Isnin, 31 Mei 2010

NGO 73 negara bantah serangan rejim zionis

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama Gerakan Pemuda Islam Sedunia dan NGO dari 73 buah negara yang sedang bersidang di Istanbul, Turki hari ini sebulat suara menentang keras tindakan 'kebinatangan' rejim zionis Israel menyerang deligasi Misi Bantuan Kemanusian Gaza awal pagi ini waktu Malaysia.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang menyertai persidangan tersebut berkata, satu pelan tindakan bersepadu oleh pemuda-pemuda Islam seluruh dunia akan dibentuk bagi menangani konflik itu.
Ekoran perkembangan itu juga, DPPP mengarahkan pemuda PAS seluruh negara supaya mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah selama sebulan berturut-turut bermula hari ini.
Ianya bagi mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin dan sekaligus menghancurkan Zionis Israel.
Misi Kemanusiaan yang dianjurkan oleh NGO-NGO antarabangsa disertai hampir 800 sukarelawan yang turut disertai wakil dari NGO Islam dari Malaysia (Yayasan Amal Malaysia) telah berlepas semalam (30 Mei 2010) melalui pelabuhan Anatolia Turki.
Misi ini bertujuan untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ke Gaza yang di mana umat Islam Palestin di Gaza dinafikan hak mereka oleh rejim zionis Israel.
Serangan oleh tentera rejim zionis awal pagi ini, setakat ini, telah mengakibatkan 20 orang sukarelawan antarabangsa terbunuh.
"Tindakan zalim dan kebinatangan ini tidak boleh diterima oleh masyarakat antarabangsa kerana ianya jelas bertentangan dengan deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 yang dipersetujui bersama di bawah payung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Nasrudin dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga mendakwa kerajaan Malaysia bersikap ‘double standard‘ kerana begitu bacul untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan kerajaan Hamas yang jelas membela rakyat Palestin yang tertindas di Gaza.
"Sikap kerajaan Malaysia yang enggan mengiktiraf Kerajaan Hamas di Gaza jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih takut terhadap bayang-bayang  dari  Amerika Syarikat dan sekutunya apatah lagi setelah Malaysia dipanggil untuk mengadap Presiden Obama dan diarahkan untuk menghentikan bekalan gasolin ke Iran oleh Obama," jelasnya.
OIC dan PBB juga turut didesak agar mengambil tindakan drastik menangani isu ini.
Dalam pada itu, DPPP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam serangan tersebut berikrar untuk terus menentang segala kekejaman rejim zionis Israel sehingga keadilan sejagat tercapai.
Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk bersama menyatakan bantahan di hadapan Kedutaan Amerika, Jumaat ini.

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.
HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.
“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.
“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan  yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.
Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.
Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.
HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

PBB arah siasatan penuh serangan Israel




Penunjuk perasaan Jordan membakar bendera Israel di depan pejabat perdana menteri negara itu di Amman hari ini membantah tindakan ketenteraan Israel. — Gambar Reuters
KAMPALA, 31 Mei — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengarahkan siasatan lengkap dijalankan berhubung serangan kejam tentera Israel ke atas konvoi kapal misi kemanusiaan yang menuju ke Gaza hari ini. Beliau juga melahirkan rasa terkejut beliau dengan tindakan rejim Yahudi itu yang telah membunuh hampir 16 orang.
“Adalah penting untuk menjalankan siasatan penuh untuk menentukan bagaimana peristiwa berdarah ini boleh berlaku. Saya percaya Israel mesti dengan segera menyediakan laporan penuh,” kata beliau pada sidang media di ibu negara Uganda di sini hari ini.
Setiausaha Agung itu berada di Kampala untuk menghadiri sesi reviu perjalanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Dalam pada itu, Amerika Syarikat pula melahirkan rasa kesalnya yang mendalam ekoran tragedi terbaru ini.
“Amerika Syarikat sedang berusaha untuk mengetahui keadaan yang membawa kepada tragedi ini,” kata jurucakap White House William Burton dipetik Reuters.
Sementara itu laporan Bernama menyebut, Indonesia turut mengutuk serangan dan tindakan kekerasan regim Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dilaporkan menyebabkan sejumlah kematian dan kecederaan.
Pendirian ini dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Indonesia petang ini.
Sementara itu Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang bercakap kepada wartawan di Istana Negara berkata sekatan Israel terhadap Gaza sendiri merupakan satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan oleh yang demikian tidak ada asas untuk menyerang dan menghalang kapal berkenaan.
Indonesia, katanya akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa dan rakyat Palestin, untuk memastikan Israel bertanggungjawab ke atas tindakan itu yang dilakukan di luar perairan wilayahnya.
Menteri Luar itu juga menegas bahawa Indonesia akan terus memantau kejadian itu terutamanya untuk menentukan nasib 12 warga negaranya yang dilaporkan berada di atas kapal itu.
Marty berkata Indonesia akan terus berkomunikasi dengan beberapa perwakilannya di kawasan itu seperti di Ankara (Turki), Kaherah (Mesir) dan Amman (Jordan).
Setakat ini perwakilan Indonesia mengesahkan sekurang-kurangnya lima warga negara itu berada di atas kapal berkenaan sementara bakinya sedang disahkan keadaannya.
Mavi Marmara merupakan salah satu daripada konvoi beberapa buah kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 buah negara, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, apabila serang pasukan komando Israel awal hari ini.

Israel: Parlimen digesa bincang usul, DAP syor sidang khas


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa kerajaan memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan tindakan ketenteraan terbaru Israel hari ini, yang menyerang konvoi misi kemanusiaan menyebabkan hampir 16 orang terbunuh.

