Rabu, 16 Jun 2010

Government distances itself from Perkasa


KUALA LUMPUR, June 16 — The government today denied that it has been backing the Malay rights group Perkasa, adding that administration does not focus solely on any ethnic group. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz told the Dewan Rakyat the formation of Perkasa does not mean the government has failed to protect the interest of the Malays.
“The government has nothing to do with the formation of Perkasa. The group is a non-governmental organisation (NGO), which has no ties with the government of Malaysia,” said Nazri in a written reply to the Parliament.
He was responding to a question by Tanah Merah MP Amran Ghani who asked if the government was behind the setting up of Perkasa.
“The matter has nothing to do with the question of whether the government is able to protect the interest of the Malays because the government of Malaysia is a government for all and will act for every citizen of Malaysia,” said Nazri in a two-paragraph answer.
Perkasa was formed soon after Election 2008 by independent Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali who claimed that it was a response to increasing threats to the Malays.
The group has successfully turned into a pressure group in ensuring the government continues to protect what Perkasa calls the constitutional position of the Malays, in particular the pro-Bumiputera policy in awarding of government projects and scholarships.
Late last month a Perkasa-led Bumiputera Economic Congress passed a resolution rejecting the New Economic Model (NEM) which the group claimed abandons the pro-Bumiputera policy.
The government’s decision to retain the Bumiputera agenda in the Tenth Malaysia Plan (10MP) tabled last week, was seen by Perkasa as a sign of the congress’ success.

Suri Rumah Dipukul Konstabel Polis, Mahkamah Tetap Pampasan RM90,000

Surirumah yang kematian suami akibat dipukul seorang konstabel, akhirnya mendapat pampasan sebanyak RM90,000 daripada pihak polis dan kerajaan.
Siti Rohana Mohamed, 27, mendapat pampasan itu selepas lima daripada enam defendan iaitu Ketua Polis Balai Polis Puchong, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua Polis Negeri Selangor, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia bersetuju menyelesaikan kes saman RM2 juta di luar mahkamah terhadap mereka.
Peguam M. Manoharan yang mewakili Siti Rohana berkata kelima-lima defendan bersetuju membayar jumlah itu tanpa mengaku bertanggungjawab dalam insiden yang berlaku pada 26 Mei 2002.
Manoharan juga berkata pengurusan kes itu berhubung defendan pertama iaitu Konstabel Mohd Izwan Sahak, 28, ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Dalam samannya, Siti Rohana berkata suaminya Ramli Othman sedang menunggang motosikal bersama-sama Mohamed Fadelli Maulud ketika dipukul Mohd Izwan secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran pada kira-kira 1 petang, pada hari kejadian.
Beliau mendakwa tindakan Mohd Izwan menghayun kayu dan memukul kepala Ramli sehingga menyebabkan kematiannya adalah satu tindakan bersifat ganas, membuta tuli, berniat jahat, cuai dan dengan penuh niat untuk membunuh.
Siti Rohana juga mendakwa Mohd Izwan gagal memberikan apa-apa pertolongan cemas bagi menyelamatkan suaminya walaupun abang suaminya, Rahmad Othman, menjerit-jerit meminta pertolongan.
Oleh itu, beliau menuntut suatu deklarasi bahawa defendan telah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan serta suatu deklarasi bahawa defendan telah gagal atau enggan atau cuai dalam mematuhi Seksyen 20,21 dan 24 Akta Polis 1967.
Siti Rohana juga menuntut ganti rugi teruk atau teladan, ganti rugi khas berjumlah RM2,020,652.00 dan faedah yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Pada 15 Okt 2008, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Mohd Izwan setelah didapati bersalah menyebabkan kematian Ramli.

Kerajaan Mansuh Biasiswa, Bantut Peluang Pelajar Timba Ilmu

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook hari ini membantah sekeras-kerasnya terhadap keputusan kerajaan tindakan kerajaan memansuhkan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang seperti yang diumumkan oleh perdana menteri.

Keputusan ini hanya akan membantutkan peluang ribuan anak Malaysia terutama bagi pelajar yang tidak berkemampuan yang ingin menimba ilmu di luar negara dan menimba pengalaman di perantauan.

"Ini tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana penggunaan kewangan yang boros dan tidak berhemah memberi kesan kepada generasi muda yang terpaksa menanggung akibat dan implikasinya.
"Kerajaan menyatakan biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tak mampu menanggungnya. Ini satu alasan yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini, menyebut dalam sub topik bahawa kerajaan ingin membantu belia untuk menjadi pemimpin masa hadapan yang dinamik dan berinspirasi.

Sebelum ini juga, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan memberi biasiswa kepada lebih kurang 47,300 orang pelajar bagi mengikuti program IPTA dan IPTS dengan 18 peratus daripada pemegang biasiswa itu melanjutkan pelajaran ke institusi antarabangsa terkemuka di luar negara.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 pula, kerajaan akan terus memperkukuh program biasiswa ini dengan mensasarkan penawaran biasiswa kepada 60 ribu orang pelajar dalam dan luar negara.

Namun, ini diibaratkan indah khabar dari rupa apabila pemansuhan ini dilakukan sedangkan pembinaan bangunan Parlimen baru yang bernilai RM800 juta, dicadang.

"Apabila kerajaan umum cadangan membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta. tidak ada satu pun rakyat yang waras dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber kewangan"

Keputusan ini bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan Najib  dalam RMK-10 yang dibentangkan kurang dari seminggu yang lepas.

Loke Siew Fook menggesa kerajaan segera menubuhkan satu jawatankuasa pemilihan khas parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaaan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA.
Ia termasuk cadangan yang pernah dihantar oleh beliau kepada Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz tahun lepas. 

Namun, sehingga kini tiada tindakan yang diambil.

