Isnin, 14 Jun 2010

Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.

"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya yang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu.

Terkini : Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

 (Almarhum Gembira Dan Ceria Semasa Muktamar Dewan Pemuda)

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Exco Kedah: ‘Kami akan bertahan, kekal lagi PRU-13’


KOTA BARU, 14 Jun — Meskipun desas-desus bakal tumbangnya Kedah masih kedengaran, PAS negeri itu yakin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ini akan terus bertahan, malah mampu untuk mengekalkan pentadbirannya dengan “mandat lebih besar” pada pilihan raya umum ke-13. “Saya yakin kami akan terus bertahan, malah akan memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang,” kata Ketua Penerangan PAS Kedah Amirudin Hamzah.
Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS melahirkan keyakinan itu berdasarkan perkiraannya terhadap jumlah kerusi yang dimiliki PR dan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira senario semasa.
“Berdasarkan perkiraan dan perhitungan saya, saya yakin kami tiada masalah untuk kekal memerintah sehingga pilihan raya umum akan datang... melainkan perkiraan saya silap, mungkin anda boleh buktikan saya silap,” kata beliau ketika ditemui di sisi Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini.
Sehari selepas pertemuan ini, pemimpin kanan PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam melontarkan kejutan Selangor dan Kedah di ambang kejatuhan jika tidak menggiatkan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam waktu terdekat.
Amirudin yang juga Exco kerajaan negeri mengakui walaupun perbezaan kerusi tidak jauh berbeza antara PR dan BN, yang dikatakan mempunyai sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, PAS Kedah percaya tiada masalah untuk kekal berkuasa.
“Berdasarkan daripada kiraan saya, dengan kerusi 20 kerusi yang kami ada berbanding mereka ada 16 dengan dua Adun dari Bebas, kami yakin... tiada masalah,” kata beliau yang mengakui BN cuba mendampingi wakil-wakil rakyat PR termasuk PAS.
The Malaysian Insider difahamkan lima wakil rakyat PR telah didampingi BN setakat ini.
Jelas Amirudin, pihaknya merumuskan keyakinan itu kerana atas kertas BN “sudah pun kehilangan” dua kerusi — status Kota Seputih yang akan didengar oleh Mahkamah Rayuan manakala seorang wakil rakyat MCA berhadapan dengan ‘masalah  dalaman’ parti dan sedang mengambil cuti.
Kedah mempunyai 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 16 wakil rakyat dari PAS, tiga PKR, seorang DAP. BN mempunyai 14 wakil rakyat dan dua lagi Bebas setelah keluar PKR.
Untuk membolehkan kerajaan negeri Kedah pimpinan PR jatuh, BN memerlukan empat lagi Adun menyokongnya.
Selain dua wakil rakyat BN yang dikatakan masih menjadi tanda tanya, Amirudin berkata, Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim juga menjadi tumpuan kerana isu yang berkaitan dengan masalah peribadi beliau.
Justeru kata Amirudin, umumnya kini BN adalah ‘masalah’ dengan tiga kerusi dan “mereka sedang melengah-lengahkan masa” bagi mengelakkan kemungkinan pilihan raya kecil.
Berdasarkan undang-undang pilihan raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan wujud dalam tempoh dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.
Laporan sebelum ini menyebut wakil rakyat hendak keluar Umno-BN tetapi beliau ada pengesahan.
“Jadi mengambil kira keadaan ini, selepas campur tolak, saya masih yakin dengan kedudukan Pakatan di Kedah,” katanya.
“Kami masih yakin wakil-wakil rakyat PAS dan PKR tidak ada yang akan keluar,” kata beliau dengan merujuk kepada pengakuan terbuka dibuat oleh tiga Adun PKR bulan lalu.
“Begitu juga dengan wakil rakyat (tunggal) DAP... dia tak akan keluar parti,” katanya.
Ketiga-tiga Adun PKR itu merupakan Exco Kerajaan Negeri.
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider, BN Kedah membayangkan mempunyai peluang cerah untuk melihat beberapa Adun PR akan keluar parti komponennya, sekali gus mengubah landskap pentadbiran negeri semasa.
Sehubungan itu, Umno salah satu komponen BN meramalkan sama ada Kedah akan berubah tangan ataupun sekurang-kurangnya membawa kepada pilihan raya umum negeri yang baru.
Umno melihat kemungkinan tersebut berdasarkan perbezaan empat kerusi DUN antara PR dan BN yang mendakwa menerima sokongan wakil rakyat Bebas.
“Saya lihat ada peluang (untuk beberapa Adun Pakatan) keluar parti... saya melihat kemungkinan itu kerana sudah ada yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka,” kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad.
Nawawi juga berkata, pihaknya mempunyai maklumat beberapa wakil rakyat PR juga tidak berpuas hati dengan parti masing-masing buat masa sekarang.
Percaturan Umno-BN ialah antara dua hingga tiga Adun kemungkinan keluar.
“Jika dua wakil rakyat parti (komponen Pakatan) keluar bermakna keseimbangan anggota di DUN iaitu 18:18... sama di pihak Pakatan dan juga BN, jika ini berlaku kerajaan negeri tidak boleh berfungsi, dan pilihan raya umum negeri perlu diadakan, tiada pilihan.
“Jika tiga wakil rakyat keluar dari Pakatan, kami akan ada sokongan lebih satu kerusi iaitu 19:17. Dalam keadaan ini, BN boleh mengambil alih kerajaan, seperti yang berlaku di Perak,” katanya lagi.
Mengenai dakwaan Umno bahawa wakil-wakil PR akan bertindak keluar parti, Amiruddin berkata, “mereka terpaksa berbuat demikian (menyebarkan berita) untuk kekalkan semangat ahli-ahli mereka.”
“Tetapi kami yakin menang lebih baik, bagi PAS kami yakin menguasai kesemua 24 yang ditandingi (dalam pilihan raya umum ke-13),” katanya.
Pada Mac 2008, PAS bertanding di 24 kerusi dan menang di 16 kawasan.
“Kami yakin akan memperoleh mandat lebih besar,” kata Adun Anak Bukit ini.

Ahli Tidak Setia Tidak Selamat


ust-hadi Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan mereka yang tidak setia dan menyertai parti lain tidak akan selamat, dunia dan akhirat.
Beliau berkata, "mereka perlu bersama bahtera PAS, jangan tebuk bahtera ini kerana rasa tidak puas hati walaupun pelayarannya memakan masa yang  lama."

"Kita telah berada di landasan yang tepat untuk menuju Putrajaya. InsyaAllah kita akan tawan Putrajaya. Kita sudah bermimpi ke Putrajaya dengan mimpi yang soleh," kata presiden PAS itu dalam ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini semalam.
Abdul Hadi berkata, tidak berlaku pertelingkahan dalam parti, sebaliknya hanya menyusun kerusi meja sahaja. Isu kerajaan perpaduan dengan Umno sudah tidak ada lagi.
"Isu perpaduan kita tolak, dan kita ajak perpaduan Islam kerana bahtera kita selamat, dan kita tidak tinggal bahtera ini. Kerjasama dengan Umno adalah kerjasama yang palsu dan kerana itu PAS menolaknya," ujar beliau.
Beliau juga berkata, Umno juga telah menjahilkan orang Melayu dan menjadi peranan PAS untuk menyedarkan  orang Melayu supaya kembali ke jalan yang benar.
Katanya, dua tongkat BN iaitu orang Cina (dalam MCA) dan orang lndia (dalam MIC) kini semakin rapuh.

Isu judi sukan: Nasharuddin cabar Muhyiddin berdebat


Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdebat mengenai isu judi sukan.
"Saya cabar Tan Sri Muhyididn berdebat atas pentas supaya rakyat tidak diheret terus dengan bencana judi," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini semalam.

