Ahad, 30 Mei 2010

PKR delegates want Selangor jobs for members


Khalid came under fire from his own party members over his administration of Selangor. — file pic
KUALA LUMPUR, May 30 — PKR delegates today demanded for the Selangor Pakatan Rakyat (PR) government to dish out jobs to party members.
The delegates said the Khalid administration should sack civil servants who were not co-operating and replace them with more qualified party members.
PKR Wanita delegate Gan Pei Nei said an important aspect of good governance was to have agencies supporting the state government.
“They have to be removed or else we will be removed. The Selangor state government must replace government officers that cannot work and or [are] not willing to work with the state leadership.
“I also proposed that [we] evaluate those appointed by the party. We do not want people to hold positions but do not want to reform the government,” she said during the debate on the president’s policy speech on the last day of the sixth PKR annual congress.
Wilayah Persekutuan delegate Rozan Azen Mat Rasip said Selangor must prioritise qualified party members when making key state appointments.
“There are many that are qualified for important positions in the state. Even though they do not have the academic qualifications but they have the needed experience.
“Party members understand the struggle of the party and will bring [with] them the party’s agenda. As party members we must share the responsibility to save and strengthen Selangor and other Pakatan Rakyat states,” he said.
The delegates also attacked Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim for his alleged mismanagement of the state.
“Tan Sri Khalid must be open to criticisms. We have been governing the state of Selangor for two years and start implementing the policies. All of this must be changed,” said Wanita delegate Hasnah Hashim.
Pahang delegate Abas Awang then asked Khalid to approve projects proposed by de facto party leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“If PKR did not win in Selangor then Tan Sri Khalid would not have been the mentri besar. Datuk Seri Anwar Ibrahim was appointed as the Selangor economic advisor. I understand that 10 projects were proposed and six were rejected while four have not been approved.
“Please Tan Sri Khalid, approve what has been proposed by Datuk Seri Anwar. Malaysia is waiting to see the change under PKR,” he said.