Kenapa kita perlu menyokong Palestin

Pembunuhan, rampasan, dan penculikan penumpang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang turut disertai oleh sukarelawan Malaysia, menjadi satu peringatan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Israel melakukannya dengan bebas daripada hukuman, mengingkari undang-undang antarabangsa dan menghina pendapat awam dunia.
Kapal-kapal itu cuba untuk menghantar bantuan ke Gaza yang kini terkepung oleh Israel sejak 2006. Kepungan yang bertentangan dengan undang-undang ini telah menafikan penduduk Palestin kemudahan asas bagi keperluan harian mereka yang secara tidak langsung menjadikan mereka hidup dalam kebuluran.
Makanan, ubatan, air, simen, malah pensil dan sabun tidak dibenarkan masuk ke Gaza oleh pihak berkuasa Israel. Pada hakikatnya Israel telah berjaya dalam memusnahkan ekonomi Palestin; menjadikan 80% daripada penduduknya bergantung kepada bantuan makanan dan 90% hidup dalam kemiskinan; lebih separuh daripada isirumah makan hanya sekali sehari; lebih 60% kanak-kanak menghidap anemia dan kekurangan zat makanan; meracuni tanah dan airnya dan menyebabkan beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal sejak serangan tentera pada 2008-2009. Penduduk Palestin terperangkap di Gaza dan beratus orang lagi mati kerana mereka tidak dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang dapat menyelamatkan nyawa.
Kita jangan lupa peranan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) dalam tragedi ini apabila mereka mengenakan sekatan ekonomi yang menyokong kepungan Israel untuk menghukum penduduk Gaza kerana memilih Hamas pada Januari 2006 dalam pilihan raya yang bebas dan adil.
Kepungan yang tidak berperikemanusiaan ini diperkukuhkan lagi apabila AS mendalangi rampasan kuasa yang gagal terhadap kerajaan yang diketuai Hamas di Gaza pada 2007. Dengan kerjasama rapat dari Mesir, Israel berjaya menukarkan Gaza kepada penjara terbuka untuk 1.5 juta penghuninya. Mesir kini menguatkan lagi penjara itu dengan menutup terowong bawah tanah yang digunakan untuk membawa makanan dan kemudahan lain ke Gaza.
Kita perlu jelas bahawa masalah Palestin bukanlah hanya krisis kemanusiaan. Isu utama ialah pendudukan tentera Israel secara haram dan perampasan ke atas penduduk Palestin. Kini hampir empat juta rakyat Palestin hidup di bawah pendudukan yang paling kejam dan lama dalam sejarah moden.    
Di bawah pendudukan ini rakyat Palestin mengalami keganasan, pembunuhan, dan kekejaman di tangan tentera Israel pada setiap hari. Lebih 40 tahun Israel mengepung seluruh penduduk di sebalik halangan dan pusat pemeriksaan; merampas tanah dan air mereka; memusnahkan rumah, perniagaan dan tanaman mereka; memindahkan penduduk; membunuh orang awam dengan sewenang-wenangnya melalui serangan bersenjata untuk membunuh mereka yang disyaki militan; menjalankan penculikan, membunuh, menyiksa dan menghukum secara kolektif.
Pembunuhan dan jenazah golongan muda dan bayi yang terbunuh oleh serangan bom dan peluru senjata Israel menjadi satu pemandangan biasa pada setiap hari. Kanak-kanak dibunuh di pusat pemeriksaan, di jalan raya, dalam perjalanan ke sekolah dan di rumah mereka. Perangkaan ini kurang menarik berbanding pengeboman bunuh diri. Itulah ketidakadilan, penghinaan, penderitaan, dan keganasan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Palestin di tangan tentera Israel.
Malangnya kita tidak dapat membaca kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia ini di dalam media korporat Barat kerana laporan mereka yang berat sebelah.
Israel terus mengembangkan penempatan haram di wilayah yang diduduki yang melanggar undang-undang antarabangsa. Ia telah membina tembok pemisah di dalam tanah Palestin yang jelas melanggar undang-undang dan sesuatu yang tidak bermoral menurut Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Keganasan sistematik terhadap penduduk dan tanah mereka jelas merupakan strategi untuk menafikan rakyat Palestin terhadap tanah mereka dan menghapuskan budaya, geografi, identiti, masyarakat dan sejarah kewujudan mereka.
Pencerobohan Israel selama tiga minggu ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 – 20 Januari 2009 membunuh lebih 1,400 penduduk Palestin, di mana lebih 80% daripadanya merupakan orang awam. Enam ribu empat ratus buah rumah musnah dan kira-kira 75% bangunan musnah sehingga hari ini akibat kepungan yang berterusan. 
Sepanjang pembunuhan ini tiada satu pun kuasa Barat yang mengutuk kekejaman itu. Presiden AS Barack Obama yang baru dilantik tidak dapat melakukan apa-apa kerana ia adalah rencana bekas Presiden Bush.
Kemusnahan ke atas Gaza dicapai dengan penggunaan teknologi ketenteraan AS: F-16, helikopter Apache, fosforus putih, depleted uranium, bom kluster, dan senjata baru seperti dense inert material explosives (DIME) yang menyebabkan kecederaan yang tidak pernah dirawat oleh doktor sebelum ini. Senjata ini disediakan oleh AS yang kebanyakannya sebagai geran ketenteraan. Pada hakikatnya Gaza digunakan sebagai makmal untuk menguji keberkesanan pembunuhan dengan senjata baru ini.
Pada September 2009, Misi Mencari Fakta diketuai oleh Hakim Richard Goldstone mendapati terdapat beberapa bukti menunjukkan pencabulan serius oleh Israel terhadap hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan di Gaza dan Israel telah melakukan satu jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan.
AS mengutuk Laporan Goldstone dan menganggapnya ‘cacat’ dan ‘tidak seimbang’. Sekutu Eropah juga gagal untuk mengesahkannya. Pentadbiran Obama juga telah menyekat sebarang pertimbangan Majlis Keselamatan berhubung laporan itu bagi memastikan Israel dilindungi daripada siasatan terhadap jenayah perang.
Dalam episod terbaru, di mana Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam, sokongan AS yang berterusan kepada Israel yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa sekali lagi dapat dilihat. Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mengemukakan resolusi terhadap Israel malah AS hanya mengeluarkan ‘kenyataan presiden’ yang mengkritik dengan lemah sepertimana yang dianggap oleh Menteri Luar Turki sebagai ‘perompak dan lanun’ dan ‘pembunuhan yang dilakukan oleh sebuah negara’.
Amat jelas sekali sikap dwistandard yang diamalkan oleh kuasa Barat menunjukkan kepada kita bahawa undang-undang antarabangsa tidak tertakluk kepada mereka dan rakan-rakan. Oleh sebab itu, Israel terus menikmati perlindungan AS dan sekutu Eropah dan tidak tertakluk kepada sekatan atau resolusi Majlis Keselamatan.
Tetapi terdapat berita baik untuk kita semua. Warga dunia kini dapat melihat dasar hipokrit dan pengecut kerajaan mereka terhadap Palestin dan kegagalan PBB dalam mendukung undang-undang antarabangsa berhubung Israel.
Tidak lagi sekadar sokongan kemanusiaan, kini pergerakan perpaduan global semakin berkembang untuk memulakan kempen boikot terhadap Israel. Rakyat biasa dan pengguna menggesa supaya tindakan diambil terhadap Israel sepertimana yang dilakukan terhadap rejim apartheid Afrika Selatan dengan ‘boikot, menarik pelaburan dan sekatan’ (BDS).
BDS yang dimulakan oleh pertubuhan awam Palestin pada 2005 untuk mengakhiri sikap Israel yang bebas daripada hukuman dan mendukung hak asasi manusia sejagat kini mendapat sokongan komuniti dunia melibatkan kesatuan sekerja, ahli akademik, pihak gereja, individu dan NGO.
Sudah pun terdapat banyak kejayaan terhadap boikot pengguna seperti penolakan produk makanan di Eropah: Di Britain pihak Sainsbury dan Tesco menerima tekanan untuk mengenal pasti produk ‘petempatan’ yang mana penjualannya melanggar klausa hak asasi manusia dalam perjanjian perdagangan EU dengan Israel.
Kempen terhadap produk kecantikan Ahava buatan petempatan haram Tebing Barat memaksa syarikat itu menggugurkan duta selebriti Kristin Davis bintang dalam Sex in the City. Produk Ahava kini sedang diboikot di Eropah.      
Kempen BDS lain ialah mensasarkan Caterpillar yang mana jentera beratnya digunakan oleh tentera Israel untuk memusnahkan rumah rakyat Palestin.
Di Ireland, bantahan terhadap Veolia (dikenali di UK kerana menjalankan kereta api Connex dan kontrak sanitasi) kepada Dewan Bandar Raya Dublin meminta supaya majlis bandar raya itu tidak memperbaharui atau menandatangani sebarang kontrak dengan syarikat itu. Di Australia, Veolia kehilangan bidaannya untuk loji penyahmasinan bernilai berbilion dolar. Kontrak Veolia untuk mengendalikan sistem metro di Stockholm juga tidak diperbaharui. Veolia adalah syarikat Perancis yang merancang untuk membina sistem keretapi di Baitulmuqadis dan membina secara haram kawasan pembuangan sampah Tovlan di Tebing Barat.
Menarik pelaburan daripada syarikat yang melakukan perniagaan di Israel dan syarikat Israel sudah pun berlaku. Gereja Presbyterian AS mengundi untuk ‘proses memilih menarik balik pelaburan dalam perbadanan multinasional yang menjalankan perniagaan dengan Israel’. Pelajar Berkeley, Universiti California meluluskan usul dalam senat universiti menggesa ditarik pelaburan daripada syarikat yang membekalkan Israel dengan bahan yang digunakan oleh tenteranya.
Norway mengeluarkan syarikat Elbit Systems Ltd., Israel yang membina tembok pemisah di wilayah yang diduduki daripada portfolio dana pencen global negara itu. Elbit Systems membina sistem elektronik bagi pengawasan, perisikan dan komunikasi. Gereja England juga telah memutuskan untuk menarik pelaburan £2.2 juta daripada Caterpillar.
Kempen BDS telah memberikan momentum sejak 22 hari Israel melakukan pembunuhan di Gaza.
Seminggu selepas pembunuhan Israel di Gaza, South African Transport dan Allied Workers Union enggan untuk memunggah muatan daripada kapal Israel di Durban.
The Scottish Trade Union Congress turut mengikut langkah South African Trade Union Federation COSATU dan Irish Congress of Trade Union untuk melaksanakan BDS terhadap Israel. The British Trade Union Congress mewakili lebih 6.5 juta pekerja juga turut melakukan boikot.
Pergerakan BDS turut menggesa artis di mana sahaja tidak ke Israel. Santana telah membatalkan jelajahnya dan U2 juga turut memutuskan untuk ke sana. Kumpulan rock AS Pixies turut membatalkan konsert di Tel Aviv minggu ini akibat desakan daripada hasil kempen di dalam Israel.
Jenayah perang Israel yang didedahkan di Gaza bermakna pemimpin politik dan tentera Israel kini terpaksa memeriksa dengan peguam dan ejen pelancongan mereka sebelum membuat perjalanan ke negara yang mempunyai undang-undang universal jurisdiction. Pada Disember 2009, majistret London mengeluarkan waran tangkap terhadap Tzipi Livni, bekas Menteri Luar Israel kerana jenayah perang di Gaza. Pada September, ‘imuniti diplomatik’ telah menyelamatkan Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel ketika pencerobohan Gaza daripada ditahan oleh Scotland Yard.
Kempen terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah perang di Gaza untuk dibawa ke muka pengadilan merupakan bahagian penting daripada kempen keadilan untuk Palestin.
Kini Malaysia telah menyaksikan dan mengalami sendiri keganasan Israel, apa yang diperlukan ialah menguatkan perpaduan kita dengan rakyat Palestin dan menyokong kempen BDS. Dengan turut menyertai penentangan tanpa keganasan global, kita turut menyuarakan kekejaman kuasa Barat dalam dasar penghapusan etnik Israel di Palestin. BDS hanya satu-satunya harapan untuk memaksa Israel mengakhiri pendudukan mereka.
Sehubungan itu, kami menggesa Menteri Pengangkutan mempertimbangkan dengan serius dasarnya memandangkan terdapat pendedahan yang menyatakan pelabuhan Malaysia turut memberikan perkhidmatan kepada kapal-kapal Israel. Dasar kerajaan Malaysia dan sokongan kepada Palestin mestilah padu dan boleh dipercayai.

SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Pengundi baru: PAS perlu ‘turun padang’

Program ‘Retreat’ PAS Pusat bulan depan dijangka menyiapkan pelan komprehensif untuk menghadapi pilihan raya umum di tengah-tengah peringatan penting yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Kota Bharu minggu lalu supaya PAS bersegera mendapatkan pengundi baru.

Peringatan ini sangat wajar diberi perhatian sungguh-sungguh oleh semua pihak jika mahu melihat PAS/Pakatan Rakyat mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13 nanti. Justru 'Retreat’ PAS Pusat sewajarnya memberi tumpuan khusus mengenai perihal pengundi baru ini

Secara spesifik Datuk Abd Halim menyatakan bahawa PAS Selangor dan Kedah perlu melipatgandakan usaha menarik minimum 50 peratus daripada 1.2 juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi baru di negeri itu jika mahu PR mengekalkan tapak kuasa di kedua-dua negeri tersebut.

Menurut Datuk Abd Halim, PAS perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi baru... kerana kini ada kira-kira 700,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Selangor dan 300,000 orang lagi di Kedah.

"Oleh itu, kita perlu meletakkan sasaran untuk mendaftarkan sekurang-kurang separuh daripada mereka jika mahu menarik pengundi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya,” kata Datuk Abdul Halim kepada para perwakilan muktamar itu.

Sambil menegaskan ia sebagai satu peringatan serius menghadapi pilihan raya umum akan datang, Datuk Abdul Halim memberitahu, sasaran itu perlu dicapai menjelang hujung tahun ini. Beliau mengingatkan PAS Selangor dan Kedah bahawa tiada pilihan, kena capai sasaran ini sebelum hujung tahun ini, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Muktamar Tahunan PAS Ke-56 minggu telah meluluskan pelan 15 strategi menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebahagian daripada usul yang diluluskan parti komponen PR ini.

Ditanya sebab meletakkan sasaran itu di atas bahu PAS saja sedangkan Selangor dan Kedah diterajui bersama oleh PR, Datuk Abdul Halim menjelaskan, usaha menarik pengundi harus digerakkan oleh parti, bukannya kerajaan.

PAS sebagai parti komponen Pakatan, katanya, perlu menggerakkan usaha ini, parti kena ke depan. Sebab itu beliau mengingatkan pesuruhjaya PAS dan ketua kawasan kena tingkatkan usaha mereka, katanya lagi.

Datuk Abdul Halim juga berkata, berbanding PAS rakan mereka DAP lebih ke depan dalam mendaftar pemilih baru di Selangor.

Di Kedah, katanya, usaha mendaftar pengundi baru ada tetapi tidak agresif, jadi saya telah meminta pesuruhjaya PAS kedua-dua negeri agar melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih baru ini.

Dalam ucapan penggulungan muktamar kelmarin, Datuk Abdul Halim melontarkan kejutan dengan menegaskan kedua-dua kerajaan negeri itu berada di ‘ambang keruntuhan’ jika kepimpinan PAS negeri tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Abd Halim mengingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, "kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih. Di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India."

Menurutnya, jika tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS, cuma boleh dapat dua kerusi. Beliau menyebut, Kedah pun kena tambah pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan.

Pelan tindakan 15 strategi PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 menyasarkan strategi mendapatkan sejuta pengundi baru. Muktamar banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 319,000 warga Kedah dan 799,000 lagi di Selangor, yang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mengundi sebagai pemilih. Keseluruhannya seramai 4.44 juta rakyat negara ini belum mendaftar sebagai pemilih.

PAS Selangor pula menegaskan bukan saja negeri itu akan tumbang, malah tiga negeri lain diterajui Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami nasib yang sama jika gagal memikat pengundi baru dalam jumlah yang banyak.

“Memang diakui bahawa setiap negeri PR akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali. Justeru, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini menegaskan, PAS, katanya, telah menyedari akan hal itu dan sudahpun menggerakkan jentera untuk mendapatkan pemilih yang masih belum mendaftar di negeri tersebut.

Hasan mengakui kedudukan PR khususnya di Selangor dan Kedah akan ‘terancam’ sekiranya tidak mempergiatkan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengulas, kenyataan yang dikeluarkan Abdul Halim hanya sebagai peringatan supaya jentera tidak leka akan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan pengundi baru. Beliau menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat untuk memotivasikan jentera supaya melakukan satu lonjakan bagi mendapatkan pengundi-pengundi baru.

Bukanlah menjadi perkara utama sangat untuk menyoal mengapa Datuk Abd Halim Abd Rahman secara spesifik menyebut dua negeri itu – Selangor dan Kedah -  supaya berusaha keras mendapatkan pengundi baru, kalau tidak mungkin kerajaan dua negeri itu akan tumbang. Memang pada asasnya semua negeri mestilah memberikan tumpuan kepada mendaftar pegundi baru.

Mungkin juga ini disebabkan rasa bimbang yang sangat tinggi beliau terhadap dua negeri itu kerana dua negeri itu sedang ‘diserang’ hebat oleh Umno/BN dan mereka berhempas pulas untuk menawannya dalam PRU Ke-13 nanti.

Alangkah wajarnya para amilin PAS di semua peringkat, bersungguh-sungguh mendaftar pengundi baru di tengah-tengah kerancakan mengadakan program ceramah demi ceramah. Mereka yang mendengar ceramah perlulah dipastikan supaya mereka sudah dan akan mendaftar sebagai pengundi baru.

Untuk ini PAS Perhubungan Negeri perlu ‘turun padang’ sekerap yang mungkin ke kawasan untuk moniter kemajuan pendaftaran pengundi baru. Ertinya tidak sekadar menantikan laporan kemajuan dari kawasan setiap kali Perhubungan Negeri bermesyuarat.

Masa dan keadaan begitu menghambat, yang memerlukan sepantas itu pula pendukung PAS berusaha lebih pantas dan tepat untuk mendaftar pengundi baru. Sebenarnya sudah lama arahan dari Pusat ini sampai ke negeri dan kawasan. Namun kemajuannya begitu berlahan, berbanding kegiatan ceramah demi ceramah, demonstrasi demi demonstrasi. Hendaknya, semua ini berjalan serentak, secara sistematis, justru iniah strategi yang sangat diperlukan jika PAS/Pakatan Rakyat mahukan kemenangan.

Najib, PM yang popular?

oleh Zaid Ibrahim
Saya ditanya oleh saorang pemberita apa kah Pakatan tak takut dengan peningkatan sokongan orang ramai terhadap Kerajaan Najib.

Mengikut kajian Merdeka Centre 72% orang ramai berpuas hati dengan perancangan dan tindakan kerajaan BN hari ini. Dr Mahathir juga kagum dengan perkembangan ini lalu mencadangkan supaya pilihanraya umum dipercepatkan.
Saya menjawab bahawa kita bergembiralah PM kita “popular” kerana itu akan membuat kita dalam Pakatan lebih gigih dan bersungguh sungguh untok menawan Kerajaan Pusat nanti.

Lagipun kita tahu mereka dalam keadaan serba salah. Nak panggil pilihanraya awal mereka juga bermasaalah. Nak tunggu kemudian hari nanti lebih terok akibatnya. Kita dalam Pakatan tidak bimbang .

Dialah pemimpin yang bertanggungjawab membazir wang berbillion ringgit membeli kapal selam dan jet pejuang selama 10 tahun dia jadi Menetri Pertahanan . Dan ada pula MOU nak membeli kereta perisai ( armoured vehicles) dengan harga 8 billion ringgit dari Syed Mokhtar . Dan kapal tentera laut “ multi purpose support ships “bernilai melebehi 3 billion juga akan dibeli untok menolong Zahid Hamidi di Bagan Datok. ( Berjaga jaga lah Muhyiddin).

Inilah tindakan pemimpin popular kita dalam ketika gaji peladang dan petani kurang 800 ringgit sabulan dan dalam masa negara kita akan potong subsidi dan sekali gus menaikan harga beras , minyak ikan dan gula.

Dialah juga pemimpin yang menjaga FELDA. Tak cukop jadi DPM masa itu, terus mahukan portfolio FELDA dan Pak Lah mengalah. Beri kan FELDA kapada nya.Mengikut Dr Tan Kee Kwong , saorang bekas Timbalan Menetri, sabelum Najib jaga Felda ;FELDA ada 75 kilang kelapa sawit, harta atau aset bernilai 7 billion ringgit ; dan wang tunai melebehi 3 billion ringgit. Sekarang wang tunai yang FELDA ada hanya lah 200 juta. Bolihkah PM dan Mahathir yang popular itu menerangkan kapada orang ramai apa sudah jadi pada FELDA?

Kita tak mahu pemimpin yang nampak popular; kita mahu pemimpin yang baik , yang tidak takut membuat keputusan demi kesahjeteraan rakyat. Kita mahu pemimpin yang menolak rasuah; yang tidak membeli undi, yang hormat kapada undang undang. Yang betul betul menjaga kepentingan Melayu dan rakyat semua

Kelantan juga yang boleh harap. Ajar mangkok2 ni..

Majlis perasmian Fiesta Kelantan 2010 yang sepatutnya dirasmikan Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Datuk Seri Najib Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke—IV di Kota Bharu, malam ini akan dipulaukan kerana penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berucap.

Pentakiyuddin hassangerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penganjur bersama majlis itu, Red Carpet World Wide Sdn Bhd, telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri.

NONEBeliau berkata mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dijadual merasmikan fiesta itu dan Nik Aziz turut berucap tetapi mengikut keputusan terbaru, Nik Aziz tidak dibenarkan berucap manakala majlis itu tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Bharu hari ini, Takiyuddin berkata, tindakan penganjur itu menyinggung perasaan kerajaan negeri yang diketepikan dalam banyak perkara.

Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Fiesta, juga berkata kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, katanya, semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti pertunjukan 1001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar, dibatalkan.

- Bernama

Anwar Persoal Tindakan Felda Lengahkan Bayaran Dividen, Bonus Dan Pampasan

oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 16 Jun - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kerajaan yang seolah-olah membebankan peneroka Felda apabila melengah-lengahkan proses pembayaran tabung tanaman semula yang berjumlah RM17,000 kepada setiap keluarga.
"Kenapa ianya diserahkan kepada Felda Plantation, tidak diberikan terus kepada peneroka? Bagaimanakah ketelusan prosedur pemulangan wang bagi tanaman semula yang berjumlah RM17,000 untuk setiap peneroka tersebut?
"Kita mengimbau semula sejarah pada tahun 1960 dimana GSA (Akta Penempatan Berkelompok) diwujudkan pada zaman Almarhum Tun Razak.
Janjinya jelas, iaitu rasional pengambil alihan tanah adalah untuk memastikan perjalanan pembangunannya berkesan," kata Anwar dalam respons kepada soalan bertulis dalam Dewan Rakyat hari ini.
Soalan bertulisnya yang dijawab oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berhubung isu samada kerajaan akan mengkaji semula akta GSA bagi membolehkan ianya diambil kembali dan dimanfaatkan bagi penempatan generasi kedua Felda.
Anwar turut mempersoalkan kaedah pembayaran bonus dan dividen berasaskan baki perolehan yang berjumlah RM200 juta. Selain itu beliau turut bertanyakan status bayaran pampasan kepada peneroka yang tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk tujuan tertentu, seperti pembangunan dan lainnya.
Beliau membangkitkan kes di Felda Sungai Buaya yang mana para peneroka di gugusan tersebut dijanjikan untuk menerima sejumlah bayaran, namun masih belum menerima baki pampasan atas tanah yang berjumlah lebih dari RM800,00 dan masih tertunggak sehingga ke hari ini.
"Kerajaan diminta untk mempertimbangkan perkara ini. Pulangan dan hasil haruslah setimpal dengan ikhtiar dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh peneroka.

JHEOA Patut Dimansuhkan Kerana Gagal Bela Ekonomi Orang Asal

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parliman Kuantan, Fuziah Salleh membidas kegagalan peranan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) membela kebajikan dan kesejahteraan golongan Orang Asal di negara ini sehingga menyebabkan kedudukan ekonomi mereka berada dibawah tahap paras kemiskinan.
Dalam soal jawab lisannya pagi tadi, Fuziah bertanya adakah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersedia untuk memansuhkan JHEOA di atas kegagalan melaksanakan fungsinya.
"Kita melihat kedudukan ekonomi Orang Asal berada di bawah paras kemiskinan dan ini yang kita kesalkan kerana JHEOA gagal memainkan peranannya dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka.
"Dari segi pemberian tanah, kerajaan tidak memandang serius soal tersebut, tanah yang diberikan hanya cukup untuk mereka bercucuk tanam sahaja bagi kegunaan sendiri bukannya dengan tujuan menjana ekonomi mereka.
"Tindakan kerajaan mengambil tanah pertanian getah mereka melalui Felda ataupun Risda menyebabkan jumlah pandapatan mereka terus menurun. Atas tindakan pengambilan tanah tersebut yang ditukarkan dengan pemberian saham adalah satu langkah yang tidak bertepatan.
"Konsep saham yang diberikan oleh Orang Asal menyebabkan mereka hanya menerima pendapatan sebanyak RM500 sahaja setahun, kalau sebelum ini mereka yang menguasa sendiri tanaman getah tersebut, mereka menerima sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.
"Melihat kepada perkara tersebut pengambil alihan tanaman tersebut bukan meningkatkan ekonomi Orang Asal malah mengurangkan lagi pendapatan mereka," jelas Fuziah di Dewan Rakyat.
Tambahnya lagi jika kerajaan tidak meletakkan soal ekonomi Orang Asal pada satu tahap yang serius, maka langkah yang perlu diambil oleh kerajaan ialah memansuhkan JHEOA bagi mengembalikan semula kepercayaan Orang Asal.