Nasharudin berkata, PAS akan berjuang dalam isu sekolah agama , Tamil dan Cina sebagaimana yang dibangkitkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Semalam, wakil dewan itu meminta parti membela isu sekolah-sekolah berkenaan yang tidak mendapat peruntukan sewajarnya dari Kementerian Pelajaran.
Timbalan presiden PAS itu juga memberitahu, parti telah mengeluarkan arahan menghidupkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di peringkat negeri.
"Tujuannya ialah untuk membincangkan isu-isu bersama yang berbangkit di kalangan komponen PR," katanya merujuk rungutan wakil Pulau Pinang bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat negeri itu jarang mengadakan mesyuarat.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu timbalan perdana menteri kedua tidak pernah dibincangkan dalam majlis itu.
Katanya, sebarang dasar PR mesti dipersetujui bersama parti komponen termasuk PAS. Perkara ini (timbalan perdana menteri kedua) tidak timbul. Semua dasar mesti dipesertujui PAS," katanya.
9. Beliau dipercayai mengulas isu yang dibangkitkan oleh seorang
perwakilan mengenai laporan akhbar PR bahawa jawatan timbalan
perdana menteri kedua untuk orang bukan Islam akan dilantik jika PR memerintah.
10. Mustafa juga menjelaskan sokongan pengundi Melayu kepada PAS
meningkat pada pilihan raya umum (PRU) 2008 berbanding PRU
2004.
Bagaimanapun, katanya peratus peningkatan itu rendah berbanding sokongan pengundi bukan Melayu kepada parti itu.
Semalam wakil Shah Alam Khalid Samad, ketika membahaskan ucapan dasar presiden, mengatakan sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat mendadak setelah parti itu menyertai PR

Kerajaan negeri kena bantu PAS


Pic Sample copy Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan kalah teruk di Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan negeri tidak membantu.
"Malah di Kelantan, PAS hanya boleh mempertahankan 18 kerusi negeri," katanya ketika menggulung jawaban dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

"Kekuatan PAS Selangor dan Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jika kerajaan negeri tidak membantu, parti (PAS) akan bermasalah. Kerajaan Selangor kena tolong PAS negeri itu, kalau tidak PAS ‘out’ di negeri itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, "menjadi kewajiban pergerakan itu mendaftarkan 2.2 juta anak muda yang belum mendaftar menjadi pengundi baru dan kita sudah lancar gerakan mendaftar ahli baru melalui pelbagai aktiviti pergerakan."
Menurutnya, PAS perlu memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana kedua-duanya perlu memahami hala tuju parti.
Mengenai isu judi sukan, Nasaruddin berkata,  demontrasi besar-besaran 3 Julai masih belum terlambat kerana Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir.
"Kita mendapat maklumat Kumpulan Berjaya mensasarkan pertaruhan judi kepada empat liga bolasepak Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan England," katanya.
Beliau berkata, "pihaknya mengatur jadual berjumpa mufti dan menteri besar di seluruh negara untuk menyertai demontrasi judi itu. Kita berharap semua hadir – muslimat, ulama’, pemimpin atasan."
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan orang ramai membawa sebiji bola setiap seorang pada hari demontrasi judi sukan nanti.
"Kalau boleh mereka memakai jersi bola pada hari tersebut,"katanya disambut gelak ketawa perwakilan. ends

Majlis Penerangan DHPP


p057 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: Lujnah perpaduan nasional PAS akan mengadakan majlis penerangan di seluruh negara mengenai peranan dan fungsi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada ahli parti itu.
Pengerusi lujnah Mujahid Yusuf Rawa berkata, penerangan perlu dibuat bagi mengelak persepsi dan kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong parti.
"Saya tidak mahu ahli dan penyokong membuat persepsi parti kita membuat apa sahaja termasuk yang melanggar perlembagan parti. Sejak DHPP diwujudkan, banyak soalan dibangkitkan mengenainya oleh penyokong-penyokong PAS.

"Jadi majlis penerangan itu amat perlu bagi menjelaskan sebarang kekeliruan di kalangan ahli dan penyokong kita," katanya ketika berucap dalam sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Mujahid yang juga AJK PAS Pusat menjelaskan ahli DHPP telah membuat janji (baiah) di mana mereka terikat dengan perlembagaan parti.
"Pertama, mereka mesti menjunjung dasar Islam perjuangan PAS. Kedua, taat setia kepada segala arahan pimpinan PAS Pusat. Ketiga, berjanji dan berikrar untuk menjaga nama baik PAS," katanya sambil menambah ada lagi ikrar mereka kepada PAS.
Mujahid berkata, penubuhan DHPP telah berjaya meruntuhkan tembok pemisah antara PAS dengan kaum bukan Islam. Lujnah mengambil masa hampir empat atau lima tahun untuk menjadi DHPP, bermakna tidak semudah yang disangkakan.
Menurut  beliau, pihaknya telah membentangkan kertas kerja sebanyak tiga kali kepada PAS Pusat sebelum diluluskan sebulat suara.
"Dalam kertas kerja itu, mereka (DHPP) mesti bebas tetapi ada sebuah lembaga penasihat untuk membimbing mereka.
"Lembaga penasihat ini dipengerusi oleh Naib Presiden, Salehuddin Ayub untuk memastikan DHPP tidak menyeleweng dari dasar Islam PAS," katanya.

Jangan lupa sokongan orang Melayu

09060507 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: PAS diingatkan jangan lupa orang Melayu kerana mereka merupakan pasaran utama parti ketika berusaha mendapatkan sokongan kaum lain, kata wakil Jerantut, Hamzah Jaafar.
Semalam, wakil Kelantan , Datuk Nik Mohd Amar Abdullah meminta parti tidak melupakan undi tradisi ketika mendapatkan pengundi Cina dan India.

Hamzah berkata demikian ketika membahaskan usul persediaan menghadapi pilihanraya umum 13 di Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelatan (Putik) di sini hari ini.
"Kita harap PAS pusat memenagi seberapa banyak kerusi orang Melayu dengan harapan PAS akan menggantikan Umno. PAS tiada masalah dengan orang Cina dan India kerana kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Bagaimanapun, kata Hamzah, sokongan orang Melayu kepada PAS turun naik.
Katanya, dalam usaha mendapatkan sokongan pengundi Melayu, mengapa PAS tidak boleh menjanjikan kepada orang Melayu sama seperti kepada orang Cina dan India.
Sementara itu, wakil Kubang Pasu, Taib Ahmad mendakwa Umno sedang gagalkan usaha Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan menggunakan kawasan Felda.
"Kawasan  Felda ada 40 parlimen dan di kawasan ini Umno menang semua," katanya.
Wakil Shah Alam, Khalid Samad pula berkata, sokongan orang Melayu meningkat mendadak apabila parti itu bersama Pakatan Rakyat. "Dulu ahli PAS kira-kira 300,000 kini meningkat menjadi 1.1 juta dalam pilihanraya 2008.
"Dulu PAS hilang deposit bertanding di kawasan Melayu, kini tidak berlaku lagi. Mereka bergerak ke arah PAS. Kita telah berada atas dasar yang jelas dan nyata. Kini orang Melayu sokong kita," katanya.

Dr M kesal ''Melayu Bangkit' dikatakan rasis


Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekesalannya terhadap tindakan pihak tertentu yang mengaitkan perhimpunan 'Melayu Bangkit' - yang sepatutnya diadakan pada 13 Mei lalu - dengan perkauman sehingga mendorong ia ditangguhkan.

Katanya tindakan tersebut seolah-olah melupakan sejaran yang seterusnya menjadikan mereka "mengulangi kesalahan yang sama berkali-kali".

Berucap dalam perhimpunan anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir turut menyatakan pendapatnya bahawa tragedi rusuhan kaum pada tahun 1969 itu berlaku bukan sahaja disebabkan oleh perbezaaan warna kulit.

"Sebab itu 13 Mei menjadi contoh perpisahan (pemecahan) kaum, ditokok tambah dengan perpisahan (ekonomi) antaranya yang kaya dengan yang miskin," katanya sambil menyifatkanya fenomena itu sebagai 'peperangan antara kelas'.

Setelah ditangguhkan hampir sebulan perhimpunan Melayu Bangkit ditangguhkan, Dr Mahathir hari ini tampil berucap dalam, antaranya menegaskan keperluan orang Melayu bersatu supaya tidak menjadi golongan minoriti dan tidak lagi berkuasa di negara ini.

Muktamar PAS sebulat suara lulus 6 usul


DSC_0011 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Muda Mohd Noor
PENGKALAN CHEPA: Para perwakilan hari ini meluluskan enam usul pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini.
Enam usul berkenaan ialah pindaan perlembagaan; usul kedaulatan negara; usul memansuhkan judi sukan; usul pemerkasaan parti; usul Palestin dan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Jawatankuasa Kerja PAS pusat membentangkan dua usul iaitu usul pindaan perlembagaan dan usul kedaulatan negara, Pemuda PAS pusat (usul memansulkan judi sukan), dewan muslimat PAS (usul Palestin), PAS kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam  (usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13).
Usul jawatankuasa PAS Pusat ialah:
  • Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan.
  • Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion.
  • Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura.
  • Mendesak perkara penting untuk rakyat  dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.
  • Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.
Usul dewan Pemuda PAS pula ialah:
  • Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
  • Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai depan. Usul dewan Ulamak ialah:
  • Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Usul dewan Muslimat PAS pusat:
  • Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi kemanusiaan Gaza.
  • Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.
  • Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa.
  • Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang berkaitan isu keganasan Israel.
  • Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.
  • Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel. Usul PAS Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut, Bandar Tun Razak dan Shah Alam:
  • PAS memenangi seberapa banyak kerusi parlimen menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik dengan membongkar kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman.
  • PAS melalui jabatan pilihanraya PAS pusat merangka strategi gerak kerja pilihanraya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihanraya secara profesional dan menguruskan isu.
  • PAS pusat mencadangkan kepada majlis pimpinan Pakatan Rakyat bagi mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat,  munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekaligus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi.

