Ahad, 6 Jun 2010

BBCBN: Jangan lantik bekas pegawai kerajaan anggotai lembaga GLC


KUALA LUMPUR, 6 Jun — Kerugian besar dialami dua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijangka menjadi fokus sidang Dewan Rakyat, yang bermula esok, dengan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBCBN) mendesak kerajaan tidak lagi melantik pesara sektor awam menganggotai lembaga pengarah bagi mengelakkan masalah sama berulang. Sehubungan itu, BBCBN mahu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan memberi penjelasan terperinci bagaimana Pos Malaysia Berhad dan Sime Darby boleh mengalami kerugian antara lebih RM200 juta hingga RM1.6 bilion.
“Saya sendiri akan membangkitkan isu ini... saya merasakan kerajaan tidak harus melantik pegawai-pegawai kanan telah bersara jika mereka tidak komited dan tidak mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan baik,” kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Moktar Radin kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Kalau mereka tidak berminat (menerajui syarikat-syarikat besar) jangan paksa mereka memegang jawatan pengarah khususnya di syarikat-syarikat besar dan ternama macam Sime Darby,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen akan berlangsung mulai esok sehingga 13 Julai.
Antara anggota lembaga pengarah Sime Darby dan Pos Malaysia kalangan bekas pegawai kanan kerajaan ialah bekas timbalan perdana menteri Tun Musa  Hitam, masing-masing bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Tan Sri Samsudin Osman, bekas ketua pengarah pelajaran Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin serta Pengerusi Pos Malaysia Tan Sri Dr. Aseh Che Mat dan Puan Sri Nazariah Mohd Khalid.
Bung Moktar percaya bahawa masalah kerugian yang dialami oleh kedua-dua GLC ini berpunca daripada sikap tidak komited ahli-ahli lembaga pengarah.
“Kadangkala kita paksa mereka terima jawatan-jawatan ini... jangan paksa kalau mereka tidak komited, akhirnya yang rugi negara dan rakyat,” kata beliau sambil menambah akan menggesa kerajaan mengkaji semula tatacara pelantikan anggota lembaga pengarah dalam GLC.
Kata Bung Moktar, BBCBN juga akan meminta kerajaan menjelaskan bagaimana kerugian kedua-dua GLC itu boleh wujud.
“Kami mahukan penjelasan terperinci, apa punca masalah ini... saya berpendapat bahawa masalah ini tidak harus wujud ketika kerajaan hendak membawa ekonomi ke kedudukan lebih baik,” katanya.
Pada Khamis ini kerajaan akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Model Ekonomi Baru untuk dibahaskan.
Negara dikejutkan dengan ‘skandal’ kewangan dialami oleh Sime Darby dan Pos Malaysia dalam tempoh dua bulan lalu.
Minggu lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata akan memanggil pengurusan Sime Darby dan Pos Malaysia bagi memberi penjelasan berhubung kerugian kedua-dua syarikat itu.
Kedua-dua GLC itu  dijangka dipanggil pada minggu kedua persidangan Parlimen.
Sime Darby dilaporkan mengalami kerugian lebih RM1.7 bilion akibat daripada lebihan kos dalam projek kendaliannya, dan berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.
Pada bulan lalu Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein memberitahu Dewan Negara bahawa Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Berhad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebelum ini telah menafikan sebarang pembabitannya dalam Pos Malaysia yang mengakibatkan syarikat itu mengalami kerugian.
Sebelum Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu terbesar dan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menggesa kesemua lembaga pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan segera.
Isu Pos Malaysia dan Sime Darby juga dijangka menarik perhatian Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas dan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Serangan Israel: PBB cadang siasatan antarabangsa


Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon telah mencadangkan penubuhan siasatan antarabangsa terhadap serangan tentera Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza yang mengorbankan sembilan aktivis pro-Palestin, kata seorang pegawai Israel.

Ban telah mencadangkan penubuhan sebuah panel yang diketuai bekas perdana menteri New Zealand Geoffrey Palmer dan termasuk wakil dari Turki, Israel dan Amerika Syarikat, kata pegawai tersebut. Kapal yang diserang itu adalah dari Turki.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu membincangkan cadangan itu dengan Ban pada hari Sabtu dan merancang membincangkan dengan menteri kanannya keesokannya sama ada Israel harus menerimanya, kata pegawai berkenaan yang tidak mahu namanya disebut, lapor Reuter.

Pemimpin Israel telah secara terbuka menyatakan cadangan menubuhkan siasatannya sendiri dengan kehadiran pemerhati asing ke atas serangan tenteranya ke atas Marmara Mavi Isnin lalu.

Ban juga telah membincangnya dengan Perdana Menteri Turki Tayyip Erodogan "pilihan untuk bergerak ke hadapan dengan siasatan dijalankan atas permintaan Majlis Keselamatan", kata PBB di lamanwebnya, yang merujuk kepada permintaan majlis tersebut yang mahukan siasatan yang adil.

Ambil tindakan tegas terhadap rejim Israel

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mendesak kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap jenayah yang dilakukan rejim zionis Israel.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi MPMN, Mohd Fadzil Jamal berkata, usul tergempar di Parlimen harus membawa tindakan mengheret rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menuntut keadilan 19 orang sukarelawan yang telah dibunuh, baru-baru ini.
MPMN juga, katanya mendesak Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertindak lebih agresif dan proaktif terhadap jenayah terbaru yang dilakukan Israel seterusnya meminta sekutu kuat rejim Yahudi itu, Amerika Syarikat tidak membenarkan ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
“Selain itu, kita berharap kerajaan Mesir terus membuka pintu sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir bagi memastikan usaha bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia dapat dibawa masuk dengan mudah,” ujarnya dalam satu kenyataan, di sini.
Beliau menambah, MPMN juga menyeru mahasiswa dan masyarakat seluruh dunia bersatu hati dan berdiri di atas paksi keamanan sejagat untuk terus memberikan tekanan terhadap rejim Israel dan menyatakan pendirian tegas membenci sebarang bentuk kezaliman dan penindasan.
Baginya, bumi Palestin terus menangis apabila flotila pembebasan Gaza yang membawa bantuan kemanusiaan terus disekat rejim Israel.
Terbaru, kapal MV Rachel Corrie yang disertai sekumpulan sukarelawan pro-Palestin seluruh dunia telah ditawan secara ‘aman’ oleh armada tentera laut Israel.
Mohd Fadzil berkata, sikap angkuh dan biadap rejim Israel itu terbukti kerana mereka sebelum ini telah menawan kapal Mavi Marmara yang mengakibatkan 19 orang sukarelawan terbunuh dan lebih 30 orang lagi cedera.
Katanya, rakyat Palestin diibaratkan hidup di penjara terbuka kawalan Israel yang menyaksikan setiap usaha membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sentiasa gagal di mana jalan darat terus disekat, tiada laluan udara dan perairan Gaza terus dipantau rejim zionis.
Tambahnya, serangan rejim Israel baru-baru ini telah membawa masyarakat seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama turun ke jalan raya mengecam dan memprotes sekeras-kerasnya tindakan biadap mereka itu.
“Situasi getir ini juga mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab mengadakan sidang tergempar. Namun tiada resolusi bertindak yang tegas sehingga sekarang,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, pemimpin utama dunia termasuk Malaysia turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel tersebut kerana telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

HIDUP! HIDUP!! HIDUP RAKYAT!! TOLAK! TOLAK!! KEZALIMAN






Fadzil Noor pemimpin berpandangan jauh

salahuddin-ayub-ketua KUALA LUMPUR: PAS merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990 adalah hasil pemikiran dan tindakan bijak presidennya ketika itu, Datuk Fadzil Noor.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pemikiran dan tindakan bijka yang dimaksudkan itu ialah kesediaannya berunding dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan bergabung dengan Semangat 46.
"Walaupun tindakan itu dikecam sendiri oleh penyokong PAS. ia menguntungkan PAS dari segi jangka masa panjang.

"Walaupun Datuk Fadzil mengalah sedikit, Pas tetap memerintah Kelantan sejak tahun 1990 lagi," katanya dalam ucaputama wacana pemikiran Fadzil Noor di ibu negara hari ini.
Ia dihadiri oleh kira-kira 100 orang penyokong parti Islam itu.
Salahuddin berkata, Fadzil setuju dengan pemintaan Tengku Razaleigh yang mahu menjadi menteri besar Kelantan tetapi PAS bertanding di lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan
"Kata Datuk Fadzil, biarlah Tengku Razaleigh nak jadi menteri besar. Tetapi beliau mahu PAS bertanding lebih banyak kerusi DUN dan biarkan Semangat 46 bertanding lebih banyak kerusi parlimen.
"Akhirnya PAS menjadi menteri besar Kelantan sejak tahun 1990 lagi," katanya.
Salahuddin juga berkata, tindakan bijak Fadzil dapat dilihat dalam isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Katanya, Fadzil terbang dari Alor Setar ke Kuala Lumpur untuk bertemu Anwar.
"Ramai penyokong PAS yang membantah dan menentang tindakannya itu," katanya.
Salahuddin berkata, Fadzil bertindak bijak dengan menubuhkan Gerak terlebih dahulu tanpa membawanya dalam mesyuarat PAS.
"Saya yakin jika dibawa ke mesyuarat PAS, ia tidak akan diluluskan dan Gerak tidak akan ditubuhkan," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Gerak merupakan petubuhan membabitkan parti poitik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membela pemecatan Anwar oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, tindakan bijak bijak dan berpandangan jauh Fadzir itu nyata menguntungkan PAS.
"PAS menang 27 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum 1999- yang terbanyak di kalngan parti politik pemabngkang.
"Hari ini pula, PAS memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah," katanya.

