Rabu, 2 Jun 2010

BERTINDAK SEKARANG

Jangan kerana Apco, kerajaan 'kaku & kelu'

Situasi flotila kebebasan sehingga hari ini dilaporkan sebanyak 480 orang pro-Palestin telah ditahan . Misi mereka yang hanya mahu menghantar bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza telah mendapat tentangan yang hebat daripada rejim Israel.

Seluruh rakyat Malaysia dan dunia luar memberanikan diri keluar ke jalan menunjukan rasa marah dan ketidakpuasan hati terhadap kekejaman Zionis Israel ke atas kumpulan pro-Palestin yang bergegas ke Gaza.

Situasi genting ini menyebabkan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar semalam. Namun begitu tiada satu resolusi bertindak yang tegas terhadap kekejaman yang dilakukan.

Pada masa yang sama kebayakan pemimpin utama dunia memberi respon mengutuk tindakan Israel tersebut termasuk Malaysia sendiri.

Namun begitu , pro-Mahasiswa nasional begitu kecewa dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga masih lagi membisu dan hanya berani mengeluarkan dalam kenyataan "politik".

Pro-M juga kesal dengan sikapnya yang bertindak menyuruh Wisma Putra supaya mengemaskini maklumat terhadap apa yang berlaku kepada sukarelawan negara di perairan Gaza sahaja , namun tindakan bagaimana pula yang mahu di ambil?

Sebaliknya Pro-M berbangga dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad yang tegas mengkritik dan menggesa agar tindakan tegas diambil segera terhadap kekejaman rejim Israel. Seharusnya Najib wajar mencontohi sikap seperti mantan perdana menteri yang lama.

Pro-Mahasiswa menggesa Najib segera mengadakan mensyuarat tergempar kabinetnya khusus membincang tentang perkara ini. Mahasiswa tidak mahu kelesuan kepimpinan negara dalam menyatakan pendirian dan tindakan tegas mereka dalam isu sejagat ini di sebabkan dakwaan kepada mereka yang selama ini mempunyai kaitan sulit dengan negara Israel dalam kerjasama membaik pulih imej negara Malaysia menerusi syarikat perunding khas Apco Worldwide. Jika benar , Pro-M turut mengutuk dan menggesa kerajaan batalkan terus pakatan berkenaan.

Pro-M menyeru mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia agar bangkit nyatakan sikap mereka yang bencikan kepada kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk sekalipun.

Mugilan, Kumar kemuka rayuan batal pemecatan

Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), G Kumar, yang dipecat minggu lalu sudah membuat rayuan di atas pemecatan masing-masing.

Mugilan berkata, surat rayuan itu sudah di hantar kepada Setiausaha Agung parti, Datuk T Rajagopalu, oleh peguamnya.

"Peguam saya sudah menghantar surat rayuan itu tengah hari tadi seperti yang dikehendaki dalam surat pemecatan saya. Dalam surat itu, saya diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Mugilan, yang menganjurkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) pada Ahad lalu untuk mendesak Samy Vellu supaya berundur, berkata beliau akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

"Sekiranya rayuan diterima, saya akan bertugas kepada MIC dan Barisan Nasional. Jika ditolak, saya terima dan tidak akan pergi kepada parti pembangkang," katanya.

Beliau dipecat bulan lalu kerana meminta Samy melepaskan jawatannya selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Mugilan juga mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan GAS yang dinamakan sebagai "GAS Satu" akan diadakan di Dewan Hamzah, Klang pada 13 Jun ini dan akan diketuai oleh seorang lagi anggota CWC yang dipecat, KP Samy.

- Bernama

Selcat: Kumpulan Semesta bayar bonus ‘lumayan’


SHAH ALAM, 2 Jun — Syarikat perniagaan pasir kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd mengejutkan sesi pendengaran Selcat hari ini dengan mengakui ia membayar bonus dua bulan bagi tahun perkhidmatan 2008 walaupun beroperasi empat bulan terakhir tahun berkenaan.

