Khamis, 17 Jun 2010

Pemberian Subsidi Pada Petani Akan Dikaji Semula ..ha.ha..satu lagi projek membelasah hak rakyat..!!!

GURUN: Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi kepada petani, penternak dan nelayan supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa dan subsidi itu disalurkan kepada pihak yang betul-betul memerlukan bantuan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum.
Katanya, ada beberapa insentif diberikan kerajaan di bawah dasar jaminan makanan untuk membantu petani, penternak dan nelayan ketika harga minyak naik tetapi kerana harga minyak sudah stabil, subsidi itu akan dikaji semula.
"Sekarang ini harga minyak dah stabil. Jika tidak, kerajaan terpaksa menanggung begitu banyak beban kewangan yang sepatutnya kita boleh guna untuk benda lain.
"Setiap benda yang kita bagi akan dikaji semula supaya setiap ringgit yang kita belanja itu akan dapat dinikmati oleh rakyat dan ini tidak akan jadi pembaziran," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gurun di sini hari ini.
Beliau berkata, subsidi yang dikeluarkan kepada petani, penternak dan nelayan itu sepatutnya dinikmati oleh golongan sasar.
Mohd Johari berkata, mungkin subsidi itu boleh digunakan untuk membaiki infrastruktur di kawasan-kawasan yang terlibat dengan masalah banjir seperti mendalamkan sungai dan membina terusan baru.
"Mungkin juga kita boleh membina jeti baru, kawasan pendaratan ikan yang baru, dan dari segi perairan juga dapat diperbaiki. Ia juga dapat memberi kebaikan kepada petani itu sendiri," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Johari menyampaikan cek peruntukan pembangunan bagi tahun 2010 bernilai RM1.3 juta kepada PPK Gurun dan menyampaikan skim pemilikan jentera separuh harga kepada 13 petani serta menyampaikan bantuan banjir kepada 41 orang petani yang bernilai RM246,000. - BERNAMA

Bunuh Syafiah Humaira : pihak pendakwaan tutup kes

http://www.masyarakat.dunyahalal.com/masyarakat_dunyahalal_com/media/Image/syafiah%20humairah.jpg
Mangsa Kekejaman Binatang Buas..
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0312/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
Inilah Binatang Buas yang Membunuh Adik  Syafiah Humaira..

Bunuh Syafiah: pihak pendakwaan tutup kes


SHAH ALAM 17 Jun – Selepas sembilan hari pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil dibicara atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya,
Syafiah Humaira Sahari di Mahkamah Tinggi di sini, pihak pendakwaan hari ini menutup kes.
Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani memaklumkan demikian selepas saksi pendakwa ke-33, pegawai penyiasat Cif Inspektor G. Mahesan selesai memberi keterangan.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetap 15 Julai ini untuk hujahan di akhir kes pendakwaan. – Utusan

7 Julai diisytiharkan cuti umum di Pulau Pinang

7 Julai setiap tahun mulai tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang bersempena dengan pengisytiharaan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang bermesyuarat pada 21 Julai lalu.

“Penetapan 7 Julai 2010 sebagai cuti umum ini adalah sebagai salah satu tindakan proaktif kerajaan negeri bagi memberi peluang kepada seluruh warga Pulau Pinang untuk bersama-sama meraikan sambutan ulangtahun pengiktirafan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata
nya lagi, penetapan 7 Julai sebagai cuti umum ini telahpun diwartakan di dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan surat pekeliling mengenai perkara berkenaan juga telah diedarkan.

“Hari kelepasan am tersebut tidak menjadi “paid holiday” mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan menentukan sedemikian melalui persetujuan dengan pekerja mengikut provisio kepada Seksyen 60D(1A) Akta 265.

“Akta ini menetapkan bahawa empat hari (iaitu hari jadi Tuan Yang Terutama, hari jadi Yang DiPertuan Agong, Merdeka dan hari buruh) yang mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari boleh dipilih atas budi bicara mereka,” kata Zainal Rahim.

Katanya, walaupun cuti umum tersebut bukan cuti wajib, namun kerajaan negeri berharap semua majikan akan memberi kerjasama sewajarnya bagi membolehkan pekerja-pekerja turut sama mengambil bahagian meraikan sambutan ulangtahun pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia.

Anwar: Saya tak tonton video seks Elizabeth Wong


KUALA LUMPUR, 17 Jun – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan bahawa beliau pernah miliki atau menonton video separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong awal tahun lalu.
Anwar mengecam dakwaan Datuk Seri Zahrain Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru yang keluar PRK Februari lalu, di Parlimen semalam.
Anwar menuduh Zahrain kelihatan selesa membuat pendedahan selepas kembali ke pangkuan Umno.
“Kenapa kita perlu pedulikannya? Kenapa kita nak pedulikan seseorang yang sudah dibayar? Adakah awak fikir ini satu tuduhan serius?
“Jika ia serius, saya akan menghasilkan video itu. Tapi tidak, saya belum menontonnya. Mungkin beliau menonton video lucah ini, saya tidak tahu,” kata Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat pada sidang media di Parlimen tengah hari tadi.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) semalam, Zahrain melancarkan satu lagi tuduhan terhadap bekas bosnya itu dengan menuduh beliau menyokong penyingkiran Wong daripada pentadbiran kerajaan Selangor.Wong merupakan Exco Kerajaan Negeri.
Zahrain mendakwa Anwar memberitahu pemimpin-pemimpin PKR bahawa pernah memiliki rakaman seks Wong, menunjukkannya sedang “makan ais krim” dan akan mendedahkannya tidak lama lagi.
Zahrain mendakwa Anwar juga individu yang mencadangkan Wong supaya meletakkan jawatan sebagai Exco dan mengosongkan kerusi.
“Kami terkejut dengan pendedahan itu dan beliau kata akan menunjukkan kepada kami video itu,” kata Zahrain sambil menambah, sehingga sekarang belum mendedahkannya.
Anwar mengecam Zahrain kerana menggunakan bangunan Parlimen sebagai platform untuk melaksanakan tuduhan politik “keji”.
“Anda (Zahrain) sudah dibayar, jadi ambil sahaja duit itu, tidak perlu untuk melemparkan fitnah.
“Elizabeth Wong adalah seorang ahli politik wanita, beliau ada maruah juga. Jika ada bukti, dedahkannya. Mereka cakap seseorang menonton video itu ... siapa? Anwar. Tapi tiada bukti,” katanya.
Apabila didesak untuk mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Anwar menegur media kerana memanjangkan isu tersebut.
“Jangan beritahu saya tidak ada apa-apa yang anda boleh tulis.
“Apa yang anda jangkakan saya akan buat? Tidak ada sedikit pun bukti. Jika anda ada agenda politik, ia seharusnya tidak dilakukan dengan melakukan pembunuhan karektor, politik sampah atau menyerang peribadi. Ini tidak bermoral, tidak beretika dan tidak boleh diterima.
“Dan dalam keadaan mana anda boleh mempersoalkan moral orang lain? Adakah anda mempunyai moral yang tinggi? Adakah anda baik, seorang Muslim? Tidak ada dalam ajaran Islam untuk menyerang kehidupan peribadi seseoran,” kata Anwar dengan merujuk kepada Zahrain.
Gambar peribadi Wong tersebar di internet Februari tahun lalu, dan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun, Khalid menolak peletakan jawatannya dan Wong kembali ke bertugas dengan pentadbiran negeri selepas berehat hampir dua bulan.
Zahrain berkata Anwar kemudian menentang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang bercakap menentang Khalid.
“Kulim mengkritik menteri besar kerana mempertahankan Elizabeth Wong, kemudian dipecat,” tambah Zahrain.

Kedukaan Mahathir Kedukaan Kita Jua

KEBIMBANGAN Dr Mahathir Mohamad terhadap masa depan Melayu saya kira jujur dan bukan bermotif politik. Bekas PM itu membayangkan Melayu akan menjadi minoriti sekiranya perpecahan yang dialami kini tidak dikawal bendung.

Mahathir serius kali ini? Beliau mengulangi kebimbangan itu sekali lagi di dalam blognya selepas menyatakan demikian semasa merasmikan program Melayu Bangkit (tetapi tidak berapa bangkit) di Kuala Terengganu.

Hujah Mahathir, kedudukan (kuasa dan politk) orang Melayu terancam apabila Melayu yang kini menguasai 60 peratus penduduk negara terpaksa membahagi kepada tiga puak atau kumpulan. Puak itu ialah Umno, Pas dan PKR.

Mahathir mempertahankan hujah dan kebimbangan itu walaupun ada penganalisa mengatakan Melayu tetap akan menjadi majoriti berdasarkan kepada populasi. Apa yang dimaksudkan oleh penganalisa, Melayu akan terus kekal dengan angka 60 peratus dan ia tidak menjejaskan dominasi Melayu. Alasannya angka itu akan terus berganjak dengan kelahiran-kelahiran baru.

Ada peselisihan dalam memahami perkara ini. Menurut Mahathir disebabkan perpecahan itu, orang Melayu terpaksa membahagikan sokongannya kepada tiga entiti. Ini menyebabkan Melayu tidak lagi majoriti. Dalam perkiraan Mahathir setiap satu kumpulan hanya mendapat 20 peratus saja.

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir dalam hal ini. Sebagai sebuah negara mengamalkan demokrasi, di mana kuasanya terletak kepada bilangan undi bukan jumlah penduduk, fenomena yang ada sekarang ini meyebabkan Melayu akan lemah. Cuba, kalau Melayu terpaksa membahagi kepada tiga, ini menyebabkan satu kumpulan pun tidak memperolehi majoriti.
Dari jumlah penduduk ia masih majoriti tetapi dari segi kuasa politik mengikut parti, sudah minoriti.

Cuma kalau kita ingin menyedapkan hati kita mungkin boleh berkata bahawa kaum lain juga berdepan akibat sama apabila kaum itu juga terpaksa membahagikan lebih dari satu puak. Tetapi kita kena perlu insaf bahawa sikap dan persefahaman kaum bukan Melayu dalam soal kepentingan nasib dan masa depan mereka begitu kental sekali. Mereka boleh bingkas menjadi seperti kiamban apabila biduk berlalu.

Soalnya apakah bangsa Melayu juga akan mengikut perangai kiamban?

Serentak dengan kebimbangan Mahathir itu semua orang Melayu harus bangkit. Sudah lama dianjurkan supaya Melayu mengurangkan politiking, bermahasabah serta mengendurkan sedikit nafsu amarah terlalu menggilai kepada kuasa. Orang Melayu juga kena fikir apakah dalam mereak berjuang mendapatkan kuasa itu jika ia dicapai ianya mutlak?

Bukan saja Mahathir tetapi banyak pihak juga merasai ini semua. Kewujudan berbagai NGO atau puak yang membangkitkan semangat Melayu, mengungkit sejarah keperitan Melayu adalah kerana kebimbangan yang sama. Tujuan itu semua untuk melihat Melayu bersatu.

Kepada saya semua itu tidak memberi apa-apa erti. Saya sudah tulis sebelum ini buatlah sejuta NGO pun tidak menjadi. Masyarakat negara ini masih meletakkan harapan tinggi kepada parti politik. Mereka sudah terbius dan dikukus dengan parti politik. Makanya parti politik jugalah mampu untuk menyatupadukan Melayu. Mereka tidak akan mempedulikan walaupun NGO menjerit kandatipun suaranya mencecah puncak gunung.

Bercakap soal ini di mana hendak kita mulakan? Kabur dan kosong megenangkan ini. Kita hanya mendesis dalam diri saja tetapi tidak boleh berbuat apa. Tengoklah sikap dan perangai para pemain politik mereka tidak mempedulikan langsung apakah kesan dan akibat mereka lalukan. Apa yang mereka kejar hanya bola sehingga melupai syarat-syarat yang ditentukan. Mereka hanya mahu gol dan gol.

Justeru saya merasakan walaupun kebimbangan Mahathir itu ada kebenarannya, tetapi ia hanya menjadi siulan dan nyanyian sedih beliau saja. Ia tidak akan didengari oleh sesiapa. Beliau sendiri juga silap kerana dalam masa 22 tahun jadi PM beliau tidak pernah ingat akan bahaya itu sebalik terus juga ralik atas padang politik hegomeninya. Apa yang saya istilahkan 'perang salik' antara Najib dengan Anwar bukan mudah untuk ditamatkan.

Jadi hari ini kalau Mahathir bercakap, ia tidak lebih sebagai sebuah ilusi saja. Ilusi menggambarkan hati dan perasaanya sakit. Kesakitan bekas PM itu adalah juga kesakitan kita semua.

Saya tidak mahu mengungkitkan apa yang Mahathir lakukan dalam aktviti dan agenda jahat beliau memecah Melayu dalam mengukuhkan kuasa politiknya yang kosong itu. Semua orang sudah tahu. Kepada saya dosa berlakunya perpecahan Melayu ini tergenggam ditangan Dr Mahathir.

Namun dalam hal ini kalau kita terus menyalahkan beliau, ia bukan satu perbuatan yang praktikal sebab semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Satu lagi, kalau Mahathir salah, maka kita amat berharap jangan Najib pun salah, Anwar pun salah, Haji Hadi dan Nik Aziz juga akan turut sama salah!
MSO

Move Parliament to Putrajaya, give KL back to Selangor

JUNE 17 — I am all for moving Parliament to Putrajaya if it means reversing one of the most unfortunate incidents in Malaysia’s history – the “removal” of Kuala Lumpur from the state of Selangor.It is widely perceived that Selangor became a victim of racial politics when the Barisan Nasional government carved out the most valuable chunk of the state as a federal territory in 1974 to reduce the number of non-Malay votes following losses suffered in the state in the 1969 election.
We now have a golden opportunity to heal the wound inflicted on Selangor. By moving the Parliament to the Putrajaya International Convention Centre (PICC) or whatever new RM800 million building that will be constructed, KL will be relieved as the seat of Parliament. Putrajaya will be home to the executive, judicial and legislative branches of government and there will no longer be any compelling reason for KL to be a federal territory.
The federal government has, of course, its reasons for wanting to move the Parliament to Putrajaya. Many government departments, including the Prime Minister’s Office, is in Putrajaya. The existing Parliament building is in need of RM150 million in repairs.  The PICC is underutilised. So why not move Parliament to Putrajaya?
But it has another option. Improve KL’s town planning, then shut down Putrajaya and move everything back to KL. Putrajaya was a costly mistake. It is a Mahathir-era mega project and the reason for its creation was ostensibly to reduce traffic congestion in KL.
If the estimated RM20 billion or so that was spent to build that artificial town, with its artificial lake in the middle of  nowhere, was spent instead on building a world-class public transportation system and superior town planning, KL would more than be able to comfortably accommodate federal government departments and agencies.
After all, the city’s population is only about 1.5 million and the greater KL region has about 5-6 million. Compare that with other capital cities — Tokyo itself has 13 million and the greater Tokyo region has 34 million. Paris has 2.2 million people and the greater Paris metropolitan region has 11 million. Singapore has 5 million people. Berlin has 3 million people and the greater Berlin area 5 million. Yet these cities have far less congestion woes than KL thanks to proper planning.
Civil servants are isolated in Putrajaya. They only see other civil servants and work in a town created for civil servants — a sort of civil servants’ play pen. They have fewer chances to interact with the wider population, and live and work in a detached environment. How are they going to relate to the problems faced by non-civil servants?
What will become of Putrajaya if it’s abandoned? I see it becoming a cautionary tale of disgraceful town planning and hubris overwhelming common sense. Despite the money and resources spent, Putrajaya has acute transport problems. Bus and taxi services are minimal while rail transport within the town is non-existent.
The distance between the grandiose buildings and lack of pedestrian linkages makes walking not a viable option. That leaves cars but Putrajaya’s parking woes already rival that of KL’s, if it hasn’t already surpassed it. Try finding a parking spot in the complex that houses — of all things — the transport ministry, and you’ll know what I mean.
So either improve public transport and town planning and move everything back to KL, or move Parliament to Putrajaya and give KL back to Selangor.

Tarik balik Datuk: Chua akan adakan sidang media

Anggota Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) PKR, Datuk Dr Chua Jui Meng akan mengadakan sidang akhbar Sabtu ini berhubung penarikan balik dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Menurut satu kenyataan biro komunikasi PKR, Dr Chua akan mengadakan sidang akhbar tersebut di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya.

Chua sebelum ini menerima anugerah tersebut daripada Almarhum sultan Johor, Tuanku Mahmud Iskandar.

Anugerah berkenaan membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan juga 'Seri Paduka Mahkota Johor".

Dr Chua yang juga bekas ahli parlimen Bakri selama penggal merupakan naib presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu pada 2008 apabila gagal merebut jawatan presiden. Beliau mengganggotai PKR pada 2009.

Chua bagaimanapun masih mengekalkan gelaran Datuk memandangkan beliau menerima dua lagi darjah kebesaran daripada Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003 yang membawa gelaran tersebut.

RMK-10: RM1.9 Bilion Bangun Tanah Wakaf Seluruh Negara ..jangan tanah WAKAF pulak dijadikan mangsa terbaru gadaian gomen...!!!

ALOR SETAR: Kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membangunkan tanah wakaf di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata dana itu disediakan berikutan kejayaan beberapa projek pembangunan bagi RMK-9 dan sehingga kini Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar)di Jabatan Perdana Menteri telah menerima hampir 70 permohonan projek daripada semua Majlis Agama Islam Negeri.
Katanya di bawah RMK-9, kerajaan telah meluluskan peruntukan pembangunan RM256.4 juta kepada Jawhar bagi melaksanakan 18 projek pembangunan berbentuk fizikal dan empat projek bukan fizikal di hartanah wakaf yang berpotensi serta strategik di seluruh negara.
"Ia adalah konsep kerjasama antara kerajaan pusat (Jawhar) dan kerajaan negeri (majlis agama Islam negeri) untuk memajukan tanah-tanah wakaf. Ini kerana di banyak tanah wakaf, projek pembangunannya lambat kerana pelbagai kekangan terutama kewangan.
"Ada banyak tanah terutama di kawasan bandar yang boleh dibangunkan termasuk dengan membina hotel tetapi terbantut kerana masalah kewangan.
"Majlis agama Islam negeri selaku pemilik tanah wakaf akan bekerjasama dengan Jawhar yang mengeluarkan dana khas Persekutuan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah Hamidun di Derga di sini hari ini.
Perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Turut berangkat ke majlis itu adalah Sultanah Kedah Sultanah Haminah Hamidun.
Jamil Khir berkata sebelum ini ada salah faham di pihak majlis agama Islam negeri disebabkan syarat yang mewajibkan supaya sebarang hartanah wakaf yang ingin dimajukan ditukarkan nama atas nama Jawhar, menyebabkan banyak majlis agama Islam negeri tidak memohon peruntukan kerajaan persekutuan dan akhirnya hartanah itu terbiar.
"Kini mereka telah sedar bahawa pajakan di atas nama Jawhar itu hanyalah untuk sementara sepanjang proses pembangunan. Apabila projek itu siap, ia akan dipulangkan semula," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Jamil Khir berkata program Pembangunan Hartanah Wakaf dalam RMK-9 merupakan inisiatif julung-julung kalinya melibatkan peruntukan kewangan kerajaan persekutuan.
"Kesemua 18 projek fizikal di bawah RMK-9 dilaksanakan mengikut fokus utama seperti ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan dan agama," katanya. - BERNAMA

Dapat RM2juta.. Kena Saman RM5 juta! rugi-rugi...



Hah ambik!
Walaupun teman dapat rasakan mahkamah takkan jadi lurus kat Perak nie..
Tapi tindakan DAP Perak ni sangat-sangat baik dan bermotivasi!

Tapi kesian la dengan Adun-Adun katak tu.. baru nak berangan pegang duit juta-juta!

aduhhhh!!
Bak kata Mahmud June "Baru nak beli peti televisen!"
sunsnake 17062010

DAP Perak Kuatkuasa Kontrak RM5 Juta Terhadap ADUN Melompat

Oleh Fazli Othman
KUALA LUMPUR 16 Jun - DAP Perak mengambil keputusan untuk menguatkuasakan kontrak RM5 juta dan tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong yang ditandatangani oleh mereka semasa dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 lalu.
ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata keputusan untuk menguatkuasakan kontrak itu diambil setelah kedua-dua ADUN tersebut melompat parti.
"Sebelum ini kita tidak menguatkuasakan undang-undang ini kerana takut rakyat beranggapan DAP cuba mendenda dan mengumpul dana tetapi keputusan ini dibuat untuk menghukum mereka yang membelot kepada rakyat yang telah memilih mereka.
"Tetapi sekarang rakyat sekarang berpendapat, ADUN yang melompat ini tidak sepatutnya mendapat laba dan menjadi jutawan segera hasil daripada pembelotan tersebut.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka dan wang hasil daripada denda tersebut akan diberikan semula kepada rakyat melalui program-program yang dijalan DAP," kata Koo Ham pada sidang media di parlimen tengahari tadi.

CUBA BUAT PERBANDINGAN DENGAN PENUH BERBUDI DAN BERBAHASA

KALAU BINI TAHU TENTU PANAS BARAN

( kalau tiara second hand ada juga yang nak beli 10,000 ringgit -
kereta rahai macam ni sapa nak kah kah kah)


RAIS : DUA JUTA BLOGGER BUKTI MEDIA MALAYSIA BEBAS
- mkini

Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Rais Yatim.

Dia memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

KAH KAH KAH…

woit… MANGKOK…. APA PUNYA BANDINGAN… BANGANG…. kah kah kah…

woit… 2 JUTA LALAT MENGURUNG BANGKAI… APAKAH BANGKAI ITU BAIK… kah kah kah…

woit…. MANA PUNYA BELAJAR INI… kah kah kah..

kah kah kah… NANTANG BENGONG…kah kah kah..

woit… BUKAN BEBAS… TAPI TAK ADA KEUPAYAAN NAK KAWAL… kah kah kah..

kah kah akh… KALAU BOLEH SEMUA BLOGGER PRO PAKATAN… AKAN DI SUNAT KAN SEKALI LAGI…. kah kah kah...

kah kah kah... SUNAT SAMPAI PUTUS…..kah kah kah

nota:
untuk mereka yang tahu akan tahu kesah perbandingan ini
ini macam kesah aesop fables dari greek:

rais yatim jatuh hati dengan cik mek molek dari uitm
rais yatim bagi kemera dan macam macam pada cik mek molek ini
jadi apa kah cik mek molek dari kb ini telah dirompi pompi
oleh malaon ini.

adakah isteri yang becok mulut itu tahu akan kesah ini ?
apakah dengan memberi hadiah hadiah maka terbukti
rompi pompi kah kah kah…

boleh kah kita menggunakan perbandingan hadiah/duit/kamera
sebagai upah rompi pompi kah kah kah

nota:
nak tahu cerita lanjut jumpa siswa dari uitm shah alam
atau orang jelebu kah kah kah

Dua Juta Blogger Malaysia Bukti Media Tempatan Bebas - Rais ..ha.ha..sebab tak bebas bersuara dan menulis kat media arus perdana la..!!!


KUALA LUMPUR: Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa tempatan bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.
"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.
"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya.
Beliau menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.
Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.
"Ini tidak termasuk IPTV (eng: Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya.
Perkembangan itu jelas menunjukkan media massa di negara ini tidak terhad seperti yang didakwa Freedom House dan ia hanyalah satu "laporan kerusi selesa", kata Rais.
Bagaimanapun, katanya, pengamal media masih lagi perlu memastikan setiap kandungan yang ingin disiarkan mematuhi undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ini kerana kebebasan media massa berbeza-beza mengikut negara dan bergantung kepada undang-undang serta etika yang telah ditetapkan.
"Media sebagai alat sebaran am sama ada elektronik dan media cetak tidak mempunyai kebebasan mutlak sebaliknya tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang negara sedia ada.
"Semua badan penyiar sama ada milik kerajaan atau yang swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan kandungan laporan mematuhi undang-undang dalam membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab," kata Rais. - BERNAMA

TRIK LAMA DI PAKAI KEMBALI

MINAH CUN MACAM INI TAK DI ANGGAP PENGGANAS - BOLEH KERJA DI PUSAT KOMPUTER PDRM




PENGGANAS: KERAJAAN CUBA ALIHKAN TUMPUAN RAKYAT
- mkini

Anwar Ibrahim membidas kerajaan hari ini kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kononnya kegiatan pengganas di negara ini pada tahap membimbangkan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan Umno cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

"Tindakan pengganas tidak boleh dipertahankan dalam apa cara sekalipun tetapi mereka mesti matuhi undang-undang,” kata Anwar.

KAH KAH KAH…
woit… INI TRIK LAMA…. kah kah kah..

woit… KESELAMATAN NEGARA INI TERJEJAS BILA AJEN ISRAEL BEKERJA DI PEJABAT KOMPUTER PDRM…. kah kah kah..

woit… KESELAMATAN NEGARA TERJEJAS BILA LAPANGAN TERBANG TUDM/POLIS DI REMBAT…. kah kah kah k

kah kah kah… SENGAJA NAK BUAT SIBUK…
. kah kah kah..

woit… DULU MADEY PENTASKAN SAUK DAN AL-MAUNAH…. kah kah kah..

kah kah kah… SAMPAI SEKARANG TAK TAHU … MAMAT YANG MASUK CARI DURIAN….HILANG DI MAKAN ULAR SAWA kah kah kah..

kah kah kah… INI SEMUA SANDIWARA…..kah kah kah..

kah kah kah… SANDIWARA DI PENTAS… UNTUK MENGALIH PANDANGAN…. kah kah kah..

kah kah kah… BIAR RAYAT TAK BINCANG….. PLUS YANG NAK KENA REMBAT… kah kah kah..

woit… BIAR RAKYAT LUPA…. TENTANG HARGA NAIK… kah kah kah…

nota:
perhatikan betul betul apabila subsidi
nak ditarik nanti ada saja drama macam ini.
atau apabila rasuah bocor akan ada saja drama
swasta akan di pentas kan.

kalau terlalu terok kes nanti - untuk mengalih pandangan rakyat
besar kemungkinan bik mama akan mengsairul dan mengazilahkan
malikul sembab kah kah kah

Skandal PKFZ: Orang terlibat masih bebas, dedah Ong Tee Keat

Pasukan Khas yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendapati bahawa wujudnya kes penipuan (fraud case) yang menelan RM 1.64 bilion dalam skandal PKFZ, dan orang yang terbabit masih bebas sehingga kini, tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
Demikianlah pendedahan bekas Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat (gambar kanan) yang disingkirkan semasa kabinet dirombak pada 1 Jun 2010.  Malah, Ong Tee Keat selanjutnya membongkarkan bahawa kontraktor utama PKFZ, Syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dikuasai ahli parlimen Bintulu-BN, Tiong King Sing telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek ini dimulakan.
Sebanyak tujuh laporan disediakan oleh pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan, dan kesemuanya masih belum didedahkan sehingga kini.  Bagaimanapun, tiada kesimpulan dan tindakan susulan, termasuk mendakwa pihak yang terlibat dan menipu, setelah Pasukan Petugas Khas (Super Task Force) yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan PKFZ ini.  Malah, tiada perbincangan dalam kabinet berhubung laporan Pasukan Petugas Khas, menurut bekas Menteri Pengangkutan ini.
Seandainya dakwaan laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan tersebut adalah benar, maka kerajaan harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menuntut wang tersebut daripada pihak berkenaan, malah menghalang wang itu daripada mengalir ke dalam akaun kontraktor tersebut secara beransur-ansur, tegas Ong Tee Keat.
"Kesemua ini wang titik peluh rakyat," tekan bekas Presiden MCA ini dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 15 Jun 2010 di pejabatnya di Padan Jaya.  Ini adalah kali pertama pegawai kerajaan terbabit tampil mengesahkan kandungan dalam tujuh laporan yang disediakan pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.
Sebelum ini, The Straits Times yang mendakwa dirinya telah meneliti kandungan terperinci laporan tersebut mendedahkan bahawa beberapa orang pegawai kerajaan disenaraikan sebagai "possible conspirator", antaranya bekas Menteri Pengangkutan Chan Kong Choy, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tiong King Sing (yang menguasai KDSB), bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), OC Phang, dan sesetengah pengarah dalam LPK.  Namun demikian, antara nama yang tersenarai, hanya OC Phang (gambar kiri, wanita di kanan) yang didakwa ke mahkamah setakat ini.
Selain itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) KDSB, Steven Abok; Pengurus projek, Law Jenn Dong dan Bernard Tan Seng Swee dari syarikat perunding BTA Architect turut didakwa atas tuduhan menipu, dengan angka yang terlibat RM122.267 juta dan RM5.41700 juta.
Namun, Ong Tee Keat mengesahkan bahawa beberapa orang disebut namanya dalam laporan pasukan khas oleh Kementerian Pengangkutan, dan "orang yang terbabit" semestinya lebih daripada empat orang yang didakwa di atas.
Selok belok siasatan PKFZ
Ketika ditemuramah MerdekaReview, Ong Tee Keat mengimbas selok belok penyiasatan skandal ini ketika beliau menerajui Kementerian Pengangkutan.  Ong Tee Keat melantik badan bebas, PricewaterhouseCoopers (PWC) untuk menyiasat skandal PKFZ pada Oktober 2008, yang mana laporan auditnya diumumkan pada 28 Mei 2009.
Seterusnya, Ong Tee Keat (gambar kanan) menubuhkan sebuah pasukan khas dan dua jawatankuasa yang baru pada 10 Jun 2009.  Pasukan khas ditugaskan untuk melanjutkan siasatan terhadap 20 penyelewengan yang disenaraikan dalam laporan audit PWC, satu jawatankuasa pula menumpukan siasatan terhadap keputusan yang dilakukan LPK dan penyelewengan yang tertunggak selama ini.  Satu lagi jawatankuasa ditugaskan untuk menyediakan rancangan bagaimana PKFZ boleh dibangunkan semula.
"Saya memberi tempoh dua bulan kepada mereka untuk menyiapkan tugas ini.  Selain satu jawatankuasa, dua daripadanya berjaya menyediakan laporan lengkap pada 10 Ogos, seperti yang ditetapkan.  Pasukan khas dan jawatankuasa yang dianggotai elit daripada pelbagai bidang ini telah menyediakan tujuh laporan, dan saya cuma memberi satu kenyataan bertulis pada ketika itu."
Ong Tee Keat menjelaskan, beliau tidak mendedahkan laporan ini kerana hasil siasatan ini bakal menjadi bukti penting untuk Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).  Setelah mendapat nasihat daripada peguam, Ong Tee Keat memilih untuk tidak mendedahkan laporan ini pada ketika itu, atas pertimbangan unit berkenaan belum membuka fail siasatan, dan beliau tidak mahu dirinya disaman.
20 penyelewengan
Bagaimanapun, beliau mendedahkan bahawa tujuh laporan tersebut menunjukkan bahawa terdapat maklumat yang cukup untuk membuktikan penipuan berlaku dalam skandal PKFZ.  Kontraktor yang bertanggungjawab telah menuntut RM1.64 bilion daripada kerajaan sebelum projek bermula.  Siasatan ini dilakukan berdasarkan 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan audit PWC, dan angka penyelewengan mungkin lebih tinggi daripada laporan PWC.
"PWC cuma menyiasat dari segi akaun.  Tetapi anggota pasukan khas dan jawatankuasa terdiri daripada ahli profesional, yang masak dengan selok belok dalam bidang ini.  Mereka lebih mengetahui sama ada penyelewengan berlaku dalam bidang tersebut," kata Ong Tee Keat.
Demikianlah 20 penyelewengan yang tersenarai dalam laporan siasatan PWC:
1. Cadangan pembelian tanah diluluskan oleh kabinet, tetapi cadangan pembangunan yang menyusul kemudian tidak dibentangkan dalam kabinet untuk mendapat kelulusan.
2. LPK tidak memberitahu kabinet dengan segera, bahawa LPK tidak mampu untuk menanggung kos projek pembangunan ini melalui self-funding.
3. Pengarah LPK tidak menjalankan tugas pemantauan, mengikuti perkembangan sama ada projek terlaksana sebagaimana yang dirancangkan.
4. Tiada rundingan untuk mendapatkan pandangan Peguam Negara, dan sesetengah peraturan daripada Kementerian Kewangan tidak dipatuhi.
5. Mungkin melibatkan konflik kepentingan, kerana sesetengah orang/unit yang terbabit mempunyai hubungan dengan tanah atau KDSB sebelum ini.
6. Faedah pinjaman yang dikenakan Kementerian Kewangan telah mengakibatkan kos PKFZ melonjak dari RM4.947 bilion kepada RM7.453 bilion.  Kos akan melambung kepada RM12.453 bilion, melainkan pinjaman daripada Kementerian Kewangan ini dirombak semula.
7. Seandainya LPK mematuhi cadangan Kementerian Kewangan, dengan mengeluarkan bon jaminan kerajaan, dan melaksanakan pembangunan secara berperingkat, maka financing cost boleh dikurangkan.
8. Tanah ditukar tangan dengan harga istimewa yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
9. KDSB mungkin mengenakan faedah yang berlebihan daripada LPK, antara RM51 juta hingga RM390 juta.
10. DA3 (Development Agreement) bukanlah satu kontrak dengan angka tetap, maka KDSB tidak boleh mengenakan kadar bayaran profesional yang tetap.
11. RM 95.256 juta dikutip daripada LPK sebagai kos asas, tetapi tidak disenaraikan dalam DA.
12. Akaun terakhir dalam DA3 tidak menolak bahagian yang mana tiga projek pembinaan yang belum disiapkan.
13. Belumpun plan diberi kata muktamad, kontrak yang bernilai RM1 bilion telah diberikan kepada KDSB.
14. LPK terlalu bergantung kepada KDSB, menyebabkan LPK tidak memperolehi rancangan projek yang memadai nilainya.
15. Pengurusan dan kawalan perancangan yang sangat lemah.
16. Hanya sebahagian bangunan memperolehi certificate of fitness, dan defect liability period telah berlalu.
17. LPK dijangka mengalami defisit tunai pada tahun 2012, dan gagal menjelaskan hutang daripada Kementerian Kewangan.
18. Surat sokongan yang dibenarkan Kementerian Kewangan mungkin ditafsir sebagai jaminan kerajaan bahawa LPK mampu menjelaskan hutang pada masa yang ditetapkan.
19. Kadar sewa PKFZ yang sebenarnya hanya 14%, pendapatan ini gagal mengimbangi perbelanjaannya dalam operasi.
20. PKFZ Sdn Bhd telah mengalami kerugian sebermulanya, dan fund pemegang sahamnya telah menjadi nilai negatif pada akhir September tahun 2008.
Laporan harus diumumkan
KDSB sebagai anak syarikat milik sepenuh Wijaya Baru Holdings Sdn Bhd (WBHSB) adalah kontraktor utama dalam projek PKFZ.  Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Tiong King Sing (gambar kiri) adalah pemegang saham terbesar WBHSB dengan 70% saham dalam genggamannya.  KDSB ditubuhkan pada 22 April 1994, dengan tujuan utamanya--PKFZ.
Bagaimanapun, setelah Super Task Force yang ditubuhkan kabinet mengambil alih tugas siasatan, tiada kesimpulan dibuat terhadap siasatan yang dilakukan Kementerian Pengangkutan, malah tiada tindakan susulan.  Ong Tee Keat berkata, Super Task Force ini telah menyiapkan siasatan dalam masa enam bulan, tetapi laporannya tidak dibentangkan dalam mesyuarat kabinet sehingga 1 Jun 2010, dedah Ong Tee Keat yang tersingkir dari kabinet pada tarikh tersebut.
"Seandainya siasatan telah disiapkan, maka mereka (Super Task Force) harus mengumumkan hasilnya.  Rakyat perlu tahu perkembangan siasatan ini.  Selain itu, sekiranya hasil siasatan telah diperolehi, siapa pula yang perlu bertanggungjawab?  20 penyelewengan disenaraikan PWC, melibatkan orang kalau bukan wang.  Kerajaan tidak mengambil tindakan susulan, misalnya siapa yang harus didakwa (di mahkamah)," katanya.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak (gambar kanan) mengumumkan penubuhan Super Task Force yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohamad Sidek Hassan untuk meneliti skandal PKFZ pada 9 September 2009.  Antara skop yang dikaji termasuklah, pertama, adakah skandal ini melibatkan penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran undang-undang negara; kedua, good governance dan ketiga, halatuju pembangunan PKFZ pada masa depan.
Pada ketika itu, Najib mendakwa bahawa Super Task Force ini akan mempertimbangkan laporan daripada pasukan khas dan jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pengangkutan sebelum ini, namun tiada sebarang pengumuman atau tindakan susulan sehingga hari ini.

Kabinet Penuh Dengan 'Sampah Sarap'

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin  Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan 'sampah sarap' apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan  oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.
"Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih," kata Salahuddin.
Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.
"Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi 'sampah sarap"," tegas beliau lagi.
Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.
"Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.

Militan: Sandiwara kerajaan untuk alih tumpuan rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan kerajaan menggunakan media untuk menggembar-gemburkan isu kemunculan semula kumpulan Jamaah Islamiah (JI) di tanah air semata-mata bertujuan untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada beberapa isu lain yang mencalar kredibiliti para pemimpin Umno BN.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, tindakan tersebut bertujuan untuk mengalihkan amarah rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I kerana meluluskan lesen judi sukan sempena Piala Dunia 2010, baru-baru ini.
Katanya lagi, dengan menimbulkan isu JI, tumpuan rakyat boleh dialihkan daripada memprotes isu penyerahan tanah bernilai tinggi milik KTM di Tanjong Pagar kepada kerajaan Singapura.
Tambahnya lagi, dengan berbuat demikian juga membolehkan tumpuan rakyat pada isu penyerahan dua blok minyak iaitu Blok L dan Blok M kepada kerajaan Brunei Darussalam tanpa melalui Parlimen.
“Saya lihat ini semua suatu cubaan Umno BN untuk alih isu judi sukan dan beberapa isu besar melibatkan kedaulatan negara, seperti pemindahan beberapa aset negara yang diserahkan kepada pihak swasta tertentu,” tegas beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, beliau mewakili Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menegaskan bahawa mereka tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam sebarang bentuk aktiviti bawah tanah.
“Kita berpendirian bahawa sikap melampau tidak perlu dipertahankan,” tegas beliau.
Disebabkan itu, beliau memberi amaran kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya tidak sewenang-wenangnya menahan rakyat tanpa bicara sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini.
Dalam pada itu, beliau turut menimbulkan rasa ragu dengan pengakuan Hishammuddin dan Musa berhubung tangkapan 10 warga asing yang kononnya anggota JI.
“Kalau kesemua 10 warga asing ini saspek JI, mengapa mereka tidak dibicarakan (tetapi) terus dihantar pulang ke negara masing-masing,” soal beliau.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak terkeliru oleh permainan media oleh kerajaan kebelakangan ini.
“Saya minta jangan ada rakyat terkeliru dengan semua ini, semuanya semata-mata untuk alih tumpuan kita pada isu yang lebih utama,” tambah beliau.
Senada dengan Anwar, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut mempersoalkan motif di sebalik tindakan Musa membuat pengakuan dalam media arus perdana berhubung penangkapan suspek yang dikatakan anggota-anggota JI terbabit.
“Kalau dia (Musa) menganggap ia (JI) sebagai isu keselamatan, mengapa diumumkan kepada rakyat umum, mengapa diumumkan pada media massa,” soal Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Melihat pada tindak-tanduk tersebut, beliau dalam nada berseloroh mendakwa bahawa Musa mungkin mahu kekal mendapat sokongan Najib untuk menjadi KPN.
Turut serta dalam sidang media itu ialah Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Kadar baru tol jambatan bakal bebankan rakyat

Kadar tol jambatan Pulau Pinang akan dinaikkan dari RM 7.00 sehala kepada RM 9.40 untuk menyelaraskannya dengan jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Jawapan lisan itu diberikan kepada ahli parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong apabila soalan berkenaan kadar tol untuk jambatan kedua Pulau Pinang diajukan.

Liew pada sidang media di lobi parlimen hari ini berkata, pelaksanaan yang ingin di buat adalah tidak munasabah sama sekali.

"Kadar tol yang ditetapkan untuk jambatan kedua Pulau Pinang adalah selaras dengan kadar tol yang akan dikenakan ke atas jambatan yang pertama sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama," kata Liew.

Pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang dikatakan bukan hanya memberi manfaat kepada penduduk di Pulau Pinang tetapi juga di kawasan sekitar.

Namun menurut beliau, hasrat untuk menaikkan kadar tol untuk jambatan yang pertama sebaliknya akan membebankan rakyat.

"Nampak gayanya, jambatan pertama dan kedua akan dikenakan kadar tol yang mahal dari sekarang" katanya.Sebelum itu, dalam jawapan bertulis, Perdana Menteri Datuk Seri Naji
b Razak berkata kadar tol untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah sama seperti di jambatan pertama sedia ada sehingga tamat tempoh perjanjian konsesi jambatan pertama itu.

Katanya, ini disebabkan jumlah pelaburan sebanyak RM4.5 bilion dan tempoh konsesi selama 45 tahun, tol akan tetap dikenakan di jambatan Pulau Pinang kedua selepas konsesi jambatan pertama tamat.

Menurut Najib setelah jambatan kedua itu siap untuk beroperasi pada 2013, kadar tol yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada tujuh kelas.

Katanya, kelas pertama (motosikal) akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM1.90, kelas kedua (kereta, teksi dan van dua gandar empat roda kecuali MPV) RM9.40, kelas ketiga (lori dua gandar empat roda termasuk pick up dan SUV) RM16.20, kelas keempat (lori dua gandar enam roda, van dua gandar enam roda, bas dua gandar enam roda) RM33.60, kelas kelima (lori tiga gandar) RM60.60, kelas keenam (lori empat gandar) RM80.80 dan kelas ketujuh (lori lima gandar) RM100.90.

Najib juga berkata kos pembinaan projek untuk jambatan Pulau Pinang kedua adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4.5 bilion.

"Kos tersebut juga termasuk kos membina kawasan penuangan oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad," tambahnya.

Liew in
gin tahu tahap kerja yang telah disiapkan untuk jambatan Pulau Pinang kedua dan mengapa jumlah kos pembinaan telah dinaikkan ke RM4.5 bilion dan adakah jumlah itu termasuk kos membina kawasan penuangan.

Najib berkata sehingga 23 April lalu, tahap kerja yang telah disiapkan bagi kerja-kerja fizikal untuk jambatan Pulau Pinang kedua bagi pakej satu ialah 13.39 peratus siap, pakej dua (16.51 peratus) manakala bagi pakej ketiga, ia masih dalam proses tender dan telah mula dinilai pada 19 Mac lalu.

Jambatan kedua sepanjang 26 km itu akan menghubungi Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar.

Konsesi selama 25 tahun untuk jambatan pertama pula akan berakhir pada 2018.

Pelajar UKM dapat injuksi halang prosiding

Empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lepas berjaya mendapat perintah injunksi sementara bagi menghalang UKM daripada meneruskan prosiding tatatertib terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas kedua-dua pihak bersetuju melanjutkan perintah injuksi sebelah pihak yang diperoleh pelajar itu pada 1 Jun lepas, sehingga pelupusan saman pemula mereka.

NONEKeempat-empat pelajar itu dari jurusan Sains Politik, pada 1 Jun lepas memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM, bagi mencabar tindakan tatatertib yang dibawa kepada mereka oleh universiti itu, atas kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.

Pelajar itu tiga lelaki, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan seorang pelajar perempuan, Azlin Shafina Mohamad Adza, 22, pada ketika kejadian berada di tahun kedua pengajian dan akan memulakan pengajian tahun ketiga mereka pada Julai ini.
AUKU bertentangan Perlembagaan

Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU, adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Seksyen itu menyebut bahawa tiada seorang pun pelajar universiti boleh menyatakan atau melakukan apa jua yang boleh ditafsirkan sebagai sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar negara.

Mahkamah menetapkan 9 Julai ini bagi mendengar saman pemula itu.

DNONEalam saman itu, mereka mendakwa universiti itu melalui satu surat bertarikh 13 Mei, telah meminta mereka hadir ke bilik mesyuarat universiti itu pada 2 Jun bagi menjawab dakwaan terhadap mereka, dan jika mereka tidak hadir atau tidak mengemukakan apa-apa representasi bertulis dalam tempoh 14 hari, mereka dengan serta-merta akan digantung daripada menjadi pelajar universiti itu.

Salah seorang pelajar itu, Muhammad Hilman, dalam afidavitnya bagi menyokong saman pemula itu mendakwa pada April lepas, mereka berada di Hulu Selangor antara lain untuk membuat pemerhatian secara langsung bagi membantu pemahaman mereka mengenai situasi sebenar semasa kempen sesebuah pilihan raya kecil.

"Kami juga berhasrat untuk memerhatikan cara bagaimana pihak-pihak politik dari kedua-dua parti utama yang bertanding menarik undi rakyat dalam keadaan politik negara kita yang dikatakan menuju ke arah politik baru," katanya.

Bagaimanapun, mereka telah ditahan oleh polis serta pasukan pemantauan pilihan raya kementerian pengajian tinggi dan pegawai pemantau UKM dan diarahkan keluar dari kawasan itu.

Keempat-empat pelajar itu diwakili peguam Haris Ibrahim dan Ashok Kandiah, manakala peguam kanan persekutuan Aida Adha Abu Bakar mewakili kerajaan Malaysia serta Menteri Pengajian Tinggi dan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili UKM.

- Bernama

PAS yakin PRU 13 selepas Mac 2011

KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) adalah pada April tahun hadapan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata perdana menteri itu tidak mungkin mengadakan PRU lebih awal dari itu biarpun ada kajian mendakwa sokongan rakyat kepada pentadbiran Najib pada waktu ini sangat baik.
"Tidak mungkin dalam masa terdekat, paling awal pun April 2011 bersekali dengan pilihan raya Sarawak," katanya ketika dihubungi petang ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam yang mendakwa tarikh PRU 13 yang bakal diumum akan mengejutkan semua pihak.
Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut pengamalan para perdana menteri terdahulu, pilihan raya umum biasanya akan diadakan selepas tempoh tiga tahun dari pilihan raya umum sebelumnya.
Jika keadaan itu diambil kira, tempoh tiga tahun untuk penggal ini, katanya akan tamat Mac tahun depan.
Sementara itu, faktor lain yang akan dipertimbang Najib katanya adalah pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Jun tahun hadapan.
Umno BN, katanya sangat takut jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Sarawak yang kini menjadi negeri talian hayat mereka untuk terus kekal berkuasa.
Sehubungan itu katanya, Umno BN tidak akan membiarkan Sarawak jatuh begitu mudah kepada Pakatan Rakyat seperti angin perubahan yang melanda Sibu.
"Sarawak adalah faktor penting kepada Umno BN, mereka akan kurangkan tumpuan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak dengan mengumumkan pilihan raya serentak," katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, PAS bersedia bila-bila masa berdepan PRU 13 dengan segala persiapan sedang dan telahpun dibuat sejak selesai PRU 12 lagi.

Kes enjin jet: Bapa dakwa anak dipukul seperti lembu

Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.
Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.

Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.

Nagarajah berkata Mejar Ismail juga memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.

Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.
“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.

“Mejar Ismail juga mengugut untuuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.
Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.
Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.

"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.

Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.

Anwar Cabar RTM Apa Tindakan Terhadap Video VK Lingam Sebelum Dedah Video Lompat Parti

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak seorang wartawan radio daripada RTM supaya tutup mulut dan bersikap profesional apabila petugas stesen televisyen kerajaan Umno-BN itu menekan Anwar mengenai video skandal lompat parti yang didedahkan beberapa minggu lalu.
Wartawan yang hanya dikenali dengan Tukimin itu mendesak Anwar memberi tarikh yang tepat bila beliau membuat pendedahan berkaitan video skandal lompat parti yang melibatkan ahli parlimen Bebas yang membabitkan sogokan RM2 juta serta imbuhan kontrak.
Anwar dengan nada yang tegas mengarahkan Tukimin diam serta bersikap profesional selain bertanya apa akan dilakukan bila video itu didedahkan dan apa yang telah berlaku kepada video konspirasi melantik hakim yang melibatkan peguam VK Lingam sebelum ini.
"Kamu dari media mana (RTM), jelas sikap Umno itu belum jadi menteri kamu sudah bersikap sedemikian. Sudah habiskah soalan kamu nak tanya. Ok kamu boleh diam dan jawab apa yang saya ingin katakan ini.
"Kamu balik tanya kepada menteri kamu apa yang sudah terjadi dengan pendedahan yang saya lakukan dulu berkenaan kes VK Lingam, selepas itu beritahu saya. Saya akan dedahkan video skandal sogokan RM2 juta, kemudian tanya apa tindakan yang menteri kamu akan ambil.
"Saya berkomunikasi dengan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim lebih beretika dan jauh lebih beradab daripada kamu. Apa yang saya katakan tunggu masa yang sesuai untuk saya dedahkan dan tak perlu saya nyata bila, kamu tidak perlu mendesak saya kerana itu hak saya untuk menyatakan bila saya dedahkan. Saya nasihatkan kamu supaya lebih beretika dan profesional," tegas Anwar pada sidang media di lobi parlimen tengahri tadi.
Disebabkan tidak puashati dengan nasihat dan sanggahan Anwar, wartawan terbabit meninggalkan sidang media tersebut selain memperkecilkan nasihat Anwar.
Menurut beberapa petugas media yang mmebuat liputan sidang parlimen, sikap Tukimin yang dipercayai berasal dari Sabah amat cenderung kepada Umno-Barisan Nasional sekali gus merosakkan kredibiliti beliau sebagai seorang wartawan.
"Elok kalau beliau masuk Umno sahaja dan tidak bekerja sebagai wartawan upahan Umno. Sikap ini menjijikan kami golongan media yang mahu bersikap profesional sebaik mungkin," kata seorang pengarang media cetak.
Sementara itu Anwar berkata beliau akan membuat pendedahan itu pada masa yang sesuai.
"Saya menyahut cabaran Zahrain tetapi tunggu masa yang sesuai untuk saya dedahkan, apa yang saya mahu tahu apa tindakan yang kerajaan akan ambil bila pendedahan itu dilakukan.
"Saya yang akan menentukan bila video RM2 juta itu akan didedakan bukannya media pro-Umno, RTM tidak pernah profesional dalam memdedahkan kepincangan para pemimpin Umno-Barisan Nasional dalam mentadbir negara. Tindakan yang dilakukan oleh wartawan RTM itu bersifat provokasi dan tidak harus dilayan," katanya lagi.

Anwar tetap dedah klip video RM2 juta

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.
“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok...kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.
Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.
Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik  bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.
Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.
Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.
“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM,” tegasnya.
Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Fiesta Yang Gagal, Najib Dimalukan


Hanya 300 Hadir Perasmian Fiesta Kelantan, Najib Terus Pulang Elak Malu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan merasmikan Program Karnival Kelantan Fiesta semalam di Kota Bahru telah meninggalkan program tersebut dan terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa menghadiri tapak fiesta dan merasmikannya.

Tindakan mengejut Najib disebabkan mahu mengelak malu kerana kehadiran pengunjung perasmian fiesta tidak sampai 300 orang. Insiden amat memalukan ini dianggap satu sambutan yang amat teruk pada majlis yang di hadiri oleh seorang pemimpin berstatus Perdana Menteri.

Program Perasmian Kelantan Fiesta yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu diteruskan juga oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih kerana disebabkan kerosakkan sistem audio.

Sebelum itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengerusi Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media petang semalam memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memulau karnival tersebut kerana penganjur telah mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap pada majlis perasmian malam ini.

Menurut lagi keputusan memulaukan perasmian itu diambil kerana penganjur bersama, syarikat Red Carpet juga telah memungkiri beberapa perjanjian ketika mesyuarat bersama kerajaan negeri.

Mereka yang sebelum itu telah bersetuju perasmian disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, manakala ucapan aluan dari Nik Abdul Aziz selaku tuan rumah dan ucapan dari Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu pada 13 Jun lalu, kerajaan negeri menerima arahan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaklumkan bahawa pejabat Perdana Menteri tidak membenarkan Menteri Besar berucap pada majlis perasmian karnival tersebut.

Beliau juga memberitahu tindakan tersebut telah memalukan Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga tuan rumah.

Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Dewan Uundangan Negeru Bunut Payong berkata mesyuarat exco juga memutuskan untuk menarik diri daripada program itu yang berlangsung sehingga 19 Jun ini.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta Kelantan selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan. -SK


Mustapa ganti Najib rasmi Kelantan Fiesta 2010

KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia. -harakahdaily

Gigit polis: Tian Chua 'selamat', kekal MP Batu


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Zahrain Punyai Nilai Moral Rendah Sebagai Pemimpin

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 17 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Bayan Baru supaya mengemukakan bukti sekiranya dakwaan beliau mengenai kewujudan video lucah yang kononnya dikaitkan dengan Exco Selangor, Elizabeth Wong.
Anwar membuat gesaan itu ketika ditanya media mengenai kenyataan Datuk Zahrain Mohd Hashim semalam tentang video lucah yang didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.
Anwar memberitahu perkara tersebut adalah soal peribadi seseorang dan tidak perlu mengaibkan Exco tersebut.
"Tentang soal Elizabeth itu tidak perlu kita ungkitkan, kalau ada bukti dedahkan kepada kita untuk diambil tindakan. Kes tersebut telah lama berlaku dan selama itu kita menunggu bukti tetapi sehingga sekarang tiada siapa yang dapat memberi bukti tersebut terutamanya video tersebut.
"Saya melihat tindakan Zahrain ini hanya bersifat peribadi, beliau bertanya kepada saya tentang video tersebut, saya tidak pernah lihat apa yang diperkatakannya. Zahrain ini bila masuk Umno baru melihat video luncah sepatutnya beliau yang perlu keluarkan video tersebut, apa bukti kemukakan untuk kita ambil tindakan.
"Menyerang seseorang pemimpin tanpa ada pembelaan adalah satu sikap yang tidak adil, jika kenyataan itu dikeluarkan oleh pemimpin juga ia menggambarkan nilai moral yang rendah kepada seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Saya sendiri pun tidak mahu layan dengan kenyataan yang bersifat tidak bertamadun itu dan itulah sikap seseorang bila berada di dalam kumpulan Umno," kata Anwar lagi.

Umno-BN Bangkit Tentang JI Alih Isu Apco, Tanah KTMB, Limbang, Lesen Judi

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 17 Jun - Taktik kerajaan Umno-Barisan Nasional yang mengalih perhatian umum dengan memainkan isu Jemaah Islamiah merupakan satu strategi agar rakyat leka terhadap isu besar lain seperti penglibatan Apco Worldwide dalam soal keselamatan negara ini, tindakan menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar kepada Singapura dan juga beberapa rancangan pengambilan tanah serta soal lesen judi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkan kerajaan tidak serius dengan segala usul di bawa oleh Pakatan Rakyat berhubung soal keselamatan dan maruah negara.
"Kita lihat kerajaan sekarang sedang melakukan usaha mengalih perhatian umum kepada isu yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkenaan dengan isu JI.
"Umno-BN cuba mengalihkan isu yang telah kita dedahkan dulu berkaitan dengan penglibatan Apco, lesen judi mahupun penyerahan aset negara kepada negara luar dan juga soal pengambilan tanah daripada terus menjadi perhatian umum. Sehingga sekarang perkara tersebut tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan untuk diambil tindakan. Bagi menutup isu tersebut kerajaan menggunakan isu yang baru tentang pergerakan yang berada di negara ini selain bertindak menakut-nakutkan rakyat.
"Kita juga berpendirian sikap pelampau tidak boleh dibiarkan dan diambil tindakan tegas, tetapi isu yang besar itu janganlah dibiarkan perlu diselesaikan segera bukan dengan menggunakan cara mengalihkan pandangan rakyat. Kita tidak bolehterima dengan cara ugutan dan menakutkan rakyat sehingga memberitahu polis akan memantau pelajar-pelajar yang hadir mendengar ceramah.
"Ini satu tindakan yang tidak betul dan sukar untuk kita terima kenapa kerajaan perlu mengambil sikap sedemikian, selesaikan dulu isu yang telah kita bentangkan di dalam parlimen," tegas Anwar pada sidang media di lobi parlimen tengahari tadi.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menambah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara sepatutnya diselesaikan oleh pihak polis bukannya membuat pendedahan kepada media seumpama mencari populariti.
"Isu JI sepatutnya pihak polis mengambil tindakan bukannya membuat pendedahan tanpa tindakan, saya melihat sikap Musa Hassan adalah umpama mencari populariti ataupun menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kontraknya yang dijangka berakhir pada September tahun ini disambung.
"Kita mahu kerajaan tegas dalam soal yang telah di bentangkan di parlimen bukan mengalih perhatian, apa yang telah didedahkan melibatkan soal keselamatan negara terutamanya soal Apco yang secara jelas terdapat penglibatan perisik Israel, ini belum lagi kes penyerahan aset negara seperti tanah dan blok minyak kepada negara luar," katanya lagi.
Anwar juga berharap fokus perlu ditumpukan kepada soal keselamatan sementara soal JI perlu diselesaikan oleh pihak polis dan bukan menggunakan cara pendedahan awam tentang kumpulan tersebut agar rakyat berasa takut dengan situasi yang berlaku di dalam negara ini.
Sebelum itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Musa pada 14 Jun lalu menyatakan kumpulan JI sedang berusaha untuk menghidupkan kembali perjuangan mereka.
Selain itu beliau menambah kumpulan terbabit merekrut pelajar universiti dan remaja tempatan untuk berjihad di luar negara.
Dalam kenyataan yang sana, Musa juga berkata pemantauan akan dilakukan ke atas pelajar yang mengikuti sebarang ceramah atas faktor keselamatan negara.

Dua beradik bookie judi bola ditahan


Dua adik-beradik yang bekerja sebagai arkitek ditahan malam semalam ketika leka menjalankan perjudian online untuk bola sepak Piala Dunia yang dipercayai melibatkan nilai pertaruhan RM5 juta sejak kejohanan itu bermula.

Kedua-dua mereka yang berumur 33 dan 35 tahun ditahan kira-kira 11 malam di rumah mereka di Jalan Grik, Taman Rainbow, di Kuala Lumpur selepas risikan terperinci dilakukan.

Pegawai Operasi Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ASP Goh Chee Kiat berkata rumah teres tiga tingkat itu dipasang kamera litar tertutup dan alat pengesan laser.

Beliau berkata polis yang pada mulanya gagal memasuki rumah itu, bertindak memanjat pintu pagar lalu memecahkan pintu gril rumah tersebut tanpa disedari penghuninya.

"Terdapat kamera litar tertutup dan alat pengesan laser yang dipasang dalam kawasan rumah terbabit namun kedua-dua beradik itu gagal menghidu kehadiran kami sehinggalah kami berjaya menahan mereka di tingkat teratas rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam semalam.

Apabila menyedari kehadiran polis, mereka cuba mematikan suis sebuah komputer yang pada skrinnya tertera pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia.

Goh berkata komputer itu dirampas dan mereka berdua ditahan mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953.
Kes itu yang pertama di sekitar Lembah Kelang sejak Ops Soga dilancarkan bagi mengesan sindiket perjudian Internet di seluruh negara sempena bola sepak Piala Dunia.

- Bernama

'Saya bersyukur terlepas dari pengalaman perit'..ha.ha..saksi belot...!!! jadi yang belot tu sape..??

Bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Norza Zakaria bersyukur selepas mahkamah melepas dan membebaskannya pagi ini daripada tuduhan rasuah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Sesyen di Temerloh pagi ini selepas pihak pendakwa tidak mahu meneruskan kes kerana saksi belot.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana telah terlepas daripada satu pengalaman yang perit, memedihkan dan memalukan saya.

"Saya ucap terima kepada keluarga, penyokong dan sahabat yang memberi sokongan yang tidak berbalah bagi dari dulu hingga sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Mohamad Norza, 43, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi ejennya Halimi Kamaruzzaman untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung UMNO Mac tahun lalu.

Beliau juga menghadapi satu lagi pertuduhan memberi suapan RM1,900 kepada Mohammad Anuar Yunus menerusi Halimi bagi tujuan sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 20 Jan tahun lalu di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, Temerloh.
Pada 4 Jun lalu, tiga saksi dalam kes rasuah Norza (kiri) dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana dituduh memberi keterangan palsu di mahkamah.
Mereka adalah kontraktor, Mohammad Anuar Mohd Yunus, 43, guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55, dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Mohd Sabri Aziz, 45.
Semua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai langkah beliau selepas ini, Norza berkata: "Saya tidak mahu fikir tentang politik lagi buat masa ini.

"Saya akan bergiat semula dalam masyarakat melalui NGO."

Ditanya mengenai kedudukannya dalam Umno, Norza berkata, beliau masih ahli Umno tetapi tidak memegang jawatan dalam parti.
Katanya, ini selaras dengan keputusan MT Umno sebelum ini supaya beliau tidak memegang apa-apa jawatan atau menawarkan untuk apa-apa jawatan.

Judi sukan: GMJ mahu diharamkan, bukan tangguh

KUALA LUMPUR, 17 Jun: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) melihat pengumuman kerajaan pusat berhubung "penangguhan" pemberian lesen judi Ascot Sports Sdn Bhd sebagai dolak dalik berterusan Umno kepada rakyat.
Menurut setiausahanya, Suhaizan Kayat (gambar), berkata pengumuman itu langsung tidak menepati hasrat rakyat yang mahu segala kelulusan berkaitan perjudian diharamkan dan bukan ditangguhkan.
"Kalau tangguh bermaksud satu masa nanti dia akan luluskan juga.
"Bila desakan rakyat reda, desakan Vincent Tan pula kuat, ianya akan diteruskan juga," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, penangguhan serupa pernah dibuat pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu beliau menjadi perdana menteri pada tahun 2004 namun kemudian diteruskan pula pada zaman Datuk Seri Najib tahun ini.
Penangguhan katanya, bukan satu keputusan konkrit kerana sejarah sama 2004 tersebut akan terus berulang.
"Kita minta satu perkataan sahaja iaitu "mansuh", jangan berdolak dalik kata itu la ini la," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim memberitahu keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan bagaimanapun gagal memberitahu bila tarikh penangguhan itu dibuat.
Sementara itu, GMJ akan meneruskan kempen mereka dengan menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Datuk Seri Najib pada 23 Jun ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Isnin lalu, mereka telah menyerahkan memorandum sama ke Dewan Rakyat dengan harapan ianya dibangkitkan dalam perbahasan parlimen.
GMJ antara lain menuntut tiga perkara pokok iaitu menarik balik lesen judi sukan, menguatkuasakan undang-undang judi dan memperhebatkan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya membenci judi.

“Saya orang Nusantara”

by Shanon Shah
(All pics below courtesy of Chong Ton Sin)
(All pics below courtesy of Chong Ton Sin)
CHONG Ton Sin, 62, founded book distribution house GB Gerakbudaya Enterprises Sdn Bhd in 2000, in order to give Malaysians affordable scholarly and critical literature. The lanky book publisher is often seen at book fairs and public forums.
Known affectionately as Pak Chong, he is also executive director of Gerakbudaya’s sister company, the Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), an independent publishing house. Chong says Gerakbudaya and SIRD are not ordinary distribution or publishing houses. They organise public dialogues, discussion forums, seminars and workshops, which “try to promote a new cultural movement that is scientific and progressive”.
“We want to encourage independent and critical thinking – our slogan is ‘people before profit’,” he says. “Of course you must pay for the books, but we try to keep our prices low so that as many people as possible are encouraged to read.”
Chong was also detained under the Internal Security Act (ISA) from 1968 to 1976. He is honest but not bitter about his detention: “That’s when I learnt English and Malay.” In a 1 June 2010 interview with The Nut Graph in Petaling Jaya, Chong talks about being born and growing up in a Malaysia that is a stone’s throw from Indonesia.
TNG: Where and when were you born?
Chong Ton Sin: I was born in Senai, Johor – in a house, I think – on 22 March 1948. One month after I was born, my family moved to Kluang, Johor.
Where did you grow up?
In Kluang, until I got arrested under the ISA in 1968. I went to a primary and secondary Chinese[-medium] school there. I didn’t finish secondary school.
Can you trace your ancestry?
I don’t remember my grandparents. My mother and father came from Guangdong province in south China. They got married there and then came to this part of the world. First they settled in Indonesia, in Riau island, I think. Yes, during [World War II], I think they were still in Riau. I have one elder sister who was born in China, two sisters and two brothers who were born in Indonesia, and myself and two younger brothers born here.
What is your strongest memory of Kluang?
We lived in a big Malay village. But there was a group of Chinese families living in the village. We lived harmoniously together, though the Chinese hardly interacted with the Malays. I couldn’t really speak Malay that well.
Even then, we were good neighbours. For example, some Chinese families would raise pigs which were free to roam in the village. If the pig wandered into a Malay family’s compound, they would just shout, “Oi, your babi has come into my house!” Then the Chinese family would reply, “Oh, we’re so sorry,” and then go get the pig. People were not so sensitive in those days. Now, I don’t know what would happen if a Chinese [Malaysian]’s pig wandered into a Malay [Malaysian]’s house.
In Muar
At Muar detention centre, after being detained under the ISA
There were many coconut trees in the village. I could climb them, but I wasn’t so good at it. There were better climbers among the village boys who used to go up and steal the young coconuts because the owner wasn’t there all the time. But one day the owner decided to grow the trees for toddy (coconut wine) instead, so his workers harvested the flowers – there were no more coconuts to steal. But we’d ask for toddy from the workers in the morning when it was fresh. The toddy from the afternoon harvest was sour.
What stories do you hold on to the most from your parents?
I don’t remember my parents telling me so much about China. They were simple lower-class workers. But they used to tell me stories about Indonesia – I think about Riau. For example, on the beaches in Riau, people would spot what they called “ghost fires”. It’s just a blue-green flame, but people thought it was a ghost on the beach.
My father would also tell me stories about the pontianak. He said it’s not a ghost but an animal, but kampung people called the animal “pontianak”. Whenever a woman gives birth, the animal will appear. I also forgot to ask my father if it’s a kind of monkey or what. But apparently whoever tries to kill the animal will die.
So, when my mother gave birth in Indonesia once, the animal came. My father said he used firewood to chase it away, but we also had a black dog that went to bite the animal. My father was okay, but the dog died.
How do you make sense of these stories as a Malaysian?
I want to find out what that animal is – is it a monkey or what? Other than that, I was nearly born in Indonesia, so I feel a kind of closeness to Indonesia. And so I started reading Indonesian novels and so on from early on, and they influenced me a bit.
What aspects of your identity do you struggle most with as a Malaysian?
People ask me why I speak Malay with an Indonesian accent. People ask, “Are you Malaysian?” I say, “Saya orang Nusantara.” You know, kepulauan Nusantara? My cultural identity is Nusantara. Race, I don’t know if I’m pure Chinese or not. I know we are Hakka, but I don’t know if I’m mixed or not. My cultural identity is clear, though. I have no feeling for China.
That’s why also younger people now call me “Pak Chong”. In Indonesia, though, “Pak” is associated with the Suharto era. “Bung”, which means brother or comrade, is associated with the Sukarno era. But I think even younger Indonesians now use “Pak” quite naturally. So I don’t mind younger people calling me “Pak Chong”.
Why were you detained under the ISA?
You know lah, at that time, the government was afraid of anyone who could be a leftist or a communist. They were also scared of activists in the labour movement, or politicians from the Labour Party and Parti Rakyat.
Kamunting. “We were all so young ... Actually, girls and boys were
 forbidden to mix, but the guards lost control of us.”
At Kamunting detention centre: “We were all so young ... Actually, girls and boys were forbidden to mix, but the guards lost control of us.”
Were you a member of any political party, or a leader in any movement?
No, I wasn’t. But I did attend demonstrations and “illegal assemblies” before that, and I had been arrested before.
So what was detention like for you?
I know you young people won’t like to hear this, but it was actually quite good for me. Back then, political detainees were treated better than other prisoners. Because I came from a poor family, the food I ate while in detention was better than what I used to eat outside. I could study in detention, I could exercise.
I didn’t sit around waiting for my release – in fact I think my eight-year detention was too short. I used to read a lot, and I got to make many friends, even with some of the wardens. Yes, some of the wardens were horrible, but many were quite nice and grew attached to us, especially since we were detained for quite some time. We’d play ping-pong and basketball with them.
Were you tortured in detention?
Yes, I was tortured, but not so seriously. It was during the initial period of detention. But back then it was different. I was first put in the Muar detention centre, and then I spent two months in Kamunting in 1973, and then the remainder of my detention was in Batu Gajah. I liked Muar and Kamunting. The grounds were lapang, and Kamunting at that time was new. In fact, the Kamunting wardens temporarily lost control of the detainees and we ended up enjoying free movement around the different sections in the detention centre. But Kamunting became terrible soon after that. In Batu Gajah I wasn’t so happy – the space was too confined.
Describe the kind of Malaysia you would like for yourself and future generations.
I think now it’s very difficult to say. Young people like you will ask, “What is bangsa? What is nation?” But I think it’s important to build a bangsa Malaysia. Many Chinese [Malaysians] would get sensitive if you recited the slogan “satu bangsa, satu bahasa, satu negara” to them. They equate “bangsa” with “Malay”, and “bahasa” with “Malay” as well.
With former Communist Party of Malaya leaders Suriani Abdullah and
 the late Rashid Maidin, in southern Thailand
With former Communist Party of Malaya leaders Suriani Abdullah and the late Rashid Maidin, in southern Thailand
For me, “satu bangsa” is “bangsa Malaysia”. “Satu negara” is of course Malaysia. But under “bangsa Malaysia”, we can still acknowledge that there are Chinese, Ibans, Kadazans, and so on. Yes, they are different races, but their cultural identity is Malaysian. “Satu bahasa” doesn’t mean we forbid people from learning or speaking other languages, but it does mean that all of us must be able to use Malay. This is important.
I think it’s about not emphasising “I’m Chinese” or “I’m Malay”. We all have our traditions and beliefs, it’s true. But it is more important to find a scientific and progressive culture. I think the younger generation knows this. But there are politicians, especially from the Barisan Nasional and Umno, who use politik perkauman to influence young people still. Otherwise, our young people would be quite happy living together.
But I’m optimistic about our future. The train will travel forward. We won’t go backward.