Baiki ‘rumah’ jika mahu tawan Putarajaya, kata perwakilan



Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim duduk bersama perwakilan ketika sesi pembahasan pagi tadi. — Gambar oleh Jack Ooi
KOTA BARU, 30 Mei — Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu “membetulkan rumah tangganya” jika komponen Pakatan Rakyat itu mahu mencapai sasaran menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.
Perwakilan dari Melaka Rahim Ali melontarkan nasihat ini kepada pucuk kepimpinan parti itu dan ahli-ahlinya ketika tumpuan perbahasan Kongres Nasional Keenamnya di sini memfokus usaha Pakatan Rakyat yang mahu menawan Putrajaya.
“Ini adalah kenyataan sebenar... jangan tersinggug jika saya mengatakan perkara yang benar,” kata beliau sambil awal-awal lagi mengakui tidak akan menerima tepukan dengan memberi nasihat ini.
“Kita kata Selangor adalah asas kita hendak ke Putrajaya, masing-masing berhajat untuk (ke Putrajaya)... bolehkah kita boleh sampai di sana?” kata beliau dengan merujuk kepada kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam urus tadbir di semua peringkat PKR — pusat, negeri, cabang (bahagian) dan ranting (cawangan).
Beliau juga menitikberatkan kelemahan dan kekurangan pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
“Parti perlu meneruskan urus tadbir yang baik. Ini kena dijaga sehingga pilihan raya umum ke-13,” katanya.
Sebagai contoh menurut Rahim, banyak perwakilan menyentuh soal keperluan memenuhi kuota penyertaan 30 peratus wanita dalam setiap peringkat parti.
“Tetapi adakah kita mencapai 30 peratus perwakilan wanita di setiap peringkat. Misalnya, di satu-satu cabang, jika keahlian sekitar 15,000 orang, adakah ada 30 peratus keahlian membabitkan wanita.... kalau 30 peratus, berapa jumlah keahlian wanita?” soal beliau.
“Saya rasa masalah ini juga dihadapi di negeri-negeri lain,” katanya.
“Kita telus... oleh kerana kita telus, kita kena cakap perkara yang sebenarnya. Kita baiki dulu rumah (tangga) kita sebelum kita menyerang parti lawan,” katanya.
PKR tidak memenangi sebarang kerusi di Melaka pada pilihan raya umum lalu. Daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP salah satu komponen Pakatan Rakyat, mempunyai lima kerusi.
Dalam perbahasannya, Rahim juga mengkritik pengurusan AMK di negeri itu kerana penyertaan pemimpin sayap pemuda PKR itu masih belum memuaskan.
Katanya, ada pemimpin yang tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan.
Rahim berpendapat sikap tersebut perlu diperbaiki jika mahu mencapai matlamat sasaran menawan Putrajaya.
Selain itu beliau juga menimbulkan kegagalan PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
“Kita sudah perintah Selangor, kita sudah ada asas kewangan, kita sudah dua tahun memerintah, tetapi kita kalah di Hulu Selangor.
“Kita perlu tanya soalan, walaupun kita tahu BN beli undi di Sungai Buaya, kita boleh menang jika mempunyai jentera yang mantap,” katanya lagi.
Ucapan perbahasannya juga menyentuh keperluan mendisiplinkan ahli dan pemimpin sebagai satu lagi persiapan menghala ke arah Putrajaya.
Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan, Nordin Ismail pula mempersoalkan penggunaan istilah “menawan” Putrajaya dengan merujuk kepada cerita “gajah dan sang kancil.”
Sambil menjelaskan istilah “menawan” merujuk kepada usaha membebaskan rakyat daripada “pentadbiran zalim” Umno-BN, Nordin berkata, istilah tersebut perlu digunakan dengan berhati-hati supaya tidak digunakan oleh “musuh untuk menakutkan” rakyat dan pelabur.
“Pada tahun 1999, Terengganu dapat ditawan (oleh PAS) dengan Umno tinggal empat kerusi, ada orang kata bahawa jikapun kucing bertanduk, Umno tidak boleh ambil alih (balik) Terengganu,” katanya,
Bagaimanapun Umno-BN mengambil alih negeri itu pada pilihan raya umum 2004.
“Tetapi tidak mustahil ia tidak boleh berlaku di Selangor, saya cuma hendak memberi peringatan,” kata beliau sambil menambah, Pakatan Rakyat perlu meletakkan calon yang membawa identiti perikatan itu dengan manifesto bersama.
“PAS dan PKR perlu mempunyai manifesto bersama untuk memikat semula pengundi-pengundi yang pernah menyokong gerakan reformasi pada tahun 1999,” katanya.

Khalid: Saya tak kecewa, kritikan perwakilan satu cabaran


KOTA BARU, 29 Mei — Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kecewa, sebaliknya melihat kritikan perbahasan perwakilan Kongres Nasional Keenam hari ini sebagai cabaran untuk memantapkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menganggap kritikan dan pandangan sebagai serangan ke atas dirinya, sebaliknya ia dilihat sebagai usaha untuk mengemaskan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Tidak, tidak saya tidak kecewa. Sebaliknya, saya gembira kerana ada pandangan yang diberikan merupakan maklum balas untuk menguatkan PKR khususnya di Selangor,” kata Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Khalid yang juga Pengerusi PRK berkata, pandangan-pandangan yang diperlukan merupakan “Satu bentuk peringatan” untuk meningkatkan proses komunikasi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Khalid juga mengakui sebagai pemimpin wajar mendengar input-input yang diberikan oleh perwakilan.
Sebahagian besar perwakilan melahirkan kepentingan Selangor dalam perjuangan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun mereka juga mengakui bahawa Selangor juga boleh jatuh jika PKR tidak menangani isu-isu yang dihadapi negeri itu.

Pemimpin PKR Melaka pun mahu lompat katak?