Antara Adun dan ahli panel yang hadiri sesi pendengaran awam Selcat di Shah Alam hari ini. Inkuiri tiga hari itu bermula hari ini. — Gambar Bernama
Perkara itu dimaklumkan pada sesi pendengaran Selcat hari ini, yang diadakan hari ini untuk menyiasat dakwaan amalan rasuah yang dibawah oleh Ahli Parlimen Kapar. Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta, Datuk Abdul Shukor Nahor memberitahu Selcat bahawa “bonus pendahuluan” adalah munasabah jika mengambil beban dialami mereka.
Selain itu kata beliau, lembaga pengarah Kumpulan Semesta juga menerima bonus tambahan empat bulan bagi tempoh Januari hingga Jun 2009.
“Ia selari dengan keuntungan yang kami peroleh,” kata Abdul Shukor dalam keterangannya hari ini.
Abdul Shukor merupakan saksi ketiga ditemui oleh Selcat yang kini menyiasat dakwaan amalan rasuah yang didakwa dilakukan oleh pegawai atasan syarikatnya.
Sesi pendengaran Selcat tiga hari bermula hari ini.
Abdul Shukor memberitahu, industri perlombongan pasir adalah satu operasi yang susah dan kakitangannya bekerja keras di sebalik ugutan diterima mereka.
Sementara pengarah-pengarahnya menerima bonus enam bulan, kata beliau, secara purata kakitangannya menerima bonus purata 3.5 bulan sepanjang 10 bulan pertama ia beroperasi.
Pengerusi Selcat Teng Chang Khim mengemukakan persoalan sama ada benar atau subsidiari itu membayar bonus enam bulan antara 2008 dan 2009.
Bagaimanapun tidak pasti sama ada bonus juga dibayar antara Julai 2009 dan separuh pertama tahun ini.
Teng menekankan bayaran imbuhan itu lebih tinggi berbanding bonus diterima kakitangan Telekom dan MAS, dua syarikat berkaitan kerajaan peringkat pusat.
Abdul Shukor awalnya mencuba untuk menjustifikasikan bahawa bonus yang dibayar kepada kakitangan adalah wajar demi “memotivasikan” mereka.
Beliau juga memaklumkan 40 laporan polis dibuat berhubung ugutan perlombongan pasir secara haram.
Bagaimanapun beliau mengakui apabila disoal oleh Teng bahawa bukan semua laporan polis dibuat ketika operasi empat bulan pertama operasinya.
“Bagaimana sukarnya operasi itu? Syarikat bermonopoli ke atas perlombongan pasir di negeri ini,” kata Teng.
Bagaimanapun Abdul Shukor mempertikaian pandangan itu dengan berkata, mereka tidak monopoli perniagaan pasir memandangkan pihaknya tiada kawalan ke atas pasaran pasir.
“Bagaimana kami boleh monopoli apabila pasaran kami pada 2008 hanya 17 peratus,” katanya.
Bagaimanapun Teng berkata perlombongan dan pemasaran adalah dua perkara yang berbeza.
Beliau juga menekankan bahawa isunya ialah sama ada bonus dibayar berpadanan ataupun sebaliknya.
Terdahulu, Abdul Shukor memberitahu bahawa beliau dilantik pada Julai 2008 untuk mengemaskan industri perlombongan pasir di Selangor.

