani segera.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu mekanisme perlu dirancang bagaimana untuk menyelesaikan kemelut itu.


"Ini suatu peristiwa yang agak tidak menyenangkan dan keadaan di Rantau Panjang ini adalah serius yang sukar untuk kita tangani sejak 20 tahun dulu.

"Apa pun UMNO Kelantan akan cuba menanganinya segera walaupun sukar dan untuk itu satu pendekatan akan diambil bagi mengatasi sebarang masalah di situ," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan staf Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, pada Ahad.


ELOK !!!

MALAON- MALAON NI HARUS TERUS BERGADUH SAMPAI PRU 13 !!!

PERGADUHAN INI BAIK UNTUK RAKYAT !!!!

PERGADUHAN PATUT DITERUSKAN !!!


MELAYU 20% UMNO BERGADUH SESAMA SENDIRI !!!

DAH LA 20 % !!!

BERGADUH PULAK !!!


LEPAS TU SEBOK NAK AJAK MELAYU BERSATU !!!! KAH KAH KAH

KAMU SENDIRI MELAYU 20 % YANG TAK BERSATU !!!


KAMU SEBOK NAK AJAK MELAYU 40% BERSATU !!! KAH KAH KAH

PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

MELAYU BERTAMBAH KUAT !!!


PANGKAH UMNO KELANTAN !!!

PEMIMPIN BEREBUT JAWATAN !!!

Johor kubu kuat UMNO ?

by MB Warrior




UMNO itu sebenarnya bermimpi. Aku tidak pernah melihat Johor itu sebagai kubu kuat UMNO kalau di baca dari fakta dan angka.

Kalau baca ikut sentimen memang la orang UMNO akan cakap sampai kiamat pon mereka tidak akan kalah pilihanraya.KAH KAH KAH

Pada PRU 12 , kebanyakan undi Cina dan India tidak 'swing' kepada Pakatan Rakyat sebagaimana di negeri-negeri lain.Cina Johor nih maseh kuat dengan ke'MCA'an nya sebagaimana la kuat semangat ke'UMNO'an orang Johor. KAH KAH KAH


Makna Johor kubu kuat UMNO itu adalah maknanya ada 36 peratus penduduk Cina Johor itu sokong UMNO BN. Itu terjemahan kalau dari angka.

Tapi 36 % itu sudah pun digondol oleh Pakatan Rakyat. KAH KAH KAH

Jangan tanya aku. Tanya Chua Soi Lek mengapa. KAH KAH KAH

Johor ni kubu 'warlord' MCA.Semua dekat Johor dari Jui Meng , Soi Lek sampai la anak Soi Lek yang dapat jadi Timbalan Menteri yang buat Khairy berbulu. KAH KAH KAH

Jangalah orang UMNO Johor nak perasan sangat kata Johor kubu UMNO. Separuh kubu dah kena tobek dah !!! KAH KAH KAH

Bacaan politik aku adalah JOHOR MERUPAKAN NEGERI YANG PALING SENANG AKAN TUMBANG KE PAKATAN RAKYAT BERBANDING NEGERI LAIN !!!!!!!!!!!

UMNO Johor ni bukan nya kuat sangat pun.

Tunggu. Aku akan bongkar sikit demi sedikit apa hubungan UMNO Johor dan PAP Singapore menggadai tanah-tanah orang Melayu di Johor Bahru..............................

APA HUBUNGAN UMNO JOHOR DAN PAP ?????????????????

TUNGGU !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MAHU TERBELIAK MATA UMNO SELANGOR !!!!

 TENGOK KAWAN-KAWAN UMNO JOHOR LAGI

KENYANG MENYAMUN !!!!!


MEMANG LANGIT DENGAN BUMI KALAU NAK DIBANDING

DOSA UMNO SELANGOR KEPADA ORANG MELAYU

DENGAN DOSA UMNO JOHOR SEKONGKOL DENGAN PAP !!!!


ORANG NAMPAK SELANGOR NEGERI KAYA !!!!

ORANG NAMPAK SELANGOR LAGI KAYA DARI JOHOR !!!!

ORANG TAK NAMPAK YANG SINGAPURA JAUHHHHH LEBIH KAYA BERBANDING SELANGOR !!!!

KENYANG WOIIIIIIIIIIIIIIII UMNO JOHOR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!KAH KAH KAH


TUNGGU PENDEDAHAN BERAPI !!!!!!!!!!!!!!!!!

