Rabu, 23 Jun 2010

Najib...!!! Apa Benarkah Berita Ini...!!!!


Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?

Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group),
Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutnya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabkan kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan-permasalahan ekonomi di Malaysia dan Antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu seperti itu boleh melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 yang lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya diperingkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ianya sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut; Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya.


Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.

p/s: Takpa...takpa... nanti gua bina pulak Empayar MAFIA kat Malaysia nih.... Najib Nazak mesti sokong punyeaarrrr.... warggghhhhhh..... 

Cadangan Pembangunan Kg Baru Oleh MB Selangor Alternatif Baik Kepada Penduduk


SHAH ALAM: Cadangan mengenai pembangunan semula Kampung Baru yang akan dikemukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diharap dapat dilihat sebagai alternatif yang baik kepada penduduk kawasan itu.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Khalid berkata, cadangan itu mengambil kira penduduk Kampung Baru untuk menikmati pembangunan dan pada masa sama kekal sebagai pemilik tanah.
"Cadangan tersebut mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah, serta membina pembangunan yang setaraf dengan kawasan yang berdekatan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, cadangan tersebut yang telah pun dibuat 15 tahun lalu atas permintaan Kerajaan Pusat ketika itu, akan dibentangkan semula pada forum dengan penduduk pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.
Menurutnya, penduduk Kampung Baru dan wakil mereka termasuk Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) boleh memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap cadangan pembangunan itu nanti.
"Perlu dinyatakan di sini sebarang laporan yang menyatakan bahawa saya tidak akan mengambil kira pandangan MAS dalam isu pembangunan Kampung Baru adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Perbincangan akan disertai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali dan satu tarikh akan ditetapkan bagi mengadakan perjumpaan itu.
Tambahnya lagi, pelbagai pihak yang terlibat dengan pembangunan ini akan dijemput termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemaju yang mewakili kerajaan negeri.
“Walaupun Kampung Baru bukan di bawah kerajaan Selangor tetapi kampung itu mempunyai kaitan rapat dengan sejarah Selangor.
“Sebagai Menteri Besar Selangor, saya tidak boleh berdiam diri atau menutup mata ketika penduduk Kampung Baru memerlukan bantuan dan berada di persimpangan untuk membuat keputusan,” katanya.
Katanya, isi kandungan cadangan pembangunan itu akan mengutamakan prinsip pentadbiran Kerajaan Selangor yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.

A Gentle Reminder For the 13th General Election: RM1.9 Million Ringgit UMNO Cuti Lawatan Sambil 'Belajar'

After a gruelling seven days, the public inquiry into possible misuse of funds by Wives of Selangor Elected Representatives Charity Organisation (BALKIS) ended yesterday, leaving those who attended reeling from the revelations.
For more than a week, details of money spent on exotic trips, overseas souvenir - shopping expeditions and gifts for guests attending glitzy functions, kept members of the Selangor State Assembly's Select Committee on Competency, Accountability and Transparency (Selcat) riveted as the figures continued to rise.

The inquiry is the first to be conducted by a State Legislative Assembly in the country. Other states are widely expected to follow suit following the conclusion of the Balkis inquiry.


Yesterday, PNSB chief executive officer Datin Khairiyah Abu Hassan dropped a bombshell when she further revealed how much the State-owned conglomerate had forked out for former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohd Khir Toyo and his family's expenses during the overseas technical visits.

She also drew hoots of laughter when she explained the reasons for the trips.

1. Jakarta and Jogjakarta, Indonesia; 20-24 April 2003 
Total cost: RM201,452

Dr Khir, his wife, daughter and maid also went on the trip. The purpose was for delegates 'to study' Indonesia's batik production which was supposed to lead to the opening of a batik factory in Selangor.
Cost of airfare for Dr Khir, his wife, daughter and maid: RM37,695
Miscellaneous cost incurred by the delegates: RM34,404
Spent on two-day rental of a limousine / Mercedes Benz in Jakarta: RM5,800
Paid for two-day rental of a limousine / Mercedes Benz in Jogjakarta: RM5,000

2. Morocco and Paris: 17-24 December 2004
(inclusive of four-day transit in Dubai)
Total cost: RM900,000

The trip, attended by Dr Khir, his wife, children and maid as well as PNSB delegates, was 'to study' Islamic architecture, which could be adopted in Selangor.

The group, which had a reconnaissance trip beforehand, also visited Paris Disneyland to generate ideas for a theme park in Bagan Lalang, Sepang.

They bought tickets to enter the theme park and did not meet any Disneyland representatives. 

Cost of official trip: RM416,000
Airfare: RM366,000
Ground arrangements: RM420,000
City travel: RM70,000
Other expenses: RM43,000

3. Honolulu (Hawaii) & Orlando (Florida): 23 December 2007 to 1 January 2008
Total Cost: RM646,841
Additional cash taken: RM101,000

A 'technical study' on the Bagan Lalang theme park was also the pivotal reason for the trip. The group, comprising Dr Khir, his family and PNSB delegates, bought tickets to DisneyWorld and again did not meet any Disneyland representatives.
A tour guide instead took them around. Cost of Dr Khir's luxury suite: RM110,000

Cost of six single superior rooms for the delegates: RM171,000
Cost of one twin-sharing room: RM24,800

Khairiyah claimed that on the trips, Dr Khir and his wife flew only first class.

The itinerary of the US trip also included visits to Miami Beach, island tours, dinner cruises and a Honolulu city tour.

Dr Khir and his wife, supposed to have been key withesses, failed to turn up for any of the inquiry proceedings.

Dr Khir would be referred to the Committee of Privileges while Zaharah could be prosecuted under Section 5 of the Contempt of the House Act 2008. The inquiry's findings will be presented at the next sitting of the Selangor State Assembly in July.

The Malaysian Anti-Corruption Commission is expected to investigate possible criminal breach of trust (CBT) once Selcat concludes its findings and police conclude their investigations.

11 September 2009 - Khir Toyo was called for questioning by MACC but he was let go after some greetings and minor questions. Why didn't they keep him overnight like Teoh Beng Hock and then see if he jumps to his death from Plaza Masalam?