Mahathir: Orang Melayu hadapi risiko jadi minoriti


Tun Dr Mahathir Mohamad disambut dengan persembahan silat pada majlis perasmian program “Melayu Bangkit" anjuran Gertak di Kuala Terengganu hari ini. — Gambar Choo Choy May
KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan program “Melayu Bangkit” yang kontroversi hari ini dengan mendakwa orang Melayu negara ini berhadapan dengan risiko menjadi minoriti jika terus bertelagah dalam arena politik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, kaum Melayu berpecah belah ekoran pendirian parti-parti politik yang hanya mengutamakan keuntungan perjuangan masing-masing.
"Kamu Melayu negara ini mewakili 60 peratus penduduk negara ini. Bagaimanapun peratusan pengundi Melayu adalah kecil pada hari ini kerana setiap parti diberikan (menguasai) 20 peratus termasuk Umno," katanya.
"Dan, mereka bersaing sesama sendiri menyebabkan komuniti menjadi minoriti.
"Mereka (PKR dan PAS) hanya mahu mendapatkan kuasa. Keutamaan mereka bukan kaum dan agama tetapi kuasa," kata bekas presiden Umno ini.
Perdana menteri 22 tahun ini menambah, kedua-dua parti itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir berkata demikian ketika berucap merasmikan program anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) itu.
Kurang 1,000 orang menghadiri majlis itu yang diadakan di stadium tertutup di sini hari ini. Penganjur pada awalnya menjangkakan lebih 5,000 orang akan hadir.
Ia sepatutnya diadakan pada 13 Mei tetapi ditangguhkan ekoran protes pelbagai pihak — dari pembangkang dan komponen Barisan Nasional sendiri.
Pihak penganjur juga menangguhkan program itu atas faktor keselamatan.
Dr Mahathir menambah masyarakat Melayu berhadapan dengan krisis dan perlu bertindak segera sebelum mereka melalui nasib yang dialami oleh orang Melayu di Singapura.
"Jika kita tidak berfikir dengan mendalam mengenai masa depan komuniti kita, maka ada kemungkinan kita boleh jadi macam orang Melayu Singapura dan tiada kuasa," katanya.
"Kita kemungkinan kena tunduk apabila berhadapan dengan kaum-kaum lain.
Sebahagian daripada peserta program “Melayu Bangkit" anjuran Gertak, dirasmikan Dr Mahathir Mohamad di Kuala Terengganu, hari ini. — Gambar Choo Choy May
"Bukan kita mahu kaum-kaum lain tunduk kepada kita tetapi kita mahukan pengagihan (kuasa) ekonomi dan politik yang seimbang," kata pemimpin veteran ini. Majlis dimulakan dengan persembahan silat dan muzik tradisional orang Melayu.
Gertak ditubuhkan awal tahun ini susulan kontroversi polemik "Allah" yang tercetus selepas keputusan mahkamah pada 31 Disember lalu.


Gambar Kekejaman Israel Laknatullah!

BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL

BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL
BUKTI KEGANASAN ZIONIS YAHUDI  
ISRAEL

Istana Negara Baru Bernilai RM811 Juta


Kenyataan media Ahli Parlimen kawasan Taiping, YB Tuan Nga Kor Ming di Dewan Rakyat pada 14-6-2010

(Kuala Lumpur 14hb Jun, 2010)

Ahli Parlimen Kawasan Taiping Nga Kor Ming hari ini melahirkan perasaan amat terkejut apabila Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan bahawa kontrak sebanyak RM811 juta untuk pembinaan Istana Negara Baru tidak dijalankan dengan sistem tender terbuka sebaliknya ia dikurniakan secara rundingan terus.
Nga Kor Ming, ketika membangkitkan soalan lisan di Dewan Rakyat pagi ini berkata, mengikut arahan perbendaharaan, setiap perolehan dan pembelian awam oleh kerajaan melebihi RM200,000 perlu dijalankan secara sistem tender terbuka, tetapi pembinaan Istana Negara yang merupakan lambang kemegahan Negara dan tempat bersemayam DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Permaisuri Agong telah gagal menepati garis panduan perbendaharaan.
Nga berasa terkejut dimana kos projek itu melambung naik lebih 100% dalam tempoh 5 tahun. Menurut beliau, bekas Menteri Kerja Raya, Dato Seri Samy Vellu, ketika mengumumkan pembinaan Istana Negara pada tahun 2006, nilai harga projek tersebut adalah sekitar RM400 juta. Bagaimanapun, kini kosnya telah melambung naik menjadi RM811.2 juta, satu peningkatan yang mengejut. Beliau berasa bimbang samada kos melambung naik kerana tidak ada tender terbuka sebaliknya ketiga-tiga komponen projek diberikan secara rundingan terus kepada Syarikat Maya Maju dan Syarikat Ahmad Zaki Berhad.
Nga membidas kerajaan BN dengan amalan rundingan terus yang jelas bercanggah dengan New Economic Model(NEM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada April, tahun ini.
Nga dalam soalan tambahannya juga berkata, mengambil ikhtibar dari kejadian keruntuhan Bangunan Stadium Batu Buruk di Terengganu yang menelan belanja RM280 juta pada 2009, kerajaan perlu menyediakan ciri-ciri keselamatan yang sempurna untuk memelihara keselamatan kerabat Diraja dan orang kenamaan Negara. Beliau menggesa supaya bangunan Istana Negara baru yang bakal menjadi mercu tanda Negara seharusnya juga mematuhi garis panduan Green Development Guideline, sejajar dengan wawasan membela Alam Sekitar.

Bangunan Stadium Batu Buruk di Terengganu yang menelan belanja RM280 juta runtuh berkecai apabila hanya diguna pakai lebih kurang 10 bulan.

Nga Kor Ming juga menyarankan Bangunan Istana Negara sedia ada yang dibina pada tahun 1928 dan diwartakan sebagai Istana Negara pada 1957 perlu dibela sebagai Bangunan Warisan Negara dan tidak boleh diabaikan sebagai satu lagi projek “Gajah Putih” yang menjadi usang dan terbengkalai setelah bangunan baru siap.

Nga Kor Ming
Ahli Parlimen Taiping/P060

SUDAH DESPRATE SANGAT

MAT NGANTUK SOKONG MAT TAK MUKTAMAD


NAJIB BERJAYA BUKTIKAN KEMAMPUAN - melayau

Abdullah Ahmad Badawi menyelar tindakan pembangkang yang sengaja mempertikai kewibawaan Najib Razak yang terbukti kredibiliti dan keupayaannya dalam mentadbir negara.

Abdullah berkata, usaha mencetuskan keraguan terhadap kepimpinan kerajaan hanya sia-sia.

Ini kerana, tegasnya, Najib sudah menunjukkan prestasi cemerlang pentadbirannya termasuk berjaya memacu ekonomi negara ke tahap lebih tinggi.

KAH KAH KAH…

woit…. INI BETUL BETUL SUDAH DESPRATE… kah kah kah..

woit… INI BETUL BETUL SENDANG NAZAK… kah kah kah..

kah kah kah…. MAT TAK MUKTAMAD DAPAT SOKONGAN DARI MAT NGANTOK…kah kah kah..

kah kah kah… SEORANG TAK PERNAH MUKTAMAD… YANG SEORANG HANYA ZZZZZZ…. kah kah kah

woit... INI MACAM ZUL NORDIN DAPAT SOKONGAN DARI ZAHRIN..kah kah kah

Negara Kita Mudah Menganugerah Dan Juga Menyerah

SESIAPA yang gilakan kepada anugerah, pangkat dan penghormatan datanglah ke negara ini. Begitu juga sesiapa yang mahukan sesuatu yang tidak mungkin diperolehi di negara lain datanglah ke negara ini.

Masyarakat negara ini sangat baik hati dan mudah menerima budi dan juga memberi budi kepada sesiapa saja. Kerajaan juga begitu. Apakah sikap ini berlaku kerana demikian pembawaan sikap dan fiil orang Melayu? Mudah memberi dan mudah berterima kasih walaupun atas sesuatu perkara yang remeh saja.

Ia juga mungkin ada kaitan dengan nilai-nilai ketimuran yang menjadi amalan masyarakat (khasnya Melayu) negara ini.

Tengok saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Boleh dikatakan setiap hari ada-ada saja pihak menganugerahkan pingat, gelaran dan sebagainya kepada seseorang sebagai menandakan ketinggian budi penghormatan kepada sesiapa saja.

Kadang kala kerana terlalu murah itu menjadikan anugerah itu tidak ada nilai atau pun nilainya tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan seseorang.

Perhatikan sahaja, bagaimana menjelang hari lahir raja atau sultan, berpuluh orang dinobatkan sebagai penerima anugerah membawa gelaran datuk. Mereka yang dianugerhakan gelaran itu kadang-kadang tidak tahu apakah jasa dan pengorbanannya. Apakah pengorbanan kepada raja atau sultan bukannya kepada negara dan orang ramai? Ada juga yang diberi anugerah semasa dalam perut lagi!