AUKU Mendungukan Mahasiswa

KUALA LUMPUR 2 Jun - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM  serta barisan peguam atas kejayaan memperoleh satu Injunksi Interim secara ex parte bagi menghalang prosiding tatatertib universiti terus dijalankan pada hari ini.
Dalam kenyataan media tersebut, SMM merasakan ini petanda awal yang sangat positif dalam usaha SMM untuk menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan.
"Hari ini merupakan sejarah baru dalam gerakan mahasiswa sejak negara kita mencapai kemerdekaan dan kejayaan menangguhkan prosiding adalah kemenangan pertama buat seluruh mahasiswa di negara ini.
"Walau bagaimanapun, kita menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kembali mendengar semula kes ini secara inter-partes pada 17 Jun 2010.
"Kita yakin bahawa empat orang pejuang mahasiswa ini telah bersedia untuk kes itu nanti. Harapannya, agar semangat dan keazaman mereka tetap kukuh dan berterusan dalam perjuangan," kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, SMM turut mengingatkan perbicaraan kes AUKU, Soh Sok Hwa, Jumaat ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 3.30 petang.
SMM konsisten seperti mana kes pada hari ini, SMM dan seluruh pergerakan mahasiswa menolak sama sekali  akta tersebut.
Biarpun perjuangan ini sudah lama bermula, namun kami merasakan bahawa kes sepanjang minggu ini memberikan nafas baru kepada pergerakan mahasiswa dalam usaha SMM untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan.
SMM  menyeru sekali lagi kepada seluruh pergerakan mahasiswa, anak muda, ahli akademik, serta seluruh masyarakat supaya bersama-sama menolak akta usang itu.
Kami menuntut kerajaan memansuhkan akta tersebut yang mengekang hak dan kebebasan mahasiswa dan lebih penting lagi turut mengekang hak dan kebebasan mahasiswa berakademik.
Tambah mereka, bukan sekadar soal hak dan kebebasan mahasiswa namun  atas kesedaran untuk memperbaiki tahap kebebasan akademik yang semakin merudum di kalangan universiti di dalam negara.

Crooked bridge not on agenda


(The Straits Times) - THE controversial crooked bridge project to replace the Causeway was not discussed when the prime ministers of Singapore and Malaysia met last week, says Malaysia's Foreign Minister.
'No, the crooked bridge issue was never discussed,' Datuk Anifah Aman was quoted as saying by the Malaysian Insider news website yesterday.
The proposal to build an S-shaped half bridge, widely dubbed the 'crooked bridge', was mooted by former prime minister Mahathir Mohamad and later scrapped by his successor Abdullah Badawi.
Tun Dr Mahathir reiterated his support for the project last Saturday, as he had done on several occasions before.
At a meeting in Singapore last week, Prime Minister Lee Hsien Loong and his Malaysian counterpart Najib Razak agreed on a deal to move the KTM railway station in Tanjong Pagar to Woodlands by July next year.
When asked what other issues were raised at the meeting, Mr Anifah said: 'All that was discussed was the water plant in Johor.'

