Ahad, 13 Jun 2010

Perwakilan Muktamar PAS Ditegur Tidak Terbuka Terima Kritikan



KOTA BARU: Perwakilan Muktamar PAS dibidas kerana tidak bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan yang bertentangan dengan dasar parti.
Ahli Jawatankusa PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata, PAS sebagai sebuah parti yang sering memperjuangkan kebebasan bersuara ternyata tidak mempraktikkan prinsip berkenaan pada muktamar ini.
"Semalam saya rasa macam perwakilan dari Temerloh dibuli oleh tuan-tuan semua, kita ini parti PAS kalau di luar paling lantangperjuangkan mengenai kebebasan bersuara... tapi bila sahabat kita cakap sikit, kita dah mula tengking dan tak bersedia nak dengar.
"Ada pandangan yang bernas, ada pandangan yang tak bernas dan ada juga pandangan yang salah... tapi kita mesti bersedia untuk dengar dulu, bagi peluang dia cakap dulu termasuklah pengerusi tetap, jangan nakhalang dulu," katanya semasa menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Semalam pada sesi perbahasan usul, perwakilan Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya apabila mendakwa Perlembagaan PAS yang ada diciplak daripada Umno.
Amirruslan bagaimana tidak sempat menghabiskan perbahasannya apabila mendapat bantahan daripada para perwakilan dan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.
Selain itu, Hanipa yang juga seorang peguam berkata, setiap tindakan PAS perlu selari dengan apa jua dasar yang diperjuangkan.
Menurutnya semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda tetap memberi peluang kepada orang lain untuk bersuara walaupun yang bertentangan dengan Islam.
"Masa zaman nabi dulu pun baginda dengar apa yang orang lain nak cakap, saya tahu anda marah sebab kita dikaitkan dengan Umno... yang itupun saya marah.
"Tapi sikap kita perlu diperbetulkan, kita kene biar dia cakap dulu dan tegur kemudian... saya sebagai peguam rasa macam nak wakil dia untuk lawan tuan-tuan semua," katanya.

Sasaran lebih banyak kerusi Parlimen

09060500 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Teoh El Sen
PENGKALAN CHEPA: PAS sebulat suara meluluskan usul untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 nanti dalam usahanya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
Resolusi dicapai menggesa Jawatankuasa PAS Pusat untuk "mendedahkan tipu daya Umno dalam pertarungan memenangi undi orang-orang Melayu di luar bandar."

Jawatankuasa PAS Pusat juga diminta menggubal strategi kerja dalam aspek daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan profesional untuk jentera pilihan raya dan juga untuk menangani isu-isu semasa.
Satu dasar yang tegas, rational dan relevan dalam memilih calon-calon bertujuan untuk menghindar lompat parti dan mempamerkan kebolehan calon kepada para pengundi hendaklan digubal.
Ini merupakan usul keenam yang diluluskan hari ini pada Muktamar Tahunan PAS Ke 56, yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
PAS ambil alih tempat Umno
Ketika membentangkan usul, YDP PAS Jerantut Dr Hamzah Jaafar berkata, "rakyat, bukan sahaja Melayu tetapi juga Cina dan India, mengharapkan supaya PAS mengambil alih tempat Umno."
Terdahulu, usul yang diluluskan menggesa kerajaan mengharamkan aktiviti judi sukan dan usul mengutuk serangan zionis Israel ke atas kapal flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada 31 Mei lalu.
Mewakili Jawatankuasa PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membentangkan usul mengharamkan pertaruhan sukan dengan berkata, "kita mesti bangkit menentang langkah kerajaan menyokong aktiviti judi sukan ini dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.
"Secara jelas Allah mengharamkan judi dan semua agama mengharamkan judi.  Kita tidak tahu apa agama yang dianut oleh Umno.
"Bukan sahaja PAS, bahkan seluruh gagasan Pakatan Rakyat dan rakyat menentang judi sukan ini.  Jika perkara ini diabaikan, anak-anak kita akan terperangkap dengan aktiviti perjudian," ujar beliau.
Resolusi yang dicapai juga menggesa supaya diperketatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti judi dan mendidik rakyat membenci kegiatan judi.
PAS didesak supaya menggembeling rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai dengan menghantar memorandum memprotes judi pada 3 Julai depan di Kuala Lumpur.
Seorang wakil berkata, "kita mesti menentang semua jenia perjudian dan bukan sahaja judi sukan. Ini supaya kita tidak dilihat sebagai "talam dua muka".
Iktiraf kerajaan Hamas di Palestin
Mengenai usul mengutuk serangan ke atas kapal "Mavi Marmara" yang dibawa oleh Aiman Athirah Al- Jundi, misi kemanusiaan hendaklah diteruskan dan ini termasuk menghantar sukarelawan di kalangan muslimat ke Gaza.
Beliau juga menggesa mengiktiraf kerajaan Hamas di Palestin yang dipilih oleh rakyat dan memboikot barang-barang keluaran Israel dan dan barang-barang syarikat-syarikat yang memberi sumbangan kewangan kepada rejim Yahudi itu.
Sambil menyokong usul tersebut, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan BN dan Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perubahan drastik terhadap dasar luar negara.
Mereka mahu diiktiraf sebagai rakan dunia dan sekutu Amerika Syarikat.  Mereka mahu mengikis imej menyokong Palestin dan mengkritik Israel dan Amerika Syarikat ketika di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Usul lain yang diluluskan ialah usul yang dibawa oleh Naib Presiden Salehuddin Ayub bagi mengutuk tindakan kerajaan menyerahkan kawasan minyak di Blok L & M kepada kerajaan Brunei bernilai RM320 bilion.
Juga diluluskan ialah usul mengkritik tindakan kerajaan menyerahkan tanah KTMB seluas 271 hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura.
Para perwakilan juga menggesa kerajaan segera menamatkan kontrak dengan syarikat berkaitan Israel, Apco Worldwide.
Isu-isu penting hendaklah dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu dan bukannya diputuskan oleh Perdana Menteri seorang diri.
Usul mengenai pindaan perlembagaan untuk meringankan beban pentadbiran juga diluluskan dan memastikan dasar dan prinsip parti terus dipertahankan selain untuk memperkasa perpaduan Pakatan Rakyat.

Tanah: PAS dedah penyelewengan Umno

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman mengajak PAS memberi kesedaran yang mantap kepada masyarakat Felda di atas penyelewengan pentadbiran UMNO dan BN terhadap masalah masyarakat Felda.


"Bagi mendedahkan agenda untuk menyedarkan masyarakat, PAS perlu mengadakan pelbagai program ke arah itu, termasuklah temubual, seminar dan program-program lain selain dari ceramah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan FELDA dan FELCRA," ujarnya dalam sesi jawab persoalan perwakilan semalam.


Menyentuh hak tanah masyarakat, beliau menjelaskan satu persiapan himpunan masyarakat yang tidak mendapat keadilan dari kerajaan negeri akan diadakan.


"Usaha ini juga adalah bertujuan menyedarkan rakyat berkenaan kezaliman kerajaan BN yang tidak adil kepada rakyat dan juga merupakan perampas rakyat,dan kerajaan BN perlu dijatuhkan dengan segera," katanya.


Begitu juga dengan masalah penyelewengan hak yang berlaku ke atas masyrakat Felcra, beliau memberitahu satu perhimpunan sedang diaturkan pada 1 ogos bertujuan bagi memperolehi keadilan yang sejagat terhadap kepincangan yang berlaku.


"Masyarakat melayu boleh berubah, perubaahan besar akan berlaku pada masa akan datang," tambahnya.


Beliau sebelum itu turut mempromosikan sebuah buku  "Dulu Tolong sekarang Along" yang ditulisnya berkenaan penjelasan ketidakadilan BN-UMNO terhadap tanah rakyat.

Kabinet tangguh gaji minimum pengawal keselamatan

PUTRAJAYA, 13 Jun — Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baru untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini bagi memberi lebih masa kepada pihak industri berkenaan untuk mengemas kini operasi mereka.
Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan.



Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia telah menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.
PPKKM juga memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan perintah itu untuk membolehkan mereka mengambil tindakan untuk mengemas kini operasi mereka sewajarnya, menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, setelah mempertimbangkan rayuan PPKKM, Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum bagi pengawal keselamatan.
Pada 22 April lalu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji antara 67 dan 75 peratus kepada pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini.
Melalui kenaikan ini, lebih 150,000 pengawal keselamatan dijangka dapat membawa pulang gaji bulanan antara RM1,100 dan 1,450, termasuk bayaran kerja lebih masa dan elaun-elaun.
Beliau dilaporkan berkata gaji minimum pekerja sektor kawalan keselamatan masa ini adalah dalam lingkungan antara RM300 dan RM400 sebulan.
Subramaniam juga dilaporkan berkata keputusan menaikkan gaji itu dilakukan mengikut Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 dan berasaskan kepada pelbagai zon geografi.
Berikutan pengumuman penetapan gaji mimimum tersebut, PPKKM telah meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaannya sehingga 1 Januari tahun depan.
Presiden PPKKM, Datuk Shaheen Mirza Habib dilaporkan berkata penangguhan itu bagi mengelakkan 300 syarikat pengawal keselamatan Bumiputera di negara ini gulung tikar.
Shaheen berkata pihaknya memerlukan tempoh sehingga enam bulan untuk menyelesaikan masalah berkaitan kontrak perkhidmatan yang membabitkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan. — Bernama

