Selasa, 15 Jun 2010

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.
Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.
Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:
1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.
2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.
3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.
4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.
5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.
6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.
7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.
8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.
9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik.

Apa Dosa Kak Lah Di Rantau Panjang?

SUDAH acap kali terdengar di telinga saya yang ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusuf tidak disenangi oleh Ketua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Haron. Saya kurang jelas apa masalahnya. Apakah kerana Zailah bertanding dikerusi Parlimen Rantau Panjang, maka Fatah kurang senang? Kalau iya begitu, kenapa Fatah tidak mencegahnya sewaktu nama Zailah dipilih untuk bertanding di Rantau Panjang dalam pilihan umum lalu?

Ada ura-ura dalam pilihan raya lalu kawan baik Fatah, (kroni Tiga Abdul) Wan Abdul Rahim Abdullah hendak diletak bertanding di Rantau Panjang. Wan Rahim katanya sudah pun turun untuk membuat persediaan bagi bertanding di situ. Kerusi Kota Bharu yang ditandingi oleh Wan Rahim (kini) sebenarnya diperuntukkan kepada PKR. Kerana itu Wan Rahim terpaksa dimudik ke Rantau Panjang.
Alih-alih tidak jadi, dan Zailah diletak bertanding di situ. Walaupun bekas Ketua Penerangan Pas Rantau Panjang, Rushdan Mustapa disebut-sebut untuk diletakkan di situ tetapi ia hanya angan-angan saja bila mana Fatah katanya awal-awal lagi sudah mencantas Rushdan secara tektikal. Cantasan itu atas alasan bekas pemimpin Umno. Ekoran itu kempunanlah Rushdan.

Fatah memang berkuasa di Rantau Panjang. Dialah raja Pas di kawasan itu sejak akhir 70-an lagi. Dengan kedudukan itu Fatah boleh lakukan apa saja. Pengisian ahli Majlis Daerah Pasir Mas di bawah bidang kuasanya. Perlantikan Penghulu di Parlimen Rantau Panjang juga dibawa bidang kuasanya. Kerana itu beliau boleh melantik dan tidak menyambung kontrak sesiapa yang menentangnya.

Tetapi apabila timbul cerita dia tidak senang dengan Zailah saya jadi bingung. Apa masalahnya. Apakah Zailah sudah membanyanginya dari segi kerajinan berjumpa rakyat dan peranannya di Parlimen yang menampakan Zailah jauh lebih menyerlah. Memang penampilan Zailah di Rantau Panjang cukup disenangi dan mendapat pujian rakyat bawahan. Zailah yang memesrakan dirinya dengan membahaskan dirinya Kak Lah bergerak tanpa kira masa dan mendekati semua orang tanpa meletakkan warna parti sebagai garisan dan halangan.

Bila sesekali balik ke Rantau Panjang cerita Zailah dipulau oleh Fatah menyendak ke dalam telinga. Dari Tok Deh hingga ke Lubuk Stol terdengar cerita itu. Dari Bukit Tuku hingga Meranti terdengar cerita itu. Cerita paling popular kenapa Zailah tidak disenangi Abe Tah (panggolan Fatah) kerana dia berkerja tanpa mempedulikan Fatah.

Itulah puncanya. Katanya Fatah tidak senang dengan gerak kerja dilakukan Zailah. Zailah melaksanakan aktivinya tanpa melalui kawasan. Zailah pakai buat sendiri saja. Betulkah dakwaan ini dan apakah aktiviti Zailah berjumpa dengan rakyat itu membahagikan beras, baju, dan menguruskan masalah rakyat perlu mendapat restu dari kawasan dulu? Atau kerja itu tidak sah kalau tidak diketahui Fatah?

