Isnin, 7 Jun 2010

Usul mahu tindakan ketenteraan terhadap Israel

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan menghantar satu usul di Dewan Rakyat bagi meminta Kerajaan Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka semakin berani menindas umat Islam di Palestin.
"Kalau tidak ada peluang berucap, saya tetap akan menghantar satu usul untuk dibahaskan di Dewan Rakyat untuk meminta kerajaan Malaysia mengambil langkah ke hadapan dengan membuat satu proposal kepada PBB.
"Sudah sampai  masanya tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel. Sudah sampai masanya era diplomasi ditamatkan dengan Israel kerana mereka tidak faham lagi bahasa diplomasi. Jadi kita mahu tindakan ketenteraan diambil terhadap Israel dan Amerika perlu diambil tindakan serius," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul khas di Dewan Rakyat bagi mengutuk kekejaman zionis Israel.
Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar pula mencabar kerajaan untuk menghentikan khidmat APCO sekiranya benar-benar membenci tindakan kejam Israel itu.
"Kenapa kita takut nak menunjukkan kebencian kita dengan menamatkan APCO? Sekarang seolah-olah tangan kanan kita memberi sesuatu kepada Palestin dan  dalam masa sama tangan kiri kita mendakap APCO iaitu proksi kepada Isrel dan Amerika," katanya yang juga ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mendesak kerajaan memanggil pulang duta ke PBB sebagai membuktikan kekecewaan Malaysia terhadap sikap berdiam diri PBB.
"Saya menggesa kerajaan menterjemahkan kekecewaannya kepada PBB dengan memanggil balik duta Malaysia ke PBB. Jika benar-benar tidak bersetuju dengan PBB, panggil balik duta kita," tegasnya.
Beliau turut menyifatkan usul itu sebagai bersifat kecaman semata-mata tanpa ada pendirian yang jelas untuk Malaysia bertindak dalam isu itu.
"Usul hari ini bersifat mengecam semata-mata, cadangan-cadangan untuk orang lain bertindak, bukan untuk Malaysia bertindak. Memang kita bersama dalam isu ini tapi sesuatu perkara yang melucukan bagi saya.
"Walaupun kita menyokong usul ini namun sebagai kerajaan perlu lebih praktikal dengan menunjukan sikap yang jelas. Kalau setakat kecam macam ni jadi macam tok penghulu Kampung Pening Lalat lah," katanya.

Usul kecam Israel serlahkan ‘talam dua muka’

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) petang tadi menganggap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai ‘talam dua muka’ dalam melayani protes rakyat serta pembangkang berhubung usul mengecam kezaliman zionis Israel menghalang bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Baginya usul yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat pagi tadi semata-mata untuk menonjolkan wajah positif Umno BN kononnya anti pada layanan zionis Israel ke atas umat Islam di Gaza.
Selain mahu dilihat positif oleh rakyat, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, ucapan Najib dan Muhyiddin seakan mahu mengekalkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat yang nyata dilihat dunia sebagai proksi pada zionis Israel.
“Saya berasa tidak ada yang berbeza kecuali Najib dan timbalannya (Muhyiddin) cuba serlahkan dua wajah masing-masing atau talam dua muka,” ujarnya.
Pertama, menurut beliau, Najib mahu rakyat melihat kerajaan Umno BN bersama-sama mereka dalam menentang zionis Israel.
Kedua, katanya lagi, Najib mahu Amerika Syarikat melihat Malaysia kelak setia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara hegemoni tersebut.
Kalau anggapan itu tidak benar, menurut Saifuddin, Najib sudah tentu bersedia menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan usul khas, iaitu pendirian Malaysia berhubung dasar-dasar luar dengan negara hegemoni AS.
“Anwar cabar dia (Najib) untuk menyatakan pendirian Malaysia dalam dasar-dasar luar seperti negara (Malaysia) dengan Amerika Syarikat juga merupakan sekutu kuat Israel zionis,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, sepatutnya Malaysia perlu menyatakan pendirian tegas terhadap hubungan tidak langsung Amerika Syarikat dan zionis Israel supaya tindakan negara itu mampu membantu dunia melemahkan zionis Israel di Gaza.
“Zionis Israel mungkin lemah di Gaza kalau tidak dengan sokongan diplomatik (serta) ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan itu yang wajar Malaysia pertegaskan dalam usul pagi tadi,” ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau mempersoal inti utama Najib, iaitu Turki digesa membawa zionis Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
“Buat apa Najib minta Turki pula yang membawa isu keganasan Israel ini ke ICJ, sedangkan kita hanya boleh buat lebih dari itu bekerjasama dengan Turki mengepalai dunia untuk menentang keganasan zionis Israel sekarang,” kata beliau lagi.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, Najib sehingga sekarang belum bersedia memutuskan hubungan korporatnya dengan firma perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) walaupun banyak pihak mendedahkan tentang keterlibatan agen zionis Israel dalam firma tersebut.
“Kalau APCO pun, Najib tidak bersedia dengan satu wajah yang jujur, tidak sukar bagi Najib serta timbalannya (Muhyiddin) untuk mempunyai dua wajah asalkan rakyat terus sokong Umno BN (dan) pihak luar terbabit boleh tolong tunjuk ajar kepada kita apa yang terbaik untuk kita,” ujar beliau.

Lesen barangan kawalan, kerajaan tak kompromi..ha..ha..ni satu punya bingai lagi..!!!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.

Beliau mengulas ugutan daripada peruncit di seluruh negara bahawa mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mewajibkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Kita sudah berjumpa dengan mereka dan juga memenuhi sesetengah tuntutan awal mereka,” katanya.

Sebagi contoh, menurut Ismail Sabri bayaran RM10 untuk lesen yang dicadangkan pada awalnya telah ditarik balik dan lesen itu sekarang akan diberikan percuma.

"Untuk memudahkan proses itu, kami akan menghantar pegawai ke kedai mereka untuk mengeluarkan lesen dan ia boleh dilakukan ketika itu juga,” katanya.

Penguatkuasaan lesen barangan terkawal itu juga telah ditunda ke 1 Julai seperti yang dituntut oleh persekutuan itu.

Menurut Ismail lesen berkenaan penting bagi memantau kegiatan segelintir peruncit yang mengambil kesempatan subsidi gula dan menjualnya di pasaran gelap.

Katanya lagi, jika peruncit memulaukan penjualan barangan terkawal itu, pengguna masih boleh membelinya di tempat lain.

"Hypermarket, supermarket, pasar tani masih menjual gula. Sebagai alternatif, kedai di stesen petrol juga akan dipertimbangkan,” katanya.