Pulau Pinang tetap larang judi sukan


Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berganjak daripada keputusannya melarang judi sukan di negeri itu walaupun terdapat rayuan daripada hartawan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa keputusan itu urusan kerajaan negeri.

Beliau menolak justifikasi Tan bahawa mengharamkan lesen tersebut akan meningkatkan lagi pertaruhan haram dan Lim menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi (Tan). Itu haknya."

"Pendirian kita adalah jelas. Ia (judi) adalah keterlaluan dan harus ada pengurangannya," katanya selepas pelancaran Festival Georgetown di Hotel Berjaya hari ini.

Bagaimanapun, tambah Lim, beliau "terbuka" kepada rayuan.

Semalam, Tan yang memiliki syarikat Ascot Sport yang mendapat lesen terebut, berjanji untuk menderma lebih setengah bilion ringgit untuk tujuan kebajikan.

Tan juga menegaskan bahawa langkah menghalalkan judi pertaruhan sukan, akan membantu menangani kegiatan pertaruhan haram.

Tan dilaporkan berkata, beliau akan "merayu dan terus merayu" kepada kerajaan negeri Pakatan berhubung larangan tersebut.

Sementara itu Lim pula berkata beliau belum sebarang rayuan, tetapi mengesahkan bahawa surat rasmi telah dikeluarkan untuk memaklumkan kepada Ascot mengenai larangan tersebut.

Beliau yakin Ascot akan mematuhi keputusan kerajaan negeri mengenai perkara itu.

Menjawab soalan, Lim berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk memantau aktiviti taruhan haram judi sukan.

"Jika ada pertaruhan haram berlaku, ia menjadi tugas (agensi) penguatkuasaan dan polis," tambahnya.

Beliau menambah, pertaruhan melalui telefon dan internet adalah di bawah dalam bidang tugas Telekoms, dan bukan kerajaan negeri.

"Anda harus bertanya kepada perdana menteri tentang hal ini, bukan saya," katanya.

Israel bebas sukarelawan Malaysia naiki Rachel Corrie

KUALA LUMPUR, 6 Jun — Enam aktivis keamanan Malaysia atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan ketika dalam pelayaran ke Gaza, telah dibebaskan hari ini oleh Israel di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan pada kira-kira 5.20 petang waktu Malaysia.
Sukarelawan Malaysia itu yang berada atas kapal itu bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terdiri daripada anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua wakil media Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari stesen televisyen swasta TV3.
MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
Turut berada atas kapal itu bersama aktivis keamanan Malaysia itu ialah bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dennis Halliday, pemenang anugerah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham daripada Free Gaza Movement dan penerbit filem dokumentari Fiona Thompson.
Misi bantuan itu ditaja oleh PGPO, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.
Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama wanita Amerika yang terbunuh akibat dirempuh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, semasa cuba membantah tindakan meroboh rumah. — Bernama

Pembangkang minta 'keajaiban ketiga' dari rakyat

Ekoran 'keajaiban' DAP merampaskan kerusi parlimen Sibu baru-baru ini, parti itu kini rakyat menggunakan kuasa undi mereka untuk 'keajaiban ketiga' dengan menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menjadi ahli politik pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.


Naib presidennya, M Kula Segaran berkata: "Dalam pilihanraya umum akan datang, rakyat mesti memberi keajaiban ketiga - untuk mengundi memilih Pakatan sebagai kerajaan pusat."

Beliau yang juga timbalan pengerusi DAP Perak dan ahli parlimen Ipoh Barat berkata, negara sehingga ini telah menyaksikan dua kejadian politik: Pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana Pakatan memenangi lima negeri dan BN hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan baru-baru ini, DAP merampas kerusi parlimen Sibu dari tangan BN.

Kula menegaskan demikian ketika berucap di forum politik Pakatan anjuran DAP di Dewan Chin Woo di Ipoh malam tadi.

Kira-kira 1,500 penyokong Pakatan membanjiri forum tersebut. Penceramah lain ialah pemimpim veteran DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pengerusi Pakatan Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan pengerusi PKR Mustaffa Kamil Ayub.

Kit Siang, Guan Eng dan Nizar mendapat tepukan gemuruh para penyokong yang bangun berdiri menyambut ketibaan mereka di dewan yang penuh sesak itu.

Kata 'cukup' kepada BN

.
Kula menegaskan bahawa kemenangan di Sibu merupakan satu pukulan hebat terhadap kedudukan parti pemerintah dan membuktikan bagaimana satu impian boleh menjadi kenyataan.

Dan menurutnya lagi, ia telah memberi harapan politik kepada pemimpin Pakatan untuk meneruskan impian untuk sampai ke Putrajaya dengan kuasa rakyat.

"Roket (lambang DAP) sedia untuk terbang ke Putrajaya, tetapi kita perlu bahan bakar dari sokongan pengundi untuk mencapai matlamat slogan Pakatan, 'dari Sibu ke Putrajaya'," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.

Kula juga menggesa mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian bagi membantu menjadikan impian Pakatan ke Putrajaya satu kenyataan.

GMJ: Derma tidak akan menghalalkan judi

Janji hartawan Tan Sri Vincent Tan untuk 'menderma' kepada yayasannya adalah 'gula-gula' untuk cuba memujuk rakyat Malaysia supaya menerima sebagai halal apa yang mereka tahu memang haram, kata setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat.

"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta, yang ditabur atas nama kebajikan.

"Tidak ada rakyat yang hidup bahagia kaya raya hasil daripada judi kecuali syarikat judi sahaja yang kaya raya seperti beliau. Duit yang dikaitkan dengan judi tidak boleh membawa manusia hidup bahagia," kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Tan - yang memiliki syarikat Ascot Sports yang mendapat lesen judi sukan - untuk menderma RM525 juta, hasil jualan Ascot kepada Berjaya Corps - konglomerat yang dikuasainya.

Tan dilaporkan berkata, sumbangan kepada Better Malaysia Foundation, yang menyediakan biasiswa dan bantuan perubatan, adalah untuk menolak dakwaan yang beliau meraih keuntungan daripada hasil jualan Ascot.

Suhaizan berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan derma tersebut.

"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini. "Negara terpaksa membayar kerosakkan ini dengan nilai yang jauh lebih besar daripada derma yang akan disalurkan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, GMJ akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen ini ditarik balik.

"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barangkali mereka memerlukan," tambahnya.

PATUT LAH GULA NAIK HARGA

CUKONG PENYEBAB GULA NAIK HARGA
GMJ: RM525 JUTA GULA GULA DARI VINCENT TAN UNTUK HALAL KAN JUDI

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyifatkan kenyataan jutawan cukong Vincent Tan semalam bahawa beliau akan menderamakan RM525 juta hasil jualan Ascots Sport untuk tujuan kebajikan sebagai “gula-gula mahu menghalalkan judi sukan.”

Di sebalik komitmen cukong itu, GMJ bertekad akan berkempen seluruh negara membantah pengeluaran lesen judi sukan sehingga ia ditarik balik oleh kerajaan pusat.

“ Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.

“Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran kelulusan lesen judi sukan ini,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Petang semalam, GMJ melancarkan kempen memprotes kerajaan pusat meluluskan lesen judi sukan.

KAH KAH KAH

woit… CUKONG INI SEANG GULA GULA KAN ORANG MELAYU…. kah kah kah..

woit… CUKONG SEDANG GULA GULAKAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah…. PATUT LAH GULA KURANG DALAM PASARAN….. kah kah kah

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu....

