Selasa, 1 Jun 2010

Komandan Penyerangan Kapal Kemanusiaan, Ternyata Yahudi China






Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)

Gambar-gambar perarakan NGO LL4G ke US Embassy



Imej orang ramai dari cermin di hadapan pintu pagar US Embassy



Berhadapan dengan wakil US Embassy...kelihatan Dr Hafidzi dari PACE dan Aqsa Syarif .

Wakil US Embassy..


Wajah-wajah...berjalan jauh tu bawah terik mentari...


Wakil VIVA PALESTINE dan PACE Puan Norazian Anidin berucap ..power gak tu!!!


Berjalan di atas jalan raya yang dikawal polis....dari Bangunan Tabung Haji menuju ke US Embassy...


Anak muda ni memang kreatif...makcik lupa la nama...masa demo tahun lepas, time baling kasut kat Bush si dia bawak kotak dan gantung kasut-kasut... dah dapat namanya..Ahmad Mudzakkir Zairulshahfuddin



Wakil-wakil dari Crisis Management Team LL4G....
















Saudara ni katanya rakyat Palestine...turun ke Tabung haji terus berdemonstrasi...malaysia boleh, melayu Boleh..Yahudi..palestine..macam-macam lagi dia sebut...di depan US Embassy macam tak terkawal juga dia..Rakyat Palestine yang lain yang ada di sana ada yang tegur dia...dah elok pakai muffler Palestine..sampai kat Perkasa, depa bagi headband Perkasa suruh dia pakai.


Saudari Aiman Athirah

Aksi POLIS, AKSI PERKASA di hadapan US Embassy KL

Macam ni la caranya baru betul...tahan kenderaan...bukannya lama sangat...kalau plan awal boleh siap inform pengguna guna paparan yang selalu ada di jalanraya tu..senang orang paln nak ikut jalan mana...baru la ada kerjasama yang baik...segalanya pasti aman dan berjaya...


Ni nama dia Karthik...kalau demo depan Bukit Aman dan sekitar KL mesti ada punya...tadi dia sibuk tanya siapa penganjur..dia nak tau nak jalan ikut mana...saya kata macam biasa la...kalau kawal kenderaan baik-baik kan aman jadinya...dia senyum je...dah balik kita pun ucap gak Terima Kasih kat dia..Well done tolong kawal lalulintas..orang ramai tu tak yah kawal pandai la jalan sendiri...

Tu dia....berhenti semua kenderaan jauh lagi tu..boleh baring atas jalan ni...best...selalu sibuk memanjang....

lagi pemandangan terkawal dan aman...apa susah sangat pun tak tau nak praktik yang sama untuk demo aman rakyat...sah la pada siapa mereka menjaga keselamatan....

ni lagi menjaga ketenteraman awam...baru la selamat...


wuuuuuissssshhhhh.....panas tadi...tak de pulak hujan...he...he....


FRU menanti...di belakang FRU menanti sedia kumpulan PERKASA...GAGAH....

Kumpulan PERKASA...RE-LOCATION of ISRAEL...apa maksudnya..HANCUR ISRAEL!!!!!...HANCUR APCO....JANGAN SOKONG UMNO!!!

HEBAT!!!

Yang tengah macam silau mata ni..Tok Ki..dari PPIM juga..yang selalu keluar dalam IKIM.FM dia juga gagah menyokong ISA...ajak debat...tak mo pulak dia....ISA bagus katanya...HANCUR ISRAEL dan sekutunya!!!

Wakil dari Haluan berucap...wakil dari PERKASA di sebelah lagi juga berucap...no komen...


Berjalan balik ke bangunan Tabung Haji...aman....

kalau demo bantah kezaliman UMNO BN aman macam ni kan selamat..siapa yang salah dalam hal menghuru harakan sebarang perhimpunan aman????

Senarai Penuh Rombakan Kabinet Dapur Bik Mama Hari Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.
Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.
Dalam pemilihan MCA pada Mac lalu, Tee Keat gagal mempertahankan jawatan presiden setelah tewas kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.Ja
Sementara itu, naib presiden kanan PPP, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Beliau menggantikan ahli jawatankuasa pusat MCA, Heng Seai Kie yang dilihat sebagai penyokong kuat kumpulan Tee Keat.