Perkasa, Kampung Baru and the failure of Malay leadership

JUNE 7 — Squatting within view of KL’s gleaming skyscrapers like a blob of dung at the tip of a high-heeled boot is a collection of quaint kampung houses. To patronising foreigners, those wooden houses on stilts in Kampung Baru are a welcomed relief to the concrete jungle of a modern metropolis. To its inhabitants, taken in by the curious and feigned interests of gawking tourists, Kampung Baru is their tropical urban Shangri-La.
To Malaysians, however, it is nothing but your typical Third World slum. Kampung Baru assaults your sensibilities and senses, especially olfactory. Not that the rest of KL is pristine and sweet smelling!
Alas to Malays, Kampung Baru is an embarrassing and glaring reminder that beneath the bravado of Ketuanan Melayu we remain marginalised, despite over half a century of independence and a continuous succession of Malay Sultans and prime ministers. Not to mention Article 153 protecting our “special” position!
If Kampung Baru is the physical reminder of the impotence of Malay leaders in tackling the challenges facing our community, then Perkasa and the coalition it leads, People’s Awakening Movement — Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) — reflect the intellectual bankruptcy of our leaders.
Sultan Syndrome and Abracadabra Leaders
In an earlier book I described a malady peculiar to our leaders, the Sultan syndrome, where leaders behave like Sultans, content with being mere figureheads and indulging the perks of their positions. Engaged executives they are not.
Like Sultans, these leaders are consumed with issuing endless edicts (titah). They have no idea what those would entail, much less how to execute them or the challenges involved. Hence we hear with nauseating frequency their exhorting us to, “Be efficient!” or “Be competitive!” When asked how, they would be silent. The best they could muster would be to mumble something like, “Be like the Japanese!”
I am being generous in describing them as leaders. Like Sultans, they are there not to lead us but for us to sembah (pay homage to) them. Like religious figurines in Hindu homes, they are there for us to pay tribute. And pay it we must, for any hint of disrespect would be met with harshly. Those Sultans and Sultan wannabes are like Hindu gods; there is no escaping their spell. Anger them at your peril! Public hand kissing, endless gifts of trinkets, and effusive displays of loyalty are all part of this homage paying.
Their demands keep getting more voracious and insatiable. What we need is not Article 153 (to protect the Sultans) but its reverse, to protect us from our rapacious Sultans and Sultan wannabes.
This Sultan syndrome is associated with what I would call “abracadabra leaders”. These are “leaders” who, when issuing their titah and arahan (directive) delude themselves into thinking that that alone is sufficient, like waving a magic wand. Little do they know that the real world does not work that way, even if they were to incant “Abracadabra!” It takes hard work and creative thinking to translate your vision into reality, and that is what these abracadabra leaders lack.
In his latest pronouncement, complete with the frothing of the mouth, flaring of the nostrils, and the obligatory brandishing of the keris (this time thankfully spared of the ketchup), Gertak leader Ibrahim Ali demanded that NEP be maintained and Malays accorded a specified portion of the economic pie. There was as usual no mention on how that could be achieved. Ibrahim forgot his “Abracadabra!”
I am not surprised that Ibrahim is gaining traction with Malays; we have always been partial to soaring rhetoric. The Indonesians would listen for hours to Sukarno’s pidato. Meanwhile their country spiralled into chaos and mass starvation. What surprises me is when the likes of Mahathir fall for Ibrahim. To think that Malays are pinning our hopes on this Al-Katak! (Jumping Frog, in reference to his party hopping habit.)
Fellow commentator Azly Rahman reminds us that gertak means “childish verbal threat”. Ibrahim Ali is certainly childish and all verbal, but he is no threat. Only those who could easily be gertak would perceive him as a threat. Unfortunately Najib Razak is one of those.
In his usual humorous but biting take, Azly suggests that the coalition change its acronym to Gelak — Gerakan Anti-Lawan Antara Kaum (Movement Against Inter-Communal Conflict), a more noble goal. Gelak also means “laughter,” appropriate as Ibrahim (and his movement) is already a laughing stock.
Developing Kampung Baru
Lamentably, Ibrahim Ali’s laughable big but empty talk is the norm among Malay leaders.
Consider the lack of development in Kampung Baru, a problem that has challenged leaders since Datuk Onn in the 1940s. The only innovative thinking had been the British gazetting the area in 1900. Whatever we may think of the merit of the idea today, without it Kampung Baru would have long been gone.
This latest folly of 60-40 partnership with non-Malays has been wisely torpedoed by the residents. It is not difficult to sympathise with them. They have heard too many half-baked ideas before, of leaders spouting without thinking, and their not making any attempt at understanding the problem. Often, as demonstrated by this latest idiocy, these leaders would blame the residents when those ideas fail.
For example, knowing Malay inheritance laws and traditions, these properties have multiple owners and have been hopelessly fragmented, made worse with Malays having no written wills, not even those with substantial estates, as attested by many high-profile inheritance disputes. We do not know the magnitude of this problem as there is no survey of land ownership in Kampung Baru.
A major obstacle to developing Malay properties is this multiple and unclear ownership, and the attendant difficulties in decision making. Unless resolved, this will remain an insurmountable obstacle to development.
Tun Razak was aware of this when he started Felda. Thus Felda land cannot be subdivided but must be inherited by only one son. This apparent contradicting of Islamic and traditional inheritance practices did not prompt outcries from the Islamists and traditionalists. They saw it as a sensible solution to a major problem.
This ownership conundrum in Kampung Baru and other Malay reservation land could be solved by creating a family corporation, where the ownership of the title may be divided but the land itself cannot; it remains under this new entity.
In his forthcoming book, “The Long Divergence: How Islamic Law Held Back The Middle East”, Timur Kuran suggests that Arab (and Muslim) underdevelopment is attributed in part to this inheritance practice. While the Quranic injunction is just, it results in the fragmentation of estates. The European medieval practice where the entire inheritance went to the eldest son may be unjust but it had the advantage of keeping intact the family’s estate.
It is this fragmentation of estate that prevented Muslim enterprises from growing from one generation to the next, a problem shared by Malays. However, we have yet to acknowledge let alone solve it. Consider the current inheritance litigation over Naza Corporation; there are many others.
As for restrictive land ownership, statutes like the Malay Reservation Act are not unique to Malaysia. America has its Indian Reservations and Hawaiian Native land trusts. That did not prevent development on those reservations as attested by the gleaming casinos and hotels. In Hawaii, native trust land can be leased long term; its low price compared to freehold properties a competitive advantage. An all-Malay ownership need not be an obstacle to development; cheap land could be a formidable advantage.
As for the tangled ownership, the entire Kampung Baru could be made into a corporation with its present owners as shareholders. That corporation could then negotiate with developers, foreign and local, to get the best deal for a BLT (Built, Lease and Transfer) or similar arrangement for the whole area. Those owners would get a unit or more in the development based on their contributions through their land. The rest would be rented out, as with any development. Properly structured and managed, a gentrified Kampung Baru could be an economic jewel as well as the model for developing other Malay reservation land.
The government’s proposed Kampung Baru Development Corporation, already approved by the Cabinet, is precisely the wrong approach. It is a top-down initiative, with the corporation controlled by ministry bureaucrats instead of the landowners. It calls for a GLC to develop the property, presumably without competitive bidding (as is the usual practice with these GLCs). That is just another scheme to enrich the politically powerful.
These and other dilemmas of Malays could be solved only through careful studies and analyses. The faculties needed for that are humility (to facilitate your knowing what you don’t know), political skills (to craft the necessary compromise among the competing demands) and intellectual integrity (to enhance your learning curve).
Unfortunately those are the very skills lacking among our leaders today. Consequently, count on Perkasa and Kampung Baru being with us for a very long time. — bakrimusa.com

Anifah: Blok minyak hak Brunei tapi Malaysia kongsi hasil..he..he..berkongsi dengan negara budiman la katakan...!!!

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Walaupun Brunei merupakan pemilik sah dua blok minyak iaitu Blok L dan M, namun Malaysia tetap menerima bahagiannya bagi hasil minyak dan gas di kedua-dua kawasan minyak berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menjelaskan pertikaian berhubung kedua-dua kawasan minyak itu, beliau berkata perkongsian hasil adalah sesuatu yang tidak mustahil menerusi perjanjian komersial yang dimeterai pemimpin kedua-dua negara dalam Pertukaran Surat pada 16 Mac 2009.
Bagaimanapun, kedua-dua negara masih membincangkan nisbah kerana Brunei mempunyai hak kedaulatan ke atas kedua-dua blok minyak tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
“Jika kita melihat dengan teliti tafsiran undang-undang berdasarkan UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut) 1982 adalah jelas kedua-dua blok itu milik Brunei.
“Kita telah mendapatkan pandangan beberapa pakar perundangan dan peguam maritim mengenai perkara ini,” katanya ketika diminta mengulas jawapan beliau kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar meminta kerajaan menyatakan kesahihan keputusan kerajaan Persekutuan menyerahkan blok-blok tersebut kepada Brunei dan isu mengenai hak kedaulatan sempadan perairan di kawasan berkenaan tidak dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Rakyat.
“Kesemuanya (blok-blok berkenaan) milik mereka jadi bagaimana kita mahu mengarah mereka berbuat sesuatu? (Brunei mungkin berkata) jika anda mempunyai permintaan yang berpatutan, maka saya akan
menimbangnya... tetapi jika anda mendesak, sudah tentu kami akan kata ia milik kami, mengapa kami patut tunduk kepada kemahuan anda?”
“Apa yang dipersetujui Brunei pada prinsipnya ialah mengenai perkongsian ... tidak kisah banyak manapun, tetapi paling penting ialah mereka menawarkan isyarat persahabatan, ia bukan tentang wang
ringgit,” kata beliau.
Terdahulu ketika menjawab soalan Anwar (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat, Anifah menjelaskan elemen yang terkandung dalam pertukaran surat pemimpin kedua-dua negara, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat Malaysia-Brunei, adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak.
Beliau juga menegaskan bahawa elemen itu juga tidak mengubah sempadan mana-mana negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei.
Pertukaran Surat itu mengandungi empat elemen penyelesaian bagi isu tuntutan bertindih antara Brunei dan Malaysia iaitu persempadanan maritim, aturan komersial, persempadanan darat serta akses maritim.
Anifah berkata pada masa ini, kedua-dua pihak sedang melaksanakan kesemua elemen penyelesaian seperti yang terkandung dalam Pertukaran Surat itu. — Bernama