Mungkin apa yang terjadi Fatah tidak mahu Zailah bergerak terlalu laju darinya. Sebenarnya itu tidak menjadi apa-apa masalah. Zailah adalah Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan. Dia ada rangkaian atau net workingnya sendiri. Kalau kawasaan enggan memberi kerjasama dia boleh buat sendiri. Dia juga ahli Parlimen dimana ada peruntukan sendiri. Inilah kelebihan Zailah. Beliau menghabiskan peruntukan Parlimen untuk rakyat dan bukan dimuat ke dalam poket kroninya.

Kisah Fatah dikatakan tidak senang dengan Zailah ini sudah menjadi buah mulut. Ia juga sudah sampai ke peringkat parah. Khabarnya program yang dianjurkan Pas kawasan tidak dibabitkan Zailah. Setengah program Zailah tidak pun diberi tahu dan terpaksa hadir dalam keadaan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Ini sepatutnya tidak berlaku sebab beliau harus dihormati sebagai ketua Dewan Muslimat Pas. Sebarang perbuatan menghina Zailah adalah menghina kaum muslimat di Kelantan.

Perselisihan ini juga sudah menjadi rahsia umum. Semasa balik ke Rantau Panjang sempena muktamar Pas lalu saya lihat sendiri bagaimana Zailah terasing dari Pas kawasan Rantau Panjang. Ini dapat dilihat kepada banner yang dipasang di beberapa tempat mengalu-alukan perwakilan ke muktamar Pas. Dalam kain pemidang itu hanya ada gambar Adun Meranti, Nasaruddin Daud, Adun Gual Periok, Ahmad Awang bersama Fatah saja selaku Dun Bukit Tuku. Manakala gambar Zailah sebagai ahli Parlimen Rantau Panjng tidak kelihatan. Zailah terpaksa membuat bannernya sendiri untuk mengalu-alu kedatangan para perwakilan.

Sepatutnya gambar ketiga Adun ini diletakkan di bawah gambar naungan Fatah. Keadaan ini nampak sekali bahwa kawasan tidak menenyenangi Zailah. Ada usaha untuk menyenyapkan kewujudan Zailah.

Punca kenapa Zailah diketepikan tidak begitu jelas. Cuma menurut ceritanya selain Zailah kelihatan laju dan aktif, tindakan ahli Parlimen Rantau Panjang itu mencabar jawata Naib Yang Dipertua Pas Rantau Panjang tahun lalu menjadi faktornya. Katanya Fatah tidak mahu Zailah bertanding merebut jawatan Naib Yang Dipertua bersama Ahmad Awang. Ahmad adalah calon pilihannya. Fatah menghantar wakil meminta Zailah membatalkan hasratnya tetapi ditolak oleh Zailah. Itulah menimbulkan kemarahan Fatah.

Kalaulah itu puncanya, remeh sangatlah alasan Fatah untuk marahkan Zailah. Bukankah Pas mengamalkan kebebasan memilih pemimpin. Sesiapa saja boleh merebut jawatan asalkan ada pencalonan. Kenapa Fatah cuba hendak menafikan apa yang dihalalkan parti. Tindakan itu juga seolah-olah Fatah mahu menunjukkan yang beliau menguasai Pas Rantau Panjang. Merasakan Pas Rantau Panjang sebagai kepunyaan datuk neneknya.

Fatah harus sedar, zaman menumpang kasih dan menumpang tuah di bawah ketiak orang tua sudah pun berlalu. Pas kini sedang mengorak langkah ke era globalisasi. Yang menyertai Pas bukan saja orang Lemal, Repek, Bukit Tuku ataupun Mengkasar, (kampung keluarga Fatah) tetapi orang Cina dan India juga telah menyertai Pas.

Dalam zaman orang membuka 'pintu ijtihad politik' seluas-luasnya kita jangan menutupnya. Beliau juga harus sedar, dan perlu menilai kemampuan diri sendiri sebagai ketua. Fatah sudah meguasai Pas Rantau Panjang lebih 40 tahun apakah kemajuan dan perubahan baik dari segi mental berpolitik dan pembangunan fizikal di kawasan itu. Apakah jasa besar Fatah untuk rakyat Rantau Panjang?

