Isnin, 21 Jun 2010

Najib 'Flip 'Flop' Bentang Terlalu Banyak Pelan, Satu Pun Tidak Menjadi

Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM 21 Jun - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kerajaan Umno-Barisan Nasional telah membentangkan terlalu banyak 'blueprint' model ekonomi dan pembangunan negara sehingga kerajaan sendiri terkeliru dan binggung bagaimana mahu menggerakkan kesemua pelan tersebut.
Dr Dzulkefly berkata beliau telah menulis satu surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengingatkan beliau supaya kerajaan  memikirkan semula kesemua pelan tersebut dan membuat keputusan yang sewajar jika mahu kesemuanya berjalan lancar.
"Banyak sangat 'flip-flop' Najib dalam hal ini, terutamanya dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan ini bukan kali pertama kerana kita dapat melihat karakter 'flip-flop' Najib semasa pembentangan apa juga pelan dan semuanya hanya manis untuk didengar, tetapi perlaksanaannya bagaimana?" kata Dr Dzulkefly kepada Suara Keadilan.
Beliau menambah sejak RMK-9 dibentangkan sudah banyak pelan perancangan ekonomi dibentangkan seperti KPI (Indeks Prestasi utama) untuk mengukur enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA),  Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA), cadangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penstrukturan semula subsidi, pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB), dan yang terkini Rancangan Malaysia Ke-10.
"Dalam kesemua ini, kerajaan Umno-BN tertinggal satu rancangan yang cukup penting, dan saya rasa aneh dan hairan juga ia tidak disebut, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) tidak menyebutnya semasa pelan pelbagai koridor dulu, Najib pun tidak menyebut mengenainya semasa pembentangan RMK-10.
"Kerajaan Umno-BN telah melupakan Rancangan Jangka Panjang 3 (OPP3) yang patutnya tamat pada 2010 dan digantikan dengan OPP4. OPP merupakan pelan penstrukturan ekonomi setiap 10 tahun, yang mana merangkumi Rancngan Malaysia di dalamnya, dan bagaimana OPP boleh dilupakan?
"Inilah akibatnya jika membentangkan terlalu banyak pelan hinggakan mengelirukan bukan sahaja para pegawai kerajaan, malahan pemimpin Umno-BN turut dikelirukan atau mungkin mereka langsung tidak tahu wujudnya OPP ini," jelas Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya PAS itu.
Tambah beliau lagi, walau sebanyak manapun pelan dikemukakan oleh kerajaan tetapi tiada gunanya jika manfaat daripada pelan ekonomi ini tidak dapat dinikmati oleh rakyat jelata.
"Apa yang diutamakan oleh kita di Pakatan Rakyat ialah samada kualiti hidup rakyat akan bertambah baik, samada rakyat dapat mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran pada ahkirnya. Adakah pada akhirnya kerajaan Umno-BN akan mengizinkan rakyat mengecapi manfaat ini dan bukan hanya untuk kroni atau pihak tertentu yang berkepentingan sahaja.
"Seperti yang telah saya katakan dahulu, kita tidak mahu RMK-10 gagal kerana kita tidak mahu negara ini bankrap, kerana apabila kita mengambil alih negara ini nanti, kita tidak mahu mengambil alih negara yang bankrap," kata Dr Dzulkefly.
Ditanyakan berkenaan 'approval rating' Najib yang naik daripada 69 peratus kepada 72 peratus, beliau mengingatkan Najib supaya tidak dibuai oleh pujian.
"Najib perlu ingat, bekas Perdana Meteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mendapat penilaian daripada Merdeka Centre sebanyak 92% tapi akhirnya, apa yang terjadi adalah sebaliknya," katanya lagi.

Najib Didesak Tunjuk Surat Kelulusan Lesen Judi Kepada Vincent Tan

Oleh Norasikin Samsi
KUALA LUMPUR 21 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan serta mengemukakan bukti secara terbuka dan berterus terang tanpa melindungi kebenaran mengenai surat kelulusan lesen judi sukan bola sepak kepada syarikat Berjaya Corporation Berhad.
Beliau juga meminta Najib yang juga Menteri Kewangan menunjukkan surat kelulusan tersebut kerana kenyataan beliau bercanggah dengan apa yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Menurut Tony pada 7 Jun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan lesen judi sukan bola sepak diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan pertaruhan judi bola sepak.
Katanya, pada 12 Jun pula Berjaya Corporation telah mengeluarkan satu kenyataan di Bursa Malaysia menyatakan bahawa mereka sebenarnya telah mendapat surat kelulusan dan kebenaran daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi sukan.
Sementara, Perdana Menteri minggu lalu menegaskan Kementerian Kewangan tidak meluluskan lesen tersebut kepada tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan dan syarikat miliknya Ascot Sports.
"Jadi kesemua kenyataan ini adalah bercanggah dan pada hari ini Perdana Menteri masih belum lagi menyatakan secara terperinci sama ada kelulusan telah pun diberikan kepada syarikat Ascot Sports untuk menjalankan judi bola.
"Apa yang kita dapat hari ini hanya bahawa kenyataan pihak Berjaya mereka telah mendapat kelulusan tetapi pihak Perdana Menteri menyatakan lesen belum dikeluarkan.
"Adakah kelulusan sudahpun diberi tetapi hanya lesen belum dikeluarkan lagi? Itu hanya proses dan prosedur dan bukannya penting. Yang penting di sini, kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tony juga mendedahkan dua dokumen yang diperolehi beliau berkaitan percanggahan kelulusan perniagaan judi bola tersebut.  
"Satu dokumen Information Memorandum daripada Berjaya Sports Toto Malaysia Sdn Bhd di mana ianya dikeluarkan pada 11 Jun iaitu selepas Kementerian Kewangan menafikan sebarang lesen telah dikeluarkan kepada syarikat Ascorts dan Berjaya," katanya lagi.
Pada halaman 20 laporan tersebut dinyatakan Ascot Sports telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk menjalankan perniagaan judi bola.
"Walaupun Kementerian Kewangan telah menafikan sebegitu tetapi selepas itu Berjaya masih lagi meneruskan usaha mendapatkan pinjaman RM800 juta menurut dokumen itu manakala mereka masih bertegas kelulusan telahpun didapati," kata Tony.
Tony juga berkata penasihat utama bagi pembiayaan ini ialah Maybank Investment Bank Berhad dan AmInvestment Bank Group.
Beliau juga merujuk kepada dokumen analisis kredit oleh Malaysia Rating Corporation Berhad (MARC).
"Dalam agensi penarafan pula, mereka telah menilai pinjaman yang telah diminta oleh Berjaya Sports Toto dan agensi itu telah memberikan nilai rating setinggi AA-.
"Dalam penilaian mereka juga, ada pendapat yang mengambil kira bahawa Ascot Sports telahpun mendapat kelulusan untuk menjalankan judi bola.
"Kalau macam ini, adakah pihak pelaburan awam dari dalam negeri dan luar negara akan mempercayai  Sports Toto, Maybank, MARC, Maybank dan AmInvestment Bank bahawa memang Ascot Sports sudah mendapat kelulusan atau mereka patut percaya kepada Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri bahawa sebarang lesen belum lagi dikeluarkan.
"Ini mengelirukan pihak pelabur dan ini menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia," jelas beliau.

Dewan Rakyat tiada hak putuskan kes Tian Chua

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Dewan Rakyat tidak berhak untuk masuk campur bagi menentukan Tian Chua masih anggota Parlimen yang sah atau tidak.

Pengerusi Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam Malaysia, Edmund Bon (gambar) berkata, perlembagaan telah dipinda sebelum ini yang menetapkan Parlimen tidak berhak untuk campur tangan.

"Ia terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memilih pandangan denda RM2,000 sudah gugurkan hak Tian Chua sebagai MP Batu atau menyokong pandangan Hakim Ghazali Cha bahawa denda RM2,000 itu menyelamatkan kerusi itu dari kosong," kata Edmund kepada Harakahdaily.

Edmund mengulas pandangan Timbalan Spaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata ahli parlimen Batu itu boleh memilih untuk menjalani hukuman penjara dua bulan jika beliau tidak mahu kehilangan kerusi parlimennya itu.

Ini berikutan dari pandangan umum bahawa denda RM2,000 itu sudah menghilangkan kelayakan Tian Chua sebagai MP. Pandangan ini turut dikongsi oleh Karpal Singh.

Bagaimanapun, Edmund berkata, dalam satu kes di Mahkamah Persekutuan,
PP v. Leong Ying Ming (1993), hakim Gan Chit Tuan telah membuat tafsiran yang jelas dalam kes ini.

Dalam kes itu, hakim itu mentafsirkan, hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun bermakna lebih dari lima tahun iaitu lima tahun satu hari.

"Dalam kes Tian Chua, tidak kurang dari RM2,000 bermakna lebih dari RM2,000. Ini bermakna denda RM2,000 melepaskan Tian Chua dari kehilangan kerusi ini," kata Edmund.

Pagi tadi, dua peguam Tian Chua, Ranjit Singh dan Amir Hamzah telah menemui Hakim Ghazali Cha.

Dalam pertemuan itu, kedua-duanya memaklumkan hakim itu kes 1993 itu. Ini telah menguatkan lagi keputusan hakim itu yang berkata dalam penghakimannya sebelum ini, keputusan menurunkan denda kepada RM2,000 itu untuk membolehkan tidak ada pilihan raya kecil berlaku.

Ketika ditanya, apakah yang akan berlaku selepas ini, Edmund berkata, kini bergantung kepada SPR.

"Jika SPR putuskan Tian Chua hilang kerusinya, maka saya nasihatkan Tian Chua membantah keputusan SPR itu di mahkamah menggunakan kes 1993 ini ini.

"Lagipun, jika ini yang dipakai SPR bermakna Tian mesti lawan kerana jika beliau bersetuju bermakna beliau menerima untuk tidak menyertai sebarang pilihan raya dalam tempoh lima tahun dari sekarang kerana jika ini terpakai Tian hilang hak untuk menyertai sebarang pilihan raya selama lima tahun," katanya.