KOTA BARU, 29 Mei — Di tengah-tengah Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Nasional (PKR) yang menjadi tumpuan dengan isu lompat parti, seorang perwakilan selatan Semenanjung mencuri perhatian dengan mendedahkan terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk keluar parti.
Apa yang menarik isu lompat parti di Melaka timbul walaupun PKR belum ada wakil rakyat di negeri itu.
Abdul Wahab Ibrahim dari Melaka dengan suara lantang menegaskan, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu.
Beliau yang merupakan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar selepas sidang kongres ditangguhkan sementara untuk sesi minum petang menasihatkan Anwar yang juga Penasihat PKR agar berhati-hati.
“Yang selalu tikam kawan ini, kawan (sendiri). Jadi Datuk Seri (Anwar) kena hati-hatilah. Kita sayang Datuk Seri ini, kita tak larat (dengan isu lompat),” kata beliau.
“Jadi saya minta Datuk Seri hati-hati sebab (Setiausaha Agung) Datuk Salehuddin (Hashim) pun, orang yang dipercayai, telah mengkhianati kita,” katanya.
Salehuddin meletakkan jawatan itu Januari lalu dan muncul pada sidang media beberapa Ahli Parlimen PKR yang keluar parti sejak Februari lalu.
Abdul Wahab juga mendedahkan semenjak Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dilantik sebagai Pengerusi PKR Melaka, banyak gerakan dijalankan untuk memfitnah beliau.
Kata beliau, mereka ada potensi untuk melompat apabila harapan dan cita-cita tidak tercapai.
Bagaimanapun PKR tiada wakil rakyat di Melaka walaupun komponen Pakatan Rakyat, DAP menguasai lima daripada 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri negeri itu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga menekankan isu lompat parti dalam ucapannya.
Malah beberapa perwakilan lain juga membincangkan isu berkenaan.
Exco Kerajaan Negeri Kedah, S. Manikumar yang berucap sebagai wakil kaum sebelum sesi perbahasan juga menceritakan panjang lebar isu lompat parti.
Beliau antara tiga Adun di Kedah menjadi tumpuan media dan sasaran spekulasi.
“Saya menerima sokongan lebih 12,000 pengundi... malah saya lawan dengan 14 orang calon, bukan jumlah kecil. jadi mengapa mesti saya keluar,” katanya.
Ketika ditanya The Malaysian Insider selepas itu, Manikumar yang juga Adun Bukit Selambau memberitahu, beliau terpaksa menjelaskan kepada perwakilan PKR apa yang sebenarnya berlaku.
“Walaupun saya sudah menjelaskan di Kedah, tetapi saya hendak memaklumkan mereka perkara ini agar mereka jelas,” kata beliau menjawab soalan sebab hendak membuka isu ini sedangkan telah berjanji tidak akan menyentuh isu berkenaan selepas pertemuan dekat Alor Setar Sabtu lalu
.

Kekalahan Di Hulu Selangor Bukti PKR Masih Gagal Dapat Kepercayaan Rakyat

KOTA BAHARU: Isu kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu menarik perhatian pembahas pada Kongres Nasional Tahunan Ke-6 parti itu yang membuktikan parti itu masih gagal menarik sokongan rakyat terutama bangsa Melayu.
Wakil Kedah, Dr M. Krishna berkata sesuatu perlu dilakukan parti itu bagi mendapatkan semula kepercayaan yang diperoleh pada pilihan raya umum lalu yang jika tidak, ia memberikan ruang yang lebih baik buat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Keadaan ini perlu diatasi segera. Berikanlah khidmat yang terbaik kepada rakyat yang kini melihat apa yang sedang dilakukan PKR terutama di Selangor," katanya.
Beliau juga meminta pucuk pimpinan membuat tapisan yang cukup ketat kepada bakal-bakal calon pada pilihan raya umum akan datang bagi mengelak berlakunya lagi isu keluar parti di kalangan wakil rakyat.
Selain itu beliau turut mendesak kerajaan negeri Selangor menukar mana-mana kepimpinan anak-anak syarikat yang tidak meningkatkan prestasi kerana kelemahan itu menjadi sebutan rakyat di negeri terbabit ketika ini.
Wakil Negeri Sembilan, Aminuddin Harun pula meminta pucuk pimpinan melakukan sesuatu untuk menarik sokongan peneroka Felda kerana sokongan golongan itu penting seperti di Hulu Selangor.
"Kerajaan negeri Selangor perlu kaedah untuk mendekati warga Felda dan jika di Selangor kita gagal berbuat demikian apatah lagi untuk mendapat sokongan yang lebih baik di seluruh negara," katanya.
Wakil Pahang, Ramli Logan yang juga Orang Asli menarik perhatian perwakilan dan pemerhati dengan isu-isu membabitkan golongan itu.
"Kami mahu isu tanah adat diatasi segera dan juga apa sebenarnya status kami. Kami dikelaskan bukan dalam golongan Bumiputera tetapi dimasukkan dalam kaum-kaum lain.
"Kalau kaum lain itu apa? Alien (makhluk asing) kah kami," katanya. - BERNAMA