Thank you for giving up your hard earned tax ringgit so that they can enjoy a luxurious elite lifestyle, travelling all over the world and living like kings without having to work for a single cent. Be a good rakyat - Vote for BN?! Give UMNO more money.

PRESIDEN PAS DITUDUH PENGGANAS - MINTA PENJELASAN PIHAK KERAJAAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan Malaysiakini yang mengatakan Presiden PAS didakwa sebagai pengganas dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung Jamah Islamiah (JI) di Bukit Aman Isnin lalu. PAS memandang serius dakwaan ini.
Menurut Malaysiakini, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin membuat dakwaan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

PAS mencurigai kredibiliti Zamihan yang mendakwa penglibatan Presiden PAS dalam gerakan wahabi yang turut dikaitkan dengan Jamaah Islamiah yang dirangkumkan bagi membentuk persepsi bahawa beliau adalah Pengganas.

PAS melihat bahawa fitnah ini sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada beliau dan PAS. Perkara ini bukan kali pertama. Tahun lepas Mossad memfitnah presiden PAS sebagai pengganas selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi.

Pada tahun 2007 Presiden PAS memenangi samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror. Akhbar ini telah bersetuju meminta maaf kepada Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan al-Qaeda. Gambar Presiden PAS muncul di akhbar tersebut dengan tajuk “AL-QAEDA – Abdul Hadi” dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor tiga al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamo Bay.

PAS tidak dapat menerima fitnah ketiga yang sengaja dicipta ini selepas kegagalan dua siri fitnah yang cuba mengugat PAS sebelum ini. PAS yakin sedikit sebanyak pengaruh nasihat APCO membawa kecenderungan kerajaan bagi mencipta krisis pengganas untuk dikaitkan dengan Presiden PAS dan parti ini.

Pas yakin fitnah ini juga sebagai serampang dua mata untuk menakutkan orang bukan Islam yang semakin jinak dengan Pas. Ketika sokongan orang bukan Islam telah yakin dengan wadah perjuangan Pas melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas, maka musuh Pas cuba menggambarkan Presiden Pas sebagai pengganas. Pas yakin orang bukan Islam tidak akan terpedaya dengan fitnah ini.

Mereka sudah lihat dengan mata kepala mereka sendiri pemimpin Pas bukan sebagaimana yang digambarkan sebagai seorang pengganas.Umno juga dilihat cuba mengajak Dr. Asri bersama Umno, dan tidak mustahil kewujudan tuduhan ini akan dijadikan peluang oleh Umno untuk mengamit beliau bersama parti itu bagi mengelakan ancaman ISA. Ini adalah tidak profesional dan memalukan.

PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. Pihak Polis perlulah melengkapkan siasatan mereka sebelum tuduhan sebegini dijadikan bahan taklimat atau membuat sebarang pendakwaan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti mereka yang terbabit.
PAS tidak mahu imej Polis terus tercemar kerana cara kerja yang tidak profesional. Orang yang tidak bersalah ditangkap sedangkan orang yang bersalah membunuh Nurin Jazlin, Norita dan sebagainya masih belum ditangkap hingga ke hari ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TANGKAP TAIB MAHMUD - INI SLOGAN PILIHANRAYA SERAWAK


TANGKAP TAIB MAHMUD - SLOGAN INI AKAN MEMBAWA KEMENANGAN


PERTAHAN TANAH ADAT – PENDUDUK PENAN DISERANG-mkini

Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.

nota:
ini lah dasar procukong yang telah memusnahkan
warga serawak dan sabah. habis hutan jadi gondol. habis
hutan jadi padang pasir. habis sungai kering.habis air kotor

taib mahmud memiliki harga berbilion ringgit di seluruh dunia
taib mahmud atas nama melayu islam dan bumiputera
merompak tanah orang asal.

polis menjadi ganster berlesen untuk mereka
mengganas dan membunuh

inilah hakikat yang berlaku dlam negara kita ini.
dalam penjara warga di bunuh
dijalan raya warga diubuh
dalam sawah warga dibunuh
dalam hutan simpan warga dibunuh
segala tanah milik kita bersama menjadi
harta nenek moyang mereka
harta cokong berselirat di singapura australia eropah
harta mat taib berselirat di canada
warga penan nak makan nasi dua kali seharu pun miss

masa telah sampai untuk kita semua buangkan semua penjenayah
ini dari tampok kuasa. kemudian kita hadapan mereka ke hadapan
mahkamah rakyat. biar rakyat yang menentukan masa depan
mereka. harta mereka dirampas kembali dan dipulangkan kepada
baitul mal.

rumah dan istana mereka kita jadikan bali seni atau galeri
untuk artis buat pamiran sepanjang tahun – kalau tidak jadikan
istana mereka kilang buat tuak untuk sambutan gawai lagi best kah kah kah

nota:

TANGKAP TAIB MAHMUD !

ini slogan untuk pilihanraya serawak
jamin slogan ini akan membawa kemenangan
kebencian warga serawak
sama seperti kebencian warga
semenanjubng terhadap mahafiraun kah kah kah

TT.

Kurap Umno Terengganu Berjangkit ke Selangor

oleh Ust Saiful Bahri.

Teka-teki perletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang diselubungi rasa tidak puas hati berhubung agihan peruntukan RM1 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada setiap ahli parlimen Barisan Nasional.
Mohamed Satim dikatakan ingin melepaskan kerusi beliau termasuk semua jawatan politiknya apabila gagal hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan badan perhubungan Umno negeri semalam. Mohamed Satim merupakan ADUN veteran di Selangor dengan memenangi empat pilihan raya negeri berturut-turut dan pada pilihan raya umum pada 2008,beliau mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi.

"Kemelut ini ditambah lagi dengan rasa tidak puas di antara ADUN-ADUN Umno di Selangor yang merasakan mereka tidak mendapat keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan. Peruntukan dipegang oleh Ketua Umno Bahagian, jadi mana-mana ADUN yang bukan Ketua Bahagian terpaksalah merayu meminta belas kasihan mereka. Kalau ADUN tak 'ngam' dengan Ketua Bahagian maknanya tak dapat atau lambatlah kelulusan peruntukan," jelas Abdulllah sani Abdul Hamid selaku Ahli Parlimen Kuala Langat. Beliau berkata Umno Selangor sememangnya bergolak akibat wujudnya dua kem yang diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Bagaimanapun Dr Khir menafikan bahawa ADUN tersebut mempunyai niat sedemikian.

