Selasa, 22 Jun 2010

Tragedi Memali Akan Berulang Tak Lama Lagi..!

JI briefing: 'Asri, Hadi linked to Wahhabism'

Another high-level briefing was held at the Bukit Aman federal police headquarters last night as part of efforts to send out the red alert amongst the government's senior echelon on the Jemaah Islamiah (JI) threat.

Apart from the movement's terrorist threat, participants at the briefing also heard that JI subscribed to Wahhabism, an ultra-conservative, hardline form of Islam. This sparked fear among some present that a witch-hunt may be on the cards.

Wahhabism, although widely practised in Saudi Arabia, is 'not encouraged' by the Malaysian Islamic institution.

The high-ranking officials attending the meeting – among them the police task force on terrorism, public university vice-chancellors and heads of security departments – were clearly uneasy with what they heard.

This due to the deputy director of the Al-Quran and Core Knowledge of Institut Latihan Islam Malaysia, Zamihan Mat Zin who alleged a link between Wahhabism and several notable Islamic figures in the country.

Among the names mentioned were former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidi, the state's current mufti Juanda Jaya, former Perlis menteri besar Shahidan Kassim and PAS president Abdul Hadi Awang.

PAS denounced the alleged link at a press conference in Parliament this morning, claiming the government was merely using the JI threat as a smokescreen to make the Islamist party a scapegoat in Malaysia's 'war against terror'.

Witch-hunt fears

Zamihan had also linked the radical Middle Eastern Islamic school of thought to local NGO Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), causing more uneasiness among the officers who were present at the briefing.

"We don't want this to turn into a witch-hunt," said a source who had attended the briefing.

The source also complained that the briefing by Zamihan, which did not touch on the militant aspects of Wahhabism, may have influenced university administrators unfamiliar with the subject.

"It was essentially a flawed briefing. Simply linking Wahhabism to JI can create panic among those who don't know better.

"And then people can simply accuse their enemies of being Wahhabist, and get them into trouble because of this so-called terrorism links," the source told Malaysiakini.

The police briefing, chaired by Higher Education Minister Mohamed Khaled Nordin (right) , was the second one on the JI threat in public universities.

News of the threat broke out last week after Inspector-General of Police Musa Hassan revealed that 10 foreigners had been arrested and deported since the beginning of this year under the suspicion of being JI operatives.

Musa said that the foreign suspects were trying to recruit 20 to 30 university students to join their group.

Local targets planned

Jemaah Islamiah is a militant Islamic group that has claimed responsibility for the 2002 Bali bombings (below), the 2004 bombing of the Australian embassy in Jakarta and the bombing of the JW Marriot Hotel also in Jakarta in 2003 all of which took more 300 lives.

They are also suspected to be involved in several other terror attacks across South East Asia.

The group is on the UN's list of terrorist organisations with links to the Al-Qaeda.

JI was recently reported to have been planning to blow up the Kek Lok Si Temple in Penang as well as the Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Hindu temple at Batu Caves.
Ni lagi 1 projek haram UMNO/BN, bila dah nak mampos, serang Ulama-Ulama yang ada yang terlibat dalam politik lebih-lebih lagi Ulama-Ulama yang berada dalam Parti Pembangkang dan jugak yang tidak sealiran dengan KERAjaan Pusat.

Satu demi satu Ulama-Ulama pro Pakatan Rakyat dan jugak yang tidak sealiran dengan Pucuk Pimpinan UMNO/BN akan jadi kambing hitam, tak pasal-pasal Ulama-Ulama ni ada hubungan rangkaian dengan "Pengganas-Pengganas" yang ada dalam senarai pengganas Negara Amerika.

Ni rancangan sape..? APCO..? terbukti terang-terangan dan tak payah nak suluh-suluh dah memang UMNO/BN haram jadah ni ejen Zionis..!

Episod terbaru "Operasi Lalang" dan jugak "Tragedi Memali" akan berlaku di Malaysia. kali ni KERAjaan Pusat, jangan fikir yang ianya "semudah itu"..!

Faekah Setiausaha Politik MB Selangor Ganti Nik Nazmi

SHAH ALAM: Faekah Husin malam ini diumumkan sebagai sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memasuki Pejabat Menteri Besar mulai 1 Julai ini.
Faekah, 45, sebelum ini merupakan peguam memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1984.
Pada Mei 2008, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Selangor (Unisel) sebelum dilantik menjadi Setiausaha Syarikat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Dalam PKR, beliau pernah memegang jawatan termasuk Setiausaha Keadilan Selangor dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita parti hingga 2004.
Sementara itu, Nik Nazmi akan memulakan tugas di Ibu Pejabat parti pada tarikh yang sama.
mStar Online sebelum ini melaporkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia di peringkat parti.
Beliau dikatakan beralih jawatan kononnya dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mahkamah Tolak Rayuan Sivakumar..kes baguih...satu dewan 2 keputusan...Kes Nizar mahkamah berkuasa..Kes Siva mahkamah tiada kuasa...!!!

PUTRAJAYA 22 Jun - Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.
Justeru, undang-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.
Panel tiga hakim - Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk KN Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.
Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.
Panel tiga hakim juga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.
Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman ADUN Tronoh itu.
Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.
Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.
Dalam perbicaraan hari ini, peguam Sivakumar, Chan Kok Keong, berkata perkara yang dikemukakan dalam saman itu boleh dibicarakan bagi menentukan sama ada peristiwa yang didakwa Sivakumar sebagai serangan dan salah penahanan beraku semasa persidangan DUN adalah arahan bagi Ganesan untuk dilindungi imuniti.
Beliau berkata pemilihan Ganesan dan tindakan untuk menyingkirkan Sivakumar dilakukan di luar persidangan dewan kerana ia dilaksanakan sebelum Raja Muda Perak menyampaikan titah ucapan perasmian.
Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, peguam Ganesan, berkata anak guamnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Speaker yang sah mengikut kuasa diberikan kepadanya mengikut Perlembagaan Perak, Peraturan Mesyuarat dan amalan persidangan.
Katanya pada hari ini, DUN telah menyelesaikan isu penyingkiran Sivakumar dengan sokongan majoriti 31 wakil rayat dan kemudiannya melantik Ganesan sebagai Speaker.
Firoz berkata selepas Ganesan dilantik sebagai Speaker baru, beliau mengarahkan Sivakumar supaya kembali di tempat duduknya tetapi Sivakumar enggan menyebabkan Ganesan mengambil tindakan bagi memindahkan Sivakumar daripada tempat duduk Speaker.
Bernama

Menteri Kewangan Didakwa Lindungi Kes Penyeludupan Wang Haram Menteri Besar NS

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook kesal jawapan Menteri Kewangan seolah-olah melindungi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung dakwaan penyeludupan wang RM10 juta ke United Kingdom pada Mac 2008.
Sebalik dalam jawapan kepada soalan lisan Anthony Loke, Kementerian Kewangan hanya memberitahu bahawa Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram serta membatalkan lesen pengurup terbabit.
"Saya menerima jawapan bertulis terhadap pertanyaan tersebut yang mengatakan Bank Negara Malaysia telah mengambil tindakan menyerbu dan memulakan siasatan terhadap pengurup-pengurup wang yang terlibat dengan aktiviti pengiriman wang secara haram.
"Hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati bahawa terdapat kegiatan pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup-pengurup wang yang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998. Selain itu juga jawapan tersebut menjelaskan lesen pengurup terbabit telah dibatalkan oleh Bank Negara.
"Jawapan tersebut juga memberitahu tindakan undang-undang juga boleh di ambil oleh Bank Negara terhadap mana-mana pengirim dana yang membuat penghantaran dana ke luar negara secara haram," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.
Anthony Loke kesal dengan jawapan yang diberikan kerana tidak dijelaskan apakah bentuk tindakan yang telah dikenakan ke atas Mohamad.
"Apa yang saya kesalkan tidak ada jawapan terhadap tindakan yang telah dikenakan ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah melakukan kegiatan tersebut, kenapa perkara tersebut disembunyikan tanpa diambil tindakan.
"Kenapa jika kes yang terlibat dengan mereka daripada golongan atasan dilihat mempunyai kepentingan dan tidak dikenakan apa-apa tindakan malah kes tersebut hanya senyap begitu sahaja.
"Persoalannya kenapa hanya pengurup wang sahaja dikenakan tindakan jika didapati bersalah, mana tindakan diambil ke atas Menteri Besar tersebut yang jelas beliau yang melakukan pengiriman wang.
"Menteri Kewangan perlu memberi penjelasan terhadap persoalan tersebut, jangan membiarkan perkara itu tanpa sebarang jawapan. Kita mahu tahu status sebenar. Jika benar Mohamad Hassan tidak bersalah beritahu atau sebaliknya perlu dijelaskan, jangan biarkan kes tersebut terus menjadi tanda tanya.
"Melihat kepada jawapan tersebut timbul beribu persoalan  kenapa kerajaan senyap tanpa tindakan, adakah kerana jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik tindakan dinafikan, sedangkan semua tahu penglibatan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam jenayah menyeludup wang keluar negara dalam jumlah yang besar," jelasnya lagi.
Sebelum itu, Anthony Loke pernah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang ke luar negara dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan.
Menurut maklumat yang diperolehi daripada sumber dalaman, Bank Negara Malaysia mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Menteri Besar itu dalam pemindahan wang tersebut.
Semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad terkedu dan hanya mengatakan beliau tidak berminat untuk menjawab soalan pembangkang mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam penyeludupan wang ke luar negara.
Beliau bagaimanapun mengakui kini sedang di siasatan oleh pihak berkuasa tanpa memberi butiran lanjut mengenainya.