Ibrahim mahu isu serangan Israel sebagai usul pertama untuk dibincangkan di Parliamen.
Dalam pada itu, DAP pula menggesa persidangan khas melibatkan pelbagai pihak diadakan dengan segera bagi membincangkan tindakan Israel yang disifatkan sebagai zalim. Mengulas lanjut pendirian mereka, Datuk Ibrahim Ali berkata, sekiranya tidak dapat mengadakan sidang khas, MPM mahu sidang Parlimen yang bermula Isnin ini menjadikan isu serangan Israel hari ini sebagai usul pertama untuk dibincangkan.
Permintaan itu juga dikemukakan oleh PAS hari ini.
“Saya sebagai Ahli Parlimen Bebas boleh membawa usul ini, tetapi biar kerajaan yang membawa usul ini, dan saya mahu ia dijadikan sebagai usul pertama sidang Parlimen kali ini,” kata Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar MPM di sini hari ini.
Sidang Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini.
Hari ini, rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik mengutuk serangan Israel terhadap kapal Freedom Flotilla, yang turut membawa rakyat Malaysia, menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Hampir 16 orang dilaporkan dan kira-kira 30 orang terbunuh dalam serangan terbaru Israel ini.
Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah.
Laporan juga menyatakan bahawa terdapat dua orang warga Malaysia, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani di atas kapal utama konvoi, Mavi Marmara yang diserbu oleh tentera Israel.
Difahamkan Ahli Parlimen Parit Nizar Zakaria juga menyertai misi kemanusiaan itu.
ADUN Meru Dr Abd Rani Osman yang dilaporkan menyertai misi kemanusiaan sebelum ini berada di Istanbul, Turki untuk menyertai seminar, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
Jurucakap Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan Freedom Flotilla ini melaporkan bahawa tentera Israel tanpa provokasi terus menembak beberapa individu sejurus selepas menyerbu kapal tersebut.
MPM akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada AS agar mendesak Israel menghentikan serangan ke atas misi keamanan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi.
“Tindakan Israel adalah tindakan biadap, berlaku kematian, ada kecederaan... tindakan ini tidak boleh dimaafkan, tindakan bangsa bersifat binatang yang berterusan.
“Misi bantuan bekalan kemanusiaan ini dilakukan secara terbuka, bukan sesuatu rahsia tetapi diserang. Ini perlu dikutuk,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan di Masjid Kampung Baru esok.
“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kemungkinan akan hadir bersama pada majlis solat dan tahlil ini,” kata Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penaja MPM.
Dalam pada itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, persidangan melibatkan semua parti politik perlu diadakan untuk menguruk tindakan Israel.
“Tiada alasan sama sekali bagi Israel untuk menggunakan kekerasan ke atas misi kemanusiaan, yang mana ia dengan jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa di perairan antarabangsa.
“Ia satu tragedi di mana nyawa rakyat Malaysia juga hampir hilang,” katanya.
Lim yang juga anggota Dewan Rakyat berkata, persidangan pelbagai parti ini harus diadakan dalam tempoh 24 jam untuk melahirkan kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ikatan politik.
Pada sidang media di sini hari ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, partinya juga akan menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di sini tengah hari esok.
Katanya, PAS juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama esok.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian akan menulis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar perkara itu dibincangkan di Parlimen Isnin ini.

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Konvoi Gaza: Serah memo esok, demo Jumaat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) berhubung serangan tentera rejim Israel ke atas Konvoi Kapal Freedom Flotilla.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) memberitahu, penyerahan tersebut akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan akan turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Sehubungan itu, penyokong solidariti Palestin dan ahli PAS di sekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur dan Selangor diminta hadir sebagai tanda sokongan.
Mereka diminta membawa bendera Palestin dan placarad sebagai tanda bantahan terhadap kezaliman zionis Israel.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut awal pagi tadi.
Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa itu diketuai oleh sebuah NGO dari Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi itu membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.
Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Pengerusi Dakwah dan Perkaderaan Pemuda PAS, Ustaz Ridwan Mohd Nor berharap semua peserta demo perlu membawa kain rentang, poster mempamerkan bantahan terhadap kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Israel.
Katanya, himpunan pada hari Jumaat itu akan menyatakan bantahan kepada pelindung Israel iaitu kerajaan Amerika Syarikat dan rejim Mesir.
Beliau menyelar tindakan serangan yang dilakukan oleh rejim Israel kerana kapal tersebut membawa bantuan kemanusiaan untuk membantu umat Islam Gaza.
Umat Islam Gaza kini sedang terkepung akibat pemencilan Israel dan sekutunya termasuk rejim Arab, katanya.
“Semua peserta demo akan berkumpul di Tabung Haji dan insya Allah demo akan dipimpin oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, pimpinan Pemuda dan juga wakil NGO,” ujarnya.
Beliau menyeru semua masjid dan markas PAS seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa qunut nazilah supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza.
Sementara itu, Muslimat PAS Selangor turut membantah keras kekejaman tentera Israel yang menyerang misi sukarelawan membantu umat Islam yang terkepung di Gaza.
Naibnya, Ustazah Mariam Abd Rashid berkata, misi tersebut hanya untuk membantu mangsa perang yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keputusan makanan serta bekalan ubat-ubatan.
Sebenarnya kata beliau, Amerika Syarikat tidak serius melarang tentera Israel malah secara diam-diam rejim Obama menyokong tindakan tersebut.
"Kita minta umat Islam seluruh dunia berdoa dan munajat supaya konvoi sukarelawan itu terselamat dan Israel laknatullah segera dibalas Allah," katanya.

Rakyat Malaysia perlu perangi keganasan Israel@APCO.......

Imej video yang dikeluarkan kumpulan bantuan kemanusiaan Turki, IHH hari ini yang menunjukkan tentera Israel di atas bot peronda mereka di kawasan perairan antarabangsa dekat pesisiran pantai Gaza sedang mengepung kapal bantuan Turki. Komando rejim Yahudi menyerang enam kapal yang membawa ratusan sukarelawan pro-Palestin dalam misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 10 aktivis. - Foto AP

Mesyuarat tergempar, Hamas isytihar 'intifada'

Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan perkumpulan 22 negara Arab terhadap apa yang disifatkan "tindakan keganasan" Israel terhadap kapal misi bantuan antarabangsa ke Gaza.

"Setiausaha Agung Liga Arab sudah memanggil mesyuarat tergempar peringkat wakil bagi membincangkan jenayah kejam tentera Israel terhadap orang awam tidak bersenjata yang menyebabkan ramai terbunuh dan cedera.

"Liga Arab mengutuk tindakan keganasan itu," menurut kenyataan pertubuhan itu yang dipetik oleh Reuters.

Sementara itu, AFP pula melaporkan Hamas hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya 'berhimpun' di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bekalan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Ka
mi menyeru semua rakyat Arab dan umat Islam supaya berkumpul di kedutaan-kedutaan rejim Zionis itu di seluruh dunia,” kata jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sambil menggunakan perkataan Arab 'intifada'.