Speaker: Tian Chua kekal MP hingga Parlimen putuskan status..pulak dah...!!! SPR - Parlimen - SPR - Mahkamah......adooi...!! kalut


KUALA LUMPUR, 21 Jun – Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal sebagai Ahli Parlimen Batu sehingga usul menentukan status kelayakan diputuskan oleh Dewan Rakyat, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.
Bagaimanapun menurut Pandikar, usul itu hanya akan dibawa selepas Chua menggunakan kesemua ruang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.
Ini termasuklah tempoh membuat rayuan dalam 14 hari yang dibolehkan kepada wakil rakyat penggal pertama itu.
Setakat ini, Chua membayangkan tidak akan membuat rayuan atas alasan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha Khamis lalu sangat jelas, yang membolehkannya mengekalkan kerusi tersebut yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Karpal Singh terus menegaskan, Chua seharusnya dilucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat sambil meminta Speaker agar mengisytiharkan kerusi tersebut sebagai sudah kosong.
“Beliau (Speaker) harus berbuat demikian. Beliau mesti melakukan, ia arahan mahkamah,” kata beliau kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen petang ini.
Menurut peguam veteran ini, niat hakim kes rayuan yang mahu mengelakkan pilihan raya kecil “tidak relevan” buat masa sekarang.
Berhubung keputusan hakim yang mengekalkan denda ke atas Chua pagi tadi, Karpal berkata, denda RM2,000 bermakna Chua sudah hilang kelayakan untuk kekal sebagai wakil rakyat.
“Sebagaimana saya katakan (sebelum ini), niat hakim tidak relevan sekarang. Kemungkinan beliau ada niat yang baik untuk menyelamatkan kerusi tetapi hakikat ialah denda RM2,000 sudah dikenakan,” katanya.
“Tafsiran undang-undang sangat mudah... tidak kurang daripada RM2,000 bermakna RM2,000 dan tidak kurang,” katanya.
Karpal berkata, sebaik sahaja Speaker menerima penghakiman daripada mahkamah beliau harus dengan segera mengisytiharkan kerusi Batu kosong.
“Ya, ia adalah tugas Speaker. Perintah dihantar kepada Speaker dan Speaker kemudian akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan yang wujud,” kata beliau.
Sebagai contoh kata beliau, apabila seorang wakil rakyat meninggal dunia Speaker akan menerima surat kematian sebagai bukti, yang kemudiannya dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor membidas Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahu membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat untuk perbahasan.
“Bagaimana anda boleh membahaskan satu keputusan mahkamah? Speaker adalah silap dalam hal ini, saya hairan beliau tidak tahu perkara ini,” katanya lagi.
Dalam ulasan awal, Wan Junaidi memberitahu Dewan Rakyat akan membuat kata putus berhubung status Chua dari PKR selepas menerima penghakiman rasmi bertulis daripada Mahkamah Tinggi.
“Kami perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk apa yang ada pada fikiran hakim ketika membuat keputusan,” kata beliau.
Pagi tadi Ghazali mengekalkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Chua bertujuan supaya tiada pilihan raya kecil diadakan.
Keputusan itu dicapai dalam kamar hari ini.
Hakim itu juga menyatakan beliau tidak boleh mengubah keputusannya yang dibuat pada Khamis lepas, menurut Ranjit Singh yang mewakili Chua yang nama sebenarnya Chua Tian Chang.
“Tidak ada apa-apa perubahan. Hakim tidak bertujuan pilihan raya kecil diadakan, dan kes itu kini adalah functus officio (tiada had kuasa),” Ranjit memberitahu pemberita selepas pertemuan itu.
Mengulas isu ini, Tian Chua yang turut hadir berkata: “Sehingga kini tiada sesiapa mencabar keputusan mahkamah dan mereka hanya mengeluarkan pendapat mengikut undang-undang.”
Ranjit berkata beliau berpendapat anak guamnya masih anggota Parlimen yang sah dan keputusan hakim adalah jelas.
Khamis lepas, Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.
Ketika menyampaikan keputusannya, Ghazali berkata seandainya hukuman yang dikenakan boleh menjadikan Chua, 47, tidak layak menjadi seorang anggota Parlimen, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.
“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara pelbagai bangsa.
“Atas alasan ini saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil,” katanya dalam penghakiman.
Susulan itu, Karpal berkata perlu mengosongkan kerusinya mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang anggota Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.
Sebagai contoh, pada 1975,  katanya anggota Parlimen DAP Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu setelah beliau dihukum penjara enam bulan dan didenda RM2,000 kerana disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.
Mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika beliau tidak merayu mengenai keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.

‘Melayu Cemerlang’ dongeng baru UMNO

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
21hb Jun 2010
Slogan ‘Melayu Cemerlang’ Dongeng Terbaru UMNO
Angkatan Muda Keadilan Selangor melihat slogan UMNO ‘Hidup Melayu’ yang dicadangkan diubah kepada ‘Melayu Cemerlang’ adalah satu lagi dongengan terbaru UMNO untuk mengaburi bangsa Melayu. Setelah 50 tahun slogan itu digunakan, hanya menyaksikan Melayu tinggal nama sahaja.Kini UMNO membuat percubaan untuk mengembalikan sokongan yang semakin ditolak rakyat.
AMK Selangor ingin mengajak rakyat agar menyorot pengkhianatan UMNO terhadap bangsa Melayu dan negara yang telah banyak menggadai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini. Kegagalan UMNO mengangkat martabat bangsa Melayu serta Islam selama 50 tahun ini wajar membuka mata rakyat keseluruhannya.
AMK Selangor juga mempertikaikan dasar dan polisi yang dibawa oleh pimpinan UMNO mutakhir kini yang semakin menghakis identiti bangsa Melayu dan Islam.Kegagalan menangani rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat adalah menodai perjuangan tulen untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Justeru,UMNO perlu hentikan segala gimik dan retorik politik dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada rupa.
Jika sebelum ini, UMNO dengan slogan kononnya ‘Juara Rakyat’,namun apa yang pasti rakyat terus dibebani dengan kenaikan barang dan perkhidmatan,penarikan subsidi,liberalisasi ala penjajahan asing dan kehilangan aset penting negara kepada negara luar.
Kita yakin rakyat semakin bijak untuk menilai slogan dan retorik politik UMNO yang kini meniti reput dan luput. Rakyat tidak mudah termakan dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada realiti semasa.
Mohd Ezli Mashut
Ketua Penerangan AMK Selangor

Komisyen 100 Juta Euro Diselindungi Sebagai Latihan Kapal Selam Scorpene?


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan 100 juta euro yang didakwa kos latihan kepada 500 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Saya ingin tahu 500 anggota ini dilatih untuk apa? Adakah untuk menyelenggara atau mengendalikan kapal selam Scorpene sedangkan menurut spesifikasinya ianya hanya memerlukan 20 orang untuk mengendalikannya.

"Jumlah tersebut tidak munasabah dan kita juga ingin tahu di mana dan mengapa dan yang begitu besar perlu untuk tujuan latihan itu?," soal Tian Chua.

Kata Tian Chua lagi, pada pandangannya 100 juta euro itu sebenarnya kemungkinan besar adalah komisen yang telah dibayar kepada pihak terbabit termasuk bayaran kepada ahli politik di Perancis yang terlibat dalam proses jual beli kapal selam tersebut.

"Kes kapal selam ini sekarang di bawah siasatan pendakwaraya Perancis dan kita juga dimaklumkan oleh pihak Perancis tiga minggu yang lalu, satu tindakan tergempar merampas dokumen mengenai kapal selam Scorpene ini daripada pengilangnya, DCN di Paris," tegas beliau.

Tambah Tian Chua lagi, kertas siasatan tersebut telah dibuka dan dimulakan dan beliau berharap kerajaan Umno-Barisan Nasional telus untuk menjawab isu ini dan bagaimana wang itu diagihkan sebagai komisyen.

"Kami sokong PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam" - N. Balasubramaniam

”Cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong..saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS.."

"Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS..sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama.." - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS

Baca seterusnya di bawah...

“Saya Nasihatkan Orang Umno Bertaubat dan Sokong PAS “N.Balasubramaniam

KUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan ada pilihanraya,

“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS. - Dewan Muslimat PAS Tapah

Rombakan PKR dijangka minggu ini

PKR dijangka membuat beberapa perubahan pada barisan kepimpinannya dalam satu rombakan yang mungkin diumumkan hujung minggu ini.

Beberapa ketua perhubungan dan ketua biro parti dijangka diganti manakala beberapa lantikan baru akan mengisi jawatan majlis tertinggi, badan pembuat keputusan parti.

"Terdapat beberapa perubahan kecil yang akan diumumkan kemudian oleh kepimpinan parti," Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Bernama.

Saifuddin berkata parti itu dijangka mengumumkan rombakan tersebut selepas mengadakan permukiman di sebuah hotel di Shah Alam hujung minggu ini.

Terdapat spekulasi bahawa dua bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Chua Jui Meng, yang merupakan anggota majlis pimpinan pusat, akan diberi peranan lebih besar.

Zaid kini mengetuai sekretariat pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS manakala Chua menganggotai biro politik parti.