SEMUA BELUM MUKTAMAD !

LEMBIK MACAM BELUT BILA NAMPAK AMOI CUKONG

BOIKOT JUAL BARANGAN KAWALAN DITARIK BALIK

(The domestic trade, consumerism and co-operatives ministry today agreed to a compromise licensing system for all sundry shops in place of separate permits to sell essential goods, warding off a threatened nationwide boycott by traders.
)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata lesen runcit barangan kawalan itu yang mendapat tentangan hebat itu akan kini digabung dengan lesen lain yang dikeluarkan oleh kementeriannya.

7 Jun lalu, Ismail Sabri berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang mengumumkan mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika kerajaan mewajipkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

KAH KAH KAH…

woit… BETUL TAK RAMALAN TUKAR TIUB…. kah kah kah..

kah kah kah… HANGAT HANGAT KENCING KUCING… kah kah kah..

woit… 7 JUN DULU CAKAP BUKAN MAIN GEMPAQ…. kah kah kah…

kah kah kah... TAK AKAN TOLAK ANSUR.... kah kah kah..

kah kah kah.... POOOOORAH !..... kah kah kah...

kah kah kah…. JUMPA CUKONG…. JADI LEMBIK…. kah kah kah..

woit… INI LAH DIA POWER CUKONG… kah kah kah..

kah kah kah…. BUKAN MACAM POWER KETUANAN MELAYU…. kah kah kah

woit... SEMUA BELUM MAT MUKTAMAD... kah kah kah

ANWAR "KETUA PEMBOHONG"- YB ZAHRAIN KATAKI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, patut digelar "Ketua Pembohong" kerana sentiasa membuat pembohongan tanpa rasa malu demi mencapai hasratnya untuk berkuasa, kata Zahrain Mohamed di Dewan Rakyat hari ini.

"Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan tanpa sebarang rasa malu demi mencapai matlamat merampas Putrajaya. Bak kata seorang rakan beliau, itulah kelebihan Permatang Pauh, dia langsung tiada maruah dan harga diri," katanya ketika membahaskan usul RMK-10).

"Sekarang beliau membawa dongeng baru kononnya kami menerima sogokan RM2 juta. Saya tahu beliau membuat pembohongan itu kerana terdesak kerana beberapa cabang PKR bercadang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau semasa kongres PKR di Kota Baharu baru-baru ini," katanya.

Zahrain juga menasihatkan Kerajaan Persekutuan supaya tidak mengikut kerajaan Selangor yang membuat janji setinggi langit.
"Kalau air laut dijadikan tinta nescaya tidak cukup untuk menulis janji-janji mereka," katanya.

oleh: perakkume

Majoriti rakyat mahukan pilihan raya kerajaan tempatan


KUALA LUMPUR, 16 Jun – Majoriti rakyat negara ini memihak usaha mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, pendekatan yang hendak diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.
Kerajaan persekutuan menolak idea berkenaan manakala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula berkata pihaknya tiada kuasa untuk mengendalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
Kajian kendalian Merdeka Center bulan lalu mendapati 71 peratus penduduk di Semenanjung menyokong jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.
Bagaimanapun hanya 45 peratus memahami maksud pilihan raya kerajaan tempatan.
Hasil kajian yang dikeluarkan di sini hari ini menunjukkan paras pengetahuan itu membabitkan responden yang berusia 61 tahun dan ke atas, mengambil kira usia rakyat selepas kali terakhir pilihan raya kerajaan tempatan diadakan adalah pada 1964.
Paras pengetahuan itu menurun sehingga 37 peratus di kalangan responden generasi muda.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Centre Ibrahim Suffian berkata, 54 peratus pengundi tidak faham perbezaan skop tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.
“Kedudukan itu berbeza mengikut tahap pendidikan pengundi,” kata beliau lagi.
Kajian ini juga mendapatkan pendapat responden mengenai tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri berkaitan tujuh perkhidmatan awam seperti menyediakan jalan di kawasan penempatan, bekalan air, pengangkutan awam, laluan-laluan sambungan, kesihatan awam, pembinaan sekolah dan keselamatan awam.
Umumnya, responden mempunyai pemahaman bercampur aduk mengenai tanggungjawab kerajaan persekutuan dan awam mengenai perkhidmatan-perkhidmatan awam ini.
“Bagaimanapun majoriti responden, dalam lingkungan 66 peratus merasakan bahawa terlalu banyak kuasa terletak di tangan kerajaan persekutuan,” katanya.
Mengenai peranan wakil rakyat yang dipilih, Ibrahim memberitahu 29 peratus responden mendapati tanggungjawab utama Ahli Parlimen adalah “menyelesaikan isu-isu tempatan dalam kawasan masing-masing seperti masalah perparitan.”
Bagaimanapun paras pandangan itu meningkat kepada 38 peratus membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Kajian itu dikendalikan membabitkan seramai 1,028 responden, yang terdiri daripada 21 tahun dan ke atas antara 6 dan 16 Mei lalu.
Pada 24 Mac lalu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada “undang-undang yang membolehkan” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengembalikan undian ketiga menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.
Ia sekali gus menolak permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.
Beliau menjelaskan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Seksyen itu mengatakan bahawa “kesemua peruntukan dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan ataupun tidak lagi berkuat kuasa.”
“Akta 473 (Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1960) memberikan kuasa kepada SPR untuk mengendalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
“Bagaimanapun SPR tiada kuasa untuk menguatkuaskan Akta 473 kerana Seksyen 15 (1) Akta 171 yang mengatakan tentang kesemua peruntukan itu telah dimansuhkan,” katanya.
Menurut Seksyen 15(1) dan 10 dalam Akta 171 adalah jelas SPR tiada kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan sebab ahli majlis mesti ditentukan menerusi proses pelantikan.
Bagaimanapun kata Abdul Aziz, sementara kerajaan tempatan terletak di bawah kerajaan tempatan, apa-apa perubahan dasar mesti ditentukan oleh Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan.
Kedua-dua negeri itu meminta agar SPR mengadakan perbincangan dengan mereka sebelum membuat keputusan terakhir.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menulis surat kepada Pengerusi SPR pada 8 Mac lalu dengan memberi kuasa kepada mereka untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Kerajaan Selangor meminta SPR mengkaji peraturan dan memberi pandangan mengenai tindakan mengadakan pilihan raya PBT di negeri itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata pilihan raya PBT yang sudah dimansuhkan sejak sekian lama itu tidak perlu diwujudkan semula.
Katanya proses pemilihan ahli majlis PBT tidak semestinya menjamin mutu perkhidmatan PBT yang lebih berkesan.

Tiada cadangan beri tanah kepada generasi baru peneroka Felda

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang.
“Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan.
“Jika kerajaan memberikannya kepada generasi baru di 317 kawasan rancangan, bagaimana pula rakyat di 15,000 buah kampung di seluruh negara yang juga inginkan tanah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Anwar ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengkaji semula Akta Penempatan Berkelompok 1960 bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan dimanfaatkan bagi penempatan generasi kedua Felda.
Ahmad berkata kerajaan bercadang untuk membuka lagi tanah rancangan Felda dengan model baru hanya untuk rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, jika ada kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah.
Beliau berkata kerajaan juga belum bercadang untuk mengkaji Akta Penempatan Berkelompok 1960 kerana pelaksanaan akta ini telah berjaya mewujudkan 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan penglibatan 225,270 orang suami dan isteri yang merupakan peneroka dan penerokawati.
“Selain itu, menerusi akta ini, penempatan berkelompok dan terancang dengan penanaman getah dan sawit telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada belenggu kemiskinan serta diiktiraf sebagai usaha pembangunan tanah seumpamanya yang paling berjaya dalam dunia,” katanya.
Beliau berkata pengurusan tanah secara berkelompok dapat menyediakan prasarana penyaluran bantuan khidmat nasihat dan pemantauan secara lebih teratur dan cekap. – Bernama

Kerajaan akui aliran tunai Felda menjunam

Kerajaan menolak dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Rancangan (Felda) walaupun mengakui sumber kewangan agensi berkenaan merudum dengan mendadak.

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sekalipun ia jatuh, nilai aset Felda pada hakikatnya cukup membanggakan.

Beliau mengulas soalan tambahan daripada Hamim Samuri (BN-Ledang) yang menyoal timbalan menteri tersebut berhubung status kewangan Felda dan perincian bagaimana wang itu dibelanjakan bagi tujuan pembangunan masyarakat.

"Kerajaan tidak menggelapkan wang tersebut, (tetapi) ia disumbangkan untuk kebajikan masyarakat," kata Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian, menjawab soalan dari kerajaan dan wakil pembangkang.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno menjelaskan status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009.

Beliau berkata perbezaan tersebut berlaku kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan -- RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda.

Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, menokok sebanyak RM6.2 bilion.

Timbalan Menteri Salahkan Peguam Felda

Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR 16 Jun - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap kenyataan Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri,Datuk Ahmad Maslan berhubung pampasan RM7.8 juta yang terpaksa dibayar Felda kepada peneroka sebagai penghinaan terhadap peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham yang mewakil agensi itu.
Azan juga berkata kenyataan Ahmad itu menunjukkan Felda sebuah agensi kerajaan yang tidak mempunyai sikap profesional.
Semasa menjawab soalan lisan di dalam Dewan Rakyat hari ini Ahmad menyalahkan kegagalan kehadiran dua peguam tersebut semasa prosiding mahkamah menyebabkan Felda terpaksa membayar pampasan berjumlah RM7.8 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan pada 13 Januari tahun lalu.
Beliau menjelaskan ketidak hadiran peguam sebanyak dua kali iaitu semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan juga semasa proses rayuan di Putrajaya menyebabkan mahkamah memutuskan pembayaran tersebut perlu dilunaskan oleh Felda.
Dalam pada masa yang sama beliau menjelaskan kekalahan Felda bukan membuktikan berlaku penipuan terhadap peneroka tetapi kegagalan peguam yang mewakili Felda dalam perbicaraan tersebut.
"Kita melihat kenyataan Ahmad Maslan adalah satu sifat yang menghina kepada peguam yang mewakili Felda, jangan kerana kekalahan Felda maka kesalahan itu berada pada bahu orang lain bukannya hendak mengakui kesilapan Felda yang telah lama menindas peneroka.
"Felda ini adalah antara syarikat-syarikat korporat Kerajaan (GLC) yang paling banyak menyumbang pembangunan dan dana kepada kerajaan. Melalui kenyataan yang diberikan oleh menteri terbabit, seolah-olah mengambarkan Felda ini berada pada satu tahap yang amat rendah sekali.
"Tidak mungkin Felda hanya mempunyai seorang peguam sahaja dalam membuat urus tadbir perundangan dalam pentadbiran mereka, Ahmad Maslan sepatutnya menilai dulu apa yang ingin diperkatakan bukan hanya meletak kesalahan kepada pihak tertentu kerana tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.
"Rakyat boleh terima kalau Felda membayar pampasan atas alasan membela nasib peneroka, tetapi meletakkan kesalahan kepada seorang peguam tanpa menilai prestasi dan apa yang Felda telah lakukan kepada peneroka adalah satu yang tidak boleh diterima. Saya melihat Ahmad Maslan sengaja meletakkan kesalahan dalam pentadbiran Felda terutama dalam perundangan," jelas Azan.
Azan turut meminta agar Felda mengambil pendekatan segera atas kekalahan tersebut dengan membuat perbincangan bersama peneroka dalam mencari jalan penyelesaian.
"Felda sepatut mencari jalan dengan membuat perbincangan bersama peneroka Felda, jangan hanya menanti kes tersebut dibawa ke mahkamah.
"Jika kekalahan mengalami Felda, maka perkara yang sama juga berlaku dan imej Felda akan bertambah buruk. Saya pasti alasan yang sama juga akan diberikan oleh menteri terbabit dengan meletak kesalahan kepada orang lain bukan kepada kesilapan Felda itu sendiri," katanya lagi.