Anwar: Israel berani kerana dilindungi Amerika

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Tekanan harus dilakukan terhadap Amerika Syarikat (AS) supaya tidak lagi menyokong dan melindungi keganasan rejim Israel, demikian gesaan anggota Dewan Rakyat hari ini.
Mereka sepakat bahawa Israel berani bertindak sesuka hati kerana dilindungi kuasa besar, dan oleh itu, Amerika Syarikat perlu didesak supaya tidak melindungi kezaliman rejim Yahudi itu.
Ketika memulakan perbahasan usul mengecam kezaliman tentera Israel menyerang kapal Freedom Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berkata selama ini AS dan Israel telah menjalinkan hubungan yang erat sehingga menyebabkan rejim zionis itu bebas melakukan apa sahaja tanpa rasa takut.
“Saya berpendapat Israel mungkin tidak mempunyai kekuatan untuk menyerang (Freedom Flotilla) tanpa dokongan AS. Usul ini hendaklah menuntut AS dengan tegas menghalang zionis Israel daripada terus melakukan kezaliman dan keganasan kepada rakyat Palestin.
“Saya juga mendesak agar usul ini menggesa AS supaya tidak lagi melindungi perbuatan jenayah dan keganasan yang dilakukan Israel,” kata Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang turut menyokong usul tersebut.
Wakil MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN-Bentong) berkata beliau berharap AS tidak lagi menggunakan kuasanya menyekat tindakan yang perlu diambil oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Rejim zionis ini merasakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja kerana dilindungi kuasa besar seperti AS. Adalah diharapkan, menerusi usul ini, AS tidak lagi berterusan menggunakan kuasa vetonya ke atas Majlis Keselamatan PBB,” katanya yang juga Menteri Kesihatan dan Timbalan Presiden MCA.
Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pula berkata Malaysia yang mempunyai hubungan dengan AS boleh menyampaikan mesej tersebut.
“Sebagai sebuah negara (Malaysia) yang ada hubungan dengan AS, sepatutnya kita boleh sampaikan kepada AS sebagai seorang kawan. Tanpa sokongan dan dokongan AS, Israel tidak berani (untuk) bermaharajalela. Kalau ini berterusan (memberikan sokongan), Israel akan dilihat seperti Nazi Jerman yang membunuh dengan zalim dan kejam sekali,” katanya.
Beliau turut mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya bersemuka dengan Presiden AS Barack Obama secepat mungkin bagi menyatakan kecaman terhadap Israel.
“Jalan paling berkesan ialah pergi ke Washington dan saya tahu Washington tidak suka dengan cara ini ... beritahu depan muka dia (Obama) jangan hanya cakap yang manis. Kita sedia anggap Perdana Menteri sebagai wira kalau berani bercakap dengan Obama. Kita beri sokongan pada usul ini,” katanya.
Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar-Baharu) pula menggesa Parlimen supaya mendesak AS memutuskan hubungan dengan Israel manakala Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pula menyifatkan Israel menjadi angkuh kerana mendapat sokongan daripada AS.
“Keangkuhan Israel adalah kerana mendapat sokongan kuasa AS dan kuasa sekutunya. Israel ini hanyalah negara nyamuk sahaja. Ini menjadikan mereka kuat adalah kerana kuasa besar yang menjadi pendorong kepada Israel,” kata beliau BK.
Sementara itu, Datuk Joseph Entulu Belaun (BN-Selangau) pula berkata kritikan dan hentaman seluruh dunia termasuk sekutunya AS sering kali dipandang remeh oleh Israel selain tindakan AS yang dilihat tidak tegas dalam memberikan kritikan.
“Dunia sedar AS hanya memberikan kutukan secara ringan sahaja yang menampakan ketidakadilan kepada rakyat Palestin,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Wakil MIC Datuk Dr S.Subramaniam (BN-Segamat) pula berkata bahawa sudah tiba masanya untuk tindakan menggunakan saluran perundangan antarabangsa dan tekanan terhadap kuasa-kuasa besar dilakukan.
“Apakah justifikasi pembunuhan kejam ini? Apakah dunia hanya akan memerhatikan kekejaman rejim Israel yang tiada hadnya tanpa membuat sesuatu?
Dunia kini tidak boleh lagi berdiam diri dengan hanya sekadar memprotes terhadap kekejaman rejim zionis ini,” kata beliau yang juga Menteri Sumber Manusia.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mahukan agar Malaysia menerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mencadangkan agar setiap misi kemanusiaan diiringi pasukan ketenteraan dari setiap negara.
Usul yang dibentang Perdana Menteri diluluskan selepas perbahasan lebih lima jam oleh 28 wakil rakyat. — Bernama

K'jaan: Lesen judi sukan belum dikeluarkan..ha.ha..jawapan lepas tengkuk..hi.hi..kalau 11 hb ni Berjaya laksanakan judi Bola...ape citer he.he..!!!


Kementerian Kewangan masih belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan kerana kerajaan masih mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara berkenaan.
Dalam satu jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, kementerian itu berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan/memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi jawapan soalan Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu) dan Loke Siew Fook (Rasah).

Perwakilan muslimat jadikan PAS lebih dinamik

Pertamanya kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izinnya, kita dapat berhimpun untuk menyampaikan berita-berita terakhir berhubung Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat bagi kali ke-50.
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) pada kali ini akan dirasmikan serentak dengan lain-lain dewan iaitu Dewan Ulama dan Dewan Pemuda. Perasmian akan dilakukan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 Jun 2010 pada jam 8.00 malam di Putik, Kota Bharu, Kelantan.
Muktamar penuh Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-50 akan memulakan sidang muktamarnya pada 10 Jun, Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga tamat yang dijangka pada jam 4.00 petang.
Muktamar DMPP pada kali ini akan berlangsung di Dewan Duyung Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.  
Kepada semua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Ketua-Ketua DMP negeri, perwakilan kawasan-kawasan seluruh Malaysia, pemerhati PAS Pusat, tetamu jemputan, pemerhati muslimat, saya mewakili DMPP mengucapkan ahlan wasahlan kepada semua.
Terdahulu dari itu, semua perwakilan adalah diharapkan agar mendaftarkan perwakilan masing-masing pada 9 Jun bermula 10.00 pagi di Putik, Kota Bharu, Kelantan.
Pada tahun ini, PAS melaksanakan pindaan kepada peruntukan perwakilan muslimat untuk Muktamar DMPP yang telah diluluskan pada Perlembagaan PAS (Pindaan 2009)  dengan melibatkan perwakilan Muslimat seramai 4 orang dari setiap kawasan di seluruh Malaysia. Ada sebanyak 155 buah Dewan Muslimat Kawasan yang berdaftar di seluruh Malaysia, menjadikan jumlah Muslimat yang akan hadir seramai 620 orang.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, perwakilan Muslimat hanya 15 orang bagi setiap negeri. Ini bermakna pertambahan bilangan yang hadir adalah jauh lebih besar dari sebelumnya. Perubahan ini juga menjadikan PAS sebagai satu parti yang lebih demokratik dan dinamik terutama dalam penglibatan kaum wanita. 
Pembaharuan ini adalah tepat dengan masanya untuk melebarkan pendedahan kepada Muslimat dalam hal-hal berkaitan pengurusan dan organisasi PAS kepada jaringan yang lebih luas. 
Perkembangan ini juga akan melatih pimpinan Dewan Muslimat Kawasan-kawasan bersedia menjadi anggota sebuah parti pemerintah yang peka dan prihatin dengan suasana serta keperluan masyarakat sekitar.
Suka diingatkan bahawa DMPP amat gembira untuk melihat para perwakilan mewakili negeri dan kawasan masing-masing dalam keseragaman warna hijau yang menjadi pakaian rasmi DMPP bertudung warna putih. Ini adalah warna yang amat sinonim dengan Muslimat PAS.
Kita juga telah menerima beberapa usul dari kawasan-kawasan dan berharap perwakilan akan memberikan tumpuan untuk membahas dengan bijaksana dan mengeluarkan hujjah yang baik dan bernas di sepanjang muktamar nanti.
Selain daripada itu, para perwakilan juga akan berpeluang menyaksikan video klip yang mewarnai semangat perjuangan muslimah untuk mengekalkan momentum perjuangan.
Sehubungan itu, kita minta semua perwakilan akan hadir dengan persiapan minda agar dapat dikongsi bersama input dan maklumat bermanfaat yang boleh dijadikan bekalan apabila kembali ke tempat masing-masing.
Pada kesempatan ini, DMPP mengutuk sekeras-kerasnya rejim zionis haram Israel di atas serangan gila yang di luar batas kemanusiaan serta norma masyarakat yang bertamadun ke atas konvoi flotila keamanan bantuan kemanusiaan Gaza.
DMPP bersama-sama penyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival serta mempertahankan hak-hak mereka. Kita menuntut supaya semua kepungan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza oleh rejim zalim Israel dengan bantuan Mesir dihentikan segera.
DMPP juga menuntut agar kerajaan Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan hegemoni rejim haram Israel dikekang. Juga menamatkan segera sebarang kaitan dan manipulasi dengan anasir-anasir rejim zionis Israel di dalam negeri seperti APCO sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Nuridah Mohd Salleh,
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Abim rayu bantuan menteri Islam dalam kabinet

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) meminta jasa baik menteri-menteri yang beragama Islam supaya meneliti keputusan meluluskan pemberian lesen judi pertaruhan sukan sempena Piala Dunia.

"Keberadaan mereka dalam kabinet adalah satu amanah yang penting untuk menjaga keluhuran dan kedaulatan amalan agama Islam dan semua agama yang menolak amalan judi," kata presiden Abim, Muhamad Razak Idris.

Sehubungan itu, katanya, Abim mengulangi desakannya supaya lesen pertaruhan Piala Dunia 2010 ditarik balik demi menghormati pandangan serta keprihatinan masyarakat berhubung isu tersebut, di samping menghindari implikasi negatif jangka masa panjang.

Abim juga, tegas Muhamad, menyeru semua pihak kerajaan dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan prinsip ekonomi beretika supaya menolak sebarang usaha untuk menjustifikasikan perjudian atas apa nama sekalipun.

"Abim juga sangat menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yang bertindak mengharamkan amalan pertaruhan Piala Dunia 2010 di negeri masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abim juga, tegasnya, menyambut baik penubuhan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang merupakan manifestasi keprihatinan rakyat berhubung isu tersebut.

"Memandangkan isu ini menyentuh secara langsung sensitiviti umat Islam selaku masyarakat majoriti di negara ini, Abim juga ingin merakamkan penghargaan di atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh mufti Perak dan mufti Selangor berhubung isu tersebut," tambahnya.

Katanya, Abim tetap dengan pendirian bahawa lesen pertaruhan judi sukan akan hanya mengundang pelbagai implikasi negatif kepada masyarakat dan negara, jika dibandingkan dengan gambaran faedah ekonomi yang dibawanya oleh pihak tertentu.