Terdapat desas-desus bahawa ketua komunikasi parti Jonson Chong akan diganti dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga setiausaha politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

--Bernama

Timbangan politik mungkin hadkan peranan Asri di Umno


KUALA LUMPUR, 21 Jun - Ketika Umno berharap untuk pulih daripada kesan tsunami politik 2008 dengan memikat Dr Mohd Asri Zainul Abidin, beberapa pemimpin agama menyifatkan kontroversi yang melibatkan beliau boleh membataskan impak dan kemampuan bekas mufti Perlis itu untuk mmenjana sokongan pengundi-pengundi Melayu.
Beberapa tokoh yang dihubungi berpendapat bahawa pendirian Asri dalam isu-isu agama kemungkinan akan terikat atau terhad disebabkan pertimbangan politik.
Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad berkata Asri perlu terlebih dahulu membuat keputusan berhubung peranan yang beliau mahu mainkan dalam Umno.
“Itu terpulang kepada beliau sama ada mahu terlibat secara aktif ataupun tidak,” kata Nakhaei yang meninggalkan PAS pada 1980 sebelum menyertai Umno.
Bagaimanapun Nakhaei menolak pandangan PAS bahawa ulama seperti Asri akan disisihkan selepas menyertai parti Melayu kebangsaan itu.
“Ketika saya dalam PAS, saya tidak menyumbang banyak kepada Islam tetapi selepas menyertai Umno, mereka yang banyak memahami kerja yang saya lakukan amat menghargai sumbangan saya,” kata beliau yang mengetuai Yayasan Islam Yadim sehingga akhir tahun lepas.
“Saya tidak hilang apa-apa apabila meninggalkan PAS,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Pun begitu, Nakhaei mengakui Asri perlu mengelak daripada membuat sebarang kontroversi yang boleh memberikan kesan kepada Umno.
“Beliau perlu lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan kontroversi yang boleh beri kesan kepada Umno,” kata Nakhaei.
Asri terkenal kerana pendirian progresif beliau berhubung soal syariah tetapi ada pihak yang tidak senang dengannya.
Ketika menjadi mufti Perlis, beliau bercakap mengenai polisi moral yang menyebabkannya popular di kalangan komuniti Muslim tetapi pada masa sama mengundang kontroversi.
Sementara beliau popular di kalangan golongan muda, Asri dilihat tidak digemari beberapa mufti negeri dan golongan ulama.
Bekas presiden Abim, Dr Muhd Nur Manuty memberitahu Asri popular di kalangan orang Muslim tetapi tidak cukup kuat untuk membantu Umno mendapatkan semula sokongan daripada mereka.
“Beliau mungkin mempunyai idea untuk menarik generasi muda tapi Umno kini dalam krisis,” kata Muhd Nur.
Ada yang berpandangan bahawa Asri akan menghadapi nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah berada dalam Abim.
“Ketika Anwar menyertai Umno, parti itu berada di puncak di bawah pemerintahan Mahathir. Tetapi sekarang tidak lagi,” tambahnya.
Muhd Nur merupakan sebahagian daripada pemimpin nasional Abim ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 1982.
Muhd Nur, kini merupakan anggota biro politik PKR, telah berkhidmat sebagai presiden Abim dari 1991 hingga 1997.
“Saya tidak rasa ia akan memberi impak besar. Beliau (Asri) terlalu jauh berbeza daripada Anwar. Anwar merupakan aktivis pelajar, Dr Asri seorang cendekiawan,” katanya.
Setiausaha Agung Abim, Raimi Rahim memberitahu The Malaysian Insider, Asri kemungkinan akan ada peranan untuk dibawa dalam kerajaan sebagaimana dilakukan oleh pemimpin-pemimpin agama lain seperti Datuk Jamil Khir Baharom yang kini bertanggungjawab terhadap hal-hal agama Islam dan timbalannya Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
“Beliau akan membawa idea baru, pendekatan baru yang mungkin boleh membuat orang kurang senang,” katanya.
“Tetapi sama seperti Jamil Khir dan Dr Mashitah beliau akan diberikan peranan. Selaku tokoh kontroversi beliau akan membawa impak tetapi Umno perlu menjaganya denga baik,” tambahnya.
Semalam Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh memberitahu The Malaysian Insider bahawa Asri dijangka menyertai Umno, Jumaat ini bersama beberapa ulama lain yang boleh membantu Barisan Nasional (BN).
Asri pula berkata masih belum membuat keputusan akhir lagi.

PAS Kota Raja sahut Pengarah Pilihan raya

KLANG, 21 Jun: PAS Kawasan Kota Raja telah menyahut cabaran Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang berakhir minggu lepas bahawa setiap kawasan perlu menggerakkan jabatan pilihan raya negeri untuk menghadapi pilihanraya serta mendaftarkan seramai mungkin pemilih muda yang masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Bertitik tolak daripada itu, di bawah jentera pilihan raya kawasan, PAS Kota Raja bersama PKR telah menganjurkan "Kempen Jom Daftar" secara besar-besaran selama sebulan bagi mendaftarkan seramai mungkin pengundi baru.
Program yang bermula pada 20 Jun telah disempurnakan oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja bersama Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie.
Menurut Pengarah Program, Hakim Kari beberapa pertemuan telah dirangka bersama PKR dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi menggempur pengundi baru di sekitar Kota Raja khususnya di Dun Sri Muda.
Katanya, hasil daripada program  itu seramai 600 pengundi baru telah berjaya didaftarkan.
Tambahnya, konsep yang dilakukan oleh pihak penganjur dengan meletakkan beberapa kaunter statik di hadapan pasaraya serta pergi rumah-rumah bagi menjejak pengundi baru.
Selain mendaftarkan pengundi baru, pihak sukarelawan yang terdiri daripada anggota Dewan Pemuda, Muslimat, PKR dan DHPP juga menerangkan dasar Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berkenaan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khususnya berkenaan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), sumbangan RM1,000 anak masuk universiti, Mesra Usia Emas dan bekalan air percuma.
Kempen sebulan itu akan berakhir pada 18 Julai dengan mensasarkan 5,000 pengundi baru akan didaftarkan di Parlimen Kota Raja di bawah Dun Sri Muda dan Sri Andalas.

Kes enjin jet: Jual rumah untuk bayar ikatjamin...dalang sebenar masih bebas..!!

Keluarga sarjan tentera udara, N Tharmendran yang dituduh mencuri dua enjin jet pejuang, bercadang menjual rumah mereka untuk mengumpulkan wang bagi membayar ikatjaminnya sebanyak RM150,000.
Bapanya, N Nagarajah, 71 (kiri) berkata, mereka berhasrat untuk menjual rumah keluarga mereka di Kg Jiboi Ampangan, Seremban, kerana mereka tidak mempunyai cara lain untuk mengumpul wang tersebut.
"Anak saya meminta saya jangan menjual rumah keluarga, tapi saya tidak ada cara lain untuk mengumpul wang untuk membayar ikatjamin tersebut," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Tharmendran, yang didakwa Januari tahun ini dengan tuduhan mencuri dua enjin J8521-jenis dari pangkalan TUDM di Sungai Besi, ditahan reman di penjara Sungai Buloh, menunggu perbicaraannya pada 19 Julai depan.
Nagarajah bagaimanapun menghadapi kesulitan untuk mencari pembeli rumah kos rendah mereka, yang dibelinya kira-kira 40 tahun lalu.
Bahkan, jika beliau berjaya menjual rumahnya, Nagarajah - seorang pesara - hanya boleh menjualnya sekitar RM95,000 - dan masih kekurangan RM65,000 untuk membayar ikatjamin anaknya itu.
"Jika saya mendapatkan menjua rumah ini, saya akan berpindah ke rumah anak sulung saya," kata Nagarajah.
Jumaat lalu, Nagarajah membuat laporan polis, mendakwa yang anaknya itu telah 'dipukul seperti lembu' oleh pegawai TUDM ketika ditahan di pangkalan Sungai Besi.

Nazir is NEP product too, says Ibrahim Ali..ha.ha...!!!!


KUALA LUMPUR, June 21 — Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali rebuffed today Datuk Seri Nazir Razak’s criticisms of the New Economic Policy (NEP) by pointing out that the CIMB chief was also a product of affirmative action policies.Speaking to The Malaysian Insider, the de facto leader of right-wing Malay groups fighting to maintain affirmative action policies as Bumiputera rights urged the prime minister’s brother to be fair in assessing pro-Bumiputera policies in Malaysia.
Yesterday, Nazir repeated his call for a review of the NEP, saying that the policy has been unfair to the majority of Malays.
Nazir, a younger brother to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, said the time had come for the government to protect the interest of the majority of the Malays and not just a selected few.
But the controversial Ibrahim (picture) said today that the CIMB chief too had benefited from the NEP.
“That was his personal opinion and I believe he is a product of the New Economic Policy,” said Ibrahim.
“Bank Bumiputra, now known as CIMB, was a product of affirmative action policy,” he added.
“Everyone should look at what they have received so that they can be fair to others,” said Ibrahim.
In calling for a review of NEP-type policies, Nazir questioned the lack of transparency in the allocation of Bumiputera shares in listed companies and the awarding of APs.
Nazir told the influential Malay weekly Mingguan Malaysia that the NEP, which was introduced during his father Tun Abdul Razak Hussein’s administration to forge unity, had become a divisive policy.
“I would like to suggest to Datuk Seri Nazir to read the book ‘World on Fire’ by Amy Chua from Yale University,” said Ibrahim.
“If he reads the book, he will understand the reason behind fair distribution of wealth and the importance of policies like the NEP,” he added.
The book by Chua, a Yale University Law School professor, argues that free market democracy can increase ethnic conflicts when there is a market-dominant minority. The findings of the book have been disputed by many scholars.
Ibrahim said Nazir may have viewed the matter from a banker’s point of view.
“Maybe Datuk Nazir was looking at it as a banker, but he is not a politician like his brother Datuk Seri Najib,” said Ibrahim.