APA HUBUNGAN UMNO JOHOR DAN PAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TUNGGU ........................................................

pecahan penduduk mengikut kaum Selangor :

Melayu 52.9 %
Cina 27.8 %
India 13.3 %
Kaum lain 6 %


pecahan penduduk mengikut kaum Johor :

Melayu 51%
Cina 35.4%
India 6.9%
Kaum lain 6.6%



JOHOR MILIK PAKATAN RAKYAT !!!!

THE RICHEST STATE AFTER SELANGOR !!!!!!


JOHOR MILIK PAKATAN RAKYAT !!!

JOHOR MILIK PAKATAN RAKYAT !!!

JOHOR MILIK PAKATAN RAKYAT !!!

10 Bukti UMNO Selangor 'deadlock' !!!



UMNO Selangor sebenarnya tersalah main isu. Isu nak gantikan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor adalah satu perkara yang tidak masuk akal untuk diperbesarkan oleh UMNO.

Ini adalah kerana MB Selangor yang hendak diganti itu pun bukannya MB dari UMNO Selangor !!! KAH KAH KAH

Inilah masalah utama UMNO Selangor , HILANG PUNCA !

Aku akan senaraikan 10 'deadlock' UMNO Selangor yang memberi indikasi PRU 13 memang UMNO Selangor akan lebih 'bungkus'.


1.Khir Toyo membuat kenyataan media dengan mengatakan ;

i. Kedudukan Tan Sri Khalid sebagai MB di Selangor adalah kuat dan kukuh !

ii.UMNO Selangor masih lagi lemah !

Mengapa dia membuat kenyataan demikian ?

Ini adalah kerana mainan politik peribadi Khir Toyo.Dia tahu bukan dia calon MB Selangor kalau UMNO Selangor menang.Dia juga tahu nasebnya dalam organisasi UMNO Selangor sudah habis sejak Noh Omar jadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri.

Jadi Khir Toyo got nothing to lose. Apa yang dia boleh buat adalah untuk menambahkan saja lagi keparahan UMNO Selangor disebabkan dendam nya pada kepimpinan UMNO !

2.Ezam di 'mati' kan langkahnya dalam politik Selangor , di peringkat federal pon dia gagal untuk membantu UMNO , di peringkat negeri pon dia gagal untuk bantu UMNO Selangor.
Memang ini sudah dijangka , ini bukan masalah Ezam sudah tidak ada modal berpolitik , cuma manusia macam Ezam ini memang kalau boleh akan di'block' sehabis baik oleh orang lama UMNO.

3.'Cai' dalam kepimpinan UMNO Selangor itu tak ada 'sun'. KAH KAH KAH
Masing-masing pegang jawatan baru , tetapi berlagak gaya ala politik lama !!!

4.Rata-rata akar umbi UMNO Selangor bukan Pejuang Rakyat tetapi Pejuang Projek , jadi apa-apa tindak tanduk mesti berpaksi wang ringgit semata-mata.Jadi kalau tidak ada peruntukan program , memang haram la nak buat. Mentaliti ini bukan mudah untuk dihakis , memang pimpinan UMNO sendiri dah ajar akar umbi macam ni. Kena bagi duit baru bergerak.Nanti kalau kalah Federal , tak tahu la aku apa naseb UMNO nih. KAH KAH

5.Kepimpinan UMNO Selangor sendiri miskin dengan idealisma.Begitu juga PEMUDA negeri. Suhaimi Doraemon ? Ini makhluk pelik dari planet Marikh nih. KAH KAH KAH
Aku tak nak kupas apa idealisma dan apa yang boleh dilaksana , kalau aku bagitahu elok aku je jadi Ketua Pemuda Negeri. KAH KAH KAH

6.Aku tak pernah dengar ada program untuk bawak semua kepimpinan negeri ke Janda Baik. Khas untuk pimpinan UMNO Selangor jek. Tak gitu ? Pegi sana , muhasabah diri balik. Pegi belajar nak main politik baru.Takpela tak dapat main golf dalam 2,3 hari dekat Janda Baik tu. KAH KAH KAH

7.UMNO Selangor belum lagi menerima hakikat yang mereka itu Pembangkang !! KAH KAH KAH . Baru kamu tahu ! Ingat senang ke jadi Pembangkang ? Baru jadi Pembangkang Negeri dah kelam kabut. Siap sedia la , PRU 13 kamu jadi Pembangkang Federal .KAH KAH KAH