Justeru, Abim kesal dengan kenyataan Pengerusi Kumpulan Berjaya,Tan Sri Vincent Tan baru-baru ini yang berhasrat menyumbang RM525 juta hasil penjualan syarikat perjudiannya untuk tujuan kebajikan.

"Kenyataan ini jelas tidak sensitif dan menggambarkan sikap tidak prihatin terhadap protes yang disuarakan oleh segenap lapisan masyarakat dan beberapa kerajaan negeri berhubung dengan isu ini," kata Muhamad.

Pakatan backs PM but wants him to condemn US too


Pakatan lawmakers meet with the 12 Malaysians who were on board the MV Mavi Marmara, in the lobby of Parliament, June 7, 2010. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, June 7 — Pakatan Rakyat (PR) unanimously supported Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s special motion to condemn Israeli attacks on vessels on humanitarian aid missions to Gaza, in Parliament today.
However, PR leaders urged Najib to not only condemn Israel but also its closest ally, the United States.
They argued that the Zionist state would not have been allowed to freely attack the flotilla and mount blockade on Gaza without the consent of the United States.
Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim pointed out that the issue was not just about Gaza but was also a Palestinian problem.
“This motion is very important because we don’t want the international community to be confused that this issue is only about Gaza. Malaysia must work together Turkey to bring Israel to the International Criminal Court (ICC),” he said during the debate on Najib’s motion.
He also stressed that Malaysia needed to recognise the Hamas as a sovereign government in Palestine.
“The international community still refuses to accept the decision by the Palestinians during a free and fair election. They had chosen Hamas as their government but Israel and US still refuse to accept them. That is why I want the prime minister to not bow down and [to] recognise Hamas authority in Gaza.
“There is no point if we keep criticising Israel and debating on the issue if we do not take a stern step in recognising Hamas. Only then can we consider that Malaysia is free and brave in its foreign policy,” he said.
He also blamed the US for the United Nations Security Council’s “mild” statement condemning the attacks.
“[The] UN Security Council’s statement was very weak because of America.
“Israel is a small country but it won’t be [tyrannical] without the support of America, therefore we must be clear and firm in our statement,” he said.
DAP secretary-general Lim Guan Eng also condemned Israel and likened the Zionist state to Nazi Germany.
“Many children and women have been killed and nothing has been done. We urge America to bring Israel to justice.
“Israel is no different from Nazi Germany, which killed thousands of Jews,” Lim said.
The Bagan MP then suggested that Najib seeks a meeting with US President Barack Obama over the issue.
“It is more effective if we go straight to Washington because there is no point in bringing Israel to [the] International Criminal Court if America does not support it. We want the prime minister to not only be brave in Parliament but also [to] be brave in front of President Barack Obama.
“If he does this then he will have the full support of Pakatan Rakyat and the people. We will also recognise Najib as a national hero,” said Lim, who is also the Penang chief minister.
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang then claimed that Israeli lobbyists have gained influence over the US’ political structure.
“Whoever wants to win the presidency must have the support of Israel. The Zionist have controlled the media and created a perception that they are being violated [but they are the ones] practising tyranny. They want the world to accept that might is right,” said Abdul Hadi.
Abdul Hadi stressed that Malaysians must be united in condemning Israel.
“We must not let our political, religious and ideological backgrounds divide us but we must instead condemn Israel and urge [for an] end to Gaza’s illegal blockade,” he said.
Gombak MP Azmin Ali, however, questioned the sincerity of Barisan Nasional in condemning Israel.
“Why did [the] prime minister decide to condemn Israel? Was it because of the huge anti-Israel rally that Pakatan Rakyat was able to hold on June 4? Was it because Umno’s demonstration was only able to attract 500 people on the same day in Masjid Negara? Why were there no representatives from NGOs, MCA or MIC?” Azmin asked.
The PKR vice-president added that if the Najib administration was genuine in its condemnation of Israel, then it should cancel its contract with public relations consultants, APCO Worldwide.
“What is Malaysia’s stand on this issue? Is the Umno-BN government ready to terminate its contract with APCO? Umno condemns Israel but it still signed an agreement with APCO, which supports Israel,” he said.
Twelve volunteers, including two Astro Awani television crew members, were seized when Israeli marines stormed the aid ship MV Mavi Marmara in an operation that left nine passengers dead and over 60 injured.
The Turkish-owned flagship of the six-vessel Gaza Freedom Flotilla had been trying to break the Israeli maritime blockade of the Gaza Strip when it was intercepted in international waters.
Israeli marines insist they opened fire in self-defence after being set upon by pro-Palestinian activists wielding clubs and knives, a claim activists dispute.
Israel is under pressure to agree to an international inquiry following its lethal seizure of the MV Mavi Marmara.
Turkey, Israel’s long-time ally and trading partner, has cancelled joint military exercises and recalled its ambassador in protest at the raid, and said relations will only be normalised once Israel ends its Gaza blockade.
Israel, together with Egypt, maintains a land-sea blockade to stop what it says were arms shipments to Hamas-controlled Gaza.

Tan: Chua hanya kemuka nama anaknya..ha.ha...rahsia dah terbongkar...!!!

Rombakan kabinet baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila ahli parlimen Gelang Palang, Tan Ah Eng menemplak presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata nama Tan tersenarai untuk jawatan timbalan menteri.

Menurut Tan, Chua hanya menyenaraikan satu nama kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan kecuali memilih anak Chua, Tee Yong bagi mengisi jawatan timbalan menteri pertanian.

"Saya semak dengan PM malam semalam, beliau berkata semua nama yang dibekalkan oleh Chua diterima,” kata Tan yang juga adalah timbalan ketua wanita MCA.

"Saya tuntut keadilan!” katanya pada sidang media di lobi parlimen kerana ingin menjelaskan bahawa namanya tidak dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri seperti yang didakwa oleh presiden MCA.

Katanya juga, perdana menteri tidak pernah mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang MP.

"Perda
na Menteri memberitahu saya bahawa beliau menghormati keputusan presiden MCA dan menerima semua nama yang dibekalkan,” katanya sambil menambah bahawa nama langsung tidak dikemukakan kepada Najib.Chua pada 2 Jun lalu memberitahu wartawan bahawa hanya terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih dan nama Tee Yong dan MP Gelang Patah, Tah Ah Eng juga diserahkan kepada Najib untuk Perdana Menteri membuat pilihan.

Mengulas perkara yang sama, hari ini, Chua terus mempertahankan bahawa dua nama diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya - iaitu nama anaknya Chua Tee Yong dan juga nama Tan.

PAS cadang wujud tentera OIC kawal misi kemanusiaan

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.
Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.
Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun,  mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang.
"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Tindakan Israel itu juga, katanya aalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi.

Drama King: Terbitkan Sinetron Terbaru.."Konsensus Bebas Pengkhainat Rakyat""

Sesi Pelancaran Sinetron terbaru "Konsensus Bebas Pengkhianta Rakyat"  arahan Zahrian..skrip oleh Zulkifli Nordin..Camera-man Mohsin..penyunting Wee Choo Keong..tukang beli nasi bungkus Tan Tee Beng...sekor lagi pengarah diluar tabir..Ibrahim Ali...
dan teraju utama Najib Razak..dan seterusnya modal dari Bik Mama..

Naik cair taik telinga aku dengar perkataan "kuasa ketiga dalam parlimen"..apa menatang "konsensus bebas" tue....sarang baru buat sang katak yg berbau bangkai ka...atau topeng lakonan utk mencari glamor yg dpt menandingi artis Akademi Fantasia..

Tuan Sayuti kata bangkai-bangkai ini xlebih sedang bergerak utk menandingi sayap baru PAS iaitu Himpunan Penyokong Pas dengan meresapi semangat 1Malaysia utk mewujudkan sayap kiri BN..dan hanya melalak didalam Parlimen saja..diluar..mcm bangkai hanyut di dlm longkang saja..

Hati sedikit terasa sesuatu..apasal Ketua Katak@Bangkai xwujudkn diri semasa Konsensus Bebas sedang dipublishkan...dia xsetujukah..atau jual mahal...atau xmau geng-geng katak yg baru ini menandingi kepopularan yg sedang dimilikinya apatahlagi PERKASA yg sedang panas bak goreng pisang laris dimata UMNO dan pemimpinya..

Inilah drama-drama King yg sedang berdrama dimata rakyat...bagi bangkai-bangkai itu..Parlimen yg mulia itu sama atau lebih kurang dengan PAWAGAM @ Panggung ..dan wartawan berita itu dilayanya mcm wartawan media hiburan..lihatlah bila tayangan pertama di dramakan di Parlimen oleh bangkai-bangkai terpilih ini..buat gosip dan spekulasi..kan lebih kurang sama saja perangainya dengan segelintir artis2 yg berlakon xpandai tetapi popular dengan cerita pribadi dan gosip-gosip..

Realitinya..tubuh la menantang apa pon oleh Bangkai Katak Bebas di Parlimen..buatlah apa pon jua tindakan..xakan ada apa-apa hasil..baik tubuh saja NGO Bebas diluar...berdiri sama gagah dengan PERKASA kalau berani..ada bran ka...

