Khamis, 24 Jun 2010

Jom Betting Tarikh Pilihanraya.. ada berani..??

oleh AnakKedah


http://1.bp.blogspot.com/_snvxpmtrq20/TCK4MuguhAI/AAAAAAAAEcc/QfgslQwf1XA/s1600/kartun+fb+baru.gif
Tarikh Keramat yang tak diketahui oleh sesiapa pon diatas muka bumi ini kecuali seorang manusia bernama PM Malaysia... kata demokrasi tapi main sembunyi tiang gol... bawak bola dari tengah tup-tup mai depan kotak panalti tiang gol tak ada lagi.. bila tanya mana tiang gol depa kata.. Tuan Rumah belom ready nak pasang lagi.. hangpa bawak la dulu bola pusing2 kot tengah tuuu.. nanti dapat ilham nak letak kami letak laa.. he he he

Asri, 100 Ulama Diminta Tolak Sertai Umno Yang Rosak


Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 24 Jun - Kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat jika bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta 100 ulama yang lain dikatakan akan menyertai Umno pada Jumaat ini.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata Asri dan ulama lain perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menyertai sebuah parti yang rosak seperti Umno.
"Secara dasar ia tidak pernah mengugat kedudukan Pakatan Rakyat dan kita tidak risau kemasukan mereka, apa yang pasti persepsi ulama akan terjejas.
"Saya hairan bagaimana mereka yang mempunyai pengetahuan dalam agama mempunyai hasrat untuk menyertai Umno sebuah parti yang rosak dan tidak mempunyai maruah.
"Kita melihat tindakan Umno dalam soal lesen judi sukan, mana ada tentangan yang dilakukan oleh pemimpin Umno malah ulama mereka pun mengambil pendekatan berdiam diri. Apa yang dah jadi, inilah konsep politik yang sudah rosak dan sukar untuk diperbaiki lagi.
"Saya berharap Asri atau ulama yang berhasrat untuk menyertai Umno pelu berfikir jauh dan jangan mengambil tindakan mendesak untuk menyertai mereka, banyak yang perlu difikikan. Sebagai golongan yang mempunyai ilmu dalam bidang agama, pendekatan yang perlu diambil ialah menegur Umno dan nyatakan pendirian bahawa judi itu haram dan kelulusan lesen tersebut adalah satu yang tidak wajar," kata beliau ketika ditemui di parlimen semalam.
Tambah Azmin, kalau ulama di dalam Umno tidak berani menegur maka mereka yang berpengalaman luas dalam soal agama perlu bangun menentang kemungkaran.
"Kita dalam Pakatan Rakyat memang menentang lesen judi tersebut, sekarang kita lihat ulama dalam Umno tidak berani untuk menegur ketua mereka disebabkan oleh kedudukan mereka dalam Umno mahupun kerajaan. Ulama yang ada serta tidak terlibat dengan parti perlu bangkit untuk menentang kelulusan tersebut.
"Ulama perlu berani untuk tegur Umno bukan menyertai mereka, kita melihat terlalu banyak kekangan yang diterima oleh ulama dalam usaha menegur kesilapan Umno.
"Dalam kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada sesiapa pun yang berani membuat teguran mengikut hukum Islam, begitu juga dalam soal judi sehinggakan mereka akan dikenakan tindakan jika membuat kenyataan. Sikap sebegini yang digunakan oleh Umno adalah bersikap kuku besi selain cuba menutup kesilapan yang dilakukan mereka," tambah beliau lagi.
Azmin juga mengatakan penglibatan mereka dalam Umno akan memberi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat menilai persepsi Asri dan ulama yang lain dalam peranan mereka untuk menegur Umno berhubung isu judi.
Jalan yang terbaik bagi mereka adalah terus berada dalam keadaan bebas tanpa menyertai mana-mana parti politik di negara ini.

Hasmy: Suhakam masih mahu kerajaan mansuh ISA

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pengerusi baru Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam meminta kerajaan memastikan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mematuhi prinsip hak asasi manusia berhubung hak orang tahanan untuk kebebasan peribadi dan hak mendapat perbicaraan adil.Orang tahanan juga berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3, 10 dan 11(1) Deklarasi Hak Asasi Universal 1948, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
“Suhakam telah secara konsisten menggesa pembubaran ISA dan digantikan dengan akta baru, penggubalan undang-undang baru yang menyeluruh dan tegas mengenai ancaman terhadap keselamatan negara yang sepatutnya selaras dengan pinsip hak asasi manusia,” katanya sambil menambah bahawa Suhakam mengalu-alukan langkah kerajaan meminda ISA.
Beliau berkata Suhakam bersetuju dengan penemuan awal dan saranan Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Tahanan Timbang Tara yang melawat Malaysia baru-baru ini.
Kumpulan itu, antara lain, menyarankan supaya kerajaan membubarkan atau meminda ISA dan tiga lagi undang-undang pencegahan iaitu Ordinan Darurat, Akta Dadah Berbahaya dan Akta Kediaman Terhad.
Panel itu turut mengadakan pertemuan dengan Suhakam.Hasmy berkata Suhakam mengalu-alukan saranan panel itu yang mahu kerajaan memperkukuh Suhakam selaras dengan Prinsip Paris dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan status “A” Suhakam yang diterima daripada Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa (ICC) Institusi Pemupukan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia yang berpejabat di Geneva, dikekalkan. – Bernama

Hadi Menuntut Di Universiti Wahabi .. Fitnah Yang Benar



Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...

Mengakui mendapat pendidikan di universiti Wahabi dan mendapat tajaaan 'biasiswa Wahabi', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu tidak menghalangnya daripada mempunya pandangan yang tersendiri dalam hal ehwan agama.

"Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.

"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri,"
jelasnya lagi seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Semasa mudanya Abdul Hadi pernah menuntut di sebuah universiti di Arab Saudi - negeri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabisme.

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).

Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya.

Ditemui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi, Abdul Hadi berkata cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda Barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.

Katanya, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.

"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda Barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. -mk

Ulasan GB

Presiden PAS, Ustadz Abdul Hadi Awang difitnah, dengan "fitnah yang benar".

Istilah "fitnah yang benar" pertama kali didengarkan kepada umum oleh Presiden PAS sendiri di Konvensyen Blogger PAS yang diadakan di markas PAS Taman Melewar beberapa bulan lalu.

Katanya: "Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat."

Namun Ustadz Abdul Hadi berkata lagi: "Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," tambahnya.

Bersandarkan kepada petikan di atas GB rumuskan begini untuk panduan para blogger:

"Fitnah terbagi dua, yang bohong dan yang benar. Yang bohong memang haram ditulis manakala fitnah yang benar bergantung kepada niat: niat baik atau niat jahat. Yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan."

Tinggalkan itu.

Kini, kembali kepada pokok persoalan: Ustadz Abdul Hadi belajar di universiti wahabi. Itu satu fitnah yang benar tetapi niat yang jahat mengkaitkan Abdul Hadi dengan JI.

Sementelah lagi, apakah semua yang belajar di universiti wahabi akan keluar sebagai graduan wahabi?

Jika demikian Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop yang memperolehi MBA dari Catholic University of Leuven, Belgium adalah graduan kristian kerana mendapat pendidikan dari universiti katolik?

Demikian penyebaran maklumat yang berniat jahat. Tetapi Ustadz Abdul Hadi kini menerima fitnah yang benar.

Di dalam satu komentar di dalam satu rencana yang dikeluarkan di kelab GB, GB telah ditanya dan GB telah menjawab.


Anonymous said...

Assalamualaikum saudara GB..sebelum ini anda banyak mengulas dan menghentam Tuan Guru Haji Hadi...saya nak tanya awak, hari ini Tuan Guru telah dituduh sebagai seorang pengganas adakah anda setuju dan terlalu gembira dengan tuduhan ini...

June 24, 2010 11:15 AM

GB said...
waalaikumussalam.

Baca dan renung kejadian itu di dalam satu kesatuan.. iaitu semuanya dari Allah s.w.t.. Setiap satu kejadian Allah s.w.t. tidak ada yang sia-sia.. Ayat manzurah adalah ayat yang jelas dan nyata untuk kaum yang berfikir.