8.UMNO Selangor banyak sangat kutip 'sampah sarap' dari PKR. KAH KAH KAH
Ini strategi bangang.'Sampah sarap' ni satu masa nanti akan 'makan' kamu balik.Percayalah.
Kita tunggu dan lihat.Pelacur-pelacur parti politik ini anytime sahaja akan menyokong atau mengkhianati kamu. KAH KAH KAH

9.'Sampah sarap' UMNO Selangor ini banyak membocorkan informasi pada psy war Pakatan Rakyat membuatkan keje-keje menyerang lebih mudah.KAH KAH KAH

10.Punca utama UMNO Selangor 'deadlock' adalah sebab Khir Toyo belum lagi dihukum dengan berpuluh kes rasuah SPRM .Semua rakyat Selangor tunggu itu.Selagi Khir Toyo belum dihukum disebabkan dosanya di bumi Selangor ,

JANGAN HARAP UMNO SELANGOR NAK MENANG !!!! KAH KAH KAH

KITA TUNGGU PRU 18 !!!!!!!!

PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!!

ADA SELCAT TELUS DAN CEPAT !!!


PANGKAH BARISAN NASIONAL !!!

MCA MENYAMUN TANAH PON TAK DIPERSOAL !!!
by MB Warrior

Fatwa Baru Ratu Hadhari : Mashitah

Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat
Dari Harian Metro

SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.

Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.

Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.

NWM
Kulim, Kedah


Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

Harian Metro

Rasulullah s.a.w bersabda:

akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

-hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


oleh Jil Fityan

Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi


Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

"Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor.

"Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu.

Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor.

"Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman.

Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan.

"Mana (pemimpin) Umno negeri, (mana) hulubalang kita, kerana mereka mahu mengembang sayap Pakatan Rakyat.

"Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya.

Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya.

Beliau mempertikaikan perkara itu kerana menurutnya kepimpinan Umno bahagian itu sendiri jarang membuat majlis penerangan kepada akar umbi.

"Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail.

PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid


Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugasnya sebagai menteri besar negeri itu.

UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang


REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.
Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan.
"Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.
Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.
"Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.
"Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.
"Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan Umno Bahagian tersebut. - BERNAMA

Take a hike, PKR

ONCE again we hear of trouble, turbulence and turmoil in a political party that talks every other day about taking over the government in the next general elections. We will tolerate their nonsense no more. Yes, even if it means throwing out the baby with the bath water!
Please, please PKR stop pushing your fanciful dreams about occupying Putrajaya when you are in such a pathetic and pitiful state with your prima donna politicians parading their shameless petty and puerile politics in public.
As a party you have become laughable, and as RPK predicts you could be facing your last days! Your political representatives are resting on their laurels and the increasing number of loudmouths and loose cannons are just longing to blast the party into oblivion!
Your endless intra-party squabbles, spats and skirmishes and splintered groups sicken those of us who once supported, voted and stood steadfastly by you. The strong and solid support many of us showed you have now turned into scorn.
Enough of your hypocrisy!
We are fed up of your internal feuding and festering that has resulted in a fragile and faltering coalition and a farcical government-in-waiting! Your foolhardy ways will only be a fast-forward to your self-destruction. All Umno needs to do is gleefully watch you finish off each other!
We are tired of your MPs and assemblymen's threats to resign, their taunts to one another to quit and their theatrics and tantrums to be turncoats. Truly, we have never seen such a dysfunctional horde of politicians! We will not take any of you seriously nor treat the party with respect anymore!
We have had enough of your high-browed haughty leaders who hurl accusations and insults and humiliate one another and members of the coalition. Enough of your hypocrisy! You cannot get your own house in order and yet have high hopes about controlling Parliament House! Take a hike, PKR!
Your disunity is disgusting. Your politicians delight in washing dirty linen and in denigrating each other in public. They are an absolute disgrace. Please have some dignity and decency, and dismiss yourselves. You do not deserve our confidence.
Your politicians are made up mainly of clowns who crap, crow, clamor for and cry aloud about change but cling on to their political charades, chicanery, claptrap and conspiracies, instead of collaborating at all costs in your professed commitment to bring about concrete change.
We are not interested in the reasons and root causes of your grievances against each other. Two years and more after the last general election and you are still unable to get your act together. Yet you make grand claims of being ready to govern this nation. Get real, PKR!
Spare us your excuses
At times you look like a bunch of incompetent idiots, no different from the several insolent imposters who chose to insult our intelligence by leaving the party to be independent of party discipline and the wishes of the people in the last general election, out of purely selfish interests and greed.
anwar-azmin-aliPlease spare us your excuses. The manipulative mainstream media and the maneuvering of key institutions of democracy by a desperate malevolent Umno are to be expected. But at the end of the day your erratic, eccentric and egoistic representatives are to be blamed. Enough is enough!
Instead of translating into reality the promise of a "revolution in the (country's) political culture" you "reward" the rakyat with your never-ending rumblings, rancor, political roguery and now a "rebellion" in Selangor by your MPs. Is this what "reformasi" amounts to? Sheer "rubbish"!
Yes, go for your weekend retreat PKR leaders. I hope you will prove me and many others wrong but my guess is that you will still be a party weak, wavering, wobbling, wandering and wanting to do each other in...as you chart your way into political wilderness!
The road to Putrajaya requires stomach, stamina, synergy, solidarity and the sacrifice of personal agendas for the larger national agenda. Sadly, this journey has been stymied by your somnolent, selfish, self-centered and supercilious political representatives, whom Bolehland can do well without.

Fuziah: Tiada penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor

yb fauziah1 Oleh Qayum Rahman
Persidangan ‘Retreat’ PKR hari ini tidak memberi penekanan khas berkaitan pentadbiran negeri Selangor dan lebih memfokus kepada 3 aspek utama iaitu pengukuhan parti, penekanan aspek penerangan dan perbincangan memenangi pilihan raya akan datang.
Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Fuziah Salleh berkata, sememangnya pimpinan pusat ada menyentuh mengenai pentadbiran kerajaan negeri selangor tetapi hanya bercakap tentang konsep dan prinsip merangkumi seluruh negeri Pakatan Rakyat(PR) di negara ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai negeri selangor dan negeri PR yang lain adalah mengenai arah dan hala tuju strategi negeri untuk memperbaiki kelemahan supaya terus menguasai pentabiran kelak.
Fuziah berkata, isu lebih penting yang harus dibincang adalah memperkukuhkan selangor untuk bersama-sama negeri pakatan melonjak menakluki putrajaya pada pilihan raya ke 13 ini.
Beliau juga menyatakan isu menjatuhkan Tan Sri Abdul khalid Ibrahim adalah tidak wujud dan hanya mainan politik media yang kekurangan bahan untuk dipaparkan.
"Saya rasa tidak wujud 15 MP yang diperkatakan, dan ia hanyalah fitnah untuk merosakan pentadbiran PKR dan hanya untuk menarik perhatian umum.
"Kalau kita nak bezakan negeri Selongor, selangor sekarang ini berlipat kali ganda lebih baik berbanding negeri selangor di bawah pimpinan BN terdahulu.kita sendiri boleh menilainya.
"Saya menganggap bahawa perkara yang berlaku adalah propaganda dari BN yang ingin mewujudkan imej buruk kepada menteri besar bagi mengganggu pentadbiran beliau," katanya yang hadir di mesyuarat Pemukiman PKR di Quality Hotel hari ini.
Tambah beliau, pimpinan parti PKR langsung tidak mengetahui sebarang provokasi untuk menjatuhkan menteri besar Selangor yang dipermainkan oleh media dan menganggapkan kenyataan tersebut hanyalah satu kenyataan tidak benar.
"Jika benar wujud perkara sedemikian, pimpinan parti akan dapat membincangkan perkara tersebut dengan segera untuk mencari jalan penyelesaian.
"Khalid telah menyatakan bahawa akan mencari perubahan baru terhadap pentadbiran negeri selangor semasa kongres pakatan baru-baru ini.
"Berilah Khalid masa untuk memperkemaskan lagi pentadbiran selangor dan bukannya mencari kesilapan yang keterlaluan menyebabkan beliau akan tertekan,"jelasnya.

PKR perlu sedia pengganti seperti Anwar

Nordin Mahmood Oleh Qayum Rahman
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu menyediakan pelapis baru yang mempunyai ciri-ciri terbaik seperti Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memperjuangkan parti di masa akan datang.
Ahli mAJLIS Pimpinan Pusat(mpp)  PKR Nordin Mahmood berkata, ciri-ciri pemimpin yang mempunyai latar belakang seperti Anwar sukar dicari ganti tetapi PKR tetap perlu menyediakan pengganti baru dari golongan belia agar menguasai negara dalam agenda perjuangan parti yang sama.

