Ahad, 20 Jun 2010

Tangkis pembohongan ? siapa sebenarnya yang berbohong ?

Drs. Khalil idham Lim

Hari ini semasa lawatannya di Bagan Datoh, Datuk Sri Najib Razak mahu UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan menangkis pelbagai yang kononnya pembohongan Pakatan Rakyat bagi memperbetulkan persepsi buruk rakyat terhadap parti dan kerajaan.

PM 1Malaysia berkata, "serangan balas" terhadap tindakan Pakatan Rakyat itu mesti dibuat bagi mengelak rakyat terus terpesong dengan pembohongan mutlak pihak lawan. "UMNO sendiri mesti menggunakan pendekatan atau metadologi terkini dalam menagkis pembohomgan itu serta supaya rakyat melihat parti itu cekap, dinamik dan segar," katanya berucap pada majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Tapak Pasar Minggu Pekan Bagan Datoh.

Nampaknya Najib cuba menutup malunya dengan menyuruh partinya membela segala ketelanjuruan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Bercakap didepan ahli yang semuanya "pak angguk" adalah sesuatu yang saya kira tidak lain untuk meredakan rasa tidak puas hati kepada tindakan yang Najib lakukan.

Sekaligus dia ingin menyakin segala tindakan salah yang dilakukan olehnya supaya diyakini betul dan dibela oleh pengikutnya yang masih dianggap setia itu.

Bayangkan kalau selama ini judi yang jijik dan banyak membawa masalah dalam masyarakat dan keluarga, bertambah koleksinya bila Najib meluluskan satu lagi lesen judi bolasepak kepada Kumpulan Berjaya .

Walaupun Najib cuba berselindung dengan mengatakan lesen belum dikeluarkan, sebenarnya saya lebih percaya kepada pemilik Kumpulan Berjaya , Vincent Tan yang mengatakan lesen judi bolasepak telah diperolehinya.

Semalam selepas merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan untuk Judi tersebut.

Dalam keadaan sekarang siapakah sebenarnya yang berbohong ?

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan. kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.

Dalam perkembangan lainp pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipetik sebagai berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Kalaulah begitu dalam satu isu yang saya kemukakan ini, kenapakah Najib menuduh Pakatan Rakyat yang berbohong malah menyuruh pengikutnya membelanya sama . Kenapakah Najib langsung dan tidak berani mengatakan bahawa Vincent Tan yang berbohong. Sepatutnya Najib yang mengistiharkan perang kepada Berjaya yang beria-ia sangat mengatakan lesen telah dikeluarkan.

Malah dalam kekalutan itu hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan. Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Menurutnya wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp.

Semuga ucapan Najib di Bagan Datoh adalah bukti yang jelas sikap berdolak dalih beliau untuk menghalalkan banyak lagi tindakan salahnya. Ucapan Najib juga adalah gambaran kepada kebimbangannya kepada segala isu yang dibangkitkan oleh pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah cerdik untuk menilai dan rakyat sudah tidak sabar untuk menghukum BN bila tibanya Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan datang. malah saya yakin pendedahan sebenar apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN yang khianat kepada agama, negara dan bangsa berserta fakta yang lengkap dan jelas lebih diyakini oleh rakyat.

Jangan Di Layan Propaganda Puak umno Yahudi.

umno sekarang ini sudah kegersangan aka desperate gilerrr... dalam menonjolkan imej sebagai sebuah parti yang kononnya perjuangkan agama islam dan bangsa melayu, tetapi bertentangan sama sekali dengan lolongan mereka selama ini.

Buktinya..., dalam ertikata memperjuangkan agama, dalam masa yang sama juga mereka sendiri melanggar dan menidakkan segala hukum dan larangan dalam agama. Kerana puak2 ini adalah raja dan bapak segala hipokrit dalam beragama.

Contoh ketara seperti Judi Sukan baru2 ini..., judi yang lain2 memang sudah lama ada... tetapi tiada usaha lansung daripada mereka untuk memansuhkannya, malahan nak tambah lagi ada laa.., itu yang dikatakan nak perjuangkan agama..., jangan buat lawak sarkas daaa....

Ramai dikalangan pemimpin mereka apabila berada di atas pentas/podium terjerit2 bercakap soal maruah bangsa dan agama, dalam masa yang sama juga mereka adalah penagih arak tegar, kaki dangdut, kaki betina, kaki raba2... ha..ha..ha... dan banyak lagi perkara2 keji dan jelik yang mereka lakukan.

Bercakap pula soal bangsa.., lagi satu lawak sarkas dendangan umnoapco yahudi laknatullah ini, hanya melayu terpilih sahaja (kroni) yang mereka tolong, banyak kalau nak cakap pasal parti umno laknatullah ni tolong melayu beb..., ada biasiswa... di tarik balik, PTPTN dah serupa Ah Long, Melayu Felda kena kencing, keruntuhan moral remaja melayu paling kritikal dan pelbagai lagi..., jadi apa yang puak2 laknat ni tolong...?


Jadi..., untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti yang 98% hampir mampus ini, maka dimainkanlah isu kononnya Dr. Asri dan sekawanan 100 ulama kononnya akan masuk umno tak lama lagi. Satu propaganda murahan tahap pelacur belakang lorong mati demi menyelamatkan imej mereka yang dah busuk lebih daripada bangkai babi.

Apakah orang2 seperti Dr. Asri dan sekawanan yang dilabelkan bertaraf ulama itu buta dan pekak dalam menilai sifat sekular umno selama ini. Jika dikatakan ingin membaik pulih umno dari dalam... itu semuanya bullshit..., tiada siapa yang dapat memulihkan umno dari dalam kerana Che Det "king of firaun" pun telah mengatakan umno itu busuk hingga ke ususnya.

Malahan sesiapa saja cerdik pandai agama yang masuk umno, secara automatik akan bertukar mengikut acuan umno haramjadah itu sendiri, contoh seperti Jamil Mat Khir, Mashitah dan ramai lagi. Mereka akan menjadi syaitan2 bisu... dan mengikut cakap "Ketuanan".

Jadi tak perlulah kita semua nak kecoh2 pasal kemasukkan Dr. Asri dan sekawanan yang di label sebagai ulama hendak masuk umno, itu semua mainan orang gila meroyan hasil saiko ajaran apco zionis kepada umno.

Sudah terbukti dan termaktub di dalam Al-Quran, bagaimana sifat puak2 Yahudi dalam menolak pembawaan dakwah Islamiyah oleh para nabi dan rasul, inikan pula Dr. Asri dan sekawanan ulama nak berdakwah pada anak didik yahudi.... hmmm... lupakan sajalah...

Justeru itu... pedulikanlah mainan propaganda blogger2 dan media pencacai umnoapco yahudi laknatullah dalam isu tersebut.... politik murahan mainan yahudi umno bangsat... 
IkutSukaAku.

Listen to your brother, Guan Eng tells Najib

Lim feels Najib needs to get buy-in from inside in the BN.
KUALA LUMPUR, June 20 — DAP secretary-general Lim Guan Eng today urged Datuk Seri Najib Razak to heed his brother’s advice for a review of the New Economic Policy (NEP). Lim told The Malaysian Insider the only problem the prime minister has is the opposition from Barisan Nasional (BN).
“He would do well if he listens to his brother, but will BN listen to him?” said Lim who is also the chief minister of Penang.
“If BN refuses to listen he should form a new party and call it 1 Malaysia party since he is so committed to 1 Malaysia,” said Lim.
Najib’s younger brother Datuk Seri Nazir Razak who is also the chief executive of CIMB had said in an interview with Mingguan Malaysia today that NEP has been unfair to the majority of the Malays as it only benefits selected few.
Nazir also questioned the lack of transparency in the allocation of bumiputera shares in listed companies and the awarding of APs.
“In the name of NEP, shares of listed companies are given out to bumiputeras, but the question is who is entitled and who is benefiting from it?” he asked.
“And look at the awarding of APs, what is the basis for the award?” said Nazir.
He also told the influential Malay weekly the NEP which was introduced during his father, Tun Abdul Razak Hussein’s administration to forge unity has become a divisive policy.
In agreeing with Nazir, Lim said while the policy was framed with noble intention it has become synonymous with corruption and cronyism.
“Those who have stolen from the Malays must be brought to book,” said Lim citing Najib’s admission last year that out of the RM54 billion worth of shares allocated, only RM2 billion worth remain in bumiputera hands.
He said if not for the leakages the 30 per cent target of bumiputra ownership would have been achieved.
Lim added that retaining the failed policy would only made Malaysia stuck in what he called the “corruption trap.”

HIDUP MELAYUMNO...



Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini. Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan.

"Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini, lapor Bernama.