Apa yang dilalui oleh Ustadz Abd Hadi adalah fitnah yang menimpa dirinya kerana sebelum ini fitnah telah menimpa PAS ekoran isu UG yg dibawanya.

UMNO begitu gembira untuk menyambut Abd Hadi ke persadanya tetapi Allah s.w.t. tidak mengizinkan hal itu berlaku lantaran itu Allah menggagalkan UG.

Kini UMNO masih berusaha, dengan langkah terakhir iitu "ugutan" dengan mengkaitkan Abdul Hadi dengan wahabi dan JI untuk memerangkapnya.

Dengan kekentalan imannya dan doa orang beriman juga insyaAllah Abdul Hadi akan berjaya melepas ujian getir tersebut.

Iktibar kepada golongan mukminin: jangan sesekali timbulkan fitnah kepada jemaah, kelak nanti fitnah akan menimpa dirimu pula!

June 24, 2010 12:41 PM


GB hanya ahli PAS biasa. Bukan ustadz bukan ulamak. Dibandingkan ilmu syariat Ustadz Abdul Hadi dengan GB macam langit dengan bumi bezanya. Takkan boleh GB melawannya. Tetapi, peduli apa itu semua kerana bagi GB, kebenaran (hakikat) itu lebih berhak untuk diikuti.

Dan jangan diabaikan hadith daripada Abu Hurairah ra ini:

Jihad paling afdal adalah bercakap benar.

Cadangan MB S'gor bangun Kg Baru dipersoal..kenapa..??? berapa masyukk...!!

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini mempersoal hasrat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ingin mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru meskipun kawasan itu tidak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata kenapa cadangan berkenaan yang menurut Khalid pernah dikemukakan 15 tahun lalu semasa menjadi ketua pengawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak dilaksanakan.

"Semua orang boleh nak buat macam-macam cadangan...tetapi untuk dilaksanakan bukan mudah. Kenapa dia (Khalid) tak kemukakan rancangan itu 15 tahun lalu kenapa sekarang, mungkin pada masa itu tidak ada sebab politik untuk dibangkitkan...," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kementerian di Putrajaya hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor itu berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada kerajaan pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.

Cadangan berkenaan dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.

Raja Nong Chik berkata, cadangan yang dikemukakan Khalid pada masa itu juga mungkin tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada masa sekarang.

"Kalau dia dah buat lebih awal segala cadangan mengenai perkara itu, tak payahlah kerajaan nak susah-susah sekarang...kenapa sekarang baru nak sibuk.

"Adalah lebih baik jika beliau tunaikan apa yang telah dijanjikan di Selangor dahulu kerana apa yang dia (Khalid) janjikan di Selangor pun belum ditunaikan," katanya.

Raja Nong Chik berkata tindakan untuk mengemukakan semula cadangan itu seolah-olah sengaja cuba untuk mengelirukan penduduk di Kampung Baru.

- Bernama 

PAS Desak Kerajaan Mohon Maaf

pic_islam KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendesak kerajaan, polis dan Zamihan Mat Zain memohon maaf kerana menuduh presidennya Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan Jemaah Islamiah (JI), yang didakwa sebagai rangkaian pengganas.
Zamihan ialah Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras,
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
Sambil mengutuk pihak berkuasa, ketua penerangannya Idris Ahmad berkata polis sepatutnya lebih tahu "daripada mencemari majlis taklimatnya dengan melempar tuduhan palsu."

"Kami mahu penjelasan dan kenyataan memohon maaf dari kerajaan dan polis.  Kami menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini yang telah mencemar nama baik parti, imej Hadi dan kredibilitinya.
"Ini merupakan satu tuduhan yang celaka dan PAS memandangkannya dengan serius," tambah beliau.
Menurut laporan, Zamihan membuat tuduhan dalam satu taklimat di ibu pejabat polis Bukit Aman bahawa Hadi, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim adalah pengganas.
"PAS melihat pertuduhan ini sebagai penipuan dan rekaan semata-mata bertujuan untuk menghina parti dan Hadi," kata Idris, menambah "ini bukanlah pertama kali."
Beliau berkata, perisik Mossad Israel tahun lalu, melabel Hadi sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel itu mengadakan perbincangan sulit dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi.
Pada 2007, presiden PAS itu memenangi kes terhadap akhbar British Daily Mirrior, yang bersetuju untuk menyatakan permohonan maaf terhadap Hadi di depan Mahkamah Tinggi dalam Mahkamah Keadilan Diraja.
Akhbar itu diseret ke mahkamah kerana menerbitkan foto dan laporan mengaitkan Hadi dengan Al-Qaeda.

JAKIM siasat ‘dalang’ kait ulama’ dengan pengganas

Oleh Jamilah Kamarudin
JAMIL KHIR BAHAROM PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan akan menyiasat ‘dalang’ yang mencetuskan salah faham dengan mengaitkan beberapa tokoh agama dan pemimpin negara dengan ancaman pengganas Jemaah Islamiah (JI) serta fahaman Wahabi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi melakukan pemantauan penuh terhadap isu ini.

"Isu ini sudah pun berada dalam penelitian KDN dan kita di Jakim akan selalu memantau perkembangan ini sehingga satu laporan siasatan penuh akan disiapkan.
"Saya memerlukan gambaran keseluruhan yang sebenarnya kerana isu ini hangat ditimbulkan dalam portal berita dan bukannya secara rasmi. Jadi kita akan usaha untuk mendapatkan laporan lengkap tidak lama lagi," katanya selepas merasmikan Majlis Semarak Bersama Wira Gaza di sini hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin yang mengaitkan pemikiran bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin selari dengan fahaman Wahabi, Jamil turut memberi
amaran kepada semua pihak agar tidak lagi menimbulkan isu mengaitkan ulama’ dengan pengganas.
"Kita menolak keganasan JI, tetapi dengan mengaitkan kumpulan pengganas dengan ulama’, ini adalah tidak wajar sama sekali.
"Pihak polis ada maklumat. Saya nasihatkan orang awam agar jangan ambil pendekatan sendiri dan jangan labelkan golongan tertentu sebagai pengganas. Kita perlu ada sumber rasmi daripada KDN," katanya.
Zamihan semasa pembentangan kertas kerja berhubung "pengganas agama" minggu lalu mendakwa Dr Asri mempunyai pemikiran yang sama dengan Wahabi berdasarkan analisis beliau terhadap hasil tulisan Dr Asri melalui sebuah buku "Bid’ah Hasanah" yang
diterbitkan beberapa tahun lalu.
Dalam ulasan mengenai buku itu, Zamihan menyatakan pandangannya Dr Asri yang menyamakan (sambutan) Maulud Nabi dengan amalan orang Kristian merupakan pandangan yang “keras”, dan jika tidak dibendung boleh menjurus ke arah pendekatan “radikal” di negara ini.
Selain Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mufti negeri Perlis Dr Juanda Jaya sebelum ini juga turut dikaitkan dengan ‘lingkaran’ keganasan.

Dedahkan Maklumat Terperinci! – Azmin

tanjong-pagar-railway-station-pictures-11 Isu tanah KTMB di Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini didesak supaya mendedahkan maklumat terperinci kepada Parlimen berhubung "cadangan khusus" Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengenai pertukaran tanah sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
Bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa Malaysia akan mencapai kata sepakat dengan Singapura menjelang September, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata,

"Adalah pelik apabila Singapura bersetuju dengan Malaysia berhubung beberapa perkara yang selama ini menjadi pertikaian jika Singapura tidak memperolehi apa yang mereka mahu."
"Kita prihatin bagaimana sesuatu isu yang berlarutan sekian lama boleh secara tiba-tiba diselesaikan dalam tempuh tiga bulan.  Ini sangat membimbangkan," tambahnya.
Dilaporkan Najib dan Lee mengadakan mesyuarat selama 45 minit dan bersetuju untuk mencapai kata sepakat mengenai tanah Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Singapura dalam tempuh tiga bulan.
Najib berkata Lee telah mengemukakan "cadangan khusus untuk tawaran pertukaran tanah" dan Malaysia akan "mengkajinya secara terperinci."
Najib bagaimanapun, tidak mendedahkan isi cadangan itu.
Penubuhan syarikat usahasama
Bulan sudah, kedua-dua negara bersetuju untuk memindah stesyen keretapi KTMB Tanjung Pagar ke Woodlands dan bersama-sama memajukan tanah KTMB di Singapura itu untuk memaksimumkan potensinya.
Kedua-dua pemimpin itu bersetuju untuk menubuhkan syarikat usahasama Malaysia-Singapore iaitu M-S Pte Ltd, sebelum 31 Disember ini untuk memajukan tanah yang dikosongkan oleh KTMB.
Khazanah Nasional Bhd dicadangkan memiliki 60% ekuiti manakala syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings memegang baki 40% ekuiti.
Tanah KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands dan tiga bidang tanah di Bukit Timah, yang kesemuanya seluas 271 ekar, akan diserapkan ke dalam syarikat usahasama itu untuk tujuan pembangunan bersama.
Tanah KTMB yang telah dibangunkan nanti, akan ditukar ganti, berdasarkan nilai beberapa bidang tanah di Marina South dan Ophir Rochor di Singapura.
Jangan ulangi kesilapan serah blok minyak
Ketika mengajukan beberapa soalan, Azmin berkata, "kami ingin tahu jika persetujuan sudah muktamad dan jika demikian, apa isi kandungan perjanjian itu? Apa yang kita serahkan sebenarnya dan kenapa dalam keadaan yang tergesa-gesa?
"Kami hendak tahu apa maklumat terperinci yang telah dicapai sebab kita tidak mahu insiden kehilangan blok minyak L & M di Sarawak kepada Brunei berulang kembali," tambahnya.
Beliau berkata, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga meminta perjanjian Malaysia-Singapura dibawa ke parlimen dan dibincangkan sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.
Merujuk kepada kejadian masa lampau apabila bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membuat perbicangan sulit dengan Singapura tanpa pengetahuan kebanyakan menteri, Azmin berkata, "perkara seumpama ini tidak harus berulang."

Tiga GLC milik Khazanah rugi pada 2005-2009

Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd mencatatkan kerugian antara tahun 2005 hingga 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tanpa menamakan syarikat terlibat, Najib yang juga menteri kewangan berkata kerugian yang dicatatkan syarikat GLC berkenaan disebabkan oleh persekitaran perniagaan mencabar yang konsisten dengan trend global seperti peningkatan harga minyak dunia, pengurangan permintaan terhadap produk di samping faktor luaran lain seperti penyusutan nilai pelaburan.

"Faktor-faktor lain adalah di luar kawalan dan tidak wajar sekiranya lembaga pengarah GLC berkenaan diambil tindakan atas kerugian yang telah dicatatkan oleh syarikat masing-masing.

"Tambahan pula, rata-rata GLC-GLC tersebut kembali mencatatkan prestasi kewangan yang lebih baik pada tahun-tahun berikutnya," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat hari ini.

Er ingin tahu bilangan GLC yang menghadapi kerugian sejak tahun 2005 dan tindakan kerajaan ke atas Lembaga Pengarah GLC yang mengalami kerugian serta senarai bantuan kewangan kerajaan yang dihulurkan kepada GLC yang mengalami kerugian.

Najib berkata semua syarikat GLC tersebut tidak menerima sebarang tindakan menyelamat atau "financial bailout" daripada kerajaan.

"Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sedia ada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan," katanya.

Secara pinsipnya, berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) di bawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh kerajaan, katanya.

"Sebaliknya perlu diambil oleh pemegang-pemegang saham syarikat itu sendiri," katanya.

- Bernama

Pinjaman penuh PTPTN jika gaji kurang RM4,000..harap ia benar lah..!!

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kadar pendapatan bersih keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.

"Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.

"Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan IPT di Kuala Lumpur hari ini.

Seminar sehari anjuran kementerian itu bertujuan memberi kefahaman kepada pihak pengurusan atasan IPT mengenai cabaran dan halatuju pembangunan keusahawanan di peringkat pengajian tinggi dan kepentingannya kepada pembangunan sahsiah pelajar.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan peruntukan RM5.55 juta bagi penubuhan Pusat Keusahawanan dan pelaksanaan program pembudayaan keusahawaan kepada setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara.

Selain 20 IPTA dalam negara, kolej komuniti, politeknik dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) turut terlibat dalam pemberian peruntukan berkenaan, katanya.

"Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memperuntukkan RM150,000 bagi tujuan penubuhan Pusat Keusahawanan dan RM100,000 bagi pelaksanaan program pembudayaan keusahawanan untuk setiap IPTA negara.

"Penubuhan pusat keusahawanan ini amat signifikan sebagai entiti yang akan merancang, menyelaras, memantau dan menilai segala program pembangunan keusahawanan dan bertindak sebagai ''contact point'' dalam hal ehwal pembangunan keusahawanan IPT," katanya.

Mohamed Khaled berkata semua IPT termasuk Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) perlu menubuhkan pusat keusahawanan masing-masing kerana ketika ini hanya tiga IPTA yang mempunyai pusat keusahawanan iaitu Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

"Negara memerlukan ramai usahawan untuk menjayakan agenda Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan peranan IPT bukanlah kecil. Jika IPT dapat memberi latihan dan pendedahan kepada pelajar yang mempunyai potensi keusahawanan yang tinggi, mereka inilah yang akan mempunyai prospek paling cerah untuk menjadi usahawan setelah bergelar graduan," katanya.

- Bernama

MINDA POLITIK MELAYU

Sejak kemerdekaan hari sampai sekarang, orang Melayu ramai di sektor awam; bermula dari jawatan paling tinggi iaitu Ketua Setiausaha Negara, sehinggalah jawatan paling rendah dalam kerajaan.

Hal yang sama berlaku dengan orang Melayu yang bekerja dalam sektor swasta. Rata-rata orang Melayu adalah pekerja dalam organisasi swasta, kecuali dalam GLC di mana mereka berpeluang menjadi CEO atau Pengarah Urusan. Orang Melayu yang berada pada kedudukan nombor satu dalam organisasi korporat boleh dibilang dengan jari.

Kakitangan awam atau swasta dilatih untuk menurut perintah dan bertindak mengikut arahan ketua jabatan. Kalau lawan, kena tindakan disiplin. Ketua jabatan sama ada dalam sektor awam dan swasta memang bagus dalam mengenakan tindakan disiplin.

Sebaliknya, orang Cina merupakan kelompok yang paling ramai dalam sektor perniagaan. Untuk berjaya dalam perniagaan, mesti ada strategi yang betul. Dalam perniagaan, kunci kata ialah “survival.”

Perniagaan menuntut mereka berfikiran strategik. Bersatu dalam hal yang perlu bersatu. Berpecah kalau tak perlu berbuat demikian. Komuniti perniagaan boleh bersatu untuk memboikot jualan gula kerana tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan, tetapi mereka tidak mahu bersatu memboikot perasuah dalam sektor awam (mengikut dakwaan komuniti perniagaan).

Akhirnya, orang Cina menjadi komuniti yang berfikiran strategik. Sebab itulah kita sukar melihat DAP membelasah MCA, atau Gerakan menghentam DAP. Apa yang selalu kita lihat ialah DAP, MCA dan Gerakan sepakat mengkritik dasar-dasar kerajaan mengenai Bumiputera. Sesekali, ketiga-ketiga parti itu mengkritik UMNO, parti Melayu.

Sebaliknya, orang Melayu yang rata-rata merupakan komuniti pekerja tidak ramai yang berfikiran strategik. Melayu PAS menghentam Melayu UMNO. Melayu UMNO membelasah Melayu PKR.

Ada juga orang Melayu yang tanpa segan silu menghentam “institusi Melayu” seperti UiTM, MARA atau MRSM, walaupun ramai adik-beradik dan anak-beranak mereka sendiri mendapat manfaat darinya. Sesetengahnya graduan UiTM atau MRSM mula bercakap betapa kedua-dua institusi ini tidak perlu lagi.

Begitulah minda politik orang kita.

Memang Melayu!

'1Funny Malaysia' terbitan Malaysiakini diharamkan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan oleh Kinibooks yang merupakan anak syarikat Malaysiakini, dua lagi komik Zunar - Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

Bagaimanapun, Mahmood tidak menyebut mengenai satu lagi buku terbitan Malaysiakini - 'Where is Justice?' - yang telah dirampas bersama dengan '1Funny Malaysia' dari kedai buku empat bulan lalu.

'1Funny Malaysia' merupakan kompilasi kartun Zunar, manakala buku 'Where is Justice' adalah mengenai kematian atau kekejaman dalam tahanan polis dengan fokus terhadap empat kes besar - Teoh Beng Hock, A Kugan, Altantuya Shaariibuu, dan Anwar Ibrahim

Di bawah akta tersebut, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Permit polis: Perhimpunan tetap diadakan

Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.

Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.

Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.

Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.

Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.

Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.

"Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara," katanya.

Polis siasat kematian pelajar RMC sebagai kes bunuh

Polis akan menyiasat kes kematian seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) awal pagi ini sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.
Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.
Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

KDN larang tiga bahan tulisan kartunis Zunar

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kementerian Dalam Negeri telah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku bertajuk “Perak Darul Kartun” dan dua komik berjudul “Isu Dalam Kartun” dan “1Funny Malaysia” dikenakan perintah larangan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.
“Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan Perintah Larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.
“Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya.
Justeru, mereka yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan dilarang, jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. – Bernama

JI: Jakim tunggu laporan dakwaan babitan 4 tokoh agama, politik

PUTRAJAYA, 24 Jun – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mendapatkan laporan lengkap berhubung dakwaan terdapat tokoh tertentu – politik dan agama negara ini yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).
Dipetik Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Kementerian Dalam Negeri juga sedang meneliti perkara itu dan beliau turut memantau perkembangannya.
“Kita sedang menyiapkan laporan lengkap untuk melihat sama ada benar atau tidak perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas meraikan sukarelawan Malaysia yang menyertai Flotilla Kebebasan Gaza, kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pada bulan lalu, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal berita semalam bahawa terdapat seorang pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah agensi di bawah Jakim yang mengaitkan tokoh-tokoh tertentu di negara ini dengan fahaman wahabi dan lingkaran JI dalam satu taklimat di Bukit Aman, Isnin lalu.
Pagi tadi, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan nama dua pemimpin politik termasuk Presiden PAS dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Sebaliknya Zamihan mengakui ada “membangkitkan” nama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman Isnin lalu berdasarkan tulisan beliau selama ini.
“Dakwaan itu adalah satu pembohongan, dusta dan khianat,” kata Zamihan.
“Saya tidak pernah menyentuh ketiga-tiga tokoh itu mempunyai kaitan kecuali Asri, itupun berdasarkan analisis daripada buku-bukunya yang dilihat mempunyai pemikiran yang sama dengan JI,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.
The Malaysian Insider difahamkan selain Asri, Zamihan turut mengaitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan JI.
Sehubungan itu, katanya beliau berharap orang awam tidak membuat pendekatan sendiri dengan melabelkan kumpulan atau orang tertentu dengan kegiatan JI yang dikaitkan dengan keganasan.
Jamil Khir berkata pihaknya memerlukan gambaran menyeluruh kerana dakwaan berkenaan adalah hanya memetik daripada laporan portal berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.
“Pendirian kerajaan, kita menolak JI, kita menolak keganasan iaitu perbuatan orang yang melakukan kekejaman dan membunuh orang awam tanpa sebab.
“Namun, dengan mengaitkan kumpulan tertentu, itu memerlukan satu penelitian. Saya rasa polis mempunyai maklumat tersendiri dan mempunyai saluran untuk menyampaikan perkara itu,” katanya.
Mengenai bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama puluhan ulama berkelulusan tinggi dijangka menyertai Umno Jumaat ini, Jamil Khir berkata penyertaan golongan ulama dalam parti itu merupakan satu ruang keterbukaan yang mampu membawa keyakinan orang ramai terhadap Umno.

Judi sukan: Rais jadikan Cina kambing hitam

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menuduh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menjadikan masyarakat Cina di negara ini sebagai kambing hitam dalam agenda kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Pada sidang media di lobi parlimen, Lim mengulas dakwaan Rais kerajaan mesti meluluskan lesen judi itu kerana hak bukan Islam di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati.

"Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India," katanya mengulas kenyataan luarbiasa Rais itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, dakwaan itu langsung tidak berasas.

"Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.

"Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan Cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja," katanya yang juga ahli parlimen Bagan.

Be
liau turut menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

"Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.

“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” katanya.

Lim berkata Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.

"Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.

Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.

"Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan," katanya.

Dia Bapa Judi, Bapa Rasuah & Bapa Putarbelit


Najib: K'jaan belanja RM37.7 juta di Sibu

Sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada pilihan raya kecil Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu,” kata Najib.

Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.

Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.

“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya.

“Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang oleh kerajaan terlebih dahulu sebelum pilihan raya kecil tersebut diadakan sama seperti di kawasan parlimen dan dewan undangan ngeri (DUN) lain di seluruh negara.”


Najib menjawab soalan daripada Wong Ho Leng (DAP-Sibu), yang berjaya merampas kerusi Sibu daripada BN dengan majoriti tipis pada pilihan raya kecil 16 Mei lalu.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, Wong membidas kerajaan kerana gagal membekalkan senarai pecahan penuh berhubung bagaimana wang berkenaan disalurkan.

Katanya, 66 sumbangan kewangan amat dicurigai dan kerajaan sepatutnya memberi penjelasan terperinci.

“Kita tidak tahu apa 66 barangan ini. Adakah ia termasuk RM5 juta yang dijanjikan? Adakah ia termasuk RM18 juta yang diberikan kepada sekolah vernakular? Bagaimana pula wang untuk gereja?

“Ada yang disalurkan ke kategori 'fizikal' dan 'program'. Rakyat berhak tahu mengenai pecahan perbelanjaan itu,” katanya.

“Yang nyata, dana RM37 juta ini menunjukkan bahawa BN akan hanya berbelanja semasa pilihan raya kecil. Justeru, tidak menghairankan rakyat suka pilihan raya kecil.”

Najib sebelum ini dikecam selepas menjanjikan RM5 juta projek tebatan banjir kepada pengundi di Rajak Park dengan syarat BN memenangi pilihan raya itu.


Tiada Projek Pilihanraya Untuk Sibu

Pimpinan Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak kononnya kerajaan tidak pernah menjanjikan projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu Mei lalu.

Malah rata-rata mereka berkata alasan Najib sudah dijangka.

Najib berkata segala peruntukkan yang diberi telah dirancang terlebih dahulu dan bukannya projek mee segera untuk meraih undi rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata gelagat Najib yang gemar memutar belitkan kenyataan sudah lama sebati dengan dirinya.

“Memang sejak dulu Najib selalu cakap pusing-pusing," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai lucu.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, penafian Najib tidak mudah diterima oleh rakyat Malaysia berikutan klip video kontroversi Najib itu sudah diketahui umum.

“Bukan sahaja di Sibu, pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Najib juga secara tiba- tiba meluluskan sejumlah RM 3 juta dana kepada sekolah jenis kebangsaan cina dengan syarat, calon mereka mesti menang pada pilihan raya itu,” ujar Charles-TVS

Lesen Pertaruhan Sukan Bolasepak

Sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau pagi tadi, saya telah mengumumkan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bolasepak.

Walaupun pendirian ini telahpun disampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman sebelum ini, kini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian Pemuda UMNO secara terbuka kerana masih ada tekanan dari pihak-pihak tertentu untuk menjayakan permohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi dengan menawarkan pertaruhan bagi perlawanan bolasepak.

Memandangkan YAB Perdana Menteri masih memberi ruang untuk maklum balas umum mengenai perkara ini, maka Pemuda UMNO mengambil kesempatan ini untuk melahirkan pendirian kami berdasarkan kepada kebimbangan generasi muda.

Pendirian Pemuda UMNO mengambil kira beberapa perkara, antaranya:

1) Lesen pertaruhan ini tidak diterima dengan baik oleh majoriti rakyat Malaysia tidak kira agama. Sudah tentunya umat Islam membantah sebarang cadangan sebegini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama disamping tidak yakin dengan jaminan bahawa orang beragama Islam tidak akan terlibat dengan gejala judi ini, walaupun dikendalikan oleh pengusaha berlesen.