PAS Lenggong desak Ust. Zulkifli dibebaskan...dari tahanan di Mesir..!!

Haji Muhammad Zakaria (baju puteh), Isteri Ustaz Ibrahim (tudung muka), Haji Mahfudz dan Haji Razman

9 Rejab 1431H.
Khairul Azman Sakri

LENGGONG: PAS kawasan mendesak kerajaan Malaysia melalui Menteri Luarnya menangani isu penahanan seorang rakyat negara ini, Ustaz Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, oleh pihak berkuasa Mesir, secara serius kerana mangsa pergi ke negara itu untuk urusan pelajaran.

Yang DiPertua PAS Lenggong, Haji Razman Zakaria, berkata Ustaz Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ibrahim tidak mempunyai rekod yang beliau terbabit dengan sebarang kegiatan bertentangan dengan undang-undang negara dan tidak menyertai mana-mana jamaah yang diharamkan di negara ini.

Katanya, pemergian Ustaz Zulkifli hanya atas urusan untuk menyambung belajar di Universiti al-Azhar bagi peringkat Master, bagaimanapun ketika proses penerbangan balik pada 13 Jun lalu beliau ditahan pihak berkuasa Mesir.

"Semasa proses check out di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, sewaktu beliau berurusan dengan pihak imigresen, beliau ditahan sedangkan isteri dan dua anaknya tidak tahu apa-apa.

"Akhirnya apabila kapalterbang berlepas, beliau tidak bersama dengan isteri dan dua anaknya yang baru berusia dua dan tiga tahun," katanya sehari selepas pulang dari menemui Ahli Parlimen Pokok Sena, Yang Berhormat Datuk Mahfudz Omar dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Parlimen 21 Jun lalu.

Haji Razman berkata, penahanan oleh pihak berkuasa Mesir langsung tidak dimaklumkan kepada keluarga beliau di Malaysia, malah kerajaan sendiri tidak memaklumkan kepada pihak keluarganya.

Katanya, berikutan itu, 20 Jun lalu beliau ditemui bapa Ustaz Zulkifli, iaitu Haji Muhammad Zakaria Abdullah, 62, mengadu hal anaknya, membawa kepada pertemuan dengan Datuk Mahfudz dan Menteri Luar.

Selepas pertemuan itu, katanya Menteri Luar membuat kenyataan akhbar dan berita mengenai penahanan Ustaz Zulkifli yang juga bekas Calon Parlimen PAS Kawasan Lenggong itu disiarkan akhbar arus perdana hari ini (22 Jun).

"Saya mewakili PAS Lenggong, mendesak kerajaan Malaysia menangai masalah Ustaz Zulkifli dengan serius sehingga beliau dibebaskan oleh pihak berkuasa Mesir kerana Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak itu tidak bersalah.

"Saya juga berharap supaya keluarga Ustaz Zulkifli bersabar atas ujian yang dihadapi dan berdoalah supaya Ustaz Zulkifli dapat pulang segera ke pangkuan keluarga," katanya.

Mindef: Kontrak Scorpene bernilai RM6.7 bilion


Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.

“Kontrak penyelenggaraan masih dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” kata Zahid.

Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bayaran untuk “penyelarasan dan perkhidmatan bantuan” yang dibekalkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak 969.15 juta euro (RM4.85 billion).

Chua dalam soalannya juga meminta menteri menteri pertahanan memberikan butiran perbelanjaan perbelanjaan kerajaan membeli dua kapal selam Scorpene dan juga butiran pembelian peluru berpandu kapal selam dari Itali dan Perancis.

Menjawab soalan kedua itu, Zahid mendedahkan kerajaan membayar 219.265 juta euro (RM1.1 bilion) for peluru berpandu berkenaan yang dijangka akan dibekalkan menjelang tahun 2013.

Keputusan Muktamad Tukar Tanah Malaysia-Singapura September .ha.ha..projek gadai-mengadai...!!! dah kata kerap sangat turun naik..!!

Patut le suka benar..projek gadai-mengadai...
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura hari ini bersetuju bahawa keputusan muktamad mengenai pertukaran tanah melibatkan kedua-dua negara dibuat dalam tempoh tiga bulan dari hari ini.
Ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, selepas satu perbincangan di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Pada sidang akhbar bersama selepas itu, Najib berkata bahawa dalam tempoh itu, beliau berharap dapat berkunjung ke Singapura bagi memuktamadkan isu berhubung Perkara-perkara Yang Dipersetujui (POA).
Katanya Lee, telah mengemukakan cadangan yang khusus berhubung tawaran pertukaran tanah untuk dipertimbangkan oleh Malaysia.
"Saya berterima kasih kepada beliau kerana membuat tawaran itu dan saya telah memberitahu beliau mengenai pendirian kita bahawa kita akan menelitinya, dan kami berdua bersetuju bahawa keputusan mengenai pertukaran tanah itu, diselesaikan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang," katanya.
Lee tiba hari ini untuk lawatan sehari.
Bulan lepas, kedua-dua negara bersetuju supaya stesen kereta api di Tanjung Pagar, Singapura, milik Keretapi Tanah Melayu Berhad, dipindahkan ke Woodlands.
Malaysia dan Singapura bersetuju supaya tanah di Tanjung Pagar itu dimajukansecara bersama.
Kenyataan bersama itu menyebut bahawa Najib dan Lee telah mengadakan satu perbincangan yang berhasil serta mendapat maklumat balas awal berhubung tawaran pertukaran tanah itu. - BERNAMA

KENYATAAN MEDIA : RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI


Kenyataan Media

Selasa 22- Jun - 2010

RAKYAT MALAYSIA MAHU PERJELASAN PERDANA MENTERI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) mewakili rakyat Malaysia mahu penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak juga Menteri Kewangan yang telah menafikan pemberian lesen judi sukan kepada Syarikat Ascot Sport Sdn Bhd pada 7 Jun 2010. Malah sikap Perdana Menteri yang tidak mahu membangkitkan semula isu lesen judi sukan ini dilihat sebagai usaha menyapu sampah ke bawah kapet. Kerajaan dilihat tidak jelas malah sentiasa berdolak-dalik berhubung dengan lesen judi sukan dinegara ini.

Berikut adalah maklumat-maklumat yang mencurigakan disebalik penafian Perdana Menteri :

1. Pada 11 Jun 2010 terdapat dokumen “Information Memorandum” telah dikeluarkan oleh Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd dimana pada halaman 20 dokumen ini dinyatakan bahawa Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan. Berjaya Sport Toto memohon pinjaman RM800 juta untuk melakukan operasi judi sukan sempena EPL (English Premier League) pada bulan Ogos atau September 2010. Terdapat 220 outlet Sport Toto seluruh negara akan mejayakan judi tersebut. Penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group. Menurut analisis kredit daripada Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC) sebuah agensi penarafan telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto memiliki nilai rating setinggi AA-. Penilaian ini juga mengambilkira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi sukan. Pendedahan ini telah dibuat oleh YB Tony Pua Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada 21-Jun-2010 diParlimen.

2. Pada 12 Jun 2010 Berjaya Corp telah membuat kenyataan kepada Bursa Saham Malaysia bahawa Ascot Sport Sdn Bhd telah mendapat kebenaran kerajaan untuk memperbaharui lesen judi sukan. Atas asas ini maka Berjaya Corp telah membeli 70% saham Ascot Sport bernilai RM525 Juta. Sedangkan Ascot Sport adalah sebuah syarikat yang rugi sebanyak RM15.8 juta pada 31hb Disember 2008. Jika Ascot Sport tiada jaminan memperolehi semula lesen judi sukan maka sudah tentu Berjaya Corp tidak membeli sahamnya. Pendedahan ini telah dikeluarkan oleh Malaysia Insider pada 15 Jun 2010.

3. Pada 16 Jun 2010 Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim telah menyatakan bahawa lesen judi sukan ditangguhkan sedangkan Perdana Menteri telah menafikan mengeluarkan lesen tersebut. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh Malaysiakini pada 16-Jun-2010

4. Terdapat sokongan secara terbuka terhadap lesen judi sukan daripada pimpinan UMNO dan Barisan Nasional antaranya adalah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pimpinan MCA dan pimpinan PPP. Maklumat ini telah dikeluarkan oleh kebanyakkan media arus perdana.

Persoalannya adalah :

1. Bagaimana MARC boleh memberi gred AA- kepada permohonan pinjaman RM800 juta Berjaya Sport Toto untuk melakukan operasi judi sukan pada Ogos atau awal September 2010 sedangkan kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi.

2. Bagaimana Tan Seri Vincent Tan boleh meyakinkan Bursa Saham Malaysia untuk Berjaya Corp membeli 70% kepentingan Ascort Sport sedangkan pihak kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.

3. Bagaimana Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim boleh mengumumkan penangguhan lesen judi sukan sedangkan kementeri Kewangan tidak pernah mengeluarkannya.

4. Bagaimana pimpinan UMNO dan Barisan Nasional bersungguh-sungguh menyokong judi sukan sedangkan kerajaan tidak pun mengelurkan lesen judi sukan.