(Hidup Melayu ke Melayu Cemerlang ke...isinya sama cuma bersalin kulit je. UMNO sekarang susah dirombak kerana pemikiran dan tindakan tempangnya telah berakar umbi. Tak habis habis dengan kemelayuannya.... Biarlah Si Luncai terjun dengan labunya..... biarkan..biarkan)

Perarakan Raksasa Pekerja Bantah Pindaan Akta Pekerja

Oleh Sidiqin Omar
SHAH ALAM 20 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perhimpunan raksasa di Putrajaya dalam masa terdekat bagi mendesak kerajaan menarik semula cadangan bagi pindaan terbaru Rang Undang-Undang Akta Perhubungan Perusahaan, Akta Pekerja dan Akta Kesatuan Sekerja 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lalu.
"Kita akan mulakan dengan 'roadshow' di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat, terutamanya golongan pekerja sama ada ahli kesatuan atau pun tidak, golongan buruh dan seluruh rakyat Malaysia yang secara amnya akan terkesan daripada pindaan akta yang bakal diwartakan," kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi Kaukus Pekerja Parlimen berkata demikian pada sidang media selepas Forum Perdana 'Pekerja Tolak Cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh 2010' yang dianjurkan oleh Gabungan Pekerja-Pekerja Insaf Negeri Selangor (Garis) di sini pagi tadi.
Program forum tersebut dirasmikan Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor oleh Yaakop Sapari.
Selain Abdullah Sani, ahli panel lain yang hadir termasuk Presiden MTUC, Syed Syed Shahir Syed Mohamud dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Antara isu yang dibangkitkan oleh ahli panel kepada pihak kerajaan adalah mengenai prosedur di mana akta tersebut diwartakan tanpa melalui proses yang adil.
Tidak wujud perbincangan di antara ketiga-tiga pihak iaitu, kerajaan, majikan dan pekerja yang mempunyai kepentingan masing-masing di dalam proses pembentukan dasar tersebut.
"Persoalannya adalah, apa niat kerajaan untuk meminda undang-undang ini? Antara lain, niat mereka adalah untuk menyesuaikan negara dengan keadaaan semasa, di mana dunia di dalam persaingan dan undang-undang ini diubah kerana tekanan majikan-majikan.
"Namun dalam perkara penting seperti ini, tidak ada perbincangan yang benar-benar dalam semangat demokrasi dilakukan," kata Syed Shahir.
Beliau menyeru semua pekerja di Malaysia tanpa mengira sektor dan industri untuk bersama-sama berkempen bagi membantah pindaan akta yang telah digerakkan oleh MTUC semenjak beberapa bulan yang lalu.
"Sebenarnya pelancaran bagi kempen ini telah dimulakan semenjak dari pilihan raya Kecil Hulu Selangor. Kita memanfaatkan peluang tersebut dengan mengadakan kempen edaran risalah bagi memberikan penerangan kepada orang ramai dan juga membuat tuntutan kepada parti-parti yang bertanding untuk membawa isu berkaitan pekerja ke Parlimen," kata beliau lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Sivarasa mendedahkan Barisan Nasional sering menggunakan kuasa majoritinya di Dewan Rakyat untuk menggagalkan usul bagi memperjuangkan nasib golongan pekerja.
"Mereka bahkan menuduh MTUC telah mempolitikkan isu pekerja di Malaysia. Bagi saya, ini adalah hak golongan pekerja, kerana mereka sepatutnya diberikan suara politik, termasuk di dalam Parlimen," katanya.

Sertai Parti Politik Hak Peribadi, Janggal Dr Asri Masuk Umno

SHAH ALAM 20 JUN: Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Parti Keadilan Rakyat, Dr. Muhammad Nur Manuty beranggapan, adalah janggal untuk seseorang ilmuan Islam yang kerap memperkatakan isu keadilan, menyertai Umno.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata demikian mengenai dakwaan sebuah portal Umno yang menamakan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainal Abidin kononnya bakal menyertai Umno.

"Dia (Dr Asri) sendiri belum mengesahkan lagi laporan laman web Umno itu. Maka kita tunggu saja dulu. Benda ini belum tentu lbetul ke tak betul. Pandangan saya, ia hak peribadi pilihan masing-masing.

"Tapi, majoriti rakyat termasuk ilmuan muslim dan profesional yang berorentasikan Islam atau yang jelas memperkata soal keadilan lawan kezaliman mahupun sistem yang bobrok, adalah janggal untuk menyertai Umno," katanya.

Malah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sendiri hari ini menyangkal dakwaan sebuah portal berita Umno itu dan terpaksa memberi penjelasan melalui blognya sendiri.

Beliau belum membuat sebarang keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik dan berharap  semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak.

Dr Asri membuat penjelasan  itu berikutan laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD

akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusof yang menyatakan

Dr Asri dan ulama  lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka,

Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Abdul Rauf  ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda

UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat

terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," kata Dr Mohd Asri.

Enam Faktor Lewat, Jambatan Pulau Pinang II Siap 2013

Ada enam faktor utama yang menjadi punca projek Jambatan Kedua Pulau Pinang lewat disiapkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata faktor pertama merujuk kepada kajian lanjut tentang kesan kemalangan di laut yang perlu dilaksanakan dengan baik bagi memastikan binaannya benar-benar kukuh.
Katanya sebab kedua pula merujuk kepada penilaian beban kesan gempa bumi yang perlu dijalankan, manakala sebab ketiga berkaitan dengan kajian mengenai kawasan kedalaman laut untuk melihat kesan struktur tanah di tempat itu.
"Tiga sebab lain terlalu teknikal," katanya kepada pemberita sebelum membuat lawatan ke tapak pembinaan jambatan kedua di sini hari ini.
Jambatan yang seharusnya siap pada 2012 mengikut rancangan asal itu dijangka hanya dapat disiapkan pada September 2013 akibat faktor tersebut.   
Jambatan Kedua Pulau Pinang sejauh 23.5 kilometer merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan Batu Maung di bahagian Pulau dan Batu Kawan di bahagian tanah besar, dan ia dilaksanakan secara usahasama antara China Harbour Engineering Company (CHEC) Ltd (CHEC) dan UEM Builders Bhd.
Lim berkata pembinaan jambatan kedua itu kini berada di peringkat 25 peratus siap.
Beliau seterusnya meminta semua syarikat yang mendapat kontrak bagi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi keutamaan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera yang berasal dari Pulau Pinang.
"Semua syarikat kontraktor yang mendapat kontark projek pembinaan jambatan bukan berasal dari Pulau Pinang," katanya.
(Bernama)

Skuad Sayang Selangor Disaran Bantu Tapis Fitnah ..ha.ha..tukang adu domba dan perosak rakyat...hi.hi..!!!!


Presiden Puncakmas, Mohd Norzuzafre Zulkifle (kiri) menyampaikan cek bernilai RM25,000 kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Skuad dan Stor Sayang Wanita BN Selangor. Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.
PETALING JAYA: Skuad Sayang Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menjadi ejen 'penapis fitnah dan tohmahan' pembangkang terhadap parti dan para pemimpinnya.
Bagi memastikan peranan skuad itu benar-benar berkesan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri akan turun padang bersama-sama para sukarelawan skuad itu bagi memberi penjelasan dan penerangan berhubung sebarang isu yang menjadi kemusykilan rakyat berhubung BN.
"Saya sendiri akan perjelas dan buat penerangan sejelas-jelasnya, kita akan buat program khas untuk berdepan dengan apa jua persoalan masyarakat setempat. Jangan nanti kebajikan lupa, fitnah saja ingat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran skuad berkenaan di Kota Damansara di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani dan Pesuruhjaya Skuad Sayang Negeri Selangor, Raja Datuk Ropiaah Raja Abdullah.
Skuad Sayang Selangor yang mempunyai 10,000 ahli di seluruh negeri julung-julung kalinya menubuhkan pasukan bermotor bertujuan menjelajah ke setiap pelosok negeri dan daerah.
Ia bagi mempermudahkan usaha berkhidmat dan menabur bakti pada masa sama mengenali rakyat setempat dengan lebih rapat di seluruh negeri membabitkan sukarelawan di kalangan ahli dan pemimpin Wanita BN Selangor.
Rosmah sementara itu memuji usaha para sukarelawan termasuk kaum ibu yang sanggup mengorbankan masa dan menggalas tanggung jawab bagi melaksanakan inisiatif Skuad Sayang.
"Diharap puan-puan mengambil inisiatif selaku ejen pengubah masa depan dan menjadikan Skuad Sayang ini sebagai Pasukan Petugas Khas bagi membantu melaksanakan agenda Jalinan Kasih.
"Saya yakin, kepelbagaian aktiviti kemasyarakatan menerusi penglibatan aktif Wanita BN khasnya di Selangor bukan sahaja menjamin pembelaan, kebajikan dan pendidikan rakyat malah memastikan perjuangan BN sentiasa mendapat tempat di hati mereka," katanya.

MTUC gesa pekerja tolak pindaan undang-undang buruh

SHAH ALAM, 20 Jun — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta semua kesatuan sekerja dan pekerja di negara ini menolak cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh 2010 oleh Kementerian Sumber Manusia yang didakwa menindas golongan itu.
Presidennya Syed Shahir Syed Mohamud berkata pindaan itu tidak akan membela nasib pekerja dalam pelbagai sudut, termasuk isu gaji minimun dan bayaran pampasan terhadap pekerja yang hilang pekerjaan bukan akibat kecuaian mereka.
Beliau difahamkan bahawa antara akta yang akan dipinda termasuk Akta Pekerja, Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Pekerja.
“Perlindungan pekerja di negara ini yang terdapat pada masa inipun sangat minimum, jadi sekiranya ada lagi pindaan yang akan dibuat, maka nasib pekerja tidak akan terbela dan terus terabai,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Perdana Pekerja Tolak Cadangan Pindaan Undang-Undang Buruh Kementerian Sumber Manusia 2010 di sini.
Syed Shahir berkata pihaknya akan menjalankan kempen memberi penerangan kepada semua pekerja supaya pindaan itu tidak dilaksanakan.
“Apa yang kita maklum pindaan Undang-Undang Buruh itu mahu dibuat pada bulan Julai, dan sekiranya ia terjadi, maka tidak mustahil sehingga 100,000 pekerja akan menyertai perhimpuan raksasa itu demi memperjuangkan hak sebagai pekerja,” katanya. — Bernama

PM: Isu JI bukan perkara yang diada-adakan..apa ke hal ni..mati-matian pulak dia nak JI ada kat Malaysia..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.

"Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut," katanya ketika diminta mengulas tahap keselamatan negara ekoran pendedahan mengenai ancaman JI..

"Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan," katanya.

Najib memberitahu pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, berdasarkan keberkesanan tugas yang dilakukan pihak keselamatan dalam menangani isu-isu keganasan, kerajaan dapat menghindarkan
sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Beliau berkata, segala tindakan yang dilakukan adalah untuk tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.

"Jadi kita mesti ada kepercayaan kepada anggota polis dan pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindar negara kita daripada sesuatu yang berlaku.

"Kalau kita meragui perkara ini dan kalau sesuatu berlaku (nanti) kita akan menyesal dan bila berlaku kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil tindakan pencegahan tapi bila kita ambil tindakan pencegahan mereka kata pula kita ada-adakan isu ini," katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dimainkan pembangkang kerana mereka hanya cuba mengeksploitasi sesuatu isu tanpa memikirkan fakta demi keuntungan politik.

"Jadi ini sengaja dimainkan parti pembangkang. Biasalah...kita buat pun mereka kata kita tak betul, kita tak buat pun dia kata kita tak betul. Jadi rakyat mesti faham ini politik," kata Najib.

Khamis lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas Anwar kerana mengeluarkan kenyataan yang "gila dan tidak bertanggungjawab" berhubung ancaman kumpulan pengganas di negara ini.

Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa pendedahan tentang ancaman kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) baru-baru ini merupakan cubaan pihak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat langsung tidak boleh diterima.

"Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab langsung, satu kenyataan yang saya percaya telah menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang berada di dalam keadaan tertekan, di mana kita tidak boleh mendedahkan (maklumat tentang keselamatan) kepada khalayak ramai," katanya.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno dan ketua Umno bahagian Semberong berkata polis berbuat apa sahaja untuk memastikan rakyat negara ini termasuk Anwar "dapat tidur lena pada waktu malam."

Bercakap selepas menghadiri mesyuarat Perwakilan UmnoBahagian Semberong, beliau berkata, kerajaan tidak tergamak untuk empermain-mainkan isu keselamatan negara dan dakwaan Anwar itu hanya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup "berkata dan berbuat apa sahaja" untuk menidakkan tindakan serta kejayaan kerajaan.

"Jikalau itu pun dia (Anwar) boleh tuduh kita mereka-reka, satu hari nanti jika JI (Jemaah Islamiah) meletup dekat rumah dia, itu pun dia akan tuduh Umno juga," katanya.

Sementara itu beliau juga mencabar ketua umum PKR itu menjelaskan sama ada bekas pemimpin PKR seperti Dr Halili Rahmat, Dr Chandra Muzaffar dan Sallehuddin Hashim turut ditawarkan RM2 juta untuk keluar daripada parti pembangkang.

"Kesemua mereka mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, tetapi mereka bukan wakil rakyat. Kita hendak tahu sama ada tuduhan yang serupa turut dilemparkan terhadap mereka," katanya.

Awat Depa 2 Orang Nie gelabah sangat bila ANWAR jentik sikit...



Hishmuddin dan Musa Tidak Perlu Marah Anwar
 Mohd Sayuti Omar(MSO),

MENTERI Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan kali ini sepakat dan senada marahkan Anwar Ibrahim ekoran bekas TPM itu berpendapat isu miltan Jemaah Islam (JI) yang ditimbulkan pihak kerajaan sebagai helah mengalihkan isu saja.

Pihak keselamnatan telah mendedahkan bahawa mitlan JI kini sudah mulai meresapi ke dalam kampus dan mendakwa ada pensyarah yang turut terlibat.

Dalam kata lain Anwar tidak percaya dengan dakwaan JI meresapi ke dalam kampus di negara ini. Kata Hishamuddin kenyataan Anwar itu sebagai gila manakala kata Musa Hassan Anwar tidak perlu bercakap kerana ia bukan dalam bidang kuasa Anwar.

Kedua kenyataan itu agak keras dan kasar tidak sepatutnya diluahkan oleh kedua mereka. Apakah soal keselamatan negara ini seratus peratus menjadi tanggungjawab polis? Selalu kita mendengar polis membuat seruan supaya orang ramai membantu polis. Jadi bila Musa Hassan menempelak Anwar begitu seolah polis tidak memerlu bantuan orang awam.

Begitu juga kalau kenayataan Anwar itu gila Hishamuddin tidak sepatut menjawab dan melayannya. Bukankah Anwar orang politik, bila-bila masa dan di mana saja dia akan berbicara atas sifat politik.

Politik adalah persoalan dan persepsi. Jadi apa yang dibangkitkan Anwar itu persoalan dan persepsi beliau terhadap apa yang dibangkitkan oleh kerajaan. Mungkin dia beranggapan kerajaan tidak serius membangkitkan soal itu melainkan untuk mengalihkan isu saja. Anwar juga pernah menjadi pemimpin Umno dan arif dengan tektik dan strategi Umno dalam melarikan isu. Mungkin Hishmuddin terlupa akan sejarah itu.

Almaklumlah hari ini kerajaan berdepan dengan beberapa isu yang tidak menyenangkan. Isu kerugian Sime Darby, isu ekonomi yang tidak berapa menyenangkan dan pelbagai isu. Isu orang Melayu tidak menyokong Umno sepnuhnya dan berbagai isu lagi.

Bertolakkan daripada keadaan itu menyebabkan kemungkinan kerajaan membuat berbagai pendedahan untuk mendapat perhatian rakyat khasnya orang Melayu. Dengan mendedahkan soal keselamatan Umno mengira orang Melayu akan kembali bersatu!

Masalah perpecahan kalangan Melayu yang tidak menyokong Umno juga sangat ketara dan ini membimbangkan Umno. Jadi kalau Anwar beranggapan begitu memang ada alasan baginya.

Musa Hassan pula tidak naik angin dengan Anwar Ibrahim. Kalau masalah JI benar-benar menjalar dalam kampus dan sudah ada pengsyarah terlibat, tunggu apa lagi tangkap mereka. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membolehkan mereka ditangkap tanpa bicara masih ada. Gunakanlah!

Tidak ada gunanya berlawan mulut dengan Anwar. Disebabkan Anwar dan Musa ada chamistry tersendiri mereka tidak akan berdamai dalam apa saja. Apabila Anwar mengeluarkan kenyataan begitu mungkin dia mahu mencabar wibawa polis agar mengatasi segera gejala berkenaan. Seharusnya baik Musa dan Hishmuddin tidak mudah prejudis terhadap apa-apa yang Anwar bangkitkan.

Kerana politik itu persepsi rakyat di luar sana tidak akan percaya kepada Musa dan Hishmuddin sebaliknya akan yakin dengan apa yang Anwar timbulkan itu. Jadi untuk menjawab dan menutup mulut Anwar, polis jangan teragak-agak benteras dan tangkap saja siapa yang menjadi penggerak JI.

Kalau polis gagal berbuat demikian dan Hishamuddin hanya setakat mengeluarkan kenyataan maka benarlah apa yang ditanggapi oleh Anwar itu, bahawa isu JI hanya isu ciptaan kerajaan saja untuk menakutkan rakyat dan melarikan isu-isu besar yang kronik yang ada masa kini. Dan hari ini nampaknya apa yang diandaikan Anwar itu lebih dipercayai daripada apa yang Hismuddin dan Musa Hassan ucapan.