Isu Palestine: Malaysia Penyumbang Besar Kepada Ekonomi Israel


Umno-Barisan Nasional menunjukkan sikap bermuka-muka menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang rejim Zionis Israel tetapi pada masa yang sama membenarkan perdagangan dengan negara haram itu.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin (CheGuBard) ini terbukti apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada telah mengubal rang undang-undang menarik balik sekatan import barangan Israel dan Afrika Selatan yang telah dibentangkan di parlimen dan telah diluluskan pada 1994 serta berkuatkuasa hingga ke hari ini.

"Malaysia menjadi penyumbang besar kepada ekonomi Israel. Umpamanya di Nilai, Negeri Sembilan, sebidang tanah yang dimiliki Tabung Haji yang telah diberikan kepada syarikat minuman, Coca Cola yang kita ketahui secara langsung penyumbang kepda negara Zionis itu untuk membeli senjata.

"Rakyat sudah menyampah dan meluat dengan sikap rejim Umno-BN ini yang tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin yang ditindas," tegasnya lagi.

Menyedari hakikat pengkhianatan Umno-BN terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin, rakyat menolak demonstrasi anti Zionis-Israel anjuran Pemuda Umno Jumaat lalu yang tidak mendapat sambutan.

Ini kerana kata CheGuBard, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berada dalam keadaan yang tidak popular.

Beliau berkata pemimpin Umno-BN demi kepentingan politik mereka sebenarnya tidak mempedulikan nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis-Israel sejak hampir empat tahun lalu.

Ini berbeza dengan demonstrasi dan persidangan meja bulat di Kampung Baru yang bukan sahaja dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga puluhan pertubuhan bukan kerajaan yang menunjukkan sokongan padu kepada inisiatif Pakatan Rakyat.

"Rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan rejim Umno-BN yang hipokrit yang bermuka-muka kerana Israel mempunyai sumbangan ekonomi kepada negara.

"Rakyat sudah tidak pedulikan dengan sikap pemimpin Umno-BN," ujarnya

Tambah CheGuBard, Umno-BN hanya gila publisiti tetapi pada masa yang sama memberikan sumbangan kepada rejim Zionis-Israel yang membunuh rakyat Palestin tanpa belas kasihan.

Isnin lalu, komando rejim zionis telah menyerbu masuk kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang menyebabkan 9 sukarelawan dan berpuluh lagi cedera dalam serangan tersebut.

Sabtu lalu, kapal Rachel Corrie yang juga membawa bekalan keperluan seperti ubat-ubatan dan keperluan harian telah diarahkan oleh armada tentera laut Israel mengubah haluan ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mempertahankan tindakan negara Zionis itu memberikan alasan kononnya bertujuan untuk memeriksa kandungan kapal tersebut bagi memastikan ia tidak membawa senjata.

FATWA DARI AL-LIDAHDI AL_KONTOTI

INI BUKAN KEPALA BANA - INI KEPALA KATAK




HISHAM : BANTU KERAJAAN TANGANI ISU JUDI HARAM
– malaysiakini

Hishammudin Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.

Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

KAH KAH KAH…

woit… INI BETUL BETUL BANGANG… PUNYA CAKAP…. kah kah kah..

woit… MANA ADA JUDI HALAL ATAU ADA JUDI HARAM… BANGANG… kah kah kah…

woit…. LIDAH PENDEK… RUPA RUPANYA AKAL PUN PENDEK…. kah kah kah..

woit…. NAK MINTA ORANG RAMAI JADI BARUA VINCENT TAN…. kah kah kah..

woit….HANYA GEROMBOLAN SANGGUP JADI BARUA CUKONG… kah kah kah..

woit… YANG BAGI LESEN JUDI BUAT APA?.... kah kah kah..

woit… NAK GALAKKAN LAGI SATU MALAYSIA BERJUDI?.... kah kah kah…

kah kah kah… JUDI AL HAFIZI VINCENT TAN INI HALAL KE?.... kah kah kah..

woit… MANA RAJA GOPAL? …. kah kah kah..

kah kah kah….LEHER SUDAH DIKEPIT OLEH KAVITA SINGH KE?... kah kah kah..

woit…. CAKAP RAJA GOPAL…. KEPALA AGAMA… kah kah kah..

kah kah kah… INI BUKAN KEPALA AGAMA…. INI KEPALA BANA…. kah kah kah…

Serang ekonomi rejim zionis Israel

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa meminta kerajaan Malaysia melakukan serangan ekonomi ke atas rejim zionis Israel.
Malaysia, katanya perlu melakukan usaha kolektif bersama negara antarabangsa bagi melumpuhkan ekonomi Israel.
"Maka usaha kolektif perlu dilakukan bagi menyekat dan melumpuhkan ekonomi negara haram Yahudi," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok semasa membahaskan usul mengecam tindakan rejim zionis Israel terhadap misi kemanusiaan ke Gaza di Dewan Rakyat, petang ini. Usul itu dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.
Kempen boikot juga, katanya perlu diperhalusi dan dijalankan secara sistematik dengan mengambil kira nasib pekerja negara ini di syarikat berkaitan.
Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Malaysia memenuhi kebajikan pelajar Palestin di Malaysia seperti bantuan biasiswa dan kesihatan sebagai sokongan perjuangan rakyat Palestin.
"Bagaimana kita harus membantu rakyat Palestin khasnya golongan muda. Saya ingin mendapatkan penjelasan berapa banyakkah biasiswa atau kemudahan pelajaran yang diberikan kepada rakyat Palestin yang datang belajar di Malaysia," katanya.
Tambahnya, pintu sempadan Rafah yang kini dibuka perlu digunakan sebaik mungkin menyalurkan bantuan perubatan seperti dibuat kepada negara Bosnia.
Beliau juga menggesa agar kerajaan Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai agenda kerajaan dan memperhebat program kesedaran kepada rakayat.
Menurutnya, kerajaan juga perlu mengurangkan program hiburan agar anak muda tidak lupa isu Palestin ini.
"Anak muda di sana dibunuh dengan peluru, di sini dengan hiburan," ujarnya.

Ha.ha..Perkosa...!!! nanti JAS saman hang..hi.hi...!!!

Anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membakar patung Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhampiran bangunan Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul khas pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini. Usul khas itu mengecam sekeras-kerasnya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana membenarkan tentera rejim itu bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap rakyat pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang turut menyertai misi bantuan itu yang dikenali sebagai "Freedom Flotilla". - Foto BERNAMA

Pertumbuhan 10.1 peratus negara menggelirukan..ha.ha..cara-cara membelit minda rakyat..keh.keh..!!!

Pertumbuhan negara pada 10.1 peratus seperti yang dicanangkan oleh kerajaan tidak mencerminkan situasi yang sebenar kerana ia dibandingkan dengan suku pertama tahun 2009, di mana ketika itu ekonomi Malaysia masih berada dalam krisis.

Menurut Ketua Serantau Penyelidikan Ekonomi, Standard Chartered, Tai Hui jika tempoh masa 2008 diguna-pakai, pertumbuhan negara adalah hanya sekitar 3.5 peratus.

"Sekiranya anak anda pulang dari sekolah dan memberitahu bahawa dia dapat 75 markah dalam peperiksaannya, tetapi pada semester lalu dia mendapat 50 markah, anda tidak begitu kagum kerana sebelum ini dia pernah mendapat 100 markah,” katanya dalam satu seminar hari ini.

"Berita yang baik ialah ekonomi negara sedang berkembang tetapi persekitaran perniagaan hanya bertambah baik sedikit sahaja berbanding sebelum krisis.

Kata Tai Hui, buktinya kebanyakan firma masih berhati-hati dan tidak melabur lanjut, meskipun mereka yakin bahawa ekonomi berada dalam pemulihan.

Hishammuddin: Bantu kerajaan tangani judi haram bola..ha..ha..jadi kena sokong judi (halal) Bola ala UMNO tu la...!!!!

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram.
“Daripada membuat bising di luar, kerajaan negeri (yang berkenaan) boleh bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dengan memberi cadangan supaya kerajaan boleh buat keputusan dalam membanteras ekonomi hitam,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang terus mempertikaikan keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan acara sukan termasuk bola sepak dengan mendakwa kerajaan menggalakkan perjudian.
Mengulas lanjut, Hishammuddin yang ditemui pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Tahanan Arbitrari di Parlimen di sini, berkata lesen pertaruhan itu telah lama dikeluarkan.
Beliau berkata langkah itu dilaksana untuk membendung perjudian haram khususnya ketika pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung beberapa hari saja lagi.
“Isu ini berkait rapat dengan ekonomi hitam yang melibatkan RM10 bilion yang berhubungan dengan kegiatan jenayah serius seperti pemerdagangan manusia dan pinjaman wang haram atau ah long,” katanya.
Bagi memantau kegiatan perjudian haram ketika Piala Dunia, Hishammuddin berkata beliau telah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun membantu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Kita harap pihak yang berkenaan juga dapat memberi pandangan bagi membantu kementerian menyelesaikan isu perjudian haram ini, katanya.
Awal tahun ini kerajaan mengeluarkan lesen kepada Ascort Sports Sdn Bhd untuk mengendalikan pertaruhan orang ramai ketika acara sukan berlangsung.      
Bagaimanapun beberapa pihak termasuk kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang tidak membenarkan syarikat itu beroperasi di negeri berkenaan. — Bernama 

Muslimat PAS: Presiden, timbalan tiada masalah mungkin ‘kurang menonjol’