Atas persoalan-persoalan di atas maka GMJ rasa penuh yakin bahawa adanya dokumen bertulis daripada Kementerian Kewangan yang telah memberi kebenaran kepada Ascot Sport memperbaharui lesen judi sukan. GMJ mahu Perdana Menteri menjelaskan kepada rakyat Malaysia apakah butiran yang telah diberikan kepada Tan Sri Vincent Tan sehingga beliau begitu yakin dan pihak-pihak ketiga seperti Bursa Saham Malaysia serta MARC bergitu yakin terhadap pembaharuan lesen judi sukan kepada Ascort Sport. GMJ akan menyerahkan memorandum memansuhkan judi sukan kepada Perdana Menteri pada hari rabu 23-Jun-2010 jam 3 petang di Putajaya. GMJ mahu mendapatkan penjelasan seikhlasnya daripada Perdana Menteri berhubung dengan isu ini.

Walaubagaimana pun GMJ tetap bertegas bahawa suatu Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah Judi pada jam 2 petang 3hb Julai 2010 di Kuala Lumpur akan tetap diadakan. Himpunan ini adalah untuk memberi isyarat kepada pihak kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak mahukan kepada judi sukan, pihak kerajaan perlu mengetatkan penguatkuasaan undang-undang judi dan mahu pihak kerajaan mendidik masyarakat membenci judi. Sesungguhnya judi boleh membawa keruntuhan keluarga , masyarakat dan negara.


Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ). 

Government says spent RM6.7b on Scorpene submarines

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, June 22 — The Defence Ministry today revealed that it had spent a total of RM6.7 billion (1.34 billion euros) on the purchase of two Scorpene submarines.In a written reply to PKR MP Chua Tian Chang, the ministry stated that the acquisition was completed last year, during the 2009 LIMA exhibition.
The reply listed down the cost of the two submarines as well as the price of buying 40 SM-39 Block 2 torpedoes from France and 30 Black Shark torpedoes from Italy.
According to the ministry, the purchase of two Scorpene submarines cost 1.084 billion euros, while the cost of the submarine “support and test” equipment amounted to 37.5 million euros.
The total cost of the torpedoes amounted to 219.265 million euros.
“If you add all this up, the total cost is RM6.7 billion. But this does not include maintenance fees for the submarines,” said Chua.
The Batu MP claimed that DCN, the French company which supplied the submarines to the ministry, had quoted additional costs of RM600 million for the maintenance of the submarines for a six-year period.
“This figure was quoted by DCN prior to its joint venture with Boustead Holdings, a Malaysian company.
“After the venture, Boustead told the Defence Ministry that RM270 million would be needed for maintenance of the submarines each year. The RM600 million is the top ceiling cost for all six years,” said Chua.
The PKR man explained that if the RM600 million were to be added to the RM6.7 billion, the total cost would be RM7.3 billion.
“While we are facing financial problems, with subsidies here and there, the government is having two white elephants which keep expanding in cost. We are not sure whether this will be the end of the payments, or will there be more,” said Chua.

PRU-13 hujung tahun

SHAH ALAM – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijangka diadakan seawal hujung tahun ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan mandat baru daripada rakyat memandangkan mandat sekarang adalah daripada kepimpinan terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, sudah menjadi kebiasaan dan wajar seorang pemimpin negara yang baru dilantik mendapatkan mandat rakyat memandangkan keadaan ekonomi negara juga sudah pulih.

Menurutnya, dengan pilihan raya umum ini nanti barulah kepimpinan Najib dan Barisan Nasional (BN) diuji sejauh mana mereka boleh meneruskan kepimpinan negara dan menidakkan percubaan Pakatan Rakyat: (PR) merampas Putrajaya.

“Saya bersependapat dengan Tun Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya umum wajar dipercepatkan dan saya jangka seawal hujung tahun ini ataupun awal tahun depan.

“Jika pilihan raya umum diadakan pada hujung tahun depan, ia sudah menjadi pilihan raya umum biasa dan bukan lagi dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ditanya cadangan PR yang mahu mengadakan pilihan raya negeri yang diperintah mereka dibuat secara berasingan dengan pilihan raya umum, Ahmad menegaskan PR berada dalam ‘angan-angan’.

Katanya, perkara tersebut sebenarnya tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan negeri tiada hak untuk mengadakan pilihan raya negeri sendiri.

“Kalau mereka (PR) jadi kerajaan pusat tidak mengapa, mereka harus faham konsep pembahagian kuasa, pegawai SPR dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Perdana Menteri pula daripada BN.

“Oleh itu Najib tidak akan membenarkan cadangan yang dibuat oleh pemimpin PR dan jelas mereka hanya berangan,” katanya.

Rabu minggu lalu, Perdana Menteri berkata tarikh pilihan raya umum akan mengejutkan semua pihak kerana kajian baru-baru ini oleh Merdeka Centre for Opinion research menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Keadilan Pulau Pinang seru PM deklasifikasikan Kontrak Jambatan Ke-2

Pada Mac 2008, Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sulaiman Mahbob.  Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.
Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:
  • Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.
  • UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL).
  • UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.
  • Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.
  • Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta.
  • Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.
  • Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?).
  • Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go.
Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu.  Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim (gambar kiri) benar.  Pertama sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang.  Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40.  Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.
Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.  Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance).  Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun.  Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40.  Kontrak pula dirahsiakan.  Semua ini harus diberhentikan serta-merta.  Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan pusat.
Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat.  Kemudian, kerajaan sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.
Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.  Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak.  Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.
Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini.  Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008.  Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum.  Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini.  Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada.  Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.
Maka, Parti Keadilan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM.  Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!
Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol.  Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa rakyat Pulau Pinang inginkan cekap, akauntabiliti dan telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.
*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin selaku ADUN Pantai Jerejak, Yusmadi Yusoff selaku Ahli Parlimen Balik Pulau dan Sivarasa Rasiah selaku Ahli Parlimen Subang.

Dedah Segera Hasil Siasatan Ke Atas MB N. Sembilan


KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara digesa supaya mendedahkan hasil siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terlibat dengan penyaluran wang berjumlah RM10 juta ke United Kingdom pada 2008 melalui perkhidmatan pengurup wang.
Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata, satu penjelasan terpeinci mengenai status siasatan bagi dakwaan berkenaan perlu dikemukakan bagi membersihkan nama Menteri Besar itu.
"Kalau Menteri Besar Negeri Sembilan tak pernah terlibat, ini adalah platform terbaik bagi kerajaan untuk membersihkan nama beliau.
"Jika benar tak ada, mereka nafikanlah... ini perkara serius, kita harap Pejabat Peguam Negara perlu jawab perkara ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau merujuk kepada jawapan bertulis oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung soalan mengenai status siasatan terhadap Mohamad dan apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap beliau.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Perdana Menteri yang hanya menyatakan bahawa Bank Negara telah mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurup wang yang terlibat dalam aktiviti pengiriman wang secara haram ke luar negara.
"Ini yang kita persoalkan, mengapa hanya pengurup wang sahaja yang diambil tindakan? Bagaimana dengan pengirim?
"Saya fikir ini adalah usaha untuk melindungi individu tertentu," katanya.
Dalam jawapan bertulis berkenaan, Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan yang dijalankan, Bank Negara mendapati bahawa terdapat kegiatan pengiriman wang ke luar negara secara haram oleh pengurup wang yang menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 30(1) Akta Pengurup Wang 1998.
Bank Negara juga telah membatalkan lesen pengurup wang yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

'Penggantungan UKM4 cuba sekat mahasiswa aktif'

Penggantungan keahlian empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor - daripada Kelab Sains Politik dilihat sebagai usaha untuk menyekat kegiatan mahasiswa.

Hilman Idham (kanan) - yang dipertua (YDP) kelab itu yang digantung bersama tiga lagi mahasiswa - mendakwa, pentadbiran UKM tidak pernah selesa dengan kelab atau kumpulan mahasiswa yang bergiat aktif.

"Mungkin pihak universiti berpandangan bahawa Kelab Sains Politik (KSP) sebagai sebuah kelab mahasiswa yang kritikal dengan idea, pandangan serta pendirian kami dalam kebanyakan isu yang berlaku.

Pada 18 Jun lalu empat pelajar UKM yang bakal menghadapi prosiding tatatertib bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digantung tugas dan jawatan mereka dalam KSB.

Selain Hilman, turut digantung tugas Ismail Aminuddin (naib YDP), Azlin Shafina (setiausaha) dan Woon King Chai (exco).

Dalam satu kenyataan hari ini, Hilman yakin KSP akan dipimpin dengan baik oleh pemangkunya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua mahasiswa fakulti sains politik universiti berkenaan dan bertenang ekoran penggantungan itu.

"Saya juga yakin KSB akan terus memainkan peranan sebagai sebuah persatuan mahasiswa yang aktif dengan penyertaan menyeluruh mahasiswa, juga kritikal dengan pandangan dalam setiap isu.

"Semoga Kelab Sains Politik akan terus menjadi persatuan mahasiswa yang terbaik dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang peka, kritikal dan professional pada masa hadapan," katanya.

Taib calls for meeting to prepare for state polls

By Zainal Epi
KUALA LUMPUR: Sarawak is gearing up for an early state election as Chief Minister Abdul Taib Mahmud has called for a meeting of all Barisan Nasional (BN) state representatives this weekend.
The sources said the meeting was mainly to discuss an early state election.
The current term of the state administration ends middle of next year.
“Given the atmosphere and trend among the young and Chinese voters, it seems that the present state government may not wait till its term expires.
“An early state election is expected as a sort of a damage control measure so that BN, if its performance is not so good, may not lose too many seats.
“We are expecting the state election to be called after Hari Raya Puasa, that is, in September,” said one of the sources.
'Taib worried'
Sources said the upcoming state polls is crucial for BN, given the current atmosphere where DAP is gaining strength by the day in the state, more so after the Sibu parliamentary by-election last month.
They said Taib is getting worried that the Chinese voters in the state are now in the mood for change in keeping with the transformation of the political landscape in the Peninsula.
“Just like what happened in 2008, the Chinese feel that the time is right to vote out the current BN government,” a source said.
They said the weekend meeting is expected to discuss issues of concern to the BN, especially the voting trend in the urban areas where Chinese comprised the majority.
They said top on the list is how to “sell Taib” in the wake of the Sibu fiasco, where it was generally believed he was the main cause of the BN defeat.
However, the Ibans and the Malays are still loyal to BN despite grievances at Taib, said another source.