Kami Mahu Bongkar Siapa Zahrain Sebenar ...


Oleh Nazar Hashim
BUKIT MERTAJAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.
Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.
"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.
"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.
"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.
Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.
"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi.

Kg Baru: Pusat ingatkan MB Selangor jangan ganggu..ha..ha..sudah takut...!!! rahsia besar akan terbongkar....??

Raja Nong Chik: 'Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur.' - Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.
Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.
“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini.
Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.
Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.
“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik.
“Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.
Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru.
“Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.
Khalid akan berjumpa penduduk Kampung Baru.
Berhubung dakwaan Lembaga Pentadbiran Penyelesai Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, Raja Nong Chik berkata perkara pembangunan terletak pada tangan pemilik tanah individu, bukannya badan itu.
“Dari sudut undang-undang mereka tiada hak tetapi kami tidak mahu menolak ke tepi sesiapa pun dalam soal perundingan,” kata beliau.
“MAS tidak boleh berbuat apa-apa, malah kerajaan juga tidak boleh buat apa-apa,” kata Raja Nong Chik.
Kata menteri, beliau telah mengadakan pertemuan dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk MAS tetapi keputusan akhir terletak di tangan pemilik dan pewaris tanah.
“Kami tidak menjangkakan seratus peratus akan bersetuju, ia akan mengambil proses yang lama,” jelas beliau.
Terdahulu, Khalid memberitahu beliau akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru bulan depan untuk menawarkan pelan alternatif kepada rancangan dibawa kerajaan pusat.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memberitahu, beliau bercadang untuk meminta penduduk Kampung Baru agar menilai syor-syornya sebagai pilihan kepada pelan yang dikemukakan Putrajaya baru-baru ini.
Justeru kata beliau, biar penduduk Kampung Baru menilai syor yang pihaknya akan kemukakan.
Khalid memberitahu rancangan pembangunan semula disediakan kerajaan negeri Selangor adalah lebih baik berbanding cadangan kerajaan pusat.
Rabu lalu, MAS membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sekiranya ia tidak memasukkan ahli lembaga sebagai anggota perbadanan itu.
Pemangku Naib Yang Dipertua lembaga pentadbiran itu Mashuti Mat Soom berkata pihak lembaga berpendapat penubuhan PPKB tidak akan memberi kebaikan kepada pembangunan di situ dan sekali gus juga akan melupuskan lembaga pentabiran itu yang telah mentadbir kawasan tersebut selama 110 tahun.
Beliau berpendapat adalah tidak logik dengan sewenangnya hak mutlak yang diwarisi oleh orang yang terdahulu diserahkan kepada badan yang belum lagi terbukti kemampuannya.
Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Isnin lalu dilaporkan bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Persetujuan itu dilaporkan dicapai pada sesi perbincangan yang berlangsung antara Raja Nong Chik dengan 50 wakil persatuan mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

K'jaan K'tan lantik 13 timbalan exco negeri


Kerajaan PAS Kelantan, hari ini melantik 13 timbalan ahli exco untuk meringankan beban tugas anggota exco negeri.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jawatan timbalan exco baru itu yang diwujudkan berkuatkuasa 1 Januari lepas.

Pelantikan timbalan exco itu, tambahnya, juga kerana exco yang ada bukan sahaja bertanggungjawab mentadbir kerajaan negeri tetapi perlu juga menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing.

“Menyedari hakikat inilah kerajaan negeri terpaksa mewujudkan jawatan timbalan exco terdiri daripada wakil rakyat bagi membantu tugas exco yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan timbalan exco tersebut di Kota Bharu petang ini, lapor Bernama.

Turut menyaksikan majlis itu ialah setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Nik Abdul Aziz berkata tiga exco mempunyai dua timbalan memandangkan skop portfolio yang disandangnnya besar dan luas iaitu Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, yang dipergerusikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa; Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, yang dipengerusikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, dipengerusikan Datuk Takiyuddin Hassan.

Exco lain yang mempunyai seorang timbalan ialah Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri dipengerusikan Dr Mohd Fadzli Hassan; Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah.

Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi; Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Wan Ubaidah Wan Omar, Jawatankuasa Perumahan, Kerja raya, Utiliti dan Alam Sekitar Mohd Anizam Abdul Rahman serta Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan Sukan Negeri Abdul Fatah Mahmood.

Nik Abdul Aziz berharap dengan pelantikan jawatan timbalan itu akan melincinkan lagi pentadbiran negeri di samping dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih cekap.

Parlimen Tidak Perlu Putuskan Kedudukan Tian Chua - Nazri ..ha..ha..tendang semula...sape nak tangkap..???

PADANG RENGAS: Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Datuk Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.
"Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk mengintepretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan.
"Hakim telah memutuskan bahawa dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana dia tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut dia (hakim) punya intepretasilah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas laporan akhbar The Star hari ini bahawa Parlimen perlu membuat keputusan berhubung status Tian Chua dan keputusan Parlimen itu kelak adalah muktamad.
Di bawah Artikel 48 (1)(e) Perlembagaan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan. Sementara itu Mohamed Nazri berkata cadangan untuk membina bangunan Parlimen baru seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini masih dalam peringkat pertimbangan dan semua pihak khususnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengemukakan pandangan masing-masing berhubung perkara itu. "Bagilah pandangan...yang sahihnya sememangnya kita tak akan buat bangunan baru yang makan belanja RM800 juta.
"Itu saya rasa ramai di kalangan ahli jemaah menteri tidak bersetuju, cuma kita bersetuju kalau nak pindah ke PICC (Putrajaya International Convention Centre)... sama ada sementara ataupun terus jadikannya sebagai bangunan Parlimen," katanya. -BERNAMA

TINGGALAN SEJARAH ... keranamu CUKONG DARAT...!!!

TINGGALAN SEJARAH ... Pejalan kaki melintasi Tembok Penjara Pudu yang dipenuhi dengan mural yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu bagi memudahkan pengguna jalan raya pada masa hadapan. Pembinaan laluan bawah tanah ini merupakan alternatif yang menghubungkan Jalan Pudu menuju ke Cheras dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Jalan Hang Tuah. Mural Penjara Pudu dilukis oleh beberapa banduan yang diketuai oleh Khong Chong Yen dengan menggunakan 2,000 liter cat sepanjang 384 meter dan setinggi 4.5 meter. Ia dilukis pada tahun 1983 dan memakan masa lebih setahun untuk disiapkan dan pernah diiktiraf oleh Guinness Book of Records. Tembok itu akan mula dirobohkan pada waktu malam mulai 20 hingga 23 Jun ini. - Foto BERNAMA

JI: Hishammuddin dakwa kenyataan Anwar ‘gila’..ha..ha..sape yg gila sekarang..???

Hishamuddin:'satu kenyataan yang saya percaya telah menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang berada di dalam keadaan tertekan'
KLUANG, 20 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan yang “gila dan tidak bertanggungjawab” berhubung ancaman kumpulan pengganas di negara ini. Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa pendedahan tentang ancaman kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) baru-baru ini merupakan cubaan pihak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat langsung tidak boleh diterima.
“Ia merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab langsung, satu kenyataan yang saya percaya telah menidakkan kesungguhan pihak berkuasa yang berada di dalam keadaan tertekan, di mana kita tidak boleh mendedahkan (maklumat tentang keselamatan) kepada khalayak ramai,” katanya.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Semberong berkata polis berbuat apa sahaja untuk memastikan rakyat negara ini termasuk Anwar “dapat tidur lena pada waktu malam.”
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Semberong di Taman Sri Lambak di sini, yang dirasmikan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang juga Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Khamis lepas, Anwar dilaporkan berkata isu mengenai JI hanya helah Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu besar lain yang timbul ketika ini.
Kerajaan kata Hishammuddin tidak tergamak untuk mempermain-mainkan isu keselamatan negara dan dakwaan Anwar itu hanya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang itu sanggup “berkata dan berbuat apa sahaja” untuk menidakkan tindakan serta kejayaan kerajaan.
“Jikalau itu pun dia (Anwar) boleh tuduh kita mereka-reka, satu hari nanti jika JI (Jemaah Islamiah) meletup dekat rumah dia, itu pun dia akan tuduh Umno juga,” katanya.
Sementara itu beliau juga mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menjelaskan sama ada bekas pemimpin PKR seperti Dr Halili Rahmat, Dr Chandra Muzaffar dan Sallehuddin Hashim turut ditawarkan RM2 juta untuk keluar daripada parti pembangkang.
“Kesemua mereka mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, tetapi mereka bukan wakil rakyat. Kita hendak tahu sama ada tuduhan yang serupa turut dilemparkan terhadap mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat meletakkan kepercayaan mereka kepada pihak berkuasa daripada terpengaruh dengan dakyah pembangkang berhubung isu militan JI.
Beliau berkata perkara itu adalah sesuatu yang benar dan bukanlah perkara yang diada-adakan untuk mengalih perhatian rakyat seperti dakwaan sesetengah pihak.
“Isu itu (militan JI) merupakan soal keselamatan negara dan sememangnya kerajaan mengetahui mengenai adanya penglibatan daripada kalangan pensyarah kanan di universiti tempatan dalam kegiatan militan tersebut.
“Jadi sebab itulah kita mesti percaya dan yakin bahawa ini satu ancaman dan kita serah kepada pihak berkuasa sebab pihak berkuasa kita terutama sekali pihak polis dan anggota perisik memang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani ancaman JI dan kumpulan militan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech Sdn Bhd sempena lawatan kerja beliau ke kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.
Najib berkata berdasarkan keberkesanan tugas yang dilakukan pihak keselamatan dalam menangani isu-isu keganasan, kerajaan dapat menghindarkan sebarang insiden yang meragut nyawa dan kerosakan harta benda seperti yang berlaku di negara-negara lain.
Beliau berkata, segala tindakan yang dilakukan adalah untuk tujuan pencegahan kerana tidak mahu menyesal nanti dan kerajaan dipersalahkan kononnya tidak mengambil langkah pencegahan.
“Jadi kita mesti ada kepercayaan kepada anggota polis dan pihak berkuasa yang terlibat menjaga keselamatan negara bahawa mereka mampu menghindar negara kita daripada sesuatu yang berlaku.
“Kalau kita meragui perkara ini dan kalau sesuatu berlaku (nanti) kita akan menyesal dan bila berlaku kerajaan pula akan dipersalahkan kononnya kita tidak mengambil tindakan pencegahan tapi bila kita ambil tindakan pencegahan mereka kata pula kita ada-adakan isu ini,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan yang dimainkan pembangkang kerana mereka hanya cuba mengeksploitasi sesuatu isu tanpa memikirkan fakta demi keuntungan politik.
“Jadi ini sengaja dimainkan parti pembangkang. Biasalah... kita buat pun mereka kata kita tak betul, kita tak buat pun dia kata kita tak betul. Jadi rakyat mesti faham ini politik,” kata Najib.