Saya tidak nampak kecuali pemilikan tanah kerajaan untuk dibangunkan kompleks Pas yang pemegang amanahnya terdiri daripada kaum kerabat Fatah.

Kalau Fatah cemerlang dalam perkhidnmatannya sudah tentu beliau dilantik menjadi Exco atau pun Timbalan Menteri Besar. Beliau orang lama. Tetapi kenapa parti tidak berbuat begitu kerana parti tahu sejauh mana kebolehan dan wibawa Fatah sebagai wakil rakyat. Jika dibanding dengan Nasaruddin Adun Meranti, Fatah jauh lebih senior darinya. Tetapi hari ini Nasaruddin sudah menjadi Speaker dan dianugerah gelaran Datuk. Kenapa Nik Aziz melupai untuk menganjakkan kedudukan Fatah? Kemalangan ini sepatutnya diinsafi oleh Fatah.

Fatah sudah pun sayup musim. Usaha untuk mewariskan Pas kepada anak beranak juga tidak relevan lagi. Ia bukan perbuatan terpuji. Fatah atau sesiapa saja kena ingat, Pas bukan milik individu tetapi melihat semua orang yang mahu menggunakannya merealisasikan hukum Allah di atas muka bumi ini. Sesiapa yang cuba menjadikan Pas sebagai pesaka turun temurun dia seorang yang babil!

Katanya Fatah mengarahkan seseorang agar membuat laporan mengenai Zailah kepada pucuk pimpinan Pas Kelantan termasuk Pesuruhjaya, Nik Azi Aziz Nik Mat Adalah diharap Nik Aziz yang juga besan Fatah tidak akan mudah terpengaruh dengan 'kelentung' individu tertentu yang mendengar nasihat Fatah untuk memburuk Zailah itu. Ada baik juga kalau Nik Aziz hendak siasat hal Zailah itu beliau terlebih dahulu menyiasat pembidaah politik di Rantau Panjang yang dilakukan Fatah.

Dalam hal ini adalah tidak adil kalau Nik Aziz bertindak hanya mendengar aduan sebelah pihak tanpa memanggil pihak lain yang berkecuali dan melihat sendiri bagaimana Zailah dimalukan oleh Pas kawasan Rantau Panjang.
MSO.

Selepas Dr M, lagi sokong lesen judi

Sokongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George berkata, sebelum ini hasil tersebut hanya dinikmati oleh sindiket haram yang mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut.

Sokongan itu timbul berikutan seruan sama yang disuarakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang turut mengkritik golongan yang menimbulkan bantahan sebagai "bermotif politik".

"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit."

"Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain.

"Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja.

"Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.

Majlis Pengebumian Ustaz Hassan Shukri… Video



Wahai pejuang…Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci oleh seluruh manusia…
dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama…

Walau perit mana pun perjuangan…

Sesukar manapun perjalanan..

Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad..

Mara dalam perjuangan Islam..

Nahnu Ansarallah..

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang Perdana Menteri, Menteri-Menteri,pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa.
Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah segala  tanggungjawab dan amanah Allah ke atas bahu hamba-hambanya…
Demikianlah renungan kita pada hari ini, atas kerpulangan sahabat seperjuangan kita ke rahmatullah, Saudara Ustaz Hassan Shukri, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarganya. Kita do’akan semoga Allah SWT mengampuni dan mencurahkan rahmat-Nya kepada hamba yang telah dipanggil ke hadirat-Nya dan kepadanya diberikan tempat terhormat dan terindah, yaitu surga yang penuh kenikmatan.
Semoga kepulangannya kepada Allah mendapat sambutan yang hebat dari Allah yang Maha Kuasa, seperti diungkapkan dalam firman-Nya, surat Al-Fajr ayat 27-30: Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan ridha-Nya, bergabunglah ke dalam kelompok hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku… Aminnn

Solat jenazah Almarhum Ustaz Hassan Shukri

TAKZIAH... Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (empat, kiri) bersama kepimpinan tertinggi PAS menunaikan solat jenazah bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Shukri yang diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri). - Foto BERNAMA

Saat yang paling sedih untuk Haji Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Saat paling sedih bagi Haji Abdul Rahman adalah apabila mengingatkan kembali saat dia terpaksa berehat sebentar dan menyerah stering kereta yang dipandunya kepada Ustaz Hasan Shukri di Kuala Krai dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Ahad lepas.