Perdana Menteri Hamas Ismail Haniya di Gaza mengecam 'serangan' berkenaan dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melindungi aktivis yang mengikuti misi penghantaran bekalan bantuan itu.

PAS Akan Hantar Memorandum Esok , Nasib Delegasi Malaysia Belum Pasti


http://buletinonline.net/images/stories/berita25/Jamiludin%20Elias%20Bersama%20Freedom%20Flotilla%20003_0002.jpg Dimaklumkan bahawa PAS bersama beberapa NGO akan menghantar memorandum berhubung serangan Israel ke atas Konvoi Freedom Flotilla pada jam 12 tengahari di Kedutaan Amerika, 1 Jun 2010 (esok-Selasa).

Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub akan mengetuai penyerahan memo ini dan ahli PAS dan penyokong soladariti Palestine sekitar Lembah Klang dijemput hadir sebagai tanda sokongan. Bawalah bendera Palestine dan placarad sebagai tanda bantahan anda terhadap kezaliman regim Israel.


Sementara itu, Presiden Yayasan Amal Haji Husin Ismail masih tidak dapat dihubungi bagi mengetahui kedudukan Timbalan Presidennya, Haji Jamiludin Elias yang ada bersama-sama Konvoi diatas kapal Mavi Marmara.

Kapal tersebut telah terputs semua hubumngan sejak diserang oleh angkatan laut ‘laknatuLlah’ Israel.

Seramai 12 orang delegasi Malaysia diketuai oleh Haji Norazman Shamsudin dari Haluan Palestine.

Sekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini
Sekretariat Life Line 4 Untuk Gaza akan mengadakan satu sidang media khas di Kuala Lumpur petang ini

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
meminta supaya rakyat di negara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini dan satu demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine akan diadakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) dihadapan keduataan Amerika selepas solat Jumaat.
Buletinonline mengajak semua rakyat mendoakan semoga Allah berikan kelebihan dan Kebaikan serta Keselamatan Dunia Akhirat Kepada semua anggota konvoi khususnya kepada delegasi Malaysia dan wakil Yayasan Amal Haji Jamiludin Elias.

Berikut adalah rakaman terakhir Haji Jamiludin





Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.
"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.
Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.

Rakyat Malaysia kutuk serangan Israel, desak PBB bertindak


KUALA LUMPUR, 31 Mei — Rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik hari ini mengutuk serangan Israel terhadap kapal Freedom Flotilla, yang turut membawa rakyat Malaysia, menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
PAS, salah satu komponen Pakatan Rakyat menggesa Majlis Keselamatan dan seluruh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar membuat keputusan untuk menyerang Israel.
“Mungkin orang akan menganggap bahawa kenyataan saya ini satu kenyataan yang keras, tetapi saya anggap bahawa kenyataan ini satu tindakan sangat wajar kalau berdasarkan kepada tindakan yang telah dilakukan oleh Israel terhadap kapal yang membawa bantuan misi kemanusiaan untuk masyarakat di Gaza sendiri,” kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) pada siding media di sini petang ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menambah, “ini merupakan 'wake-up call' untuk bertindak, bukan untuk kutukan.”
Kecaman yang sama dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya, yang antara lain meminta masyarakat antarabangsa turut mengecam tindakan terhadap Israel.
Kata beliau, pembunuhan sehingga 16 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan tersebut juga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera rejim Israel ke atas konvoi kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah.
Laporan juga menyatakan bahawa terdapat dua orang warga Malaysia, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani di atas kapal utama konvoi, Mavi Marmara yang diserbu oleh tentera Israel.
“Jurucakap Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan Freedom Flotilla ini melaporkan bahawa tentera Israel tanpa provokasi terus menembak beberapa individu sejurus selepas menyerbu kapal tersebut.
“Dianggarkan seramai 16 orang terbunuh manakala lebih kurang 30 lagi cedera akibat tindakan kejam tentera Israel terhadap manusia yang tidak bersenjata. Setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Ahli Parlimen Rembau ini menambah sudah hampir pasti Israel akan menggunakan alasan keselamatan untuk mempertahankan tindakan zalim tenteranya, tetapi ia bukan satu alasan yang boleh diterima sama sekali.
“Mana mungkin mereka yang mengikuti konvoi ini dianggap sebagai membawa ancaman kepada keselamatan Israel, sedangkan niat mereka hanyalah untuk menjayakan misi kemanusiaan untuk penduduk Gaza yang sudah lama merana di bawah sekatan ekonomi Israel,” katanya lagi.
Di bawah sekatan ekonomi ini, Israel hanya membenarkan 15,000 tan bantuan kemanusiaan seminggu ke Gaza sedangkan PBB menganggarkan bahawa bantuan ini tidak sampai suku jumlah yang diperlukan oleh penduduk Gaza.
“Apa yang lebih mengejutkan lagi, pembunuhan kejam ini dilakukan di perairan antarabangsa, lebih kurang 65 kilometer dari persisiran Gaza, di mana tentera Israel tiada langsung hak kedaulatan untuk menyerang konvoi kapal tersebut.
“Tindakan ini ternyata melanggar peraturan antarabangsa lantas membuktikan sekali lagi bahawa rejim Israel adalah satu rejim zalim laknatullah yang langsung tidak menghormati undang-undang,” katanya.
Oleh itu, tambah beliau, Pemuda Umno berharap masyarakat antarabangsa akan bersatu mengutuk serangan ini atas prinsip kemanusiaan sejagat.
“Insiden ini juga merupakan satu ujian kepada kuasa-kuasa besar dunia terutamanya Amerika Syarikat di bawah Presiden Barack Obama yang sebelum ini menjanjikan pembaharuan dasar luar yang lebih adil kepada umat Islam.
“Sudah tiba masa beliau mengotakan janjinya kepada dunia dengan tidak lagi menyelindungi keganasan sekutunya seperti mana presiden-presiden sebelum ini.
“Pemuda Umno juga menggesa Kerajaan Malaysia melalui Kementeri Luar bersama rakan-rakan luar yang lain untuk segera mendesak Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Israel,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau berkata, Pemuda Umno menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya dapat bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kesemua individu yang menyertai konvoi tersebut, terutamanya Ashwad dan Shamsul agar dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Dalam pada itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) juga mengutuk tindakan Israel ke atas konvoi yang membawa bekalan bantuan kepada rakyat Palestin.
Mewakili MPM, Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa akan menyerahkan memorandum bantahan kepada AS agar mendesak Israel menghentikan serangan ke atas misi keamanan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada pukul 11 pagi.
“Tindakan Israel adalah tindakan biadap, berlaku kematian, ada kecederaan... tindakan ini tidak boleh dimaafkan, tindakan bangsa bersifat binatang yang berterusan.
“Misi bantuan bekalan kemanusiaan ini dilakukan secara terbuka, bukan sesuatu rahsia tetapi diserang. Ini perlu dikutuk,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan di Masjid Kampung Baru di sini.
“Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga kemungkinan akan hadir bersama pada majlis solat dan tahlil ini,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini, yang juga anggota jawatankuasa penaja MPM.
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat tergempar MPM yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman petang ini.

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui


KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.

PAS sambut seruan Hamas bangkit bantah Yahudi

KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menyambut seruan Hamas supaya dunia Islam bangkit bagi menyatakan bantahan terhadap serangan ganas tentera rejim zionis Yahudi terhadap Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, parti itu akan sentiasa bersama dengan masyarakat antarabangsa yang inginkan keamanan supaya mengadakan tindakan susulan yang sesuai terhadap kekejaman yang dilakukan oleh tentera rejim tersebut.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, hari ini menyeru rakyat Arab dan umat Islam supaya ‘berhimpun’ di kedutaan-kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah serangan maut rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 aktivis dan mencederakan lebih 30 yang lain.
Sementara itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh dalam satu kenyatan di Gaza mengecam seranga tersebut dan turut meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melindungi aktivis kemanusiaan mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan itu.
“Kami menghubungi rakan-rakan di Timur Tengah untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung serangan ganas itu,” ujar Nasharudin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok turut menggesa PAS kawasan dan cawangan seluruh negara mengadakan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon kepada Allah agar situasi yang berlaku itu selesai secara aman dan melindungi anggota rombongan kemanusiaan ke Gaza itu.
Menurutnya, apa yang berlaku itu membuktikan bahawa keganasan zionis Yahudi tidak pernah padam terhadap umat Islam.
Beliau juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melakukan sesuatu yang perlu bagi memastikan kekejaman dan kezaliman tentera rejim zionis Yahudi itu mendapat pembalasan yang setimpal.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengecam keras tindakan rejim haram Israel menyerang konvoi tersebut.
Menututnya, tindakan biadap dan kejam itu diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.
PAS, tegasnya melihat tindakan tidak bermoral itu mencerminkan sikap angkuh rejim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut.
Katanya, tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segera perjanjian itu.
“PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dan membaca qunut nazilah agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.
“PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya para pejuang ini menyemarakkan usaha membebaskan saudara kita di Gaza,” ujarnya.

PKR, Umno Youth, DAP slam Israeli raid on aid ship

KUALA LUMPUR, May 31 — Umno Youth and its political foes PKR were united today in condemning the Israeli military raid on a Gaza-bound ship carrying aid, leaving at least 15 people dead and dozens injured.
“This act is clearly a breach of international laws which again shows the cruelty of the Israeli regime which has no respect for the rule of law,” Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (picture) said in a statement.
Those on board the vessel Mavi Mamara, which came under attack, are mostly humanitarian activists. It was reported that two Malaysians, Ashwad Ismail and Shamsul Kamal Latip who are broadcasting journalists from Astro Awani, are also on board.
The convoy set off from Cyprus yesterday in defiance of an Israeli-led blockade of the Gaza Strip and warnings that it would be intercepted.
The flotilla was organised by pro-Palestinian groups and a Turkish human rights organisation. Turkey had urged Israel to allow it safe passage and said the 10,000 tonnes of aid the convoy was carrying was humanitarian.
Israel had said it would prevent the convoy from reaching the Gaza Strip.
“Surely the Israeli government would cite security reasons to defend its cruel acts of its military but it is not an acceptable excuse. How can the humanitarian convoy be a threat to Israel?” blasted Khairy.
The Rembau MP said what was most shocking is that the raid took place in international waters.
“Israel has no sovereign right to raid the ship,” slammed Khairy, who called for a worldwide condemnation on the raid.
He also said the incident will be a test for US President Barack Obama. The Americans are Israel’s number one ally but Obama has promised to revamp the nation’s unpopular foreign policy especially on the Middle East conflict.
“It is time that he fulfil his vow by not protecting its ally like his predecessors,” he said, adding that Umno Youth wants the Foreign Ministry to put pressure on the United Nations Security Council to condemn Israel for the raid.
PKR information chief Latheefa Koya has called for a worldwide condemnation and action against Israel.
She said the government can send a strong protest by terminating its contract with public relations group APCO Worldwide, which the party claimed is Israeli-linked.
APCO was employed by the Najib administration to promote its 1 Malaysia idea.
Pakatan Rakyat alleged the 1 Malaysia concept was an imitation of “1 Israel”, an idea used by then-Israeli Prime Minister Ehud Barak.
Umno has denied the allegation.
DAP leader Tony Pua blasted the raid as a blatant disregard for human lives and described it as “evil”.
“The total and utter disregard for human lives especially those with only peaceful intent and bearing aid for the needy is not only abhorrent, but also evil to the very core.
“The attack on the flotilla is equal to any attack on Red Cross missions to aid injured civilians during the times of war. What is worst is that the attack by the Israeli navy was conducted in international waters,” he said, joining the chorus in calling for international condemnation.

12 rakyat M'sia di kapal yang diserang Israel



Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.
Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia.
Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam 'Flotila Kebebasan' bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan.
Sementara itu, menurut ADUN Meri, Dr Abd Rani Osman ang kini di Instanbul juga mengesahkan penahanan rakyat Malaysia itu.
Dr Abd Rani melalui SMS kepada Malaysiakini juga memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 16 aktivis pro-Palestin dibunuh, manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
Kapal Mavi Marmara yang dimiliki Turki itu kini dilaporkan dibawa ke Haifa, manakala semua penumpangnya akan dipenjarakan.