Kongres PKR: Perkukuh Selangor, jadikan asas tawan Putrajaya


KOTA BARU, 29 Mei — Jika Datuk Seri Najib Razak meminta Barisan Nasional (BN) menggunakan apa jua sahaja cara untuk menawan semula Selangor, perwakilan Kongres Nasional mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangka formula mengekalkan negeri, selain dijadikan asas menawan Putrajaya.
Selari dengan ucapan dasar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perwakilan-perwakilan memberikan pandangan tegas agar kedudukan parti itu di Selangor diperkuatkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Perwakilan dari Terengganu, Rafizi Ramli berkata Selangor akan digunakan untuk menilai kewibawaan untuk menjadi kerajaan persekutuan.
“Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada PKR untuk memerintah Selangor merupakan petanda bahawa mandat juga akan diberikan untuk menuju Putrajaya.
“Jadi setiap dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri akan diperhalusi oleh pengundi dan mereka percaya apa yang dilakukan di Selangor akan diulangi di Putrajaya,” katanya.
Rafizi berkata, rakyat memilih calon Pakatan Rakyat dengan harapan bahawa akan menjadi kerajaan bersih daripada rasuah khususnya di Selangor.
“Oleh itu kita mesti memastikan aspek ini dengan melaksanakan dasar-dasar yang telus,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 2,010 perwakilan.
Malah beliau juga mengesyorkan indeks urus tadbir baik agar dilaksanakan di semua negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.
“Dengan indeks urus tadbir baik ini, negeri-negeri Barisan Nasional tidak akan berani untuk menggunakannya kerana jika mereka menggunakan aspek itu, kedudukan mereka akan terjejas,” kata beliau lagi.
Selangor merupakan negeri yang dikendali oleh kerajaan persekutuan.
Ogos lalu, Najib, Perdana Menteri dan Presiden Umno berkata, beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada tangan BN kerana negeri itu adalah penting sebagai nadi negara.
Peluang untuk BN berkuasa di Selangor tetap ada tetapi dengan syarat partiparti komponen yang diterajui Umno sudah insaf dan menyedari kekurangan diri dan sanggup berubah, kata beliau yang juga Presiden Umno.
Selain itu, beliau berkata, Umno tidak boleh mempunyai perasaan benci kepada orang lain dalam keluarga BN dan perlu berjuang bersamasama dalam satu keluarga besar berganding bahu berjuang secara seia sekata dan sehaluan.
Najib berkata, perancangan itu yang dipanggil sebagai “Formula Pekan” telah membawa beliau ke persada yang lebih tinggi di dalam politik negara sehingga menjadi Perdana Menteri dan presiden parti.
Sementara itu, perwakilan Kelantan Amran Ghani ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan memberitahu, “kekuatan kita rakyat bersama kita.”
“Oleh itu kita kena terus membawa harapan dan merealisasikan aspirasi mereka,” katanya.
Amran juga menambah, oleh kerana “Melayu Umno memang mudah”, mereka secara terus-menerus melakukan serangan ke atas PKR, yang akhirnya menjadikan lebih kebal dan kuat.
“Kita menyusun semula modus operandi dan menjadi semakin terbuka.
“Mereka tidak sedar bahawa serangan mereka menjadi kita semakin kuat,” kata Amaran lagi.
“Matlamat lawan ialah kita tiada hala tuju perjuangan tetapi pada masa yang sama... parti memerlukan transformasi dan menyiasat apa silapnya dan mencari cara untuk memperkuatkan parti,” katanya.
Katanya, “kepercayaan kita ialah kongres ini merupakan ruang paling bermakna dan perbahasan terbuka kita akan menjadikan demokrasi semakin kukuh.”
Perwakilan dari Kedah Dr. Krisna Moorty dengan mengisahkan prestasi PKR ketika pilihan raya umum ke-12 berkata, kuasa rakyat yang membawa ke kedudukan sekaeang.
Bagaimanapun kata Krisna, beliau sedih kerana PKR kehilangan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
“Kekalahan di Hulu Selangor menunjukkan pentadbiran kita di Selangor masih belum meyakinkan untuk memperkukuhkan negeri dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim tidak harus mengambil beban seorang diri.
“Kita tidak mempersoalkan keuapayaan mereka tetapi kita hendak memastikan bahawa parti kita memainkan peranan lebih besar dalam memastikan semua dibantu,” katanya.
Krisna berkata kelemahan besar ialah soal komunikasi iaitu memaklumakan apa yang telah dibuat dan telah dicapai.
“Negeri mempunyai dana dan ramai pakar dalam bidang komunikasi dan jangan menggunakan alasan lama kerana mereka ada kemahiran,” kata beliau sambil menggesa agar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Allam digantikan dengan mereka yang lebih layak.
“Tukar pengurusan GLC Selangor yang syarikat mereka tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan,” katanya.
Aminuddin Harun, perwakilan dari Negeri Sembilan berkata kerajaan negeri Selangor perlu memberi perhatian ke atas ke atas kawasan-kasan felda yang merupakan satu institusi yang besar.
Kata beliau, PKR sudah pasti mampu mencapai kemenangan baik jika undi sokongan penerokan Felda adalah memuaskan.
PKR gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.
Sehubungan itu kata beliau, Selangor akan menjadi negeri pertama menganugerahkan geran tanah kepada peneroka-peneroka Felda.
“Kita belum melihat apa-apa tindakan dan pelan ke atas kawasan Felda di Selangor dan belum tahu lagi hasilan daripada badan khas yang dipengerusikan (bekas calon kerusi Hulu Selangor) Datuk Zaid Ibrahim.
“Kami ingin meminta Tan Sri Khalid Ibrahim agar memberikan sokongan kepada beliau agar peneroka-peneroka Felda akan menerima layanan yang adil,” katanya.