Keadaan ini sehingga menjadikan lambakan datuk. Kalau kita masuk ke pasar dan kebetulan berjumpa dengan seorang bergelar datuk yang menemani isteri mudanya membeli asam, masa menyapanya, "Datuk..." akan berpuluh muka akan berpaling ke arah kita. Semua yang berpaling itu adalah datuk. Ini menunjukkan si datuk ini ada di mana-mana saja.

Anugerah datuk itu adalah anugerah terbesar dan hebat dan menjadikan seseorang berpresij. Anugerah dan gelaran-gelaran lain usahlah peduli lagi. Penganugerahan dan penobatannya berlaku setiap lima minit sekali. Semalam bekas PM, Abdullah Badawi telah mengalungkan selimpang 1 Malaysia kepada tiga orang tokoh di Kepala Batas. Saya lihat betapa hapraknya Abdullah dalam hal ini kerana beliau mengalungkan selimpang 1 Malaysia bukannya selendang Islam Hadhari. Patutlah baru orang gertak dia sudah berundur jadi PM.

Itu 12 orang sukarelawan yang menyertai flotilla kemanusiaan ke Gaza, telah dianugerahkan sebagai Wira Gaza oleh pihak tertentu. Tiap mereka dinobatkan sebagai Wira Gaza di atas pemergian mereka yang tidak kesampaian itu.

Semalam di Perak, kawan saya, Shamsul Akmal Musa Kamal yang ikut sama dalam misi itu dan berada di atas kapal Rachel Corrie disambut sebagai wira Gaza. Satu majlis menyambut kepulangan beliau ke kampug asalnya diadakan. Beliau dipakaikan tengkolok sebagai simbol kewiraannya. Bagi orang Melayu kalau pakai tengkolok itu kira beranilah. (Walhal si kitol, Patih Karmawijaya dan si antogonis lain juga pakai tengkolok). Sebab itu dalam majlis-majlis berunsur Melayu hostnya dikenakan tengkolol walaupun setengahnya perangai lebih teruk dari Yahudi.

Saya bukan dengki dalam hal ini. Anugerahlah dan berilah sejuta gelaran kepada mereka tidak mengapa. Jangan bagi duit sudahlah. Nik Abdul Aziz Nik Mat pun semalam semasa menggulung perbahasan di Muktamar Pas menyarankan supaya kita memanggil orang dengan panggil yang lunak dan baik. Itu Islam suruh.

Tetapi dalam bak memberi anugerah dan menyanjung tinggi kepada sukarelawan itu dikira kurang wajar. Apalah sangat perjuangan 12 orang yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke Gaza itu. Apakah ciri-ciri kewiraan mereka yang boleh kita kagum dan bangga-banggakan. Apakah mereka pergi untuk berperang dengan Israel? Pemergian mereka itu adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pejuang hak asasi dan NGO kemanusiaan di mana-mana saja.

Kejadian penawanan kapal Mirmara dan Rachel Corrie yang mereka naiki itu kebetulan saja. Mereka tidak pun fikir yang mereka akan dikepong dan ditawan oleh komando Isreal laknatullah itu. Mereka ditahan kerana dianggap mencerohi perairan Israel. Itu saja. Mereka pergi sebagai sukarelawan yang tidak sesiapa menyuruhnya. Saya yakin kalau mereka tahu yang mereka akan dikepong dan nyawa terancam mereka tidak akan pergi! Semasa pemergian mereka dulu tidak dihantar sebagai wira perang oleh rakyat negara ini pun.

Sudahlah begitu, flotilla kemanusiaan yang mereka hendak sampaikan tidak kesampaian pun. Rakyat Gaza tidak pun menerima sebutir beras dan sebiji penadol yang mereka layarkan. Entah ke mana peralatan, makanan, perubatan dan sebagai yang mereka bawa itu. Jadi adalah anih kalau mereka dinobat dan diarak, diusung bagaikan si bocah nak disunatkan sebagai wira Gaza hanya kerana mereka disekat oleh Israel.

Kerana itu penobatan mereka sebagai wira Gaza, memakai tengkolok dan entah apa-apa itu sudah berlebih-lebihan dan tidak sepatutnya. Kita merainkan sesuatu yang tidak menepati keadaanya. Justeru ia lebih kepada gimik saja. Televisyen pula sama siap buat telecast dan kepulangan mereka disambut bekas Perdan Menteri (yang suka mencari publisiti) dan juga Timbalan Perdana Menteri. Tidak cukup itu mereka dipanggil menjadi panel di tv dan radio.

Jika dibandingkan dengan kepulangan para pendaki gunung Everest dulu, jauh para pendaki itu lebih tepat untuk digelarkan sebagai wira. Mereka berjaya mendaki gunung sambil mencatat sejarah buat negara ini. Tetapi kepulangan mereka tidaklah disambut demikian rupa dan mereka tidak pun digelar sebagai raja gunung dan sebagainya. Walhal usaha mereka meletakkan negara di peta dunia itu juga satu usaha mencabar maut. Sayangnya rakyat dan kerajaan tidak begitu nampak akan kelebihan dilakukan pendaki ini berbanding misi kemanusiaan itu.

Makanya saya melihat ada muslihat politik disebalik raian berlebihan kepulangan sukarelwan yang tewas itu. Ada semacam usaha Umno hendak menunjukkan yang mereka bersimpati dengan Palestin. Benarkah begitu? Ia boleh dipersoalkan. Kalau benar Umno bersimpati dengan nasib Palestin mereka harus melakukan tindakan ke atas Israel termasuk menggunakan kuasa menerusi kerajaan bagi menindasnya bukan sekadar turut merayakan sukarelwan yang gagal menyampai misi bantuan itu. Tindakan utama dan pertama sekali ialah membatal kontrak bernilai RM77 juta dengan Apco syarikat yang ada kepentingan Zionis itu dan membekukan segala misi dagangan dengan Israel.

Iya saya benar confius apa yang dilakukan itu sama ada menepati keadaan atau pun sebaliknya. Betapa tidak sukarelwan itu pergi bersendirian, gagal menyampaikan bantuan tetapi kita menerimanya sebagai wira pula. Kalaulah begitu setiap apa saja misi yang gagal dilakukan rakyat negara ini boleh dianggap wira.

Membandingkan tugas sukarelwan itu dengan beberapa orang rakyat Malaysia yang ikut berperang melawan Amerika sebagai Mujhidin di Afghanistan satu masa lalu rasanya mereka lebih wajar dianggap sebagai wira bangsa kerana setengah mereka ada yang terbunuh kerana mempertahankan Islam di Afghanistan dari ganyangan Amerika dan Zionis. Malang sebaliknya mereka yang ke Afghan itu bila balik dikurung di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Makanya duhai rakyat Malaysia nilailah sesuatu apa yang hendak kamu lakukan jangan meletakkan raja plastik atas singgahsana dan berbuat sesuatu yang hakiki dan bukannya yang munafik!
MSO

GEROMBOLAN KENA PIKUL MAT MONGOL

INI SUDAH BERAT - KALAU IKANG MEMANG BAIK - INI MEMIKUL MAT MONGOL

MNO JOHOR TOLAK JUDI – mkini

Umno Johor hari ini menolak sebarang judi dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk judi dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.

KAH KAH KAH…

woit…. KELMARIN KHAIRY …. TIBAI MAT MONGOL….kah kah kah..

kah kah kah… HARI INI GHANI… TIBAI MAT MONGOL… kah kah kah..

woit… NAMPANYA SATU KONSPIRASI TELAH BERMULA…. kah kah kah..

kah kah kah…BERMULA TIBAI HAL JUDI… kah kah kah..

kah kah kah…. LEPAS INI TIBAI HAL BODY…. kah kah kah..

woit… AKHIRNYA AKAN DITIBAI HAL MISSING BODY…. kah kah kah..

woit… NAMPAK NYA … HARI HARI AKHIR UNTUK MAT MONGOL AKAN SAMPAI…kah ah kah..

nota:
mahafiraun senyap aje
anak bini dia ada
saham ke kah kah kah

Perwakilan Kelantan selar blogger separuh masak

Perwakilan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadli Shaari menyelar kelompok blogger yang sering menghentam dan memaki hamun para ulamak dan kepimpinan PAS dengan bahasa dan fakta yang tidak benar.

Mutakhir ini kata Fadli, Pemuda PAS perlu menyedari bahawa adanya 'blogger separuh matang' yang semakin berani dan bertindak untuk merosakan imej kepimpinan PAS serta ulama.

Sedangkan kata Fadli, pimpinan ini terutamanya pimpinan PAS di Kelantan melalui detik sukar bagi mempertahankan pemerintahan di Kelantan pada tahun 2004 apabila PAS hanya memerintah dengan satu kerusi sahaja.