Rakyat Tolak Sikap Hipokrit Umno-BN Bersekongkol Dengan Pro Zionis Apco

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 6 Jun - Demonstrasi anti Zionis-Israel yang dianjurkan Pemuda Umno di Masjid Negara tidak mendapat sambutan sekaligus menunjukkan rakyat sedar bahawa Umno-Barisan sebenarnya hipokrit kerana bersekongkol serta mengupah firma pro-Zionis untuk menasihati kerajaan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kehadiran rakyat begitu ramai di Kampung Baru semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar IBrahim bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan Pakatan Rakyat bersama menentang kekejaman rejim zionis itu.
"Serangan bertalu-talu pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Pakatan Rakyat telah retak telah dinafikan dengan sokongan puluhan ribu rakyat yang hadir itu.
"Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Maslan Ahmad yang tidak mahu bersama dengan alasan kononnya sudah terlambat dalam persidangan meja bulat yang diadakan di Kampung Baru menunjukkan ketidakmatangan mereka berpolitik.
Menurut Shamsul, pemimpin di negara lain tidak kira pembangkang dan penyokong kerajaan bersatu dalam isu ini tetapi keadaan yang berbeza berlaku di negara ini.
"Kita bersatu dalam isu melibatkan kepentingan bersama, contoh kita lihat dalam isu kepala babi yang diletakkan di dalam masjid, kita tidak menolak ajakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdemonstrasi bersama-sama.
"Kita lihat dalam isu kekejaman tentera rejim Zionis ini, pemimpin Umno-BN tidak menyokong mendesak Amerika Syarikat kerana mempunyai kepentingan dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
"Najib sepatutnya memutuskan hubungan dagangan yang mempunyai kaitan Amerika Syarikat dan Israel serta menamatkan kontrak yang dmeterai dengan Apco dengan segera.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya bersama-sama negara lain mengutuk kekejaman rejim Zionis-Israel ini dan menunjukkan kematangan mereka berpolitik dalam isu yang melibatkan kepentingan bersama.Umno yang sering melaungkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara hanya mampu menarik kira-kira 200 orang hadir, kebanyakannya ahli Pemuda Umno dalam perhimpunan anti-Israel di Masjid Negara yang diadakan selepas solat Jumaat.
Berbeza dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan berarak dari masjid Jamek Kampung Baru sehingga Kedurtaan Amerika Syarikat, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda Umno-BN dan wakil NGO tapa sebarang wakil parti komponen BN yang lain.

Penderaan Mental 28 Jam, Tidak Serik Sertai Misi Kemanusian

Dua puluh lapan jam berada di dalam penjara Israel dan diasak dengan deraan mental oleh tentera Zionis tidak mematahkan semangat wartawan penyiaran Ashwad Ismail untuk terus berjuang membuka mata dunia mengenai kekejaman rejim itu.
Anak muda berusia 25 tahun dan bertugas di stesen berita Astro Awani itu berkata walaupun pengalaman yang ditempuhnya amat perit namun tanggungjawab sebagai penyalur maklumat khususnya mengenai kekejaman rejim tersebut tetap akan diteruskan.
"Misi kita belum selesai. Misi untuk tegakkan realiti masih belum dapat dilakukan. Hanya secebis sahaja konflik di Asia Barat yang dapat diketengahkan dalam misi ini," katanya.
Ashwad tiba di tanahair pukul 5.45 pagi tadi bersama 11 lagi rakyat Malaysia selepas dibebaskan oleh Israel pada Rabu lepas, dua hari setelah kapal 'Mavi Marmara' yang dinaiki mereka untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, diserang tentera rejim itu.
Ketibaan mereka dari Istanbul, Turki disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.

Walaupun kepenatan, pelukan sayang kaum keluarga yang sabar menunggu di kompleks itu jelas menceriakan mereka. Bacaan doa selamat, nyanyian nasyid dan laungan takbir daripada orang ramai yang menyambut ketibaan mereka menguatkan lagi semangat kumpulan itu.
Mengulas lanjut, Ashwad berkata walaupun secara fizikal mereka tidak diapa-apakan oleh tentera Israel, namun deraan mental adalah memeritkan.
"Israel memang pandai dengan deraan mental. Fizikal tidak diapa-apakan tetapi mental diasak daripada pelbagai sudut. Kita di Malaysia jarang melawat penjara, tak pernah pun masuk penjara, tapi ini di Israel. Berada di situ sudah cukup terseksa, inikan pula menghadapi tindakan-tindakan kejam mereka," katanya.
Walaupun misi itu dianggap gagal daripada satu aspek kerana tidak mencapai objektif untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza, Ashwad berkata terdapat kejayaan lain di sebaliknya.
"Kejayaannya adalah sedikit sebanyak menjadi pencetus gelombang baru ke arah mengetepikan atau memulaukan Israel dalam lanskap geopolitik dunia. Sikap penjarahan dan dasar anti Islam mereka terhadap bumi Palestin sepanjang enam dekad nyata memberi kesan besar," katanya.
Selain itu insiden tersebut juga mencetuskan tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa ke atas rejim menyebabkan mereka terpaksa akur.
"Bukan sahaja dari Turki, tetapi pemimpin-pemimpin Yahudi di negara-negara Eropah turut mengecam kekejaman Israel. Kita dapat lihat kapal Rachel Corrie kini tidak dikenakan tindakan ganas walaupun situasi mereka sama seperti kami.
"Terdapat cubaan merampas kapal dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod tetapi tiada pergelutan dan pertumpahan darah berlaku," katanya.
Bagi jurukamera Astro Awani yang turut serta dalam misi tersebut, Shamsul Kamal Abdul Latip, 43, pengalaman ketika berada dalam tahanan Israel adalah sangat memeritkan dan tidak pernah terjangkau di ingatannya akan melalui detik seperti itu.
"Kami terpaksa berjemur di tengah panas di atas kapal Israel selama 15 jam sebelum tiba ke Pelabuhan Ashdod. Pada masa itu nak minum pun susah...kawan-kawan cuba memberi minuman dalam keadaan tangan masing-masing terikat.
"Barang-barang pula seperti kamera dan peralatan lain turut dirampas. Kami ingat tak dapat balik tapi pejabat yang menguruskan barang rampasan kemudiannya memulangkannya semula kepada kami. Malangnya ada peralatan tersebut yang sudah rosak akibat dirampas dengan kasar oleh tentera Israel," katanya.
Ditanya sama ada dia akan mengikuti tugasan sedemikian pada masa akan datang, Shamsul berkata perkara itu akan hanya difikirkan selepas mendapat rehat yang cukup dan fikirannya kembali tenang. (Bernama)

Gambar-gambar Wira Malaysia

Pro-Palestinian activist Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (C) is 
greeted by family members on his arrival at the Kuala Lumpur 
International Airport in Sepang June 6, 2010. Haleem and other Malaysian
 volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian
 aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a
 rousing welcome.
Pro-Palestinian activist Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (C) is greeted by family members on his arrival at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang June 6, 2010. Haleem and other Malaysian volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a rousing welcome.
Pro-Palestinian activist Jamuliddin Elias is greeted by family 
members and friends on his arrival at the Kuala Lumpur International 
Airport in Sepang June 6, 2010. Jamuliddin and other Malaysian 
volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian 
aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a 
rousing welcome.
Pro-Palestinian activist Jamuliddin Elias is greeted by family members and friends on his arrival at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang June 6, 2010. Jamuliddin and other Malaysian volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a rousing welcome.
Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship 
attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, return
 from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, 
Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the 
aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with 
pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine 
passengers dead.
Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, return from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine passengers dead.
Mustafa Mansor, right, a Malaysian volunteer who was onboard a 
humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to 
blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur
 International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. 
Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a
 Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a 
botched raid that left at least nine passengers dead.
Mustafa Mansor, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine passengers dead.
Malaysian Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, center, greets 
Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship attacked 
by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, after returning
 from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, 
Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the 
aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with 
pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine 
passengers dead.
Malaysian Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, center, greets Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine passengers dead.
Noorazman Mohd Samsuddin, right, a Malaysian volunteer who was 
onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on 
its way to blockaded Gaza, kisses his daughter after returning from 
Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, 
Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid 
flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with 
pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine 
passengers dead.
Noorazman Mohd Samsuddin, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, kisses his daughter after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.
Mohd Arba Ai Shawal, right, a Malaysian volunteer who was onboard a
 humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to
 blockaded Gaza, is greeted by his family members after returning from 
Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, 
Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid 
flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with 
pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine 
passengers dead.
Mohd Arba Ai Shawal, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted by his family members after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.
Selamat Aliman, right, a Malaysian volunteer who was onboard a 
humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to 
blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur
 International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. 
Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a
 Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a 
botched raid that left at least nine passengers dead.
Selamat Aliman, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.