Bukan Kerna Subsidi Negara Bisa Bangkrap

Oleh : Nash Ar-Rawy


Bukan kerna subsidi, negara bangkrap kerana selama 50 thn, tak bangkrap pun . Tetapi, elemen rasuah dan salahgunakuasa seperti jual telaga minyak dan wilayah kepada Brunei bernilai RM320 BILLION, saham bumiputra lesap RM52 Billion, Rosmahnajib judi Forex rugi RM32 Billion tapi broker untung sapu keliling ,wilayah KTM jual kepada Singapura aset negara yang bernilai berbilion ringgit. Bakun rugi RM 1 Billion , Moonsoon Cup curi duit Royalti bazir RM6 juta, Masjid Kristal( duit curi ehsan wang rakyat )  tiada kariah, tiada makmum bazir RM5 juta jadi pusat pelancungan!!!! Duit PPRT RM berbillion lesap! Penyelewengan berbillion ringgit wang negara dalam PKRZ dan banyak skandal lagi .Bukan kerna subsidi ; negara boleh bangkrap pada 2019 seperti kata Dato’ Idris , menteri di Jabatan Perdana Menteri . Umnolah yang  hasbiskan duit rakyat, joli katak demi kroni sanggup tak kisah jika negara bangkrap !!!! Tergamak dan buta perut Umno. Bahkan, Umno tak kisah menaikkan harga minyak , pemaksaan GST dan membebankan rakyat menanggung bebanan hutang negara yang berbillion dollar akibat daripada kerakusan projek kroni, rasuah dan salahguna kuasa.
Malaysia mungkin jadi Greece seperti kata Idris jika UBN terus pegang tampuk pemerintahan negara. SPRM, PDRM, SPR, Mahkamah dan JPN cuma menjadi  “ DEWAN/SAYAP UMNO” sahaja kepada UBN. Mana ada siasatan ke atas lesapnya saham bumiputra sebanyak RM52 Billion? Siapa yang ditangkap ? Wang negara RM32 Billion hangus dek perjudian Forex rosmahnajaib seperti yang pernah didedahkan Kuli, adakah disiasat SPRM ?.
Bermula daripada kes BMF dan Perwaja Steel; penyelewangan demi penyelewanan, rasuah demi rasuah, dan penyalahgunaan kuasa adalah kesinambungan kefasadan dan kemungkaran ekonomi yang dilakukan UBN tiada henti-hentinya. Kemudian temberang dengan retorik satu Malaysia .
Kepincangan sistem autokrasi-ISA negara dipagari oleh PDRM, mahkamah, SPRM , SPR dan JPN yang diletak dibawah kuasa Ketua Eksekutif( PM ) yang merupakan talian hayat dan boneka UBN.
Ini bercanggah dengan sistem Islam yang tiada membenarkan sebarang bentuk autokrasi dalam sistem pemerintahan. Justeru itu , untuk membendung sindrom salahguna-kuasa, korapsi dan penyelewengan wang negara . Pakatan dalam manifesto bertekad meletakkan IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Akauntan Negara, Pengarah Penjara, Juruaudit Negara, SPRM , SPR dan JPN di bawah kuasa DYMN Yang Dipertuan Agong; sekaligus bertanggungjawab penuh kepada Parlimen dan bukan menjadi ‘subordinate’ atau bawah pengaruh dan kuasa PM.
Jika rakyat tiada mahu Malaysia jadi seperti Greece atau Mexico perubahan tampuk pemerintahan perlu dipersiap-siagakan segera dan sekarang menjelang PRU 13; kemungkinan dibuat awal bersama dengan Sarawak, April tahun depan.
UBN tiada upaya lagi berdepan dengan kekuatan asli Pakatan Rakyat yang tiada rasuah politik;  secara tertumpu dan fokus kepada Sarawak sahaja kerna iktibar daripada kekalahan UBN di Sibu, amat menakutkan sekali mereka. Ini adalah kerna Sarawak dan Sabah adalah penentuan siapa yang akan di hantar ke Putrajaya.
Rakyat Sarawak , Sabah dan keseluruhan warga satu Malaysia tiada dapat menerima kenyataan dan tiada bisa memaafkan UBN kerna nasi sudah menjadi bubur. Bukan sahaja warga keturunan Tionghua sahaja yang sudah menolak UBN sekalipun sekolah Cina dirasuah jutaan ringgit dan projek ‘mee segera’ yang lain . Namun, masyarakat Bumiputra Iban, Melanau dan Melayu sudah bangkit dan berani menolak UBN; membuat reformasi demi masa depan anak cucu mereka daripada menjadi mangsa kerakusan politik dan ekonomi kroni UBN.
Rakyat tiada akan memaafkan kefasadan UBN menjual wilayah negara ; dua telaga minyak yang bernilah RM320 Billion kepada Brunei. Umno tergamak gadai negeri dan jual maruah bangsa dan negara demi kepentingan kroni mereka. Ini adalah kerana dua telaga minyak tersebut lebuh kepada Brunei dan yang untung atas pengkhianatan tersebut adalah kroni UBN atas usahasama syarikat minyak kedua-dua negara . Wilayah tersebut bukan lagi hak dan milik negara , terapi hak mutlak syarikat kroni Umno!
Begitu jugalah Tanjung Pagar, Krinji, Bukit Timah dan Woodlands; tiada lagi menjadi milik negara kerna dijual kepada Singapura demi kepentingan kroni Umno ke atas syarikat kroni , usahasama Malaysia- Singapura. Ianya hak mutlak syarikat kroni bukan lagi milik Malaysia . Apa warga Johor dan Sarawak dapat? Negeri tergadai dek PETUALANG NEGARA!  Umno yang tergamak jual negeri demi kroni. Bakun rugi demi knoni. Sime Darby lingkup tanggung biawak hidup jutawan kroni Mahathir. Duit PPRT dan Saham Bumiputra lebuh!; disapu muntahkedarah habis kroni Umno !
Jangan dibiarkan Si Pengangak Umno/BN menjadi hakim, kerna segala khazanah negara bisa di angkut mereka sehingga licin dan negara bisa menjadi muflis dan hancur! Rakyatlah hakimnya menangkap pencuri-pencuri dan petualang negara dengan menghukum mereka dalam PRU 13 nanti, insyaAllah. Kesalahan UBN terlalu besar dan tidak tertanggung lagi rakyat! UBN memang tiada bisa berubah kerana daripada BMF, Perwaja Steel ; sehinggalah kepada telaga Minyak Sarawak dan tanah KTM di Singapura. Pengkhiantan demi pengkhianatan dilakukan Umno dahulu sekarang dan selamanya !!! Inilah wajah Umno yang mempamirkan diri yang sebenar! Sudah tiada bisa diselindungi lagi .
Harapkan pagar, pagar makan padi . Cukuplah untuk sekian lama rakyat ditipu dengan proganda RTM yang menutup segala pekong UBN selama ini. Umno/BN boleh tipu rakyat pada satu masa , tetapi mustahil bisa menipu massa sepanjang masa. Buktinya rakyat menolak UBN di Kedah, Pulau, Pinang, Selangor dan Kelantan. Yang terkini kawasan Parlimen kubu kuat UBN di Sibu kecundang. Bersedialah Si penyanyak, pencuri , petualang dan pengkhianat Umno/Bn untuk menerima gelombang kesedaran dan kebangkitan massa yang sudah muak dengan penipuan retorik satu Malaysia dan permainan politik rasis Umno !.Sesebuah negara itu bisa bangkrup dan jatuh bukan kerna subsidi membantu rakyat , tetapi kerna amalan rasuah, skandal , penyelewengan , seks , pembaziran, salahgunakuasa dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Pemimpin yang mengkhianati negara !