Selidik pegawai luar mahu khianat Kelantan

KOTA BHARU, 21 Jun: Kerajaan Kelantan diingatkan supaya menyelidik dahulu setiap pegawai luar yang  masuk untuk berurusan dengan kerajaan negeri bagi mengelakkan berlakunya pengkhianatan terhadap negeri secara halus selepas hampir 20 tahun mereka gagal secara terang-terangan.
“Pengawasan masuk ke Kompleks Kota Darulnaim yang telah dikuatkuasakan kini adalah sesuatu yang amat baik bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini,” ujar Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).
Beliau juga meminta kerajaan negeri lebih berhati-hati pada masa akan datang dalam melakukan kerjasama dengan pihak tertentu khususnya yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Persekutuan agar pemimpin kerajaan negeri tidak ‘dimainkan’ lagi.
berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam menyokong usul rang undang-undang perbekalan tambahan pertama pada persidangan Dun, hari ini.
Zulkifli turut mengingatkan pemimpin kerajaan negeri sebagai merujuk dua insiden berlaku yang membabitkan kerajaan negeri di mana mereka telah dinafikan hak masing-masing biarpun persetujuan bersama telah dicapai.
“Kali pertama kita telah dinafikan hak untuk  ‘flag off’ LTd Langkawi yang sepatutnya dilakukan oleh Menteri Besar kita, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Namun apa yang berlaku, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula yang melakukannya,” ujarnya lagi.
Tegasnya, kekecohan kali kedua berlaku lagi hingga rakyat menjadi keliru dengan apa yang berlaku pada majlis Fiesta Kelantan 2010.
“Untuk itu, kerajaan mesti memberi penjelasan berhubung apa yang berlaku bagaimana berlakunya perkara itu yang sebenar,” ujarnya.
Beliau turut memuji Kelantan yang kini  semakin berubah sejak 20 tahun dengan memberi keutamaan pada penduduk.
Pada masa yang sama, Zulkifli turut melahirkan rasa terkilan selepas merdeka masih ada orang Islam menggalakkan judi bola.
“Salam takziah pada pemimpin tertinggi negara, menteri-menteri, seluruh pengundi yang beri amanah pada kerajaan Umno dan BN kerana meneruskan juga usaha itu.
“Walaupun negara pemimpin Islam, mereka tidak pernah sensitif pada perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam,” ujarnya.
Beliau juga mengakui tidak semua pemimpin Umno sokong kepada judi, namun lemah untuk berhadapan dengan pemimpin mereka dalam hal itu.
Katanya, rakyat yang bertanggungjawab mengangkat kerajaan BN dalam setiap pilihan raya, akan menerima natijah yang sama.
Beliau seterusnya menyeru  semua masyarakat untuk menentang judi dan mencari jalan lain untuk mengumpul dana bagi menampung sumber kewangan untuk rakyat dan bukannya dengan cara itu.
 “Untuk itu rakyat jangan sekali-kali memberi sokongan kepada kerajaan yang telah menghalalkan perkara yang haram seperti judi kerana kita juga akan menerima natijahnya,” ujarnya.

Chee Keong perbodoh diri sendiri

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.
Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.
Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Chee Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.
Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.
Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.
Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.
"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.
Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Chee Keong, salah dan langsung tidak tepat.
"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.
"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar.
Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.
"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.
"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.
Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.
Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai judi untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.
Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.
Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.
Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.
Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Chee Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Bercakap pada suatu kenyataan lain, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, dengan meluluskan lesen judi mencerminkan kerajaan tidak mempunyai aras tanda utama (KPI) tersendiri.
"Perdana Menteri ini dalam semua perkara ada KPI lah, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) lah, tetapi dalam isu judi ini nampaknya Najib cukup bebas tidak kira sensitiviti agama dan bangsa kita," katanya.
Melihat pada tindak tanduk Najib, beliau menyeru rakyat supaya menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak demi menyelamatkan Malaysia dan rakyat daripada terus punah.
Sementara itu, Chee Keong ketika diterjah Harakahdaily semasa keluar dewan, enggan mengulas.
"Saya nak makan ubat," ujarnya.

'13 timbalan exco K'tan untuk kaburi rakyat' - Pemuda Umno

Perlantikan 13 timbalan exco kerajaan negeri Kelantan semalam bertujuan untuk menggaburi mata rakyat, dakwa ketua Pemuda Umno negeri Anuar Safian.

Beliau berkata, perlantikkan tersebut mempunyai unsur politik bagi menutup kegagalan kerajaan PAS mentadbir negeri itu.

"Perlantikkan timbalan exco ini (dibuat) untuk beritahu rakyat (bahawa) mereka bekerja keras untuk rakyat.

"Tetapi saya tak nampak apa-apa sumbangan exco yang sedia ada ini dari segi ekonomi, kebajikan belia dan lain-lain lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Anuar turut menambah, beliau tidak nampak apa-apa kepentingan dengan perlantikkan timbalan-timbalan exco tersebut.

"Exco yang sedia ada pun tidak menjalankan tugas," katanya sambil mendakwa motif pelantikan itu dibuat mempunyai kaitan dengan tarikh pilihan raya umum yang makin hampir.

Semalam, kerajaan PAS Kelantan melantik 13 timbalan ahli exco untuk meringankan beban tugas anggota exco negeri. Kesemua mereka merupakan ADUN.

PAS: Lari bajet tak banyak sangat
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata, pelantikan ke jawatan yang baru diperkenalkan itu berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Ahmad Baihaqi Atiqullah pula ketika dihubungi berkata, tindakan kerajaan negeri membuat pelantikan itu bukan satu pembaziran, sebaliknya bagi meringankan tugas exco.

"Kalau lari dari belanjawan, tak banyak sangat. Kalau terpaksa keluarkan wang untuk kebaikkan negeri, ia berpatutan dan bukan pembaziran.

"(Sebaliknya) kalau wang yang digunakan sedikit sehingga tidak memberi manfaat kepada kerajaan, itu (baru) dikira membazir," jelasnya.

Ahmad Baihaqi juga menjelaskan perlantikkan tersebut bukan bertujuan untuk mengelakkan pemimpinnya daripada melompat parti.

"Tidak timbul isu lompat parti. Dan perkara itu tidak akan terjadi," tegasnya yang juga ADUN Pasir Tumboh.

Kain Rentang tidak bertuan di Pulau Pinang... di Putrajaya bila lagi...

Bahang kontroversi lesen judi bolasepak Ascot milik jutawan Vincent Tan terus diperdebatkan. Ada pemimpin bukan Melayu yang menyokong pengharamannya ada pula pemimpin Melayu yang menyokong ia dilesenkan.
Apa pun polemik ini menyerlahkan keperluan melihat semula aktiviti perjudian berlesen dan keperluan membendung atau menghapuskannya sama-sekali. Hakikatnya judi jangankan yang tidak berlesen, yang berlesen pun mengundang masalah sosial yang buruk ke atas semua kaum dalam negara kita.

Semalam di TV kita melihat seorang anak muda mengaku bertaruh ribuan ringgit melalui kegiatan judi haram “on-line”. Beliau mengaku kiranya tidak berjaya beliau terpaksa membuat pinjaman melalui “ah long” yang pastinya membawa padah pada masa depannya.

Maka boleh judi atau tidak boleh judi, perkara ini akan terus diperdebatkan.

Apa yang kita tahu sejak tahun 1990 sebuah negeri di Malaysia iaitu Kelantan telah mengharamkan aktiviti ini. Ia diharamkan apabila kerajaan negeri mengarahkan PBT nya, tidak lagi mengeluarkan lesen premis untuk syarikat-syarikat yang memiliki lesen judi dari Kementerian Kewangan. Bermakna sejak itu tiada aktiviti judi berlesen di Kelantan.

Kini perkembangan membabitkan Ascot ini melihat ada gelombang menuntut agar aktiviti judi berlesen ini disemak semula.

Saya baru pulang dari Pulau Pinang siang tadi. Semasa di sana saya sempat mengambil gambar kain rentang ini yang dinaikkan di tengah bandar Georgetown. Ia berbunyi:

Kami memohon kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan kepada YAB Tuan Lim Guan Eng: Haramkan segala bentuk judi di negeri ini, termasuk Magnum, Toto, Lumba Kuda dan sebagainya. Jikalau benar-benar hendak membenteras kegiatan judi, tarik balik lesen-lesen perniagaan kedai-kedai nombor ekor.

Kain rentang “layang” ini (macam surat layang kerana tidak bertuan) sah dinaikkan oleh orang atau kumpulan yang tertentu yang mahu mengambil kesempatan keputusan kerajaan negeri menolak sama-sekali sebarang permohonan dari Ascot untuk beroperasi di Pulau Mutiara itu.

Mesej kain rentang ini jelas, iaitu haramkan semua jenis judi berlesen di Pulau Pinang. Ia mungkin mahu Pulau Pinang mencontohi Kelantan.

Sebagai seorang Islam sudah pastilah kita insaf bahawa judi itu haram dan ia mendatangkan banyak mudarat kepada masyarakat. Dalam hal masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini wajar atau mungkinkah judi diharamkan sebagaimana seruan kain rentang layang ini?

Ia boleh diharamkan atas kudrat politik parti yang memerintah. Pulau Pinang contohnya kini diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Sdr Lim Guan Eng dari DAP sebagai Ketua Menteri, pemerintahannya baru berusia 2 tahun 3 bulan. Ia membuktikan walaupun ia belum memikirkan untuk mengharamkan semua aktiviti judi berlesen tetapi ia punya kudrat politik menolak yang baru, iaitu yang mahu dibawa oleh Ascot.

Dahulu negeri ini diperintah Barisan Nasional, Ketua Menteri terakhir adalah Koh Tsu Koon dari Gerakan. Sepanjang puluhan tahun BN memerintah kepentingan politik mereka tidak memungkinkan langsung pertimbangan pengharaman apa bentuk judi berlesen pun dipertimbangkan.

Kelantan sebagaimana saya sebut sudah 20 tahun sejak PAS memerintah mengharamkan terus semua bentuk judi berlesen. Sebelum itu semasa BN, negeri yang lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam langsung tidak memikirkan pun darihal pengharaman kegiatan ini malah dizaman BN lah lesen-lesen premis judi dikeluarkan di Kelantan. Begitu juga tak sampai 5 tahun PAS memerintah Terengganu, 1999-2004, judi diharamkan!

Maka pokoknya di sini adalah kudrat politik. Bagi saya yang paling memiliki kudrat politik adalah kerajaan Persekutuan yang tampuknya diterajui BN sejak 1957! Perdana Menteri nya sejak itu sehingga kini berbangsa Melayu (dari Umno) dan beragama Islam. Kalau mahu, haramkan sahaja segala bentuk aktiviti perjudian yang dilesen oleh kementrian kewangan maka tiadalah susah-susah negeri mahu atau tidak mahu keluarkan lesen premis perjudian.

Saya sarankan kain rentang “layang” mungkin yang lebih besar di pasang di Putrajaya! Sarankan pada YAB Dato Seri Najib Tun Razak, pemimpin negara Islam tersohor, ketua parti Melayu terbesar di dunia, haramkan sahaja segala bentuk judi di Malaysia. Ketika itu bukan sahaja Guan Eng, malah Zambri, Ghani Othman, Ali Rustam, Adnan, Taib Mahmud, Musa Aman dan lain-lain seluruh negara semuanya akan akur. Kalau benar-benar mahu benteras judi, situlah letaknya kuasa tertinggi iaitu di Putrajaya……….

