Sabtu, 12 Jun 2010

Tiga ADUN Umno Bakal Lompat Parti, Politik Perak Bergolak Lagi

Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.
Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.
Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim  ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di  Ipoh esok.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.
Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.
Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.
"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno  kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.
Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.
"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.
"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.
Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.
"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya.

Adakah Islam Anti Non-Muslim - Haron Din

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - "Adakah Islam anti non-muslim ?" demikian ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din ketika menjawab isu yang sengaja dibangkitkan beberapa pihak sejak akhir-akhir ini berhubung penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang dianggap menggadaikan dasar perjuangan PAS.


Beliau melontarkan persoalan sama ada pihak yang menimbulkan isu tersebut mengetahui dasar perjuangan PAS ataupun tidak.


"Adakah mereka mengetahui apakah dasar perjuangan PAS dan perlembagaan yang sebenarnya sehingga mereka boleh mencipta persoalan tersebut?" ujarnya ketika ditemuramah dalam sidang webtv Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 pagi tadi.

ustaz Haron menjelaskan sejak awal kedatangan Islam dengan pengutusan Nabi Muhammad saw, baginda telah mengadakan banyak kerjasama politik dengan musyrikin Mekah yang tidak beragama Islam.


"Baginda sendiri telah menjalinkan hubungan yang berbentuk perjanjian dan pertolongan manakala zaman sekarang dipanggil tahaluf siyasi.


"Rasulullah sendiri bekerjasama dengan orang Yahudi ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, inilah Islam kerana pada saat tertentu Allah menentukan kejadian seperti itu pasti mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk digunakan pada masa hadapan," katanya lagi.


Maka, tegasnya tindakan Rasulullah tersebut juga jika dikaitkan dengan tohmahan pihak tertentu yang menuduh hubungan dengan masyarakat bukan Islam sebagai menggadaikan prinsip adalah suatu yang tidak tepat.


"Adakah Rasulullah yang mendapat bantuan dan sokongan orang-orang Yahudi bermaksud baginda telah menggadaikan Islam?" ujarnya lagi.


Beliau beranggapan pihak yang memainkan isu tersebut tidak memahami Islam dan sengaja ingin melemparkan fitnah bagi memburukkan nama PAS.

PAS rombak ahli jawatankuasa disiplin, lantik orang berkecuali


KOTA BARU, 12 Jun — Di sebalik dakwaan banyak pihak yang panel disiplin tidak berlaku adil dalam kes-kes tatatertib, PAS akan meminda perlembagaannya bagi memilih anggota jawatankuasa hanya daripada kalangan bukan pemegang jawatan dalam parti.
Pindaan yang dibahaskan oleh PAS hari ini mengekhendaki hanya mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti dilantik menjadi pengerusi dan anggota jawatankuasa disiplin.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, aspek itu akan membolehkan jawatankuasa disiplin “bertindak dengan bebas dan kelihatan bertindak dengan bebas.”
“Jika usul ini diluluskan, selepas ini jawatankuasa disiplin akan dipengerusikan oleh seorang yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
“Dalam erti kata lain, jika saya masih mahu memegang jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin, saya kena lepaskan jawatan dalam parti,” kata Tuan Ibrahim yang juga pengerusi semasa jawatankuasa disiplin.
Ketika ditanya sama ada perkara itu diputuskan ekoran rasa tidak senang di kalangan sesetengah pihak awal tahun ini berhubung keputusan jawatankuasa disiplin terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalannya Khalid Samad, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang memberitahu:
“Tiada, tidak... saya sendiri yang mengesyorkan kepada parti agar sistem sedia ada ini diubah.”
Tuan Ibrahim pernah menulis dalam blognya dengan meminta agar PAS pusa mengubah sistem sedia ada agar ia kelihatan bebas kepada semua orang.
Malah kata beliau, usaha ini juga selaras dengan amalan parti-parti lain di mana pengerusi jawatankuasa mestilah seorang yang bebas daripada menyandang mana-mana jawatan.
Usul itu pindaan perlembagaan itu antara lain berbunyi. “menyedari jawatankuasa tatatertib parti merupakan hakim yang memerlukan kebebasan dalam memberi pandangan dan menghukum tanpa terikat dengan kepentingan politik dan peribadi, ahli-ahli jawatankuasa tatatertib hendaklah dari kalangan ahli PAS yang berkelayakan pada pandangan Jawatankuasa Kerja PAS pusat dan tidak memegang apa-apa  jawatan dalamparti.”
Selain pindaan itu, usul yang sama juga mengesyorkan agar parti memansuhkan bayaran pendaftaran ahli bagi Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

Perkasa fingered over alleged assault of MPS councillor


(The Star) - The alleged assault of Selayang Municipal Council (MPS) councillor Lim Ching How and his assistant Zuhudi Ahmad on Wednesday by about 20 individuals wearing T-shirts bearing the Perkasa logo is unacceptable, appalling and must be condemned, MCA central committee member Loh Seng Kok said.
He expressed regret over the incident, saying the racist espousals by Perkasa might have inadvertently contributed to the alleged beatings.
In a statement yesterday, he said MCA urged the police to view the case seriously and conduct a thorough investigation.
“Charges must be brought against the individuals involved in the alleged battery,” said Loh, who is also MCA publicity bureau chairman.
Lim had gone to Taman Industry Bolton, Batu Caves, at 11am on Wednesday after receiving complaints that a signboard put up by the Yee Lan Sheng Hui Association was being torn down by a mob.
Loh said the MCA was astounded there were only two policemen at the scene.
“If the two felt outnumbered, they could have called for backup to defuse the situation,” he added.
“Malaysia is a country governed by the rule by law, not a country destined by mob rule and physical intimidation.
“Whatever opposing views individuals or NGOs may have should be solved through dialogue and consultation,” Loh said.
On a separate issue, Loh said MCA was disappointed with the behaviour displayed by some Members of Parliament at the Senate Lounge recently.
“Any differences of opinions should be raised during the Parliament debate, and not outside the chamber.
“MPs should not launch into tirades at civilians or disrupt discussions of MPs with their guests.”
Similarly, Loh said while MPs have the right to listen to the grievances of the public, they should also be able to control their guests and prevent them from raising their voices at other MPs.

Program Tazkirah bersama Anwar: Pemimpin PKR terima surat ugutan

"TAHNIAH TUAN HJ RASHID BAKAL MP BAYAN BARU, SEMALAM TUAN BAWA ANWAR IBRAHIM MASUK MASJID KAMI. PUAS KE? KALAU TAHI MASUK RUMAH JANGAN MARAH YE? JAGA JUBUQ! KAMU KURANG AJAR/KAMU PERLU DIAJAR. TUNGGU!! MASANYA....."
Demikianlah kandungan surat ugutan yang diterima oleh Ketua Penerangan PKR Bayan Baru, Pulau Pinang, Tuan Hj Rashid (bulatan kuning), sehari selepas program Tazkirah bersama Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen di Masjid Bayan Baru pada 6 Jun 2010.
Menurut satu kenyataan dari PKR, Tuan Hj Rashid akan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tengah, Bayan Baru pada 2.30 petang, selepas solat Jumaat hari ini.
Sim: Masjid didominasi UMNO
ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin ketika dihubungi MerdekaReview berkata, Masjid Bayan Baru adalah masjid yang utama di situ.  Rashid yang bergiat aktif dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini, kini menyandang jawatan Ketua Penerangan PKR cabang Bayan Baru.  Rashid juga seorang ahli jawatankuasa masjid tersebut.
Sebagaimana yang difahami Sim Tze Tzin, jawatankuasa masjid tersebut didominasi UMNO, maka berlaku keadaan di mana mereka dari Pakatan Rakyat dipinggirkan.  Sim Tze Tzin berkata, agak sukar untuk pemimpin PR bersyarah di masjid tersebut, dan program Tazkirah kali ini merupakan kali kedua Anwar Ibrahim masuk ke masjid tersebut selepas 8 Mac 2008.
Beliau menjelaskan, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar dan pemimpin politik lain bukanlah "ceramah politik", tetapi ceramah sejarah tamadun Islam.  Sim Tze Tzin (gambar kiri) menambah, "Masjid bukan tempat pergelutan politik.  Kami berharap agar ahli jawatan kuasa masjid bersikap terbuka, membenarkan mereka yang berbeza pandangan dalam politik untuk bersyarah di masjid, dan bukannya menghalang pemimpin PR."
Memandangkan kes ini adalah serius, Sim Tze Tzin menyeru agar pihak polis menyiasat dan mengenalpasti sama ada ugutan ini berkaitan dengan unsur politik.

Wakil Negeri Sembilan Tegur Mahfuz Omar

Perbahasan ucapan dasar di muktamar Pas ke 56 di Putik, Kelantan bersambung pagi ini. Wakil Negeri Sembilan, Jamlus Mansur membuka panggung dengan mengutarakan beberapa perkara yang menyentuh isu pokok dalam ucapan dasar Presiden.

Apa yang menarik, Jamlus menarik perhatian meminta para pemimpin Pas tidak ghairah untuk memberi komen yang bersifat kritikan dalaman terhadap parti.

Beliau tanpa bersembunyi mengkritik cara Naib Presiden, Mahfuz Omar yang terlebih mesra media massa di mana pantang melihat tape rekoder wartawan di hulurkan ke mulutnya terus akan bercakap dan mengulas apa saja isu tanpa mengira apakah ianya memberi kesan negatif kepada parti.

Sikap nasi tambah Mahfuz yang meminta supaya kerajaan Kelantan mengugurkan serta merta menantu Nik Aziz Nik Mat, Ariffahmi Ab Rahman yang menjadi CEO Perbadanan Menteri Besat Kelantan (PMBK) diserang hebat oleh seorang bloger satu tindakan yang tidak baik.

Kata Jamlus tidak sepatutnya pemimpin Pas membuat kritikan terbuka demikan kerana ia merupakan masalah dalaman. Beliau lalu memberi nasihat kalau untuk mengkritik biarlah berhikmah dan dibuat dalam keadaan tertutup.