Ikram perteguh gerakan dakwah

SERDANG, 20 Jun: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menggabungkan beberapa kumpulan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini di bawah satu nama dalam usaha menegakkan Islam di Malaysia.
Mereka antaranya terdiri daripada Jim, MIG, Ausis dan Muslih digabungkan bagi mewujudkan tadbir urus gerakan dakwah Islam yang baik, tersusun di samping memperteguh kegiatan dakwah mereka.
Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad berkata, Ikram mahu menjadi NGO massa menggunakan pendekatan aman, mendekati masyarakat dengan memberi pendidikan agama ke arah perubahan negara akan datang.
"Ikram memberi keutamaan kepada pendekatan mendidik dan yakin perubahan masyarakat bermula dengan perubahan diri dari sudut ilmu, kepercayaan, dan amal.
"Oleh itu tarbiah dan pembangunan insan mencirikan Ikram dan menjadi sumbangan utama kepada masyarakat," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran NGO tersebut di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia, The Mines, Seri Kembangan pagi tadi.
Perlembagaan Ikram menyebut mereka mempunyai lapan matlamat antaranya menyebar risalah Islam melalui dakwah, mengumpul dan membina akhlak mulia individu muslim, meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam, memperjuang hak umat Islam dan menegakkan syariat Islam secara praktikal.
Ditanya sama ada Ikram akan bekerjasama dengan PAS untuk tujuan menegakkan Islam, Mohd Parid berkata, mereka terbuka untuk bersama dalam apa-apa isu yang berkaitan kepentingan umat Islam.
"Kita akan bekerjasama dalam bidang yang sama dengan sesiapa sahaja, dan jika tidak sama, kita hanya akan bagi pandangan," katanya lagi.
Ikram didaftarkan pada 22 Oktober 2009 dengan moto "Ukhuwah Teras Kegemilangan", beribu pejabat di Putrajaya.
Sehingga kini mereka mempunyai 69 cawangan daerah dan 14 cawangan negeri dengan keahlian seramai 3,500 orang.
Selain Mohd Parid sebagai Presiden, Timbalannya adalah Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, dua Naib Presiden, Wan Subki Wan Salleh dan Syed Ibrahim Syed Noh yang juga pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Setiausahanya pula Zaid Kamaruddin manakala bendahari, Prof Dr Alauddin Mohd Ali.

Tengok niii....Bas Mewah Umno..Duit Sapa..???

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meninjau bas
'Pusat Khidmat Bergerak' UMNO Bagan Datoh di Wisma UMNO
Bagan Datoh, Hutan Melintang Perak.

Hebatt..hebattt..Duit sapa mereka guna untuk beli bas
semewah ini semata-mata untuk keguanaan Umno,
sedangkan nak bayar sewa bangunan Umno di KL pun
tertunggak berjuta-juta ringgit sampai kena sita...Kuah3

Juragan:Duit rakyat la..Lebihan kos harga bas,masoukkkk pokettt...
memang patutlah kalau negara nak Muflisss..

PROJEK MENIPU MELAYU LAGI

BOMOH SIAM SEDANG MENGUBAH OTAK APNO AGAR DAPAT BERFIKIR



MELAYU PERLU UBAH CARA PEMIKIRAN
- mkini

Orang Melayu perlu mengubah cara pemikiran mereka supaya selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang merangkumi kemajuan dalam pendidikan, perniagaan, perpaduan, politik dan kepimpinan.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata mereka juga harus tajam pemikiran dan mempunyai daya saing tinggi dalam merebut peluang untuk mencapai kejayaan.

"Cara pemikiran dan perubahan sikap harus dilakukan orang Melayu supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan berdaya saing," katanya.

KAH KAH KAH

kah kah kah… MALAON INI BETUL KE INI…. kah kah kah..

woit… APNO INI SUKA BODOHKAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… MALAOAN NI CAKAP NAK BIJAKKAN MELAYU….kah kah kah..

woit… MEMANG BAGUS… PROJEK INI...kah kah kah..

kah kah kah... MELAYU YANG BERAKAL…kah kah kah..

woit…. MELAYU YANG BERILMU…. kah kah kah..

woit… MELAYU YANG BERANI BERDFIKIR…. kah kah kah..

kah kah kah… PASTI AKAN HUMBAN KAN APNO… kah kah kah

nota:
tanya malaon ini hujung minggu ini tido
di felda mana?
cakap tiap hujung minngu akan tido di felda
sekali cakap dah tahu
memang nak bodohkan melayu kah kah kah

TT.

Ilpas: PAS persiap hadapi pilihan raya

HULU SELANGOR, 20 Jun: PAS melancarkan Institut Latihan Pilihan raya PAS (Ilpas) hari ini dengan harapan untuk mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya yang disifatkan berbeza sama sekali dengan peperangan.
"Pilihan raya adalah memujuk orang bersama kita sedangkan perang untuk takluk dan halau orang," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap melancarkan gerak kerja Ilpas di Batang Kali hari ini.
Sehubungan itu, beliau hari ini menyerahkan empat modul utama Ilpas kepada pengarah pilihan raya bagi setiap negeri.
Modul itu adalah dasar PAS, undang-undang pilihanraya, terknikal dan strategi pilihan raya.
Modul ini akan dijadikan asas latihan untuk petugas pilihan raya PAS bagi setiap negeri  yang akan bermula minggu depan.
Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) akan turun ke negeri-negeri di mana 50 peserta akan dipilih untuk dilatih dan dijadikan pakar pilihan raya bagi setiap negeri.
Pengarah Ilpas adalah Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan ketua pengarah JPP yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau dibantu empat naqib atau ketua bagi setiap modul yang dibentuk itu.
Dengan pembentukan Ilpas, PAS dianggap paling ke depan dalam latihan pilihan raya.
Abdul Hadi berkata, melalui Ilpas, semua petugas akan dilatih agar memahami dengan baik apa yang diperlukan dalam sistem demokrasi.
"Kita kena faham, Islam adalah bersama dengan prinsip kuasa rakyat dan menentang diktator di samping menolak pemerintah yang zalim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang dan Adun Ru Rendang.
Untuk melaksanakan perkara ini, sebagaimana zaman awal Islam, PAS membina ahli induk dahulu.
"Inilah yang PAS buat dan akan dibuat oleh Ilpas," kata Abdul Hadi.
 Abdul Hadi menerangkan dengan jelas konsep demokrasi dan pemimpin yang perlu mendapat sokongan majoriti dalam ucapannya.
"Perlantikan khalifah Islam pertama Abu Bakar As Siddiq adalah melaliu prinsip ini kerana Islam sedar peri pentingnya pemimpin yang mendapat sokongan majoriti rakyat," katanya.