12 Sukarelawan Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG: 12 sukarelawan yang dibebaskan rejim Israel berikutan insiden serangan kapal Mavi Marmara yang menyertai Flotila Pembebasan bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza selamat tiba di tanah air pagi tadi.
Ketibaan mereka kira-kira pada pukul 5.40 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan sukarelawan itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian lain.
Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta dekat sini.
Kesemua 12 rakyat Malaysia itu berada di atas Mavi Marmara, kapal milik Turki yang diserang tentera Israel di perairan antarabangsa Isnin lepas, sehingga mengorbankan sembilan nyawa. Mstar

Vincent Tan cuba perjudi kemarahan rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Jun: Tindakan Tan Sri Vincent Tan yang mahu mendermakan RM525 juta hasil penjualan kepentingan dalam Ascot Sports Sdn Bhd kepada Better Malaysia Foundation dilihat cubaan memperjudikan perasaan dan kemarahan rakyat.
Setiausaha Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, Tan seolah-olah cuba membayar segala tentangan rakyat Malaysia terhadap judi sukan dengan bayaran RM525 juta.
"Apalah maknanya dengan angka RM525 juta dibandingkan dengan kerosakan terhadap keluarga, masyarakat dan negara ekoran daripada kelulusan lesen judi sukan ini.
"Beliau juga seolah-olah cuba mempositifkan minda rakyat terhadap judi sukan melalui bayaran ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, semua rakyat Malaysia mahu hidup dengan aman damai dalam negara ini sementara sukan judi yang lesennya diluluskan oleh kerajaan kononnya sebuah negara Islam bernama Malaysia boleh merosakkan minda rakyat.
Tambahnya, rakyat akan merasa malas bekerja, suka bergantung pada nasib, hutang akan bertambah, hidup akan melarat dan akhirnya terjerumus dalam lubuk jenayah.
Menurutnya lagi, judi sukan boleh membawa kepada peningkatan gejala sosial dan jenayah yang akhirnya rakyat yang tidak bersalah menerima mangsa.
“Apakah Tan Sri Vincent Tan sanggup melihat rakyat Malaysia melarat akibat judi sukan?” tanya beliau.
Tan juga diingatkan tidak mementingkan diri sendiri untuk hidup kaya raya di negara ini hasil kemusnahan hidup rakyat Malaysia.
"Tan Sri Vincent Tan jangan fikir rakyat Malaysia termakan dengan gula-gula RM525 juta yang ditabur atas nama kebajikan," tambahnya lagi.
GMJ, tegasnya akan berkempen seluruh negara membantah lesen judi sukan sehingga lesen itu ditarik balik.
"Saya menasihatkan kepada Tan Sri Vincent Tan agar menyerahkan duit derma tersebut kepada pihak yang meluluskan lesen judi tersebut. Barang kali mereka memerlukan," katanya.
Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd, syarikat milik Tan bulan lalu mendapat kritikan hebat khususnya dari Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Tan semalam merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.
Setakat ini, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.

PAS bangga keberanian sukarelawan kemanusiaan Gaza

PULAU PINANG, 6 Jun: PAS berbangga dengan keberanian dan semangat kental yang ditunjukkan sukarelawan bantuan negara ke Gaza walaupun dikepung dan dipenjarakan di Israel namun semangat mereka tetap kental dan percaya pengalaman tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa (gambar) semasa ditemui selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Dewan Sunshine Square Bayan Baru pagi tadi menegaskan, apa yang mereka korbankan demi menyelamatkan rakyat Gaza di Palestin amat dihargai walaupun gagal untuk meneruskan perjalanan kerana diserang dan dikepung oleh tentera rejim Israel di laut antarabangsa.
Katanya, kepulangan mereka dianggap satu pengorbanan yang cukup besar dan bakal menambah semangat rakyat Malaysia untuk terus membantu dan menghantar misi bantuan sekerap mungkin.
"PAS ucap tahniah dan berbangga dengan semua aktivis sukarelawan yang telah mewakili berbagai agensi, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup berhadapan dengan ancaman tentera Yahudi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Menurut beliau lagi, semua pengalaman tersebut akan dipersembahkan kepada rakyat yang cintakan keamanan di samping menerangkan saat-saat genting ketika berhadapan dengan tentera zionis.
Apa pun tambahnya, semasa pertemuan di meja bulat Majlis Pakatan Rakyat, Jumaat lepas beliau mencadangkan supaya misi bantuan ke Gaza dijadikan agenda tahunan bukan setakat melaksanakannya mengikut keperluan.
Ini kerana, ujarnya rakyat Malaysia khususnya amat prihatin apabila menyebut soal Palestin di mana mereka sanggup memberikan apa sahaja demi maruah umat Islam di sana.
"Memandangkan umat Islam di Malaysia prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Palestin, maka menjadi kewajiban kita teruskan usaha murni menghantar bantuan beserta dengan sukarelawan ke sana walaupun diancam keganasan Yahudi laknatullah," ujarnya.
Sementara itu, 12 sukarelawan negara ini yang ditawan oleh tentera rejim Israel pagi Isnin lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.45 pagi ini.
Mereka yang berlepas dari Istanbul, Turki adalah aktivis dan wakil media yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel itu.
Mereka terdiri daripada ketua misi daripada HaluanPalestin, Noorazman Mohd Samsuddin bersama empat rakannya, Dr Mohd Arbai’e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi dan Mohd Nizam Mohd Awang.
Selain mereka ialah Hasanuddin Mohd Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias (Yayasan Amal), Dr Selamat Aliman (JIM), Abdul Halim Mohd Redzuan (Muslim Care), Mustafa Mansur (Mapim) serta wartawan dan jurukamera Astro, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latif.

Sukarelawan: ‘Kami tak sangka dapat keluar Israel awal’

Sukarelawan menunjuk semangat mereka masih tinggi. - Gambar oleh Choo Choy May
SEPANG, 6 Jun — “Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.”
Demikian respons ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin sebaik tiba di tanah air awal pagi ini.
“Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa.
“Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.
“Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),” kata beliau lagi.
Berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel pada sidang akhbar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini, kesemua 12 sukarelawan itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.
Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air kira-kira pukul 5.40 pagi ini.
“Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan.
“Kami tidak sangka dapat keluar awal.
“Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira
itu,” kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.
Beliau turut memberitahu tiga rakan aktivis, Abdul Halim Mohd Redzuan,  Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias, telah ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.
Noorazman berkata penggunaan peluru getah itu sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.
“Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja.
“Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.
“Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang-orang yang mereka mahu bunuh.
“Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami  tidak ditembak.
“Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu,” katanya.
Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.
“Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.
“Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia.”
Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.
Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.
Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini.”
Dalam pada itu, 28 jam berada di dalam penjara Israel dan diasak dengan deraan mental oleh tentera Zionis tidak mematahkan semangat wartawan penyiaran Ashwad Ismail untuk terus berjuang membuka mata dunia mengenai kekejaman rejim itu.
Anak muda berusia 25 tahun dan bertugas di stesen berita Astro Awani itu berkata walaupun pengalaman yang ditempuhnya amat perit namun tanggungjawab sebagai penyalur maklumat khususnya mengenai kekejaman rejim tersebut tetap akan diteruskan.
“Misi kita belum selesai. Misi untuk tegakkan realiti masih belum dapat dilakukan. Hanya secebis sahaja konflik di Asia Barat yang dapat diketengahkan dalam misi ini,” katanya.
Walaupun kepenatan, pelukan sayang kaum keluarga yang sabar menunggu di kompleks itu jelas menceriakan mereka.
Bacaan doa selamat, nyanyian nasyid dan laungan takbir daripada orang ramai yang menyambut ketibaan mereka menguatkan lagi semangat kumpulan itu.
Mengulas lanjut, Ashwad berkata walaupun secara fizikal mereka tidak diapa-apakan oleh tentera Israel, namun deraan mental adalah memeritkan.
“Israel memang pandai dengan deraan mental. Fizikal tidak diapa-apakan tetapi mental diasak daripada pelbagai sudut.
“Kita di Malaysia jarang melawat penjara, tak pernah pun masuk penjara, tapi ini di Israel. Berada di situ sudah cukup terseksa, inikan pula menghadapi tindakan-tindakan kejam mereka,” katanya.
Walaupun misi itu dianggap gagal daripada satu aspek kerana tidak mencapai objektif untuk menghantar bekalan kepada penduduk Gaza, Ashwad berkata terdapat kejayaan lain di sebaliknya.
“Kejayaannya adalah sedikit sebanyak menjadi pencetus gelombang baru ke arah mengetepikan atau memulaukan Israel dalam lanskap geopolitik dunia.
“Sikap penjarahan dan dasar anti Islam mereka terhadap bumi Palestin sepanjang enam dekad nyata memberi kesan besar,” katanya.
Selain itu insiden tersebut juga mencetuskan tekanan hebat daripada masyarakat antarabangsa ke atas rejim menyebabkan mereka terpaksa akur.
“Bukan sahaja dari Turki, tetapi pemimpin-pemimpin Yahudi di negara-negara Eropah turut mengecam kekejaman Israel. Kita dapat lihat kapal Rachel Corrie kini tidak dikenakan tindakan ganas walaupun situasi mereka sama seperti kami.
“Terdapat cubaan merampas kapal dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod tetapi tiada pergelutan dan pertumpahan darah berlaku,” katanya.
Bagi jurukamera Astro Awani yang turut serta dalam misi tersebut, Shamsul Kamal Abdul Latip, 43, pengalaman ketika berada dalam tahanan Israel adalah sangat memeritkan dan tidak pernah terjangkau di ingatannya akan melalui detik seperti itu.
“Kami terpaksa berjemur di tengah panas di atas kapal Israel selama 15 jam sebelum tiba ke Pelabuhan Ashdod. Pada masa itu nak minum pun susah... kawan-kawan cuba memberi minuman dalam keadaan tangan masing-masing terikat.
“Barang-barang pula seperti kamera dan peralatan lain turut dirampas. Kami ingat tak dapat balik tapi pejabat yang menguruskan barang rampasan kemudiannya memulangkannya semula kepada kami.
“Malangnya ada peralatan tersebut yang sudah rosak akibat dirampas dengan kasar oleh tentera Israel,” katanya.
Ditanya sama ada dia akan mengikuti tugasan sedemikian pada masa akan datang, Shamsul berkata perkara itu akan hanya difikirkan selepas mendapat rehat yang cukup dan fikirannya kembali tenang. — Bernama

LANGKAH APCO SOGOK PELAJAR PULA? PAS KELANTAN BAHAYA


Pengagihan wang ihsan di Kelantan yang sebelum ini hanya untuk pelajar sekolah rendah akan turut diberi kepada pelajar tingkatan enam bawah dan enam atas yang layak.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pihaknya telah mengenal pasti antara 6,000 dan 8,000 pelajar tingkatan enam yang akan menerima wang tersebut.