"Apa yang dilakukan Mahfuz Omar yang meminta supaya Ariffahami digugurkan segera dari jawatannya saya rasakan satu cadangan tidka baik," begitulah kira-kira ujarnya.

Beliau lantas membuat anologi dengan mengumpamakan seorang suami yang hendak 'memukul' isteri buatlah didalam bilik, tempat yang tertutup. Katanya masukkan ke dalam bilik, pukullah jangan sesekali dibuat di luar.

Akibat teguran tidak berhikmah menyebabkan pihak musuh akan menangguk situasi itu untuk kepentingan mereka.

Sehubungan itu Jamlus meminta supaya presiden mengawal kelakuan para pemimpin yang celupar dan tidak berhikmah di dalam membuat teguran atau mengkritik parti. "Saya minta presiden mengawal sikit budak-budak ini," katanya.

Kritikan Jamlus itu dikira pedas namun ada kebenarannya. Setengah masalah dalam Pas menjadi bertele-tele dan sukar diselesaikan kerana adanya ulasan dan komen yang sambrono dibuat oleh pemimpin Pas tanpa terlebih dahulu berifkir kesan daripada ulasan dan kenyataan mereka.

Seorang lagi pembahas ialah wakil Melaka. Perkara yang turut disentuh oleh wakil berkenaan berhubung dengan media parti Harakah dan media pro Pas, Siasah. Beliau menyinis Siasah dianggap sebagai media parti yang tidak bermaya dan meminta agar ianya diperbaiki. Beliau mencadangkan supaya Siasah tidak membuat kelainan dan elok mengikuti stail Harakah.

Sementara Pulau Pinang, Rushidi Hussein banyak bercakap bersimbolik mengenai Pulau Pinang. Beliau berbeza dengan tiga wakil sebelum ini yang agak begitu seronok dengan kewujudan Dewan Himpunan Pas wakil Pulau Pinang ini agak berhati-hati.

Rushidi menaruh kebimbangan disebalik sikap terbuka dan liberal Pas itu sehinggakan ia boleh menenggelamkan rupa diri Pas sebenarnya. Beliau memberi dua perumapamaan mengenai keahlian Pas, iaitu ada ahli yang macam simen keras dan simen tidak cukup. Simen keras diibaratkan kepada ahli dan penyokong tegas Pas yang memahami perjuangan Pas dan simen tidak cukup ahli dan penyokong baru yang belum arif dan mendalami perjuangan Pas.

Untuk memastikan simen tidak cukup ini menjadi simen keras beliau menyarankan supaya Pas menggunakan mekanisme pentarbiayah yang merupakan satu pendekatan ampuh Pas dalam mengebalkan keimanan para perjuangnya.

PAS P.Pinang Mahu Pembahagian Kerusi Dikaji


KOTA BARU: PAS Pulau Pinang menuntut supaya status quo pembahagian kerusi yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat di negeri itu dikaji semula bagi membolehkan lebih banyak calon parti itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Gesaan berkenaan dibuat oleh perwakilan negeri itu, Rosidi Husin yang mahu supaya pimpinan PAS Pusat membincangkan perkara berkenaan di peringkat Majlis Pakatan Rakyat.
"Kami mahu supaya pimpinan memberi keutamaan kepada Pulau Pinang kerana Pakatan Rakyat hanya diwujudkan selepas pilihan raya 2008.
"Jadi status quo pembahagian kerusi sebelum ini bukanlah syarat utama, oleh itu kami harap pimpinan pusat bawa perkara ini agar PAS boleh bertanding di Pulau Pinang lebih banyak bagi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen," katanya pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahuan PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Selain itu beliau berkata, PAS sebagai salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP perlu memainkan peranan yang sebaik mungkin bagi menggerakkan kerjasama berkenaan.
Menurutnya, Majlis Pakatan Rakyat perlu diperkasakan bagi mengelakkan wujudnya syak wasangka di peringkat akar umbi antara ketiga-tiga parti.
"Kita mesti memperkasakan Majlis Pakatan Rakyat, saya minta supaya mesyuarat majlis ini diadakan dengan lebih kerap di peringkat negeri.
"Bila tak ada mesyuarat, akan wujud banyak syak wasangka yang tak baik antara parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Terangkan dosa Umno-APCO Worldwide - PAS Perak


PENGKALAN CHEPA, 11 Jun - PAS Perak menolak keras kenyataan Umno yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan APCO Worldwide.


Perwakilannya, Drs Khalil Idham Lim Abdullah berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu.


Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah padapilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.


"PAS diharap terus menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai, " ujarnya ketika membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang tadi.


Jelasnya, tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS Untuk semua.


Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini.

Ini semua tidak benar, berniat jahat - Timbalan Presiden PAS

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyifatkan isu pergeseran beliau dengan Presiden parti itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencemarkan imej PAS.


Beliau berkata demikian pada sesi wawancara Webtv sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.


"Ini semua tidak benar dan ia bersifat gosip politik yang dibuat berdasarkan andaian berniat jahat kepada PAS, bukan pada saya semata-mata," ujarnya ketika diminta mengulas isu berkenaan.


Dalam nada kesal, ahli parlimen Bachok itu menganggap tindakan media yang memainkan isu berkenaan hanya akan merendahkan martabat dan mutu pemberitaan media itu.

"Ia tidak lain hanyalah sekadar mainan media tertentu yang merendahkan martabat media berkenaan dan saya yakin ia disasarkan kepada PAS.


"Saya sangat kesal dan hal ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.


Baginya gosip tersebut adalah melampau dan mempunyai mutu yang rendah.


"Saya sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenai isu ini, mereka mengatakan benda yang tiada," ujarnya lagi.


Terdahulu, terdapat beberapa cakap-cakap politik di beberapa media baru yang mendakwa wujudnya masalah antara dua pemimpin utama parti tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diminta mengulas isu tersebut telah menafikan beliau sudah tidak lagi menerima sokongan menyeluruh daripada timbalannya Nasharudin Mat Isa dalam menerajui parti itu.

“Kalau itu, tiada siapa lah saya, tiada siapa... tiada masalah,” kata beliau dengan menoleh ke arah Nasharudin yang duduk di sebelah kanannya ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Hadi diminta mengulas laporan bahawa beliau kini berhadapan dengan situasi tidakmendapat sokongan yang diharapkan sejak kebelakangan ini dalam menerajui PAS.


Sebelum Hadi mengulas, Nasharudin dengan ringkas berkata, “Itu Malaysian Insider punya ini...(tak) jawab pun.”

Post-Nik Aziz, will PAS-Umno unity talks resurface?


KOTA BARU, June 12 — One of the underlying concerns among PAS members is whether the abandoned PAS-Umno unity talks might not stay buried in the future. PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is seen by many as the “solidifying factor” within the Islamist party. His tough stand against any from of cooperation with Umno is replicated in kind by party loyalists.
But once the 79-year-old Nik Aziz steps down, what happens to the party stand? Will pro-Umno factions within the party resurface?
“With a party as big as PAS, there are definitely going to be a difference of opinions. Some may have other views for the party, you cannot change this,” said a PAS central committee member who wanted to remain anonymous.
He was commenting on the possibility of a faction of PAS leaders pushing for a renewal of PAS-Umno talks once Nik Aziz steps down as the spiritual leader.
But other members within the Islamist party’s influential central committee insist that the committee will provide the “check and balance” once Nik Aziz steps down as to ensure any unity talks with Umno remain buried forever.
“The president does not have absolute power. The central committee is a democracy. When the president decides something, it is subject to the approval of the central committee. Only when we decide on it, then it can be approved.
“I am very confident that it will not be an issue,” PAS vice-president Salahuddin Ayub told The Malaysian Insider.
PAS treasurer Dr. Hatta Ramli said the committee served as a “check and balance” factor to ensure that fair decisions were carried out in the collective interests of the party, and not just a few individuals.
He told The Malaysian Insider that what mattered at the end of the day was that a “consensus” was reached on the party’s future direction.
“The committee exists as a check and balance measure for the party. It is not necessary that everyone agrees with whatever the committee decides. That is not important.
“It’s the consensus that matters,” said Dr. Hatta.
But the Kuala Krai MP was mum on whether factions within PAS would push for a renewal of unity talks with Umno once Nik Aziz is out of the picture.
“I’m not ruling out anything,” said Dr. Hatta.
Another central committee member, Dr. Dzulkefly Ahmad said that the party had seen through its fair share of troubles, and was confident of the party’s future and survival in Pakatan Rakyat post-Nik Aziz.
“This is the dynamics of PAS. We have been through so much. We have to remain consistent and unified.
“The central committee, the majlis syura acts as a safety net for the party, a check and balance into the right direction.
“One person cannot change the party’s stand,” the Kuala Selangor MP told The Malaysian Insider.
This years’ PAS annual general assembly saw all three party wings-Youth, Ulama and Women’ wing strongly condemn and oppose any form of cooperation with the party’s longtime foe Umno.
Nik Aziz himself has come out and vehemently denied any possibilities of unity government talks with Umno.
“Absolutely not. There is no way that PAS would even consider unity talks with Umno,” said Nik Aziz to The Malaysian Insider in an interview.
The Kelantan Mentri Besar had claimed  that PAS and Umno would not see eye-to-eye because the principles for both parties were vastly different.
“Umno rejects Islam. Umno put fear into people because PAS was talking about the concept of an Islamic nation.
“But for Umno, its a case of Malays first (Ketuanan Melayu) versus PAS’ Islam first (Ketuanan Islam),” said Nik Aziz earlier this week.