Kg Baru: MB Selangor tawar pelan alternatif bulan depan


KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru bulan depan untuk menawarkan pelan alternatif kepada rancangan dibawa kerajaan pusat. Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak memberitahu, beliau bercadang untuk meminta penduduk Kampung Baru agar menilai syor-syornya sebagai pilihan kepada pelan yang dikemukakan Putrajaya baru-baru ini.
“Saya akan menemui penduduk Kampung Baru pada Julai untuk memberi pandangan saya,” kata Khalid hari ini.
Justeru kata beliau, biar penduduk Kampung Baru menilai syor yang pihaknya akan kemukakan.
Khalid memberitahu rancangan pembangunan semula disediakan kerajaan negeri Selangor adalah lebih baik berbanding cadangan kerajaan pusat.
“Saya mahu minta Kampung Baru agar menilai cadangan-cadangan (yang pernah dibuat) oleh saya 15 hingga 20 tahun lalu,” kata Khalid yang menambah, kerajaan pusat pernah memintanya agar menyediakan rancangan pembangunan semula kawasan itu kira-kira 15 tahun lalu dengan mengekalkan hak pemilikan orang Melayu.
Ketika ditanya mengenai butiran rancangannya, Khalid berkata, ia masih “rahsia.”
Kata Khalid, beliau hanya akan mendedahkannya selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru.
Meskipun Kampung Baru kini terletak di Kuala Lumpur, Khalid memberitahu Selangor mempunyai tanggungjawab pentadbiran untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Kampung Baru merupakan sebahagian daripada kawasan dalam Selangor sebelum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk.
Sebelum kelahiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, anak syarikat kerajaan negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor merupakan entiti bertanggungjawab ke atas pembangunan Kampung Baru dan undang-undang menyebut bahawa hak pengurusan masih kekal di tangan Menteri Besar Selangor.
Rabu lalu, Lembaga Pentadbiran Penyelesai Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru membantah penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) sekiranya ia tidak memasukkan ahli lembaga sebagai anggota perbadanan itu.
Pemangku Naib Yang Dipertua lembaga pentadbiran itu Mashuti Mat Soom berkata pihak lembaga berpendapat penubuhan PPKB tidak akan memberi kebaikan kepada pembangunan di situ dan sekali gus juga akan melupuskan lembaga pentabiran itu yang telah mentadbir kawasan tersebut selama 110 tahun.
Beliau berpendapat adalah tidak logik dengan sewenangnya hak mutlak yang diwarisi oleh orang yang terdahulu diserahkan kepada badan yang belum lagi terbukti kemampuannya.
Pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Isnin lalu dilaporkan bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Persetujuan itu dilaporkan dicapai pada sesi perbincangan yang berlangsung antara Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan 50 wakil persatuan mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.
Pengumuman mengenai pembangunan Kampung Baru pada 29 Mei lalu juga bercanggah dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa lawatan beliau ke Kampung Baru pada 6 Feb lalu.
Semasa lawatan Najib itu, beliau memberi lima syarat iaitu penduduk harus bersetuju, penduduk harus serah geran, dibangunkan oleh GLC, pembangunan bercirikan Melayu dan penduduk tidak perlu berpindah.
Namun pengumuman pada 29 Mei lalu menyatakan pembangunan yang akan diadakan adalah komprehensif di mana 75 peratus pembangunan komersial dan 25 peratus adalah residensi manakala penduduk pula perlu berpindah.

Rosnah: Tiada pergeseran dalam Puteri Umno

Dakwaan berlakunya pergeseran dalam Puteri Umno, terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan pergerakan itu, kata ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid.

Sambil menafikan dakwaan tersebut, beliau yakin ia adalah satu spekulasi yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin Puteri.

Rosnah memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Puteri Umno bahagian Kulim Bandar Baharu di Kulim semalam.

Beliau yang juga timbalan menteri kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian, lebih-lebih lagi di Kedah, tiada menghadapi sebarang masalah.

Rosnah juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak yang mempunyai agenda peribadi.

Sehubungan itu, beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.

Bernama

SATU LAGI KES TAK MUKTAMAD

WARGA BATU - SENTUL - SEGAMBUT - SEMUA MENUNGGU PISANG



KAEDAH TERBAIK DICARI SELESAU STATUS TIAN CHUA
– berita hairan

Najib Razak berkata, kerajaan akan meneliti tafsiran Perlembagaan Persekutuan untuk menyelesaikan keraguan yang timbul mengenai status Chua Tian Chang (Tian Chua) sebagai wakil rakyat selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 terhadap Ahli Parlimen Batu itu.

Najib berkata, kerajaan akan mencari kaedah terbaik menyelesaikan perkara itu berikutan wujud dua tafsiran ketika ini apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Ghazali Cha dalam penghakimannya, Khamis lalu, berkata hukuman dikurangkan untuk mengelakkan pilihan raya kecil diadakan, termasuk kerana ia membazir dari segi kewangan rakyat.

KAH KAH KAH..

woit… NAK TELITI KEPALA BANA APA?.... kah kah kah..

woit… TERBUKTI …. KEPALA BANA HAKIM BANGANG…. kah kah kah..

woit… TAKUT NAK BUAT PILIHANRAYA KECIL KE?.... kah kah kah..

woit… ORANG SENTUL SEMUA MENUNGGU PILIHANRAYA KECIL… kah kah kah..

woit… BILA LAGI NAK BUAT…. YOU HELP ME… I HELP YOU…. kah kah kah..

woit…MAT MONGOL KLIM DIRI POPULAR…. TEST LAAA….KALAU BERANI.. kah kah kah

nota:
bahana para hakim yang tidak belajar
maths dan sains dalam bahasa inggeris
tak faham makna: not more than two thousands ringgit
bangang ! ertinya seribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan
baru tak ada kerusi parlimen tak hilang.
ini mesti ijazah beli tak pun dari sintok kah kah kah

TT.

Peperiksaan UPSR, PMR mungkin dimansuh..lagi agenda menipu rakyat..nak menghalalkan duit rakyat...!!!

MUAR, 20 Jun — Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh hari ini.
Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.
Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.
Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.
Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.
Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.
Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.“Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya. — Bernama

Umno Cheras: Tukar nama Jalan Ampang hargai Dr M


KUALA LUMPUR, 20 Jun — Umno Bahagian Cheras mahu kerajaan menamakan Jalan Ampang — antara laluan utama di ibu negara, yang melalui kawasan Menara Berkembar Petronas, sebagai Jalan Tun Dr Mahathir. Selain itu bahagian tersebut juga mahu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ditukar bagi memperingati sumbangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
“Saya meminta kerajaan menukar Jalan Ampang kepada Jalan Tun Dr Mahathir secepat yang mungkin,” kata Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan bahagian itu hari ini.
“Di Kuala Lumpur kita ada Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Razak. Jadi adalah adil kita menghargai Tun Dr Mahathir atas sumbangannya,” kata beliau.
Syed Ali berkata, beliau pernah membuat cadangan itu ketika menjadi senator, beberapa bulan sebelum Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003.
“Kita mesti mengharai beliau ketika beliau masih hidup, jangan tunggu hingga beliau sudah tiada,” katanya.
Syed Ali menambah, Dr Siti Hasmah juga patut dihargai atas peranannya dalam kehidupan Dr Mahathir.
“Saya juga ingin kerajaan menamakan KLIA sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Mahathir-Hasmah,” kata Syed Ali.
“Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Umno Cheras ini dengan serius,” katanya.
Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat dari 1981 hingga 2003.
KLIA dan Menara Berkembar Petronas, bangunan yang pernah direkodkan sebagai tertinggi di dunia satu ketika dulu dibina ketika pentadbiran Dr Mahathir.

Asri belum putus sertai Umno..ha.ha..UMNO terdesak nak perangkap Asri..he.he.!!

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.
Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”
Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.

KUCING PARSI LEBIH PENTING DARI JUDI BOLA?


·
Perdana Menteri meminta rakyat memberi cadangan untuk menamakan kuing parsi yang baru dibelinya. Memang tidak ada masalah untuk meminta rakyat memberi nama kepada kucing parsi atau apa sekalipun. Namun demikian bagi blog ini terlalu banyak isu dan perkara yang lebih penting yang rakyat mahukan dari Najib dan mahu Najib lakukan.

Kucing parsi tidak memberi apa-apa impak kepada rakyat dan negara. Membeli kucing parsi tidak berdosa. Pemimpin membeli kucing parsi tidak berdosa dan rakyat yang mengundi dan mengangkat pemimpin yang membeli kucing parsi tidak berdosa.

Masalahnya ialah bagaimana dengan pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA.

Bagaimana dengan rakyat yang mengundi pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA.? Ini yang rakyat musykilkan. Rakyat mahu pemimpin yang mengHALALkan lesen JUDI BOLA ini supaya memansuhkan JUDI BOLA supaya rakyat tidak gusar dan ragu-ragu takut-takut mereka juga mendapat 'SAHAM' meluluskan lesen JUDI BOLA yang jelas DIHARAMKAN oleh Islam.

Kucing Parsi memang comel dan tidak memberi impak dosa kepada rakyat dan tuan yang membelinya jika ia dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Bagaimanapun LESEN JUDI BOLA memberikan impak yang besar kepada rakyat bukan sahaja di dunia malah di AKHIRAT.

Ini sebenarnya yang rakyat pinta dan tagih dari Najib bukannya memberi nama kepada Kucing Parsi Najib.

Hanya UMNO Johor tentang judi bola


Oleh - Tok Perak

* KETIKA jutaan peminat bola sepak di negara kita tidak tidur malam kerana ketagih menyaksikan siaran langsung Piala Dunia dari Afrika Selatan, pasukan polis kita bercekang mata dalam debaran.

Bukan berdebar sebab ingin mengetahui pasukan mana yang menang, tetapi terpaksa berjaga untuk mengesan judi haram bola sepak yang dikatakan semakin menjadi-jadi sejak sepakan pertama pada 11 Jun lalu.

Saya ucapkan syabas kepada polis yang sejak sehari dua ini telah menunjukkan kesungguhan dan kecekapan dalam memerangi judi haram. Setakat rencana ini ditulis beberapa orang dalang (bookie) judi bola telah ditangkap.

Antara yang ditangkap kerana berjudi bola secara haram ialah dua arkitek di ibu negara melibatkan pertaruhan RM5 juta, empat ditahan di Ipoh melibatkan pertaruhan RM2 juta, empat di Pulau Pinang, dan dua di Kuching, Sarawak.

Pendek kata RM berjuta-juta-juta dilaburkan secara haram menerusi judi bola sepak sepanjang Piala Dunia yang akan berlangsung selama sebulan itu. Banyaknya duit orang kita!



* TANGKAPAN beberapa orang bookie judi itu membuktikan andaian sesetengah pihak bahawa bola sepak dan juga lain-lain sukan mudah diseleweng dan dijadikan medan untuk orang-orang berduit, termasuk yang profesional, bertaruh secara haram.

Walaupun bukti sudah ada, rakyat terbanyak tidak akan menerima ini sebagai alasan untuk kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Tan Sri Vincent Tan kata jika lesen judi diluluskan, judi haram dapat diatasi.

Sebenarnya tidak ada jaminan bahawa meluluskan lesen akan menghentikan kegiatan judi haram. Kita sudah lesenkan judi Sport Toto dan Empat Nombor Ekor (ENE), tetapi yang haram masih banyak juga.

Kalau mengikut cakap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, di negeri itu sekarang ada lebih 4,000 kedai judi haram. Ertinya meluluskan lesen bukan cara terbaik membanteras judi haram.

Saya masih percaya judi haram perlu diperangi habis-habisan dengan ketegasan dan kesungguhan penguatkuasaan undang-undang, tetapi bukan dengan meluluskan satu lagi lesen judi. Tertangkapnya bookie-bookie judi bola sepak itu membuktikan polis kita mampu bertindak.



* MASIH mengenai judi, semua negeri Pakatan Rakyat (PR), sama ada yang diketuai oleh Islam (Kelantan, Selangor, Kedah) atau bukan Islam (Pulau Pinang), sudah menyatakan pendirian menolak kelulusan lesen judi bola.

Ertinya, judi ditentang bukan sahaja oleh orang Melayu (Islam) tetapi juga oleh orang bukan Melayu. Rasanya kalau buat undian kepada seluruh rakyat negara ini, pasti lebih ramai yang menentang judi.

Sayang sekali selain NGO-NGO setakat ini yang menentang habis-habisan lesen judi bola sepak hanyalah parti-parti pembangkang, sedangkan parti-parti lain masih tidak bersuara dalam hal ini.

Setakat ini hanya UMNO Negeri Johor yang secara rasmi – dan berani – menyatakan tentangan terhadap lesen judi. UMNO negeri itu menegaskan sebarang bentuk judi perlu ditentang “kerana amalan itu bercanggah dengan hukum Islam.” Syabas UMNO Johor! UMNO negeri-negeri lain bagaimana?



* ADA isu yang lebih menarik daripada judi bola sepak. Tinjauan Merdeka Centre mendapati 72 peratus rakyat Malaysia kini berpuas hati dengan perkhidmatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maka sudah ada cakap-cakap mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi. Baru tiga tahun kita habis berjuta-juta-juta ringgit untuk PRU-12, tiba-tiba hendak buat pula satu lagi pilihan raya umum. Tunggu, kasilah rakyat bernafas dulu!

Lagi pun macam yang PM sendiri kata, tarikh pilihan raya tidak boleh dibincangkan sekarang kerana tumpuan kerajaan kini adalah bekerja untuk rakyat dan memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

Berilah peluang pada Najib dan teamnya untuk membuktikan keberkesanan idea-ideanya termasuk slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, konsep ‘1Malaysia’ dan sebagainya.

Jangan terikut-ikut sangat dengan cakap-cakap dan desakan sesetengah pihak supaya PRU-13 disegerakan. Rakyat pun masih letih dengan kerenah dan kempen-kempen beberapa pilihan raya kecil yang kita ada sebelum ini.



* WARGA kota, terutama di Kuala Lumpur, kena lebih berjimat. Jika tidak mereka akan tercungap dan sesak nafas untuk menampung hidup di bandar dengan pendapatan bulanan RM3,000.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kemudahan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, antara penjimatan yang patut dilakukan oleh orang bandar ialah dengan memotong beberapa bayaran, termasuk Astro.

Pada hemat saya, selain Astro, patut juga dipotong ialah penggunaan tiga atau empat telefon bimbit tercanggih yang bil bulanan mencecah ratusan ringgit. Potong juga bajet membeli-belah, makan di restoran. Hentikan kunjungan ke disko atau kelab dangdut.

Kalau orang bandar dengan pendapatan RM3,000 pun terasa susah untuk bernafas, bagaimana agaknya orang kampung dengan pendapatan tidak sampai seribu ringgit hendak menampung setengah dozen anak?

Dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 itulah penoreh getah, pekebun kecil dan nelayan hendak membayar makanan, yuran sekolah anak, tambang bas sekolah. Ada murid tidak ke sekolah sebab tidak ada duit tambang bas!

Hari demi hari kita mendengar rintihan dan keluhan rakyat – baik di kampung mahu pun di bandar – mengenai kehidupan yang semakin sempit.



* AKHIR kalam, tentulah sesuatu yang tidak kena, ketika rakyat mengeluh dan merintih tidak cukup duit untuk menampung hidup tiba-tiba kita mendengar cadangan untuk membina bangunan Parlimen baru di Putrajaya dengan biaya RM800 juta.

Konon bangunan Parlimen yang ada sekarang sudah tidak sesuai, jika hendak dibaikpulih akan menelan belanja besar juga. Sebab itu perlu ada bangunan baru. Atau, satu cadangan lagi ialah menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya sekarang sebagai Parlimen baru.

Apa pun semuanya masih di peringkat cadangan. “Masih belum ada apa-apa keputusan. Kabinet bulan lalu cuma meminta JKR menyediakan cadangan dalam tempoh tiga bulan,” kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Ada baik juga difikirkan beribu-ribu kali sebelum dengan mudah kita meluluskan cadangan bina bangunan Parlimen baru. RM800 juta bukan sedikit, boleh disalurkan untuk banyak lagi projek rakyat. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian! - TOK PERAK

Bahaya jika kita buta sejarah

20 JUN — Saya mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memasukkan kurikulum bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.
Sekurang-kurangnya ia membantu orang Melayu Islam dalam menguasai bahasa ini, walaupun mungkin tidak sepandai mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan.
Persoalannya, kala kerajaan mula bersikap terbuka dan memandang ke hadapan, bagaimanakah pula dengan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan?
Adakah wajar Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diajar hanya tiga kali seminggu dengan silibus yang begitu mudah berbanding silibus sekolah kebangsaan?
Sebarang penambahan waktu pembelajaran Bahasa Melayu dan penyeragaman silibus dianggap sebagai beban dan menggugat kedudukan bahasa ibunda. Apakah akan wujud keadaan selepas ini, orang Melayu boleh berbahasa bukan Melayu manakala mereka yang berada di sekolah jenis kebangsaan masih berada di takuk lama atau mungkin bagaimana?
Inilah dilema yang akan dihadapi dan menghantui sistem pendidikan di negara kita. Sedangkan satu dunia maklum bahawa sistem pendidikan berasaskan sejarah bahasa kebangsaan adalah teras kepada pembinaan sebuah negara bangsa.
Apatah lagi matapelajaran sejarah ‘Malaysia Negaraku’ yang mahu dijadikan subjek di setiap sekolah bagi melahirkan semangat patriotisme dan jati diri. Subjek ini juga turut ditolak mentah-mentah di sekolah jenis kebangsaan kecuali jika ia diajar dalam bahasa ibunda.
Sedangkan kita tahu pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan negara.
Bagaimana akan lahir semangat patriotisme jika kita buta sejarah?
Setiap bangsa dan negara ada sejarahnya, ia mesti dipelihara sebagai warisan generasi akan datang, kecuali jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah baru seperti mana percubaan negara ultra kiasu di selatan negara kita.
Percubaan mereka setakat ini hampir berjaya. Menolak sejarah bererti kita menolak asal-usul kita dan negara tercinta. Melalui komen-komen dalam laman blog ultra kiasu dan blog saya mengenai artikel minggu lalu, bertajuk Perlukah memorial Tan Cheng Lock?, ternyata kumpulan ultra kiasu ini kelihatan begitu marah apabila saya menyeru agar kita menghayati sejarah sebagai asas kehidupan bernegara.
Blog saya dihentam dan digodam secara tidak bersopan dan tidak beradab, walhal saya tidak jemput pun mereka melayarinya. Berhenti membaca jika dirasakan bertentangan dengan naluri. Tidak ada paksaan.
Apa yang saya minta cubalah memahami sejarah. Pada mereka, sejarah tidak penting kerana ia telah berlalu. Mengingati masa lalu akan merugikan dan memundurkan kita. Apa yang lebih penting adalah masa depan negara. Kita tidak akan ke mana-mana dengan memperkatakan perkara yang telah lepas.
Cetek sungguh pemikiran mereka. Inilah golongan ultra kiasu yang saya sentiasa ingatkan supaya kita berhati-hati. Bagaimana kita boleh mendepani masa kini dan akan datang sekiranya tidak ada masa lalu?
Apakah ada agenda untuk memadamkan sejarah ini atau memutar-belitkannya? Mana-mana negara bangsa di dunia ini memang tidak dapat lari daripada sejarah. Sejarah adalah asas dan tunggak kekuatan negara. Sejarah diwajibkan sebagai mata pelajaran asas yang mesti dipelajari suka atau tidak.
Mereka mesti lulus matapelajaran ini berbanding kita yang masih menjadikan sejarah sebagai matapelajaran pilihan. Di peringkat sekolah rendah pula, sejarah langsung tidak diajar. Apakah kemunculan pengikut ultra kiasu hari ini disebabkan oleh mereka tidak memahami atau mempedulikan sejarah?
Saya yakin masalah yang timbul hari ini disebabkan kita buta sejarah ataupun mungkin kita sengaja membutakan mata. Dengan makna, kita tidak cuba untuk memahami orang lain atau bangsa lain. Bila ada percubaan untuk memperkasakan sejarah, kita berasa terancam, sedangkan kita tahu jika mahu menjadi perkasa, sejarah adalah asas pemerkasaannya.
Keras kepala
Kita mahu berada dalam dunia sendiri yang akhirnya menjadi manusia yang keras kepala, tidak mahu mengalah dan merasakan diri sendiri sahaja yang betul, orang lain semua salah.
Jika kita membuka sejarah masa lalu, kita akan bertemu kejadian-kejadian yang menimpa umat, mampu menjadi faktor terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan semangat. Tidak hairanlah jika ada ulama yang mengatakan bahawa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak ada manusia yang mampu melawan sejarah.
Menurut Peter N Stearns, dari Persatuan Sejarah Amerika, history should be studied because it is essential to individuals and to society, and because it harbors beauty. Pada beliau, sejarah adalah satu bukti dan tidak pernah menipu. Sejarah dapat mengelakkan salah faham dan konflik sesama manusia dan menjadikan kehidupan kita lebih baik.
Dengan sejarah kita belajar soal masa depan, kerana sejarah masa lalu memandu masa depan. Manusia yang tidak pernah belajar daripada sejarah tidak akan punya inspirasi dan semangat untuk mencipta dan berjuang.
Umat Islam sepatutnya mampu mengambil begitu banyak iktibar daripada sejarah untuk kembali mencipta kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sebelum ini. Biarkanlah ultra kiasu dengan labu-labunya.
Suatu hari nanti pasti tembelangnya akan pecah.
Bahkan para panglima perang dan penganalisis strategik, belajar daripada sejarah peperangan demi peperangan, baik mengenai politik, taktikal, medan, adat budaya musuh, sehinggakan sampai pada perkara-perkara yang kecil di ambil kira, selain kekuatan musuh.
Begitulah pentingnya kita mesti mempelajari sejarah. Bangsa yang bongkak seperti Yahudi pun belajar daripada sejarah. Sudah sewajarnya kita umat Islam yang lebih perlu belajar daripada sejarah kerana kita mempunyai sejarah keagungan dan kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.
Apa yang menyedihkan hari ini, umat Islam tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah. Sejarah dijadikan alat untuk membalas dendam. Mereka rela diperalatkan daripada bekerjasama sesama umat seagama.
Nampaknya percubaan ultra kiasu yang berusaha menjauhkan umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Mereka mengasak pemikiran kita dengan sejarah peradaban lain yang telah diubahsuai, seperti sejarah Barat dan Timur, revolusi industri, perang dunia dan perjuangan menuntut kemerdekaan, penjajahan orientalis, sosialis dan sebagainya.
Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk belajar sejarah Islam.
Percubaan untuk meniru gaya pemerintahan Umar Abdul Aziz hanyalah untuk mencairkan kita sahaja.
Masihkah kita ingat negara kecil Jepun suatu ketika dahulu mampu mengalah negara sebesar Rusia? Kemudian, Jepun digegarkan pula dengan kekalahan dalam Perang Dunia Kedua dengan kehancuran Hiroshima dan Nagasaki. Kenapa Jepun boleh bangkit melalui kehancuran tersebut? Saya yakin Jepun belajar daripada sejarah kemenangannya ke atas Rusia.
Berbeza dengan kumpulan ultra kiasu di negara kita. Mereka cuba membasuh otak kita dengan mengatakan, “Kita tidak akan maju jika kita selalu melihat ke belakang”. Sedangkan kita tahu negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sentiasa mewajibkan rakyatnya belajar daripada sejarah. Kekalahan mereka dalam Perang Vietnam memberikan impak besar kepada bangsa bongkak ini walaupun mereka menguasai segala teknologi peperangan dan senjata kimia.
Sejarah ini tidak boleh dipadamkan dan sentiasa terpahat di sanubari mereka. Filem-filem bercorak Rambo adalah percubaan untuk menaikkan imej mereka.
Cuba kita fikir kenapa AS tidak bersendirian ketika menyerang Negara kaum muslim yang nampak kecil dan lemah seperti Afghanistan dan Iraq?
Mungkin selepas ini Iran. AS selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara Asia untuk bersama-sama menyerang negara tersebut. Walhal jika dilihat dari segi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, mereka boleh lakukan secara bersendirian?
Inilah strategi ultra kiasu hari ini, cuba memperalatkan kita demi kepentingan mereka. Mereka tahu, jika bertindak bersendirian, agar sukar untuk membuahkan hasil.
Justeru, pelbagai strategi digunakan untuk mencari rakan sekutu dan mencairkan hati dengan menonjolkan kebaikan mereka seolah-olah nampak ikhlas, walaupun sebelum ini merekalah musuh dalam selimut menolak Islam secara nyata.
Segelintir mereka mahu menjadi bangsa terhormat. Mereka tidak mahu masyarakat kita kembali melihat sejarah perjuangan masa lampau. Apatah lagi jika dikaitkan dengan orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka mahu mengatakan sejarah negara ini semulajadinya sudah berbilang kaum.
Tidak ada tuan asalnya. Tuan asalnya hanyalah Orang Asli.
Ingatlah wahai semua saudaraku termasuk ultra kiasu, sejarah adalah pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini.
Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Memang menjadi sifat manusia, mereka lebih mengambil berat soal masih depan berbanding masa lalu. Sedangkan sejarah adalah pembelajaran masa lalu. Kenapa kita mahu sibuk-sibuk dengan masa lalu sedangkan ia tidak akan berulang lagi.
Dalam Islam, Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar dan pengajaran, terutama kepada orang yang melihat.
Pakar sejarah bukan pakar bedah, pakar jalan raya atau pakar pencegah jenayah. Dengan sebab masyarakat memandang lewa akan mereka. Sejarah sebenarnya lebih sukar daripada ilmu kejuruteraan dan perubatan. Ia tidak dapat dilihat oleh generasi yang tidak melaluinya berbanding hasil rekaan dan ciptaan.
Sejarah mengandungi segala maklumat mengenai kedudukan manusia dan masyarakat serta tindak tanduk mereka. Jika sejarah itu tidak penting kenapa nenek moyang menjadi begitu penting sekali. Sehingga timbul pepatah, harta boleh dicari tetapi warisan nenek moyang tidak boleh dijual beli. — Mingguan Malaysia
* Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,