Wee Persoal Pendirian PAS Berhubung Lesen judi ..bagus la dia lompat...sebab memang otak singkat...!!!


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas dari Wangsa Waju, Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat PAS menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.
Menurut beliau, PAS sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu.
"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasa membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.
"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.
Hujah beliau kononnya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.
"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Ahli Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat. - BERNAMA

'Dalam atau luar Umno, Dr Asri tak terjejas'

Kedudukan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tetap akan kekal seperti biasa walaupun beliau mungkin memilih menyertai parti politik dalam masa terdekat, kata ahli majis tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Pada saya, tidak kira sama ada beliau menyertai parti politik ataupun tidak, tidak ada masalah apa," kata Shahidan yang juga bekas menteri besar negeri itu.

"Tetapi bagi ulama lain, eloklah sertai Umno atas dasar untuk mengukuh, memperkuat dan memperkasakan agama (dalam parti itu)."

Shahidan - anak murid dan ahli politik yang dilihat paling dekat dengan Dr Mohd Asri - diminta mengulas ura-ura penyertaan 'gurunya' itu dalam Umno Jumaat ini.

Sabtu lalu, akhbar web Umno Online melaporkan Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk pemegang gelaran doktor falsafah (PhD) akan mengganggotai Umno.

Memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof, Dr Mohd Asri dilaporkan akan menyertai parti Melayu itu menerusi cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang antaranya supaya parti itu "dibajai dengan ilmu-ilmu Islam."

Setakat ini Dr Mohd Asri i bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan berhubung penyertaannya dalam politik.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shahidan memberitahu, beliau menjangkakan Dr Mohd Asri akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam tempoh "sehari dua lagi".

Sementara itu, ditanya tentang ulama lain yang dijadual menyertai parti Melayu itu, Shahidan berkata, ia terdiri daripada "ulama tulen" yang sebelum ini tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Mereka bukan ulama yang berceramah untuk cari makan atau menggunakan politik untuk kepentingan peribadi," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penyertaan itu atas alasan ia bukan program yang dianjurkannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini difahamkan usaha Umno bagi melamar Dr Mohd Asri menyertai parti itu telah bermula dan beberapa siri pertemuan akan diadakan lagi dalam tempoh terdekat.

Musa Hitam didesak letak jawatan dari Sime Darby

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Seorang Anggota Parlimen hari ini mendesak Pengerusi Sime Darby Berhad Tun Musa Hitam dan keseluruhan ahli lembaga pengarah syarikat itu meletak jawatan dengan serta-merta kerana kerugian besar yang dialami syarikat itu.
Wee Choo Keong (BEBAS-Wangsa Maju) berkata kerugian syarikat itu dalam dua projek di Qatar telah bermula pada tahun 2007 tetapi syarikat tersebut telah menafikannya.
Ini bermakna Sime Darby bukan sahaja membohongi pemegang-pemegang sahamnya malah ia juga menipu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.“Saya juga hairan bagaimana Musa boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarahnya tidak tahu-menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Sime Darby hanya mengambil tindakan terhadap Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid sahaja dan bagaimana pula dengan pegawai-pegawai pengurusan kanan yang lain yang turut terlibat dalam membuat keputusan. — Bernama

Blogger: 'Ada pemimpin PAS tak boleh ditegur'


Nasihat yang disuarakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.

Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.

Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.

Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan baru di kalangan pemimpin PAS yang mula menyedari realiti semasa.

"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menulis blog apabila melihat kemenangan besar calon-calon mereka dalam pilihan raya Mac 2008.

"Harapan mereka tidak tinggi. Mereka cuma mahu lihat janji pilihan raya itu ditunaikan - janji-janji tentang kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.

"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.

"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk," katanya.

Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa).

"Mereka inilah yang teruk dihentam oleh penulis blog kerana promosi kerajaan perpaduan (dengan Umno)," katanya lagi.

Pemimpin berkenaan juga telah dijemput menghadiri satu majlis dialog dengan penulis blog berkenaan, namun jemputan itu ditolak.

Tindakan tersebut, menurut seorang lagi penulis blog, menunjukkan sikap hipokrit oleh pemimpin tersebut.

Mohd Fauzi Mohd Azmi, yang juga dikenali sebagai Topeng Perak berkata, perhimpunan berkenaan sepatutnya menjadi satu peluang untuk pemimpin berkenaan untuk menjelaskan kedudukan sebenar kepada penulis blog - khususnya berhubung dakwaan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Mereka tidak kata (pertemuan dengan pemimpin Umno) itu tidak pernah berlaku, mereka cuma melarikan diri daripada menjawab.

"Akhirnya, kongres penulis blog PAS itu menjadi medan untuk mentarbiah penulis blog supaya tidak mendedahkan isu melibatkan parti dalam blog. Perbuatan ini sebenarnya menyekat kebebasan penulis blog," katanya.

Satu lagi faktor yang menjengkelkannya, katanya, ialah tindakan PAS mengamalkan 'double standard' dalam memberikan ruang kepada media dan blogger untuk membuat liputan ketika muktamar ke-55 parti itu berlangsung pada awal bulan ini.

Mohd Fauzi berkata, golongan penulis blog sepatutnya diberikan akreditasi untuk menghadiri muktamar itu sebagai petugas media ataupun sebagai pemerhati.

"Sedangkan akhbar Utusan Malaysia diberikan pas media sedangkan mereka banyak menyerang PAS.

"Penulis blog yang banyak mempertahankan PAS pula dianggap munafik, hendak memecahbelahkan parti dan hendak melaga-lagakan kepemimpinan," katanya lagi.

GMJ pohon permit polis adakan protes 3 Julai


Penganjur perhimpunan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan memohon permit polis bagi mengadakan protes membantah lesen judi sukan pada 3 Julai di ibu negara.

Jurucakapnya, Suhaizan Kaiat berkata GMJ akan memohon permit itu Khamis ini untuk membolehkan peserta protes itu berhimpun di tiga lokasi - Masjid Negara, Masjid Jamek dan kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Beliau yang ketua penerangan pemuda PAS berkata, GMJ juga akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung isu yang sama kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Rabu ini.

Manakala pada 3 Julai ini, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya lesen tersebut dimansuhkan.

"Kalau betul lesen belum dimansuhkan, kenapa kerajaan kata hendak tangguhkan (pemberian lesen). Maknanya lesen belum dimansuhkan.

"Tahun 2003, sebelum Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) meletak jawatan, dia anugerahkan semula lesen (judi sukan) kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Malangnya semasa (Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri), tidak dibenarkan beri lesen itu.

"Apabila (Datuk Seri) Najib (Razak) jadi perdana menteri, beliau hendak buat pembaharuan semula. Kerajaan hendak teruskan (pemberian lesen) tapi desakan rakyat sebabkan ia ditangguhkan.

"Jika tiada desakan yang dibuat oleh rakyat, mungkin ianya akan diluluskan. Sebab itu kita tuntut supaya lesen itu terus dimansuhkan," katanya lagi.

Suhaizan berkata, beliau mensasarkan seramai 100,000 orang akan menyertai protes kali ini, selepas protes yang sama dijalankan di seluruh Semenanjung bulan lalu.

"Dari segi pemakaian, kita minta (peserta protes) memakai baju bola," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya lagi, jawatankuasa penganjur tersebut akan bermesyuarat sekali lagi esok untuk membuat persiapan mengadakan protes tersebut.

"Jawankuasa tertinggi masih dalam perbincangan, masih belum dapat dipastikan lagi (NGO yang akan sertai)," katanya lagi.

Saya Tidak Fikir Asri Akan Sertai Umno?

DESAS desus bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai parti politik mendapat perhatian ramai termasuk kalangan pemimpin politik. Walaupun Asri menjelaskan beliau belum buat keputusan tetapi ia tetap menjadi perhatian. Semuanya bermula dan jadi heboh bila perkara Asri nak sertai Umno ini didedah oleh Setiausaha Kerja Umno, Abdul Raof Yusuf.

Menurut Raof, Asri akan sertai Umno bersama 100 orang cerdik pandai Islam termasuk yang berkelulusan Phd? Tarikhnya Jumaat ini bersempena dengan hari Umno akan mengadakan mesyuarat MT. Mungkin Najib Razak akan mengumumkan ketika itu? Kata Raof, Asri diberitakan akan menjadi ahli Dataran Merdeka dalam kawasan Bukit Bintang?

Melihat cara Raof menghebahkannya ia seperti benar akan berlaku. Tetapi dari sisi lain hebahan itu ada semacam tektik tertentu saja. Anihnya tidak ada pula tokoh-tokoh besar mengalu-alukan desas desus itu apakah ada orang Umno tidak berminat dengan Asri?

Ramailah juga orang mengajukan pertanyaan kepada saya apakah benar desas desus itu. Saya tidak dapat nak mengesahkan cuma mengikut perkembangan - desas desus itu menerusi portal berita saja. Adapun kali terakhir saya berjumpa dengan Asri ialah pada hari kematian Hassan Shukeri. Beliau turut hadir untuk menyembahangi jenazah Hassan.

Sementara menanti kehadiraan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, saya nampak Asri duduk di kerusi bersama Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin yang lain. Ketika dia berjalan nak masuk bawah bangsal tempat sembahyang jenzah dia ada berjalan ke arah saya dan bersalaman. Kami sempat bercakap sepatah dua, dan beliau menceritakan biliau biasa ziarah Allahyarham.

Semasa muktamar Pas di Kota Bharu dua minggu lepas beliau juga hadir. Menjadi tetamu pada muktamar Dewan Pemuda Pas dan juga tetamu VVIP pada muktamar penuh di Putik. Kehadiran di dua majlis itu menjelaskan secara politiknya beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Pas. Ada tanda-tanda beliau berminat dengan Pas.

Pun begitu kalau dia tiba-tiba nak sertai Umno tidak menjadi masalah. Tidak semestinya orang yang hadir pada muktamar Pas, menjadi tetamu kehormatan tidak boleh masuk Umno. Sedangkan pemimpin Pas sendiri ada yang masuk Umno. Mungkin juga Asri nak melihat bagaimana Pas bermuktamar. Ataupun dia hadir kerana menghormati jemputan. Atau pun merisik dan melihat sejauh mana penerimaan orang Pas ke atas kehadirannya.