Dengan kekuatan kepimpinan, akhirnya PAS di Kelantan berjaya memastikan Umno 'terpaku' dengan kekalahan besar parti lawan itu pada tahun 2008, katanya.

'Bagi saya kita selaku pemuda PAS perlu mempertahankan kepimpinan kita.Hormati pimpinan yang berkorban yang selamatkan PAS," katanya ketika membahaskan Ucaptama Ketua Pemuda PAS sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-51 di KTC dekat sini 10 Jun lalu.

Beliau menasihatkan Pemuda PAs agar tidak mudah termakan dengan apa yang dilaporkan dalam media blogger separuh mentah ini yang mana hanya mahu memberi imej negatif kepada pimpinan PAS.

"Kita kena beradap dalam tegur pimpinan.Blogger ini melabel kepimpinan kita dengan perkataan yang tidak baik, kata pimpinan PAS dan ulamak kepala lutut.Pada saat ulama dan pimpinan ini dihentam, dimana pemuda PAS?," katanya yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Justeru kata Fadli, Pemuda PAS Kelantan mencadangkan dan menggesa Pemuda PAS seluruhnya berikrar agar pemuda menjadi benteng dan galang ganti untuk mempertahankan kepimpinan ini.

"Alang alang berjuang islam biar sampai capai kemenangan atau mati syahid," ujarnya sambil disambut laungan takbir oleh perwakilan Pemuda PAS.

Sementara itu, dalam perbahasan yang sama, Fadli juga mengingatkan agar kepimpinan pemuda memastikan gerakan PAS akan terus menjadi gerakan politik Islam.

Pemuda kelantan juga mahu seluruh ahli Pemuda PAS menjayakan misi memastikan bilangan pengundi muda dan baru mendaftar dan menyokong PAS, katanya.

Beliau menyokong saranan dalam ucapan Perasmian oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat agar pemuda, muslimat dan ulama sedia menjadi kerajaan menanti dengan slogan "sepakat melangkah ke Putrajaya".

Beliau juga mengingatkan agar Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan menjana imej agar boleh diterima dan didekati oleh masyarakat pelbagai latar belakang termasuk bukan Islam.

PASCA MUKTAMAR : MASA UNTUK BEKERJA


Muktamar PAS Pusat kali ke-56 berlangsung dengan jayanya di Putik Kelantan bermula Jumaat dan berakhir semalam. Muktamar ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kalinya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menghadiri muktamar atas status sebagai sayap parti dan diberikan hak untuk bercakap dan membahaskan ucapan dasar Presiden.

Sesungguhnya muktamar PAS kali ini benar-benar membuktikan PAS amat matang dan bersedia menghadapi apa juga cabaran pada masa depan.

Tidak syak lagi PAS sedang berada di kedudukan terbaik untuk mengharungi Pilihanraya Umum ke 13 dalam masa terdekat ini.

Kini masanya untuk pemimpin, petugas dan penyokong PAS menggiatkan lagi kegiatan Parti mendekati dan mendepani masalah rakyat. Mari kita gemblengkan tenaga kita sepenuhnya untuk membebaskan negara dan rakyat dari belenggu 'penjajahan' BN selama lebih dari 50 tahun.

Hadiah kepada Presiden PAS

Dalam Muktamar PAS Ke-53, Ketua Dewan Ulama PAS waktu itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi bercakap menyusahkan parti. Saya tak sanggup nak kata cakap tak pakai akal. Akibatnya boleh dilihat dalam berita Malaysiakini 25/6/07 bertajuk "Speaker tolak usul pengakuan pindah pengundi di Kelantan". Antara lain, berita itu melaporkan:
Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan selepas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, menolak lima usul mereka, termasuk usul membahaskan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS yang mengakui secara terbuka melakukan pemindahan pengundi.

Ketua Dewan Ulama PAS itu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Demit membuat pengakuan tersebut dalam muktamar parti itu baru-baru ini.
Dalam Muktamar PAS ke-56 yang berakhir semalam, saya lihat Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula bercakap menyusahkan parti. Bukan fasal Pakatan Rakyat (PR) akan kalah di Selangor dan Kedah. Itu pun dah kira damaging dari segi PR (kalau kita jual barang, kita tak heboh rata kampung bagi tau orang bahawa barang kita tak laku sebaliknya kita buat kerja dalam diam untuk melariskan barang kita). Ada benda lain lagi yang lebih damaging.

Setahu saya, Abdul Halim bukanlah jenis bodo. Boleh kata cerdik juga la. Presiden PAS sendiri dikatakan pernah menyifatkan Abdul Halim sebagai "tajam". Tetapi, saya rasa Abdul Halim sudah tua. Banyak sisi-sisi kebijaksanaannya yang dimamah usia.

Apa pun, cakap Abdul Halim yang menyusahkan parti semalam boleh dianggap sebagai hadiah kepada mereka yang membahagi-bahagikan jawatan dalam PAS selepas pemilihan dalam Muktamar PAS ke-55 tahun lalu. Maklumlah, Abdul Halim "tajam".

Amalan Kronisme Dalam PAS Bakal Hancurkan Parti


Kerajaan negeri kena bantu PAS

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS akan kalah teruk di Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang jika kerajaan negeri tidak membantu.

"Malah di Kelantan, PAS hanya boleh mempertahankan 18 kerusi negeri," katanya ketika menggulung jawaban dalam Muktamar Tahunan PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

"Kekuatan PAS Selangor dan Kedah tidak sama dengan Kelantan. Jika kerajaan negeri tidak membantu, parti (PAS) akan bermasalah. Kerajaan Selangor kena tolong PAS negeri itu, kalau tidak PAS ‘out’ di negeri itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, "menjadi kewajiban pergerakan itu mendaftarkan 2.2 juta anak muda yang belum mendaftar menjadi pengundi baru dan kita sudah lancar gerakan mendaftar ahli baru melalui pelbagai aktiviti pergerakan."

Menurutnya, PAS perlu memberi perhatian kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu kerana kedua-duanya perlu memahami hala tuju parti.

Mengenai isu judi sukan, Nasaruddin berkata, demontrasi besar-besaran 3 Julai masih belum terlambat kerana Piala Dunia memasuki peringkat suku akhir.

"Kita mendapat maklumat Kumpulan Berjaya mensasarkan pertaruhan judi kepada empat liga bolasepak Eropah – Itali, Jerman, Sepanyol dan England," katanya.

Beliau berkata, "pihaknya mengatur jadual berjumpa mufti dan menteri besar di seluruh negara untuk menyertai demontrasi judi itu. Kita berharap semua hadir – muslimat, ulama’, pemimpin atasan."

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula mencadangkan orang ramai membawa sebiji bola setiap seorang pada hari demontrasi judi sukan nanti.

"Kalau boleh mereka memakai jersi bola pada hari tersebut,"katanya disambut gelak ketawa perwakilan.

Ulasan GB

Kekalahan PR Selangor nanti, seperti yang diresahkan oleh pelbagai pihak jika berlaku, bukanlah kerana faktor kuraangnya pendaftaran pengundi muda, tetapi faktor PAS Selangor sendiri yang tidak caca marba.

Berlakunya hal demikian kerana wujudnya seorang pemimpin yang mengamalkan budaya cah keting dalam PAS. Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini telah memecat ahli jawatankuasa harian PAS negeri untuk digantikan dengan kroninya - kemudian diperkuatkan lagi dengan amalan perlantikan dengan kaedah kronisme oleh Presiden PAS sendiri terhadap jawatan-jawatan utama parti.

Saya hairan mengapa "mereka itu" mengamalkan budaya UMNO di dalam PAS. Dan "mereka itu" adalah yang bergelar "pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS.

Sebelum PRU, pastikan "pemimpin bermasalah" itu dibersihkan daripada parti, jika tidak PAS memang bermasalah menghadapi PRU dan cah keting di Selangor akan berlaku lagi untuk menurunkan hanya kroni-kroni di untuk bertanding.