Kerajaan Mongolia Jelaskan Bon Keselamatan Bagi Pihak Keluarga Altantuya 30 Jun

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 16 Jun - Karpal Singh, peguam bagi pihak keluarga mangsa pembunuhan kejam bangsa Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berkata kerajaan Mongolia akan membantu keluarga mendiang menjelaskan deposit bon keselamatan yang berjumlah RM60,000 sebagai jaminan bagi mahkamah meneruskan kes tuntutan saman ganti rugi.
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kes saman tuntutan ganti rugi keluarga Altantuya tersebut akan mengambil masa kerana dakwaan kes jenayah berkenaan pembunuhan tersebut masih dijalankan.
Kini status kes tersebut berada di peringkat Mahkamah Rayuan dan akan disambung ke Mahkamah Persekutuan.
"Mereka akan jelaskan bayaran tersebut sebelum 30 Jun ini, jadi cadangan untuk mendapatkan derma bagi pihak bapa Altantuya, Shaariibuu Setev telah diselesaikan," kata Karpal kepada suara Keadilan.
Karpal pernah bercadang sebelum ini bahawa beliau akan meminta jasa baik semua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu menjelaskan bayaran jaminan kos itu bagi pihak keluarga Altantuya.
Pada 4 Jun 2007, bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, ibunya Altantsetseg Sanjaa, dan dua anak lelaki mangsa, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak Baginda dan dua tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dengan menuntut ganti rugi RM100 juta bagi kematian wanita itu.
Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 oleh Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) dan cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.
Berikutan itu, Abdul Razak dan kerajaan Malaysia sebagai defendan memfailkan permohonan agar keluarga Altantuya menyediakan jaminan kos kepada mereka sebanyak RM1 juta atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah.
Selepas rayuan dibuat, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Mac 2010 mengarahkan keluarga Altantuya Shaariibuu membayar bon keselamatan berjumlah RM60,000 kepada kerajaan Malaysia dan Abdul Razak yang dianggap penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Plaintif dikehendaki mendeposit bayaran tersebut kepada mahkamah sebagai jaminan untuk meneruskan prosiding saman mereka.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof semasa membuat keputusan itu di dalam kamarnya memberi tempoh tiga bulan untuk membayar wang tersebut, iaitu RM30,000 kepada setiap defendan (kerajaan Malaysia dan Abdul Razak).
Shaariibuu Setev juga dimaklumkan bahawa beliau telah cuba mendapatkan bantuan daripada ahli parlimen Mongolia kerana dia tidak berkemampuan dan jumlah bayaran agak besar, maka beliau cuba untuk mendapatkan bantuan dari ahli parlimen Malaysia.
Karpal yang mewakili keluarga Altantuya, menjelaskan bahawa beliau tidak akan membebankan keluarga Altantuya untuk membayar jaminan kos itu kerana ayah Altantuya, Shaariibuu Setev yang berpendapatan AS$200 (RM620) sebulan, perlu menyara keluarganya termasuk dua anak Altantuya.

UNDI UMNO = SOKONG YAHUDI DAN JUDI

Oleh: Nash Ar-Rawy

Yahudi zionis sememangnya mahu melihat umat Islam rosak dengan judi; sekaligus menjadikannya sumber haram negara yang tiada mendapat barakah . Apalagi, untuk menjadi sebuah negara yang “ Baidatun toiyibatun warabbun ghafur” ( Negara yang makmur, aman damai dan mendapat keampunan Allah)

Di sinilah peranan APCO selaku konsultansi negara ke arah kehancuran ummah, institusi keluarga dan negara. Ternyata Umno tiada agama kerana tergamak untuk merosakkan sistem sosial demi untuk mengaut rasuah politik sebanyak RM525juta; mengaut keuntungan secara haram kepada Negara; demi kelangsungan jelmaan DEB iaitu, MEB untuk mengkayakan lagi kroni seperti Vincent Tan .(taukeh judi).

Ternyata UBN bukanlah parti pemerintah yang bersih dan tiada daya usaha langsung ke arah pembersihan negara daripada elemen-elemen subahah dan dosa kerna bukan kali ini UMNO menerima Yahudi Zionist selaku penasihat Negara. Bahkan, di era Tun Mahadir lagi Umno sudah ‘engaged’ syarikat yahudi Zionis . Iaitu, Sathy and Sathy selaku propagandis kerajaan UBN dan pilihanraya . Tiada hairanlah mantan PM itu selepas menghadiri sidang PERKASA menjadi PERKASA JUDI dan menyokong judi bola dunia; sekaligus Umno memperkasamkan PERKASA.

Tuduhan mantan PM itu bahawa kerajaan PAS Kelantan cuma haramkan judi bola dunia semata-mata dan tidak judi empat ekor . Ternyata lidah putar alam beliau seperti dahulu kerna kerajaan Kelantan mengharamkan semua jenis judi termasuk empat ekor.

Inilah ajaran sesat Umno yang mendayusi para mufti menjadi setan bisu untuk menegurnya . Menteri agama Umno diam seribu bahasa.Umno ternyata tiada menjunjung perintah agama . Justeru itu, ulamak Umno seperti ‘ulamak’ yahudi bersubahah dengan kefasadan dan selama ini di’biro’kan sahaja di dalam Umno. Beristirehat dengan sogokan duniawi diperketiakkan Presiden mereka. Inilah Umno yang menipu penyokong Melayunya secara terang-terangan meninggalkan perintah agama yang bersubahah secara buta tuli kerna kepentingan projek dalam Umno . Itu pun, habuan buat kroni suku-sakat Umno-elitputra sahaja. Kalangan yang miskin dapatlah beras dua tiga kampit habuan bersubahah sokong merebahkan agama.. Lantaran, syirik bertuhankan benda dan manusia. Sekaligus, mengkhianati dan memperkosai kesucian agama Islam yang suci murni.

Umno menyesatkan orang Melayu terumbang ambing tanpa hala- tuju keimanan sekaligus menjadikan umat Melayu lemah tanpa agama. Agamalah yang menguatkan sesuatu bangsa bukannya bangsa yang menguatkan bangsa seperti yang terjadi kepada bangsa Arab yang meninggalkan Islam menjadi ‘subordinate’ Amerika. Tetapi, Amerika dan yahudi zionis gerun kepada Hamas Palestina( Gerakan Islam ) , Iran dan Turki yang berbangsa Parsi dan Turki bukan berbangsa Arab ; kerna dasar dan aqidatul Islamiyyah yang dijiwai dan diperjuangkannya; bukannya nasionalisma atau kebangsaan.

Kesesatan dan keterlanjuran Umno ini sudah tiada bisa ditransformasi lagi ; apalagi untuk direformasi kepada Islam kerna Umno tiada seperti PAS yang mempunyai Dewan Ulamaknya sendiri yang tiada bisa duduk ‘selesa’ ( ‘comfort –zone’) di bawah ketiak Presiden menjadi ‘Yesman”. Bahkan, PAS sebagai satu-satunya Gerakan Islam yang syummul meletakkan Presidennya di bawah pemantauan dan kuasa Majlis Tertinggi PAS . Iaitu, Majlis Syura Ulamak yang menjadikan Kitabullah, Assunnah , Kias dan Ijmak Ulamak sebagai tatacara prinsip perjuangan dan rujukan tertingginya.

Justreru itu , alhamdulillah Gerakan Islam PAS tiada seperti Umno yang terhanyut dengan aqidah sekularnya kerna PAS dipimpin dan dibimbing oleh kepemimpinan para ulamak yang tersohor , berintegriti , berilmu dan beramal dengan ilmu selaku ulamak yang hiraki mempertahankan sistem Islam dan keadilan Islam untuk semua.

Bahkan Majlis Syura Ulamak meluluskan Dewan Himpunan Penyokong PAS , dulunya dikenali dengan nama Kelab Himpunan Penyokong PAS yang terdiri daripada bukan Islam yang menyokong keadilan sistem Islam untuk semua melewati batas ras, ethnic dan agama. Bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia yang senantiasa kontemporari sehingga hari kiamat. Sistem Islam lebih kondusif berbanding sistem sekular ciptaan manusia. Sistem Islam langsung daripada Tuhan yang Maha Bijaksana.

Apakah bisa kaum India, Cina, Siam, Kadazan , Iban dan Murut, umpamanya menjadi anggota sayap Pemuda atau wanita Umno ! Pastilah Umno selaku parti perkauman Melayu ( kaumiyyah) akan porak peranda. Sekarang pun sudah jadinya huru hara dengan komponen parti yang bernansakan kaum yang lain dalam BN seperti MCA dan MIC. Apabila setiausaha PM dengan terbuka menyelar kaum Cina sebagai pelacur dan kaum India sebagai pengemis! Namun , Akta Hasutan tiada dikenakan ke atasnya!

Ternyata Umno dengan dasar assobiyyahnya tiada bisa menyatukan komposisi kaum yang plural di negara ini kerna masing-masing adalah parti perkauman. UBN bermain dengan sentimen perkauman di dalam pilihanraya demi untuk meraih undi kaum masing-masing.

Yang terang dan jelas , perkara sekotor dan sejijik ini tiada berlaku dalam PAS yang sudah pun mempunyai sekitar 20,000 anggota DHPP dan juga pada DAP dan Keadilan yang bernaunsakan prinsip universal dan keadilan sejagat sebagaimana PAS : “Islam rahmatan lil’alamiin” ( ‘Islam Just For All’)

Jika dulu PAS di tuduh tiada layak memerintah kerna Malaysia masyarkat majmuk. Tetapi sekarang PAS sudah ada masyarakat majmuk dalam Dewannya. Bahkan sanggup berjuang untuk menegakkan keadilan Islam untuk semua .