Mungkin juga disebabkan kehadiran Asri itu maka Umno merasa gerum dan bimbang. Makanya sesuatu kena dibuat. Itulah Raof pun buat kenyataan yang Asri nak sertai Umno. Hubungan Asri dengan bekas MB Perlis Shahidan Kassim digunakan sebagai hujahnya. Shahidan juga mengatakan yang Asri mungkin pilih Umno. Sekali lagi hubung baik Asri dengan Shahidan tidak semestinya Shahidan akan menyertai Umno.

Semasa berlaku kes Asri ditangkap kerana mengajar tanpa tauliah saya berkesempatan berjumpa dengannya di sebuah rumah di Hulu Klang. Ada beberapa orang pengikutnya menyebut, kalau payah sangat nak ceramah dan mengajar buat mereka suruh Asri parti sendiri. Berdasarkan kata-kata itu boleh dianggap kalau Asri menyertai mana-mana parti pun sebagai helah atau dijadikan platform untuk beliau berdakwah saja. Pada saya tugas dan tanggungjawab Asri memecahkan beberapa persoalan dalam Islam lebih penting untuk beliau sertai parti kerana nak jadi Yang Berhormat.

Justeru saya tidak kira Asri akan menyertai parti politik dalam masa terdekat. Kalau beliau benar menyertai Umno pilihan itu pada saya salah. Beliau tidak akan mampu untuk memperbaiki parti berkenaan. Begitu juga kalau penyertaanya bertujuan untuk memperkasakan Umno. Dalam perhatian saya penerimaa dan tafsiran kepentingan Melayu dalam minda Asri sama dengan penerima dan tafsiran Nik Aziz. Perjuangan Asri bukan kepada Melayu tetapi kepada masalah kekeliruan, bidayaah atau kurafat dalam Islam. Manakala mempercayai kepada Melayu itu sebagai satu-satu kuasa dapat menyelamatkan Malaysia juga saya kira kurafaat atau bidaah!

Kerana itu beliau tidak akan cari fasal dengan Umno. Begitu juga kalau beliau menyetertai Pas beliau juga tetap bermasalahan. Tuduhan beliau sebagai penganut fahaman wahabi menyebabkan beliau akan ditentang oleh sebahagian ahli Pas yang kuat berpegang kepada mazahab. Kalau ada beberapa fahaman dan pembaharuan yang dibuat Nik Aziz pun dipersoalkan apa lagi kalau Asri bercakap sebagai ahli Pas.

Secara peribadi saya masih berpegang kepada nasihat saya kepada Asri sebelum ini agar beliau tidak menyertai mana-mana parti politik untuk mengekekalkan kehebatannya. Martabat dan wibawanya sebagai ulama akan tercemar kalau beliau menerjunkan diri dalam parti politik. Beliau akan terus disanjung dihormati oleh semua pihak jika beliau berada dalam keadaan bebas. Hari ini orang Umno tidak membenci Asri, orang Pas juga tidak membencinya dan orang PKR juga tidak mencemuhnya. Tetapi kalau beliau sudah menyertai mana-mana politik boleh akan dibenci dan akan dicemuhi.

Kalau beliau sudah menyertai Pas beliau tidak lagi akan dipanggil ke majlis-majlis Umno begitu juga kalau beliau menjadi ahli Umno. Politik Malaysia yang masih lagi belum tamadun, terbuka dan profesional sukar untuk sesuatu parti menerima pandangan dan hujah pihak lain. Malahan bukan saja untuk diudang memberi pandangan yang berkadas, hatta setakat untuk berada dalam satu majlis pun sukar.
Kalau boleh biarlah Asri kekal dengan kedudukan seperti hari ini, berkawan dengan semua pihak di mana cara ini juga memberi peluang beliau untuk berdakwah seluas dan sebebasnya. Kalau beliau membuat teguran atas kedudukannya sebagai bebas beliau tidak akan dilihat sebagai teguran politik dan mungkin diterima. Tetapi kalau sudah menjadi ahli parti teguran itu akan dianggap sebagai teguran politik walaupun ia adalah yang haq tetapi akan dianggap sebagai jahat. 
MSO

SERIBU TAHUN DARI HARI INI !

SERIBU TAHUN DARI HARI INI KAMI ADALAH SEJARAH


DEMI ZEUS AKU HANYA MEMBACA SEBUAH PUISI



TEMBOK PENJARA PUDU BERUSIA 100 TAHUN DIROBOH MALAM INI- melayau

Tiba detik 10 malam ini, tembok Penjara Pudu di sini yang berusia 100 tahun, setinggi 4.5 meter dan sepanjang 394 meter yang menghadap Jalan Pudu akan dirobohkan.


MAKA MEREKA PUN SAMPILAH

maka tembok tembok a farmosa itu pun diruntuhkan
satu demi satu dindingnya diletupkan
tuan farquhar melihat betapa bahaya kota ini
maka tembok tenbok itu wajib dirobohkan
yang ditingglkan hanya pintu
untuk jadi ingatan kepada anak cucu

maka tembok itu pun akan dirobohkan
semenjak 1895 tegak berdiri
kini akan diruntuhkan pintu demi pintu
batu demi batu
satu demi satu

seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak
kepada anak kepada anak kepada anak kepada akan
melihat bahawa kami yang berdiri dihadapan tembok ini
malam kelmarin ada sejarah

seribu tahun dari hari ini
maka anak kepada anak kepada anak kepada
anak kepada anak kepada anakan kepada anak
akan menangis hingga keluar air mata darah
maka menangislah mereka beramai ramai
hingga lahir intan dan berlian
dari cucuran air mata

menangisi jejak sejarah
waktu dan sejarah yang tidak akan berulang
detik detik yang pergi
tembok tembok yang dihancurkan
hanyalah debu debu ingatan yang akan pudar

apabila tembok ini mula retak
zeus di kayangan bersama dewa dan dewi
melihat betapa angkuh dan bodohnya manusia
yang tidak mengetahui jalan cerita
yang tidak mengetahui makna sejarah bangsa
yang tidak mengethaui bahawa tembok itu adalah paku negara

malam kelmarin kami mendongak keatas langit
demi zeus
agar roh roh yang terkorban dalam tembok ini
akan tenteram dan selasa berkeliaran
bersama angin subuh sejuk dan menyegarkan

berapa ramai yang telah gugur
ketika tembok tembok ini dibuat
berapa ramai yang tewas di gantung penjajah
berapa ramai nasionalis gugur saheed menuntut merdeka
berapa ramai gelandangan miskin digantung tanpa peguam

untuk mereka buta sejarah
untuk mereka yang tidak tahu menilai erti bangsa
untuk mereka yang tidak tahu melihat tanda dan makna
untuk mereka yang mata hanya melihat emas dan tinta
demi zeus seribu tahun dari hari ini
anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak kepada anak mereka
akan menangis dan menyumpah betapa bebal ibu ayah keturunan mereka

demi zeus seribu tahun dari hari ini
kami tahu
kami yang berkumpul malam kelmarin di tembok itu
adalah sejarah yang tidak akan berulang lagi.

esok ketika kau buka mata
semua nya telah pergi
semuanya telah terlambat

dunia ini musnah bukan kerana
ramai orang jahat
tetapi kerana ramai orang baik
tidak mahu melakukan apa apa

seribu tahun dari hari ini
yang kau lihat nanti hanyalah gambar
dan puisi ini

TT.

Anugerah Pelakon Airmata... Tahniah...

Pelakon airmata untuk anugerah hantam sajalah dari industri hiburan Malaysia pada tahun ini jatuh kepada Kak Mah....

ha..ha..ha... terkenal dengan lakonan serba bolehnya, selaras dengan slogan Malaysia Boleh... BolehLand....

sumber: Di sini.

Pontianak ini pun tau sayangkan anaknya.... ha..ha..ha... pun kalah beb... dengan pompuan kat atas tu... 
IkutSukaAku

Tian Chua Masih Ahli Parlimen - SPR ...tendang semula kepada Parlimen..he.he...piala dunia maa....!!!



PETALING JAYA: “Tian Chua masih lagi Ahli Parlimen Batu yang sah. Kerusi Parlimen Batu tidak kosong sehingga kini,” demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.
Menurut Abdul Aziz, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang notis daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memaklumkan berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Batu.
“Kita tidak terima sebarang notis sehingga kini. Jadi SPR tidak boleh buat apa-apa keputusan.
“Hanya dengan notis itu barulah pihak kami boleh tafsirkan sama ada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Batu atau sebaliknya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ghazali Cha hari ini yang memutuskan tidak ada keperluan untuk menyemak semula penghakimannya untuk mengurangkan hukuman denda RM2,000 ke atas Tian Chua.
Ghazali memaklumkan kepada peguam yang mewakili Ahli Parlimen Batu itu, Ranjit Singh bahawa beliau mahu mengelakkan pilihan raya kecil diadakan.
Beliau bagaimanapun mengekalkan keputusan mendenda Tian Chua RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis tiga tahun lalu.
Jumaat lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi Parlimen Batu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.
Mengikut Perkara 53 perlembagaan itu, seorang Ahli Parlimen akan hilang kelayakan serta-merta jika dia tidak merayu keputusan mahkamah dalam tempoh 14 hari.
Perkara 53 Perlembagaan Persekutuan bahawa pejabat Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa bagi menentukan status sesebuah kerusi parlimen berkenaan.
Perkara 53 (1) menyebut “jika berbangkit apa-apa persoalan sama ada seorang ahli Majlis Parlimen telah hilang kelayakan, soal itu hendaklah diputuskan oleh Majlis Parlimen dan keputusan itu adalah muktamad”.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, badan berkenaan mempunyai prosedur yang perlu dipatuhi dan mereka tidak boleh mengisytiharkan sebarang kekosongan kerusi Parlimen tanpa notis atau surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat mahupun pihak mahkamah.

PM Singapura lawat Malaysia esok..ha.ha..rajin datang m'sia sekarang....!!!