Hu: ‘Lihat Himpunan Penyokong sebagai harapan PAS, bukan ancaman’


KOTA BARU, 12 Jun — Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang dinaikkan taraf sebagai sayap terbaru parti itu bulan lalu, harus dilihat sebagai “satu harapan” bagi parti Islam itu, bukannya satu ancaman, kata Pengerusinya Hu Pang Chaw.
“Kami menyediakan hubungan dua hala antara PAS dan masyarakat bukan Islam,” kata Hu kepada The Malaysian Insider pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Pengkalan Chepa dekat sini.
Hu juga berkata, kebimbangan yang diperlihatkan semalam mengenai kehadiran bukan Islam dalam PAS sebenarnya tidak menggambarkan sentimen keseluruhan PAS.
“Saya faham perasaan mereka. Tetapi ia hanya minoriti. Jika majority parti merasakan demikian (tidak senang), Dewan Himpunan (sudah pasti) tidak muncul hari ini,” kata beliau.
Beliau juga berkata, PAS memahami keperluan “pemikiran politik” baru dan dengan itu, penyertaan bukan Islam menunjukkan satu menunjukkan penambahbaikan dibawa kepimpinan tertinggi parti Islam itu.
“Jika mereka hanya memberi tumpuan ke atas pengundi Melayu, mereka tidak akan ke mana,” kata beliau sambil menambah, sebenarnya tiada pertembungan antara arah aliran penyokong Islam dan bukan Islam.
“Matlamat sokongan Melayu dan bukan Melayu berbeza,” katanya lagi.
Ditanya mengenai pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, Hu berkata, pihaknya lebih mengutamakan bilan kerusi boleh dimenangi.
“Saya mengutamakan kerusi boleh dimenangi, bukannya berapa banyak kerusi akan diperuntukkan. Tiada guna jika diberikan 100 kerusi tetapi hanya menang satu.
“Bagaimanapun kami menyerahkan kepada pucuk kepimpinan parti, ia akan dibincangkan bersama PKR dan DAP... ini akan dilakukan oleh pucuk kepimpinan parti,” katanya.
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS K. Deepakaran menyampaikan ucapan perbahasan sulung selaku pemerhati rasmi pada Muktamar Tahunan PAS hari ini. - Gambar oleh Choo Choy May
Dewan Himpunan Penyokong PAS hadir di Muktamar Tahunan PAS kali ini dengan membawa 15 wakil sebagai pemerhati rasmi.
Dengan status itu mereka boleh menyertai perbahasan pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56.
Ucapan perbahasan sulung dewan itu disampaikan oleh Setiausahanya K. Deepakaran.
Dalam ucapannya Deepakaran berkata, pihaknya menerima PAS kerana mengamalkan semangat toleransi dalam suasana hormat-menghormati yang baik dengan slogan “PAS Untuk Semua”.
“Hak-hak diberikan kepada bukan Islam,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya berharap PAS akan memberi ruang dan peluang untuk mengubah landskap politik negara ini.
Dewan Himpunan Penyokong PAS dinaik taraf daripada Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada 2004 tahun ini dengan pelancarannya bulan lalu.
“Dalam pilihan raya umum 2008, pengundi-pengundi bukan Islam memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan calon PAS, antaranya di kawasan Parlimen Kota Raja,” katanya.
“AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS akan menonjolkan PAS dalam satu lagi perjuangan menghadap cabaran (politik) pelbagai kaum di negara ini.
“Cabaran amat besar, tetapi dengan bimbingan PAS, kami akan terus menyuburkan perjuangan PAS dan membawa hasil yang lumayan,” kata beliau yang mengakhiri ucapan dengan takbir.

Perwakilan PAS: Nik Aziz harus jadi Mursyidul Am Pakatan


KOTA BARU, 12 Jun — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak dua dekad lalu wajar dilantik sebagai Mursyidul Am Pakatan Rakyat.
Saranan itu dikemukakan oleh perwakilan Perlis, Wan Khaisal Wan Khazim dalam perbahasannya pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.
Perwakilan itu berkata, Nik Aziz, 79, wajar diberikan pengiktirafan itu memandangkan beliau sudah boleh diterima oleh semua pihak tanpa mengira agama dan kaum.
“Ahli-ahli perlu mengikuti bentuk kepimpinan Nik Aziz. Justeru itu saya merasakan beliau patut (dilantik) menjadi Mursyidul Am kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
Nik Aziz dilantik semula sebagai Mursyidul Am PAS untuk tempoh lima tahun lagi April lalu.
Akhir tahun lalu, anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim ada mengesyorkan agar Nik Aziz menjadi ketua atau sebagai pengerusi Pakatan Rakyat pertama.
Saranan Zaid itu juga disokong oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Bagaimanapun ada pandangan yang sebaliknya berhubung syor tersebut.
Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu. “Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu,” kata Mustafa.
Sebelum ini, Zaid bersama lima lagi pemimpin Pakatan iaitu dua dari setiap parti mendaftarkan secara rasmi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Pelantikan itu wajar selepas permohonan Pakatan Rakyat diterima oleh RoS, katanya.

Permintaan pertama Dewan penyokong PAS

Tampil julung-julung kalinya sebagai perwakilan dalam muktamar parti, Dewan Himpunan Penyokong PAS hari ini mengutarakan permintaan sulung mereka, antaranya bantuan untuk sekolah vernakular dan pelantikan jentera pentadbiran di peringkat daerah.

Setiausaha dewan itu K Deepakaran berkata permintaan itu dibuat ekoran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) serta sekolah agama rakyat tidak mendapat perhatian sewajarnya sebelum ini.

"Saya minta PAS tegas supaya SJKC, SJKT termasuk sekolah agama rakyat yang tidak dilayan adil, dengan perutukan kementerian pelajaran.

"Seterusnya, semua usul di parlimen yang menyentuh tentang masyarakat bukan Islam, PAS akan bersuara untuk bukan Islam," katanya.

Deepakaran juga mengusulkan, dalam pelantikan penghulu, ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan ahli majilis haruslah dibuat dengan "sokongan" daripada kesemua dewan dalam parti itu.

"(Mudah-mudahan) penyokong akan berganding dalam dewan-dewan... untuk menjayakan program turun padang bagi mengukuhkan sokongan," tambahnya.

Selepas dinaiktarafkan daripada kelab kepada dewan hujung bulan lalu, penyokong bukan Islam PAS kini dibenarkan menghantar 15 perwakilan dan terlibat secara rasmi dalam muktamar tahunannya.

'Saya dengan taksub...'

Walaupun dibenarkan berucap sebelum ini, kumpulan tersebut hanya mengambil bahagian dengan status pemerhati.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pengkalan Chepa pagi ini, Deepakaran berkata pihaknya berharap PAS terus menjamin hak bukan Islam seperti sunah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.

"Nabi Muhammad minta dijamin hak orang Islam bila sebarkan Islam di Mekah dan Madinah. Dengan itu, saya harap pemimpin PAS berani mencari ruang bagi mengubah senario politik akan datang.

"Takbir!" katanya disambut laungan "Allahu Akbar", tepukan serta sedikit ketawa kecil daripada kira-kira 1,500 perwakilan dan pemerhati.

Ucapan Deepakaran kira-kira 10 minit hari ini mencuit hati pelbagai pihak, antaranya ekoran 'kefasihannya' mengulas hal ehwal agama Islam, menyebabkan beliau sering mendapat tepukan.

Malah sejak awalnya lagi, dewan di Pusat Tarbiyyah Islamiah Kelantan (PUTIK) - tempat muktamar PAS ke-56 berlangsung - mulai ceria apabila beliau tersilap menyebut perkataan Arab dalam ucapannya: "Saya dengan taksub syukur pada Tuhan yang Maha Esa."

Sementara itu, Deepakaran juga berkata penampilannya sebabagi perwakilan PAS di pentas muktamar, menggambarkan usaha parti bagi membuktikannya "bukan hak umat Islam semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia".

"Islam bermaksud sejahtera dan aman sesama Islam atau dengan bukan Islam. Islam dilihat amalan beragama penuh dengan semngat toleransi di mana rumah ibadat, tokong, kuil, gereja terpelihara dengan baik," katanya.

Harap Dewan Ulama tak dilihat terus lena

Aku sangat setuju dengan apa yang diucapkan oleh wakil dari Perak, YB Idham Lim yang juga perwakilan dari Parit Buntar yang sentuh Dewan Ulama'.

Antara lain dia sarankan Dewan ulama untuk ambik peranan yang lebih proaktif untuk memastikan sokongan orang Melayu Islam untuk menyokong PAS meningkat.

Dia jugak menggesa Dewan Ulama' supaya ambik langkah yang berperancangan untuk memastikan Urusan Ulama peringkat kawasan-kawasan diperkemaskan dan diperkuatkan. Dia jugak menggesa Dewan Ulama' memastikan tarbiah di peringkat kawasan diperkemaskan lagi.


Aku cukup setuju, pasainya selama ni  nampak macam Dewan Ulama' kurang berperanan. Nampak macam tak nampak Dewan Ulama' tu ujud. Nampak macam Dewan Ulama' takdak buat apa-apa.

Aku pernah tanya beberapa orang ahli PAS, saja nak tengok apa persepsi depa dengan Dewan Ulama'.

Secara umumnya kebanyakkan ahli PAS yang aku tanya macam tak reti nak jawab. Kebanyakkan yang jawap lebih menjurus kepada Majlis Syura Ulama' bukan Dewan Ulama.

Pada aku persepsi macam tu Dewan Ulama' kena tangani dengan cepat. Dewan Ulama' bukan saja kena terus diperkasa tapi dalam masa yang sama kena tunjukkan Dewan Ulama' sebenarnya memang perkasa.

Bila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS menggambarkan sokongan yang semakin meningkat dari kalangan orang bukan Islam terhadap PAS, dan memang jelas nampak sokongan dari orang bukan melayu yang juga bukan Islam kepada PAS semakin meningkat semenjak dari PRU12 tahun 2008 dulu.


Tapi, realitinya. sokongan dari orang bukan Islam dan bukan Melayu kepda PAS kalau sokongan dari orang Melayu Islam masih sama macam masa PRU12 dulu.