Selain itu, antara 12,000 dan 14,000 murid sekolah rendah juga akan menerima wang ihsan tersebut yang akan diberi dalam tempoh terdekat membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM10 juta, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Ujian Kemahiran Menembak di Lapang Sasar Gunung, di Bachok pada Sabtu.

Masing-masing akan menerima RM200, katanya.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata kerajaan persekutuan juga bersetuju garis pendapatan ibu bapa yang melayakkan anak mereka menerima wang ihsan itu dinaikkan daripada RM530 kepada RM1,500 sebulan.

Peningkatan garis pendapatan bulanan ini akan membolehkan penjawat awam berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak turut menikmati bantuan tersebut, katanya.

Bagaimanapun, Awang Adek berkata pelajar sekolah rendah yang menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin tidak akan diberi wang ihsan itu.

Sementara itu mengenai baki peruntukan sebanyak RM15 juta yang diluluskan kerajaan pusat pada tahun ini hasil komisyen minyak yang digali di luar perairan Kelantan, beliau berkata ia akan diguna untuk membantu mangsa bencana alam di negeri itu.

- Bernama

Vincent Tan - Saya Tak Faham lah Pembangkang ni !!



Ketika pembangkang menentang kuat kelulusan judi sukan, hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan.

Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation.

Wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp, konglomerat yang dikawalnya.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa beliau menaja ahli atau parti politik sebagai balasan terhadap kerajaan yang meluluskan kelulusan lesen tersebut.


Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.
“Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?” katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.
Tan juga memberitahu, pulangan daripada pertaruhan haram dianggarkan di antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setahun.
Akibat pertaruhan haram itu katanya, kerajaan kehilangan 10 peratus hasil dalam bentuk cukai, yang dianggarkan bernilai antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.
Justeru Tan berkata, pulangan ini akan membantu kerajaan yang sedang memikirkan untuk mengurangkan subsidi, yang turut membebankan pihak berkuasa dengan hutang.
Malah katanya, ramai yang tidak menyedari bahawa pengendali pertaruhan haram bergandingan dengan Ah Long, yang turut membebankan orang ramai.

KETUA DARJAH KAMI

YANG INI BOLEH JADI PENGIKUT - KERANA TAK ADA PROJEK


PEMUDA TIDAK TERKILAN KHAIRY TIDAK TERPILIH – melayau

Pergerakan Pemuda UMNO tidak terkilan walaupun Ketuanya, Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam rombakan kecil Kabinet baru-baru ini.

Razali Ibrahim menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membesar-besarkan perkara itu sebagai tidak matang dan cuba memutar-belitkan isu.

Rombakan itu tidak melibatkan pemimpin UMNO tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain iaitu MCA, MIC, Parti Progresif Penduduk dan parti-parti dari Sarawak dan kita tahu pemimpin kita berkaliber, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tapi pembangkang buat tuduhan itu seolah-olah Khairy diketepikan...agak melucukan dan jelas tidak matang dalam berpolitik.

"Bagaimanapun kami tak rasa apa-apapun," katanya yang mengulas mengenai "kehangatan" isu tersebut dibincangkan menerusi beberapa laman web.

KAH KAH KAH…

woit… BETUL MEMANG TAK RASA APA-APA… kah kah kah..

woit… KALAU TANYA TIANG LETERIK … PUN TAK RASA APA APA… kah kah kah..

woit..KALAU TANYA SELIPAR JEPUN ...PUN TAK RASA APA APA... kah kah kah

kah kah kah… PERGI LAH TANYA DI SABAH… kah kah kah….

kah kah kah…. BERIBU RIBU ANAK NANGOI KECEWA…. kah kah kah..

kah kah kah….SAMPAI BUAT KENYATAAN…. kah kah kah…

woit… PERGI LAAA TANYA PAK MENTUA…. kah ka kah

woit… LEPAS TU TANYA BUDAK ITAM …. kah kah kah…

kah kah kah… TANYA KENAPA HANYA 200 RIBU… OPPS DUA RATUS ORANG YANG DATANG SOKONG DI MASJID NEGARA…. kah kah kah..

kah kah kah... PASAL TAK ADA PROJEK...PASAL ITU TAK ADA PENGIKUT... kah kah kah

kah kah kah… INI BUKAN KETUA PEMUDA… INI KETUA KELAS FORM THREE…. kah kah kah…

EELLLEEEH... YOU INGAT MAK TAK TAHU... YOU PANGGIL MAK KATAK

IBRAHIM ALI TAWAR RM2000 SERAH PITA RAKAMAN CERAMAH – beeita hairan

Ibrahim Ali menawarkan wang tunai RM2,000 kepada sesiapa yang menyerahkan pita rakaman mengenai tindakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk beliau ketika berceramah.

Beliau berkata, pita rakaman berkenaan akan dijadikan bukti pada perbicaraan nanti, sekali gus menunjukkan kedua-dua parti berkenaan mempunyai niat jahat hendak menjatuhkan maruah serta kredibilitinya.

"Tindakan parti berkenaan ketika berceramah berniat jahat mahu menjatuhkan maruah serta kredibiliti saya sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang mengaitkan saya dengan syarikat judi.

KAH KAH KAH..

woit…BETUL KE MAKLUMAT TAWARAN INI?.... kah kah kah..

woit… INI PELUANG AMAT BAIK….kah kah kah..

kah kah kah ... DAPAT DUIT BOLEH PERGI NAIK MAK AJI..kah kah kah..

kah kah kah…PITA INI MEMANG BANYAK… TIAP TIAP MALAM ADA MENGUTUK….kah kah kah..

woit… BUKAN BERKOTAK KOTAK LAGI…kah kah kah

kah kah kah…. BERKATAK KATAK …..SUDAH TERKUMPUL… kah kah kah

nota:
ada nampak pejuang islam
zul nordin?

apakah malaon ini telah
menyuludup ke hanoi untuk
menegakkan agamanya kah kah kah

atau masih lagi berbisul kah kah kah

'Tentera Israel memang berniat membunuh'

Ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin berkata penggunaan peluru getah adalah sebagai alasan semata-mata kerana terdapat bukti pihak Israel memang berniat membunuh pihak tertentu yang ada di atas Mavi Marmara.

Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel Isnin lepas.

Katanya, beliau dan tiga rakan aktivis - Abdul Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus dan Jamuliddin Elias - turut ditembak dengan peluru getah dan mengenai masing-masing di bahagian kepala, belakang dan paha.

"Saya ada bukti yang mereka mempunyai niat untuk membunuh. Menggunakan peluru getah hanya sebagai alasan sahaja," katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini.

"Mereka mempunyai senarai nama yang mereka mahu bunuh sebelum naik ke kapal.

"Kami telah menahan tiga anggota tentera dan apabila kami melakukan pemeriksaan, kami temui senarai nama berserta gambar orang yang mereka mahu bunuh.

"Sesetengah daripada mereka ialah tokoh Turki dan antarabangsa... tokoh-tokoh penting dunia. Kami tidak termasuk dalam senarai sebab itu kami tidak ditembak. Kami hanya orang biasa. Salah seorang media Turki yang ditembak memang ada di dalam senarai itu," katanya.

Beliau berkata ketika serangan pada waktu Subuh itu, wakil media telah menunjukkan keberanian dengan terus merakamkan kejadian itu tanpa menghiraukan keselamatan mereka walupun ketika itu dihujani peluru.

"Ketika kami diserang selepas waktu solat Subuh, rakan media telah menunjuk keberanian dan kekuatan mereka tanpa menghiraukan perkara membahayakan mereka dengan peluru ketika itu seperti hujan.

"Mereka cuba merakam sebanyak mungkin untuk tujuan memberikan kesedaran dan maklumat kepada seluruh dunia."

Malah katanya seorang wartawan Indonesia yang dikenali sebagai Suria telah ditembak peluru hidup di dada kanannya.

Namun dalam keadaan kritikal itu beliau masih cuba mendapatkan maklumat-maklumat yang ada walaupun selepas itu maklumat itu telah dirampas.