KUALA LUMPUR, 21 Jun — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan sehari ke Malaysia esok untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.Dalam lawatan itu, Lee akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan mempengerusikan bersama mesyuarat delegasi.
Kedua-dua Perdana Menteri akan juga mengadakan persidangan akhbar bersama, menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini.
Najib dan Lee dijangka berbincang mengenai susulan penilaian tanah dan cadangan pertukaran tanah yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu semasa mereka mengadakan pemukiman di Singapura pada 23 dan 24 Mei lepas.
Lee akan diiringi oleh Menteri Hal Ehwal Luar republik itu George Yeo Menteri Pembangunan Nasional, Mah Bow Tan, Menteri Undang-undnag dan Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri K.Shanmugam dan para pegawai kanan dari pelbagai kementerian.
Semasa lawatan itu, Najib akan meraikan Lee dan delegasinya pada jamuan makan malam.
Dalam lawatan Najib ke republik itu bulan lepas, Malaysia dan Singapura bersetuju menangani beberapa isu tertangguh, antaranya republik itu bersetuju memindahkan Stesen Keretapi Tanjong Pagar ke pusat pemeriksaan kereta api Woodlands pada 1 Julai tahun depan di bawah peningkatan Perkara-perkara Perjanjian (PoA).
Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa sebuah syarikat bersama Malaysia-Singapura, dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini untuk membangunkan tanah-tanah yang dikosongkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu di Tanjong Pagar.
Mengenai isu air apabila Perjanjian Air 1961 tamat pada 1 Julai tahun depan, kenyataan itu menyatakan Singapura akan menyerahkan kerja air Skudai kepada pihak berkuasa air Johor dengan percuma dan dalam keadaan baik. — Bernama

P/s : projek rasmi dan tak rasmi dibincangkan...transaksi sah dan tak sah berlaku....!!! biasalah...kalau mundar-mandir terlalu kerap kedua-dua belah pihak....!!! apa lagi harta rakyat depa nak gadai...!!! jurucakap bik mama dan mantor s'pore.....

'Penjara Pudu bukan sesuatu untuk dibanggakan'..pandangan Kerajaan...

Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), yang bertanya sama ada sebahagian daripada dinding penjara itu - dengan lukisan mural terpanjang di dunia - akan dikekalkan dan dipulihara.

Beliau juga bertanya sama ada sebuah muzium akan dibina untuk memperingati nilai warisan bekas penjara itu.

Awang Adek menjelaskan bahawa kerajaan telah mengkaji perkara itu dan memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan sebagai sebuah tapak warisan.
Katanya, ia kerana Penjara Pudu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sebaliknya, kata beliau, terdapat benda-benda lain yang boleh dibanggakan, daripada sebuah penjara, walaupun lama usiannya.

Berikutan itu, katanya, ia tidak dianggap sebagai tapak warisan dan muzium juga tidak akan dibina di situ.

Isu Kg Baru: MAS tak mahu ‘gaduh’ dengan Raja Nong Chik


KUALA LUMPUR, 21 Jun — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru menyatakan pendirian tegas tidak mahu terlibat dalam “pertelingkahan politik” dengan mana-mana pihak termasuk Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Setiausaha Agung MAS Shamsuri Suradi berkata setiap pendapat yang disuarakan itu hanya bersifat peribadi semata-mata dan tidak akan memberikan kesan kepada badan itu.
“MAS tidak kisah apa yang orang nak kata kerana itu pandangan dan pendapat peribadi mereka jadi kami tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan itu.
“Begitu juga dengan  Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin yang kata MAS tidak mempunyai hak dalam pembangunan Kampung Baru, bagi kami itu hanya pendapat peribadi beliau yang penting kami tahu apa tanggungjawab dan peranan kami terhadap Kampung Baru.
“Justeru kami tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu ini lagi sehingga kami mengadakan mesyuarat,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Raja Nong Chik yang mengatakan perkara pembangunan terletak pada tangan pemilik tanah individu, bukannya badan itu.
“Dari sudut undang-undang mereka tiada hak tetapi kami tidak mahu menolak ke tepi sesiapa pun dalam soal perundingan,” kata beliau.
“MAS tidak boleh berbuat apa-apa, malah kerajaan juga tidak boleh buat apa-apa,” kata Raja Nong Chik.
Berhubung cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu menawarkan pelan pembangunan alternatif, Shamsuri berkata pihaknya menyambut baik perancangan tersebut.
“MAS menyambut baik cadangan tersebut dan harap ia menepati apa yang diinginkan oleh penduduk di sini.
“Namun begitu segala keputusan mengenai cadangan tersebut akan diketahui selepas beliau (Khalid) membentangkan cadangan itu kepada penduduk,” katanya.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.

RMK10 fokus pembangunan fizikal, pinggir akhlak

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) didakwa hanya memfokuskan kepada pembangunan fizikal negara dan meminggirkan soal pembinaan akhlak dan modal insan masyarakat.
Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzamuddin Mohd Taib (gambar) ketika membahaskan RMK10 di Dewan Rakyat hari ini melahirkan rasa kesal melihat tiada kesungguhan pihak kerajaan dalam merangka strategi ke arah pembinaan masyarakat bermodal insan tinggi bagi menangani kadar jenayah dalam negara.
"Statistik jenayah pada lima bulan pertama 2010 agak menggerunkan. Dengan statistik jenayah yang teruk ini apakah dengan RMK10 ini kita boleh berasa lega dengan mengenepikan aspek-aspek pembinaan akhlak ini?" soalnya.
Katanya, RMK10 juga seharusnya menumpukan penjanaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang dilihat berpotensi membina masyarakat bermodal insan yang tinggi.
"Kerajaan jangan mengabaikan SAR  kerana institusi pendidikan ini banyak menabur jasa kepada masyarakat. Jika kerajaan memberi peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), kita juga amat berharap kerajaan memberi peruntukan yang sama kepada SAR," tegasnya.
Turut dibangkitkan berhubung peruntukan penambahbaikan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar bagi menampung keperluan penduduk.
"Sebagai contoh, Hospital Daerah Baling menampung 200,000  penduduk tapi tidak mempunyai doktor pakar.
"Kemudahan kesihatan di luar bandar sangat minima. Bukan hanya ketiadaan doktor pakar, ambulans juga tidak cukup," katanya.

Jangan kaitkan Islam dengan keganasan – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pemimpin Umno BN supaya tidak sewenang-wenangnya mengaitkan Islam dengan keganasan.
Beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, melabelkan Islam sebagai ganas berdasarkan tindakan beberapa individu, adalah sikap yang tidak bertanggungjawab dan menghina agama sendri.
"Jika ada beberapa individu buat silap dilabelkan dengan Islam, itu satu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap agama sendiri," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu ancaman keselamatan yang didakwa dilakukan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang didedahkan baru-baru ini.
Tegasnya, pemimpin negara sewajarnya menjaga nama baik Islam apatah lagi Malaysia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.
Sehubungan itu, katanya, mereka perlu cermat dalam memberi kenyataan dan tindakan agar Islam tidak disalah faham oleh orang bukan Islam sebagai penaja keganasan.
"Menganggap Islam dikaitkan dengan pengganas adalah termasuk agenda musuh, dan fenomena keganasan tidak boleh dikaitkan dengan Islam.
"Islam adalah agama bersifat sederhana," tegasnya.

Ulamak Sertai UMNO, Dr.Asri Wajar Pertimbang Semasak-Masaknya Sebelum Menjadi Syaitan Bisu Yang Dicucuk Hidung Dalam UMNO !

Ulamak tersohor dan Mantan Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri Zainul Abidin digesa membuat pertimbangan dengan semasak-masaknya atau membuat solat Ishtiharah sebelum mengambil keputusan untuk menyertai parti politik yang bernama "UMNO". Ini kerana, jika beliau tersalah langkah sudah pasti nasibnya juga akan menjadi seperti Jamil Khir Baharom, Dr.Mashitah Ibrahim, Imam Pirdaus Ismail dan ramai lagi pendakwah bebas yang tersilap membuat perhitungan itu. Lebih baik beliau menjadi pendakwah bebas daripada membuat keputusan menyertai UMNO, jika tidak mahu dirinya digelar "syaitan bisu" seperti mereka yang terdahulu. Dr.Asri diketahui begitu lantang dalam mempertahankan prinsipnya, malah beliau banyak menimbulkan kontroversi malah ada beberapa negeri yang menghalang beliau daripada menyampai kuliah dan tazkirah di negeri terbabit. Malah, di Pahang ini juga nama Dr.Asri telah disenaraihitamkan "blacklist" sama seperti pemimpin pembangkang yang lain. Apakah beliau merasakanya, dengan menyertai UMNO maka segala masalah ummah akan selesai?. Sedangkan kini jelas dapat dilihat ulamak-ulamak dalam UMNO yang dikunci mulut dan dibutakan mata untuk menyatakan kebenaran. Malah, ada ulamak yang sanggup menghina Islam hanya kerana kuasa yang ada ditangan mereka. Masih kita ingat Dr.Mashitah mengatakan "melacur dalam keadaan darurat dibolehkan dalam Islam" dan "kalau potong tangan zalim, sepatutnya orang mencuri diberikan kerja oleh kerajaan". Semua kenyataan terbabit jelas mempersendakan hukum Allah yang telah termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Bahkan, ulamak UMNO jelas tidak berani mengeluarkan kenyataan untuk mengharamkan rasuah pilihanraya, judi bola serta mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kerajaan biarpun jelas ia bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

[Kami juga terkejut dengan laporan UMNO Online bahawa Dr.Asri bersama ulamak berkelulusan tinggi termasuk PhD akan menyertai UMNO Jumaat depan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof itu mengatakan Asri dan ulamak lain akan sertai UMNO menerusi cawangan Dataran Merdeka dan Bukit Bintang Kuala Lumpur. Soalnya sekarang, apakah benar laporan tersebut atau hanya "omongan kosong" UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka sudah diterima oleh golongan ulamak. Apakah rakyat boleh percaya dan gusar dengan kenyataan ini. Jika benar ulamak itu terdidik dan berjiwa Islam pasti mereka tidak sanggup menjadi "syaitan bisu" dalam UMNO. Tambahan pula jika mereka mempunyai PhD. Mungkin ulamak yang dimaksudkan itu adalah "ular dalam semak" yang mengintai peluang untuk mendapat habuan dengan menyertai UMNO agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kita sekarang ini. Jika benar-benar individu itu ulamak, pasti mereka takut untuk bersama parti yang berteraskan kebangsaan semata-mata tanpa menjadi Islam sebagai landasan perjuangan mereka sebenarnya. Maka, apakah benar ura-ura itu agaknya].
PDO