Dua wartawan Astro Awani itu dikenalpasti sebagai Ashwad Ismail dan jurugambar dan Samsul Kamal Abdul Latip. Usaha Malaysiakini menghubungi Ashwad setakat ini tidak berhasil.

Manakala dalam laman Twitter-nya, Ashwad hanya mengemaskinikan statusnya kira-kira 14 jam lalu.

"Mavi Marmara on alert. Semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau Drone dipercayai milik Israel kelihatan," coretan terakhirnya sebelum tragedi itu dipetik.
Terdahulu, menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, laporan awal mengesahkan dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor

SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)
Oleh: Riduan Mohamad Nor.
" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.
( Ustaz Fadhil Nor: 1992)
Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.
Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.
Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.
Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.
Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga
Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.
Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan
Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.
Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.
Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan
Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan
Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan
Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.
Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.
Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.
PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan
Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.
Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.
Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.
Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.
Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:
"Kedatangan Islam yang di bawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda. Rassullullah menyebut dalam hadishnya:
"Golongan mudalah yang menbantu perjuangan dakwah"
Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan ,mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.
Inilah cita-citakaum Quraisy, dalam kebingugan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.
Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. I
nilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.
Rusia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."
Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.
" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.
Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."
Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik
Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).
Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.
PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.
Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.
Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.
Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.
Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.
Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).
Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.
Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.
Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.
Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.
Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.
Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.
Perjalanan akhir yang memilukan
Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.
Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.
Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.
Lujnah Dakwah dan Pembelaan Islam DPP Pusat akan mengadakan wacana Memperingati almarhum Ustaz Fadhil Noor pada 6 Jun ini, bertempat di Musolla Pejabat Agong PAS Pusat. Program ini dijangkakan seramai 200 orang peserta , dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Selangor. Antara pembentang ialah YS Salahuddin Ayub, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Ustaz Fauzi Husain ( DUP Kedah). Semua dijemput hadir, Yuran 10.00 sahaja. Bermula 8.30 pagi..." Melakar masa depan bersama Islam"
**Riduan Mohamad Nor adalah exco DPPP, pendakwah dan perunding motivasi

Persediaan Awal, Disiplin Resipi Kejayaan Pada PRU- 13

KOTA BHARU 30 Mei - KEADILAN akan menyediakan 'roadmap' atau peta perjuangan parti menuju ke Putrajaya untuk rujukan ahli dan dijadikan asas kepada pembentukan strategi dan perancangan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JKPR), Fuziah Salleh berkata sehubungan itu KEADILAN akan melancarkan dalam masa terdekat e-sismep atau sistem menang pilihan raya.
"Sistem ini adalah 'web-based' dan untuk pertama kalinya dalam sejarah politik negara ini KEADILAN menjadi parti perintis kepada sistem yang boleh dimuat turun terus dari JKPR oleh mana-mana cabang diseluruh negara," kata beliau semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2009 hari ini.
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan menggesa setiap cabang parti supaya membuat persiapan awal dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Dalam keadaan padang tidak rata semasa pilihan raya kita mestilah menggerakkan jentera parti dan memperbaiki semua kelemahan yang ada. Jentera pilihan raya sudah tentu ada semasa pilihah raya tetapi yang lebih utama segala persediaan hendaklah dibuat lebih awal lagi supaya kita tidak bergerak pada saat akhir," nasihat beliau.
Beliau berkata JKPR akan juga membuat beberapa tuntutan segera kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan pilihan raya yang diurus SPR sentiasa telus, adil dan profesional.
"Kita menuntut reformasi pilihan raya dan kita mahu padang yang sama rata dengan pihak lawan. Kita tuntut pendaftaran pengundi dijalankan secara 'online'. Kalau SPR boleh mengeluarkan nama pengundi yang sudah meninggal daripada daftar pemilih dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara seperti yang kita lihat di beberapa pilihan raya kecil mengapa pula pendaftaran pengundi bari tidak boleh dibuat secara 'online'?" soal Fuziah.
Selain itu KEADILAN juga menuntut supaya SPR diletakkan di bawah tanggungjawab Parlimen bagi menjamin kebebasan tersebut dan bebas rasuah.
"Kita juga menuntut supaya SPR melaksana dakwat kekal semasa proses mengundi. Kita juga tuntut reformasi dalam isu undi pos. Kita bersetuju dengan keputusan SPR baru-baru ini yang membenarkan pengundi pos untuk keluar mengundi lebih awal. Ini membolehkan pengiraan undi dijalankan pada hari yang sama," jelas Fuziah.
Berdasarkan kepada sentimen sokongan rakyat yang meningkat semasa PRK Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini, beliau menggesa agar sentimen ini terus diperkukuhkan bagi menjamin kemenangan pada PRU akan datang.
"Jika diadakan PRU hari ini saya yakin kita akan menang tapi sentimen sahaja tidak cukup menjamin kemenangan. Mesti juga diiringi dengan komitmen dan disiplin yang tinggi dan persediaan yang mantap," kata beliau lagi.

Anwar: KEADILAN Parti Masa Depan, Demokratik Yang Hebat


KOTA BHARU 30 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat perubahan pimpinan dalam beberapa jawatankuasa dengan tujuan memantap serta mengukuhkan perjalanan parti.
Kata beliau penyusunan tersebut akan dibuat dalam kadar segera sebagai respons kepada isu yang dibangkitkan oleh perwakilan pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang berakhir petang tadi.
"Penyusunan semula ini akan dibuat dalam kadar segera yang akan mengadunkan tenaga lama dengan yang baru. saya lihat penyertaan Angkatan Muda dan Wanita lebih terserlah pada Kongres kali ini dan penyertaan kedua komponen ini akan diterapkan dalam barisan pimpinan pusat," kata Anwar semasa ucapan pengulungan beliau petang tadi.
Beliau berkata permerhatiannya terhadap Kongres sejak 2004 telah memperlihatkan kematangan dalam mutu perbahasan dan peningkatan pemikiran perwakilan dalam membahaskan usul dan isu yang dibangkitkan semasa Kongres.Tanggungjawab Pemimpin
"Saya mahu semua barisan pimpinan yang duduk di atas pentas ini supaya turun padang ke setiap cabang dan bertemu dengan ahli-ahli".
Selangor
"Semua cadangan dan kritikan terhadap Menteri Besar dan pentadbiran kita dengar dengan sikap terbuka. Bandingkan Selangor di bawah Umno-Barisan Nasional dan bezakan dengan banyak perubahan yang dilakukan dalam tempoh dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat.
"Di bawah BN, negeri rosak kerana Menteri Besar rampas hasil mahsul negeri, rasuah dan rakus mengambil hak rakyat. Apabila kita ambil alih sumpah dan janji kita kepada rakyat ialah pentadbiran yang bersih daripada rasuah dan penyelewengan. Ini yang berjaya dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya menaruh kepercayaan kepada kepimpinan samada di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan".
Unisel
"Saya beri tempoh dua minggu kepada Rektor supaya hormati suara pelajar. Berikan sedikit ruang dan perbezaan pendapat kepada pelajar untuk menegur universiti. Kalau dia tidak menukar sikap sata akan pastikan di keluar dari Unisel".
Projek
"Antara isu yang dibangkitkan ialah kelembapan dalam kelulusan projek untuk manfaat rakyat di Selangor. Saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor supaya dipercepatkan kelulusan projek tetapi dengan syarat ia mesti mengikut peraturan".
GLC
"Calon yang dikemukakan untuk menyertai atau menerajui anak syarikat kerajaan negeri mestilah layak, profesional dan punyai 'track record' dan hanya mengambil elaunnya sahaja dan tidak rasuah. Calon itu juga mesti ikrar ketaatan kepada parti dan kerajaan negeri dan mesti dibenarkan dipantau dan dihukum jika sedikit menyeleweng".
KEADILAN
"Umno-BN boleh cakap apa saja, nak runtuh, nak reban, nak karam, 'wahtever' tetapi satu yang mesti saya nyatakan di sini KEADILAN telah berjaya mentransformasikan budaya politik negara ini. Mana pernah kita terfikir pemimpin Cina memetik hadis dan Al-Quran dan menerima pelbagai budaya dengan cara terhormat".
"We are a great party with a great future. We are a democratic party. Oleh kerana itu Umno-BN lanyak Anwar dan media mereka serang kita tidak henti-henti. Kita adalah sebuah parti bersikap terbuka. Bandingkan dengan Umno dan BN pemimpin samada Menteri Besar, Ahli Parlimen, ADUN dan pimpinan parti boleh dikritik hebat dan kita menerima segala kritikan dengan sikap terbuka dan dada yang lapang.
"Bagi pemimpin yang berkiblatkan wang roinggit dan kebendaan biarlah mereka lacurkan diri kepada Umno-BN".
Subsidi
"Dari dahuku kita sudah nyatakan bahaya apabila melihat keadaan defisit yang semakin membengkak. Yang biasa ialah defisit 1, 2 tahun tetapi apabila masuk lima tahun mula ada 'orange effect' dan tujuh tahun 'red effect' dan kita punyai 12 tahun berturut-turut maka ia kekal sebagai red effect'. Ekonomi negara rosak di bawah Umno-BN sebab pemimpinya rakus dan rasuah.
"Kita cadangakn tiga perkara asas untuk perbaiki ekonomi negara - tarik subsidi orang kaya, banteras rasuah dan jangan boros, selepas itu barulah kita minta rakyat semua supaya berkorban. Ini tidak pemimpin Umno-BN mahu rakyat berkorban sekarang sebab mereka mahu terus 'enjoy'".
Khianat
"Kepada Tian Chua dan Gobalakrishnan saya beri jaminan parti akan tetap mempertahankan anda daripada konspirasi Umno-BN. Kita akan pertahankan hak anda. kita beri amaran kepada Najib, biarlah mereka buang, guling sebagai ahli parlimen atau buat pilihan raya baru, kita akan tetap lawan tindakan zalim mereka".

Kongres Terbaik Petanda Masa Depan Cerah Ke Putrajaya


Oleh Fazli Othman
KOTA BHARU 30 Mei - Kongres Nasional KEADILAN kali ini disulami dengan perbahasan dan displin yang baik memberi petanda harapan cerah kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat melangkah menuju ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Naib Presiden, Azmin Ali semasa mengulung perbahasan menyifatkan perjalanan kongres petang tadi oleh  perwakilan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sebagai yang terbaik di antara kongres pernah diadakan sebelum ini.
"Kita lihat kali ini, penyertaan Ramli Logan yang mewakili Orang Asal telah menyampaikan hujah yang cukup baik dan bernas dan ini sama sekali  tidak berlaku dalam persidangan yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional umumnya.
"Kita juga bangga dengan sayap baru KEADILAN, Srikandi yang dibarisi wanita muda yang berani tampil ke depan menghidangkan perwakilan dengan perbahasan yang hangat," ujar beliau.
Dalam pada itu, Azmin turut menyokong usul yang dikemukakan oleh Wanita dan mahukan tindakan susulan berhubung usul tersebut.
Beliau juga meminta supaya keempat-empat kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat menghantar ketua-ketua jabatan mendengar dan mencatit segala usul perwakilan tanpa mengharapkan Menteri Besar dan barisan exco yang merekodkan maklumat itu.
"Kita merayu kepada perwakilan yang hadir ini memastikan KEADILAN sentiasa kuat namun pada masa yang sama, kita juga berharap agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat membantu anggota parti.
"Bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim difitnah, bukan pengarah anak syarikat kerajaan negeri yang tampil membela tetapi anggota KEADILAN yang ke depan membela pemimpin mereka," tegasnya.
Azmin turut memberi cadangan supaya anggota parti melakukan perubahan dengan menggantikan ketua-ketua di peringkat cabang yang tidak aktif.
"Mana-mana ketua cabang yang tidak berfungsi, saya minta anggota parti melakukan perubahan.
"Perkemaskan 'delivery system' negeri masing-masing dan jika ini dapat dibuat dengan cepat dan pantas, rakyat akan hantar kita ke Putrajaya," tambahnya lagi.
Justeru itu, beliau turut meminta supaya tanggungjawab itu tidak hanya digalas kepada pegawai kerajaan negeri sahaja tetapi juga diagihkan kepada anggota KEADILAN untuk melaksanakan sistem tersebut.

Presiden Gesa KEADILAN Mantapkan Organisasi Parti


Oleh Fazli Othman
KOTA BHARU 29 Mei - Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan ucapan dasar presiden sangat komprehensif dan mencakupi pelbagai isu berbangkut di dalam organisasi parti.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasarnya pagi tadi mempertanggunjawabkan pejabat Setiausaha Agung untuk memantapkan struktur parti.
"Dr Wan Azizah menggesa kekuatan parti dibina terus melalui proses memperkemaskan struktur parti di peringkat ranting dan cabang.
"Beliau juga meminta keanggotaan ditambah serta ditingkatkan kemahiran dan prestasi organisasi," ujar Saifuddin.
Saifuddin berkata presiden juga turut memberikan ingatan tentang agenda pilihan raya yang menyentuh kriteria wakil rakyat yang dipilih dan diberi amanah.
"Kerja-kerja pilihan raya seperti daftar pemilih dibuat secara sistematik dan berterusan.
"Presiden juga turut mengimbau soal kerjasama KEADILAN dengan Pakatan Rakyat sebagai satu muafakat politik yang wajib dipertahankan.
Dr Wan Azizah kata Saifuddin turut memberi tekanan mengenai penyelewengan kuasa, salahguna kuasa serta rasuah yang didedahkan oleh beliau.
"Beliau juga turut mengutuk kegagalan institusi penting seperti polis, Suruhanjaya Pilihan Raya dan mahkamah menjalan peranan masing-masing," tegasnya.Ahli Parlimen Machang itu berkata presiden juga menyentuh soal budaya politik kotor yang tidak bermoral seperti memancing Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen KEADILAN.
"Isu yang dilontar oleh presiden dalam ucapan dasarnya membuka peluang baik bagi perwakilan untuk membahaskannya isu-isu yang dibangkitkan," tambah Saifuddin.

Puisi: JANGAN HALANG PERJALANAN INI


(UNTUK PARA SAHABAT PEJUANG RAKYAT)
(Sempena Kongres PKR 2010 di Kota Bharu, Kelantan)

Jangan halang perjalanan ini
kerana aku melangkah dengan hati
sehingga musuh kalah
atau aku rebah
tidak akan mengalah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
nadinya rakyat
darahnya rakyat
uratnya rakyat
jiwanya rakyat
tubuh badannya rakyat
semuanya bergerak
itulah rakyat
untuk rakyat!

Jangan halang perjalanan ini
kerana langkah ku
tidak pernah terhenti
di titian rebah
atau di batasan gundah!

Perjalanan ini perjuangan rakyat
tangkalnya
suara rakyat suara keramat!

Perjalanan ini perjuangan keadilan
Ketuanan Rakyat diperdaulatkan
dengan laongan tiada henti-henti
Reformasi! Reformasi! Reformasi!

L. Mankadir Shamsi
Lanchang, Pahang
27 Mei 2010 Jumaat.

Kompleks PAS: Komitmen besar bagi muslimat

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata, bagi menjayakan projek Kompleks PAS sudah tentu komitmen dan kerjasama daripada muslimat amatlah diperlu dan dialu-alukan.
“Kami merasa amat bersyukur dan gembira di atas pelaksanaan satu lagi perkembangan pesat yang positif yang dapat dijalankan oleh PAS.
“PAS maju setapak lagi dengan izin Allah SWT. Kami juga berdoa semoga hasrat suci ini akan menempah kejayaan dan benar-benar menjadi satu kenyataan serta dipermudahkan dari sebarang halangan oleh Allah SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau bagi pihak seluruh warga muslimat PAS dan para penyokong PAS dari kalangan wanita termasuk Dewan Himpunun Penyokong PAS (DHPP) yang baru mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, saf Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kompleks PAS, Datuk Husam Musa serta seluruh ahli jawatankuasanya di atas kejayaan menggerakkan projek pembangunan tersebut.
Tamabhnya, syabas diucapkan juga dengan kejayaan majlis pecah tanah dan pelancaran dana yang telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
“Besarlah harapan kita agar kompleks ini akan menjadi markaz pembinaan modal insan bagi jemaah kita serta madrasah yang akan membina hamba-hamba Allah yang cintakan Allah, RasulNya dan perjuangan menegakkan Islam serta menyebarkan kebaktikan sesama insan dan keadilan untuk semua.
“Sempena 50 tahun muslimat menjadi tiang seri perjuangan PAS, kita menyeru semua pihak terutama warga muslimat tampil kehadapan bersama-sama memberikan sumbangan dalam menjayakan projek ini,” ujarnya.
Dalam usaha-usaha pengumpulan dana itu, katanya sudah terbukti sejak dulu bahawa para wanita mampu melaksanakan dengan jayanya.
Tambahnya lagi, di samping para isteri berusaha menambah sumber kewangan keluarga bagi membantu suami mereka beliau yakin muslimat akan bersungguh-sungguh melaksanakan sebarang aktiviti-aktiviti yang selaras dengan Islam bagi mengutip sumbangan dan mengumpul dana untuk maksud itu.
“Dengan kesungguhan muslimat menjayakan komitmen ini kita juga berharap projek ini akan dapat disiapkan segera dalam masa yang tidak panjang,” katanya lagi.

Kongres Nasional Tahunan PKR: Transformasi budaya politik baru

"Kita telah lakukan transformasi budaya politik di negara kita," demikian kesimpulannya daripada Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, ketika merungkai perbahasan Kongres Nasional Tahunan PKR ke-6, yang diadakan dari 27 hingga 30 Mei 2010, di Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bahru.
PKR sebuah parti berbilang kaum, menampilkan pembahas daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam kongres tahunannya yang lalu.  Apa yang istimewa untuk tahun ini, seorang pemuda dari kaum asal, Ramli Logan tampil untuk berucap, menyelar konsep "1Malaysia" yang diutarakan oleh Perdana Menteri Najib Razak sebagai "Pembalakan didahulukan, Projek diutamakan; Orang miskin diabaikan, Orang Asal dipinggirkan."
Ramli Logan (gambar kiri) menerima tepukan gemuruh daripada perwakilan, malah semua orang termasuk pimpinan parti berdiri untuk memberi penghargaan kepadanya selepas beliau menghabiskan ucapan.  Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR mengakui bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sepanjang 35 tahun beliau berada dalam MCA-Barisan Nasional, dan beliau hampir sebak melihat suasana ini.
"...tidak pernah berlaku di mana-mana parti politik, ini kali pertama di sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat, " kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebelum menyambung, "Kita angkat seorang anak muda, letak dalam satu persada politik mainstream (arus perdana) untuk membincangkan masa depan negara!"
Chua Jui Meng, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR melanjutkan dengan cadangan agar wakil FELDA, tentera, polis diundang untuk tampil berucap dalam kongres seterusnya.
Penampilan yang memperlihatkan kemajmukan
Pembahas yang dibariskan kali ini merentasi sempadan negeri, warna kulit, gender, umur dan sebagainya.  Secara keseluruhannya, penguasaan bahasa pembahas adalah baik, dengan penyampaian yang menarik.  Bukan itu sahaja, penampilan pembahas memperlihatkan kemajmukan, malah kesediaan untuk menghayati budaya dan agama antara satu sama lain.
Misalnya, pembahas dari Pulau Pinang, Jason Ong tampil dengan songkok dan pakaian Melayunya, malah tidak kurang pembahas bukan Melayu-Islam yang sempat melafazkan ayat al-Quran dalam ucapan masing-masing.  Kalau pantun menjadi imbuhan kepada ucapan pada dahulunya, kini wakil dari sayap Wanita, Chua Yee Ling pula mempersembahkan dikir barat sebelum mengakhiri ucapan.
Bagi perwakilan dan pimpinan Melayu-Islam, ucapan yang bermula dengan tanya khabar dalam pelbagai bahasa telah menjadi sesuatu yang lumrah.  Apa yang "menghiburkan" kali ini, pembahas dari Perlis, Ko Chua Liang menyelitkan kata-kata Siam dalam ucapannya.
Wakil dari Srikandi kali ini semestinya memberi persepsi yang positif, dengan kelantangan mereka mengetengahkan pandangan.  Misalnya, Farah Afzan Faridi mengingatkan bahawa parti perlu mengambil kira golongan muda, yang mana ikon Anwar Ibrahim tidak semestinya memberi makna kepada mereka, kerana terlalu muda ketika tercetusnya pergerakan Reformasi pada tahun 1998.
Farah Afzan Faridi ketika mengakhiri ucapannya berkata, "Orang muda tak mahu berada dalam sejarah, orang muda mahu cipta sejarah!"
Budaya mengkritik
Lebih daripada itu, kritikan yang dilontarkan oleh perwakilan terhadap pimpinan diterima dengan terbuka sepanjang kongres ini.  Bermula dengan Kongres AMK, yang mana perwakilan secara terus memberi amaran kepada pimpinan untuk "bekerja" seandainya mahu kekal di atas pentas.  Amaran ini disambut dengan sorakan dari bawah pentas.
Jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menjadi tumpuan dalam kongres ini apabila beberapa orang pembahas meluahkan ketidakpuasan yang menyasar kepadanya.  Bagaimanapun, Khalid tetap menerima kritikan secara terbuka, malah tidak membalas dengan emosi.
Apa yang lebih menarik, ketika beliau tampil memberikan perjelasan, pengerusi membunyikan loceng sebagai isyarat masa tamat.  Perwakilan di bawah pentas pula yang membela agar Khalid diberi lebih masa untuk memberi penjelasan.  Selepas beliau habis berucap, perwakilan malah pimpinan berdiri untuk memberi tepukan sebagai penghormatan.
Budaya kritikan ini bukan sahaja bersifat sehala, malah Naib Presiden PKR Lee Boon Chye juga menyuap perwakilan dengan "ubat pahit".  "Budaya tunggu durian runtuh" dan "face presentation" (tunjuk muka) di sesetengah pimpinan akar umbi, iaitu program tidak berjalan selagi Anwar tidak turun, dan hanya "tunjuk muka" semasa kehadiran Anwar, dikritik oleh Lee Boon Chye.
Beliau menambah, "jangan buat aktiviti shiok sendiri antara kroni sahaja", sebaliknya mencadangkan kerja-kerja seperti pendaftaran pengundi kepada perwakilan.  Kritikan-kritikan ini direstui, apabila sesetengah perwakilan membalas dengan tepukan untuk menyatakan persetujuan.
Kurang senang digelar YB
Selain itu, "parti reform" ini cuba menampilkan pendekatan baru dalam perhubungan antara pemimpin dengan akar umbi.  Bermula dengan Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah yang menyatakan ketidakselesaannya ketika digelar "Yang Berhormat" oleh pengerusi dalam Kongres AMK, Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah turut meluahkan pandangan yang sama, semasa sesi penggulungan, hari ini.
Sivarasa Rasiah menganggap gelaran ini tidak adil untuk pemimpin yang selama ini berjuang, tetapi tewas dalam pilihan raya, kerana kemenangan wakil rakyat diberikan oleh rakyat.  Malah, Sivarasa Rasiah menyatakan bahawa dirinya tidak bersetuju dengan pengaturan majlis, yang mengasingkan antara pimpinan dengan perwakilan ketika menjamu selera.
Jangan diperangkap UMNO
Hakisan sokongan Melayu terhadap PKR khususnya jelas menjadi tekanan kepada PKR.  Pada 28 Mei, AMK mencadangkan agar Kongres Melayu diadakan untuk membincangkan permasalahan Melayu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zaid Ibrahim hari ini memberi peringatannya, "Saya alu-alukan (Kongres Melayu).  Tapi pada masa yang sama, kita jangan terperangkap dengan persoalan-persoalan yang berkisar pada race (kaum).  Kita parti yang berbilang kaum."
"Masalah kita bukan soal Melayu, masalah ekonomi kita masalah orang kaya dengan orang biasa.  Kalau kita nak buat kongres, kita perlu bincang permasalahan orang asli, orang Iban, orang-orang miskin di Sabah dan Sarawak," katanya.
Zaid Ibrahim menafikan kenyataan bahawa PKR tidak disokong Melayu, "Yang kita belum dapat, undi Melayu, undi pos, FELDA, RISDA...", sambung beliau, "Jangan percaya kepada propaganda UMNO-BN bahawa PKR hanya disokong pengundi bandar dan bukan Melayu."
"Kumpulan satu lagi yang tidak menyokong PKR adalah kumpulan seperti Mahathir," tambahnya.  Zaid Ibrahim menyarankan PKR memperjuangkan "orang Malaysia", malah memetik sejarah pertaruhan antara Hang Jebat dengan Hang Tuah untuk menyatakan Melayu yang harus disanjung adalah "Melayu yang memperjuangkan keadilan".