More drastic amendments to Road Transport Act?

By Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: The Transport Ministry is expected to table amendments to the Road Transport Act at the next Parliament session, a move seen by some as giving the government a tighter grip on taxpayers' money.
The Consumer Association of Subang and Shah Alam (Cassa) is of the view that the proposed changes to the act is too drastic and would not be welcome by consumers.
Citing an example, its president, Jacob George, said the redefining of roads, which categorises all types of roads under the ministry, will eventually “affect the people”.
According to him, roads built by the government are usually taken care of by the federal government, and roads in villages and estates come under the jurisdiction of the local government.
“With the new amendments, automatically, the people in the villages who use motorcycles without licence can all be picked up, charged and penalised,” said George.
He added that the amendments would propose a fine of RM3,000 or jail terms of up to 20 years for several traffic offences.
“If it is true, it is draconian; even if the fine is RM300, we have a situation where most Malaysians cannot afford to pay due to the high cost of goods and essentials,” he said.
George also said the people, especially in the villages, would feel the pinch each time there is a funeral or a wedding function at their homes.
“Usually, we will tell our immediate neighbours or local councils (to close the roads). Under the proposed new law, if you put up obstacles on the roads for wedding, you can be taken to court.
“This is not reflecting what laws should be,” he said, adding that it could create possible backlash from the people, come the next general election.
Privacy at risk
George also said the amendments would allow more power to the ministry, its director-general and the Road Transport Department (RTD).
“We cannot give more power to RTD officers, especially when it allows them to enter someone’s premises,” he said.
In particular, added George, people’s privacy would be put at risk when the government is proposing to have smart chips installed in their registration number plates.
“When the police take a photo of someone’s car, they would pick up the entire data of that person because it will be on the system called an automated enforcement system.
“We don’t have privacy laws in this country and this system can be manipulated and misused by third parties,” said George.
And logistically, he said, it would be impossible for all the 25 million vehicles in the country to have the smart chips installed.
“Each registration plate would cost around RM150 and this is not cheap. You can’t force everybody to change their number plates,” he added.
However, he said, it would be acceptable if the chips were a standard in the new vehicles that are going to be rolled out.
George also claimed that only two companies would be awarded with the selling of such registration plates. This would tantamount to monopoly, he said.
“Malaysians are against monopoly. We are against any contracts given without the consensus of the people… they are not bringing the consumers into the loop to discuss,” he said.
BN backbenchers club against amendments
Although the amendments were proposed by the federal government, George however praised the Barisan Nasional backenchers club (BNBBC) for not supporting it.
“Even our friends in the BNBBC were upset and urged the ministry to re-look at the amendments,” he said.
“We have the full support of the BNBBC and they agreed that our concerns are legitimate and expressed their dissatisfaction with the proposed amendments,” he added.
According to him, Cassa and BNBBC have had a “quiet meeting” in Parliament about a month ago and agreed that the government should “scrap” the amendments.
“There would be a severe backlash from the people and the government would be forced to eat humble pie.
“The moment you touch people’s pockets and privacy, people would be upset,” George said, adding that the BNBBC had raised the matter with Transport Minister Kong Cho Ha.

Israel terus rampas tanah Arab


4020775_0b0a6ce694_m BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.
Pemimpin Palestin mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai ‘King’s Garden’, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.

Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis juga mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.
Jurucakap bandar raya, Stephen Miller berkata, jawatankuasa itu dijangka meluluskan kajian semula pembahagian zon bagi membolehkan pembinaan 1,000 rumah dilaksanakan, meliputi 22 hektar di sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmaqdis.
Dalam pelan perancangan itu, kira-kira 20 rumah rakyat Palestin yang dibina tanpa permit akan dirobohkan, manakala 60 rumah lagi yang dibina secara haram diberikan lesen.
Namun, bagi rakyat Palestin kelulusan permit bangunan adalah sesuatu yang sukar diperoleh dari Israel.
Pemimpin Palestin menyifatkan projek itu sebagai satu lagi cubaan Israel untuk memperkuatkan kawalan di seluruh Baitulmaqdis, dengan sektornya di sebelah timur ditawan dalam peperangan 1967 dan dijadikan sebahagian daripada kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
"Langkah ini adalah penjajahan oleh pihak perbandaran," tegas Gabenor Baitulmaqdis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, Adnan al-Husseini.
"Mereka tidak boleh mendakwa yang mereka akan membina taman perumahan, tetapi pada masa sama menafikan orang lain terus menetap di situ," katanya
Mac lalu, Israel menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat apabila ia mengumumkan ketika lawatan Naib Presiden, Joe Biden bahawa ia akan membina 1,600 rumah bagi penduduk Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat yang dianggapnya sebagai sebahagian Baitulmaqdis.
Miller mendakwa, projek ‘King’s Garden’ itu bertujuan ‘mempertingkatkan mutu kehidupan’ di Silwan dan sebuah taman dan kompleks awam akan dibina di kawasan berkenaan, yang boleh digunakan secara bersama oleh Arab dan Yahudi.

Hati-hati fahami konsep hak asasi-Pak Lah


pokloh KUALA LUMPUR: Aktivis dan pengamal hak asasi diingatkan supaya berhati-hati dalam memahami konsep dan amalan hak tersebut agar tidak melampaui batas agama, budaya, dan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan.
Ini kerana ramai penyokong dan aktivis hak asasi tersilap anggap mengenai konsep dan amalan itu sehingga memberikan keutamaan yang berlebihan.

Demikian menurut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya semasa merasmikan Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia: : Ke Arah Pemurniaan Kefahaman" di Institit Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Abdullah yang juga Pengerusi IKIM berkata, konflik antara hak asasi manusia dengan agama yang selalu ditonjolkan dalam media seperti isu murtad perlu diperbetulkan.
"Ramai tidak sedar bahawa konsep, amalan dan pergerakan hak asasi yang berteraskan kepada falsafah humanisme, sekularisme dan hedonisme sebenarnya adalah musuh kepada semua agama.
"Apabila akal menjadi maharaja kepada segala tindakan manusia, maka mereka akan menganggap nilai akhlak, kerohanian dan ketuhanan adalah tidak perlu dan tidak relevan lagi," katanya.
Beliau berkata, salah faham mengenai beberapa istilah hak asasi seperti kebebasan beragama, kebebasan bersuara memberi kesan kepada kelakuan mereka sehingga menganggap apa yang dilakukan berdasarkan faktor kesamarataan dan hak.
"Saya yakin ada rakyat yang masih terkeliru dengan dokumen hak asasi atau konsep undang-undang yang diguna pakai di Malaysia, adakah dokumen itu mengatasi ketinggian perlembagaan negara.
"Kebebasan yang sebenar adalah kebebasan dalam melakukan sesuatu yang membawa kebaikan kepada diri dan masyarakat sekeliling.
"Bukanlah kebebasan yang sebenarnya jika seseorang memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak baik dan buruk, yang bertentangan dengan nilai akhlak mulia dan ajaran agama, meskipun ia mungkin kelihatan lebih baik dan membawa faedah di mata kasar golongan tertentu," katanya. 

Hak asasi bergantung kepada pendekatan mahkamah


aOleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR: Hak asasi manusia di Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan didapati terlalu banyak bergantung kepada pendekatan dan sikap yang diambil melalui keputusan undang-undang di mahkamah.
Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbanding dengan negara seperti Amerika Syarikat dan negara lain di Eropah, perlembagaan di Malaysia tidak menyediakan apa-apa peruntukan instrumen mengenai hak asasi.

"Salah satu punca mengapa ini berlaku ialah kerana perlembagaan itu sendiri tidak menyebut dengan jelas ruang lingkup peruntukan hak asasi yang sedia ada," katanya ketika membentangkan kertas kerja Seminar Agama dan Hak Asasi Manusia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.
Katanya, Malaysia begitu terikat dengan kedudukan perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi sehingga mengatasi peruntukan hak dan undang-undang lain.
Mengambil contoh hak kebebasan Malaysia sebagai negara demokrasi, Abdul Aziz menegaskan, wujudnya beberapa pertindihan proses dalam doktrin pengasingan kuasa juga menyebabkan pengisytiharan mengenai hak asasi manusia termasuk hak kebebasan di negara ini tidak dapat dilaksanakan spenuhnya.
"Agak jelas bahawa perkembangan dan pelaksanaan hak asasi bergantung kepada sikap dan komitmen mahkamah.
"Ini kerana tidak mungkin untuk mengharapkan dewan perundangan (Dewan Rakyat) meminda peruntukan-peruntukan yang berkaitan bagi membuat penyesuaian.
"Selain lambat di sana mungkin ada hambatan prosedur yang tidak dapat diatasi mahupun dipenuhi," tegas beliau.
Bagaimanapun katanya, kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mampu memberi dimensi baru kepada wacana dan pelaksanaan hak asasi di Malaysia.
Ini kerana selain memberi pendidikan mengenai hak asasi, badan berkenaan juga diberi kuasa untuk membuat cadangan kepada kerajaan mengenai instrumen antarabangsa yang boleh diterima pakai di negara ini.
"Kewujudan pelbagao pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Suaram dan Sister In Islam (SIS) juga dilihat mampu memberi kesan kepada wacana mempertahankan falsafah hak asasi yang dominan secara global," katanya.