Kenangan bersama Ustaz Hassan

Soalan 1:
Apakah kenangan termanis Naib Presiden sekalian bersama Allahyarham ustaz Hassan Shukri?
TITM: Ustaz Hassan adalah arkib bergerak dalam PAS. Banyak peristiwa manis yang menggamit ingatan apabila mengenangkan beliau.
Beliau adalah pemegang amanah sejarah PAS, banyak peristiwa manis yang terpahat dalam ingatan. Satu hari beliau menceritakan bilamana lambang PAS, bulan dan bintang diharamkan oleh pihak kerajaan. Pengharaman lambang dibuat menjelang pilihanraya umum pada waktu itu.
Beliau menceritakan bagaimana pimpinan waktu itu mengadakan perbincangan tidak rasmi memikirkan apakah lambang yang sesuai; dia menceritakan bagaimana sambil-sambil mesyuarat beliau telah membalikkan gelas yang ada dihadapannya, sambil membuat bulatan mengikut gelas tersebut.
Kemudian beliau membuat bingkai empat persegi tepinya, dan melorek pelbagai warna, mulanya bulatan kuning, luar merah; ada yang dibuat bulatan merah, luarnya kuning, bulatan hijau, luarannya putih, dan bulatan putih, luarannya hijau…. yang akhirnya diterima.
Kata beliau pada awalnya bukanlah bermaksud bulatan itu bulan, tetapi ianya adalah bulatan melambangkan perpaduan dan sepakat… yang kemudiannya menjadi bulan penuh purnama.
Hari ini ‘bulan purnama’ tersebut terus berkembang menerangi seluruh negara; semoga Allah menerangi kuburnya sebagaimana terangnya bulan purnama. Amin.


SA: Saya rasa (kenangan) yang paling manis bersama beliau ialah satu waktu dahulu awal 80-an di peringkat saya masih baru bersama PAS, beliau selaku Setiausaha Agung PAS telah memberikan satu nasihat kepada saya.
Nasihat ini saya ingat sampai hari ini… iaitu beliau mengatakan bahawa kalau ingin terus bersama dengan PAS dan perjuangan Islam mesti ada 2 perkara… iaitu ikhlas dan sabar.
Dan beliau pun memupuk bahu saya sambil berkata, “Kalau ini ada pada kamu, kamu akan menjadi pemimpin PAS satu hari nanti.”
Saya sungguh ingat nasihat itu sampai hari ini.
MO: Sejak saya menjadi ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat sehingga lah saya menjawat jawatan Naib Presiden PAS, markas tarbiah Taman Malewar adalah rumah kedua tempat tinggal saya apabila berada di Kuala Lumpur.
Ini lah yang menjadikan hubungan kami begitu rapat kerana rumah Allhyarham bersebelahan dengan markas.
Suatu peristiwa yang bagi saya kemanisan dalam perjuangan bilamana arwah mengajak saya menyapu dan membakar sampah di sekitar markas.
Di sinilah, saya dapat melihat pada diri arwah sebagai seorang pemimpin tertinggi parti yang bersedia menurunkan ego diri seorang pemimpin untuk melakukan kerja-kerja buruh kasar dengan hanya berkainkan sarung untuk memastikan kebersihan dan keceriaan Markas PAS Taman Malewar.
Arwahlah yang banyak mendidik saya untuk menjadi pemimpin marhain. Ungkapan nasihat yang sering diungkap beliau ialah pengurusan cawangan dan pertambahan ahli. Inilah yang menunjuk arwah seorang pemimpin yang berjiwa bawahan dan mengutamakan akar umbi parti.
“Ustaz! Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan ustaz untuk saya dan rakan rakan meneruskan cita cita dan harapan Ustaz.
”Moga Ustaz dicucuri rahmat Allah dan bersemadi bersama orang-orang yang solleh dan ditempatkan di istana Syurga Allah. Al-Fatehah.”
Soalan 2:
Semasa muda, apakah pekerjaan pertama naib presiden sekalian? Apakah faktor utama yang mendorong naib presiden sekalian untuk bergiat sepenuh masa bersama PAS? Apakah pengalaman pahit yang dialami naib Ppresiden sekalian ketika mula-mula bersama PAS?
MO: Saya hidup di suasana kampung dan sawah padi… sudah tentu tak dapat lari daripada mencari pendapatan dengan mengambil upah kerja kerja sawah, seperti memukul padi dan menarik padi dari bendang ke kilang dengan mengguna gerek (basikal) tua.

Ahli PAS di cawangan-cawangan kampung lah yang mendorong untuk saya aktif sepenuh masa. Saya berfikir kalau mereka boleh lakukan kenapa tidak saya di samping parti yang sentiasa bersifat terbuka untuk menerima kehadiran tenaga baru dalam PAS.

Pengalaman pahit saya ialah sewaktu berkempen rumah ke rumah dalam pilihanraya 1982 di Sungai Nibong Pulau Pinang dalam membantu Allahyarham Haji Yusuf Rawa calon DUN Sungai Nibong apabila kena “ligan” (kejar) dengan UMNO…
TITM: Pekerjaan masa muda (sekarang pun masih muda, kecuali Mahfuz je berumur sedikit), dulu saya bertugas sebagai Pensyarah di ITM masa itu, sekarang dikenali dengan UiTM.
Selama 14 tahun menjadi pensyarah, saya bertugas di tiga kampus, ITM Perak , Kuantan dan Jengka.
Tahun 1999, saya meletakkan jawatan sebagai pensyarah kanan pada waktu itu dan juga ketua Unit Pendidikan Islam. Setelah melepaskan jawatan pada bulan Ogos, saya terus bertanding dalam PRU ke 10 dan Alhamdulillah, saya menang di DUN Jengka. Di situlah, bermulalah kerjaya sebagai ahli politik sepenuh masa.
Kenangan yang menarik semasa ingin meletakkan jawatan, saya beristikharah, memohon pertunjuk dari Ilahi; solat dan satu malam setelah niat solat istikharah saya bermimpi…
Saya sedang memandu kereta melalui satu persimpangan empat. Saya berhenti kerana lampu isyarat merah, setelah lampu hijau saya nak jalan, tiba-tiba ada dinding tinggi sampai ke langit yang menghalang saya daripada terus pergi ke depan.
Tiba-tiba ada suara dari atas memberi tahu “kamu tidak boleh lalu, kerana kamu tidak biasa”… lalu saya terus terjaga.
Pada keesokan hari, saya bertanya kawan-kawan apakah makna mimpi itu, semua mengatakan tak payah masuk politik lagi, kerana jalan ini saya tidak biasa.
Saya kemudian pergi berjumpa dengan Mursyidul Am untuk bertanya tentang mimpi itu, beliau mengatakan “kena lalu, baru biasa”. Itulah kehebatan taabir beliau, saya kemudiannya menyerahkan surat perletakan jawatan 24 jam kepada ITM dan membayar sebulan gaji.
Setelah menang kita ada elaun untuk menjaga DUN dan belanja seharian. Bilamana tewas dalam PRU ke 11, satu hari saya ke bank untuk mengambil duit belanja, apabila masuk je ATM, rupanya baki hanya ada RM12.30 sen…
LALU saya teringat kata-kata guru saya “Langit bumi yang besar berat ini pun Allah boleh jaga, takkan kamu yang kecil ini Allah akan biarkan…”
SA: Saya bertugas sebagai seorang pegawai di sebuah bank di Pontian. Saya telah mengalami suatu perasaan yang tidak menentu sewaktu bekerja di bank untuk 2 tahun.
Perasaan tak menentu macam jiwa saya seolah-olah mencari suatu ketenangan dan suatu panduan yang saya ingin keluar daripadanya. Selepas itu saya berjumpa dengan seorang guru sekolah, saudara Hanizi Mohammad yang memperkenalkan PAS kepada saya.
Tidak beberapa lama kemudian, mungkin dalam masa beberapa bulan, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan terus bersama PAS sehingga hari ini.
Orang-orang kampung saya mengatakan saya sudah hilang fikiran, sehingga dikatakan saya disihir oleh orang-orang sesat dan orang-orang PAS – dan keluarga saya turut mula membantah dan menentang perjuangan saya. Isteri saya turut sama menerima tekanan yang cukup hebat daripada keluarganya. Masa itu saya baru berumur 24 tahun.
Soalan 3:
Jika naib presiden bertiga tidak ditaklifkan untuk memegang jawatan sebagai naib presiden, dan sekadar bergiat aktif di cawangan, cawangan PAS mana yang menjadi pilihan dan jawatan apa yang menjadi pilihan serta nyatakan sebab musababnya bersetuju untuk memegang jawatan tersebut?
SA: Saya ingin menumpukan pada bidang penulisan dan pendidikan dalam PAS. Saya rasa sejarah PAS ini terlalu sedikit orang yang menulisnya.
TITM: Kalau diberi peluang saya sukakan cawangan saya Semarang, cawangan bandar Jengka dalam Dun Jengka. Kesungguhan sahabat membuat kerja dan kemesraan (mereka di) Sangay membanggakan.
Dan kalau ditanya apakah jawatan yang saya minat dalam PAS, saya rasa Ketua Cawangan Sangay menarik, kerana semua pimpinan selalu dan mudah berjumpa, dan senang merancang kerana kawasan yang tidak luas sangat.
Namun kekadang kita terpaksa menerima lebih dari apa yang kita inginkan. Semoga bebanan ini tidak menyusahkan saya di hari akhirat.
MO: Kita harus bersedia untuk satu hari berjuang tanpa jawatan. Apabila diberi jawatan itu peluang untuk kita buat pahala, kalau tidak diberi jawatan itu meringankan beban yang dipikul. Kalau diberi pilihan sudah tentu saya nak bergerak di kampung kelahiran saya Titi Gajah.