Dr M claims Malays could become like ‘Singapore Malays’


Dr Mahathir (right) claimed political polarisation could see Malays becoming a minority power in Malaysia. — Picture by Choo Choy May
KUALA TERENGGANU, June 14 — Tun Dr Mahathir Mohamad said today the Malays were in crisis and risked becoming marginalised like “Singapore Malays” because of political divisions.
He told a rally of Malay NGOs here today that Malays could end up as a minority in their own country.
According to the ex-premier, the community had become divided by political parties selling them out for power.
He then blamed PAS and PKR, instead of Umno, for the predicament he claimed Malays were now in.
“The Malays make up 60 per cent of the population. However, the percentage of Malay voters are smaller today because 20 per cent each is given to the three [Malay] political parties, including Umno.
“And they will fight each other, [and this will cause] the community to become a minority. They (PKR and PAS) only want to grab power. Their priority is not race and religion but power.
“They are willing to do anything to become prime minister,” he claimed when addressing Gertak’s rally at the state’s indoor stadium here.
Fewer than a thousand people were present at The Gerakan Kebangkitan Rakyat’s (People’s Awareness Movement) “Melayu Bangkit” rally here. The organisers had expected a turnout of more than five thousand.
Gertak means “to intimidate” or “to bully” in Bahasa Malaysia, but organisers have denied that today’s rally was meant to intimidate non-Malays.
Dr Mahathir said that community was in crisis and must act before it shares the same fate as its southern neighbours.
 “If we do not think deeply about the future of our community then there is a possibility that we can become [like] the Singaporean Malays and have no power.
“We would have to bow down when facing other races. It’s not that we want other races to bow down to us but we want fair distribution of economic and political power,” he said.
The Gertak movement was founded earlier this year, shortly after the controversial “Allah” judgment.
In a landmark ruling on Dec 31 last year, the Catholic Church won the right to use the word “Allah” to also refer to God outside of Islam, shattering a long-held view among many Malaysian Muslims who considered that the word was reserved for their community.
The movement’s purpose was to unite the Malay community, which today is split over issues of religion and race, Gertak chief Razali Idris said.
An initial rally scheduled for May 13 had been cancelled after authorities stepped in out of concern the event may trigger memories of the racial bloodbath from 41 years ago and reignite tensions between Malaysia’s diverse ethnic groups.

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT


Perhimpunan 'Melayu Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 600 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.
Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.
Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.
Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.
Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.
Kira-kira 10 anggota polis berpakaian seragam kelihatan di dalam stadium, manakala yang lainnya bertugas di luar.
Dalam ucapannya , pengasas Gertak Razali Idris mengecam mereka yang mengkritik perhimpunan tersebut - yang pada mulanya dijadual pada 13 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini - serta kehadiran Dr Mahathir.

Razali mengakhiri ucapannya dengan menggesa mereka yang hadir supaya bangkit mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan Raja Melayu.

Beliau juga menegaskan bahawa orang bukan Melayu tidak harus takut kerana gelombang kebangkitan orang Melayu itu merupakan satu anjakan pradigma untuk mempertingkatkan masyarakat Melayu, dan pada masa yang sama, menghormati kaum lain.

Antara 45 NGO yang hadir yang bergabung dengan Gertak ialah Pekida, Pewaris, Sahabat Laut Malaysia and Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu.
Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir pula berkata pembatalan perhimpunan itu pada 13 Mei lalu adalah disebabkan oleh fikiran singkat sesetengah pihak yang bimbang perhimpunan orang Melayu itu diadakan pada tarikh berlakunya rusuhan kaum pada 1969.
Dr Mahathir berkata walaupun ada yang menyifatkan tindakan GERTAk mengadakan perhimpunan pada 13 Mei sebagai rasis, peristiwa itu tidak harus dilupakan.

Katanya tindakan melupakan sejarah akan menyebabkan kita akan mengulangi kesalahan berkali-kali.

Menurutnya, tarikh tersebut dipilih secara kebetulan dan tanpa maksud tersembunyi.

Mahathir menambah, rakyat perlu diingatkan mengenai peristiwa tersebut "jika kita ingin belajar daripadanya".

Hanya 600 sertai perhimpunan Melayu Bangkit

KUALA TERENGGANU, 14 Jun: Hanya kira-kira 600 peserta menyertai perhimpunan Melayu Bangkit di stadium tertutup Kuala Terengganu pagi ini.

Perhimpunan yang sepatutnya diadakan 13 Mei lalu diadakan hari ini dengan tetamu khasnya adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut pengerusi penganjur program, Razali Idris, terdapat 40 NGO yg bergabung di majlis ini.

Perhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 13 Mei, iaitu hari berlakunya tragedi rusuhan perkauman, ditentang oleh pelbagai pihak selepas ia didedahkan oleh PAS dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Dalam sidang itu, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Setiuasaha Agung, Datuk Mustafa Ali kesal dengan perhimpunan yang bakal menaikkan semangat perkauman sempit itu.

Ekoran itu pelbagai pihak membantahnya termasuk rakan-rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Ekoran itu, pihak penganjurnya telah menangguhkan perhimpunan itu ke hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah berucap dengan mengungkit sejarah politik dan kemerdekaan negara.

Menurut beliau, sudahlah pengundi Melayu hanya 60 peratus sahaja di negara ini, mereka pula berpecah kepada tiga kumpulan iaitu Umno, PAS dan PKR.

Beliau juga menyindir bekas timbalannya, tanpa menyebut nama Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan berkata "mata hitam yg mempunyai tabiat buruk, tidak boleh dibenarkan terus memimpin orang Melayu."

Anwar paling layak pemimpin utama PR - Nik Aziz

KOTA BHARU,  14 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat kerana beliaulah paling layak dan sudah teruji.

“Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

“Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," kata Nik Aziz kepada media selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di sini hari ini.

Nik Aziz juga berkata, Anwar juga telah lulus ujian dari segi moralnya apabila menghadapi segala cabaran dengan tabah dan penuh dedikasi.

Beliau ditanya apa komen beliau terhadap cadangan seorang perwakilan dalam muktamar PAS selepas kejayaan beliau memimpin PAS dan kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Sebelum ini, Datuk Zaid Ibrahim yang kini menyertai PKR mencadangkan agar Nik Aziz dilantik sebagai Pemimpin Spiritual (Spiritual Leader) Pakatan Rakyat.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)   yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: “Tidak mengapa, saya terima daripada segi sifat orang melihat saya.”

Gertak chief sheds light on ‘Melayu Bangkit’ rally


KUALA LUMPUR, June 13 — Gertak chief Razali Idris has insisted there is nothing provocative about his group’s name or the “Melayu Bangkit” rally tomorrow; it is for peace, he explained. The Gerakan Kebangkitan Rakyat (People’s Awareness Movement) is widely known by the double-entendre acronym; in the national language, Gertak means “to intimidate” or “to bully”; but Razali said the word carried another meaning in his native dialect.
“It means ‘connection bridge’ in the Terengganu dialect,” the Umno Marang deputy chief told The Malaysian Insider.
He chose the word because it embodied all that his group stood for.
There should be no “double meaning” attached to Gertak the organisation, Razali said, but he could not help what others thought.“It is their perception,” he said, shrugging off comments from critics.
The Muslim businessman founded the movement earlier this year, shortly after the controversial “Allah” judgment.
In a landmark ruling on December 31 last year, the Catholic Church won the right to use the word “Allah” to also refer to God outside of Islam, shattering a long-held view among many Malaysian Muslims who held that the word was reserved for their community.
The movement’s purpose is to unite the Malay community, which today is split over issues of religion and race, Razali said.
”Unity in each race is the root of peace and harmony,” he added and stressed that because the Malays make up the largest group in multiracial Malaysia, their unity is crucial to the nation’s stability.
“This is the true meaning of Gertak, the bridge to unite the unity,” he quipped.
It was with that in mind that Razali planned a gathering aimed at motivating the Malay community to stand together instead of being at odds with each other.
An initial rally scheduled for May 13 had been cancelled after authorities stepped in out of concern the event may trigger memories of the racial bloodbath from 41 years ago and reignite tensions between Malaysia’s diverse ethnic groups.
Razali maintained the date chosen was coincidental and not deliberate.
”We don’t have any intentions to provoke [tensions] among races since we also love Malaysians,” he said.
Razali is now finalising details for the replacement rally to take place in his home state tomorrow at the state stadium in coastal Kuala Terengganu.
He had earlier planned discussions on several issues, including the much-debated New Economic Policy (NEP) introduced by second prime minister Tun Razak Hussein after the bloody May 13 riots in 1969 and officially ended 20 years ago.
Razali claimed the policy is still relevant but has called off discussions.
“We cancelled the discussion, but the question [will] still be answered by Tun in his speech,” he replied when asked referring to his idol Tun Dr Mahathir Mohamad.
Razali confirmed that the former prime minster will deliver the keynote address at the stadium rally.
Razali is anticipating a huge turnout for the rally, which will feature only two speakers, namely himself and the man who governed Malaysia for 22 years.

'Jangan ambil ringan propaganda Umno'

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan hari ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak mengambil ringan hakisan Melayu sokongan terhadap parti Islam itu dan persepsi yang ia mengabaikan akar umbi Melayu.

Bercakap sewaktu sesi penggulungan muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa Kelantan, Nasruddin (kiri) mengingatkan bahawa adalah satu kesilapan sekiranya PAS menganggap propaganda lawan politiknya - Umno - mengenai perkara itu, tidak memberi sebarang kesan.

Nasrudin berkata, sejak 2008 hingga sekarang, PAS semakin kehilangan sokongan orang Melayu, khususnya berkaitan hubungan PAS dengan DAP sehingga ada yang mendakwa parti itu menjadi boneka DAP dan telah meninggalkan perjuangannya.

Menurut Nasrudin lagi, perang psikologi Umno itu mempengaruhi tanggapan NGO Melayu terhadap PAS.