"Ketika itu saya terlalu mengantuk. Haji Subky tak boleh memandu kerana masalah matanya, jadi Ustaz Hassan yang mengambil stering dan memandu," kata Haji Rahman kepada Harakahdaily.
Beliau sangat bimbang kalau-kalau orang mempersalahkan beliau dengan apa yang berlaku.

Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar)  bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71,  dan Haji Subky Latif, 70,  ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga  warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

Ustaz Hassan menyertai Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang Rabu itu. Pada malamnya mereka bertiga di dewan besar Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) menyertai majlis perasmian muktamar ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat oleh Mursyidul Am.

Pada hari Khamis, ketiga-tiganya menyertai Muktamar Dewan Pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) namun tidak lama.

"Sejuk sangat kat dalam," kata Ustaz Hassan kepada Harakahdaily ketika ditanya kenapa tidak masuk dan duduk di atas kerusi dalam dewan KTC.

Selepas selesai muktamar, mereka bertiga bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang hari Ahad.

Namun, menurut Haji Rahman, kerana terlalu mengantuk selepas makan, Ustaz Hassan mula memandu apabila sampai ke Kuala Krai menjelang Gua Musang hinggalah ke Kuala Lipis.

Di Kuala Lipis, Ustaz Hassan mengadu sakit dada.

"Mereka ingat, Ustaz Hassan sakit dada kerana tersalah makan pajeri nenas dalam perjalanan tadi. Jadi Haji Rahman memandu semula sampai ke rumah," cerita Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky kepada Harakahdaily.

Namun, bagi Haji Rahman, itulah menjadi saat yang menyedihkan beliau kerana terpaksa memberikan stering kepada Ustaz Hassan kerana terlalu mengantuk.

Ustaz Hassan telah dibawa ke hospital Selayang jam 9 pagi keesokannya oleh isterinya Puan Hamidah Abdul Mutalib bersama anak lelakinya dan dimasukkan ke wad rawatan jantung (CCU) hospital itu.

Kira-kira jam 1 tengahari, Hamidah dan anaknya meminta izin untuk pulang dari Ustaz Hassan untuk mengambil barang-barang keperluan wad selepas disahkan Ustaz Hassan terpaksa dimasukkan ke wad.

"Ustaz masih bercakap elok dengan kami ketika itu. Namun, sampai kat Pasar Borong, Selayang, doktor telefon kami ustaz sudah tidak ada," beritahu Puan Hamidah kepada sahabat-sahabatnya yang menziarahi beliau di rumahnya semalam.
(Gambar: Haji Rahman dan Subky menceritakan saat-saat akhir mereka bersama Ustaz Hassan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di perkarangan rumah Allahyarham Ustaz Hassan)

Menurut seorang jururawat yang merawat Ustaz Hassan, beliau telah jatuh dari katilnya ketika mahu pergi membuang air kecil. Tidak lama selepas itu, tanpa menyusahkan sesiapa, tokoh khutub khanah dan pakar perlembagaan PAS ini pergi menemui Tuhannya buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan Puan Hamidah serta enam anak, lima perempuan dan satu lelaki.

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin, Ustaz Hassan adalah pakar perlembagaan PAS dan beliau selaku peguam pun merujuk Ustaz Hassan sebelum memberikan apa-apa nasihat undang-undang tentang PAS.