Blogger UMNO menegur pemimpin depa yang buta perut..

Macam manalah ahli-ahli UMNO nak menyerang BALAS kalau ramai pemimpin mereka jenis BUTA PERUT?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, PM telah menyatakan bahawa ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.. Kita TIDAK tahu samada hasrat PM itu difahami sePENUHnya oleh ahli-ahli UMNO atau TIDAK, tetapi kita YAKIN 100% bahawa hasrat PM ini GAGAL difahami oleh rakan-rakannya sendiri dalam kepimpinan UMNO dan jugak dalm Kabinet 1 Malaysianya..

Ahli UMNO disaran berani lakukan serang balas

Najib Tun Razak menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh di Hutan Melintang, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

UMNO lemah bukan kerana ahli-ahlinya.. Sebahagian BESAR penyumbang keLEMAHan UMNO adalah kerana orang MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO itu sendiri.. Kita mintaklah PM kita cuba NYATAkan ada tak mana-mana pemimpin UMNO yang ‘diSUKAi’ dan ‘diSAYANGi’ oleh rakyat ketika INI? Terus-terang kita katakan, para pemimpin UMNO sendirilah yang meLEMAHkan parti tersebut dengan bermacam CARA hingga sampai TAHAP memperBODOHkan rakyat.. Adakah PM Nampak HAKIKAT ini?

Cuba TENGOK betul-betul pemimpin parti MANAkah yang ada SIKAP begini:-

1) Siapakah yang meMALUkan UMNO dengan mengejar JAWATAN parti dan bermacam jenis JAWATAN hingga didapati berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG?

2) Siapakah pemimpin UMNO yang ‘GILA GLAMER’ hinggakan habis dicuba segala macam CARA untuk mencari PUBLISITI murahan daripada jadik MODEL SAMBILAN hinggalah kepada jadik Askar Wataniah?

3) Menteri MANAkah yang sering buat KENYATAAN BODOH di Parlimen dan juga luar Parlimen dalam isu judi BOLA, penggunaan nama ALLAH SWT oleh penerbitan Kristian, penyerahan blok minyak kepada Brunei dan banyak lagi hingga dipanggil ‘The HATCHET Man’?

4) Menteri MANAkah yang sering TIKAM BELAKANG kerana menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan sendiri seperti isu keHILANGan enjin JET dan pendedahan ada maklumat RAHSIA Negara bocor kepada keDUTAan asing?

5) Menteri MANAkah yang begitu PENAKUT dengan HINDRAF, parti RACIST La’anatullah dan banyak lagi pihak yang menimbulkan isu perKAUMan terhadap orang Melayu tetapi diLANTIK pulak sebagai Menteri KDN?

6) Ketua Penerangan parti MANAkah yang TIDAK mampu pun mengatur jentera penerangan dengan TERATUR setiap kali PRK tetapi asyik HANYUT dibuai MIMPI Teori Pendulumnya?

7) Ahli Parlimen parti manakah yang kahwin DUA tanpa keBENARan hingga meletakkan dirinya setaraf dengan Lebai PAS?

Bolehkah ahli-ahli UMNO ini diberitahu, atas SEBAB apakah mereka kena memperTAHANkan para pemimpin sebegini dalam UMNO?

Semasa PRU ke12 lalu, ramai ahli-ahli UMNO masih TRAUMA untuk membantu parti mereka kerana GAGAL untuk menyerang BALAS dan diMALUkan dengan MUDAH sekali disebabkan pihak LAWAN menjaja gambar Presiden UMNO tengah TIDO dan meraba BAHU perempuan semasa CERAMAH.. Trauma ahli-ahli UMNO masih lagi berterusan hingga HARI ini selepas mendapati para pemimpin seperti yang dinyatakan di atas menguasai UMNO.. Ahli-ahli UMNO tidak MAMPU langsung memBUKTIkan bahawa kepimpinan parti mereka LEBIH baik berbanding lawan.. Salah siapa?

Itu belum lagi kepimpinan UMNO peringkat negeri yang berpecah-belah dan tidak sehaluan akibat SIBUK sayangkan JAWATAN.. Ada sesiapa boleh bagitahu, APAkah keKUATan UMNO yang boleh diBANGGAkan di Kedah, Kelantan, Selangor, KL dan Negeri Sembilan? Apakah keKUATan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO yang masih WUJUD di peringkat negeri? Apakah UMNO yakin bahawa generasi muda menyokong parti ini?Ahli-ahli UMNO sekarang INI umpama ASKAR yang dikerah berperang TETAPI tidak diBEKALkan PELURU dan ditembak pulak oleh JENERAL mereka sendiri!

UMNO sebenarnya terHUTANG budi kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, BBM dan banyak lagi yang sering membangkitkan NOSTALGIA antara orang Melayu dengan UMNO.. Begitu jugak UMNO patut berterima kasih dengan BLOGGER yang tak jemu korek maklumat musuh UMNO.. UMNO jugak wajar berterima kasih kepada para ahli Parlimen BEBAS yang lebih GAGAH menyerang pihak LAWAN daripada para pemimpin UMNO sendiri.. Jika NAK harapkan kepada pemimpin-pemimpin seperti di atas, alamat TUNGGU masalah UMNO cuma tinggal BENDERA aje nanti..

Wallahualam..
 

Lesen runcit ayam, besi, simen mansuh 15 Julai...ikut suka peniaga nak letak harga la....!!

Mulai 15 Julai ini, lesen runcit bagi tiga barangan iaitu ayam, besi (bar bulat keluli lembut) dan simen akan dimansuh.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berikutan itu, ketiga-tiga barangan itu bukan lagi di bawah kawalan harga, sebaliknya harga ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata, antara tujuan langkah itu diambil ialah supaya tidak berlaku ketirisan ke sempadan memandangkan jurang perbezaan harga dengan negara Asean bagi simen dan keluli tidak ketara dan bekalan ayam yang semakin stabil sejak kawalan harga dikeluarkan.

Selain itu, ia untuk membolehkan kementerian memberi fokus kepada tiga barangan keperluan asas iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak yang masih dikawal bagi harga dan bekalan oleh kerajaan, katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

"Pada tahun 2008, kementerian mengambil langkah proaktif dengan memansuhkan kawalan harga terhadap ayam, besi dan simen. Bagaimananpun, kawalan bekalan masih diteruskan dan selain itu, melalui perlesenan, bekalan ayam dalam negara juga semakin stabil,” katanya.

Beliau berkata jumlah lesen runcit ayam yang dikeluarkan dari Januari hingga hari ini (22 Jun) ialah 2,676 dan 3,000 untuk simen serta 2,356 untuk besi.

Ismail Sabri juga berkata, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 dijangka dibentang pada sesi Parlimen kali ini bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946.

"Kabinet dah luluskan. Saya berharap ia dapat di baca untuk bacaan kali pertama di Parlimen pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata akta ini jika diluluskan, lesen di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan akan dimansuh.

"Ini bermakna lesen di bawah skim itu tidak akan dikenakan terhadap peruncit pada musim perayaan akan datang,” tambahnya.

- Bernama

Kerajaan Kelantan Cadang Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Red Carpet

Kerajaan negeri sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Red Carpet Sdn Bhd berhubung kenyataan syarikat itu yang menjejaskan nama baik kerajaan negeri dalam isu Kelantan
Fiesta 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata kenyataan Red Carpet di dalam media yang didapati telah menjejaskan imej kerajaan negeri kerana memboikot acara Kelantan Fiesta itu.
"Hakikatnya menurut perjanjian yang dimeterai antara Red Cerpet dan kerajaan negeri pada 24 Ogos 2009 di Kuala Lumpur menetapkan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai penganjur manakala Red Carpet sebagai pengurus acara Fiesta Kelantan 2010," katanya semasa mengulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri penggal ketiga, di sini hari
ini.
Beliau berkata disebabkan perasmian acara besar yang akan dirasmikan Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengambil alih acara itu daripada PMBK.
Beliau berkata pihak Red Carpet telah menolak permintaan kerajaan negeri supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat ucapan pada majlis perasmian acara itu dan tindakan itu bertentangan dengan perjanjian awal yang dimeterai kerana kerajaan negeri sebagai penganjur dan juga hos kepada acara itu.