Pemuda PKR dakwa SPR sabotaj daftar pemilih baru


KOTA BARU, 29 Mei — Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang semalam meluluskan usul berkaitan sistem pilihan raya termasuk meminta pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, hari ini mendakwa agensi itu mensabotaj  urusan pendaftaran pengundi baru.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya mengatakan wujud unsur sabotaj kerana berlaku kelewatan kelulusan penolong pendaftar pemilih dan kesukaran mendapatkan borang pendaftaran pemilih.
“Ya, kalau tindakan ini hendak dilihat sebagai sabotaj, saya boleh mengatakan ada unsur sabotaj usaha kami untuk membantu menambah pengundi-pengundi baru,” kata beliau.
Shamsul Iskandar berkata, permohonan PKR untuk mendaftar penolong pendaftar pemilih telah dibekukan.
“Masalah ini berlaku hampir di semua negeri termasuk di Melaka yang perhubungan negeri PKR saya pengerusikan,” katanya.
“Alasan diberikan pejabat SPR negeri ialah arahan daripada Putrajaya,” katanya.
Kata Shamsul Iskandar, pihaknya juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan borang mendaftar pengundi-pengundi.
“Jika SPR menghadapi masalah mengeluarkan, ada masalah kewangan, kami akan membantu SPR mengeluarkan dana dan mencetak borang,” kata beliau sambil ia melibatkan kesemua komponen Pakatan Rakyat.
Shamsul Iskandar berkata, mereka berhadapan dengan masalah ini sejak awal tahu ini.
“Sebenarnya kami tidak mahu memaklumkan sebelum ini tetapi merasakan sudah sampai masanya untuk didedahkan hari ini... kami beri masa seminggu kepada SPR menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media yang diadakan di sini petang ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (tengah) hari ini mendakwa SPR mensabotaj urusan pendaftaran pengundi baru — Gambar oleh Jack Ooi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan Kongres Nasional Keenam di sini.
Beberapa pegawai kanan AMK mendakwa masalah ini wujud selepas komponen Pakatan Rakyat berjaya mendaftar ramai pengundi baru tahun lalu.
Berada di depan ialah DAP.
AMK mengadakan kongresnya semalam dan meluluskan usulmendesak Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan dengan segera ekoran dakwaan beberapa salah laku dalam mengendalikan pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.
Sayap pemuda PKR ini berpendapat bahawa beliauharus meletakkan jawatan kerana kelemahan yang wujud dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu melibatkan bidang kuasanya selaku pengerusi SPR sendiri.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata, proses mendaftar penolong pendaftar pemilih dibekukan baru-baru.
“Kami dimaklumkan oleh SPR supaya menghantar nama baru penolong pendaftar dan kami ikut tetapi baru-baru ini kami dimaklumkan bahawa proses mendaftar penolong pendaftar dibekukan,” katanya.
Pemimpin AMK ini berkata pihaknya juga menghadapi borang yang secukupnya untuk mengendalikan proses pendaftaran pemilih.
“Adakalanya kami meminta 1,000 borang tetapi tidak diberikan. Ini satu halangan.
“Kita sedang berhadapan dengan kesuntukan masa, tidak tahu bila pilihan raya diadakan. Oleh itu kami berharap perkara ini diatasi dengan segera,” katanya.
Sejak awal tahun SPR mengemaskinikan proses pendaftaran penolong pendaftar pemilih dengan membenarkan dua orang untuk satu parti bagi setiap bahagian.