KUALA LUMPUR, 7 Jun — Dewan Muslimat PAS menganggap presiden dan timbalan presiden parti itu tidak berhadapan dengan masalah besar dalam menyediakan kepimpinan masing-masing sebagai orang nombor satu dan dua entiti politik tersebut.
Bagaimanapun menurut Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh, kemungkinan ada di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak menonjol.
Pun begitu Nuridah tidak menyatakan siapa yang dimaksudkan sebagai “tidak menonjol.”
“Ya saya tengok OK, tiada masalah... tiada masalah, melainkan kalau ada yang tidak menonjol,” kata beliau ketika ditemui selepas siding media di sini hari ini.
Nuridah berkata, secara umum jikapun wujud kekurangan dalam kepimpinan Hadid dan Nasharudin, aspek tersebut boleh diperbaiki.
“Kalau ada masalah, ini pandangan saya secara umum, kita boleh baiki, termasuk diri saya,” katanya lagi.
Turut hadir pada sidang media pagi ini yang diadakan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Kota Baru, Khamis ini ialah Naib Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ketua Penerangan Salbiah Abd Wahab.
“Bagi saya kedua-dua mereka biasa sahaja... presiden dan timbalan presiden macam biasa sahaja,” kata Nuridah lagi.
Ketua sayap wanita PAS itu ditanya sama ada kemungkinan akan ada usul pada muktamar tahunan parti tersebut, menyentuh hubungan dan gandingan kedua-dua presiden dan timbalan presiden.
The Malaysia Insider dalam laporannya hari ini menyebut Muktamar Tahunan PAS kali ini di Kota Baru tidak melibatkan pemilihan, tetapi ia disebut-sebut akan tetap panas lagi menarik tumpuan dengan fokus terhadap keberkesanan kepimpinan barisan kanan sebagai persiapan menghadapi pemilihan tahun depan dan juga pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan pemimpin yang akan menjadi tumpuan dan berada dalam senarai teratas sebutan perwakilan ialah Nasharudin, yang menewaskan dua pesaingnya dalam pemilihan setahun lalu.
Pada Jun lalu, Nasharudin dengan mudah mengetepikan kedua-dua naib presiden ketika itu Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Seorang perwakilan mendakwa keberkesanan gandingan Presiden dan Timbalan Presiden PAS akan disentuh memandangkan ada pihak dalam parti berpendapat bahawa Nasharudin, yang juga Ahli Parlimen Bachok, tidak memainkan peranan sebagai gandingan secara berkesan kepada orang nombor satu sejak dipilih semula sebagai timbalan presiden tahun lalu.
Perkara itu dibangkitkan oleh beberapa kawasan PAS sambil mengaitkan dengan isu idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.
Nuridah berkata, dalam ucapannya pada Muktamar Dewan Muslimat kali ini beliau akan menyentuh isu idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik.
Mengenai isu lesen judi sukan, Nuridah berkata pihaknya bersama Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat akan menyerahkan memorandum bantahan judi sukan kepada Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin di bangunan Parlimen esok.
Beliau juga berkata, Kumpulan Berjaya tidak perlu membuat rayuan kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memutuskan tidak akan meluluskan premis untuk judi sukan.
“Saya nak minta Kumpulan Berjaya tidak perlulah merayu, dengar saja pandangan orang ramai yang membantah,” katanya lagi.
Mengenai Muktamar Tahunan Dewan Muslimat pula kata beliau, pada tahun ini PAS melaksanakan pindaan kepada peruntukan perwakilan Muslimat untuk Muktamar Muslimat PAS Pusat yang telah diluluskan perlembagaan parti dengan melibatkan perwakilan seramai empat orang dari setiap kawasan di seluruh negara.
“Ada sebanyak 155 Dewan Muslimat Kawasan di seluruh Malaysia, menjadikan jumlah Muslimat yang akan hadir seramai 620 orang.
“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, perwakilan Muslimat hanya 15 orang bagi setiap negeri.
“Ini bermakna pertambahan bilangan yang hadir adalah jauh lebih besar dari sebelumnya,” kata beliau sambil menambah perubahan ini juga menjadikan PAS sebagai satu parti yang lebih demokratik dan dinamik terutama dalam penglibatan kaum wanita.

Anwar terus dedah agenda jahat Umno BN

KULIM, 7 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah setiap kampung dan daerah bagi menjelaskan kepada rakyat agenda jahat dan keburukan Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, esok.
Menurutnya, segala kejahatan dan keburukan yang sekian lama menjadi amalan kepimpinan Umno dan BN harus terus dirobek dan dimaklumkan kepada rakyat supaya mereka mendapat penjelasan yang sebenar mengenai tindak-tanduk pemimpin negara.
"Banyak perkara yang tidak direlakan oleh rakyat telah dilakukan oleh kerajaan pimpinan yang ada sekarang. Arak dan judi semua ini membawa kesan negatif yang merosakkan akhlak dan kesejahteraan hidup rakyat, mereka tidak pedulikan walaupun ada bantahan dan bangkangan.
"Yang lebih teruk ialah sikap mereka yang tidak mempedulikan kritikan dan pembongkaran yang telah dibuat dalam Parlimen bahawa mereka mempunyai hubungan dengan negara Israel.
“Jika perkara ini tidak benar maka saya dengan ini mencabar Perdana Menteri untuk menafikan segala dakwaan tersebut dalam Parlimen," katanya pada majlis ceramah di sini, malam tadi.
Tambahnya, untuk menyelamatkan negara dari terus menjadi sebuah negara yang begitu sinonim dengan aktiviti rasuah oleh kepimpinan negara, maka pembohongan BN akan terus dibongkar dalam program ceramah isu semasa yang giat dijalankan dari masa ke semasa.
"Dari Sarawak sehinggalah ke Johor, Pakatan Rakyat (PR) akan pastikan dalam pilihan raya umum yang akan datang, tonggak pemerintahan negara akan berjaya dikuasai oleh PR,” ujarnya.

Ini antara sebab umno memilihnya Menteri





Menteri Pengangkutan yang baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siasatan ke atas skandal PKFZ adalah “mencukupi” dan tidak perlu bagi isu itu disemak semula.

“Saya berpendapat sudah ada cukup siasatan dan kajian yang telah dijalankan berhubung isu itu. Jadi, saya tidak fikir adalah perlu untuk semak semula siasatan,” katanya.

Beliau juga menjawab secara kabur sama ada akan terus membuat tindakan susulan berhubung isu berkenaan.

"Saya kena teliti dahulu apa sebenarnya PKFZ,” katanya selepas upacara menerima tugas daripada Datuk Seri Ong Tee Keat yang digugurkan dari kabinet minggu lalu.


kah kah kah

seronoklah pemimpin-pemimpin yang terlibat di dalam skandel PKFZ kerana menterinya memberi jaminan tidak akan menyiasat kembali kes tersebut...........kah kah kah

Negara Akan Bangkrap Di bawah BN, Najib Tak Perlu Berdalih.




Bila menteri kata negara akan bankrap
- ABDUL AZIZ BARI

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala (gambar), 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.

Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.

Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.

Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.


Sudahlah ia gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet. Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?

Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.

Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.

Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik. 