Noorazaman amat mengharapkan bantuan media untuk menekan Israel bagi menyerahkan bantuan kemanusiaan itu kepada penduduk Gaza melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Kita harapkan rakan media yang ada dapat terus membantu usaha kita untuk membebaskan penderitaan yang dialami rakyat Palestin ini."

Sementara itu, Noorazman berkata mereka juga tidak menyangka dapat keluar dari Israel seawal ini.

"Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

"Apatah lagi kami telah diputuskan hubungan (dengan dunia) luar dengan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa. Kami hanya melihat kedutaan-kedutaan negara lain masuk ke dalam penjara.

"Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel)," kata ketua misi Life Line For Gaza (LL4G) Noorazman Mohd Samsuddin.

Kesemua 12 sukarelawan Malaysia yang selama pulang itu memanjatkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

"Saya bagi pihak rakan-rakan juga mengucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Kami tidak sangka dapat keluar awal.

"Hero sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu," kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.

- Bernama

Dengar apa Mat Sabu cakap...!! Dulu..kini dan selamanya....



" Himpunan kita pada hari ini bukan sangat nak mengutuk Israel, kerana Israel itu memang jahat dan telah disebut dalam Al-Quran. Tapi yang kita nak kutuk ialah negara-negara Islam yang tak buat apa-apa. Mesir jadi alat Amerika, Jordan jadi alat Amerika. Negara2 Arab jadi alat Yahudi. Mereka biarkan saudara-saudara mereka disembelih setiap hari.

Yahudi memang jahat dulu, kini dan selamanya. Perangai Yahudi memang jahat sangat dulu, kini dan selamanya. Yahudi , orang yang bersekongkol dengan Yahudi jahat mereka sama dulu , kini dan selamanya.Orang yang berbaik dengan Yahudi perangai mereka serupa, orang yang berbaik dengan Apco jahat mereka sama dulu, kini selamanya. Hidup rakyat Palestine! , mampoih Zionis!, mampoih Apco, mampoih rakan-rakan Apco!"

BERSIH II : Bebaskan Pilihanraya Dari Cengkaman Kerajaan UMNO BN


Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah mendesak kerajaan pemerintah mengkaji semula proses pilihan raya supaya ia bersifat bebas daripada cengkaman kerajaan atau berdepan protes dari rakyat.

Katanya, kegagalan sistem pilihan raya yang adil dan telus bakal mendorong Badan Bukan Kerajaan seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) terus-terusan mengenakan tekanan.

Pada pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu, pelbagai kecelaruan berlaku sepanjang proses asas demokrasi itu berlangsung, dipercayai sebagai usaha memenang Umno Barisan Nasional.

“Saya sokong cadangan itu kerana Bersih sudah mulakan tetapi Bersih kali ini dengan wadah yang lain sedikit.

"Dulu Bersih pertama diterajui oleh golongan ahli politik, sekarang cadangan bahawa imej bebas bagi meyakinkan sekitar rakyat yang lebih besar adalah lebih wajar pimpinan Bersih kedua ini adalah pimpinan dari NGO,” katanya.

Beliau percaya tekanan ini perlu bagi memastikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyeleweng setiap kali pilihan raya.

“Jadi sekarang ini saya rasa mesti ada tuntutan utama usaha Bersih pada masa akan datang.

“Pilihan raya umum di Malaysia masih bukan pilihanraya bebas yang adil yang boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa. Ini jelas daripada PRU tidak menunjukkan political will untuk mengubah pendirian,” katanya.

Sivarasa turut meminta kerajaan pemerintah menimbangkan semula sistem pengundian pos yang tidak lagi tidak relevan.

“Satu lagi kelemahan besar dalam sistem pengundian ini ialah sistem undi pos yang harus dihapuskan," katanya.

Sebenarnya sistem undi pos ini jika di negara lain, hanya digunakan untuk pengundi di luar negara tetapi di negara kita sudah menjadi satu perkara kepastian di mana negara kita, pasangan tentera perlu mengundi, mengapa kita bezakan mereka?,” katanya.

TV Selangor difahamkan Dewan Pemuda PAS akan membahas usul supaya Gerakan Bersih II bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada muktamar parti ini, minggu depan.

Razali Ismail Seorang Oportunis?

TERANG benar Pemuda Umno tidak sehaluan dan sekata. Mungkin kerana ada keretakan dalaman ini menyebabkan pergerakan itu tidak begitu menonjol dan seperti kapal penyelamat yang kehilangan haluan untuk dituju.

Ketidaktentuan ataupun tiada kekompakan dalam Pemuda ini tidak dapat disembunyikan lagi. Walaupun ada usaha membendung masalah itu, ia lama kelamaan mulai berbau. Paling ketara hubungan antara ketuanya dengan naib ketuanya, antara Khairy Jamaluddin dengan Razali Ibrahim. Mereka berdua ini seolah tidak senada dalam percakapan dan tidak cuba membela antara satu sama lain bagi mengukuhkan hierarki kepemudaan. Senyuman semasa berdepan hanyalah sandiwara yang sudah diketahui penamatnya.

Razali tidak menampakkan akan ke'walakan beliau kepada Khairy sebagai ketua. Mungkin Razali menerima dakwaan kemenangan Khairy kerana rasuah. Orang yang kelihatan bersih seperti Razali mungkin sukar untuk berkompromi dengan perasuah?

Sejak awal lagi Razali dilihat bukan satu team dengan Khairy. Razali dilihat lebih akrab dan sesuai berganding dengan Mukhriz Mahathir. Rezza Merican Naina Merican yang berdepan dengan Razali pula lebih sesuai berganding dengan Khairy. Warna kulit mereka juga cocok benar!
Malangnya, takdir Allah, Rezza Merican kalah. Jadi hendak tidak hendak Khairy kena menerima Razali sebagai regunya dan begitu juga sepatutnya. Tetapi Razali tidak begitu. Dia masih merasakan Mukhriz sebagai ketuanya. Jadi penghormatan kepada Khairy tidak begitu kuat. Kekalahan mutlak Muhriz mengecewakannya. Keadaan ini menyebabkan kedua mereka hanya berada dalam satu rumah tetapi membawa hal dan angan-angan berbeza.

Bagaimana Razali meremehkan Khairy jelas bila mana, Razali semasa bercakap di Kota Bharu Kelantan menyatakan pemuda Umno tidak terkilan kalaupun Khairy tidak dilantik menjadi menteri. Katanya, isu Khairy tidak dilantik sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Apakah maksud dan tafsiranya bila beliau membuat ralat yang tidak perlu itu.

Kenyataan Razali itu menafikan apa yang dilahirkan beberapa ketua pemuda mengenai tindakan Najib Razak tidak mengambil Khairy sebagai jemaah menteri. Apabila Razali berkata begitu berertinya Razali tidak suka kalau Khairy masuk ke dalam Kabinet. Sebagai naib ketua yang sepatutnya taat kepada ketua, Razali tidak menjawab begitu tetapi membela Khairy walaupun Khairy tidak mengharap begitu darinya.

Razali cuba menjustifikasikan alasan itu – pemuda tidak terkilan, dengan menuduh pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu. Katanya, perkara itu tidak timbul kerana rombakan itu tidak melibatkan Umno. Rasanya orang lain juga tahu bahawa tidak ada orang Umno terlibat dalam rombakan itu. Tetapi apa yang orang lain rasa perlu, alang-alang buat rombakan (pembetulan) masuklah sekali Khairy dalam jemaah menteri. Pemuda merasakan Khairy perlu berada dalam kabinet untuk menguat dan menambahkan semangat perjuangan pemuda Umno.

Razali sepatutnya tidak bercakap begitu. Dalam hal ini Razali semacam double standard dalam hal ini. Kepada Khairy beliau tidak mahu diberikan jawatan menteri, tetapi beliau sendiri mengambilnya. Jika Razali ikhlas dan jujur, dia tidak menerima perlantikan sebagai timbalan menteri. Demi ketuanya beliau patut menolaknya dan memberi kepada Khairy.

Tetapi apabila beliau menerima, maka jelas Razali seorang yang tidak tahu menghormati ketua. Ataupun memang dia tidak menghormati Khairy sebagai ketua cuma Khairy saja tersengeh-sengeh merasakan dia seorang ketua Pemuda Umno yang bijak, hebat dan berketrampilan tetapi bakat itu tidak pun tersentuh ke hati Najib dan Rosmah.

Mengenai pendirian Razali Ibrahim itu rasanya perlu kalau pemuda Umno menilai semula siapa dia Razali. Apakah dia seorang pemuda yang genius dengan sikap jujur, ikhlas dan kebertanggungjabwabannya atau seorang oportunis?
MSO

Enggan Boikot Produk, Beri Puluhan Juta Kepada Anasir Zionis


Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ghani Shamsuddin mengecam keengganan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebarang senarai barangan Israel yang wajar diboikot bagi menunjukkan  sokongan padu kepada rakyat Palestin.

Ghani ketika dihubungi TV Selangor berkata, kerajaan Malaysia harus menyatakan pendirian tegas mereka berhubung keganasan yang berlaku di bumi Gaza.