"Masa kami mahu menyiapkan aturan dan peraturan untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) baru-baru ini, kami rujuk Ustaz Hassan. Kami ingat perlu pinda perlembagaan PAS untuk menubuhkan dewan ini tetapi Ustaz Hassan kata tidak perlu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Lalu terbentuklah DHPP siap dengan aturan dan peraturannya tanpa perlu meminda perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh PAS. Ia telah selamat dilancarkan Mei lalu dan perwakilan DHPP menyertai Muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.

Pemergian Ustaz Hassan Shukri

Pada hari Isnin 14 Jun jam 2.30 petang, semasa saya di Parlimen, saya telah dimaklumkan berhubung pemergian Ust. Hassan Shukri ke rahmatullah. Saya bersama Dato' KJ terus ke rumah Allahyarham dan tiba beberapa minit sebelum tibanya jenazah. Berkempatan bertahlil bersama dengan orang ramai yang telah mula berkumpul dan bersolat Asar.

Pagi ini sekali lagi saya ke sana dan sempat untuk solat jenazah. Ramai yang telah berkumpul semasa saya tiba. Walaubagaimanapun, saya tidak sempat mengiringi jenazah ke tanah perkuburan kerana Parlimen bersidang hari ini.

Almarhum Ust. Hassan sering digelar 'kamus' PAS. Segala perincian berhubung perlembagaan PAS, ramai yang merujuk kepadanya dan begitu jugalah berhubung sejarah penubuhan PAS. Semasa saya digantung jawatan pada awal tahun ini, terdapat PAS Kawasan yang ingin menjemput saya menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan, oleh itu pimpinan kawasan merujuk kepadanya. Bolehkah saya hadir atau sebaliknya? Ust Hassan menyatakan, "Mengapa tidak? Dia digantung jawatan bukan keahlian".

Semasa di akhir muktamar baru-baru ini, saya sempat bersalam dan berseloka dengannya. Saya nyatakan keinginan saya untuk menunjukikan deraf cadangan berhubung enakmen Negeri Selangor dalam soal tauliah dan orang bukan Islam kepadanya. Saya ingin mendapatkan pandangan beliau. Yang lain saya sudah e-mail tetapi saya tidak tahu emailnya. Beliau bersetuju untuk berjumpa pada minggu hadapan, tetapi malangnya tidak kesampaian.

Ust. Hassan merupakan seorang yang kehidupannya adalah PAS. Dari muda hingga ke akhir hayatnya. Sememangnya, ramai yang tahu akan perbezaan pendapat di antara saya dan Al-Marhum dalam beberapa hal - itu perkara biasa. Ianya bukan personal. Kedudukannya sebagai orang lama di dalam PAS, pemimpin dan pakar rujuk PAS, tiada yang dapat nafikan, lebih-lebih lagi dari saya.

Semasa saya mula menyertai PAS, hampir 30 tahun yang lepas, Al-marhum adalah di antara pemimpin yang sering saya kunjungi. Perbezaan pendapat tidak menghilangkan hormat saya terhadap seorang yang hidupnya adalah untuk perjuangan Islam dan kata-katanya untuk mengikhlaskan hidupnya untuk PAS dikotakan. Malahan, perbezaan pendapat inilah yang merupakan ujian terhadap wujudnya ukhuwah Islam yang sebenar.

Ya, kita boleh bersalam-salaman dan bermesra di antara satu sama lain apabila kita mempunyai pandangan yang sama. Tetapi apabila kita berbeza pendapat dan berhujjah satu sama lain, pada masa itulah ukhuwah kita ini benar-benar diuji. Samada benar, ikhlas dan mendalam, atau hanya berpura-pura.

Pemergian Ust. Hassan merupakan satu kehilangan bagi PAS. Semoga Allah mencucuri rohnya dengan keRahmatanNya dan menggolongkan Ust. Hassan segolongan dengan mereka yang diredhaiNya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Majlis Pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri - Lensa Topeng Perak Unmasked



ADUN Malim Nawar, Perak Istihar Keluar DAP!