Jika Umno Johor kecuali Muftinya , sudah berani menentang Presiden Judi mereka . Nah ! mari Johor bersama-sama dengan negeri-negeri perintah Pakatan Rakyat; Iaitu, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah mengharamkan judi bola. Dengan tiada membenarkan PBT mengeluarkan lesen premis judi . Bahkan negeri –negeri Pakatan tiada akan memperbaharui lesen premis judi yang baru . Kementerian Kewangan dengan sombong dan bongkak berdegil untuk hapus lesen judi sekali pun , masyarkat Cina sendiri daripada kalangan MCA dan DAP menentang judi kerna itu bukan budaya kaum Cina.Tetapi budaya penjudi ! Judi juga menggamit jenayah , Along dan budaya maksiat seperti merogol, zina , bayi longkang, pemabuk dan membunuh kerna darah termakan wang haram .

Umno , eloklah dibubarkan dan masuk Pakatan Rakyat jika Presiden judi mereka bertegak dengan kefasadan judi dan keluarlah daripada Umno beramai-ramai kerna Umno sudah tiada bisa lagi menyelamatkan , Negara , ummah dan agama . Bahkan , Umno menanamkan ajaran sesat lagi menyesatkan . Justeru, merosakkan agama bangsa dan tanah air. Untuk itu orang Melayu hendaklah menyertai Pakatan ; tawan Putrajaya dan Selamatkan Malaysia daripada SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .Apalah ertinya menyokong Palestina –Gaza, sedangkan di waktu yang sama . Si hipokrit yang sama juga yang menyokong APCO ( Zionis Yahudi ) dan Judi !!!

Gula: Kerajaan perlu tambah AP, selesai mogok peniaga

PAS mahu kerajaan menambahkan permit import (AP) bagi gula dan segera menyelesaikan mogok yang yang dilakukan oleh Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia yang bermula hari ini.
Tindakan 20 ribu ahli persatuan ini mungkin tidak akan menjejaskan rakyat yang tinggal di bandar besar kerana mempunyai pasaraya besar yang mudah dikawal oleh kerajaan, tetapi secara tidak langsung ia akan memberikan masalah kepada rakyat di luar bandar.
PAS melihat bahawa tindakan kerajaan memperkenalkan lesen penjualan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung merumitkan lagi masalah kekurangan barang-barang ini di pasaran. Walaupun pada masa ini lesen ini diberikan secara percuma, tetapi sambutannya amat sedikit. Hanya 1,500 peruncit sahaja yang mengisi borang berbanding dari 70 ribu yang ada.
Keengganan para peruncit memberikan kerjasama amat mengecewakan rakyat. PAS yakin dari lebih 70 ribu peruncit di seluruh negara, majoriti mereka tidak bersetuju dengan kempen boikot ini. Walaubagaimana pun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlulah turun padang dan meningkatkan penguatkuasaan mereka.
Dengan mengharap mereka mengambil, mengisi dan menghantar borang permohonan sahaja, itu tidak mencukupi kerana para peruncit yang tidak jujur masih boleh membuat penipuan dan memalsukan maklumat perniagaan mereka.
Oleh itu,  KPDNKK yang selama ini sering merungut berhubung masalah kelemahan penguatkuasaan mereka tidak boleh lepas tangan dan mengalihkan isu kelemahan ini dengan sekadar meminta para peruncit mengisi borang sahaja.
KPDNKK harus menyusun strategi untuk membuat pemeriksaan disemua premis peruncitan bagi memastikan maklumat yang diberikan betul, dan mana-mana peruncit yang belum mengisi borang boleh diminta mengisi borang serta merta semasa pemeriksaan dibuat.
Kepada pihak Persatuan Peruncit, PAS berharap agar mereka memandang kepentingan peniagaan mereka dan rakyat sebelum meneruskan lagi mogok ini kerana mereka juga perlu jujur pada diri sendiri. Tidak menjadi masalah jika mereka menyatakan dengan jujur dan PAS berharap agar pihak KPDNKK membuka ruang perbincangan dengan mereka bagi selesaikan masalah ini secara baik.
PAS juga berharap agar kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dapat menambahkan lagi jumlah AP bagi pengimportan gula mentah, khususnya bagi membantu industri makanan di negara ini berkembang. Pada masa ini AP pengimportan gula mentah hanya dikuasai oleh 4 syarikat sahaja dan ini tidak mencukupi bagi memenuhi permintaan gula di pasaran negara.
Alasan kerajaan bahawa peruncit perlu mengambil lesen barang kawalan kerana terdapat kalangan mereka yang menjual gula kepada pekilang adalah satu persepsi yang wujud ekoran kurangnya gula untuk industri. Pekilang sanggup tawarkan harga yang tinggi pada peruncit kerana kuota untuk jualan borong kepada mereka terlalu sedikit dan menghalang aktiviti pengeluaran mereka.
Oleh itu, kerajaan perlu memikirkan aspek ini bagi memastikan perebutan gula untuk jualan kepada industri dan pengguna biasa tidak berlaku. PAS yakin, jika AP gula ditambah, masalah ini dapat dikurangkan dan harga gula dalam pasaran akan bersaing untuk turun, bukannya naik.
Masalah penyeludupan dan menyembunyikan gula juga menjadi isu, dan ini juga berbalik kepada soal kelemahan penguatkuasaan. Banyak isu dalam negara timbul kerana kelemahan penguatkuasaan.
Oleh itu, PAS mahu seluruh agensi kerajaan menilai semula tahap kekuatan penguatkuasaan dan jumlah undang-undang yang diwujudkan. PAS, yakin bahawa kemampuan penguatkuasaan sangat terhad tetapi boleh dimaksimakan jika diurus dengan betul.
PAS berharap agar kerajaan tidak melihat masalah kekurangan gula dan barang kawalan lain ini berpunca dari sikap peruncit dan pemborong sahaja, tetapi harus dilihat secara menyeluruh termasuklah dari aspek pemberian AP dan penguatkuasaan kerajaan sendiri.

Karnival Kelantan: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

KOTA BHARU, 16 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlangsung pada malam ini.
Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang telah bersetuju untuk berangkat bagi merasmikan fiesta berkenaan sebagaimana yang dipersetujui banginda menerusi surat bertulis 14 Jun lalu juga tidak akan hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Pengerusi Karnival Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri telah diketepikan dan tidak dihormati dalam membuat keputusan.
“Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam program Fiesta Kelantan yang akan berlansung bermula 16 hingga 19 Jun ini.
“Pihak Red Carpet tidak menghormati persetujuan dan persefahaman yang diberikan oleh kerajaan negeri, antaranya kenyataan rasmi Red Carpet Worldwide, di dalam akhbar mengatakan yang merasmikan program ini adalah Perdana Menteri,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini tengah hari tadi.
Red Carpet Worldwide, melalui siaran-siaran di seluruh bandar, mengatakan mereka adalah penganjur dengan kerjasama sahaja daripada kerajaan negeri.
“Ini satu gambaran jelas perlanggaran persefahaman oleh Red Carpet Worldwide,” ujarnya.
Takiyuddin menambah, beliau turut dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad, bahawa Menteri Besar Kelantan, tidak dibenarkan untuk berucap dalam majlis berkenaan walaupun juga telah dipersetujui sebelumnya.
Pada 5 Mei lalu, Exco telah bersetuju untuk menganjurkan program itu secara bersama antara kerajaan negeri dengan Red Carpet Worldwide dengan beberapa syarat.
Katanya, sebelum ini program berkenaan dirancang antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan Red Carpect yang bertindak sebagai  event management.
“Antara syarat yang dipersetujui bersama antaranya majlis perasmian itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan, Muhammad Faris Petra.
“Yang keduanya, antara yang bakal berucap pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” ujarnya.
Katanya lagi, Pengerusi Jawatankuasa Induk juga telah melantik empat orang anggota Exco kerajaan negeri bagi mengurus program tersebut.
Jelasnya, antaranya  Haji Abdul Fatah Mahmud, Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan beliau sendiri mengikut portfolio masing-masing.
Katanya lagi, keempat-empat Exco berkenaan juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk  telah diberi tanggungjawab untuk mengangkat surat kepada Pemangku Raja untuk menjemput  bagi merasmikan majlis berkenaan pada 16 Jun, iaitu malam ini.
“Alhamdulillah dua hari lepas, iaitu 14 Jun lalu saya telah menerima surat dari istana memaklumkan  Pemangku Raja telah menyatakan persetujuan baginda untuk berangkat malam ini di stadium.
“Namun beberapa hari ini, kerajaan negeri mendapat maklum dan telah ditunjukkan bukti yang jelas pihak Red Carpet Wordwide tidak mematuhi persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai bersama,” ujarnya lagi.
Katanya, jika Menteri Besar tidak berucap, kemungkinan pihak Red Carpet  akan berucap bersama Perdana Menteri.
Sehubungan itu, kerajaan negeri mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai program berkenaan di mana semua pemimpin kerajaan negeri, para pegawainya juga tidak akan hadir malam ini.
Jelas Takiyuddin lagi, acara-acara yang bakal dipersembahkan malam ini  melalui TIC seperti persembahan 1,000 pesilat, persembahan gendang besar, kejohanan bola sepak street soccer dan program di bawah majlis kerja raya juga ditarik balik.