Takiyuddin berkata semasa acara perasmian itu diteruskan pada 16 Jun, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, bekalan elektrik terputus di stadium menyebabkan acara itu tidak dapat dilangsungkan secara sempurna.
"Bagaimanapun setelah beberapa hari, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan negeri telah sabotaj acara itu hasil daripada post-mortem mereka," katanya.
Beliau menjelaskan, laporan Jabatan Kerja Raya mendapati peralatan yang digunakan pada acara itu melebihi bekalan kuasa yang mampu ditanggung oleh stadium.
Katanya beliau turut menjelaskan kerajaan negeri tidak merampas kain rentang acara itu yang diletakkan di sekitar bandar Kota Baharu sebaliknya ia dikutip oleh majlis perbandaran Kota Baharu kerana ia terjatuh di atas tanah akibat ribut dan hujan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bio-Teknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi berkata Kelantan kini berhasrat untuk membangunkan sebuah makmal bagi penyelidikan bio-teknologi untuk pertanian bernilai RM300,000.
Katanya kerajaan negeri telah menjalankan kajian dengan sebuah universiti tempatan bagi menggunakan sisa buangan ladang dan menjadikan bahan buangan seperti hampas padi dan kelapa sawit sebagai baja organik.
"Baja organik ini merupakan elemen yang bersih daripada elemen kimia dan boleh dimajukan kepada tahap yang lebih untuk memberi manfaat kepada pendapatan kerajaan negeri dan sektor pertanian," katanya.
(Bernama)

Tan Sri Khalid: Kroni Khianat Amanah Kerajaan

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kelompok syarikat swasta yang gagal memberikan pulangan sewajarnya meskipun menerima pelbagai bantuan dari kerajaaan.
Khalid memberi amaran amalan kronisma pemerintah Barisan Nasional merencatkan potensi sektor ini yang gagal menjadi pemacu ekonomi sebenar, sebaliknya menjadi parasit yang membebankan.
Tan Sri Khalid berkata demikian ketika membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 di Dewan Rakyat hari ini. 
Tokoh korporat ini berkata agenda penswastaan besar-besaran yang diberi nafas baru oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak hanya akan mewujudkan monopoli korporat yang tidak mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa disuap geran dan suntikan wang rakyat.
"Malaysia mempunyai rekod yang sangat buruk dalam agenda penswastaan sebelum ini, dengan terdapatnya kepincangan pengalihan dana awam dan tanggungjawab kepada kroni dalam sektor korporat yang tidak mampu memberikan pulangan yang cekap dalam tugas mereka,"
Dalam pada itu, Tan Sri Khalid mengingatkan kerajaan untuk tidak tunduk kepada tekanan pemodal untuk menswastakan industri yang memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat jelata.
Menteri Besar Pakatan Rakyat ini menegaskan penswastaan harus bersifat tertuju dengan fokus untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. 
Industri-industri pro-rakyat seperti kesihatan dan air harus kekal milik nasional bagi memastikan segenap lapisan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
"Tidak semua industri perlu diswastakan; ada perkhidmatan dalam barangan terpilih perlu terus kekal menjadi milik kerajaan. Misalnya bidang yang melibatkan keprihatinan sosial seperti perkhidmatan kesihatan tidak perlu diswastakan kerana ia memberikan khidmat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira siapa. Ini tidak sama dengan perkhidmatan perubatan yang boleh diswastakan,"
"Saya juga prihatin dengan penswastaan pengurusan sisa pepejal. Sisa pepejal dipusatkan dengan kerajaan Persekutuan mengambil-alih semua pengurusan sisa pepejal dari kerajaan tempatan, termasuk pembersihan longkang dan menswastakan kepada satu syarikat,"
"Ia bermaksud semua autoriti hendak dirampas dari kerajaan tempatan. Putrajaya kini akan menentukan pengurusan sampah di kampung kecil di Kuala Kubu Bharu,"
Tan Sri Khalid menggesa kerajaan untuk menerima sistem tender terbuka sebagai piawai urusan kontrak kerajaan. Beliau turut melahirkan dukacita diatas ideologi penswastaan mundur yang ditunjukkan kerajaan.
"Penyelesaiannya adalah jangan menswastakan kos dan hanya swastakan hasil. Kos yang terlibat dalam mana-mana projek pembangunan khusus boleh dijalankan kerajaan sebagai asas perbelanjaan. Kerajaan sepatutnya menswastakan seksyen projek yang idea, kreativiti, model perniagaan yang unik boleh diketengahkan untuk menjana keuntungan lebih baik,"
Menteri Besar Pakatan Rakyat ini menegaskan pengagihan tender dan kewangan haruslah menghormati autoriti kerajaan-kerajaan bersekutu. Birokasi dan kos operasi Kerajaan Pusat dapat dirampingkan sekiranya autonomi kerajaan-kerajaan negeri tidak diganggu-gugat politik kepartian.
"Adalah lebih ideal menggunakan konsep Suruhanjaya Bebas Pemberian Persekutuan sebagaimana yang dipraktikkan di negara lain seperti Kanada dan Australia, yang melakukan pengagihan kewangan bukan berdasarkan afiliasi politik, tetapi keperluan pembangunan,"
"Kerajaan Persekutuan kelihatan lebih gemar mempolitikkan tadbir urus ekonomi dengan mengabaikan peranan negeri Selangor. Selangor sejak sekian lama menyumbang 20 peratus KDNK negara, namun sumbangan itu seolah dipinggirkan dalam RMK10,"

Campurtangan Umno BN, Felda Bankrap

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang  menghadapi kemerosotan rizab tunai yang menjunam hampir RM3 bilion dikhuatiri akan bangkrap dalam masa terdekat  akibat salah urus, kerugian pelaburan dan pembaziran projek yang berterusan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda dan orang Asal Keadilan Pahang, Suhaimi Said mencapai rumusan itu berdasarkan hakikat :
-          Simpanan tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009.
-          Tindakan membelanjakan RM622 juta untuk bangunan Felda di kawasan segi tiga  hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu dan bukan atas keperluan Felda sendiri
-          Sejak   5 tahun lalu sebanyak tiga anak syarikat Felda telah ditutup iaitu Getah Felda, Sutera Jaya dan Felda Herba kerana urusniaga mencurigai.
-          Pemborosan berterusan termasuk membelanjakan hingga RM5juta untuk pertandingan futsal dan kelab bolasepak.
-          Keputusan Lembaga Pengarah Felda  ditolak oleh “pihak atasan” semata-mata untuk memberi keuntungan kepada individu tertentu.
Justeru   Persatuan Generasi Anak Peneroka Felda (ANAK) bersama Keadilan Pahang akan membuat laporan di Balai Polis Temerloh pada 23 Jun ini terhadap Perdana Menteri Najib Razak kerana tindakan-tindakannya yang  dilihat sebagai membangkrapkan Felda.
Datuk Zaid berkata  Najib mepergunakan Felda sebagaimana  mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memperalatkan syarikat-syarikat kaitan kerajaan GLC sepanjang pemerintahannya.
"Kita tidak terkejut kerana inilah stail Mahathir yang diikuti oleh Najib, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) buat sahaja apa yang diarahkan Perdana Menteri. Kalau budaya ini berterusan dan macam inilah perkara itu tidak mustahil (Felda akan bangkrap),"ujarnya.
Beliau turut mengulas pendedahan Ahli Majlis tertinggi Keadilan, Dr Tan Kwee Kwong mengenai keputusan Felda membeli tanah di kawasan segi tiga emas yang mempunyai nilai hartanah tinggi yang hanya melibatkan individu tertentu tanpa keputusan lembaga pengarah.
"Kita nak tahu apa sebab bangunan Felda hendak dibina di situ. Kita minta Najib jawab perkara ini. RM622 juta adalah jumlah yang sangat besar sedangkan ada banyak lagi tanah yang berselerak di Kuala Lumpur. Bangunan Felda yang lama juga boleh dibaiki lagi, 
kenapa nak beli tanah tersebut. Ini menunjukkan ada orang tertentu yang ada kepentingan, jadi kita minta apakah rasional menyebabkan keputusan dibuat dan alasannya apa,"tegas beliau.
"Felda diarah Najib untuk buat kerja ini, guna duit rakyat untuk projek yang tak menguntungkan peneroka. Banyak projek pembaziran seperti ini yang boleh kita dapati di zaman Dr Mahathir yang suka dengan projek-projek besar yang membazir,"ujarnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Selain itu, Zaid mempersoalkan pembinaan ibu pejabat baru Felda yang bernilai RM622 juta dan bayaran pendahuluan sebanyak 40 peratus yang diberikan kepada Naza TTDI yang lebih tinggi dari nilai pasaran yang pada kebiasannya hanya pada kadar 10 peratus.
Sementara itu, Pengerusi Biro Felda dan orang Asal Keadilan Pahang, Suhaimi Said berkata sekiranya pengaliran keluar dana  Felda berterusan,  Felda  akan mengalami nasib yang sama seperti Perwaja Steel. 
"Tidak mustahil Felda akan menjadi satu syarikat seperti Perwaja. Ini kerana kerugian yang ditanggung Felda bukan jumlah yang kecil tetapi melibatkan ratusan juta ringgit,"ujarnya.
Menurutnya, keputusan ahli lembaga pengarah Felda mengenai pembelian tanah untuk pembinaan bangunan baru felda di Jalan Semarak bernilai RM220 juta telah diketepikan akibat penglibatan Najib.
"Keputusan( untuk membeli tapak sekarang) dibuat oleh Najib, Presiden Felda Global Venture Hoding, Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi Naza TTDI Allyahrham SM Nasimuddin yang membelakangkan ahli lembaga Pengarah Felda. Ini adalah satu kesalahan dan kita minta SPRM supaya menyiasat perkara ini,"ujarnya.