"Di masa akan datang, siapakah pelapis muda yang mampu memperjuangkan parti seperti  Anwar dan adakah PKR akan mampu bertahan selepas golongan seperti kami tidak wujud lagi.
"PKR perlu menyediakan platform kepada golongan belia yang mempunyai visi kekuatan seperti Anwar supaya PKR akan sentiasa kukuh menjelang 20 ke 30 tahun akan datang," katanya ketika ditemui di majlis pemukiman (retreat) parti di sini semalam.
Nordin berkata, perjuangan yang dibawa  Anwar dengan ciri kepimpinan dan ciri keagaaman perlu diterap kepada golongan muda sekarang agar tidak dikaburi oleh parti lain.
Tambah beliau, jika wujudnya pelapis pengganti seperti Anwar, golongan tersebut akan mampu mempertahankan parti yang telah diperjuangkan sejak bertahun yang lalu.
"Pimpinan pusat PKR yang sedia ada perlu mengetengahkan golongan muda supaya mendapat dorongan untuk bersama memperkukuhkan kedudukan parti.
"PKR harus menarik perhatian majoriti golongan muda yang akan menguasai pimpinan negara dimasa akan datang supaya memilih PKR mahupun Pakatan Rakyat sebagai parti pilihan mereka," katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas golongan muda yang dimaksudkan tetapi menyatakan didalam PKR pada masa ini memang terdapat barisan muda yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan keberanian seperti Anwar.

Ku Li Sedia Jadi Saksi Kelantan Di Mahkamah


GUA MUSANG: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau sedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.
Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai latarbelakang isu berkenaan berikutan pernah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuh Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.
"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini.
Sebelum ini, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.
Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada Kelantan.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak. - BERNAMA

Judi: Himpunan 3 Julai diteruskan

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan keputusan kerajaan membantah judi sebagai keputusan Jemaah Menteri, bukan keputusan melibatkan Majlis Tertinggi Umno semata-mata.
Pengerusinya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, GMJ bersyukur dan menyambut baik keputusan berkenaan namun ianya mesti diumumkan secara jelas kepada rakyat bahawa ianya merupakan keputusan kerajaan Barisan Nasional.
"Kita menerima keputusan ini dengan menyatakan bahawa ia tetap perlu dilontarkan atau diumumkan daripada keputusan jemaah menteri, bukan daripada keputusan satu parti politik (Barisan Nasional) sahaja" katanya pada sidang media di Rumah Pena, di ibu negara hari ini.
Azmi juga menegaskan, GMJ tidak akan dimansuhkan begitu sahaja walaupun kerajaan menarik balik pemberian lesen judi, sebaliknya akan meneruskan kempen membantah judi secara berpanjangan.
Ini kerana, ujarnya keputusan menarik balik lesen judi itu hanyalah keputusan kecil sahaja sedangkan industri membabitkan perjudian sedang berkembang pesat di negara ini.
"GMJ akan berterusan secara berpanjangan kerana keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hanya sebahagian daripada isu judi dan industri judi yang sangat besar dan ini tidak bermakna tamat GMJ ini.
“GMJ akan diperkukuhkan di peringkat kebangsaan dan di peringkat negeri dan kita akan lanjutkan kempen dengan lebih agresif supaya hasrat dan matlamat kita tercapai," katanya lagi.
Dalam pada itu, GMJ akan tidak akan membatalkan perhimpunan pada 3 Julai ini, cuma ianya tidak disertakan dengan perarakan bagi menyerahkan memorandum ke Istana Negara.
Azmi memberitahu, perhimpunan akan tetap diadakan di Masjid Negara dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat dan disusuli dengan ucapan daripada wakil-wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah judi.
Perhimpunan itu dinamakan Himpunan Tak Nak Judi sebagai tanda bantahan rakyat pelbagai kaum terhadap segala jenis judi.
"Kita telah buat keputusan hari ini bahawa perhimpunan 3 Julai ini akan diteruskan kerana berpandangan negara harus diselamatkan daripada judi.
"Kita tidak akan berarak tapi akan berhimpun di pekarangan Masjid Negara selepas solat Zuhur dan solat hajat agar negara kita terselamat daripada musibah akibat judi. Pimpinan parti politik dan wakil NGO akan berucap dan kita sasarkan 10 ribu rakyat untuk hadir," katanya.
Menurutnya juga, semua parti politik termasuk Umno sendiri dialu-alukan untuk menyertai himpunan itu.
Sementara itu, jurucakap Sekretariat Wanita PR Membantah Judi (Sendi), Salbiah Abdul Wahab melahirkan rasa lega dengan keputusan itu kerana ianya sedikit sebanyak mengurangkan tekanan kepada wanita-wanita yang mempunyai suami kaki judi.
"Kami bagi pihak wanita sedikit lega dengan keputusan ini kerana bagi mereka yang mempunyai suami yang kuat berjudi, sekurang-kurangnya aktiviti perjudian dapat dikurangkan atau dihentikan apabila tiada lesen judi dikeluarkan. Jika tidak wanita dan anak-amak terpaksa menanggung kesan akibat suami dan ayah yang menghabiskan wang untuk berjudi," katanya yang juga Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat.
Turut bersama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi GMJ, Rahimi Abdul Rahim daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, bendahari, Nahar Md Nor daripada Jemaah Islam Malaysia (Jim) dan wakil-wakil NGO yang lain.

Rumusan Pemukiman KEADILAN Sediakan Parti Hadapi PRU-13

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 27 Jun -  Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya berkata semua rumusan daripada perbincangan di dalam program pemukiman parti yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan bersidang petang ini dijangka menyediakan tapak kukuh bagi parti menghadapi pilihan raya umum ke 13 kelak.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka menghadiri mesyuarat tersebut sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa ketidakhadiran beliau pada program pemukiman dua hari itu disebabkan masalah dalaman.
Latheefa menjelaskan Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor sibuk dengan pelbagai program anjuran kerajaan negeri.
Beliau menjelaskan program 'retreat' ini tidak ada kena mengena dengan keputusan yang melibatkannya, bahkan Khalid sendiri akan hadir dalam mesyuarat
Majlis Pimpinan Pusat yang akan diadakan petang ini.
"'Retreat' ini adalah program pemantapan parti peringkat pusat. Jadi, untuk negeri Selangor, pimpinan KEADILAN negeri tersebut akan tentukan formula mereka sendiri. Sebab itu kita sebut program ini adalah 'retreat'. Rumusan secara keseluruhan, kita akan maklumkan selepas mesyuarat petang ini.
"Antara dapatan yang diperolehi sepanjang sesi perbincangan yang boleh boleh dirumuskan, adalah berkenaan kaedah penerangan, pemantapan organisasi parti dan formula kemenangan dalam pilihanraya umum ke-13," kata beliau kepada media pada sesi rehat tengahari  tadi.
Beliau memaklumkan bahawa dalam bengkel kursus ini, setiap peserta 'retreat" dipecahkan kepada sembilan buah kumpulan kecil yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majis Pimpinan Pusat.
Mereka ditugaskan untuk merumuskan perbincangan dan kembali semula ke dalam mesyuarat bagi membentangkan kertas kerja kumpulan masing-masing.
Ketika ditanya mengenai persoalan dan permasalahan yang dibangkitkan dalam sesi tersebut yang disambung hari ini, Latheefa memaklumkan banyak perkara yang diutarakan dan ada sebahagiannya merupakan idea yang baru.
Dalam sesi mesyuarat petang ini, setiap ahli  dibenarkan untuk mengkritik, dan memberikan pandangan konkrit masing-masing terhadap setiap pembentangan kertas kerja.

Pakatan Rakyat Yakin Tawan Negeri Sembilan Pada PRU-13

Oleh Faizal Ezzany
SEREMBAN 27 Jun - Konvesyen Pakatan Rakyat yang julung kalinya diadakan di Negeri Sembilan merupakan satu wadah dalam usaha meningkatkan perhubungan antara parti di dalam gagasan itu serta memupuk semangat perjuangan tanpa batas sempadan bagi persediaan mengambil pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas dalam ucapan aluannya pada perasmian konvensyen berkata tujuan ia diadakan adalah untuk mengeratkan semangat perpaduan, setiakawan dan ukhwah antara pimpinan Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi yang berbilang kaum.
"Mari kita lupakan apa jua perbezaan, kita bersatu di bawah satu pakatan yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mengubah arena politik dominasi kerajaan terkini yang masih dikuasai oleh satu kaum sahaja.
"Pakatan Rakyat Negeri Sembalan kini bertambah mantap, kesederhanaan sikap pemimpin setiap parti menjadi tunjang kepada keakraban dan ini memudahkan setiap perbincangan dan mencari titik persamaan.
"Dimana-mana program rakyat, ketiga-tiga pemimpin parti akan turun bersama berganding tangan bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.  Oleh yang demikian tidak menghairankan di mana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat kini menerima pertambahan anggota parti secara mendadak dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membanggakan serta mencerminkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan," kata beliau di hadapan lebih 300 perwakilan pagi tadi.
Beliau berasa yakin Pakatan Rakyat akan berjaya di dalam usaha untuk menawan mengambil alih kerajaan negeri Negeri Sembilan dan seterusnya melangkah ke Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.
"Namun begitu, kita jangan alpa di dalam situasi sebegini pemimpin disemua parti dan peringkat harus bekerjasama dengan lebih erat lagi di dalam memenangi hati rakyat majmuk.
"Kita juga harus memastikan jentera parti sehingga ke peringkat akar umbi diperkukuhkan dan ini bukan sahaja dari segi meramaikan petugas bahkan perlu menyediakan sistem pengurusan yang baik serta sistem pentadbiran parti yang cekap," tegas Kamarul lagi.
Kamarul berharap gerak kerja pendaftaran pemilih baru dan jentera pilihan raya hendaklah diperhebatkan terutamanya kepada anggota parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Beliau juga yakin konvesyen kali ini akan terus mendapat respons yang baik dari rakyat selain memastikan hayat politik Barisan Nasional adalah yang terakhir pada kali ini.

Retreat PKR berakhir tanpa sentuh ‘nasib’ MB Selangor

SHAH ALAM, 27 Jun — Retreat dua hari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir hari ini tidak membangkitkan secara langsung mengenai kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi hanya menyentuh soal kelemahan penerangan PKR terutamanya di Selangor. PKR mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat petang ini selepas retreat berakhir tengah hari tadi.
Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor, yang disebut-sebut menjadi sasaran digulingkan kepimpinan oleh 15 Ahli Parlimen parti itu, tidak menghadiri retreat yang bermula petang semalam.
Beliau yang tiba tengah hari ini tidak menemui wartawan.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, kepimpinan Khalid tidak dibangkitkan dalam retreat itu cuma membincangkan mengenai kelemahan penerangan di negeri Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Untuk memperkukuhkan serta memantapkan parti kita perlu meningkatkan soal penerangan parti kerana ia masih lagi lemah.
“Jadi dari segi organisasi soal penerangan ini memang perlu dipertingkatkan di semua kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Jika penerangan lemah sukar untuk kita bekerjasama, jadi ia perlu diperbaiki dan dipertingkatkan,” kata beliau ketika ditemui selepas retreat PKR dekat sini.
Beliau berkata penerangan dan penglibatan anggota parti di peringkat cabang dalam perhubungan negeri perlu dipertingkatkan.
“Ini kerana anggota peringkat cabang perlu tahu apa perhubungan negeri buat begitu juga sebaliknya.
“Jadi semua kepimpinan parti perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki keadaan di Selangor.
“Ini kerana apa yang merisaukan adalah kerajaan yang kita menang tidak menunjukkan kekuatan dan kegagahan kita, apabila bercakap mengenai Selangor parti tertinggal di belakang,” katanya.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata bukan Khalid seorang sahaja yang bertanggungjawab dalam persoalan ini tetapi semua kepimpian parti patut bersama-sama untuk menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata sesi retreat itu membicangkan untuk memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Selangor.
“Kita tidak bincangkan secara terperinci mengenai pentadbiran Selangor.
“Isu yang paling penting adalah bagaimana untuk memperkukuhkan prestasi negeri Pakatan Rakyat yang mana Selangor merupakan sebahagian daripadanya,” katanya.
Beliau berkata retreat itu turut menyentuh soal konsep, prinsip, hala tuju dan strategi yang mana setiap kelemahan dan kekuatan perlu diambil kira.
“Resolusi hari adalah mengenai aspek pengukuhan parti, penerangan dan formula kemenangan.
“Semuanya telah dikupas dengan mendalam hari ini dan akhirnya kita berjaya merangka satu kerangka ke Putrajaya.
“Kita juga membincangkan mengenai kelemahan dan kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat yang mana Selangor adalah sebahagian daripadanya,” katanya.
Difahamkan sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata Khalid juga telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran selepas ditegur ketika kongres parti itu.
“Beliau (Khalid) telah menunjukkan perubahan dalam sistem pentadbiran dengan mengemaskini penerangan Selangor.
“Selain itu beberapa tindakan lain sudah diambil Khalid bagi mengemaskini sistem pentadbiran negeri,” katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan wujudnnya konpirasi untuk menjatuhkan Khalid.
“Apabila ditanya mengenai konspirasi itu saya sendiri pening kepala memikirkan siapa 15 ahli parlimen itu.
“Saya percaya media yang memulakannya, ia satu dakwaan yang tidak berasas,” katanya.

UMNO Tunjuk Hero

Umno bahagian Kota Raja hari ini mengadakan majlis membakar akhbar organ PKR Suara Keadilan yang terbaru ekoran laporannya mendakwa Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) bankrap.

Majlis itu diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam di perkarangan Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang pada jam 1.40 petang.

Turut membakar akhbar tersebut adalah ketua bahagian itu Kamaruzzaman Johari dan ketua penerangannya Datuk Razak Dawood.

Upacara tersebut turut disaksikan kira-kira 50 perwakilan yang hadir sambil diiringi dengan laungan "hancur PKR" beberapa kali.

Ahli jawatankuasa biro penerangan bahagian, Wan Indera Putera Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, acara itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada tindakan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman akhbar itu.

Wan Indera Putera berkata Suara Keadilan jelas menipu dan memfitnah dalam laporannya.

Sementara itu, Mohd Ali dalam ucapannya sewaktu merasmikan mesyuarat agung tahunan Kota Raja berkata tuduhan akhbar PKR itu adalah "tidak berasas dan mengelirukan rakyat jelata".

"Sehubungan itu saya menyokong tindakan FELDA mengambil tindakan (saman) terhadap PKR dan kepada akhbar tersebut," katanya.

p/s

UMNO tidak sedar ke yang utusan, berita harian tu pun kaki kencing. Selalu saja kena saman sebab sudah tidak ada isu. Jangan cuba jadi hero dikalapemimpin mereka sendiri yang mengkhianati amanah rakyat. Hari ini mereka menjadi jaguh bakar akhbar. Mungkin sebelum ini merekalah yang membakar bendera Malaysia yang pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.

GMJ anjur Himpunan Tak Nak Judi, luaskan desakan mansuh judi

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Susulan keputusan kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mengadakan Himpunan Tak Nak Judi pada 3 Julai ini bagi memperluaskan usaha bagi mendesak pihak berkuasa memansuhkan judi-judi lain.
Sempena Himpunan Tak Nak Judi ini GMJ akan melancarkan kempen bagi tujuan tersebut.
Himpunan Tak Nak Judi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada tarikh itu bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun GMJ mengubah rancangan ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.
“Dalam mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk membatalkan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan dengan Himpunan Tan Nak Judi bagi memperluaskan usaha kita mendesak kerajaan memansuhkan judi-judi lain, yang banyak jumlahnya pada masa sekarang,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat ketika dihubungi hari ini.
Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS memberitahu, dalam kempen yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini GMJ akan meminta kerajaan memansuhkan judi-judi lain secara berperingkat-peringkat dengan mendidik orang ramai.
“Kami akan memberi satu tempoh kepada kerajaan supaya memansuhkan judi-judi lain... jika usaha itu tidak berjaya baru kami akan menetapkan sama ada perlu atau tidak mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh yang akan ditetapkan oleh pihaknya agar kerajaan memansuhkan judi-judi lain.
Ketika ditanya sama ada GMJ menyambut baik keputusan Najib kelmarin, Suhaizan memberitahu, ia bukan soal menyambut baik ataupun sebaliknya kerana pihak berkuasa sudah wajar menarik balik  kelulusan untuk lesen judi sukan.
“Sebab sebahagian besar rakyat membantah dan menjadi tugas kerajaan membatalkan keputusan memberi lesen judi,” katanya.
Beliau mendakwa usaha terbaru ini turut mendapat sokongan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan.
Pada Rabu lalu, GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.
GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.
Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.