Skandal Sime Darby: Terburainya mitos "Besar itu Indah"

Pada ketika Perdana Menteri Najib Razak bersungguh-sungguh mempromosikan idea "besar itu indah" (big is beautiful), menarik pelaburan asing melalui syarikat-syarikat tersenarai yang besar, terbongkar pula berita bahawa Sime Darby Berhad sebagai salah satu perusahaan multinasional yang terkemuka di Malaysia telah mengalami kerugian besar.
Jika ditinjau sejarah Malaysia, peristiwa Sime Darby ini bukanlah kes yang pertama.  Renong Berhad yang ditimpa krisis semasa kemelut ekonomi Asia tahun 1997-98 merupakan satu pengajaran yang baik.  Sime Darby hari ini seolah-olah Renong Berhad pada ketika itu - kedua-duanya memiliki struktur gergasi, model operasi dan pengurusan yang kurang telus, pentadbiran yang lemah, kerenah birokrasi yang menjadi budaya, dan salah laku (moral hazard) yang berlaku lantaran daripada perlindungan yang terlampau daripada kerajaan.
Jika pelabur-pelabur asing meneliti contoh-contoh kegagalan usahasama antara kerajaan dengan sektor swasta, yang kononnya "besar itu indah" -- dari Renong Berhad ke Perusahaan Otomobil Nasional, jaringan pembekalan tenaga dalam negara hinggalah Sime Darby, adakah mereka akan tetap menaruh harapan terhadap usahasama sebegini?
Syarikat perladangan terbesar
Pada 27 November 2006, Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad dan Kumpulan Guthrie Berhad mengumumkan satu rancangan penggabungan ketiga-tiga syarikat, untuk membentuk sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia yang tersenarai dalam bursa saham.
Rancangan penggabungan ini merangkumi ketiga-tiga syarikat tersebut dan anak syarikat di bawahnya.  Sejumlah lapan buah syarikat tersenarai yang terbabit, iaitu Sime Darby Berhad, Golden Hope Plantations Berhad, Kumpulan Guthrie Berhad, Sime Engineering Services Berhad, Sime UEP Properties Berhad, Guthrie Ropel Berhad, Mentakab Rubber Company (Malaya) Berhad dan Highlands & Lowlands Berhad.
Akhirnya, satu perusahaan bersifat multi-bisnes yang mengutamakan sektor perladangan, Synergy Drive telah ditubuhkan, iaitu Sime Darby Berhad sekarang.
Nazir Razak (gambar kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Investment Bank (adik Perdana Menteri Najib Razak) yang bertanggungjawab dalam penggabunggan ini berkata, "Kami nampak manfaat pembentukan sebuah syarikat perintis perladangan kelapa sawit global.  Syarikat ini berpotensi mengaut keuntungan tahunan yang berjumlah RM26 bilion, menggaji 107 ribu pekerja dan memilik tanah penanaman di Malaysia dan Indonesia sebesar 600,000 hektar.  Dijangka bahawa 9 juta tan buah-buahan dan 2.5 juta tan minyak kelapa sawit dapat dihasilkan, di mana pengeluaran kelapa sawit ini merupakan 5% - 6% daripada jumlah penghasilan minyak kelapa sawit dunia."
Nazir Razak turut menyebut, lapan buah syarikat tersenarai ini akan bergabung menjadi sebuah syarikat, dan syarikat induk ini akan menguasai lima sektor utama (perladangan, otomobil, industri berat, hartanah, dan tenaga serta utiliti).  Penggabungan ini dapat membawa manfaat dari segi kerjasama antara nilai keuntungan dan kos modal, termasuk peningkatan tahap kecekapan, penggunaan sumber manusia yang efisien, kemantapan pengendalian kapital, pengurangan modal kewangan, penjualan aset bukan teras dan sebagainya.
Selepas penggabungan, Sime Darby berubah menjadi satu badan korporat multinasional yang menceburi pelbagai sektor, yang mana perusahaannya merentasi 20 buah negara.  Lima perusahaan utama badan korporat ini termasuk perladangan, harta tanah dan perumahan, industri berat, otomobil, serta tenaga dan utiliti.  Ia juga terlibat dalam bidang perubatan (Sime Darby Medical Centre Subang Jaya), insuran (Sime Alexander Forbes), barangan kegunaan harian (Dunlopillo) dan sebagainya.  Pada masa yang sama, badan korporat ini turut menguasai 30% hak beli saham pasaraya Tesco Malaysia.
Selepas penggabungan, Sime Darby sememangnya menunjukkan prestasi yang unggul.  Pendapatannya meningkat 20.6%, dari RM28.2302 bilion pada tahun kewangan 2007 ke RM34.0447 bilion pada tahun 2008.  Keuntungan bersihnya turut meningkat 47.2%, dari RM2.3857 bilion ke RM3.5121 bilion.  Biarpun menghadapi krisis ekonomi global, badan korporat ini masih mencapai prestasi keuntungan bersih RM2.2861 bilion pada tahun kewangan 2009.
Selain itu, Sime Darby juga menduduki tempat ke-500 dalam ranking Global 500, disenaraikan oleh Financial Times tahun 2010 dengan nilai pasaran US$16.0462 bilion (sehingga 31 Mac).  Aset keseluruhannya bernilai US$9.9185 bilion ini jelas menunjukkan manfaat usahasama syarikat konglomerat tersebut selepas penggabungan.
Jadual: Prestasi Sime Darby(tahun kewangan 2007-2010) 

Tahun kewangan
 Pendapatan
(RM juta)
 Keuntungan sebelum cukai(RM juta)
Keuntungan bersih
(RM juta)
2010 (tiga suku pertama)
23739.8
1716.4
804.2
2009
31013.9
3071.6
2286.1
2008
34044.7
5206.4
3512.1
2007
28230.2
3572.2
2385.7
Sumber:Laporan tahunan syarikat, Bursa Malaysia
Pihak pengurusan menutup kerugian Sime Darby
Namun demikian, Sime Darby yang kelihatan berkembang maju ini menggemparkan semua apabila terbongkarnya skandal kerugian besar pada Mei 2010.  Lembaga Pengarah Sime Darby telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Bahagian Tenaga dan Utiliti (Energy and Utilities Division).  Laporan siasatan dalaman ini menunjukkan bahawa jabatan tersebut mengalami kerugian besar, dan pihak atasan dalam pengurusan cuba untuk menutup kebenaran.
Laporan ini turut menunjukkan bahawa empat projek bahagian tersebut, termasuk Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar, Kelautan dan Empangan Bakun, ditundakan lantaran pengurusan yang tidak cekap, menjurus kepada peningkatan kos melebihi anggaran dan membawa kepada kerugian sebanyak RM1.631 bilion.  Malah, syarikat tersebut dijangka perlu memperuntukkan RM964 juta untuk mengisi kerugian pada setengah tahun kedua.
Setelah terbongkarnya skandal kerugian ini, Sime Darby telah mengalami kehilangan nilai pasaran sebanyak RM6.37 bilion dalam jangka kira-kira satu bulan, menjunam dari nilai RM52.94 bilion pada 3 Mei ke RM46.57 bilion pada 31 Mei.  Selain itu, laporan suku ketiga tahun kewangan 2010 menunjukkan bahawa Sime Darby telah mengalami kerugian operasi sebanyak RM1.019 bilion, lantaran daripada peruntukan RM964 juta kepada Bahagian Tenaga dan Utiliti untuk mengisi kerugian.
Sime Darby telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM308.63 juta pada suku ketiga, malah telah pun memperuntukkan RM1.3 bilion untuk mengisi kerugian projek-projek tersebut setakat ini.
Sebagaimana yang diketahui, juruaudit luaran telah mempertikaikan kerugian projek Qatar Petroleum yang diuruskan oleh Bahagian Tenaga dan Utiliti pada tahun 2008, malah enggan meluluskan laporan kewangannya.  Pada masa yang sama, media tempatan turut membangkitkan isu Maersk Oil Qatar yang menanggung kos melebihi anggaran sebanyak RM150 juta. Walau bagaimanapun, pucuk pentadbiran yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zubir Murshid menafikan dakwaan bahawa projek-projek tersebut mengalami masalah, dan cuba menutup kebenaran.
Walaupun Lembaga Pengarah yang diketuai oleh Musa Hitam, iaitu Pengerusi Sime Darby pernah  membangkitkan isu kos berlebihan dalam projek-projek ini kepada pihak pengurusan, namun Ahmad Zubir Murshid tetap mencuba untuk meyakinkan Lembaga Pengarah bahawa "kos berlebihan bukan satu masalah, kos ini dapat diperolehi daripada pihak pelanggan". (Bahagian pertama, bersambung)

SPR Selangor Cuba Sekat Pendaftaran Pengundi Baru

KUALA LUMPUR 16 Jun -Suruhanjaya Pilihan Raya cuba hadkan pendaftaran pengundi baru oleh Pakatan Rakyat di Selangor dengan peruntukan hanya 1000 borang pada bulan Jun.

Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam sidang media di lobi parlimen berkata Penolong Pendaftar DAP cuma dibekalkan dengan 50 borang untuk pendaftaran pengundi barun dengan alasan SPR negeri Selangor kehabisan borang tersebut.

"Ini merupakan satu perkara yang pelik sedangkan SPR negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah ini.

"Adakah SPR pusat cuba mengurangkan pendaftaran pemilih baru di negeri Selangor di mana Pakatan Rakyat sedang bergiat cergas mendaftarkan pengundi baru yang belum mendaftar," soal Tony.

Menurut beliau, setakat ini Selangor merupakan negeri yang tertinggi dengan bilangan 787,000 jumlah pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Kita rasa apa yang SPR buat sekarang bercanggah dengan tujuan dan matlamat SPR untuk menambah jumlah pengundi.

"Di Selangor, dalam tempoh sebulan, DAP berupaya mendaftar 2000 hingga ke 3000 pegundi baru setiap bulan, begitu juga dengan KEADILAN dan PAS.

"SPR telah berjanji untuk menambah bilangan penolong pendaftar daripada 22 orang kepada 110 orang untuk setiap parti tetapi telah secara tiba-tiba cadangan itu ditangguhkan oleh mereka sehingga hujung tahun ini," ujarnya.

Katanya lagi, SPR juga enggan bekerjasama dengan parti politik untuk menukar penolong pendaftar yang tidak aktif dengan alasan, tidak ada perubahan akan dibuat hingga akhir tahun ini.

Ini menunjukkan SPR dengan polisinya yang terkini mahu menyekat pendaftaran pengundi baru terutamanya di Selangor sedangkan di negeri-negeri lain tidak mempunyai masalah tersebut.