Ketua Umno Bahagian Kawal Peruntukan ADUN Umno Selangor

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 22 Jun - Desas desus perletakan jawatan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamed Satim Diman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang diselubungi rasa tidak puas hati berhubung agihan peruntukan RM1 juta yang diberikan kerajaan pusat kepada setiap ahli parlimen Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Umno Selangor sememangnya bergolak akibat wujudnya dua kemopen yang diterajui oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar.
"Kemelut ini ditambah lagi dengan rasa tidak puas di antara ADUN-ADUN Umno di Selangor yang merasakan mereka tidak mendapat keadilan dalam agihan peruntukan pembangunan. Peruntukan dipegang oleh Ketua Umno Bahagian, jadi mana-mana ADUN yang bukan Ketua Bahagian terpaksalah merayu meminta belas kasihan mereka. Kalau ADUN tak 'ngam' dengan Ketua Bahagian maknanya tak dapat atau lambatlah kelulusan peruntukan," jelas Abdulllah sani kepada Suara Keadilan.
Mohamed Satim dikatakan ingin melepaskan kerusi beliau termasuk semua jawatan politiknya apabila gagal hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan badan perhubungan Umno negeri semalam.
Bagaimanapun Dr Khir menafikan bahawa ADUN tersebut mempunyai niat sedemikian.
Mohamed Satim merupakan ADUN veteran di Selangor dengan memenangi empat pilihan raya negeri berturut-turut dan pada pilihan raya umum pada 2008,beliau mengalahkan calon PAS, Ahmad Idzam Ahmad dengan majoriti 45 undi.

Ahli Parlimen Cadang Kekalkan Gerbang Penjara Pudu


KUALA LUMPUR: Pintu masuk utama dan sebahagian daripada tembok Penjara Pudu yang menghadap Jalan Hang Tuah perlu dikekalkan sejajar dengan kedudukannya sebagai bangunan bersejarah di negara ini.
Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berkata, masih belum terlambat untuk pemaju yang bertanggungjawab membangunkan tapak berkenaan iaitu UDA Holdings Berhad (UDA) mengambil langkah berkenaan memandangkan hingga kini hanya sebahagian tembok yang menghadap Jalan Pudu dirobohkan.
"UDA Holding boleh mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengekalkan pintu masuk utama dan juga sebahagian daripada tembok yang menghadap Jalan Hang Tuah.
"Dalam Kuala Lumpur sangat sukar untuk kita cari bangunan yang berusia melebihi 100 tahun, jadi langkah mengekalkan sebahagian daripada struktur Penjara Pudu untuk tatapan generasi akan datang adalah langkah yang paling tepat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.
Katanya lagi, kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1891 di tanah seluas 10 hektar.
Bermula semalam, tepat pukul 10 malam, kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melakukan kerja-kerja merobohkan tembok kandang besinya sepanjang kira-kira 300 meter.
Kerja merobohkan itu dijalankan bagi membina laluan bawah tanah Jalan Pudu yang dijangka siap pada 2012.
Selain itu, Kui Lun berkata, beliau akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan supaya sebahagian daripada struktur penjara berkenaan dikekalkan.
"Saya akan membuat rayuan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail tetapi langkah ini mungkin sudah terlambat memandangkan kelulusan sudah diberikan oleh DBKL kepada UDA untuk membangunkan projek berkenaan.
"Jika Datuk Bandar membatalkan kelulusan ini, DBKL sudah pasti terpaksa membayar pampasan berjuta-juta ringgit kepada UDA," katanya.

Hishammuddin Takut Jawab Nasir Terbabit Dalam Kes Altantuya

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa kesal dengan jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak menjawab soalan berhubung sama ada bekas Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar berada di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006 ketika model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diculik oleh dua anggota Unit Tindakan Khas.
Sivarasa dalam soalan lisan yang dibangkit hari ini dalam Dewan Rakyat meminta menteri menyatakan samada benar atau tidak Nasir adalah lelaki yang dikenalpasti oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam  berada di dalam kereta Proton berwarna biru yang lalu di hadapan rumah Abdul Razak beberapa minit sebelum Altantunya di bawa oleh Koperal Sirul Azhar Umar, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Rohaniza Roslan.
Hishammuddin menafikan nama atau suspek bekas pegawai khas Perdana Menteri itu terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Sivarasa, beliau berkata hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
"Menteri Dalam Negeri mengelak daripada menjawab soalan, ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Beliau sepatutnya menjawab terus soalan itu, benar atau tidak Nasir berada di situ pada malam itu?.
"Jawapan ini menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional cuba menutup isu ini daripada pengetahuan umum.
"Jawapan menteri ini menimbul lebih banyak persoalan sama ada Nasir benar-benar ada di sana.
Katanya lagi, mengapa beliau berkata demikian adalah kerana kenyataan tersebut telah diberikan oleh Bala dan bukannya kenyataan yang beliau reka sendiri.
Dalam pada itu Sivarasa juga sama ada menteri dalam negeri akan menghantar pegawai polis ke London untuk mengambil keterangan Bala seperti mana yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung kenyataannya itu.

Menteri Otak Kemetot Nak Buang Tak Boleh...

MAAF lah kepala saya jadi panas dengan tiba-tiba bila mendengar Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyelar Anwar Ibrahim ketika bercakap dengan pemberita berhubung Jemaah Islam (JI). Kata Zaid Anwar tidak sepatutnya memanipulasikan isu berkenaan.

Saya rasa baik Menteri Pertahanan dan juga Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara dan juga Menteri Pelajaran tidak berapa masak dalam hal ini. Kalau Anwar tidak masak munasabah sebab dia ketua pembangkang di mana akan membangkang apa saja tidak kira makanan yang dihidangkan beracun atau lazat.

Kenapa saya kata tidak berapa masak ialah, kenapa mereka mendedahkan isu JI yang kononnya sudah meresap dalam kampus. Dan seperti mana kata Zahid seorang Profesor Madya terlibat dengan JI.

Saya percaya kalau polis bersama menteri-menteri tidak mendedahkannya, ketua pembangkang tidak akan bercakap. Ketua pembangkang tidak ada modal untuk dimanipulasikan! Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain tidak akan bercakap. Dan rakyat juga tidak akan tahu mengenai hal itu. Bila menteri dan ketua polis dedah baru rakyat tahun yang ada JI di negara ini.

Selalu berlaku demikian. Kerajaan mendedahkan sesuatu tidak sepenuhnya. Dedah sikit-sikit dan samar-samar. Bila pihak pembangkang mempertikaikan mereka akan marah. Kata pembangkang mengambil kesempatan dan jadikan modal politik. Dalam kes JI saya kira baik ketua polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan terbaru Menteri Pertahanan tidak payah cakap. Diamkan saja. baru-baru ini polis ada tangkap 10 orang warga asing, kenapa tidak dedahkan identiti mereka dan jelaskan apakah aktiviti dan jenayah yang mereka lalukan.

Kalau setakat tangkap masuk guni dan tidak ceritakan kepada rakyat dia jadi masalah. Zaman ini zaman segala maklumat tidak boleh disimpan di bawah karpet. Selain mahamah, polis yang ada kuasa menangkap, rakyat juga ada hak untuk menilai dan menghakimi dengan akal dan otaknya atas prinsip kebebasan.

Untuk apa Muhyiddin Yassin meminta semua Naib Cencelor jumpa ketua polis negara. Untuk apa pula Zaid sebutkan perkara ini kepada pemberita? Untuk apa? Untuk apa? Apakah untuk membendungnya atau untuk apa? Apakah dengan cara mendedahkan itu ia boleh dibendung? Atau tiba-tiba saja bila isu JI didedahkan mereka yang cuba menyebarkannya akan berhenti? JI ini bukan calang-calang anak. Saya rasa mereka tidak akan berhenti setakat ada menteri mendedahkan kegiatan mereka.

Sebab itu pendedahan menteri dan ketua polis mengenai JI itu tidak begitu jelas dan konkrit. Sebab itulah juga pembangkang membuat andaiannya ia ada motif politik. Bahawa kerajaan sengaja menimbulkan itu untuk menakutkan orang ramai. Menimbulkan kebimbangan. Dan ada benarnya juga kalau ada yang beranggapan kerajaan akan tangkap pemimpin pembangkang atas motif politik.

Kejadian mengkambinghitamkan pihak pembangkang ini bukan baru. Ia pernah berlaku sebelum ini. Dalam tahun 1986 atau 1987 yang tunjuk perasaan dan menimbulkan isu perkauman para pemuda Umno, yang kena tangkap pemuda Pas. Semua orang masih ingat. Zahid sendiri juga rasanya ada pengalaman mengenai tindakan rakus kerajaan ini tahun 1998 lalu. Apakah pengalaman yang dilalui itu tidak boleh dijadikan iktibar. Jangan munafik?

Di sini kalau kerajaan ikhlas hendak membenteraskan isu itu (kalau ada seperti mana dikatakan itu) ia tidak perlu dihebuhkan. Cekup perlahan-lahan dan sumbat ke dalam penjara. Masukkan ke dalam ISA. Tetapi kalau awal-awal sudah heboh riuh randah sekampung apa halnya? Belajarlah menjadi bijak dan cerdik sedikit.

Itu Zaid Hamidi pun tidak payahlah selar dan marahkan Anwar. Anda menteri pertahanan ada kuasa, ada bedil dan ada bom, bom sajalah tutup cerita. Kalau C4 milik tentera boleh dilepaskan untuk hancurkan Altantuya apa salahnya kalau ia digunakan untuk bom JI?

Kalau menimbulkan isu kerana nak burukkan Anwar nak hina Anwar rasanya tidak payah. Seorang menteri seharusnya ada wibawa, ada klas dan mempunyai integriti yang tinggi. Kalau Zahid atau Hishmuddin juga bercakap macam ketua pemuda cawangan malangnya kerajaan Najib Razak. Malang bagi Najib nak tukar menteri bodoh dan otak kemetot tak dapat kerana ahli parlimen Umno hanya ada berapa kerat saja. Al nasib....
MSO.

Bodohnya si Zul Noordin ni!!!

Oleh: WFAUZDIN

"Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan." (Petikan dari TV Selangor, selanjutnya di sini).