Maksudnya kalau takdak peningkatan sokongan dari orang Melayu Islam sendiri kepada PAS, cita-cita PAS untuk kembali 'memerintah' Perak terutamanya, hampir pasti tak lebih dari sekadar angan-angan.

Setakat ni ramai dari kalangan yang suka buat analisa kata hampir mustahil PAS Perak boleh tambah banyak kerusi.

Jadinya pada aku sangat-sangat sesuai tugas nak tarik lebih ramai orang Melayu Islam kita bebankan kepada Dewan Ulama'. Bkan nak kata pihak-pihak lain tak perlu ambik peranan tapi aku harap Dewan Ulama' boleh lebih ke depan untuk tangani masalah ni.

INI DIA BUKTI NYA WUJUD ZIONIS TEMPATAN



PERKASA KAN YANG TERTINDAS


JANGAN BENARKAN MEREKA BERLABUH -melayau

Kapal kargo Israel tidak seharusnya dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini walaupun untuk tujuan perdagangan kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf kewujudan negara rejim Zionis itu.

Pengerusi Aman Malaysia, Ahmad Zaki Zahid berkata, beliau berasa pelik kerana Malaysia mengambil langkah bertentangan dengan dasar itu apabila membabitkan hal perdagangan.

Tegasnya, demi untuk mempertahankan dasar berkenaan, kerajaan harus mengkaji semula kebenaran itu.

"Saya sebagai rakyat biasa berasa janggal dengan keadaan ini kerana kita tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

"Jadi, kenapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki negara kita walaupun hanya untuk menghantar buah epal dan oren," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha yang mengesahkan kapal-kapal kargo Israel dibenarkan memasuki negara ini untuk tujuan perdagangan.

Menurut laporan, Gold Star Line Ltd. yang merupakan anak syarikat Zim Israel Navigation Company telah menyenaraikan beberapa pelabuhan di negara ini termasuk Pelabuhan Barat di Klang, Terminal Utara, Pulau Pinang dan Pasir Gudang, Johor sebagai pelabuhan untuk memasuki Malaysia bagi tujuan perdagangan.

nota:
inilah buktinya bahawa zionisma bukan hanya
di palestine. zionisma tidak mungkin bernafas dan bergerak
tanpa jaringan sokongan.

kemasukan apco ke negara ini adalah untuk memasang
jaringan zionis.

kemasukan ejen perisik israel ke unit komputer pdrm
ialah untuk memasang chip untuk memastikan semua
maklumat dalaman negara kita saampai ke tel aviv.

kita tidak perlu naik perahu
kita tak perlu naik sampan
kitatak perlu naik kapal
untuk melawan zionisma
zionisma ada di hadapan mata kita
buka dan baca !

nota:
jangan cakap kosong
jangan tipu mak cik dan pak cik di felda
jangan tipu tok siak di kampong
jangan hu ha hu ha bontot di sondol kerbau
lakukan apa yang dikata
jangan takutkan israel macam takutkan bini
kalau takutkan bini minta tolong satu malaysia kah kah kah

PAS losing support among Malays, admits party leaders


KOTA BARU, June 12 — PAS leaders have admitted that the Islamist party has not been able to garner enough Malay support compared to its political foe Umno.
PAS National Unity chairman Dr Mujahid Yusof Rawa said the party was losing support among the Malays, but blamed the mainstream media for portraying a misconceived image of the party which served the interests of Umno.
“PAS is losing support among the Malays...Maybe PAS has not done enough (to attract Malay support.)
“But the fact is we are being attacked by the mainstream media as not fighting for the Malays, which is not true,” Dr Mujahid told The Malaysian Insider last night.
The Parit Buntar MP said PAS needed to do more to explain to Malays that their rights would not be eroded if the Islamist party or Pakatan Rakyat (PR) were to take over Putrajaya.
“The party needs to do more to remind Malays that if PAS were to take over, their rights, Islam as an official religion and the sanctity of the Malay language would be preserved...it will still be intact, nothing will change,” he said.
Dr Mujahid’s remarks come amid warnings by PAS state delegates today to the party leadership to not abandon Malay voters in its drive to woo non-Muslims.The issue of PAS’ recent move to form a new wing, the PAS Supporters’ Congress which was expected to be a hotly contested issue became the focal point of discussion today during the debate on president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s policy speech.
“I do not want us to make a mistake in our chase and pursuit of non-Malays that we forget Malay voters, who are our original support base,” said Kelantan delegate Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar said that although PAS had been making inroads among the non-Muslims, Umno has been using this as a means to instil hatred and confusion among Malays in rural areas.
“PAS’ relationship with non-Muslims is being used by Umno to sway Malays in rural areas and kampungs, and they do not know about these things, they don’t understand,” said Mohd Amar who is also Kelantan PAS deputy commissioner.
But Dr Mujahid insisted that party delegates’ grouses had nothing to do with the formation of the non-Muslim wing.
“Its not about the congress. Non-Malays lately are understanding PAS, coming closer to us.
“Non-Muslims in PAS is not an issue. Party delegates are merely concerned about Malay votes.”
Shah Alam MP Khalid Samad said that the situation needed to be put back to the correct context as the Islamist party never had the majority support among Malays to begin with.
“We have to put it back to the right context. We have never had majority Malay support to begin with,” said Khalid.
He told The Malaysian Insider that the party needed to make its members understand how they needed to win both the votes of Malay-Muslims as well as non-Muslims.
“Giving rights or appealing to other races does not mean you are giving away the rights of Malays,” said Khalid.
The PAS annual general assembly which began yesterday saw the 15-member representation from the PAS supporters’ congress present during the debate on the PAS president’s policy speech.
The Malaysian Insider understands that a representative from the congress will speak today at the AGM.
“K.Deepakaran, secretary for the congress will speak. One of the points he will raise is that the formation of the non-Muslim congress is not to contest with the other wings of PAS,” said the congress chairman Hu Pang Chaw.
Hu claimed that the discontent about PAS’ focus on non-Muslim votes did not reflect the sentiments of the entire party.
“I understand the feeling, but it is just a minority. If majority of the party felt like that, the congress won’t be be alive today,” he said.
Hu told The Malaysian Insider that PAS understood the need for a new “political thinking” and that its inclusion of non-Muslims showed an improvement for the Islamic party.
“If they solely concentrate on Malay votes, they have no where to go.
“Actually there is no clash. The goals for Malays and non-Malay support are different,” said Hu.
The PAS supporters’ congress chairman said that PAS’ acceptance of non-Muslims was a sign of “new hope” for the Islamist party.
“We provide a two-way link between PAS and the non-Muslim society,” quipped Hu.

PAS perlukan ‘blueprint’ kukuh pengundi Melayu Islam


KOTA BARU, Jun 12 — Di sebalik usaha PAS melebarkan sokongan bukan Islam dengan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS bulan lalu, pemimpin-pemimpin kanan parti menyarankan komponen Pakatan Rakyat itu perlu merangka ‘blueprint’ untuk memperkukuhkan kedudukannya di kalangan penyokong Melayu Islam.
Pandangan itu diberikan ketika wujud kerisauan bahawa pengundi-pengundi Melayu Islam mula menjauhi ketika PAS bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun penubuhan ke-60 tahun depan.
Ketika merasmikan muktamar ketiga-tiga sayap PAS, Mursyidul Am PAS berkata PAS perlu muncul sebagai parti alternatif kepada orang Melayu Islam di negara ini.
Malah sudah wujud pandangan bahawa PAS perlu memainkan peranan sebagai peneraju dalam Pakatan Rakyat.
Pelan jangka panjang itu dilihat perlu mengambil kira perkembangan landskap politik yang berlaku sekarang khususnya sepanjang tiga hingga empat tahun lalu.
Dalam mengutarakan pandangan ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dr Mujahid Yusof Rawa mengakui parti itu kehilangan sokongan di kalangan orang Melayu dan usaha perlu diambil untuk membetulkan keadaan tersebut.
“Salah satunya ialah mengadakan pelan jangka panjang atau blueprint... usaha ini perlu mengambil kira perubahan landskap politik sekarang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Penekanan ke arah ini mula diberi fokus dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-56 yang sedang berlangsung.
Bagaimanapun Muhajid, dengan mengambil kira perkembangan dilalui PAS sepanjang enam dekad ini, menolak tanggapan bahawa parti itu tidak melakukan apa-apa untuk orang Melayu Islam negara ini.
Tetapi kata beliau, media-media arus perdana yang memihak kepada Umno memberi persepsi serong tentang PAS selepas ia mula melebarkan sokongan di kalangan bukan Islam.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata PAS perlu mengambil lebih banyak usaha dan pendekatan untuk menjelaskan kepada orang-orang Melayu bahawa hak-hak mereka tidak akan terjejas jika parti Islanm itu ataupun Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Putrajaya.
“Parti perlu melakukan lebih banyak usaha untuk mengingatkan orang-orang Melayu jika PAS mahu mengambil alih pentadbiran... mengenai hak, Islam sebagai agama rasmi dan hak-hak keistimewaan orang Melayu termasuk bahasa akan dipertahankan... ia akan kekal, tidak akan berubah,” katanya.
Pandangan itu turut dikongsi oleh seorang lagi Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
“Tanggapan umum ialah ketika kita melebarkan asas sokongan kalangan orang Cina dan India dalam kaum-kaum lain (termasuk di Sabah dan Sarawak), tetapi kita kehilangan undi-undi orang Melayu,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa PAS berada dalam kedudukan yang lebih baik dalam memperoleh sokongan orang Melayu berbanding ketika pilihan raya umum 2004.
“Pada tahun 1999, kita dapat melihat peningkatan sokongan orang Melayu kepada PAS, dan kini lebih baik berbanding 2004, tetapi kedudukan ini perlu diperkukuhkan dengan melihat kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar,” kata bekas pengarah unit penyelidikan ini.
The Malaysian Insider difahamkan perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dalam sesi pemukiman atau retreat PAS selepas muktamar.
Bagaimanapun Mujahid menekankan bahawa keprihatinan perwakilan-perwakilan semalam tidak berkaitan secara langsung dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS, yang terbentuk hasil dinaik taraf Kelab Penyokong PAS.
“Ia bukan mengenai kongres... sejak saban tahun bukan Melayu mula memahami, dan mereka mendekati kami.
“Bukan Islam dalam PAS bukan isunya. Perwakilan hanya ambil berat soal pengundi-pengundi Melayu,” katanya ketika ditemui di akhir hari pertama muktamar kali ini di Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam perbahasan semalam, PAS diingatkan oleh perwakilan agar jangan melupakan penyokong setia mereka dalam usaha menarik pengundi-pengundi bukan Islam.
Perwakilan yang membahaskan ucapan dasar Presiden petang semalam melahirkan kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan orang Melayu. kepada PAS sejak kebelakangan ini.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau risau dengan keghairahan PAS mendapatkan sokongan bukan Islam dan pengundi baru menyebabkan sokongan tradisinya merosot.
“Jangan sampai kita hendak mendapatkan pengundi baru, kita melupakan pengundi yang lama, kita menyakitkan pengundi lama... kalaupun dapat bini muda, janganlah dilupakan bini tua,” kata beliau.
Malah sebelum ini, Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh juga mengakui kepada The Malaysian Insider bahawa parti perlu memikirkan keperluan mencari pendekatan jangkan panjang untuk meningkatkan sokongan bukan Islam dan Islam dalam jangka panjang.
Bagaimanapun beliau menolak tanggapan bahawa PAS kehilangan sokongan orang Melayu.
“Pada saya di Hulu Selangor, kalau kaji betul-betul memang ada peningkatan walaupun tidak banyak... untuk mengatakan undi masyarakat Islam kepada PAS menurun, itu saya tidak boleh terima 100 peratus,” kata beliau dengan merujuk kepada keadaan di Kelantan.
Sambil bersetuju bahawa perlu ada pelan induk jangka panjang, Nuridah menambah, PAS wajar mengambil langkah untuk menjelaskan kepada orang ramai khususnya pengundi kalangan Islam tentang apa yang telah dilakukan oleh komponen Pakatan Rakyat ini.
“Kita perlu jelaskan.... orang Melayu dan bukan Melayu tidak perlu takut kepada PAS. Insya-Allah kita akan memberi penjelasan kepada orang Melayu,” katanya.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata tumpuan perlu diberi ke atas konteks yang betul dengan melihat bahawa parti Islam ini tidak pernah memiliki sokongan majoriti orang Melayu dari awal-awal lagi.
“Kita tidak pernah ada sokongan majoriti dari peringkat awal,” kata beliau sambil menambah parti perlu menyuntik kefahaman bahawa mereka perlu menang kedua-dua undi Melayu Islam dan juga kalangan bukan Islam.
“Memberikan hak atau memenuhi (keperluan) kaum-kaum lain bukan bermakna kita menyerahkan hak orang Melayu (bulat-bulat),” katanya.
Perwakilan dari Perak, Drs Khalil Idham Lim memberitahu penerimaan bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak harus dianggap sebagai sesuatu menakutkan.
Apa yang penting ialah, kata beliau, PAS perlu meningkatan proses penerangan mengenai usaha-usaha yang dilakukan.
“Masalah sekarang ialah kurangnya proses penerangan tentang apa yang dilakukan oleh PAS. Kita kena baiki perkara ini, jika kita berjaya bermakna kebimbangan yang ditimbulkan dapat diatasi,” kata Adun Titi Serong ini.
Mengulas perkembangan perbahasan semalam, Setiausaha Agung Datuk
Mustafa Ali melihat pandangan beberapa perwakilan sebagai peringatan.
“Mereka cuma beri peringatan... ia (turun naik sokongan) perkara biasa, bukan serius,” kata beliau sambil menambah pucuk kepimpinan akan mengambil kira pandangan perwakilan.

Keadilan Untuk Semua; Bagaimana Menterjemahkannya

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/Muktamar%20069.jpgKOTA BHARU – Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Cikgu Azmi Abdul Hamid menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS yang dikemukakan hari ini amat bernas tertamanya mesej yang mahu disampaikan kepada ahli-ahli PAS.

“Pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Presiden PAS kepada Dewan-dewan termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS memberikan arahtuju yang jelas, peranan dan cabaran yang akan dihadapi,”ujarnya ketika ditemui.
Beliau amat tertarik apabila Presiden PAS memberi penekanan bahawa PAS mesti difahami secara sungguh-sungguh.

Katanya, mesej PAS mengenai Islam dan Keadilan dan apa itu Islam mesti disampaikan kepada seluruh rakyat, khususnya kepada orang-orang Melayu yang telah banyak ditanam dengan pemikiran secular.
Beliau berkata, TERAS melihat mesej atau slogan Islam membawa ‘Keadilan Untuk Semua’ sangat penting dan bertepatan.

“Persoalan sekarang ini, bagaiman kita hendak menterjemahkan Islam dan keadilan yang dibawakan oleh Islam itu dalam bentuk program yang dapat dirasi betul-betul,”

“kerana kita ada kekangan sekarang, kerana keadilan Islam tidak dapat dilihat kerana sistem Kehakiman kita masih diganggu oleh apa yang dilakukan Barisan Nasional,”jelasnya.

Oleh itu, katanya, ia mesti diusahakan dinegeri-negeri yang diperintah oleh PAS dan Pakatan Rakyat terutatamanya di Kedah dan di negeri Selangor.

“Tunjukkan sungguh-sungguh dalam keadilan sosial, dalam keadilan ekonomi, keadilan dalam konteks bersuara, masyarakat sivil dapat bersuara, itu mesti diterjemahkan (dinegeri-negeri tersebut,”ujarnya.

Menurutnya, keadilan Islam melalui sistem kehakiman tidak dapat ditunjukkan melainkan PAS dapat menawan kerajaan Persekutuan.

Justeru, keadilan dalam bentuk pendidikan, kebajikan dan kesejahteraan dalam sudut ekonomi dapat dilaksanakan dan mesti dirasai oleh seluruh rakyat.

“Sudah ada sedikit skim-skim yang diperkenalkan oleh PAS dalam negeri-negeri yang dikuasainya, tapi saya kira masih ada (ruang) yang lebih luas untuk pembaikan-pembaikan contohnya soal perumahan, soal tanah, orang yang terpinggir dari nikmat pembangunan,

“untuk rakyat merasai keadilan sebenar yang dibawa oleh Islam itu,”tambahnya

Muktamar PAS Yang Hambar


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

TIDAK seperti dua tahun sebelumnya, Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang berlangsung sejak Khamis lalu tidak begitu 'panas' dengan isu-isu kontroversi dan sebaliknya boleh disifatkan agak suram dan hambar.

Sama ada bagi Dewan Ulama, Dewan Pemuda mahupun Dewan Muslimat, masing-masing dilihat tidak begitu 'garang' menggunakan pentas muktamar ini untuk mengutarakan usul-usul menarik yang lebih besar dan relevan.

Sebaliknya, kebanyakan perwakilan bagi setiap dewan hanya menyentuh isu-isu dalaman parti serta beberapa isu nasional yang tidak relevan dan berkepentingan untuk pembangunan parti itu sendiri.

Nampaknya bukan sahaja di kalangan sayap PAS yang mengambil sikap untuk mengurangkan kontroversi, malah Ucapan Dasar Presiden oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peramian di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) pada Jumaat lalu turut mengikut rentak yang sama.

Mungkin Abdul Hadi 'belajar' daripada pengalamannya pada muktamar tahunan PAS tahun lalu di Shah Alam apabila menyentuh isu kerajaan perpaduan dengan Umno hingga mencetuskan pelbagai kontroversi yang berlanjutan.

Oleh itu dirasakan pada muktamar kali ini Abdul Hadi memilih 'jalan selamat' apabila ucapannya hanya menyentuh mengenai isu-isu kecil selain mengulangi pendirian yang sama dengan skrip yang sama iaitu kesetiaan PAS menjalinkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi sendiri ketika diajukan soalan mengapa ucapan dasarnya tahun ini tidak begitu 'panas' dengan seloroh berkata: "Yang penting bukan panas... tapi biar masak."

Jawapan Abdul Hadi itu mungkin boleh disifatkan bahawa PAS kini lebih matang tanpa perlu mencetuskan pelbagai kontroversi sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk memperkukuhkan partinya demi kepentingan politik.

Keghairahan Terhadap Bukan Islam

Nampaknya sayap bongsu PAS iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai oleh penyokong bukan Islam menarik minat para perwakilan untuk mendapatkan penjelasan yang selama ini menghantui mereka.

Boleh dikatakan majoriti perwakilan yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan pada muktamar sayap parti mahupun muktamar penuh, membangkitkan kebimbangan mereka terhadap keghairahan pucuk pimpinan untuk meraih sokongan di kalangan pengundi bukan Islam.

Walaupun kewujudan DHPP yang sebelum ini hanya bermula dengan Kelab Penyokong PAS (KPP) disambut oleh ahli PAS, namun timbul juga amaran di kalangan perwakilan agar tidak menganaktirikan pengundi Islam yang sebelum ini menunjangi kekuatan parti itu.

Tidak dinafikan kewujudan DHPP menggambarkan keterbukaan PAS dalam berpolitik iaitu tidak hanya dihadkan kepada orang Melayu yang beragama Islam.

Namun amaran demi amaran diberikan kepada kepimpinan PAS bahawa keghairahan untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam dengan mengabaikan pengundi tradisi akan hanya mengundang padah kepada parti.

Ada benarnya kebimbangan yang disuarakan itu, keterujaan PAS meraih sokongan pengundi bukan Islam boleh memakan diri sendiri sekiranya pelan pelaksanaanya tidak dirangka dengan baik.