Majlis Peguam gesa UKM gugur tuduhan terhadap 4 pelajar

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Majlis Peguam menggesa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) supaya menggugurkan tuduhan terhadap empat pelajar jurusan sains politiknya yang didakwa mengambil bahagian dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.
“Majlis Peguam mahu sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dibentuk untuk mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti selari dengan perkembangan semasa dan memansuhkan peruntukan-peruntukan yang dilihat menghalang kebebasan demokratik pelajar.
“Sementara kajian semula itu dikendalikan, Majlis Peguam mahu UKM menggugurkan tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas empat pelajar ini,” kata Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Empat pelajar berkenaan Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai mencabar tindakan menghadapkan mereka di Mahkamah UKM di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Hakim Aziah turut menetapkan 17 Jun ini bagi perbicaraan inter-parte antara plaintif dan UKM.
Ragunath berkata, penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak berperlembagaan kerana ia bertentangan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Ia bukan sahaja tidak demokratik, malah larangan ke atas pelajar-pelajar terbabit menggunakan perwakilan perundangan juga tidak boleh diterima, lebih-lebih dalam keadaan kemungkinan mereka boleh berhadapan dengan pelanti dan sebarang akibat daripadanya.
Bagaimanapun kata beliau, pensyarah-pensyarah pula dibenarkan diwakili oleh peguam di bawah undang-undang tersebut.
Beliau menambah, Majlis Peguam melihat Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti tidak konsisten dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, di mana ia menghalang hak pelajar untuk menyuarakan pandangan, berhimpun dengan aman dan untuk menubuhkan persatuan dan tidak efektif.
“Untuk melarang pelajar-pelajar Malaysia dari mengambil bahagian aktif dalam politik ketika pengajian tinggi adalah tidak adil dan tidak logik.
“Kewujudan banyak peruntukan akta ini yang tidak adil telah menafikan pelajar-pelajar universiti peluang untuk mereka menyertai proses demokrasi dengan sepenuhnya,” katanya.
Dalam pada itu, UKM tidak meneruskan perbicaraan terhadap empat pelajar terbabit sebagaimana dijadualkan hari ini selepas menerima surat perintah mahkamah yang mengeluarkan injunksi semalam.
Ia diserahkan kepada pengurusan UKM pagi tadi.
Surat perintah tersebut diserahkan oleh keempat-empat pelajar tersebut selepas berjaya mendapatkan kelulusan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang proses perbicaraan disiplin oleh Mahkamah UKM.
Perintah itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak pemohonan tersebut kelmarin.
Keputusan itu sekali gus menghalang Mahkamah UKM menjalankan perbicaraan terhadap empat pelajar berkenaan yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurucakap UKM enggan memberikan sebarang ulasan mengenai tindakan keempat-empat pelajarnya yang membawa perkara itu ke mahkamah.
“Minta maaf banyak-banyak buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya.
Menurut peguam pelajar berkenaan Ashok Kandiah, Mahkamah UKM tidak boleh diadakan kerana kerana pihaknya telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang perbicaraan tersebut.
“Hari ini saya telah mengarahkan Hilman untuk hadir di Mahkamah UKM dan menyerahkan perintah injunksi kepada pihak Mahkamah UKM.
“Jadi dengan surat perintah tersebut pihak Mahkamah UKM tidak boleh mengadakan sebarang perbicaraan terhadap keempat-empat pelajar ini sehingga 17 Jun ini bagi perbicaraan inter-parte,” katanya.
Mereka berempat ditahan oleh pihak polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah pada 22 April lalu.
Turut ditahan bersama mereka ialah tiga orang aktivis PKR yang turut menaiki kenderaan yang sama iaitu sebuah kereta dan sebuah van.
“Pagi ini saya telah menyerahkan surat perintah mahkamah kepada pihak Mahkamah UKM bagi menghalang perbicaraan diadakan.
“Jadi dengan surat perintah tersebut Mahkamah UKM tidak boleh mengadakan sebarang perbicaraan ke atas kami berempat,” kata Hilman.
Kesemua pelajar tersebut merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM di mana Hilman merupakan pengerusinya.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon Barisan Nasional.
“Kami mencabar Seksyen 15 (5)(A) kerana mendapati ia bertentangan dengan Artikel 10 Perlembangaan Persekutuan.
“Melalui injunksi ini kami mahu tahu sama ada seksyen tersebut bertentangan ataupun tidak dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Hilman lagi.

Yakjuj Abad ke 21 - Siri 1


Jika mahu dicatat satu persatu berkaitan tiga raja yang dikaitkan dengan Zulkarnain dalam Al-Qur'an itu akan jadi amat panjanglah artikel ini.

Memadailah untuk gua catat di sini pendapat Muhammad Khair Ramadhan Yusuf yang telah mengkaji dengan terperinci mengenai raja-raja berkaitan. Beliau berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengaitkan salah satu dari tiga raja ini sebagai Zulkarnain yang disebut di dalam Al-Qur'an.

Adalah lebih baik bagi kita menganggap bahawa Zulkarnain yang di sebut di dalam Al-Qur'an itu sebagai seorang raja agung yang beriman, yang berperibadi mulia. Gua sendiri pun bersetuju dengan beliau, kerana pendapat-pendapat ulama berkaitan perkara tersebut adalah sekadar pendapat dan belum lagi mencapai tahap pembuktian yang benar-benar kukuh.

Mungkin pada satu hari nanti ulama Islam akan menemui bukti siapakah Zulkarnain yang dimaksudkan di dalam Al-Qur'an. InsyaAllah.

Adakah ini Yakjut abad ke 21.