Inilah sebenarnya penyakit yang sama yang dihadapi oleh UMNO Terengganu, tinggal lagi UMNO-BN Terengganu masih ada lagi sisa-sisa kuasa di tangan mereka. Jika terjadi seperti Kedah dan Selangor yang mereka tidak lagi mempunyai kuasa dan lubuk kekayaan nescaya zahirlah sifat anjing dan serigala. Mereka akan bercakaran merebutkan sisa-sisa tulang yang ada. Kalau tidak mereka menyimpan kesumat yang membara di dalam dada mereka yang menunggu saat dan ketikanya sahaja untuk meletus. Kalau tiada politik Brutus dalam UMNO taklah dikatakan UMNO. Sebab itulah matlamat perjuangan didalam UMNO-BN. Politik nak cari makan!

Di Terengganu pertembungan anatara kem Idris Jusoh dan kem Mat Said terus membara. Masing-masing mengukuhkan kuasa dan cengkaman masing-masing diperingkat UMNO Bahagian. Mana-mana Adun yang tidak sekupu dengan mereka nescaya semua peruntukan tidak akan dikeluarkan dan Ketua bahagian akan lebih berkuasa dari ADUN sendiri. UMNO ni sebenarnya kalau mereka berbalah lebih teruk tetapi mereka cuba menyembunyikan demi survival politik masing-masing dan mereka mencari dahan mana yang mereka mampu berpaut, paling kurang dapat untuk sepenggal lagi dimasa depan.

Apabila mereka yang menganggotai UMNO-BN nescaya penyakit spesis ini sama sahaja diseluruh Malaysia maupun Sabah dan Sarawak. Ubat paling berkesan adalah hilangkan kuasa mereka dalam pilihanraya ke 13 nanti. Penyakit yang membusuk dalam UMNO sudah mencengkam sehingga ke tulang sum-sum. Tidak boleh dibaiki kembali. Tanah busut yang ada itu sebenarnya sarang anai-anai. Hanya selapis luaran sahaja yang membungkus kejelikan daripada rakyat yang ramai. Disebalik itu penuh nanah dan darah yang jijik lagi mengotorkan.

UMNO-BN bukan lagi teras bagi orang melayu dalam menungkah arus pembangunan bangsa di masa depan. Parti yang usang sejak separuh abad itu tidak mampu lagi untuk dibina bagi mengakkan kekuatan bangsa apatah lagi agama. PAS lah harapan baru masa akan datang. Bersediakan kita semua untuk mengganti UMNO-BN yang dah reput itu?

Jom selamatkan Politik Malaysia bersama PR. Harapan Malaysia Baru.

KDN: 10 anggota JI ditahan disyaki rancang letup rumah ibadat

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop hari ini berkata penahanan 10 anggota Jemaah Islamiah (JI) awal tahun ini adalah bertindak atas maklumat bahawa kumpulan itu akan meletupkan tempat ibadat bukan Islam di Selangor dan Pulau Pinang.
Beliau berkata kumpulan yang diketuai oleh lelaki Syria bernama Ayman serta lapan lagi warga asing dan seorang rakyat tempatan itu ditahan di Sungai Cincin, Gombak pada 21 Jan tahun ini.
Katanya, daripada yang ditahan itu, didapati lima daripadanya adalah pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Kesemua mereka adalah pendakwah bebas dan penyokong kuat kepada Ayman iaitu ketua kepada kumpulan ini. Warga tempatan itu didapati telah berkenalan dengan Ayman semasa beliau belajar di Pakistan.
“Apa yang diketahui, peranan Ayman selain menjadi ketua kepada kumpulan tersebut, beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kumpulan Al-Qaeda di mana beliau berperanan untuk melatih (rekrut) pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan anggota Parlimen Pokok Sena daripada PAS Datuk Mahfuz Omar yang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.Mahfuz dalam soalannya mempersoalkan kandungan taklimat keselamatan yang diberikan polis mengenai wujudnya kumpulan pengganas kepada Naib-Naib Canselor universiti dan wakil Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini yang didakwanya tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mengaitkan bahawa wujudnya sarang pengganas di IPT.
Beliau juga mendakwa bahawa pada sesi taklimat tersebut gambar Ahli Parlimen Marang dari PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya turut ditayangkan seolah mengaitkan fahaman wahabi dengan JI.
Dalam pada itu, Abu Seman berkata Ayman berada di negara ini bertujuan untuk mendapatkan potensi di kalangan pelajar yang boleh dijadikan sebagai kumpulan militan.
“Mereka kemudiannya akan dihantar ke negara ketiga untuk dilatih bagi berjihad,” katanya.
Beliau berkata penahanan 10 anggota JI itu perlu dilakukan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman negara.
Pada 14 Jun lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan seramai 10 individu warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan kumpulan ekstremis JI sejak awal tahun ini.
Dalam pendedahan itu, Musa berkata ke semua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dihantar pulang ke negara asal mereka untuk tindakan undang-undang.
Sementara itu, menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Khalid Abd Samad (PAS-Shah Alam) yang pada sesi perbahasan RMK-10 yang meminta kementerian mendedahkan tindakan yang diambil polis bagi mengawal fahaman tertentu diInstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Abu Seman berkata KDN dan polis telah merangka tindakan bersepadu dengan agensi berkaitan untuk tangani isu keselamatan yang wujud di IPTA dan IPTS.
Agensi-agensi yang terbabit ialah Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Imigresen, Majlis Keselamatan Negara dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.
“Isu-isu yang ditangani meliputi dua aspek iaitu kegiatan yang sedang berlaku dan usaha-usaha pencegahan untuk menangani isu yang berkaitan. Kementerian hanya memantau dan melakukan tindakan terhadap apa jua fahaman yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya. – Bernama

Perinci Kandungan Perjanjian POA Dengan Singapura, Kata Azmin

Pakatan Rakyat menggesa kerajaan persekutuan supaya memperincikan isi kandungan perjanjian dan perbincangan melibatkan kerajaan Malaysia dengan Singgapura berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui atau (POA).
Antara isu yang diperbincangkan adalah kedua- dua negara dikatakan  bersetuju ialah isu stesen kereta api di Tanjung Pagar, Singapura milik Keretapi Tanah Melayu Berhad atau KTMB, dipindahkan ke Woodlands.
Malaysia dan Singapura juga bersetuju supaya tanah di Tanjung Pagar itu dimajukan secara bersama.
Perbincangan itu melibatkan Perdana Menteri Najib Razak dan Perdana Menteri Singgapura, Lee Hsien Loong.
“Minta kerajaan Malaysia perinci bentuk perjanjian dan perbincangan dengan perdana menteri singgapura. Mengikut pengalaman, tidak semudah itu singgapura membenarkan kalau Malaysia tidak serahkan segala- galanya pada mereka. Kita nak tahu apa yang diberi.”
“Kita tahu tanah itu begitu bernilai dan akan beri pulangan yang lumayan pada Malaysia. Kita mahu tahu apa pulangan pada Malaysia. Kenapa mudah sangat ? Jadi kita mahu isu ini dibawa ke Parlimen,” kata Azmin

Keuntungan Sime Darby susut lebih RM2b tahun lalu

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kumpulan Sime Darby mengalami penyusutan keuntungan sebelum faedah dan cukai apabila mencatatkan sebanyak RM3.165 bilion pada 2009 berbanding RM5.248 bilion pada 2008.
Perolehannya dicatatkan sebanyak RM31.013 bilion pada 2009 berbanding dengan RM34.04 bilion pada 2008.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penyusutan keuntungan itu adalah berikutan kerugian keputusan kewangan Bahagian Tenaga dan Utiliti bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2009.
Sehubungan, katanya Lembaga Pengarah Sime Darby pada Oktober lalu telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kerja untuk mengkaji semula operasi bahagian tersebut.
“Ini termasuk Projek Qatar Petroleum, Projek Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan vesel untuk digunakan dalam projek MOQ dan projek empangan hidroelektrik Bakun,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Wee ingin tahu perincian jumlah kerugian tahunan Sime Darby dan anak-anak syarikatnya sejak 1989 hingga 2009 serta tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kerugian pada setiap tahun tersebut.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata selepas fasa pertama kajian semula tersebut selesai, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan telah didapati bertanggung jawab ke atas kerugian yang berlaku.
“Namun, kajian masih berterusan dan tindakan yang perlu akan diambil berdasarkan laporan Jawatankuasa Kerja yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Sime Darby bagi menentukan sebab-sebab dan jumlah kerugian bahagian tersebut,” katanya.
Najib berkata pada 27 Mei lepas, Sime Darby telah mengumumkan fasa kedua kajian semula dengan penilaian secara menyeluruh struktur organisasi dan pelaporan kumpulan.
“Ini merupakan susulan dari penemuan-penemuan Jawatankuasa Kerja tersebut.
“Kelemahan-kelemahan dalam bidang pengurusan, organisasi dan pelaporan telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Kerja dan beberapa syor telah diajukan untuk menanganinya,” katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, Lembaga Pengarah telah mencadangkan struktur pelaporan dan organisasi dan melantik perunding-perunding untuk mengkaji cadangan berkenaan.
“Selain itu, sebuah firma guaman bebas telah dilantik untuk melaksanakan penyiasatan susulan untuk menentukan kepertanggungjawabab berdasarkan kepada penemuan oleh Jawatankuasa Kerja ke atas empat projek utama Bahagian Tenaga dan Utiliti,” katanya.
Jumlah kerugian hasil sebelum faedah dan cukai untuk Golden Hope Plantation Bhd ialah RM610.4 juta pada tahun 2007 manakala jumlah kerugian bagi Kumpulan Guthrie Bhd pada tahun 2006 ialah RM546 juta. – Bernama

Shah Alam Hospital saga takes an 'Ali Baba' twist

By Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: The Shah Alam Hospital saga has taken an “Ali Baba” twist with revelation that the main contractor for the RM482 million project did not do any work at all and yet had made a handsome profit.
Opposition MP Tony Pua (DAP-PJ Utara) said the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should look into this matter.
Speaking at press conference at Parliament today, Pua produced two documents which clearly showed that the whole project was being carried out by the sub-contractor, GM Healthcare Sdn Bhd, and not the main contractor, Sunshine Fleet Sdn Bhd.
One document stated that a letter of award was given to a sub-contractor, Isyoda (M) Sdn Bhd, a company which eventually had to opt out after it was delisted from Bursa Malaysia.
The project was subsequently given to GM Healthcare.
“In the letter of award, it was stated that RM451 million would be given to Isyoda while Sunshine Fleet (the main contractor) would receive RM482 million from the government.
“So the main contractor gets a net profit of RM31 million… this is a clear ‘Ali Baba’ project. The PWD needs to take action against Sunshine Fleet...,” he said.
Pua said the fact that Sunshine Fleet is making a net profit without doing any work (since the whole project is handled by the sub-contractor) contradicts the terms of the contract awarded by the ministry.
Pua also said that a second letter by Isyoda to Sunshine Fleet showed that the former had promised a payment of RM46 million to the Sunshine Fleet chairman personally, and not through the main contractor.
'Unconditional payment'
The unconditional payment, according to the letter, was in consideration of Sunshine Fleet’s “efforts to procure the letter of award to be issued to us in further consideration of your future contribution and cooperation to ensure the smooth operation and success of the project”.
It also said that the RM46 million would be paid by instalments. From this amount, said Pua, Isyoda promised to pay 9.5% progressive interim payments to the Sunshine Fleet chairman totalling RM77 million.
“This is seen as a commission for this contract. But is it really a commission or a bribe? We have given this to the MACC for further investigation,” he said.
Shah Alam Hospital is reportedly bogged down in a legal tussle between Sunshine Fleet and GM Healthcare, giving rise to fears that the project will not be completed on time.
But Works Minister Shaziman Abu Mansor dismissed such fears, saying that the project is on track.
Besides, he told Parliament today that the government is only responsible to the main contractor and has no authority over payments to the sub-contractor.
It has been reported that GM Healthcare has filed a petition to wind up Sunshine Fleet over a RM10 million debt.
Sunshine was served the notice on April 1 this year after it failed to pay the RM10 million owed to GM Healthcare. The RM10 million is the bond GM Healthcare had placed with the Public Works Department (PWD) on behalf of Sunshine Fleet for the design, construction, equipping, commissioning and maintenance of the Shah Alam Hospital.
'No action against Sunshine Fleet'
In reply to Pua, Shaziman said that as long as the project is on schedule, the PWD will not take action against Sunshine Fleet.
However, he said that a new law, Construction Industry Payment and Adjudication Act, will be introduced to ensure sub-contractors are paid on time.
“This will help protect sub-contractors who do not get any payment from the main contractor,” he said.
Shaziman also said that the PWD has not detected any breach of contract allegedly committed by Sunshine Fleet.
“In view of this, the question of the project being delayed or the contract being terminated does not arise. This is because the project is on track and (the parties) have observed the terms of the contract agreed to by the government,” he said.
The hospital, which was slated to be completed in November this year, will be ready by June next year.
Opposition MPs have repeatedly raised the issue, alleging that there were discrepancies in the contract PWD awarded to Sunshine Fleet through direct negotiation in 2007.
The situation took a turn for the worse when the board of directors of Sunshine Fleet, many of are related to the Sultan of Selangor, became involved in the legal squabble.

Axe Kamarul, Negeri leaders hint to Anwar

By Zefry Dahalan
SEREMBAN: With PKR en route to a major overhaul this Sunday, several of the party's Negeri Sembilan leaders have hinted to their boss Anwar Ibrahim that perhaps he should relieve state chief Kamarul Bahrin Abas of his duties.
They urged the PKR supremo to make changes based on merit, and not favouritism.
According to one state leader, who declined to be named, there is widespread disappointment with Kamarul, who has purportedly failed to deliver.
“Since the 2008 general election, he has not done much to help us at the division level. We carry out programmes on our own initiative.
"Yes it's true that we can't depend on him alone, but as state chief, he should spend time in assisting us in the divisions to chart our course to capture more seats (in the next election),” he told FMT.
Not rising to the defence
The leader also accused Kamarul, who is the Teluk Kemang MP, of being autocratic and failing to defend his subordinates and the party.
"Any constructive suggestion or critism raised during the state leadership meetings will be thrown out without proper discussion and consideration,” he said.
"When state Umno leaders, including the menteri besar, hurled baseless allegations against the state PKR, he keeps quiet.
"We expect him to defend our party's integrity and image otherwise people will assume that the allegations against us are true," he added.
'Never showed his face'
Meanwhile, FMT learnt from several state PKR and PAS leaders that during the Bagan Pinang by-election last year, Anwar was shocked when he campaigned at Indian majority estates like Siliau and Sua Betong.
"Anwar was bombarded with criticism from the estate workers who were upset that since winning in the election, Kamarul never visited the estates. Anwar could not answer them,” said one of the leaders, who delined to be named.
According to PAS sources, Kamarul “not showing his face in the estates” was cited as one of the reasons in the by-election post-mortem following PAS candidate Zulkefly Mohamad Omar's defeat.
Another senior state leader questioned Kamarul's decision to appoint local Hindraf leader S Haridass as one of his deputies.
"If I am not mistaken, he only became a PKR member after the 2008 general election. What has he done so far in his capacity as deputy chief? He also did not attend the recent PKR congress,” he said.
The state leader, who also requested anonymity, said there were many other capable Indian leaders in Negeri Sembilan.
Anwar is expected to reshuffle the party's state leadership at a retreat in Shah Alam on Sunday.

Azmin letak jawatan pengarah PKNS, dipercayai ‘protes’ MB

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Naib Presiden PKR Azmin Ali melepaskan jawatan pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), anak syarikat kerajaan negeri, perkembangan dipercayai sebagai memprotes kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Keputusan ini diumumkan empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman.
Malah keputusan itu diumumkan beberapa bulan menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti.
Sumber rapat dengan Ahli Parlimen Gombak itu mengesahkan maklumat yang Azmin telah mengemukakan surat letak jawatan kepada Pejabat Menteri Besar pada puku 12.30 tengah hari tadi.
“Ya, saya boleh mengesahkan beliau sudah menghantar surat letak jawatan sebagai pengarah PKNS tengah hari ini.
“Tunggu sehingga pengumuman rasmi kerajaan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian daripada pemberontakan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor.
Sumber memberitahu, keputusan Azmin itu bertujuan melahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap cara Khalid mengendalikan pentadbiran negeri.
“Tan Sri Khalid telah mengecewakan beberapa pemimpin PKR kerana apabila beliau membuat keputusan, beliau tidak mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PKR,” katanya.
Sebagai contoh kata sumber, keputusan berkaitan dengan pelantikan setiausaha politik yang baru, yang diumumkan semalam.
“Ia cuma salah satu sebab telah menyebabkan tuntutan letak jawatan,” katanya.
Setiausaha politik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Faekah Husin akan menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai setiausaha politik Menteri Besar Selangor mulai bulan depan.
Perubahan tersebut sah dengan penganjuran majlis perpisahan di Shah Alam malam tadi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Nik Nazmi atas pelantikan beliau sebagai ketua komunikasi,” kata Khalid pada majlis itu.

Mahathir: Ulama Umno ‘diam dan berisi’..kah..kah...macam-macam ada..!!

PUTRAJAYA, 23 Jun – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapan kononnya Umno cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.
Ini kerana Umno membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno.
“Umno selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
“Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan PAS adalah bekas ulama Umno yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding,” kata beliau dipetik Bernama selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan Projek Pendidikan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ura-ura bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 100 orang ulama berkelulusan tinggi akan menyertai Umno pada Jumaat ini.
Bagaimanapun Asri belum mengesahkan laporan yang keluar Ahad lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perbincangan masih berjalan dan keputusan akhir dijangka dicapai esok.

KJ pertahan Wee, dakwa kenyataan Ibrahim tak berasas

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaludin berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berunusr perkauman sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu.
Beliau berkata dakwaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas.
Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, berkata beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu.
“Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan Bumiputera.
“Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan Bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat Bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen yang turut dihadiri Wee.
Khairy berkata Ibrahim mungkin tidak sedar bahawa tindakan Wee mempertahankan biasiswa JPA itu sebenarnya turut mempertahankan biasiswa untuk kaum Melayu kerana majoriti mereka yang memperoleh biasiswa adalah kalangan orang Melayu.
“Jadi saya tak faham mengapa ini dipersoalkan. Mungkin cara kenyataan itu dilaporkan boleh menimbulkan persoalan tapi apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan berunsurkan perkauman,” katanya.
Wee pula berkata kenyataan beliau tidak sekali-kali mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan beliau tidak pernah menyebut bahawa kerajaan perlu memansuhkan biasiswa Mara.
“Saya kesal kerana pihak berkenaan tidak mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebaliknya cuba mencipta isu perkauman bagi menarik perhatian umum dan menjadi juara hak-hak Melayu,” katanya.
Ibrahim yang turut mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, masih berpendirian bahawa kenyataan Wee sememangnya bermaksud mempertikaikan hak Bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Wee sepatutnya tidak mengheret isu pemberian biasiswa Mara dalam kenyataannya kerana biasiswa Mara adalah hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ibrahim juga menafikan bahawa kecaman yang dibuatnya bertujuan mendapatkan publisiti murahan tetapi apa yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Perkasa yang bertanggungjawab memantau semua laporan yang dikeluarkan dalam akhbar termasuk yang berbahasa Mandarin dan Tamil serta blog.
“Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan mempertikaikan aktiviti Perkasa.
“Sebelum ini beliau juga mendakwa resolusi yang dicapai ketika Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Perundingan Melayu yang turut dianggotai Perkasa pada 29 Mei lalu sebagai primitif,” katanya. – Bernama

Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...

Mengakui mendapat pendidikan di universiti Wahabi dan mendapat tajaaan 'biasiswa Wahabi', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu tidak menghalangnya daripada mempunya pandangan yang tersendiri dalam hal ehwan agama.


"Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.

"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri," jelasnya lagi seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Semasa mudanya Abdul Hadi pernah menuntut di sebuah universiti di Arab Saudi - negeri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabisme.

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).

Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya.

Ditemui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi, Abdul Hadi berkata cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda Barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.

Katanya, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.

"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda Barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Laporan Polis terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datu Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Sidang Media Dibawah pokok di hadapan Balai Polis Temerloh. Didalam gambar foto: Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) (No. 3 dari kiri) dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat (sebelah kiri Mazlan) sedang memberikan sidang media.
Bergambar dihadapan Balai Polis Temerloh setelah membuat laporan Polis. Laporan Polis telah dibuat oleh Sdr Mazlan Aliman, Haji Suhaimi Said dan 3 yang lain.

Mazlan Aliman dan Haji Suhaimi Said bergambar dengan wakil-wakil peneroka setelah membuat laporan Polis terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Maslan.

==

LAPORAN POLIS
23 Jun 2010

Muqaddimah:
Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen sebagaimana didedahkan dalam media bertarikh 17 dan 18 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada RM1.35 billion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 billion dalam tempoh lima tahun sangat mengejutkan.
Alasan yang digunakan ialah:-
1. RM2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sarahidup dan pendahuluan hasil,
2. RM603 juta untuk pinjaman rumah,
3. RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah,
4. RM662 juta untuk Bangunan baru Felda
ADUAN
1. Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan Felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebut? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka?
2. Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 peratus atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka?
3. Apakah relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantation?
4. Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong (1999-2004) bahawa Felda telah membayar pendahuluan 40% atau RM230 juta daripada harga sebenar RM662 juta kepada pemaju kontrak, Naza TTDI Development Sdn Bhd) untuk membina banunan baru Felda di Platinum Park KLCC?
5. Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Februari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru Felda yang bertaraf lima bintang (terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura) ialah RM640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada RM662 juta?
6. Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda saedia ada diatas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran RM220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya.
Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?
7. Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 50 tingkat itu yang mencecah RM662 juta terlalu tinggi dan bagaimana nilaiannya dibuat?
TUNTUTAN
Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputra yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Datuk Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai Felda lebih 60% dalam tempoh lima tahun dibawah pengendalian Dato Seri Najib Tun Abdul Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23000 kakitangan kumpulan; kesetabilan Felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka. Logiknya, beberapa tahun akan datang; samada Felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.
Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru
Felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan diatas.
Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan.
(5 orang telah membuat laporan bersama ini di Balai Polis Temerloh termasuk Sdr Mazlan Aliman dan Haji Suhaimi Said)

Cuepacs mahu bonus dua bulan gaji


Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh Cuepacs kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

"Kini keadaan ekonomi negara kembali pulih, jadi seluruh penjawat awam amat berharap kerajaan dapat memberi bonus dua bulan gaji," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka, hari ini.

Omar berkata pemberian bonus itu akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen Cuepacs yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.

"Ramai anggota Cuepacs bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.
- Bernama

Umno Perak Tolak Pemberian Lesen Judi Sukan


KUALA LUMPUR: Selepas Johor, hari ini Badan Perhubungan Umno Perak membuat ketetapan yang sama bagi menolak sebarang bentuk perjudian termasuk judi sukan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pendirian itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pelbagai lapisan masyarakat negeri itu yang mahu kerajaan menghentikan cadangan pengeluaran lesen pertaruhan judi.
"Sebagai mewakili sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair, Umno Perak mengambil pendirian menolak cadangan untuk memberikan lesen perjuadian ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak baru-baru ini memberitahu pemberian lesen itu masih belum dimuktamadkan dan mengalu-alukan pendapat semua pihak mengenai perkara tersebut.
Selain itu Zambry yang juga Menteri Besar Perak berkata, bantahan berkenaan juga bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu menggunakan isu berkenaan sebagai modal 'politik benci' terhadap kerajaan.
"Tindakan pihak tertentu yang cuba memanipulasikan isu untuk dijadikan modal 'politik benci' dan mewujudkan persepsi buruk terhadap kerajaan perlu dihentikan segera," katanya.
Katanya lagi, Umno Perak mengambil pendirian berkenaan juga adalah berdasarkan prinsip agama dan diikuti oleh keresahan rakyat yang tidak selesa dengan desakan pihak tertentu untuk memaksa kerajaan mengeluarkan lesen judi.
"Adalah diharapkan agar kerajaan dapat membatalkan hasrat yang dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk meluluskan pengeluaran lesen judi," katanya.