Timbalan Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel pula adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti yang baru, menggantikan ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.
Anggota parlimen Serian Datuk Richard Riot dari SUPP pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Dalam rombakan kabinet hari ini, Najib juga menamakan anggota parlimen Labis, Chua Tee Yong yang juga merupakan anak Presiden MCA yang baru, Soi Lek sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dia menggantikan Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu.
Dua lagi naib presiden MCA yang menang pada pemilihan MCA baru-baru ini juga diberi jawatan baru - mereka ialah Senator Datuk Donald Lim Siang Chai yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, dan Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Donald menggambil-alih jawatan Chee Heung manakala Ping Shou pula menggantikan Datuk Razali Ibrahim.
Perdana Menteri juga mengumumkan pertukaran portfolio tiga timbalan menteri iaitu Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke KementerianPengangkutan; Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri
.
Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa Jumaat ini.
Berikut senarai rombakan berkenaan:

1) Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan kerajaan tempatan kepada Menteri Pengangkutan.
2) Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

3) Datuk Rohani Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

4) Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Menteri Pengangkutan.

5) Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Luar Negeri kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

6) Senator Heng Seai Kie, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7) Datuk G. Palanivel (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

8) Datuk Richard Riot (Ahli Parlimen Serian) - Timbalan Menteri Luar.

9) Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

10) Datuk Donald Lim (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Kewangan.

11) Datuk Maglin Dennis D'cruz (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

12) Senator Gan Ping Sieu (Ahli Dewan Negara) - Timbalan Menteri Belia dan Sukan.         

kerana ikut PERKASA rakyat palastin pun boleh jadi bangang..



Kerana terikut dengan puak-puak bangang ni, seorang warga Palestin yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan berdarah komando Israel terhadap frotila bantuan untuk Gaza cuba membunuh diri menggunakan sebilah pisau.

Dalam kejadian di kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pagi ini Moin Mohmed Habib yang menyertai PUAK-PUAK PERKASA cuba melukakan lehernya dengan pisau pemotong kertas tetapi tindakannya itu dihentikan oleh PUAK-PUAK PERKASA..




Beliau kemudiannya membuka baju dan cuba melukakan bahagian perutnya pula sebelum dihentikan pula oleh beberapa orang pagawai polis yang mengawal keadaan.

Lelaki yang memakai kain ikat kepala warna merah bertulis PERKASA itu dibawa ke hospital untuk dirawat.

CUPING : perkasa atau perkosa

Anwar Gesa PBB, Amerika Syarikat kecam Israel


Serangan ganas komando Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan Gaza mendapat kecaman meluas. 
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan Israel dan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat mengenakan tindakan keras keatas rejim Tel Aviv.
“Kita sudah mengutuk keras serangan komando Israel ke atas fortila misi keamanan untuk membantu rakyat Gaza Palestin dan kekejaman ini keterlaluan," tegas Anwar.

Kira-kira 12 rakyat Malaysia, termasuk petugas media Astro Awani, disahkan berada di atas kapal Mavi Marmara, yang mengepalai flotilla keamaan ke Gaza yang diserang tentera Israel hari ini.
Mereka adalah sebahagian dari misi Talian Hayat untuk Gaza, yang menyertai misi keamanan membawa 10,000 tan bantuan keamanan ke Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan ekonomi oleh rejim Tel Aviv.
Selain dari Talian Hayat untuk Gaza, enam lagi badan bukan kerajaan Malaysia termasuk Jemaah Islamiah Malaysia dan Yayasan Amal turut menyertai konvoi ini.
Awal hari ini, media antarabangsa melaporkan unit khas Tentera Laut Israel menyerbu Mavi Marmara dan membunuh sekurang-kurangnya 19 aktivis keamanan.
Lengkap bersenjata dan menggunakan peluru hidup, rejim Tel Aviv berikrar untuk berbuat apa-sahaja, termasuk melanggar Piagam PBB, untuk menghalang konvoi berisi bantuan kemanusiaan ini dari tiba ke pantai Gaza.
Agensi berita antarabangsa turut melaporkan serangan tiga kapal pengangkut dan tiga kapal kargo ini berlaku di perairan antarabangsa.
Kapal-kapal yang berjaya dirampas komando Israel ditunda ke bandar Haifa dan bukan pelabuhan Ashdod bagi mengelakkan liputan media.
Mereka yang terbunuh masih belum dikenalpasti, dan nasib dua wartawan Astro Awani masih misteri, kerana Tentera Israel menyekat semua bentuk perhubungan sekitar operasi ini.

12 rakyat Malaysia selamat, kini di Haifa


Wisma Putra hari ini mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang mereka itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina.

Dua hari lalu, kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya 20 aktivis pro-Palestin dibunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Rakyat Malaysia yang berada di kapal itu adalah sebahagian daripada 480 aktivis pro-Palestin yang ditawan komando Israel.

Mereka dalam misi yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.