PAS cari keserasian politik, gagal fokus isu ekonomi


Barisan kepimpinan PAS Pusat bersama pemimpin Pakatan Rakyat, ikatan yang parti Islam ini meletakkan harapan menuju ke Putrajaya.
ANALISIS, 16 Jun — Ketika bertemu dengan wartawan selepas menyampaikan ucapan dasar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berseloroh berkata, beliau sebenarnya tidak menyampaikan ucapan panas kerana "kalau panas nanti hangus."
Respons itu menjawab soalan mengapa beliau tidak mengetengahkan pandangannya dengan kritikan-kritikan menyeluruh memandangkan tahun ini bukan tahun pemilihan. PAS mengadakan pemilihan tahun depan.
Pada majlis perasmian beliau menyampaikan ucapan 30 halaman dengan tenang dan dalam nada yang mendatar berbanding ucapan-ucapan 'berapi' yang lazimnya kedengaran ketika kempen-kempen khalayak terbuka.
Ya, suasana dalam dewan tertutup berlainan. Mungkin ini salah satu sebabnya. Pendekatan ucapan dasar yang disampaikan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) yang bersempadankan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, perlu berbeza.
Malah beberapa pembantu Hadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa ucapan dasar Hadi kali ini lebih bersifat mencari pendekatan memperkukuhkan PAS sendiri dan juga memantapkan Pakatan Rakyat.
"Sebab itu ucapan beliau disediakan sedemikian rupa," kata seorang pegawai.
Bagaimanapun kehangatan ucapan Hadi yang sebenar dapat dirasai pada majlis penggulungan di akhir Muktamar Tahunan Ke-56 PAS. Ucapan kira-kira 30 minit boleh diibaratkan 'mengatasi' bunyi pesawat turun naik lapangan terbang bersebelahan. Ucapan Ahad lalu berbeza berbanding ucapan dua hari sebelum itu.
Ucapan penggulungan Hadi bermula dengan, "saya menyediakan jawapan bagi perkara-perkara yang dibangkitkan, ada 20 muka surat, tetapi tidak pasti sama ada cukup masa atau tidak."
Separuh masa pertama ucapan penggulungan, dalam nada yang serius lagi tegas Hadi menggunakan untuk menjelaskan kerjasama PAS dengan kaum bukan Islam termasuk gandingan dalam Pakatan Rakyat.
Kemudian beliau berkata, "dan, sekarang saya masuk ke peringkat penggulungan."
Kebanyakan perwakilan tercuit dengan kata-kata Hadi itu.
Separuh masa kedua juga dengan nada tegas Hadi menjelaskan cita-cita Pakatan Rakyat dan PAS menawan Putrajaya merupakan "mimpi yang soleh."
Dalam ucapannya, Hadi menegaskan bahawa tidak akan melaksanakan sebarang kerjasama dengan Umno-BN. Beliau merujuk kepada idea kerajaan perpaduan.
Kata Hadi, kerjasama dengan Umno-BN hanya akan mendatangkan masalah dan tidak memberi apa-apa manfaat. Malah dalam ucapan penggulungan sebelumnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menekankan perkara berkenaan secara tidak langsung.
"Gagasan dengan Umno-BN tidak boleh menyelesaikan masalah kerana mereka masih lagi tebal dengan perkauman," kata Hadi.
Isu idea kerajaan perpaduan menonjol ketika Muktamar Tahunan PAS tahun lalu dan 2008.
Kali ini Hadi tidak menyentuh isu berkenaan dalam ucapan beliau, sebaliknya mengakhiri ucapan dasar dengan meminta seluruh kepimpinan PAS "memantapkan keserasian dan memperkukuhkan kebersamaan dalam Pakatan Rakyat."
Menurut Hadi, ia penting bagi menggantikan kepimpinan negara yang ada sekarang.
"Semuanya dilaksanakan dengan prinsip tahaluf siyasi yang menjadi pegangan PAS tanpa menjejaskan prinsip perjuangan yang digariskan dalam undnag-undang tubuh PAS selama ini," katanya.
Biawak hidup
PAS seumpama sebuah bahtera yang masih bertahan walaupun dilanda taufan hebat. PAS menolak perpaduan Umno, yang diumpamakan seperti "memikul biawak hidup."
Secara keseluruhan muktamar kali ini termasuk pertemuan tahunan ketiga-tiga sayap parti Islam ini menjurus ke arah isu politik dan sosial.
Dari sudut politik memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. Rata-rata kesemua pemimpin di setiap peringkat mengingatkan perwakilan dan ahli-ahlinya agar bersiap sedia secara fizikal dan mantap bagi berdepan dengan pilihan raya umum ke-13.
Garisan penegasan mereka - pilihan raya akan diadakan bila-bila masa dari sekarang — kemungkinan besar pada tahun depan.
Lantaran perwakilan menyentuh tentang usaha mempergiatkan soal tarbiyah atau latihan. Hampir dua pertiga perwakilan menyentuh isu ini dengan melihat PAS tiada pilihan dan tidak cukup masa ke arah itu.
PAS sebagaimana parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kena mengejar masa sekarang.
Sebab itu, Ketua Lajnah Pilihan Raya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberi suntikan kejutan, ada yang menganggap sebagai peringatan mesra — Selangor dan Kedah akan jatuh jika gagal mendaftar pengundi jumlah yang besar — 50 peratus daripada hampir sejuta orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di kedua-dua negeri tersebut.
Abdul Halim meletakkan sasaran ia perlu digerakkan dalam enam bulan ini. Mampukah PAS melakukannya? Ataupun Pakatan Rakyat berupaya untuk merealisasikan dengan kerjasama PAS sebelum Disember ini?
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan al-Tantawi meletakkan sasaran untuk menawan kira-kira dua juta pengundi muda.
PAS meletakkan sasaran mencari sejuta pengundi baru sebagai salah satu daripada 15 strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Lima belas strategi ini digariskan dalam usul persiapan menghadapi pilihan raya umum diterima lulus oleh perwakilan.
PAS juga menerima cadangan untuk mengadakan Himpunan Bersih II — susulan kempen tiga tahun lalu — berkaitan dengan sistem pilihan raya negara ini. Ia senada rakan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Di antara komponen Pakatan Rakyat, DAP sudah pun ke hadapan dalam soal mendaftar seramai pengundi yang mungkin. Perkara ini juga pernah diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider akhir tahun lalu.
Bersangkut dengan isu politik, Muktamar PAS pusat, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda juga menekankan tentang keperluan mencari mekanisme mengelak lompat parti dalam ikatan ini yang dibentuk dua tahun lalu.
PAS bangga kerana sehingga kini tiada wakilnya yang keluar parti sejak Mac 2008. Bagaimanapun ia mahu memikul tanggungjawab bersama atas alasan tindakan melompat turut menjejaskan imej PAS.
Oleh itu, ia mahu parti-parti Pakatan Rakyat mencari calon-calon yang benar sesuai dan berwibawa dengan menggunakan kriteria ketat.
Di sebalik persiapan pilihan raya umum, pemerhati-pemerhati melihat muktamar kali ini sebagai persiapan mereka menghadapi pemilihan parti tahun depan.
Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS memperlihatkan sokongan dalam isu Gaza. Mereka kini mendapat tempat khusus dalam PAS.
PAS akan mengadakan pemilihan dua tahun sekali tahun depan.
Pokoknya, PAS juga kena bersedia untuk menghadapi pemilihan tahun depan. Walaupun sebelum muktamar, ada kedengaran suara akan menyentuh masalah dalaman kepimpinan tetapi ia dibisukan buat sementara waktu menjelang pemilihan tahun depan.
Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa menafikan mereka ada pergeseran. Ada perwakilan yang membangkitkan keperluan setia atau wala kepada presiden parti.
Ketika kedengaran suara PAS semakin berkembang dan mantap serta perlu memainkan peranan sebagai "peneraju" dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi PAS menggunakan muktamar untuk mencari usaha menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu khususnya mereka di kawasan luar Bandar dengan menerokai dengan mendalam isu konflik Israel-Palestin dan lesen judi sukan.
Dalam mengatasi kerisauan "PAS akan melupakan bini lama apabila mendapat bini baru", pucuk kepimpinan memberi jaminan bahawa kedua-dua pengundi Melayu dan bukan Melayu akan dibawa bersama bagi survival politik PAS dan "menyelamatkan negara."
Bini lama bini baru
Menjawab isu itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dalam menerima "kehadiran bini baru, bini lama harus membantu dan memberi sokongan kepada bini baru." Pesuruhjaya PAS Pahang ini merujuk kepada keperluan membimbing kehadiran penyokong-penyokong baru kepada PAS khususnya bukan Islam. Ia berkaitan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Kerisauan ini dibangkitkan ketika Dewan Himpunan Penyokong PAS dilancarkan bulan lalu dan 15 wakil mereka menghadiri muktamar kali ini sebagai pemerhati rasmi.
Timbul persoalan bahawa PAS perlu menyediakan pelan tindakan atau blueprint bagi menangani isu itu - mengimbangi sokongan Melayu dan bukan Melayu kepada PAS. Perkara ini ditekankan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Rawa.
Yang Dipertua PAS Shah Alam Khalid Samad menenangkan semua pihak dengan mengatakan bahawa sokongan Melayu atau Melayu Islam kepada PAS meningkat tiga kali ganda sepanjang satu dekad lalu sejak 1999.
Sementara beberapa pemimpin kanan PAS mengakui bahawa ucapan dasar presiden kali ini mendatar tanpa input yang bersifat ke depan, perwakilan juga tidak membahaskan isu ekonomi secara mendalam.
Perwakilan kelihatan memfokus pada isu sosiopolitik.
Ini satu kekurangan yang kelihatan ketara pada muktamar kali ini ketika negara memfokus kepada Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Baru Ekonomi yang sedang proses dirangka. Bagaimana Nasharudin dalam ucapan penggulungannya ada menyentuh pendirian PAS dengan membahaskan Rancangan Malaysian Ke-10 di Parlimen.Sewajarnya muktamar menyediakan alternatif kepada kedua-dua dasar itu dalam usaha menuju ke arah Putrajaya.
Hadi di bawah tajuk kecil ucapan dasarnya iaitu "Krisis Nilai, Sosial dan Ekonomi" — menyebut bahawa "tindakan kerajaan memperkenalkan Model Baru Ekonomi yang masih bersifat orde lama iaitu mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu teras terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi."
"Penglibatan kerajaan atau orang-orangnya yang bersaing dengan kegiatan ekonomi rakyat menimbulkan rasa tidak senang di antara satu sama lain.
"Semua perkara tersebut secara langsung dan tidak langsung boleh mencetuskan rasa benci-membenci di antara kaum dan di kalangan sesame kaum," katanya.
Pemimpin kanan parti juga mengakui sentuhan beliau mengenai aspek ekonomi tidak luas lagi menyeluruh kali ini.
Pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS dilihat sebagai petanda parti itu menuju ke depan.
Satu lagi petanda PAS menuju ke depan dengan mengadaptasikan perubahan semasa ialah pelancaran Lajnah Seni dan Budaya. Idea ini menjadi kenyataan selepas lapan tahun dibangkitkan.
Lajnah Seni dan Budaya ini dikaitkan dengan usaha mengisi ruang hiburan mengikut kaca mata Islam dan PAS khususnya bagi memikat golongan muda. Ia selari dengan dua juta pengundi muda yang dimaksudkan oleh Ketua Dewan Pemuda.
Muktamar Tahunan Ke-56 menunjukkan PAS meletakkan kedudukan politik sebagai asas keutamannya sekarang berbanding soal ekonomi. Kemungkinan PAS beranggapan bahawa bidang ekonomi akan menyusul dengan sendiri apabila pangkalan politik diperkukuh dan dimantapkan dalam pilihan raya umum ke-13.
PAS jika mahu menjadi peneraju politik dalam erti kata sebenar focus perjuangan perlu menyeluruh. Tetapi Hadi sudah menegaskan PAS mahu memainkan peranan seimbang dan kolektif dalam Pakatan Rakyat.