Umno Johor tolak pertaruhan dalam sukan

JOHOR BARU, 13 Jun — Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat anggota jawatankuasa badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.
“Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.
“Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu,” katanya.
Abdul Ghani, yang juga Menteri Besar Johor, berkata beliau akan mengemukakan penolakan pertaruhan itu kepada peringkat tertinggi dalam masa terdekat ini.
Kerajaan sebelum ini bercadang mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata Umno akan bekerjasama dengan persatuan dan badan bukan kerajaan dalam usaha mendekati masyarakat tempatan.
“Kita juga akan meneruskan penganjuran pelbagai kursus termasuk pengukuhan jati diri di kalangan anggota parti di peringkat cawangan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. — Bernama

Khir dibidas dakwa MB Selangor ‘lepas tangan’

Khir dikatakan mendakwa berjaya mengutip royalti sebanyak RM20.5 juta padahal hanya RM2.9 juta dikutip. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dibidas kerana membuat tafsiran ganjaran RM5,000 sebagai langkah kerajaan negeri mengambil sikap “lepas tangan” dalam membanteras curi pasir serta tiada kepercayaan kepada pejabat daerah.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kritikan-kritikan ketua pembangkang itu tidak memahami proses pentadbiran perlombongan pasir — baik yang dahulu atau yang baharu diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas Mac 2008.
“Mungkin sebab itu beliau telah memberi maklumat yang salah dengan mendakwa bahawa pada 2007 beliau telah berjaya mengutip RM20.5 juta dari royalti pasir sedangkan laporan rasmi oleh Pejabat Tanah san Galian mengesahkan hanya RM2.9 juta dikutip pada tahun itu,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Katanya, ganjaran RM5,000 yang diberikan kepada pemimpin masyarakat dan kakitangan kerajaan yang berjaya membantu kerajaan negeri membanteras jenayah curi pasir adalah untuk melengkapi usaha penguatkuasaan pejabat daerah.
“Persoalan ketidakpercayaan kepada Pejabat Daerah yang mempunyai peranan utama dalam membanteras rasuah tidak perlu timbul kerana ganjaran ini adalah untuk menggalakkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua Kampung membantu Pejabat Daerah dalam menangani kecurian pasir di tempat mereka,” katanya.
Nik Nazmi juga memberitahu sepertimana yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tawaran ganjaran ini dibuat untuk memberi peluang kepada pemimpin masyarakat mengambil bahagian dalam menaikkan kutipan hasil perlombongan pasir.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa Kumpulan Semesta Sdn Bhd iaitu syarikat milik penuh Pemerbadanan Menteri Besar tiada kuasa mengeluarkan.
“Sebaliknya, lesen dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada Kumpulan Semesta yang kemudiannya membuat tender terbuka bagi memilih kontraktor yang akan melakukan kerja melombong mengikut lesen-lesen yang dikeluarkan.
“Kumpulan Semesta juga memantau untuk memastikan syarikat membuat pengisytiharan yang betul dan membayar royalti kepada kerajaan negeri,” katanya.
Nik Nazmi menambah, apa yang jelas kutipan royalti jauh lebih tinggi daripada kutipan melalui cara lama.
“Sebenarnya kerajaan terdahululah yang telah ‘lepas tangan’ dalam pengurusan dan pentadbiran perlombongan pasir sehinggakan banyak syarikat atau kontraktor yang tidak membuat pengisytiharan yang benar sehingga mengakibatkan negeri ini kehilangan royalti bernilai ratusan ribu ringgit,” katanya.
Beliau menjelaskan kerajaan terdahulu juga tidak pernah membuat apa-apa usaha dalam untuk membanteras jenayah curi pasir sehinggalah keadaan menjadi teruk pada masa kini.
“Dr Khir Toyo tidak pernah memanafaatkan potensi industri pasir di Selangor.
“Adalah tidak masuk akal apabila beliau tiba-tiba memperjuangkan isu ini sedangkan sebelum ini beliau tidak pernah melakukan apa-apa untuk meningkatkan sistem ketika beliau mentadbir Selangor,” katanya.
Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri komited untuk membanteras jenayah curi pasir dan berharap rakyat terus memberi sokongan kerana royalti pasir dipulangkan semula kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Kerjasama dengan bukan Islam, sejak zaman Rasulullah

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, agar tidak gentar dengan serangan Umno BN berhubung hubungan PAS dengan DAP.


Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara Islam dengan bukan Islam jelasnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Menurutnya, apa yang penting sekarang ini, adalah menjelaskan kepada Umno, bagaimana sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan hubungan baginda dengan bukan Islam dalam memastikan dakwah Islam terus tersebar.
"Tolong bagitahu kawan kita Umno, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam.
"Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka," katanya yang juga menteri besar Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS keli ke-56, di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) petang ini.
PAS katanya bergerak atas dasar yang jelas iaitu Islam sejak dari penubuhannya.
Tambahnya lagi, PAS juga katanya tidak pernah menggadaikan prinsip agama Islam biarpun menjalinkan kerjasama politik dengan parti bukan Islam.
Sehubungan itu, Umno katanya disaran mempelajari dsan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w agar memahami bagaimana cara baginda memastikan dakwah Islam itu boleh tersebar.

PAS Rancang Perhimpunan Rakyat Sebelum PRU


KOTA BARU: PAS merancang untuk menganjurkan himpunan rakyat secara besar-besaran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, himpunan berkenaan penting bagi meningkatkan semangat rakyat untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kita akan buat satu mobilisasi rakyat bagi naikkan mood rakyat agar mereka menolak BN dalam pilihan raya nanti," katanya ketika menggulung perbahasan usul pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Bagaimanapun Mohamad yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi berkata, himpunan besar-besaran itu hanya dapat direalisasikan jika mendapat kerjasama daripada komponen Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Himpunan itu akan berlaku jika mendapat kerjasama daripada rakan kita dalam pakatan dan NGO-NGO," katanya.

Demonstrasi Judi Piala Dunia: Pakai Jersi Tanda Protes


KOTA BARU: Demonstrasi bantahan judi bola sepak anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 3 Julai depan bakal tampil kelainan apabila orang ramai yang terlibat digesa memakai jersi pasukan bola sepak sebagai simbolik bantahan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan memakai jersi bola sepak sama ada pasukan tempatan ataupunantarabangsa perlu dipandang serius bagi menggambar perubahan gerakanbantahan rakyat yang sangat serius.
"Saya nak minta kepada peserta supaya datang dengan memakai jersi, tak kira jersi apa... ikut negeri masing-masing pun boleh, kalau datang dari Kelantan boleh pakai warna merah dan saya dari Kedah akan pakai warna hijau kuning.
"Dan setiap peserta boleh juga bawa bola seorang sebiji, inilah simbolik kepada demonstrasi menentang judi bola sepak... kita nak sampaikan mesej bahawa bola tak mengapa, tapi judi tak boleh," katanyaketika menggulung ucapan perbahasan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Demonstrasi bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi itu akan diadakan di Masjid Negara dan seterusnya berarak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap demonstrasi berkenaan disertai oleh seramai mungkin rakyat di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan berkenaan.
"Walaubagaimanapun yang penting anda semua datang, jangan takut kepada pihak polis... semangat anda semua itu lebih penting," katanya.

Hanipa Tak Yakin Dapat Keadilan Bila Saman Najib-Apco


Penasihat Undang-Undang Pas Mohamed Hanipa Maidin berpandangan rakyat Malaysia tidak mungkin berjaya menyaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas isu persekongkolan kerajaan Malaysia dan firma perunding Apco-Worldwide.

Berucap kepada perwakilan ketika mengulas cadangan perwakilan dari Tambun hari ini, Hanipa berkata institusi mahkamah negara gagal menunjukkan ia mampu berlaku adil dan saksama dalam kes-kes membabitkan Presiden Umno itu.

Perwakilan Tambun hari ini mengemukakan cadangan supaya Parti Islam SeMalaysia memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak atas isu Apco.

Hanipa berkata sekalipun Pas mempunyai bukti yang kuat untuk menjustifikasikan tindakan saman itu, namun mahkamah Malaysia belum mempunyai keberanian untuk mengadili pemerintah secara tegas, adil dan saksama.


Ulasan GB
Benar, dengan sistem kehakiman negara yang begitu parah dilacurkan, apa yang diharapkan darinya?

"Palace of Justice" bukan lagi tempat untuk rakyat mendapatkan kebenaran dan keadilan. UMNO BN telah melacurkannya sekian lama dan ia semakin parah edi era Najib menjadi PM. Correct?

PERJUANGANPAS, JAUHI SENTIMEN PERKAUMAN - NIZAR




PENGKALAN CHEPA, 13 Jun - "Ayuh sama-sama kita buangkan sentimen perkauman ini kerana ianya tiada tempat dalam perjuangan kita," demikian tegas Dato' Seri Nizar Jamaludin dalam ucapan balasnya terhadap perbahasan Ucapan Dasar Presiden oleh para perwakilan semalam.

Beliau menyifatkan bahawa sebarang sikap yang menonjolkan sentimen perkauman di kalangan ahli PAS sebagai kegagalan ahli dalam mencerminkan akhlak sebenar yang telah ditarbiyahkan oleh PAS.

"Ini hanya akan merugikan perjuangan PAS jika kita hilang kehormatan, kepercayaan, kredibiliti dan kemampuan memimpin di mata kaum bukan Islam," jelasnya.

Katanya, usaha dan pendekatan yang tersusun perlu dipertingkatkan bagi membersihkan segala tanggapan negatif yang sering dipersepsikan oleh media perdana terhadap PAS.

Tambahnya, isu kalimah Allah dan APCO merupakan dua hadiah istimewa daripada Allah kepada PAS.

"Dua isu ini memberikan PAS akses kepada masyarakat di seluruh pelosok negara. Inilah masanya semua ahli memainkan peranan masing-masing di setiap peringkat untuk menyampaikan maklumat yang terkini dan benar kepada masyarakat", seruanya mengakhiri sesi tersebut.