Satu berita baik buat Najib dan sekutunya di dalam Bn. Najib harus mengadakan doa kesyukuran serta berterima kasih kepada Yang Arif Hakim yang secara tidak langsung menyelamatkan maruahnya dan parti yang dipimpinnya. Ketakutan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil pada waktu sekarang bukan sahaja dirasai oleh Najib dan gerombolan Bn, tetapi juga turut dirasai oleh gerombolan MP yang bermuka tebal dari Bebas. Bukankah mereka sepakat mengatakan PR kini mulai kehilangan sokongan rakyat? Dan, jika terdapat Pilihanraya Kecil lagi tentunya amat merimaskan mereka.

Bagi kita di dalam PR, samada kerusi Parlimen Batu dikosongkan atau tidak, tidak menjadi masalah buat kita. Meskipun kita tahu bahawa kita bakal berhadapan dengan jentera kerajaan serta propaganda jijik dari puak mereka, namun kita tetap yakin dengan kekuatan rakyat. Saya merasa pening dengan ulasan dari MP Bebas, YB Zul Kulim di dalam blognya bahawa PR terutamanya DAP mahukan agar kerusi Parlimen Batu dikosongkan untuk memberi laluan kepada Dato' Zaid Ibrahim bertanding. Beliau berteori bahawa DAP berhajat mahu mengangkat Dato' Zaid sebagai Ketua PR sekiranya DS Anwar terpenjara.

Saya selama ini tidak pernah menyangka YB Zul Kulim mempunyai pemikiran politik serendah itu walaupun saya tahu beliau bukan seorang ahli politik yang berpengaruh. Baru saya tahu mengapa PAS sejak dulu tidak berminat untuk menyimpan YB Zul, dan mungkin DS Anwar memilihnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu pun semata-mata atas dasar simpati terhadap YB Zul. Jika beginilah pemikiran politik YB Zul, tidak salah pengundi-pengundi di kawasannya mulai menyesal memilihnya.

Tidakkah beliau tahu bahawa untuk menjadi Ketua PR mestilah dipersetujui sebulat suara di antara DAP dan PAS? Lebih penting dari itu, tokoh itu terlebih dahulu mesti dipersetujui dan disokong penuh oleh partinya sendiri sebelum dipilih oleh parti sekutu di dalam PR. Adakah Dato' Zaid boleh melepasi peringkat awal iaitu disokong oleh partinya sendiri iaitu PKR? Jika partinya tidak bersetuju, mana mungkin beliau boleh memimpin PR? Seandainya PKR bersetuju, belum tentu PAS dan pemimpin lain di dalam DAP akan bersetuju. Yang pasti juga, Dato' Zaid bukan calon paling sesuai mewarisi kerusi di Parlimen Batu.

Saya rasa tidak perlu kita membuang masa untuk memikirkan samada kerusi Parlimen Batu ini kosong atau tidak. Ini adalah kerana kita percaya akan ada usaha untuk mengelakkan Pilihanraya Kecil diadakan kerana Umno/Bn sudah tidak berdaya lagi untuk dimalukan. Itu yang pasti.

Cerdik Sungguh Si Katak ini...

Baca apa yang di laporkan oleh MalaysianInsider, berkaitan komen/kenyataan dari Sang Prabu Maharajapati Kepunden Sekeper Si Raja Segala Katak... perghhh.. panjang bebeno nama Raja Katak nih... tergeliat lidah gua nak menyebutnya... ha..ha..ha...

Apa yang di perkatakannya ada yang gua sokong dan ada yang gua sangkal..., walaupun selalunya kepala otak si katak sekor ni lembab dan bangang tapi kali ini gua sokong jugak... apa katanya;


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata Dewan Rakyat juga wajar mengisytiharkan kerusi Batu sebagai “kosong” dan pilihan raya kecil sepatutnya diadakan bagi menghormati peruntukan undang-undang.

“Peruntukan undang-undang mengkehendaki hakim buat keputusan berteraskan kepada undang-undang semata-mata, bukan tujuan mengelakkan pilihan raya kerana itu bukan peranan mengikut doktrin pemisahan kuasa,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi teks SMS.

Kenapa gua sokong...? Sebabnya bagi gua tugas hakim adalah untuk menjalankan/mengadili perbicaraan dan memutuskan hukuman samada bersalah atau tidak. Bukannya membuat sesuatu keputusan dengan melibatkan tugasan pihak lain, dengan alasan untuk mengelakkan PRK.

Samada untuk di adakan atau mengelakkan PRK itu adalah keputusan Dewan Rakyat dan SPR. Hakim buat kerja Hakim jelah... yang mengatal celah kangkang nak campur urusan orang lain buat apa...??? Bangang punya Hakim... atau sengaja nak buat kerja part-time atau dah jadi seperti di sini.

Yang keduanya.., gua sokong apa yang si raja katak katakan;

Ditanya mengenai hasrat hakim mahu mengelakkan pembaziran duit rakyat dan tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, Ibrahim menambah, isunya bukan membazir ataupun tidak, sebaliknya asas perundangan perlu dipertahankan.

“Isunya bukan membazir atau tidak... ini isu perundangan,” kata beliau lagi.

Betullah apa yang di perkatakannya, ini soal perundangan... bukannya soal pembaziran...? Apa sangatlah yang di katakan membazir tu... apa selama ini takda pembaziran ke...? Beratus juta billion yang simangkuk2 ayun dari parti haramjadah tu dah songlap dan bazirkan duit rakyat kenapa tak dipersoalkan, kenapa tak nak dakwa...? kenapa buat senyap jer...? Setiap kali Laporan Audit Negara di keluarkan banyak pembaziran yang berlaku... apa sudah jadi dengan semua kes2 itu. Haprak punya persoalan pembaziran konon kalau di adakan PRK..

Kenapa baru sekarang nak concerned pasal pembaziran duit rakyat..., yang sebenarnya bukan soal pembaziran yang menjadi isunya.. tetapi soal kekalahan yang bakal membakar kemaluan Najib dan parti umnoapco yahudi laknatulah tu... mana taknya.. beza undi Parlimen Batu sebanyak 9000 undi... mau tak tersentot dan kecut teloq Najib kedalam... silap haribulan kena angin pasang terus mampus... duit habis kalah lagi ada... itu pasal la... hakim jadi barua buat keputusan kononnya nak mengelakkan PRK... membazir konon... membazir kepala bapak depa...!!!!

Yang gua sangkal seperti di bawah tu..., sebabnya kalau bab melanggar undang2 seperti yang di maksudkan.. gua rasa Tian Chua mungkin buat perlanggaran kecil sahaja.. jika di bandingkan dengan perlanggaran undang2 yang di lakukan oleh puak umnoapco yahudi laknatullah, juga bukan setakat undang2.. malahan perlembagaan negeri dan negara pun puak2 tu langgar semacam jer... tambahan lagi bukan itu sahaja.. malahan derhaka kepada Sultan dan Raja2... Natang Bewok punya puak yahudi nih... termasuklah raja katak nih sekali...
Oleh itu kata Ibrahim, adalah tidak wajar kedudukan Chua yang juga Pengarah Strategi PKR dikaitkan dengan dasar perlu atau tidak pilihan raya kecil kerana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang turut menggubal undang-undang tetapi melanggar undang-undang dengan mencederakan anggota polis.
Dan ini pendapat peribadi gua pulak... setelah baca sana baca sini dalam isu Tian Chua. Kalau lu orang nak kata gua sengal ke.. apa ke... suka hati lu orang lah... peduli apa gua..., bagi gua.. Tian Chua tak perlulah nak tunggu keputusan Dewan Rakyat, kemukakan rayuan dan pelbagai.

Apa kata kalau Tian Chua letak jer jawatan sebagai Ahli Parlimen Batu dengan alasan menghormati perlembagaan dan berkorban untuk tidak bertanding dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini baru di katakan perjuangan untuk rakyat dan pengorbanan demi rakyat... ha..ha..ha...

Bukannya apa..., biar di adakan PRK dan dengan konfidennya boleh menang besar apatah lagi dengan perkembangan politik sekarang ini yang banyak memihak kepada PR... umnoapco/bn yahudi laknatullah pasti kalah, lagipun imej mereka semakin hancur dengan pelbagai isu yang menentang kehendak rakyat.  

Kalau sebelum ini gua ada mencadangkan supaya di doakan supaya ada YB2 yang mati... supaya ada PRK, kali ini tak mati pun takpa.. tapi kosongkan kerusi... buat PRK dan manfaatnya banyak kepada Rakyat... gua boleh tumpang sekaki buka gerai Char Kwey Tiau... takpun jual kasut "Crock" projek maggi mee pun pasti berlambak beb...

Tetapi sebelum letak jawatan.., Tian Chua cuma perlu senaraikan apakah keperluan bagi penduduk/rakyat dalam Parlimen Batu dan serahkan kepada penduduk untuk membuat permintaan kepada Najib... pergghhh.. pasti lulus beb... sebabnya...

Najib pasti akan berkata... " You help me..., I help you..." muaaakkakahkahkah... amacam ada berani ke...? Atau Najib akan buat peraduan "Jom teka nama Anak Kucing Saya"

Dan kalau nak lagi best... apa kata si Raja Katak ni pun.. kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas... sebab menang pun atas tiket PAS... lu orang agak2... si katak ni ada teloq dan kemaluan tak...???? Pandai suruh orang kosongkan kerusi Parlimen... tapi dia sendiri... macam celaka takda maruah... ha..ha..ha... bangsat punya katak... 
IkutSukaAku.