Atas alasan itu, kata Nasruddin, parti harus merapatkan dirinya dengan NGO dan masyarakat Melayu bagi membetulkan salah tanggapan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS akan melancarkan gerakan mendaftar ahli dan pengundi baru (Gempa) untuk mendekati masyarakat dan memperluaskan sokongan terhadap parti itu.

Serang konvoi: Israel hanya benar siasatan dalaman

BAITULMAQDIS, 14 Jun — Israel akan mengadakan siasatan dalaman sendiri berhubung tindakan tenteranya mengepung dan menyerang konvoi misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, yang menyebabkan sembilan orang terbunuh.
Langkah itu diumumkan oleh pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu satu kenyataan dikeluarkan semalam.
Israel telah pun menolak cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar dibentuk panel antarabangsa untuk menyiasat serangan maut yang membawa kematian sukarelawan beberapa negara menyertai misi itu pada 31 Mei lalu.
Laporan Reuters menyebut, bagaimanapun Israel bersetuju membenarkan dua pemerhati asing bebas dalam siasatan dalaman itu.
Keputusan akhir langkah mengadakan siasatan itu hanya akan ditentukan hari ini, demikian menurut kenyataan itu.
Kira-kira seminggu kemudian tentera Israel mengepung satu lagi kapal misi kemanusiaan ke Gaza tetapi ia tidak diserang.
Dalam reaksi segera, Amerika Syarikat mengalu-alukan keputusan Israel itu.
Kenyataan jurucakap White House Robert Gibbs menganggap cadangan mengadakan siasatan dalaman sebagai “langkah ke depan yang penting.”
Katanya, Israel ada keupayaan untuk mengendalikan siasatan yang adil berhubung tragedi itu.
“Tetapi kita tidak harus prejudis tentang proses atau keputusannya, dan perlu menunggu hasil siasatan sebelum membuat pandangan susulan,” kata beliau di Washington.
Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin 18 sukarelawan negara yang melalui pengalaman perit menyaksikan sendiri kekejaman rejim Israel di Gaza baru-baru ini akan bersedia memberikan keterangan untuk membawa pimpinan rejim itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sebahagian daripada sukarelawan yang menyertai misi itu merupakan rakyat Malaysia.
Seramai 12 dariapda 18 sukarelawan itu menaiki kapal MV Mavi Marmara yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza tetapi mereka selamat dan kembali ke tanah air pada 6 Jun.
Sehari kemudian enam sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal MV Rachel Corrie yang disekat Israel pulang ke Malaysia.
Muhyiddin berkata keputusan untuk memberi keterangan itu sendiri adalah sebahagian daripada perjuangan para sukarelawan itu.
Sidang Dewan Rakyat Isnin lalu sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia akan berusaha bersama-sama dengan negara-negara sependapat untuk mendesak Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan satu resolusi mengutuk tindakan ganas Israel dan membawa pimpinan rejim Israel dihadapkan ke ICC.
Menurutnya jika gagal diambil tindakan, Malaysia akan bekerjasama dengan negara-negara sependapat bagi mendesak supaya satu persidangan sesi khas tergempar perhimpunan agung PBB diadakan bagi mendapatkan nasihat undang-undang daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakan yang dilakukan Israel di kawasan perairan antarabangsa itu.

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Rakyat Digalak Pakai Jersi Bola Pada Perhimpunan Anti-Judi 3 Julai

Oleh Suraaya Hulaimi
PENGKALAN CHEPA 14 Jun - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan orang ramai yang hendak menyertai demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai nanti memakai jersi bola sepak yang ada nombor dan membawa sebiji bola tiap seorang.
Beliau mengucapkan tahniah kepada DPPP yang begitu agresif sehingga berjaya menubuhkan Gerakan Membantah Judi Bolasepak dan berharap seluruh rakyat prihatin dapat bersama-sama dalam perhimpunan tersebut.
"Saya nak minta supaya mereka datang dengan memakai apa saja jersi bola sepak bernombor ataupun mengikut warna negeri masing-masing, kalau datang dari Kelantan bolehlah pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai jersi hijau kuning, Tok Guru Hj Hadi kena pakai warna putih tapi semua kena pakai jersi bernombor.
"Setiap peserta demonstrasi membawa bola seorang sebiji, ini sebagai simbolik kepada demonstrasi bagi menentang judi bola sepak, kita nak kata 'bola - ya, judi - tidak'.
"Sebab itu saya mengharapkan isu ini menjadi satu lonjakan kepada kita semua dan kepada banyak isu-isu yang lain dan saya harap jangan kita rasa kebimbangan PAS untuk menggadaikan polisinya tetapi ianya dilakukan berdasarkan landasan Islam dan sunnah Nabi dan kita jangan takut melakukan perubahan baru," kata Mahfuz ketika menggulung perbahasan Muktamar PAS ke-56 di sini semalam.

Keputusan parti adalah 'collective responsibility' - Salahuddin Ayub


PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - PAS telah menjadi perintis ulung dalam menjalinkan kerjasama politik dengan non-muslim pada masa ini. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS baru-baru ini.


"Idea untuk membawa sokongan bersama orang bukan Islam kepada perjuangan Islam ini telah diutarakan oleh almarhum Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad (mantan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS) lama dahulu," ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


Selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Dewan Himpunan Penyokong PAS, beliau berkata, ini adalah menjadi satu bukti bahawa PAS dan kepimpinan PAS berpandangan jauh. Sekarang, pada 2010 idea itu menjadi satu kenyataan.


Beliau juga memberikan jaminan kepada sidang muktamar bahawa segala keputusan yang dibuat oleh parti adalah secara 'collective responsibility' atau secara syura. Para ahli parti digesa untuk terus menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat oleh parti kerana ianya tidak sekali-kali akan merugikan parti.


Salahuddin menegaskan demikian ketika dalam sesi menjawab persoalan perwakilan tengahari tadi.

Calon bukan Islam: PAS bersandiwara, kata Mukhriz

SEREMBAN, 13 Jun — Datuk Mukhriz Mahathir mahu melihat apa pula reaksi DAP apabila rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS membenarkan calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Di samping menyifatkan perkara tersebut sebagai menarik, Ahli Parlimen Jerlun itu berkata tindakan tersebut seolah-olah menindakkan peranan DAP yang mempunyai lebih ramai calon dari kalangan bukan Islam.
“Sebelum ini pernah berlaku di Perak di mana DAP telah mewujudkan satu cawangan yang semua ahlinya dari kalangan orang Melayu Islam.
“Jadi, sekarang ini apabila PAS juga lakukan perkara yang sama, saya menantikan apa pula tindak balas daripada pihak DAP,” kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Pantai dan Pantai Setia di sini hari ini.
Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon bukan Islam, bakal dipilih daripada kalangan anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan diwajib membuat ikrar bagi mengelakkan budaya melompat parti.
Sambil yakin budaya itu tidak akan menjangkiti PAS, Hadi berkata, Majlis Syura telah memberi kelulusan bagi membenarkan bukan Islam menggunakan lambang parti itu kelak.
“Kita akan adakan perjanjian, ikrar boleh dibuat... saya percaya mereka yang ada moral tidak akan lompat parti,” kata Hadi.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata langkah PAS tersebut juga merupakan satu sandiwara.
“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam namanya sahaja sudah ada perkataan Islam. Jadi saya tidak yakin yang mereka sebenarnya serius untuk membuka parti mereka kepada yang bukan Islam, hanya sekadar nak ambil hati yang bukan Islam,” katanya.
Beliau juga berkata usaha PAS tersebut tidak akan memberi kesan kepada Umno kerana Barisan Nasional yang ditunjangi Umno sejak dahulu mengamalkan formula perkongsian kuasa yang cukup berjaya.

Hubungan kerjasama PAS dengan bukan Islam berbeza dengan Umno

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Umno dengan parti komponen dalam Barisan Nasional.
Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada muktamar PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, kerjasama PAS dengan orang bukan Islam sehingga tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong Cina (DHPP) berkata, perkara itu adalah ajaran Islam.
"Penubuhan DHPP berdasarkan Islam dan konsep kerjasama PAS dengan bukan Islam, tidak sama dengan kerjasama Umno dengan rakan-rakan mereka.
"Kerjasama kita adalah tahaluf siyasi, tapi kerjasama Umno dengan parti lain sehingga menggadai prinsip," katanya.
Menurutnya juga, Islam mengizinkan kita membenarkan penglibatan orang bukan Islam dalam politik," katanya lagi.
Beliau berkata, penubuhan DHPP itu juga menandakan dua tongkat Umno iaitu sokongan orang Cina dan India sudah hilang, namun orang Melayu masih menyokong Umno.
"Sekarang Alhamdulillah dua tongkat yang menjadi pergantungan Umno sudah rapuh. Cuma orang Melayu masih menyokong Umno. Nak membela orang Melayu dengan ISlam, bukan denagn Islam. Rasulullah membela orang Arab dengan Islam, bukan dengan Arab," katanya.
Beliau turut melahirkan kegembiraan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh semua perwakilan terhadap penubuhan DHPP.
Sedangkan ujarnya, suatu ketika dahulu PAS pernah dicemuh tidak dapat mentadbir negara kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk.
Namun katanya, hari ini PAS berjaya membuktikan keupayaan PAS menarik sokongan bukan Islam.
"Semua perwakilan menyatakan sokongan kepada penubuhan DHPP dan dapat ulasan yang baik dari pemerhati luar termasuk media. Pada tahun 50-an dan 60-an dahulu, ramai yang kata PAS tak boleh perintah negara kerana Malaysia rakyatnya majmuk," katanya.