PAS Youth: Ascot Sports to focus on four leagues



Nasrudin speaks during PAS muktamar in Kota Baru June 13, 2010. — Picture by Choo Choy May

KOTA BARU, June 13 — PAS Youth today claimed that Ascot Sports Sdn Bhd will kick start its sports-betting business by focusing on four European football league tournaments starting this August.


PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi said he had “insider information” as to what matches would be the target of the sports-betting firm owned by tycoon Tan Sri Vincent Tan.
“We have insider information from our people that Ascot Sports will provide betting services for four major leagues — the English Premier League, the Italian league, as well as the Spanish and German leagues,” Nasrudin said in his winding-up speech at the party’s annual general assembly here.
Nasrudin claimed that the sports betting company could not prepare itself to start betting services in time for the World Cup because it was “too soon”.
“These four league tournaments will start after August. That is why on July 3, we need to send the world a message of our stand on sports betting.”
PAS will mobilise Malaysians to join its “100,000 march” to the Istana Negara this July 3 in protest over the Najib administration’s legalisation of sports-betting.
The party’s annual general assembly saw a motion unanimously passed in favour of PAS’ tough stance on sports-betting.
The motion was tabled by the Islamist party’s youth wing to “pressure the Malaysian government to abolish sports-betting, tighten laws against betting as well as educate Malaysians to reject betting.”
Nasrudin also denied newspaper reports quoting the PAS Youth wing as “unwilling” to push for a full ban of all types of betting.
“To be clear what we mean is that we agree that all forms of gambling, betting should be banned.
“But for now we will focus our efforts on sports-betting,” said Nasrudin.
Tan’s Ascot Sports has received approval for a sports-betting licence that was first issued in 1987.
His listed Berjaya Corporation Berhad (Bcorp) told Bursa Malaysia the full licence has yet to be issued pending the Finance Ministry’s full terms and conditions.
BCorp is to buy Tan’s 70 per cent stake in Ascot Sports for RM525 million, which the tycoon pledged to his own charity, the Better Malaysia Foundation.
There was some confusion over the licence after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak denied this week that the licence had been re-issued following the public uproar.
The Pakatan Rakyat-ruled (PR) states of Penang, Selangor and Kedah have declared they will not issue licences for sports-betting premises, dealing a blow to Tan’s plans to turn 220 out of 680 Sports Toto outlets into sports-betting centres via phone betting in the second half of 2010.
The sports-betting plan has proven to be another issue for PR to use against Najib’s Barisan Nasional (BN), which lost its traditional two-thirds Parliamentary majority and four states in Election 2008.
Tan, who is close to the BN government, has argued that legalised sports betting could bring in up to RM3 billion in taxes annually for the authorities as the business is worth some RM30 billion.
Malaysia now only allows a casino, turf clubs, jackpot machines and several numbers forecasting operators to operate in Malaysia.

PAS plots capture of Umno states in next polls

Khalid speaks at the PAS muktamar in Kota Baru June 12, 2010. — Picture by Choo Choy May

KOTA BARU, June 13 — PAS will launch a  vigorous campaign to win 60 federal seats in the next general election to again deny the ruling Umno-Barisan Nasional the two-thirds Parliamentary majority.
The bold plan, which was unanimously passed during the PAS annual general assembly yesterday, will be executed to “ensure that PAS attains as many Parliamentary seats as possible to replace Umno as the core of national politics based on leadership by Islamic values.”
The proposal titled “PAS action plan for the 13th general elections” sees PAS eyeing 37 Parliamentary seats currently dominated by mainly Umno MPs in addition to retaining the Islamist party’s own 23 seats.
The proposal outlines a breakdown of potential seats to be won by PAS:
  1. Seats where PAS lost by less than 13,000 votes (in 2008) = 13 seats
  2. Seats where PAS lost by less than 10,000 votes= 8 seats
  3. Seats where PAS lost by less than 5,000 votes= 16 seats
“We are planning a takeover of Umno seats,” PAS Shah Alam delegate Khalid Samad told The Malaysian Insider.
The Shah Alam MP claimed PAS’ success in penetrating Umno-stronghold areas in Johor during the last general election showed that support for the party had been on a steady increase.
“Previously, PAS had contested in Johor but lost our deposits. But now this is no longer the case.
“What is happening now is that there is a shift where Malays are slowly gravitating towards PAS because we practice a new kind of politics... that fulfils the needs of a multicultural society. It can be done and has been done in Pakatan-ruled states now,” said Khalid.
PAS had won the state seats of Sungai Abong and Maharani, both in Johor, in Election 2008 much to Umno’s surprise as the southern state is its fortress and birthplace.
“If we keep up with the same working spirit, with PAS’ co-operation within Pakatan Rakyat (PR), we can replace Umno.
“The Islamic way is the way we want.
“So in preparation for the 13th general election, we should not look left, or right ... we are on the right track,” said Khalid.
The motion had been brought up by the delegates from Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu, Jerantut and Bandar Tun Razak.
The proposal is seen as PAS’ attempts to solidify its position within the PR coalition and distance itself from alleged PAS-Umno unity talks.
Various reasons for the Islamist party’s failure in the last elections have been identified as:
  1. The domination of mainstream media by Barisan Nasional (BN) whereby PAS still has problems in reaching out to rural Malays because their opinions are shaped by what they read in BN-influenced news media.
  2. Postal votes are the primary weapon used by BN to win areas like Pekan and Bagan Pinang.
  3. Communities in rural areas like Felda and villages are “closed societies”, which could be seen during the Hulu Selangor by-election where Malay voters rejected PR.
  4. A high number of unregistered voters (Elections Commission states that 4.39 million voters have yet to register).
  5. The imbalance of support and influence for PR in Sabah and Sarawak as opposed to Peninsular Malaysia.
  6. PAS’ untrained election machinery in these areas.
The proposal further put forth a 15-point action plan in response to the problems identified as hindering PAS from winning more seats:
  1. A preparation of an alternative media that can rival the BN-controlled mainstream media, and focused on reaching to rural Malays.
  2. A special fund for the 13th general election be set up to prepare election machinery.
  3. A serious and systematic approach in getting voters to vote. Minimum target is one million voters in the whole country. 
  4. Professional training for election machinery.
  5. Strategise a balanced focus in Sabah and Sarawak.
  6. To push for fingerprint-based voting system and to reject postal voting.
  7. Enhance non-Malay support within PAS, which includes fielding non-Muslims to contest under PAS tickets.
  8. Work to stop Umno’s influence among Malays.
  9. Reject Umno’s plans for unity talks because it is Umno’s agenda to stay in power.
  10. Organise a special symposium to discuss the political and economic situation of Malays in the country, and to find a formula that can benefit Malays without affecting the rights of other races.
  11. To increase campaigns against Umno’s “false sloganeering” by reminding Malaysians of Umno’s corrupt nature.
  12. To maintain and increase current non-Muslim support.
  13. To plan an elections strategy based on feedback from PAS areas that have been targeted through compilation of reports in branch, district and town areas.
  14. To recognise the increase of non-Muslim support towards PAS as shown during the Bukit Gantang by-election (from 65 per cent in 2008 to 75 per cent during the by-election).
  15. To ensure that members that prepared spiritually. It is suggested that each member read parts of the Quran at least once a day as minimum requirement.

Lima petugas Yayasan Amal berlepas ke Gaza

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Lima lagi petugas Yayasan Amal Malaysia berlepas dari KLIA pagi tadi untuk Misi Kemanusiaan Gaza bagi memantau pelbagai projek bernilai RM1.5 juta yang telah disumbangkan oleh yayasan itu sebelum ini.

Kelima-lima mereka adalah Dr Abd Rani Osman (Adun Meru), Ust Jamsari B Marsom, Cikgu Mohamad Fauzi Abu Samah, Syed Ahmad B Syed Mohamed Ali dan Mohamad Aszami B Anuar

"Kami dijangka transit di Doha dan dijangka sampai ke Kaherah pada jam 5 petang waktu Mesir dan 10 malam jam Malaysia," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh delegasi ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia, Jamuliddin Elias adalah antara pemimpin yayasan itu ditahan oleh tentera Israel selepas kapal mereka Mavi Marmara ditahan.

Jamal adalah salah seorang dari 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal itu.

Kepulangan mereka ke Malaysia telah diterima sebagai wira negara dan diraikan oleh Perdana Menteri.

Jamal telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapannya di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Khamis lepas bagi menceritakan pengalaman beliau kerana 19 dilaporkan syahid ekoran serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan itu.

Muslimat:Anggap pujian sebagai motivasi

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)diseru agar menjadikan segala ucapan penghargaan dan pujian dari para perwakilan pada muktamar kali ini sebagai satu motivasi untuk meningkatkan pencapaian mereka.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, ucapan penghargaan itu termasuk daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri adalah selari dengan ucap tema beliau di muktmar DMPP Khamis lalu.

"Alhamdulillah banyak pujian yang diberikan kepada muslimat nampak selari dengan ucapan saya di muktamar muslimat.

"Walaupun dengar ucapan Presiden sendiri pun yang mengucapkan terima kasih kepada muslimat, saya mintak muslimat meningkatkan lagi prestasi mereka.

Beliau berkata, pujian itu juga merupakan satu cabaran kepada muslimat untuk terus bergerak kerja dalam membantu perjuangan parti.

Menyentuh mengenai seruan Presiden agar muslimat wajib berganding bahu dengan muslimin untuk gerak kerja parti,beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik seruan itu dan berpandangan muslimin juga harus memberi perhatian terhadap seruan itu kerana mereka yang bertangungjawab terhadap keluarga.

"Bila Presiden buat seruan begitu,itu juga bermaksud beliau tujukan kepada muslimin juga sebab pergerakan muslimat bergantung kepada kebenaran suami. Jadi muslimin juga harus mengambil perhatian terhadap seruan itu," ujarnya.

Ditanya mengenai penglibatan muslimat dalam demonstrasi membantah lesen judi 3 Julai ini, beliau berkata sudah pasti muslimat sudah bersedia untuk bersama-sama dewan pemuda dan dewan ulama' dalam demonstrasi tersebut.

"Muslimat kalau tak cakap pun mesti turun punya.kalau tengok demo sebelum ini pun,muslimat memang terlibat," katanya.

Jaga sensitiviti ahli bukan Islam


KOTA BHARU, 13 Jun: Semua pemimpin dan ahli PAS diminta menjaga sensitiviti ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) selepas mereka diterima sebagai sahabat dalam PAS.

Antara isu yang sensitif adalah makanan apabila mereka menjemput ahli DHPP ini menyertai kenduri yang dianjurkan.

"Kalau kita amat sensitif dengan khinzir, mereka dari kaum India yang beragama Hindu pula sensitif dengan daging lembu.

"Jadi kalau kita nak buat kenduri dan mengajak mereka datang, kita kena sesuaikan menu kita misalnya dari daging lembu kita ubah kepada kambing, ayam dan ikan," kata Dr Mariah Mahmud, AJK PAS Pusat yang juga anggota parlimen Kota Raja.

Dalam ucapan yang sama, Dr Mariah juga telah meminta ahli PAS khasnya kaum muslimin menjaga sensitiviti kaum wanita kerana PAS kini adalah parti yang bercita-cita mahu ke Putrajaya.

"Misalnya apabila kita suka sangat membuat lawak dengan isu poligami. Kita kena ingat, kebanyakan wanita di luar sana sangat sensitif dengan isu ini akibat dari banyaknya pengalaman negatif hasil dari poligami ini," kata Mariah.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cara Pengerusi Tetap, Abu Kassim Abdullah yang suka sangat membuat lawak dalam isu ini dalam keadaan tidak sedar ia menghiris perasaan sesetengah wanita.

Mariah juga membantah cara sebahagian masyarakat yang suka menyalahkan wanita sahaja seolah-olah lelaki tidak salah misalnya dalam isu wanita mengandung tanpa suami.

"Misalnya apabila wanita mengandung atau hilang dara, siapakah yang menyebatkan wanita ini mengandung dan hilang dara?" soal Mariah.

Di samping itu, Mariah juga meminta ahli dan penyokong PAS agar juga menjaga kebersihan dalam amalan seharian mereka.

Konsep jumpa sampah ambil dan bawa balik dan buang ke tong sampah ini perlu dijadikan amalan, kata beliau.

"Semalam kami ke sebuah masjid untuk sembahyang. Kami tak lalu nak masuk tandas masjid itu kerana terlalu kotor dan terus ambil air sembahyang dan solat sahaja," kata Mariah memberikan contoh budaya pengotor di kalangan umat Islam yang sangat tidak kena dengan ajaran Islam.

Pemimpin pusat PAS wajar dipilih sejuta ahli?


KOTA BARU, 13 Jun — PAS wajar mengkaji keperluan mengadakan pemilihan secara langsung membabitkan setiap ahli — dianggarkan sejuta orang sekarang — memilih barisan kepimpinan pusat agar seiring perubahan landskap politik semasa. Penasihat undang-undang PAS, Hanipa Maidan berpendapat bahawa pucuk kepimpinan perlu mengkaji cadangan yang dibangkitkan oleh seorang perwakilan pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-56.
“Saya rasa parti patut kaji kemungkinan bagi membolehkan setiap ahli memilih pucuk kepimpinan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider pagi ini sebelum muktamar tahunan kali ini menutup tirai.
Kata beliau, jika ia dilakukan PAS akan kelihatan sebagai sebuah parti yang dinamik di negara ini.
“PAS akan kelihatan terbuka... sekarang banyak parti ke arah itu (undi secara langsung),” kata beliau yang yakin bahawa PAS akan mengambil langkah ke arah itu satu hari nanti.
Komponen Pakatan Rakyat, Parti Keadilan Rakyat akan mengamalkan pendekatan pemilihan secara langsung membabitkan setiap ahli akhir tahun ini.
Umno juga mengambil langkah meluaskan bilangan perwakilan memilih pucuk kepimpinan pusat daripada kira-kira 2,000 orang kepada lebih 400,000 orang mulai tahun 2011.
PAS memilih pucuk kepimpinan setiap dua tahun manakala Umno pula tiga tahun sekali.
“Macam langkah membuka keahlian kepada bukan Islam, perkara ini sudah dicadangkan lebih 30 tahun lalu tetapi baru sekarang dilaksanakan... jadi saya rasa idea ini akan diterima satu hari nanti,” katanya.
Semalam perwakilan dari Jerantut mencadangkan supaya parti mengambil langkah meminda perlembagaan bagi membolehkan setiap ahli akar umbi memilih barisan kepimpinan pusat.
Menurut perwakilan itu, pendekatan ini perlu sebagai langkah awal mengelakkan masalah gejala politik wang apabila PAS bersama komponen Pakatan Rakyat menerajui kerajaan pusat.
Perwakilan itu berpendapat walaupun elemen gejala politik wang tidak wujud sekarang dalam PAS tetapi langkah awal perlu diambil bagi peringatan.
Bagaimanapun saranan itu dipertikai perwakilan yang lain apabila wakil dari Jerantut itu mendakwa perlembagaan PAS sekarang “diwarisi” daripada Umno.
Mengenai pertikaian ditimbulkan perwakilan itu, Hanipa berkata, ahli-ahli PAS tidak seharusnya melahirkan “rasa marah” dengan membantah sebelum perwakilan habis bercakap.
“Apa yang perwakilan Jerantut hendak cakap itu ada tujuannya tetapi cuma cara penyampaian tak kena apabila menyebut nama Umno... macam kita marah apabila disebut (idea) kerajaan perpadian,” kata Hanipa yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.
Ketika bercakap pada sesi penggulungan perbahasan pagi ini, Hanipa menyifatkan perwakilan “tidak harus membuli dia (perwakilan Jerantut).”
“Kita ini parti PAS, kita memperjuangkan kebebasan bersuara, dalam demokrasi dijanjikan aluan yang sama untuk semua bercakap... jadi biarkan dia bercakap dulu sebelum membantah.
“Ada pandangan yang bagus, dan ada pandangan yang tidak bagus... bagi dia peluang untuk bercakap, jangan halang,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menolak cadangan supaya pucuk kepimpinan peringkat nasional dipilih oleh setiap ahli atas alasan ia tidak praktikal buat masa sekarang.
“Lagi pun tiada keperluan, saya rasa tiada keperluan langsung,” katanya.
Kata beliau, sistem semasa sememangnya sudah cukup berkesan dan tidak perlu PAS mengikut apa yang dilakukan oleh parti-parti lain.

Sejuta pengundi baru antara 15 strategi PAS hadapi PRU-13

Presiden PAS Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar beliau di muktamar PAS ke-56. — Gambar oleh Choo Choy May
KOTA BARU, 13 Jun — PAS menggariskan pelan tindakan 15 strategi kepada ahli-ahlinya semalam sebagai persiapan turun gelanggang pilihan raya umum ke-13, antara lain dengan mendapatkan sejuta pemilih baru.
Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.
Muktamar yang akan berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.
Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13.
Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.
“Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara,” kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.
Kini kira-kira 4.3 juta orang yang berusia 21 tahun ke atas dan layak masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Bagaimanapun tidak dijelaskan sama ada sasaran itu hanya melibatkan PAS sendiri ataupun dilakukan secara kolektif bersama parti komponen Pakatan Rakyat.
Muktamar Tahunan PAS kali ini turut menerima usul memantapkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.
Secara umum strategi 15 perkara itu banyak menekankan tumpuan ke atas kawasan-kawasan Parlimen.
Bagaimanapun The Malaysian Insider juga difahamkan strategi itu yang pertama kali diperincikan dalam pembentangan usul pilihan raya akan merangkumi kerusi-kerusi negeri.
“Ini kali pertama laporan terperinci ini dikeluarkan sebagai panduan persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti,” kata seorang perwakilan muktamar.
PAS akan melancarkan institut latihan pilihan rayanya pada Ahad ini.
Kini wakil PAS menerajui kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kelantan dan Kedah.
Pakatan Rakyat memerintah dua lagi negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Perak telah jatuh ke tangan Barisan Nasional awal tahun lalu selepas tiga Adunya melompat parti.
Dalam strategi itu PAS berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara berasaskan “konsep kepimpinan bertaqwa tonggak keselamatan ummah dan negara.”
Strategi itu termasuklah mengenal pasti dan mempersiapkan sasaran kerja pilihan raya umum ke-13 berasaskan prestasi yang diperlihatkan dua tahun lalu.
Pada Mac 2008, PAS telah bertanding di 60 kerusi Parlimen dan menang di 23 kerusi.
Pada pilihan raya kecil awal tahun 2009 PAS memperoleh kemenangan di Kuala Terengganu.
Daripada 60 kerusi yang ditandingi PAS tewas dengan majoriti bawah 5,000 undi di 16 kawasan, antara 5,000 hingga 10,000 undi (lapan kawasan) dan antara 10,000 hingga 13,000 undi (13 kawasan).
Dengan itu kata PAS, sasaran yang perlu dimenangi parti tersebut adalah berjumlah 37 kerusi lagi.
Selain sasaran pengundi baru satu juta orang, kata PAS , ia akan cuba menyediakan media alternatif yang setanding dengan kemampuan lawan tradisinya — Barisan Nasional yang didakwa menguasai media arus perdana tradisional.
“Dengan ini insya-Allah, pengundi Melayu luar bandar dapat digerakkan bersekali dengan arus kebangkitan yang sedia ada,” kata PAS dalam strateginya.
Strategi-strateginya dijanga akan diperhalusi dalam sesi pemukiman PAS yang kemungkinan diadakan bulan depan.
Dengan usaha itu kata PAS, pihaknya juga akan memberi tumpuan ke atas pengundi-pengundi Melayu luar bandar supaya mereka dapat digerakkan bersekali dengan arus kebangkitan yang sedia ada.
Selain itu PAS juga mahu memberi tumpuan yang seimbang di Sabah dan Sarawak, lebih-lebih selepas prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu bulan lalu.
PAS juga dijangka akan menghidupkan semula gerakan reformasi pilihan raya melaksanakan pengunaan dakwat kekal dan penghapusan sistem undi pos.
PAS dijangka bersama PKR dan DAP akan mengadakan gerakan Bersih II dalam tempoh terdekat.
Strategi itu juga tidak melupakan usaha untuk memperkukuhkan sokongan pengundi bukan Melayu kepada PAS, termasuk mempertimbangkan calon bukan Melayu yang berwibawa atas tiket parti selaras dengan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Di samping itu, di bawah strategi terbaru yang dikongsi dengan ahli-ahlinya semalam PAS berkata akan menolak cadangan Umno-BN untuk persempadanan semula sebagai agenda Umno mengekalkan kuasa.

DHPP mahu beri kemenangan kepada PAS, tumpas BN

1234 Muktamar Tahunan PAS Ke 56
Oleh Teoh El Sen
PENGKALAN CHEPA: Agenda utama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) buat masa ini ialah untuk memberi kemenangan besar kepada PAS dan menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama DAP dan PKR dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pengerusinya Hu Pang Chaw berkata, DHPP yang baru dinaik taraf akan meletakkan calon selepas melalui proses penapisan bagi pemilihan calon mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Kita tidak boleh kata, kita ada 10 ahli dan kita mahu bertanding di sana sini," katanya pada DSC_0011Muktamar Tahunan PAS Ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan, di sini hari ini.
Semalam, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan membenarkan ahli-ahli DHPP menggunakan simbol parti pada PRU ke 13 nanti, di kawasan di mana bukan Islam merupakan penduduk majoriti dan kerusi-kerusi akan dikenal pasti kemudian.
Hu menolak kemungkinan penubuhan DHPP mendapat bantahan daripada PKR dan DAP serta menegaskan bahawa matlamat utama DHPP adalah untuk membantu PAS mengguling kerajaan pusat yang memerintah.
Islam membawa keadilan
Mengenai isu tidak boleh mengundi kerana PAS telah memutuskan tidak akan meminda   perlembagaannya untuk membenarkan ahli-ahli DHPP menjadi ahli penuh Hu berkata, "ini tidak menjadi masalah selagi ahli-ahli DHPP mempunyai suara dalam parti."
"Kita percaya bahawa Islam boleh membawa keadilan dan demokrasi di negara ini.  Tidak penting bagaimana anda mendefinasikan negara Islam atau negara sekular, apa yang penting ialah isinya.  Jika Umno memerintah dan rasuah berleluasa, tidak ada gunanya."
DHPP K. DeepakaranTerdahulu, ketika sesi debat ucapan presiden, Setiausaha DHPP K Deepakaran berkata dengan wujudnya dewan ini bermakna PAS telah melangkah setapak lagi di mana faham perkauman ditolak di negara ini.
"Ini merupakan satu cabaran yang besar tetapi dengan sokongan, kami boleh berjuang untuk PAS supaya hasilnya nanti dapat dinikmati bersama.
"Saya berharap para pemimpin PAS boleh memahami perjuangan kami dan menyokong kami di bawah pucuk pimpinan PAS dan di bawah bimbingan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang kami cintai," jelas beliau.
Deepakaran juga menyeru ahli-ahli parlimen PAS mengambil pendirian yang lebih tegas berhubung isu sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang tidak menerima peruntukan kewangan yang sewajarnya dari kerajaan pusat.
"Kami menggesa ahli-ahli parlimen menyuarakannya bagi pihak bukan Islam," kata Deepakaran, menambah lebih banyak program harus di adakan untuk mendaftar lebih ramai ahli.
Beliau berkata, negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat harus mendengar nasihat daripada DHPP apabila melantik ketua-ketua kampung dan untuk mengisi jawatan-jawatan rasmi.
Deepakaran mengakhiri ucapannya dengan laungan "Takbir!" hingga membuat para perwakilan ketawa di dewan muktamar.
Kenyataan yang bercanggah
Sementara itu, wakil Pahang, Hishamuddin Salim memberi amaran kepada para pemimpin yang mempunyai blog untuk dikemaskini dengan kandungan yang baik, "kalau tidak tutup sahaja."
"Apabila para pemimpin membuat kenyataan yang bercanggah dan apabila ahli-ahli menjadi keliru, ianya boleh digunakan oleh musuh-musuh kita.
"Kelajuan masa yang kita perlukan untuk menangani perkara-perkara ini juga penting," kata Hishamuddin, yang mencadangkan supaya seorang jurucakap parti dilantik.
Mohd Nasir Ali, perwakilan Sabah mencadangkan supaya muktamar tahunan juga dijadikan "Hari Kualiti" untuk memberi anugerah kepada cawangan-cawangan parti yang menunjukkan prestasi terbaik agar mereka ini boleh dijadikan contoh.
Wakil Selangor, Mohd Khairuddin Osman berkata penubuhan DHPP merupakan satu langkah yang bijak yang tidak terdapat dalam struktur mana-mana parti politik lain.
"PAS telah mengambil langkah yang bijak…. Umno hanya ada Ketuanan Melayu.  Umno sedang panik sekarang ini apabila kita telah berjaya menubuhkan DHPP.
"Kita memberitahu mereka (Umno) bahawa DHPP boleh memenangi undi memandangkan selama ini mereka mengundi MCA dan MIC," katanya, menambah PAS harus terus memupuk perkembangan DHPP dan tidak melupakan mereka yang telah membantu PAS dalam perjuangannya.

PAS yakin Pakatan kuasai undi peneroka Felda PRU-13


KOTA BARU, 13 Jun — Ahli jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman, yang memberi tumpuan ke atas isu-isu membabitkan peneroka Felda dan Felcra yakin sokongan masyarakat Melayu terhadap parti itu akan meningkat dalam pilihan raya umum ke-13.
Sambil menggariskan bahawa terdapat sekitar dua juta pemilih membabitkan penduduk kawasan pedalaman termasuk di wilayah Felda dan Felcra, Mazlan berkata, “bagi saya masyarakat Melayu boleh berubah (menyokong ke arah PAS dan Pakatan Rakyat).”
“Dulu di Felda, bukan senang untuk berubah dari dacing (simbol Barisan Nasional) kepada PAS,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.
Semalam seorang perwakilan dari Kubang Pasu, Kedah memberitahu muktamar bahawa daripada 222 kerusi Parlimen, sebanyak 40 kawasan membabitkan penempatan Felda.
Usaha menarik pengundi kawasan penempatan Felda dan Felcra menjadi fokus PAS dalam setiap pilihan raya.
Ia juga disaksikan ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu. Arah aliran sokongan peneroka kawasan Felda telah membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampasnya daripada Pakatan Rakyat.
“Saya yakin dengan, tungguhlah pilihan raya umum akan datang, perubahan akan berlaku... saya tidak cakap besar, tetapi kita mesti berganding bahu.
“Dua juta orang ini, kalau mereka ini dapat dijinakkan, perubahan akan berlaku,” katanya.
Sesi penggulungan perbahasan bermula pagi dan dijangka berakhir tengah hari nanti.

PAS sudah enam kali berdialog dengan gereja

KOTA BHARU, 13 Jun: PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional sudah berdialog dengan enam buah gereja di negara ini dan akan meneruskan lagi usaha ini untuk membolehkan persefahaman tercapai antara PAS dengan penganut Kristian.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof (gambar) berkata, dialog dengan pelbagai pihak ini dibuat sebagai satu medan baru yang diambil oleh lajnah itu selepas selesai menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Selepas berjaya diselesaikan, kita serahkan pengawasannya kepada Lembaga Penasihat DHPP yang dipimpin oleh naib presiden Salahudin Ayub," kata Mujahid.

Melalui lembaga ini, kata Mujahid, badan baru dalam PAS ini akan dibimbing yang antara lain untuk memastikan mereka memahami budaya PAS dengan baik.

Semasa penubuhan DHPP Mei lalu, semua ahlinya telah berikrar untuk memastikan mereka sentiasa bersama PAS dan tidak menyusahkan PAS.

"Antara ikrar mereka, atau bai'ahlah bagi kita, adalah menjunjung dasar PAS, mentaati perintah pimpinan PAS, menjaga nama baik..ini janji mereka," kata Mujahid ketika menggulung perbahasan ucapan dasar PAS di hari ketiga muktamar.

Dalam ucapannya, Mujahid memaklumkan, lajnahnya melaksanakan  konsep untuk melibatkan sepenuhnya muslimat dalam organisasi PAS.

"Timbalan saya adalah muslimat iaitu Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor), begitu juga setiausaha lajnah ini adalah muslimat," kata Mujahid.

Mujahid juga memaklumkan, kejayaan besar penubuhan DHPP adalah hasil pertolongan yang dibuat oleh Ustaz Hasan Shukri yang mengetuai jawatankuasa teknikal untuk mengkaji perlembagaan PAS bagi membolehkan orang bukan Islam mempunyai kedudukan yang jelas dalam parti Islam PAS ini.

"Draf perlembagaan yang disiapkan oleh Ustaz Hassan dan pasukannya telah diluluskan sebulat suara oleh pimpinan PAS dan kemudiannya oleh Majlis Syura Ulamak.

"Setahu saya PAS adalah parti Islam yang pertama mempunyai ahli bukan Islam dan ada hak-hak tertentu," kata Mujahid dalam ucapannya.

DHPP dan komentar penganalisis politik

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Apakah sebenarnya pendirian PAS berhubung pengundi bukan Melayu?

Beberapa penganalisis politik berhujah bahawa parti, yang diasaskan oleh golongan ulama Islam, kini sudah semakin mendapat sokongan bukan Melayu sejak pilihan raya umum terakhir diadakan pada Mac 2008.

"Bertahun-tahun lamanya pilihan adalah jelas. Jika anda mahu menjadi lebih Islamik, anda pilih PAS." - Wong Chin Huat

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan itu membataskan PAS hanya di kawasan orang Melayu beragama Islam iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu dan beberapa kawasan luar bandar. Menyedari akan keterbatasan yang dihadapi untuk mendapatkan sokongan, PAS pada tahun-tahun kebelakangan ini berusaha mendekati pengundi bukan Melayu dan bukan Islam, kata Wong.

Beliau berkata strategis parti itu kini mengambil jalan tengah untuk "menyeimbangkan semula parti" dengan menggunakan pendekatan "negara kebajikan" dan "PAS untuk semua" yang disasarkan kepada masyarakat umum.

"Secara dalamannya, PAS telah digambarkan sebagai parti yang mewakili golongan ulama manakala daripada segi luarannya ia boleh membenarkan budaya atau autonomi agama bagi minoriti, asalkan ia tidak mengancam atau menggugat komitmen terhadap Islam," kata Wong.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian sebaliknya menyatakan bahawa PAS kini berada di persimpangan. Katanya parti itu mengambil risiko meminggirkan penyokong tegarnya jika ia terlalu memberi perhatian kepada pendekatan jalan tengah.

"Penyokong kuat parti, yang selama ini berada bersama-sama parti tidak akan menyukainya. Tidak dinafikan, ia telah berjaya memenangi hati orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi ia kini berhadapan risiko besar meminggirkan penyokong kuat parti," katanya.

Dr Sivamurugan berkata PAS sebenarnya belum lagi dapat menangani konflik dalaman dan pergeseran pendapat di kalangan dua kumpulan utama dalam parti tentang bagaimana PAS harus melangkah ke hadapan. Katanya wujud konflik antara puak konservatif, terutamanya golongan ulama dan golongan sederhana atau kumpulan profesional.

"PAS tidak menangani masalah ini habis-habisan tetapi hanya mengambil pendekatan bermusim seperti jalan tengah bagi mewujudkan situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak. Jika ini berlarutan, PAS akhirnya akan bergantung kepada pengundi bukan Melayu.

"Ia akan menjadi satu masalah besar kepada matlamat dan ideologinya adalah ke arah sebuah negara Islam. Pastinya, parti ini berada dalam dilema," katanya.

Beliau berkata adalah tidak mengejutkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bukan Islam menjadi anggota penuh PAS tetapi bersedia untuk meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan At-Tantawi menjelaskan bahawa usaha untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPS) tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Melayu.

Katanya PAS mensasarkan untuk meningkatkan sokongan orang Melayu sebanyak 15 hingga 20 peratus dan pemimpin pusat parti itu akan mengadakan pertemuan selepas muktamar tahunan yang sedang diadakan memuktamadkan strategi.

PAS dilaporkan telah mendapatkan khidmat penyelidik pendapat awam untuk mengenal pasti perkara yang menjadi kebimbangan orang Melayu, terutamanya di bahagian pantai barat dan selatan Semenanjung dengan harapan untuk menembusi kawasan yang menjadi kubu kuat Umno.

Namun, usaha itu bukanlah suatu yang mudah kerana PAS kini bersaing dengan Perkasa, sebuah badan yang memperjuangkan hak Melayu pimpinan Datuk Ibrahim Ali, yang semakin mendapat sokongan sejak ia ditubuhkan pada 2008. sumber BERNAMA

PAS tidak tukar prinsip biar pun tewas

PAS sebuah parti yang paling konsisten di negara ini biar pun banyak kali kecundang dalam pilihan raya namun tidak pernah menukar dasar parti itu semata-mata bagi meraihkan kemenangan.

Perwakilan Dewan Ulamak PAS Pusat, Mokhtar Senik berkata, PAS akan hancur sekiranya dasar parti itu ditukarkan semata-mata bagi meraihkan kemenangan pilihan raya.

"Tetapi alhamdulillah PAS tetap kekal dengan dasarnya dan tidak berubah walaupun mengalami jatuh dan bangun dalam politik. Kalau berjuang selain daripada Islam kita akan hina.

"Kita berjaya membawa perubahan dengan prinsip Islam. Kita perkenalkan Islam di tengah-tengah masyarakat umum. Kita dedahkan kepada mereka mengapa perlu sokong PAS. kita memberi ilmu kepada rakyat, sebarkan hujah berdasarkan kepada ilmu," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden, pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata, ada orang Islam takut hendak sokong PAS kerana terpengaruh ajaran sesat yang disebarkan Umno.

Katanya, sebab itu kita perlu membuat taklimat, penerangan dan diskusi mengenai kehebatan Islam. Kita perlu terangkan bahawa Islam itu adil. Dan InsyaAllah akhirnya mereka boleh terima.

Kata beliau juga kejayaan PAS mendekati orang bukan Islam menyebabkan Umno menjadi kepanasan dan takut sehingga mereka cuba mempengaruhi orang ramai bagi mengelirukan mereka.

Beliau berkata, Umno mencanangkan kepada rakyat di seluruh negara tidak perlu lagi memberi sokongan kepada PAS kerana kononnya parti itu sudah mengubah dasar perjuangan disebabkan menerima orang bukan Islam sebagai ahli parti.

Katanya Umno mempengaruhi rakyat supaya tidak lagi menerima PAS kerana sudah terpesong berbanding asal perjuangan asal.

"Inilah sebenarnya menggambarkan Umno begitu takut dengan ilmu sehingga mampu memberi kefahaman lebih jelas kepada rakyat. Umno takut hujah ilmu yang ada mampu menentang kebatilan," katanya.

Beliau juga menganggap ucapan dasar presiden PAS semalam bertepatan dengan situasi semasa lanskap politik tanah air yang semakin mencabar sekarang dengan mengenegahkan Islam adil untuk semua.

Perbahasan: Perwakilan tonjolkan kematangan PAS

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpendapat mutu perbahasan yang ditunjukkan para perwakilan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 tahun ini menunjukkan kematangan ahli PAS itu sendiri.
Katanya, isu yang dibangkitkan oleh perwakilan dilihat suatu yang segar dan membina dan dibuat secara bersedia demi melihat parti terus gah dipersada politik tanah air.
Lebih penting katanya, para perwakilan yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini mampu membawa isu yang berbeza-beza merangkumi pelbagai aspek dalam PAS itu sendiri.
"Wakil-wakil adalah orang yang memang mampu dan isu-isu yang dibawa adalah isu negeri yang berbeza antara setiap negeri," katanya ketika ditemui hari ini.
Kematangan perwakilan juga katanya seiring usia muktamar PAS pada tahun ini yang memasuki kali ke 56.
Perbahasan hari ini masuk hari kedua selepas perbahasan ucapan dasar presiden selesai sesi sebelah pagi tadi dan diikuti pembentangan dan perbahasan usul-usul.
Sebanyak enam usul dibentangkan kepada paerwakilan untuk dibahaskan pada petang ini.
Ianya termasuk usul pindaan perlembagaan berhubung perkara bayaran pendaftaran ahli, usul kedaulatan negara berhubung penyerahan blok L dan M kerajaan Malaysia kepada Brunei dan usul memansuhkan judi sukan.
Tiga lagi usul adalah berkaitan pemerkasaan parti berkaitan sokongan bukan Islam, usul Palestin berhubung mengutuk kekejaman tentera Israel yang menyerang konvoi antarabangsa ke Gaza dan usul persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Pemandangan Gerai Pameran Muktamar PAS 56

Turut menulis sesuatu untuk tatapan Perdana Menteri.
Menjemput YB Husam Musa ke Gerai GMI untuk menandatangani petisyen mendesak pembebasan tahanan ISA paling lama era 20an.

YB Fattah EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Barang paling laris, masing-masing mengenakan mafla di leher....moga semangat terus melawan kezaliman. Masing-masing juga menjual produk ini.

Pemandangan kawasan Pameran di waktu ramai pengunjung.

Pemandangan dari arah depan Gerai Pameran Gerakan Mansuhkan ISA GMI di dewan pameran berhawa dingin di Putik....baru best....

Masih dengan isu Tak Main Pinda-pinda, mansuhkan saja ISA, kerana dalam sesi sidang Dewan Rakyat kali ini draf pindaan akta ISA akan dibentang dan dibahaskan. Perlu bersedia menyedarkan rakyat bahawa ISA ialah satu akta yang sewajibnya dimansuhkan. Tiada ruang dan peluang untuk dipinda.

Israel takutkan perpaduan umat Islam

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Wakil Hamas, Dr. Munir berkata Zionis Israel sangat takut kepada perpaduan umat Islam yang dianggap senjata ampuh yang boleh memusnahkan mereka.

Berucap dalam ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Putik malam tadi beliau berkata, Zionis tahu kekuatan orang Islam dan mereka kini cuba membuatkan umat Islam berpecah.

"Orang yahudi tahu kekuatan Islam iaitu perpaduan.

"Mereka juga saban tahun mengadakan muktamar, merangka strategi bagi menghalang kewujudan Salahuddin Al-Ayyubi kedua.

"Mereka paling takut untuk melihat orang Islam solat Subuh di masjid seramai solat Jumaat," katanya.

Terdahulu beliau berterima kasih kepada PAS di atas jemputan dan mengharapkan muktamar PAS kali ini meneguhkan lagi perjuangan Islam di Malaysia.

Ujian paling besar umat Islam seluruh dunia hari ini katanya adalah berdepan kekejaman Zionis Israel.

"Kita dipilih untuk bersama berdepan dengan rejim ini," katanya lagi.

Beliau juga melahirkan keyakinan kepungan ke atas Palestin akan pecah sedikit masa lagi dengan perpaduan umat Islam seluruh dunia.

Turut berucap pada ceramah malam tadi, wakil gerakan Islam Maldives dan MILF (Moro).

Lebih dua ribu rakyat Kelantan memenuhi perkarangan Putik malam tadi.

Muktamar terus perkukuhkan parti

Alhamdulillah,setelah beberapa hari perjalanan muktamar PAS, segalanya berlangsung penuh tertib. Memahami matlamat yang jauh dan menyedari keperluan dan tumpuan memperkasakan parti menghadapi suasana dan lanskap baru politik Malaysia.

Apa yang berlaku menggambarkan kematangan Perwakilan PAS menangani perkembangan semasa, memahami dasar dan pendekatan sebuah perjalanan jamaah Islam.

Perwakilan PAS masih berjaya mengekalkan disiplin dan akhlak sebagai seorang dai yang menangani suasana dan pendekatan politik.

Walau dilihat riak diluar terutama di media alternatif seakan ada kecenderungan menggugat suasana itu, rupanya ia hanya riak diluar yang tidak mendasari parti.

Ternyata persepsi diluar adalah berbeza dengan kerangka yang membina parti. Isu bergolak diluar yang cuba disusup ke dalam gagal mendasar dan bertapak di hati dan pemikiran perwakilan parti.

Ia lambang kejayaan tarbiah walau masih gagal merebak keakar umbi, di peringkat Jawatankuasa yang mengemudi jamaah PAS di kawasan ternyata ia telah bertapak kukuh.

Isu penglibatan sayap bungsu PAS, Dewan Himpunan Penyokong PAS ternyata menarik perhatian.

Sejauh mana mereka mampu berperanan dan ruang yang perlu diberikan adalah sangat penting Bukan mudah bagi PAS yang selama ini dibelenggu dengan suasana Islam tradisi untuk keluar dari kepompong yang membelenggu.

Tempoh dan kepimpinan yang silih berganti ternyata mampu menangani suasana tersebut.

Biarpun gelora yang sering membadai bahtera PAS, namun sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan dasar yang menunjangi PAS selama ini.

Sedikit sebanyak pengaruh yang terkeliru dengan perkembangan semasa telah terbawa bawa sehingga dilihat seakan ada usaha meliberalkan perjuangan PAS .

Meliberalkan PAS adalah melemahkan dasar PAS. Melemahkan dan menggoyahkan dasar PAS perlu bermula dengan melemahkan pengaruh Ulama. Justeru kepimpinan Ulama adalah teras yang wajib dipertahankan bagi memperkukuhkan parti.

Tahniah kepada semua perwakilan yang telah menjelmakan ruh islam sebagai dai dalam arus politik Perjuangan Islam PAS!

Kutuk Israel: Umno tipu rakyat terang-terangan-Presiden

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai penipu besar apabila mendakwa mengutuk Israel sedangkan pada masa sama menghalalkan judi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, antara strategi Zionis Israel merosakkan akhlak orang Islam adalah dengan memastikan mereka terlibat dengan judi dan rasuah.

"Bila kerajaan Malaysia menghalal judi, ini satu penipuan besar."

"Kata tentang Israel tapi lulus judi bola, ini bukan silap mata, tapi terang-terang depan mata," katanya pada ceramah khas sempena muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) malam tadi.

Tindakan kerajaan itu katanya bukan aneh kerana penubuhan Umno itu sendiri adalah dibawah tajaan British.

Tambahnya lagi, Zionis sememangnya mahu melihat umat Islam rosak dan berpecah belah demi menjayakan hasrat mereka merampas bumi Palestin bagi menubuhkan Israel Raya.

Mereka ujar Ustaz Hadi, sedang membuat perancangan halus merosakkan ekonomi, politik dan akhlak orang Islam agar lemah.

Sehubungan itu, PAS tegasnya akan bersama umat Islam Palestin menentang Zionis Israel.

Perjuangan membebaskan Palestin katanya bukan baru bagi PAS kerana pimpinan-pimpinan PAS sejak di zaman penubuhannya lagi telah memperjuangkan isu Palestin.

"PAS ditubuhkan tahun 51 oleh tokoh gerakan awal Islam di Tanah Melayu, dan kita adalah penyambung perjuagan itu," katanya.
Turut berceramah malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan wakil gerakan Islam luar negara termasuk dari Hamas, Maldives dan MILF (Moro).

Mavi Marmara simbolik kepada masyarakat Dunia

PENGKALAN CHEPA 12 Jun - Wakil tertinggi HAMAS iaitu Muneer Saeed Garada dari Gaza, menyifatkan konvoi misi bantuan kapal Mavi Marmara di pengairan antarabangsa adalah merupakan simbolik kepada masyarakat dunia  bahawa rakyat Palestin dalam keadaan kesempitan dan sangat memerlukan bantuan.


Beliau, tetamu jemputan PAS untuk muktamar ke-56  itu bagaimanapun menyatakan rasa kesal kerana hanya mampu membuat pemantauan dari jauh semasa pelayaran itu dimulakan, kerana pada masa yang sama masyarakaat Gaza sentiasa diancam dengan pembunuhan.


Sebagai mewakili masyarakat Gaza, beliau memberitahu bahawa rakyat di Gaza sangat mengharapkan bantuan dari seluruh masyarakat dunia terutamanya dari negara-negara Islam.


"Masyarakat Gaza sangat memerlukan bantuan dari segi bekalan ubat-ubatan,makanan dan segala jenis bentuk bahan binaan seperti bata, simen, besi dan sebagainya," ujarnya dalam temuramah khas bersama pasukan IT PAS petang tadi.


Jelasnya, sekatan bantuan yang sampai kepada rakyat Palestin terutama sekali bantuan berbentuk bahan binaan telah lama di sekat tentera zionis Israel.


Manakala bantuan makanan turut disekat dan jika ada yang sampai kepada rakyat Palestin pun akan dicatu untuk simpanan sebulan. Bantuan makanan dan bahan binaan lain yang sampai akan dihantar semula kepada agensi yang menghantar bantuan tersebut.


"Israel dan Zionis sangat berharap rakyat Palestin hidup dalam kebuluran, supaya dengan penindasan seperti ini, HAMAS akan tunduk dan mengalah kepada Israel," jelasnya.


Namun, HAMAS melalui tarbiyah dan didikan al-Quran tidak sekali mengalah, malah lebih mengorak langkah dan pelbagai kaedah dibina bagi memastikan kemenangan berpihak kepada HAMAS.


"Dalam kesempitan kehidupan yang dilalui oleh umat Islam di Gaza, kami dapat menguruskan dan mentadbir gerakan kami dengan baik di samping merancang pelbagai strategi yang termampu," ujarnya.


Tambah beliau, "Sebenarnya memang tidak dinafikan bantuan agak sukar untuk sampai kepada HAMAS,dan HAMAS tidak mempunyai cara lain kecuali dengan menggunakan lorong terowong di bawah tanah untuk memperolehi sebarang bantuan makanan".


Beliau yang hadir bersama isterinya Ummu Rahman turut merakamkan rasa sukacita di atas jemputan PAS dalam Muktamar Tahunan ini dan menyatakan pertemuan dalam majlis-majlis seperti ini mampu menghasilkan perbincangan yang lebih mantap di antara gerakan Islam.


Mengakhiri temuramah itu beliau mengharapkan agar Parti Islam PAS dapat menegakkan Islam di Malaysia, beliau turut menyatakan PAS merupakan sebuah gerakan yang unik dan keunikan PAS tidak wujud dalam parti gerakan Islam yang lain.


Sebagai wakil dari HAMAS yang membawa pesanan dari Gaza, beliau berharap agar PAS dapat membina sebuah projek masa depan untuk masyarakat Islam di Gaza. Beliau yang menghadiri jemputan muktamar bersama isteri akan bertolak pulang ke Syria pada  esok hari.

Judi sukan isu ‘emas’ PAS pikat kembali Melayu Islam

Sebahagian daripada perwakilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pengkalan Chepa dekat Kota Baru hari ini. — Gambar Choo Choy May
KOTA BARU, 12 Jun — PAS, yang berhadapan dengan kerisauan perwakilan bahawa kehilangan sokongan pengundi Melayu Islam, hari ini disaran agar menggunakan isu lesen judi khususnya judi sukan baru-baru ini untuk memikat golongan berkenaan. Pandangan ini diberikan selepas beberapa perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam dan pagi tadi membangkitkan keprihatinan mereka PAS kehilangan pengundi-pengundi Melayu Islam sejak kebelakangan ini.
Salah seorang perwakilan, Khairuddin Abd Malek dari Tambun, Perak mengemukakan pendapatnya dengan mendesak kerajaan pusat agar memansuhkan lesen semua jenis sukan dan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen pertaruhan yang sedia ada.
“Pendirian ini penting agar sikap PAS tidak dilihat sebagai parti yang tidak serius (dalam membangkitkan isu),” kata beliau.
“Mengapa tidak PAS membawa isu ini ke jalan (demonstrasi)... jika (Ketua Umum Pakatan Rakyat) Datuk Seri Anwar (Ibrahim) membawa isu ekonomi, mengapa tidak PAS mengusahakan isu judi,” kata beliau ketika membahaskan usul desakan memansuhkan judi sukan, yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dalam mengutarakan pandangan bagi memperkukuhkan asas sokongan Melayu Islam kepada PAS, Khairuddin juga mahu PAS mengadakan pertemuan dengan semua mufti bagi menjayakan usaha tersebut.
Kata beliau, PAS perlu meminta kerjasama mufti bagi memohon perkenan Raja-raja Melayu agar menggesa kerajaan pusat menghapuskan semua bentuk judi.
“Kita mesti memainkan peranan ini... kita mesti ada usaha untuk membogelkan Umno dari judi,” katanya.
Usul ini diluluskan secara sebulat suara selepas dibahaskan.
Usul itu antara lain meminta kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.
Ia juga mendesak PAS pusat memobilasasikan semua rakyat Malaysia menyertai Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi di ibu negara, 3 Julai sebelum menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Himpunan anjuran Pemuda PAS itu dijangka mendapat lebih 20 badan bukan kerajaan setakat ini. Turut menyokong ialah Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan.
Perwakilan dari Tebrau, Shamsul Bakri berkata, pihaknya akan menyokong demonstrasi yang akan diadakan pada 3 Julai ini sambil mahu menetapkan pendirian bahawa akan menyertai mana-mana badan Islam yang menganjurkan bantahan sedemikian kelak.
“Saya minta Pemuda PAS dan PAS pusat mengeluarkan surat supaya seluruh rakyat agar turun untuk turut sertai (himpunan).
“Bukan sekadar judi sukan, (kita berdemonstrasi) sehingga mansuhkan segala judi di bumi ini,” kata beliau.
Usul dibentangkan oleh Ahmad Fadzli Shaari dari Dewan Pemuda PAS Pusat.
Perwakilan Jerlun, Abdul Rahim Jusoh menggesa agar usul ini wajib disokong oleh perwakilan bagi mendesak kerajaan memansuhkan lesen judi sukan.
Suasana di dewan persidangan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat Kota Baru hari ini. — Gambar Choo Choy May
“Kalau ada desakan kita, Umno akan tunduk... Umno akan faham bahasa demonstrasi dan bahasa undi,” katanya.
Bagi melahirkan keseriusan pendekatan ini, katanya, mana-mana wakil rakyat yang tidak sertai demonstrasi bulan depan harus digugurkan daripada menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
“Pemimpin yang tidak turun, akan (kita) turunkan dari pilihan raya umum akan datang,” kata beliau sambil menambah, “inilah isu (terbaik) untuk meraih sokongan orang Melayu.”
Kata beliau, memandangkan Selangor dan Kelantan ada menimbulkan soal PAS kemerosotan undi Melayu, isu lesen judi sukan merupakan peluang “untuk memperkukuhkan sokongan” yang didakwa menurun.
“PAS harus gunakan isu ini,” kata beliau.
Dalam pada itu, PAS juga meluluskan usul berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara.
Usul yang dibentangkan oleh Naib Presiden Salahuddin Ayub mengutuk tindakan kerajaan pusat yang menyerahkan  kawasan minyak Blok L dan Blok M kepada Brunei awal tahun lalu.
Selain itu, usul tersebut juga mengecam tindakan yang didakwa merugikan rakyat dan negara ekoran keputusan pusat memberi hak milik tanah KTM Berhad seluas 271 hektar di Tanjong Pagar, Bukit Timah dan Woodlands kepada Singapura.
Usul tersebut juga mendesak kerajaan Malaysia memutuskan dengan segera kontrak dengan firma khidmat runding APCO demi keselamatan dan kedaulatan negara daripada diceroboh oleh Israel.
Usul pemerkasaan parti yang dibawa Dewan Ulama mahu PAS memastikan dasar dan prinsip perjuangan parti dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.

PAS lulus usul mansuh judi, Apco


Berbeza dengan perbahasan usul ucapan dasar presiden yang banyak menyentuh isu dalaman parti, muktamar PAS hari ini sebaliknya membahas dan meluluskan pelbagai usul berkaitan isu semasa dan antarabangsa.

Membentangkan usul mansuhkan judi sukan, exco Pemudanya Ahmad Fadhli Shaari berhujah, menyedari pemberian lesen jenis itu memberikan kesan langsung kepada pelbagai pihak, PAS hendaklah mendesak kerajaan memansuhkan dan mengetatkan penguasaan terhadap undang-undang judi.

Usul itu juga mendesak PAS memobilisasi semua rakyat Malaysia turun ke "himpunan 100,000 rakyat" bagi menyerahkan memorandum kepada yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

Walaupun dibahaskan 'berapi-rapi' oleh seorang perwakilan Tebrau yang mahukan supaya parti itu mendesak pemansuhan semua jenis perjudian tetapi muktamar kemudiannya hanya meluluskan usul itu seperti yang dibentangkan sahaja.

Sementara itu, muktamar juga mendesak kerajaan memutuskan segala kontrak dengan firma perunding Apco Worldwide "demi keselamatan dan kedaulatan negara dariapda diceroboh oleh Israel-Zionis"

"Mendesak supaya semua perkara yang penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus melalui seorang perdana menteri sahaja kerana ini adalah (melibatkan) survival rakyat di negara itu," usul yang dibentangkan naib presiden PAS Salahuddin Ayub itu dipetik.

Isu lain yang dibentang dan diluluskan dalam muktamar parti itu kali ini, termasuklah:

- Mengutuk tindakan kerajaan menyerahkan blok L dan M yang memiliki minyak bernilai RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

- Mengecam tindakan memberikan pemilikan tanah Keretapi Tanah Malaysia Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar di Singapura untuk dimajukan bersama Singapura.

- Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas - NGO pembebasan Palestin - sebagai kerajaan yang sah.

Khalid Samad: Undi PAS naik 3 ganda dalam 10 tahun

KOTA BARU, 12 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menolak tanggapan mendakwa PAS sudah mula kehilangan sokongan pengundi-pengundi Melayu hanya kerana menjalin kerjasama dengan komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. Ketika beberapa perwakilan menimbulkan kebimbangan bahawa PAS kemungkinan akan kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam disebabkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS, Khalid berkata, hakikatnya undi diterima parti itu terus mengalami peningkatan.
“Ketika kita hendak menggantikan Umno... tanggapan undi Melayu lari daripada PAS kerana bersama Pakatan Rakyat, itu (saya rasa) tanggapan yang meleset,” kata beliau ketika membahaskan usul persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini petang ini.
Sambil memetik hasil kajian badan pemikir Insap, Khalid berkata, maklumat menunjukkan jumlah undi yang diterima oleh PAS sepanjang tiga pilihan raya umum yang lalu terus meningkat.
Kata beliau, hasil kajian itu mendapati PAS menerima 367,000 undi pada pilihan raya umum 1999 dan ia meningkat kepada 1.1 juta undi dua tahun yang lalu.
“Bermakna undi kepada PAS meningkat tiga kali ganda,” kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Khalid juga berkata, “kita sibuk kata orang Melayu berkata tak perlu sokong PAS sebab Umno memerintah.”
“(Sebenarnya) orang Melayu tak sokong, yang sokong ialah orang Melayu Islam yang mendukung nilai-nilai pentadbiran Islam yang dibawa oleh PAS.
“Jangan makan propaganda Umno-BN,” katanya.
Selain merujuk kepada hasil kajian badan pemikir itu tambah Khalid, kejayaan PAS menembusi Johor menunjukkan sokongan kepada parti itu meningkat kebelakangan ini.
“Kita pernah tanding di Johor tetapi sampai hilang deposit. Tetapi sekarang benda itu sudah tidak berlaku.
“Apa yang berlaku ialah anjakan dalam di mana orang-orang Melayu bergerak kepada PAS kerana kita amalkan dasar politik yang baru... yang memenuhi keperluan masyarakat majmuk dan ia boleh dilakukan dan kita sudah mampu dilakukan, di negeri-negeri yang Pakatan perintah sekarang,” katanya lagi.
Pada pilihan raya umum lalu PAS menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Abong dan Maharani.
“Kalau dengan semangat kebangkitan yang sama, dengan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, kita boleh menggantikan dengan Umno.
“Kaedah Islam adalah kaedah yang diinginkan oleh kita.
“Jadi dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, kita jangan pandang kiri, jangan pandang kanan... kita ada landasan yang betul,” kata Khalid.
Usul itu dibawa oleh kawasan Kubang Kerian, Pokok Sena, Kubang Pasu,
Jerantut dan Bandar Tun Razak mahu PAS pusat memenangi seberapa banyak kerusi Parlimen bagi menggantikan kedudukan Umno sebagai teras utama politik negara dengn membongkor kepalsuan perjuangan Umno khususnya kepada pengundi Melayu di pedalaman dan merangka strategi gerak kerja pilihan raya dari sudut daftar pemilih, kewangan, latihan kepimpinan jentera pilihan raya secara profesional.
Selain itu usul tersebut juga meminta PAS pusat mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat mewujudkan polisi pemilihan calon yang ketat, munasabah dan relevan bagi mengelakkan gejala lompat parti dan sekali gus mempamerkan wibawa serta keupayaan calon pada pandangan pengundi.
Dalam pada Taib Ahmad (gambar), perwakilan daripada Kubang Pasu berkata, PAS akan kehilangan kerusi-kerusi yang dimenangninya jika terperangkap dengan idea kerajaan perpaduan.
“PAS kini berada di landasan yang betul dan perlu memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
“Jika PAS terperangkap dengan kerajaan perpaduan, yang sedang cuba dibawa oleh sesetengah pihak, kita akan kalah di keseluruhan kawasan yang kita menang,” katanya.
“Kita kena yakin dengan kedudukan bersama Pakatan Rakyat dan perlu memantapkan terus Pakatan Rakyat supaya matlamat ,” kata Taib beliau sambil berkata usaha untuk “pecah dan perintah” masih berterusan.