Cabaran kekal hak Melayu Kampung Baru — Zulhasnan Rafique

7 JUN — Usaha membangunkan Kampung Baru, di ibu negara sudah sekian lama digiatkan kerajaan. Sejak Pilihan Raya 2004, usaha pembangunan dan pengurusan kampung itu dilaksanakan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pelbagai pendekatan, idea, strategi dan kaedah pelaksanaan cadangan pembangunan Kampung Baru sudah disiap, diutarakan kepada pemilik dan penduduknya untuk menjayakan usaha itu. Ia bertujuan untuk memberi peluang mereka turut serta dalam proses pembangunan Kampung Baru, kawasan strategik milik Melayu di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur.
Pada 2005, kerajaan memulakan projek pembangunan di situ dengan membuka Pejabat Unit Khas Pembangunan Kampung Baru di Jalan Hamzah. Ia dianggotai pegawai Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Unit itu bertindak sebagai pejabat pengurusan tanah Kampung Baru bagi membantu menyelesaikan isu pemberi milikan tanah.
Pada 2006, kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memperuntukkan RM100 juta khusus bagi tempoh lima tahun untuk mempertingkatkan prasarana sedia ada di Kampung Baru dan pembangunan di tanah milik DBKL.
Kerajaan juga menerusi Kementerian Wilayah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Pembangunan Kampung Baru yang dipengerusikan Menteri Wilayah Persekutuan; dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kampung Baru yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian.
Pada 2007, kerajaan memulakan beberapa mesyuarat bagi memantapkan cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB). Pada masa sama, kementerian menerusi DBKL melakar draf pelan khusus untuk pembangunan dinamakan Draf Pelan Tempatan Kampung Baru yang terkandung dalam Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020; yang diuar-uarkan kepada rakyat pada 2008.
Sehingga hari ini, pembangunan Kampung Baru masih menjadi isu sensitif. Ia bukan saja membabitkan rakyat tempatan, malah juga kerajaan, badan bukan kerajaan, parti politik dan akhirnya pandangan mata seluruh negara. Pembangunan kawasan itu perlu dilihat daripada aspek kepentingan strategik dan kritikal orang Melayu di Kuala Lumpur.
Justeru, semua pihak wajar bersabar, bertenang dan melihat apakah isu utama yang seharusnya diselesaikan sebelum Kampung Baru boleh dibangunkan dengan berkesan, mempertingkatkan nilai hartanah orang Melayu dan memberi pulangan berterusan serta berkekalan kepada orang Melayu yang menjadi pemilik tanah di kampung itu.
Ia juga satu usaha yang akan membawa Kampung Baru ke persada pembangunan abad ke-21 dan kemajuan kepada pemilik tanah selain memastikan warga kampung itu tidak ketinggalan mengecapi nikmat arus pembangunan negara.
Ada beberapa isu asas perlu diselesaikan sebagai titik permulaan pembangunan Kampung Baru. Pertama, isu status tanahnya. Ramai berpendapat atau menyangka Kampung Baru ialah tanah rizab Melayu. Ia tidak tepat. Sebenarnya ia tanah bebas milik bersyarat iaitu tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh diduduki orang Melayu.
Jadi untuk membangunkan Kampung Baru, perkara pertama harus dilakukan ialah menyelesaikan isu status tanah ini. Bagaimana ia dapat dilakukan? Ada beberapa pilihan kepada pemilik. Antaranya, melalui proses pengambilalihan tanah oleh kerajaan pada kadar harga dipersetujui pemilik atau berdasarkan nilaian semasa harga tanah. Hanya kerajaan menerusi Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan Kabinet, berupaya menukar status tanah itu.
Persoalan yang timbul apakah jaminan kepada pemilik bahawa penjualan atau pengambilalihan tanah oleh kerajaan tidak akan menghilangkan terus hak mereka ke atas tanah itu? Bagaimana kerajaan menentukan kepentingan orang Melayu Kampung Baru terbela jika tanah itu terus diambil kerajaan? Selepas pemilik menjualkan tanah, mereka masih berhasrat menetap di Kampung Baru selepas kawasan ini dibangunkan.
Ada pemilik mungkin berhasrat membangunkan tanah mereka secara sendirian atau menerusi usaha sama pihak ketiga. Jawapannya adalah kepada kesungguhan politik kerajaan dalam menjamin masa depan orang Melayu Kampung Baru.
Sebagai kawasan yang ditadbir terus Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Wilayah, isu ini dapat diselesaikan terus pada peringkat pusat atau Kabinet. Perdana Menteri dan jemaah menteri boleh menetapkan syarat mengenai kaedah pengambilalihan tanah Kampung Baru selepas dipersetujui semua pihak terbabit, bagi melindungi kepentingan pemilik tanahnya, pada mesyuarat Kabinet.
Yang penting adalah menjaga kepentingan pemilik tanah dan menjamin tanah keramat ini kekal di tangan orang Melayu, walaupun selepas dibangunkan. Pilihan seterusnya jika perlu, kerajaan boleh membuat keputusan menukar status tanah Kampung Baru kepada pajakan selama 25, 30, 60 atau 99 tahun, mengikut keperluan pembangunan dan persetujuan pengeluar dana kepada pembangunan iaitu institusi kewangan.
Beberapa syarat boleh dikenakan untuk mengelak syak wasangka kepada pemilik. Antaranya, mensyaratkan tanah boleh dipajak hanya kepada pihak yang akan membangunkan Kampung Baru.
Dengan ini, isu pemilikan tanah tidak akan timbul kerana selepas tamat pajakan, tanah kembali kepada pemilik asal. Penyelesaian isu pemilikan tanah adalah permulaan kepada kejayaan usaha membangunkan Kampung Baru.
Isu seterusnya ialah Pelan Pembangunan Kampung Baru. DBKL sudah mencadangkan Pelan Pembangunan Kampung Baru dalam Pelan Tempatan Kuala Lumpur pada 2008. Ia dibincang dan dibahaskan semua pihak. Pelan itu merangkumi segala aspek pembangunan, termasuk lot komersial, perumahan dan tapak rizab bagi kemudahan awam.
Ia peta pembangunan yang memberi gambaran menyeluruh kepada rakyat terutama pemilik tanah Kampung Baru, mengenai cadangan ke atas tanah milik. Justeru, ia memberi gambaran nilai sebenar tanah pemilik mengikut pelan yang dicadangkan. Semua pihak harus memberi masa supaya pelan itu dapat dipersetujui dan diwartakan terlebih dulu. Jika tidak, usaha pembangunan Kampung Baru tidak dapat dilaksanakan sebab harga tanah tidak dapat ditentukan secara khusus dan tepat.
Pewartaan pelan ini juga satu tanda keprihatinan dan kesungguhan kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL dalam membangunkan Kampung Baru secara teratur dan menyeluruh. Cadangan menubuhkan PPKB adalah bernas dan perlu diperhalusi untuk memastikan pihak yang menguruskan pembangunan Kampung Baru mampu melaksanakannya dengan berkesan.
PPKB wajar diperbadankan menerusi satu Akta Parlimen bagi menentukan ketelusan serta tanggungjawab, peranan dan fungsinya. Antara pihak yang wajar menjadi pemegang saham PPKB adalah Kerajaan Pusat menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC berkepentingan Melayu)yang mempunyai dana dan kepakaran, contohnya PNB dan Tabung Haji.
Dana pinjaman pembangunan pula boleh didapati daripada kerajaan, KWSP dan institusi kewangan korporat. Pemegang saham yang dicadangkan ini akan menjaga kepentingan pemilik tanah Kampung Baru, di samping memberi pulangan kepada caruman dan pelaburan rakyat yang dibuat menerusi ASB, ASN, Tabung Haji dan jika perlu, saham tertentu contohnya “Kampung Baru Property Reit”.
PPKB diberi tanggungjawab membeli semua tanah daripada pemilik yang bersetuju menjual tanah dan menjadi pemegang amanah kepada tanah itu. Menerusi pembabitan PPKB yang diperbadankan, pembangunan Kampung Baru dapat dilaksanakan dengan melantik golongan profesional untuk merancang dan melaksanakan pembangunannya sambil memberi gambaran serta jaminan kepada pemilik bahawa kerajaan mengambilalih tanah itu untuk meningkatkan nilai hartanah, memberi pulangan kepada pemilik dalam jangka waktu panjang serta memberi pilihan lebih tepat untuk menjaga kepentingan semua pihak.
Ia akan menjamin tanah Kampung Baru tetap menjadi 100 peratus milik orang Melayu dan pembangunannya diurus tadbir kerajaan dan pemilik sendiri. Penyelesaian isu itu akan menjadi wadah kepada titik permulaan pembangunan Kampung Baru berwawasan, sejajar aspirasi semua pihak.
Untuk menjadi kenyataan, rakyat Kampung Baru harus bekerjasama dengan kerajaan dalam satu gagasan supaya hasrat pembangunan Kampung Baru tercapai sebagai satu legasi pusat tamadun Melayu dinamik dan berjaya. Sudah tentu misi pembangunan Kampung Baru menjadi pemangkin ke arah memperkasakan Melayu Bandar. Insya-Allah! — Berita Harian
* Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi logi nuklear?

Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah logi tenaga nuklear.

"Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkin menggunakan sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui.

Kos loji janakuasa nuklear AS$2.5b hingga AS$4b

Kos pembangunan loji janakuasa nuklear yang berkapasiti 1,000 MegaWatt ialah antara AS$2.5 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 = RM3.3), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hari ini.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kos lain seperti kos menjalankan kajian dan membangunkan prasarana insaniah yang meliputi pembangunan sumber manusia, serta memantapkan peraturan sedia ada bagi menyokong pembangunan loji.

"Bagaimanapun kos operasi termasuk kos bahan api nuklear adalah lebih rendah berbanding kos operasi bagi loji-loji janakuasa tenaga lain seperti minyak, gas asli dan arang batu," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada persidangan Dewan Rakyat.

Lim ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut pasca 2020.

Bagaimanapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mengguna pakai piawaian antarabangsa bagi menentukan lokasi loji janakuasa itu dengan mengambil kira ciri-ciri seperti kepadatan penduduk, alam sekitar dan keadaan geogologi.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menggunakan khidmat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam memastikan peraturan berkaitan keselamatan loji dipatuhi jika ia dibina di negara ini.

"Justeru lesen tapak loji berkenaan hanya akan dikeluarkan setelah semua kajian dilakukan termasuk penilaian kesan alam sekitar dan radiasi," katanya.

Chin juga berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan loji janakuasa nuklear memandangkan pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan kepada teknologi itu pada masa ini.

"Ia termasuk kebolehan menghentikan tugas rektor nuklear dalam masa yang cukup pantas iaitu dalam tempoh beberapa saat sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini," katanya.

- Bernama

Anggota Polis Dan RELA, Barua UmnoApco....!!

Merujuk dari entry ini, gua berminat dengan satu rumusan komen dari sahabat Madbi ini, so gua quote komen dia di sini untuk membuka mata puak2 umnoapco yahudi laknatullah dan juga anggota2 pertahanan awam (RELA) dan Polis yang kebanyakkanya adalah penyokong karat dan bebal umnoapco yang tak takut dosa dan macam orang yang takda agama.

Gua berani bercakap begitu kepada puak2 RELA dan Polis ini berdasarkan pengalaman gua bercampur dengan diorang, memang perangai masing2 macam haramjadah dan lari dari landasan ajaran agama baik jantan mahupun betinanya....