Nasharuddin tempelak profesor minta PAS tukar nama


KOTA BHARU, 13 Jun: Ustaz Nasharuddin Mat Isa mencadangkan seorang profesor institusi pengajian tinggi menukar namanya terlebih dahulu sebelum menuntut PAS menggunakan nama baru kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu.

"Ada seorang profesor mahu PAS tukar nama kerana membenarkan orang bukan Islam menjadi calon.
Sebelum dia meminta PAS tukar nama lebih baik nama dia sendiri ditukar terlebih dahulu.

"Tafsiran yang dibuat profesor itu kononnya PAS sudah mengadai prinsip kerana telah hilang keasliannya  adalah tidak benar," kata Timbalan Presiden PAS itu pada penggulungan ucapan dasar presiden petang ini.

Sedangkan kata beliau keputusan untuk membenarkan bukan Islam bertanding menggunakan lambang PAS dibuat Majlis Syura Ulama selepas memperhalusi perkara itu sejak sekian lama.

Beliau berkata, profesor terbabit menyebut PAS telah menggadaikan prinsip, sedangkan Islam sebenarnya bukan milik satu kaum sahaja.
"Kalau Islam hanya untuk satu kaum sahaja maka lebih aula Islam milik orang Arab kerana Islam diturunkan di negara berkenaan.  Sebenarnya perkembangan terbaru yang berlaku dalam PAS amat membimbangkan Umno," katanya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan, Prof Datuk Dr Zainal Kling mencadangkan PAS  menggugurkan perkataan Islam kerana membenarkan calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya umum akan datang

Pada ucapan yang sama Nasharuddin menyahut cadangan seorang perwakilan supaya Timbalan Presiden atau Presiden PAS berdebat dengan pemimpin tertinggi Umno dalam isu kelulusan lesen judi bola sepak.

"Saya meminta persetujuan muktamar hari ini untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno. Tan Sri
Muhyiddin Mohd Yassin mengenai isu kelulusan lesen judi bola.

"Tugas kita membuat penjelasan sama ada melalui debat dengan pemimpin tertinggi Umno atau cara lain. Saya cabar Timbalan Presiden Umno untuk berdebat isu judi pada bila-bila masa sahaja," katanya.

PAS Mahu Mulakan Mobilisasi Rakyat Hadapi PRU-13

Oleh Suraaya Hulaimi
PENGKALAN CHEPA 14 Jun - PAS akan menggerakkan satu mobilisasi bagi meningkatkan semangat rakyat untuk menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang dengan kerjasama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat serta badan bukan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Mohamad Sabu.
Gerakan mobilisasi rakyat ini yang dicadangkan itu merupakan program Dewan Ulama PAS Pusat dan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi.
Mohamad berkata program itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua parti di dalam Pakatan Rakyat dan NGO.
"Program ini perlu diadakan bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang kerana masih ada dua isu besar yang berulang iaitu pertamanya isu undi pos dan keduanya isu demokrasi yang tidak lagi diamalkan di Malaysia," kata beliau semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.
Beliau juga memuji kejayaan yang dibuat oleh lajnah terutamanya penerangan yang di pengerusikan oleh Idris Ahmad dan lajnah pilihan raya yang diterajui Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Di akhir ucapannya beliau melancarkan derma kilat di bagi membantu tabung untuk membina masjid dan sekolah di Semenanjung Gaza dengan sasaran derma sebanyak RM200,000 bagi tujuan tersebut.

‘Retreat’ PAS tiga hari bincang pelan hadapi PRU-13

KOTA BARU, 13 Jun — PAS akan mengadakan sesi pemukiman tiga hari, dijangka bulan depan untuk merangka rancangan komprehensif menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa hari ini.
“Kami akan mengambil kira (segala) maklum balas, kritikan dan perkara-perkara yang dibangkitkan pada muktamar ini dan akan dianalisis dalam retreat nanti,” kata beliau ketika berucap menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 hari ini.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata, pelan menyeluruh bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan siap menjelang September ini.
“Saya jangka ia boleh siap menjelang bulan Ramadan, bulan September ini,” katanya.
Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.
Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.
Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13.

PAS SEDAR TAK MAHU DI TIPU

KALAU BIAWAK INI - SEMUA SANGGUP PIKUL






KENAPA PAS TAK SANGGUP MEMIKUL BIAWAK HIDUP INI




PAS TIDAK MAHU TANGGUNG BIAWAK HIDUP - harakah daily

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.

"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.

Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.

Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.
"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.

KAH KAH KAH…


woit… MEMIKUL BIAWAK HIDUP… kah kah kah..

kah kah kah… NATANG BEWOK…. kah kah kah..

kah kah kah… KESIAN….UMNO SUDAH JATUH TARAF BIAWAK… kah kah kah….

woit… KESIAN PADA BIAWAK…BUKAN PADA UMNO….kah kah kah…

kah kah kah….APA SALAH BIWAK HINGGA DI SAMAKAN DENGAN UMNO…. kah kah kah..

kah kah kah… APAKAH BIAWAK SEHINA UMNO.kah kah kah…

kah kah kah... TAK BAIK HADI INI ... SAMAKAN BIAWAK DENGAN UMNO... kah kah kah..

woit... BIAWAK ADA PRINSIP... HANYA MAKAN BANGKAI... kah kah kah..

kah kah kah... UMNO MAKAN APA SAHAJA YANG BOLEH DI TELAN... kah kah kah

nota:
dulu gerombolan memikul mahafiraun
hari ini ada rancangan hendak membawa biawak umno
agar dipikul oleh pas

pada hemat pas kalau umno saja hendak dipikul
okay juga - tidak bagitu susah
ini bik mama pun nak kena pikul
jamin mati tak bernafas kah kah kah.

Penentang Tahaluf Siyasi ; Berfikiran Sempit, Mengekalkan Pemikiran Penjajah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/tghaha.jpgKOTA BHARU – Penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) telah mendapat sokongan dari seluruh perwakilan Muktamar Tahunan PAS kali Ke 56 yang berakhir semalam.

Bahkan ianya mendapat liputan yang meluas dari media cetak dan elektronik.

”Semua perwakilan dari Perlis hingga ke Sabah menimbulkan sokongan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

”dan kita mendapat ulasan dari pihak luar parti khususnya pihak media samada yang bercetak atau pun elektronik,”ujar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penangguhannnya diakhir Muktamar Tahunan PAS Ke 56 semalam.

Sehubungan itu, beliau menemplak golongan yang menentang amalan politik PAS yang mengiktiraf sokongan bukan Islam tersebut

Katanya, golongan tersebutlah yang dulunya, pada tahun 60an, mengatakan PAS tidak boleh memerintah negara kerana negara ini mempunyai masyarakat majmuk.

Apabila kini, PAS melibatkan golongan bukan Islam, golongan tersebut, bercakap sebaliknya.

”Bila kita libatkan orang bukan Islam, dalam kerja politik kita mereka berputar balik, ini kerana sempitnya pmikiran (mereka), kerana mereka mempelajari Islam secara serpihan,”tegasnya.

Beliau menempelak golongan tersebut yang mahu mengekalkan pemikiran orang-orang Melayu Islam dalam kefahaman yang dikehendakki oleh penjajah.

Penubuhan DHPP, tegasnya, mengikut ajaran Islam dan tidak sama dengan hubungan antara Umno dan rakannya yang bukan Islam dalam Barisan Nasional.

”Kerjasama dengan orang bukan Islam dalam PAS adalah kerjasama ‘tahaluf siyasi’ dan diizinkan oleh syarak,

”kerjasama Umno dengan bukan Islam, menggadai prinsip dan maruah, dan tidak boleh menjadi Islam yang ditunjuk kepada orang-orang yang bukan islam,

”apa yang kita buat pada hari ini berdasar kepada al-Quran, berdasarkan kepada as-sunnah Nabi SAW, berdasarkan kepada muzakarah para ulamak”jelasnya.

Katanya, amalan Tahaluf Siyasi dalam PAS bukan sahaja di bincangkan dalam Majlis Syura Ulamak, bahkan dibentangkan dalam majlis perbincangan ulamak-ulamak peringkat Internasional.