Ini pula Makjuj abad ke 21

Desakan tamatkan perkhidmatan BN - APCO (yakjuj dan makjuj moden), kalau itu Menteri Perdana ada berani la....

p/s: Nanti kita selusuri kisah ini dalam siri2 akan datang... hehehe...

41% Penjawat Awam Rasuah. Ini Yang Membangkrapkan Negara!


CUEPACS: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas
June 02, 2010

TEMERLOH, 2 Jun — Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Beliau berkata jumlah tersebut adalah membimbangkan dan harus ditangani segera.

Bagi menangani masalah tersebut, Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mereka yang terbabit dengan aktiviti rasuah diambil tindakan dan diheret kemuka pengadilan, katanya.

“Kita mahu memerangi rasuah di kalangan penjawat awam dan juga membuat laporan kepada SPRM terhadap pihak yang cuba menyogokkan rasuah kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak akan berkrompomi atau bertolak ansur dengan melindungai mana-mana penjawat awam dengan gejala ini yang boleh menjejaskan pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali ke-8 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Jabatan Kerja Raya dan Air Cawangan Temerloh, di sini hari ini.

Omar berkata selain rasuah, Cuepacs juga tidak akan melindungi penjawat awam yang terbabit dalam masalah disiplin termasuk cubaan memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja.

Beliau mengulangi kenyataannya bahawa dianggarkan antara 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor.

“Mereka mendapatkan sijil cuti sakit palsu daripada klinik yang bukan panel dan ada sesetengahnya klinik berkenaan tidak wujud pun.

“Ada sesetengahnya pula mengubah jumlah cuti sakit yang ditulis oleh doctor misalnya 1 hari kepada 11 hari,” kata Omar. — Bernama

Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan – Wartawan Astro, Ashwad Ismail

http://4.bp.blogspot.com/_OsZ9f2thX9Y/Rt7q35hweVI/AAAAAAAAACM/ujq7qB90uCs/s400/ashwad.jpg

Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan – Wartawan Astro, Ashwad Ismail

Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan

02/06/2010 12:36pm
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 2 Jun – “Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.’’
Kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu, pagi kelmarin.
Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.
“Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan.
“Alhamdulillah, kini kami selamat,’’ katanya ketika menghubungi bilik berita Astro Awani pagi ini. – Utusan

Detik Cemas Diserang Israel

Jurukamera Astro Awani, Shamsul Kamal Latif (depan, tiga dari kiri) dan 11 lagi rakyat Malaysia tiba di Amman, Jordan Rabu selepas dibebaskan oleh Pasukan Pertahanan Israel. Ketibaan mereka diiringi oleh Duta Malaysia di Jordan Datuk Abd Malek Abd Aziz (depan, empat dari kiri) dan disambut oleh pegawai Kedutaan Malaysia di Jordan termasuk Setiausaha Pertama Wong Chia Chiann (depan kanan). Mereka berada di atas kapal Mavi Marmara, yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel pada Isnin.

PETALING JAYA: "Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera, Samsulkamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu."

Demo Palestin - Giliran Pakatan Rakyat Pulak

















































Kasihanlah kat Ketua Kami... - Pemuda UMNO



Aduhhh..
Yang Najib pun satu.. sampai 5 orang Senator diangkat jadi menteri!
Senator ni siapa yang sokong? rakyat Malaysia kawasan mana yang sokong senator-senator ni jadi menteri? oppss!!! istu kuasa mutlak Perdana Menteri Malaysia..

Dan kuasa mutlak Perdana Menteri Malaysia jugaklah menolak Ketua Pemuda UMNO untuk dijadikan menteri!

Rasanya sebabnya 4 saje...

1. KJ ialah menantu Pak Lah..
2. Pak Lah ialah mentua KJ
3. Anak Pak Lah bini KJ
4. Jeane adalah mak mentua tiri KJ!
sunsnake 02062010
Najib diminta pertimbang Khairy dalam kabinet

Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.
"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno. Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Berita Penuh