Kalau sifir yang mudah gini pon isa tak dapat selesaikan, lecehlaaaa..... sebenarnya rumusan yang boleh dibuat dari situasi ini adalah: gst perlukan pati sebagai back up undi pos, rakyat sendiri di takutkan supaya tak bangkit melawan!!!

Kalau nak dikirakan, apa sangat masaalahnya untuk menyelesaikan soal pati? tak perlu tahan lama2, dalam tempoh 24 jam terus hantar balik ke negara asal. Takyah kena tanggung makan berbulan2, yang terlibat dengan jenayah.... bang jer... habis cerita.

Kalau rakyat sendiri boleh ditembak sewenang2nya, apa masalahnya untuk menembak pati ni??? Berdosa? polis malaise tau dosa ke????
Anggota rela yang khabarnya dah mencecah sejuta orang tu sapa nak bayar elaun tugasan kalau asik nak kawal pati???? nanti kalau dah tak cukup makan masalah lain pulak yang akan timbul..... mula la rasuah, peras ugut tahanan, mintak duit, jam, telefon puki dll..... buat malu rela je... tapi hantu raya pon kalau tak cukup makan akan mengamuk gak!!!
Dan mungkin ada juga puak2 Rela dan Polis ini yang ok... tetapi kebanyakkannya memang macam sial punya perangai... kerana mereka telah diasuh dengan wang ringgit oleh umnoapco dan menjadi barua untuk setiap pilihanraya....

Ada sesiapa yang berani menafikan perangai dan penglibatan anggota pertahanan awam (RELA) dan Polis ini...???

p/s: Kepada Madbi, gua ucapkan terima kasih... sebaiknya perkara ini hendaklah disebarkan kepada semua masyarakat/rakyat supaya mereka sedar akan kebobrokkan perangai puak2 haramjadah umnoapco ini dan kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

PM Kencam Israel APCO...................!!!! APCO =UMNO=ISRAEL..he.he..he..

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, tables a motion to 
discuss the condemnation of Israel's attack on a humanitarian aid 
flotilla headed to Gaza at the Parliament House in Kuala Lumpur, 
Malaysia, Monday, June 7, 2010.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, tables a motion to discuss the condemnation of Israel’s attack on a humanitarian aid flotilla headed to Gaza at the Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, June 7, 2010.

PM bentang usul kecam Israel di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Malaysia menyarankan agar negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Gesaan itu terkandung dalam usul khas yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mencadangkan, antara lainnya, agar peristiwa keganasan Israel pada 31 Mei menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan “advisory opinion” (pendapat berbentuk nasihat).
Najib juga mencadangkan supaya Turki, yang kehilangan sembilan aktivis kemanusiaannya akibat dibunuh komando Israel, menimbang untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rom, ICC.
Usul khas itu mengecam sekeras-kerasnya pemimpin Israel Benjamin Netanyahu kerana membenarkan tentera rejim itu bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap rakyat pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang menyertai misi bantuan itu yang dikenali sebagai “Freedom Flotilla”.

Israel Laknatullah Menolak Panel Siasatan Antarabangsa Untuk Menyiasat Serangan

Israeli Ambassador to the US Michael Oren addresses the opening of 
the three-day General Assembly of the Jewish Federations of North 
America in Washington on November 8, 2009.

We are rejecting an international commission. We are discussing with the Obama administration a way in which our inquiry will take place – Michael Oren, Israel’s ambassador to Washington… Angkuhnya pengganas israel laknatullah ini.. patutlah Obama sunyi sepi je,rupa-rupanya mereka dah berpakat dalam diam-diam

Israel rejects international panel to study raid: envoy

WASHINGTON (Reuters) – Israel does not want an international panel to investigate its commando raid on a Gaza-bound aid ship but is talking with Washington about how an inquiry of the incident should proceed, Israel’s U.S. ambassador said Sunday.
“We are rejecting an international commission,” Michael Oren, Israel’s ambassador to the United States, said on “Fox News Sunday.”
“We are discussing with the Obama administration a way in which our inquiry will take place.”
Nine pro-Palestinian activists were killed last week when Israeli troops boarded the ship carrying aid to Gaza. U.N. Secretary-General Ban Ki-moon had discussed his proposal for multinational investigation of the raid Saturday with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu.
Ban had suggested establishing a panel that would be headed by former New Zealand prime minister Geoffrey Palmer and include representatives from Israel, the United States and Turkey, under whose flag the ship sailed, an official from Netanyahu’s office said earlier Sunday.
Netanyahu planned to convene senior Cabinet ministers on Sunday to decide whether Israel would take part, said the official, who spoke on condition of anonymity.
But Oren told Fox: “Israel is a democratic nation. Israel has the ability and the right to investigate itself, not to be investigated by any international board.”
Israeli leaders have spoken publicly about having foreign observers for an Israeli investigation into Monday’s interception of the Turkish-flagged Mavi Marmara, which was part of a six-vessel fleet.
Asked if an Israeli investigation would include foreign participation, Oren said, “This is an ongoing discussion in the Israeli government. But at the end of the day, Israel has the right, the duty, as a democracy to investigate any military activity.”
Ban also discussed with Turkish Prime Minister Tayyip Erodogan “options for moving forward with the investigation called for by the Security Council,” the United Nations said on its website, referring to the council’s call for an impartial inquiry.
Israel’s navy boarded another ship carrying aid to Gaza on Saturday. Its interception of the MV Rachel Corrie ended without violence following diplomatic efforts to avoid bloodshed.
U.S. Senate Foreign Relations Committee Chairman John Kerry said on ABC’s “This Week” it was in Israel’s “security and national defense interest to deal more effectively with the Gaza situation.”
Israel has every right to ensure weapons are not being smuggled into Gaza but there is still too much confusion about what goods humanitarian groups are allowed to bring in, he said.
“I think that what we need to do in the days ahead is put out a list of the things that cannot go in,” Kerry said.
Republican Senator John Cornyn accused the pro-Palestinian activists of “a premeditation provocation” that resulted in Israeli troops having to defend themselves.
“If the people organizing this flotilla had been committed to a peaceful activity as opposed to provocation, this would not have occurred and Israel would have been able to examine the contents of the flotilla and they would have been delivered to the people in Gaza who needed help,” Cornyn said on “This Week.” Reuters

Israel rejects international inquiry into lethal raid

WASHINGTON -  APRIL 15:  Israeli ambassador to the U.S.  Michael 
B. Oren speaks during Holocaust Day of Remembrance Ceremony inside the 
Rotunda of the U.S. Capitol on April 15, 2010, in Washington. The day of
 rememberance, known in Hebrew as Yom HaShoah, memorializes the 
estimated six million Jews who perished at the hands of the Nazis during
 World War II.
Israel adalah negara demokrasi. Israel memiliki kemampuan dan hak untuk menyiasat sendiri, bukannya untuk disiasat oleh Panel Antarabangsa – Duta Besar Israel ke U. S. Michael B. Oren merangkap wakil pengganas Dunia cawangan US

Gambar Komando Israel Laknat Cedera Diserang Aktivis Kapal Mavi Marmara



Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in international waters in the 
Mediterranean Sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in international waters in the Mediterranean Sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of 
Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of 
Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of 
Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of 
Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
Pro-Palestinian activists hold down an Israeli commando on the 
Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of 
Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the 
Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian 
activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency 
session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.
An injured Israeli commando (R) reacts as he struggles with 
pro-Palestinian activists on the Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in
 the international waters of the Mediterranean sea early May 31, 2010. 
Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday 
and nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic 
crisis and an emergency session of the U.N. Security Council. Picture 
taken May 31, 2010.
An injured Israeli commando (R) reacts as he struggles with pro-Palestinian activists on the Gaza-bound Turkish ship Mavi Marmara in the international waters of the Mediterranean sea early May 31, 2010. Israeli marines stormed the Turkish aid ship bound for Gaza on Monday and nine pro-Palestinian activists were killed, triggering a diplomatic crisis and an emergency session of the U.N. Security Council. Picture taken May 31, 2010.

Hurriyet siar gambar tentera Israel kena serang

ANKARA: Sebuah akhbar yang laris di Turki, Hurriyet, menyiarkan beberapa gambar komando Israel yang cedera akibat diserang aktivis kapal Mavi Marmara dalam operasi berdarah Isnin lalu.
Menurut akhbar itu, gambar berkenaan diambil daripada sebuah kad memori kosong diperoleh aktivis Yayasan Bantuan Kemanusiaan (IHH).
Hurriyet mendakwa tentera Israel merampas kamera aktivis terbabit dan memadam kandungannya.
Satu daripada gambar itu – disiarkan di muka depan Hurriyet – memaparkan seorang tentera menekap belakang kepalanya, manakala wajahnya dibasahi darah.
Gambar ketiga menunjukkan seorang lagi tentera terbaring di dek kapal sambil tangannya dipegang aktivis, manakala seluarnya berdarah.
Imej lain adalah dua aktivis bersenjata batang besi berlindung di belakang pintu.
Bagaimanapun, aktivis IHH berkata, mereka bertindak begitu untuk mempertahankan diri daripada diserang tentera.
Veteran Perang Teluk warga Amerika Syarikat, Kenneth Nichols O’Keefe, mengaku dia merampas senjata komando Israel di dalam kapal itu, tetapi tidak menggunakannya, malah mengosongkan peluru dan membuangnya. – AFP