Bukan sekadar itu, ramai orang bukan Islam juga tidak bersetuju dengan cadangan pemberian lesen ini, lebih-lebih lagi apabila ada suara yang menyatakan bahawa judi itu adalah sebahagian dari budaya mereka.

2) Hujah bahawa judi sudahpun menjadi perkara yang lazim melalui pasaran pertaruhan haram yang berleluasa juga dapat disanggah apabila kita melihat penguatkuasaan yang berkesan dalam dua minggu yang lepas ini. Isunya bukan sama ada judi itu adalah sebahagian daripada realiti lantas wajar dihalalkan, tetapi yang penting adalah iltizam untuk menguatkuasa undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan jenayah ini. Mutakhir ini kita membaca laporan mengenai serbuan dan operasi pihak polis membanteras gejala judi habis-habisan. Ini membuktikan bahawa jika ada komitmen dan iltizam, maka masalah judi haram boleh ditangani. Pemuda UMNO di sini juga menggesa agar penguatkuasaan yang kita saksikan akhir-akhir ini bukan bermusim dek kerana isu lesen pertaruhan ini hangat atau musim Piala Dunia, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan.

3) Persoalan juga timbul mengapa Ascot Sports telah membuat kenyataan mengenai lesen yang kononnya bakal diberi kepadanya tanpa sebarang kelulusan dari Kementerian Kewangan? Bukankah sepatutnya lesen ini ditawarkan secara tender terbuka? Alasan bahawa lesen yang diberi ini kononnya adalah untuk memperbaharui lesen yang pernah diberi dahulu tidak boleh diterima sama sekali kerana lesen tersebut telah pun luput. Maka, Ascot Sports tidak lagi mempunyai hak penafian pertama atau first right of refusal.

Oleh sebab-sebab di atas, Pemuda UMNO membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan pemberian lesen judi atau pertaruhan sukan bolasepak dan berharap bahawa Kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara ini dalam masa terdekat, setelah mengambilkira sentimen dan maklum balas dari rakyat Malaysia. 
 
Khairy Jamaluddin
 

Kementerian Wujud Sudut Pidato Di Universiti Sebagai Projek Gajah Putih

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 24 Jun - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyifatkan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi yang mewujudkan 'Speaker Corner' atau Sudut Pidato di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia sebagai projek gajah putih yang terbengkalai kerana tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mahasiswa disebabkan wujud kekangan terutamanya daripada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).
"Sudut Pidato tidak mencapai aspirasi dan tujuan asal kewujudannya. Di Universiti Malaya, kini ia hanya menjadi 'tempat lepak'. Kami beranggapan, pihak Universiti sendiri yang telah mempolitikkan perkara tersebut, sehingga tujuan asalnya kelihatan gagal," kata Shazni Munir, Pengerusi SMM.
Bagi menghidupkan semula "Sudut Pidato', beliau mencadangkan pihak Universiti memindahkan lokasinya ke tempat yang lebih strategik dan mudah dikunjungi, seperti berhampiran kafe, perpustakaan atau kembali ke tempat asal dimana 'Sudut Pidato' pernah menjadi suatu legasi di dalam merayakan demokrasi kampus.
Muhammad Ismail Aminuddin, salah seorang daripada mahasiswa yang didakwa dalam kes 'UKM 4' menjelaskan, prosedur 'Sudut Pidato' hari ini seolah-olah memperbudakkan mahasiswa.
Ini berikutan syarat yang dikenakan seperti keperluan untuk mengisi borang, menyatakan isi pidato dan peruntukan masa yang diperlukan serta kelulusan oleh HEP.
"Berbeza dengan tahun 70-an, kita tak perlu mengisi apa-apa borang, bahkan sesiapa sahaja boleh membincangkan mengenai isu di dalam dan di luar kampus. Kekangan ini yang menyebabkan Sudut Pidato tidak berpenghuni dan tidak dihiraukan oleh sesiapa pun. Ini merupakan manifestasi kegagalan Sudut Pidato," jelas Muhammad Ismail.
Sementara itu wakil University Malaya Association of New Youth (UMANY), Chan Kheng Fai menjelaskan, Sudut Pidato diwujudkan semula sempena pilihan raya kampus yang berlangsung pada bulan Februari yang lalu.
Beliau mendedahkan Sudut Pidato tersebut tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa pun yang ingin menganjurkan program seperti debat atau pidato umum, kecuali pada hari pelancarannya.
"Mahasiswa di Universiti Malaya perlu mempergiatkan fungsi Sudut Pidato tersebut dan harus mempunyai inisiatif untuk mengadakan program forum, pidato dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu semasa.
"Kita boleh maklumkan program melalui e-mel dan mengajak mahasiswa untuk hadir, dan tidak boleh hanya menunggu mahasiswa untuk mengisi borang. Lagipun Sudut Pidato hanya terletak di hadapan pejabat Hal Ehwal Pelajar sahaja," katanya.

SESCO 'flip-flop' affair lambasted

sesco_ngKUCHING - Sarawak PKR assemblyman Dominique Ng Kim Ho has lambasted the Sarawak government's repossession of Sarawak Energy (SESCO) without calling for a public hearing or consultation.

In a press statement Wednesday, the Adun for Padungan said a major state asset has been "tossed around and tossed again twice" and Sarawakians are kept in "total darkness".

"This is a prime example of this BN government's arrogance in denying the public of any say in governance and major public policy, in a manner clearly undemocratic and non-transparent," said Dominique Ng.

He said SESCO, the state's electricity company, was a major cash-rich asset of the Sarawak government and the people.

SESCO, with a history of over 50 years, was privatized in June 2004  Subsequently, Sarawak Energy took over SESCO without any payment of cash.

"Through the government of Sarawak as trustee, all Sarawak people have an inalienable stake in SESCO, whether or not as paying consumers of electricity supplied by SESCO, " said Ng who had opposed the privatization bill.

He demanded a full explanation from the BN government of the "flip-flop privatization of SESCO".

He had written a speech concerning SESCO for the DUN meeting recently held but was denied the opportunity following his suspension from the House.

Among the points raised in his speech was a call on the government to make available to the public, and concerned and interested parties, all the annual financial reports of Sarawak Energy (SESCO) from 2004 to 2009 as background for public discussion.

Ng had written in his speech that the passage of the bill in effect removes the 1962 SESCO Bill and deprives the people of Sarawak their rights as regards to a major state-owned agency

Ng voiced his fear that the privatization would exposed the company to real risk of misuse of company assets by the private owners.

"Privatisation also removed accountability to Sarawak Government, this House and the people of Sarawak," he said.

Nazri's cock-eyed view

"YOU must remember that the country does not belong to the Muslims. There are things that sometimes non-Muslims do, for example, gambling. It is their culture, their way of life and we have to respect their rights." Apparently, the minister in the prime minister's department, Mohd Nazri Aziz, expressed these words which grabbed the headlines on June 20.
Minister Nazri is absolutely right that the country does not belong to the Muslims.
He is also correct to insist that Muslims have to respect non-Muslim rights, and he should have added 'and vice versa'.
No, not a 'way of life'
But he is absolutely wrong to suggest that gambling is a non-Muslim "way of life" that ought to be respected. This is a cock-eyed view of what constitutes non-Muslim culture, even less that it is a non-Muslim right thatmust be respected.
nazri-non-bumiputraFirst, gambling is a world-wide phenomenon and gamblers come from all continents, countries and religions. If one doubts this, recall how there have been some big-time Muslim state-exco and dignitary gamblers who have hit the headlines about their debts ever so often. The point is that gambling has nothing to do with any religion. In the event, all religions discourage their followers from gambling. And only some non-Muslims and Muslims gamble.
Most do not.
Second, the BN government has consistently argued that certain civil liberties and rights must be curbed for the greater common good. This is why they argue we have the ISA, the Societies Act, the Printing Presses and Publications Act, Trade Unions Act, Sedition Act, etc. Time-and-time again, we have argued against these unnecessary curbs imposed upon the rakyat via the introduction of additional acts of parliament. Yet, suddenly, when it comes to gambling, the BN government takes the stand that gambling is an absolute right and we should respect that right. Whatever happened to those other more fundamental liberties to express ourselves, to gather and to associate, among others?
Nazri needs reminding
Third, it is most regrettable that the BN government and the minister chose to portray gambling as such an integral part of non-Muslim rights. Where was the minister and what is the stance of the BN government when it comes to having access to land to build a church or temple in general, or in a specific area, say in a part of Shah Alam, where the majority of the population is Muslim? Or to use particular Bahasa Malaysia words in non-Muslim worship and in their religious publications? For that matter, do we have absolute rights when it comes to choosing our religions? And converting from one religion to another? Cakap tak serupa bikin?
Finally, the minister needs reminding that all religions share many values in common. It is not just a common abhorrence towards gambling. All religions also teach their followers to be compassionate to all, indeed regardless of the religion the other professes. All religions also teach us to respect women, to live in harmony with Nature which is part of God's creation, and to extend a helping hand especially to the needy and the downtrodden.
Too bad, the minister resorted to stereo-typed notions of 'non-Muslims' and cock-eyed ideas of what constitutes their rights. No wonder there's no 1Malaysia!
Dr Francis Loh is secretary of Aliran.

Pelaburan dari China dijangka meningkat

gold-coins-images KUALA LUMPUR: Pasaran modal tempatan bakal menyaksikan kemasukan lebih banyak pelaburan dari China susulan langkah Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan China (CBRC) mengiktiraf Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang diluluskan bagi pengurus dana institusi negara itu.
Pengiktirafan itu membolehkan bank yang diselia CBRC melaburkan dana yang diuruskannya di bawah skim Pelabur Institusi Domestik Berkelayakan China (QDII) dalam pasaran saham, bon dan saham amanah di Malaysia.

QDII adalah satu skim yang membolehkan rakyat China melabur dalam pasaran di luar negara itu menerusi institusi diluluskan.
Dengan pengiktirafan itu, Malaysia kini menyertai barisan 10 negara lain yang diiktiraf di bawah skim sama iaitu Australia, Kanada, Hong Kong, Jerman, Jepun, Luxembourg, Singapura, Korea Selatan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan itu bakal memberi sumbangan besar kepada pembangunan pasaran modal tempatan kerana ia akan mempermudahkan aliran dana dari China ke negara ini selain membuka peluang perniagaan.
Pengerusi SC, Tan Sri Zarinah Anwar dan Pengerusi CBRC, Liu Mingkang, memeterai perjanjian bagi tujuan itu di Beijing, semalam.
Dengan pengiktirafan itu juga, pengurus dana institusi yang dikawal selia oleh CBRC kini boleh melaburkan dana yang dikumpul daripada pelanggan mereka dalam sekuriti Malaysia, termasuk ekuiti, produk pendapatan tetap dan skim pelaburan kolektif yang diluluskan SC.
Pengurus dana institusi China juga boleh menggunakan perkhidmatan pengurus dana berlesen Malaysia bagi membantu dalam perkara berhubung pelaburan QDII.
Zarinah berkata, dana dari China yang berpotensi mengalir masuk ke Malaysia akan menyumbang kepada peningkatan mudah tunai dalam pasaran tempatan.
“Program QDII membuka peluang kepada pengantara pasaran modal Malaysia mendapatkan laluan ke pasaran China. Justeru, mereka harus menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menarik kumpulan pelabur baru,” katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, dalam satu kenyataan berasingan berkata, pengiktirafan China itu adalah perkembangan penting bagi pasaran saham tempatan mendapatkan pelaburan dari China.
Beliau berkata, Malaysia adalah negara kedua dalam Asean yang diiktiraf sebagai pasaran dibenarkan di bawah skim QIDD.
“Ini adalah petanda baik bagi Bursa Malaysia dan ini akan menguntungkan kita dari segi meningkatkan tarikan pasaran tempatan sebagai platform mengumpul dana di kalangan syarikat asing khususnya dari China,” katanya.

Maika: Impian yang berkecai


maika Oleh Nantha Kumar dan G Vinod
KUALA LUMPUR: G-Team Resources memberi tempoh kepada pemegang saham Maika sehingga 13 Julai ini untuk menyerahkan borang bagi menebus nilai saham mereka secara tunai.
Bagaimanapun, kebanyakan pemegang saham yang ditemui FMT menyatakan kemelut perkara ini sudah pun melarat seperti tidak berkesudahan walaupun nilai yang dilaburkan itu sedikit.

"Kami menderita kerana terpaksa menunggu sejak 28 tahun lalu. Saya membeli saham sejumlah RM1,000 pada tahun 1984, nilai yang besar memandangkan ketika saya bekerja sebagai buruh biasa.
"Seingat saya, saya menerima dividen dua kali. Selepas itu, hanya prospektus tahunan telah dihantar ke rumah saya," kata warga emas berumur 58 tahun dari Sungei Way.
Menceritakan detik ketika beliau menghadiri Mesyuarat Agung Maika pada tahun 2007, Maniam berkata kebanyakan belia ketika itu mengaku sebagai pewaris kepada pemegang saham.
"Namun ketika kami menyoalkan tentang perkara itu kami dipukul oleh beberapa golongan belia itu. Apa yang menyedihkan, polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa," katanya.
Maniam berkata mendiang bapa mertuanya turut memiliki saham Maika dan baki saham kini diwariskan kepada anak-anaknya untuk dilaburkan.
"Jika masih ada lagi kaum India yang mahu mengundi MIC, mereka bodoh," katan Maniam yang mengakui kini menjadi penyokong DAP.
Sementara itu, M Tanasegaran, 51, melabur dalam saham Maika selepas diperkenalkan rakannya yang merupakan pengurus bank.
"Dia meyakinkan saya akan mendapat pulangan yang bagus. Namun sehingga ini beliau hanya mendapat dividen RM100 untuk beberapa tahun selepas melabur sebanyak RM2,000," kata Tanasegaran.
Ditanya jika beliau menghadiri sebarang mesyuarat pemegang saham, beliau berkata beliau hanya menghadiri sebanyak tiga kali mesyuarat itu.
"Setiap kali kami bertanyakan soalan, kami akan dikasari secara fizikal, jadi kenapa harus ambil risiko itu?" katanya kecewa.
B Pathmavathy, juga seorang pemegang saham, berkata beliau memutuskan untuk mengambil tawaran semasa kerana merasakan tidak ada pilihan lain yang lebih baik untuknya.
"Saya telah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara, saya perlu kepada wang tambahan untuk membayar rawatan selanjutnya," katanya, yang melabur sebanyak RM500 beberapa tahun lalu.
Pusat henti setempat
Seorang kakitangan Maika yang memproses sijil saham memberitahu FMT bahawa mereka melakukan yang terbaik bagi memudahkan urusan bagi pemegang saham yang berusia lanjut untuk menjual saham-saham mereka.
"Sebagai pemegang saham, mereka adalah boss dan kami ingin membuat urusan mereka menjadi mudah," kata staf berkenaan yang enggan menyebut namanya.
"Apa yang mereka perlu lakukan ialah dengan membawa sijil saham untuk menuntut hak mereka.  Jika sijil itu hilang, mereka hanya perlu memberitahu nombor kad pengenalan sahaja.
"Selepas itu mereka perlu mengemukakan sepucuk surat yang telah ditandatangani daripada Pesuruhjaya Sumpah untuk menyokong tuntutan mereka."
Staf itu berkata, mereka terpaksa menubuhkan beberapa pusat henti setempat di Perak, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
"Beberapa cawangan Bank CIMB di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan turut membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini."
Apabila ditanya bilakah para pemegang saham akan menerima bayaran tunai mereka, beliau berkata, mereka akan menerimanya sebaik sahaja G-Team memiliki 51% dari saham-saham.
"Buat masa ini kami mempunyai 47% saham di tangan.  Apabila sahaja kami mencapai 51%, kami akan membuat bayaran dalam tempuh 21 hari melalui draf bank atau kami mendeposit wang itu ke dalam akaun Bank CIMB mereka," katanya.
G Team Resources berkata, pihaknya telah mengirim surat kepada 66,000 pemegang saham Maika, memberitahu tentang pembelian alih ini.
Tetapi adalah difahamkan bahawa 60,000 dari surat-surat itu telah dikembalikan kerana kebanyakan para pemegang saham tidak lagi menetap di alamat yang tertera.
Tokoh perniagaan G Gnanalingam menawarkan untuk membeli saham melalui G Team Resources pada nilai RM100 juta pada April, memberi laluan untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan menghantui masyarakat India.

Lagi Projek Kerajaan UMNO mengalami kerosakan di Kompleks Mahkamah Duta.


Siling kompleks Mahkamah Kuala Lumpur roboh hari ini menyebabkan kafeteria bangunan itu dibanjiri air kerana saluran paip yang pecah.

Selain itu, kebocoran buat kali kedua itu juga memusnahkan sebuah pejabat pos mini di kompleks berkenaan.

Menurut pegawai pos, Rosnita Muda kerugian pihaknya ditaksirkan di antara RM30,000 hingga RM50,000.

"Saya dikejutkan oleh pihak keselamatan berhubung kebocoran itu dan dengan segera cuba menyelamatkan beberapa surat, surat berdaftar, dokumen, bil yang semuanya sudah basah.

“Komputer di pejabat pos ini juga rosak,” katanya.

Kebocoran yang dikatakan berlaku semalam, tetapi telah dibaiki dan siap kira-kira jam 5 pagi ini.

Namun ia bocor kembali dua setengah jam kemudian iaitu pada jam 7.30 pagi ini.

Kompleks mahkamah bernilai RM500 juta ini yang kedua terbesar di dunia dan dilengkapi peralatan canggih, sebelum ini pernah dilanda beberapa kerosakan dan masalah.

Pada 30 April, 2007 - tiga hari sebelum pembukaan rasminya, siling panel termasuk lampu-lampunya runtuh.

Seminggu kemudian, rekahan sepanjang tiga meter kelihatan di luar Mahkamah Majistret Empat.

Selain itu, sepanjang Mei 2007 pula, sistem penghawa dinginnya mengalami masalah, berlaku kegagalan bekalan elektrik dan juga sistem pembetungannya melimpah.

Guan Eng Bidas Rais Berlagak Pakar Budaya Cina

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 24 Jun - DAP membidas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang mengatakan pertubuhan Cina menyokong lesen judi bola sepak yang diluluskan atas alasan judi adalah budaya masyarakat Cina.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata beliau terkejut dengan kenyataan Rais yang menganggap dirinya seorang pakar dalam hal ehwal Cina yang menyatakan adalah perlu menghalalkan judi bola demi menghormati dan mengiktiraf hak kaum Cina dan India.
"Saya ingin bertanya dengan beliau, pertubuhan Cina yang mana telah memohon kepada kerajaan pusat untuk menghalalkan judi bola.
"Sebelum kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi bola baru-baru ini, pertubuhan atau siapa yang telah memohon lesen judi bola," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.
Menurut Guan Eng setahu beliau tidak ada sebarang pertubuhan Cina meminta judi bola ini dihalalkan sebagai tanda hak mereka dihormati dan diiktiraf.
"Saya ingin menekankan di sini apa yang diminta oleh masyarakat Cina adalah sama seperti permintaan kaum yang lain di Malaysia iaitu berteraskan prinsip 5K iaitu Kebebasan, Keadilan, Kebenaran, Kebajikan kepada rakyat dan Ketakwaan kepada Tuhan.
"Bukan seperti apa yang pemimpin Umno cakap bahawa hanya berkisarkan atas judi sahaja, nampaknya Umno lebih berminat dengan judi berbanding daripada orang lain," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Guan Eng juga meminta kerajaan Umno-BN tidak memecah-belahkan rakyat dengan isu judi ini sambil menegaskan Pakatan Rakyat berpendirian untuk mengurang dan mengawal lesen judi yang berleluasa pada masa ini.
Dalam pada itu, beliau mencabar menteri tersebut menamakan pertubuhan Cina yang mana telah memohon judi bola sebelum kerajaan membuat keputusan berhubung lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd oleh Kementerian Kewangan sebelum ini.

Nik Aziz anggap isu JI gimik politik Umno


KOTA BHARU, 24 Jun: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum  kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara mendakwa kumpulan militan, Jemaaah Islamiah warga asing dikesan menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrutkan remaja dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berkeyakinan isu JI yang digegerkan sekarang sekadar satu gimik politik pemimpin Umno setelah menyedari sokongan rakyat merosot.

”Tengok apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nik Abdullah Arshad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA tanpa ada sebarang alasan munasabah.

”Mereka ditahan di bawah ISA hanya direka-reka kesalahan bagi menghalalkan kerajaan bertindak,” ujarnya.

Sementara itu Dewan Ulamak PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan JI.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, situasi yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan berada dalam dilema yang amat sangat sehingga terpaksa mencipta isu baru bagi mengalih perhatian rakyat.

”Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan kewibawaan dan keilmuan seseorang. Begitu juga tenaga akademik di IPT cuba dibabitkan dengan isu tersebut sedangkan kerajaan tiada bukti bagi mempertahankan dakwaan,” ujarnya.

Bila Dr Mahathir tidak belajar sejarah

Saya tak pasti kitab sejarah mana yang Tun Dr. Mahathir baca apabila beliau berkata Pas yang tertubuh hari ini diasaskan oleh bekas ulama yang sebelum ini berada di dalam Umno.

Beliau berkata demikian sebagai menghangatkan spekulasi penyertaan 100 'ulama' yang akan masuk secara borong ke dalam Umno esok.

Untuk makluman Dr. Mahathir sewaktu mengambil subjek sejarah di sekolah dahulu saya tidak pernah dapat gred A- ke bawah.

Minat dalam subjek sejarah menyebabkan saya membuat pengkhususan dalam subjek sejarah semasa di universiti walaupun kerjaya saya sekarang tidak lagi berkaitan dengan subjek sejarah.
Bukan nak bangga diri tetapi sekadar nak beritahu bahawa beliau mungkin boleh kelentong penyokong Umno tegar tetapi bukan generasi seperti saya.

Tidak pernah pun saya terbaca dalam mana-mana kitab sejarah bahawa tokoh-tokoh terulung yang mengasaskan penubuhan Pas seperti Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanudin Al Helmy,Dr. Hj Abbas Alias Ustaz Ahmad Fuad dan ramai lagi yang mengisi borang menjadi ahli Umno.

Mereka terdiri daripada golongan yang mendapat didikan di Timur Tengah yang digelar sebagai Kaum Muda yang berjuang secara konsisten menentang penjajah British.

Mereka mengasaskan institusi pendidikan untuk mendidik anak bangsa tentang Islam sebenar seperti Ehya Al sharif di Gunung semanggol yang disifatkan oleh British sebagai 'bahaya dari gunung'.

Kronologi kisahnya panjang tetapi sehingga hari ini tokoh-tokoh ulama yang mengasaskan Pas tidak sama sekali 'kebulur' untuk menjadi ahli Umno.

Apa yang saya tahu adalah beberapa pimpinan dan tokoh Pas yang menyertai Umno seperti Ustaz Nakhaie Ahmad yang kini menjadi 'ulama besar' bertaraf mursyidul am dalam Umno.

Hari ini 'ulama-ulama' yang ada dalam Umno merupakan golongan yang tercicir dari jalan dakwah serta mereka yang terpesona atau terpedaya dengan habuan yang ditawarkan oleh Umno dengan cuba mencari jalan pintas dalam perjuangan tanpa memahami sirah sebenar perjuangan yang dibawa Nabi SAW.

Pas memang dikenali tidak pernah tandus tokoh-tokoh ulama yang sentiasa bersilih ganti untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam. Maka Umno yang gerun dengan sokongan padu ulama-ulama muda cuba mencari jalan untuk 'mengislamkan' Umno. Antaranya ditubuhkan ILIM ( Institut latihan Islam Malaysia).

Tetapi sayangnya pusat latihan seperti ILIM ini gagal menyaingi sistem tarbiyyah sudah bertapak sekian lama dalam Pas. Maka lahirlah golongan 'ulama' dari ILIM yang hanya pandai membodek dan mengampu pemimpin Umno seperti Zamihan Mat Zin yang membuat tuduhan bangang bahawa Presiden Pas terlibat dengan JI.

Sebenarnya 'ulama-ulama' Umno seperti Zamihan dan yang sewaktu dengannya bukan akan menguatkan dan membawa imej Islam dalam Umno tetapi sebenarnya menyebabkan Umno terus dipersenda dengan imej Islam 1Malaysia misalnya 'fatwa' menghalakan kerjasama dengan APCO milik Yahudi dan begitu kemaruk hendak meluluskan lesen judi bola

Judi bawa kecelakaan - sami

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.
Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.
“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).
“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.
“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.
Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi  boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.
“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

Judi bola: DAP cabar Rais namakan pertubuhan Cina

KUALA LUMPUR, 24 Jun: DAP mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menyatakan pertubuhan Cina yang didakwa memohon kerajaan meluluskan judi bola sebelum ini.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, dakwaan Rais itu langsung tidak berasas.
"Saya ingin tanya sama beliau, manakah dan siapakah pertubuhan Cina yang memohon kepada kerajaan pusat sebelum ini untuk menghalalkan judi bola.
"Kerana dalam pengetahuan saya tidak ada sebarang pertubuhan cina yang meminta judi bola dihalalkan. Saya nak tahu saja," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Rais dalam sebuah akhbar hari ini bahawa kerajaan perlu menghalalkan judi kepada orang bukan Islam sebagai menghormati hak mereka.
"Saya terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang sekarang menganggap dirinya pakar hal ehwal Cina dengan menyatakan bahawa adalah perlu untuk menghalalkan judi bola kerana hanya dengan menghalalkan judi barulah kita boleh menghormati dan mengiktiraf hak-hak kaum Cina dan India," katanya.
Beliau turut menegaskan, masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.
"Saya ingin nyatakan di sini bahawa masyarakat Cina tidak meminta bahawa judi bola dihalalkan sebagai tanda hak-hak mereka dihormati dan diiktiraf.
“Saya ingin menekankan di sini permintaan daripada masyarakat Cina atau India atau masyarakat bukan Melayu, Iban, Kadazan adalah sama dengan semua permintaan masyarakat Malaysia iaitu berteraskan prinsip kebebasan, keadilan, kebenaran, kebajikan kepada rakyat dan ketakwaan kepada Tuhan. Itulah permintaan daripada masyarakat Cina,” ujarnya.
Katanya, Umno seolah-olah begitu berminat untuk menghalalkan judi berbanding masyarakat bukan Islam.
"Bukan seperti yang Umno cakap bahawa berkisar ke atas judi sahaja. Nampaknya Umno lebih minat dengan judi daripada orang-orang lain. Tapi jangan pula cakap itu permintaan masyarakat Cina dan hanya dengan memberikan judi bola barulah masyarakat Cina, India dan bukan Melayu dapat dihormati. Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian,” katanya.
Beliau juga menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa DAP mengharamkan sepenuhnya judi sebaliknya beliau berkata, DAP mahu judi dikurangkan.
"Saya bukan minta judi diharamkan terus tapi dikawal. Pendirian kita, yang sudah diluluskan biarkan tapi jangan tambah. Kalau boleh kita kurangkan," katanya.

Mesyuarat BN S'wak bincang empat tugas berat

Mesyuarat BN Sarawak - yang dijadual hujung ini di Kuching - dilaporkan akan membincangkan empat tugas berat ekoran keputusan harus dibuat sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

"Tugas-tugas tersebut ialah untuk mempertimbangkan empat tema utama bagi pilihan raya negeri yang akan datang," kata seorang ahli strategi Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) malam semalam.

Yang pertama ialah untuk menyusun strategi mengenai tema yang Sarawak perlukan dan "bukan yang diimport dari Semenanjung Malaysia".

Menurut ahli strategi tersebut, ini ekoran peningkatan persepsi bahawa pengundi Cina misalnya - jika diberi pilihan antara Tan Sri George Chan (kiri) dan Lim Kit Siang (kanan) - akan memilih Lim yang merupakan pemimpin veteran DAP.

DAP telah berjaya menembusi Sarawak. Malah nama pengerusi DAP, Karpal Singh, kini turut menjadi bahan perbualan di kalangan masyarakat Cina Sarawak.

Manakala Chan pula kini berdepan dengan dakwaan terlalu lama memimpin Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) walaupun beliau telah berjanji untuk berundur pada akhir 2008. Anak perempuannya berkahwin dengan anak lelaki Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Chan juga memberitahu ahli parti itu - selaras dengan tema BN negeri - bahawa "pembangkang sedang berusaha untuk menghancurkan parti-parti BN dan mencetuskan kekacauan di negeri itu".

Dan ini dilihat sebagai alasan bagi beliau untuk terus memimpin parti itu, dan mengelak daripada memenuhi janjinya untuk melepaskan jawatan parti. Beliau telah berikrar "untuk melenyapkan pembangkang" di Sarawak.

"Rakyat Sarawak tidak perlukan perubahan dan pembaharuan seperti yang dicadangkan oleh pembangkang," kata ahli parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat telah menikmati perubahan dan pembangunan negara di bawah pemerintahan BN."

Zamihan Pendusta - Mohd. Asri



PETALING JAYA: Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.
Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'.
Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya.
"Dalam buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.
"Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini.
Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi.
Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajuk Bid’ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian.
Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan.
"Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya.
Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul.
"Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.
"Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya.

Pelantikan tiga pesuruhjaya cukai disemak semula

Kementerian Kewangan akan meneliti semula pelantikan tiga anggota suruhjaya khas cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) pada persidangan Dewan Rakyat yang ingin tahu apakah tindakan kementerian terhadap aduan pembayar cukai bahawa mereka dianiaya kerana pelantikan tiga bekas anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam suruhanjaya itu menimbulkan "sikap berat sebelah" dalam keputusan rayuan pembayar cukai.

"Kementerian mengambil berat tentang apa yang dikatakan Yang Berhormat iaitu tiga daripadanya adalah bekas anggota LHDN dan kita akan semak (pelantikan) sekali lagi.
"Seperti yang kita tahu, pembayar cukai juga mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap taksiran berbangkit mengikut Seksyen 99 dan 102 Akta Cukai Pendapatan 1967.”

Lim berkata, pembayar cukai boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dalam tempoh 30 hari selepas siasatan selesai dan notis taksiran tambahan dikeluarkan.
"Sesiapa yang tak berpuas hati boleh buat rayuan dengan mengisi borang rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) melalui LHDN. Bagaimanapun, cukai mesti dibayar terlebih dahulu memandangkan ia adalah hasil kerajaan. Tempoh penyelesaian kes bergantung kepada kes berkenaan," katanya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Nur Jazlan, Lim berkata pelantikan anggota suruhanjaya, yang ditubuhkan pada 1968, terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman kehakiman dan perundangan serta dianggotai sekurang-kurangnya tiga orang.

"Pada masa kini PKCP dianggotai oleh lima ahli. Mereka adalah berkecuali walaupun tiga daripada mereka merupakan bekas pegawai kanan (LHDN).

"Mengikut Seksyen 98 Akta Cukai Pendapatan 1967, ia memperuntukkan supaya setiap PKCP dilantik Yang di-Pertuan Agong. Setiap PKCP memegang jawatan bagi satu tempoh dan terma sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Kewangan," katanya.

- Bernama

Azmin nafi cuba guling MB Selangor

Naib presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuatkuasa semalam.

Beliau bagaiamanapun menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khlaid Ibrahim.


Surat perletakkan jawatan itu saya serahkan tengah hari semalam,” katanya ketika ditemui wartawan di lobi parlimen hari ini.

Menurut Azmin, sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada tokoh lain memberi sumbangan kepada PKNS.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini.

"Saya merasakan setahun setengah berada dalam PKNS, saya memberi banyak sumbangan kepada perbadanan itu.

"Selain itu, saya juga amat gembira kerana prestasi PKNS juga sungguh cemerlang sehingga muncul sebagai anak syarikat kerajaan negeri yang terbaik," katanya.

Menurut Azmin, peluang juga perlu diberikan kepada orang lain untuk turut sama memberi sumbangan mereka dalam PKNS.

"Saya juga tidak memberi sebarang cadangan nama kepada Menteri Besar Selangor kerana adalah menjadi hak beliau untuk melantik sesiapa saja bagi mengisi kekosongan jawatan itu," katanya.

Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.