Mungkin sikap 'rambang mata' tatkala menerima begitu banyak permohonan daripada penyokong bukan Islam untuk menyertai DHPP membuatkan PAS lupa untuk terus mengingatkan penyokong yang sedia ada supaya kekal dalam parti itu.

Teorinya mudah, iaitu sama seperti dalam hubungan rumah tangga di mana sekiranya si suami atau si isteri tidak terus membajai hubungan berkenaan dengan kasih sayang, lambat laun ia akan berakhir dengan penceraian.

Samalah juga dengan sokongan dalam berpolitik, sekiranya ahli yang ada tidak selalu diingatkan untuk terus memberi sokongan, maka tidak mustahil mereka akan disambar oleh parti lawan.

Dalam politik macam-macam boleh berlaku, kadang-kala pengundi tradisi yang sudah bertahun-tahun memberi sokongan padu terhadap sesebuah parti yang disokong mereka akan turut beralih arah jika sokongan mereka tidak dihargai.

Matlamat PAS sendiri perlu jelas termasuk yang terbaru keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membenarkan bukan Islam untuk mewakili parti tersebut pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tidak dapat tidak ia akan mengundang rasa iri hati di kalangan ahli dan pemimpin lama parti sekiranya tidak dipilih menjadi calon pada pilihan raya kerana kuota PAS diberikan kepada wakil bukan Islam.

Apa akan terjadi kepada ustaz-ustaz dalam PAS yang sudah lama berjuang terhadap parti apabila 'jalan mereka dipotong' oleh calon bukan Islam yang baru setahun jagung dalam PAS?

Sudah tentu perkara ini akan menikam PAS secara senyap dek kerana begitu ghairah mendapatkan undi bukan Islam.

Lagi Isu Nasharuddin

Sejak berakhirnya pemilihan parti pada muktamar tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa tidak pernah sunyi dengan pelbagai kontroversi terutamanya apabila dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan PAS-Umno.

Malah sekitar Oktober tahun lalu nama Nasharuddin sekali lagi disebut hingga dilabelkan sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Tidak cukup di situ, nama Nasharuddin turut disebut-sebut pada muktamar kali apabila Perwakilan Dewan Ulama mempersoalkan mengenai ketiadaan gambar beliau pada poster dan juga kain pemidang sempena muktamar itu.

Apakah ini menggambarkan Ahli Parlimen Bachok itu ditolak di Kelantan?

Sebelum ini, muncul desas-desus yang menyatakan beliau ditolak di negeri itu setelah dibidas oleh Nik Abdul Aziz kerana cuba untuk menjalinkan hubungan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Sejak itu pengaruhnya di negeri ini dikatakan semakin menurun.

Bagaimanapun Nasharuddin sendiri menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengatakan dengan ringkas, "Saya tidak mahu gambar saya disiarkan."

Walau apapun muktamar PAS yang berakhir hari ini akan mencapai beberapa resolusi yang bakal menjadi pengerak kepada hala tuju parti itu.

Harus diingat, resolusi yang bakal dicapai itu sedikit sebanyak tempiasnya akan turut 'dipersetujui' oleh rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat ekoran persefahaman secara kolektif yang dipersetujui mereka selama ini.

Setidak-tidaknya usul Dewan Pemuda PAS yang menggesa supaya kerajaan Pakatan Rakyat tidak memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi di negeri-negeri yang dikuasai mereka turut memberi tekanan kepada kerajaan campuran mereka di Selangor dan Pulau Pinang.

Mungkin pada muktamar bagi edisi ke-57 tahun depan akan menjanjikan suasana yang lebih menarik apabila kita bakal menyaksikan DHPP akan bermuktamar buat pertama kali sekaligus mengadakan pemilihan peringkat dewan mereka sendiri.

Secara tidak langsung diharapkan dengan kehadiran pelbagai kaum sebagai perwakilan dalam muktamar PAS itu nanti akan menjadikan mereka lebih matang dalam mengutarakan usul dan perbahasan.

Johor ruler revokes awards of polar adventurer, two others


KUALA LUMPUR, June 11 — The Johor palace revealed today that the state Ruler has also revoked awards from polar adventurer Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir and two others, including his brother-in-law, apart from Datuk Chua Jui Meng.
Johor Council of Royal Court secretary Datuk Abdul Rahim Ramli said today the Ruler had ordered the revocation of awards given to Sharifah Mazlina, Commander Shaftdean Lufty Rusland,  who is married to the Sultan’s sister, Tunku Muna Najiah Sultan Iskandar,  senior lawyer Hassan Yunos and Chua on June 4.
Abdul Rahim said the revocation of the awards from the state palace is the prerogative of the Ruler, adding the Ruler was above politics and said the issue should not be politicised.
However, he did not offer an explanation as to why the awards were revoked.
"There was no pressure from Umno or any political party, thus he (Chua) cannot put the blame on politics as politicians have no say in this matter," he said, adding the Ruler conferred the titles of Dato' Sri Paduka Mahkota Johor and Dato' Paduka Mahkota Johor based on three main criteria - loyalty, meticulous service and diligence.

He explained that the withdrawal of the titles were in line with the Sultan's right to exercise his power and right under Article 12 of the Statues and Ordinances of the Most Honourable Order and Article 7 (f) of the Second part of the Johor State Constitution 1895.

"After deliberating on reports against some Members of the Most Honourable Order of the Crown of Johor, the Johor Royal Council advised the Sultan to expel those involved and he has consented to the advice," he said.

"I cannot talk about the reasons as it is the Sultan's prerogative. However, these four must search their conscience and think about what they did wrong instead of blaming others," he said adding that Sharifah Mazlina and Hassan had already returned their medals.
He added that since royal awards were issued from 1886 until now, only 712 individuals have been given the awards and only 120 are still alive.
Abdul Rahim said he sent a letter dated June 4, 2010 on the revocation of the Johor royal awards to Chua's home in Damansara here and had called the politician on two occasions, June 8 and yesterday.
The former MCA leader and Health Minister, who is now a PKR supreme council member, was stripped of the Datuk Seri Paduka Mahkota Johor and Datuk Paduka Mahkota Johor titles effective that day.
Chua (picture top) said he has yet to receive official notification of the revocation but has been asked by telephone to return the awards which were given by Sultan Iskandar, who died earlier this year.
Sharifah Mazlina (picture left) is the first Asian woman to complete the Pole-to-Pole mission between 2004 and 2007.  In 2004, she became the first Asian woman to reach the South Pole and cross the Antarctica continent alone. She subsequently became the first Malaysian to reach the North Pole in 2007.
On December 30, 2004, the Johor-born succeeded to ski-sail solo 1,110 km across Antarctica in 22 days, 2 days shorter than the previous record-holder. She then left for Norway on April 3 2007 to start her next adventure, and reached the North Pole on April 17. She had been invited to join an international expedition to Greenland in 2011, an honour that's only given to those who have completed tours to both North and South Pole.

The 45-year-old Universiti Teknologi MARA (UiTM) lecturer graduated with Honours Bachelor’s Degree in Physical Education from Universiti Putra Malaysia and a Masters’s Degree in Education (Psychology) from McGill University, Montreal, Canada. She received her Setia Paduka Mahkota Johor (SPMJ) from the late Sultan Iskandar in 2006.

Shaftdean received the Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) on August 20, 2009 and is an Royal Malaysian Navy tactical officer with Squadron 501.

The former chief instructor of the Naval Air Wing and Tunku Muna have four children - Putra Wan Iskandar ‘Abdu’r Rahman Uwais Siraj ud-din, Putri Wan Zanariah Imanina Munawarrah Nora Iskandariah and twins Putra Wan Muhammad Umayr Sharaf ud-din and Putri Wan Najiah Umayra Munawarrah.

Anwar mohon mengadap Sultan Johor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar berhubung penarikan balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Datuk Chua Jui Meng.

Menulis dalam tweetnya pagi ini, Anwar berkata beliau terkejut dengan penarikan balik anugerah tersebut, tetapi mendakwa Chua menerima berita itu dengan tenang dan tabah.

Semalam, Chua - bekas pemimpin MCA yang kini menyertai PKR - telah dihubungi setiausaha Majlis Diraja Johor, Datuk Ramli Abdul Rahim, yang memintanya memulangkan semua darjah kebesarannya.

Chua yang kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, dianugerahkan darjah kebesaran itu oleh Sultan Mahmud Iskandar.

Anugerah tersebut membawa gelaran 'Dato Paduka Makhota Johor' dan 'Seri Paduka Mahkota Johor'.

Bagaimanapun, Chua tidak dimaklumkan sebab mengapa anugerah tersebut ditarik balik.

Sebaliknya, beliau dimaklumkan bahawa pihak istana tidak perlu menyatakan sebab-sebabnya.

Persiapan perlu rapi sebelum ke Putrajaya

KOTA BHARU, 11 Jun: Hasrat PAS untuk menuju ke Putrajaya perlu disusuli dengan persiapan
secara bersungguh-sungguh sehingga ia mampu menjadi kenyataan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, banyak orang mempunyai
cita-cita besar tetapi ia sekadar angan-angan sahaja.

Beliau berkata, untuk menjadikan cita-cita itu kenyataan, perlu tindakan dilakukan bagi
memperkukuhkan PAS itu sendiri.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-56 di Pusat
Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, petang tadi katanya usaha memperkasakan ahli
di seluruh peringkat parti perlu dilakukan.

Katanya juga berlaku peningkatan jumlah cawangan dan ahli PAS sekarang, namun beliau khuatir
kemasukan itu sekadar ikutan sahaja tanpa ada alasan yang kukuh.

"Parti perlu susun program kefahaman khusus kepada ahli baru. Kita tidak mahu yang masuk
terikut kawan atau sahabat, atau seronok ramai masuk PAS dia masuk PAS. PAS perlu merancang
perkara ini," ujar beliau.

Selain itu katanya, ahli lama pula perlu diberi perhatian dari segi meningkatkan kefahaman
semasa mereka kerana senario politik sekarang amat berbeza.

Beliau berkata, jangan pula dilupakan orang yang telah berjuang bersama kita kerana terlalu
asyik dengan rakan-rakan baru.

Kata beliau dahulu PAS bersendirian tetapi kini bersama rakan dalam Pakatan Rakyat. Katanya, perubahan yang berlaku itu perlu difahami dan dasar-dasar parti wajib terus
dipertahankan.

Bagi melaksanakan usaha ke arah itu katanya, ia memerlukan usaha yang tersusun dan
terancang.

MARI MENENTANG ZIONISMA


MARI BERSAMA MENENTANG ZIONISMA ANTARABANGSA DAN TEMPATAN


KAPAL BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA


MANGSA ZIONISMA



TAK PERLU NAIK KAPAL ATAU PERAHU


nota:
ingin membantu rakyat palestin?
ingin menegak keadilan?
ingin menentang kezaliman?

senang sahaja !

jangan beli mek dogal
ini syarikat zionis
syarikat ini wajib dihalau
dari negara ini bukan sahaja
membantu israel malah
menjual entah apa apa sebagai makanan

mari kita bersama memboikot mek dogal
hina laa mereka yang membeli mek dogal

Sidang akhbar jelas isu lesen judi sukan dibatalkan

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.

Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berharga RM200 juta itu mula dibina pada 2004 dan mampu menampung sehingga 20,000 jemaah.
Ia dibina menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus besi, selebihnya 30 peratus konkrit.
Masjid itu juga dilengkapi dengan dewan solat utama, tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan dan kemudahan Wifi.

Setia Presiden jika mahu menang PRU-13, kata perwakilan

KOTA BARU, 11 Jun — Exco Dewan Pemuda PAS Kedah menggesa kepimpinan pertengahan dan bawahan parti agar menunjukkan kesetiaan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika mahu komponen Pakatan Rakyat itu meneruskan kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13.
Sambil menekankan sudah wujudnya elemen-elemen mempertikaikan pendirian kepimpinan Hadi khususnya pandangan menerusi blog, Ahmad Izzat Shauki berkata, beliau memberikan peringatan ini sebelum keadaan menjadi serius nanti.
“Ada yang menyerang presiden menggunakan blog-blog... kita kena wala’,” katanya lagi.
Kata beliau, walaupun seseorang itu tidak bersetuju ataupun menerima pandangan atau keputusan presiden, mereka harus memperlihatkan “kesetiaan kepada pucuk kepimpinan.”
“Kita perlu wala’ atau menunjukkan kesetiaan kepada presiden walaupun
kita tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan ataupun pandangan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat petang ini.
Terdahulu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri itu mewakili Badan Perhubungan Negeri Kedah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di Putik, Pengkalan Chepa dekat sini.
“Kesetiaan kepada pemimpin adalah syarat untuk mencapai kemenangan... kita patut patuh dan taat setia kepada pemimpin kita (presiden).
“Walaupun kita tidak suka dengan sesuatu pandangan atau ia bertentangan dengan kita, kita kena terima (setia)... itu rahsia setiap perjuangan gerakan Islam,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau merujuk kepada mana-mana pemimpin atau peringkat, Izzat berkata, beliau hanya memberikan pandangan itu sebagai “satu peringatan.”
“Ia belum sampai ke tahap serius, cuma ingatan sahaja... ia belum membara lagi,” kata Izzat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lada.

Hisham ragui PAS benar bukan Islam guna ‘Bulan’..ha.ha..apa tak percaya ..!!!

PUTRAJAYA, 11 Jun — Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sangsi dengan langkah PAS membenarkan, secara bersyarat, calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beliau yakin langkah itu tidak akan berjaya “kerana seseorang itu akan hanya memutuskan (untuk bertanding) berdasarkan pertimbangan politik jangka pendek.”
“Rakyat mengetahui rekod PAS. Individu yang membuat cadangan itu kini adalah individu yang sama yang dahulunya tidak pernah termimpi untuk berbuat demikian.
Mereka akan berdepan dengan masalah dalam parti mereka sendiri.
“Langkah tidak konsisten, semata-mata untuk memenuhi kepentingan politik, tidak akan membantu PAS dalam jangka panjang. (Dalam kes) BN, Umno, baik atau buruk, sekurang-kurangnya kita konsisten,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hari ini PAS mengumumkan bahawa parti itu akan membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS, menggunakan simbol parti itu pada pilihan raya umum akan datang, tetapi ia bersyarat.
Mengulas mengenai 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Hishammuddin berkata peranan kementeriannya adalah menentukan jumlah pekerja asing yang diperlukan.

“Setelah mengenal pasti NKEA, kita mendapati, ada sektor tertentu yang tidak memerlukan pekerja asing yang begitu ramai.
“Kedua, satu sistem perlu diwujudkan bagi memastikan mereka akan ditapis sebelum tiba ke negara ini, dipantau setelah berada di sini dan penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka meninggalkan negara ini bila tempoh mereka dibenarkan berada di sini tamat,” katanya.
Hishammuddin berkata kementerian akan mengkaji semua aspek dan menyelaraskan semua agensi berlainan yang berkaitan, termasuk pasukan petugas menangani keganasan, jabatan imigresen dan pasukan petugas menangani pengedaran dadah.
“Jadi, kementerian akan berada di satu posisi, tidak lama lagi, mampu menerajui dan menyelaras aktiviti membanteras jenayah antarabangsa merentas sempadan. Kementerian memiliki kepakaran dalam bidang ini dan mampu menerajui .
“Sungguh, ia adalah satu tempoh yang mengujakan iaitu ketika menumpukan pada NKEA, kita sedang mengimbangkan keperluan ekonomi dan juga risiko keselamatan yang terbabit,” katanya.
Dua belas NKEA itu ialah minyak dan gas, minyak kelapa sawit dan produk berkaitan, perkhidmatan kewangan, pemborongan dan peruncitan, pelancongan, teknologi
maklumat dan komunikasi, pendidikan, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan swasta, pertanian dan Greater Kuala Lumpur, telah disifatkan sebagai berpotensi menghasilkan pendapatan tinggi untuk negara. — Bernama

Umno bukan pejuang bangsa dan agama

KOTA BHARU, 11 Jun:  Perwakilan Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menolak Umno sebagai
parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan
APCO Worldwide.

Beliau berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik
untuk terus menyokong parti itu.

Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah pada
pilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.

Ketika  membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang ini beliau berharap PAS terus
menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai.

"Tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam
PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS
Untuk semua," katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana
dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini.

Pakatan Rakyat di Perak, menurut Khalil bermula dari Gagasan Rakyat yang diketuai bekas
pesuruhjaya, Ahmad Awang.

Beliau juga berkata, rampasan kuasa yang berlaku di Perak merupakan peristiwa yang sukar
dilupakan rakyat di negara ini.

"Namun pengajaran dari rampasan kuasa itu membawa anjakan kepada rakyat memberi sokongan
kepada PAS dan Pakatan," katanya sambil menyifatkan kelainan sambutan terhadap muktamar kali
ini.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahri Mohamad berkata, tema PAS Untuk Semua perlu diuar-uarkan
dengan seluas mungkin.

Ini kerana beliau yakin bahawa perjuangan atas nama Islam tidak pernah diragukan, bahkan
sejak 1959 hingga kini ahli dan pimpinan PAS beristiqamah dengan dasar perjuangan.

Ini berbeza dengan pemimpin Umno yang mengekalkan peraturan penjajah. Bahkan pada 1961, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tidak mahu campur undang-undang Tuhan dengan undang-undang PAS bagi mengelakkan kononnya negara  menjadi kacau bilau.

"Bagaimanapun, Umno pada PRU-12 lalu jelas menampilkan gelagat bagai 'harimau luka'
bertindak macam kehilangan panduan.  Mereka mencalarkan imej negeri yang dikuasai Pakatan
bagi menaikkan imej Najib," katanya.

Justeru beliau mahu ahli dan pemimpin Pakatan menjauhi maksiat kerana ia menghalang kepada
kejayaan gerakan Islam. Dan dalam masa sama negeri dikuasai Pakatan hendaklah mempamerkan
imej yang baik.

Nasha: Saya pun tak mahu gambar dipamer

"Saya pun tak bagi gambar saya diletakkan (dalam bahan promosi muktamar PAS)."

Begitu reaksi spontan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (kanan) bagi menjawab tanggapan bahawa beliau tidak diterima di Kelantan apabila gambarnya tidak dipamerkan pada poster atau kain pemidang sempena muktamar itu.

Semalam Bernama melaporkan seorang perwakilan membangkitkan perkara tersebut ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama PAS di muktamar dewan itu.

Bercakap dalam sidang media selepas muktamar PAS ke-56 di Pengkalan Chepa berhenti rehat tengah hari tadi, Nasharuddin juga menafikan hubungannya dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lagi mesra seperti dahulu.

Nasharuddin sebaliknya menuding jari kembali sambil menyifatkan wartawan yang menanyakan soalan itu "memang macam itu".

Turut hadir dalam sidang media itu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang turut menyampuk secara berseloroh:

"Kita tak faham soalan itu."

Hadi pula hanya menjawab ringkas: "Itu tidak ada sama sekali."

Tamrim Ganti Ibrahim Ali Dalam Pas

KEHILANGAN dan pengkhiantan Ibrahim Ali kepada Pas tidak begitu menyakitkan hati orang Pas. Pas memang sebuah parti bernasib baik. Walaupun tindakan Ibrahim Ali mengencing Pas yang membantunya kembali ke Parlimen dalam pilihan raya umum lalu dengan memberi lambangnya namun itu hanya sebagai rempah ratus politik saja. Ternyata orang Pas marah peringkat awal saja, selepas itu mereka dapat menerima apa yang Ibrahim lalukan.

Anihnya juga perasaan marah atas sikap tidak mengenang budi Ibrahim itu ada yang bertukar menjadi simpati. Iya, kalau Ibrahim waras dan sihat mungkin dia tidak akan melakukan apa-apa kerja yang beliau lakukan dari dulu hingga sekarang. Makanya ada yang berdoa agar Ibrahim diberikan kekuatan oleh Allah dan dipulihkan kesihatannya. Amin.

Bukan orang tidak kenal siapa Ibrahim dalam dunia politik. Dia lebih ligat dan licit daripada bola yang dilarikan oleh para bintang handalan dunia dalam pesta piala dunia yang sedang berlangsung kini.

Bagaimana pun Tuhan mahal adil. Tuhan tidak pernah menzalimi makhluk kejadian-Nya. Dan Tuhan juga akan membalas setiap apa kebaikan yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Cuma kadang kala manusia tidak dapat memahami dan sempat menerima budi baik Tuhannya. Manusia adakalanya begitu gopoh dan rakus dalam mentafsir dan menilai sesuatu yang penuh berhikmat dan memerlukan ketajaman akal mentafsirnya.

Misalnya tidak siapa menduga bahawa kehilangan Ibrahim dari persada Pas diganti Allah dengan watak yang sebelum ini tidak terfikir oleh sesiapa yang mereka akan bertandang ke majlis Pas. Tetapi itulah yang berlaku hari ini apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrim Ghafar dan Zaid Ibrahim menjadi tetamu istimewa Pas pada muktamar ke 56 ini yang berlangsung hari ini. Kedua mereka adalah tokoh hebat dalam Umno sebelum ini. Bahkan Tamrim pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda Umno dan masih lagi ahli Umno.

Kehadiran Tamrin dan Zaid ternyata mendapat perhatian umum. Keberadaan Zaid mungkin tidak hairan lagi sebab beliau sudah dipecat dari Umno dan kini menyertai PKR. Sebelum itu pun Zaid sudah pun berjinak-jinak dengan Tok Guru dan sudah mula membaca bunga sepatu MB itu dan juga melihat berapa lilitan serban MB itu. Tetapi Tamrim masih ahli Umno.

Kehadiran Tamrin itu menjadi tanda tanya. Apakah kehadiran beliau itu sebagai satu isyarat bahawa beliau sudah tidak yakin dengan Umno lagi? Kerana belum berlaku dalam sejarah pemimpin malahan ahli Umno yang ternama hadir dalam muktamar Pas. Kehadiran seperti itu dilihat songsang dan menyebabkan mereka yang hadir akan dipersoalkan oleh partinya.

Tengku Razaleigh Hamzah pernah hadir dalam majlis Pas. Misalnya dalam majlis penjelasan isu royalti minyak, Tengku Razaleigh berada atas pentas sama dengan pemimpin Pas. Tetapi Tengku Razaleigh tidak pernah menghadiri muktamar Pas semasa beliau masih menjadi ahli Umno. Kehadiran Tengku Razaleigh sebelum ini ialah sesudah beliau tidak menjadi ahli Umno.

Persoalan kini apakah Umno akan mengambil tindakan ke atas anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu? Atau pun Umno akan membiarkan begitu saja. Sebelum ini Tamrin juga membuat kejutan apabila beliau muncul di atas pentas PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Penampilan beliau itu mengejutkan ramai pihak.

Atau apakah Umno membiarkan Tamrim terus dengan gelagaknya itu? Umno akan mengambil sikap tidak peduli di mana dengan itu aksi Tamrim itu akan mati begitu saja? Ataupun Umno akan bermesyuarat dan surat tunjuk sebab akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.

Bagaimana pun jika dilihat dari sisi lain, kebebasan dan demokrasi, kedatangan Tamrim itu tidak menjadi kesalahan. Malahan kedatangan beliau itu dilihat sebagai boleh membuka suasana baru dalam dimensi politik orang Melayu. Dengan kehadiran itu membolehkan Tamrim mengenali bagaimana politik Pas dan suasana mereka bermesyuarat, di mana situasi dan kondisinya berbeza dengan apa yang berlaku pada perhimpunan agung Umno.

Tentu kalau Tamrim berkesempatan untuk mengeliling Putik tempat berlangsungnya muktamr itu beliau akan dapat menyaksikan bagaimana humblenya orang Pas. Bagaimana gigih dan sabarnya orang Pas dalam perjuangan. Mereka datang bukan diangkut dengan bas dan diupah duit seratus dua, tetapi mereka datang sendiri, datang dengan dipandu dan ditolak oleh semangat perjuangan Islam.

Mereka cukup simple dan mudah, datang dengan membawa sebidang tikar dan duduk di mana-mana saja untuk mengikut dan memerhati muktamar berkenaan. Mana-mana ada anak kecil dibawa dan digantungkan buai di bawah bayangan pokok dan mereka bersantai di situ. Itulah perjuangan Pas. Walaupun zaman berubah namun sikap, pembawaan dan komitmen mereka tetap sama.

Apakah keserdarhanaan dan jiwa hamba Pas itu menyebabkan Tamrim sudah tertarik dengan Pas?

Saya tidak setuju kalau Umno mengenakan tindakan ke atas Tamrim. Sebaliknya Umno akan penggil Tamrim dan mendapat maklum balas bagaimana cara dan stail Pas bermuktamar. Baik Najib Razak atau Muhyiddin Yassin akan dapat input secara real daripada wakilnya itu. Mudah-mudahan selepas Najib dan Muhyiddin mendengar penjelasan dan takruf dari Tamrim mereka akan insaf dan sedar serta mengetahui bentuk dan rupa perjuangan Pas sebenarnya.

Dan seelokknya pula selepas ini biarlah Umno mengundang pula pemimpin Pas untuk menjadi tetamu pada perhimpunan agungnya. Kalau ini dapat dilakukan dan berlaku, saya merasakan banyak masalah politiking orang Melayu akan dapat diselesaikan.

Bagaimana pun kita perhatinkan apakah nasib yang akan diterima Tamrim kelak. Apakah Umno tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya atau sebaliknya. Kalau Umno mengenakan tindakan disiplin ke atas Tamrim, jelas Umno jauh lagi untuk muncul menjadi sebuah parti yang demokratik dan terbuka dalam menerima sesuatu pembaharuan. Apapun kemunculan Tamrim di muktamar berkenaan ia tetap memberi kelabaan kepada Pas walaupun mungkin bagi Umno Tamrim adalah melukut di hujung gantang!

50 tahun imej Islam tercalar di bawah Umno

PENGKALAN CHEPA, 11 Jun: Biar pun lebih 50 tahun negara merdeka, namun imej Islam yang murni
semakin tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan dilakukan Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu berlaku meski pun
Umno yang didakwa menjadi teras Barisan Nasional (BN) mendabik dada kononnya mereka parti
penyelamat Melayu Islam dalam masyarakat majmuk.

“Namun hakikatnya mereka gagal, bahkan mengundang malapetaka kepada orang Melayu Islam,
membawa wajah yang salah kepada masyarakat majmuk menjadi realiti masyarakat Malaysia.

“Hasilnya imej Islam yang begitu murni tercalar akibat kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa Umno,” katanya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini.
Ucapan dasar bertema:  “Islam Adil Untuk Semua”.

Beliau berkata PAS meneruskan ukhuwwah dengan semua kumpulan Islam dengan penuh tasamuh,
digerakkan ke arah melaksanakan tanggungjawab ‘amal Islami’ yang syumul di negara ini.

“PAS terus menerus beristiqamah melaksanakan Tahaluf Siyasi sejak 1982 di atas nama Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Pendekatan fikah politik Islam PAS menerusi amalan Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat
dengan model Islam yang sebenar terus dilaksanakan," katanya.

Kata beliau kerjasama itu terbukti pada banyak siri pilihan raya di negara ini termasuk
terbaru di Sibu, Sarawak baru-baru ini.

Beliau juga berkata sudah sampai masanya muslimat wajib bersama muslimin berganding
melaksanakan tugas tanpa menjejaskan kewajipan dalam rumahtangga.

Menurutnya ini penting kerana suasana kebanjiran pemikiran menyerang umat dan merosakkan
masyarakat hasil daripada kuasa politik yang salah.

Selain itu beliau menggesa muslimat supaya meneruskan gerak kerja mendekati dan
menghimpunkan remaja wanita dalam program keagamaan, sukan dan kesenian.

Muslimat juga mesti mengambil inisiatif dan berperanan mendepani isu penindasan wanita,
remaja dan kanak-kanak secara lebih proaktif dan berkesan dengan menubuhkan institusi
kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Himpunan BERSIH kedua dirancang

Satu lagi himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) dirancang diadakan tahun depan kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu".

Usul tersebut diluluskan sebulat suara dalam muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu semalam.

Usul tersebut dibuat oleh Pemuda kawasan Parit, Perak dan disokong oleh Pemuda kawasan Kapar serta Dewan Pemuda PAS Terengganu, kata Pengerusi jawatankuasa usul Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat kepada Malaysiakini hari ini.
Bersih mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 2007 di ibunegara yang disertai oleh kira-kira 40,000 orang yang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, muktamar Dewan Ulama pula meluluskan sebulat suara mendesak pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang.

Mereka juga mendesak kepimpinan tertinggi parti itu supaya menaikkan taraf badan yang dikenali sebagai Urusan Ulama PAS kawasan kepada Dewan Ulama PAS kawasan.

Usul berkenaan mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang hadir.

Perwakilan muktamar tersebut juga mengambil ketetapan untuk memastikan dasar dan prinsip pejuangan PAS dipertahankan di samping memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Muktamar Dewan Ulama juga meluluskan usul tergempar yang dibentang oleh Urusan Ulama kawasan Pengkalan Chepa yang mencadang diwujudkan unit khas kaunseling bagi menyedarkan golongan remaja terhadap gejala sosial yang berlaku sekarang.

Wakil kawasan tersebut Nik Razi Nik Mat berkata, ulama hendaklah tampil berperanan menangani masalah remaja dalam masyarakat. Usul tersebut dilulus tanpa sebarang bantahan.