Dahulukan Reformasi Pendidikan Sebelum Pemansuhan Peperiksaan, Ketua AMK Selangor

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak kerajaan agar memberi fokus kepada reformasi pendidikan negara sebelum melaksanakan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.

AMK Selangor melihat agenda reformasi pendidikan khususnya halatuju dan pemerkasaan pendidikan negara perlu diberi perhatian agar sistem pendidikan negara mampu mengangkat potensi pelajar yang lebih berkeyakinan, berakhalak tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.

Kita mencadangkan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan pendidikan negara, pembelajaran vokasional dan teknik boleh dimulakan seawal Tingkatan 1.  Ianya untuk memastikan apabila pelajar tamat Tingkatan 5, mereka boleh menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi daripada sekarang.  Justeru mereka lebih berdaya saing serta bersedia jika memasuki pasaran kerja.

AMK Selangor juga berharap agar para pelajar negara ini tidak dijadikan ujikaji perlaksanaan sesuatu dasar tanpa kajian mendalam daripada pakar-pakar dan pandangan rakyat.  Apa yang lebih utama ialah kita mampu menyediakan pembelajaran untuk pelajar dapat bersaing di masa hadapan.  Bukan sekadar memberi pengajaran yang akhirnya tidak dapat dipraktikkan dalam realiti kehidupan sebenar.

Kita juga menggesa kerajaan menumpukan kepada aspek reformasi pendidikan yang mendidik pelajar ke arah pembangunan insan yang cemerlang dalam semua aspek.  Kebejatan sosial dan kemerosotan disiplin para pelajar perlu diperbaiki dan diambil perhatian dan bukan sekadar menumpukan aspek peperiksaan sahaja.

Justeru, kita yakin bahawa reformasi pendidikan itu perlu dilaksanakan segera agar Malaysia mampu melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan berintegriti tinggi.
*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor dari Parti Keadilan Rakyat.

Tak Benar Tanggapan Kononnya UMNO Cuba Pikat Ulama Untuk Tandingi PAS - Dr M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tanggapan kononnya Umno cuba menarik lebih ramai ulama menyertai agar ia setanding dengan Pas adalah tidak berasas.
Ini kerana Umno membuka keahliannya kepada semua golongan masyarakat, kata Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno.
"Umno selalu memiliki ulama sebagai ahli, cuma mereka ini tidak memperagakan diri mereka sebagai ulama. Mereka sangat bertolak ansur.
"Malah kalau kita lihat sejarah, mereka yang menubuhkan Pas adalah bekas ulama Umno yang meninggalkan parti kerana tidak dipilih untuk bertanding," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Projek Pendidikan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ura-ura seorang bekas mufti negeri dan 100 orang ulama berkelulusan tinggi akan menyertai Umno pada Jumaat ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata orang ramai tidak boleh berpegang kepada tanggapan kononnya teladan dan contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin termasuk yang berkelas dunia adalah sentiasa benar.
Kesemua pemimpin ini, katanya, adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
"Kita boleh jadikan mereka contoh, walaupun mereka melakukan kesilapan iaitu dengan cara belajar daripada kesilapan mereka itu dan tidak mengulanginya," katanya. - BERNAMA

Mengenali Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.

•    Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
•    Ia menghadkan kuasa kerajaan
•    Ia menyatakan hak-hak kita

Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.

Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim

•    Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri

•    Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.

Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.
Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.

Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.
Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:
•    hak untuk hidup dan kebebasan
•    kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan
•    kesamarataan di sisi undang-undang
•    kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu
•    kebebasan agama
•    hak untuk berpendidikan
•    hak untuk memiliki harta

Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:
•    dilahirkan di sini
•    berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia
•    tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan
Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.

Bahagian IV: Persekutuan
Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bahagian V: Negeri-Negeri

Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.
Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.

Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.
Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.
Bahagian IX: Badan Kehakiman
Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.

Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam

Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:
•    pasukan polis
•   angkatan tentera
•    perkhidmatan pelajaran
Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.
Bahagian XI: Kuasa Khas
Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.

Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:
•   memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
•    memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.
Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.
Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.
Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.
Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &
Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.
Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?
Sepuluh contoh-contoh

1.    Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.

2.    Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.

3.    Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.

4.    Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.

5.    Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.

6.    Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.

7.    Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]

8.    Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.

9.    Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.

10.    Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan



1.    Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?

Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.

Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agongmengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.

Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.

2.    Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?

Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.


3.    Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?


Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.

4.    Bolehkah Perlembagaan dipinda?

Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.

Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


5.    Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?


Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.

Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.

6.    Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?

Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama. Sesalinan juga boleh didapati di laman sesawang kami: www.myconstitution.com

Apa Seterusnya?

Pelajari tentang Perlembagaan anda melalui Panduan Rakyat kami berkenaan dengan badan-badan Perlembagaan, hubungan Persekutuan-Negeri, Rakyat, Eksekutif, Parlimen, badan Kehakiman, Pilihanraya dan lain-lain!


PerlembagaanKu


Majlis Peguam
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan

Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa..Tok Ki ni dah tak nak bertaubat kot...!!!

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Marina Bay Sands.. Rasminya Pembukaan Pusat Judi Terbesar Di Rantau ini..ni yang KERAjaan APCO nak ikut...!!

US
 gaming tycoon Sheldon Adelson (2nd L) talks while architect Moshe 
Safdie (L), president and Chief Operating Officer of Las Vegas Sands 
Michael Leven (2nd-R) and president & CEO of Marina Bay Sands 
Thomas Arasi (R) during a press conference in Singapore on June 23, 
2010. Asians' love of gambling is so strong that the equivalent of five 
Las Vegases in the region will not be enough to satisfy demand, US 
gaming tycoon Sheldon Adelson said.
US gaming tycoon Sheldon Adelson (2nd L) talks while architect Moshe Safdie (L), president and Chief Operating Officer of Las Vegas Sands Michael Leven (2nd-R) and president & CEO of Marina Bay Sands Thomas Arasi (R) during a press conference in Singapore on June 23, 2010. Asians’ love of gambling is so strong that the equivalent of five Las Vegases in the region will not be enough to satisfy demand, US gaming tycoon Sheldon Adelson said.
An artist's impression shows the Skypark that tops the Marina Bay 
Sands hotel towers in Singapore in this undated handout photo released 
to Reuters on June 23, 2010. The Skypark is a unique architectural 
feature that spans across the three towers, designed by Moshe Safdie, 
and boasts 12,400 square feet of space 200m above the ground, according 
to information released by Marina Bay Sands. The deck of the Skypark is 
longer than the Eiffel Tower if it were to be laid on its side.
An artist’s impression shows the Skypark that tops the Marina Bay Sands hotel towers in Singapore in this undated handout photo released to Reuters on June 23, 2010. The Skypark is a unique architectural feature that spans across the three towers, designed by Moshe Safdie, and boasts 12,400 square feet of space 200m above the ground, according to information released by Marina Bay Sands. The deck of the Skypark is longer than the Eiffel Tower if it were to be laid on its side.
Tourists stand at a promenade across the water from the Marina Bay
 Sands integrated resort in Singapore June 22, 2010. Marina Bay Sands 
will be officially opened on Wednesday by the CEO of the Las Vegas Sands
 group Sheldon Adelson. The site features three hotel towers, a unique 
"Skypark" across its top designed by architect Moshe Safdie, 
convention and shopping centres, and a casino which opened to the public
 in April.
Tourists stand at a promenade across the water from the Marina Bay Sands integrated resort in Singapore June 22, 2010. Marina Bay Sands will be officially opened on Wednesday by the CEO of the Las Vegas Sands group Sheldon Adelson. The site features three hotel towers, a unique “Skypark” across its top designed by architect Moshe Safdie, convention and shopping centres, and a casino which opened to the public in April.
A view of the Marina Bay Sands hotels (background) with its 
Skypark on top in Singapore on June 21, 2010. The Marina Bay Sands 
Skypark will open to public  as part of a 5.5 billion USD complex built 
by US gaming giant Las Vegas Sands after its official opening on June 
24, 2010.
People walk near the facade of the Marina Bay Sands integrated 
resorts, Wednesday, June 23, 2010, in Singapore. Singapore's second 
casino-resort opened Wednesday, a massive $5.7 billion project by Las 
Vegas Sands Corp. that aims to makeover the city-state as a Southeast 
Asian gambling and tourism magnet. After big cost overruns and months of
 delays, the casino, hotels, its shopping mall and convention center 
were opened.
Members of the public make their way to the casino at Marina Bay 
Sands, Wednesday June 23, 2010, in Singapore. Singapore's second 
casino-resort opened Wednesday, a massive $5.7 billion project by Las 
Vegas Sands Corp. that aims to makeover the city-state as a Southeast 
Asian gambling and tourism magnet. After big cost overruns and months of
 delays, the casino, hotels, its shopping mall and convention center 
were opened.
Members of the public make their way to the casino at Marina Bay Sands, Wednesday June 23, 2010, in Singapore. Singapore’s second casino-resort opened Wednesday, a massive $5.7 billion project by Las Vegas Sands Corp. that aims to makeover the city-state as a Southeast Asian gambling and tourism magnet. After big cost overruns and months of delays, the casino, hotels, its shopping mall and convention center were opened.
US gaming tycoon Sheldon Adelson (L) talks to his wife Miriam (R) 
while waiting to give a press conference at the Marina Bay Sands complex
 in Singapore on June 23, 2010. Asians' love of gambling is so strong 
that the equivalent of five Las Vegases in the region will not be enough
 to satisfy demand, US gaming tycoon Sheldon Adelson said.
US gaming tycoon Sheldon Adelson (L) talks to his wife Miriam (R) while waiting to give a press conference at the Marina Bay Sands complex in Singapore on June 23, 2010. Asians’ love of gambling is so strong that the equivalent of five Las Vegases in the region will not be enough to satisfy demand, US gaming tycoon Sheldon Adelson said.

Asian gaming demand greater than five Las Vegases: US tycoon

AFP – Asians’ love of gambling is so strong that the equivalent of five Las Vegases in the region will not be enough to satisfy demand, US gaming tycoon Sheldon Adelson said Wednesday.
The chairman of Las Vegas Sands said at a press conference at the company’s massive Singapore casino complex, Marina Bay Sands, that the “propensity” to gamble was part of Asian culture.
“I believe we can put the equivalent of five plus Las Vegases, with 140,000 hotel rooms each in five different locations in Asia, and it still won’t saturate the demand,” he said.
Marina Bay Sands will primarily target customers from Singapore, Malaysia and Indonesia, with an eye on other Southeast Asian countries like Thailand and Vietnam, Adelson added.
“In my opinion there’s more than enough business for us to succeed within a two, two and a half hours’ flight from here. I think there’s more than enough business and that’s not counting large volumes of people from China or Hong Kong.”
Adelson was speaking at an event marking the opening of all the Marina Bay Sands 2,560 hotel rooms, plus shops, restaurants and exhibition facilities. The casino and part of the hotel started operating in April.
Marina Bay Sands chief executive officer Thomas Arasi said the casino had already attracted close to 500,000 people in June alone.
“We’re very happy with where we’re at,” Arasi said.
Adelson said Sands expects to attract between 125,000 and 150,000 people a day when it is fully open, adding that the project would help dispel Singapore’s lingering image as a staid place.
“It’s going to change Singapore by providing entertainment amenities that were not here before,” he said.
“This will be for the Asian people a very major attraction, and will change the conservative perception of what Singapore has in the night time.”
On competition with Macau, where Las Vegas Sands also has a huge presence, Adelson said it was still unclear if Singapore had stolen some business from the Chinese territory but stressed that they were aiming at different markets.
“Macau is serving Hong Kong, Taiwan and southeast China… They are two different markets and they appeal to two different constituencies.”
Despite concerns over its social impact, Singapore gave the green light for casino gambling in 2005 in a bid to increase tourist arrivals and cash in on a growing trend in Asia.
The Singapore Tourism Board says visitor arrivals this year could range from 11.5 million to 12.5 million, compared to 9.7 million in 2009, thanks in part to the casinos and the economic recovery in the region.
The target is 17 million arrivals by 2015 — more than three times the current population of Singapore.