Melayu sudah tolak MEB, kata Ibrahim kepada PM





KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Seri Najib Razak secara terus-terang tetapi tegas diberitahu malam tadi bahawa orang Melayu telah pun menolak Model Ekonomi Baru (MEB), yang perdana menteri kemudiannya menjelaskan ia belum dimuktamadkan.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mempengerusikan kongres ekonomi Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyampaikan pendirian orang Melayu dan Bumiputera pada majlis penutup program itu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.
Najib merupakan tetamu utama dan menerima usul kongres tersebut.
“Datuk Seri, saya sedih untuk mengatakan, kongres telah menolak (rangka awal) Model Ekonomi Baru,” kata Ibrahim (gambar) ke arah Najib, juga Presiden, yang kelihatan dengan serius menerima pandangan itu.
Ibrahim meluahkan pandangan itu ketika tinggal kurang dua minggu sebelum laporan penuh MEB diumumkan,
Najib, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan laporan penuh MEB bersama Rancangan Malaysia Ke-10 pada 10 Jun ini.
Pada majlis penutup Ibrahim juga mengemukakan resolusi yang dicapai pada kongres itu yang bersidang sejak pagi semalam.
Ini kali pertama MPM mengadakan kongres seumpama itu sejak Najib mengumumkan laporan awal pada akhir Mac lalu.
Kongres MPM meluluskan resolusi 31 perkara, antara lain mendesak agar tindakan afirmatif diambil untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
“Kongres berlangsung dengan panas. Jika saya tidak mengubah teks ucapan saya, ia boleh dilihat sebagai satu bentuk undi tidak percaya terhadap Datuk Seri),” katanya.
“Sudah pasti ini adalah situasi di mana media arus perdana atau blog akan meletakkan tekanan ke atas Perdana Menteri untuk memecat saya tetapi saya tidak kisah kerana saya bukan dalam kerajaan ataupun ahli Umno,” kata beliau yang pernah dipecat dari Umno.
Kebanyakan peserta kongres itu mengecam MEB dan Majlis Penasihat EKonomi Kebangsaan (NEAC) yang merupakan peneraju jawatankuasa yang merangkanya dengan menyifatkan mereka telah mengkhianati kontrak sosial yang mengiktiraf hak ekonomi orang Melayu.
Sebelum ini Ibrahim berkata lebih 100 badan bukan kerajaan akan menghadiri kongres tersebut.
Ibrahim berkata, pihaknya mengakui adanya orang Melayu dalam NEAC tetapi mereka adalah kumpulan Melayu liberal, yang merupakan produk Dasar Ekonomi Baru tetapi telah lupa asal usul mereka.
Ibrahim menegaskan, MPM berpendapat DEB masih belum mencapai objektifnya untuk memperkukuhkan penyerataan ekonomi orang Melayu khususnya sektor swasta.
Kata beliau, MPM juga berpendapat bahawa membunuh DEB menerusi dasar-dasar neo-liberal di bawah MEB hanya akan menyisihkan orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini daripada arus perdana ekonomi.
Dalam ucapan tegasnya itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan menambah, MPM yakin Najib akan meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein apabila melaksanakan MEB kelak.
Secara berseloroh, Ibrahim sambil berkata telah “melepasi” sempadan dengan ucapan lantang dan terbuka itu, beliau masih “tabik hormat” kepada perdana menteri.
Ungkapan itu mencuit para hadirin majlis tersebut
.