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Satu lagi kejutan daripada ADUN Pakatan Rakyat! Mungkin itu yang akan disebut oleh massa kerana ia menambahkan lagi koleksi wakil rakyat PR yang mengambil tindakan keluar parti.
Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti DAP sebebtar tadi untuk menjadi wakil rakyat berstatus bebas tetapi menyokong BN.
Keshvinder terpaksa mengucapkan ucapan ‘Selamat Tinggal’ kepada DAP dan Pakatan Rakyat dengan alasan kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Saya tidak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut tetapi saya teringat tentang satu laporan yang telah beliau buat bersama ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan Februari tahun lalu kepada SPRM kerana mendakwa mereka berdua telah ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).
Dalam laporan tersebut mereka berdua mendakwa bahawa mereka menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.
Adun Malim Nawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.
Hari ini, Adun Malim Nawar membuat keputusan untuk keluar daripada DAP, menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong BN.
Saya percaya tawaran tersebut telah berjaya mencairkan hati serta semangat juang Kesvinder.

ADUN SERI SETIA LETAK JAWATAN ?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan melepaskan jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkuatkuasa hari ini.
Perletakan jawatan itu bagi membolehkan beliau lebih aktif berpolitik di peringkat tertinggi PKR dengan jawatan baru sebagai Pengarah Komunikasi PKR.

Adun Perak Keshvinder keluar kerana ‘tak cukup duit’, kecewa DAP


SUBANG JAYA, 15 Jun — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar Keshvinder Singh — wakil rakyat DAP kedua dari Perak keluar parti hari ini. Mengumumkan pendiriannya di sini tengah hari ini, Keshvinder berkata beliau keluar atas alasan mahu berkorban demi kepentingan rakyat.
Beliau mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.
Awal tahun lalu tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mereka termasuklah Adun Jelapang Datuk Hee Yit yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri : Gambar-gambar sekitar Solat Jenazah.

Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai....baca kesahnya di sini.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Pintu Gerbang Markaz Tarbiyyah Taman Melewar

Tetamu dari luar negara
Tuan Subky Latif, seperti yang diceritakan oleh isteri beliau, Puan Naznah Taha, mereka bertiga bertolak dari Kota Bharu bertiga dan Allahyarham Ustaz Hassan Syukri memandu dari Kuala Krai hingga ke Kuala Lipis dan kemudiannya mengadu sakit dada.
Suasana di jalan hadapan Markaz sebaik jenazah dibawa pergi untuk dikebumikan.
Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.
Orang ramai bergerak keluar sebaik selesai solat jenazah.
Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong-DAP turut kelihatan hadir memberi penghormatan-ahli politik veteran. Semuanya kini merasakan keindahan bekerjasama dan bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.
DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah.

Tuan Guru berjalan keluar sebaik selesai solat jenazah. (pemandangan di bahagian tepi-pintu utama Markaz Taman Melewar dulunya-nampak gah kini)


Tuan Guru duduk sebentar sementara menanti solat Jenazah bermula.

Jenazah diusung beramai-ramai keluar dari rumah untuk disembahyangkan.

Bersiap sedia menanti jenazah diletakkan di tempatnya untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Tuan Presiden PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan masuk menuju ke rumah Allahyarham. Terbaca di Tweeter Tuan Guru, semalam beliau masih punyai satu program pelancaran satu majlis di Kelantan, dan beberapa hari sebelumnya sebagaiamana ramai yang lain penuh dengan aktiviti di Muktamar PAS yang ke 5. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepadanya.

Kelihatan Markaz Taman Melewar yang dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah Kolej.

Di hadapan rumah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri.
Memenuhi ruang jalan di sepanjang jalan masuk ke Markaz Taman Melewar dan ke rumah Allahyarham.


Dr Lo' Lo kelihatan bersama Muslimat dan teman Nisa' Izzah Halim...semua ni masih muka penat bertugas di Muktamar.

Dr MAZA tiba dan dibawa masuk ke dalam rumah untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.