"Memang sesuatu keganjilan apabila dari satu sudut kita menentang dan tidak menyukai keganasan Israel tetapi dalam sudut lain, kita panggil dan biayai khidmat mereka untuk memulihkan imej. Ini adalah tindakan yang sangat bertentangan," katanya.

Kata Ghani, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia bukan hanya memboikot produk keluaran Israel sebaliknya memperketat kawalan ke atas kemasukan jenama baru dari negara Zionis itu. 

Beliau kesal kerana kerajaan Umno BN tidak konsisten dalam menyatakan pendirian apabila ia melibatkan kepentingan negara Israel.

Untuk rekod, Malaysia antara negara yang menghalang rakyatnya memasuki wilayah Israel tetapi merelakan produknya berleluasa di pasaran tempatan.

Malah kerajaan Malaysia melantik Apco Worldwide, sebuah firma perunding yang diresapi anasir zionis  memberi nasihat dari sudut pentadbiran.

"Kita melarang rakyat Malaysia menziarahi Israel tetapi dalam masa sama, kita pula mengundang mereka. Bukan sahaja datang tetapi memberi mereka berpuluh juta untuk khidmat mereka," katanya.

Tambah beliau, Malaysia yang mengisytihar pendirian sebagai negara Islam, sepatutnya sudah  memboikot produk negara Isreal yang diketahui jelas menyalurkan kewangan kepada rejim Zionis.

"Sudah sampai masanya kerajaan Malaysia harus bersikap amanah terhadap pendirian mereka, agama dan identiti sebagai seorang Muslim - memusuhi keganasan, kezaliman, ketidakadilan dan penjajahan semua bentuk," katanya.

PRK Sibu Suntik Semangat Rakyat Sabah Buat Perubahan

Oleh Halik Zaman
KOTA KINABALU 6 Jun - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini  menganggap kejayaan tidak diduga Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu harus di jadikan satu anjakan semangat kepada rakyat Sabah untuk melakukan perubahan pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum nanti.
"Sabah sejak dari dahulu berani melakukan perubahan dengan menukar kerajaan beberapa kali dan kita berharap pada PRU-13 nanti, rakyat Sabah juga tidak lagi teragak-agak untuk melakarkan kembali sejarah penukaran kerajaan.
"Anda jangan dengar suara daripada parti-parti serpihan yang ada dinegeri Sabah ini yang selalu mengatakan mereka adalah parti tempatan, jika parti serpihan itu menang pun satu dua kerusi mereka tidak boleh merubah apa-apa walau pun mereka menang di Sabah ini.
"Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa selain ikut langkah PBS menyertai Barisan Nasional dan rakyat seperti lagu 'tipah tertipu lagi'," gurau Ahmad Thamrin pada majlis makan malam anjuran KEADILAN Cabang Putatan Jumaat lalu.
Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar, Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Naib Presiden KEADILAN Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
"Rakyat Sabah sudah puas di peralatkan dan mahukan suatu perubahan di mana kebajikan rakyat diberikan keutamaan dan bukannya kepentingan dan kepuasan diri pemimpin itu sendiri seperti yang berlaku kepada pemimpin Umno-BN.
"Kita tolak kerajaan Umno-BN dalam PRU-13 nanti dan kita bersatu memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat. Kalau rakyat mahu berubah, kita ubah dari bawah sampai kepuncaknya. Rakyat Sabah tidak mahu merubah alang-alang, rakyat Sabah mahu merubah hingga ke Putrajaya," tegas Ahmad Thamrin penuh semangat.
Sementara itu Dr Jeffrey menyatakan lawatan dua pemimpin KEADILAN muda dari Semenanjung itu mampu merapatkan tali persaudaraan antara KEADILAN Sabah dan Pusat.
Dr Jeffrey menyatakan hanya KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu menyelesaikan tuntutan 20 perkara yang selama ini menjadi impian rakyat Sabah.
Beliau juga menyatakan bahawa selama ini Umno-BN sering memperalatkan rakyat Sabah kerana bagi mereka rakyat Sabah senang ‘di beli’.
"Rakyat Sabah tidak cerewet, hanya dengan huluran RM100, RM200 di akhir musim kempen pilihan raya maka sudah pasti undi rakyat Sabah akan terarah kepada Barisan Nasional.
"Begitu murahnya harga undi rakyat Sabah di mata pandangan Umno-BN dan kerana itulah mereka menggelarkan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai 'fixed deposit' bagai kerajaan Umno-BN. Maka kerana itulah rakyat Sabah harus bangkit dan sedar bahawa janganlah selamanya mahu diri di peralatkan oleh Umno-BN.
"Rakyat mesti belajar daripada kesilapan yang sudah dan jangan ulangi kesilapan itu lagi. Marilah kita bersatu dalam Pakatan Rakyat, setiap rakyat jika tidak mahu fikiran mereka dijajah oleh Umno-BN kita bersatu menolaknya.
"Rakyat harus sedar Umno-BN gunakan taktik British "divide and rule", jika rakyat berpecah belah maka senanglah Umno-BN menjajah fikiran rakyat dengan mengikut fahaman mereka dan Sabah dan Sarawak tentunya benar menjadi 'fixed deposit' mereka," tegas Dr Jeffrey.

Kumpulan Berjaya Didakwa Bayar RM250 Juta Setahun Untuk Lesen Judi

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 6 Jun - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan bahawa Kumpulan Berjaya membayar sebanyak RM250 juta setahun bagi mendapatkan lesen judi.
Beliau berkata demikian di pelancaran Program Kempen Membantah Judi Sukan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dilancarkan oleh Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) semalam.
"Barisan Nasional kini dalam keadaan terdesak dan kewangan negara tidak seperti mana yang digambarkan.
Oleh kerana mereka ini hendakkan duit, jadi terpaksalah memberi lesen judi, kerana wang akan diperolehi dari lesen tersebut," kata Khalid.
Beliau kecewa dengan keputusan mendadak dan mengejut kerajaan kerana tidak pernah membahaskan perkara tersebut di parlimen.
Tindakan tersebut katanya seolah-olah menggadaikan kepentingan rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang serius.
"Najib berasa terhutang budi dengan Berjaya kerana mereka memberikan sokongan kepada BN semenjak sebelas pilihan raya kecil yang lepas. Jadi sebagai ganjaran dan 'membalas jasa' Berjaya, kerajaan BN meluluskan permohonan lesen judi kepada mereka," kata Khalid lagi.
Beliau mendedahkan bahawa bukan Pakatan Rakyat sahaja yang menentang kelulusan lesen tersebut, malah parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan turut menentang kelulusan lesen judi tersebut.
Beliau menyelar pemimpin Umno yang menyokong kelulusan lesen judi tersebut dan menganggap ia sebagai menegakkan benang yang basah.
Tindakan tersebut amat memalukan masyarakat Melayu dan orang Islam.
"Ramai orang menganggap bahawa judi adalah budaya masyarakat Cina, tetapi parti DAP turut menentang.
Yang mahu ia diluluskan hanyalah Umno-BN. Masyarakat yang telah terjebak dengan hutang, janganlah kita cari penyakit," katanya.
Beliau memjelaskan bahawa masalah hutang kepada Along adalah disebabkan kesempitan wang yang turut berpunca sikap dan amalan berjudi.
"Kita akan terus menyokong pihak-pihak yang berusaha untuk menghalang kelulusan lesen judi ini. Kita akan terus berkempen supaya orang ramai sedar bahawa amalan berjudi ini tidak mendatangkan manfaat," jelas beliau.

Vincent Tan Berani Hina Penyokong Pakatan Rakyat..

Kelantangan dan keceluparan Taukeh Judi belaan Pimpinan Umno Vincent Tan,semakin berani mempertikaikan bantahan dan pengharaman yang dibuat oleh negeri-negeri pakatan rakyat terhadap Judi Bolasepak Piala Dunia dimana beliau telah diberikan lesen oleh pimpinan Umno untuk mengendalikan judi bolasepak semasa piala dunia berlangsung.

Beliau yang begitu kesal dengan tindakan negeri PR yang akan menyebabkan negara kerugian sebanyak 2-3 biliion daripada cukai hasil judi ini.Malah beliau bertambah lantang dan kurang adab apabila menyatakan“Kini ada 5,000 laman web online, bagaimana ia boleh dihalang?” kata Tan sambil berkata, beliau tidak faham mengapa pembangkang membantah keputusan menghalalkan pertaruhan judi sukan.
“Apakah mereka tidak boleh membuat pertaruhan?” katanya dengan menyindir tindakan PAS dan DAP mengesploitasikan isu ini bagi kepentingan politik mereka.
Menagapa beliau begitu lantang mempertikaikan masyarakat islam yang sememangnya menentang perjudian seperti yang termaktub dalam al-quran,seolah-olah beliau kini berkuasa penuh di dalam negara ini,gara-gara terhutang budinya pimpinan Umno terhadap beliau.

Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan sudah pasti suatu hari nanti beliaulah yang akan merancang dan menentukan segara perjalanan sistem dinegara ini,hanya dengan suapan wang dan memandikan pemimpin Umno dengan kemewahan dan kekayaan hasil daripada keuntungan syarikat perjudian beliau.
  • Juragan :Jangan jadi macam Colombia sudah laa...
  • Taukeh Dadah yang control pihak pemerintah.

Kisah Saudagar Dari Venice berulang di Sibu

SAUDAGAR Dari Venice mengisahkan nasib seorang ahli perniagaan selepas dia gagal menjelaskan hutangnya kepada seorang peminjam wang Yahudi.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani oleh peniaga dan peminjam wang itu, jika hutang tidak tidak dapat dilunaskan pada waktunya, si peminjam hendaklah membayar dengan dagingnya sendiri.

Oleh kerana terlalu memerlukan wang, saudagar itu bersetuju tanpa berfikir panjang.

Dia yakin dapat menjelaskan hutangnya itu. Malangnya apabila tempoh pinjaman tamat, saudagar itu gagal menjelaskannya. Hutangnya menjadi banyak selepas ditambah wang bunga.

Saudagar itu menjerit takut apabila teringatkan perjanjian yang dibuatnya. Dia terpaksa membenarkan daging di tubuhnya dipotong untuk diserahkan kepada peminjam wang Yahudi itu.

Saudagar itu hampir berputus asa tetapi tiba-tiba dia teringatkan seorang hakim yang terkenal bijak di kota Venice. Mungkin hakim itu dapat membantu, fikirnya.

Dia kemudian membawa peminjam Yahudi yang kelihatan tidak sabar untuk melapah dagingya, berjumpa hakim.

Di depan hakim, kedua-duanya pun menceritakan kisah masing-masing. Hakim kemudian membenarkan Yahudi itu memotong daging saudagar yang ternyata terkejut besar dengan keputusan itu.

Sebaik saja si Yahudi mengacukan pisaunya ke tubuh saudagar itu, hakim itu menjerit: “Kamu boleh ambil dagingnya tetapi kamu tidak boleh ambil setitik pun darahnya. Mengikut perjanjian, kamu hanya berhak ke atas dagingnya tetapi tidak disebut langsung pasal darah!”

Si Yahudi terpinga mendengar jeritan hakim. “Mana mungkin aku lapah dagingnya tanpa menumpahkan darah?” fikirnya.

Akhirnya, peminjam wang Yahudi itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu tempoh hari, PM Najib Razak membuat perjanjian dengan pengundi dalam bentuk kata-kata yang berbunyi: “I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me.”

Jika peminjam wang Yahudi membuat perjanjian dengan saudagar kekurangan dana, Najib membuat perjanjian dengan pengundi. Jika Yahudi gagal dapatkan daging si saudagar, nasib Najib juga sama, dia gagal mendapatkan kemenangan di Sibu.

Jika peminjam Yahudi gagal mendapatkankan daging manusia diidamkannya kerana faktor darah, Najib gagal untuk mendapatkan kemenangan untuk Robert Lau Jr, daripada Sarawak United People’s Party (SUPP) kerana terpesongnya perjanjian beliau yang berbunyi “I help you, you help me” (Saya tolong awak, awak tolong saya).

Ya, Najib mahu tolong penduduk Sibu, tetapi wang dan dana peruntukan yang mahukan diberikannya itu bukan daripada poket beliau atau Barisan Nasional atau SUPP tetapi adalah daripada kerajaan Persekutuan. Buktinya semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebelum ini, pada cek RM3 juta yang diberikan kepada Sekolah Cina Rasa jelas tertera perkataan KERAJAAN PERSEKUTUAN. Jadi “I” (saya) yang digunakan Najib, tidak ‘valid’ (sah), kerana wang yang ditaburkannya adalah wang KERAJAAN bukan daripada poketnya sendiri atau wang Barisan Nasional.

Apabila wang kerajaan yang sebenarnya hak RAKYAT digunakan sesuka hati oleh seseorang individu, maka tidak wujud perjanjian antara Najib dengan pengundi Sibu. Sewajarnya wang rakyat yang diperolehi daripada semua rakyat tidak kira parti sokongan mereka, juga dikembalikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi masing-masing.

Namun apa yang mahu dilakukan Najib, wang rakyat itu mahu diberikan kepada orang yang dipercayai mahu menyokongnya saja. Apakah ini bermakna orang yang dirasainya tidak menyokong beliau, tidak akan merasai langsung wang atau faedah pembangunan daripada wang itu? Kalau demikian tidak payahlah orang tidak menyokong Barisan Nasional membayar cukai kerana faedah daripadanya tidak diperolehi mereka. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana semua rakyat kena membayar cukai jika sudah cukup syarat-syaratnya.

Satu perkara lagi yang menyebabkan Najib dan konco-konconya gagal ‘memakan’ daging penduduk Sibu adalah kerana ‘perjanjian’ itu membabitkan Najib dan mereka, langsung tidak disentuh akan calon daripada SUPP itu.

Najib berkata “I help you, you help me.” Ya sesetengah pengundi Sibu yang baik hati, yang termakan budi mahu menolong Najib, tetapi bagaimana pula ya, sebab muka Najib tidak ada pula pada kertas undi. Yang ada hanyalah wajah Wong Ho Leng daripada DAP, muka Robert Lau Jr (SUPP) dan gambar Narawi Haron (Bebas).

Mungkin sesetengahnya berkata: “Kami mahu pangkah ‘you’ Najib, tapi ‘sorrylah’ muka awak tak ada!” Maka kempunanlah Najib, hajatnya tidak kesampaian di Sibu. Harap-harap beliau dan konco-konconya akan kempunan lagi pada pilihan raya umum ke-13 nanti!

Judi sukan: GMJ mahu Berjaya hormati protes rakyat


KUALA LUMPUR, 6 Jun — Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) memberi amaran kepada Kumpulan Berjaya jangan sesekali mendesak kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar membenarkan premis judi sukan di negeri masing-masing dan tidak membantah langkah menghalalkan aktiviti itu.
Setiausaha GMJ Suhaizan Kayat berkata, kerajaan Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk menolak premis judi bola sepak di negeri masing-masing.
Oleh itu kata beliau, pihaknya hairan mengapa syarikat tersebut masih masih meneruskan hasrat mengadakan premis aktiviti judi sukan di negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat, malah di negeri-negeri lain pimpinan Barisan Nasional.
“Kerajaan Pakatan iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang sudah menolak lesen judi bola sepak di negeri mereka jadi mengapa Kumpulan Berjaya masih hendak mereka menarik balik larangan tersebut.
“Tindakan yang diambil kerajaan Pakatan untuk menolak lesen judi sukan ini selari dengan kehendak rakyat.
“Kalau mereka sudah tolak mengapa mesti mahu paksa mereka terima?” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan yang merayu kepada kerajaan-kerajaan negeri diterajui PR supaya “bersikap adil” dan menarik balik larangan dikenakan ke atas premis judi sukan di negeri masing-masing.
Setakat ini Selangor, Kedah dan Pulau Pinang telah pun mengisytiharkan tidak akan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan di negeri-negeri berkenaan.
“Saya akan merayu kepada mereka agar adil (dalam hal ini),” kata Tan.
Suhaizan berkata Kumpulan Berjaya sepatutnya menerima keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat dan menghormatinya.
“Saya nak cakap kepada Kumpulan Berjaya supaya jangan hanya mementingkan diri sendiri.
“Kerajaan Pakatan sudah tolak kerana memikirkan tentang rakyatnya jadi semua pihak perlu menghormati keputusan ini,” katanya.
Tambahnya, GMJ akan terus mendesak kerajaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi sukan.
“Kita akan terus mendesak kerajaan dan tidak akan sesekali kita mengubah pendirian ini.
“Kita mahu kerajaan menarik balik kelulusan tersebut kerana memikirkan tentang masa depan rakyat dan negara.
“Ini kerana judi hanya akan memberikan lebih banyak keburukan daripada kebaikan malah ia juga tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat,” katanya.
Semalam, GMJ mendesak Kabinet menarik balik lesen judi sukan, sebaliknya menguatkuasakan undang-undang judi kerana gejala sosial itu akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat.
Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bergabung tenaga untuk membantah tindakan kerajaan itu.
NGO yang terlibat termasuk Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras), Dewan Pemuda Masjid, Angkatan Belia Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia, Satu Nama, Jemaah Islah Malaysia dan Jamaiy.
Turut sertai ialah Pengerak Belia Tempatan MPK, Budayawan Bertindak, Seniman Paksi Rakyat, Persatuan Anak-anak Peneroka Felda, Nisa Malaysia, Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia, Persatuan Dharma Sakyamuni, Relawan, Pusat Aduan Rakyat Kempas, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Dewan Pemuda Pusat dan juga Pertubuhan Anak Melayu Selangor Darul Ehsan Wilayah Persekutuan.
Selain itu Pemuda DAP dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menyertai gerakan tersebut.
GMJ dibentuk bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia.